UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH SEMESTER 1 TAHUN 2011 KUMPULAN EL-P04 NAMA KURSUS

PEMBANGUNAN SAHSIAH KOD KURSUS KKD 2063
TAJUK

TUGASAN 3
NAMA PELAJAR Nama Pelajar
ABDUL HARIS BIN ROMLI

No. Matrik
D20102045992

PENSYARAH

DR AHMAD ZAINUDDIN
Fakulti Kenegaraan

........... 6 6 .................................... 14 i ................. 1 2 3 4 Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.............. Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah Ciri BITARA 3: Semangat Berpasukan Melalui Amalan Bekerjasama Dalam Menyelesaikan Masalah Ciri BITARA 4: Perihatin Kebajikan Anggota Melalui Pewujudan Suasana Dan Persekitaran Sekolah Yang Kondusif ................ 13 9 Rujukan .................. 2 4 5 5 ..... 8 8 .................................... .............................................................. 7 7 Ciri BITARA 5: Kreativiti Dan Inovatif Melalui Interaksi Antara Guru Dan Murid Di Dalam Bilik Darjah Secara Berkesan Kesimpulan ........................ .....JADUAL 1 Pendahuluan KANDUNGAN ............................... Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru................

perguruan dan lain-lain). ³Etika Perguruan´ bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. perubatan. etika merujuk kepada tingkah laku benar berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.1. 2. produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban. Dalam Islam. menanam bunga dll. 1995). pelajar. RUANG LINGKUP ³Etika´ boleh ditakrifkan secara mudah sebagai satu sistem dasar akhlak. 3. Profesion Keguruan Menurut Kamus Dewan µprofesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang t nggi dan latihan i khas (contohnya : perundangan. rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah. 1994). adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka. La ma n| 2 . Dari persepktif Islam. ³Etika Profesional´ pula adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti. Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan. ³Skop Etika Profesional´ mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta. Etika adalah prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford. serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Secara amalinya etika merujuk kepada tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. peranan nilai. etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus. kejuruteraan. bertanggungjawab dan bermoral tinggi. La ma n| 3 . konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai µSuatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. perundangan dan lain-lain. Sama ada kita sedar atau tidak. 1. perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya¶. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. bersikap jujur. Sebagai contoh. seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid. perubatan. dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993). dedikasi. banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Dewasa ini. Guru juga adalah seorang yang profesional. Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru. konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion.Menurut Mok Song Sang (1996).

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas. esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang. guru tidak menepati masa keluar daripada kelas. Apabila sikap ini wujud. ber¶chatting¶. waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7. murid-murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia. guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh. maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. bergosip. indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli. Oleh itu.Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan. Pertama. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah. sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. La ma n| 4 . melepak di kantin. Walau bagaimanapun. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Sepanjang tempoh ini. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan. terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. kurang komitmen dalam kerja. guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen. dan etika kerja yang lemah. kurang nilai dalam kehidupan.30 pagi hingga 1. guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook. tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian. berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa.15.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Pertama. Dengan adanya pemantauan secara berterusan. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. guru-guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Jika pihak pentadbir tidak mampu. pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. maka semua pihak termasuk pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. rakan sejawat. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Seterusnya. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah. Akhirnya. dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus men ular dan menjadi semakin teruk. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung. pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah.Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. La ma n| 5 . Dengan cara ini.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Dengan cara ini.Selain itu. Akhir sekali. guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi.sifat yang ideal sebagai seorang guru. segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Akhir sekali. Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa. La ma n| 6 . Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Sebagai contoh. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri. guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat . Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri. guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya. Sejak akhir-akhir ini. 2008). Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Seterusnya. melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian. maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian. Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar. individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu.

maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Menyedari hakikat ini. menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah. Pertama.undang.arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang . Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah. pekeliling .Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi La ma n| 7 . Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk.pekeliling dan arahan . Seterusnya. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. peraturan kewangan.

pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. La ma n| 8 . guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Secara kesimpulannya.teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri. bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas. Isu±isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan.

mobi/ms/Audit_Sekolah Wikipedia (nd*).gov. Pengetua Cadang Bantuan KWAPM Guna Kaedah dan Prosedur Beri Biasiswa.html Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010).my /bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN % 20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM. 2011.wikipedia.gov. Retrieved on August 2. 2011from http://sekalibicara. P. & Wong.emoe. Rashid. Retrieved on May 3.RUJUKAN Electronic Ministry of Education (2010).ppt Etika Noriati A. 2010 from http://ms. Retrieved on August 2. 2010 from http://cikgufarizal. Retrieved May 3. BPR Sarawak Tahan Guru Disyaki Rasuah./nilai%20&%20etika%20dlm%20pkdmtn %20awam. Retrieved on August 2.blogspot.Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.my/.org/wiki/Audit_Kewangan_Sekolah La ma n| 9 . Selangor: Oxford Fajar Wapedia (nd*). Nilai dan Dalam Perkhidmatan Awam.com/category/keratan-akhbar/page/3/ Fuad Razali (2009).pdf Farizal (2008). from: http://apps..Y. Retrieved on May 3..com/2009/01/pengetua-cadang-bantuan- kwapm guna. Audit Kewangan Sekolah. K. Integriti dan Akauntabiliti Dalam Perkhidmatan Awam. Audit Sekolah. W (2010). 2010 from http://wapedia.townplan. 2011 from www. Boon.

Siri Pendidikan Ptk (Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran) ±. Siri Pendidikan Ptk (Teras Dan Profesional) ±MultimediaEs Resources Sdn Bhd Mok Soon Sang (2005).Mok Soon Sang(2005).Multimedia-Es Resources Sdn Bhd L a m a n | 10 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful