SUMBER ELEKTRIK

1.0 ELEKTRIK
Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik. Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19. Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Elektrik boleh di anggap sebagai cara yang mudah untuk pengangkutan dan pengagihan kuasa. Contohnya tenaga daripada air terjun boleh di saluran kepada satu janakuasa untuk membuat kuasa elektrik yang mana ianya di angkut oleh talian penghantaran sejauh beribu-ribu batu ke bandar-bandar. Ianya di gunakan untuk memberikan kuasa mekanikal,cahaya,haba penyejukan dan lain-lain kemudahan.

Tenaga elektrik sangat penting untuk menggerakkan industri negara. Tenaga elekrik yang murah akan menjadikan kos pengeluaran barang-barang kilang dan produk pertanian di Negara kita menjadi rendah. Ini akan menjadikan barang-barang keluaran Negara kita lebih kompetetif dan rakyat juga akan dapat menikmati harga barang keperluan yang lebih murah.
TEKONOLGI ELEKTRONIK 1

SUMBER ELEKTRIK

Kita bernasib baik kerana di anugerahkan dengan sumber air yang banyak.Sungai-sungai di empang sehingga dapat menakung air seperti di Tasek Temenggor dan Cameron Highland. Air yang diempang ini disalurkan untuk menggerak dan memutar turbin penjana elektrik (generator). Tenaga tolakan air yang dilepaskan dari empangan itu ditukar menjadi tenaga elektrik.

Oleh kerana kita mendapat sumber air percuma dari alam maka tenaga elektrik yang dihasilkan melalui cara elektrik hidro ini seolah-olah seperti percuma juga. Apabila gas asli petroleum ditemui diperairan Negara kita, penghasilan tenaga elektrik Negara kita mengalami anjakan besar, di mana gas asli telah menjadi sumber tenaga utama dalam menghasilkan tenaga elektrik Negara.

Oleh kerana gas asli adalah didapati di kawasan Negara kita dan dikeluarkan oleh syarikat Negara kita sendiri, kita masih sepatutnya dapat menikmati harga tenaga elektrik yang rendah berbanding dengan Negara-negara lain.Gas asli digunakan sebagai bahan bakar bagi memanaskan air di dalam dandang menghasilkan wap panas bertekanan tinggi. Wap panas bertekanan tinggi ini akan dilepaskan bagi menggerakkan turbin penjana elektrik.

Selain dari gas asli, Negara kita juga menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga elektrik. Tidak seperti elektrik hidro, pembakaran gas, minyak dan arang batu untuk mendapatkan tenaga elektrik turut menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global.Sumber gas asli yang tersimpan dalam perut bumi Negara kita akhirnya akan habis juga dan tidak boleh diganti semula, oleh itu kita tidak boleh bergantung selamanya dengan gas asli sebagai sumber tenaga elektrik Negara kita.

Sekarang sudah ada rancangan dari pihak kerajaan untuk menggunakan tenaga nuklear bagi menghasilkan tenaga elektrik. Walaupun kita tidak mengeluarkan uranium dan terpaksa mengimport bahan tersebut untuk menghasilkan tenaga nuklear, tetapi kita

TEKONOLGI ELEKTRONIK

2

SUMBER ELEKTRIK masih boleh membelinya dari Negara lain dengan harga yang murah berbanding dengan jumlah tenaga elektri yang dihasilkannya. TEKONOLGI ELEKTRONIK 3 .

Daya yang boleh menggerakkan elektron keluar dari orbitnya mengalirkan arus menjadi punca tenaga elektrik. tindakan haba dan tindakan cahaya. Atau kedua-dua cas ini masing-masing menolak dan menarik elektron secara berterusan.Tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada sumber pelbagai iaitu kemagnetan.SUMBER ELEKTRIK 2. TEKANAN ELEKTRIK DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN TINDAKAN KIMIA HABA CAHAYA KUASA KEMAGNETAN TEKONOLGI ELEKTRONIK 4 . tindakan kimia. geseran.0 SUMBER ELEKTRIK Elektrik adalah sumber tenaga yang penting dalam kehidupan seharian. Elektron mengalir menghasilkan arus elektrik. tekanan. Kesemua punca-punca tenaga elektrik ini berdasarkan dua kriteria iaitu cas negatif menolak elektron sementara cas positif menarik elektron.

iii.1 Dinamo Dinamo terdiri daripada:i.1 KEMAGNETAN Elektrik terhasil apabila sebatang magnet digerakkan di dalam gegelung wayar. Arus elektrik yang terhasil dinamakan ³arus aruhan´. Medan magnet yang bergerak akan dipotong oleh gegelung dawai lalu menghasilkan aruhan arus elektrik. Voltan akan bertambah jika putaran roda basikal semakin laju. Bila magnet bergerak. magnet kekal teras besi lembut gegelung wayar Putaran dinamo oleh roda basikal menyebabkan medan magnet pada magnet kekal bergerak. RAJAH DINAMO 2. ii.1.2 TEKONOLGI ELEKTRONIK 5 . 2.1. galvanometer akan bergerak.SUMBER ELEKTRIK 2.

tindakbalas kimia itu akan menjadi terbalik dan bateri itu akan mengecas semula. Apabila sel-sel bateri simpanan digunakan untuk menjana elektrik untuk menghidupkan kereta. Tenaga yang dihasilkan adalah sedikit kuantitinya. Mungkin contoh tindakan kimia yang paling mudah yang dihasilkan dari elektrik ialah mengecas semula bateri simpanan bagi kereta biasa.SUMBER ELEKTRIK 2.1. Mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air.4 2. RAJAH 2.2 TINDAKAN KIMIA Tindakan kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik. atau angin. stim. jika arus dialirkan melalui sel dalam arah yang bertentangan. TEKONOLGI ELEKTRONIK 6 . Walau bagaimanapun. Elektron mengalir daripada punca positif dengan adanya unsur-unsur dalam elektrolit.3 TURBIN Turbin digunakan pada penjana kuasa elektrik di stesen penjana kuasa hidro.1. Penghasilan tenaga ini boleh didapati dalam sel elektrik. Turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanik untuk menggerakkan pelbagai jenis mesin seperti pam air dan penjana elektrik.Tindak balas kimia antara dua jenis logam dalam elektrolit yang sesuai dapat menghasilkan tenaga elektrik. Terdapat dua cara tindakan kimia iaitu sel basah dan sel kering. menyalakan lampunya dan seterusnya. wap dan diesel.

Oleh sebab itu.C). RAJAH 2. Elektrod positifnya diperbuat daripada karbon dan elektrod negatifnya merupakan bekas sel yang diperbuat daripada zink.0 volt. Sel ini menggunakan bahan kimia yang dapat mengurangkan tindakan setempat dan pengutuban bahan elektrolit. Satu daripada jenis sel utama yang paling banyak digunakan hari ini ialah sel kering.1 Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1. mangan dioksida dan serbuk karbon. bukannya cecair. Sel kering dan sel basah menghasilkan arus jenis arus terus (D. Tenaga yang hilang ini tidak dapat dipulihkan semula. iaitu daripada adunan ammonium klorida dan tepung atau kanji jagung.5 volt dan dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3. Voltan ini akan berkurangan jika digunakan langsung pada satu jangka masa tertentu. dinamakan sel kering. Bahan elektrolitnya bukan cecair tetapi perekat.SUMBER ELEKTRIK Elektrik boleh dihasilkan melalui proses tindakan kimia daripada sel basah dan sel kering.2. Pengurangan atau kehilangan keupayaan TEKONOLGI ELEKTRONIK 7 .

Dua sel kering disambung siri. Setelah bahan kimia di dalam sel habis digunakan. Sel kering digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio. Tenaga kimia ini akan bertukar menjadi tenaga elektrik yang mengalir dari kutup negatif ke kutub positif. sel itu tidak boleh digunakan lagi dan perlu diganti.2 A = Punca positif . lampu suluh.SUMBER ELEKTRIK sel mengeluarkan voltan disebabkan bahan elektrolitnya kering. D = Batang karbon . B = Bekas zink . Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia. Ia tidak boleh dicas semula. E = Punca negat if Apabila sel kering disambung dalam sesuatu litar yang lengkap. jam dan alatan mainan. Saiznya sesebuah bateri bukan faktor penentu kekuatan voltan yang dapat dikeluarkannya. RAJAH 2. TEKONOLGI ELEKTRONIK 8 . tindakan kimia berlaku dalam sel. C = Elektrolit . Kelemahannya. sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis.2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC).

Voltan yang dihasilkan bersamaan jumlah voltan sel-sel yang disambungkan. Jumlah voltan yang dihasilkan tidak berubah iaitu 1. Dua keeping logam.SUMBER ELEKTRIK PENYAMBUNGAN SEL KERING Penyambungan secara siri Kutub positif sesuatu sel disambung ke kutub negatif sel yang lain. RAJAH 2.5 V. Penyambungan secara selari Dalam penyambungan secara selari. Bekalan tenaga elektrik juga tahan lebih lama. sel volt inti terdiri daripada satu bekas yang mengandungi H2SO4 cair. Tujuan menyambung sel-sel secara siri adalah untuk menambahkan voltan.3 Sel elektrik ialah satu penjana elektrik di mana tenaga kimia ditukarkan menjadi tenaga elektrik. Seperti yang ditunjukkan di Rajah dibawah. Begitu juga dengan kutub-kutub negatif. kutub-kutub positif sel disatukan. satu diperbuat daripada tembaga dan satu lagi daripada zink dicelupkan ke dalamnya.2. Tujuan menyambung sel-sel secara selari adalah untuk mendapatkan arus elektrik yang lebih tinggi. TEKONOLGI ELEKTRONIK 9 .

Zink larut di dalam asid sulfurik cair. -tidak boleh dicas semula 2) Sel lithium -Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh dicas semula TEKONOLGI ELEKTRONIK 10 . RAJAH 2. buih hydrogen terkumpul di keliling kepingan tembaga dan arus elektrik mengalir di dalam sel dari zink ke tembaga menerusi cecair. Kepingan tembaga ini dinamakan kutub positif dan kepingan zink dinamakan kutub negatif. arus elektrik mengalir dari tembaga ke zink dan ini boleh dikesan dari pesongan jarum magnet yang terhubung pada dawai.2.4 JENIS-JENIS SEL KERING 1) Sel alkali -digunakan pada alat voltan rendah seperti lampu suluh dan radio.SUMBER ELEKTRIK Apabila kedua-dua kepingan ini disambungkan dari luar dengan satu dawai logam.

y TEKONOLGI ELEKTRONIK 11 . kalkulator.SUMBER ELEKTRIK -Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera. 3) sel merkuri -Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya memerlukan arus yang rendah. dan komputer (memori sokongan). 4) Sel nikel cadmium (NiCad) y Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless). Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan menggunakan peralatan khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.

Sel basah lebih dikenali sebagai bateri. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod negatif dan asid sulfurik cari sebagai elektrolitnya. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6. Biasanya beberapa sel digabungkan bersama TEKONOLGI ELEKTRONIK 12 .0 volt. Bateri ini menyimpan tenaga dan mengeluarkan tenaga elektrik secara tindak balas kimia sama seperti sel utama. Sel ini digunakan dalam kenderaan seperti kereta. Perbezaan ketara bateri ini ialah kebolehannya dicas semula untuk membekalkan elektrik setelah tenaga yang dikeluarkannya berkurangan (sehingga menyerupai bateri baru) dengan itu usia bateri dapat bertahan lebih lama. bas dan motosikal atau bekalan kecemasan untuk telefon dan lampu di hospital. 12 Volt dan 24 volt. lori.SUMBER ELEKTRIK SEL BASAH Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi daripada sel kering dan ia dapat dicas semula.

Kadang-kadang dalam keadaan yang tertentu electron yang berada di luar ini tertarik kepada atom yang lain. Atom ini dikatakan bercas positif. dan sel ini dinamakan bateri sekunder atau penumpuk atau sel sekunder.3 GESERAN Apabila dua bahan yang berlainan digosok atau digeserkan antara satu sama lain. Di pusat atom terletak nucleus. jika sebatang kaca digeserkan dengan kain sutera pada satu arah. ia masih digunakan oleh sesetengah alat elektrik. sesuatu atom mempunyai cukup cas positif bagi meneutralkan cas negatif electron. Misalnya dalam alat pembersih kotoran. Pada amnya. Elektron ini berlegar mengelilingi nucleus seperti planet berlegar mengelilingi matahari. Ini menyebabkan bahan yang menerima kelebihan elektron akan bercas negatif dan bahan yang kehilangan elektron bercas positif. Ini menunjukkan nucleus mesti ada enam cas positif untuk mengimbangkan enam cas negatif. Sebagai contoh. TEKONOLGI ELEKTRONIK 13 . elektron yang berada di batang kaca itu akan berpindah ke kain sutera dan menjadikan batang kaca itu bercas positif sementara kain sutera yang menerima elektron akan bercas negatif. atom tidak akan berkeadaan neutral lagi. elektron di dalam suatu bahan akan keluar dari atomnya dan berpindah ke bahan yang satu lagi.SUMBER ELEKTRIK dalam satu bekas. kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif daripada cas negatif. Elektron yang di luar sekali di dalam sesuatu atom mudah dipindahkan. 2. Tetapi pada keseluruhannya atom adalah neutral iaitu tidak mempunyai cas. Jika sesuatu atom seperti karbon mempunyai enam electron jadi atom ini mempunyai enam cas negatif. Walaupun penghasilan tenaga elektrik secara geseran ini kecil. Semua jirim terdiri daripada beribu-ribu atom. proses mengecat dan janakuasa Van de Graaff. mesin fotostat. Jika sesuatu atom hilang satu electron. Elektron yang sempurna ini dinamakan arus elektrik. Bateri asid plumbum dan alkali sekunder (nikel-besi dan nikel kadium) merupakan contoh sel sekunder. iaitu cas negatif. Di keliling nucleus ada kumin dinamakan electron. Tiap-tiap electron membawa satu cas negatif. penapis udara.

Unit yang paling halus dalam satu benda tanpa menghilangkan identiti asalnya. 3.1 Elektron elektron yang terkeluar dari orbitnya menimbulkan kekurangan elektron di dalam atom yang telah di tinggalkan. Bahagian tengah atom bercas positif yang kuat 4. Oleh itu bahagian atom yang telah di tinggalkan elektron akan menjadi tidak seimbang secara elektrik kerana nukluesnya tetap positif seperti dahulu. Dalam bahan bahan pejal. Atom . Oleh itu hanya cas positif yang tertinggal. Benda yang bercas positif ini di namakn ion positif.Bahan yang mengalami kekurangan elektron menjadi cas positif. di dalam cecair dan gas ion ion boleh bergerak seperti elektron dan menolong pengaliran arus . Istilah-istilah yang berkaitan :- 1. 2. Nuklues . Inilah akan menyebabkan lebihan elektron di mana ianya berada. ion ion ini di kekalkan pada tempatnya oleh struktur hablur bahan tersebut oleh itu ion ion ini tidak bergerak seperti elektron bebas.3. satu gabungan dua atau lebih atom. dan yang mempunyai elektron yang berlainan akan menjadi cas negatif. Proton. Apabila satu atom kehilangan satu elektron. Kumin yang paling halus dalamana satu unsur seperti hidrogen. ia akan kehilangan satu cas negatif.SUMBER ELEKTRIK RAJAH 2.kekal dalam bentuk asalnya. tetapi salah satu daripada pengimbang cas telah hilang. Kumin yang bercas positif kecil yang ringan mengelilingi orbit di sekeliling nuklues sesuatu atom TEKONOLGI ELEKTRONIK 14 . Walaubagaimanapun. Molekul .

Elektron yang telah meninggalkan orbit. Dengan itu kita boleh mengatakan bahawa apabila dua cas yang sama didekatkan ia akan menolak dan cas yang berlainan akan menarik. kedua-dua bola ini akan menarik satu sama lain. kekurangan elektron 10. Cas positif . Neutron kumin neutral yang berat di dalam nuklues atom yang bersifat seperti satu gabungan proton dan elektron 7.orbitnya di sekeliling nuklues dan bergerak dengan bebas melalui bahan bahan yang membentuk sebahagian darinya. Arah pergerakkan elektron bebas didalam sesuatu pengalir. Cas negatif . Jika digosok sebatang kaca pada selembar kain sutera. berlebihan elektron. ia kan menolak satu sama lain. TEKONOLGI ELEKTRONIK 15 . Kumin bercas negatif kecil yang ringan mengelilingi orbit di sekeliling nuklues sesatu atom 6. dan begitu juga keadaannya jika kedua-dua bola itu bercas negatif. kedua-duanya boleh bergerak dengan bebas. Elektron Bebas. Ada dua jenis cas elektrik pada sebarang benda iaitu cas positif dan cas negatif. Jika kedua-dua bola itu bercas positif. Elektron. sutera ini akan mendapat electron dari batang kaca tadi. Tetapi dua bola kecil yang bercas negatif dan satu lagi bercas positif. Apabila ada electron yang dipindahkan ke sutera maka kaca tadi mempunyai lebih cas positif. Arus elektrik.SUMBER ELEKTRIK 5. 8. Jika dua bola kecil digantung dengan benang pada suatu palang. 9. Ini dinamakan cas elektrik tetap. Oleh itu kita boleh katakana sesuatu benda yang kehilangan electron akan mempunyai cas positif.

Jika dua logam yang berlainan jenis yang dibelit dan dipanaskan di hujungnya bersama-sama. maka senanglah melihat perbezaan suhu di antara A dan B.4. Perbezaan suhu antara hujung logam yang dipanaskan dan yang yang tidak dipanaskan menentukan banyaknya tenaga elektrik. Seperti Rajah 2. Tenaga elektrik yang diperoleh secara kepanasan tidaklah besar. Kesan termoelektrik ini boleh digunakan untuk menyukat suhu. Arus juga akan mengalir dari logam tembaga yang ada dalam gelas B yang panas tadi ke logam besi. Beliau membuat satu percubaan dengan menggunakan dua jenis dawai yang berlainan. Dawai tembaga dan dawai besi telah dicantumkan pada dua tempat yang berasingan.SUMBER ELEKTRIK 2. iatu gelas A dan B. ketuhar dan relau gas automatik. Satu alat yang menggunakan kesan termoelektrik telah ditemui oleh Seeback pada tahun 1821. Jika gelas B dipanaskan. dan dari sini ia mengeluarkan satu daya elektrik haba.1. terdapat dua gelas. Dengan itu jika bacaan galvanometer G dilihat untuk mengetahui keadaan suhu air di B dan suhu air di A adalah tetap.4 HABA Tenaga haba bertukar menjadi tenaga elektrik melalui prinsip termokupel. arus akan mengalir dari logam besi ke logam tembaga dalam gelas A yang sejuk. apabila kedua-dua cantuman berada di dalam keadaan yang berlainan suhu. Di dalam keduadua gelas ini terdapat cantuman dawai besi dan dawai tembaga. TEKONOLGI ELEKTRONIK 16 . Sepasang dawai yang dicantumkan begitu rupa sebagai pasangan haba. namun tenaga ini amat berguna seperti dalam alat penyukat suhu kepanasan enjin kereta. beza upaya akan wujud di antara kedua-dua logam tersebut kerana elektron bebas dari satu logam berpindah kepada logam yang satu lagi dan cas-cas elektrik akan dihasilkan.

SUMBER ELEKTRIK RAJAH 2.1 Haba sentiasa dihasilkan apabila arus elektrik mengalir melalui satu wayar yang bukan satu pengalir yang sempurna. Pengalir yang kurang baik seperti nikrom. mengeluarkan haba yang banyak apabila arus mengalir melaluinya. Kedua-dua pengalir yang baik dan kurang baik ini ada gunanya. cereka. Ini berlaku kerana setengah tenaga yang telah di gunakan dalam bentuk haba untuk mengalirkan arus elektrik. Oleh itu kumprum digunakan apabila keperluannya ialah untuk memberi elektrik dengan kehilangan yang minimum dan nikrom digunakan apabila keperluannya ialah untuk mengeluarkan haba secara berkesan. Pengalir yang baik mengeluarkan haba yang sedikit. Kuprum misalnya adalah kira-kira 60 kali ganda lebih baik dari nikrom sebagai pengalir. Alat-alat elektrik yang digunakan dirumah untuk kerja-kerja harian seperti seterika.4. pengering rambut dan sebagainya menggunakan kesan elektrik haba TEKONOLGI ELEKTRONIK 17 . pembakar roti. iaitu aloi nikel dan kromium yang di gunakan untuk membuat unsur pemanas.Ini kerana ianya memudahkan arus mengalir melaluinya.

SUMBER ELEKTRIK HABA YANG DIHASILKAN DARI ELEKTRIK .2 TEKONOLGI ELEKTRONIK 18 . RAJAH 2.4.

1 Cahaya merupakan satu tenaga. Prinsip ini digunakan dalam sel solar pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk kamera. elektron bebas pada selenium akan bergerak keluar jika seutas dawai disambungkan kepadanya. Bahan kimia seperti selenium.5.SUMBER ELEKTRIK 2. TEKONOLGI ELEKTRONIK 19 . Di antara bahan yang akan membebaskan elektron apabila terkena cahaya ialan caesium. lithium dan selenium. natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima pancaran cahaya. Apabila foton-foton ini terkena pada bahan-bahan tertentu seperti selenium.5 TINDAKAN CAHAYA RAJAH 2. Ia mengandungi zarah-zarah halus yang dikenali sebagai foton.

Jarum meter cahaya bergerak lebih banyak. jarum meter akan bergerak menandakan tenaga elektrik telah terhasil. natrium.mesin pengira digit dan stesen janakuasa solar yang memberi bekalan elektrik di makmal angkasa ialah beberapa contoh penggunaan tenaga elektrik yang diperoleh daripada tenaga cahaya. Ini menyebabkan satu bahan mengalami kelebihan elektron dan satu bahan lagi mengalami kekurangan elektron. Bahan yang mengalami kelebihan elektron akan menjadi bercas negatif sementara bahan yang kekurangan elektron akan menjadi bercas positif. Jika seutas dawai bersama meter penyukat arus disambungkan di antara dua bahan itu. semakin tinggi tenaga elektrik dihasilkan Fotovoltan merupakan satu contoh bagaimana tenaga elektrik diperolehi daripada cahaya. ‡ Semakin tinggi keamatan cahaya. Bahan kimia seperti kalium. Tenaga elektrik dihasilkan apabila sel foto menerima cahaya matahari. Apabila dua daripada bahan yang peka kepada cahaya itu dicantumkan dan dipancarkan cahaya pada satu daripada permukaannya. Prinsip ini diaplikasikan dalam sel foto dan sel solar seperti pada kamera. Sel solar yang digunakan untuk menghidupkan jam digital. kallulator dan alat pemanas air.SUMBER ELEKTRIK Sel solar ‡ satu sumber arus terus di mana pancaran cahaya matahari boleh menghasilkan arus elektrik ‡ digunakan untuk menghidupkan jam digital. mesin pengira digit dan stesen janakuasa solar yang memberi bekalan elektrik di makmal angkasa Sel foto ‡ menerima cahaya matahari menghasilkan tenaga elektrik. selenium dan silicon akan menghasilkan arus elektrik yang sedikit apabila didedahkan pada cahaya. elektron dari salah satu bahan itu akan berpindah kepada bahan yang lain. TEKONOLGI ELEKTRONIK 20 .

Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri ini akan menghasilkan sinaran ultraungu. TEKONOLGI ELEKTRONIK 21 . y y Sinaran ini akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena lapisan fosfor.SUMBER ELEKTRIK Elektrik untuk menghasilkan cahaya y Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya adalah seperti lampu pijar dan lampu pendarflour. y Tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri.

jarum meter itu akan bergerak. Walau bagaimanapun tenaga hidro tidak selalu memerlukan empangan yang besar. Ini menunjukkan arus telah mengalir dan tenaga elektrik telah dihasilkan. Satu lagi jenis loji tenaga hidro yang dikenali sebagai loji pam simpanan dapat membekalkan dan menyimpan tenaga. namun begitu ia tetap berguna untuk penggunaan seharian. Pada masa ini. Kuasa dihantar dari grid kuasa ke penjana elektrik. Tenaga ini kemudian memutar aci kuasa dan seterusnya memacu penjana elektrik untuk menghasilkan atau menjana tenaga elektrik. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas Kristal(hablur)yang terkapit di antara dua plat logam. Air dilepaskan daripada takungan atau empangan dan mengalir melalui turbin yang akan memutarnya untuk mengaktifkan penjana elektrik bagi menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga hidro biasanya menggunakan empangan di kawasan sungai untuk menakung air. Logam yang satu lagi akan ditarik elektronnya oleh hablur itu dan menjadi bercas positif.SUMBER ELEKTRIK 2. Penjana kuasa kemudian memutar turbin dari arah yang berlawanan. dua kekutuban yang bertentangan telah wujud. Jika disambungkan logamlogam itu dengan meter galvanian.6 TEKANAN Apabila sejenis hablur seperti kuarza atau garam Rochelle dihimpit dan ditekan di antara dua logam. Ada beberapa loji tenaga hidro hanya menggunakan terusan untuk mengalirkan air dari sungai melalui satu turbin. elektron yang terdapat pada hablur itu akan berpindah ke salah satu logam itu dan menjadikan logam itu bercas negatif. Konsep asas tenaga hidro ialah tenaga tekanannya digunakan oleh satu komponen mekanikal yang gerakannya akan melibatkan penukaran tenaga upaya air ke tenaga mekanik. yang menyebabkan turbin akan mengepam air dari sungai atau penakung sebelah bawah ke penakung sebelah TEKONOLGI ELEKTRONIK 22 . Misalnya ia digunakan pada mikrofon tekanan dan kepala pemain piring hitam dan penyala gas. Tenaga elektrik yang diperolehi daripada tekanan tidaklah besar.

Awan turun sebagai hujan di daratan dan gunung-ganang dan seterusnya akan membekalkan air ke dalam empangan. Walau bagaimanapun jika stesen janakuasa sudah siap dibina. Kuasa geotermal biasanya diperoleh dengan cara menggerudi ke dalam akuafer untuk mengeluarkan air panas atau wap panas. TEKONOLGI ELEKTRONIK 23 . Matahari menyejatkan air dari tasik dan lautan dan kemudiannya akan membentuk awan. Empangan besar "Hoover Dam". air akan datang secara percuma dan tidak akan ada sisa buangan dan pencemaran yang serius terjadi. Sumber-sumber hidrotermal memerlukan tiga komponen asas satu sumber haba (contoh: magma terkristal). Apabila tenaga diperlukan air dari penakung akan dilepaskan semula ke sungai atau penakung sebelah bawah. Sumber-sumber tenaga hidrotermal terjadi dalam bentuk wap atau air panas bergantung pada suhu dan tekanan yang terlibat. Air ini kemudiannya memutar turbin ke arah depan semula dan akan mengaktifkan penjana untuk menjana elektrik. Stesen janakuasa elektrik hidro adalah sangat baik kerana ia dapat menghasilkan tenaga dengan murah. Amerika Syarikat membekalkan sebahagian besar elektrik bagi kota Las Vegas. sebuah akuifer yang berisi air dan satu batu tutup tak boleh telap yang dapat menahan air dalam akuifer. di sungai Colorado. Walaupun terdapat banyak tapak yang sesuai di merata tempat di seluruh dunia tetapi pembinaan empangan elektrik adalah sangat mahal. Biasanya dinding bahagian bawah empangan dibuat lebih tebal berbanding bahagian atas kerana tekanan air di bahagian bawah adalah lebih tinggi mengikut kedalamannya. Sumber-sumber yang mempunyai gred yang baik biasanya digunakan untuk menjana elektrik sedangkan gred yang rendah biasanya digunakan hanya untuk pemanasan biasa.SUMBER ELEKTRIK atas dan di sinilah tenaga akan disimpan.

SUMBER ELEKTRIK 3. mekanikal atau tindakbalas kimia yang dikenakan terhadapnya. kegagalan membaiki alat-alat elektrik yang telah rosak.0 KESIMPULAN Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang begitu penting dalam kehidupan seharian manusia. Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik atau perkakasan elektrik. Antaranya ialah penebatan bahagian hidup dimana semua bahagian hidup pada pemasangan elektrik mesti mempunyai salutan penebat yang mampu menahan tekanan/pemanasan secara elektrikal. Kedua ialah penyekat atau penutup dimana semua bahagian hidup mesti di TEKONOLGI ELEKTRONIK 24 . Untuk perlindungan daripada sentuhan terus salah satu cara berikut boleh digunakan. Ini adalah akibat daripada pengaliran arus elektirk yang berlebihan melalui badan seseorang yang menyebabkan fungsi tubuh (urat saraf. dan membuat modifikasi pada alat-alat elektrik. Sentuhan terus ialah sentuhan manusia atau haiwan dengan punca hidup pada satu pemasangan. akibat daripada pemanasan berlebihan peralatan elektrik dan bersentuhan dengan bahan-bahan mudah terbakar. Kedua ialah tisu badan terbakar ( electrical burns) akibat daripada pemanasan arus elektrik yang berlebihan. Antara kelalaian manusia semasa mengendalikan elektrik ialah pemasangan wayar yang salah. Jarang membaikpulih dan menguji peralatan atau mungkin tiada pengetahuan dalam membaikpulih dan menguji peralatan. pendawaian tambahan tanpa kebenaran. Antara akibat sekiranya bersentuhan dengan elektrik ialah kejutan elektrik. organ) menjadi tidak formal. kegagalan menguji rintangan penebat pada alatan elektrik.Oleh itu aspek pengurusan keselamatan elektrik perlu dititikberatkan agar tahap hazad dan risiko dapat diminima serendah mungkin seterusnya dapat mengelakkan sebarang insiden dan kemalangan daripada berlaku. Perlindungan terhadap kejutan elektrik ialah perlindungan daripada sentuhan terus. Tiga ialah kebakaran elektrik(electrical fires). otot. Pengendalian alatan elektrik dengan cara yang salah akan mengakibatkan kemalangan yang serius seperti renjatan elektrik dan kebakaran.

SUMBER ELEKTRIK letakkan di dalam penyekat/penghadang/penutup yang diikat kuat supaya dapat bertahan sepanjang tempoh perkhidmatan. TEKONOLGI ELEKTRONIK 25 .5m. Peraturan ini di amalkan bagi talian rentang dan pendawaian antara bangunan. Seterusnya ialah halangan /pagar dimana dibina untuk melindungi bahagian hidup mestilah tidak boleh dibuka dengan mudah dan pengguna tidak boleh menyentuh bahagian-bahagian hidup. Hanya orang yang mahir dan dipertanggungjawabkan sahaja boleh memasuki kawasan tersebut. Akhirnya ialah letak bahagian hidup di tempat tinggi. Bahagian hidup terdedah di kawasan mestilah diletakkan ditempat tinggi dan tidak boleh di capai tangan. Jarak minimum mestilah tidak kurang 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful