You are on page 1of 11

1 PANDUAN RINGKAS UNTUK MEMBUAT TUGASAN INDIVIDU

Catatan: Berikut adalah contoh penulisan akademik untuk dijadikan panduan oleh semua pelajar untuk membuat tugasan individu Sila ambil perhatian: i. Nota kaki (foot note) ii. Gunakan sistem pernomboran untuk setiap isi iii. Sila gunakan topik dan sub-topik untuk setiap isi perbincangan iv. Topik utama (huruf besar-bold) dan sub-topik (huruf kecil-bold) v. Petikan bahasa Inggeris (italic) vi. Sila lihat perbezaan di antara rujukan nota kaki dengan rujukan-jangan keliru vii. Guna lampiran jika perlu seperti gambar, petikan akhbar, peta dan sebagainya

Kepada semua pelajar di bawah seliaan saya, selamat mencuba

selamat maju jaya dan terima kasih daripada: Dr. Adnan Jusoh

CONTOH TUGASAN Lihat di muka surat berikut…………….

sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang sedang menerima pengaruh peradaban Barat. Belanda dan Amerika Syarikat. aspek pembangunan telah dianggap sebagai moden ataupun kapitalisme Barat. Masyarakat Tanah Melayu beransur-ansur berubah meninggalkan ciri-ciri tradisionalnya dan menuju ke arah menjadi masyarakat moden. Khoo Kay Kim seorang ahli sejarawan menyifatkan. Pembangunan ekonomi pada zaman penjajahan telah memberi kesan terhadap sistem sosial di Malaysia melalui dasar-dasar yang yang dilaksanakan oleh pihak British. politik. Sungguhpun penjajahan Portugis dan Belanda mempunyai kesan yang sedikit sahaja ke atas struktur sosial tradisional. Sistem ekonomi kapitalis membawa beberapa ciri asas dari segi modal.1 1 Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. buruh dan pengusaha yang sama sekali berbeza dengan sistem ekonomi masyarakat tradisional. Selangor. Perkembangan ini telah melahirkan bentuk ekonomi dualisme. Dalam konteks masyarakat pada zaman penjajahan. sosial dan budaya masyarakat negara ini. British menekankan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport khususnya perlombongan bijih timah dan perladangan getah yang lebih mendatangkan keuntungan. industri dan maju. Pembangunan ekonomi yang dilaksanakan pada zaman penjajahan adalah bertujuan untuk mencari keuntungan dengan mengeksploitasi sumber-sumber semulajadi di Tanah Melayu dan keadaan ini telah menjadi dasar penaklukan penjajah. matlamat ekonomi merupakan tujuan utama kedatangan penjajah British di Tanah Melayu selain bersifat persaingan dengan kuasakuasa penjajah lain seperti Perancis.2 BINCANGKAN KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI ZAMAN PENJAJAHAN DI MALAYSIA TERHADAP SISTEM SOSIALNYA 1. . hlm. 2001. 147.0 PENDAHULUAN Kedatangan Portugis pada tahun 1511 telah memulakan era penjajahan di Tanah Melayu. iaitu ekonomi saradiri dan ekonomi komersial. Penjajahan Portugis telah kemudiannya diganti oleh Belanda pada tahun 1641 semasa Belanda merupakan kuasa yang dominan di Selat Melaka.. Sejarah Malaysia. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 pula memulakan corak dominasi dan pengaruh British. Pada tempoh ini. Sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat. kompleks. tetapi kedatangan British telah menyebabkan berlakunya perubahan yang besar dan signifikan dalam konteks perubahan dan pembangunan ekonomi. 2. Bhd. Fajar Bakti Sdn.0 PEMBANGUNAN EKONOMI YANG DILAKSANAKAN OLEH BRITISH Tempoh pertengahan abad ke-19 telah memperlihatkan perubahan ekonomi yang penting di Tanah Melayu. Ekonomi komersial melibatkan pelaburan besar iaitu modal dari luar negeri di samping modal tempatan terutama dalam bidang perusahaan yang baru iaitu perlombongan dan perladangan.

Begitu juga industri tempatan yang bercorak tradisional tidak dibenarkan berkembang. 2002. pengeluaran getah dan melombong bijih. Syarikat ini berjaya menarik pengusaha-pengusaha lombong yang tidak dimodali oleh pemodal Cina dan lombong-lombong besar. Ekoran daripada Dasar Imigrasi yang diamalkan oleh British maka wujudnya eksploitasi buruh terutama melibatkan buruh Cina dan India. British mengamalkan dasar pecah dan perintah dan pemerintahan. Begitu juga dengan Syarikat Straits Trading Company yang merupakan perusahaan melebur bijih timah. hlm. kesan ekonomi yang utama akibat penjajahan British ialah pertumbuhan ekonomi duaan. Banyak cawangan bank-bank asing ditubuhkan di pusat-pusat kegiatan ekonomi utama di Tanah Melayu seperti di Singapura.193. Teknik pengeluaran dalam sektor ini bersifat tradisional dan hampir tidak menerima kesan campur tangan penjajah. Salah satunya ialah United Engineers. Dengan demikian kemasukan buruhburuh asing terutama daripada India dan China adalah dialu-alukan oleh pentadbiran British. Utusan Publications & Distributors Sdn. Pada pihak yang lain pula ialah sektor ekonomi tradisional pertanian atau sektor tani. Sejarah Malaysia (1800-1963).2 Pada tahun 1936. Apabila British menegakkan kawalan politik di negeri-negeri Melayu adalah menjadi matlamat British untuk memupuk kesetabilan politik melalui pengenalan sebuah pentadbiran ala Barat yang akan menggalakkan perkembangan ekonomi. Pada satu pihak terdapat sektor ekonomi perindustrian moden penjajah yang memberi tumpuan kepada perdagangan moden. penggunaan tenaga buruh murah dari luar dan penimbaan bahan-bahan semulajadi. yang merupakan syarikat perkilangan yang terawal di Tanah Melayu. Ini akan dapat dicapai melalui galakan pelaburan British atau asing. perusahaan perkilangan yang berkaitan dengan getah dan bijih timah mula berkembang dan banyak kilang yang telah didirikan untuk tujuan itu. Kuala Lumpur. Industri yang digalakkan pertumbuhannya ialah yang berkaitan dengan ekonomi asing.3 Menjelang lewat tahun-tahun 1920-an. ekonomi eksport. Syarikat Bata telah dirikan di Klang. Pada awal abad ke-20. Justeru itu wujudnya pola-pola perbezaan ekonomi mengikut kaum. Ditambah pula dengan Dasar Imigrasi yang diamalkan oleh British. Hasil utama sektor ini ialah padi dan hasil laut sungguhpun terdapat tanaman getah secara kecil-kecilan. Institusi kewangan dan bank ini berfungsi memberikan kemudahan kredit kepada syarikat swasta dan individu untuk tujuan pelaburan yang digunakan untuk membuka dan Mohd Isa Othman. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan di kawasan perlombongan dan ladang-ladang getah. Penjajahan British juga telah memperkenalkan sistem ekonomi moden berasaskan penggunaan wang. Keadaan ini telah mewujudkan institusi kewangan dan bank-bank di Tanah Melayu. iaitu dalam pengertian ekonomi yang mempunyai dua orientasi dan tumpuan kegiatan yang berbeza antara satu sama lain. Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. bahkan sering menghadapi kesulitan ataupun diabaikan langsung. Selangor oleh seorang pengusaha Eropah. Bhd. 2 .

salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kolonial yang mempengaruhi kegiatan ekonomi orang Melayu ialah system pendaftaran tanah. 241.Y. L. Pada masa lalu para petani boleh mengerjakan tanah secara bebas. struktur.3 Terdapat kegitan membina jalan raya di negeri Pantai Timur dan Johor pada tahun 1930-an. Pada tahun 1901. Bank juga memudahkan urusan import dan eksport. 6 5 Malaysia Kita. Wan Abdul Kadir Wan Yusof. Kerajaan British juga mengantikan sistem politik tradisi dengan sistem birokrasi dalam menjalankan urusan pentadbiran mereka di Andaya. landasan-landasan itu bercantum untuk membentuk Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. selepas kedatangan British pihak kolonial telah memperkenalkan system pendaftaran tanah iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Torrens yang mana ia berasaskan ciri-ciri pemiliknya kekal.4 Selain daripada itu. hlm. dipinda milik dan tidak meyekat penjualan tanah. B. Masyarakat Melayu.. Kuala Lumpur. mereka hanya perlu meminta kebenaran daripada pembesar daerah.5 Namun begitu. Sejarah Malaysia.W & Andaya. boleh dipusakai. Sebaliknya pihak kolonial telah membayar gaji tetap kepada golongan pemerintah tradisional. Chartered Bank pada 1857 dan Hong Kong dan Shanghai Bank pada 1894. organisasi dan manifestasi. Macmillan Publication (M). Antara tahun 1885 hingga 1895. 1983. . 115. Manakala bank temapatan yang pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur pada 1913. hlm. 4 3 ibid. empat landasan keretapi yang berjarak dekat telah dibina untuk menghubungkan bandar pelabuhan dengan lombong bijih timah di Pantai Barat Semenanjung dan jalan raya dibina untuk menghububungkan lombonglombong itu dengan landasan keretapi yang baru itu. hlm. Antara bank yang ditubuhkan ialah Mercantile Bank pada 1857 di Pulau Pinang. Pihak penjajah juga telah berupaya mengembangkan sektor ekonomi kerana para pedagang pada masa itu telah tertarik kepada dasar perdagangan bebasnya dan suasana ekonomi yang lebih teratur yang telah diwujudkan itu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Taib Osman (peny).4 memajukan perusahaan bijih timah dan getah.388.6 Pegawai-pegawai British juga telah mengambil alih tugas pembesar dalam pentadbiran dan memungut cukai. Sistem ekonomi orang Melayu. sebahagian besarnya dalam kawasan yang tiada khidmat keretapi yang membolehkan banyak hasil pengeluaran untuk eksport diangkut melalui jalan raya. 1989. Kuala Lumpur. 1991. Perkembangan sektor ekonomi telah pula membentuk desakan untuk membina sistem pengangkutan yang lebih cekap untuk melicinkan lagi pengangkutan barangan yang hendak dieskport. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Sistem ini telah menggantikan peraturan penggunaan tanah mengikut undang-undang adat melayu. Bank of Malaya di Ipoh pada 1920 dan Ban Hin Lee di Pulau Pinang.

hlm. Hal ini pula menimbulkan masalah sosial lain seperti kemiskinan di sektor desa dan di kalangan penduduk golongan tertentu di bandar. masalah pemilikan dan penguasaan tanah. Dalam tahun 1911 orang Melayu masih membentuk golongan majoriti atau melebihi daripada 53 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.. Perubahan dan perkembangan yang telah diperkenalkan oleh pihak British itu telah mula menghasilkan dua perubahan penting dalam struktur masyarakat Tanah Melayu. Kebanyakan orang Cina tertumpu di kawasan-kawasan yang telah maju terutama di bandar-bandar di barat semenanjung Tanah Melayu. Sementara itu orang Melayu kebanyakannya kekal di kawasan asal mereka di tepian sungai dan kampung-kampung. Tetapi bilangan golongan perantau Cina dan India telah melebihi bilangan penduduk keturunan Melayu dalam tahun 1931 dan pada tahun 1941 mereka membentuk hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Utusan Publication & Distributors Sdn.372. estet dan sektor perkhidmatan ataupun perniagaan. Orang-orang India pula tertumpu di kawasan ladang-ladang getah. Ini menghapuskan sistem pemerintahan dan corak organisasi tradisi. Sementara itu peningkatan penduduk Melayu atau bumiputera agak perlahan. masalah pemilikan kekayaan negara oleh pihak asing. Menurut R. bahkan juga telah menimbulkan masalah berkaitan dengan hubungan etnik. . Untuk mengendalikan kegiatan sektor ekonomi eksport. Galakan kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ini telah mengasaskan pembentukan masyarakat majmuk..5 peringkat negeri. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Perubahan pertama ialah pembentukan masyarakat majmuk (plural). Komposisi penduduk Tanah Melayu berubah dengan pesat berikutan dengan kemasukkan golongan perantau Cina dan India. terutama dalam bidang ekonomi dan politik. Sejarah sosial masyrakat Malaysia. Buruh Cina dan India ini bekerja di lombong. kurang pembangunan di sektor tertentu. Dalam jangkamasa 1911 hingga 1931 jumlah penduduk Tanah Melayu meningkat melebihi 76 peratus. Kuala Lumpur. 8 7 Malaysia Kita.0 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP SISTEM SOSIAL Antara masalah yang diwarisi oleh pemerintah tempatan pada tahun 1957 ialah masalah eksploitasi pihak penjajah ke atas penduduk tempatan. daerah dan mukim. Azmah Abdul Manaf.8 Kebanyakan golongan perantau tertumpu ke Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. penganggguran. 2001. masalah kekurangan infrastruktur yang hanya terdapat di kawasan yang boleh mendatangkan keuntungan. Emerson. 61. Bhd. hlm. Cuma di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu bilangan mereka kurang daripada penduduk Melayu.7 3. penjajah telah menggalakkan kemasukan buruh Cina dan India. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak penjajah British bukan sahaja menyebabkan kegiatan dan fungsi ekonomi terbahagi mengikut garisan perkauman.

10 1 11 Azmah Abdul Manaf. serta dalam masa yang sama British telah mengiktirafkan. Kesemuanya ini turut menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang bagi Semenanjung Tanah Melayu. British mempunyai muslihat untuk membiarkan orang Melayu dalam kemunduran. Sejarah sosial masyrakat Malaysia. hlm. Kuala Lumpur.9 Dasar ekonomi British memberi kesempatan yang luas untuk golongan perantau bagi menimba kekayaan dan mereka berjaya menguasai sektor perdagangan dan perniagaan termasuk runcit. pelancaran Akta Tanah Rezab Orang Melayu pada 1913 dan Enakmen Kawasan Padi 1917 sama-sama menyebabkan orang Melayu kekal terikat dengan tanah dan aktiviti pertanian. Petempatan mereka juga masih dikekalkan di kawasan pedalaman dan pinggir Bandar. Malaysia. Dasar British untuk mengekalkan status quo masyarakat Melayu tradisional sebagai petani dan nelayan. Keadaan pengasingan atau pemisahan pekerjaan mengikut etnik diperkukuhkan dengan penyisihan orang bukan Melayu iaitu Cina dan India dari sektor perkhidmatan awam dan pentadbiran yang dikhaskan perjawatannya kepada orang Melayu dan orang British. Dalam struktur kolonial peranan mereka ada lah sebagai pengeluar bahan makanan. Emerson. 71 . Orang Melayu ketika itu tidak melihat bahawa kemajuan dunia sebagai satu perkara yang harus direbut sebaliknya mereka berpegang kepada konsep qadak dan qadar. Masyarakat peribumi juga dianggap asing terhadap perusahaan dan 9 R. perniagaan dan perladangan. tidak ramai orang Melayu yang berminat untuk bekerja sebagai buruh dalam sistem ekonomi moden yang diperkenalkan oleh British."10 Akibatnya. hlm. Mereka merasakan keadaan yang dinikmati itu sudah mencukupi dan selesa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Masyarakat Melayu sebaliknya tertinggal di belakang dan mereka tidak digalakkan untuk menceburi diri dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang menguntung saperti pertanian komersial dan perladangan getah. ibid. memelihara dan memperkukuhkan lagi hierrarki struktur social masyarakat Melayu. Di samping itu juga. Keadaan ini dapat dijadikan alasan babawa orang Melayu perlukan perlindungan dan peranan British adalah sebagai "pelindung. Keengganan orang Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. and they have known how to make good use of it. 22.11 Disebabkan sikap inilah menyebabkan ada pendapat yang menyatakan Melayu malas dan tidak peka dengan perubahan sekeliling.6 The Chinese have been given virtually free rein in it by the British in all spheres except the political. Sementara itu orang-orang Cina dan India diberikan peluang untuk terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi terutamanya di sektor perlombongan. sebahagian besar orang Melayu kekal sebagai petani dan nelayan di kawasan desa sementara anak-anak bangsawan Melayu dan golongan DiRaja Melayu menikmati peluang menjawat pekerjaan dengan penjajah British.

sering timbul masalah kekurangan tanah disebabkan bilangan penduduk bertambah sedang keluasan tanah sawah tidak bertambah. Bhd. Jabatan Penerbitan Universiti Malaya. Di Perak. namun sebahagian besar kegiatan itu masih mempunyai kaitan dengan pertanian dan kebanyakan orang Melayu masih tetap tinggal di luar Bandar.. Pada tahun berikutnya. 105-106. 1 15 Ahmad Nazri Abdullah. Orang Melayu: Masalah dan masa depan. sepanjang tahun 1912 sebanyak 961 hak milik orang Melayu telah dijual kepada orang bukan Melayu. Penjualan tanah di kalangan orang Melayu ini. hlm. Dlm.15 1 12 Syed Hussein Alatas. Mitos peribumi malas. Pindah-memindah milik tanah melalui jual beli sudah menjadi satu perkara biasa. Sejarah masyarakat Melayu moden. 205 1 13 S. estet dan organisasi sektor moden yang lain. Selain daripada itu. Kuala Lumpur. membekalkan beras dan makanan lain yang diperlukan oleh penduduk bandar terutamanya dan penyertaan mereka sebagai pekebun kecil bagi tanaman untuk eksport. unsur-unsur ekonomi kewangan yang meresap ke kampung telah mengakibatkan beberapa kesan buruk. hlm. Undang-undang tanah simpanan Melayu. Kuala Lumpur. 1 14 ibid. beberapa peluang telah dibentuk untuk penyertaan golongan Melayu dalam bentuk-bentuk baru kegiatan ekonomi. Dewan Bahasa dan Pustaka.7 perniagaan. di kawasan pertanian padi terutamanya. Oleh kerana terdesak dengan keperluan wang. Melalui sistem ekonomi moden berasaskan penggunaan wang yang diperkenalkan oleh pihak kolonial masyarakat Melayu secara tidak langsung terlibat sama dan merasa kesan pelaksanaan ekonomi tersebut. 1985.416 bidang tanah dijual kepada orang bukan Melayu.13 Ini disebabkan sistem penggunaan wang tunai berkembang dengan meluas sekali menyebabkan para petani sering kesempitan wang kerana pengeluaran hasil tani mereka tidak seberapa. Ini seperti bekerja di lombong.14 Pinjaman wang daripada chettiar memang popular di kalangan orang Melayu. hlm. maka ada di antara orang Melayu yang terpaksa menjual tanah milik sendiri.12 Sungguhpun pihak penjajah dan pendatang telah mendominasi terutamanya sektor ekonomi eksport negara. Akibat daripada hutang yang banyak dan tidak mampu dibayar kerana bunga yang dikenakan terlalu tinggi maka kebanyakan tanah Melayu bertukar milik kepada orang bukan Melayu. Hanya pada akhir era penjajahan terdapat orang Melayu menceburkan diri dalam kegiatan yang tidak berkait dengan pertanian seperti menjadi polis. Kuala Lumpur. . Khoo Kay Kim. bukan sahaja di kalangan petani malahan juga di kalangan penoreh getah. Golongan chettiar ini terkenal dengan ‘sikap baik’ hati di kalangan orang Melayu. guru dan askar. 1979. di Selangor sebanyak 1. Penerbitan Adabi Sdn. 92.Husin Ali. di samping menjelaskan hutang adalah juga untuk menjelaskan bayaran cukai tanah. Bagaimanapun Syed Hussin al-Attas sangat tidak bersetuju dengan tuduhan tersebut sebaliknya menganggap tuduhan itu sebagai satu mitos. Bagi penduduk kampung yang sebahagian besarnya masih menjalankan aktiviti tradisional seperti menanam padi dan menangkap ikan atau yang telah mengerjakan penorehan getah secara kecil-kecilan. Sungguhpun telah terdapat peralihan dalam kegiatan ekonomi yang diceburi. 1989.

8 Kehilangan hak milik tanah di kalangan orang Melayu ini sememangnya mendapat perhatian daripada kerajaan British. Pendidikan Melayu untuk sebahagian besar orang Melayu ketika itu. 18 . Sejarah Malaysia. Walau bagaimanapun. Kolej ini (MCKK) bertujuan untuk memberi pendidikan Inggeris dan latihan kemahiran untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu ini berkhidmat sebagai pentadbir di perkhidmatan awam penjajah British.16 Atas kesedaran inilah maka pada tahun 1913 British telah meluluskan undang-undang Tanah simpanan Melayu. Cina dan Tamil. hlm. Sekolah Melayu di kawasan kampung. Cina dan India sukar bergaul antara satu sama lain. hlm. Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin. Daripada segi kesannya. Tanaman getah juga tidak boleh ditanam kecuali dengan sewa yang lebih tinggi atau tidak dibenarkan langsung. iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pendidikan Melayu seperti pendidikan Tamil dan Cina tidak mempunyai nilai ekonomi iaitu sebagai pasport pekerjaan seperti pendidikan bahasa Inggeris. bagi kebanyakan tanah simpanan ini. Misalnya dalam bidang pendidikan British menggalakkan sistem pendidikan berasingan berasaskan kaum iaitu wujudnya sekolah Melayu. 532.17 Dasar pecah dan perintah dapat dilihat daripada perbezaan dasar terhadap kaumkaum.Residen Perak menyifatkan penjualan tanah di kalangan orang Melayu akan menjejaskan kedudukan orang Melayu yang mungkin akan menjadi buruh upahan Melayu yang tidak mempunyai tanah. Misalnya. peraturan ini mengekalkan sejumlah besar penduduk Melayu tinggal di kawasan-kawasan desa dan menjalankan kerja-kerja yang hanya cukup menyara hidup mereka. untuk anak-anak orang bangsawan Melayu. 18 Transformasi pendidikan. Tiada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. undang-undang ini telah menentukan bahawa kawasan penempatan atau simpanan orang Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu. Dengan itu pelajar-pelajar Melayu. 1 16 Malaysia Kita. sekolah Cina di kawasan perlombongan dan sekolah Tamil di kawasan estet getah. Sekolah-sekolah berkenaan juga terpisah antara satu dengan yang lain mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk. Dalam zaman penjajahan Inggeris. Tiap-tiap jenis sekolah ini adalah khusus untuk sesuatu kaum tertentu kecuali sekolah Inggeris. Namun demikian peraturan ini telah menimbulkan beberapa batas terhadap usaha yang boleh dijalankan di tanah-tanah tersebut. hanya bertujuan untuk melahirkan petani dan nelayan yang lebih baik. hlm. penanaman dan jumlah pokok kelapa adalah dihadkan. Undang-undang tanah simpanan Melayu. Setiap jenis sekolah menggunakan bahasa ibunda mereka. 107. pendidikan Melayu yang percuma dibekalkan kepada orang Melayu tetapi setakat Darjah Empat sahaja dan dengan penekanan kepada agama Islam. penjajah British telah menubuhkan sebuah sekolah Inggeris khas pada tahun 1905. Ini mewujudkan sekolah vernakular. Keadaan ini bercanggah dengan dasar penempatan mereka yang mengekalkan dan menggalakkan golongan petani. 338 17 Ahmad Nazri Abdullah. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Sistem ekonomi orang Melayu. Selangor. 96. Manakala Malaya Baru pula menjadi tumpuan orang Cina dan India iaitu di Pulau Pinang. Pembangunan ekonomi dan kelas sosial di Semenanjung Malaysia. Keadaan ini menjadikan sektor ekonomi bandar dan luar bandar jauh terpisah. hlm. sekolah. Melaka. Mereka juga tidak boleh lagi memiliki hamba. 20 K. agama dan aktiviti harian lain akan berkurangan. Pembangunan biasanya dilakukan di negeri-negeri Pantai Barat Tanah Melayu berbandingan dengan Negeri-negeri Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak. Wan Abdul Kadir Wan Yusof. Kawasan yang maju terutama Pulau Pinang. Dengan ini masalah bahasa. kemudahan elektrik dan air ditumpukan di kawasan bandar. Negeri Sembilan. Ini disebabkan di negeri-negeri Pantai Barat terdapat banyak sumber-sumber ekonomi yang dapat dieksploitasi seperti bijih timah dan getah contohnya di Perak. Selain daripada itu secara prinsipnya rakyat bukan lagi berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan golongan pemerintah kerana raja dan pembesarpembesarnya tidak boleh lagi memungut cukai daripada rakyat dan melaksanakan system kerah ke atas rakyat. Penduduk Cina lebih ramai di Bandar dan menubuhkan pekan-pekan Cina. sedangkan tidak mempunyai polisi untuk memperbaiki kedudukan ekonomi para petani Melayu. manakala orang India tertumpu di lading. Dewan Bahasa dan Pustaka. 21 . Berikutan dengan itu berbagaibagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya. Pihak kolonial telah menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan bandar-bandar moden. Di samping itu juga berlaku perubahan dalam pertumbuhan kelas sosial yang baru dalam sistem stratifikasi sosial masyarakat Tanah Melayu. Perak. hlm. saudagar kelas pertengahan yang majoriti orang Cina dan sedikit orang Melayu dan India dan kelas bawahan iaitu majoriti Melayu21. Bagaimanapun mereka 19 Malaysia Kita. Perkembangan yang pesat dalam bidang pelajaran juga tertumpu di bandar-bandar moden dengan terdirinya sekolah dan universiti. 231. Jomo. Johor dan Singpura. Terengganu. Perak.19 Bandar-bandar moden tumbuh dengan pesatnya kerana sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh pemerintah kolonial. Menurut Caldwell Malaya Lama menjadi kediaman orang Melayu iaitu Kelantan. Johor dan Melaka menjadi yumpuan penghijrah-penghijrah Cina dan India. hospital. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Dengan keadaan ini sedikit sebanyak corak hidup rakyat berubah darpada sebelumnya dan golongan hamba tidak lagi wujud dan rakyat tidak tertekan dengan system kerah. Perlis dan Pahang. Negeri Sembilan. Mereka lebih suka tinggal di kawasan kaum sendiri kerana berasa lebih senang dan selamat. Kalau dulu masyarakatnya hanya terdiri daripada kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. 374. golongan bangsawan Melayu.20 Selain itu juga berlaku ketidakseimbangan pembangunan infastruktur antara wilayah kerana pihak kolonial hanya membangunkan kawasan yang dapat memberi keuntungan ekonomi kepadanya. 1998. makanan. Kuala Lumpur. Taburan penduduk mengikut kaum dan ekonomi menyebabkan Caldwell seoran sarjan telah membahagikan Malaya kepada ‘Malaya Lama’ dan ‘Malaya Baru’. S. kini masyarakat itu terbahagi kepada tiga: kelas atasan iaitu penjajah. hlm.9 Petempatan juga terpisah mengikut kaum.

Sejarah sosial masyrakat Malaysia. Sejarah masyarakat Melayu moden. Ekonomi Melayu kurun ke-19: Sara diri atau komersial? Dlm. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Emerson. 1996. 2001. nilai dan norma-norma juga turut berubah kesan daripada penjajahan kolonial ke atas Malaysia.22 5. Andaya. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk perpaduan antara kaum. Undang-undang tanah simpanan Melayu. namun atas daya usaha pemimpin negara dan sikap tolak ansur kaum-kaum di Malaysia terutamanya Melayu. daerah dan mukim. Kuala Lumpur: Macmillan Publication (M). 61. Sejarah Malaysia. L.10 tetap diwajibkan membayar cukai kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh kerajaan British. Namun begitu masih wujud ketidakseimbangan antara kaum terutamanya dalam aspek ekonomi yang mana kaum Melayu terus ketinggalan berbanding kaum lain. Sejarah sosial masyrakat Malaysia. . A. Ternyata pembangunan yang dilaksanakan oleh British adalah bertujuan untuk kepentingan ekonomi kolonial tanpa mengambil kira akibat yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Malaysia amnya. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya. Ini menghapuskan sistem pemerintahan dan corak organisasi tradisi. 1979. Ada kalanya cukai-cukai yang dikenakan ini pelbagai dan lebih banyak berbanding sebelumnya sehingga menimbulkan perasan tidak puas hati di kalangan rakyat. RUJUKAN Ahmad Nazri Abdullah. Bhd. Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny). Khoo Kay Kim. Dlm. Cina dan India.Y. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. B. Alam pensejarahan: Dari pelbagai perspektif. 22 Azmah Abdul Manaf. Malaysia mampu menyatupadukan kaum yang terdapat di negara ini. 1985.0 KESIMPULAN Pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak British di Malaysia telah mendatangkan pelbagai kesan kepada negara dan salah satunya ialah kesan kepada sistem sosial. & Andaya. Ini disebabkan kesan-kesan daripada dasar pembangunan kolonial ini masih lagi dirasai dan diwarisi oleh penduduk Malaysia walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Azmi Khalid. Institusi. Malaysia. R. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Azmah Abdul Manaf. Salah satunya ialah masyarakat yang berbilang kaum. Kerajaan Inggeris juga mengantikan sistem politik tradisi dengan sistem birokrasi dalam menjalankan urusan pentadbiran mereka di peringkat negeri.W. 1983.

K. S. Wan Abdul Kadir Wan Yusof. 2001. Bhd. 1989.) Masyarakat Melayu. Organisasi dan Manifestasi. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Mohd Taib Osman (peny. Sejarah Malaysia. 1998. Jomo. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sistem ekonomi orang Melayu. Pembangunan ekonomi dan kelas social di Semenanjung Malaysia. Orang Melayu: Masalah dan masa depan. 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Dlm. Struktur. Husin Ali. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.11 Fauziah Shaffie & Ruslan Zainuddin.S.