You are on page 1of 20

SEJARAH KEGEMILANGAN MELAKA Sistem Pentadbiran Yang Sistematik

1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. 2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. 3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. 4. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. 5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. 6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti rajah di bawah ini.

Struktur pentadbiran Melaka
7. Pembesar Berempat ini dibantu oleh: (a) Pembesar Berlapan (b) Pembesar Enam Belas (c) Pembesar Tiga Puluh Dua 8. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan dan berdaulat. 9. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. 10. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka. 11. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam. 12. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. 13. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka.

Peranan Pembesar Berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan
1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan ialah satu sistem yang sistematik. 2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran.

Pembesar dan kawasan pegangan
1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan. 2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaaan tidak puas hati di kalangan pembesarnnya. 3. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. 4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'kawasan pegangan' .

5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu: (a) Bendahara kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan. (b) Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar. (c) Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik. (d) Temenggung tiada kawasan pegangan. (e) Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan. 6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. 7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan' . 8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan.

Pentadbiran Berwibawa
1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistem pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah 2. Melalui sistem ini, setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan. 3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan lemah. Perbandingan jawatan pembesar dahulu dan sekarang Pusat Perdagangan Pemangkin Kemajuan Perdagangan di Melaka Menteri sekarang.

Kedudukan geografi
1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka iaitu di pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. 2. Pedagang-pedagang asing yang berulang-alik di antara India( Barat ) dan China ( Timur ) akan singgah berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. 3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.

4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. (a) Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dalam bulan November hingga

Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa yang sama akan Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. (b) Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. 5. Selain itu, muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh dengan selamat di kawasan pelabuhan. 6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. 7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai pertahanan serta tempat memerhati musuh. 8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.

membawa pedagang

dan pada masa yang

dijadikan kubu

Kemudahan pelabuhan
1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing. 2. Antara kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan dan gudang untuk menyimpan barang. 3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancar, gajah, dan pekerja untuk kemudahan para mengangkut barangan ke gudang. 4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan pelayaran atau semasa menunggu pertukaran angin mon sun. rumah persinggahan

pedagang

Peranan Syahbandar
1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui sistem pentadbiran yang diketuai olehnya. 2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. 3. Syahbandar berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. 4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah: (a) Menguruskan cukai. (b) Menguat kuasa peraturan keluar masuk kapal. (c) Menguruskan gudang. (d) Menguruskan pasar. (e) Menjaga kebajikan pedagang. (f) Menjaga keselamatan pedagang. (g) Menjadi hakim di pelabuhan. 5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan pedagang:

Peranan Laksamana dan Orang Laut
1. Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka. 2. Orang Laut pula ditugaskan mengawal keselamatan perairan Selat Melaka. 3. Pedagang berasa selamat kerana keberanian orang Laut menjaga keselamatan dan keamanan ketika mereka berdagang di Melaka.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka. 2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal. 3. Undang-undang Laut Melaka mengandungi: (a) Peraturan dan tatatertib berniaga. (b) Cara berjual beli. (c) Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal. (d) Larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

Sistem Cukai dan Surat Perdagangan
1. Melaka mengenakan cukai yang berpatutan dan adil terhadap pedagang. 2. Para pedagang perlu membayar cukai rasmi atau Panduan sebelum berjual beli. 3. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka dikenali sebagai Sistem Cukai Berkeutamaan. 4. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan: (a) Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%. (b) Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan, Temenggung dan Syahbandar. (c) Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%. 5. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga. 6. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk: (a) Memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar. (b) Sumber pendapatan kerajaan.

Penggunaan sistem mata wang
1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melalui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. 2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi penggunaan mata wang tersebut. 3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipannggil calains. 4. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. 5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat. 6. Penggunaan mata wang telah melancarkan urusan perdagangan dan menggalak pedagang berdagang di Melaka.

Pelabuhan enterpot
1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. 2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Melayu. Barat ke Kepulauan

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca

1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. 2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. 3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. 4. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. 5. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi agama dan pendidikan.

Kematangan Hubungan Luar
Hubungan Serantau 1. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak. 2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negeri-negeri ini kerana kegiatan perdagangan seperti: (a) Pasai- membekalkan lada hitam, emas dan beras. (b) Jawa- membekalkan beras, bahan makanan dan rempah. (c) Kampar dan Siak- membekalkan emas.

Pasai 1. Menurut Tome Pires, hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai. 2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. 3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. 4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan menghantar pembesar dan tenteranya. 5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong. 6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah salam digunakan semasa berutus surat. 7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan Melaka telah mendapat bekalan seperti lada hitam, beras dan emas.

huru-hara dengan

Kampar dan Siak 1. Penaklukan Melaka keatas Kampar dan Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran emas. 2. Secara tidak langsung telah memajukan kegiatan ekonomi di negeri-negeri tersebut. 3. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan Kampar apabila berutus surat dengan Melaka, kedua-dua negara ini akan menggunakan istilah sembah. 4. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan taraf kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah berbanding dengan Melaka. 5. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka.

6. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansor Shah melawat Majapahit. Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga.

Hubungan Antarabangsa Melaka
China 1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo( Dinasti Ming ), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. 2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching tiba di Melaka. 3. Semenjak lawatan itu, hubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajan Melaka dengan China bertambah erat. 4. Hubungan kerajaan Melaka dengan China memberi keuntungan kerana kerajaan Melaka mendapat pengiktirafan daripada China. Siam 1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerama semasa Parameswara di Temasik, baginda telah membunuuh Temagi iaitu wakil Siam. 2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam. 3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. 4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati. Ryukyu 1. Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulauan Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. 2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. 3. Dalam kandungan tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuan pedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang 4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan Undang-undang Melaka. 5. Ini terbukti bahawa Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka. Gujerat 1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. 2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka. 3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu. 4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama islam di Melaka. Tanah Arab 1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran islam di Melaka. 2. Mereka juga membeli: (a) Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu. (b) Kain sutera dan teh dari China.

Melaka.

Pusat Pengembangan Agama Islam
1. Kedah dan Terengganu merupakan antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima agama Islam.

2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke-9. Ini terbukti dengan penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah. 3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang, Terengganu membuktikan agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi. 4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke-15, apabila Megat Iskandar Syah memeluk agama Islam.

Kedatangan Agama Islam ke Melaka
1. Megat Iskandar Shah (Sultan Melaka) yang telah memeluk Islam setelah berkahwin dengan Puteri Pasai. 2. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat jelata. 3. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, agama Islam disebarkan oleh mubaligh Arab, Sayid Abdul Aziz yang datang dari Makkah. 4. Beliau telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian menggunakan nama Sultan Mahmud Shah. 5. Beliau juga telah berjaya mengislamkan pembesar dan rakyat Melaka. 6. Pedagang-pedagang dan Arab dan India juga berdakwah semasa berdagang. 7. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin dengan penduduk setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk berdakwah di Melaka. 8. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat Melaka. 9.Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada agama tersebut kerana meliputi semua aspek kehidupan seperti: (a) Toleransi (b) Adil (c) Rasional

Keunggulan Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam
1. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan pengajian Islam. 2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah. 3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. 4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam. 5. Pemerintah juga mengambil berat terhadap pendakwah dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal kepada pendakwah. 6. Sultan Melaka sendiri menyambut baik kedatangan Islam dengan menganuti agama tersebut dan kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata.

7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan mengenai hal-hal agama demi mendalami agama Islam. 8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah. 9. Sultan Muzaffar Shah telah beberapa institusi agama seperti masjid, madrasah dan surau untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab 10. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ilmu untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada 11. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkenal di Melaka. Beliau telah mengarang kitab Insan al-Kamil. 12. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan (a) Menterjemah kitab-kitab. (b) Menyadur kitab-kitab. (c) Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan. 13. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah: (a) Hikayat Amir Hamzah (b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah 14. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai Islam seperti konsep musyawarah.

suci al-Quran. Tuhan.

seperti:

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam Ke Asia Tenggara Sinar Islam di Melaka
Kesan Politik 1. Kewujudan institusi kesultanan menggantikan sistem beraja merupakan kesan utama pengembangan Islam di Melaka. 2. Gelaran raja digantikan dengan sultan. 3. Sultan Muhammad Shah ialah sultan yang pertama menggunakan gelaran 'sultan'. 4. Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka. Mereka menasihati sultan supaya memerintah secara adil dan saksama. 5. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat, bermusyawarah dan persamaan taraf. 6. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak.

Kesan Sosial
1. Al-Quran telah menjadi asas sistem pendidikan dalam masyarakat Melayu. 2. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca. 3. Tulisan Jawi juga telah diperkenalkan dan digunakan secara meluas.

4. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti: Pusat Kegiatan Ilmu Peranan Istanan sebagai Pusat Kegiatan Intelektual Jurutulis, pengarang dan ulama di istana

Istana
1. Istana merupakan pusat perkembangan ilmu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2. Istana juga merupakan tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang terdiri daripada jurutulis, pengarang dan ulama.

Karya sastera
1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka. 2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. 3. Antara karya sastera terjemahan ialah: (a) Hikayat Amir Hamzah (b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (c) Hikayat Iskandar Zulkarnain 4. Karya sastera saduran pula ialah: (a) Hikayat Bulan Belah (b) Hikayat Nabi Bercukur (c) Hikayat Bakhtiar (d) Hikayat Nabi Wafat (e) Hikayat Nabi Yusof 5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, Hikayat Melayu juga telah dihasilkan. Antaranya ialah: (a) Hikayat Hang Tuah (b) Hikayat Bayan Budiman 6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang telah digubal seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut 7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, undang-undang

Melaka. ini disusun semula.

Istana Melaka
1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golongan alim ulama mengenai 2. Sebagai contoh, Kitab Darul Manzum merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek-aspek ketuhanan. 3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. 4. Istana Melaka juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan seperti buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. agama.

Bahasa Melayu 1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah. 2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. 3. Tulisan jawi juga telah digunakan. 4. Huruf-huruf jawi dibawah ini ditambah berasaskan huruf Arab: 1.6 Perluasan Kuasa 1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar. 2. Melalui perluasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju kerana dapat menguasai hasil ekonomi daripada jajahan yang ditaklukinya. Cara-cara Perluasan Kuasa Perluasaan kuasa dengan cara penaklukan. 1. Kerajaan Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan lain seperti Pahang dan Kampar. 2. Tujuan perluasan kuasa dijalankan adalah untuk: (a) menjamin keselamatan, (b) kemakmuran, (c) keutuhan kerajaan Melaka. 3. Kerajaan Melaka berjaya meluaskan kuasanya kerana: (a) Kebijaksanaan Sultan Melaka dalam mengatur strategi. (b) Askar Melaka yang berani dan sanggup berkorban. Perluasan kuasa dengan cara kerelaan raja negara lain untuk menjadi naungan Melaka 1. Beberapa pemerintah secara rela bernaung di bawah kerajaan Melaka kerana kejayaan Melaka. 2. Sultan Melaka biasanya akan menabalkan raja-raja dibawah naungan Melaka. 3. Jambi dan Lingga adalah antara kerajaan-kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan Melaka. 4. Kerajaan Melaka meluaskan pengaruhnya melalui pemberian bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi keadaan huru-hara di dalam negeri. (a) Melaka telah membantu Raja Pasai, Sultan Zainal Abidin yang menghadapi pemberontakan untuk menggulingkan beliau. (b) Melaka juga membantu Pasai mengalahkan kerajaan Aru yang merupakan ancaman kepada Pasai dan Melaka. 5. Pasai walaupun setaraf dengan Melaka, telah mengakui kekuasaan Melaka kerana bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan Melaka. Perluasan kuasa dengan cara perkahwinan 1. Perkahwinan adalah faktor yang digunakan oleh kerajaan Melaka untuk meluaskan empayarnya. 2. Putera dan Puteri Sultan Melaka telah berkahwin dengan putera dan puteri kerajaan lain seperti Kelantan, Pahang dan Siak. 3. Hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan dapat

diperkukuhkan melalui perkahwinan dan meluaskan pengaruh kerajaan Melaka. Kebijaksanaan Pemimpin dalam Perluasan Kuasa Melaka 1. Pada kurun ke-15, Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung. 2. Kejayaan Melaka sebahagian besarnya adalah kerana Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak. 3. Selain daripada itu, Melaka mendapat sokongan padu daripada rakyat dan tenteranya gagah dan setia. Sultan Muzaffar Shah 1. Kerajaan Melaka mula meluaskan kuasannya pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. 2. Kawasan yang berjaya dikuasai ialah Pahang, Inderagiri dan Kampar. 3. Sultan Muzaffar Shah telah melakukan tindakan tindakan yang bijak untuk meluaskan empayar Melaka. Antaranya ialah: (a) Menghantar Tun Perak untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. (b) Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China. Kesan hubungan ini ialah Melaka diiktiraf oleh China dan kerajaan-kerajaan lain di rantau Asia Tenggara. (c) Baginda menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Keamanan dalam negeri terjamin dan keadaan ini membolehkan baginda menumpukan usaha perluasan kuasa. Sultan Mansor Shah 1. Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menguasai Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu) dan Siak (pantai timur Sumatera). 2. Baginda juga dapat menghalang cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk membebaskan diri daripada kesan penguasan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah 1. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah merupakan seorang pemimpin yang warak dan mementingkan pentadbiran negara. 2. Menurut Sejarah Melayu, baginda merupakan seorang yang gagah. 3. Baginda mengambil berat keamanan dan keselamatan dalam negeri Melaka. 4. Baginda pernah menyamar menjadi rakyat biasa untuk membenteras kejadian jenayah di Melaka. 5. Keamanan yang diperoleh membolehkan baginda menumpukan perhatian penuh kepada usaha-usaha perluasan kuasa. 6. Kemenangan besar yang dicapai oleh bagiinda ialah peperangan dengan Aru. Laksamana Hang Tuah memainkan peranan yang penting dalam peperangan tersebut. Kepimpinan Tun Perak 1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara.

2. Tun Perak ialah Bendahara Melaka yang termasyhur. 3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar 'Pembina Empayar'. 4. Beliau juga digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan sultan-sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja. 5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka, Tun Perak memegang jawatan Penghulu di Klang. 6. Tun Perak juga berjaya mematahkan dua serangan Siam pada tahun 1445 dan 1456. Peristiwa serangan Siam 1445 1. Dalam peperangan ini Tun Perak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan isteri ke Melaka untuk mempertahankan, Kota Melaka. 2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermati-matian mempertahankan Kota Melaka. Peristiwa serangan Siam 1456 1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat. 2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu kecil sebagai muslihat perang. 3. Tindakannya itu menyebabkan pihak Siam sukar megejar tentera Melaka. 4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh tentera. 5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera Siam. 6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam. Peristiwa serangan ke atas Pahang. 1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang. 2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam. 3. Tun Perak berjaya dalam serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah jajahan Melaka. Peristiwa pembunuhan Tun Besar 1. Tun Perak ialah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau menuntut bela apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak beliau Tun Besar. 2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak Raja Muhammad. 3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja Muhammad. Beliau berkata ' Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan kita pertuankan raja seorang ini janganlah.' 4. Raja Muhammad tidak dilantik menjaid Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan ditabalkan menjadi Sultan Pahang. 5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetian rakyat

kepada Sultan Melaka. Kesan Perluasan Kuasa 1. Perluasan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan, iaitu: (a) Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai. (b) Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat. (c) Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan jajahan takluk dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja. (d) Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah jajahannya. (e) Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. 2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan maju kerana kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang dijajah dan ditaklukinya. 3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke wilayah-wilayah yang di bawah kekuasaan Melaka. 4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan merupakan penyambung keagungan kerajaan Srivijaya. 5. Melaka telah muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka. 6. Keadaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan berwawasan serta mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera. 7. Melaka bukan sahaja maju dalam politik tetapi dari segi ekonominya dan terkenal di seluruh dunia. 8. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan yang dicapai oleh kerajaan Melaka.
copyright © 2005 Kenshido International Sdn Bhd

SEJARAH KITA DAN SEJARAH SEJARAH DALAM KEHIDUPAN KITA
1. Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bererti bagi semua rakyat Malaysia. 2. Pada hari tersebut, negara kita telah bebas daripada penjajahan kuasa asing. 3. Pada setiap tahun kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengadakan upacara yang penuh gemilang sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan terhadap negara tercinta. 4. Hari Kemerdekaan disambut kerana: (a) Berterima kasih kepada pejuang negara yang berjaya membebaskan negara daripada penjajah. (b) Negara kita merdeka dan berdaulat. 5. Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari guru di sekolah dan segala kejadian yang berkaitan dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara adalah sebahagian daripada sejarah kita. 6. Mengetahui erti sejarah membolehkan kita lebih memahami dan mempelajari tentang diri, keluarga dan negara.

7. Mempelajari sejarah juga membolehkan kita lebih mengenali diri kita. 8. Apabila kita mengenali diri kita, ini akan dapat membina cara hidup yang bermatlamat dan berwawasan. 9. Mengenali negara kita pula membolehkan kita menghargai, berbangga serta mencintai negara ini. 10. Semangat ini amat penting bagi generasi pewaris kepada negara Malaysia. Contoh-contoh Peristiwa Bersejarah a) Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 oleh Allahyarham Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj. b) Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Februari 2001.

PENGERTIAN SEJARAH
1. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun. 2. Syajaratun bermaksud: (a) Pohon atau pokok (b) Salasilah (c) Riwayat (d) Keturunan (e) Asal usul 3. Terdapat pelbagai definisi mengenai sejarah daripada tokoh-tokoh sejarah seperti berikut: (a) Ibnu Khaldun - Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahanperubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. (b) Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. (d) Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. 4. Kesimpulannya, sejarah ialah penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. 5. Rekod- rekod lalu dikaji oleh para sejarawan dan hasil kajian mereka dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem dan lain-lain.

CIRI-CIRI SEJARAH
1. Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku. 2. Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dibentuk, dengan mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah.

Fakta yang Tepat dan Benar 1. Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa, tempat dan tarikh yang kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih. 2. Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah. 3. Fakta sejarah juga perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan 4. Sebagai contoh: (a) Penemuan arkeologi di Kota Tampan, Perak membuktikan petempatan awal bermula sejak 35 000 tahun dahulu. (b) Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari

dapat dibuktikan

kesahihannya. di negara kita 2001.

Penting dan Bermakna 1. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat penting dan bermakna pada dirinya. 2. Oleh itu, sesuatu peristiwa sejarah itu dianggap penting dan bermakna. 3. Peristiwa sejarah itu amat penting kerana memberi kesan kepada individu, masyarakat dan negara. 4. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi Maklumat pengenalan diri dan lesen memandu. 5. Kad Pintar ini akan memudahkan diri kita untuk berurusan. 6. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang. 7. Kad Akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengandungi maklumat perkahwinan seperti tarikh perkahwinan. Kad ini boleh mengingatkan individu tentang tarikh ulang tahun perkahwinannya. 8. Selain daripada sambutan Hari Kebangsaan, terdapat upacara yang disambut bersama oleh masyarakat di peringkat kebangsaan seperti: (a) Majlis Sambutan hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2001 yang disambut di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 Mei 2001. (b) Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2001 yang disambut di Kompleks Kota al-Azim, Melaka pada 16 Mei 2001. 9. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa pekerja serta guru dan disambut di peringkat kebangsaan. 10. Selain itu, tarikh permulaan sekolah ialah peristiwa bermakna bagi diri pelajar.

Sebab dan Akibat
1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa yang lalu. 2. Sejarah juga menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. 3. Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa: (a) Apa, (b) Siapa, (c) Bila, (d) Di mana, (e) Mengapa, dan (f) Bagaimana sesuatu peritiwa itu berlaku 4. Kesahihan sesuatu fakta dapat dibuktikan dengan cara berikut: Contoh: Kemasukan imigran kaum Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri. 5. Kota A Famosa pula membuktikan Melaka pernah dijajah oleh Portugis. 6. Peninggalan sejarah telah menjadi iktibar kepada kita bahawa kezaliman dan perpecahan perpaduan akan membawa kebinasaan dan kemungkinan ki a t akan dijajah semula. 7. Sejarah mendorong seseorang itu kepada sikap ingin tahu seperti mengapa, bagaimana dan kesannya terhadap sesuatu peristiwa. 8. Perkara ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat Malaysia untuk hidup dalam suasana aman dan bersatu padu kerana kita mengetahui ciriciri budaya dan amalan setiap kaum.

SUMBER SEJARAH
1. Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa.

2. Sejarah ditulis berasaskan sumber sejarah. 3. Sebagai contoh, buku Sejarah Malaysia merupakan sumber sejarah bagi maklumat tentang sejarah di Malaysia. 4. Sumber sejarah terbahagi kepada: (a) Sumber pertama atau sumber primer (b) Sumber kedua atau sumber sekunder

mendapatkan

Sumber Pertama 1. Sumber pertama juga dikenali sebagai sumber primer. 2. Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam keadaannya masih asli, belum ditafsirkan, diolah atau dicetak. 3. Sumber primer adalah dalam bentuk: (a) Kertas (b) Fosil (c) Artifak (d) Keterangan lisan 4. Contoh-contoh surat pertama ialah: (a) Surat peribadi (b) Diari (c) Fail rasmi jabatan (d) Manuskrip yang belum dicetak (e) Batu bersurat 5. Sejarawan digalak menggunakan sumber pertama kerana ini dapat membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku. 6. Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan bahan yang boleh dirujuk.

Sumber Kedua
1. Sumber kedua dikenali sebagai sumber sekunder. 2. Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan 3. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh 4. Contoh-contoh sumber kedua ialah: (a) Buku (b) Ensiklopedia (c) Majalah dan surat khabar (d) Buku teks (e) Rencana (f) Jurnal (g) Laporan tahunan jabatan (h) Risalah bertulis. sejarawan.

KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
1. Untuk memperoleh sumber kedua terdapat beberapa kaedah yang (a) kaedah lisan (b) kaedah bertulis (c) kaedah arkeologi digunakan, iaitu:

Kaedah Lisan 1. Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber.

2. Sejarawan memperoleh maklumat melalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh. 3. Maklumat yang diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan. 4. Sumber sejarah yang diperoleh melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi. 5. Sejarawan akan memilih, mentafsir dan membandingkan fakta untuk mendapatkan kebenaran maklumat tersebut. 6. Sejarawan perlu berbuat demikian kerana terdapat kelemahan pada sumber lisan ini seperti wujud unsur tokok tambah yang dicampuradukkan dengan mitos, legenda dan dongeng. 7. Perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televideo, cakera padat dan pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar. 8. Menonton dan mendengar berita atau liputan secara langsung melalui televisyen dianggap sebagai sumber lisan. 9. Kaedah mendapatkan sumber lisan yang lain ialah melalui: (a) Temu ramah (b) Penceritaan 10. Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh.

Kaedah Bertulis 1. Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis. 2. Pengkaji telah mentafsir menggunakan bahan-bahan seperti: (a) Catatan perjalanan (b) Diari (c) Tulisan dan gambar pada kulit binatang (d) Duit syiling (e) Daun (f) Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit gading dan kertas. (g) Surat (f) Manuskrip 3. Melalui sumber yang ditulis, dilakar dan dipahat sejarawan memperoleh mengenai: (a) Sesuatu perkara (b) Peristiwa atau kejadian (c) Tokoh (d) Perundangan (e) Adat resam

kayu,

maklumat

4. Sumber tulisan juga akan memudahkan kita memahami sesuatu situasi atau tempat dengan mudah dan jelas. 5. Sebagai contoh, melalui pembacaan buku Sejarah Melayu, kita dapat menggambarkan sistem sosial, ekonomi dan politik yang diamalkan pada zaman pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Kaedah Arkeologi 1. Melalui kaedah arkeologi, fakta diperolehi menggunakan proses cari gali bahan-bahan purba yang biasanya tertanam di dalam tanah atau dasar laut. 2. Kaedah arkeologi juga merupakan cara memperoleh maklumat berdasarkan kajian saintifik. 3. Selain kaedah proses mencari gali, cabang bidang arkeologi lain ialah angkasa lepas dan maritim. 4. Bahan-bahan purba yang ditemui melalui proses cari gali seperti candi, monumen, tembikar, pinggan mangkuk, fosil, alat-alat pertanian dan perhiasan dikenali sebagai artifak. 5. Kebanyakan artifak ini boleh dilihat di muzium manakala dokumen pula disimpan di arkib.

6. Melalui penemuan artifak ini, ahli arkeologi ,memperjelaskan kegiatan dan masyarakat pada zaman dahulu. 7. Melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon, ketepatan usia tinggalan sejarah dapat disahkan. 8. Ahli arkeologi dan sejarawan dapat membuat tafsiran terhadap maklumat

budaya sebenar bahan-bahan yang diperoleh.

PENTAFSIRAN SEJARAH
1. Terdapat pelbagai pandangan atau tafsiran mengenai bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. 2. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya. 3. Sejarah akan menjadi kaku dan tidak bermakna jika tidak dibuat tafsiran. 4. Sejarawan perlu berusaha mencari sesuatu jawapan atau menerangkan tentang sebab dan musabab berlaku sesuatu peritiwa itu. 5. Pengkaji sejarah juga perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan tepat. 6. Tafsiran tentang sesuatu peristwa sejarah berbeza mengikut kaca mata antara ahli sejarah. 7. Sebagai contoh, berikut ialah perbezaan pendapat mengenai peritiwa pembunuhan J.W.W. Birch, Residen Inggeris di Perak. 8. Tafsiran sejarah berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu pihak. 9. Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah. Sebagai contoh: (a) Peristiwa kedatangan Inggeris di Tanah Melayu. (b) Perjuangan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dan Dato' Maharajalela. 10. Sejarawan atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab. 11. Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu.

KEPENTINGAN SEJARAH
1. Kepentingan sejarah ialah: (a) Sejarah dapat mebantu kit mengenali diri sendiri, masyarakat, bangsa dan (b) Sejarah dijadikan iktibar dan pengajaran sebagai panduan untuk masa kini (c) Sejarah dapat memupuk semangat setia, jujur, berani dan bangga kepada (d) Sejarah membantu menghargai dan memelihara apa yang dimiliki dan warganegara yang bertanggungjawab mempertahankan negara. negara. dan hadapan. negara kita. menjadi

Tujuan Mempelajari Sejarah
1. Pengetahuan yang banyak boleh diperoleh dengan mempelajari sejarah. 2. Perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan pengetahuan sejarah ialah: (a) Membuat penilaian mengenai sesuatu peritiwa. (b) Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa. (c) Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa. 3. Mempelajari sejarah dapat memberi pemahaman tentang tamadun awal bangsa kita yang telah wujud, di negara kita iaitu: (a) Zaman Paleolitik (b) Zaman Neolitik (c) Zaman Logam 4. Melalui penemuan tapak-tapak awal petempatan manusia Zaman Paleolitik di Kota Tampan, membuktikan bahawa: (a) Negara dan bangsa kita telah menempuh zaman tersebut. (b) Dapat melahirkan rasa jati diri yang tinggi. (c) Membentuk keperibadian bangsa. (d) Menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. 5. Ramai tokoh dan pemimpin negara telah menyumbang khidmat bakti untuk mempertahankan negara. sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman Putra bersama pemimpin yang lain berusaha memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa berlaku pertumpahan darah.

6. Dengan mempelajari sejarah membolehkan kita mengetahui: (a) Mengapa kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah? (b) Bagaimana kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah? (c) Di mana berlaku proses kemerdekaan? (d) Bilakah kemerdekaan tanah air diisytiharkan? (e) Apakah kesan kemerdekaan tanah air daripada penjajah terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara? 7. Selepas merdeka, pemimpin negara yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra berusaha memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. 8. Warganegara Malaysia perlu menghargai jasa dan usaha pemimpin dahulu dan kini. 9. Generasi muda seharusnya tidak leka dan perlu memenuhi kemerdekaan dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati supaya kesilapan masa lampau tidak berulang. 10. Keamanan dan kemajuan yang dikecapi membolehkan generasi kini merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin. 11. Usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara juga dapat dilaksanakan.

Faedah Mempelajari Sejarah
1. Sejarah boleh memberikan kita panduan dan iktibar pada masa kini dan hadapan. 2. Sejarah juga memaparkan segala peristiwa, iaitu sama ada yang baik ataupun buruk. 3. Sejarah juga dapat memberi pengajaran dan panduan untuk kita membetulkan diri daripada sebarang kesilapan yang berlaku pada masa dahulu. 4. Kejayaan bangsa kita pada masa dahulu boleh menjadi perangsang untuk terus berjaya, iaitu bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya negara dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris selama 450 tahun sehingga negara kita mencapai kemerdekaan. 5. Kita juga perlu menghayati kegigihan pemimpin-pemimpin kita yang berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan kemudian berusaha mengisi kemerdekaan dengan merancang pelbagai pembangunan. 6. Negara kita yang dahulunya mundur semasa penjajahan berubah dengan pembangunan yang begitu pesat sekali.

7. Kini, Malaysia berusaha menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020. 8. Sejarah telah memberi pengajaran kepada kita sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang. 9. Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme, iaitu perasaan cintakan tanah air. 10. Semangat patriotisme akan lahir jika kita tahu siapa diri, bangsa dan negara kita. 11. Mempunyai asas sejarah yang teguh membolehkan kita menjadi rakyat yang bangga akan negara dan rela berkorban untuk mempertahankan negara. 12. Sejarah juga membantu kita memelihara dan menghargai kemerdekaan dan kedaulatan negara. 13. Mempelajari sejarah bermakna kita mempelajari tentang diri, keluarga, masyarakat dan negara demi kebaikan bersama. 14. Dengan asas sejarah yang kukuh, rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman walaupun terdiri daripada pelbgai kaum.