You are on page 1of 6

Perancangan Keluarga

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio. Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Pil pencegahan hamil (OCP) Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD) Implan pencegah kehamilan Suntikan pencegah kehamilan Topi serviks Diafragma Kondom untuk wanita Kondom untuk lelaki Megikat tiub Vasektomi Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi) Pengunduran Menyusukan • Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:

1. Pil pencegahan kehamilan
(i) Pil pencegah hamil campuran - Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron). - Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus. - Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit. - Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya. - Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan. - Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik - Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera. - Peratus kegagalan: 0.1% (ii) Pil progesteron sahaja (pil mini) - Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron - Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi. - Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil. - Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran. - Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti. - Peratus kegagalan: 2% (iii) Pil pencegah hamil kecemasan - Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom. - Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks. - Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain. - Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi. - Contoh: Postinor

Peratus kegagalan:< 1% (ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System) .Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan. .Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan. . Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus. berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan. Implan pencegah kehamilan (Implanon) • • • Implanon adalah alat seperti batang mancis.Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.Kelebihan IUCD kuprum ialah.. . Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD) • IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku. . Ianya menghalang ovulasi.Peratus kegagalan: 0.1% kembali ke atas 3. .Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.Peratus kegagalan: 5% . Ianya dimasukkan oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan. aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan. . Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti. dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan embrio.Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio. . pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin) Terdapat 2 jenis IUCD • • (i) IUCD Kuprum . kembali ke atas 2.

Ia perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi. Suntikan di berikan di punggung. Contoh: Depo Provera Peratus kegagalan: 1% kembali ke atas 5. Aliran haid menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang. Ia mesti dipasang oleh doktor. Oleh itu.• • • • Ianya boleh bertahan selama 3 tahun. Peratus kegagalan: 20% kembali ke atas 7. Peratus kegagalan: 20% kembali ke atas 6. Peratus kegagalan: 20% . Ia mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada diafragma. Dengan ini. Kondom untuk wanita • • • • • Ia diperbuat daripada (polyurethane). Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang). Topi Serviks • • • • • • Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang secocok dengan serviks. Suntikan pencegah kehamilan • • • • • • Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran. Selepas tamat tempoh 3 tahun. ianya mesti diganti dengan yang baru. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali. Ia perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam. Ianya mesti dimasukkan oleh doktor. Lebih mahal berbanding kondom lelaki. Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks. Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim. Diafragma • • • • • Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke dalam vagina supaya menutupi serviks. sperma akan di halang dari memasuki serviks. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya. Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual. Peratus kegagalan: < 1% kembali ke atas 4. Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks. Boleh menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. sperma akan dihalang dari memasuki serviks. Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan.

Vasektomi . Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim. Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid. Kondom untuk lelaki • • • • Diperbuat daripada getah. Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual. Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm akan dibuat pada pusat. Ianya tidak boleh dipulihkan. Peratus kegagalan: <1% kembali ke atas 10. Peratus kegagalan: 4%-10% kembali ke atas 9. Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub. plastik (polyurethane) atau membran semulajadi. Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.kembali ke atas 8. Anda perlu pasti bahawa anda tidak mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi. 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin. Mengikat tiub • • • • • • • Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur.

kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan. Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari. anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat. Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit. Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan. Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi) • Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina. • • • . (Hari pertama adalah hari pertama datang haid). Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan. eratus kegagalan: <1% kembali ke atas • • • • • • • 11. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini. Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Dalam erti kata lain. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang. Ianya tidak boleh dipulihkan semula.• Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens. Maka. Walaubagaimanapun.

Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma. Pengunduran • • • • • Tekni ini memrlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi. Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks. Ianya berkesan sekiranya anda menyusukan bayi anda sepenuhmya (tanpa sebarang makanan tambahan kepada bayi anda) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan sebelum datang haid kembali. Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi anda sudah mula mengambil makanan pepejal. Mukus biasanya kurang melekit. Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh lelaki. oleh kerana lelaki berejakulasi di luar vagina maka. (i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku. kembali ke atas • . Menyusukan • • Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan haid. Peratus kegagalan: 20% kembali ke atas 12. lebih berair dan berbau semasa ovulasi berlaku. Peratus kegagalan: 20% kembali ke atas 13. (ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. semen tidak memasuki vagina.Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi.