Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dang Anum, guru-guru yang

saya hormati, rakan-rakan sepejuangan, serta warga sekolah yang saya muliakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan sebagai pemula bicara. Terima kasih dan sekalung penghargaan saya dahulukan atas undangan untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘ Punca-punca Kepupusan Orang Utan’. Tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum saya meneruskan syarahan saya , izinkan saya menyimpulkan definisi orang utan. Orang utan atau nama lainnya iaitu mawas adalah sejenis kera besar dengan lengan panjang dan berbulu kemerahan atau coklat, yang hidup di hutan tropika Indonesia dan Malaysia khususnya di Pulau Kalimantan dan Sumatera.Namun begitu , populasi orang utan tersebut telah semakin berkurangan disebabkan oleh beberapa faktor . Hadirin yang dirahmati , Antara punca kepupusan orang utan tersebut dapat dikaitkan dengan penerokaan hutan untuk pembukaan ladang kelapa sawit yang semakin berkembang pesat sehingga dikatakan menjejaskan kebanyakan habitat haiwan tersebut. Kawasan Borneo dan Sumatera yang memiliki populasi orang utan yang tinggi telah dikhuatiri berkurangan ekoran aktiviti pengubahsuaian dan guna tanah bagi pembangunan kelapa sawit dan penanaman pokok bagi tujuan industri berkenaan. Walaupun tempattempat berkenaan telah berkembang maju daripada hasil perusahaan kelapa sawit , tetapi kehilangan hutan tanah rendah yang merupakan habitat orang utan telah mengancam spesies tersebut . Hutan semakin hari semakin pupus seiring dengan orang utan.Hal ini demikian kerana beberapa pembangunan yang dijalankan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh majlis tempatan. Selain itu , pemburuan haram juga telah menyebabkan kepupusan spesies orang utan ini . Segelintir manusia kini yang lebih bersikap mementingkan diri sendiri telah mengundang kesan negatif yang amat ketara kapada spesies tersebut .Tambahan pula , terdapat dalam kalangan mereka ingin mengaut keuntungan yang besar daripada pemburuan tersebut . Manusia hanya mengikut kata hati untuk kepentingan diri sendiri. Pelbagai akta pemuliharaan hendaklah diperkenalkan untuk mencegah pemburuan tersebut . Selain itu , undang-undang dan hukuman denda kepada sesiapa yang melakukan kegiatan tersebut mestilah dikuatkuasakan oleh kerajaan . Hadirin sekalian , Spesies orang utan juga mengalami kepupusan disebabkan aktiviti pemerdagangan orang utan tanpa kawalan . Manusia zaman kini terlalu rakus mengejar kemewahan. sehinggakan sanggup haiwan yang diancam kepupusan ini juga diperdagangkan . Di manakah belas ihsan kita kepada binatang ? Tidak tahukah mereka bahawa kasih sayang terhadap binatang adalah lebih tinggi nilainya berbanding wang . Orang utan juga makhluk ciptaan Tuhan sama seperti kita. Suatu hari nanti , pasti ditanya oleh generasi akan datang rupa orang utan yang telah pupus hanya disebabkan oleh sifat tamak dalam kalangan manusia .

Kita juga mestilah mengelak daripada sikap tuding menuding jari antara satu sama lain kerana sikap tersebut langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak . terima kasih. ‘ Kalau tidak dipecahkan ruyung . .Akhir kata. Sekian. sebelum saya mengundurkan diri . ingin saya tegaskan bahawa kita sebagai manusia hendaklah bekerjasama menjalankan tanggungjawab kita untuk memelihara spesies orang utan tersebut daripada pupus . masakan dapat sagunya’ .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful