You are on page 1of 16

BIL 01 02 03 04 05 06 07 08 09

PERKARA PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

MUKA SURAT

Saya Yamunaa Shree A/P Shanmugha Sundar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan kajian geografi tempatan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Klang, Pn Bahariah binti Bustamam yang telah memberi keizinan untuk menjalankan kajian ini. Seterusnya kepada Pn Noraini binti Nordin, guru geografi tingkatan 3A. Beliau telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk membuat kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya, En Shanmugha Sundar A/L Vellaiyan dan Pn Thanapakiam A/P Namathevan. Mereka banyak memberi dorongan dan membawa saya ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, ucapan terima kasih saya tujukan kepada pegawai MPK yang telah memberikan maklumat. Tidak ketinggalan juga mengucapkan terima kasih kepada

penduduk- penduduk Taman Sentosa, Klang yang sudi menyampaikan maklumat tentang latar belakang dan migrasi dalaman mereka.

Sekian, terima kasih. YAMUNAA SHREE A/P SHANMUGHA SUNDAR 3A

Bahagian kajian geografi tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema- tema geografi yang telah dipelajari dari tingkatan 1hingga 3 bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran geografi PMR. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang telah dipelajari dalam tema- tema geografi tersebut. Saya Yamunaa Shree a/p Shanmugha Sundar pelajar tingkatan 3A memilih tajuk migrasi dalaman penduduk di taman sentosa, Klang. Saya memilih taman sentosa, Klang sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini merupakan kawasan kediaman saya. Oleh itu, ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian. Saya mengkaji aspek- aspek seperti pola, faktor dan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian saya. Saya telah menjalankan kajian saya dalam masa yang

ditetapkan iaitu dari 13 Mac 2010 hingga 14 Mei 2010. Kemudian, saya menulis laporan lengkap secara individu seperti yang disyaratkan.

Objektif khusus kajian geografi tempatan ini dijalankan adalah untuk:[a] memahami migrasi penduduk di Taman Sentosa, Klang. [b] mengenal pasti pola migrasi penduduk di Taman Sentosa, Klang. [c] mengenal pasti faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang. [d] mengenal pasti kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang. [e] memberi cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang. [f] memberi penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Taman Sentosa terletak di negeri Selangor Darul Ehsan iaitu di daerah Klang. Taman Sentosa terletak di bawah Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kawasan ini dimajukan oleh syarikat usaha Klang Sdn. Bhd. Taman Sentosa ini dimajukan sekitar tahun 1980 hingga 1990. Pada asalnya, Taman Sentosa ialah sebuah ladang kelapa sawit. Bagi membina kawasan perumahan, syarikat perumahan telah menebang pokok kelapa sawit. Oleh itu, kawasan ini kelihatan rata dan sesuai untuk petempatan. Keluasan Taman Sentosa ialah 3 986 000 meter persegi.( sumber: Majlis Perbandaran Klang ) Seramai 10 000 penduduk menduduki di Taman Sentosa. Kawasan perumahan ini terletak di sebelah tenggara bandar Klang. Taman Sentosa juga terletak di tenggara pusat bandar Klang dan barat daya barat pusat bandar Kuala Lumpur. Kedudukannya ialah kira- kira 8 kilometer dari pusat bandar Klang. Perjalanan dengan menaiki kereta dari taman sentosa ke bandar Klang mengambil masa 15 minit

jika tiada kesesakan lalu lintas. Tambang bas awam bari taman sentosa ke bandar Klang ialah RM 2.00. bagi murid yang berpakaian seragam , tambang bas yang dikenakan ialah RM 0.60.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperolehi maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah- kaedah yang telah saya gunakan ialah:-

[a] PEMERHATIAN: Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pola migrasi penduduk di Taman Sentosa, Klang. Kaedah ini juga digunakan untuk membuat jadual bilangan penduduk yang berpindah ke Taman Sentosa, Klang. [b] RUJUKAN: Saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya penerangan tentang migrasi penduduk di Taman Sentosa, klang.

Migrasi penduduk ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara.. Migrasi dalaman merupakan perpindahan tempat tinggal secara kekal atau sementara dalam sesebuah negara. Contohnya, penduduk dari Sabah telah berpindah ke Klang penduduk yang berpindah dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang juga merupakan salah satu migrasi dalaman. Terdapat beberapa pola migrasi dalaman penduduk yang berlaku di Taman Sentosa, klang. Antaranya, dari luar bandar ke bandar dan bandar ke bandar.

[a] LUAR BANDAR KE BANDAR ialah pergerakan penduduk ke bandar lazimnya bagi meninggikan taraf hidup mereka. Contohnya, seorang penduduk yang berasal dari Bagan Datoh telah berpindah ke taman sentosa yang terletak di bandar Klang.

[b] BANDAR KE BANDAR ialah pergerakan yang berlaku dari sebuah bandar ke sebuah bandar untuk menambahkan lagi kos kehidupan mereka dan menikmati kemewahan di sini. Contohnya, penduduk dari Melaka juga berpindah ke kawasan kajian saya di Klang.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. Beberapa penduduk telah berpindah dari luar bandar ke bandar untuk mencari nafkah. Terdapat banyak peluang pekerjaan di Taman Sentosa kerana kawasan ini merupakan kawasan perindustrian. Di samping itu, kadar upah di bandar agak tinggi berbanding di luar bandar. Oleh itu, mereka berpindah ke bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Selain itu, petempatan baru juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. Ada juga penduduk yang tertarik dengan kawasan perumahan yang canggih di Taman Sentosa, Klang. Hal ini menyebabkan mereka berpindah ke sini. Tambahan pula, ada penduduk yang berpindah dari bandar ke bandar Klang atas arahan majikan. Ada kala, majikannya membuka cawangan di kawasan kajian saya. Oleh itu, pekerja terpaksa berpindah ke Taman Sentosa bersama-sama keluarga. Lebih- lebih lagi, darjah ketersampaian juga mempengaruhi migrasi dalaman penduduk. Ramai orang berpindah ke Taman Sentosa kerana taman ini terletak di antara bandar Klang dan Shah Alam. Taman Sentosa juga terletak berhampiran lebuh raya

KESAS. Hal ini menyebabkan pekerja dapat sampai ke destinasi kerja dalam tempoh masa yang singkat. Saya berasa bangga berpenduduk di taman sentosa kerana berbilang kaum. banyak penduduk yang berbilang kaum berpindah ke taman perumahan ini.

Terdapat kesan baik akibat migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang. Antaranya, apabila golongan imigran berpindah, penduduk di taman ini akan bertambah. Hal ini menyebabkan komposisi penduduk akan bertambah. Migrasi di taman ini juga mewujudkan masyarakat majmuk kerana terdapat pelbagai kaum yang berpindah ke taman perumahan. Selain itu, migrasi penduduk juga meningkatkan taraf kehidupan kerana taman sentosa mempunyai pelbagai kemudahan asas. Oleh sebab Taman Sentosa merupakan kawasan perindustrian, ini dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Di samping kesan baik, terdapat juga kesan buruk akibat migrasi di Taman Sentosa, Klang. Migrasi dalaman penduduk menyebabkan struktur penduduk berubah di Taman Sentosa, Klang golongan muda lebih ramai berbanding golongan tua kerana golongan muda berpindah ke Taman Sentosa untuk mencari pekerjaan. Selain itu, masalah sosial semakin menjadi- jadi di Taman Sentosa, Klang. Hal ini menyebabkan berlakunya banyak kes gengsterisme di Taman Sentosa, Klang. Tambahan pula, persaingan pekerja antara penduduk tempatan. Adanya golongan imigran yang berpindah ke Taman Sentosa, Klang untuk mencari pekerjaan. Pada masa itulah berlakunya

persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan. penduduk tempatan akan bergaduh kerana peluang pekerjaan tertumpu pada mereka dahulu. hal ini menyebabkan berlakunya pengangguran pekerjaan di Taman Sentosa, Klang. Saya berasa bangga berpenduduk di Taman Sentosa, Klang kerana dapat hidup bersatu padu dan berharmoni.

Kesan- kesan buruk yang berlaku di Taman Sentosa harus dihapuskan. Beberapa cadangan telah dicadangkan untuk mengatasi kesan buruk yang berlaku di taman sentosa. Antaranya, kewujudan rukun tetangga di kawasan kajian. Rukun tetangga merupakan sebuah persatuan penduduk di sesebuah taman tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan taman pada waktu malam. Rukun ini boleh disertai oleh penduduk secara sukarela. Selain itu, penubuhan rukun tetangga juga dapat membasmi virus jenayah dan dapat mewujudkan kerjasama dalam sesuatu kerja. Tambahan pula, undang- undang perlu dikuatkuasakan. Dengan ini, kurangnya berlaku penjenayahan di Taman Sentosa, Klang. Lebih- lebih lagi, undang- undang yang diwujudkan dapat mengurangkan pergerakan kutu embun pada waktu malam. Ini juga dapat mengurangkan gangguan penduduk pada waktu malam. Cadangan seterusnya adalah mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua penduduk di taman sentosa. Dengan ini, semua orang dapat bekerja dan mengurangkan pengangguran pekerjaan di Taman Sentosa, Klang. Kewujudan peluang pekerjaan juga

dapat mengurangkan persaingan pekerjaan antara golongan imigran dan penduduk tempatan. Saya berasa bangga berpenduduk di Taman Sentosa, Klang kerana kita dapat bekerjasama antara satu sama lain seperti ‘aur dengan tebing’.

JADUAL MENUNJUKKAN BILANGAN PENDUDUK YANG BERPINDAH KE TAMAN SENTOSA, KLANG DARI TAHUN 2007- 2009 MENGIKUT KAUM.

GRAF MENUNJUKKAN BILANGAN PENDUDUK YANG BERPINDAH KE TAMAN SENTOSA, KLANG DARI TAHUN 2007- 2009 MENGIKUT KAUM.

Penduduk Taman Sentosa, Klang terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum, jumlahnya tidak jauh berbeza. Terdapat beberapa orang yang telah berpindah ke taman saya. Ada penduduk yang berpindah ke Taman Sentosa untuk memenuhi keperluan mereka. Melalui perpindahan mereka telah memberi banyak kesan. Bukan sahaja kesan baik tetapi kesan buruk juga. Beberapa langkah telah diambil untuk mengatasi kesan buruk ini. Penduduk Taman Sentosa telah bekerjasama untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, mereka hidup bersatu padu untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai kesimpulannya, saya dapat memahami migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang dengan jelas. saya amat berbangga berpenduduk di Taman Sentosa, Klang kerana dapat dalam kalangan masyarakat yang berbagai-bagai kaum

dalam keadaan yang aman dan damai yang berpindah ke sini untuk memenuhi kehendak mereka.

Saya telah menggunakan beberapa bahan untuk digunakan sebagai rujukan dalam kajian geografi tempatan ini. Antaranya, [a] BUKU TEKS TINGKATAN 2 CHONG MUI SEN, AZIZAN BIN HJ. ABU SAMAH,2003 PERCETAKAN SAUFI.SDN.BHD [b] INTERNET www.mpklang.gov.my [c] BUKU RUJUKAN NEXUS TARGET PMR GEOGRAFI, CHONG MUI SEN 2009, SASBADI SDN.BHD.