Apa Itu Pendidikan Khas? 1.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendakkehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui · perkembangan mental · kestabilan emosi · integrasi sosial “ Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.” ( Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992)

1

“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanakkanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.” (Heward & Orlansky ,1980) “ Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. ( Hallahan dan Kauffman, 2006) “ Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. ( Gargiulo, 2003) Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

2. PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA Sejarah Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dikalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan KanakKanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran 2

membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturanperaturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran. Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid. Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut: Pendidikan Masalah Penglihatan 1926 1931 1948 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan 1953 1958 1962 Masyarakat (JKM) Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM) Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM) Rancangan percantuman bagi 3 pendidikan kanak-kanak cacat

penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, 1963 diperkenalkan Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat

penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, 1977 1978 1983 diperkenalkan Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak Pengambilalihan 1984 SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AIQuran Penubuhan Unit Perintis Kementerian Penerbitan Pendidikan dan untuk Percetakan menyediakan Braille/Kerabunan, alatan braille

bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan

Pendidikan Masalah Pendengaran 1954 1954 1963 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat rendah Pendengaran dan oleh Kementerian menengah pendidikan biasa di sekolah dipilih sekolah yang

Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran 1978 di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh 4 oleh Kementerian

Kementerian Pendidikan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh. Shah Alam Program Percantuman/Inklusif 1962 1988 1993 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan dimulakan Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah 1994 1995 di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki). Kuala Lumpur Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan 5 .Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan 1979 Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan 1985 Khas Vokasional. Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan 1987 Pendidikan Vokasional dan Teknikal Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional.

berhaluan. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun). boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat . Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendididikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh hanya sekadar mereka kurang bertindak balas pada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan biasa dan meliputi semua aspek pendidikan. Oleh itu. 4. SYARAT-SYARAT PENDIDIKAN KHAS Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah. bahan. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. kelas. Matlamat Falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan program-program interlek. 6 . afektif dan psikomotor supaya dapat melengkapkan kanak-kanak khas dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. budaya.Rajah 1: Gambar contoh bagi sekolah rendah PK 3. teknik mengajar. satu program khas disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini dengan dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi dengan individu yang berkemahiran . Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun).berdikari. bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

5. potensi. mendapat latihan pravokasional dan vokasonal untuk mereka berdikari. daya kreatif dan interlek dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni Visi Setiap pelajar. termasuk pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi pembelajaran mereka di dalam suasana persekolahan secara inklusif dengan dibantu oleh guru-guru yang khusus dilatih. AKTA PENDIDIKAN KHAS 5. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh ‘ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua ‘ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand.Objektif Falsafah Pendidikan Khas menginginkan kanak-kanak khas ini menguasai kemahiran berkomunikasi. menguasai kemahiran bergaul. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996. Selain itu kanak-kanak khas boleh mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan. Misi Unit Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi kanak-kanak berkeperlaun khas dan semua pelajar dengan persekolahan secara inklusif dengan menganggap semua kanak-kanak itu adalah istimewa dengan masing-masing mempunyai keperluan dan kebolehan berbeza.1 Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979-1984 Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan ‘Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia ‘ pada tahun 1948. keselamatan diri. Ia juga bertujuan mengembangkan bakat . 7 . keyakinan diri. mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.

Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun.1 tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturanperturan menetapkan: Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini.5. 5.2 Akta Pendidikan Khas Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: 40. 1) Pelaksanaan Pendidikan inklusif 8 .Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat 41.3 Implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.

Pada tahun 1962 kelas ini telah dimulakan bila 3 pelajar cacat penglihatan telah belajar di kelas biasa dengan bantuan guru khas resos. 6. Bagi memantau Perjalanan Program Pendidikan khas selaras dengan akta pendidikan kerajaan dengan kuasa menteri telah menubuhkan satu jabatan yang membolehkan pelajar kurang upaya terbela dari segi akademik. 2) Kewujudan Jabatan Pendidikan Khas. 3) Peluang Kerjaya dan Pendidikan Terlaksananya akta ini membolehkan ibu bapa mendesak kerajaan menubuhkan sekolah khas sejak peringkat pra lagi. Peluang belajar telah dilanjutkan keperingkat lebih tinggi selepas PMR dan SPM seperti ke Politeknik dan IPTA. 4) Pembentukan Kurikulum Fleksibel Akta Pendidikan 1996 ( Bah. Wujudnya JPK memudahkan Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan kewangan. Bagi pihak kerajaan pula akta ini membolehkan seseorang pelajar khas yang belum bersedia ditolak penempatannya setelah tamat tempoh percubaan. Ini memberi peluang kepada guru membentuk dan mereka kurikulum vakasional dan kemahiran hidup diperingkat rendah dan menengah. Pada tahun 1999/2000 telah wujud peluang pelajar khas melanjutkan pelajaran dalam bidang vokasional melalui kemasukan ke Sekolah teknik dan vokasional. kaedah atau teknik p&p mengikut kesesuaian dan kemampuan murid. Sesi persekolahan 1994/95 bermulalah projek rintis 14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.11/4) dan akta pelajaran 116 membolehkan ihak guru mengubahsuai kurikulum . MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK 9 . Pada tahun 1993/94 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur .

tidak bermotivasi . Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya. disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies . dengan kanak menggunakan -kanak buta keupayaannya. Si anak dikatakan malas . Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman . Sejak beberapa tahun kebelakangan . Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. buta . Walaupun saya akui 10 . teknik mengajar tidak berkesan .Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Tetapi . boleh membaca Umpamanya . seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakan alat yang dinamakan orthosis. bodoh atau asyik bermain sahaja. Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik . Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh menggunakan sesuatu bahasa kemahiran isyarat .

kurang rangsangan . 6. Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Umumnya . tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus. lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Punca psikososial Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf.usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak . kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN 11 . unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. punca biologi 2.1 Punca -punca masalah pembelajaran Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori : 1. Oleh itu . setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut. banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ). Selain itu. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat .

Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalam kelas. sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya. kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca. Pada pendapat saya. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. pretasi akademiknya merosot. dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. barulah cermin mata ditempah untuknya.dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. menulis dan mengira. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. 12 . Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya. Antara puncapunca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya. Si anak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian. guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Menulis dan mengira dengan cepat. Akibatnya. Akibatnya.

Oleh itu. Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang mengalami masalah yang sama. Oleh itu. melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya. Oleh itu. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa. tumpuan perhatian. dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu. perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Sebaliknya. keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi 13 .Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana kebolehan berfikir. Umpamanya. perkembangan bahasa.dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya. pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

Penilaian psyho. Kini.educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain. keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran. Jika kanak -kanak itu disyaki menghidap sesuatu penyakit . Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal. 14 . doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya. 6.2 Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan maklumat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ). penyakit meningtis . Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik . ujian yang terperinci perlu dijalankan.kesulitan membaca dan menulis. kekok tangan masalah sawan . Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas. bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. perdarahan dalam otak .beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.

kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami anak.6. Lebih penting. termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa. terencat akal dan autisma. kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah. Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil. di kalangan murid yang menerima rawatan. didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah ADHD dan secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD dalam peringkat berbeza. lebih 50 peratus menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUM dengan lima sekolah rendah di Petaling Jaya. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada 15 . tetapi ia memberi banyak kesan negatif. masalah paling kerap berlaku ialah ADHD dan ADD. Gangguan Daya Tumpuan (ADD).3 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran 1) Attention Deficit Hiperactive Disoder (ADHD) Banyak masalah kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). “Masalah kurang daya tumpuan yang dialami menyebabkan kanak-kanak ADHD tidak dapat belajar dengan baik. walaupun ada ibu bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri. Pada peringkat awal. masalah pembelajaran (disleksia). Namun. Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai.

Akibatnya. Ibu bapa menganggap gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit mental. tidak mahu belajar. mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. • Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang ditunjukkan kanak-kanak. bezanya mereka tidak hiperaktif. Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja.pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering dilabel sebagai pelajar malas. Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk orang sakit jiwa.” katanya. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak normal lain. ada ibu bapa tidak tahu kewujudan pakar psikiatri kanak-kanak. suka menyendiri dan sukar menyiapkan tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa pakar untuk diberi rawatan sewajarnya. Malah.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak malas. Antara punca kelewatan ini ialah: • Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir. Tanda ADHD 16 . “Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD. • • Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka. Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga menimbulkan masalah lain.

Menghadapi masalah belajar. tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir. Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran. ini termasuk makan. Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran. mandi dan memakai pakaian. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama. mengeja dan mengira Tanda Hiperaktif 17 .Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. tetapi untuk mengesahkan seseorang kanak-kanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda di sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah. Tanda kurang tumpuan • • • Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari. • • Sukar menguruskan tugas dan aktiviti. terutama membaca. • Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu tugas. Bukan semua tanda ini ada pada kanak-kanak ADHD. Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya. Pelupa. • • • • Kerap hilang barang. Selalu mengelak.

Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah. Walaupun memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun. Mengapa perlu diberikan rawatan seawal mungkin? 18 . Sukar bermain sendiri. Sentiasa tidak sabar menunggu giliran. “ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada siapa tahu sebabnya.” katanya. seperti pusat beli-belah. terutama ketika beratur. tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi masalah. Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik. dan tidak mampu menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti. tetapi bukan dalam subjek pelajaran. tangan atau kaki bergerak (digoyangkan). Tanda impulsif • • • • • • • • Kerap menjawab sebelum soalan habis ditanya. Terlalu banyak bercakap.• Tidak boleh duduk diam dan jika duduk. ADHD antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam. Berlari atau memanjat yang keterlaluan. Malah.“Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja berkelakuan hiperaktif. Kerap mengganggu orang lain. Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada ‘motor’.“Mereka juga biasanya menjawab sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. tidak sabar menunggu giliran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru. tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif.

isteri yang akan menguruskan semua hal ehwal perniagaan. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka memandu laju. sikap bapa yang anti sosial dan masalah perkahwinan. Gangguan ini lebih sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah menjadi sebahagian kelakuan mereka. kawalan terlalu ketat. hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik beradik.ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik. perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. suka melanggar peraturan. 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun lamanya. semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan dan cenderung mengabaikan keluarga. Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD lari dari rumah. Jika berniaga. berkelakuan kasar serta mudah mengalami kemurungan. terutama ibu bapa yang sering memarahi mereka. Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah. 19 . melawan guru. Apabila bekerja. Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti sosial. panas baran. Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi. Selain itu. kemurungan ibu. terbabit dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda. Bagi pesakit remaja.

terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal. ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak. Kanak-kanak ADHD a) Tiga hingga lima peratus kanak-kanak mengalami masalah ini. usah melenting. c) Ciri-ciri kanak-kanak mengalami masalah ADHD:• • • • • • • Gelisah Tidak boleh duduk diam Tidak mengikut arahan Aktiviti motor yang keterlaluan Tahap toleransi yang rendah kepada kekecewaan Kesukaran dalam tumpuan (poor eye contact) Tidak ada hubungan mata dengan ibu/bapa/penjaga apabila meminta sesuatu. Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak seperti bermain. Lebih terdapat di kalangan kanak-kanak lelaki. bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mental kanak-kanak. Bagi guru kaunseling. bersembang. sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak. membaca atau tidur kerana melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal. b) Terlalu aktif sehingga mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak lain.Justeru. Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri. 20 .

d) Umur sebelum 8 tahun merupakan kekerapan berlaku ADHD dan akan berkurang selepas itu dengan episod yang lebih singkat. Rawatan Ubatan • Untuk mengurangkan aktiviti keterlaluan dan membantu dalam member tumpuan. 2. e) Masalah dalam memberi tumpuan mungkin berterusan sehingga meningkat remaja dan dewasa. Ulang arahan dengan tenang dan cara yang positif 7. 21 . mudah dan konsisten 6. pendek. 5. sabar dan konsisten 3. Terapi Tingkahlaku • Beri maklum balas positif kepada kanak-kanak kerana tuas yang berjaya dilakukan. Menggalakkan ibubapa untuk menyediakan rutin yang sesuai di rumah dan tetapkan masa. Sediakan persekitaran yang tenang dan teratur 2. Mesti tegas. Arahan mesti jelas. Aturkan tugasan dengan jelas 4. Pastikan anak selesa untuk meminta bantuan RAWATAN 1. INTERVENSI AWAL (LANGKAH-LANGKAH AWAL) 1. Memuji jika kanak-kanak ini dapat berhenti dan memikir mengenai sesuatu tugas walaupun belum memulanya.

Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan.pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual. Latihan Hubungan Mata (Eye Contact) 5. pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. artistik. kreativiti. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Defenisi bagi Negara Kanada. Latihan Kemahiran Sosial(Social Skills & Training) 6.3. lukisan atau seni persembahan.Di England. Ciri-ciri positif dari aspek fizikal. serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Intervensi Tingkahlaku 2) Pintar Cerdas Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat. Latihan Tumpuan (Attention Training) 4. kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan. psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas: Pengamatan tinggi 22 .pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka. maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak. muzik .

keadaan situasi atau sesuatu acara Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut Menerima infomasi dengan pantas Selalu diandaikan seperti span.Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang Keinginan untuk tahu tinggi Ingin mengetahui semua hal seperti objek. idea.menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak Ingatan yang tinggi Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat Mungkin dapat membaca lebih awal Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun Kerap membaca serta meluas Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas Tatabahasa yang tinggi Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik 23 .

masalah-masalah berkaitan populasi dunia. perjalanan galaksi.Tahap penumpuan yang lama Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran Kebolehan menyelesaikan masalah Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi Suka bertanya dengan lebih teliti Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku Keupayaan imaginasi yang tinggi Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sebagai contoh.isu-isu alam sekitar Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain Bersemangat dan bertenaga Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian 24 .

Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakanrakan sebayanya langsung tidak memahami Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna Perkembangan asynchronous Perkembangan fizikal intelektual. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Mereka boleh mempengaruhi 25 . Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya. emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya.

mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. pencemaran. 3) Sindrom Down Mempunyai karakter fizikal yang boleh dikenal pasti dan keintelektualan yang terhad disebabkan oleh ketidaknormalan pada pasangan kromosom ke 21 Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina 1 : 1000 ke 1 : 1100 PUNCA-PUNCA SINDROM DOWN Keabnormalan hormon Jangkitan Virus Genetik (5%) Peningkatan usia ibu / bapa(Lebih 85%) CIRI-CIRI SINDROM DOWN Sifat pada kepala. Mereka ini memerlukan datadata yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. kebuloran. ketidak adilan dan keganasan. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif .orang lain.muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauhdan belebihan Sifat pada tangan dan lengan Jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah 26 .

2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) – bayi mengalami masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirsprung Disease” Masalah perubatan yang lain Hypothyrodism – kurang hormon tiroid Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80% bermasalah pendengaran Sebahagian kecil leukimia Peringkat Perkembangan 0 -3 Bulan Perkembangan motor kasar dan rangsangan Boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan Rangsangan boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya Perkembangan motor halus dan rangsangan Perkembangan – semasa dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan “simian crease” Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki agak jauh terpisah Tapak kaki biasanya leper Sifat pada otot Biasanya otot lemah menyebabkan mereka menjadi lembik Lewat dalam perkembangan motor kasar Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan Masalah Jantung Masalah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) – Masalah jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan Patent Ductus Ateriosis (PDA) – salur ateriosis yang berkekalan Masalah Usus Salur esofagus yang tidak terbuka – semasa berumur 1.Diakhir 3 bulan bayi boleh memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian 27 .

melepaskannya Rangsangan – mengusap belakang telapak tangan bayi dengan jari kita Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan .Digalakkan memasuki 28 .hilang ingatan dan hilang kemampuan mengurus diri Pihak yang dapat membantu anak Sindrom Down Ibubapa – kasih sayang dan perlindungan Doktor perubatan keluarga – Khidmat nasihat.Bunyi akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas Rangsangan – Bercakapcakap dan memberi senyuman kepada bayi Jika bayi tidak menunjukan tindak balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah pendengaran Jangka hayat Pada tahun 1929 hanya 9 tahun Tetapi kini dengan kemajuan teknologi perubatan.bayi berumur 6 minggu ke atas mula mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.pendaftaran dan kemudahan kewangan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan(NGO) – Khidmat nasihat dan sokongan Pilihan rawatan dan sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down Peringkat 0 – 2 tahun :.Bayi mula mengeluarkan suara dengan tangisan.sokongan dan dorongan Pakar kanak-kanak – Kepakaran dalam masalah berkaitan Jururawat Masyarakat – Perkhidmatan perawatan Jurupulih anggota.hospital dan PDK Peringkat 5 – 6 tahun :.jurupulih cara kerja dan jurupulih pertuturan – Latihan pemulihan Guru / pendidik – Memberi pendidikan Masyarakat dan sukarelawan yang prihatin Organisasi yang dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down Jabatan Kesihatan – Perkhidmatan dan rawatan Jabatan Pelajaran – Pendidikan dan penempatan persekolahan Jabatan Kebajikan Masyarakat – Kemudahan PDK.Pemulihan di klinik tempatan atau hospital Peringkat 3 – 4 tahun :.Kanak-kanak boleh dibawa menghadiri pusat pemulihan di klinik tempatan.jangka hayat sehingga 50 tahun dan ke atas Diusia lebih 40 tahun keupayaan badan akan tuirun.

tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik.Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah. melalui boneka. Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan 29 .Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan. Khas Peringkat 13-18 tahun :.Boneka pilihan atau kesayangan. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka. berkelakuan pelik.Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. 4) Autisme Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. dapat dijadikan pendorong. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui.Ke sekolah Menengah Integrasi Peringkat 18 tahun ke atas:-Dihantar latihan vokasional Peringatan kepada ibu bapa: Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru. asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri. degil. khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’.Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.TADIKA biasa atau meneruskan pemulihan di klinik. Mereka perlu bergaul.hospital dan PDK Peringkat 7 – 12 tahun :-Ke sekolah Integrasi P. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal. anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri. sama ada tidak mengendahkan orang lain.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh. malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Tidak mampu bersosial — Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan.. emosi.Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza.Tidak menghiraukan orang lain. perasaan dan pemikiran orang lain. kecuali diri sendiri. empat atau lima orang bagi 10. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah a. Mereka berkongsi masalah sama.. tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. biasanya berkaitan minat.Susah bekerjasama..Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.Pun begitu.Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. berkongsi atau menunggu giliran. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat.Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. komunikasi. Daripada jumlah ini. bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein..000 penduduk negara kita menghidap autisme. menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:.Kelihatan tidak sensitif pada keperluan.Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain.Lebih suka bermain sendiri. ada masalah berinteraksi. aktiviti dan perangai. Bela Bartok dan Bill Gates.. 30 . kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang..sosial.000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling.Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang). berkomunikasi dan tingkah laku.

.Mungkin mengulang perkataan sama....Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk.. contohnya terhadap peta.Tidak boleh duduk diam. peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.Sukar memulakan percakapan.... Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan. c. tetapi tidak faham maksudnya.Menunjukkan minat pelik.Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)..Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Lebih mengecewakan. Masalah tingkah laku.Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan..Lambat bercakap. Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi .Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk.Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai 31 . bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan..b..Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. marah-marah.Sangat sensitif terhadap rasa.Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot. d.Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa. ia sangat mudah dikesan. agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom).Walaupun autisme belum ada penawarnya. kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia. biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun. bermain dengan kanakkanak lain. Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh. Berdasarkan kajian. ibu bapa boleh 32 . Stephen Underwood. masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. lebih awal masalah anak dikesan lebih baik. mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan. individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi. terutama kemahiran sosial dan pengurusan. Bagaimanapun. pemikiran dan tidak pandai bersosial. cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik.“Bagaimanapun melalui pendidikan betul. beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.bodoh.Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan.Panduan membentuk hubungan sosial.Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul. boleh belajar di sekolah biasa. Katanya. termasuk menguruskan diri sendiri. perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan. berlagak dan lebih susah berkawan. galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan. Mereka mungkin jadi sombong. ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain.“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.” katanya.“Kanak-kanak 33 . ada saja kesalahan yang mereka dilakukan.“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak.Pada umur sembilan hingga 13 tahun.Sebagai ibu bapa. terutama perempuan. Kanak-kanak autisme. terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya. dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah. galak anak menjadi peramah dan mudah didekati.Pada masa sama. terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).menjemput kawan datang ke rumah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar. Sebaliknya. ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.“Setiap kali cuba berkawan. Ini membuatkan anak berasa diterima. anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak. lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.

” katanya. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. cepat resah.autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah.“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes. mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.Perlu diingat. bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia. 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa. bacaan. 5) Disleksia Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain. diantaranya ialah:• Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan • • 34 . kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor. Rata-rata berasa rendah diri. tidak memperolehi kemahiran bahasa. merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges. menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology.

Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak. SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA? Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi 35 . menulis. jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. Jenis-jenis Disleksia Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. membaca. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya. selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. 1996 dan Spaafford dan Grosser. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Keturunan atau genetik Kebanyakan kes. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio .PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer. terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalahmasalah yang sama. 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.1996.menyembunyikan perkataan. antara punca-punca disleksia ialah. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15. Hammond dan Hughes. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia 36 . Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. 1997.

Kemahiran membaca.Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : . berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak Sekolah Rendah : 6 hingga 9 tahun .CIRI-CIRI DISLEKSIA Kanak-kanak pra-sekolah : .Kesilapan membaca.Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun .Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri .Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks . menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan. huruf dan nombor .Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah .Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari .Sifat ingin tahu tinggi.Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak 37 .Tidak merangkak semasa bayi .Suka mengganti perkataan dan hiperaktif .Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang .Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah .Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan .Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan . mengeja dan lemah dalam kefahaman .Keliru dengan kiri dan kanan .Menggunakan jari untuk mengira dan membaca .

Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti. m – w y –g – j u – n m – n c–ep–qh–nb–d Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti t–hf–v Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan.Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten . Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca.Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan .konsisten .Jenis orang yang suka senyap .Kesukaran menulis karangan . Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad.Kesukaran mempelajari bahasa lain . Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada.Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral . Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu – tuba 38 .Kurang kemahiran bersosial MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama – dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam – jem cat – cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama.Gula – lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut : 3–5–8 39 . Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi.

kanan. bawah serta pengamatan yang lemah LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA .9–6 Masalah fizikal.Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi .Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika . pengurusan diri dan sosial .Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni . kiri. pandai 6) Epilepsi (Sawan) Rawatan Efektif Epilepsi Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang.Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri .. .Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus. kidal dan pandai mengikat tali kasut . atas.Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju. epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani 40 . belakang.Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik . .Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa .Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh .Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan.Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya .

Doktor mungkin mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dalam otak.kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit. Ini termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya. Oleh itu. tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit. Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak. terutama jika pesakit tidak sedarkan diri. doktor akan mencadangkan beberapa pilihan rawatan.Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan. menyediakan imbasan imej otak.Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan. Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan. yang. tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI). dalam bahasa mudahnya. Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat tambahan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan).Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka 41 .

Oleh itu. maka semakin besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan lebih 50 peratus kanak. 50 hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan. pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan berlesen. atau rawatan herba. ubat yang dibeli di kedai. Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang. serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit. pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan.Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain. tahap IQ dan isu kesihatan. doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.Untuk hasil rawatan terbaik. pesakit tidak akan lagi 42 . Bagi pesakit dewasa pula.Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama dengan menjalani rawatan yang betul. Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan.bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya. bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. walaupun apabila mencecah usia dewasa. Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan.terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. tumor atau punca-punca lain. Terdapat bahan.Bagi rawatan berkesan.kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit itu. dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain. 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil ubat. Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan ubat anti-sawan. seperti serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan. Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda. umur pesakit dan jantina.

malah bercakap mengenai pemanduan.VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab. tetapi juga turut merangkumi keseluruhan ‘isu-isu mengenai kehidupan’ seperti pendidikan. Oleh itu. aktiviti sukan. masih ada risikonya. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. tetapi ia hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam otak. Saraf vagus menyambung otak ke jantung. soal perkahwinan dan mengandung. kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh “diubati” melalui pembedahan. yang merangsang saraf vagus. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak sesuai dilakukan. maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya dan menjalani rawatan pilihan yang lain. pekerjaan. manakala bagi yang lainnya. jumlah serangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya. Alat ini menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval).Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal). Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja mengenai penyakit sawan yang dihidapi dan butiran perubatan.Bagaimanapun. paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada pesakit. dalam mana-mana pembedahan.Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS) adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi. kehidupan sosial.mengalami sawan. 43 . Keberkesanan pembedahan berbeza. ada pesakit bebas sepenuhnya daripada serangan sawan selepas pembedahan. Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas menjalani pembedahan.

bateri yang dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.Jangkitan dalam rahim . kaedah rawatan ini mungkin mahal. tambahan pula.Kelahiran tidak cukup bulan 44 . kurang darah ketika mengandung . Ia bertujuan untuk mengekalkan ‘tahap lapar’ (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Sebelum Kelahiran .dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga). Bagaimanapun. yang menunjukkan badan sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran .Satu lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik. Bila badan dalam keadaan berpuasa. 7) Cerebral Palsy “CEREBRAL” ialah OTAK“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”.Ibu mengalami darah tinggi. yang kaya lemak dan rendah karbohiderat. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum. Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. kancing manis.

Sembelit .Demam kuning. Tanda-tanda : .Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning . penderaan dan penganiayaan fizikal. . .Terhentak / terhempas / kejutan.Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama. merenggek.Rembesan (intraeraneal bleeding). Punca-punca : .Perkembangan otak yang tidak normal.Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan. kaum. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina.Bayi kelihatan lembik . .Lemas semasa lahir . .Jaundis yang teruk (kemicterus) .Masalah menyusu .Menggunakan sebelah tangan (hand preference) . .Cepat marah Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy 45 . meragam.Lewat perkembangan .Kecederaan semasa lahir .Jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) . tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas .Kerap menangis.Serangan kuman / penyakit.. umur ibu atau latar belakang sosial.

Atxia .Masalah mengenai pernafasanMasalah mangenai pemakanan.Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). bergantung kepada kadar 46 .Sawan (epilepsy). berdiri dan berjalan. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis. 11 bulan mula merangkak. 1 – 3 tahun.Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru.Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Ataxia.Belum boleh bercakapAkibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :.Kecacatan gigi. 8 tahun .1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot.Rencatan pendengaran. warna dimukanya kembali cerah semula.Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap.Athetoid .Kecacatan anggota. duduk mengesot dan sebagainya. kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis 0 – 1 bulan. Selain daripada itu.Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk.Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula.Rencatan penglihatan.Rencatan akal (kurang kecerdasan)Kerencatan pertuturan. Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik. tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak. Athetoid) Spastic . Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut. Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.masalah untuk buang air besar atau kecil.

kecacatan mereka akan bertambah teruk. jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Jikalau. Oleh kerana itu. kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic 47 . Athetosis dan Ataxia. Biasanya. Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama. Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. sekiranya umur mereka lebih muda. Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Oleh itu.Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga. Contohnya. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity.kepintasan yang dialaminya. namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Tetapi. mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka. kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist. sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist.

Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal. harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh. Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat. menelan dan mengunyah 48 .bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. gaya dan keseimbangan. kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. pengetahuan dan sensasi.Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan. Basal Ganglia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap.

Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.Masalah tidur.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. sentiasa tidur.Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.Masalah pertuturan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Reaksi yang tidak normal Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi.Masalah pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia). tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. 49 .Masalah pendengaran. pernafasan mereka menjadi kencang dan bising. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula. Masalah penglihatan.Kanakkanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum.Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur. cahaya dan sentuhan.makanan. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya. tidak mengenali ibu bapanya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful