Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikanpelbagai kaum serta

identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripadakeseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India danCina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusiayang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu danmasyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiridaripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspekpolitik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatupadu¶. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmukmuncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan pendudukmengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampurantetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama,bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysiasahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkanmasyarakat majmuk.Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa erakegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapunkehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaanistilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 denganadanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulupernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sinikita akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful