You are on page 1of 38

KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 (2011

)
TAJUK:PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN SERI REMBAU,71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN.

Nama Kelas Nombor K/P Angka Giliran Sekolah

: Noor Syafiqah Binti Redzwan :3 Pluto : 960326-05-1111 : NG002K005 : Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau,71309 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Nama Guru

: Encik Lee Kim Seng

Tandatangan Pelajar:

Tandatangan Guru:

(Noor Syafiqah)

(Lee kim Seng)

KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

TAJUK

1.TAJUK KAJIAN: Pencemaran alam sekitar di Taman Seri Rembau,71300 Rembau,Negeri Sembilan Darul Khusus.

KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)

KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) SENARAI KANDUNGAN 1.SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN ➢ HALAMAN Penghargaan ➢ Pendahuluan ➢ Objektif Kajian ➢ Kawasan Kajian .

KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) ➢ Kaedah Kajian ➢ Dapatan Kajian ➢ Rumusan ➢ Lampiran ➢ Rujukan .

tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses kajian ini dijalankan . Datin Hajah Azimah Bt Haji Alis kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Undang Rembau.KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) PENGHARGAA N 1. Lee Kim Seng yang telah banyak memberi tunjuk ajar. maklumat. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya En.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu rakan-rakan di tingkatan 3 Pluto. Mereka juga banyak membantu dalam perkongsian maklumat dan menyoal selidik bersama-sama dengan saya semasa penyelidikan ini.KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta adik beradik saya kerana memberi dorongan dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah ibu bapa saya habiskan demi memastikan kajian ini dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Seri Rembau di fasa 1. . 2 dan 3 serta penduduk lot banglo yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) PENDAHULUAN 2. Saya telah dicadangkan oleh guru untuk membuat kajian ini dikediaman sendiri memandangkan ia amat sesuai dijalankan berdasarkan tajuk yang telah saya pilih. saya ingin mengetahui tentang pencemaran di kediaman saya serta sekitarnya dengan ini ia dapat mewujudkan kesedaran kepada diri saya serta penduduk yang lain. Selain itu. Saya telah memilih tajuk pencemaran alam sekitar. . Saya diberi dua pilihan tajuk kajian iaitu pencemeran alam sekitar dan perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi).PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupa syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangakan manfaat dan kesedaran khususnya kepada saya dan kepada masyarakat di kawasan kajian saya. .KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah bermula pada bulan februari sehingga bulan jun kira-kira 4bulan. dengan harapan agar bumi dapat dipelihara dengan lebih baik. Saya dikehendaki menulis laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

OBJEKTIF KAJIAN .

3.OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:- ✔ Konsep pencemaran alam sekitar ✔ Jenis pencemaran alam sekitar ✔ Punca pencemaran alam sekitar ✔ Kesan pencemaran alam sekitar ✔ Cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ✔ Penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian .

KAWASAN KAJIAN .

Fasa 3 dan Lot Banglo. kebanyak penduduk lebih suka berjalan kaki untuk ke sekolah atau kedai kerana mengambil masa hanya 17-20 minit sahaja.2 kilometer dari Bandar Seremban. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke Pekan Rembau dari Taman Seri Rembau ialah 80 sen yang mengambil masa selama 3-5 minit. Fasa 2 . Selepas itu. Negeri Sembilan. . kawasan perumahan semakin pesat dibina berhampiran dengan Pejabat Daerah dan Majlis Daerah.1. Terdapat sebuah taman perumahan yang bersebelahan dengan Taman Seri Rembau Fasa 3 iaitu Taman Rembau Utama yang dimajukan oleh syarikat lain.4 kilometer dari Pekan Remabu dan kirakira-kira 26. Beberapa tahun kemudian taman tembikai telah di lupuskan kerana kerajaan ingin membangunkan pejabat kerajaan di kawasan tersebut. Sejarah awal kawasan kajian ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah yang telah di usahakan semenjak zaman penjajah lagi. Taman Seri Rembau di bahagikan kepada empat buah taman perumahan iaitu Taman Seri Rembau Fasa 1. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 1.KAWASAN KAJIAN Kajian ini telah dijalankan di sekitar Taman Seri Rembau. Pada sekitar tahun 1970-an tanaman getah tersebut telah beralih kepada taman tembikai. Oleh sebab Pekan Rembau berhampiran dengan Taman Seri.

PETA KAWASAN KAJIAN PETA NEGERI SEMBILAN .

PETA DAERAH REMBAU .

PETA LAKARAN KAWASAN KAJIAN .

.

KAEDAH KAJIAN 2. saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian.KAEDAH KAJIAN Bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian yang saya jalankan. 1) Kaedah soal selidik . Diantaranya ialah:1) Kaedah pemerhatian ✔ Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di sekitar Taman Seri Rembau untuk mengenal pasti pencemaran yang sedang berlaku di Taman Seri Rembau dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang saya hendaki.

saya juga telah membuat rujukan di laman web tertentu serta membuat beberapa rujukan di Perpustakaan Awam Rembau. Dapatan kajian .✔ Saya juga telah membuat kertas soal selidik dan telah meberikan kertas soal selidik tersebut kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk Taman Seri Rembau dan juga orang awam yang pernah tinggal di Taman Seri Rembau 1) Kaedah rujukan ✔ Untuk melengkapkan lagi kajian ini saya. Saya juga telah merujuk beberepa risalah aktiviti yang disediakan oleh Koperasi Rukun Tetangga (KRT).

biologi atau arasaras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik.setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.kimia.mengeluarkan atau .Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia.sumbersumber ekonomi dan kemandirian bumi.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.1.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar.1Konsep pencemaran alam sekitar Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk.kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.DAPATAN KAJIAN 8.

Nitrogen Oksida.asap. Tanah .S ulfur Oksida . b.bau-bauan).Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula. zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan.Ozon. Berikut ialah sekitar yang wujud di kawasan kajian saya: a. Udara Pencemaran udara merupakan pencemaran yang terbesar berlaku di kawasa kajian saya ini disebabkan oleh terdapat banyak perbinaan sedang dibangunkan.tumbuhan dan haiwan.sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan. Contohnya.2Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar Di Kawasan Kajian Setelah kajian dijalankan. jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .kabus. 8. Pencemaran udara ini berlaku kerana terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk.tumbuh-tumbuhan.meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah.Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.binatang dan harta benda.keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain.konsep pencemaran menjadi kabur.Hidrokarbon. saya mendapati terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di sekitar Taman Seri Rembau.Misalnya.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. gas-gas beracun. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Tanpa nilai ini. Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.wap dan gas(Karbon Monoksida.

terdapat tong-tong samapah telah disediakan di halaman rumah masing-masing. barang elektrik yang sudah rosak. sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. perabot lama dan sebagainya. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari.Pencemaran tanah merupakan pencemaran tiga terbesar di kawasan kajian saya ini disebabkan oleh pembinaan sekolah.kimia atau fizik. Pencemaran tanah ialah perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna. 2) Penempatan Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian Antara punca-punca pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya ialah: 1) Pembinaan Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju dan sekolah. perumahan. 8. akan . Projek perumahan terbengkalai turut mempengaruhi. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik. jalan kereta api baru dan pembesaran jalan raya.kesuburan dan hakisan. Bagi petempatan perumahan.

Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Mereka suka membakar semak samun yang berhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. 3) Kenderaan Kenderaan turut menjadi punca dikawasan kajiaan saya kerana jalan masuk ke Taman Seri Rembau merupakan laluan utama ke Seremban dan Tampin Fakta juga menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. . Jadi untuk tidak merugikan mereka. Mereka juga suka membakar daun-daun kering yang telah dikumpulkan tanpa memikirkan cara lain untuk melupuskan daun-daun tersebut. mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok seperti di tepi jalan yang jarang dilalui.dikenakan kos pengangkutan. 4) Pembakaran terbuka Ramai penduduk yang suka membakar sampah di merata-rata tempat dan secara terbuka tanapa memikrkan perasaan orang lain dan akibatnya.

Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. kereta dan lain-lain menjadi pudar. bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. disebabkan pada masa kini.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian I. warna bangunan. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Pembakaran bahan api fossil seperti ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. dan cepat berkarat. Hujan Asid Hujan asid secara semulajadi adalah berasid.8. Bagaimanapun. penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. II. mudah rosak. Jerebu .

Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. sesak nafas dan sebagainya. Selain itu. individu yang duduk berhampiran dengan kawasan seperti tempat pembiakan nyamuk akan mudah terkena penyakit denggi. . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. selsema. hidung berair dan kerap bersin. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Penyakit Individu yang selalu terdedah pada pencemaran akan mudah menerima penyakit seperti asma. batuk-batuk. kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. III. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. IV.terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Suhu Meningkat Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. mata terasa pedih dan berair. Kesnanya adalah permukaan bumi menjadi panas. bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. ekosistem terganggu.

Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan kawasan perkampungan yang sering melepas ternakan mereka ke taman perumahan. Haiwan ternakan mereka telah membuang najis dimerata-rata tempat yang boleh mengeluarkan bau busuk 8.Selain itu. majalah lama.mereka boleh kitar semula barang seperti surat khabar. Dengan ini.bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. kita boleh mengelak daripada menembang pokok untuk membuat kertas baru.V. Kempen Mencintai Alam Sekitar Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. iii. Bau Busuk Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Penguatkuasa Undang-Undang . Kehadiran lalat. kertas terpakai dan kotak kertas. ulat dan bahan . Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang. Kitar Semula Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. ii.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian i. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

maka hukuman seperti denda. Renjer-renjer hutan kerap melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti pembalakan berjalan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan.Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta Perhutanan Negara 1984. Catalytic converter Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Langkah mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang melakukan pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara berleluasa. bertanggungjawab menguatkuasakan akta dan undang-undang ini.Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti yang memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan. Akta Pembangunan Mineral. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida . Agensi kerajaan seperti jabatan Alam Sekitar.Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. atau menggantung lesen operasi harus dikenakan terhadap pihak yang berkenaan.Selain itu. penjara. Pihak kerajaan melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang juga mewajibkan pengusaha-pengusaha kilang memasang alat-alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat penapisan asap. sistem pembetungan air kumbahan.Terdapat banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Jabatan Perhutanan juga mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan pembalakan. iv. Akta Kawalan Pencemaran Air 1979. Akta Perikanan 1985. 1994. Jika pihak berkuasa yang berkaitan mendapati terdapat pihak yang melanggar akta dan undng-undang tersebut. pihak berkuasa juga harus mewajibkan pihak yang terbabit menanggung kos pemuliharaan atau kos pembersihan sepenuhnya. dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu.

tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. BAHAN GRAFIK A. CARTA PAI Sumber: Penduduk Taman Seri Rembau . Penukar bermangkin tiga hala (three. JADUAL JENIS PENCEMARAN UDARA AIR TANAH BUNYI BAU PERATUS 36% 34% 28% 12% 32% Jadual: Jenis-jenis pencemaran di sekitar Taman Seri Rembau Sumber: Penduduk Taman Seri Rembau B.kepada Karbon Dioksida dan Wap.way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu.

langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah-langkah yang wajar untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Malah ia adalah tanggungjawab semua .RUMUSAN 9.RUMUSAN Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran.

kita mesti la sama-sama berfikir supaya Negara dapat di bangunkan dengan maju tanpa mencemarkan bumi. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang. Selain itu. sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. . Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.pihak. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran.

LAMPIRAN .

.

.

.

.

.

blogspot.com/post/1969953506 BUKU: ➢ BUKU TEKS TINGKATAN 1 ➢ BUKU RUJUKAN GEOGRAFI (PMR A-ttack) ORANG SUMBER: .html ➢ http://pondoksiti.RUJUKAN RUJUKAN INTERNET: ➢ http://bad-shamkajiantindakan.com/2011/03/contoh-borang-soal-selidikkkg-2011.html? utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A ➢ http://kudeed.com/2009/05/ulasan-buku-doing-actionresearch-guide.com/2011/02/kerja-kursus-geografi-2011-part-1.html ➢ http://kelip-kelipkehidupan.tblog.blogspot.blogspot.

➢ PENDUDUK TAMAN SERI REMBAU ➢ GURU KELAS 3 PLUTO ➢ RAKAN-RAKAN 3 PLUTO .

com/2009/05/ulasan -buku-doing-actionresearch-guide.html  http://kelip-kelipkehidupan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed %3A  http://kudeed.com/2 011/02/kerja-kursus-geografi-2011-part-1.com/post/1969953506 BUKU:  BUKU TEKS TINGKATAN 1  BUKU RUJUKAN GEOGRAFI (PMR A-ttack) ORANG SUMBER:  PENDUDUK TAMAN SERI REMBAU  GURU KELAS 3 PLUTO  RAKAN-RAKAN 3 PLUTO 39 .tblog.blogspot.blogspot.html  http://pondoksiti.com/2011/03/contoh -borang-soal-selidikkkg2011.blogspot.KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011)  http://bad-shamkajiantindakan.

KERJA KURSUS GEOGRAFI (2011) 40 .