15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG

Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

15 RESIPI IBU BERPANTANG
Terima kasih kerana memuatturun e-book ini. Ianya boleh diedarkan secara percuma dan dijadikan ‘Free-Gift’ Contest. Sebarang suntingan adalah tidak dibenarkan. Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka. Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri. Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'. Rujukan Berkaitan: 1. http://hamil.mustaffa.org/alahan-semasa-mengandung 2. http://hamil.mustaffa.org/makanan-ketika-berpantang-mengikut-orangdulu-dulu 3. http://hamil.mustaffa.org/gula-tambahan-penyumbang-masalahobesiti-penyakit-kronik 4. http://hamil.mustaffa.org/tip-ibu-mengandung-mengatasi-sembelitketika-hamil 5. http://hamil.mustaffa.org/pantang-larang-selepas-bersalin

Harap Maklum -ADMIN-

1

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan 2 cawan air 2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam – ditumbuk 3 ulas bawang merah - ditumbuk [A] 2 ulas bawang putih - ditumbuk [A] 2 sm halia - ditumbuk [A] 1 keping asam keeping Garam secukup rasa Daun bawang & daun sup – dihiris Cara menyediakan: a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan. b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air. c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

2

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI IKAN HARUAN ASAM KUKUS
Bahan-bahan: 1 ekor ikan haruan – dibersihkan 1 cawan air asam jawa 3 sudu makan minyak jagung 2 sudu makan kicap cair 1 sudu makan serbuk lada hitam sudu teh gula pasir 1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air 1 tangkai daun kesum 1 batang bunga kantan – dihiris Garam secukup rasa Bahan kisar [A]: 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sm kunyit hidup 1 sm lengkuas 1 batang serai – diketuk 1 sudu teh lada hitam – ditumbuk Cara menyediakan: a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit. b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat. d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan. e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.

3

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan: 500 gm daging lembu 1 biji bawang besar - dihiris 5 ulas bawang putih - dicincang halus 2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 1 sudu makan kicap manis Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan. b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

4

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI PAIS IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan: 2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan 1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air 1/2 sudu teh serbuk kunyit 3 helai daun pisang - dilayur 3 ulas bawang merah - ditumbuk (A) 1 biji cili merah - ditumbuk (A) 1 ulas bawang putih - ditumbuk (A) Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit. b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.

5

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI IKAN SIAKAP PANGGANG
Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap 50 ml pati santan 1 batang serai - dikisar [A] 2 ulas bawang merah - dikisar [A] 1 sm kunyit hidup - dikisar [A] 1 ulas bawang putih - dikisar [A] 1 sudu makan minyak masak 1 sudu teh gula pasir Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam. b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak. c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat. d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.

6

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahan-bahan: 1 keping ikan tenggiri 4 sm halia - dihiris & digoreng 2 sudu makan minyak bijan 1-2 sudu makan kicap manis 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam Cara menyediakan: a) b) c) d) e) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata. Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. f) Sedia untuk dihidangkan.

7

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI IKAN GELAMA PANGGANG
Bahan-bahan: 1 ekor ikan gelama 1/2 sudu teh serbuk kunyit Sedikit garam Cara menyediakan: a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak. b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan. c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. d) Sedia untuk dihidangkan.

8

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI AYAM KUKUS BERCUKA
Bahan-bahan: 8 ketul ayam 4 ulas bawang putih - ditumbuk 1 sm halia - ditumbuk 3 sudu makan cuka Garam secukup rasa Bahan tumbuk [A]: 1 sudu makan ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Cara menyediakan: a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. b) Kemudian kukus ayam sehingga masak. c) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. d) Kukus lagi selama 5 minit. Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

9

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI AYAM MASAK BIJAN
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan 4 sm halia tua - dihiris halus 3 sudu makan minyak bijan 1 - 2 sudu makan kicap manis Sedikit garam Air secukupnya Cara menyediakan: a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. b) Tumis halia hingga wangi. c) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. d) Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. e) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. f) Bila ayam masak, tutup api. g) Tambah garam jika perlu.

10

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI HATI MASAK BEREMPAH
Bahan-bahan: 300 gm hati lembu 2 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu makan serbuk rempah kari 1 sudu teh serbuk ketumbar 4 ulas bawang putih - dikisar [A] 2 ulas bawang merah - dikisar [A] 2 sm halia - dikisar [A] 1 sm lengkuas - dikisar [A] Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan. b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata. c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk. d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau sehingga masak. Nota: Hati lembu menambahkan darah.

11

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI HALWA HALIA
Bahan-bahan: 250 gm halia - dihiris nipis 250 ml air 5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua 2 sudu makan gula pasir 1 sudu teh cuka Garam secukup rasa Cara menyediakan: a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan. c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. d) Tutup kemas dan biarkan semalaman.

12

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI JUS HALIA KURMA
Bahan-bahan: 200 gm halia 20 biji buah kurma 750 ml air masak Cara menyediakan: a) b) c) d) e) Tumbuk halia hingga lumat Belah buah kurma dan buangkan bijinya. Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila mendidih, perlahankan api. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.

13

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI REBUSAN MANJAKANI
Bahan-bahan: 5 biji buah manjakani 500 ml air 2 sm halia tua 2 sm kunyit tua 2 keping asam keping Cara menyediakan: a) b) c) d) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit. Tapis dan minum air ini setelah suam. Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.

14

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahan: 2 ikat pegaga 5 cawan air Cara menyediakan: a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja. b) Minum apabila suam (2 kali sehari). Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

15

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

RESIPI TUMIS SAWI PUTIH
Bahan-bahan: 5 tangkai sawi batang putih - dipotong 1 sm halia - dihiris 10 ekor ikan bilis - dibersihkan 1 sudu teh minyak masak Garam secukup rasa Air secukupnya Cara menyediakan: a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing. b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air. c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat. Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.

16

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL

EDARAN PERCUMA

`

17

15 RESIPI IBU SEMASA BERPANTANG
Sumber Asal – BLOG IBU HAMIL [http://hamil.mustaffa.org]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful