630223-04-5449 ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 2.0 Definisi Perpaduan (Integrasi) Definisi Etnik (Kaum) Definisi Masyarakat Majmuk

3 4 6 7 8

PUNCA MASALAH PERPADUAN DI MALAYSIA 2.1 2.2 Sistem Pendidikan Yang Berbeza Isu-Isu Selain Pendidikan 9 10

3.0

CARA-CARA MEWUJUDKAN PERPADUAN ANTARA KAUM DAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH 3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan Pendemokrasian Pendidikan Pelaksananaan Sekolah Wawasan Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran Sukan Untuk Perpaduan Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama Kurikulum Yang Sama Sukatan Pelajaran Yang Seragam

11 13 14 15 17 18 19

3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8

19 20 20

3.9 3.10

1

630223-04-5449

3.11 3.12

Peperiksaan Yang Seragam Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan Kaum Di Sekolah

21

21

4.0

PERPADUAN MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENUTUP BIBLIOGRAFI BAHAN TAMBAHAN DARI INTERNET

22 22 24 26

5.0

2

pelbagai dasar seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pelaksanaan Sekolah Wawasan. berkeyakinan terhadap diri. Salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru yang berwawasan. kesan gelombang globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Sistem persekolahan yang sama bagi semua . Keadaan ini memerlukan strategi yang mantap bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa negara ke arah Wawasan 2020. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. integrasi nasional demi kestabilan. Berteraskan dasar tersebut diyakini dapat membantu dalam memupuk serta meningkatkan semangat patriotisme. kesejahteraan rakyat yang berterusan dan sekali gus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. berdisiplin. Oleh itu. Kurikulum yang sama dan sukatan peperiksaan seragam telah dilaksanankan. Nilai individualistik. materialistik dan pelbagai nilai dalam kalangan masyarakat sedikit sebanyak mulai terhakis sehingga merosakkan individu dan masyarakat. Sukan untuk Perpaduan. menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan. Namun begitu. Pendemokrasian Pendidikan.630223-04-5449 RINGKASAN EKSEKUTIF Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Bahasa Kebangsaan. Konsep Sekolah Penyayang. maka dasar-dasar kerajaan berfokaskan kepada mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah. 3 . Pelaksanaan Sekolah satu aliran.

mutu 4 . kestabilan politik. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 yang mengemukakakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan dan dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara. keadilan sosial. ekonomi. integrasi. perkongsian nilai Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada serta semangat patriotisme. modal serta manusia tetapi juga sistem nilai. budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial. Cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah seperti berikut: ‘Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. lingua franca. sisitem pemerintahan.0 Pengenalan Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat. iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. kewarganegaraan dan demokrasi.630223-04-5449 1.

Walau bagaimana pun. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul. integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan.” (Tun Dr.630223-04-5449 kehidupan. sistem pendidikan juga boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. nilai-nilai sosial dan kerohanian. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini . Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. 5 . September 2003) Selain daripada itu. masyarakat dan bangsa. Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah. masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Mahathir Mohamad. menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemas kini dan dimantapkan lagi. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah.

Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. 1989). Oleh itu. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian komponen yang penting daripada pembangunan negara. 1.630223-04-5449 Oleh itu. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. integrasi merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka. mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita (Sanusi Osman. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998).1 Definisi Perpaduan (Integrasi) Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula. sosial dan lokasi dalam 6 . pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan.

Menurut Vender Zanden (1975). berperasaan dan bertindak secara berlainan. Mengikut kamus Dewan pula. Cara-cara mencapai perpaduan Politik Integrasi politik Sosial Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Sumber : Majlis Perundingan Kebangsaan (NCC). budaya.2 Definisi Etnik (Kaum) Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulankumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. struktur dan sistem nilai. negara asal. 7 . tradisi. yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok. menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. bahasa. asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir. Ekonomi Integrasi wilayah Integrasi ekonomi 1. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. 2003.630223-04-5449 sesebuah unit politik.

Perhubungan masyarakat majmuk hanyalah didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada azam sosial bersama (common will) serta tiadanya ikatan normatif. agama. 8 . Mengikut tokoh antrolopologi terkenal (J. 1996). Walaupun hidup bersama. nilai.3 Definisi Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma. pemisahan fizikal. pemodal-pemodal asing mengupah buruh tempatan atau kuli-kuli yang diimport dari luar” .630223-04-5449 1. kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. S. budaya. 1944) mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik (sebuah negara) tetapi tidak bersatu padu. pemikiran dan cara hidup masing-masing (Sufean Hussin. setiap kumpulan mempunyai bahasa. mereka adalah berasingan (live side by side but separately). pengenalan kaum melalui perkerjaan. Furnival. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya. Indonesia dan juga Malaysia. Malahan wujudnya perpecahan sebagaimana yang digambarkan oleh Furnival: “Perdagangan dan perindustrian terletak ditangan orang asing sementara penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam pertanian.

pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. di Negeri-negeri Selat. iaitu pada peringkat permulaannya. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.1 Sistem Pendidikan Yang Berbeza Mengikut Ramlah Adam (2003) Sistem persekolahan yang wujud di negara ini. di samping itu. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja. pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19. Pada awal tahun itu. mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan 9 . buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.0 Punca Masalah Perpaduan Di Malaysia Antara isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional di negara ini ialah: 2. sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan. sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali. Sekolah Cina dan Tamil bukan hanya menggunakah bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. gurunya datang dari negara China dan India.630223-04-5449 2. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.

2 Isu-Isu Selain Pendidikan 2.1 Tindakan Kerajaan membantu kaum Bumiputera didalam bidang sosio-ekonomi telah dilihat sebagai satu diskriminasi terhadap kaum-kaum lain.2.2.2. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. 2.2 Terdapat sebahagian dari kalangan penganut pelbagai agama di negara ini yang kurang sensitif (peka) dan bertoleransi telah menjejaskan keharmonian kaum di negara ini. 2.630223-04-5449 berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. 2. 2.2.4 Peningkatan kes-kes gejala sosial di kalangan remaja dan peningkatan kes-kes jenayah boleh mengugat keharmonian serta kesejahteraan masyarakat. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. 2.5 Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara wilayah khususnya Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia turut membantutkan kelancaran proses integrasi nasional.2. 10 .3 Kurangnya semangat partriotisme dan kesukarelaan di kalangan masyarakat boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini.

Pelajar- 11 .2.0 Cara-cara Mewujudkan Perpaduan Antara Kaum Dan Memperkasakan Sekolah Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.630223-04-5449 2. 3. buku teks. pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. peperiksaan. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral.7 Terdapatnya sekatan tertentu terhadap pergerakan yang bebas bagi rakyat Malaysia untuk memasukki Sabah dan Sarawak telah menjejaskan proses integrasi nasional. agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik.6 Fahaman politik yang melampau dan taksub telah membawa kepada perpecahan di kalangan masyarakat sesama atau antara kaum. 2. Antaranya ialah: 3. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran.1 Memantapkan Lagi Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Di Malaysia. sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. 2. pakaian seragam.2.2.8 Media massa lebih gemar memberi liputan luas dan sensasi terhadap isu-isu perpaduan yang berbentuk negatif daripada mempromosi aspek-aspek positif di dalam perpaduan antara kaum. sosial.

Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Kedua. hasrat murni kita untuk memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat sebagai alat integrasi dapat dicapai. kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. 12 . kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Ketiga hingga Kesembilan. Walau bagaimana pun pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi kesukaran kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran namun. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama.630223-04-5449 pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum. pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an. sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain.. pembentukan keperibadian.

2 Menjadikan Sekolah Sebagai Alat Perpaduan Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Hal demikian kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. 13 .630223-04-5449 Oleh itu. Dasar-dasar yang tidak sesuai dengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengan baik. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain. Di samping itu. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. 3.

Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang. Dengan ini sekolah akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar daripada semua kumpulan etnik hendaklah digalakkan bercampur dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. hormat menghormati.630223-04-5449 Sekolah juga harus berperanan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Baik di bandar mahupun di luar bandar reka bentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama.3 Pendemokrasian Pendidikan Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi. Mereka boleh memilih sekolah pilihan 14 . 3. berbudi bahasa. India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah. cintakan keamanan. almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah sam ada yang digunakan oleh etnik Melayu. Pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. saling membantu. bertanggungjawab dan sebagainya. meja. bencikan kekejaman. Cina. jujur.

Perubahan-perubahan ini harus didasarkan atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. 15 . Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi. Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Dengan ini. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan.630223-04-5449 masiang-masing. 3. persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Di bawah konsep ini. buku teks.4 Pelaksanaan Sekolah Wawasan Pelaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara etnik di Malaysia.

khususnya dalam bidang politik. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. 16 . jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. sosial dan ekonomi. lapangan perhimpunan. gelanggang permainan dan padang. keutuhan Malaysia yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai etnik. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin. akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat. Namun. Sebagai negara yang pesat membangun. Penggabungan sekolahsekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama. kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain. Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil.630223-04-5449 Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan.

Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. penggunaan bahasa oleh kawankawan lain tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Menerusi sistem sekolah satu aliran. Di samping mereka boleh bergaul secara meluas . Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat. Pada waktu ini. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi antara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja daripada lain-lain etnik yang berminat. Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling memahami antara satu sama lain.5 Pelaksanan Sekolah Satu Aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu. sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa dengan terasingannya sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman 17 . Dalam konteks Malaysia. bahasa penghantar adalah bahasa Melayu.630223-04-5449 3.

Hal ini perlu diberikan perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni. negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan dua tahun sekali jelas memainkan peranannya untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri.630223-04-5449 atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Pada peringkat sekolah. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah. Menerusi sistem sekolah satu aliran ini. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malahan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat. 3. semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan dari peringkat sekolah rendah lagi. 18 . Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.6 Sukan Untuk Perpaduan Sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat atau pelajar.

Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Tamil dan Inggeris. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah. Walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.7 Sistem Persekolahan Yang Sama Bagi Semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan SekolahSekolah Umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan Sekolah-Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa pengantar Cina. Penggunaan satu bahasa perhubungan iaitu Bahasa Malaysia dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.630223-04-5449 3.8 Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. 3. 19 .

3. Dalam konteks negara Malaysia.10 Sukatan Pelajaran Yang Seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani.9 Kurikulum Yang Sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran. akal dan emosi. Pendidikan Moral memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran tersebut diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum. 20 . Sivik. agama dan adat resam. unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. rohani.630223-04-5449 3. nilai-nilai dan norma. kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Mata pelajaran Sejarah.

Brosur dan Segmen di Media. Bulan Perpaduan (bulan Mei).1 Program Patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina jati diri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti Kuiz Bina Bangsa/budaya. Debat Perpaduan. Majalah/Buletin Perpaduan.12 Lain-Lain Program Yang Meyokong Perpaduan Kaum Di Sekolah 3. 3. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Perhimpuan/nyanyian dan Lawatan Integrasi/anak Angkat/Pesta. Kem Padu Anak Malaysia. Mantor-mentee. Pertandingan Lagu Patriotik. 21 .11 Peperiksaan Yang Seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.2 Program Promosi pula dibuat bagi memperluaskan hebahan kepada masyarakat/pelajar agar kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional akan sentiasa subur. Antara aktiviti di bawah program ini adalah seperti Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan.12. Kawat kaki (Kelab dan Persatuan).12. Homestay. Kempen Kibar Jalur Gemilang.630223-04-5449 3. 3.

tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Beraspirasi nasional. Pemimpin dan guru cekap.0 Penutup Dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.630223-04-5449 4. Hanya menerusi pendidikan saja. Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan. Iklim dan budaya sekolah yang sihat. Ciri-ciri SK perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti.0 Perpaduan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan. rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi. Pencapaian akademik cemerlang. terlatih dan berkualiti. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang 22 . 5. semua pelajar menguasai 3M. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Dalam masa yang sama.

pelbagai dasar yang telah diwujud sejak daripada kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. harmonis dan berjiwa Malaysia.630223-04-5449 dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat Malaysia. khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya di universiti. Kegagalan proses integrasi di sekolah. Seandainya terdapat perubahan yang berlaku. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Sesuai dengan perubahan masa. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatu padu. Oleh itu. 23 . Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya.

Akta Pendidikan 1961. Wayne K. Hamedi Mohd Adnab. (1993). Kuala Lumpur. New York. 24 . Nurin Enterprise. Selangor. Hoy. International Law Book Service. Kuala Lumpur. (1987). Thinker’s Library Sdn. Educational Administration. Dewan Bahasa Pustaka.K (1969). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. 77. (1984). Kuala Lumpur. International Law Book Service. Pendidikan dan Masyarakat. Hussein Hj. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Pupil Control Ideology And Organizational Socialization School Review. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). anjung Malim. Quantum Books. Vol. Amir Hasan Dawi. (1999). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. (1993). Kuala Lumpur. Cecil G. Akta Pendidikan 1996. Ahmad. Theory Research and Practice (3rd Edition). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan.630223-04-5449 BIBLIOGRAFI Abd Rahim Abd Rashid. (1994). (1998). Kuala Lumpur. Hoy. W. Random House. Mohd Salleh Lebar. Bhd. & Miskel. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). 257 – 256. Bahasa Melayu STPM. Kuala Lumpur.

(2007). Leo Pau Wing. Sufean Hussin. Dewan Masyarakat. 29 Dis. Kuala Lumpur. Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996. (1996). Sistem dan Falsafah. Sanusi Osman. Jun 2001. (1989). Massa. Kuala Lumpur. (1993). Pendidikan Di Malaysia – Sejarah. Kamus Dewan. m/s 14-25 Dewan Masyarakat . Januari 2001. 14-20 April 2001. Mohd Noor Mohd Zain. Kedah. Edisi ketiga. m/s 50-51 Massa. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendidikan di Malaysia. m/s 12-13 25 . Shahril @ Charil Marzuki. Idris Omar. m/s 44-45. Dewan Bahasa Dan Pustaka.4 Jan 2002. Utasan Publication. Dr. Zainun Ishak. Oktober 2000. Siraj. Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia.630223-04-5449 Mohd Yazid Yusoff. m/s 62-63. 1996 Dewan Masyarakat. Saedah Hj. Universiti Utara Malaysia. Selangor.

.com: Book directory [e3ef08de] .com.www.ukm. 26 ..jasindaily. . Kertas ini dimaksudkan untuk menyelidik peranan pendidikan dalam membuka jalan ..net/v4/ ucapanpm / detail...php? nkid=20. Seniman Agung Dunia Melayu: Kumpulan Kertas Kerja (9679120678) Tun Hussein Onn..www.www..html.com /om/sejarah3.Q .www......630223-04-5449 Bahan Tambahan dari Internet BookFinder..bookfinder... Islam Hadhari.my/jdem17-4.html KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012) KONFLIK .tripod..com/on2/ Saifulazrulchelah/MASALAH13MEI.tripod. memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum dalam mana-mana .blogspot.. Bapa Perpaduan: Tun Hussein Onn....html. pendidikan moden membuktikan tidak membawa perpaduan menuju pemodenan politik.html KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353) PENDIDIKAN PRA SEKOLAH . tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional..A.www.members..angelfire. Father of Unity . menunjukkan . quo di kalangan etnik. Seminar & Kertas Kerja.sarjana.islamhadhari. di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di . mahukan sekolah kebangsaan berupaya memperagakan kurikulum baru di bawah .html KERTAS KERJA SOSIOLOGI PENDIDIKAN (MTT 3303) SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA . Informasi Terkini / Aktiviti. F.. members.tripod.. merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan . .P. melemahkan serta menghapuskan sekolah agama rakyat di seluruh dunia.....penerbit.. perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan.. MASALAH13MEI . JasinDaily .com /dir/e3ef08de Education And Modernization In The Third World: .com/~sarjana/konflik1. aspek sosiolisasi. Undian Islam Hadhari..com/~sarjana/pra1. Ramlee.. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ..

. integrasi nasional dan sebagainya....pdf zukri @ keADILan . n32..630223-04-5449 Patriot Malaysia . ulangtahun ketiga Pelan Integrasi Nasional dan Institut Integriti Malaysia semalam..YAB Dato' Seri Abdullah Haji ..HTML .HTML...my/modules.www. sejumlah besar sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar.. penyokong BN yang berkebetulan berkumpul di sekolah Cina berkenaan..blogspot. POLITICAL/ARCHIVES/C0A-303..org/bandau/speech/bentang.. UCAPAN YB DATUK DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI DI JABATAN PERDANA .... tetapi amat .php? . .com/journal2/tsgtan/POLITICAL/ARCHIVES/C0A-03.. agar penyelesaian .html Search Results . diraja untuk menyiasat keadaan perpaduan nasional di Malaysia. PIHAK JAWATANKUASA BERPENDAPAT.. di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di ... kediaman di UKM yang memperkenalkan penggunaan nombor siri pada kertas undi dan .. istilah.net/forum/index.. PENGAJARAN AGAMA-AGAMA LAIN DI SEKOLAH BANTUAN..blogdrive.net.mesra.patriotisme.&act=Search&CODE=getalluser&mid=16240.pbssabah. (PDF) .. ::Roslan SMS Corner:: . www. ..com/2007_04_01_archive. punca yang boleh menggugat perpaduan kaum dan kestabilan negara.. interaksi antara kaum.com 27 . DAN INTEGRASI NASIONAL DI DALAM MEWUJUDKAN SUASANA EKONOMI...Memacu Misi Nasional.... tersebut dan membentangkan satu kertas putih di Dewan ini dengan .. di tempat kerja dan dalam .zukri-keadilan. Polarisasi kaum masih boleh dilihat di sekolah.www. . seterusnya.angelfire. KERAJAAN.php?name=News&file =article&sid=28.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful