KOLEKSI

KERTAS KERJA
&
ARTIKEL ILMIAH
USRAH ASAS

BELFAST











AL-HAQ AULA AN-YUTTABA’
Kebenaran Adalah Yang Paling Utama Untuk Diikuti
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

2
ISI KANDUNGAN



PRAKATA

PERTEMUAN 1
1.1 PENGENALAN USRAH
1.2 PENGERTIAN ISLAM
1.21 RUKUN ISLAM
1.3 DASAR-DASAR ISLAM
1.4 TUJUAN HIDUP ISLAM
1.5 SILAP FAHAM MENGENAI TASAWWUR ISLAM

PERTEMUAN 2
2.1 ISLAM SEBAGAI AD – DEEN
2.2 ISLAM SEBAGAI AD-DEEN PARA NABI DAN RASUL
2.3 ISLAM SEBAGAI PENYELESAI MASALAH UMMAH
MASAKINI
2.4 KESYUMULAN ISLAM DARI SEGI SOSIAL, POLITIK DAN
EKONOMI

PERTEMUAN 3
3.1 IMAN
3.11 IMAN DAN HAKIKATNYA
3.12 IMAN, MAUDHU’ & SYARATNYA
3.2 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
3.3 IKHLAS

PERTEMUAN 4
4.1 KONSEP AKHLAQ DALAM ISLAM
4.2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

PERTEMUAN 5
5.1 AKIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH
5.11 TAUHID RUBUBIYAH
5.12 TAUHID ULUHIYAH
5.13 TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT

PERTEMUAN 6
6.1 TAUHID ASMA SIFAT & ZAT
6.11 DALIL-DALIL TENTANG SIFAT
6.12 NAS-NAS ASMA UL-HUSNA DAN SIFAT-SIFAT
ALLAH
6.2 MANHAJ AKIDAH SALAF DAN KHALAF
6.21 KETERANGAN
6.22 KETINGGIAN KEDUDUKAN TAUHID
6.23 IMAN TANPA TAKWIL DAN TA’TIL


5

6
6
10
14
16
21
23

27
27
29

32

40

45
45
46
48
53
59

67
67
72

78
78
78
79
85

87
87
89

91
94
94
95
96
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

3
6.24 MENAHAN DIRI DARI PERTELINGKAHAN
ULAMA’
6.25 DI ANTARA SALAF DAN KHALAF



PERTEMUAN 7
7.1 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN
SYAHADAH

PERTEMUAN 8
8.1 KUFUR
8.2 SYIRIK, MURTAD, NIFAQ, FASIQ

PERTEMUAN 9
9.1 IDEOLOGI
9.2 NASIONALISME
9.3 SEKULARISME
9.4 KAPITALISME
9.5 SOSIALISME
9.6 KOMUNISME
9.7 KESAN IDEALOGI KUFAR TERHADAP KEHIDUPAN
MANUSIA
9.8 AMERIKA SYARIKAT , IDEOLOGI DAN ISLAM

PERTEMUAN 10
10.1 IBADAH
10.11 PENDAHULUAN
10.12 MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA
10.13 PENGERTIAN IBADAH
10.14 ASAS-ASAS IBADAH
10.15 CIRI-CIRI IBADAH
10.16 SYARAT SETIAP AMALAN MENJADI IBADAH
10.17 IBADAH YANG AFDHAL
10.18 BIDANG IBADAH
10.19 MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH
10.20 SEERAH RASULULLAH MENGENAI IBADAH


PERTEMUAN 11
11.1 TARBIYYAH
11.2 SILAP FAHAM MENGENAI KONSEP TARBIYYAH
11.3 TARBIYYAH RASULULLAH DI ZAMAN MAKIYYAH
DAN MADANIYYAH

PERTEMUAN 12
12.1 PENGENALAN DAKWAH
12.12 PENGERTIAN
12.13 TUNTUTAN DAN KEPENTINGAN DAKWAH
12.14 HUKUM DAKWAH

97
102



106

106

114
114
115

125
125
126
133
137
139
140

142
143

151
151
151
151
152
153
153
154
155
155
156
157


160
160
162

163

166
166
166
167
169
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

4
12.15 MATLAMAT DAKWAH

PERTEMUAN 13
13.1 AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
13.11 MUQADDIMAH
13.12 PENGERTIAN
13.13 HUKUM AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
13.14 KEPENTINGAN AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR


PERTEMUAN 14
14.1 DAKWAH FARDIYYAH
13.11 MUQADDIMAH
13.12 PENGERTIAN
13.13 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH

PERTEMUAN 15
15.1 JIHAD
15.12 MUQADDIMAH
15.12 PENGERTIAN DAN TUNTUTAN
15.13 JENIS-JENIS JIHAD

PERTEMUAN 16
16.1 KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM ZAMAN
RASULULLAH
16.11 PENGENALAN
16.12 KAEDAH PEMERINTAHAN
16.13 BADAN-BADAN DI DALAM STRUKTUR
NEGARA ISLAM
16.14 EKONOMI ISLAM

PERTEMUAN 17
17.1 AMAL ISLAMI
17.2 PEMUSATAN AMAL ISLAMI
17.3 AMAL JAMAIE – SUATU RUMUSAN
17.4 PERLAKSANAAN AMAL JAMAIE

170

173
173
173
173
174
175


178
178
178
178
179

185
185
185
186
196

210

210
210
210

212
215

220
220
229
238
243













Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

5
PRAKATA

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya layak bagi Allah Pencipta dan Pemelihara sekelian alam. Selawat
dan salam ketas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda serta
saf pejuang Islam yang thabat dan beristiqamah menyambung mata rantai perjuangan
zaman berzaman.

Selaku mewakili warga kerja “projek musim panas” yang melibatkan proses
penjilidan kertas kerja dan artikel ilmiah khas untuk pengisian usrah umum, saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat dengan
memberikan pelbagai bentuk sumbangan, samada ianya berbentuk tunjuk ajar dan
pandangan mahupun sumbangan tenaga, masa dan material demi menjayakan projek
ini.

Objektif projek ini adalah untuk mengumpul kertas kerja dan artikel berkaitan usrah
umum/asas sebagai khazanah ilmu yang dikongsi bersama samada untuk bahan
bacaan peribadi atau yang lebih penting sebagai rujukan segera para naqib dalam
menyampaikan dakwah samada kepada ahli atau mad’u umum. Selain dari itu ia juga
menjadi medan latihan dan salah satu bentuk tarbiyyah kepada mereka yang terlibat
dalam menjayakan projek ini.

Koleksi ini mengandungi 17 pertemuan di mana setiap pertemuan mengandungi
beberapa kertas kerja dan artikel yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
Dengan kehadiran koleksi ini, saya berharap ianya dapat sedikit sebanyak mengatasi
masalah kekurangan bahan rujukan, meningkat dan memperkemas penyampaian
dakwah kita dan yang lebih utama adalah untuk menyelaraskan kefahaman ahli
dengan matlamat untuk mencapai “wehdatul fikr” dan “wehdatul amal”.

Namun demikian, ini tidak bermakna kita harus bergantung kepada koleksi ini
sepenuhnya untuk memenuhi keperluan masing-masing. Apa yang lebih penting
adalah kita perlulah bersifat kreatif, proaktif dan gigih dalam mencari ,
memperbanyakkan dan memperbaiki sumber rujukan yang sedia ada. Ini adalah
kerana koleksi yang terhasil ini mempunyai sejuta kelemahan dan kekurangan yang
dapat diperbaiki kualitinya dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu adalah
menjadi harapan saya agar usaha-usaha sebegini dapat diteruskan di masa yang akan
datang disamping memperkembangkannya dalam pelbagai bentuk multimedia yang
senantiasa berkembang seiringan dengan peredaran masa.

Akhir kalam, saya menyusun jari memohon maaf kepada pembaca sekalian di atas
segala kesilapan serta kekurangan yang terkandung didalam koleksi ini.
Sesungguhnya kepada Allah jua kami meminta agar usaha kecil ini mendapat
keredhaan daripadaNya.


Wassalam.
Saidannursi (KK BELFAST SESI 2004-2005)
25 Sya’ban 1425 / 8 Oktober 2004

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

6
1.0 PERTEMUAN SATU


1.1 PENGENALAN USRAH

OB1EKTIF
1. Ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah sebenar
2. Ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya
3. Ahli usrah memahami dan menghayati rukun rukun usrah dan menyedari bahawa
ia adalah antara keistimewaan yang didapati daripada pebabitan diri dalam usrah.


1.11 PENGERTIAN USRAH

Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud
kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah
S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan
menghayati Isam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar
aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah
Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk
generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan
perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau
“Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga”
seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-
contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada
pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau
“Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-
contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada
peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut
memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna
kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau
“Keluarga Islam”.


1.12 MATLAMAT USRAH

1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam
yang syumul
2. Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat
bertindak secara berjemaah
3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab
terhadap Islam
4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal
dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S.W.T.


1.13 SE1ARAH USRAH
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

7

Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. apabila pemeluk Islam
meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. telah memilih sebuah rumah
yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat
menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah
berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah
golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.


1.14 RUKUN-RUKUN USRAH

Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli
usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak
semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun tersebut
ialah:

1. Al- Ta’aruf (berkenalan)
2. Al- Tafahum (bersefahaman)
3. Al-Takaful (bantu-membantu/berseimbangan)

1.141 Al-Ta’aruf (Berkenalan)

Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli
hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah.
Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara.
Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara
yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung
perintah Allah s.w.t. dan sunnah Rasulullah s.a.w., bahkan kedua-duanya wajib
diutamakan mengatasi perkara-perkara lain.

Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah
hubungan sesama saudara kamu”
(Surah Al Hujurat : 10 )

Firman Allah seterusnya:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah, (agama Islam) dan
janganlah kamu bercerai-berai serta kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika
kamu bermusuh-musuhan (semasa zaman jahiliyah) lalu Allah menyatukan di antara
hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan umat Islam) lalu jadilah kamu
dengan nikmat Allah itu sebagai orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu
dahulu telah berada dipinggir neraka (kerana kekufuran kamu semasa zaman
Jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam
juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya
supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya”
(Surah Ali Imran : 103)


Sabda Rasulullah s.a.w:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

8
Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu
bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Dari Ibnu Syahab sesungguhnya Salim mengkhabarkan bahawa sesungguhnya
Abdullah ibni Umar Radiallahu-Anhuma mengkhabarkan bahawa sesungguhnya
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Seorang muslim adalah
bersaudara dengan muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan menyusahkannya.
Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya.
Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seseorang muslim, maka Allah akan
melapangkan kesusahannya pada hari kiamat dan siapa yang menutup keburukan
seorang muslim, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menutup keburukannya
pada hari kiamat”.
(Riwayat Al-Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Perbandingan orang Islam dalam hal kemesraan dan kasih sayang di antara mereka
bagaikan sebatang tubuh yang satu, apabila mengadu sakit salah satu anggota, turut
menderita seluruh anggota badan yang lain dengan berjaga malam dan demam.”
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

1.142 Al-Tafahum (Bersefahaman)

Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau bersefahaman. Kita dituntut sepanjang masa
untuk berpegang kepada kebenaran iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t.
dan meninggalkan laranganNya. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-
halusnya sama ada benar-benar telah menunaikan perintah Allah atau menderhakai
perintahNya. Setelah memeriksa diri sendiri maka hendaklah nasihat-menasihati
antara satu sama lain apabila ada kekurang pada saudara yang lain.

Dalam memberi nasihat yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari
saudaranya serta berterima kasih atas nasihat tersebut. Manakala pemberi nasihat
pula, janganlah berburuk sangka terhadap msaudaranya yang tersilap tadi walaupun
perubahan perasaan hati itu sekadara jarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah
terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menanggap dirinya lebih
mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang
kesilapan saudaranya itu selama sebualan dan tidak menceritakan kecacatan yang
telah diperhatikannya kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada
ketua usrah jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya.

Dalam apa keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap
saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah tetap memberi kasih sayang kepadanya
sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi
nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepad
apemberi nasihat. Ini kerana martabat ‘berkasih sayang kerana Allah’ adalah setinggi-
tinggi martabat kasih-sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

9
amat penting dalam agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud

“Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari ( radiyallahu 'anh ), bahawasanya
Nabi S.A.W. bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Ia bersabda :
bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-imam kaum Muslimin
dan bagi orang ramai mereka.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)

1.143 Al-Takaful (Bantu-membantu/berseimbangan)

Al-takaful atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada
yang terbiar atau terdampar. Dasar Al-takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini
merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan
rukuan Al-takaful ini, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah-
menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud:

“ Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu
adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini”

Kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara
dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling
percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/at pula,
laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah,
istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana
ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa
membantu kita.

1.15 PENGISIAN USRAH

Setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang
ada, tambahan lagi bagi seorang yang berada dalam perjuangan Islam. Oleh itu
pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut:

1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan
Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang
dihadapi, kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong mengatasi
masalah tersebut. Ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati semata-
mata kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya”

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya yang bermaksud:

“Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang mereka, belas
kasihan sesama mereka, dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu;
apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka seluruh badan yang lain turut
menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam”
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

10
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

2. Bermuzakarah
Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat
Islam. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap
pertemuan usrah, janganlah ada sebaran pertengkaran atau bertikam lidah. Muzakarah
hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib
dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.

3. Kajian buku
Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab
yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih
untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang
sebenar. Perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam taklimat-taklimat
usrah.

4. Program Tambahan
a) Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka
perkara tersebut perlu diambil berat:
b) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
c) Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan.
d) Berpuasa dan berbuka bersama sama seminggu atau dua minggu sekali.
Sembahyang berjamaah bersama-sama di surau/masjid.
e) Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail.


1.16 ADAB-ADAB USRAH

1. Mengikhlaskan niat semata mata kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:
“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah Tuhan sekelian alam”
2. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.
3. Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk
usrah
4. Datang ke majlis urah dalam keadaan berwudhuk dan suci jiwa dan tubuh badan
5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang
diperlukan seperti Al-Qur’an, teks usrah dan buku catitan
6. Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam
untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.
7. Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah
s.w.t. serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan surah
Al-A’sr dan tasbih kaffarah dengan bertadabbur maknanya.
8. Jangan mengangkat sura yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan
tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar
9. Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli usrah.
10. Berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dalam segala
perkara yang dibangkitkan.
11. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai majlis.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

11
BAHAN RU1UKAN

1. Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi
2. Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Berikan penjelasan tentang konsep usrah yang sebenar?
2. Mengapakah kita perlu menyertai usrah?
3. Huraikan rukun-rukun yang wajib dihayati oleh ahli usrah?


1.2 PENGERTIAN ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya
masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau
kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang
berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih a.s.
Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama
Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya
bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu
kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai
Yahudi. Demikian seterusnya.

Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas
dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas
yang dikandung oleh makna perkataan Islam itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak
menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia
bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia
mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam.
Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia
masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan
adalah seorang Muslim.

Perkataan Islam berasal dari perkataan ‘Salima’(1) yang membawa makna :
1. Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin
2. Damai dan aman sejahtera
3. Taat dan menyerah

Daripada perkataan ‘Salima’ lahir pula perkataan Aslama, Islam, Islami, Islamiyah,
Muslim Istaslam yang memberi maksud ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan
kepada Allah, Tuhan semesta alam. (Lihat Maan Z. Madina Arabic – English
Dictionary, New York: Pocket Book, 1973)

Perkataan Islam itu sendiri sudah lumrah diketahui umum sama ada muslim atau
bukan muslim, namun tidak dinafikan kebanyakan mereka hanya mengenalinya di
segi nama sahaja. Sebenarnya Islam itu adalah nama khusus bagi agama ciptaan Allah
swt. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran dengan firmanNya
yang bermaksud :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

12
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam”
( Ali-Imran : 19)

Ramai dari manusia menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua ibu
bapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya memang tidak
memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Penggabungan yang
dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara
berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam di segenap kehidupan dengan penuh
kerelaan.

Di sini dikemukakan definisi Islam sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh
ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya ialah :

1. Tunduk dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatiNya yang lahir dari
kesedaran dengan tanpa dipaksa kerana ketundukan yang dipaksa tanpa
perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah yang bermaksud :
“Mengapakah mereka mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah
tunduk kepadaNya siapa yang dilangit dan dibumi, dengan sukarela atau dengan
terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan.”
(Ali-Imran : 83)

“Barangsiapa menundukkan mukanya (hatinya) kepada Allah, sedang ia berbuat
baik, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali yang teguh. Dan kepada
Allah (terserah) akibat semua urusan.”
(Luqman : 22)

2. Islam ialah nidzam (peraturan), perundangan yang lengkap bagi mengatur
kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi
Muhammad saw dari Allah swt untuk disampaikan kepada manusia. Bagi orang
yang mentaatinya diberikan pahala dan bagi orang yang mengingkarinya
dikenakan siksa.

Firman Allah yang bermaksud :
“Barangsiapa menuntut agama, selain Islam maka tiadalah diterima
daripadanya, sedang dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”
(Ali-Imran : 85)

3. Islam itu ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada
RasulNya, Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya peraturan-
peraturan berbentuk akidah, akhlak, mu’amalat dan segala berita yang disebut di
dalam Al-Quran dan al-Sunnah adalah perintah agar disampaikan kepada manusia.

Firman Allah yang bermakud :
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada mu dari tuhanmu dan
jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu), bererti kamu tidak
menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari (gangguan)
manusia.”
(Al-Maidah : 67)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

13

4. Islam ialah keseluruhan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang
terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan akidah, amalan
hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh
keikhlasan.

Firman Allah yang bermaksud :
“Bahkan siapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan ia berlaku baik,
maka baginya ganjaran disisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan
mereka tidak berdukacita.”
(Al-Baqarah : 112)

“Dan mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah swt, serta
mengikhlaskan agama bagiNya, (beribadat mengharapkan keredhaanNya),
sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang
dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (benar).”
(Al-Bayyinah : 5)


5. Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tiada
Iman di dalam hati (tidak mendatangkan apa-apa faedah).

Firman Allah yang bermaksud :
“Berkata orang-orang Arab Badwi : Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu
belum beriman, tetapi katakanlah: Kami telah Islam (tunduk) dan belumlah
masuk keimanan ke dalam hatimu. Jika kamu mengikut Allah swt dan RasulNya,
tidaklah kurang (pahala) amalanmu sedikitpun. Sungguh Allah Pengampun Lagi
Penyayang.”
(Al-Hujurat : 14)

6. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada 3 pertanyaan yang dikemukakan
kepada setiap manusia sama ada dahulu atau sekarang, iaitu :
a) dari mana ia datang ?
b) mengapa ia dijadikan ?
c) kemanakah dia dikembalikan ?

Jawapan kepada 3 pertanyaan di atas akan terjawab dalam ajaran Islam, baik
secara global ataupun secara terperinci di dalam ajaran Islam.

Pertanyaan a) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya :
“Wahai manusia, jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari kiamat, maka
(ketahuilah) sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian
dari setitik air mani, kemudian dari seketul darah, kemudian dari segumpal
daging yang sempurna kejadiannya dan tidak kepada kamu (kekuasaan kami) dan
kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki
hingga satu masa tertentu, kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak,
kemudian (kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh, dan sebahagian dari
kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa
lagi sesudah ia tahu.”
(Al-Haj : 5)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

14

“Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dari sari tanah. Kemudian Kami
jadikan dia air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami
jadikan sepotong daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang, lalu
tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian dia Kami ciptakan makhluk
yang lain (manusia yang sempurna). Maka Maha Suci Allah yang sebaik-baiknya
menciptakan.”
(Al-Mukminun : 12-14)

“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah ia dijadikan ? Ia
dijadikan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara tulang punggung
(lelaki) dan tulang dada (perempuan).”
(Ath-Thariq : 5-7)


Pertanyaan b) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya :
“Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan
diri kepadaKu.”
(Ad-Dzariyat : 56)


Pertanyaan c) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya :
“Allah menciptakan manusia dari permulaan, kemudian mengembalikannya
(menghidupkannya) kembali, kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.”
(Ar-Rum : 11)


7. Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya, petunjuk dalam semua aspek
kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki
masyarakat ke arah membawa manusia ke jalan yang sebenar.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah
kami. Sebelumnya tidaklah kamu mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan
tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami jadikan Al-Quran cahaya
yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-
hamba kami dan sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan
yang lurus, iaitu jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa yang ada di langit
dan yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah kembali segala urusan.”
(Asy-Syura : 52-53)

“Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra’ : 82)

Difinisi diatas merupakan contoh dan boleh ditambah dengan difinisi lain, asalkan
pengertian difinisi itu sesuai dengan pengertian Islam dan sifat-sifatnya. Perlu kita
perhatikan juga bahawa difinisi yang dikemukakan tidak bertentangan malahan ianya
melengkapi diantara satu sama lain. Perbezaan yang timbul hanyalah dari segi kalimat
semata-mata namun dari segi pengertian ianya tidak membawa apa-apa perbezaan.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

15

Tujuan dikemukakan beberapa buah difinisi ialah agar para pendakwah dapat memilih
satu difinisi yang dirasakan paling sesuai dengan pelbagai bentuk masyarakat atau
individu yang dihadapi.

1.21 RUKUN ISLAM

Dasar Rukun Islam adalah daripada sebuah hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:

“Islam dibangunkan atas lima dasar iaitu (1) bersaksi bahawa tiada ilah melainkan
Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah (2) menegakkan solat (3)
menunaikan zakat (4) berhaji ke baitullah (5) berpuasa di bulan Ramadhan.”

Demikian pula dengan hadis Umar yang bertanya tentang hakikat Islam, Iman dan
Ihsan kepada Rasulullah saw.

Daripada Umar bin Khatab ra telah berkata: “Ketika kami duduk bersama Rasulullah
saw pada suatu hari maka terlihat oleh kami seorang lelaki yang berpakaian sangat
putih dan berambut sangat hitam, tak tampak padanya tanda-tanda habis pergi jauh
dari safar dan tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk
dihadapan Nabi saw, lalu ia sandarkan lututnya pada lutut Nabi dan ia letakkan
tangannya diatas paha Nabi saw dan berkata, Wahai Muhammad beritahu padaku
tentang Islam? Rasulullah saw menjawab, Islam adalah bersyahadat bahawa tidak
ada ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau dirikan solat,
engkau tunaikan zakat, engkau berpuasa di bulan Ramadhan, serta engkau berhaji ke
baitullah jika engkau mampu menjalaninya. Ia berkata, Engkau benar. Kami hairan,
ia bertanya dan ia juga yang membenarkannya. Lalu Ia bertanya lagi, Beritahu
padaku tentang Iman. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beriman kepada Allah,
para malaikat Nya, kitab-kitab Nya, para Rasul Nya dan hari qiamat serta Iman
kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. Ia berkata, Engkau benar. Ia bertanya
kembali, Beritahu tentang Ihsan. Rasulullah menjawab, Iaitu engkau beribadah
kepada Allah seakan-akan engkau melihat Nya, namun jika engkau tidak melihat Nya,
maka sungguh Ia melihatmu. Ia bertanya kembali, Beritahu kepadaku tentang hari
kiamat. Rasulullah menjawab, Orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu dari si
penanya sendiri. Ia berkata, Beritahu aku akan tanda-tandanya. Rasulullah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

16
menjawab, (Diantaranya) jika seorang hamba sahaya melahirkan (anak) tuannya,
dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin, papa, berbaju compang-camping
sebagai penggembala kambing sudah mampu bermegah-megahan dalam mendirikan
bangunan. Kemudian dia pergi. Aku terdiam sejenak. Kemudian Rasululullah
bertanya, Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Aku menjawab,
Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui. Rasulullah menjawab, Ia adalah Jibril.
Datang kepada kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang Dien kalian”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Terdapat lima perkara yang menjadi asas dalam agama Islam yang dikenali sebagai
Rukun Islam :

1. Mengucap dua kalimah syahadah
• Dikenali sebagai dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua
syahadah, pertama syahadah tauhid namanya : Ertinya “Aku menyaksikan
bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” dan kedua
syahadah Rasul namanya : Ertinya “Dan aku menyaksikan bahawa nabi
Muhammad itu pesuruh Allah” .

2. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam
• Sebagai fungsi untuk mengingati Allah swt
• Jika dikerjakan dengan betul-betul khusyuk, maka kita akan terlarang dari
melakukan perkara mungkar.
• Perlu menjaga solat bermula dari wuduk
• Dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan doa.

3. Mengeluarkan zakat bagi yang mampu
• Harta di dalam Islam adalah hak milik Allah swt
• Sebagai hamba, kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mengagih-
agihkannya
• Sejarah mengenai pembalasan terhadap hamba Allah yang engkar
disebutkan di dalam Al-Quran. Contohnya, Allah turunkan bala kepada
Qarun kerana tidak menginfakkan hartanya.

4. Berpuasa pada bulan Ramadhan
• Untuk mengawal nafsu, apabila tidak berpuasa, mungkin nafsu akan
bertambah.
• Untuk merasai perasaan orang-orang yang kurang berkemampuan yang
terpaksa menahan kelaparan.

5. Mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu
• Dasar pengorbanan segala harta ke jalan Allah atau berjihad.
• Sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur.
• Sebagai simbol kesatuan ummah.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

17


1.3 DASAR DASAR ISLAM

Ciri-ciri Islam menjadikan Islam berbeza daripada agama-agama lain yang ada di
seluruh dunia.

1. Rabbaniyyah

Membawa erti bahawa Islam datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai
pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seorang itu disebut rabbani
apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.

Sudut Rabbani terbahagi kepada 2 bahagian :

• Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat
keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup
insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan
aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan
manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata

` Kesan Rabbaniyyah terhadap jiwa manusia
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

• Rabbani dari sudut manhaj dan sumber
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana
bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan
manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-
besar perkara.

Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

Oleh itu agama Islam sukar hendak dicabar oleh mana-mana pihak bagi
mengganggu gugat dan merubah ajarannya kerana ajarannya dari Allah swt dan
bukan lahir dari pemikiran dan falsafah karut manusia yang serba kelemahan.
Firman Allah swt yang bermaksud :

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam)
dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun
orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

18
(Al-Saf : 8)


2. Syumuliyyah : Ajaran Islam adalah lengkap dan menyeluruh

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah
mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil
urusan sampailah ke sebesar-besar perkara

Tidak ada ajaran yang lebih lengkap selain dari ajaran Islam. Sifat inilah menjadi
ciri khas prinsip dan peraturan Islam sehingga berbeza dengan peraturan-peraturan
yang diperbuat oleh manusia, yang hanya mengatur sebahagian atau suatu aspek
tertentu sahaja yang tidak melengkapi aspek-aspek yang lain.

Sekiranya ada tanggapan yang mengatakan bahawa wujudnya pemisahan antara
satu dengan yang lain dari ajaran Islam, maka ini adalah disebabkan kejahilan
mereka sendiri. Dan akan mendapat kemurkaan yang besar di akhirat kelak seperti
firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian(dari isi)
kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Mka tiadalah balasan
bago orang yang berbubat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan
ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab
seksaan yang amat berat. Dan ( ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa
yang kamu lakukan. ”
(Al-Baqarah : 85)

Sudut kesyumulan Islam

• Undang-undang
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur
hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman
terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan
sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).

Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah
seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur
hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah,
muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan
hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

• Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi
hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan
kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau
bukan ahli keluarga

Bagaimana Rasulullah saw menunjukkan keadilan dalam ajaran Islam tanpa
memilih siapa yang melakukan kesalahan. Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud :
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

19
“Sekiranya Fatimah anak Muhammad mencuri nescaya ku potong juga
tangannya”.

Saidina Umar telah mengambil tindakan terhadap anak Amru Ibnu Asr
(bapanya menjadi Gabenor Mesir) telah kalah dalam perlawanan kuda dengan
seorang Qibti (kristian). Oleh sebab itu anak Amru telah memukul orang Qibti
dan telah sampai kepengaduan Saidina Umar maka anaknya telah dihukum
oleh Saidina Umar.

• Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam
menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana
manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan
menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada
yang empunya hak.

Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap
hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah
ditentukan oleh Allah.

• Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan
persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di
antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia
sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.

Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-
syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah
melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

• Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak
jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak
yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman

• Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai
dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui
tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri
manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada
mengenali Allah.

3. Alamiyyah : Islam adalah Din yang Universal

Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk
orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia
bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat
sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk
semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman
teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

20

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan dengan umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang yang
beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu) .”
(Saba’ : 28)

Sifat universal ini bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi
tertentu, tetapi berlaku untuk sepanjang masa dan tempat. Kerahmatan Islam
meliputi kepada semua makhluk sama ada binatang, manusia dan juga tumbuhan.
Oleh kerana itu ketika di dalam peperangan, tentera-tentera Islam dipesan supaya
jangan memusnahkan tanaman, orang-orang perempuan yang tidak menyertai
peperangan, orang-orang tua yang uzur, mereka yang berada di dalam rumah
berhala dan kanak-kanak kecil. Sehinggakan binatang yang hendak disembelih
juga Islam meletakkan cara yang sesuai supaya penyembelihan terhadapnya bukan
satu penyiksaan. Seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Apabila kamu menyembelih, maka hendaklah dengan sembelihan yang baik”.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

• Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-
perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan
harta.

• Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia
hidup tanpa kewujudannya.

• Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia.
Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip
kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.


4. Waqieyyah : Mengikut susunan dan tempat

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan
menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana
seseorang Muslim itu berada.

Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan, sehingga Islam selalu dapat
memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit semasa
menghadapi cabaran hidup di dunia ini. Kemajuan yang dicapai oleh generasi
Rasulullah adalah sesuai dengan tahap kehidupan masyarakat di waktu itu seperti
kenderaan yang ada hanyalah unta dan kuda yang dianggap sebagai kenaikan
orang yang berada. Namun begitu tidak ada satu nas pun yang melarang umatnya
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

21
daripada memikirkan bagaimanakah teknologi yang canggih perlu ada dalam
masyarakat yang terkemudian.

Kemajuan dan rekaan yang ditemui manusia, tidak dipandang sebagai perkara
yang luar dari ajaran Islam. Islam sangat menyukai kepada orang yang mencipta
kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia, namun bukannya membawa
kerosakan di atas muka bumi ini. Malahan sejarah telah membuktikan bahawa
kemajuan teknologi pernah dicetuskan oleh orang-orang Islam seperti Al-Biruni
(perubatan), Ibnu Sina (perubatan), Al-Khwarizmi (ilmu fizik) dan beberapa tokoh
Islam yang lain.

5. Inqilabiyyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur
dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system
jahiliyyah.

6. Thabat dan Murunah

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi
perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya
boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga
ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam
keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

7. Tidak ada paksaan

Islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya. Mereka yang memilih
Islam mesti di atas kesedaran bukan di atas paksaan. Firman Allah swt yang
bermaksud :

“Tidak ada paksaan dalam agama”.
(Al-Baqarah : 262)

Kerana itu di dalam sejarah Islam sejak daripada mula lagi, tidak ada kes yang
cuba untuk memaksa orang kafir menganut Islam, walaupun mereka berada di
dalam negeri yang diperintah oleh orang Islam. Keadaan ini berlainan dengan apa
yang kita lihat pada agama lain yang cuba memperdayakan dengan tipu helah dan
janji manis supaya memeluk agama mereka, malahan ada yang menggunakan
kekerasan untuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku
kepada umat Islam di Sepanyol. Sekiranya Islam berkembang dengan cara
paksaan maka ramailah golongan munafiq yang berpura-pura bersama dengan
Islam tetapi mempunyai niat jahat kepada Islam.

Walaubagaimanapun, mereka yang telah menganut Islam tidak boleh bertindak
dengan sewenang-wenangnya untuk keluar daripada ajaran Islam atau tidak mahu
mengikut ajaran Islam. Penganut Islam tidak boleh menggunakan alasan tidak ada
paksaan dalam agama, kerana alasan ini adalah untuk mereka yang belum
menganuti Islam.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

22

1.4 TU1UAN HIDUP ISLAM

Tujuan hidup dalam Islam

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu.”

“Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi Aku makan.”

“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi
Sangat Kukuh.”

( Adz-Dzariat : 56-58)

“ Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya
Yang Maha Tinggi”

“ Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan”
(Al-Lail : 20-21 )

1. Menjadi seorang muslim yang soleh
2. Menjadi ahli keluarga yang sempurna.
3. Menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab.
4. Mendirikan negara Islam.
5. Mendirikan khalifah Islam.

Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang
diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang
Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan
kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.
(Al-Taubah: 105)

Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur seperti yang disebutkan
oleh Sai,d Hawwa di dalam buku Pendidikan Harakah Islamiyyah (Syarah Risalah
Ta’lim) ialah:

1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang
mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul,
bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna
kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua. ( Al-Muddasir : 38 )

2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati
gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga.
Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Didik
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

23
anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini
juga wajib bagi saudara semua.

3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam
masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan
amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. Bertindak
segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada
gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya
Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan
pelaksana.

4. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada
menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral.

5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu kerajaan ini
akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau orang upahan
rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang
dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam dengan tidak
berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini sebagai pelaksana hukum dan
ajaran Islam.

Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam ketika
keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai pemimpin. Kerajaan ini
tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Apa yang penting ia mesti
bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.

Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan nasib
rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat ketika
menggunakannya.

Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang,
memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara, menjaga mutu
kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan sumber negara, menjaga
keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak rakyat dan mengembangkan
dakwah.

Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu
memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa dan
harta.

Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. Jika tidak ia perlu dipecat
dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai Allah.

6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara memerdekakan
semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah kegemilangan mereka,
merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara mereka sehinggalah muncul
kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan lahir semula perpaduan umat
Islam yang dicitakan.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

24
7. Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke
seluruh pelusuk dunia.

Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya
(bebas) bagi Allah semata-mata.
(Al-Anfal: 39)

Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya.
(Al-Taubah: 32)

Empat peringkat yang terakhir ini wajib dilaksanakan oleh sebuah jamaah dan oleh
setiap saudara dengan kedudukan mereka sebagai anggota jamaah. Betapa beratnya
tanggungjawab ini dan betapa besarnya peranan ini. Manusia akan melihat semua ini
suatu khayalan namun saudara muslim melihatnya sebagai suatu kenyataan. Kita tidak
akan berputus asa dan tetap menaruh harapan yang tinggi kepada Allah.

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Yusuf: 21)

Termaktub dalam buku Risalah At Taklim oleh As Syahid Hassan Al Banna dan
Konsep-Konsep Umum Islam oleh Abu Urwah.


1.5 SILAP FAHAM MENGENAI TASAWWUR ISLAM

Tasawwur Islam adalah merupakan gambaran lengkap ajaran Islam yang meliputi
semua aspek dalam kehidupan manusia tanpa ada sedikit kekurangan atau kecacatan
dalam ajarannya dengan penerangan mengenai prinsip-prinsip umum yang boleh
memberikan ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya, seperti firman Allah swt
yang bermaksud :

“Di hari ini aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan
ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”.
(Al-Maidah : 3)

Maksud silap faham tasawwur Islam yang jelas ini ialah mereka tidak memahami
ajaran Islam dalam konteks yang sebenar, hanya memahami Islam dalam perkara
ibadah yang khususiah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, nikah, talaq dan mati
sahaja dan tidak lebih dari itu.

Di antara faktor-faktor penyumbang kepada berlakunya gejala ini pada masyarakat
pada masa kini yang boleh diutarakan antaranya ialah :

1. Kesan daripada penjajahan pemikiran

Penjajah datang ke negara kita bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan
perdagangan, tetapi mereka mempunyai matlamat yang tersembunyi iaitu
menjajah pemikiran masyarakat pribumi negara yang mereka duduki. Kesan
penjajahan ini masih terasa terutamanya psikologi dan intelektual. Penjajahan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

25
dalam bentuk ini tidak dapat dikesan dengan cepat kerana pergerakannya halus
dan licin.

Mereka telah menanamkan fahaman bahawa Islam dibenarkan menjelma dalam
bentuk ritual semata-mata (ibadah khususiah) sahaja. Kesannya apabila penjajah
sudah beredar dari negara (Malaysia), pemikiran inilah yang telah diamalkan
dalam kehidupan sehingga begitu sukar untuk menerima konsep Islam yang
sebenar.

2. Sistem pendidikan

Sistem pendidikan dan pembelajaran yang diajar di sekolah-sekolah dan pusat
pengajian tinggi tidak menampakkan adanya satu penjurusan yang boleh
memahamkan masyarakat kepada pengertian Islam yang syumul (lengkap),
sebaliknya pengajian ini hanya terbatas kepada soal kefahaman Islam yang
bersangkutan dengan solat, wudhu, puasa, zakat, haji sahaja tidak lebih dari itu.

Begitu juga dengan pendidikan tidak formal yang diajar melalui kuliah-kuliah
Maghrib di surau-surau dan masjid hanya memperincikan pengajarannya tentang
masalah bersuci melebihi daripada perbincangan masalah ekonomi, masalah haid
dan nifas lebih dibincangkan dengan mendalam daripada masalah kewajipan
mewujudkan kepimpinan Islam di dalam negara. Inilah yang kita tempohi dari
kecil sehingga dewasa sehinggakan kita merasakan bahawa inilah Islam yang
sebenar dan patut diwarisi, padahal ajaran seperti ini bukan dari ajaran Islam yang
sebenar.

3. Gambaran-gambaran yang salah melalui media massa

Gambaran mengenai kekejaman hukum Islam (hudud) dan tidak keadilan daripada
hukum hudud mendapat liputan yang meluas melalui tulisan-tulisan yang beracun
yang bertopengkan tulisan ilmiah. Gambar-gambar hukuman sebat yang
dilaksanakan di Pakistan (yang sebenarnya bukan mengikut cara Islam) telah
ditonjolkan sebagai hukuman cara Islam dan dikatakan merupakan perlaksanaan
hukuman di dalam Islam yang sebenar, sehingga ia menimbulkan kesangsian di
kalangan mereka yang jahil tentang Islam.

4. Kelemahan para ‘ulama’

Para ulama adalah merupakan mereka yang mewarisi kerja para nabi dan rasul
bagi meneruskan usaha menyebarkan Islam kepada masyarakat. Segala pandangan
dan tindakan mereka cukup mempengaruhi masyarakat. Kelemahan mereka untuk
menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat
sama ada berpunca dari kepentingan peribadi atau kerana perasaan takut
menyebarkan yang hak. Mereka hanya menyampaikan Islam yang sempit
sehingga mengkaburkan pemikiran masyarakat, sehingga akhirnya masyarakat
biasa menganggap inilah Islam yang sepatutnya diamalkan oleh mereka kerana
berdasarkan keterangan yang disampaikan oleh orang yang arif dalam bidang
agama. Allah swt telah memberi amaran yang keras seperti di dalam firmannya
yang bermaksud :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

26
“Dan bacalah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang
kami berikan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat (kita) kami. Kemudian ia
menjadikan dirinya keluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan
godaannya) maka jadilah ia dari orang yang sesat. Dan kalau kami kehendaki
nescaya kami tinggikan pangkatnya dengan (disebabkan mengamalkan) ayat-ayat
itu, tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya,
maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menghulur
lidahnya termengah-mengah, jika ia engkau membiarkannya ia juga
menghulurkan lidahnya termengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Allah”.
( Al-A’raf : 175-176 )

5. Alam sekitar dalam kerangka dunia Islam

Masyarakat telah melihat kebanyakan dunia Islam pada hari ini tidak
mengamalkan konsep Islam yang syumul. Mereka telah melihat banyak di
kalangan dunia Arab sendiri tidak mengamalkan Islam (sedangkan pada anggapan
mereka negara Arab itu Islam, Islam itu Arab). Amalan yang dilaksanakan dalam
negara mereka hanya bersangkutan dengan soal ibadah khususiah sahaja,
manakala perkara yang berhubung kait dengan ekonomi diketepikan, soal politik
dan kenegeraan di kebelakangkan.

6. Sikap masyarakat

Sikap masyarakat yang tidak suka mencari ilmu dan tidak mahu memahami Islam
yang sebenar adalah satu punca yang sukar untuk diubah dalam masyarakat hari
ini. Menganggap Islam yang mereka faham selama ini sudah cukup untuk
menjadi mukmin yang hakiki tanpa bersusah payah untuk mencari yang lain
daripada apa yang mereka fahami. Apa yang paling sedih sekali apabila ada di
kalangan pendakwah yang cuba hendak memahami mereka, telah disanggah
dengan pelbagai hujah bagi mendakwa pegangan mereka adalah betul, walaupun
tanpa alasan yang kukuh.

Kesimpulan :
• Rukun-rukun Islam adalah untuk menyempurnakan keislaman seseorang
muslim.
• Keislaman dan kekuatan seseorang muslim adalah bergantung kepada
kekuatan Islamnya.












Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

27
2.0 PERTEMUAN DUA

2.1 ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

Ad Deen : The way of life

1. Makna Ad Dien secara bahasa boleh dilihat daripada dua aspek. (Ibnu Mandhur.
Lisanul Arab Al Muhith dan Al Maududi. Mustholahul Arba’ah)
a. Makna Ad Dien di dalam Bahasa Arab.
i. Yang bermaksud paksaan, kekuasaan, hukum dan perintah, juga beerti
paksaan agar menjadi orang yang taat.
ii. Yang bermaksud ketaatan, peribadatan, penghambaan, merendahkan di
hadapan orang, melaksanakan perintah atasannya, dan menerima
kepada Rabb serta ketundukan di bawah perintah dan
paksaan atasannya.
iii. Yang bermakna syariat, undang-undang, mazhab, millah (dien), adat
kebiasaan dan sesuatu yang diikuti.
iv. Yang bermakna balasan, sesuatu hal yang mencakupi putusan dan
perhitungan.
b. Makna Ad Dien di dalam Al Quran (lihat perkataan dien pada setiap ayat).
i. Yang bermaksud hal yang berkenaan dengan kehakiman dan penguasa.
ii. Yang bermakna ketaatan dan ketundukan kepada hakim dan penguasa.
Disini Ad Dien bermaksud penguasa yang agung dan kemudiannya
diikuti dengan ketundukan oleh manusia kepada Penguasa yang Agung
dengan mentaati Nya dan beribadah kepada Nya dengan ikhlas kerana
Nya. (Mukmin 40:64-55; Az Zumar 39:11-12; An Nahl 16:52; Ali
Imran 3:83; Al Bayyinah 98:5)
iii. Yang bermaksud peraturan yang mencakupi pemikiran dan amalan
dibawah Penguasa yang Agung. Disini Ad Dien bernaksud undang-
undang, hukuman, syariah, jalan (cara), peraturan yang meliputi
pemikiran dan amalan, yang diikuti seseorang. Maka apabila
Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) yang disandari seseorang mengikuti
undang-undang dan perintah dari Allah Taala, maka tidak diragukan
lagi bahawa ia berada pada Dienul Islam. Sedangkan apabila seseorang
manusia itu bersandar kepada Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) selain
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

28
Allah, maka ia berada pada dien manusia itu sendiri secara pasti.
(Yunus 10:104; Yusuf 12:40.76; Ar Rum 30:28-30; Asy Syura
42:21; Al Kafirun 109:6; At Taubah 9:36; Al Anam 6:137)
iv. Yang bermaksud balasan, perhitungan dan keputusan yang diberikan
Penguasa Agung, baik yang mengikuti aturan Nya dan ikhlas dalam
beribadah kepada Nya ataupun bagi yang menyangkal dan durhaka
kepada Nya. (Az Zariyat 51:5-6; Al Maun 107:1-3; Al Infitar 82:17-
19)

2. Makna Ad Dien Secara Istilah pula ialah aturan/ sistem hidup yang lengkap dan
sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui penutup Rasul Nya
sebagai pedoman hidup bagi manusia yang terdiri dari pelbagai aspek,
diantaranya aspek aqidah (keyakinan), fikriyah (pemikiran). akhlaq dan
amaliyah. (Al Mustholahat Al Arba’ah Bainal Imamaini Al Maududi wa
Muhammad Abduh. Abdul Mutaal Muhammad Al 1abry)
i. Pada hakikatnya kalimat Ad Dien tidak tepat diterjemahkan dengan
agama.
ii. Umumnya Ad Dien ialah segala bentuk aturan, sistem, falsafah,
tatanan atau undang-undang kehidupan.
iii. Sebagai contoh satu aturan atau sistem hidup yang mengatur kehidupan
manusia ialah zionis, kapitalis, komunis, demokrasi, nasionalisme dan
sebagainya. Maka kesemuanya merupakan Ad Dien.
iv. Namun Ad Dien ini jelas-jelas bathil, sebab ia tidak bersumber
daripada Allah taala dan tidak didasari oleh kitabullah dan sunnah
Rasul Nya.
v. Adapun Dienul Hak hanyalah satu iaitu Al Islam. (Ali Imran 3:19.85;
Al Maidah 5:3; At Taubah 9:33; Al Anfal 8:39)
vi. Sedangkan Dienul Bathil lebih dari satu iaitu semua sistem hidup dan
perundang-perundangan hidup selain Al Islam.
vii. Ad Dien yang bermakna khusus/ sebenarnya ialah Dienul Islam yang
haq dan jelas-jelas dijamin kebenarannya hingga diakhir zaman oleh
penciptanya, iaitu Allah Azza wa Jalla. (Doktor Syaukat Muhammad
Ilyan. Ats Tsaqofah Al Islamiyyah Wa Tahadiyatul ‘Asr)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

29

Islam kini menghadapi cabaran yang sangat hebat, bukan sahaja musuh dari luar tetapi
juga musuh dari kalangan ummat Islaam sendiri. Tidak ganjil Islam menghadapi
cabaran, kerana memang sejak ia dilahirkan lagi perkara ini telah berlaku. Walau
bagaimana pun yang ganjil ialah kerjasama yang dilakukan oleh penganutnya sendiri
dengan musuh dari luar laknatullah. Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh gerakan
Islam dan para Mujahidin di seluruh dunia pada waktu ini. Dikepung dari segenap
penjuru oleh musuh. Umat islam berada di dalam kebingungan dengan apa yang
sedang berlaku pada waktu ini.

Terdapat di kalangan ummat Islam yang bertanya mengapa terdapat di kalangan
ummat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada di medan ibadah? Mereka
ragu dengan kebangkitan harakah Islamiyyah yang menyeluruh kononnya tiada
hubungan dengan pengertian Islam dan organisasinya yang berbentuk sedemikian
rupa.

Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadat di masjid sambil mengeluarkan
air mata yang khusyu dan tawadhu kepada Allah dengan mereka yang mengalirkan
dakwat penanya yang menulis kerana Islam, dan juga peluh dan darah yang meleleh
dari badan para Mujahid di medan peperangan kerana menegakkan kalimah Allah. Al-
Imam Abdullah Bin Al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beriktikaf
dengan meninggalkan tugas berjihad di medan peperangan:

Wahai sahabat yang sedang beribadat di tanah suci, kalau saudara melihat kami,
saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadah, siapa yang pipinya
berlumuran air mata, maka leher kami berlumuran dengan darah. Kalau kudamu penat
di dalam kebatilan makan kuda kami akan penat di medan perang.

Sesungguhnya membezakan orang yang beriktikaf di masjid dan berjuang
menegakkan masyarakat dan Negara Islam dengan mangatakan bahawa yang pertama
sebagai orang dakwah yang menghayati Islam dan kedua dipanggil orang politik
berjuang untuk duniawi, adalah perbezaan yang ditunjukkan oleh musuh Islam dan
menunjukkan betapa jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman sesat ini.

Tidakkah para Rasul merupakan ahli ibadah yang sangat tekun. Di samping itu,
berjuang menentang thaghut yang menjadi pemerintah di zaman mereka? Tidakkah
Saidina Abu Bakr yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan
hebat menetang orang murtad yang menentang Negara Islam. Begitulah Islam
dikelirukan sehingga terkeluar dari apa yang sepatutnya. Sebenarnya kita memerlukan
penjelasan sebagai Ad-Deen dan memahami kewajipan menghayatinya.

Kesimpulannya Islam adalah Ad-Deen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan,
bukan hanya sebagai suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya.
Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah.


2.2 ISLAM SEBAGAI AD DEEN PARA NABI DAN RASUL

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

30
Islam ialah Agama kepada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Alaihi Solatu Wassalam sejak
Nabi Adam AS sehingga ke Nabi akhir zaman, Muhammad SAW. Firman Allah
SWT:

Maksudnya:

“Sesungguh Agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”
(Ali-Imran:19)

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrai, akan tetapi dia
adalah seorang pengikut jalan yang lurus dan menyerah diri kepada Allah (Islam) dan
dia tidak sekali-kali termasuk dikalangan orang-orang musyrikin.”
(Ali-Imran: 67)

Firman Allah SWT:


Maksudnya:

“Dengan Kitab ini (Taurat) berhukum dengannya oleh para Nabi yang menyerah
diri kepada Allah (Islam)”
(Al-Maidah: 44)

Islam bermakna menyerah diri kepada Allah SWT, pada perintah dan dan larangan-
Nya melalui Wahi. Para Nabi dan Rasul adalah yang pertama menyerah diri kepada
Allah SWT. Disamping itu manusia diperintahkan mengikut mereka dengan sama-
sama patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT. Tanpa penyerahan diri kepada
Allah SWT tidak dianggap Islam lagi kerana firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka
menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian
tidak terdapat di dalam diri mereka keraguan terhadap keputusanmu dan mereka
menerima (menyerah diri) dengan sepenuhnya.”
(An-Nisa’: 65)

Apabila kepentingan manusia di dalam segala bidangnya terpelihara dengan hanya
menyerah diri kepada Allah SWT, mka dengan rahmat-Nya, Allah SWT tidak
melepaskan manusia bersendirian tetapi diutuskan Rasul-Rasul yang diwahyukan
kepada mereka dengan ajaran Allah dan hukum-hukum-Nya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

31
“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat akan Rasul (untuk
menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.”
(An-Nahl: 36)

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya
supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.”
(Ibrahim : 4)

Islam yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Alaihi Solatu Wassalam adalah
sama sahaja pada prinsipnya. Yang berbeza hanyalah cabang Syari’at di mana ianya
berdasarkan kepada keperluan umat mengikut zaman masing-masing dan Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah lebih luas dan syumul daripada Rasul-
Rasul yang sebelumnya kerana Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh manusia dan
jin sehingga hari Qiamat. Adapun Rasul-Rasul sebelumnya diutuskan hanyalah untuk
kaum mereka masing-masing.

Dengan Nabi Muhammad SAW disempurnakan risalah dan Nubuwwah dan juga
disempurnakan Agama dengan selengkapnya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk mengalahkan Agama
kamu, sebab itulah jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada
hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan
bagi kamu nik’mat-Ku dan telah Aku redha Islam itu menjadi Agama kamu.”
(Al-Maidah: 3)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bandingan di antara aku dan Nabi-Nabi seperti seorang yang membina rumah, lalu
dia membina dengan baik dan memperindahkannya melainkan pada tempat sekeping
batu bata yang ada di salah satu sudutnya. Lalu orang ramai mengelilingi rumah itu
dan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, mengapakah tidak diletakkan batu bata
ini? Maka akulah seperti batu bata itu dan aku penyudah Nabi-Nabi.”
(Riwayat Al Syaikhan)

Islam yang dibawa oleh Rasul-Rasul yang terdahulu telah dilupai, dipinda dan
diselewengkan sehingga berlaku penyelewengan di kalangan pengikut yang
kebelakangan di dalam aqidah, ibadat dan akhlaq. Keadaan ini berterusan sehinggalah
dibangkitkan Nabi Muhammad SAW yang diwahyukan dengan al-Quran dan
mengemukakan as-Sunnah yang teguh matang dan tidak mungkin lagi dikelirukan.
Ianya menjelaskan segala macam masalah kehidupan manusia bersabit dengan aqidah,
ibadat, politik, ekonomi, sosial, perdamaian, peperangan dan segala hukum yang perlu
dalam seluruh kehidupan manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

32
2.3 ISLAM SEBAGAI PENYELESAI MASALAH UMMAH
MASAKINI
2.31 PENDAHULUAN
Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada
pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan
kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah
fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi’.
Sepatutnya tajuk “Islam Sebagai Penyelesaian” menghuraikan skop dan ruang lingkup
yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan
ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian
masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali
oleh Allah SWT.
PELBAGAI aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan sosial
ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi
manusia sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. Hingga
ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk
menyesuaikan dengan realiti kehidupan.
2.32 KEGAGALAN ALIRAN MARXISME
Bibit-bibit kejatuhan Russia sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas
ideologi komunisme (aliran Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada
bulan September 1961, harian ‘Pravda’ yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis Russia telah menyebarkan program baru parti itu. Rancangan itu ialah
fikiran yang memansuhkan jalan atau cara revolusioner seperti yang ditegaskan oleh
buku ‘Materialisme Dialektika’: “Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada
sosialisme dan memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini
boleh direalisasikan bukan dengan evolusi, bukan dengan memperbaikinya, akan
tetapi dengan perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan revolusi.”
Harian tersebut juga menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme
seperti yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu
ia menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam
membentuk asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat
komunisme.
Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk
melaksanakan apa yang dinamakan ‘kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme
kepada sosialisme’. Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan
di atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu
berkembang.
Prinsip penghapusan hak milik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang
lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri, perniagaan luar negara, bank-bank
dan segala perkhidmatan awam. Antara bukti kegagalan pelaksanaan prinsip
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

33
persamaan di dalam masyarakat komunisme diungkapkan dalam buku tulisan Krien
Brinton yang bertajuk ‘Revolusi Komunisme: Unsur, Penyelesaian dan Hasilnya’:
“Sebagaimana yang diakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia
kini hidup di dalam satu masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang-
barang keperluan dan perolehan individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli
politik berkedudukan tinggi, pengarah perusahaan, penulis atau penari ballet hidup
bergelumang dengan kemewahan sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian.”
Keadaan itu menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak
memiliki persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang
masyarakat kapitalis.
Fakta itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip
persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.
2.33 KEGAGALAN TAMADUN BARAT
Sebahagian besar generasi muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat. Mereka
menyangka kebersihan lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan rohani dan hati
mereka. Kemajuan pesat di dalam bidang sains dan kebendaan tidak mencukupi untuk
dijadikan contoh teladan di dalam segala perkara. Ukuran kemajuan dan tamadun
sesuatu bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai akhlak dan kemanusiaan yang
direalisasikan dalam masyarakat.
Tamadun Barat jika dilihat dari necara ini sebenarnya sudah muflis. Segala slogan
yang dicanangkan oleh Barat seperti prinsip kebebasan, perdamaian dan persamaan
hanyalah omongan kosong belaka. Seorang ahli falsafah Inggeris, Joede, menulis di
dalam bukunya: “Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada perseimbangan antara
kekuatan dan akhlak... kerana akhlak sangat ketinggalan jauh daripada ilmu.
Semenjak kebangkitannya ilmu terus meningkat maju sedangkan akhlak berada dalam
kemunduran sehingga jarak antara keduanya sangat jauh.”
2.34 KONSEP PENYELESAIAN TERSENDIRI
Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah
sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau
peraturan kecuali Islam?
Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh
dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan
(diturunkan). Firman Allah SWT:
“Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh
manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan.”
(Saba’: 28 )
Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia
mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi,
‘aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem
yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

34
berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali
gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan
layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak.
Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah
dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam
perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara
penyelesaian tersendiri pula.
Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-
undang yang lain.
Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk
berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup
seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau’iyah dan
tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da’wah Islamiyyah sebenar,
berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT.
sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan
Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau
tidak?
2.35 CARA ISLAM MENYELESAIKAN PERMASALAHAN HIDUP
Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang
perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah SAW. Yakni da’wah
yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama
seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan
dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul
masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.
Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan
Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi.
Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan
dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.
Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda
bersabit dengan konsep Da’wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda
adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat
andaian-andaian bahawa:
1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat
kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar
Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda
menjalankan Da’wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang
baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah
slogan Qaumiyyah ‘Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh
Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Setelah
umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

35
semangat Qaumiyyah ‘Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai
pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki,
memantapkan ‘Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya
mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian
seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan
menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras
daripada Kafir Qura’isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan ‘Aqidah
Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem
hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah
SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai
aktiviti perniagaan berasaskan riba’. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat.
Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad
Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat,
lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada
cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya
Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka.
Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan ‘Aqidah Tauhid dan seterusnya
mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah
payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin
membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang
Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa.
Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis
ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan
seumpamanya berleluasa. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad
Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da’wah Islamiyyah
yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak
tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat
sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih-lebih lagi pada ketika
itu masih terdapat di kalangan orang-orang ‘Arab yang mempunyai sifat-sifat dan
`basic morality’ yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13
tahun berda’wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan
mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan
jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha
Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui
proses pembentukan jiwa berasaskan ‘aqidah yang sahih. ‘Aqidah yang akan
menentukan sikap dan nilai sebenar.
Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali kepada
Islam. Islam pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud para
pendokong (‘amilinnya).
Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses melalui
Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah
yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

36
amalan hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa mereka
daripada beriman kepada yang lain dan mengawasi amalan mereka daripada
bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata.
Apabila ‘aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat
Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan
tentangan yang keras, maka terbentuklah ‘Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah
Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari’ah dan
peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka. Dengan itu, kehidupan ummah
Islamiah benar-benar diasas dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau
bersama kaedah lain. Allah berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:
“Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk
memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”
Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman yang bermaksud:
“Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”
Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah
pertama ialah membersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain
daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah yang
dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat
membangunkan masyarakat Islam.
Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan
diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha
Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan
untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi.
Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh
Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah
SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang
lain.
Bersihlah masyarakat ‘Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Tertegaklah
peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah
jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum
hudud, qisas dan ta’zir dijalankan pada generasi yang unik ini.
Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa
mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata. Mereka melaku
atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik
daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang
ramai ketika ini.
2.36 SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN
Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang
tersendiri mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara
penyelesaiannya apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

37
jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem
lain. Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap
masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu dilaksanakan
dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah dapat dilihat sama ada masalah itu masih
ada atau sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya. Pada masa itu barulah sistem
berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan yang timbul.
Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan
menguatkan antara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem
lainnya dari segi wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya.
Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak
bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana
masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan.
Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih dahulu
Islam perlu dijadikan pengatur selurun kehidupan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah
wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu
timbul dalam sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya
dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagimu.”
(Al-Baqarah: 208).
Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum tertentu,
menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem
kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara utamanya ialah
melaksanakan Islam sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
2.37 REALITI UMAT ISLAM MASAKINI
Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan
pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam
terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup
mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan
tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar,
perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan
mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.
Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan
dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah
SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak
harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam.
Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

38
Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim
dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara semudah ini tidak difahami
oleh umat Islam hari ini atau kabur bagi mereka.
Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan,
hilang kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih, tidak digeruni atau disegani
lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang
yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita
sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak,
tapi kamu laksana buih air bah.”
2.38 RAHSIA KE1AYAAN GENERASI AWAL
Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar
matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat
kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan
maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk
mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka
bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga
rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan
Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani
dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan
meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka
tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.
Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki
harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela
tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan
mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada kami
adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”
Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya
daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-
pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh
banyak pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam
semata-mata.
2.39 ISLAM BERMULA DENGAN USUL. TIDAK DENGAN FURU’
Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenegahkan permasalahan furu’ tetapi
memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Islam di peringkat
awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di
medan peperangan, berpuasa, berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan
sebagainya. Tetapi Islam di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman
kepada Allah SWT semata-mata. Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah, tidak
bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

39
perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati dan fikiran
manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati
akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan
di tengah-tengah alam kebendaan.
Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh
Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman.
Keperibadian itu menjadi kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah
perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap
masa tanpa berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi
masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang.
Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya
melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:
“Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah
bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa
kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”
( al-Baqarah: 219 )

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solah ketika kamu
mabuk hingga kamu tidak ketahui apa yang kamu katakan.”
(an-Nisa’: 43 )

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung
nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya agar
kamu mendapat kejayaan.”
( al-Maidah: 90 )
Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat diselesaikan oleh
Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah melarang
rakyatnya meminum arak. Dijalankan dia’yah (kempen) kepada masyarakat umum
menentang minuman arak. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.
Hinggalah undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan
Amerika menanggung beban perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang
tersebut sebanyak 250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak
itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500,000
orang dipenjarakan. Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Namun
akhirnya, pada tahun 1933, kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang-undang
pengharaman arak.
2.40 KESIMPULAN
Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai
peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah)
yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup
ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan
menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

40
Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah
SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu
menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia.
Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang
diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka
sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.”
( Ali Imran: 85 )



2.4 KESYUMULAN ISLAM DARI SEGI SOSIAL. POLITIK DAN
EKONOMI

Islam adalah sebagai al-Deen yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan
segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan
kecacatan dalam ajarannya dengan penerangan mengenai prinsip-prinsip umu yang
boleh memberikan ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya, seperti firman
Allah swt yang bermaksud :

“Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku
menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan aku redha bagi kamu Islam sebagai
agama”.
(Al-Maidah : 3)

2.41 SOSIAL

Manusia sebagai makhluk sosial dan ia tidak boleh hidup bersendirian, ia mesti
bergaul antara satu sama yang lain. Oleh itu Islam menetapkan adab-adab pergaulan
sesama mereka supaya keharmonian di dalam masyarakat dapat diwujudkan.
Misalnya adab hendak memasuki rumah orang seperti firman Allah swt yang
bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana
rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta
memberi salam kepada penduduknya ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,
supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturannya yang sopan itu).”
(An-Nur : 27)

Rasulullah apabila ia datang ke rumah orang, baginda tidak mengadap wajahnya di
hadapan pintu, sebaliknya baginda berdiri di sudut kanan atau sudut kiri, kemudian
baginda meminta izin masuk dengan menyebut namanya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Apabila seorang dari kalangan kamu mengulangi tiga kali untuk meminta izin
masuk, dan tidak diizinkan masuk maka hendaklah ia pulang. Permintaan untuk
masuk hendaklah diulang sebanyak tiga kali, yang pertama memberi kesempatan bagi
penghuni mendengar suara orang yang mendatang dan kedua kesempatan
memperbaiki diri dan ketiga memberi izin masuk atau tidak mengizinkan”.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

41

Begitu juga adab berjiran, manusia wajib menjaga hak jiran dan jangan menyakiti hati
jiran kerana ia lambang orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul maka hendaklah ia menghormati
jiran”.

2.42 POLITIK

Manusia sering berhubung antara satu sama lain, justeru itu ia mesti ada bimbingan
daripada seorang yang diamanahkan untuk mentadbir urusan hidup mereka.

Pemerintahan Islam yg dituntut itu berbentuk Khilafah atau Imaratul Mukminin
ataupun Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan pemerintahan yang berteraskan kepada
syariat Islamiyyah dalam seluruh aspek. Apa tujuan ataupun matlamat yg hendak
dicapai dengan adanya pemerintahan Islam serta sistem khalifah ini? Ia ditakrifkan
oleh Ulama-Ulama terkenal spt Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibn Khaldun dan lain-lain
bahawa tujuannya adalah untuk

“menggalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbir dunia
dengannya”

Pengertian ini berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq sesudah wafatnya
Rasulullah SAW yg bermaksud

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang
menguruskannya”

Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pemerintahan serta politik di dalam Islam.
Tidak timbul soal politik itu kotor, politik bukan prioriti dan sebagainya.

Dalil politik itu ada dan utama didalam Islam

Al Quran

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas
muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan,
melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung segala
usaha”
(Al Hajj: 41)

Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya
mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan
rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin"
(An Nahl: 89)


Al Hadith

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

42
Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya
melantik seorg drnya sbg ketua”
( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani. dengan sanad yang shohih)

Mafhum : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang
zalim”
(Riwayat At-Tirmidzi).

Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah(
iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan
Jahiliyyah”
(Riwayat Muslim)

Athar Sahabat

Berkata Saidina Umar al-Khattab Mafhum : Tiada Islam kecuali dgn Jemaah, tiada
Jemaah kecuali dgn Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan. (Lihat
Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah. Ahmad Syalabi. 2/29)

Sirrah

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah antara perkara terawal yang dilaksanakan
oleh Baginda adalah
1. Mempersaudarakan diantara kaum Muhajirin dan Ansar
2. Membina masjid
3. Membentuk “Piagam Madinah”
4. Memecahkan monopoli Yahudi di pasar

Piagam Madinah adalah satu soal politik yang diberikan perhatian serius setibanya
Baginda di Madinah.

Kemudian selepas baginda wafat, para sahabat telah menangguhkan pengurusan
jenazah baginda kerana mereka sedang bermesyuarat di Saqifah Bani Sa’adah semata-
mata kerana politik dan pemerintahan iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk memilih
seorang ketua atau khalifah yg baru. Sedangkan adalah menjadi tuntutan untuk
menyegerakan pengkebumian jenazah orang Islam terutamya didalam mazhab kita
(Shafie). Adakah para sahabat tidak tahu akan kawajipan untuk menyegerakan
jenazah baginda? Ini adalah kerana kewajipan melantik seorang ketua itu lebih utama
dan penting dari menguruskan jenazah.


Pandangan Ulama

Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya (Al-Iqtisad Fi al-I’tiqad. Bairut: Dar al
Kutub al-Ilmiah. 11403/1983. hlm. 148-149) telah menyatakan maksudnya :

“Agama ini asas, pemerintah adalah pengawal, maka sesuatu yang tidak ada asas
akan runtuh, dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

43
Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah didalam kitabnya (As-Siyasah as-Syar’iyyah
Fi Islah ar-Ra’ie wa ar-Ra’iyyah. Ibn Taimiyah. hlm 217): Mafhum :

“ Wajib diketahui bahawa kekuasan ke atas manusia adalah sebesar-besar tuntutan
agama, bahkan tiada dapat mendirikan agama kecuali dengannya”


Jadi, berdsarkan sebahagian hujah-hujah diatas, adalah terang lagi bersuluh bahawa
Islam akan sentiasa diperintah selagi mana Islam tidak mengambil tampuk
pemerintahan, tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik.
Politik dan pemerintahan Islam itu adalah perkara yg utama dan tidak buleh
dipisahkan bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila
baginda menjadi ketua negara di Madinah.

Para ulama telah meletakkan asas yang penting mengenai siapakah yang layak
menjadi pemimpin dalam sebuah negara, antaranya ialah Islam, berilmu, adil, lelaki,
sihat tubuh badan, pancaindera yang selamat dari kecacatan.

Tugas sebagai seorang pemimpin bukan satu tugas yang tashrifun (mulia) sebaliknya
ia adalah taklifun (tanggungjawab) yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.

Oleh itu sebagai seorang pemimpin ia mempunyai tugas yang sangat berat antaranya
ialah menyediakan kemudahan rakyat, menyatu padukan rakyat yang terdapat pada
waktu itu, menyebarkan dakwah ke serantau dunia untuk mengajak manusia
mengabdikan diri kepada Allah, melaksanakan hukum Allah kerana ia kewajipan
yang tidak boleh dilaksanakan oleh rakyat biasa yang tidak ada kuasa, mentadbir
kewangan negara dengan baik agar dapat disalur pada mereka yang berhak tanpa
membezakan fahaman.

Islam telah meletakkan asas yang kukuh mengenai hubungan manusia dengan
manusia, hubungan orang bukan Islam dengan orang Islam dan bagaimanakah
kewajipan pemerintah terhadap orang-orang bukan Islam yang berada di bawah
kekuasaan Islam.


2.43 EKONOMI

Islam bukan agama kerohanian yang mengajar penganutnya hidup seperti rahib yang
meninggalkan dunia sebaliknya hanya menumpukan kepada akhirat semata-mata dan
tidak juga ia menyuruh supaya menumpukan dunia semata-mata. Tetapi sebenarnya
ajaran Islam ialah ajaran yang tidak memisahkan antara dunia dan akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Dan hendaklah engkau menuntut pada apa-apa yang diberikan kepada engkau oleh
Allah akan negeri akhirat, dan janganlah engkau lupakan habuan kamu dari dunia
ini, dan hendaklah engkau membuat ihsan sebagaimana Allah membuat ihsan dan
baik kepada engkau”.
(Al-Qasas : 77)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

44
Ayat Al-Quran yang menganjurkan agar kita berusaha, di antaranya firman Allah swt
yang bermaksud :

“Kami (Allah) menjadikan waktu siang itu untuk mengusahakan kehidupan”.
(Al-Naba’ : 11)

Islam berusaha meningkatkan taraf hidup manusia dengan menggesa supaya umatnya
rajin bekerja. Islam marah kepada mereka yang malas berusaha atau berat tulang.
Rezeki yang hendak diusahakan mestilah dari sumber yang halal, bukan dari hasil
yang haram walaupun pada pandangan mata kasar ia mendatangkan kemewahan
hidup kepada manusia.







































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

45
3.0 PERTEMUAN TIGA

3.1 IMAN

Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting di dalam kehidupan setiap insan.
Ianya mencakupi seluruh kegiatan manusia dan menjadi faktor penentu bagi kejayaan
seseorang di dunia dan di akhirat, samada mukmin atau sebaliknya; ke syurga atau ke
neraka tempat kembalinya

Jika kita lihat kehidupan umat Islam pada hari ini, kita dapati bahwa kepatuhan
terhadap petintah dan larangan Alah SWT tidak dilaksanakan dengan sempurnanya.
Perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya iman seseorang itu terus berlaku tanpa
mengira dosa atau bersalah. Ini adalah kerana jahilnya seseorang itu akan hakikat
iman, tuntutan dan implikasinya didalam kehidupan sehari-hari seorang mukmin.

Di dalam surah Al-Hujurat ayat 14, Allah SWT telah menerangkan bahwa persoalan
iman sebenarya tidak semudah apa yag diucapkan dengan lidah sahaja tanpa ianya
bersemadi di dalam hati dan dibenarkan dengan amal.

Firmannya:

“Orang-orang Arab Badwi itu berkata, ‘Kami telah beriman’. Katakanlah kepada
mereka: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah, Kami telah tunduk’kerana iman itu
belum masuk kedalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia
(Allah) tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Oleh itu, dalam usaha untuk kembali menghayati Islam sepenuhnya, maka perlulah
kita memahami secara mendalam apakah hakikat iman yang sebenarnya, syarat-syarat
dan tuntutannya serta perkara-perkara yang boleh menggugurkan iman dan bagaimana
hendak meningkatkan iman tersebut.

3.11 IMAN DAN HAKIKATNYA

Kalimah iman merupakan salah satu kalimah yang tidak harus ditafsirkan kecuali
menurut penafsiran yang dikehendaki oleh Allah SWT dan RasulNya. Dengan cara ini
kalimah iman itu dapat ditentukan menurut pengertian syara’.

Al-Quran menerangkan penggunaan kalimah iman disekitar dua pengertian asasi:

1. Iman dalam pengertian MEMBENARKAN
2. Iman dengan pengertian AMAL atau BERILTIZAM DENGAN AMAL.

Dalil-dalil untuk Pengertian (1)

1. Nabi Ibrahim as meminta agar Allah SWT menunjukkan kepadanya
bagaimana Allah SWT berkuasa menghidupkan sesuatu yang telah mati

FirmanNya:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

46

“Allah berfirman: Tidakkah kamu membenarkan? Jawab Nabi Ibrahim: Bahkan
(saya) membenarkan tetapi supaya hati saya tenang.”
(Al-Baqarah : 260)

2. FirmanNya

“Dan engkau tidak akan membenarkan kami, sekalipun benar”
(Yusuf : 17)

Dalam ayat di atas Allah menceritakan kisah-kisah saudara Nabi Yusuf as yang
membawa pulang pakaian Bani Yusuf yang berlumuran darah palsu setelah
mencampakkan ke dalam perigi buta dan cuba membenamkan hujah mereka
kepada Nabi Ya’kub as.

3. Rasulullah SAW telah menyimpulkan pengertian ini di dalam hadisnya
sewaktu Jibril as bertanya kepada baginda tentang iman, lantas baginda
menjawab:

“Yang dikatakan itu ialah dengan engkau beriman kepada Allah SWT,
malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan
engkau beriman bahawa qadar baik dan jahat adalah daripada Allah SWT”.
(Sahih Muslim)


Dalil-dalil untuk Pengertian (2)

Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan hanya
sahaja bahawa dia seseorang yang beriman (mukmin). Ini adalah kerana orang-orang
munafiq mengatakan bahawa mereka beriman, sedang hati mereka tidak beriman.
Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari
kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya tidak beriman. Mereka hanya menipu
Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka itu menipu diri sendiri,
padahal mereka tidak sedar.”
(Al-Baqarah: 8-9)

Iman itu pula bukan hanya setakat melakukan amal dan syariat Islam sahaja malahan
ia seharusnya disusuli dengan niat keikhlasan kerana Allah. Ada juga kumpulan
manusia pada lahirnya mengerjakan perbuatan baik sedangkan hati mereka tandus
dengan rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah SWT. FirmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah, dan Allah akan membalas
tipuan mereka itu. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan
malas. Mereka bermaksud riak di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut
Allah kecuali sedikti sahaja.”
(An-Nisaa : 142)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

47
Dan bukanlah juga iman itu hanya mengetahui erti hakikatnya sahaja kerana ramai
orang yang memahami hakikat iman itu tetapi mereka masih tidak mahu beriman
dengan Allah, sebagaimana firmanNya:

“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada
hal hati mereka meyakini kebenarannya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan
orang-orang yang berbuat kebinasaan.”
(An-Naml : 14)


Maka perlulah keimanan itu dapat diterima akal sampai kepada tingkat
keyakinanyang teguh serta tidak tergoncang oleh bombang dan ragu, seperti firman
Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang ebriman
kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad
dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang
benar.”
(Al Hujurat : 15)


Di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kuat, perlu juga ianya
sejajar dengan ketundukan hati, kepatuhan kemahuan dan kerelaan menjalankan
perintah dan putusan dengan kejujuran hati. Firman Allah:


“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu
hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa
dalam hati mereka sesuatu yang keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan
mereka menerima dengan sepenuhnya.”
(An-Nisaa : 65)

Iman yang sejati akan menimbulkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta
dan jiwa, bersesuaian dengan kehendak iman dan kewajipan orang yang beriman.
Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut
nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakkal iaitu
orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki
yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darajat ketinggian di sisi
Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.”
(Al-Anfal : 2-4)

Iman juga sebagai pembeza antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang
kafir dan munafiq didalam budi pekerti dan amal, sebagai mana firman Allah SWT:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang
khusyu’dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

48
(perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna dan orang-orang yang menjaga
kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki,
maka sesungguhnya mereka dalam keadaan ini tidak tercela.”
(Al-Mu’minun 1-6)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Iman itu terbahagi kepada 60 bahagian, yang paling tingi ialah mengucap dan yang
paling rendah ialah yang membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang di
jalan.”

Di dalam hadith di atas, Rasulullah SAW telah menamakan semua amal-amal Islami
sebagai iman.

Seandainya Rasulullah SAW menuntut supaya manusia hanya mentuturkan kalimah
iman ini tanpa disusuli dengan kepatuhan menjunjung perintah nescaya manusia akan
bersegera melakukan demikian. Tetapi seerah telah membuktikan bahawa Rasulullah
SAW telah membuat persetiaan dengan golongan Muhajirin agar berkorban dengan
harta dan jiwa mereka serta berhijrah. Persaudaraan dengan golongan Ansar diikat
untuk sama-sama berjihad dijalan Allah. Syurga sebagai janji dariNya.

3.12 IMAN. MAUDHU’ & SYARATNYA

Iman itu adalah tasdiq (pembenaran) dengan hati, ikrar dengan lidah dan amal dengan
perbuatan. Apabila wujud tasdiq baru ada amal, tiada amal tanpa tasdiq. Oleh it
apakah yang terkandung dalam tasdiq itu dan apakah maudhu’nya? Tasdiq yang
diamksudkan disini merangkumi seluruh aspek. Membenarkan samada yang ghaib
ataupun yang nyata yang datangnya dari Allah dan Rasulullah. Untuk menadikan kita
berada didalam golongan orang yang beriman, kita haruskah beriktikad dan meyakini
beberapa pokok asas yang terkandung dalam kalimah:

Pokok-pokok asas itu ialah:

1. Iktikad bahawa yang menjadikan alam ini dan yang mengendalikan segala
urusannya adalah Allah SWT. Dialah Allah, tuhan yang Maha Esa, Maha
Berkuasa, hidup dan bersifat segala sifat-sifat kesempurnaan dan sunyi dari sifat-
sifat dhaif. Kita mesti yakin bahawa tiada sesuatupun bersekutu dengan Allah
SWT dalam menciptakan alam ini

2. Iktikad bahawa Allah SWT tidak menjadikan alam ini dengan tanpa tujuan. Allah
menciptakan alam ini untuk semua makhluknya agar mengabdikan diri
kepadaNya. Orang-orang kafir adalah terlaknat dan dijauhkan dari rahmatNya.

3. Iktikad bahawa Allah sahaja yang berhak menyusun dan mencipta undang-undang
hidup untuk makhlukNya kerana Dialah yang menjadikan setiap sesuatu itu.
FirmanNya:

“Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah
tuhan semesta alam.”
(Al-A’raaf : 54)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

49

Oleh kerana itu, sebarang penolakkan undang-undang Allah atau kritik-kritik
terhadap hukum-hukum Allah adalah kufur dan membatalkan iman.

4. Pengabdian diri semata-mata kepada Allah melalui ibadah-ibadah yang
disyariatkan Allah SWT. Segala permintaan doa mestilah ditujukan kepadaNya
semata-mata. Barangsiapa yang menjadikan sesuatu samada orang yang telah
mati, jin atau keramat sebagai perantaraan maka dia telah mensyirikkan Allah
sekalipun dia berniat baik.

5. Membenarkan hari kiamat, syurga, neraka dan semua perkhabaran Rasulullah
SAW yang telah lalu atau yang akan datang tanpa sebarang keraguan. Menolak
perkhabaran ini bererti membatalkan iman kerana menidakkan rukun-rukun iman.

Apakah yang terkandung dalam amal? Adakah semua perintah-perintah Allah dan
RasulNya itu wajib dipatuhi atau hanya sebahagiannya saja?

Kepatuhan dalam melakukan semua ibadah terbahagi kepada dua sudut; sudut iktiqadi
dan sudut amali. Sebagai contoh berjihad pada jalan Allah SWT.

SUDUT IKTIKADI

Wajiblah diyakini bahawa berjihad pada jalan Allah itu sebagai satu kewajipan keatas
setiap setiap muslim. Kemudian baharu berlaku perlaksanaannya apabila tiba
waktunya diwajibkan ke atas setiap individu atau jemaah sesuai dengan syarat-syarat
yang dihuraikan oleh syara’.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang mati tidak pernah berperang, atau tidak pernah berbicara dengan
dirinya untuk berperang, beliau mati sedangkan dalam dirinya terhadap sebahagian
sifat nifaq.”
(Riwayat Muslim)

Berbicara dengan diri sendiri tentang jihad adalah merupakan sudut iktiqadi, dalam
ertikata membuat persediaan yang sewajarnya. Setiap muslim wajib beriktiqad jihad
di jalan Allah itu wajib berdasarkan firman Allah SWT:

“Diwajibkan atas kamu berperang (pada jalan Allah) sekalipun kamu membenci
peperangan itu.”
(Al-Baqarah : 216)

Iktiqad yang seperti ini bukan hanya dalam masalah jihad sahaja, malah meliputi
semua amal-amal yang wajib. Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap muslim
beriktiqad bahawa amal-amal yang wajib itu telah diwajibkan oleh Allah SWT,
barulah ia melakukannya.

Menafikan sudut iktiqad ini adalah kufur. Inilah yang dinamakan oleh ulama’ dengan
“engkar”, yang mana mereka telah mengatakan: “Sesiapa yang mengingkari wajibnya
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

50
haji maka beliau telah kufur, yakni sesiapa yang tidak percaya bahwa Allah telah
mewajibkan haji keatasnya sewaktu dia mempunyai keupayaan maka dia telah kufur.”

SUDUT AMALI

Ianya adalah perlaksanaan menunaikan amal-amal yang disyariatkan. Para ulama’
telah membezakan antara meninggalkan amal kerana malas, bakhil dan uzur
(pendalihan) yang tidak diterima syarak dengan meniggalkannya kerana engkar dan
keras kepala. Golongan yang pertama, umpamanya orang yang tidak berpuasa kerana
malas, sebagai pelaku maksiat dan golongan kedua sebagai kafir.

Sebagai kesimpulan secara umum dalam hal ini, telah nyata bahawa amal itu adalah
tuntutan iman. Amal yang wajib itu mesti diiktiqadkan wajib, yang sunat itu sunat dan
yang haram itu haram. Setelah iktiqad ini baharulah dilaksanakan amal-amal. Sesiapa
yang beriktiqad yang wajib itu haram, atau yang haram itu wajib, beliau telah kufur.


3.13 RUKUN IMAN

Dari Umar Bin Khatab ra. katanya ;
“ Tatkala kami duduk disisi Rasulullah saw,tiba-tiba datang seorang lelaki yang
berpakaian sangat putih, berambut sangat hitam, tidak kelihatan padanya bekas-
bekas perjalanan jauh, dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalinya.
Orang itu terus duduk di hadapan Rasulullah saw seraya mendampingkan lututnya ke
lutut Rasulullah saw dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Nabi
Muhammad saw seraya berkata : ‘ Hai Muhammad! Terangkan kepada saya tentang
Islam ? ’ Jawab Rasulullah saw : ‘Islam itu ialah dengan mengucap dua kalimah
syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan
Ramadhan dan mengerjakan haji jika kuasa’. Jawab orang itu : ‘Benar katamu itu’.
Kata Umar, kami pun hairan betapa ia bertanya dan mengiakannya. Orang itu
bertanyakan tentang Iman. Jawab Rasulullah saw : ‘ Iman itu percaya kepada Allah
swt, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan ketentuan baik
atau buruk itu adalah keputusan Allah’. Jawab orang itu : ‘Benar katamu’. Orang itu
lalu bertanya tentang Ihsan. Jawab Rasulullah saw : ‘ Ihsan itu ialah menyembah
Allah dengan sepenuh hati seolah-olah tuan melihatNya, kerana walaupun tuan tidak
melihatNya tetapi Dia melihat tuan’. Orang itu bertanya lagi tentang kiamat. Jawab
Rasulullah : ‘ Tidakkah yang bertanya lebih tahu dari penanya sendiri’. Akhirnya
bertanya pula ia tentang tanda-tanda hari kiamat. Jawab Rasulullah saw : ‘
Tandanya apabila tuan melihat perempuan menjadi hamba kepada anak kandungnya,
berlumba-lumba membina rumah oleh kaum yang melarat’. Kata Umar, kemudian
pergilah orang itu dan setelah beberapa lama kemudian Rasulullah saw berkata
kepadaku : ‘ Tahukah kau siapa yang bertanya itu ?’. Jawabku : ‘ Hanya Allah dan
RasulNya lah yang maklum’. Kata Rasulullah saw : ‘ Bahawa penanya itu ialah
Jibrail, ia datang mengajarkan padamu tentang agamamu’ ”.

(SahihMuslim)


1. Mestilah beriman kepada Allah swt.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

51
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan
yang benar dari jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut
dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali
yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”
( Al-Baqarah : 256 )

2. Mestilah beriman kepada rasul-rasul.

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan
bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya
dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir kepad
sebahagian yang lain”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan
(tengah) diantara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang
kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu
siksaan yang menghinakan.”
( An-Nisa’ : 150-151 )

Sabda Nabi Muhammad saw ;
“Demi Tuhan yang diri Muhamad di dalam kekuasaannya tidak ada seorang pun dari
umat manusia ini samaada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan risalahKu
(Kerasulan Ku) kemudia dia mati sedangkan di Allah SWT tidak beriman kepada
(Islam) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadikan ia dari ahli neraka.
(Riwayat Muslim)

3. Mestilah beriman kepada Malaikat.

“Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya,
demikina pula orang-orang yang beriman, Semuanya beriman kepad Allah, malaikat-
malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak
membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulNya”,
dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at. (Mereka berdo’a)
“Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kami kembali”.
(Al-Baqarah : 285)

“Barangsiapa yang menjadi musuh Allah , malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya,
Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir”.
(Al-Baqarah: 98)

4. Mestilah beriman kepada Kitab.

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya
dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya, serta kitab yang Allah
turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya,
kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang
itutelah sesat sejauh-jauhnya.
(An Nisa’: 136)

Sabda Nabi Muhammad saw ;

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

52
“Dari Ibn Abbas r.a bahawa Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya
datang menghadap Rasulullah SAW, lalu mereka berkata, “Ya Rasulullah,
sesungguhnya kami beriman kepadamudan Kitab Al Quran yang diturunkan
kepadamu dan kepada Nabi Musa dan kepada Kitab Taurat dan kepada ‘Uzair dan
kami kufur terhadap yang lain dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul. Maka Rasulullah
SAW bersabda, bahkan kamu hendaklah beriman kepada Allah dan RasulNya
Muhammad dan KitabNya Al Quran dan pada tiap-tiap Kitan yang diturunkan
dahulu daripadanya.”
(Riwayat Imam Tha’labi)


5. Mestilah beriman kepada hari akhirat.

“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) “Hidup hanyalah kehidupan kita di
dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Dan seandainya kamu
melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat
peristiwa yang mengharukan). Berfirman Allah: Bukankah (kebangkitan) ini benar?”
Mereka menjawab: “Sungguh benar, demi tuhan kami”, Berfirman Allah: “Kerana
itu easakanlah azab ini, disebabkan kamu mengingkari(nya)”.
(An’am: 29. 30)

Sabda Nabi Muhammad saw ;

“Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehinga ia beriman sekurang-kurangnya
kepada empat perkara, iaitu meyakini bahawa: Tiada Tuhan yang berhak disembah
melain kan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah SAW yang diperutuskan
membawa kebenaran, percayakan mati dan percayakan kebangkitan sesudah mati
serta percayakan Qadar.”
(Riwayat Imam Tarmizi)

6. Mestilah beriman kepada Qadar.

“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”.
(Qamar : 49)

“Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan
baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang
saksi yang adil diantara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena
Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan
mengadakan baginya jalan ke luar.”
(At Thalaq : 2)

“Dan memberinya rezeki dari arah tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa
yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya
Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At Thalaq : 3)

Sabda Nabi Muhammad saw ;
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

53

“Kalaulah salah seorang dari kalangan mereka membelanjakan emas sebesar Bukit
Uhud nescaya Allah tidak menerimanya sehinggalah dia beriman kepada Qadar.”


3.2 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad,
berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua
kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum
murtad (hudud) ke atasnya.

Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan
empat perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :

1. Mengengkari sifat Rubbubiyyah

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak
mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk,
mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya
mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan.
(Az-Zukhruf : 87)


2. Mengengkari sifat Uluhiyyah

Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak
mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan
ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami
minta pertolongan.
(Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia
mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka,
nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat
dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)?
(Az-Zukhruf : 87)


3. Mengengkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya

a. Kafir Nafi
Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll
atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

54
seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan
hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah
dalam menggubal undang-undang.

b. Kafir Isbat
Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-
Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri
serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan
oleh Allah.


4. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi
dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan
hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.


3.21 LAN1UTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam
ertikata yang sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang
dikurniakan oleh Allah SWT dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia
dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah dan ada pula orang
yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan durhakanya.

Orang yang ditetapkan imannya pula, ada yang dianggap sentiasa di dalam kebaikan,
ada pula yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri. Ada orang yang
masuk syurga dengan tiada hisab, ada pula orang yang dimasukkan ke neraka kerana
dosa sehinggalah Allah melepaskannya dari neraka dengan kurniaanNya.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang
dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, di
antaranya ialah apa yang ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam
kitabnya.

“Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang
beriman selagi mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan
apa-apa yang disabda dan diberitahu…Kami tidak mengkafirkan seseorang pun di
kalangan ahli al qiblat dengan sebab melakukan dosa selagi dia tidak
menghalalkannya, dan kami tidak berkata, ‘bahawa mereka telah memberi mudharat
bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang hamba itu
tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum terhadap apa
yang diceburinya.”

Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi
Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Sebagaimana yang
dinyatakan dahulu, sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu
menjadi pintu masuk dan kuncinya. Maka orang itu dianggap keluar daripada iman
dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau iktikad yang
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

55
membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah yang memberi makna
mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah, Asma’ dan SifatNya, dan mentauhidkan
Allah pada Uluhiyyah. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu berikrar dan
mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping mengakui
segala sifat kenabian dan kerasulan.

Oleh itu, sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan
keengkarannya terhadap ikrar syahadah itu, maka syahadahnya terbatal dan keluarlah
dia daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum
murtad ke atasnya, bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah dijatuhkan
hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dan tempatnya kekal di dalam neraka
kalau dia mati di dalam keadaan begitu.

Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya sekalipun
dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan
syahadahnya, jika Allah mengkehendaki dia mengampuninya, dan dengan
kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam neraka, kemudian dimasukkannya pula
ke syurga, kerana terlalu banyak hadith-hadith yang sahih yang menyatakan bahawa
Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang ada iman di hatinya walaupun
sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia
mengampuni yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki.”
(An-Nisa’ : 116)

Oleh itu, maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada agama
Islam atau terbatal imannya ialah :

1. mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya,
2. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya
3. mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
4. mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya.

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan, di
mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama Islam
dan syahadahnya tidak sah. Wal’iyazabillah.

Bagi menjelaskannya ialah :


1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya.

Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada RubbubiyahNya
beri’tiqad bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikinya,
memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan
kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap i’tiqad, perkataan dan tindak-
tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah, seperti orang
yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada Allah swt sehingga ia
tidak berhajat kepada penciptanya, mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah
swt, menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

56
dijadikanNya, menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt, menjadi kufur
orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada Allah swt
seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.”
(An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain
daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt. Dan menjadi kafir juga orang-
orang yang ikut atau mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut.


2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya.

Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’) dan
sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau
mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah ,
maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt
apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir
Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana
sifat Allah swt seperti menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang
dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. Juga termasuk menafikan
sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan
kesempurnaan Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu bersifat ‘ilmu tetapi
‘ilmu secara ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan
sifat Allah swt dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang
mustahil bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu,
seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu,
Allah swt itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang
yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu dan
kafir juga orang yang mempercayainya.


3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja
yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan
diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa yang berkata atau
beramal atau beri’tiqad dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya, maka
kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan
manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui
tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat Allah swt, tadbirNya, rezekiNya,
Dialah yang menghidupkan dn mematikan, iaitulah apa yang dimaksudkan oleh
firman Allah yang bermaksud :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

57
“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang menciptakan
mereka?’. Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”.
(Az Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad, perkataan dan perbuatan terhadap
Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt, mengakui
hukum dan undang-undang yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah.


4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya.

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan
atau peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang
dikhabarkan oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang
masyhar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada perkara-
perkara ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana
al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt. Begitu
juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw
yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya sembahyang, puasa, zakat,
haji, halal dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh
orang-orang yang berilmu sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf
lagi setelah diberitahu.

Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :

“Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk
menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau
mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan
perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir ketika itu juga. Atau secara
ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam, atau menafikan
apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum umat
Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang
nafi bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu apabila
seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkara-
perkara yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi
gereja bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang sama, atau orang yang
membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Ismullah ke dalam najis,
atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab seperti Taurah, Injil atau Zabur
atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat al-Quran. Atau menyesatkan umat yang
tidak sesat, atau mengkafirkan sahabat, atau mengingkari Mekah, Kaabah, Masjid al
Haram, atau sifat-sifat haji, sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang haram
seperti mengharuskan sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur,
menghalalkan kezaliman ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang
mengharuskan dia beri’tikad begitu, atau mengharamkan yang halal seperti
mengharamkan jual beli dan nikah, atau mengatakan sesuatu yang tidak patut
terhadap Rasulullah saw seperti warnanya hitam, mati sebelum berjanggut, tidak
Quraisy, bukan Arab, bukan manusia, kerana berkata begitu adalah membohongi
keadaan yang sebenar.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

58

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya
seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di
Madinah atau orang lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan,
atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat,
melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar
menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti
menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt
yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka
mereka orang-orang yang kafir.”
(Al-Maidah : 44)

“...Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap
umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan menurut
hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan
banyak sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang
bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana
mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan, bukannya kitab Allah
dan sunnah Rasulullah saw.”


3.22 BAGAIMANA MENINGKATKAN IMAN

Hendaklah disedari bahawa iman itu ada pasang surutnya. Oleh itu perlu diawasi
selalu dan sentiasa mempertingkatkan keimanan melalui amalan-amalan yang telah
ditinggalkan oleh Rasulullah. Dibawah ini ada beberapa cara yang dapat dilakukan
untuk tujuan tersebut :

1. mengutamakan ibadat-ibadat fardhu dengan penuh rasa khusyu’ dan tawadhu’,
serta memahami apa yang dilakukan dan dibacakan.
2. menggemarkan amalan-amalan sunat. Amalan yang paling diutamakan ialah solat
di malam hari (qiyammullail).

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada
tuhannya dengan rasa takut dan harap.”
(As-Sajdah : 16)

3. Menyukai berzikir kepada Allah swt. Firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman berzikirlah dengan menyebut nama Allah zikir yang
sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”
(Al-Ahzab :41-42)

Banyak cara-cara untuk mengingati Allah dan yang sebaik-baiknya ialah membaca
Al-Quran, kalam Allah swt.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

59


PENUTUP

Dengan ini diharap pengertian iman yang sebenarnya sudah jelas kepada kite semua.
Kite berdoa semoga Allah swt sentiasa menggolongkan kite ke dalam golongan
orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri menyekutukannya. InsyaAllah
Rabbul ‘Alamin.


3.3 IKHLAS

Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :

“Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah
mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan,
amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan,
gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera
fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.”

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah
kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang
demikian itulah aku diperintahkan.”

Dengan itu akh muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan :

“Allah matlamat kami. Allah maha besar. bagi Allah segala pujian.”

Keterangan

Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa
dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia,
keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia,
meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain
lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “ melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan
Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan
lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira
riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”

Rukun Bagi Amalan Yang Diterima

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan
melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :
pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

60
Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua
tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw
telah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan
agama kami, maka ia adalah tertolak.”

Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-
Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat
baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya.
Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh
berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :

“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang
bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang
paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu,
jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak
akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka
ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati
kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut
sunnah.”


Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang
bermaksud :

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah
melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang
lain.”

Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak
memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan
syara’. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang
ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

Tanda-tanda Ikhlas

Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam
kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan
manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

61
1. Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah
kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan.
Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir,
jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun,
sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.

Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati
mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi
amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham
berkata :“Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”

Salim bin Hanzalah berkata :
“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas
memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin,
apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada
pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”

Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku.
Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan yang
besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.

Al Hassan berkata :
“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh
segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa
kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang
berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang
mengikutiku.”

Al-Hassan berkata :
“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh
menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar
lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu
mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”

Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang
ramai. Beliau berkata :
“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku
bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”

Ibnu Mas’ud berkata :
“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam
hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di kalangan ahli
langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”

Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :
“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya
jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika
kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

62
Janganlah difahami dari athar-athar di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi
dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin
para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah
kepada masyarakat.

Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran
terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan
jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia.

Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang
lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu
wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka
tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh
Imam Al Ghazali :
“Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang
kuat.”

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai
dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah
dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak
diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin
menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang
yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah
berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah,
mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu
termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan
Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :

“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”


At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :

“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al
Mukminin : 60) yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang
takut.”

Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri?
Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang-
orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut
kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba-
lumba menuju kepada kebaikan.”

3. Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan
yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau
lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam
perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak
dan hidup.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

63

Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu
hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam
keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?”
Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda
: ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah,
sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang
baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak
mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali.
Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang
gelap.”

4. Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-
duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh
perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi
pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih
mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam
melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak
berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan
dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt
dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda
yang bermaksud :

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah
dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas
sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di
belakang, beliau berada di belakang.”

Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima
tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang
dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa
merasa gelisah ataupun menyesal.

5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan
Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan,
cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka
adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan
dirinya dengan perkara ini. Slogannya bersama Allah swt ialah :

Semoga kamu merasai kemanisan,
sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan,
Semoga kamu menjadi redha,
sedangkan manusia marah,
Semoga ada orang memakmurkan,
di antara aku dan kamu,
sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran,
Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih,
maka semuanya menjadi mudah,
dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah
adalah tanah…
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

64

6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah,
semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau
tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari
golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang
bermaksud :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka
diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi
sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”

Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam
medan da’wah, apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan yang
menyakitkan hatinya, atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang
menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya, beliau
cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta mengasingkan
diri dari medan jihad.

Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya, tetap kekal
arah tujuannya walaupun dituduh salah, cuai dan melampau oleh orang lain. Ini
adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt, bukan kerana dirinya, keluarga atau
orang tertentu di kalangan manusia.

Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. Ia adalah da’wah
kepada semua manusia. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian
dan perbuatan-perbuatan tadi.

7. Beliau tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang
jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja
dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk
berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari
keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak
mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?”
Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa
mereka tidak bekerja.

8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam
barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham
kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan
tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah
kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada
orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam
keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat
dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.

Keperluan Ikhlas Dalam Memikul Da’wah

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

65
Sesungguhnya bekerja untuk kedaulatan Islam dan mengembalikannya untuk
memimpin kehidupan dengan aqidahnya, syariat, akhlak dan tamadunnya merupakan
ibadat dan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Mengikhlaskan niat
semata-mata kerana Allah swt dalam ibadat adalah satu perkara asasi untuk amalan
diterima dan berjaya. Niat yang bercampur-baur merosakkan amalan, mencemarkan
jiwa, melemahkan saf dan menghilangkan pahala.

Kerana rahsia inilah Imam al Bukhari memulakan kitabnya ‘ Al Jami’ As Sahih’
dengan hadith yang dianggap oleh sesetengah ulama’ sebagai satu perempat Islam
atau satu pertiga darinya yang bermaksud :

“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu
apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana Allah dan rasulnya, maka
hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang
akan didapatinya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya
adalah bergantung kepada tujuan dia berhijrah.”

Diriwayatkan bahawa sebab datangnya hadith ini adalah kerana seorang lelaki yang
berhijrah ke Madinah kerana seorang perempuan yang dicintainya yang bernama
Ummu Qais. Maka beliau digelar sebagai ‘ penghijrah Ummu Qais’.

Akh muslim mestilah memeriksa sudut-sudut hatinya terhadap hakikat niatnya dan
faktor pendorongnya. Jika ia mempunyai ruang untuk dunia dan syaitan, beliau
berusaha untuk membersihkan hatinya dari perkara tadi dan mentuluskan niatnya
kepada Allah swt. Beliau hendaklah memberi peringatan kepada dirinya dalam
keadaan membebaskan diri dari menjadi abdi kepada yang lain sebagaimana ucapan
isteri Imran (surah Ali Imran : 35) yang bermaksud :

“Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah nazarkan anak yang ada dalam
kandunganku untuk memperhambakan diri kepadaMu. Kerana itu terimalah nazar itu
daripadaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha mendengar lagi maha
mengetahui.”

Kalimah ‘muharraran’ (memperhambakan) yang disebut oleh ibu Maryam ini
menunjukkan bahawa sudah menjadi sunnah Allah, Allah tidak menerima mana-mana
amalan melainkan ianya ikhlas semata-mata keranaNya, tidak bercampur dengan yang
lain dan bebas dari setiap ubudiyh kepada yang lain.

Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin, kebaikan tidak akan tersebar,
keadilan tidak akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya
orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan duniawi
dan orang-orang yang bersifay riya’ yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-
kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh
mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Kebenaran, kebaikan dan kemuliaan
hanya akan tegak dengan orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan
prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain, bukan dipengaruhi. Mereka adalah
orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya
mengambil.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

66
Penyakit-penyakit hati yang bercampu-baur dengan ikhlas dan merosakkan niat lebih
bahaya dari penyakit tubuh badan. Ia boleh menggugurkan pahala dan menjauhkan
orang dari jalan da’wah yang betul. Ia memang wujud dalam diri kita, tetapi kita
boleh membendungnya dengan iman dan taqwa. Perkara ini memerlukan kesedaran
dari kita, sentiasa muhasabah niat dan membersihkannya dari bercampur dengan
penyakit-penyakit hati.












































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

67
4.0 PERTEMUAN EMPAT

4.1 KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

OB1EKTIF

1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.
2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan
kehidupan seharian.

4.11 PENGERTIAN AKHLAK

MENURUT BAHASA

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada
perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat
kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam
Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat
mulia.
(Al-Qalam:4)

Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud
kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia
bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk
kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang
indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat
52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan
lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan
malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa
yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan
bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan,
dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh
(terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan
siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang
mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami,
tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka
peliharalah kami daripada siksaan neraka.
(Ali-Imran:190)
MENURUT ISTILAH

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

68
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang
dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu
sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa
pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang
tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu
baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang
mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak
yang buruk.

MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga
yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak
Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca
timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu
bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan
mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa
berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap
keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara
manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi
hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan
haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

4.12 SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik
dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku
dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik
dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang
menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu?
Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

69

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang
menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan.
Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan
kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula
golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat
zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih
menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam
memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat
dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh
manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat
hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan
manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan
sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau
jahat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu
yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang
sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini
juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga
menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam
hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan
perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang
patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada
manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung
dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi
nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada
hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar,
hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak.
Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial,
ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil
kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam
dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang
dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
1. Dilakukan dengan sedar dan niat.
2. Dilakukan denganikhtiar sendiri.
3. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.


4.13 PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

70
Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak
kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan
perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang
digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau
perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.

Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos
yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah
ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang
baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan
lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran
dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu
kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian
bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut
sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah
akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku,
tatasusila dan budi pekerti.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak
sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan
tuntutan wajib bagi setiap orang.

Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina
insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan
ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya
masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-
pengaruh sifat negatif.

Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang
ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah
Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika
dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu
ini sebagai Ilmu Aqliyy.

Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah
menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:

1. Beriman kepada Allah
2. Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta
menjadikannya uswah hasanah
3. Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan
dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya
4. Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
5. Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
6. Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
7. Keadilan syara
8. Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

71
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak
bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita
merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat
penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah
seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang
penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan
mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai
denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari
sifat-sifat dan gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu
menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk.
Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam
menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan
pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku
dalam masyarakat.


4.14 AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat
pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu
contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala
sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran
sebagaimana firmanNya:

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung.
(Al-Qalam:4)

dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang
dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan
untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah
membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai
naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan
yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka
bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek
alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai
hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan
tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan
risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk
membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh
manusia.


4.15 KESYUMULAN AKHLAK ISLAM
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

72

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua
aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan
dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun
perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.

Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang
kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk
manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan
penilaian ini.

Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak
yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang
terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia
sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan
sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat
teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.

Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:

Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab:
Akhlak yang baik.
Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.


4.16 CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:

1. Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh
dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira
keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

2. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian
manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah
merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah,
sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang
tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal
kebebasan peribadi seseorang.

3. Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana,
tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga
menimbulkan bahaya dan kerosakan.

4. Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan
akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh
mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

73
5. Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah
memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan
itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan
oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara
perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima
falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.

6. Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan
realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara
kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

BAHAN RU1UKAN

1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam.
2. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?


4.2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas
yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan
kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang
mahu digelar hambaNya.

Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:

1. Ilmu pengetahuan
Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah)
dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan
akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya
ke dalam reality kehidupan sebenar.

2. Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan
Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga
bergantung kepada akhlak yang mulia.

3. Keazaman yang tinggi
Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar
menghayati sifat yang mulia.

4. Ibadah yang kuat dan ikhlas
Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan
mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.

5. Bergaul dengan orang yang baik akhlak
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

74
Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat
meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan
maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap
meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.

6. Membiasakan diri dengan kebaikan
Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa
membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.

7. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat
Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada
diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat yang
bertujuan untuk membaiki dirinya.

Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah
kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.

4.21 AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk
menyempurnakan akhlak sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam. Dengan akhlak Rasulullah memenuhi kewajipan dan
menunaikan amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jualah
baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin
rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang
berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman
untuk menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan
hadeeth yang berbunyi:

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya.
(Hadith Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah).

Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap
Allah, dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah,
akhlak berperanan untuk melengkapinya.

Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang
dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun
ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu
sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya:
Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam
Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan
sebagai strategi untuk melindungi diri dai kerosakan dan kerendahan moral. Dengan
sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam
agama.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

75
Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan
tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesame manusia. Tuntutan itu berupa
ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan
manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu
yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.

4.22 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM

Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini
adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin
tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada
dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi
perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang
yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu
lagi.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:

Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan
manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya,
mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi
tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat,
mereka ialah orang-orang yang lalai.
(Al-Araf:179).

Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia.
Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai
masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang
ekonomi, teknologi dan sebagainya.

SIFAT MAHMUDAH

1. Sabar
2. Syukur
3. Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
4. Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
5. Benar
6. Jujur
7. Pemaaf
8. Pemalu
9. Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
10. Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)

SIFAT MAZMUMAH

1. Tergesa-gesa
2. Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)
3. Dengki (hasad)
4. Takabbur (membesarkan diri)
5. Ujub (kagum dengan diri sendiri)
6. Bakhil
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

76
7. Buruk sangka
8. Tamak
9. Pemarah
10. Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )

4.23 MUSLIM TERHADAP TUHANNYA

1. Sedar dan taat akan perintah Tuhan
Menyedari dia senantiasa memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah
Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya.

2. Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah
Segera bermohon kepada Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku
cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan
keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari
syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahannya.
(Al-Araf:201)

3. Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu.
(Al-Zaariyat:56)
beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia
selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah ialah
menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam.

4.24 MUSLIM TERHADAP DIRINYA

1. Memurnikan aqidah
Pembersihan keyaqinan, kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras
dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah
bersih dari dicemari dengan segala bentuk kesyirikan, bidaah, khurafat, dan
tahyul.

2. Memiliki ilmu yang mantap
Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu
pengetahuan berkenaan kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang lain.

3. Memiliki bidang pengkhususan
Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang
menjadi pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan.
Kejayaan ilmiyyah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi
seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang mulia oleh
manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sunnguh
dan menjaga adab-adabnya.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

77
4.25 MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA

1. Berbuat baik kepada kedua-duanya
Islam mengangkat tinggi martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan
keredhaan keduanya sesudah keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun.
Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.
(An-Nisaa:30)

2. Mentaati kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam

3. Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.
(At-Tahrim:6)

4.26 MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA

1. Mencintai kerana Allah atas dasar iman, dan ikatan aqidah
Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana
kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju
keredhaan Allah.

2. Tidak membelakangi mereka
Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senag ataupun susah.

3. Memenuhi keperluan yang diperlukan
Hendaklah memenuhi keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan
mereka dari kepentingan diri sendiri.

4. Berpesan atas kebenaran dan kesabaran
Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-
larangan yang mesti ditinggalkan.

BAHAN RU1UKAN

1. Keperibadian Muslim Mohd. Ali Hashimi
2. Badan Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C)
3. Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali


SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam?
2. Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?



Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

78
5.0 PERTEMUAN LIMA


5.1 AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

1. La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) merupakan bahagian pertama
daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut
ditujukan pengabdian melainkan Allah.

2. Muhammad Rasulullah (Muhammad Utusan Allah) adalah bahagian keduanya. Ia
bermaksud, pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang
ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW.

3. Mentauhidkan Allah dengan makna makrifat yang sebenarnya hendaklah
merangkumi tiga perkara iaitu :
a. Tauhid Rububiyyah
b. Tauhid Uluhiyyah
c. Tauhid Al-Asma’ was Sifât


5.11 TAUHID RUBUBIYYAH

Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb (بر) dan dari konteks linguistik, ia
mengandungi beberapa maksud seperti berikut:

a. pemeliharaan anak atau pemeliharaan kebun. Ia menjaga dari segala kesusahan
kerana ia bertugas sebagai pemelihara, penjaga, pengasuh segala urusan yang
berhubung dengan anak atau kebun.
b. Pemimpin atau pembela umat. Apabila ia memerintah ia menjalankan
kepimpinan dan hukum; dan ia dianggap sebagai pemimpin masyarakat.
c. Majikan yang menjaga dan mengawasi rumah atau memilikinya juga
digunakan sebagai penternak atau gembala. Ia bererti ada pertaliannya dengan
fungsi raja yang memerintah, mendidik dan membela serta mengawasi. Jika
perkataan Rabb digunakan untuk Dzat Ilahi, maka hakikatnya Allah
merupakan Raja bagi segala makhluk. Ia sebagai Tuhan, sebagai Raja bagi
segala raja, yang Maha Agung dan Maha Hakim serta tidak ada yang lebih
agung dan hakim selainNya. Dia yang menjadikan alam semesta dengan
pengaturan yang rapi, pemeliharaan dan pengendalian pergerakan seluruh
alam.

Dari segi istilah syara’, Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada
mencipta alam, mengurus dan mentadbirkannya, memiliki, memelihara, menghidup,
mematikan dan seterusnya, di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan
qadar.

Tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam, kerana Allah
SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini. FirmanNya
di dalam Surah Yunus ayat 10:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

79
“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau
siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang
hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab:
Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”

Rujuk juga surah Az-Zukhruf ayat 87, Al-Ankabut ayat 61 dan 63

Keingkaran manusia kepada adanya pencipta hanya kerana kesombongan dan
ketakburan, bukan bererti fitrah manusia menolak adanya Pencipta. Kerana itu apabila
kepompong kesombongan yang mengurung fitrah itu hilang, maka tanpa disedari
manusia pada suatu waktu terpaksa menyerahkan dirinya kepada kekuasaan Allah dan
meminta tolong kepadanya. Hakikat ini menjadi ketara apabila manusia menempuh
detik-detik genting di mana segala pengharapan terputus, kecuali yang bersandar
kepada Yang Maha Esa. FirmanNya di dalam surah Luqman ayat 32:

“Apabila mereka dilamun ombak yang (besar) seperti gunung, mereka menyeru Allah
dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya. Tetapi tatkala Allah menyelamatkan
mereka sampai ke daratan, maka sebahagian mereka sahaja yang tetap menempuh
jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-
orang yang tidak setia lagi ingkar”

Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta, sudah semulajadi dibekalkan ke
dalam naluri manusia. Oleh yang demikian, perbahasan mengenai Tauhid Rububiyyah
bukanlah merupakan sasaran utama perbincangan Al-Quran. Persoalannya adalah
sama ada fitrah ini dibentuk, dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Jika dibanteras,
bermakna manusia tersebut menzalimi dirinya sendiri. Sekiranya terseleweng maka
akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini, celakalah dia di neraka nanti.

Dan seandainya naluri ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya, maka
pasti akan menatijahkan keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta,
Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian – ringkasnya pengiktirafan
uluhiyah Allah secara mutlak dan serba merangkumi.


5.12 TAUHID ULUHIYYAH

Iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah, dengan mahabbah (cinta) kepadaNya,
khauf (takut) kepadaNya, raja’ (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan
rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat
yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah. Tidak ada sekutu bagiNya,
tidak dijadikan ibadat itu kepada selainNya. Seterusnya menerima segala hukum
dengan yakin dan redha.

Perkataan Ilah lazimnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai TUHAN.
Penterjemahan itu tidaklah salah tetapi pemahaman Bahasa Melayu terhadap
perkataan Tuhan tidak merangkumi keseluruhan makna Ilah yang dikehendaki oleh
nas syara’. Selain daripada Allah, perkataan Tuhan ditujukan kepada patung-patung
berhala atau dewa-dewi Hindu dan Buddha. Orang Melayu yang beragama Islam yang
tidak menyembah patung-patung itu tadi sudah tentu menganggap bahawa mereka
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

80
sudah menyempurnakan kewajipan mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dan bebas
daripada syirik. Sedangkan pemahaman serpihan terhadap makna Ilah itu tadi akan
mendedahkan mereka kepada pelbagai syirik lain yang boleh berlaku tanpa disedari
dan di luar kefahaman.

Untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah kita perhatikan kepada penggunaan perkataan
ILAH di dalam Al-Quran:

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
ILAHnya…”
(Al-1atsiyah : 23)

Di dalam ayat ini Allah SWT telah menujukan perkatan ILAH kepada hawa nafsu.
Sudah tentu perkataan ILAH yang diertikan sebagai tuhan menurut kefahaman biasa
tidak akan dapat menggambarkan hawa nafsu sebagai tuhan. Ini membuktikan bahawa
perkataan ILAH mempunyai makna yang jauh lebih luas dari perkataan tuhan yang
biasa.

Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan
perbincangan, kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu:

1. Tuhan menurut pengertian lazim
2. Tumpuan atau matlamat pengabdian
3. Tempat perlindungan
4. Tumpuan kecintaan
5. Pemberi rezeki
6. Sumber perundangan


1. TUHAN – Menurut Kefahaman Lazim

Kalimah syahadah membawa pengertian bahawa tiada tuhan melainkan Allah, suatu
hakikat yang telah kita sedia maklumi. FirmanNya:

“Allah menyaksikan bahawsanya tidak ada ILAH melainkan DIA. Para malaikat dan
orang-orang yang berilmu (juga mengatakan demikian juga). Yang menegakkan
keadilan…”
(Ali Imran : 18)

Allah sahajalah Tuhan di langit dan di bumi, pendeknya di seluruh alam.

“…Dan Dialah ILAH di langit dan di bumi, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha
Mengetahui”
(Az-Zukhruf : 84)

Sebagai Tuhan yang tunggal, segala kekuasaan dan penciptaan secara multak adalah
hakNya sahaja.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Ajaklah mereka yang kamu anggap (mereka itu
berkuasa) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

81
langit mahupun di bumi. Dan mereka tidak mempunyai saham sedikit pun dalam
pencapaian langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang
menjadi pembantu bagiNya.”
(Sabâ : 22)

2. ILAH – Tumpuan Dan Matlamat Pengabdian

Kita mengakui bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan Allah sahajalah
tumpuan serta matlamat pengabdian kita, tidak yang lain.

Bahkan sememangnya manusia dan jin itu diciptakan oleh Allah untuk tujuan
pengabdian kepadaNya. Firman Allah:

Penyembahan dan pengabdian ini dilakukan dengan melaksanakan ibadat kepada
Allah. Sehubungan dengan itu juga, perkataan ibadat mestilah difahami menurut
pengertiannya yang sebenar agak ia tidak dipandang sempit. Pengaruh sekularisma
yang memisahkan agama daripada kehidupan mendorong masyarakat agar memahami
ibadat sebagai aturcara manusia berhubung dengan Tuhannya semata-mata tanpa ada
kaitan dengan urusan kehidupannya di dunia dan hubungannya sesama manusia.
Sedangkan kalimah syahadah menuntut supaya ibadah itu dilakukan setiap masa, di
setiap tempat, meliputi dan menyerapi setiap aspek serta ruang lingkup hidup
insaniah.

“Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah
untuk Allah, Tuhan sekalian alam”
(Al-An’am : 162)

“Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang
tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan
dengan Dia.”
(At-Taubah : 31)

Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah iaitu ialah, seluruh hidup mestilah
berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah. Tiada sebarang pengabdian atau
ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang
diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan
kepada Allah semata-mata.

3. ILAH – Tempat Perlindungan

Kepercayaan dan kefahaman tentang kuasa Allah sudah tentu akan mewarasi fikiran
bahawa tidak ada siapa yang mampu memberikan perlindungan secara mutlak selain
daripada Allah. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluk adalah
bersifat sementara dan bergantung terus kepada keizinanNya. Dia bebas mencabut
keizinan itu pada bila-bila masa dan tinggallah insan itu berpaut pada dahan yang
rapuh.

Maksud ILAH sebagai tempat perlindungan dapat dilihat dari ayat-ayat berikut
sebagai contoh:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

82
“Katakanlah : Aku berlindung dengan Rab manusia, Raja Manusia, ILAH manusia”
(An-Nas : 1-3)

“Dialah Rab timur dan barat, tiada ILAH melainkan Dia. Maka terimalah Dia
sebagai Pelindung.”
(Al-Muzammil : 9)

Natijahnya, akan timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi
manfaat atau mudharat (lihat Al-Ma’idah : 76). Ia juga akan membebaskan dari
segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah. Dengan cara ini akan
hilanglah rasa gentar untuk melaksanakan hukum hakam Allah, walaupun terpaksa
berhadapan dengan apa sahaja cabaran menurut perhitungan manusia.

Segala kemegahan dan kekuasaan kuasa-kuasa makluk itu akan menjdi fatamorgana
yang sementara, tidak ubah seperti gagah perkasanya patung wayang kulit. Apabila
selesai persembahan maka akan terhimpit-himpitlah mereka antara satu sama lain di
dalam peti yang sempit, hinggakan yang paling gagah sebentar tadi akan berada di
susunan paling bawah tertindas (lihat Al-Baqarah : 150).

4. ILAH – Tumpuan Kecintaan

Bagi mereka yang benar-benar mempersaksikan La Ilaha Illallah, maka Allah
sahajalah yang menjadi tumpuan kecintaan mereka bahkan tiada yang menyamai atau
menyaingi kecintaan tersebut. Perhatikan maksud ayat-ayat berikut:

“Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri dan kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri
kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah semua itu lebih
kamu cintai dari cinta kamu kepada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di
jalanNya? Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (durhaka).
(At-Taubah : 24)

“Dan ada di antara manusia orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan
selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun
orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya
orang yang berbuat zalim itu mengetahui tatkala mereka melihat azab…”
(Al-Baqarah : 165)

Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah hasil
kecintaan kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya dia akan merasa kemanisan
iman, iaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari segala sesuatu selain
keduanya, apabila seseorang mengasihi seseorang yang lain kerana Allah, dan
apabila dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana bencinya ia untuk
dicampakkan ke dalam api neraka”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

83
5. ILAH – Pemberi Rezeki

Kalimah Syahadah menerangkan bahawa Allah sahajalah yang memberi rezeki,
manakala makluk pula hanyalah pembawa atau penyampainya sahaja dan bukannya
sumber yang boleh menambah atau menguranginya walau sebesar zarah. Ini adalah
hakikat yang nyata, tetapi manusia selalu terlupa terutamanya apabila mereka hilang
pertimbangan ketika mengharungi pancaroba dan cabaran hidup.

“Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Apakah ada pencipta selain
Allah yang dapat memberikan rezeki dari langit dan bumi? Tiada ILAH selain Dia.
Maka di manakah akalmu?
(Al-Fatir : 3)

“Katakanlah: Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaranmu, dan
penglihatan serta menutup qalbumu? Apakah ada ILAH selain Allah yang berkuasa
mengembalikan (itu semua) kepadamu?
(Al-An’am : 46)

Menerima Allah sebagai ILAH yang satu-satunya memberikan rezeki, akan
mendatangkan kesedaran bahawa memilih jalan yang tidak diredhai Allah tidak akan
menambah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita walaupun seberat zarah. Begitu
juga, dengan mentaati perintah Allah tidak sekali-kali akan mengurangkan rezeki kita
walaupun sekecil mana pun ia. Maka betapa sia-sianya usaha dan ikhtiar yang
durhaka kepada Allah.


6. ILAH – Sumber Perundangan

ILAH juga membawa pengertian sebagai Zat yang kepadanya kita rujuk untuk
mendapatkan ketentuan baik dan buruk, untuk mendapatkan hukum dan keputusan
yang akan dipatuhi. Ia adalah aqidah yang terhasil daripada kefahaman bahawa Allah
adalah satu-satunya ILAH yang Maka Perkasa, mempunyai kekuasaan yang mutlak,
keagungan yang tidak terbanding. Kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu itu
tidak mungkin boleh dibahagi-bahagi. Ulamak bersepakat bahawa, seseorang itu
menjadi kafir jika dia beriktiqad bahawa ada hukum yang lebih baik, adil dan
praktikal berbanding dengan hukum Allah, atau ada sistem yang lebih baik atau
setanding dengan syariatNya.

“Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,
maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”
(Al-Maidah : 44)

Suatu ketika, seorang sahabat yang dahulunya beragama Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim
RA telah mendengar Nabi SAW membacakan sepotong firman Allah :

“… Mereka (Ahli Kitab) menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka
sdebagai Rab selain Allah, dan (juga mereka melakukan hal yang sama kepada) Al-
Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah ILAH yang Maha
Esa. Tiada ILAH selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”
(At-Taubah : 31)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

84

Lantas beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, bahawa kami (yakni orang Nasrani)
tidak pernah menyembah mereka!. Jawab Rasulullah SAW, “Tetapi mereka
menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang
dihalalkan oleh Allah, dan kemudian kamu patuh kepadanya. Dengan demikian itu
kamu menyembah mereka.”
(Maksud hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Jarir.)

Ketentuan untuk memutuskan halal atau haram, sah atau tidak, baik atau buruk,
adalah hak Allah semata-mata.. Segala sesuatu yang berkaitan dengan hal ini mestilah
tunduk dan patut kepada wahyu Allah.. Undang-undang yang kita iktiraf hanyalah
undang-undang Allah, atau sesuatu yang bersumber daripada undang-undang Allah,
dan pastinya tidak bertentangan dengan ketetapanNya.

“Menetapkan hukum itu adalah hak Allah.”
(Al-An’am : 57)

“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk
mereka Ad-Din yang tidak diizinkan Allah?”
(Asy-Syura :21)

Syahadah kita menuntut supaya kita menentang dan membenci segala perundangan
yang durhaka kepada Allah, dan inilah tanda keimanan. Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia
merubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu maka hendaklah
merubahnya dengan lisannya dan jika tidak mampu maka hendaklah dia
mencegahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim)

Ketaatan kita adalah kepada Allah, maka tiadalah kita terikat kepada undang-undang
dan akta-akta ciptaan manusia sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah.
FirmanNya:

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih
baik daripada (hukum) Allah, bagi orang-orang yang yakin?”
(Al-Maidah : 50)

Sifat senang dan suka kepada hukum yang selain daripada hukum Allah, adalah sifat
munafiq dan dilaknat oleh Allah. FirmanNya:

“Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada
apa yang telah diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu? Mereka hendak
berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari
taghut itu. Dan syaitan itu bertujuan mahu menyesatkan mereka (dengan) penyesatan
yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu semua
(tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul, nescaya
kamu lihat orang-orang munafiq akan menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya
daripada (mendekati) kamu”
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

85
(An-Nisa’ : 60-61)


5.13 TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT

Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil
menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di
mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala
sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan.

Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk
membuktikan keIslaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang
lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini adalah kerana
orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan
cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama Ar-
Rahman . Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah)
melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”. Lalu Allah menurunkan firmanNya:

“Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)”
(Ar-Ra’d : 30)

Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah SWT tetapi mereka ingkarkan nama
Ar-Rahman dengan maknanya yang sebenar, begitu juga dengan sifat-sifat Allah.
Bahkan mereka mengada-adakan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.


5.14 PENUTUP

Perlu dijelaskan di sini bahawa enam bahagian pengertian dan pengolahan maksud
serta implikasi perkataan ILAH diketengahkan di sini adalah dalam rangka untuk
memudahkan pengupasan tajuk dan bukannya untuk membataskan maksud-maksud
serta implikasi yang terkandung di dalam Al-Asma’ul Husna. Bahkan nama-nama dan
sifat Allah yang mulia itu adalah kesimpulan kepada semua intipati Tauhid
Rububiyyah dan Uluhiyyah itu sebenarnya.

Bertafakurlah terhadap Al-Asma’ ul Husna nescaya ia akan membukakan hati kita
kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap Uluhiyah dan Rububiyyah Allah
SWT secara multak, tanpa sekutu dan tanpa bandingan.

Di dalam persoalan fiqh, pada keadaan-keadaan tertentu, kita dibolehkan bertaqlid
kepada imam yang mujtahid. Tetapi di dalam masalah aqidah, ia tidak mungkin
berlaku sedemikian rupa bahkan setiap individu wajiblah meyakinkan diri terhadap
akidah yang dipegangnya secara ikhlas. Wallahu A’lam Bis Sawâb!


Diadaptasikan daripada:

1. Beriman Kepada Allah, Haji Abdul Hadi Awang, Terbitan dan Cetakan GG
Edar, Cetakan Pertama, 1992.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

86
2. Risalah Usrah Jilid 1 (Versi Asal Dengan Pendahuluan Oleh Haji Abdul Hadi
Awang), Abu ‘Urwah, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Pertama, 1986.


3. Al-Islam – Syahadah dan Perkara-Perkara Yang Membatalkannya, Said
Hawwa, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Kedua, 1992.












































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

87
6.0 PERTEMUAN ENAM


6.1 TAUHID ASMA. SIFAT & ZAT

Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu dengan
menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan Allah
untuk zatNya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang layak bagiNya.
Firman Allah:

ِ =ِ َ و َ نْ:ُ -َ -ْ·َ - اْ:ُ -'َ آ 'َ - َ نْوَ ;ْ=ُ -َ ~ ِ ^ِ -'َ -ْ~َ ا _ِ - َ نْوُ -ِ =ْ-ُ - َ .ْ-ِ - -ا اْوُ رَ ذَ و 'َ +ِ - ُ -ْ:ُ -ْد'َ - _َ -ْ~ُ =ْ-ا ُ ء'َ -ْ~َ Vْا .

"Hanya milik Allah asma ul-husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut
asma ul- husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran
dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap
apa yang telah mereka kerjakan".
(Al-A'raf. 7:180.)

Maksud tauhid al-asma' ) ء'-~Vا ( "Nama-nama" dan as-sifat ) ت'-~-ا ( "Sifat-sifat" ialah
beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna dan teguh kepada
semua nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang terdapat di dalam al-Kitab dan as-
Sunnah.
1
Seseorang itu sama sekali tidak boleh menamakan Tuhan kita (Allah)
kecuali dengan nama yang Dia sendiri telah menamakan atau yang telah dinamakan
oleh RasulNya sallallahu 'alaihi wa-sallam. Tauhid as-sifat (sifat-sifat) ialah tidak
mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkanNya sendiri atau telah
disifatkan oleh RasulNya sallallahu 'alaihi wa-sallam.
2


Begitu juga adalah wajib bagi setiap mukmin mengimani wujudnya zat Allah
sebagaimana mengimani nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Maha Agung dan
sempurna. Sememangnya semua sifat-sifat Allah itu terbaik dan amat sempurna.
3


Mengimani nama, sifat dan zat Allah pula hanyalah mengikut sebagaimana yang telah
ditetapkan sendiri oleh Allah di dalam kitabNya. Nama-nama dan sifat-sifat tersebut
tidak boleh ditakyif ) ~ْ-ِ -ْ-َ - ( "Dipersoalkan atau menanyakan bagaimana", tidak boleh
ditamsil ) ٌJْ-ِ -ْ-َ - ( "Dimisalkan, diserupakan atau dicontohkan", tidak boleh ditahrif
) ٌ~ْ-ِ ;ْ=َ - ( "Diubah atau ditukar maknanya", dan tidak boleh dita'til ) ٌJْ-ِ =ْ·َ - ( "Dibatalkan
atau ditiadakan makna atau maksudnya yang sebenar".
4
Atau dengan kata lain, wajib
mengakui dan menetapkan semua nama, sifat dan zat Allah Subhanahu wa-Ta'ala
yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah tanpa sedikit pun penafian,
penyimpangan, penyerupaan dan penentuan bentuk atau hakikatnya.

Semua penjelasan ini berdasarkan kepada dalil yang mengharamkan takyif, tamsil,
tahrif atau ta'til iaitu firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

1
. Lihat: -·-ﺡ:--ا ~-~·-- ;·--ا .·- _·-- د;·-ا _·- ---~·-ا ل:·--ا. Hlm. 17. Taqdim Soleh bin Fauzan al-Fauzan.
Tulisan Abdulrazzak bin Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr. Cetakan pertama. 1417H/1997M. Dar
Ibn Affan.
2
. Lihat: -·-ﺡ:--ا ^·-دا _·- -----ا ل:--ا hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-Wasabi
al-'Abdali.
3
. Lihat: _-~=-ا ^-'-~او =ا ت'-ﺹ _- _----ا --ا:--ا hlm. 7. Muhammad bin Soleh bin 'Uthaimin.
4
. Lihat: --ﺡ:--ا ^-دا _- -----ا ل:--ا hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

88

ُ ;ْ-ِ ~َ -ْ-ا ُ ¿ْ-ِ - ~-ا َ :ُ هَ و ٌءْ¸َ ~ ِ ^ِ -ْ-ِ -َ آ َ .ْ-َ - .

"Tidak ada sesuatupun (makhluk) yang serupa (setara/setanding/sekufu) dengan
Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
(As-Syura. 42:1)

Ayat ini mengandungi dua penegasan iaitu:

Pertama: Membatalkan akidah kelompok yang menyerupakan sesuatu (makhluk)
dengan Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Kedua: Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat, ini merupakan pembatalan atas
kelompok yang menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah serta yang
menyelewengkannya.

Sesungguhnya kita wajib menthabitkan (menetapkan) bagi Allah setiap nama dan sifat
yang telah tertera di dalam al-Kitab (al-Quran) dan telah diperjelas di dalam as-
Sunnah sebagaimana yang layak dengan kebesaran Tuhan kita.
5
Seterusnya
menafikan secara global semua nama dan sifat yang dinafikan oleh Allah Subhanahu
wa-Ta'ala bagi diriNya sendiri dan yang dinafikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi
wa-sallam.

Sesungguhnya beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya adalah satu dari
beberapa rukun iman terhadap Allah, iaitu beriman dengan kewujudan Allah Ta'ala,
sama ada rububiyahNya, uluhiyahNya dan seterusnya dengan zat, nama-nama dan
sifat-sifatNya.
6


Kita wajib beriman bahawa Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Dia berkata-kata
pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, dengan siapa dan apa yang Dia kehendaki.
Dia bersemayam di atas 'ArasyNya dengan persemayaman yang layak bagiNya
sebagaimana firmanNya:
7


ىَ :َ -ْ~ا ِ شْ;َ ·ْ-ا _َ -َ - ُ .َ -ْﺡ ;-َ ا

"(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arasy".
(Taha. 20:5.)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah pula memberi takrif Asma ul-Husna ialah:

"Asma ul-Husna mafhumnya ialah Asma (nama-nama) yang dengannya
(menggunakan nama tersebut) Allah diseru. Iaitu nama-nama yang telah disebut
di dalam al-Kitab dan as-Sunnah dan nama-nama tersebut menunjukkan pujian
) _-~=-ا ( ".
8



5
. Lihat: --ﺡ:--ا ^-دا _- -----ا ل:--ا hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab
bin Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali.
6
. Ibid.
7
. Ibid.
8
. Lihat: ^--'+-ﺹا ة---·-ا ح;~ Hlm. 5. Ibn Taimiyah.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

89
Menurut penjelasan para ulama akidah dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj salaf, bahawa tiap-tiap nama Allah (Asma' ul-Husna) semuanya
menunjukkan (mengandungi) sifat-sifat Allah yang sempurna yang hanya dimiliki
oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Tauhid (asma dan as-sifat) dalam penilaian agama
adalah yang tertinggi dan terpenting. Tidak mungkin seseorang dapat menyeru dan
beribadah kepada Allah dengan sempurna sehinggalah dia mengetahui (mengenali dan
berilmu tentang) nama-nama Allah dan sifat-sifatNya supaya mengibadahiNya (atau
memohon dan menyeruNya, pent.) dengan basirah ) ٌةَ ;-ِ ~َ - ( "dengan berpandukan
kepada hujjah".
9
Allah berfirman:

'َ +ِ - ُ -ْ:ُ -ْد'َ - _َ -ْ~ُ =ْ-ا ُ ء'َ -ْ~َ Vْا ِ ^ -ِ -َ و .

"Hanya milik Allah Asma-ul Husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut
Asma-ul Husna".
(Al-A'raf. 7:180. )

Di ayat ini dijelaskan dua bentuk permohonan atau seruan, iaitu:

(1) Permohonan atau seruan untuk mengatasi apapun masalah ) ^-'~--ا ء'-د ( yang
dipohonkan melalui nama-nama Allah yang husna yang sesuai dengan apa yang
menjadi masalah, seperti bermohon: "Ya Gahafur (Pengampun) ampunkanlah
dosa-dosaku, Wahai Yang Penyayang! Sayangilah aku, Wahai yang
Memelihara! Maka peliharalah aku dan sebagainya".

(2) Permohonan atau seruan (berdoa) yang berbentuk ibadah ) ةد'-·-ا ء'-د ( iaitu
mengibadahi Allah dengan penyempurnaan nama-namanya, seperti memulakan
bertaubat kepadaNya kerana meyakini hanya Dialah Penerima taubat, berzikir
dengan lisan kerana dia Maha mendengar, beribadah dengan seluruh tubuh
badan ) حرا:=-'- ( kerana Dia melihat (ibadah seseorang) dan takut kepadaNya
dengan berterang-terangan dan bersembunyi kerana Dia Latif al-Khabir.
10


Kita tidak boleh menyembah zat yang tidak kita kenal dan ketahui (majhul), tetapi
kita telah diwajibkan agar menyembah hanya kepada Allah yang kita kenal dan
ketahui melalui asma (nama-namanya) yang baik dan sifat-sifatNya yang sempurna
yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tauhid jenis ini telah
dikhabarkan dan dijelaskan oleh Allah 'Azza wa-Jalla melalui wahyu yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad salallahu alaihi wa-sallam. Tauhid inilah yang diistilahkan
sebagai tauhid az-zat, asma' dan as-sifat oleh ulama tauhid.


6.11 DALIL-DALIL TENTANG SIFAT (MUTASYABIHAH & MUHKAMAH)

Adapun ayat-ayat al-Quran yang memperkatakan tentang kaifiyahnya (bagaimananya)
sifat-sifat Allah Subahanahu wa-Ta'ala, maka ia termasuk ayat-ayat yang
mutasyabihat. Adalah mustahil seseorang itu boleh mengetahui kaifiyah
(bagaimananya) sifat-sifat Allah kerana perbincangan tentang sifat-sifat Allah

9
. Lihat: و =ا ت'-ﺹ _- ¸----ا --ا:--ا _-~=-ا ^-'-~ا hlm. 7 Muhammad bin Soleh
bin 'Uthaimin.
10
. Ibid.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

90
termasuk dalam urusan ghaibiyah dan cabang dari memperkatakan tentang zat Allah,
tidak seorang pun yang mengetahui hakikat sifat-sifat Allah kecuali Dia. Adapun
ayat-ayat yang bersangkutan dengan makna atau maksudnya ia termasuk dalam ayat
yang muhkamah.

Oleh sebab itu ayat-ayat yang memperkatakan tentang sifat-sifat Allah diperlakukan
sebagaimana halnya. Dalam masalah ini terkandung makna yang jelas (zahir) iaitu
makna yang sememangnya telah dikenal dan dimafhumi maksudnya dalam ungkapan
Bahasa Arab, ia tidak boleh dita'til ) J-=·- ( "Ditolak atau dibatalkan" kerana ta'til
samalah seperti menolak sifat-sifat tersebut. Antara contoh ayat yang dianggap
mutasyabihat ialah firman Allah:

ْ~ِ +ِ - ُ ئِ ;ْ+َ -ْ~َ - ُ =َ ا .
"Allah mengejek mereka".
(Al-Baqarah. 2:15.)

ْ~ُ +ْ-ِ - ُ =ا َ ;ِ =َ ~ .
"Allah mengejek mereka".
(At-Taubah. 9:79.)

Para ulama Salaf as-Soleh tidak menta'wil, menta'til atau memperbincangkan panjang
lebar ayat-ayat seperti ayat di atas yang memperkatakan tentang sifat Allah. Mereka
tidak bertanyakan bagaimana "Allah mengejek" dan mereka tidak pula
menyerupakanNya dengan cara makhlukNya mengejek.

Begitu juga, mereka tidaklah pula menggunakan hawa nafsu, perasaan atau
pemahaman akal fikirannya sendiri tentang ayat-ayat serupa itu, hanya mereka
menerima sebagaimana yang dimaksudkan oleh al-Quran dan mereka juga sepakat
mengatakan:

ْ~َ -'َ ﺝ 'َ -َ آ 'َ هْوُ ;ِ -َ ا .

"Mereka (para ulama Salaf as-Soleh) menerimanya (menjalankannya) sebagaimana
yang didatangkan".

Kalangan ulama Salaf as-Soleh menerima ayat-ayat mutasyabihah sebagaimana yang
dimaksudkan oleh ayat tersebut. Mereka menggunakan atau mengambil pemahaman
yang benar dan selamat tanpa ditasybih ) ٌ^ْ-ِ -ْ~َ - ( "Penyerupaan atau Diserupakan",
tidak ditakyif ) ٌ~ْ-ِ -ْ-َ - ( "Bertanya bagaimana atau Kenapa", melarikan dari mereka dari
menta'wil ) ٌJْ-ِ وْ'َ - ( "Menokok-nambah, Mengolah atau Membincangkannya" dan ayat-
ayat seumpama itu tidak dita'til ) ٌJْ-ِ =ْ·َ - ( "Dibatalkan atau Ditolak". Mereka berpegang
teguh dengan firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

ُ ;ْ-ِ ~َ -ْ-ا ُ ¿ْ-ِ - ~-ا َ :ُ هَ و ٌءْ¸َ ~ ِ ^ِ -ْ-ِ -َ آ َ .ْ-َ - .

"Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Dia dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha melihat".
(As-Syura. 42:15.)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

91
Ayat di atas ini di samping menyatakan tidak serupanya sifat dan zat Allah dengan
sifat dan zat makhlukNya, ia juga merupakan tanzih (pensucian dan pengukuhan
mengenai diriNya yang sesuai dengan keAgunganNya), kerana di ayat mulia ini
dinyatakan juga tentang sifat Allah yang "Maha Mendengar" dan "Maha Melihat".
Amat jelas di ayat ini tidak ditanyakan bagaimana sifat Allah yang "Maha
Mendengar" dan "Maha Melihat" di samping tidak disetarakan, disekufukan,
disetandingkan atau disamakan sifat Allah tersebut dengan sifat makhlukNya.

Para ulama Salaf as-Soleh menolak penta'wilan golongan Muktazilah yang
menta'wilkan sifat Allah "Maha Mendengar" dan 'Maha Melihat" kepada makna
"Ilmu", kerana ta'wil seperti ini telah menolak dan membatalkan makna dan maksud
yang hak (makna dan maksud yang sebenar), perbuatan seperti ini adalah fasad.

Golongan Muktazilah sering menta'wil ayat-ayat syara dengan menggunakan akal
fikiran atau hawa nafsu mereka. Sedangkan dalam pandangan Islam akal tetap
dimuliakan tetapi diletakkan pada tempatnya yang sesuai dan layak, tidak
meninggikan dan mensucikannya sehingga menjadi sesuatu yang dipertuhankan
(disembah), tidak juga direndahkan, dihina dan diremehkan sehingga penyandangnya
tak ubah seperti binatang.
11
Yang jelas akal manusia tidak maksum, ia serba
kekurangan dan terbatas kemampuannya, oleh kerana itu akal tidak boleh mencabuli
nas, malah pada hakikatnya akal sentiasa memerlukan bantuan nas yang didatangkan
oleh penciptanya.

Sememangnya al-Quran adalah nas dan wahyu yang datangnya dari Allah Subhanahu
wa-Ta'ala, dan akal juga dari Allah, akan tetapi akal wajib tunduk kepada al-Quran
sebagai nas, kerana akal itu makhluk yang terhad daya kemampuannya, sedangkan al-
Quran pula adalah mukjizat atau Kalam Allah yang sama sekali tidak boleh
disamakan dengan kekerdilan akal manusia.

6.12 NAS-NAS ASMA UL-HUSNA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH

Mengingkari Asma ul-Husna dan sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan di dalam al-
Quran dan hadith-hadith Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam yang sahih, merupakan
bahagian dari perkara yang membatalkan iman. Misalnya, meniadakan sifat Allah
yang sempurna seperti hidup, mendengar, melihat dan lain-lainnya. Atau menafikan
kuasaNya seperti kuasa memberi rahmat, mematikan, menghidupkan dan sifat-sifat
keAgunganNya yang tidak serupa dengan sifat makhlukNya.

Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut Asma ul-Husna (nama-nama yang baik)
dan sifat-sifat Allah ) ت'-~-او ء'-~Vا ( ialah firman Allah:

ٌ~ْ-ِ -َ ﺡ ¸ِ -َ - ُ =اَ و .
"Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun".
(Al-Baqarah. 2:263.)



11
. Lihat: Majalah al-Bayan No. 6. hlm. 38. Tajuk:
) ^-'~;-ا _-ا ;~-ا ج'ﺡو ى;~--ا J-·-ا ل'=- ( Dr. Sulaiman al'Ayad.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

92
ٌ=ْ-ِ -َ ﺡ ٍ ء_ْ-َ ~ Jُ آ _َ -َ - ْ¸ -َ ر نِ ا .
"Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu".
(Hud. 11:57.)

ُ ^ -ِ ا ٌ-ْ-ِ =َ - ٌ-ْ-ِ -َ ﺡ .
"Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".
(Hud. 11:73.)

ٌ~ْ-ِ ﺡ ر ٌفْوُ ؤَ ر ْ~ِ +ِ - ُ ^ -ِ ا .
"Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengasih lagi Maha penyayang kepada
mereka".
(At-Taubah. 9:117.)

ً ;ْ-ِ -َ - 'ً -ْ-ِ -َ - َ ن'َ آ ُ ^ -ا ا .
"Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".
(Fathir. 35:44.)

اً ;ْ-ِ -َ ﺥ 'ً -ْ-ِ =َ - َ ن'َ آ َ =ا نِ ا .
"Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui".
(Al-Ahzab. 33:34.)

'ً -ْ-ِ -َ ر ْ~ُ -ْ-َ -َ - َ ن'َ آ َ =ا نِ ا .
"Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".
(An-Nisa’. 4:1.)

ً >ْ-ِ آَ و ِ ='ِ - _َ -َ آَ و .
"Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung".
(An-Nisa’. 4:81.)

'ً -ْ-ِ ﺡ ر اً رْ:ُ -َ - َ ن'َ آ َ =ا نِ ا .
"Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(An-Nisa’. 4:23.)

اً ;ْ-ِ -َ آ ' -ِ -َ - َ ن'َ آ َ =ا نِ ا .
"Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar".
(An-Nisa'. 4:34.)

اً -ْ-ِ +َ ~ ِ ='ِ - _َ -َ آَ و .

"Cukuplah Allah yang Mengakuinya".
(An-Nisa’. 4:166.)

'ً -ْ-ِ ~َ ﺡ ِ ='ِ - _َ -َ آَ و .

"Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat perhitungan".
(Al-Ahzab. 33:39.)

ٌ~ْ-ِ = - ٌ~ْ-ِ ;َ - ْ¸ -َ ر نِ ا .

"Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa
hambaNya)".
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

93
(Hud. 11:61.)

'ً -ْ-ِ - - ٍ ءْ¸َ ~ Jُ آ _َ -َ - ُ =َ ا .

"Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".
(An-Nisa'. 4:85.)

ٌمْ:َ - َ Vَ و ٌ^َ -ِ ~ ُ -ُ -ُ ﺥْ'َ - َ V ُ مْ: -َ -ْ-ا ¸َ =ْ-ا َ :ُ ه Vِ ا َ ^َ -ِ ا7 ُ =َ ا .

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah/diibadahi) melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya)".
(Al-Baqarah. 2:255.)

ُ ه ٌ~ْ-ِ -َ - ٍ ءْ¸َ ~ Jُ -ِ - َ :ُ هَ و ُ .ِ ='َ -ْ-اَ و ُ ;ِ ه' =-اَ و ُ ;ِ ﺥَ Vْاَ و ُ ل وَ Vْا َ : .

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha
Mengetahui segala sesuatu".
(Al-Hadid. 57:5.)

ا ُ ~ِ -'َ - َ :ُ ه Vِ ا َ ^َ -ِ ا7 ْيِ - -ا ُ =ا َ :ُ ه ُ ~ْ-ِ ﺡ ;-ا ُ .َ -ْﺡ ;-ا َ :ُ ه ِ ةَ د'َ + ~-اَ و ِ ~ْ-َ ·ْ- . ُ مَ > ~-ا ُ سْو -ُ -ْ-ا ُ 4ِ -َ -ْ-ا َ :ُ ه Vِ ا َ ^َ -ِ ا7 ْيِ - -ا ُ =ا َ :ُ ه
َ نْ:ُ آِ ;ْ~ُ - ' -َ - ِ =ا َ ن'َ =ْ-ُ ~ ُ ; -َ -َ -ُ -ْ-ا ُ ر' -َ =ْ-ا ُ ;ْ-ِ ;َ ·ْ-ا ُ .ِ -ْ-َ +ُ -ْ-ا ُ .ِ -ْ:ُ -ْ-ا . ا ُ ·ِ -'َ =ْ-ا ُ =ا َ :ُ ه _َ -ْ~ُ =ْ-ا ُ ء'َ -ْ~َ Vْا ُ ^َ -ُ ر :َ ~ُ -ْ-ا ُ ئِ ر'َ -ْ- .

"Dialah Allah Yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah/diibadahi) selain Dia,
Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah/diibadahi)
selain Dia. Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Perkasa, Yang
Maha Kuasa, Yang Memiliki segala KeAgungan. Dialah Allah Yang Mencipta, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling
Baik".
(Al-Hasyr. 59:22-24.)

Dengan keterangan dari dalil-dalil di atas, amat jelas bahawa sesiapa yang
mengingkari sifat-sifat Allah dan Asma ul-Husna, maka dia adalah seorang yang
kufur terhadap al-Quran dan dianggap orang yang terkeluar dari millah Islamiyah.

6.13 SYIRIK TERHADAP ZAT. SIFAT-SIFAT & ASMA UL-HUSNA

Sesiapa yang berbuat syirik terhadap zat dan sifat-sifat Allah, ianya akan
mengakibatkan berlakunya kesyirikan dalam akidah dan ibadah. Misalnya,
sebagaimana perbuatan mereka yang meminta pertolongan (menyeru/berdoa) kepada
selain dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala, selain nama-namaNya atau sifat-sifatNya,
sebagai contoh: Meminta, menyeru atau berdoa kepada orang yang telah mati, maka
perbuatan ini nyata suatu kesyirikan terhadap Allah, kerana menurut sabda Nabi
Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam: "Doa itu adalah ibadah".
12


Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ibadah itu hanya untuk Allah subhanahu
wa-Ta'ala sahaja. Syara telah mengharamkan beribadah kepada selainNya, kerana
sekalian makhluk terutama jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk beribadah

12
. Lihat: .---'·-ا بر ت'-~- .-:---او ت'-ﺙVا ^->- hlm. 7. Ridza bin Nu'san.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

94
hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan tidak boleh menyembah yang lain.
Firman Allah:

ِ نْوُ -ُ -ْ·َ -ِ - Vِ ا َ .ْ-ِ Vْاَ و .ِ =ْ-ا ُ ~ْ-َ -َ ﺥ 'َ -َ و .

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu".
(Adz-Dzariyat. 51:56. )

َ ^َ -ِ ا َ V ُ ^ -َ ا ِ ^ْ-َ -ِ ا _ِ ﺡْ:ُ - Vِ ا ٍ لْ:ـُ ~َ ر ْ.ِ - َ 4ِ -ْ-َ - ْ.ِ - 'َ -ْ-ـَ ~ْرَ ا 'َ -َ و ِ نْوُ -ُ -ْ-'َ - 'َ -ا Vِ ا .

"Tiada Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!) melainkan
Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan, kecuali Aku,
maka oleh sebab itu sembahlah Aku".
(Al-Ambiya'. 21:25.)

Orang-orang yang berdoa, memohon atau menyeru malaikat, jin, roh-roh ghaib atau
roh orang-orang yang dianggap suci yang telah mati seperti roh para nabi, rasul, wali
atau orang-orang yang dianggap soleh, maka perbuatan seperti itu telah membawanya
kepada kesyirikan. Walaupun pada lahirnya tidak kelihatan sesuatu yang batil tetapi
hakikatnya pada iktikad (kepercayaan) si penyeru ada keyakinan yang tidak
disedarinya, iaitu mensetarakan zat atau sifat Allah dengan sifat makhluk yang
dipohoni doa atau yang diseru.


6.2 MANHA1 AQIDAH SALAF DAN KHALAF

Usul 20 Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (Usul ke-10)

“Mengenal Allah SWT. Mentauhid Dan MenyucikanNya Adalah Setinggi-Tinggi
Akidah Islam. Ayat-Ayat Sifat Dan Hadith-Hadithnya Yang Sahih Dan
Penyerupaan Yang Layak Dengannya; Kita Beriman Dengannya Sebagaimana
Ia Datang Tanpa Takwil Dan Ta’til. Kita 1angan Cuba Mendedahkan Khilaf Di
Antara Ulama’ Dalam Masalah Itu. Sudah Cukup Bagi Kita Apa Yang Telah
Cukup Bagi Rasulullah SAW Dan Sahabat-Sahabatnya”

Firman Allah SWT: Maksudnya:

"Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: kami beriman dengan semuanya
(ayat-ayat yang mutasyabihat) dari Tuhan kami.
(Ali Imran : 7)

6.21 KETERANGAN

Dalam usul ini Al Imam Asy Syahid menjelaskan kedudukan Tauhid dalam aqidah
Islam sambil menerangkan jalan tengah dalam ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya
yang sahih.

Pendapat Al Imam Asy Syahid dalam hal ini adalah benar dan bersandarkan Al Kitab
dan Sunnah. Bagi Allahlah kepujian dan pemberian.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

95

6.22 KETINGGIAN KEDUDUKAN TAUHID

Sudut-sudut pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam.
Sudut-sudut aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah.
Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan, seseorang itu mendapat
ketenangan, kemuliaan, keamanan dan kerehatan. Sebaliknya tanpa iman beliau
menjadi resah dan tiada pegangan. Allah berfirman: Maksudnya:

"Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat
keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan
tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). Mereka itulah
orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang
mendapat petunjuk .
(Al An ‘aam: 8l-82)

Kerana itulah Allah SWT memerintahkan dengan Tauhid sebelum perkara lain. Allah
berfirman: Maksudnya:

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah.”
(Muhammad: 19)

Kewajipan Muslim terhadap aqidah yang tertinggi ini merangkumi tiga perkara:

1. Makrifah dengan yakin, bukannya lintasan fikiran.
2. Tauhid yang benar tanpa ragu-ragu kepadanya.
3. Iktikad kesempurnaan Allah dari sebarang kekurangan.

Dalam hal ini Allah berfirman: Maksudnya:

"Katakanlah: Dialah AIlah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tiada
seorang pun yang setara dengannya.”
(Al lkhlas: 1-4)

"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat”.
(As Syura: 11)

Oleh kerana ruangan ni tidak mengizinkan keterangan secara terperinci, maka saya
nyatakan secara ringkas.

1. Apakah yang menghidupkan umat Islam setelah mati?
2. Apakah yang membangunkan mereka setelah tidur?
3. Apakah yang menyemarakkan mereka setelah padam?
4. Apakah yang memberikan mereka kekuatan setelah dihina?
5. Apakah yang menjadikan mereka pemimpin umat-umat setelah mereka adalah
gembala-gembala kambing?
6. Itulah iman dengan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

96

Pendirian Terhadap Sifat-sifat Allah SWT:

Setiap Muslim wajib menthabitkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Tuhannya
dan menyucikan-Nya dari sebarang kekurangan.

Di sana terdapat sifat-sifat yang di sekitarnya timbul pertikaian pendapat yang lama,
rnemecahkan hati-hati, memporak-perandakan saf-saf dan menyia-nyiakan waktu
iaitu sifat-sifat yang terdapat perbahasan di kalangan salaf dan khalaf seperti: Mata,
tangan, jari-jari, turun dan seumpamanya. sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat
dan hadis-hadith-hadith sifat.

Umat Islam telah membuat beberapa pendirian terhadapnya sejak dahulu hingga
sekarang. Al-Imam Asy-Syahid pada zamannya melihat pendirian-pendirian ini yang
menimbulkan belas kasihan. Perkara tadi telah melampaui batas dan menimbulkan
perbahasan yang panjang.

Para pembahas membuat ketetapan, setengahnya kadang-kadang mengkafirkan
setengah yang lain. Yang peliknya, para pembahas tadi tidak ada pada mereka
melainkan: Taksub dan melampaui batas kesucian.

Alangkah baiknya kalau perbahasan ini ditentukan oleh ahli ilmu, namun ia
meluaskan perbahasan untuk menyibukkan orang yang mampu mencapai dan
yang tidak mampu mencapainya.

Alangkah baiknya kalau perbahasan ini diadakan selepas selesai dari membahaskan
perkara-perkara utama yang disepakati bersama.

6.23 IMAN TANPA TAKWIL DAN TA’TIL

Imam Asy Syahid telah membuat pendirian yang bijaksana.

1. Beriman dengannya tanpa takwil dan ta’til.
2. Menjauhkan diri dari menyebut perselisihan ulama’ padanya.
3. Beriman dengan sifat-sifat tanpa takwil dan ta’til adalah mazhab salaf yang lebih
arif, bijaksana dan lebih selamat.

Tanpa takwil maksudnya tanpa memalingkan maknanya yang rajih lagi hampir
kepada yang marjuh lagi jauh tanpa kaitan yang mewajibkannya. Maka maknanya
yang dekat sudah maklum dalam fikiran.

Mazhab salaf memegang makna ini mengikut makna yang layak dengan kebesaran
Allah dan tidak memberatkan diri dengan makna-makna yang jauh dan sampingan
tanpa keperluan.

Ta’til pula bermakna menafikan madlul-madlul (maksud-maksud yang didalilkan)
lafaz yang menyifatkan Allah secara mutlak. Di sisi orang yang memegang ta’til
Allah SWT tidak bercakap, tidak mendengar, tidak melihat dan seumpamanya.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

97
6.24 MENAHAN DIRI DARI PERTELINGKAHAN ULAMA’
Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga
sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Perselisihan ini memberi kesan kepada
kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Al-Imam Asy-Syahid
datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa
perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Beliau telah meminta
agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah
mengetahuinya secara ringkas (ijmal).

Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan.
Bahkan itulah kebijaksanaan, kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’
[i]
dan manusia
berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Manusia juga tidak boleh
hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati
umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang
tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. Apa yang
dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang
terkemuka dalam hal ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:
“Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu
dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas
dan ijmak. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan
nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang
mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan
adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya

[ii]
.

Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini, kalaulah
tidak kerana takutkan meleret-leret, nescaya saya sebutkan kalamnya
[iii]
.

Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar
menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang
tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah: Maksudnya:

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat
yang mutasyabihat, semuanya itu di sisi Tuhan kami”.
(Ali Imran: 7)

Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi
ringkas kepada usul ini. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang
menunjukkan kepada sifat, beliau berkata:

Dalam masalah ini, manusia terbahagi kepada 4 golongan:

1. Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja, maka mereka pun
menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk, tangan atau tangan-
tangan seperti tangan mereka, ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

98
seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Sesetengahnya pula
menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Mereka adalah golongan Mujassamah
dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata
mereka tidak benar langsung. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan
firman Allah yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar
lagi Maha Melihat”
(Asy-Syura: 11)

“Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak
ada seorang pun yang setara denganNya.”
(Al-Ikhlas: 1-4)

2. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu
dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka, Allah tidak
bercakap, tidak mendengar dan tidak melihat. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh
berlaku melainkan dengan menggunakan anggota, sedangkan anggota wajib dinafikan
dari Allah SWT. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan
berpura-pura mensucikanNya. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian
ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka Al-Jahmiyyah.

Saya rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini,
kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap, mendengar dan
melihat tanpa anggota (pancaindera). Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah
SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua
itu. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Tinggal lagi dua pendapat
di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf
dan pendapat khalaf.


3. Pendapat Salaf Tentang Ayat-ayat Sifat Dan Hadith-hadithnya

Golongan salaf mengatakan: “ Kita beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith ini
sebagaimana ia datang (secara zahir) dan meninggalkan penjelasan maksudnya
kepada Allah SWT. Mereka mentsabitkan tangan, mata, bersemayam, ketawa,
takjub... dan lain-lain dengan makna-makna yang tidak dapat kita kesan. Kita
serahkan kepada Allah untuk meliputi makna tersebut dengan ilmuNya. Lebih-lebih
lagi kita telah ditegah daripada perkara tersebut dalam sabda Nabi SAW yang
bermaksud: “berfikirlah kamu tentang kejadian Allah. Jangan kamu berfikir tentang
zat Allah. Sesungguhnya kamu tidak dapat mencapainya.”

Al-Iraqi berkata: “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dalam kitab Al-Hilyah
dengan isnad yang dhaif dan juga oleh Al-Asbahani dalam kitab At-Targhib wa At-
Tarhib dengan isnad yang lebih sahih darinya. Begitu juga Abu Syaikh. Mereka
semua menafikan persamaan (serupa) di antara Allah dan makhluk. Lihatlah kata-kata
mereka tentang hal ini.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

99
Abu Al-Qasim Al-Lalika’ie di dalam kitab Usul As-Sunnah meriwayatkan dari
Muhammad bin Al-Hassan, Abu Hanifah RA berkata: “Seluruh fuqaha’ baik di timur
dan barat telah bersepakat tentang (wajib) beriman dengan Al-Quran dan hadith-
hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tsiqah dari Rasulullah SAW
tentang sifat Tuhan, tanpa tafsir, tanpa sifat, tanpa bandingan. Sesiapa yang
menafsirkan tentang perkara itru pada hari ini, ia telah terkeluar dari jalan Nabi SAW
dan telah memisahkan diri dari jamaah kerana mereka semua (jamaah) tidak
menyifatkan dan tidak menafsirkannya. Mereka hanya memberi fatwa dengan apa
yang ada di dalam Kitab dan Sunnah kemudian mereka diam”.

Al-Khalall menyebut di dalam kitab As-Sunnah dari Al-Hanbal menyebut hal ini
dalam kitab-kitabnya seperti kitab As-Sunnah Wal Mihnah. Al-Hanbal berkata: “ aku
bertanya Abu Abdillah tentang hadith: “sesungguhnya Allah SWT turun ke langit
dunia” dan hadith “sesungguhnya Allah melihat” dan hadith “sesungguhnya Allah
meletakkan kakinya” serta hadith-hadith yang seumpama ini?”

Maka Abu Abdillah menjawab: “kita beriman dengannya dan membenarkannya tanpa
cara dan maknanya. Kita tidak menolaknya sedikit pun. Kita tahu bahawa apa yang
diriwayatkan dari Rasulullah SAW adalah benar jika sanad-sanadnya sahih. Kita tidak
menolak firman Allah dan tidak menyifatkanNya lebih dari apa yang Dia sendiri
sifatkan dirinya tanpa had dan kesudahan. Firman Allah: Maksudnya

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya”
(Al-Ikhlas: 4)

Barmalah bin Yahya meriwayatkan sambil berkata: “ aku mendengar Malik bin Anas
berkata : sesiapa yang menyifatkan sesuatu dari zat Allah seperti, firman Allah yang
bermaksud “tangan Allah terbelenggu” lalu dia mengisyaratkan tangannya ke
tengkuknya, dan seperi firmanNya yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang Maha
Mendengar dan Maha Melihat” lalu dia mengisyaratkan kepada matanya, telinganya
atau tangannya, anggota-anggota tersebut hendaklah dipotong darinya kerana dia telah
membandingkan Allah SWT dengan dirinya. Kemudian Malik menambah lagi:
“tidaklah kamu mendengar kata-kata Al-Barra’ ketika beliau menceritakan bahawa
Nabi SAW telah mengorbankan empat ekor korban sambil Al-Barra’ mengisyaratkan
dengan tangannnya sebagaimana Nabi SAW lakukan. Al-Barra’ berkata : “tanganku
lebih pendek dari tangan Rasulullah SAW”. Al-Barra’ tidak suka (benci) untuk
menyifatkan tangan Rasulullah SAW kerana menghormatinya. Sedangkan Nabi SAW
adalah makhluk. Maka bagaimanakah boleh kita bandingkan pula Pencipta yang tidak
serupa dengan sesuatu pun?

Abu Bakar Al-Athram, Abu Amru’ At-Tolamanki dan Abu Abdillah Ibn Abi Salamah
Al-Majishun telah meriwayatkan kalam yang panjang tentang makna ini. Kemudian
disudahi dengan katanya: “apa yang disifatkan oleh Allah terhadap diriNya dan
dinamakan dari lisan RasulNya, kita namakannya sebagaimana yang Dia namakan.
Kita tidak boleh membebankan diri dengan sifat lain. Bukan itu dan bukan ini dan kita
tidak boleh mengingkari dengan apa yang disifatkanNya serta tidak membebankan
diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan”.

Ketahuilah mudah-mudahan kamu dikasihi Allah, bahawa Al-Ismah
[iv]
dalam agama
tidak selesai di tempat kamu habis dan kamu tidak melebihi apa yang telah dihadkan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

100
kepada kamu. Sesungguhnya di antara dasar agama ialah mengetahui yang makruf
dan mengingkari yang mungkar. Perkara yang kamu makrifah dan hatimu tenang
dengannya, disebut dalilnya di dalam Kitab dan Sunnah dan ilmunya diwarisi oleh
umat maka janganlah takut untuk menyebut dan menyifatkannya terhadap Tuhanmu
tentang apa-apa yang disifatkan dirinya dan janganlah membebankan diri untuk
menghadkan sifat tersebut. Perkara yang diingkari oleh dirimu dan tidak terdapat
dalam Kitab dan Sunnah yang menyebut tentang sifat Tuhanmu, maka janganlah
bebankan diri untuk mengetahuinya dengan aqal kamu dan janganlah menyifatkannya
dengan lidah kamu dan diamlah sebagaimana Tuhanmu diam tidak menyebutnya. Jika
kamu membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan oleh Tuhanmu
tentang dirinya maka samalah seperti kamu mengingkari apa yang disifatkan olehnya.
Sebagaimana kamu memandang berat apa yang diingkari oleh orang yang
mengingkari terhadap apa yang disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya. Maka begitu
juga hendaklah kamu memandang berat orang-orang yang membebankan diri
menyifatkan Tuhan dengan apa yang tidak disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya.

Demi Allah! Sesungguhnya telah menjadi mulia orang-orang Muslim yang
mengetahui perkara-perkara makruf serta dengan pengetahuan mereka, makruf itu
dikenali dan mengingkari perkara mungkar serta dengan keingkaran mereka mungkar
itu diingkari. Mereka mendengar apa yang disifatkan oleh Allah tentang dirinya di
dalam KitabNya dan apa yang sampai kepada mereka tentang perkara yang seumpama
itu dari NabiNya. Tidak sakit (rosak) hati seseorang muslim dengan menyebut sifat ini
dan menamakannya daripada Tuhan. Mukmin tidak boleh mencari sifat-sifat atau
nama yang lain dari apa yang disebut oleh Tuhan. Apa-apa yang disebut oleh
Rasulullah SAW bahawa Baginda menamakan sifat TuhanNya maka ia adalah sama
dengan apa yang dinama atau disifatkan oleh Tuhan sendiri.

Orang-orang yang mendalam ilmunya, yang berhenti sekadar ilmunya, yang
menyifatkan Tuhan dengan sifat yang disifatkan oleh Tuhannya, dan orang-orang
yang meninggalkan dari menyebut sifat yang tidak disebut oleh Tuhan tidak
mengingkari sifat yang dinamakan itu kerana ingkar dan tidak mencari-cari sifat lain
yang tidak dinamakanNya kerana kononnya perbahasan yang mendalam kerana
kebenaran ialah meninggalkan apa yang ditinggalkan dan menamakan apa yang
dinamakan. Firman Allah: Maksudnya:

“Sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. Dan mengikut
jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan
yang telah dikuasainya dan Kami masukkan ia ke dalam neraka jahannam dan
jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”.
(An-Nisa’: 115)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada kita semua hikmat dan menjadikan kita
orang-orang salih.

4. Mazhab Khalaf Tentang Ayat-ayat Dan Hadith-hadith Sifat

Tadi saya ada menyebut bahawa golongan salaf beriman dengan ayat-ayat dan
hadith-hadith sifat sebagaimana ia datang secara zahir dan meninggalkan penjelasan
maksudnya kepada Allah SWT dalam keadaan mereka beri’tiqad bahawa Allah SWT
suci dari sebarang persamaan dengan makhlukNya.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

101

Golongan khalaf pula berkata: “ Kami beriman bahawa makna-makna lafaz ayat-ayat
dan hadith-hadith ini bukanlah dikehendaki secara zahir bahkan ia adalah majaz
(kiasan) yang tidak ada halangan untuk mentakwilkannya. Mereka mula
mentakwilkan wajah dengan makna zat, tangan dengan makna kekuasaan, dan
begitulah seterusnya untuk lari persamaan dengan makhluk. Saya menyatakan diri sini
contoh kata-kata mereka:

Abul Faraj bin Al-Jauzi Al-Hanbali berkata di dalam kitabnya Menolak Syubhat
Persamaan: “Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kekallah wajah Tuhanmu”
[v]
.
Para ulama’ tafsir berkata: Kekallah Tuhan kamu. Begitu juga mereka berkata tentang
firman Allah yang bermaksud: “Mereka mahukan wajahNya” iaitu mahukanNya.

Ad-Dhahhak dan Abu Ubaidah berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Setiap
sesuatu binasa kecuali wajahNya”
[vi]
iaitu “melainkan Dia”. Beliau menyebut pada
kitabnya satu fasal yang terpeinci untuk menolak pendapat mereka yang berkata
bahawa berpegang kepada zahir ayat dan hadith adalah mazhab salaf. Kesimpulan
dari kata-katanya ialah berpegang dengan zahir adalah tajsim
[vii]
dan tasybih
[viii]

kerana zahir lafaz ialah apa yang diistilahkan kepadanya tangan tiada makna sebenar
yang lain kecuali anggota dan begitulah seterusnya”.

Beliau juga berpendapat bahawa menamakan ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut
sebagai ayat-ayat dan hadith-hadith sifat adalah nama yang direka-reka dan tidak
terdapat di dalam Kitab dan Sunnah dan bukan hakikat. Ia tidak lain kecuali
tambahan. Beliau telah berdalil terhadap kata-katanya dengan dalil-dalil yang banyak
yang tidak ada ruang untuk saya menyebutnya di sini.

Fakhruddin Ar-Razi berkata di dalam kitabnya Asas At-Taqdis: “Ketahuilah bahawa
nas-nas Al-Quran tidak boleh dipegang secara zahir kerana beberapa perkara:

1. Zahir firman Allah maksudnya: “Dan supaya kamu diasuh di atas mataKu
[ix]

bermaksud Nabi Musa AS berada di atas mata itu secara bersentuh (melekat) dan
lebih tinggi dari mata itu. Perkara ini tidak boleh diterima oleh orang-orang yang
beraqal.

2. Firman Allah maksudnya: “Buatlah kapal itu dengan mata-mata Kami
[x]
” bererti
alat-alat untuk membuat kapal tersebut ialah mata itu sendiri.

3. Bertsabitkan beberapa biji mata (mata-mata) pada satu muka adalah amat jelek.
Maka tampaklah kemestian menuju kepada takwil iaitu dengan kita tanggungkan
lafaz-lafaz ini dengan makna sangat mengambil berat dan menjaga (mengawal)”.

Imam Al-Ghazali menyatakan pada juzuk pertama dari kitab Ihya’ Ulumiddin ketika
membicarakan tentang nisbah ilmu zahir kepada ilmu batin dan bahagian-bahagian
yang terdapat padanya zahir dan batin serta takwil dan tidak takwil:

“... Bahagian ketiga: Sesuatu perkara itu kalau disebut secara soreh (nyata) akan
difahami tanpa terjadi apa-apa mudarat. Tetapi ia dikinayahkan
[xi]
secara isti’arah
[xii]

dan ramz
[xiii]
supaya lebih memberi kesan kepada hati pendengar. Di antaranya sabda
Nabi SAW yang bermaksud :
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

102

“Sesungguhnya masjid mengecut dari kahak sebagaimana mengecutnya kulit di atas
api”
[xiv]


Maknanya ialah: Roh masjid dalam keadaan ia dimuliakan dan membuang kahak di
dalamnya adalah menghinanya. Kamu dapat lihat bahawa kawasan masjid tidak
menegcut kerana kahak. Begitu juga dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“tidaklah orang-orang mengangkat kepalanya sebelum imam takut kalau Allah
menukarkan kepalanya menjadi kepala kaldai
[xv]


Perkara itu dari segi gambarannya tidak berlaku sama sekali. Namun dari segi makna
memang ada kerana kepala kaldai tidak berlaku secara hakikat rupa bentuknya,
bahkan secara khusus iaitu dungu dan bodoh. Jadi sesiapa yang mengangkat
kepalanya sebelum imam, maka kepalanya sudah menjadi kepala himar dari segi
makna dungu dan bodoh iaitu secara maksudnya, bukan rupa bentuk.

Rahsia ini diketahui bahawa ia adalah bukan zahir, sama ada dengan dalil aqli atau
syar’i. Dari segi aqalnya, menanggung secara zahir tidak boleh seperti sabda Nabi
SAW maksudnya: Hati orang mukmin berada di antara dua jari dari jari-jari Tuhan
yang Pemurah.” Kerana kalau kita periksa hati orang yang mukmin, kita tidak
bertemu dengan sebarang jari. Maka ketahuilah bahawa ia adalah kinayah bagi
kekuasaan kerana ia lebih difahami tentang kesempurnaan kekuasaan Tuhan.”

Kami juga menyebutkan huraian ini pada tempat lain dalam perbahasan ini dan apa
yang kami sebutkan ini sudah memadai. Dengan itu jelas kepada saudara tentang jalan
salaf dan khalaf. Dua jalan ini menjadi tempat khilaf yang hebat di kalangan ulama’
ilmu kalam yang terdiri dari pemimpin-pemimpin muslimin. Masing-masing
golongan memperkuatkan mazhabnya dengan hujah-hujah dan dalil-dalil. Kalau
saudara kaji perkara ini, nescaya saudara akan dapati bahawa jarak khilaf di antara
dua golongan tersebut tidak akan menjadi khilaf yang hebat kalau kedua-dua belah
pihak meninggalkan sikap melampau dan berlebih-lebih. Juga perbahasan dalam
perkara-perkara seumpama ini sekali pun panjang, tidak akan membawa kepada garis
penamat melainkan natijah yang satu iaitu menyerahkannya kepada Allah. Kita akan
terangkan kepada saudara tentang perkara ini Insya Allah.

6.25 DI ANTARA SALAF DAN KHALAF
Saudara telah tahu bahawa mazhab salaf dalam ayat-ayat dan hadith-hadith sifat ialah
berpegang kepada apa yang zahir tanpa menafsir atau mentakwilkannya. Mazhab
khalaf pula mentakwilkannya mengikut makna yang sesuai dengan kesucian Allah
SWT yang tidak ada bandingan di kalangan makhlukNya.

Saudara juga mengetahui tentang khilaf yang hebat berlaku di antara dua pendapat ini
sehingga membawa kepada kata-mengata dengan gelaran asabiyyah. Keterangan
lanjut bolehlah dilihat dari perkara-perkara berikut:

1. Kedua-dua golongan bersepakat bahawa Allah Maha Suci dari sebarang
persamaan dengan makhluk.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

103
2. Kedua-dua belah pihak memutuskan bahawa yang dikehendaki dengan lafaz nas-
nas pada zat Allah Taala bukannya zahir sebagaimana yang diistilahkan kepada
makhluk. Ini bermakna kedua-dua berpakat di dalam masalah tasybih
(perbandingan).

3. Kedua-dua pihak mengetahui bahawa lafaz itu diistilahkan untuk menerangkan
apa yang ada dalam jiwa atau yang berlaku di bawah pancaindera yang
bergantung kepada ahli-ahli bahawa dan pencipta istilahnya. Sesungguhnya
bahasa sekali pun luas tidak dapat meliputi perkara yang ahli-ahlinya tidak
mengetahuinya dengan hakikat sebenarnya. Hakikat yang berhubung dengan zat
Allah termasuk di dalam perkara ini. Bahasa lebih dekat pada mendatangkan
lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada hakikat-hakikat. Menentukan makna bagi
lafaz-lafaz ini secara khas adalah satu penipuan.

Apabila perkara ini telah diakui, ertinya salaf dan khalaf telah bersepakat tentang asal
takwil dan titik khilaf di antara kedua belah pihak hanya terbatas kepada: Pihak khalaf
menambah penentuan makna yang dikehendaki dari lafaz twersebut kerana kemestian
menyucikan Tuhan, lebih membawa ke arah penakwilan untuk menjaga aqidah orang
awam dari syubhat tasybih (membandingkan Allah dengan sesuatu). Maka sebenarnya
ia adalah satu khilaf yang tidak perlu dibesar-besarkan atau dibuat perbalahan.

6.26 TAR1IH MAZHAB SALAF
Kita meyakini bahawa pendapat salaf iaitu diam dan menyerahkan makna itu kepada
Allah SWT adalah lebih selamat dan lebih utama diikuti bagi menghapuskan takwil
dan ta’til. Jika sekiranya saudara terdiri dari orang-orang yang diberi kebahagian oleh
Allah dengan ketenteraman iman dan dilimpahi dadanya dengan kesejukan maka
janganlah cari ganti yang lain. Di sudut ini kami yakin bahawa takwil-takwil khalaf
tidak boleh dihukumkan ke atas mereka dengan kufur dan fasiq. Pertelingkahan yang
panjang di antara mereka dulu dan sekarang adalah tidak perlu kerana ‘dada Islam’
lebih lapang dari itu. Sesungguhnya setengah manusia yang berpegang kuat dengan
pendapat salaf pernah beralih kepada takwil di beberapa tempat. Beliau ialah Imam
Ahmad bin Hanbal. Di antara takwil-takwil tersebut ialah pena’wilan beliau di dalam
hadith yang bermaksud: “Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi.”
[xvi]
dan
hadith yang bermaksud: “Hati Mukmin itu berada di antara kedua jari dari jari-jari
Tuhan Yang Pemurah”
[xvii]
. Serta hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dapati
bahawa diri Tuhan Yang Pemurah dari sebelah kanan.”
[xviii]
.

Sesungguhnya saya dapati pada Imam Nawawi, sesuatu yang boleh mendekatkan
jurang khilaf di antara dua pendapat tadi yang tidak meninggalkan peluang untuk
berselisih dan bertengkar. Lebih-lebih lagi salaf sendiri mengaitkan keharusan takwil
dari segi akal dan syara’ dengan tidak bertentangan dengan mana-mana usul agama.
Ar-Razi di dalam kitabnya Asas At-Taqdis berkata: “Kemudian jika kita haruskan
takwil bermakna kita bekerja sukarela dengan menyebut takwil-takwil tadi secara
tafsil (terpeinci). Jika kita tidak benarkan pula bermakna kita menyerahkan ilmu
tentangnya kepada Allah Taala. Ini adalah kanun am yang dirujuk kepadanya semua
perkara mutasyabihat (kesamaran). Bagi Allahlah segala taufiq.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

104
6.27 RUMUSAN KA1IAN INI
Salaf dan khalaf bersepakat bahawa yang dikehendaki bukan zhir yang dikenali di
kalangan manusia iaitu takwil pada keseluruhannya. Mereka juga bersepakat bahawa
setiap takwil yang bertentangan dengan usul syariah tidak harus.

Jadi, khilaf ini hanya terbatas pada takwil lafaz dengan yang harus pada syara’. Ia
adalah perkara mudah sebagaimana yang saudara nampak dan adalah yang dipegangi
oleh sebahagian salaf. Namun perkara paling penting yang mesti disalurkan tumpuan
Muslimin sekarang ialah menyatukan saf, menyatukan kalimah sedaya mungkin.
Cukuplah kita dengan Allah, Dialah sebaik-baik wakil
[xix]
.

Semoga dalam rumusan yang baik ini menjadi peringatan kepada orang yang
mempunyai hati atau pendengaran dalam keadaan dia menyaksikan.

Artikel ini adalah petikan buku Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim
(Nadzarat fi Risalah At-Ta’lim) oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib. terbitan
Pusta Media Budi. muka surat 108 – 125.

RU1UKAN

i. Setiap kedudukan mempunyai cara percakapan yang sesuai untuknya.
ii. Al-Fatawa: 12/237
iii. Al-Fatawa: 3/343, 5/266
iv. Pemeliharaan dari kesalahan dan dosa.
v. Ar-Rahman: 37
vi. Al-An’aam: 52
vii. Mengatakan Allah berjisim
viii. Mengatakan Allah ada bandingan.
ix. Taha: 39
x. Hud: 37
xi. Disebut secara kiasan.
xii. Mendakwa makna sebenar kepada sesuatu kerana melebih-lebihkan dalam
perbandingan seperti: “saya bertemu singa”. Sedangkan yang dimaksudkan ialah
lelaki yang berani dan garang. Sila rujuk ilmu Balaghah.
xiii. Tanda atau isyarat.
xiv. Az-Zubaidi berkata di dalam Syarah Al-Ihya’ : berkata Al-Iraqi : Hadith ini
tidak ada asal di dalam Hadith marfu’ bahkan ia adalah kata-kata Abu Hurairah yang
diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya. Aku (Az-Zubaidi), menyatakan
bahawa Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq secara mauquf dari Abu
Hurairah. Di dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW
melihat kahak di dalam masjid di arah kiblat seraya berkata: “mengapakah salah
seorang daripada kamu mengadap Tuhannya lalu dia meludah di hadapannya?
Adakah dia suka kalau ada orang mengadapnya lalu orang itu meludah mukanya?”
xv. Fathul Bari : 2/214 no. 691
xvi. Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwiyatkan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari
hadith Abdullah bin Umar
xvii. Diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Abdullah bin Umar RA.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

105
xviii. Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dari Hadith Abu Hurairah
di dalam Hadith yang menyebut dengan maksud: “Aku dapati diri Tuhan kamu adalah
dari sebelah kanan”. Rijalnya adalah thiqah.
xix. Majmu’ Rasa’il – Aqidah : 324














































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

106
7.0 PERTEMUAN TU1UH


7.1 PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN
SYAHADAH

Orang Islam yang melafazkan dua kalimah syahadat mestilah menjaga dan berlakunya
perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya kerana orang yang bersyahadat
adalah seperti orang yang berwudu'. Selagi ia tidak melakukan perkara-perkara
membatalkan wudu' nya maka selama itulah ia berada dalam keadaan suci,
demikianlah orang yang bersyahadat; selagi tidak berlaku perkara-perkara yang
membatalkan syahadatnya maka selama itulah ia dalam keadaan mukmin. Antara
perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat adalah seperti berikut:


1. Tidak Mahu Mengakui Bahawa Segala Rezeki Adalah Datang Dari Allah

Orang yang sengaja tidak mahu mengakui bahawa rezeki yang diterima itu datang
dari Allah adalah bertentangan dengan kalimah syahadat yang diucapnya (la illah ha
illah) kerana orang yang melafazkan kalimah itu dengan sendirinya mengakui Allah
(Allah sebagai pentadbir dan memberi rezeki).

Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa ramai dan kalangan manusia yang kufur
yang kedua itu, Firman AllahYang bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu untuk menentu
bilangannya. Sesungguhnya manusia sangat suka meng-ingkarinya lagi tidak
menghargai nikmat Allah."
(Surah Ibrahim. ayat: 36)
dan firman AllahYang bermaksud:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan
kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan telah melimpah kepada
kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan nikmatnya yang batin dalam pada itu ada
antara manusia orang yang membantah dalam perkara yang berhubung dengan Allah
dengan tidak berdasarkan kepada pengetahuan atau sebarang petunjuk."
(Surah Lokman. ayat: 20)

2. Bertawakal dan Menyerah Diri Kepada Yang Lain Dari Allah

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah, jika kamu benar orang
yang beriman.”
(Surah al-Maidah. ayat : 23)

Bertawakal kepada Allah bukan bererti meninggalkan sebarang usaha tetapi yang
dimaksudkan ialah bertawakal kepada Allah ialah menyerah diri kepada Allah setelah
berusaha dan berikhtiar. Allah menyuruh kita berusaha bercucuk tanam tetapi tidak
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

107
seharusnya kita menaruh kepercayaan sepenuh kepada tanaman yang kita usahai itu
tetapi kepercayaan sepenuhnya ialah kepada Allah yang memberi rezeki.


3. Beramal Bukan Untuk Allah

Segala pekerjaan yang dilakukan oleh manusia sama ada ia berupa duniawi atau
akhirwi adalah untuk dinilai oleh Allah, dan amal ibadat itu tidak tertentu pada solat,
puasa, zakat, haji malah setiap amalan yang dilakukan kerana Allah adalah ibadat,

Firman Allah: Yang bermaksud:

"Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam dan
tidak sekutu baginya."
(Surah al-An'am. ayat : 162-163)

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa apa bentuk pekerjaan yang dilakukan
kerana Allah serta tidak berjangkit dengan ajaran Islam adalah dikira sebagai ibadat
maka akan terkeluar dan erti ibadat ialah apa bentuk pekerjaan yang bukan khasatkah
kerana Allah walaupun ia berupa ibadat seperti:

a) Berkhidmat untuk negara (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk
negara)

b) Berkhidmat untuk masyarakat (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk
masyarakat)

c) Ilmu untuk ilmu (yang betulnya ilmu untuk diamal dan amal untuk Allah).

Dan seterusnya apa jua amalan pekerjaan yang memalingkan manusia dan berhadap
kepada Allah adalah syirik.


4. Memberi Kuasa Kepada Selain Allah

Untuk menetapkan sesuatu hukum sama ada halal atau haram atau memberi kuasa
hakim kepada selain Allah sedangkan ia adalah kepunyaan Allah,

Firman Allah Yang bermaksud:
"Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan mencipta dan urusan pemerintahan."
(Surah al-A'raf. ayat : 54)
dan firmannya: Yang bermaksud:
"Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum ia menerangkan kebenaran dan Dialah
sebaik-baik yang memberi keputusan."

Firman AllahYang bermaksud:
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik
selain dari Allah."
(Surah at-Taubah. ayat : 31)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

108

Termasuk juga dibawah pengertian memberi kuasa menentukan sesuatu hukum ialah
melalui dasar demokrasi berparlimen atau apa jua peraturan-peraturan untuk
menentukan sesuatu hukum halal atau haram tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil dan
al-Quran dan Hadith.

Umat Islam di arah supaya mengikuti hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Rasulnya.

Firman Allah Yang bermaksud:

"Pada kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Mohammad) dan utuskan engkau
menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama maka turutlah
jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui."
(Surah al-1atsiyah. ayat 18)


5. Memberi Ketaatan Kepada Selain Allah Tanpa Keizinannya

Kerana perkataan " la illah ha illah " memberi erti: tiada tuhan yang di taati melainkan
Allah. Ketaatan yang dizinkan oleh Allah ialah mentaati Rasulnya.Firman Allah

Yang bermaksud:
"Sesiapa yang taat kepada Rasulallah maka sesungguhnya ia telah taat kepada
Allah."
(Surah An-Nisa. ayat 80)

Dan mentaati pemerintah, Firman Allah: Yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALlah dan taatlah kamu kepada
RasullAllah dan juga kepada ullul amri (pemimpin)."
(Surah An-Nisa. ayat 59)

Walau bagaimanapun, mentaati pemimpin di syaratkan ia terlebih dahulu mentaati
Allah, menyerahkan segala urusan kepada Allah dan Rasulnya dan ketaatan
kepadanya adalah di dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syara'. Adapun
perkara-perkara yang dilarang oleh syara’ maka tidak harus di taati seperti tersebut di
dalam hadith, baginda bersabda Yang bermaksud:

"Tidak harus mentaati makhluk dalam melakukan kemaksiatan terhadap Alkhalid
(Allah)."
(Riwayat Ahmad)
Firman AllahYang bermaksud:

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi nescaya mereka
akan menyesatkan mu dari jalan Allah."
(Surah al-An'am. ayat 116)
Dan firmanYang bermaksud:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

109
"Dan janganlah mentaati perintah-perintah orang yang melampaui batas-batas iaitu
orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat."
(Surah al-Syu'ara. ayat : 151)


6. Berhukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah dan Rasulnya

Antara perkara yang membatalkan syahadat ialah berhukum dengan hukum yang lain
dari hukum Allah dalam perkara yang telah di naskan oleh Allah di dalam Al-Quran
dan Sunnah Rasulnya,

Firman AllahYang bermaksud:
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
(kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir."
(Surah al-Maidah. ayat : 44)
Dan firmanYang bermaksud:

"Maka demi tuhanmu (wahai Mohammad) mereka tidak disifatkan sebagai beriman
sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang
timbul di antara mereka kemudian pula yang merasa di dalam hati mereka satu
keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima hukuman itu
dengan sepenuhnya."
(Surah an-Nisa. ayat : 60)
Dan FirmannyaYang bermaksud:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, marilah berhakim kepada hukum Al-Quran
yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum RasulAllah nescaya engkau lihat
orang munafik itu berpaling serta menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh
daripada menghampiri mu."
(Surah An-Nisa. ayat : 60)

Dan firmannyaYang bermaksud:

"Dan apabila diajak mereka kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulnya supaya
menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka maka dengan serta merta
sepuak dari mereka yang berpaling engkar."
(Surah An-Nur. ayat 47)


7. Janji Kepada Islam atau Sebahagian Dari Ajarannya

Firman AllahYang bermaksud:

"Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah mensia-siakan
amalan mereka kerana sesungguhanya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan
oleh Allah mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syara' yang diterangkan di
dalam al-Quran."
(Surah Mohammad. ayat 8-9)


Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

110
8. Mengutamakan Kepentingan Dunia dan Kepentingan Akhirat

Firman AllahYang bermaksud:

"Dan kecelakaan besarlah bagi orang yang kafir ingkar terhadap al-Quran dan azab
yang amat berat yang akan menimpa mereka di akhirat kelak iaitulah orang yang
mengutamakan dunia lebih dan akhirat."
(Surah Ibrahim. ayat : 2)
Firman Allah Yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Mohammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu dan
saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan kaum keluarga kamu dan harta
benda yang kamu usahakan dari perniagaan yang kamu bimbing merosot dan rumah-
rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu menjadi perkara yang
kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk
agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab siksanya dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik."
(Surah At-Taubah. ayat 27)



9. Mempersendakan Kita-Kitab Suci Al-Quran dan Sunnah Rasulnya

Firman Allah: Yang bermaksud:

"Patutkah nama Allah dan ayatnya serta Rasul-Nya kami memperolok-olokan dan
mengejek-ngejeknya"

Perbuatan mempersenda-sendakan ayat al-Quran atau syiar-syiarnya boleh
membatalkan syahadat.


10. Menghalalkan Sesuatu Yang Diharamkan Oleh Allah atau sebaliknya

Firman Allah Yang bermaksud:
"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang yang tidak beriman kepada
ayat Allah dan mereka ialah orang yang bertabiat berdusta."
(Surah an-Ha. ayat: 105)

dan firmannya Yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh Iidah kamu,
ini halal dan ini haram untuk membuat kata-kata yang dusta berhadap Allah,
sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."
(Surah an-Ha. ayat: 117)


11. Tidak Beriman Dengan Nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang sabit daripada
Rasulullah s.a.w.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

111

Firman Allah Taala

Yang bermaksud:
"Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian dari isi kitab tuhan dan
mengikari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat
demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada
hari khiamat akan di tolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat."
(Surah al-Baqarah. ayat : 85)


12. Berkasih Mesra Dengan Orang Kafir dan Munafik dan Di Samping Bermusuh
Sesama Orang Beriman

Firman Allah Yang bermaksud:
" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani sebagai teman rapat; kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada
setengah yang lain dan sesiapa yang menjadikan mereka teman rapatnya di antara
kamu maka sesungguhnya ia adalah dan gulongan mereka, sesungguhnya Allah tidak
memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."
(Surah al-Maidah. ayat : 51)
dan firmannya

Yang bermaksud:

"Sampaikan khabar berita baik kepada orang-orang munafik : bahawa sesungguhnya
disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya iaitu orang yang
mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang
beriman."
(Surah an-Nisa. ayat : 138)
dan firmannya

Yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang
menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan dan orang yang telah
diberikan kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong
dan bertakwalah kamu kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Surah al-Maidah. ayat : 57)


13. Tidak Bersopan Terhadap Rasulallah s.a.w.

Firmannya Yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu
melebihi suara cakapan Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa
menghadapkan suara kepadanya. Sebagaimana setengah kami menyaringkan
suaranya semasa menghadapkan cakap kepada setengahnya yang lain (larangan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

112
demikian supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak
menyedarinya."
(Surah al- Hujurat. ayat : 2)
dan Firman Allah Yang bermaksud:

"Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan, manusia
dan jin. Sebahagian dari mereka membisikan kepada sebahagian yang lain dengan
kata-kata dusta yang indah-indah susunan untuk memperdaya (pendengarnya) dan
jika tuhanmu menghendaki tentulah mereka tidak melakukan, oleh itu biarkanlah
mereka dan apa yang mereka adakan (dan perbuatan yang kufur dan dusta itu)."
(Surah al-An'am. ayat : 112)


14. Hati Merasai Jemu dan Benci Bila Diperkatakan: Allah Yang Maha Esa Alam
Adalah Sebagai Bukti Keesaan Allah.

Firman Allah Yang bermaksud:
"Dan (antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik) apabila disebut nama
Allah semata-mata (di dalam doa atau sebagainya) geli gemanlah serta liar hati
mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang
mereka sembah dan puja selain dari Allah mereka dengan serta merta riang dan
gembira."
(Surah az-Zumar. ayat : 45)


15. Mendakwa Bahawa Al-Quran Mempunyai Makna Yang Batin Menyalahi Makna
Yang Zahir dan Mendakwa Bahawa Setengah Manusia Memahami Makna Yang
Batin Melalui ILham

Firman Allah Yang bermakna:

"Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan
bahasa Arab supaya kami (menggunakan) akal kamu memahaminya."
(Surah Yusuf. ayat : 2)

Firman Allah

Yang bermaksud:

"Dan demikian kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan
demi sesungguhnya jika engkau wahai Mohammad menurut kehendak nafsu mereka
sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan tentang kebenaran maka tiadalah
engkau beroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi
perlindungan kepada mu dari perkara-perkara yang tidak diingini."
(Surah ar-Ra'ad. ayat : 37)


16. Tidak Mempunyai Ma'rifat Tentang Allah Akan Ma'rifat Yang Sebenar Dengan
Mengingkari Sebahagian Dan Sifat-SifatNya
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

113

Firman Allah Yang bermaksud:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik yang mulia oleh itu maka serukanlah
dan berdoalah kepadanya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang
yang berpaling dari kebenaran dalam menggunakan nama-namanya mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."
(Surah al-A'raf. ayat : 18)
dan firmanya

Yang bermaksud:

"Katakanlah wahai Mohammad serulah nama Allah atau nama Ar Rahman yang mana
sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu kerana Allah mempunyai nama-nama
yang baik serta mulia."
(Surah Tha Ha. ayat: 8)


17. Mempercayai Bahawa Kuasa-kuasa Selain Allah Boleh Memberi Kesan
Kemudaratan atau Kemanfaatan seperti:

1. Kekuatan api boleh membakarkan dengan sendirinya

2. Kekuatan nasi boleh mengenyangkan dengan sendirinya

3. Iblis dan jin boleh mendatangkan kemudaratan dengan sendirinya

4. Kalau tidak kerana doktor itu, maka saya akan jadi begini atau begitu

5. Kalau tidak kerana ubat itu maka saya sudah mati dan lain-lain lagi.




















Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

114
8.0 PERTEMUAN LAPAN

8.1 PENGERTIAN KUFUR

Kufur ialah sifat ingkar kepada apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya
beriman kepadaNya seelah ditegakkan hujjah0hujjah, disampaikan kebenaran itu dan
dinyatakan kepada mereka yang melakukan amalan-amalan yang diangap ingkar
menurut Nas-nasnya. Keingkaran itu berlaku dengan hati seperti difirmankan oleh
Allah s.w.t.

Maksudnya:

Di antara manusia ada orang yang berkata, “Kami beriman kepada Aallah dan Hari
Akhirat”, padahal mereka tidak beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-
orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri sedangkan
mereka tidak sedar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah
penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

(Surah Al Baqarah: Ayat 8-10)

Allah s.w.t memberi hukum putus kepada mereka yang mengaku beriman dengan
lidahnya, sedangkan hatinya tidak beri’tiqad begitu adalah kafir, sesiapa yang ingkar
dengan hatinya dengan apa yang diwajibkan oleh Allah s.w.t supaya beriman
dengannya adalah pendusta di atas ikrarnya bahawa dia beriman dan Allah s.w.t
memberi amaran dengan azab yang pedih dan juga menafikan imannya.

Adapun mereka yang ingkar dengan hatinya maka hukumnya adalah terserah kepada
Allah s.w.t kerana kita tidak mengetahui apa yang tersirat di hatinya di mana kita
hanyalah mengetahui apa yang lahir sahaja. Kepada orang-orang yang ingkar dengan
hati, sesunguhnya dia mengetahui siapa dirinya maka terserahlah kepadanya, dan
sesungguhnya Allah s.w.t itu mengetahui segala-galanya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan sesungguhnya kami telah mencipta manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan
oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Qaaf: Ayat 16)

Baragsiapa yang kafir kepada Allah selepas daripada beriman, kecuali orang yang
dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dengan iman.
(An Nahl: Ayat 106)

Ayat ini menerangkan tentang sesiapa yang mengucapkan kata-kata yang
menunjukkan kafir, yang berlaku tidak dengan paksaan; iaitu tiap-tiap perkataan yang
menghina atau menolak dan mengingkari perkara yang diwajibkan beriman
kepadanya. Adapun orang yang dipaksa adalah dikecualikan selagi hatinya masih
tetap beriman walaupun tidak dinafikan bahawa menghadapi paksaan sehingga mati
syahid adalah lebih baik.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

115
Tiap-tiap perbuatan yang ditafsirkan kepada kafir menurut nas adalah juga dihukum
kafir terhadap sesiapa yang melakukannya seperti melakukan upacara ibadat terhadap
sesuatu makhluk yang disembah oleh orang kafir menurut upacara yang mereka
lakukan.

8.11 PEMBAHAGIAN KUFUR

Ibn. Manzur dalam Lisan Al-Arab telah membahagikan kufur itu kepada empat
bahagian iaitu:

1. Kufur ingkar
Iaitu kufur di dalam hati dan lidah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa
taala:
Sesungguhnya orang-orang kafir itu sama sahaja bagi mereka, kamu beri
peringatan atau tidak, mereka tidak juga beriman.
(Al-Baqarah:6)
2. Kufur juhud
Iaitu mengakui dengan hati tanpa ikrar dengan lidah. Contonya seperti kufurnya
iblis dan kufurnya Umayyah Bin Abi Al-Salt.

3. Kufur
Iaitu mengaku dengan hati, ikrar dengan lidah tetapi tidak menunaikan kehendak-
kehendak agama kerana dengki dan sombong seperti kufur Abu Jahal dan kuncu-
kuncunya.

4. Kufur nifaq
Iaitu mengakui dengan lidah, tetapi kufur dan tidak bertekad di dalam hatinya. Di
dalam kita Al-Tahzib ada menyebutkan bahawa: Mengaku dengan hati dan ikrar
dengan lidah, tetapi enggang menerima Islam, ini seperti kafirnya Abu Talb, yang
mana beliau berkata: Saya akui bahawa agama Muhammad adalah sebaik-baik
agama, jika tidak kerana celaan dan cacian tentu aku terimanya (memeluk Islam).


8.2 SYIRIK. MURTAD. NIFAQ. FASIQ

8.21 SYIRIK

Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain daripada sifat
uluhiyyahnya (berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya dan didoakan
kepadaNya) ataupun sifat rububiyyahnya (menjadikan, mentadbir, dan
menguruskan alam). Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat
yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan
syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan
Allah. Sebagaimana firman Allah subhaanahu wa taaala:

“Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah s.w.t dalam pada itu mereka
tidak sunyi dari berbuat syirik.”
(Surah Yusuf: Ayat 106)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

116
Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik walaupun terdapat
di kalangan ulama yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila
dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh
dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.

Syirik dengan makna menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam semua
perkara. Oleh kerana hujjah yang tidak ditolak lagi tentang keesaan Allah s.w.t dan
keagunganNya maka sesiapa yang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain sama
ada pada ZatNya, SifatNya dan Af’alNya, termasuk juga Hukum Syari’atNya adalah
bermakna telah kufur denga hakikatnya yang sebenar. Begitu juga seseorang yang
kafir adalah dianggap syirik kerana mencabar wujudnya Allah s.w.t, kesesaanNya dan
kesempurnaanNya apabiila ia menerima sesuatu yang lain.

Boleh juga dianggap syirik apabila mendustakan risalah Nabi Muhammad s.a.w. atau
mendustakan sebahagian daripadanya kerana telah mendustakan sesuatu yang diwajib
oleh Allah s.w.t telah membuktikan hujah-hujah yang jelas dan kuat tentang kerasulan
Nabi s.a.w. segala apa yang disabda, diamal dan diakui oleh Rasullullah s.a.w adalah
wahyu dari Allah s.w.t., maka barangsiapa yang ingkar walaupun sebahagian
daripadanya adalah bermakna dia tidak mengi’tiraf apa yang dikemukakan oleh Allah
s.w.t., tidak mengakui kesempurnaan dan kebenaran hujah-hujahNya. Jadi dengan itu
dia telah menganggap sesuatu yang lain atau dirinya sendiri menyengutui Allah dalam
menentukan sesuatu itu benar ataupun tidak benar.

Adalah juga dianggap syirik kepada orang-orang yang tidak redha dengan hukum
Allah s.w.t atau sebahagian daripada hukum Allah s.w.t atau sebahagian daripada
hukumNya dan menganggap hukum yang lain lebih baik atau lebih adil daripadanya
seperti yang berlaku di dalam hadith Rasulullah s.a.w kepada ‘Adi bin Hatim at
Tha’ie dalam menjelaskan Firman Allah s.w.t

Maksudnya:

“Mereka jadikan paderi-paderi dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan yang lain
daripada Allah.”
(Surah At Taubah: Ayat 31)

8.22 MURTAD

Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma ulama menyatakan bahawa seseorang
Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad;
iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu
dan ditegakkan hujah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia
dihukumkan dengan kufur dan murtad.

Sesungguhnya ingkar itu berlaku dengan perkataan dan perbuatan yang tidak mungkin
ditakwil melainkan kufur menurut Nas yang jelas. Adalah dianggap perkataan
sebarang perkara menepati maksudnya seperti tulisan sama ada yang berbentuk buku
atau makalah di dalam akhbar, majalah, juga resolusi-resolusi yang diambil oleh
sesuatu persidangan atau seumpamanya. Sesungguhnya hokum murtad itu tidak
diambil terhadap perkara-perkara yang kurang jelas ataupun sangkaan semata-mata
kerana ianya mestilah berlaku secara putus dan tidak mungkin ditakwilkan di
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

117
antaranya dalam perkara-perkara yang dipanggil ( Maklum min din biddharurah )
dalam hokum yang diketahui walaupun seorang awam, juga di dalam perkara yang
ada dalam Nas yang terang daripada Al-Quran atau Hadith atau Ijma’ dan Qias yang
nyata.

8.23 NIFAK
Bermulanya sejarah dan munculnya orang-orang munafik yang pertama di kalangan
umat Islam ialah setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam berhijrah ke
Madinah. Semasa di Mekah (zaman Mekah) tidak wujud orang munafik sama ada
secara individu atau kelompok, kerana hanya ada dua golongan sahaja semasa Nabi
menyebarkan dakwah Islamiyah di Mekkah, iaitu:
Pertama: Golongan kaum muslimin yang kebanyakannya merahsiakan keimanan
mereka demi untuk menyelamatkan Islam, iman dan dirinya dari tindakan orang-
orang kuffar (musyrikin).
Kedua: Golongan atau kaum kafir musyrikin yang kuat penentangannya terhadap
orang-orang yang beriman.
Contoh yang dibawakan oleh sejarah tentang orang-orang munafik ialah peranan
Kabilah Aus dan Khazraj serta orang-orang yang mengikuti mereka. Mereka adalah
golongan munafik pertama muncul di Madinah, kemudian mereka mengumpulkan
dan menghasut orang-orang di Madinah menjadi munafik seperti mereka kerana benci
dan sakit hati diatas kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar.
Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Sallul yang
menjadi ketua kabilah Kahzrah. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi
sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah
kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga menggagalkan
rancangannya menguasai Madinah. Kegiatan nifak beliau dibantu oleh kawan
karibnya Abdullah bin Ubay.

8.231 DEFINISI NIFAK
Nifak dalam Bahasa Arab di ambil dari akar kata (kata dasar) (ع:-;--ا ·--) yang bererti
"Lubang Tikus", ini kerana kebiasaannya tikus mudah menampakkan jalan masuk ke
lubangnya namun tidak menampakan jalan keluarnya. Maka ia memberi maksud:
"Menampakkan dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan)
lawannya".[1]
Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan nifak ialah Imam Ibn
Kathir rahimahullah. Menurut beliau nifak ialah:
; ~-ا ُ راَ ;ْ~ِ اَ و ِ ;ْ-َ =ْ-ا ُ ر'َ +ْ=ِ ا
"Melahirkan yang baik dan menyembunyikan (merahsiakan) yang buruk.[2]
Ibn Juraij rahimahullah pula mendefinisikan nifak sebagai:
- --+~-و ^ﺝ;=- ^-ﺥ--و ^--->- -;~و ^-·- ^-:- ~-'=- ·-'---ا ^--·
"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan perbuatannya, yang dirahsiakan
dengan yang berterang-terangan, yang di dalam (hati)nya dengan luarannya dan
yang dipersaksikannya dengan yang disembunyikannya".[3]

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

118
Menurut pendefinisian Ibn Qaiyim rahimahullah pula bahawa nifak ialah:
"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak
disedari olehnya. Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia. Cara
kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan bermuka-muka sebagai
seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat
kerosakan".[4]

8.232 NIFAK TERBAHAGI DUA
Menurut Ibn Qaiyim lagi, nifak itu terbagi dua:
Pertama: Nifak Akbar, "Nifak Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan
pelakunya jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam
neraka.[5] Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka yang paling
terbawah (kerak neraka).[6]
Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah:
“Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan
perbuatan (amalan)”.
Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:
1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa
hadis-hadis sahih (as-Sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan
mengambil al-Quran sahaja.
2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Seperti menghina
penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina akhlak Islamiyah atau
memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla yang
alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.
3. Membenci Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sama ada dengan tindakan,
ucapan, sindiran atau hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam sebagai seorang sayhwani (gila sex atau kaki perempuan).
4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan
kemenangan kuffar atau menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun
dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi umat dan Daulah Islamiyah.
5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam atau
menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya
sebagaimana firman Allah:
ُ ~َ - َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا َ ~ْ-َ اَ ر اً دْوُ -ُ ﺹ َ 4ْ-َ - َ نْو -
“Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan
sekuat-kuatnya”.
An-Nisa. 4:61.
Kedua: Nifak Asghar (;·ﺹا),[7] "Nifak kecil" atau nifak amali iaitu salah satu dari
dosa-dosa besar yang paling besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di
dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila perbuatan seseorang nampak jelas
berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

119

Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:
1. Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang
telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alihi
wa-sallam:
َ نْ:ُ -ِ ذ'َ -َ - َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا نِ ا ُ -َ +ْ~َ - ُ =اَ و
“Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar
orang pendusta (pembohong)”,
Al-Munafiqun. 63:1.

َ -ِ ا ْيِ -ْ+َ - َ ر:ُ =ُ -ْ-ا نِ اَ و ، ِ رْ:ُ =ُ -ْ-ا _َ -ِ ا ْيِ -ْ+َ - َ بِ -َ -ْ-ا نِ ا ِ =ا َ -ْ-ِ - َ ~ُ -ْ-َ - _ -َ ﺡ َ بِ -َ -ْ-ا ى ;َ =َ -َ و ُ بِ -ْ-َ - َ Jَ ﺝ ;-ا ُ لَ ;َ - َ Vَ و ، ِ ر' --'ى
'ً -ا -َ آ.
"Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah
kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa
mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai pendusta".

2. Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-
sallam:
َ ~َ -ْﺥَ ا َ -َ -َ و اَ ذِ اَ و
"Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya"

3. Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa-sallam dari melakukan pengkhianatan:
َ 4َ -'َ ﺥ ْ.َ - ُ .ِ =َ - َ Vَ و
"Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"

4. Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiyah apabila berlaku pertengkaran
atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan
perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan dengan segala
kebohongan dan penipuan. Rasulullah bersabda:
ٌ¿َ -ْرَ ا ِ ·ِ -'َ -ُ -ْ-ا ُ ^َ -' : َ -َ -َ و اَ ذِ اَ و َ بَ -َ آ َ ث -َ ﺡ اَ ذِ ا َ رَ -َ - َ -َ ه'َ - اَ ذِ اَ و َ ;َ =َ - َ ~َ ﺹ'َ ﺥ اَ ذِ اَ و َ ~َ -ْﺥَ ا
"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak
menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia
berkhianat".

5. Gemar menipu (penipuan) sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam:
ُ ل'َ -ُ -َ - ِ ^َ -'َ -ِ -ْ-ا َ مْ:َ - ٌءاَ :ِ - ُ ^َ - ُ ~َ ~ْ-ُ- َ رِ د'َ ·ْ-ا نِ ا : ٍ نَ >ُ - ِ .ْ- ِ نَ >َ - ُ ةَ رْ-َ - ِ -ِ -َ ه
"Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan
dikatakan ini adalah penipuan si Fulan anak si Fulan".
H/R Bukhari (5710) Al-Adab.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

120

8.233 ANCAMAN ALLAH & RASULNYA TERHADAP PENYAKIT NIFAQ
KEPADA MANUSIA

Allah mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit nifak dengan azab yang
amat pedih iaitu dengan api neraka Jahanam sebagaimana firmanNya:
'ً -ْ-ِ -َ ا 'ً -اَ -َ - ْ~ُ +َ - نَ 'ِ - َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا ِ; ~َ -
“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan
yang pedih”.
(An-Nisa. 4:138)
ِ ر' --ا َ .ِ - ِ Jَ -ْ~َ Vا ِ كْر --ا _ِ - َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا نِ ا
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling
bawah dari neraka”.
(An-Nisa. 4:145)
'ً ·ْ-ِ -َ ﺝ َ ~ -َ +َ ﺝ _ِ - َ .ْ-ِ ;ِ -'َ -ْ-اَ و َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا ُ ¿ِ -'َ ﺝ َ =ا نِ ا
“Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-
orang kafir di dalam Jahanam”.
(An-Nisa. 4:140)

ِ ~ْ-ِ - - ٌباَ -َ - ْ~ُ +َ -َ و ُ =ا ُ ~ُ +َ -َ ·َ -َ و ، ْ~ُ +ُ -ْ~َ ﺡ َ ¸ِ ه 'َ +ْ-ِ - َ .ْ-ِ -ِ -'َ ﺥ َ ~ -َ +َ ﺝ َ ر'َ - َ ر' -ُ-ْ-اَ و ِ ت'َ -ِ -'َ -ُ -ْ-اَ و َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا ُ =ا َ -َ -َو
“Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang
kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi
mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal”.
(At-Taubah. 9:68)

َ .ْ-ِ آِ ;ْ~ُ -ْ-اَ و ِ ت'َ -ِ -'َ -ُ -ْ-اَ و َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا ُ =ا َ ب -َ ·ُ -ِ - 'ً -ْ-ِ ﺡَ ر اً رْ:ُ -َ - ُ =ا َ ن'َ آَ و ِ ت'َ -ِ -ْ:ُ -ْ-اَ و َ .ْ-ِ -ِ -ْ:ُ -ْ-ا _َ -َ - ُ =ا َ بْ:ُ -َ -َ و ِ ت'َ آِ ;ْ~ُ -ْ-اَ و
“Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-
orang musyrikin lelaki dan perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-
orang mukminin lelaki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang”.
(Al-Ahzab. 33:73)
Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun dan mengerikan gambaran
siksa dan azab api neraka Jahanam yang pedih yang diceritakan oleh Allah di dalam
firmanNya. Semuanya itu telah disediakan untuk Si Munafik. Allah tidak akan
mungkir janji, orang-orang munafik pasti akan celaka di dunia dan di akhirat akan
mendapat azab yang pedih.

SOALAN:
Apakah amalan menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau ahli nifak
merupakan perbuatan yang menggalak sikap berwaspada atau merupakan
perbuatan yang bahaya?
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

121

1AWAPAN:
Menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau nifak bukanlah perbuatan
yang bahaya dan salah menurut syara. Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa-
Ta’ala telah menggolongkan manusia kepada tiga golongan, segolongan darinya
terdiri dari orang-orang munafik sebagaimana yang terdapat penyusunan ayat dan
pembahagiannya di surah al-Baqarah:
Pertama: Empat ayat memperkatakan golongan orang-orang beriman.
Kedua: Dua ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang kafir.
Ketiga: Tiga belas ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang munafik.
Ayat yang memperkatakan perihal Si Munafik melebihi yang lain agar orang-orang
beriman mengenal perangai, sikap, perbuatan dan juga agar berwaspada terhadap
kejahatan mereka. Mereka (Si Munafik) gemar membuat fitnah, banyak melakukan
kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul bersama masyarakat Islam dan
mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang Islam.
Nifak adalah perbuatan yang tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan
mudah. Orang munafik lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan
dan kesatuan jamaah umat Islam kerana kekufuran adalah perbuatan yang nampak
(kelihatan) dan mudah diketahui.
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam di Madinah barulah muncul orang-orang munafik. Namun, Allah Subhanahu
wa-Ta'ala telah menyingkap tirai Si Munafik dan membuka rahsia-rahsia kejahatan
dan kefasadan mereka. Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang membongkar tentang
rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah sehingga
surah tersebut dinamakan Surah Madiniyah. Sebagaimana firman Allah:
ْ~ُ +َ ~ُ -ْ-َ ا Vِ ا َ نْ:ُ -َ -ْ=َ - 'َ -َ و اْ:ُ -َ -' َ .ْ-ِ - -اَ و َ =ا َ نْ:ُ -ِ د'َ =ُ - ، َ .ْ-ِ -ِ -ْ:ُ -ِ - ْ~ُ ه 'َ -َ و ِ ;ِ ﺥ7ْا ِ مْ:َ -ْ-'ِ -َ و ِ ='ِ - ' -َ -' ُ لْ:ُ -َ - ْ.َ - ِ س' --ا َ .ِ -َ و
َ نْوُ ;ُ ·ْ~َ -'َ -َ و
"Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan Hari
kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya
menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".[8]
Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat ketua-ketua munafik
semuanya bermula setelah wujudnya negara Islam Madinah. Ia berterusan sehingga
mula terbitnya unsur-unsur perpecahan gara-gara fitnah orang-orang munafik juga
bermula di Madinah. Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan pemecah-belah
umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan negara Islam dari
dahulu sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang dicipta oleh orang-
orang munafik. Mereka ingin menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam
menjadi kuat dan meluas.
Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu:
"Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (=ا Vا ^-ا V) kerana
inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang
demikian."[9]
Berkata Sa'id dari Qatadah:
"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

122
bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia
melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".[10]

SIFAT-SIFAT ORANG MUNAFIQ
1. Paling jelas sifat orang-orang munafik adalah pendusta. Allah Subhanahu wa-
Ta’ala berfirman:
َ نْ:ُ -ِ ذ'َ -َ - َ .ْ-ِ -ِ -'َ -ُ -ْ-ا نِ ا ُ -َ +ْ~َ - ُ =اَ و
"Dan Allah bersaksi bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah
orang-orang yang pembohong (pendusta)".
(Al-Munafiqun. 63:1)
2. Sifat orang munafik itu penipu. Firman Allah:
َ و َ =ا َ نْ:ُ -ِ د'َ =ُ - اْ:ُ -َ -' َ .ْ-ِ - -ا
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman"

3. Orang munafik tidak termasuk orang yang beriman:
َ .ْ-ِ -ِ -ْ:ُ -ِ - ْ~ُ ه 'َ -َ و
"Dan sebenarnya mereka (orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang
beriman".

4. Orang munafik berpenyakit hati:
'ً ~َ ;َ - ُ =ا ُ ~ُ هَ داَ ;َ - ٌضَ ;َ - ْ~ِ +ِ -ْ:ُ -ُ - _ِ -
"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".

5. Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:
َ نْوُ ;ُ ·ْ~َ - َ V ْ.ِ -َ -َ و َ نْوُ -ِ ~ْ-ُ -ْ-ا ُ ~ُ ه ْ~ُ +-ِ ا َ Vَ ا
“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka
tidak sedar".

6. Orang munafik adalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu dan menyedari
tentang kebodohannya:
َ نْ:ُ -َ -ْ·َ - V ْ.ِ -َ -َ و ُ ء'َ +ُ - ~-ا ُ ~ُ ه ْ~ُ + -ِ ا َ Vَ ا
"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak
tahu".

7. Orang munafik tergolong dalam golongan syaitan:
َ نْوُ ؤِ ;ْ+َ -ْ~ُ - ُ .ْ=َ - 'َ - -ِ ا ْ~ُ -َ ·َ - نِ ا اْ:ُ -'َ - ْ~ِ +ِ -ْ-ِ ='َ -َ ~ _َ -ِ ا اْ:َ -َ ﺥ اَ ذِ اَ و
"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka
mengatakan sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-
olok".

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

123
8. Sifat orang-orang munafik suka mengolok-olokkan, memperlekeh (mempermain-
mainkan) agama Allah:
َ نْو ُ ءِ ;ْ+َ -ْ~ُ - ُ .ْ=َ - 'َ - -ِ ا
"Kami hanyalah berolok-olok".
9. Sifat atau sikap orang munafik tidak ada pendirian dan terumbang-ambing:
َ نْ:ُ +َ -ْ·َ - ْ~ِ +ِ -'َ -ْ·ُ = _ِ -
"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".

10. Orang-orang munafik membeli (mengambil) kesesatan (bid'ah kekafiran dan
kesyirikan) dengan meninggalkan petunjuk sunnah (keimanan), mereka tidak akan
berjaya dalam perniagaan mereka:
َ .ْ-ِ -َ -ْ+ُ - اْ:ُ -'َ آ 'َ -َ و ْ~ُ +ُ -َ ر'َ =ِ - ْ~َ =ِ -َ ر'َ -َ - ىَ -ُ +-'ِ - َ ^َ -َ > ~-ا اْوَ ;َ -ْ~ا َ .ْ-ِ - -ا َ 4ِ -َ -ْوُ ا
"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah
beruntung perningaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".

[1]. Lihat: ^-'-=-او ^-~-ا Jها ~ه-- _-- ^-->~Vا ^~ار-- Jﺥ---ا tajuk Nifaq. Dr. Ibrahim al-
Buraikan.
[2]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir. 1/76.
[3]. Ibid.
[4]. Lihat: .---'---ا ت'-ﺹ hlm. 15. Al-Maktabah al-Islami. Cetakan ke 4. Beirut. Ibn
Qaiym al-Jauzi.
[5]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 1/67.
[6]. Ibid.
[7]. Ibid.
[8]. Surah al-Baqarah, 2:8-9.
[9]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 2/88.
[10]. Ibid.


8.24 FASIQ

Fasiq pada umunya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan keluar dari jalan
yang dibenarkan. Di dalam Al-Quran, istilah fasiq ini digunakan bagi menerangkan
perbuatan-perbuatan tersebut:

1. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah syirik (As-
Sajadah:18)
2. Maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka
ini adalah kufur (At-Taubah:80)
3. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur (Al-Maidah:25)



Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

124
BAHAN RU1UKAN
1. Muqaddimah Aqidah Muslim Haji Abdul Hadi Haji Awang
2. Rukun-rukun Islam dan Pengertian Syahadah Said Hawwa
3. ILHAM Bahan Kendiri PJJ
4. Garis Pemisah Antara Kufur dan Iman Dr Abdul Rahman Abdul Khalid

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1. Merujuk kepada situasi masyarakat kita hari ini, sila kenal pasti beberapa perkara
yang boleh membatalkan syahadah.
2. Jelaskan konsep iman yang anda fahami.
3. Apakah sifat-sifat iman?
4. Bagaimanakah caranya untuk kita meningkatkan iman?
5. Jelaskan pengertian kufur, syirik, murtad, nifaq, dan fasiq.
6. Berikan contoh-contoh yang menjebakkan manusia moden hari ini ke dalam
penyakit aqidah seperti di atas.



































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

125
9.0 PERTEMUAN SEMBILAN

9.1 IDEOLOGI

OB1EKTIF

1. Ahli usrah memahami maksud ideologi
2. Ahli usrah menyedari pengaruh ideologi ke atas Islam
3. Ahli usrah memahami dengan mendalam tentang ideologi sekularisme dan
nasionalisme dari segi pengertian dan percanggahan kedua-duanya dengan Islam.

9.11 MAKSUD IDEOLOGI DAN PENGARUHNYA KE ATAS UMAT ISLAM

Istilah ideologi dibentuk daripada kata ideo yang bererti pemikiran, khayalan, konsep,
keyakinan dan sebaginya, manakala kata logi bermakna logik, ilmu atau pengetahuan.
Kedua-dua kata tadi digabungkan dan menghasilkan maksud sebagai ilmu tentang
keyakinan-keyakinan dan gagasan. Dalam konteks ini ideologi mengandungi
keyakinan dan gagasan yang ditaati ole satu kelompok, suatu kelas sosial, satu bangsa
atas suatu ras tertentu.

Terdapat juga definisi lain yang mengatakan bahaw ideologi adalah “man’s total view
or thought about life” yakni pandangan dan pemikiran manusia tentang hidup dan
kehidupan.

Apapun pengertian yang diberikan kepada ideologi, jelasnya ialah adalah hasil
pemikiran manusia. Ia turut memberi kesan besar dalam kehidupan umat Islam
sekarang. Umat Islam hari ini kebanyakannya sudah tidak mengamalkan Islam
sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Mereka hanya memandang Islam dari sudut
ibadat khusus semata-mata seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tidak
tergambar lagi pada pemikiran mereka bahawa Islam itu mencakupi seluruh
kehidupan mereka bermula dari bangun tidur pagi dan lelap semula pada malam hari.
Inilah akibat daripada pengaruh ideologi ke atas kehidupan umat Islam.

9.12 CIRI DAN SUMBER IDEOLOGI SERTA PERBEZAANNYA DENGAN
ISLAM

Antara ciri-ciri ideologi adalah ia bersumberkan akal manusia, tidak kekal, dan
memihak kepada golongan tertentu. Ciri-ciri ini jelas membezakannya dengan Islam.
Islam datang daripada sumber Ilahi pencipa manusia manakala ideologi hanyalah
hasil pemikiran dan pemerhatian manusia. Maka sudah pasti terdapat banyak
kelemahan pada ideologi ini kerana pemikiran manusia adalah terbatas tidak dapat
menjangka apa yang berlaku pada masa lepas dan masa akan datang.

Islam bersifat kekal pada dasar dan matlamatnya sejak dari zaman Nabi Adam hingga
hari kiamat. Ideologi-ideologi manusia sering berubah-ubah mengikut zaman. Pada
satu ketika manusia mengagungkan dasar-dasar komunisme. Apabila ia runtuh
manusia beralih kepada dasar kapitalisme kemudian sekularisme dan banyak lagi.
Ideologi-ideologi ini sentiasa berubah, ada masa gemilangnya dan ada masa
keruntuhannya yang membuatkan manusia berubah haluannya.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

126

Salah satu daripada ciri Islam adalah ‘alamiah’ iaitu sejagat. Ia merangkumi
kepentingan semua pihak tidak kira tua, muda, miskin, kaya dan sebagainya. Ini
berbeza dengan ideologi yang melebihkan golongan tertentu. Sistem kapitalisme
melebihkan keuntungan golongan berada dan menindas golongan miskin. Sistem
feudal pula melebihkan golongan atasan daripada golongan bawahan. Nasionalisme
pula menyebabkan wujudnya jurang antara satu-satu bangsa mengikut tanah air
mereka. Kesemua ini menunjukkan kepincangan sesebuah ideologi.

9.2 NASIONALISME

9.21 PENGERTIAN

Nasionalisme tidak mempunyai takrif atau definisi yang tepat. Ini disebabkan sifatnya
yang berbeza-beza dan berubah-ubah mengikut sejarahnya yang khusus dan struktur
sosial yang khas bagi setiap buah negara.

Pengertian yang terbaik yang dapat diberikan setakat ini adalah pengertian yang diberi
oleh Hans Kohn dalam bukunya berjudul “ The Idea of Nationalism” iaitu : satu
keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan
didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya. Dia mengiktiraf negara
bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai punca
segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi. Oleh itu
kesetian ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya kerana kehidupannya
sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada bangsa dan dimungkinkan oleh
kebajikan bangsanya.

Dalam pengertian lain, nasionalisme ialah perasaan untuk memelihara atau
memperluas kebangsaan rakyat atau identiti kebangsaan. Apabila usaha-usaha ini
tidak dapat dilaksanakan maka akan dirasakan satu kekurangan. Maksudnya,
nasionalisme merupakan satu ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia
untuk menaikkan taraf kumpulan mereka.

Dan apa yang disebut di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa fahaman kebangsaan
atau nasinalisme ialah satu ideologi dan fahaman yang dihayati oleh sesuatu
kumpulan masyarakat/bangsa tertentu dan mereka tolong menolong antara satu sama
lain dengan berasaskan satu bangsa, satu keturunan dan satu negara yang sama dan
bukan di atas aqidah dan agama anutan.


SE1ARAH NASIONALISME
Dalam abad ke 18 dan 19, ketika benua Eropah sedang mengalami zaman ‘intelektual’
yang mendewa-dewakan pemikiran manusia, pelajar-pelajar Muslim mula membanjiri
Eropah dan terpedaya dengan hujjah-hujjah sarjana Eropah yang membincangkan asal
usul dan ciri-ciri tamadun. Idea-idea nasionalisma dibincangkan dengan meluas di
kalangan pemikir-pemikir Eropah pada masa seperti itu seperti isu bangsa manakah
yang paling tulen?, kesusasteraan bangsa manakah yang paling hebat? atau negara
manakah yang merupakan negara bertamadun yang tulen?. Di antara pemikir-pemikir
Eropah yang menonjol ialah Rousseau, Voltaire, Adam Smith dan Montesquieu.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

127
Rousseau berpendapat kesetiaan paling baik ialah kecintaan terhadap negara sendiri
yang merupakan asas nasionalisma. Rakyat pada pendapatnya mesti dididik tentang
kelebihan dan kebahagiaan semangat patriotik. Idea-idea ini berjaya mempengaruhi
orang-orang Islam yang meraba-raba untuk mencari penyelesaian kepada masalah
yang sedang dihadapi mereka ketika itu. Di antara mereka yang terpengaruh ialah
Sheikh Muhammad Abduh (Mesir), Mustafa Kamal (Turki) dan Zia Golkap (Turki).
Penjajahan wilayah umat Islam oleh kuasa-kuasa Eropah telah membolehkan kuasa-
kuasa Eropah mewujudkan institusi-institusi politik dan pendidikan seperti di Lubnan,
Mesir dan Syria untuk mengembangkan idea-idea mereka yang bertujuan untuk
memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Hasil-hasil pemikiran Voltaire, Rousseau
dan Montesquieu boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan wilayah umat Islam
sejak 1816 lagi. Idea-idea itu masih lagi kekal dianuti oleh sebilangan besar umat
Islam dan malangnya merekalah yang memimpin umat Islam seperti Benazir Bhutto,
Yaser Arafat, Gadafi dan Saddam Husin.
Orang-orang Eropah menggunakan pelbagai cara untuk menyemai benih-benih
keraguan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Salah satu kaedah yang digunakan
ialah dengan memesongkan fakta sejarah. Pemikir-pemikir Eropah berpendapat jika
orang-orang Islam boleh diperdayakan bahawa kerajaan Islam adalah zalim dan tidak
bermoral, mereka boleh mempengaruhi orang-orang Islam bahawa jalan
penyelesaiannya ialah mencari alternatif baru bagi menggantikan Islam. Pemikir-
pemikir Eropah mengemukakan gagasan seperti demokrasi, kapitalisma, kebebasan
(freedom), sosialisma dan komunisma kepada umat Islam. Kaedah ini digunakan
ketika Napoleon (Perancis) menjajah Mesir dan seterusnya beberapa orang penulis
sejarah Muslim seperti Abdul Rahman ibnu Hasan al-Jabarti (1756-1825) mengubah
fakta sejarah untuk disesuaikan dengan aliran pemikiran Eropah yang kononnya
bertamadun. Karya Abdul Rahman penuh dengan cerita tentang penderitaan orang-
orang Mesir yang kononnya disebabkan oleh dasar-dasar Islam. Sheikh Muhammad
Abduh (Mesir) pula mengarang kitabnya ‘Tafsir al-Manar’ yang mengandungi
tafsiran-tafsiran yang menyeleweng yang dilakukan untuk disesuaikan dengan corak
pemikiran Eropah. Idea-idea Eropah hari ini telah sebati dengan ramai umat Islam
malah pemimpin pergerakan Islam seperti Rashid Ghanushi (Tunisia) yang
memperjuangkan idea Islam adalah sebati dengan demokrasi turut memperjuangkan
idea-idea ini sebagai cara untuk mengembalikan kebangkitan umat Islam. Tokoh-
tokoh orientalis Eropah sengaja mewujudkan permusuhan antara orang-orang Arab
dengan bangsa bukan Arab yang beragama Islam. Kuasa-kuasa Eropah menghasut
rakyat negara Islam yang berada di bawah naungan Khilafah Usmaniyah yang
berpusat di Turki dengan membangkitkan nasionalisma Arab, Kurd, Farsi, Armenia,
Greek dan sebagainya untuk menentang kerajaan Islam yang dipimpin oleh Khalifah
berbangsa Turki. Bangsa Turki seperti Mustafa Kamal pula diapi-apikan dengan
semangat nasionalisma Turki yang kononnya serumpun dengan bangsa Eropah yang
bertamadun dan dihasut supaya membenci bangsa Arab dan membenci Islam yang
disampaikan melalui Nabi Muhammad (SAW) berbangsa Arab dan Quran dalam
bahasa Arab. Tidak hairanlah selepas Mustafa Kamal merampas kuasa di Turki,
beliau mengisytiharkan secara rasmi dalam tahun 1924 bahawa undang-undang Islam
adalah undang-undang lapuk dan perlu digantikan dengan peradaban Eropah yang
kononnya canggih dan beliau dengan rasminya mengumumkan bahawa kerajaan
Islam sudah tidak wujud lagi dan Turki dijadikan sebuah negara bangsa berdaulat.
Beliau juga memaksa azan dilakukan dalam bahasa Turki, memaksa penggunaan topi
Eropah, melarang umat Islam di Turki dari mengerjakan haji, menukar tulisan Turki
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

128
yang asalnya menggunakan huruf-huruf Arab, memberi kebebasan kepada wanita
termasuk untuk mendedahkan aurat mereka, melarang sejarah kegemilangan kerajaan
Islam yang lepas daripada didedahkan kepada orang ramai dan juga mewasiatkan
bahawa selepas kematian beliau, Turki hendaklah dipimpin oleh British.
Umat Islam dihasut bahawa Islam adalah panduan lapuk yang turun lebih seribu tahun
dahulu kepada orang-orang Badwi yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan
perkembangan zaman moden. Pemimpin-pemimpin boneka British dan Perancis
seperti Keluarga Ibnu Saud yang memerintah Arab Saudi (sepatutnya bernama
wilayah Hijaz dan Najd tetapi diubah kepada Arab Saudi yang bermaksud wilayah
milik keluarga Ibnu Saud) mengikut telunjuk tuan mereka dengan mengemukakan
nasionalisma yang mencerminkan identiti bangsa dan negara mereka. Idea-idea
nasionalisma ini juga berkembang ke Rantau Melayu dan memukau intektual-
intelektual Melayu. Akibatnya, rakyat negara Islam mula memberontak untuk
menubuhkan kerajaan berasingan yang dipimpin oleh bangsa sendiri. Inilah yang
menyebabkan tertubuhnya negara-negara seperti Syria, Mesir, Lubnan, Jordan dan
sebagainya yang asalnya bersatu di bawah satu kepimpinan Islam.
Racun nasionalisma masih lagi digunakan oleh kuasa-kuasa barat pada hari ini untuk
melumpuhkan perpaduan umat Islam. Di Irak, kuasa-kuasa barat ingin melihat Irak
berpecah belah menjadi 3 buah negara masing-masing dipimpin oleh Saddam, puak
Shiah dan bangsa Kurd. Di selatan Sudan, puak Kristian yang diketuai oleh John
Garang melancarkan pemberontakan ke atas umat Islam. Di Malaysia, kuasa-kuasa
barat pernah menghasut orang-orang Sabah supaya keluar dari Malaysia dan
menubuhkan negara sendiri (dan banyak kes lain lagi). Di Indonesia, penduduk-
penduduk di Timur-timur dihasut supaya menubuhkan kerajaan berasingan yang
didalangi oleh Portugis. Di Filipina, Amerika menghasut kerajaan Filipina supaya
memberi kuasa autonomi terhad kepada Nor Misuari yang dilantik menjadi gabenor
boneka supaya umat Islam di Filipina melupakan hasrat mereka untuk bersatu padu
dengan umat Islam di seluruh dunia di bawah satu kepimpinan.
British dan Perancis menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan pendidikan
sekular yang mana Islam dihadkan kepada perkara-perkara ‘ritual’ sahaja seperti
sembahyang, mengerjakan haji, menyambut Hari Raya dan sebagainya tetapi dalam
bidang seperti politik, ekonomi dan sosial, Islam dipinggirkan dan diganti dengan
sistem buatan manusia. Lulusan-lulusan sekolah ini kemudiannya menjadi pemimpin
umat Islam. Di Syria, Perancis menubuhkan sekolah-sekolah dan biara-biara Kristian.
Dalam abad ke 18, pendidikan Kristian lazimnya dilaksanakan oleh Perancis dan Itali.
Pendidikan Kristian di Aleppo, Syria, menimbulkan minat yang mendalam dalam
bahasa dan kesusasteraan Arab. Sekolah-sekoleh mubaligh Amerika seperti di Lubnan
menggabungkan budaya Arab dengan falsafah Barat. Salah sebuah sekolah terkemuka
di Syria, al-Madrasah al-Wataniyah (Sekolah Kebangsaan) diwujudkan oleh Butrus
al-Bustani yang datang dari puak Maronit Kristian. Konsep Sekolah Kebangsaan di
Syria (yang serupa dengan sekolah kebangsaan yang diwujudkan oleh British di Asia
dan Afrika) bertujuan menyampaikan pendidikan ‘hubbul watan’ (cintakan tanahair).
Di Mesir, Rifaa Badawi al-Tahtawi (mati 1873) mempopularkan idea ‘wataniah’
(cintakan tanahair) dan sekularisma. Istilah ‘watan’ merujuk kepada kawasan geografi
yang terhad dan mengenepikan perpaduan umat Islam yang berlainan bangsa dan
kedudukan geografi. Tahtawi berpendapat punca kecintaan kepada tanahair adalah
kebebasan (freedom) dan markas bagi mengembangkan ideologi buatan manusia ialah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

129
Mesir. Mengikut idea ini, orang-orang yang menjadi penghuni tanahair yang sama
adalah bersaudara tidak kira sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Ini
bercanggah dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam bersatu padu atas dasar
keimanan kepada Allah SWT dan RasulNya dan bukan atas dasar bangsa, negara,
bahasa, kebendaan dan lain-lain yang sempit lagi kolot. Sesetengah puak nasionalis
ini memutarbelitkan ayat al-Quran dan hadis yang kononnya Islam menyokong
semangat nasionalisma walhal Islam menyelar sikap berpuak-puak dan perkauman
yang menyebabkan manusia berpecah belah dan bersengketa antara satu sama lain.
Perang Dunia Pertama, Revolusi Arab dan akhirnya kehancuran Khilafah Usmaniyah
dalam Mac 1924 sepatutnya mengingatkan kita tentang peristiwa-peristiwa lampau
yang malang. Kita sepatutnya memahami kesan dan akibat dari peristiwa-peristiwa itu
dan faham tentang peranan kuasa Eropah seperti Perancis dan Britain dalam
menghancurkan perpaduan umat Islam. Kajian secara kritikal tentang peristiwa-
peristiwa lampau dan masa kini menunjukkan kita tinggal dalam dunia yang
mengamalkan sikap permusuhan terhadap umat Islam dan mereka bersembunyi di
sebalik topeng keamanan, Bangsa-bangsa Bersatu, demokrasi, kebebasan (freedom,
liberty), keadilan dan hak asasi manusia untuk melindungi kepentingan kebendaan
mereka terhadap kebangkitan umat Islam.
Aspek menyayat hati dalam Perjanjian Sykes-Picot yang dipersetujui oleh British dan
Perancis ialah pembahagian wilayah umat Islam di Timur Tengah. Britain dan
Perancis bersetuju untuk memecahbelahkan umat Islam dan dibahagikan antara satu
sama lain. Contohnya, Perancis memerintah Syria manakala British memerintah Irak.
Pembahagian ini dilakukan walau pun ia tidak disukai oleh penduduk-penduduk di
kawasan itu dan ia merupakan punca yang menyebabkan berlakunya konflik di
wilayah umat Islam seperti di antara Irak dan Kuwait. Kuwait pada asalnya terletak di
wilayah Basrah tetapi dipisahkan oleh British dan diberi kemerdekaan untuk dipimpin
oleh boneka British, keluarga as-Sabah dalam tahun 1962. Bangladesh dipisahkan
daripada Pakistan dalam tahun 1971 dengan disokong oleh Kerajaan India yang
menerima bantuan Barat. Singapura dipisahkan dari Malaysia dalam tahun 1965 atas
desakan Lee Kuan Yew yang menerima arahan dari White House.

CIRI – CIRI NASIONALISME

1. Keturunan dan daerah yang sama
Contohnya orang Melayu yang memperjuangkan kebangsaan Melayu umpamanya
mereka adalah berasal daripada satu rumpun bangsa Melayu yang mendiami
Tanah Melayu bukan bangsa lain, begitulah seterusnya.

2. Bahasa yang sama ( satu bahasa)
Umpamanya pejuang-pejuang kebangsaaan Arab mereka ada menggunakasan satu
bahasa saja iaitu Bahasa Arab. Golongan yang membela kebangsaan Melayu
mereka menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.

3. Bumi dan tanahair adalah satu
Misalnya mereka yang memperjuangkan kebangsaan Melayu, mereka mestilah
mendiami bumi Melayu ( Tanah Melayu atau Malaysia)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

130
4. Mempunyai kepentingan bersama
Pejuang pejuang kebangsaan mengatakan sesuatu kebangsaan itu mestilah
mempunyai kepentingan bersama yang diperjuangkannya. Contohnya, masing
masing berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan negaranya, atau
membangun dan memajukan negaranya.

5. Percanggahan Nasionalisme dengan Islam
Ia adalah satu ideologi yang diambil daripada luar ajaran Islam yang tiada
hubungkait dengan aqidah dan ajaran Islam/. Islam tidak membenarkan umatnya
mengambil aqidah/ideologi selain daripada Islam dan mengambil manhaj
hidupnya selain daripada manhaj Islam. Ini kerana perbuatan sedemikian boleh
menyeleweng daripada aqidah Islam yang sebenar. Lainlah jika sesuatu perkara
yang diambil dari luar yang tidak bercanggah dengan ajarannya. Selepas itu
diturunkan ayat yang berbunyi:

“ Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawasanya Kami telah menurunkan
kepadamu Al-Kitab (Al Quran) sedang dia dibacakan kepada mereka?
Sesungguhnya dalam Al-Quran itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran
bagi orang orang yang beriman
(Al-Ankabut :51 )

6. Semangat Kebangsaan adalah ‘asabiyah’ dan ajaran jahiliyah
Islam menganggap segala dakwah yang mengajak kepada ikatan berasaskan
bangsa atau keturunan atau suatu keluargadan suatu perkara yang sempit tidak
kepada ajaran Islam yang syumul adala sebagai dakwah jahiliyah dan dakwah
qaumiyah yang dimurkai oleh ALLAH. Sebagaimana yang dijelaskan di dalam
firmanNYA:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu dn anak-anak kamu dan
saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta-benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu
bimbing akan mersoot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah
dan RasulNYA dan (daripada_ berjihad untuk agamaNYA , maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusanNYA (azab seksaNYA), kerana Allah
tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).
(At-Taubah : 24 )

Ayat di atas menjelaskan jika sekiranya seorang Islam mengutamakan keturunan,
bangsa, keluarga, harta kekayaan dan seumpamanya mengatasi kepentingan Allah
dan rasul juga mengatasi jihad pada jalan Allah maka mereka dikira bersalah dan
akan disiksa oleh Allah nanti.

7. Nasionalisme menentang persaudaraan Islam
Islam menganggap ikatan ukhuwwah Islam yang berasaskan kepada aqidah Islam
adlaah mengatasi sebarang ikatan lain sama ada ikatan keturunan dan darah.
Firman Allah subhanahu wataala:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

131
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua orang saudara kamu (yang bertelingkah itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”
(Al-Hujurat : 10)

Sabda baginda s.a.w. di dalam khutbah pada hari Haji Wida’ yang bermaksud:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu satu, dan sesungguhnya bapa kamu
adalah satu. Setiap kamu adalah dari Adam dan Adam pula berasal daripada
tanah. Sesungguhnya (orang) yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah
adalah (orang) yang paling bertaqwa. Tiada kelebihan bagi seorang yang
berbangsa Arab ke atas seorang yang bukan Arab kecuali dengan taqwa”

Dari sini jelas bahawa Islam menjadikan ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwwah
Islam) yang berasaskan aqidah mengatasi sebarang ikatan. Sedangkan semangat
kebangsaan menjadi ikatan kaum atau keturunnya mengatasi ikatan agama dan
aqidah ini bercanggah dengan Islam.

8. Nasionalisme meninggalkan hukum Islam (tidak melaksanakannya)
Islam tidak menganggap seseorang itu Islam yang sebenar kecuali apabila dia
beriktikad dan yakin dengan erti kata yang sebenar bahawa ajaran Islam dan
hukum hakamnya adalah layak dan sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan
keadaan. Firman Allah subhanahu wataala:

“Sesudah itu, patutkan mereka berkehendak lagi kepada hukum hukum
jahiliyyah? Padahal bagi orang-orang yang berkeyakinan tiadak ada sesiapa
yang boleh membuat hukum yang lebih daripada Allah”.
(Al-Maidah : 50)

Sedangkan pejuang-pejuang semangat kebangsaan tidak menjalankan hukum
Islam bahkan menghukum dengan hukum wadh’ dalam segala perkara kecuali
mengenai persoalan ibadat dan nikah kahwin. Pejuang kebangsaan biasanya
menghukum dengan hukum sekular atau mereka melaksanakan Fasl Al-Din wa
Ad-Daulah (mengasingkan agama dengan kerajaan). Perbuatan sedemikian
bercanggah dengan prinsip Islam.

9. Menyebabkan penyokongnya melakukan perlantikan orang-orang kafir sebagai
pemimpin.

Golongan yang membela semangat kebangsaan akan melantik orang-orang kafir
dari keturunan atau keturunan yang lain sebagai wali atau pemimpin mereka
apabila orang kafir tersebut sealiran dengan mereka. Sedangkan sikap demikian
ditegah oleh Allah dan RasulNYA. Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah orang orang yang beriman itu
mengambil orang kafir sebagai kepimpinan dan meninggalkan orang orang
beriman “

ASSABIYYAH
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

132
Bagi melengkapkan perbincangan dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah
diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam.
Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para
pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian
assabiyyah. Mereka telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam
assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Sabda Rasulullah s.a.w. di
dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:
"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari
kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari
kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah."
(Riwayat Muslim)
Pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith
baginda yang bermaksud:
"Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."
Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat
pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan
Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan
Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara
yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak
memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan
amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali
yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t.
kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang
berbunyi:

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah
tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji."
Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah
merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi
sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w.
hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab?
Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai
kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh
baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, sama ada berbentuk
fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk
umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad
membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa' ayat 75 yang berbunyi:
Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-
orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya
berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim
penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami
penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

133
s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah
kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.
Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di
atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman
nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak
undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya
itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut.
Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman
nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di
dalam kabilah-kabilah Arab.
Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan
keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden
adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat
UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An'am ayat 115-116 yang
berbunyi:

Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil.
Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah
s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang
besar.



9.3 SEKULARISME

9.31 PENGERTIAN

Fahaman sekular atau sekularisme berasal dari Bahasa Inggeris dipetik dari perkatan
sekular bermaksud “ Berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan
keagamaan”. Bagi orang Barat, mereka faham bahawa Sekular bererti memisahkan
agama (Kristian) dari kerajaan dan pemerintahan. Pihak gereja tidak masuk campur
dalam urusan pemerintahan dan keduniaan.

Kamus Dewan meneyebut Sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan atau tidak
berkaitan dengan keagamaan. Jika disebut pendidikan Sekular ia bermaksud
pendidikan yang bukan berkaitan dengan agama.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

134
Manakala sekularisme bermaksud satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau
sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada
urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama sewperti urusan pentadbiran
awam dan lain-lain yang tiada kaitan dengan agama.
Di dalam kitabnya, Syeikh Yusuf Qardhawi menekankan Sekular itu melakukan
pemisahan antara pemerintahan dan pentadbiran dengan kehendak hukum yang
ditetapkan oleh Allah yang termaktub di dalam Kitab Allah (al-Quran) dan As-
SunnahNya, mengambil dan meyakini hukum selain dari Islam (Barat) lebih baik dari
hukum yang ditetap oleh Allah dan RasulNya setelah diberi kuasa pemerintahan
sesebuah negara.

9.32 BENTUK-BENTUK SEKULARISME HARI INI

1. Sekularisme Dalam Bidang Politik

Menurutpandangan kaum sekular, sesebuah negara moden ialah bila terdapat
pemisahan yang tajam antara agama dengan urusan kenegaraan. Samuel H.Beer
dan Harvard University mengemukakan bahawa negara moden lahir dengan
sendirinya, ia terpisah dari agama dan gereja juga tidak sebahagian dari
masyarakat keagamaan dan menempatkan tujuan politiknyaadalah duniawi
semata-mata.

Dengan demikian, maka sekularisasi politik adalah proses sosial dimana struktur
politik tradisional mengalami perbezaan yang radikal, yang menghasilkan
pemisahan dalam bidang ketatanegaraan dan struktur keagamaan. Sebahagian
besar teori modenisasi politik bila memperkatakan peranan agama dalam politik
cenderung mengemukakan idea sekularisme yang membawa maksud membangun
negara dan bangsa menjadi moden dan terpisah dari sebarang urusan keagamaan.

2. Sekularisme dalam bidang ilmu pengetahuan.

Pemikir Barat telah berusaha untuk memperluas jurang antara agama dengan ilmu
pengetahuan. Kemudian secara tidak langsung mereka melakukan tentangan
terhadap apa saja yang bersifat kerohanian dan secara terus terang mereka
mengingkari segala apa yang tidak diketahui sebabnya dengan nyata.

Mereka menyeru pemisahan ilmu dari agama dan mereka melaung-laungkan
keunggulan ilmu dari agama. Maka jurubicara mereka berkata “ Kalau kamu
dapat meletakkan tuhan dan roh di atas altar pembedahan dan dapat kamu lihat
keduanya dengan mikroskop, maka aku bersedia untuk percaya kepada keduanya”

Mereka menyatakan bahawa akal manusia yang berdasarkan pada kekuatan
pancaindera adalah satu-satunya jalan yang ideal untuk dasar ilmu pengetahuan.
Mereka menerangkan bahawa pengetahuan itu adalah relatif dan permulaan segala
sesuatu akhirnya tiada diketahui atau tidak boleh untuk diketahui.

Pandangan kau sekular tentang kebenaran dan kenyataan dirumuskan di atas
pengetahuan yang diwahyukan atau kepercayaan agama, tetapi diatas tradisi
kebudayaan yang diperkuatkan dengan dasar-dasar pendapat filosofi. Renungan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

135
yang bertalian dengan terutama dengan kehidupan duniawi yang berpusat kepada
manusia sebagi makhluk dari fatwa rasional.

3. Sekularisme dari segi fahaman keagamaan

Bertitik tolak dari semakin pudarnya kuasa kaum agama (Kristian) pada waktu itu
maka kedangkalan terhadap pengaruh agama semakin meluas. Hal itu membawa
maksud seakan-akan agama menjadi sebab yang melambatkan perkembangan
ilmu pengetahuan. Kerana itu pemisahan segala aktiviti kehidupan dari ruang
lingkup agama merupakan satu perkara yang penting.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa agama Krisitan pada awalnya
menentang sekularisasi yang ditimbulkan oleh proses terlepasnya alam dari makna
spiritual, berlangsung sepanjang sejarah dengan kekalahan-kekalahan melawan
kekuatan-kekuatan sekularisasi dari benteng-bentengnya.

9.33 PERCANGGAHAN SEKULARISME DENGAN ISLAM

Pandangan Islam terhadap fahaman Sekularisme mahupun pandangan sekularisme
terhadap Islam adalah bersifat negatif iaitu Islam menolak fahaman ini seratus peratus
begitulah sebaliknya. Sekularisme mengungkapkan dengan jelas sifat yang diterapkan
untuk menggambarkan peradaban kebudayaan manusia Barat dan apa yang telah
terjadi di dalam dunia Islam.

Islam secara total menolak penerapan apa pun atas konsep-konsep sekular,
sekularisasi dan sekularisme kerana semuanya itu bukanlah milik Islam malah ia
berlawanan dalam segala hal. Walaupun para sarjana bersusah-payah untuk
mewujudkan titik persamaan antara Islam dan Sekularisme namun ianya tidak
mungkin akan berjaya.

Al Quran menegaskan Islam telah diwahyukan secara lengkap dan sempurna buat
manusia. Kenyataan kesempurnaan ini telah dibuktikan semenjak awal lagi. Islam
melampau sejarah dan tidak berhantung kepada evolusi dan perkembangan seperti
yang dialami oleh agama-agama lain contohnya Kristian.

9.34 SE1ARAH KELAHIRAN SEKULARISME

Sekularisme mula lahir di Barat di abad pertengahan kerana beberapa sebab tertentu
kemudia ia dikembangkan dan disebar di negara-negara Islam oleh kuasa penjajah
sehingga fahaman ini akhirnya dikuti dan dihatai oleh ramai orang Islam khususnya
pemimpin yang mendapat didikan di Barat yang kurang faham mengenai Islam yang
sebenarnya.

Sekularisme lahir di Barat kerana keadaan suasana Barat masa itu sesuai sekali bagi
kelahirannya. Ada beberapa situasi yang menyebabkan munculnya Sekularisme di
sana antaranya ialah:

1. Keadaan agama Kristian yang memisahkan agama dengan negara atau dunia
2. Keadaan kuasa gereja dan tokoh-tokoh agama yang begitu luas
3. Penyelewengan sosial dan ekonomi
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

136
4. Politik yang tidak stabil
5. Tidak menggalakkan perkembangan keilmuan

9.35 SEKULARISME DI MALAYSIA DAN PERKEMBANGANNYA

Selepas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam banyak bidang.
Kemajuan tersebut dicapai setelah mereka menghayati sekularisme. Kemudian di
masa yang sama umat Islam rata-rata berada di dalam keadaan kemunduran dan
ketinggalan dama semua lapangan. Dengan itu orang Islam khusunya para pembesar
yang berpendidikan Barat mengambil sikap mudah dengan membuat anggapan kalau
mahu maju tirulah Barat dan ambillah apa yang ada di Barat. Lalu dengan mudah
mereka mengambil semua yang ada di Barat termasuklah sekularisme dan diguna
pakai di negara Islam termasuklah negara Malaysia.

Di anatara faktor besar kemasukan sekularisme ke negara-negara Islam ialah melalui
penjajah Barat yang telah lama menghayati fahaman tersebut . Penjajah-penjajah
Barat (Kristian) seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris dan sebagainya sangat benci
kepada Islam dan penganut-penganutnya. Islam adalah musuh mereka. Peperangan
Salib yang berlaku begitu lama adalah satu bukti yang jelas bencinya Barat (Kristian)
terhadap Islam. Penjajah Portugis dan Inggeris ke atas tanah Melayu juga telah
membawa masuk fahaman ini kedalam masyarakat Melayu.

Dengan kekuatan yang ada pada penjajah pada waktu itu, dan ditambah pula dengan
kelemahan umat Islam dan negara Islam mudahlah bagi mereka mempermainkan
umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai isme ciptaan mereka termasuklah
Sekularisme. Akhirnya fahaman ini diterima oleh umat Islam sebagai suatu fahaman
yang baik dan perlu dipertahankan.

Perkembangan fahaman ini telah berlaku dalam beberapa saluran, iaitu:
1. Saluran pendidikan
2. Saluran media massa
3. Saluran perundangan
4. Saluran pemikiran


Saluran Pendidikan
Sistem sekular diperkenalkan melalui sistem pendidikan yang diterapkan di sekolah-
sekolah Ingerris. Kelengkapan yang disediakan begitu sempurna dan kemudian
pelajar-pelajar dihantar menyambung pelajaran ke Barat. Di sana mereka terdedah
dengan cara hidup Barat yang Sekluar dan membawa budaya ini dalam kehidupan
seharian mereka.

Sistem media massa
Melalui media massa, Barat telah mempengaruhi umat Islam. Mereka menyebarkan
fahaman ini dalam pelbagai cara seperti menyediakan pelbagai unsur-unsur jahat,
ganas, seks, filem-filem lucah dan lain-lain


Saluran perundangan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

137
Melalui sistem perundangan, pihak penjajah menukarkan sistem perundangan ini
berjalan serentak dengan Sekular. Sekularisme perundangan ini berjalan serentak
dengan Sekularisme di bidang pendidikan dan media massa.

Serangan pemikiran
Orang Yahudi dan Krisitan sejak dahulu lagi tidak henti henti berusaha menentang
Islam dan umatnya dengan pelbagai cara termasuk serangan senjata dan pemikiran.
Ada kalanya mereka berusaha mengkristiankan umat Islam. Di samping itu, ada juga
usaha menyelewengkan orang Islam dari ajaran Islam yang sebenar dengan
mengemukakan beberapa istilah baru yang menarik seperti ‘pembaharuan’,
‘kemajuan’, dan juga ‘perubahan sosial’ supaya orang Islamn terperangkap dengan
istilah tersebut.

9.4 KAPITALISME

Ta'arif "Kapitalisme" pada umumnya ialah, "Suatu sistem yang mempunyai unsur-
unsur kebebasan kepada individu untuk mempunyai harta dan alat perusahaan dan
perkembangan penuh untuk institusi-institusi kewangan". Aliran tokoh-tokoh falsafah
pemikiran kapitalisme seperti John Locke (1632-1704) dukuti oleh Montesquieu
(1689-1775) dan Jean Jacque Rousseau (1712-1778) ini adalah didasarkan kepada
konsep menghormati nilai-nilai kemanusiaan dan kebebasan individu samada dalam
soal agama, pemikiran, ekonomi, sosial dan politik. Ia teiah berkembang dengan lebih
pesat lagi selepas Zaman Renaissance Eropah pada abad ke- 14 hingga ke- 17 Masehi.

Dan aspek agama, aliran ini menghasilkan gerakan reformasi yang menentang
terhadap dominasi golongan gereja. Reformasi yang disebutkan di sini ialah
memencilkan peranan golongan agama dalam perkara-perkara kerohanian dan gereja
semata-mata. Agama di anggap perkara peribadi. Menurut kapitalisme, manusia diberi
kebebasan mutlak dalam memikir, meyakini dan mengamalkan sesuatu konsep
keimanan sesuka hati mereka, kerana itu merupakan kehendak tabie' manusia. Sesiapa
sahaja termasuk pemerintah tidak berhak masuk campur dalam hal ehwal keagamaan
ini, bahkan seseorang itu boleh mendi'ayahkan pandangan, andaian-andaian serta
tanggapan-tanggapannya tanpa mempersoalkan samada keyakinan individu membawa
ciri-ciri perhambaan kepada Allah atau mengingkari kewujudan dan kekuasaan-Nya.
Demikian juga dalam aspek pendidikan dan juga politik, mereka melepaskan din dan
dogma-dogma agama Kristian.

Manakala dan segi sistem ekonomi, kapitalisme menekankan pemilikan alat-alat
pengeluaran seperti tanah, kilang dan sebagainya adalah milik individu bukannya
milik negara. Antara pendekatan utama sistem kapitalisme ialah menonjolkan konsep
ekonomi bebas kepada setiap individu dan konsep 'open door' bagi sektor ekonomi
luar negeri dengan menyediakan berbagai-bagai insentif. Ini bermakna rakyat bahkan
kadang-kala bukan rakyat dibenar menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dengan
bebas. Dibiarkan pengeluaran roduction) dan penggunaan (consumption) tanpa
sebarang had dan sekatan. Diperharuskan memiliki punca-punca pengeluaran (means
of production) yang dijadikan modal tanpa sebarang ikatan, bahkan setiap individu
boleh memilih cara tersendiri walaupun dengan berselindung di sebalik penipuan,
penindasan, putar belit dan rasuah dalam mengumpul, memperbanyak, dan
menggunakan kekayaan. Selanjutnya aliran ini tegak di atas amalan riba dan
monopoli individu atas sesuatu kelompok. Fenomena yang ketara dalam setiap sistem
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

138
kapitalis ialah penimbunan kekayaan kaum pemodal serta berleluasanya penindasan
dan ketidak adilan ke atas kaum pekerja. Dalam keadaan demikian rupa, sistem dan
undang-undang yang ada hanya bertindak sebagai pengawal kepada kegiatan-kegiatan
ekonomi. Tindakan sebenarnya tidak akan diambil melainkan keadaan sudah tidak
terkawal lagi atau penyelewengan dan sabotaj yang berlaku mengancam ekonomi,
keamanan dan ketahanan negara.

Dalam hubungan perdagangan antarabangsa pula, kita dapati kapitalisme
memberansangkan apa yang dinamakan 'free-competition', terutamanya dalam bidang
pengeluaran dan pemasaran sehingga menimbulkan berbagai-bagai masalah ekonomi.

Menurut kapitalisme lagi, kebebasaan memberi pendapat hendaklah diberikan
sepenuhnya. Ini bererti setiap suara individu itu ada nilainya dalam menentukan rupa
bentuk penghidupan masyarakat secara keseluruhannya, merangka undang-undang
dan menentukan kuasa-kuasa yang mengawalnya. Tidak kira samada pemikiran yang
ditonjolkan itu salah atau benar, konstruktif atau distruktif kalau dilihat dari kaca mata
agama dan sosial, kedua-duanya bagi kapitalisme adalah serupa sahaja.

Kapitalis berpendapat nilai-nilai hidup sosial manusia hendaklah ditentukan kepada
keupayaan mental, emosi, sentimen umum, persekitaran dan realiti yang ada.
Kejayaan hidup bagi kapitalis ialah bilamana manusia dapat mengumpulkan sebanyak
yang boleh nikmat fizikal, hawa nafsu dan runtunan hati mereka, kerana itulah satu-
satunya cara untuk menuju kepada kesejahteraan total. Atas dasar ini, kebebasan
sosial hendaklah diberikan tanpa batas selama mana tindak tanduk individu itu tidak
menganggu ketenteraman orang lain (Breach of Peace).

Bagaimana sikap Islam terhadap kapitalisme? Ternyata bahawa Islam tidak
menentang kebaikan yang boleh membawa kemajuan kepada umat manusia. Tetapi
ianya mempunyai garis panduan tertentu yang mesti dipatuhi agar memberi keadilan
kepada semua pihak seperti mengharamkan riba, penindasan, penipuan, monopoli dan
sebagainya. Sedangkan fenomena seumpama ini wujud dalam sistem kapitalisme.

Sesungguhnya order baru yang dimonopoli oleh akal pemikiran manusia telah
melahirkan berbagai ideologi moden seperti materialisme, sekularisme, kapitalisme,
komunisme dan lain-lain lagi. Semua isme-isme ciptaan manusia ini bukan sahaja
menimbulkan kesan negatif terhadap umat Islam, malah ianya membawa kerosakan
dan kehancuran kepada semua umat manusia. Ini disebabkan ciptaan manusia tidak
memenuhi keperluan tabii manusia sendiri, bersifat lemah dan banyak kekurangan
berbanding dengan ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Jadi
segala kepentingan dan maslahat manusia itu haruslah diatur secara sistematik melalui
ajaran Islam yang luhur untuk sampai kepada suatu bentuk kelebihan dan
kesempumaan.

EKONOMI KAPITALISME

Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Di bawah sistem ini seseorang
individu berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang
diperolehinya. Mencegah orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan
memutuskan bagaimana barang-barang itu diuruskan setelah dia mati.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

139
Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal sahaja
kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta
dibenarkan oleh masyarakat, keseluruhannya hak-hak ini boleh dibatasi melalui
tindakan masyarakat.

Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi yang cekap.
Pada umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan
dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.

Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah:

1.Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia
2.Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan
industri kredit) yang mengenakan riba (faedah)
3.Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus menerus
atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham
4.Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas
aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam sistem
kapitalisme dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik modal
5.Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah
sistem kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba, tetapi
juga dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan
6.Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi
hasrat setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua
persaingan dengannya.



9.5 SOSIALISME

Fahaman Sosialis lahir apabila Kapitalis mencapa kepada kemuncak kehancuran.
Demukian gambaran Eropah pada masa revolusi industri yang terjadi di sekitar abad
ke 18 dan 19. Dengan kemajuan industri dan pemasaran maka keuntungan besar
besaran itu hanya dapat dirasai oleh para pemilik modal sedangkan kaum buruh yang
miskin tidak mendapat imbuhan untuk menampung kehidupan sehari-hari

Sebelum zaman Karl Marx, fahaman sosialis hanya merupakan satu sistem ekonomi
yang bertujuan menghapuskan hak milik peribadi, namun selepas itu ia berubah
menjadi sistem nilai yang mencakupi semua aspek kehidupan.

9.51 ANTARA ISLAM DAN SOSIALIS

Baik golongan sosialis, komunis mahupun kapitalis selalu beranggapan bahawa harta
benda adalah merupan tujuan utama mencapai kebahagiaan kerana mereka merupakan
golongan materialisme.

Harta benda menurut pandangan Islam bukanlah merupakan sasaran atau tujuan yang
dikejar-kejar, tetapi islam meletakkan harta-benda sebagai perantaraan untuk
kesejahteraan umat manusia. Islam tidak menganjurkan kehidupan yang terlalu sukar
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

140
namun tidak pula menganjurkan kehidupan yang bermewah-mewahan sebagaiman
yang dianjurkan oleh Kapitalis.

EKONOMI SOSIALISME

Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke
atas masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat.
Kelahiran sosialisme mula mendapat sambutan dan begitu laris. Prinsip sosialisme
adalah:

1.Mengembalikan kuasa ekonomi daripada golongan Borjuis (kapitalis) kepada
golongan proliter (petani dan buruh)

2.Menyerahkan semua sumber alam dan sumber ekonomi kepada negara untuk
diagihkan sama rata kepada rakyat

Di bawah sistem sosialisme, hakmilik kerajaan ke atas sumber dihadkan kepada tanah
dan modal yang digunakan secara besar-besaran. Industri-industri besar dimiliki dan
dikawal oleh negara manakala kebanyakan perniagaan kecil dimiliki oelh individu.

Secara umumnya, individu dalam sebuah negara sosialis memiliki dan menguasai
lebih banyak harta berbanding dengan individu di bawah sistem komunisme tetapi
sangat kurang berbanding dengan milik individu di bawah sistem kapitalisme.

Oleh kerana di bawah sistem sosialisme banyak industri dimiliki dan dijalankan oleh
negara, maka kebebasan menjalankan aktiviti hanya terdapat dalam kerja-kerja yang
dijalankan oleh persendirian. Para pekerja masih bebas memiliki pekerjaan, namun
begitu peluang untuk menjadi ahli perniagaan dan mencari keuntungan sangat kecil
berbanding dengan sistem kapitalisme.



9.6 KOMUNISME (sosialis ala Marx)

Komunisme (as~Syur’iyyah) - ajaran berkait dengan ekonomi, juga berhubung
dengan politik dan kemasyarakatan, iaitu berdasarkan kepada kebendaan. la
merupakan tindakbalas terhadap ideologi kapitalisme, iaitu tekanan terhadap pekerja
atau golongan buruh.

Pengasasnya ialah seorang Yahudi Jerman, Karl Marx yang mengisytiharkannya pada
tahun 1948, dan dimuatkan di dalam bukunya berjudul Das Kapital pada tahun 1867.
Pembantunya ialah Ingal. Ideologi ini diteruskan oleh Lenin yang menyebabkan
tercetusnya Revolusi Russia, kemudian diteruskan pula oleh Stalin. Di China, ideologi
ini direalisasikan oleh Mao Tse Tung.

A1ARAN KOMUNISME

1. Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara yang ghaib. Kebendaan
merupakan asas kepercayaan semata-mata. Serta menentang agama, cthnya Karl Marx
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

141
mengatakan bahawa agama itu candu pada masyarakat. (Tetapi ada juga golongan
yang meminda ajaran ini di negara masing-masing)

2. Menentang milik perseorangan; harta seharusnya menjadi milik umum.

3. Menghapuskan kelas dalam masyarakat iaitu buruh dan majikan, dengan
mencetuskan penguasaan kerajaan oleh golongan buruh.

4. Rakyat mengabdikan diri pada negara semata-mata, bukan pada Allah SWT.

5. Menafsir sejarah dengan mengatakan bahawa sejak berzaman, terdapat
pertarungan antara kaum buruh dan majikan, yang berakhir dengan golongan
buruh memperoleh kejayaan dan menubuhkan kerajaan.

6. Beriktikad bahawa tidak ada Hari Akhirat.

Sosialis sebelum munculnya sosialis ala Karl Marx tidak lain hanyalah merupakan
fahaman ekonomi semata-mata yang menghapuskan pemilikan peribadi dan
membahagikan kekayaan dan sumbernya kepada seluruh rakyat secara sama rata.
Setelah zaman karl Marx fahaman ini tidak tertumpu kepada ekonomi sahaja. Ia
diperluaskan sebagai sistem nilai yang mencakupi segala aspek kehidupan. Fahaman
ini hanya memandang masalah material dan perut, maka sistem yang dicipta oleh Karl
Marx bagi kehidupan manusia ini hanyalah merupaka sistem material belaka.
Sosisalisme sekarng buykan hanya merupakan pecahan permasalahn kaum buruh
sahaja tetapi lebih dari itu merupaka falsafah etika dan sistem aturan yang
membicarakan masalah metafizika. Sosialisme Marx juga dinamakan sosialisme
revolusioner.

EKONOMI KOMUNISME

Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter
secara demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang
Dunia Ke-2 (1940-1945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan
baharu menggunakan kekerasan dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. Ianya
mendapat sambutan di Barat sesudah kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis,
yang bermotokan persamaan (equality), kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan
(fretinity).

Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang radikal dan satu
doktrin politik yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini, semua tanah dan
modal sama ada yang asli atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya.
Rakyat akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan mengikut
kebolehan mereka.

Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis dengan komunisme.
Guru bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan utama penganjur
sosialisme ialah untuk menegakkan kerajaan dictator oleh sosialis: Karl Marx
mengarahkan agar semua komunis mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman
sosialisme.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

142
Oleh itu penganjur komunis Rusia telah menamakan negara mereka ‘Union of Soviet
sosialist Republic’ bukannya ‘Union of Soviet Communist Republic’. Dalam ‘The
Communist Manifesto’ Karl Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan
mengasaskan pemerintahan dictator pekerja-pekerja sosialis. Untuk itu tiga perkara
diperlukan:
1.Menghapuskan semua hak milik persendirian
2.Menghapuskan unit keluarga
3.Menghapuskan segala agama


9.61 BIOGRAFI KARL MARX

Marx adalah keturunan Yahudi. Dilahrikan di Kota Trier iaitu salah satu bahagian dari
wilayah Rhein (Jerman). Walaupun keluarganya adalah pemeluk agama Krisitan
ketika dia masih kecil tetapi Marx tidak ambil peduli dengan agama keluarganya
kerana wataknya yang sombong, berani, keras kepada, dan dirinya sangat menonjol.
Karl Marx selalu mengikuti kata aklanya dengan mengkoreksi dirinya dengan kata
akal tersebut dan pandai menghindarkan diri dan kesalahan serta dapat menguasai
gejolak perasaannya sehingga ia menjadi seorang yang berkeperibadian kuat, berani
dan revolusioner.

Ayah Marx adalah seorang pegawai kehakiman dan kekayaan yang dimilikinya
dipergunakan untuk biaya sekolah Marx tanpa keraguan sedikit pun. Marx pernah
belajar di Universiti Bonn dan Universiti Berlin, dan ia sangat mencintai buku-buku
sejarah hukum dan falsafah. Dia terpesona dengan falsafah Hegel yang ketika itu
sedang popular dan menjadi buah bibir khalayak ramai.


9.7 KESAN IDEALOGI KUFAR TERHADAP KEHIDUPAN
MANUSIA

Jika ditinjau dan amalan yang dipraktikkan oleh sebilangan umat manusia han ini,
terdapat penyelewengan akidah yang dilakukan oleh mereka akibat dan ilmu yang
cetek. Demikian juga keghairahan masyarakat kini untuk mengikut budaya-budaya
moden ciptaan manusia yang dianggap "up to date", "sopisticated" dan terkini yang
mana mereka telah membebaskan diri dari belenggu agama yang kononnya dikira
sebagai mengongkong kebebasan hidup mereka. Semuanya ini memberikan natijah
yang buruk kepada kehidupan insan. Beberapa akibat boleh dilihat dalam aspek-aspek
berikut antaranya ialah:

Kepincangan dalam berakidah berlaku di kalangan manusia di mana seseorang itu
tidak lagi berpegang teguh dengan akidah Islam. Maka lahirlah kepercayaan-
kepercayaan dan amalan-amalan yang bercanggah dengan konsep Tauhid Rububiyyah
dan Uluhiyyah. Misalnya ada yang mengambil manusia sebagai sembahan seperti apa
yang berlaku kepada Firaun (Lihat Surah Al-Qasas : 38), menjadikan orang-orang
alim dan rahib-rahib sebagai Tuhan selain Allah (Lihat Surah At-Taubah : 31) dan
hawa nafsu sebagai Tuhan (Lihat Surah Al-Jaathiah : 23).

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

143
Ekoran dari kepincangan tersebut manusia akan mengabaikan tanggungjawab untuk
melaksanakan sistem perundangan Islam seperti yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t. Mereka hanya mengambil sebahagian hukum dan peraturan yang dirasakan
sesuai dan menolak setengah yang lain lantas mendaulatkan undang-undang ciptaan
manusia. Sedangkan menurut Islam, hukum Allahlah yang lebih baik, lebih adil, lebih
praktikal dan lebih sempuma untuk diamalkan kerana Dialah (Allah) Pembuat
undang-undang yang mutlak, tidak ada sesuatu yang sistem yang setanding dengan
syariat-Nya. (Lihat Surah Al-Maidah: 44-47)

Apabila manusia mengambil kepercayaan dan sistem yang lain dan Islam, maka akan
lahirlah pelbagai gejala mungkar dalam masyarakat. Anda akan dapati berleluasanya
amalan-amalan seperti judi, ketagihan arak, dadah, rasuah, penindasan, penipuan,
pelacuran dan aneka ragam kemaksiatan. Cuba anda layangkan pandangan anda ke
arah negara-negara yang berasaskan kepada ideologi ciptaan manusia seperti di
Amerika, Jepun, Rusia dan sebagainya. Di sana anda akan menemui berbagai masalah
sosial yang tidak dapat dibendung lagi terutamanya dalam isu jenayah dan hubungan
seks bebas.

Melahirkan golongan yang memperjuangkan kebendaan semata-mata tanpa
menghiraukan aspek-aspek kerohanian atau keagamaan. Matlamat hidupnya adalah
untuk mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia dengan mengenepikan nilai-nilai
keagamaan. Sebagai contoh di dalam menjalankan kegiatan ekonomi, mereka lebih
mementingkan keuntungan dalam mencari harta kekayaan dengan menggunakan apa
jua cara bagi mendapatkannya, yang mana akhirnya menyebabkan berlakunya
penindasan, penipuan, wujudnya jurang pemisahan yang ketara antara golongan kaya
dan miskin serta ketidakstabilan dalam ekonomi negara.

Akhirnya manusia tidak lagi menjadikan Rasulullah S.A.w., para sahabat R.A. dan
"ulama-ulama pewaris Nabi" sebagai contoh, teladan dan ikutan dalam setiap urusan
kehidupan. Malahan mereka menjadikan golongan-golongan yang zalim, fasiq, kafir
dan seumpamanya sebagai model yang ideal. Tidak hairanlah kalau anda dapati ramai
di kalangan masyarakat dunia hari ini lebih mengagungkan dan mencontohi mereka
yang ingkar akan peraturan Allah s.w.t. Lihatlah berapa ramai manusia kini yang
memuja dan mengagungkan orang-orang tertentu misalnya seperti Elvis Presley,


Micheal Jackson dan lain-lain lagi. Sedangkan kita semua tahu bahawa Junjungan
S.A.w. adalah model yang paling unggul untuk dicontohi dalam semua aspek
kehidupan. Ingatlah! selagi umat Islam berpegang teguh dengan Kitab Allah (Al-
Qur'an Al-Karim) dan sunnah Rasul-Nya, maka selama itulah manusia tidak akan
sesat buat selama-lamanya. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Junjungan S.A.w. dalam
sabdanya yang bermaksud:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi kamu berpegang kedua-duanya
kamu tidak selama-lamanya; iaitu kitab dan sunnah Rasul-Nya". teguh dengan akan
sesat buat Allah (Al-Qur'an)
(Riwayat Malik)

9.8 AMERIKA SYARIKAT . IDEOLOGI DAN ISLAM

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

144
Setelah lebih 76 tahun berlalu (sejak jatuhnya Kekhilafahan Uthmaniyah di Turki
pada Mac 1924) umat Islam di seluruh dunia bak anak ayam yang kehilangan
ibunya (Daulah Khilafah). Umat Islam di manapun mereka berada terkapai-kapai
mencari secebis simpati akibat penindasan dan permasalahan yang datang secara
bertubi-tubi dan tak kunjung henti setelah ‘ibu’ mereka telah tiada. Barat telah
membawa pisau (yang digunakan untuk membunuh ibu mereka) kepada kaum
muslimin yang berlumuran darah dengan titisan darah ‘ibu’ mereka. Kemudiannya
orang-orang Muslim berjabat tangan dengan pembunuh yang memegang pisau yang
masih menitiskan darah ibu mereka tanpa mereka sedari bahawa jabatan tangan itulah
jua yang bakal menghancurkan mereka. Barat yang diketuai oleh AS sebenarnya
masih takut untuk melihat Islam itu bangkit semula. Oleh yang demikian itu mereka
sedaya upaya cuba meraih perhatian kaum muslimin dan menjauhkan kaum muslimin
daripada Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Untuk itu mereka telah
melancarkan serangan demi serangan bagi mencapai hasrat mereka.

Untuk melancarkan serangannya terhadap Dunia Islam, AS menyandarkan dirinya
pada asas-asas utama berikut ini:

Pertama, Posisi AS dalam politik antarabangsa dan pengaruhnya yang kuat terhadap
Dunia Islam. Keadaan ini terwujud setelah Perang Teluk II yang telah
menghasilkan keuntungan-keuntungan politik bagi AS, iaitu pemantapan
hegemoninya di Dunia Islam secara keseluruhan. Akibat adanya posisi dan pengaruh
AS itu, Dunia Islam menjadi pihak yang paling banyak menerima
tekanan-tekanan AS dan menjadi sasaran serangan AS yang bertujuan untuk
menghancurkan Islam dengan cara memimpin dan mengajak kaum muslimin untuk
menganut Kapitalisme.

Kedua, Kepemimpinan AS ke atas negara-negara Kapitalis lain yang bercita-cita
untuk turut serta dalam serangan yang dilancarkan AS. Selain itu, AS juga telah
melemahkan pengaruh negara-negara Kapitalis tadi dan menundukkan agen-agennya
di Dunia Islam demi kelancaran serangannya. Meskipun demikian, negara-negara
Kapitalis tadi sebenarnya tak berbeza dengan AS dalam pandangannya terhadap
Islam, yakni Islam dianggap sebagai bahaya yang mengancam negara-negara
Kapitalis berikut seluruh pengaruh dan kepentingan mereka.

Ketiga, AS mempunyai legislatif dan alat antarabangsanya, iaitu PBB dan Piagam
PBB, termasuk berbagai badan dan organisasi yang menginduk kepada PBB. Semua
alat ini telah dikendalikan oleh AS untuk menjalankan strateginya dan memberikan
legitimasi antarabangsa terhadap segala tindakan yang dianggap perlu oleh AS, baik
tindakan dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan, dan yang lainnya.

Keempat, Sarana-sarana media massa antarabangsa telah dikuasai oleh AS dan
sekutu-sekutunya, kemudian dijadikan senjata paling mematikan untuk melancarkan
serangan. Sarana-sarana itu di manfaatkan AS untuk menjajakan slogan-slogan yang
mereka gunakan dalam serangan ini. Begitu pula AS melalui saranan-sarana
ini juga menggambarkan citra buruk mengenai Islam serta membangkitkan rasa benci
dan permusuhan dunia terhadap orang-orang yang berpegang teguh pada Islam.
Mereka yang konsisten terhadap Islam ini telah dilabel dan dicaci maki dengan
bermacam-macam predikat : fundamentalis, radikalis, ekstrimis, teroris, dan
sebagainya.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

145

Tidak diragui lagi, senjata mereka ini sangatlah ber-bahaya, terutama setelah adanya
revolusi komunikasi dan informasi yang berlangsung pada abad ini, sehingga dunia
seakan-akan telah berubah menjadi sebuah desa kecil. Akibatnya, hampir-hampir
tidak ada satu rumah pun di dunia ini yang tidak dimasuki oleh arus informasi, baik
informasi yang dapat dibaca mahupun yang bersifat audio visual.

Kelima, Asas yang paling merbahaya ialah para penguasa yang menjadi agen AS dan
sekutu-sekutunya, termasuk orang-orang yang ada di sekitar para penguasa
tersebut. Orang-orang yang rapat dengan para penguasa ini terdiri dari para penjilat
hina yang munafik, orang-orang lemah yang pragmati dan para intelektual
yang kenyang dengan kebudayaan Barat yang kafir dan tertipu oleh metod kehidupan
mereka. Termasuk juga dalam kategori ini sebahagian orang yang pura-pura
membela Islam, seperti para ulama pendukung penguasa, individu-individu tertentu
yang ditonjol-tonjolkan sebagai intelektual muslim dan beberapa tokoh harakah
(gerakan) Islam. Pada hakikatnya, mereka ini tak lebih hanyalah orang-orang sekular
yang mempropagandakan pemisahan agama dari kehidupan.

Semua pihak di atas telah berkomplot dan berkhidmat demi menjayakan serangan
Amerika, yang sesungguhnya bertujuan menuntun kaum muslimin agar membuang
ideologi Islam dan kemudian memeluk ideology Kapitalisme.

Dalam hal ini kaedah dan sarana yang digunakan oleh para penguasa dan kuncu-
kuncunya dalam adalah pelbagai, di antaranya :

1. Menyesatkan umat melalui media massa.

2. Memanipulasi pemahaman dan hukum Islam.

3. Menerapkan peraturan-peraturan kufur dan merlegislasi berbagai hukum dan
undang-undang untuk menerapkan peraturan kufur itu.

4. Mengadakan pelbagai perjanjian dan kesepakatan agar negara-negara di Dunia
Islam tetap lestari berada di bawah telapak kaki orang-orang kafir dan
cengkeramannya.

5. Menjalankan rencana dan skenario yang dikarang oleh kaum kafir, yang bertujuan
untuk menghina dinakan umat dengan cara memusnahkan nilai-nilai luhur dalam
ajaran Islam.

6. Menumpas secara kejam para pejuang Islam yang telah sedar dan ikhlas dari
kalangan putera-puteri umat Islam, dengan tujuan untuk membungkam mulut mereka
dan menyebarkan rasa ngeri sekaligus melancarkan kejahatan terhadap rakyatnya
sendiri. Dengan demikian, para penguasa tersebut berharap agar tiada seorang pun
yang berani menyuarakan kebenaran secara terang-terangan, sehingga mereka akan
lebih mudah menginjak-injak umat dan memimpin mereka agar redha meyakini
kekufuran dan ikhlas dipijak-pijak kaum kafir.

Kelima Asas inilah merupakan asas-asas utama yang digunakan oleh AS untuk
melancarkan serangannya melawan kaum muslimin. Serangan ini bertujuan untuk
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

146
menghancurkan Islam dengan cara menggiring kaum muslimin untuk memeluk dan
menganut ideology Kapitalisme.

Serangan AS itu terwujud dalam empat slogan yang sebenarnya merupakan cabang
ideologi Kapitalisme, iaitu: Demokrasi, Pluralisme, Hak Asasi Manusia, dan
Politik Pasaran Bebas.

Asas slogan-slogan ini adalah aqidah Kapitalisme, iaitu aqidah pemisahan agama dari
kehidupan (Sekularis-me). Aqidah ini, sebenarnya bukanlah hasil proses berfikir.
Bahkan, tidak dapat dikatakan sebagai pemikiran yang logik. Aqidah pemisahan
agama dari kehidupan tak lain hanyalah penyelesaian yang berkecenderungan ke arah
jalan tengah atau bersikap moderat, antara dua pemikiran yang kontradik. Kedua
pemikiran ini, yang pertama adalah pemikiran yang diserukan oleh tokoh-tokoh gereja
di Eropah sepanjang Abad Pertengahan (abad V - XV M), yakni keharusan
menundukkan segala urusan dalam kehidupan menurut ketentuan agama. Sedangkan
yang kedua, adalah pemikiran sebagian pemikir dan filosof yang mengingkari
keberadaan Al Khaliq.

Jadi, pemikiran pemisahan agama dari kehidupan merupakan jalan tengah di antara
dua sisi pemikiran tadi. Penyelesaian jalan tengah, sebenarnya mungkin
terwujud di antara dua pemikiran yang berbeza (tapi masih mempunyai asas yang
sama). Namun penyelesaian seperti itu tak mungkin terwujud di antara dua
pemikiran yang kontradik. Sebab dalam hal ini hanya ada dua kemungkinan. Pertama,
ialah mengakui kewujudan Al Khaliq yang menciptakan manusia, alam semesta, dan
kehidupan. Dan dari sinilah dibahas : apakah Al Khaliq telah menentukan suatu
peraturan tertentu lalu manusia diwajibkan untuk melaksanakannya dalam kehidupan
? Juga apakah Al Khaliq akan menghisab manusia setelah mati mengenai
keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq ini ?

Kedua, ialah mengingkari keberadaan Al Khaliq. Dan dari sinilah dapat ditarik suatu
kesimpulan, bahawa agama tidak perlu lagi dipisahkan dari kehidupan, tapi
bahkan harus dibuang dari kehidupan. Adapun pendapat yang mengatakan bahwa
keberadaan Al Khaliq tidaklah lebih penting daripada ketiadaanNya, maka ini adalah
suatu ide yang tidak memuaskan akal dan tidak menenteramkan jiwa.

Jadi, berdasarkan fakta bahawa aqidah Kapitalisme adalah jalan tengah di antara
pemikiran-pemikiran kontradiktif yang mustahil diselesaikan dengan jalan tengah,
maka sudah cukuplah bagi kita untuk mengkritik dan membatalkan aqidah ini. Tidak
ada bezanya apakah aqidah ini dianut oleh orang yang mempercayai keberadaan Al
Khaliq atau yang mengingkari keberadaan-Nya.

Tetapi dalam hal ini dalil aqli (dalil yang berlandaskan keputusan akal) yang qath’i
(yang tidak diragukan lagi kebenarannya), membuktikan bahwa Al Khaliq itu ada dan
Dialah yang menciptakan manusia, alam semesta, dan kehi-dupan. Dalil tersebut juga
membuktikan bahwa Al Khaliq ini telah menetapkan suatu peraturan bagi manusia
dalam kehidupannya, dan bahwasanya Dia akan menghisab manusia setelah mati
mengenai keterikatannya terhadap peraturan Al Khaliq tersebut. Kendatipun
demikian, pembahasan kali ini bukan untuk melakukan pembahasan mengenai
kewujudan Al Khaliq atau mengenai peraturan yang ditetapkan Al Khaliq untuk
manu-sia. Namun yang menjadi focus pembahasan di sini ialah aqidah Kapitalisme itu
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

147
sendiri dan penjelasan mengenai kebatilannya. Dan kebatilan Kapitalisme cukup
dibuktikan dengan menunjukkan bahawa aqidah Kapitalisme tersebut merupakan
jalan tengah antara dua pemikiran yang kontradik, dan bahawa aqidah tersebut tidak
dibangun atas dasar pembahasan akal.

Dengan merobohkan aqidah Kapitalisme ini, sesungguhnya sudah cukup untuk
merobohkan ideologi Kapitalisme secara keseluruhan. Sebab, seluruh pemikiran
cabang yang dibangun di atas landasan yang batil pada hakikatnya adalah batil juga.
Dan ini bererti, tidak perlu lagi dibahas ide- ide pokok dalam Kapitalisme
satu per satu secara terperinci. Namun, pembahasan secara terperinci terhadap ide-ide
pokok itu kini telah menjadi satu keharusan, kerana sebahagian ide-ide tersebut telah
dipasarkan secara universal dan diterima oleh sebahagian kaum muslimin. Selain itu,
ide-ide tadi ternyata telah menjelma menjadi slogan-slogan yang digunakan Amerika
untuk menyerang Islam dan umatnya dengan suatu serangan yang sangat
ganas dan berbahaya.

Oleh kerana itu, idea-idea pokok tadi harus dibahas secara terperinci, kemudian
diterangkan kekeliruannya dan pertentangannya dengan Islam. Dengan demikian,
diharapkan kaum muslimin akan mengetahui bahawa mereka diharamkan untuk
mengambil ide-ide tersebut. Lebih dari itu, mereka bahkan diwajibkan membuang
sama sekali semua ide-ide itu dan menentang serta melawan siapa pun yang berusaha
menjajakannya.

Menghadapi niat jahat AS terhadap kalian ini, kalian harus selalu waspada dan
memahami hakikat pelbagai perancangan licik kaum kafir dan kuncu-kuncunya yang
diarahkan kepada kalian. Kalian saat ini diseru untuk membela aqidah dan agama
kalian. Kalian saat ini diseru untuk membela kewujudan kalian sebagai sebuah
umat, sebab sebuah umat akan tetap wujud dengan lestarinya ideologi mereka. Dan
sebaliknya, umat itu akan hancur dengan punahnya ideologi mereka.

Saat ini adalah detik-detik kritikal yang akan menjadi pemisah antara perkara yang
hak dengan yang batil, antara kejayaan dan kebinasaan. Sedarilah, bahawa AS
dan Barat yang kafir, juga para penguasa kalian berserta pembela-pembelanya; iaitu
orang-orang yang terpengaruh oleh Kapitalisme dan tertipu oleh metod
hidupnya, para ahli politik, intelektual, ekonomi, tokoh, juga para propaganda
Demokrasi, Pluralisme, HAM, Politik Pasar Bebas; semuanya berada dalam satu
barisan, iaitu barisan pembela kebatilan. Sementara itu, para pengembang dakwah
yang penuh kesedaran dan keikhlasan dan juga siapa saja dari kalangan
putera-puteri umat ini yang masih memiliki ghirah(semangat) membela agama Allah,
semuanya berada pada barisan yang sama, iaitu barisan pembela kebenaran. Sedarilah
pula, bahawa pertempuran hidup mati ini akan menentukan nasib kalian. Sebab
sesudah pertempuran ini hanya ada dua pilihan : kemenangan dan kemuliaan di dunia
dan akhirat; atau kebinasaan dan kehinaan di dunia dan akhirat. Na’udzubillah min
dzalik.

Maka dari itu, setiap individu muslim dan mukmin yang beriman kepada Allah dan
RasulNya serta beriman kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, saat
ini benar-benar dituntut untuk bergabung dengan barisan pembela kebenaran tadi.
Sungguh, tidak ada pilihan lain saat ini, sebab tidak boleh lagi ada seorang
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

148
muslim pun yang hanya menonton pertempuran hidup mati yang menentukan nasib
kalian ini.

Bahaya kemusnahan ini, tak diragukan lagi akan terus mengancam kalian, selama
kalian tetap hidup seperti sekawanan ternakan yang tersesat tanpa penggembala
yang dapat menjaga dan membelanya dari segala bahaya yang mengancam.
Sedangkan, Islam telah mewajibkan adanya seseorang yang bertugas bagaikan
penggembala bagi kalian, iaitu seorang Khalifah yang akan kalian
bai’at untuk mengamalkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Benar-benar telah
terlalu lama kalian hidup tanpa Khalifah itu. 76 Tahun ! Sungguh, ini adalah
kemaksiatan yang sangat besar di sisi Allah Azza wa Jalla. Bukankah Rasulullah saw
telah bersabda

"Siapa saja yang mati dan di bahunya tidak ada bai’at (untuk Khalifah), bererti dia
telah mati jahiliyah."
(HSR Muslim)

Khalifah sajalah yang akan sanggup mempersatu- kan kalian. Dia tidak akan menyia-
nyiakan atau membiarkan kalian. Bahkan dia akan menyahkan segala gangguan dan
kejahatan yang mengancam kalian. Dialah yang akan mengembalikan kalian kepada
sifat kalian yang asal seperti yang dikehendaki Allah SWT atas kalian iaitu
sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia.

Dan demi Allah, kalian sebenarnya mampu untuk melepaskan diri dari segala
gelimang dosa dan belenggu penderitaan ini, jika kalian berniat secara ikhlas dan
bertekad dengan benar untuk berjuang !

Orang-orang kafir dan kuncu-kuncunya yang senantiasa menyerukan kesesatan telah
menyedari kemampuan kalian ini. Oleh kerana itu, para penguasa kalian terus
menyebarkan rasa takut dan pesimis di antara kalian serta terus melancarkan
kejahatan atas kalian. Mereka bermaksud agar kalian tidak berani menyampaikan
kebenaran secara terang-terangan, dan agar kalian redha menerima kekufuran dan
ikhlas dipijak-pijak kaum kafir.

Namun kalian harus ingat, bahawa Allah SWT telah memerintahkan kalian untuk
tidak takut kepada mereka dan hanya takut kepada Allah SWT semata. Allah SWT
ber-firman yang mafhumnya:

"...kerana itu janganlah kalian takut kepada mereka (orang- orang kafir), tetapi
takutlah kalian kepada-Ku jika kalian benar-benar orang-orang beriman."
(Ali ‘Imran : 175)

Selain itu, Allah SWT juga telah berjanji kepada kalian bahawa Dia akan memberi
pertolongan kepada kalian sekiranya kalian mengerjakan perintah Allah
itu. Allah SWT berfirman:

"Jika kalian menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolong kalian dan
meneguhkan kedudukan kalian."
( Muhammad : 7)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

149

Yakinlah, bahawa Allah tidak akan mengingkari janjiNya. Maka dari itu, bangkitlah
kalian segera untuk mematuhi perintahNya dan menolong agamaNya
dengan jalan memusnahkan dan mencampakkan ideology Kapitalisme yang kufur itu
dan ide apa pun yang dikatakan oleh Kapitalisme; seperti Demokrasi,
Pluralisme, Hak Asasi Manusia, dan Politik Pasaran Bebas. Dan kalian pun wajib
menentang dan melawan siapa saja yang berupaya menjajakan dan menggembar-
gemburkan ide-ide kufur itu.

Namun, hendaklah kalian menyedari bahawa perjuangan kalian itu tak akan
sempurna, kecuali kalian berjuang bersama-sama dengan para pengembang dakwah
yang ikhlas, untuk menegakkan Khilafah yang akan menjadi benteng sejati bagi
kalian sebagai pelindung dari segala ancaman dan bahaya kekufuran, perpecahan,
gangguan dan kejahatan.

Marilah kita bersama-sama berjuang untuk memenangkan agama Allah SWT !

"Wahai orang-orang yang beriman penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya jika Rasul
menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kalian"
(Q.S. Al Anfaal : 24)


"Matahari(Al Khilafah) yang terbenam pasti akan terbit semula dengan Izin
Allah"

Zubair Muhammad


PENUTUP

Tidak dapat disangkal lagi bahawa pertarungan antara kebenaran (al-Haq) dan
kebatilan (al-Batil) akan berterusan hinggalah ke han kiamat. Sesungguhnya para
pendokong kebenaran akan mempetjuangkan petunjuk dan hidayah dan Allah tanpa
jemu, manakala para pendokong kebatilan akan menegakkan kesesatan dan
penyelewengan di alam buana ini. Sehubungan dengan itu anda perlulah mengenal
pasti antara kebenaran dan kebatilan agar tidak tersesat jauh dan menyeleweng dan
ajaran yang sebenarnya.

firman Allah s.w.t:

Ertinya: "Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka
ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan
itu mencerai-beraikan kamu dan jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah
kepadamu. agar kamu bertakwa".
(SurahAl-An'am. 6:l53)


RU1UKAN

1. Dr Burhanuddin Al-Helmy. Antara ‘Asabiyah dan Nasionalisme: Menurut
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

150
pandangan Dr. Burhanuddin al-Helmy
2. Nasinalisme: Satu Tinjauan Sejarah
3. Modul Ilham
4. Antara Agama dan Ideologi
5. Dr Sobri Salamon, Konflik Antara Islam dan Marxisme dan Satu Kes Kajian
Kedudukan Islam di USSR dan China
6. Imam Munawwir, Polisi Islam di tengah Pertarungan Ideologi dan Keyakinan
7. Mas’ud An-Nadwi, Islam dan Sosialisme


SOALAN PERBINCANGAN:

1. Apakah yang dimaksudkan ideologi?
2. Bincangkan pengaruh ideologi ke atas umat Islam kini?
3. Sekularisme dan Nasionalisme adalah antara ideologi yang meluas dalam
masyarakat hari ini. Berikan pengertian keduanya serta jelaskan kenapa
keduanya bercanggah dengan Islam?




























Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

151
10.0 PERTEMUAN SEPULUH


10.1 IBADAH

10.11 PENDAHULUAN

Ibadah merupakan perkara terpenting dalam kehidupan manusia. Tujuan manusia
dijadikan adalah semata-mata untuk beribadah dan memperhambakan diri kepada
Allah swt. Kejayaan hidup seseorang di dunia dan di akhirat adalah bergantung
kepada ibadah yang dilakukannya.

Pengertian ibadah selalu disalahertikan. Ada segelintir umat Islam yang
menyalahertikan maksud ibadah yang sebenarnya. Mereka menganggap ibadah itu
hanyalah upacara-upacara tertentu sahaja seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca
Al-Quran, bersedekah, berzikir dan lain-lain ibadah yang ada hubungan terus dengan
Allah swt. Sebenarnya ibadah menurut Islam adalah merangkumi semua bidang
kehidupan, dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besar perkara.

10.12 MATLAMAT KE1ADIAN MANUSIA

Setiap manusia perlu menyoal dirinya sendiri dengan pertanyaan-pertanyaan seperti
berikut:

“Kenapa aku dijadikan”
“Apakah tugas utama aku di alam ini” dan
“Ke mana aku akan pergi.”

Mengikut pendapat Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya “al-ibadah fi al –Islam”,
adalah merupakan suatu dosa yang tidak dapat diampunkan sekiranya soalan-soalan di
atas tidak dapat dijawab. Matlamat dan tujuan kedatangan manusia ke alam ini adalah
seperti berikut:

1. Sebagai khalifah Allah di muka bumi .

Allah swt menghantar manusia ke muka bumi ini adalah sebagai KhalifahNya untuk
mentadbir, mendidik, membangunkan dan memimpin sepertimana:

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 30, maksudnya,
”Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan Kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
menyucikanMu?” Tuhan berfirman “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya.”

2. Beribadah kepadaNya.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

152
Ada beberapa ayat al-Quran dan hadith yang menyebut tentang ujian Allah swt
menjadikan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah
kepadaNya yang antara lain ialah, maksudnya:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk mereka
beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian
dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
Sesungguhnya Allah Dialah (sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak
terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh KekuasaanNya.”

Sabda Rasulullah saw di dalalm hadith Qudsi yang bermaksud :

“Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dengan kamu dari
kesepian atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan ataupun untuk
meminta pertolongan dari kamu dalam perkara yang Aku merasa lemah, begitu juga
bukan dengan tujuan untuk mendapat manfaat atau menolak kemudaratan. Tetapi
Aku jadikan kamu ialah semata-mata untuk kamu sentiasa beribadah kepadaKu dan
sentiasa mengingatiKu serta bertasbih kepadaKu pagi dan petang.”


10.13 PENGERTIAN IBADAH

Dari segi bahasa

Mengikut pendapat ahli-ahli bahasa, perkataan ibadah berasal dari bahasa arab bererti
menyembah, mematuhi, mengagungkan dan merendah diri (tunduk) atau taat kepada
sesuatu.

Dari segi istilah

Ulama’-ulama’ telah memberikan berbagai ta’arif Ibadah mengikut pandangan
masing-masing dan berdasarkan bidang ilmu mereka.

1. Ulama’ tauhid menta’rifkan : ‘Ibadah ialah mengesakan Allah swt dan
mengagungkanNya sepenuh ta’zim serta menghinakan diri dan menundukkan jiwa
kepadaNya.’

2. Ulama’ tasawwuf : ‘Ibadah ialah perbuatan seseorang mukhallaf (orang Islam
yang ber’aqal dan baligh) yang berlawanan dengan nafsunya untuk
mengagungkan Allah swt.’

3. Ulama’ fiqh : ‘Ibadah ialah segala pekerjaan yang dilakukan dengan penuh
ketaatan untuk mencapai keredhaan Allah swt dan mengharapkan balasan pahala
di hari akhirat.’

Dengan hal yang demikian, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa ibadah dalam Islam
mempunyai dua rukun penting :

1. Niat yang ikhlas (penuh, taat, patuh dan tunduk kerana Allah swt)
2. Mengikut syarat dan rukun yang tertentu.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

153

10.14 ASAS-ASAS IBADAH

1. Ketundukkan – menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah
yang disyariatkan oleh Allah swt. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan
sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya di atas segala sesuatu
dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.
2. Kecintaan – kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia
berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan
rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan
kesempurnaan Allah.

“ Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
(Ali Imran : 31)

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan
selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun
orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”
(Al-Baqarah : 165)

10.15 CIRI-CIRI IBADAH

1) Perhubungan manusia dengan tuhan tidak memerlukan perantaraan.
Perhubungan abd’ dengan Allah swt adalah secara terus, ini bermakna tiada dominasi
dari para-para alim dalam melakukan ibadat kepada Allah swt. Ini berbeza sekali
dengan apa yang terdapat dalam agama Kristian di mana rahib-rahibnya berperanan
sebagai tuhan iaitu dalam menentukan hukum dan juga dalam mengampunkan dosa
penganut agama tersebut. Tetapi dalam Islam hanya Allah sahaja sumber hukum dan
Ia sahajalah yang berhak mengampunkan dosa-dosa hambaNya, juga kepadaNya
sahajalah tempat seseorang itu harus mengadu. Ini boleh dilakukan secara langsung
kepada Allah swt tanpa perlu mengadap tok-tok alim. Namun begitu para alim
mempunyai peranannya sendiri dalam masyarakat yakni dalam memandu anggota
masyarakat ke arah dalam melakukan peribadatan dengan cara yang betul.

2) Tiada kongkongan pada sesuatu tempat peribadatan sahaja. Ibadat boleh
dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada,
perhubungan yang langsung dengan Allah swt dapat dilakukan. Islam menganggap
seluruh bumi kecuali tempat-tempat yang kotor dan najis sebagai masjid. Hal ini dapat
dilihat dalam amalan Rasulullah saw sendiri di mana beliau sembahyang di tengah-
tengah padang pasir dan juga semasa berkenderaan.

3) Keluasan ibadat dalam Islam. Ruang ibadat dalam Islam amat luas sekali. Ianya
merangkumi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang
bersangkutan dengan individu mahupun dengan masyarakat boleh dijadikan sebagai
ibadat kepada Allah swt jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Ibadah dalam Islam
terbahagi kepada dua:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

154
a) Ibadah khususiah: perkara-perkara yang ada hubungan terus antara manusia
dengan Allah swt (hablum minaLLah) seperti mengerjakan sembahyang, puasa,
zakat, haji, zikir, tilawah al-Quran, doa istighfar dan lain-lain ibadah yang ada
hubungan terus dengan Allah swt. Ibadah khusus adalah untuk mempersiapkan
individu menghadapi ibadah umum yang mesti dilakukan di sepanjang kehidupan.

Solat mengingatkan kita lima kali sehari bahawa sesungguhnya kita adalah hamba
Allah dan hanya kepadaNya tempat pengabdian kita untuk mengeratkan hubungan
kita dengan Allah.

Puasa menimbulkan perasaan taqwa kepada Allah sehinggakan kita tidak
membatalkannya walaupun bersendirian.

Zakat mengingatkan kita bahawa harta yang kita perolehi adalah amanah dari
Allah. Di dalam harta kita ada hak-hak orang lain yang mesti ditunaikan.

Haji menimbulkan perasaan cinta dan kasih kepada Allah di dalam hati dan
kesediaan untuk berkorban keranaNya.


b) Ibadah umumiah : mengerjakan segala titah perintah Allah swt dan
meninggalkan segala laranganNya yang ada hubungan antara manusia (hablum
minnaas) seperti menunaikan kewajipan-kewajipan sesama manusia, menghormati
ibu bapa, jiran, mengeratkan silaturrahim (saudara mara, sahabat handai),
bermuamalah dan sebagainya.

Kedua-dua bahagian ini melengkapkan pengertian ibadah yang sebenar dalam
Islam. Ianya juga menunjukkan kesyumulan Islam, sebagaimana yang ditegaskan
oleh Allah swt di dalam Al-Quran:

“Tidak Ku alpakan dalam Al-Kitab ini suatu apapun.”
(Al-Ana’am : 38)

“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala
sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang
berserah diri.”
(An-Nahl : 89)

10.16 SYARAT SETIA AMALAN MEN1ADI IBADAH

Setiap amalan hidup sama ada perbuatan, perkataan ataupun niat yang kita lakukan
seharian akan dikira sebagai ibadah setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam

2. Amalan itu dikerjakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah swt

3. Amalan-amalan itu hendaklah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati
kehendak Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Baihaqi yang bermaksud :
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

155
“Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang dari kamu membuat suatu kerja itu
dengan bersungguh-sungguh.”

4. Ketika membuat kerja-kerja hendaklah selaras dengan hukum syara’ dan tidak
melampaui batas-batasnya: tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan
tidak menindas atau merampas hak orang lain.

5. Jangan sampai mengganggu atau melalaikan ibadah pokok seperti sembahyang,
puasa dan sebagainya sesuai dengan kehendak firman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda
kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan
perintahNya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah
orang-orang yang rugi.
(Äl-Munafiqun : 9)

10.17 IBADAH YANG AFDHAL

Ibadah yang afdhal ialah ibadah yang dilakukan bagi tujuan mencapai keredhaan
Allah swt menurut keadaan di masa itu, misalnya:

a) Ibadah yang afdhal ketika medan jihad ialah berjihad.
b) Ibadah yang afdhal ketika ada tetamu ialah melayan tetamu.
c) Ibadah yang afdhal ketika tengah malam ialah solat sunat tahajjud, tilawatul
Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar.
d) Ibadah yang afdhal ketika azan ialah menjawab azan.
e) Ibadah yang afdhal ketika kesusahan ialah menolong orang-orang yang ditimpa
kesusahan.
f) Ibadah yang afdhal ketika di Arafah ialah berdoa, berzikir dan tilawatul Quran.
g) Ibadah yang afdhal ketika ada orang sakit ialah menziarahi pesakit.

10.18 BIDANG IBADAH

Mengikut pendapat Al-Imam Ibnu Taimiyyah(ra), ibadah mempunyai lapangan dan
bidang yang sangat luas. Ianya merangkumi:

a) Perintah : seperti solat, puasa, zakat, haji dan amalan-amalan yang sangat dituntut
seperti zikir, tilawah, doa, istighfar dan sebagainya.
b) Kewajipan sesama makhluk : seperti menghormati ibu bapa, mengeratkan
silaturrahim, membuat kebajikan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, belas
kasihan terhadap binatang dan makhluk-makhluk Allah swt yang lain.
c) Akhlak yang baik : seperti bercakap benar, menunaikan amanah, menepati janji,
menyeru kepada kebajikan, mencegah kemungkaran dan sebagainya.
d) Akhlak rabbaniah : seperti kasihkan Allah swt dan RasulNya, bersabar semasa
menerima dugaan Allah swt, ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah, bersyukur
terhadap nikmatNya, redha dengan Qada’ dan QadarNya, bertawakkal,
mengharapkan rahmatNya dan takutkan azabNya.

Kita dapati dalam Al-Quran sering menghadapkan perintah-perintah dan hukum-
hukum syariah kepada hamba-hambaNya yang beriman dalam berbagai aspek hidup.
Umpamanya dalam surah al-Baqarah sahaja kita temui sejumlah tugas atau
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

156
kewajipan-kewajipan yang ditetapkan ke atas orang-orang yang beriman dengan lafaz
yang bermaksud “diwajibkan ke atas kamu”. Cuba kita baca ayat-ayat berikut dari
surah al-Baqarah Ayat 178 :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu menjalankan
hukum qisas dalam perkara orang yang mati di bunuh.”

Ayat 180 : “Telah diwajibkan ke atas kamu bila seseorang dari kamu hampir mati
jika ia meninggalkan harta puasaka hendaklah ia membuat wasiat bagi faedah kedua
ibu bapa dan keluarganya yang terdekat dengan cara yang baik.”

Ayat 183 : “Wahai orang-otang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebulan seperti yang telah diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu
daripada kamu semoga kamu mendapat takwa dengan mengerjakan puasa itu.”

Ayat 216 : “Telah ditetapkan ke atas kamu berperang menentang musuh sedangkan
kamu benci berperang mungkin perkara yang kamu benci itu lebih baik untuk kamu.”

Dari hal yang di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa :

Ibadah itu merangkumi dan mencakupi segala bidang kehidupan manusia dari adab
makan-minum, berqada’ hajat sehinggalah sistem kemasyarakatan, sistem kenegaraan
yang bersandarkan kepada hukum Allah swt, urusan-urusan kewangan, muamalah,
jinayah dan seterusnya merangkumi hubungan antarabangsa baik di masa damai
maupun di masa perang.

Ibadah itu ialah menerima dan melaksanakan segala syariat Allah swt. Sebab apabila
seseorang itu mengaku beriman kepada Allah swt, maka hendaklah ia:
1. Menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah swt.
2. Sentiasa taat kepada perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.
3. Mengutamakan hukum Allah swt dari segala yang lain.


10.19 MATLAMAT DAN TU1UAN IBADAH

Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah Allah mewajibkan
kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada
perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan
laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah
sasaranya semata-mata perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya?

“Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan aku tidak menghendaki
mereka memberi Aku makan.”
(Adz-Dzaariyaat : 57)

“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang
Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Faathir : 15)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

157
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya
sendiri.”
(Fussilat :46)

“Dan barangsiapa yang mensucikan diri mereka, sesungguhnya ia mensucikan diri
untuk kebaikan diri sendiri.”
(Faathir : 18)

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya untuk dirinya
sendiri.”
( Al-Ankabut : 6 )


10.20SEERAH RASULULLAH MENGENAI IBADAH

Seseorang itu dikatakan ‘abid’ apabila ia melakukan perkara yang baik dan
meninggalkan kemungkaran.

Abu Zar al-Ghifari(ra) pernah bertanya kepada Rasulullah saw yang bermaksud :

Abu Zar : Apakah amalan yang boleh melepaskan seseorang daripada neraka wahai
Rasulullah?
Rasulullah : Berkorbanlah dengan apa saja yang engkau miliki.
Abu Zar : Kalau dia seorang yang fakir, bagaimana wahai Rasulullah?
Rasulullah : Suruh dia Ma’ruf dan menegah mungkar.
Abu Zar : Kalau dia tidak upaya?
Rasulullah : Hendaklah ia mengajar orang yang jahil.
Abu Zar : Kalau dia sendiri pun jahil?
Rasulullah : Tolong orang yang teraniaya.
Abu Zar : Kalau itupun ia tidak mampu?
Rasulullah : Janganlah ia menyakiti orang lain.
Abu Zar : Kalau itu dilakukan, adakah ia akan masuk Syurga?
Rasulullah : Mana-mana orang mukmin yang mempunyai mana-mana sifat yang
tersebut, ianya akan dimasukkan ke dalam Syurga.

Selain daripada kerja-kerja yang telah disebutkan di atas, mencari rezeki dan sara
hidup sama ada untuk diri sendiri atau keluarga, juga dikira ibadah, sekiranya
dilakukan dengan cukup syarat-syaratnya. Pernah sahabat merungut-rungut apabila
mereka melihat seorang yang badannya kasar kerana kuat bekerja, kata mereka :
“Alangkah baiknya jika ia menggunakan kekuatan tubuhnya itu untuk berjihad pada
jalan Allah swt.” Mendengar itu Rasulullah saw pun bersabda : “Jika ia bekerja
mencari nafkah untuk anak-anaknya yang kecil adalah Fi Sabilillah, jika ia bekerja
untuk kedua-dua orang tuanya pun Fi Sabilillah, jika ia bekerja mencari nafkah untuk
dirinya sendiri juga dikira Fi Sabilillah, tetapi jika ia bekerja dengan tujuan untuk
menunjuk-nunjuk dan ria’ maka itu adalah Fi Sabili Syaitan (pada jalan Syaitan).”

Maksud hadith Rasulullah saw: “Sesiapa sahaja di antara orang-orang Islam yang
menanam dengan tangannya, tiba-tiba di makan oleh burung-burung atau manusia
atau binatang-binatang ternakan, maka ia akan diberi pahala sedekah.”
(HR Bukhari dan Muslim dan Tarmizi)
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

158

Sabdanya lagi, yang bermaksud : “Pedagang yang jujur lagi dipercayai adalah
bersama para Nabi, orang-orang yang jujur (as-Sidiqqin) dan para shuhada’ pada
hari kiamat.”
(HR Tarmizi dan Ibnu Majah)

Perkara yang lebih mengagumkan lagi ialah perhubungan antara suami dan isteri juga
dianggap ibadah juga, sabda Rasulullah saw, ertinya :
“Telah diriwayatkan pula oleh Abu Zarrin ra : Adalah satu puak daripada sahabat
Rasulullah saw bertanya kepadanya, maka berkata mereka : Sanya telah pergi orang-
orang hartawan dengan beroleh pahala yang banyak : maka sembahyang mereka itu
sebagaimana kami bersembahyang, puasa mereka itu sebagaimana kami berpuasa,
dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaannya. Sahut
Rasulullah saw : Bersusah hatikah kamu? Bukankah telah dijadikan oleh Allah
bagimu apa-apa yang akan kamu sedekahkan? Sanya bagi tiap-tiap tasbih itu
sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan
pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, dan pada aurat (kemaluan) salah seorang kam
itu ada pula sedekah. Bertanya mereka lagi : Wahai Rasulullah! Adakah bagi seorang
kami pahala apabila kami bayarkan syahwat dan kecintaan? Sahut Rasulullah :
Bagaimanakah dalam fikiran kamu apabila kamu bayarkan syahwat itu kepada yang
haram? Adakah atas kamu berdosa, maka seperti demikian pulalah apabila kamu
hantarkan syahwat itu pada yang halal, ada pula bagimu padanya pahala.”



10.21 PENUTUP

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta
membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah
merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti
kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa.

Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan
meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun begitu tidak harus ibadah umum
melalaikan kita dari ibadah khusus.

Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian
mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka
(dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa
sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah
dijanjikan olah Allah kepadamu.”
(Fussilat : 30 )




RU1UKAN

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

159
www.saifulislam.com
Irsyad
Buku Abu Urwah















































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

160
11.0 PERTEMUAN SEBELAS


11.1 TARBIYYAH

PENGERTIAN TARBIYYAH

Uslub yang terbaik di dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam
bentuk pengucapan langsung dengan perkataan atau secara tidak langsung dengan
qudwah, berdasarkan manhaj dan wasilah-wasilah yang khas, ke arah menghasilkan
perubahan di dalam diri insan kepada yang lebih baik.


HURAIAN
USLUB:
Iaitu kaedah. Yang dimaksudkan di sini adalah kaedah berinteraksi dengan manusia.
YANG TERBAIK (J--Vا):
Iaitu yang paling afdhal, paling bermanfaat dan paling sesuai. Sebaik-baik uslub
Tarbiyyah adalah sebagaimana Allah SWT mentarbiyyah Nabi Muhammad SAW dan
sebagaimana Baginda SAW mendidik para sahabat RA. Hal ini dapat diketahui
melalui Sunnah secara umum dan Sirah Nabawiyyah secara khususnya.
FITRAH:
Iaitulah tabiat semulajadi manusia yang meliputi kelebihan, kekurangan, sifat-sifat
yang saling bertentangan di dalam diri seperti kebaikan, keburukan, saying, benci,
takut, harap, bersifat jama’ie dan individualistik, iltizam dan longgar pegangan serta
positif dan negatif.
INTERAKSI (J-'·--ا):
Iaitu komunikasi bersama fitrah manusia daripada segenap aspek dirinya. Sebahagian
daripada kita gagal menghasilkan interaksi yang terbaik bersama fitrah manusia
disebabkan oleh kelemahan di dalam memahami fitrah tersebut dengan terpeinci. Oleh
itu, manhaj yang diletakkan tidak cukup atau tidak mampu memindahkan manusia
daripada kejahatan kepada kebaikan atau daripada kesesatan kepada hidayah. Ini
adalah kerana, prinsip utama ketika berinteraksi dengan fitrah manusia yang dijadikan
Allah SWT itu adalah dengan mengambil sepenuhnya petunjuk Allah SWT berkenaan
segala perincian diri manusia yang dijadikanNya itu.
PENGUCAPAN LANGSUNG (ر~'---ا ^-ﺝ:--ا)
Iaitulah mengajar, mendidik dan membuat persiapan yang bersifat langsung kepada
individu manusia. Ia dilakukan dengan perkataan yang meliputi perintah, larangan,
galakan, menyukakan, menjauhkan, bersifat menarik perhatian dan fokus,
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

161
mendekatkan atau menakutkan. Perkataan tersebut boleh di dalam bentuk nasihat,
cerita, menerangkan sesuatu peristiwa, artikel, kajian, penggunaan alat pandang
dengar atau apa sahaja jalan yang bermatlamatkan menghasilkan perubahan.
MANHA1
Iaitu garis panduan yang sistematik, jelas dan berperancangan yang dibentuk secara
terperinci.
WASILAH-WASILAH KHUSUS DAN PELBAGAI
Ia meliputi apa sahaja bentuk amalan dan aktiviti yang tidak bercanggah dengan
Syara’ dan berfungsi dengan baik ke arah mencapai matlamat Tarbiyyah itu sendiri. Ia
sentiasa beriringan dengan perubahan dan perkembangan yang sentiasa berlaku di
dalam kehidupan manusia.
MATLAMAT (~د+-ا)
Iaitu mengubah manusia daripada kejahatan kepada kebaikan atau yang terbaik,
memindahkannya daripada kufur kepada iman (jika beliau bukan seorang muslim),
daripada maksiat kepada taat, daripada kesesatan kepada hidayat, daripada kebatilan
kepada kebenaran, daripada sistem-sistem manusia kepada sistem Allah SWT di
dalam segenap sudut kehidupan.
[Definisi berdasarkan kertas-kertas kerja Jamaah Ikhwanul Muslimin yang dipetik
daripada buku “Wasa’il at-Tarbiyyah ‘inda al-Ikhwaan al-Muslimin: Diraasah
Tahleeliyyah Taareekhiyyah” oleh Doktor Ali Abdul Halim Mahmud terbitan Darul
Wafaa’ Mesir 1414H / 1993M]
Makna Tarbiyyah dalam Islam boleh juga didefinasikan sebagai usaha-usaha
mendidik insan dengan mempengaruhinya melalui pengajaran ) ِ َْ ( , bimbingan dan
langkah-langkah penyediaan/pembentukan individu berpaksikan tunjuk ajar ) ِ َْ (
serta contoh-contoh ) ةَ وُْ ( yang menepati sistem ) َ َْ ( dan wasilah ) ِ َ َ و ( yang
tertentu (specific); ianya bertujuan merubah keadaan minda, jiwa dan jasad insan
kepada yang lebih baik.

Apabila kita memperkatakan soal manhaj (جَ ِْ ﻝا atau َ َْ ﻝا) dalam skop ‘amal Islami ia
merangkumi jalan bertindak (sistem bekerja) atau prosedur yang terang dan nyata
sebagai panduan termasuk langkah-langkah bergerak dan bertindak yang digariskan
dengan jitu.

Oleh itu sistem pendidikan Islam ) ِ َ ِْ ا ِ ْ ﻝا َ َْ ( dalam ‘amal Islami membawa erti
satu proses mempersiapkan insan melalui kerja-kerja penyediaan yang bersifat Islami
meliputi semua aspek-aspek hidupnya dari segi ruhani (jiwa), ‘aqli (minda) dan jismi
(jasadi) dalam satu bentuk yang lengkap lagi menyeluruh ) ا لُ ﻝ ( dan sempurna
) ُ َ ﻝا ( . Dengan kata lain, tarbiyah Islamiyah melibatkan proses penyediaan dan
persiapan untuk melahirkan insan yang soleh; yakni seorang insan yang saling
berkeseimbangan ) نِ زاَ َ ُ ( pada kemampuannya, antara matlamat dan wasilahnya,
antara tuturkata dan tindakannya, semuanya seimbang dalam serba serbi. Seimbang
) نُ زاَ َ ( antara kemampuan ruh, ‘aqal dan jasadnya, seimbang antara keinsanan dan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

162
kebendaannya, antara keperluan insan dan kesempurnaannya, seimbang antara
kehendak individu dan kehendak sosialnya, seimbang dalam makan dan minumnya
serta pakaian dan tempat tinggalnya, tanpa melampaui batas dan berlebih-lebihan.

11.2 SILAP FAHAM MENGENAI KONSEP TARBIYYAH

1) Konsep tarbiyyah sering disalahertikan.Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar
membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa
seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat,
memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Ini dapat kita
contohi seprtimana Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi
mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad
pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para
da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh
yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah
sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada
Rasulullah (s.a.w) dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-
Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf. Semua ini
adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyyah imaniyah yang berjalan di dalam
madrasah Rasulullah (s.a.w).

Didikan Rasulullah (s.a.w) bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi
yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh
yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah (s.a.w) pernah menegur seorang lelaki
yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata
Rasulullah (s.a.w) kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah
(berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang di rumahnya selama 70
tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu
ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan
Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga"
(Hadis riwayat At-Tarmizi).
2) Proses Tarbiyyah yang tidak berterusan.
Proses Tarbiyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan
separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang
muslim.Penerusan dalam ertikata penerusan para rembawa risalah Islam serts
pendokong fikrah perjuangan. Perkara ini dicapai dengan melaksanakan
pentarbiyyahan generasi muda serta melatih mereka.Menurut Al -Syeikh Mustafa
Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan
siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami
sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan
disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah
kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan
keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan
melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin
berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

163
"Sesunggughnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat
bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan:
membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).'
(HR Al Baibaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan
kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan
duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada
Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu
memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa
kamu.'
(HR Al Hakim dan At Tabrani)


11.3 TARBIYYAH RASULULLAH DI ZAMAN MAKIYYAH DAN
MADANIYYAH

TARBIYYAH DI MEKAH

Teras kepada pentarbiyyahan di Makkah adalah penyusunan para sahabah di Darul
Arqam.Pengisiannya adalah Al-Qur’an dan penjelasan yang dibuat oleh Rasulullah
sendiri.Rasulullah (s.a.w) membuat tafsir al-Qur’an sebagai menjawab soalan-soaln
para sahabah ,seperti: ‘Mereka yang engkau murkai’ diertikan dengan orang-orang
Yahudi, dan ‘Bukan dari mereka yang sesat’, diertikan dengan orang-orang Nasara.
Rasulullah (s.a.w) biasanya menjelaskan ayat mujmal serta ayat-ayat nasikh dan
mansukh kepada sahabat-sahabat.

Walaubagaimanapun di dalam kitab-kitab hadith tidak terdapat banyak tafsir ayat-ayat
al-Quran yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w). Kebanyakan hadith di dalam kitab-
kitab hadith adalah hadith-hadith hukum, iaitu hadith-hadith Madani.

Di samping penekanan tasawwur Islam dan tauhid yang teguh,penglibatan dalam
dakwah,mehnah dan ibtila’ adalah juga menjadi bahan tarbiyyah para sahabah di
Mekah.Suasana mehnah dan dakwah ini telah menonjolkan peribadi Rasulullah
(s.a.w) sendiri sebagai seorang manusia yang gigih dalam mengharungi segala
kerumitan dan kesusahan. Rasulullah (s.a.w) sebagai satu qudwah hasanah telah
memberi dorongan kuat kepada para sahabah yang melihat kegigihannya, lantaran it
uterus membantunya dan menghayati perjuangan Islam itu sendiri.

Salah satu ciri yang penting di dalam pentarbiyyahan para sahabah di Mekah adalah
pemusatan kepada satu kepimpinan dan fikrah. Gerakan Islam hendaklah mempunyai
pusat persediaan, persiapan dan penglibatannya.Pusat ini adalah seperti pusat
pentarbiyyahan Rasulullah (s.a.w) di Darul Arqam. Pemusatan usaha tarbiyyah dan
dakwah sangatlah penting demi mengekalkan fikrah perjuangan agar sentiasa berada
di landasan yang betul.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

164
Usaha Rasulullah (s.a.w) pergi ke Taif misalnya juga adalah dalam ruang lingkup
konsep ini, iaitu untuk mewujudkan satu psat selain Makkah sebagai satu saluran
keluar bagi tarbiyyah, dakwah dan jihad.

TARBIYYAH DI MADINAH

Jika di Mekah pentarbiyyahan Rasulullah (s.a.w) terfokus pada satu upaya
penumbuhan ruhul aqidah Al-Quran dengan segala keindahan dana kekuatannya,
hadir menjelaskan hakikat hari akhir, azab kubur dan keimanan pada Allah dalam
segala dimensinya. Begitu juga hadith Rasul. Sedang di Madinah fokus tarbiyah
diarahkan pada upaya pembentukan dasar-dasar hubungan antara masyarakat.
Penyempurnaan aspek ibadah dan mu'amalah.

Tarbiyyah di Madinah pada awalnya dipelopori oleh Mus’ab ibn ‘Umair dan
Abdullah ibn Ummi Makhtum. Dakwah dilakukan dari rumah ke rumah kemudiannya
dapat diadakan secara berkelompok. Di Madinah , rumah As’ad ibn Zurara telah
dipilih sebagai pusat dan Mus’ab akan menjemput orang-orang Madinah mempelajari
Islam di sana. Rasulullah (s.a.w) juga telah mengarahkan Mus’ab memulakan solat
Jumaat di sana, solat ini diadakan di rumah Sa’d bin Khamisa.

Selepas Rasulullah (s.a.w) sampai di Madinah, Rasulullah (s.a.w) untuk pertama
kalinya membina sebuah masjid, sebahagiannya telah diperuntukkan untuk dijadikan
sekolah , dan dari awal-awal lagi ‘Abdullah bin Sa’id telah dilantik untuk mengajar
kanak-kanak menulis. Ini membolehkan perjalanan tarbiyyah orang-orang Ansar dan
Muhajirin berjalan lancar dan masalah-masalah sosial para muhajirin dapat
diselesaikan.

Rasulullah (s.a.w) telah pun melatih para muhajirin sebelum ini untuk layak menjadi
pengajar kepada Ansar yang telah terbuka hati mereka untuk menerima Islam. Di
antara ciri utama pentarbiyyahan di Madinah ialah pangkalan pusat tarbiyyah dan
ta’awun(bekerjasama) dalam meningkatkan ilmu serta kefahaman Islam. Masjid
menjadi pusat tarbiyyah di Madinah dan sebanyak 9 buah masjid yang telah dijadikan
sebagai pusat pentarbiyyahan pada ketika itu. Rasulullah (s.a.w) mengarahkan agar
orang-orang yang tidak tahu membaca agar bekerjasama dengan orang yang telah tahu
membaca dan menegur mereka yang tidak mahu belajar. Di sini dapat kita perhatikan
bahawa Rasulullah (s.a.w) menekankan kerjasama antara kaum muslimin di Madinah
dalam mempelajari al-Quran dan Sunnahnya.

Satu lagi ciri pentarbiyyahan di Madinah adalah dari segi bentuk ayat-ayat Al-Quran.
Jika di Mekah ayat-ayat Al-Quran yang berbentuk pokok disebut secara rumusan,
tetapi di Madinah rumusan ini diperincikan lagi dan dijelaskan dengan lebih nyata.
Banyak peristiwa sejarah pada zaman permulaan Islam berlaku di Madinah dan di
sana Rasulullah (s.a.w) lebih banyak mengeluarkan hadithnya.. Oleh itu kita dapati
bahawa pengisian tarbiyyah di Madinah terdiri dari ayat-ayat Al-Quran serta
penjelasannya dan juga hadith-hadith Rasulullah (s.a.w).

Pada peringkat awal lagi Rasulullah (s.a.w) telah memberi tarbiyyah kepada para
sahabat berkenaan waqi’ di Madinah. Contohnya, Rasulullah (s.a.w) dari masa ke
semasa mrnghantar saraya untuk menyediakan para sahabah menghadapi saraya
untuk menyediakan para sahabat menghadapi ghazwah di masa akan datang. Ini
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

165
adalah penting agar kaum muslimin dapat berjaga-jaga dari serangan Quraisy.
Membentuk sifat hazar atau berwaspada dan sentiasa memahami apa yang terjadi di
sekeliling adalah merupakan pentarbiyyahan yang penting kepada para sahabah.
Dengan menghantar saraya ini juga ia dapat membentuk dan memperkukuhkan diri
para sahabat dengan merentasi ceruk rantau bumi dalam membawa risalah Islam.

Perjanjian damai yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dengan kaum Yahudi dan
puak-puak arab di Madinah juga adalah merupakan pentarbiyyahan praktik bagi para
sahabah terhadap masalah siyasah. Ketika ini nada Al-Quran agak keras menentang
orang-orang Yahudi apabila mereka melakukan kecurangan. Apa yang di bawa oleh
Al-Quran dari masa ke semasa meningkatkan sifat para sahabat untuk menghadapi
cabaran-cabaran dalam usaha mereka menegakkan tauhid. Penekanan dan isu-isu
yang di bawa oleh Al-Quran membawa satu proses pembentukan yang tabii dalam
mempersiapkan para sahabah dalam mengharungi waqi’ yang dihadapi. Di samping
itu Rasulullah (s.a.w) telah mengarahkan Zaid bin Thabit mempelajari bahasa
Sariyani dan Ibrani untuk mengelakkan penipuan-penipuan semasa membuat
perjanjian.

Di Madinah juga Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat menghadapi masalah dari kaum
munafiq. Sesungguhnya usaha menghadapi dan mendidik kaum munafiq ini sendiri
adalah satu tarbiyyah kepada orang-orang mukmin.

Boleh dikatakan bahawa ayat-ayat hukum yang turun di Madinah adalah sesuai
dengan perkembangan masyarakat Islam ketika itu.Surah-surah madaniyyah
diturunkan untuk memahami surah-surah makiyyah. Demikian juga dengan ayat-ayat
makiyyah sendiri adalah untuk memahami antara satu-satu ayat dengan lainnya,
sesuai dengan tertib turunnya.

Salah satu ciri terpenting di dalam pentarbiyyahan di Madinah adalah dari segi
pemusatan aktiviti dalam masjid. Masjid telah digunakan sebagai tempat beribadat,
memberi pelajaran, tempat untuk pengadilan, tempat tentera berkumpul dan tempat
menerima duta-duta dari luar negeri. Rasulullah (s.a.w) sendiri telah menggunakan
masjid beliau sebagai tempat memberi pelajaran kepada para sahabah tentang urusan
agama dan dunia.

Seluruh suasana daulah Islamiyyah di Madinah itu sendiri sebenarnya adalah pusat
pentarbiyyahan. Di kota inilah terdapat interaksi muslim sesama muslim untuk terus
meningkatkan kefahaman dan iltizam terhadap Islam. Suasana menambahkan ilmu
bukan sahaja tertumpu di masjid-masjid tetapi lebih daripada itu. Contohnya surah
An-Nur para suami akan membacakan ayat-ayat itu kepada wanita Ansar dan
Muhajirin dan kaum kerabatnya.

RU1UKAN

1. Risalah Usrah,Jilid 3, Abu Urwah, Pustaka Salam(1987)
2. Al-Irsyad Jilid 2 ; muka surat: 395
3. http://www.geocities.com/hasrizalabduljamil/article/tarbiyyah.htm



Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

166
12.0 PERTEMUAN DUA BELAS


12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN

12.11 MUQADDIMAH

Apabila seseorang itu telah bersyahadah, maka ia telah membuat pengakuan untuk
mengabdikan diri kepada Allah dan RasulNya dengan melaksanakan segala tuntutan
syahadah tersebut dan salah satu daripada tuntutan tersebut ialah untuk menyeru dan
mengajak manusia kepada jalan Allah atau dengan kata lain menyampaikan dakwah
islamiyah.

Firman Allah SWT mafhumnya :
“Orang orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan
mereka tiada takut kepada seseorang pun selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah
sebagai Pembuat Perhitungan”
[ Al ahzab : 36]

12.12 PENGERTIAN DAKWAH

Dari segi Bahasa:
Dakwah adalah kalimah Arab yang merupakan “masdar” (kata benda), berasal dari
perkataan “da’a”,” yad’u”, “da’watan” yang memberi maksud seruan, panggilan
atau undangan.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawaplah)
bahawasanya Aku adalah dekat,Aku menjawap seruan hambaKu yang menyeru
(berdoa) apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi
(segala perintah )Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka
sentiasa berada di dalam kebenaran”
[Al baqarah : 187 ]

Dari segi Syara’ :
Dakwah memberi maksud menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan
kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang
perbuatan munkar yang dibenci oleh Allah SWT dan RasulNya agar manusia
mendapat kebahagiaan dan keredhaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang
orang yang beruntung”
[Ali imran : 104]




Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

167

Dan firmanNya lagi :

“Katakanlah : inilah jalan (agama)ku, aku dan orang orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku
tiada termasuk golongan orang yang syirik”
[Yusuf : 108]

Dakwah juga sering dikaitkan dengan "Ilmu" dan "Islam", sehingga menjadi "Ilmu
Dakwah" dan “Ilmu Islam" atau Ad-da'wah Al-islamiyah.
Yang dimaksudkan dengan ilmu dakwah adalah suatu ilmu yang mengandungi cara-
cara dan tuntutan untuk menarik perhatian orang lain supaya menganut, mengikuti,
dan menyetujui atau melaksanakan suatu ideologi, agama, pendapat atau pekerjaan
tertentu. Orang yang menyampaikan dakwah adalah da'i dan orang yang menjadi
sasaran dakwah disebut sebagai mad'u.
Menurut Ibnu Taimiyyah antara tugas dakwah adalah untuk menyuruh melakukan
yang ma'ruf dan mencegah daripada yang munkar.

Manakala Syaikh Ali Mahfudz pula menjelaskan bahawa dakwah itu adalah
membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh
berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatn yang munkar, supaya mereka beroleh
keuntungan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

12.13 TUNTUTAN DAN KEPENTINGAN DAKWAH

Bila di tanya tentang siapakah pendakwah? seringkali persoalan ini akan
menimbulkan perselisihan faham dikalangan masyarakat masa kini, Apabila disebut
sahaja tentang dakwah, yang hanya terbayang pada fikiran kita, itu adalah tugas tugas
orang yang berkopiah, berjubah atau bertudung litup. Realitinya samada kita sedar
ataupun tidak itulah jawapan yang sering digambarkan oleh masyarakat kini terhadap
golongan pendakwah.Secara asasnya dakwah ini adalah tugas utama para nabi yang
menjadi utusan Allah untuk menyeru seluruh ummat manusia supaya beriman kepada
Allah SWT, sebagaimana firmanNya :

“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan di setiap golongan kamu seorang rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka) : hendaklah kamu menyembah Allah
dan jauhilah Taghut ”
[An nahl : 36]

Perlu diingatkan kepada ummat Islam pada masa ini, bahawa Rasulullah SAW adalah
rasul yang terakhir yang diutuskan kepada ummat manusia, dan kewafatan Baginda
mewariskan satu amanat yang besar yang perlu dilaksanakan, amanat tersebut adalah
menyebarluaskan agama Allah keseluruh pelusuk dunia iaitu berdakwah ke jalan yang
diredhai oleh Allah SWT , firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah : inilah jalan (agama)ku, aku dan orang orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah dan aku
tidak termasuk orang orang yang syirik.”
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

168
[Yusuf : 108]

Menurut Dr.Abdul Karim Zaidan di dalam sebuah kitabnya “Usul Dakwah”, Kesemua
ayat Al quran yang mengandungi suruhan atau tuntutan untuk berdakwah turut
ditujukan kepada seluruh ummat Islam, kerana pada dasarnya setiap perintah yang
ditujukan kepada Nabi SAW adalah merangkumi ummatnya sekali, melainkan
terdapat pengecualian yang khusus di dalam ayat ayat tersebut. Ini bermakna Allah
SWT memberi satu keistimewaan dan penghormatan yang tinggi kepada ummat Islam
untuk terus berkongsi menyambung perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Dan hal ini
dikuatkan lagi dengan Firmanullah :

“Kamu (wahai ummat muhammad) adalah sebaik baik ummat yang dilahirkan bagi
(faedah) ummat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan
melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji)”
[Ali imran : 110]

Maka jelaslah bahawa, setiap orang Islam itu wajip melaksanakan dakwah tak kira
lelaki mahupun perempuan, dan tugas ini tidak dikhususkan kepada golongan alim
ulama’ semata mata ataupun golongan yang mempelajari ilmu agama seperti ustaz
ataupun ustazah. Kerana ini adalah tugas setiap ummat Islam itu sendiri. Namun
demikian tugas dakwah itu bergantung kepada kemampuan dan kebijaksanaan kita
serta boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bagi mereka yang mempunyai kuasa
mungkin mempunyai lebih kemampuan untuk berdakwah. Manakala bagi orang biasa
bolehlah dilakukan mengikut kemampuan dan kebolehannya. Oleh sebab itu Allah
SWT memberi amaran yang keras khusus kepada golongan yang berilmu agama dan
mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan sesuatu yang mereka ketahui,
firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
daripada keterangan keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya didalam kitab suci, maka mereka itu dilaknat oleh Allah dan di
laknat oleh sekelian makhluk. Kecuali orang orang yang bertaubat, dan memperbaiki
(amalan buruk mereka), serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan) maka
orang orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Tuhan yang Maha Penerima
Taubat, lagi Maha Mengasihani”
[Al baqarah 159-160]

Justeru itu, Allah mewajibkan orang orang yang berilmu agar menyampaikan ajaran
Islam yang mereka tahu kepada orang ramai, untuk memastikan keutuhan ummah
Islam itu sendiri dan ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya bermaksud :

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar benar didalam kerugian, kecuali
orang orang yang beriman dan mengerjalkan amal soleh dan saling menasihati
supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati dengan kebenaran”
[Al a’sr : 1-3]

Dakwah juga perlu dilaksanakan supaya semua manusia terselamat daripada
melakukan perkara perkara yang di murkai Allah,Firman Allah SWT maksudnya :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

169
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang orang
yang zalim sahaja diantara kamu, Dan ketauhilah bahawa Allah amat keras
siksaanNya”
[Al anfal : 25]

Sesiapa sahaja yang mengetahui serba sedikit tentang Islam bermakna ia mengetahui
sesuatu dan perlu disampaikan kepada orang yang belum mengetahuinya,sebagaimana
sabda Nabi SAW mafhumnya :

“Sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat”

Akan tetapi, walaupun kita dituntut untuk menyampaikan apa yang kita tahu, kita
adalah dilarang supaya tidak menyampaikan ilmu ataupun dakwah yang salah, dewasa
ini sering kelihatan dimana adanya pihak pihak ataupun individu individu tertentu
yang tidak mempunyai latar belakang pengajian agama, ataupun hanya sekadar berada
di pusat pengajian Islam dalam tempoh yang singkat, atau dengan membaca buku
buku agama tanpa mempelajari daripada ustaz mahupun ustazah, kemudian mereka
ini muncul ditengah masyarakat dan mereka cuba untuk menyampaikan ilmu yang
diperolehi dengan penjelasan yang salah tentang Islam, Dan inilah perkara yang
mendukacitakan kita, sehinggakan manusia di waktu ini mengambil Islam dari
golongan yang jahil dan mereka diselewengkan.

Setiap orang Islam tahu bahawa balasan Allah di akhirat itu adalah benar, dan Al
quran itu “kalamullah”. Dia juga turut mengakui bahawa solat, haji, puasa dan zakat
diwajipkan oleh Islam, oleh yang demikian dia boleh menyampaikan apa yang dia
tahu, manakala perkara yang tidak diketahuinya tidak boleh disampaikan kerana dia
tidak mengetahuinya.

12.14 DAKWAH DARI SUDUT HUKUM

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan di atas, maka jelaslah bahwa dakwah adalah
suatu kewajipan bagi ummat Islam Mengenai jenis kewajipan ini, terdapat perbezaan
pendapat di kalangan Ulama' samada dakwah itu adalah
fardhu ain atau fardhu kifayah.

Fardhu Kifayah

Sebahagian ulama' mengatakan dakwah adalah fardhu kifayah ke atas ummat Islam
berdasarkan ayat Al quran yang bermaksud :

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang
orang yang beruntung”
[Ali imran : 104]

Daripada ayat tersebut mereka berpendapat bahawa yang dituntut syara' ialah tugas
dakwah itu dilaksanakan oleh sebahagian daripada ummat Islam sahaja.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

170


Fardhu Ain

Ulama' yang lain pula berpendapat bahawa dakwah ialah fardhu 'ain yang wajib
dikerjakan oleh setiap Muslim menurut kemampuannya, dan ini adalah berdasarkan
kepada hujjah yang berikut :

i) Firman Allah SWT, yang dengan jelas menunjukkan bahawa dakwah adalah sifat
ummat ini.

“Kamu (wahai ummat muhammad) adalah sebaik baik ummat yang dilahirkan bagi
(faedah) ummat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan
melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji)
[Ali imran : 110]

ii) Hadis Rasulullah SAW mafhumnya :
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah
dengan tangannya, sekiranya tidak berkuasa maka dengan lidahnya, sekiranya tidak
berkuasa , maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman".

iii) Dan Sabda Nabi SAW :
“Smpaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat”

iv. Qaedah Feqh : “Tidak sempurna sesuatu perkara itu melainkan dengan adanya ia
maka hukumnya adalah wajip”

Menurut Imam Al ghazali pula dakwah itu adalah pada asalnya adalah fardhu kifayah
sekiranya ada pemerintahan Islam dan ianya akan menjadi fardhu ain mengikut
kemampuan setelah jatuhnya khalifah Islamiyyah.

12.15 MATLAMAT DAN TUGAS DAKWAH

Matlamat dakwah adalah semata mata untuk memastikan perkara perkara yang
diredhai Allah (ma'ruf) tersebar luas dan perkara perkara yang terkeji (munkar) dapat
dihapuskan.Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan panggilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata
mata untuk Allah, jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah
Maha Melihat apa yang mereka kerjakan
[Al anfal : 39]

Pada hari ini dalam keadaan tiada sebuah negara pun yang melaksanakan hukum
Islam secara total, maka dakwah juga mesti bermatlamat untuk menegakkan hukum
Allah atau Daulah Islamiyah di atas muka bumi ini. Tidak melaksanakan hukum Allah
adalah satu kemungkaran dan kezaliman yang amat besar. Orang-orang yang
berdakwah pada jalan Allah perlu yakin bahawa mereka akan mendapat pertolongan
daripada Allah dan keredhaanNya, ini telah dijelaskan dalam Firmanullah yang
bermaksud :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

171
“Dan Allah telah berjanji kepada orang orang yang beriman diantara kamu dan
orang orang yang mengerjakan amalan soleh bahawa Dia sesungguhnya akan
menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang
orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi
mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar benar akan
menukar (keadaan) mereka. Sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman
sentosa, Mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan dengan sesuatu
pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka
mereka itulah orang orang yang fasiq”
[An Nur : 55]

Di dalam menyampaikan dakwah, tidak ada had masa yang ditentukan sebagaimana
solat, puasa atau sebagainya, ini bermakna tanggungjawap dakwah itu boleh
dilaksanakan pada bila bila masa sahaja, selagi kita berkesempatan untuk
melaksanakannya. Ini dapat dicontohi dari perilaku Rasulullah SAW yang sentiasa
mengajak kaumnya siang dan malam,secara tersembunyi mahupun terang terangan,
dan tiada satupun yang dapat menghalang Baginda dari menjalankan tugas dakwah
tersebut.

Hakikatnya, seorang pendakwah yang ikhlas, akan memberikan sepenuh tumpuan
terhadap dakwah, malah seluruh fikirannya akan tertumpu terhadap dakwah, setiap
tindak tanduknya adalah untuk dakwah, dan tidak pernah bakhil untuk mengorbankan
masa dan tenaganya untuk melaksanakan dakwah tersebut, tiada suatu perkara pun
yang dapat mengubah pendiriannya daripada perkara ini walaupun berada di dalam
keadaan yang amat genting dan dalam keadaan yang terdesak.

Satu contoh yang kita boleh renungkan dan mengambil pengajaran darinya adalah,
ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, bersama dengan Abu
Bakar As siddiq RA, Baginda telah menemui Buraidah bin Al hasib Al aslami, yang
ketika itu berada bersama kaumnya dipertengahan jalan menuju ke Madinah,Baginda
mengajak mereka kepada Islam dan mereka menerimanya, ini menunjukkan
Rasulullah Saw tidak pernah lupa untuk menjalankan tugasnya sebagai pendakwah
mengajak manusia kepada Islam walaupun pada ketika itu kaum Quraisy cuba untuk
menangkapnya.

Tanggungjawap seorang muslim adalah mengajak manusia supaya menyembah Allah
dan bukanlah tanggungjawapnya untuk memberikan hidayah kepada mereka, Ini
bermakna, dia perlu melaksanakan dakwah dengan berterusan tanpa merasa putus
asa, jemu atau malas, sebagaimana nabi Allah Nuh AS yang tidak pernah jemu untuk
berdakwah mengajak kaumnya kepada Allah selama lebih kurang 950 tahun,
walaupun tidak ramai yang menyertainya.

Orang yang mengajak manusia kepada mengingati dan menyembah Allah, sebenarnya
hanya melaksanakan kewajipannya dan menunaikan ibadat sebagai tanda ketaatannya
kepada Allah SWT, Ganjaran ibadah yang dilakukan oleh seorang hamba, akan
diperolehi dari limpah kurniaan Allah Tuhan yang Maha Agung, ini bermakna
pendakwah tidak sepatutnya menuntut ganjaran dari mana mana manusia, samada
dalam bentuk harta, pujian, pangkat atau dalam apa jua bentuk kebendaan.Ini
dijelaskan oleh Allah mengenai nabi Nuh AS maksudnya :

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

172
“Oleh itu, jika kamu membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal
kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balsan daripada kamu ( mengenai
ajaran Allah yang aku sampaikan) balasanku hanylah daripada Allah semata mata,
(samada kamu beriman ataupun ingkar) dan kau pula diperintahkan supaya menjadi
orang Islam (yang berserah diri kepada Allah) ”
[Yusuf : 72]

Tidak dinafikan, ucapan bagi mengajak manusia supaya menyembah Allah, lebih
lebih lagi ketika manusia menderhakai Allah, merupakan ucapan yang terbaik kerana,
orang yang mengucapinya semestinya seorang yang mempunyai syakhsiah ataupun
keperibadian yang baik dan tunduk hanyalah kepada Allah SWT,dan Allah
menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada pendakwah sebagaimana sabda nabi
SAW maksudnya :

“ Orang yang mengajak manusia kepada petunjuk Allah, akan memeperolehi
ganjaran seperti mana ganjaran ganjaran yang diperolehi orang orang yang
mengikutinya tidak kurang sedikitpun.”

12.16 PENUTUP

Setelah kita mempelajari dan memahami tentang perihal dakwah, perlulah di ingatkan
dan ditekankan bahawa dakwah itu hendaklah di langsungkan dengan penuh
kebijaksanaan (berhikmah) agar dakwah yang dibawa menepati sasaran dan kehendak
ummah demi menjamin tertegaknya agama Allah di muka bumi ini, sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud :

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik,
dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih
mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang
terpimpin."
[An-Nahl:125]



















Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

173
13.0 PERTEMUAN TIGA BELAS


13.1 DAKWAH DUA : AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR

13.11 MUQADDIMAH

Dewasa ini banyak kemungkaran berlaku di seluruh dunia terutamanya negara negara
yang pesat membangun seperti negara kita Malaysia, di samping pembangunan negara
yang progresif tidak kurang juga marak dan melatanya pembangunan kemaksiatan
dan kemunkaran seperti kes pembunuhan, keruntuhan moral, pergaulan bebas lelaki
dan perempuan, perjudian, arak, dan sebagainya. Ini adalah berpunca daripada sikap
ummat manusia kini yang membiarkan serta melepaskan tangan dan alpa dengan
perihal keduniaan sehingga terlupa untuk melaksanakan tugas penting sebagai seorang
makhluk cipataan Allah SWT iaitu untuk beribadah dan menyampaikan dakwah
menyeru kepada Allah dengan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar.

Firman Allah SWT maksudnya :

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu, melainkan untuk tunduk mengabdikan
diri (beribadah) kepadaKu”
[Az zariyat : 56]
Dan Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang
orang yang beruntung”
[Ali imran : 104]

13.12 PENGERTIAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Perkataan amar berasal dari “amrun” yang memberi maksud arahan untuk melakukan
atau menganjurkan. Manakala “ma’ruf” pula berasal dari kalimah “a’rafa” yang
bermaskud sesuatu yang baik selari dengan ajaran Al quran dan As sunnah atau
dengan perkataan lain segala perbuatan yang di kira baik oleh syara’ yang boleh
mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Perkataan nahi adalah berasal dari kalimah “nahyun” yang bermaksud arahan untuk
meninggalkan atau untuk tidak melakukan. Manakala munkar pula berasal dari
kalimah “nakara” bermaksud sesuatu yang perbuatan buruk dan keji dari segi syara’
atau perbuatan yang menyalahi Al quran dan As sunnah yang boleh menjauhkah diri
kita daripada Allah SWT

Firman Allah yang bermaksud :
"Kamu (wahai ummah Muhammad) adalah sebaik baik ummat yang dilahirkan untuk
manusia, kereana kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang dari
perkara yang salah (buruk dan keji), dan beriman kepada Allah."
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

174
[Ali Imran: 110]
Menurut Dr Yusuf Al qardawi dalam ayat ini penyebutan amar ma'ruf dan nahi
munkar didahulukan daripada penyebutan iman, sedangkan iman merupakan asas, ini
adalah kerana iman kepada Allah itu merupakan ketentuan yang bersifat umum yang
dimiliki oleh keseluruh ummah (ahli kitab). Akan tetapi amar ma'ruf nahi munkar
merupakan kemuliaan ummat ini (Muhammad SAW). Satu contoh yang boleh di
ambil adalah seperti tumbuh tumbuhan padang pasir, Allah lah yang
mengeluarkannya, dan ianya tidak dikeluarkan hanya semata mata untuk hidup
dirinya sahaja, tetapi dikeluarkan untuk kemaslahatan ummat manusia seluruhnya.
Ummat Islam di zaman Nabi SAW adalah ummat dakwah dan risalah, dan tugasnya
adalah menyebarkan yang ma'ruf dan memperkuatnya, dan mencegah yang munkar
serta menghancurkannya.
Sebelum ayat di atas disebutkan, dalam beberapa ayat sebelumnya Allah SWT
berfirman:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar;
merekalah orang-orang yang beruntung."
[Ali Imran: 104]
Ayat diatas mempunyai dua makna berdasarkan kalimah “min” :
i. “min” littajrid (keseluruhan) maksudnya hendaklah kamu menjadi ummat yang
sentiasa mengajak kepada kebaikan. Menurut Al qardawi makna tafsirnya hendaklah
seluruh ummat Islam menjadi penyeru kebaikan, memerintahkan yang ma'ruf dan
mencegah kemunkaran, berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan masing
masing dalam melaksanakan dakwah ke jalan Allah SWT.
ii. "min" lit-tab'idh (sebahagian) iaitu hendaklah di dalam masyarakat Islam itu ada
sekelompok kaum Muslimin yang memiliki keistimewaan, memiliki kemampuan dan
memiliki persiapan yang sesuai untuk mengembangkan kewajipan berdakwah dan
beramar ma'ruf nahi munkar.
13.13 HUKUM AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
Berkenaan dengan kedudukan amar ma’ruf nahi munkar dari segi hukum, para ulama’
dalam membincangkan hal ini bercanggah kepada dua pendapat samada fardhu
kifayah ataupun fardu ain.
Fardhu Kifayah
Ini adalah pendapat jumhur ulama’ berdasarkan firman Allah SWT maksudnya:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah orang
orang yang beruntung”
[Ali imran : 104]
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

175
Di dalam kitab “Al qawaed wal Fawaed” pula dipetik Ibnu Kathir sebagai berkata
maksud ayat tersebut ialah hendaknya ada satu kelompok dari ummat ini yang
melaksanakan tugasan dakwah.
Manakala Ibni Uthaimin didalam kitab “Syarah Riadhus Solihin” menyatakan bahawa
amar ma’ruf nahi munkar adalah fardu kifayah. Jika sudah cukup orang
melaksanakannya maka tercapailah maksudnya. Namun jika orang yang
melaksanakan kewajipan ini belum cukup, maka hal ini menjadi kewajiban semua
umat Islam.
Fardhu Ain
Pendapat sebahagian ulama’ lain yang berdalilkan hadis nabi SAW mafhumnya :
“Barangsiapa dikalangan kamu yang melihat kemunkaran, maka ubahlah dengan
tangan, dan sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lisan, dan sekiranya tidak
mampu maka ubahlah dengan hati, dan itu adalah selemah lemah iman”
Namun hadis di atas “Siapa saja dari kalian melihat kemunkaran …” menunjukkan
kewajipan memberantas kemungkaran adalah terletak di atas setiap individu yang
mampu dan mengetahui atau melihat kemunkaran tersebut.
Imam Nawawi pula menyatakan bahawa amar ma’ruf nahi munkar kadang kadang
menjadi fardhu a’in, contohnya seperti jika kita berada di suatu tempat terjadinya
kemungkaran dan tak ada orang lain yang mengetahuinya kecuali kita. Dan ianya
tidak menjadi kewajipan kepada orang lain yang tidak melihat kemungkaran tersebut.
Maka berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah bahawa hukum amar ma’ruf
nahi munkar adalah berubah (fardhu kifayah kepada fardhu ain) bergantung kepada
keadaan. Akan tetapi suatu perkara penting yang perlu diperhatikan adalah jika
semua orang meninggalkannya, maka berdosalah orang yang mempunyai kemampuan
yang hanya membiarkan dan tidak melaksanakanya dengan mengharapkan orang lain
untuk melaksanakannya.
13.14 KEPENTINGAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
Berdasarkan dalil dalil yang dikemukakan, maka kita telah faham bahawa ,
melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar adalah merupakan tanggungjawap bagi setiap
individu muslim lelaki mahupun perempuan.
Menurut HAMKA, perkara pokok yang penting didalam amar ma’ruf adalah
mentauhidkan Allah, Tuhan semesta alam, manakala perkara yang penting didalam
nahi munkar pula ialah, mencegah dan membenteras kemuysrikan terhadap Allah
SWT. Pada dasarnya konsep amar ma’ruf nahi munkar adalah selari dengan pendapat
umum, ini adalah disebabkan al ma’ruf itu sendiri ialah apa apa yang disukai dan
diingini oleh umum, manakala al munkar pula adalah apa yang tidak diingini dan
tidak disukai oleh umum, Namun kelalaian dan kegagalan dalam beramar ma’ruf telah
memberikan kesempatan timbulnya pendapat dan pandangan yang salah, sehingga
yang ma’ruf dilihat sebagai yang kemunkaran manakala yang munkar pula kelihatan
seperti yang ma’ruf.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

176
Melaksanakan tugas dakwah amar ma’ruf nahi munkar secara berterusan adalah
sangat penting, malah ianya adalah suatu perkara yang harus bagi setiap pendakwah,
untuk menjamin terlaksananya risalah Allah dimuka bumi ini dan mereka yang
berpegang teguh dengan prinsip amar ma’ruf nahi munkar akan memperolehi
ganjaran dan balasan dari Allah SWT seperti :
i. Di tinggikan darjat mereka pada setinggi tinggi darjat manusia sebagaimana
Firmanullah yang bermaksud :
“Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma;ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah,sekiranya
ahli kitab beriman tentulah itu lebih baik kepada mereka, diantara mereka ada yang
beriman dan kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasiq”
[Ali imran : 110]
ii. Memperolehi pahala yang berlipat ganda daripada Allah sebagaimana sabda Nabi
SAW mafhumnya :
“ Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapatkan
pahalanya, dan pahala orang yang mengamalkannya sehinggalah di hari kiamat,
tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun”
iii. Terhindar dari laknat Allah sebagaimana yang terjadi kepada Bani Israel kerana
keengganan mereka dalam mencegah kemunkaran. Firman Allah SWT maksudnya :
“ Telah dilaknat orang orang dari kaum Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa
putera Maryam, yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu
melampaui batas”
[Al maidah : 78]
13.15 MENGINGKARI AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
Apakah yang akan berlaku sekiranya seruan atau tugas amar ma’ruf nahi munkar
ditinggalkan?
Dari Abu Bakar As Siddiq ra, ia berkata :

"Wahai manusia hendaknya kalian membaca ayat ini : Yaa ayyuhalladziina aamanuu
‘alaikum anfusakum laa yadhurrukum man dhalla idzahtadartum" (Hai orang-orang
yang beriman, jagalah dirimu, tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat
padamu apabila kamu telah mendapat petunjuk). Dan sesunggunya aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya apabila orang-orang melihat orang yang
bertindak menganiaya orang lain dan kemudian mereka tidak mencegahnya, maka
kemungkinan besar Allah akan memberi balasan siksaan yang sama terhadap
mereka, disebabkan perbuatan tersebut "

Di sana telah jelas bahawa kerugian yang akan kita akan perolehi sekiranya kita tidak
melaksanakan seruan amar ma’ruf nahi munkar, sehinggakan orang orang yang tidak
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

177
mencegah mereka yang membuat penganiayaan terhadap orang lain akan ditimpa
balasan yang sama di akhirat kelak. Allah SWT menegaskan didalam firmanNya :

"Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami
selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan
kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu
berbuat fasiq
[Al A’raaf :165]


13.16 PENUTUP

Setelah kita fahami kedudukan betapa pentingnya amar ma’ruf nahi munkar ini
dilaksanakan, maka setiap orang Islam lelaki dan perempuan, hendaklah
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan dan kebijaksanaan berdasarkan
kepada satu kaedah, iaitu amar ma’ruf nahi munkar hendaklah dilangsungkan
berdasarkan kepada ilmu agama yang betul serta hujjah hujjah yang logik serta kuat
dan benar. Hal ini di tegaskan oleh Allah SWT didalam firmanNya yang bermaksud :

“Katakanlah : inilah jalan (agama)ku, aku dan orang orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan akju
tiada termasuk golongan orang yang syirik”
[Yusuf : 108]

Menurut Ibnu Utsaimin di dalam kitab “Syarah Thalathatil Usul”, apa yang
dimaksudkan dengan “basirah” di dalam ayat di atas adalah ilmu dan hujjah hujjah
syar’ie dan “basirah” di sini mencakupi tiga perkara iaitu “basirah” terhadap
perkara yang didakwahkan atau mengetahui hukum syar’i, kemudian“basirah” dalam
bentuk atau metodologi dakwah. Dan“basirah” terhadap objektif dakwah.





















Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

178
14.0 PERTEMUAN EMPAT BELAS


14.1 DAKWAH TIGA : DAKWAH FARDHIYAH

14.11 MUQADDIMAH

Setelah kita melalui perbahasan mengenai dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar,
maka di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa (ad-da’wah ila Allah) ataupun
berdakwah kepada Allah adalah merupakan kewajipan terhadap setiap muslim dan
muslimat di setiap masa tak kira di mana jua berada.

Berdakwah kepada Allah adalah sebaik baik urusan yang perlu diketengahkan
terutamanya dewasa ini, masyarakat kita lebih terdedah kepada ancaman dan suntikan
jahat musuh musuh agama Allah ini yang bertujuan untuk melemahkan dan
menjatuhkan teras dakwah di dalam jiwa ummat Islam.

Menyeru manusia kepada Allah, dan melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar adalah
merupakan satu kemuliaan dan menghasilkan pahala serta ganjaran yang besar bagi
pendokong dakwah, dan ini di jelaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya yang
bermaksud :

“Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amalan yang soleh dan berkata : sesungguhnya aku termasuk orang
orang yang menyerah diri ”
(Fussilat : 33)

Dan sabda Rasulullah SAW mafhumnya :
“Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki, lantaran kamu itu adalah
lebih baik bagimu daripada setiap apa yang di sinari oleh matahari ”


14.12 PENGERTIAN DAKWAH FARDHIYAH

Perkataan fardhiyah itu adalah merupakan perkataan Arab yang berasal dari pangkal
kata “fardh” yang bermaksud “persendirian” atau “individu”, manakala dakwah
fardhiyah adalah merupakan satu metodologi atau bentuk dakwah yang dilakukan
oleh orang perseorangan, atau satu badan umum yang kecil, kepada individu muslim
yang lain seperti saling nasihat menasihati sesama sendiri (teman serumah atau teman
sekerja dan sebagainya) ataupun dakwah kepada beberapa orang dalam jumlah yang
kecil dan terbatas seperti usrah, liqa’ ilmi dan sebagainya.

Di samping dakwah fardhiyah, di sana terdapat juga dakwah ‘ammah ataupun dakwah
yang berbentuk umum, yang disampaikan oleh pendakwah contohnya melalui
ceramah umum, ataupun melalui media masa seperti mengeluarkan risalah risalah
ilmiyah, buku buku, surat kabar, majalah, kaset, video, cd, dvd dan sebagainya. Akan
tetapi bentuk dakwah yang hendak dibincangkan disini adalah dakwah fardhiyah yang
mana dakwah yang berbentuk perseorangan inilah yang dikatakan sebagai satu
metodologi ataupun idea yang berkesan yang perlu dijalankan oleh setiap pendakwah.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

179


14.13 PERINGKAT DAKWAH FARDHIYAH

Mengikut Ustaz Mustafa Masyhur, berdakwah mengajak manusia ke jalan Allah
adalah merupakan satu peringkat yang penting dalam amal islami yang perlu
dilakukan secara bersungguh sungguh, dan ia adalah merupakan peringkat pengenalan
(marhalah ta’rif), yang mendahului peringkat pembentukan (marhalah takwin). Di
dalam melaksanakan dakwah fardhiyah, ia hendaklah dilaksanakan dengan melalui
beberapa peringkat sebagaimana berikut :

Peringkat Pertama

Mewujudkan hubungan dengan berkenalan atau berta’aruf dengan mad’u. Di
peringkat ini, pendakwah perlu benar benar mengambil berat tentang mad’unya,
seperti bertanya khabar, ziarah menziarahi dan sebagainya, hal ini akan memberikan
kesan kepada mereka untuk menerima apa yang diperkatakan mengenai dakwah yang
dibawa kerana hati mereka benar benar terbuka dan bersedia untuk memahami dan
mengambil pengajaran darinya, kerana kita mengambil berat dan memberikan
perhatian dan memenangi hati mereka.

Peringkat Kedua

Membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Di peringkat ini, perbincangan
mengenai iman tidak perlu di bincangkan secara mendadak, akan tetapi adalah lebih
baik di bincangkan dengan memberi pendekatan secara tidak langsung seperti,melihat
pemandangan yang cantik, burung berterbangan, tumbuh tumbuhan dan sebagainya.
Di ketika itu hendaklah dibincangkan tentang kekuasaan Allah dan keagungan
ciptaanNya, sebagai contoh dijelaskan kepada mad’u bagaimana tumbuhan tumbuh di
atas tanah dari air yang sama dan ia melahirkan bahagian yang berlainan seperti
dahan, daun, bunga, buah dan rasa sedangkan ianya disiram dengan air yang sama dan
di tanam di atas tanah yang sama.Firman Allah SWT maksudnya :

“Begitulah perbuatan Allah SWT yang membuat dengan kukuh setiap sesuatu”
[An naml : 88]

Perbincangan yang sebigini perlu dilakukan berulang kali dengan memikirkan
keunikan ciptaan Allah, dan insyaallah pendekatan ini akan membuatkan mad’u akan
mengagumi dan mengagungi serta menyucikan Allah bertepatan dengan firman Allah
SWT maksudnya :

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : Ya
Tuhan kami! Tidak Engkau menciptakan ini dengan sia sia. Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa api neraka ”
[Ali imran : 191]

Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan allah menjadikan seseorang itu
mengagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat,
mengingati pembalasan yang akan diterima di sana, dan mendorong seseorang
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

180
mukmin untuk memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkannya dari azab
neraka.

Peringkat Ketiga

Membantu dan memperbaiki diri mad’u dengan cara mengajarnya perkara perkara
ketaatan kepada Allah dan ibadah ibadah fardhu, membiasakan dirinya melakukannya
secara berdispilin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak islam. Sehubungan
dengan itu adalah lebih baik sekiranya mad’u dibekalkan dengan buku buku aqidah,
ibadat dan akhlak yang boleh dibaca dan difahaminya. Begitu juga dengan mengajak
dan menghadiri majlis majlis ilmu atau ceramah ceramah agama serta mengajak
mereka berkenalan dengan orang orang yang soleh dan menjauhkan diri mereka dari
golongan yang jahat. Di peringkat ini, pedakwah perlu bersabar dan sentiasa
mengikuti perkembangan mad’u sehingga mereka benar benar teguh berada di jalan
Islam, Mereka tidak sepatutnya dibiarkan dalam jangka masa yang lama tanpa di ikuti
perkembangannya dan tanpa bimbingan, Ini adalah untuk memastikan agar mad’u
mampu meneruskan perjalanan di jalan Islam dan menjauhi faktor yang menyebabkan
mundur, malas dan cuai. Usaha usaha ini akan memakan masa yang berminggu
minggu atau mungkin berbulan sehingga keperibadian Islamnya benar benar mantap.

Peringkat Keempat

Menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa membataskannya hanya kepada
solat, zakat dan haji sahaja. Ibadah sebenarnya merangkumi segenap aspek kehidupan
seperti makan, minum, bersukan, ilmu, amal dan sebagainya. Ini semua adalah ibadah
kepada Allah SWT dengan syarat berniat kepada Allah dan cara melaksanakannya
bersesuaian dengan syariat Islam.

Setiap perkara yang hendak dilakukan hendaklah di niatkan bertujuan untuk
membantu kita melaksanakan ketaatan kepada Allah dan merealisasikan tujuan Allah
menjadikan kita sebagai khalifah di atas muka bumi, sebagai contoh sekiranya kita
berniat untuk makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati dan
beribadat kepada Allah, maka ianya akan menjadi ibadat yang akan diberikan
ganjaran pahala. Kita belajar dan menuntut ilmu untuk kepentingan orang orang
Islam, maka ianya juga menjadi ibadat dan setiap tenaga serta masa yang yang kita
curahkan akan diberi ganjaran pahala. Kita bekerja dimana mana bidang untuk
keperluan hidup maka kerja kita menjadi ibadat, Kita bersukan untuk menguatkan
tubuh badan supaya kita mampu memikul bebanan dakwah dan berjihad di jalanNya,
maka ianya juga adalah ibadah.

Segala usaha dan amal yang kita kerjakan mestilah sesuai dengan syariat Allah dan
ajaran Islam, oleh itu kita tidak boleh makan dan minum kecuali yang halal, kita tidak
berpakaian kecuali yang halal, kita tidak melakukan sebarang amal melainkan ianya
selari dengan syariat Allah supaya ianya menjadi ibadat yang diterima oleh Allah
SWT, ini adalah kerana, tidak patut bagi kita untuk makan makanan yang haram
dengan tujuan untuk menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah SWT,
maka begitulah seterusnya, setiap muslim di peringkat ini perlu menyelaraskan setiap
kegiatan hidupnya dengan syariat Allah dan menjadikannya sebagai ibadat.


Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

181
Peringkat Kelima

Menjelaskan kepada mad’u bahawa agama Islam itu bukan hanya sekadar kita
menjadi seorang muslim pada diri sendiri sahaja, dengan hanya melaksanakan ibadat
ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain,
akan tetapi Islam itu adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup, daulah,
pemerintahan dan perundangan, Inilah fahaman terhadap agama Islam yang betul,
yang mengajar kita berbagai tanggungjawap dan kewajipan. Kita wajip
melaksanakannya sebagai menyahut perintah Allah supaya masyarakat dapat dibina di
atas prinsip Islam di segenap aspek kehidupan, politik, ekonomi, perundangan,
kemasyarakatan dan lain lain. Kita juga mestilah memahami bahawa di antara
kewajipan kita terhadap Islam ialah berusaha dan berjuang bersungguh sungguh
supaya Islam akan ditegakkan di muka bumi Allah ini. Firman Allah yang bermaksud
:

“…sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga agama itu hanya untuk Allah semata
mata “
[Al baqarah : 193]

Seorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keislaman yang sahih
dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri dari masyarakat muslim yang lain dan
tidak mengambil peduli tentang apa yang berlaku terhadap saudara seislam di
sekeliling mereka. Sabda nabi SAW mafhumnya :

“Barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari
mereka”

Pendakwah hendaklah memastikan agar mad’u dapat melahirkan perasaan
tanggungjwap terhadap Islam dan tanggungjwap sebagai seorang muslim, dan tidak
lagi mengasingkan diri, selepeas itu hendaklah dijelaskan kepada mereka tentang
tuntutan marhalah dakwah pada hari ini yang mewajipkan ummat islam berusaha
menegakkan Daulah Islamiyah dan mengambalikan Khalifah Islamiyah yang
diruntuhkan oleh musuh musuh Islam. Perlu dijelaskan juga kepada mad’u betapa
besarnya musibah atau malapetaka yang dihadapi oleh dunia Islam, negara dipecah
pecahkan, ummat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh musuh mengambil
kesempatan menyerang dan menganiaya orang Islam, masjid masjid dirosakkan,
kehormatan muslimah dicabul dan sebagainya. Semua ini berlaku adalah akibat
tiadanya Daulah Islamiyah (yang mampu menyerang balas musuh mush Islam,
menghalang mereka dari melakukan serangan, dan menyatu padukan ummat Islam
serta melaksanakan syariat Islam dikalangan mereka)

Pendakwah juga perlu menjelaskan kepada mad’u bahawa tanggungjawap
menegakkan Daulah Islamiyah bukannya tugas pemerintah semata mata malah ia
adalah tanggungjawap setiap muslim dan muslimah di waktu ini. Dan adalah menjadi
dosa kepada seluruh ummat Islam sekiranya mereka tidak berusaha untuk
menegakkan Daulah Islamiyah.




Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

182
Peringkat Keenam

Menjelaskan kepada mad’u bahawa tugas dakwah ini tidak dapat dilaksanakan secara
bersendirian (fardh), setiap muslim tidak mampu menegakkan Daulah Islamiyah
secara bersendirian, akan tetapi usaha tersebut mestilah dilakukan secara berjemaah
iaitu satu organisasi yang menyatukan usaha usaha fardh demi melaksanakan
tanggungjawap ini. Satu Qaedah Feqh yang bermaksud :

“Tidak sempurna sesuatu perkara itu melainkan dengan adannya ia, maka hukumnya
adalah wajip”

Oleh itu, selagi kewajipan menegakkan Daulah Islamiyah tidak dapat disempurnakan
kecuali dengan adanya jemaah, maka mewuujdkan jemaah itu adalah wajip. Tidak
dapat dibayangkan bagaimana seorang individu muslim boleh menjadi sempurna
keislamannya sedangkan dia hidup seorang diri tanpa melibatkan diri dengan jemaah
yang bertujuan untuk melaksanakan prinsip prinsip Islam dan kewajipan yang
terpenting di waktu ini iaitu menyertai jemaah untuk menegakkan Daulah Islamiyah.

Dan ini adalah perkara asas, kebanyakan muslim tidak merasakan keperluan yang
mendesak dalam mewujudkan jemaah, Mereka bersikap sedemikian kerana tidak
mahu memikul tanggungjawap ataupun lebih mengutamakan keselesaan hidup di
dunia dan ingin menjauhkan diri dari perkara yang tidak disukai yang mungkin
terpaksa dihadapi apabila dia menyertai jemaah Islam. Berdasarkan kepada penjelasan
betapa besarnya tanggungjawap yang perlu dipikul dan perlaksanaan tanggungjawap
ini tidak dapat disempurnakan melainkan dengan adanya jemaah, maka mad’u akan
meyakini betapa pentingnya jemaah sekalipun terpaksa membayar dengan harga yang
mahal, lebih lebih lagi setelah dijelaskan betapa besarnya pahala dan ganjaran dalam
mewujudkan Daulah Islamiyah.

Peringkat Ketujuh

Menjawap persoalan yang bermain di minda mad’u iaitu jemaah manakah yang perlu
disertai?, diperingkat ini pedakwah perlu memastikan proses dakwah di sampaikan
dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan, kerana peringkat ini adalah peringkat yang
paling penting dan ianya adalah perbincangan yang sensitif. Ini kerana, terdapat
berbagai jemaah yang bergerak dan semuanya mengajak untuk menyertainya.
Semuanya mengibarkan bendera Islam, dan mempunyai lambang lambang serta cara
cara tersendiri untuk menarik para pengikutnya.

Perkara yang mesti difahami oleh setiap individu muslim ialah persoalan amal Islami
adalah merupakan satu persoalan asasi dan penentu masa depan. Mereka mestilah
teliti dalam memilih jalan perjuangan yang mana yang patut dilalui dan di yakini
selamat. Mereka tidak semestinya tergesa gesa atau terikut ikut dalam memilih
jemaah yang perlu disertainya. Ini kerana, mereka hanya memiliki satu umur dan satu
nyawa. Oleh itu janganlah dipersiakan begitu sahaja, sebaliknya ia hendaklah
mengkaji, berbincang dan memperuntukkan masa dan tenaga untuk mencari
kepastian.

Perlu diingatkan bahawa untuk merealisasikan tuntutan Islam dan menegakkan
Daulah Islamiah, kita mesti mengikuti jalan yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW .
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

183
Rasulullah Saw memantapkan aqidah Islam kedalam jiwa mukmin dan mendidik
mereka berdasarkan Al quran dan As sunnah, serta madrasah Rasulullah SAW,
melalui madrasah ini, lahirnya Rijalul Aqidah (Pendokong pendokong aqidah) ,
aqidah mengawal diri mereka, mempengaruhi perasaan dan menguasai jiwa mereka,
aqidah menjadi segalanya dalam kehidupan mereka, kerana aqidah mereka
mengorbankan masa, tenaga, kesihatan, harta dan jiwa raga, kerana aqidah mereka
sanggup bertahan menanggung segala bentuk penyiksaan dan menghadapi risiko.
Mereka tidak berundur walau selangkah. Mereka menyebarkan dan
mempertahankannya serta berjihad dengan harta dan jiwa dan mereka adalah
merupakan tiang tiang utama yang menjadi asas penegakkan Daulah Islamiah yang
pertama. Kemudian Rasulullah SAW mempersaudarakan mereka serta menyusun
mereka dan mengambil sumpah, taat setia ataupun bai’ah perjanjian untuk
mempertahankan Islam dengan menggunakan apa sahaja yang mereka miliki dan
ketika itu mereka mendapat kemenangan dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah
SWT.

Akan tetapi, sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu
Rasulullah SAW berpesan supaya mereka bersabar menempuh dugaan dan tetap
bersama kebenaran yang mereka imani, serta berterusan menyampaikan dakwah
Islamiyah kepada orang lain. Oleh itu jemaah yang melalui jalan yang sama yang
dilalui Rasulullah SAW semestinya menjadi pilihan untuk disertai. Mana mana
jemaah yang tidak memberikan keutamaan kepada persoalan tarbiyah dan persediaan,
mengatasai keutamaan kepada persoalan kesatuan atau hubungan dan juga mengatasi
persoalan menggunakan kekuatan maka ia adalah jemaah yang mempertaruhkan nasib
dan masa depannya, dan membahayakan amal Islami, Oleh itu, usaha untuk
memegang tampuk pemerintahan dengan menggunakan kekuatan tanpa bersertakan
dengan tarbiyah dan kesatuan ummah adalah satu usaha yang merbahaya.

Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa jemaah yang hendak disertai mestilah jemaah
yang mengambil Islam secara total, aqidah, ibadah, akhlak, perundangan,
pemerintahan dan segenap aspek kehidupan. Ia tidak boleh mementingkan beberapa
aspek dan meninggalkan aspek yang lain dengan alasan keselamatan atau apa apa
sebab yang lain. Mad’u juga perlu dijelaskan bahawa jemaah yang diharapkan untuk
melaksanakan kewajipan dan perlu dianggotai adalah jemaah yang memiliki
kemampuan diperingkat antarabangsa. Jemaah yang berpengalaman dan terbukti
mampu menghadapi mehnah dan tribulasi adalah jemaah yang layak untuk disertai
dan diyakini kemampuannya untuk mencapai matlamat Islam itu sendiri. Jemaah
tersebut hendaklah jemaah yang tersusun rapi dan bersatu padu serta berjalan
mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah jemaah yang kucar kacir atau bergerak
secara bidan terjun tanpa perancangan yang teliti.

Mad’u juga perlu dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan tenaga kepada
kumpulan kecil adalah satu kesalahan yang merbahaya. Pada dasarnya, sesiapa yang
ingin bekerja untuk Islam hendaklah bergabung tenaga dengan jemaah yang
mempunyai ciri ciri yang disebutkan di atas. Dia tidak boleh mengangkat dan
mengibarkan bendera baru ataupun membantu jemaah baru yang setahun jagung
pengalamannya. Ini dilakukan adalah supaya mereka tidak membantu usaha usaha
memecahkan tenaga dan usaha dengan sia sia. Mereka juga tidak boleh memisahkan
daripada jemaah besar yang berpengalaman kecuali apabila mendapati jemaah
tersebut pada keseluruhannya terdapat kefasikan atau kesesatan.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

184

14.14 PENUTUP

Kesemua peringkat peringkat dakwah fardhiyah yang telah dijelaskan di atas,
hendaklah benar benar dilaksanakan kepada mad’u satu persatu dengan mendalam
secara tertib, ini adalah untuk memastikan mad’u dapat menerima apa yang di
sampaikan. Di sana jelas dapat diperhatikan bahawa setiap peringkat dakwah
fardhiyah ini mempunyai hubungan diantara satu sama lain, dan memberi kesan
lansung kepada peringkat sebelumnya. Sebagai contoh apabila kita mengajak mad’u
menyertai jemaah sedangkan dia tidak menerima atau tidak memahami
tanggungjawap umum yang diwajipkan oleh jemaah, maka mereka tidak akan
memenuhi ajakan tersebut.






































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

185
15.0 PERTEMUAN LIMA BELAS

15.1 1IHAD

15.11 MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam buat junjungan kita
Muhammad SAW, ketua para mujahidin dan imam para muttaqin, juga buat ahli
keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang berjuang demi syariatNya hingga hari
akhirat.

Jihad adalah merupakan satu kewajipan ke atas bahu setiap muslim yang berterusan
hingga ke hari kiamat seperti yang terdapat dalam firman Allah di dalam Surah Al-
Baqarah ayat 216 yang berbunyi:

“Diwajibkan ke atas kamu berjihad/berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci..”.
(Al-Baqarah: 216)

Dan Allah telah menyamakan kewajipan berjihad itu dengan ibadah lain seperti
berpuasa dengan firmanNya:

“Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa”.
(Al-Baqarah: 183)

Kewajipan jihad ini seterusnya diperkukuhkan lagi dengan sabda rasulullah SAW
yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati sedang beliau tidak pernah berperang (berjihad) dan tidak
pernah berniat untuk berperang, maka mati beliau adalah mati jahiliah”
(Riwayat. Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a.)

Tanpa jihad kaum Muslimin terdedah kepada kekejaman dan kehinaan serta
diperbodoh-bodohkan. Sebaliknya jihad dapat membuktikan kehidupan yang mulia
untuk kaum Muslimin di bawah naungan Islam dan dalam menegakkan agama Allah.
Tanpa jihad, dakwah Islam tidak dapat tersebar dengan luas. Para syuhada’ yang
terkorban juga mendapat rezeki dan keuntungan daripada Allah SWT. Bukankah
Allah telah menyebut di dalam salah satu ayatNya iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan
Allah dan RasulNya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa
raga kamu; itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui”.
(As-Saff: 10-11).

Jika dilihatkan ayat-ayat Al-Quran kepada kita, Allah telah memberikan galakan yang
cukup hebat serta janji yang lumayan kepada kaum Mukminin berkenaan ganjaran
besar jihad. Sebagai contoh, Allah berfirman:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

186

“Sesungguhnya Allah membeli daripada mukminin (yang berupa) jiwa raga mereka
dan harta benda mereka dengan keuntungan syurga untuk mereka, mereka berperang
di jalan Allah; mereka membunuh dan juga mereka terbunuh…”.
(At-Taubah: 111)

Dan firman Allah lagi:

“Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat
daripada kesenangan kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan
Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia
mati (gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya
pahala yang besar”.
(An-Nisa’: 74)

Dan seterusnya banyak lagi ayat-ayat suci Al-Quran seperti Surah Al-Anfal, Surah
At-Taubah dan Surah Muhammad serta himpunan hadis Rasulullah SAW yang
menerangkan perihal jihad, kewajipan berjihad dan kelebihan jihad. Dalil-dalil
tersebut cukup banyak dan tidak dapat dimuatkan secara keseluruhan di dalam artikel
ini.

Topik jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang
bukan sahaja golongan anti-Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad
seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia
adalah jauh daripada itu. Malah, jihad adalah suatu ibadat yang sangat mulia dan
disanjung tinggi. Pengertian jihad pula selalu ditumpukan kepada aspek peperangan
bersenjata sahaja sehingga menakut-nakutkan sesetengah golongan kepada Islam,
padahal jihad adalah lebih luas daripada aspek tersebut. Oleh itu, artikel ini ditulis
untuk menfokuskan kepada tiga aspek penting iaitu:

• Pengertian dan Tuntutan Jihad
• Jenis-jenis Jihad
• Seerah Rasulullah dan Sahabat mengenai Jihad

Semoga artikel ini dapat dijadikan sebagai panduan yang lengkap kepada silibus jihad
yang diperlukan. InshaAllah.

15.12 PENGERTIAN DAN TUNTUTAN

Definisi 1ihad

Dari sudut bahasa, jihad adalah merupakan istilah bahasa arab yang berasal dari kata
terbitan (masdhar) “jahada” bererti berusaha bersungguh-sungguh dan berpenat lelah
dalam mengerjakan sesuatu perkara. Menurut ulama’ Hanafi, makna jihad dari sudut
istilah ialah mengajak atau menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa
yang tidak menerimanya dengan harta dan jiwa sepertimana firman Allah SWT di
dalam Surah At-Taubah yang bermaksud:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

187
“Pergilah dalam keadaan ringan ataupun berat dengan tanggungjawab; dan
berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah SWT. Ia adalah
lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.
(At-Taubah: 41)

Allah juga berfirman di dalam Surah at-Taubah ayat 111 dengan terjemahan:

“Sesungguhnya Alah SWT telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa
dan harta benda mereka dengan janji bahawa mereka akan beroleh syurga, mereka
berjuang pada jalan Allah, maka mereka mebunuh dan terbunuh. Ia adalah janji yang
benar yang ditetapkan oleh Allah SWT dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran. Dan
sesiapa yang menyempurnakan janjinya dengan Allah SWT, maka bergembiralah
dengan jualan yang kamu jalankan. Dan itu adalah jual beli iaitu kemenangan yang
besar”.
(At-Taubah: 111)

Ulama’ yang bukan bermazhab Hanafi memberi takrif yang hampir sama dengan
takrif ini. Contohnya Ulama’ Shafie mentakrifkan jihad sebagai “memerangi orang-
orang kafir untuk menegakkan Islam”.

Ibnu Abbas Rahimahullah berkata bahawa jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan
Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Ibnu Muqatil pula mendefinisikan jihad sebagai beramal kerana Allah dengan
sebenar-benar amal dan menyembah Allah dengan sebenar-benar ibadat.

Manakala Ibnu Mubarak berkata bahawa jihad itu ialah mujahadah nafsu dan hawa.

Dr Said Ramadhan al-Butti berkata jihad ialah mencurahkan tenaga kepada jalan
dalam meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan
tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya iaitu dengan tujuan untuk
menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah yang sebenar.

Al-Ustaz Maududi menerangkan mengenai jihad iaitu “Kamu mempunyai semangat
Islam, cemburu kepada Iman dan cintakan agama serta memberi nasihat yang benar
kepada saudara seIslam. Di antara semangat Islam ini ialah berjihad di jalan Allah
dengan maknanya yang khas iaitu peperangan yang dilakukan oleh muslimin
menentang musuh-musuh Islam, bukan dengan sebab yang lain melainkan mencari
keredhaan Allah dan tidak mencari kepentingan duniawi”.

Dalam buku Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah oleh Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal
Islam Kuwait, ada dinyatakan bahawa Ar-Raghib telah mengertikan jihad sebagai
usaha yang bersungguh-sungguh dan mengerahkan usaha sepenuhnya dalam
menghalang musuh, samada dengan tangan, lisan atau apapun sahaja yang ia mampu.
Ini dilakukan dalam tiga bentuk iaitu bermujahadah dengan musuh yang nyata,
syaitan dan nafsu. Ketiga-tiga ini termasuk di dalam firman Allah:

“Dan berjihadlah kepada Allah dengan sebenar-benar jihad...”
(Al-Hajj: 78)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

188
Ibn Taimiyah pula berkata bahawa jihad samada dilakukan dengan hati seperti
berazam untuk melakukannya, atau dengan dakwah kepada Islam dan syariatnya, atau
dengan menegakkan hujah ke atas yang batil, atau dengan menerangkan yang benar
dan menghilangkan syubhat, atau dengan pandangan dan tindakan yang memberi
manfaat kepada orang-orang Islam, atau dengan berperang.
Oleh itu, berdasarkan takrifan yang diberikan oleh para ulama’ di atas maka
pengertian jihad yang paling sesuai yang dapat disimpulkan ialah, “berusaha
bersungguh-sungguh dan mengerahkan tenaga sedaya upaya dalam memerangi orang-
orang kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lidah demi
meninggikan kalimah Allah dan menegakkan Islam serta Daulah Islamiyyah.”
1

Perintah dan Tuntutan 1ihad

Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah yang memerintahkan
umat manusia untuk berjihad. Saya tidak perlu memberikan huraian yang panjang
lebar terhadap ayat-ayat dan hadis-hadis yang dikemukakan di bawah tetapi cukuplah
untuk saudara menghayati sendiri akan betapa hebat ungkapan yang digunakan,
betapa indah bahasanya, betapa jelas maksudnya dan betapa kuat rohnya sehingga
sudah memadai untuk saudara. Antaranya ialah:

1. “Kamu telah diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang
kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu walhal ia adalah baik
bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu walhal ia adalah buruk bagi
kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah: 216)

2. “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang
gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka
adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid)
yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita
baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang),
yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada
mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang
tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Ali Imran:169-170)

3. “Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat
daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan
Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu
dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi
kepadanya pahala yang besar.”
(An-Nisa’: 74)

4. Seluruh Surah Al-Anfal tertumpu kepada menggalakkan jihad dan memberikan
sokongan kepada kaum Muslimin sepanjang berada di medan jihad. Surah ini juga
menjelaskan banyak hukum berkenaan jihad. Antara firman Allah di dalam surah
Al-Anfal ialah

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

189
“Dan bersiap sedialah kamu untuk menghadapi mereka dengan kekuatan sekuasa
kamu dan dengan pasukan berkuda di tambatannya, untuk menggerunkan musuh
Allah dan musuh kamu.”
(Al-Anfal: 60)
dan seterusnya bacalah sehingga ayat

“Wahai Nabi!Berilah semangat (galakan) orang-orang Mukmin itu untuk
berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di
antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari
golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak
mengerti.”
(Al-Anfal: 65)

5. Begitu juga dengan surah At-Taubah yang turut menggalakkan jihad dan
menjelaskan beberapa hukum berkenaan jihad. “Perangilah mereka, nescaya
Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan
menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan
memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan
kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat
orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.”
(At-Taubah: 14-15)

6. Demikian juga firman Allah berkenaan perang terhadap ahli kitab: “Perangilah
orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari
akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh
Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari
orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka
membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.”
(At-Taubah: 29)

7. Diikuti pula dengan kerahan am yang dinyatakan dengan tegas dan jelas iaitu:
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada
dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(At-Taubah: 41)

8. Diikuti lagi selepas itu dengan kecaman keras ke atas sikap mereka yang berpeluk
tubuh, bacul dan lemah. Mereka tidak akan merasai nikmat jihad selama-lamanya.
Ini dinyatakan oleh firman Allah: “Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan
(tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang
Rasulullah (di Madinah) dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan
harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya) dan
mereka pula (menghasut dengan) berkata: Janganlah kamu keluar beramai-ramai
(untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): "Api
Neraka Jahanam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang
memahami. Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

190
akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka
telah usahakan. Maka jika Allah mengembalikan engkau kepada segolongan dari
mereka (orang-orang yang munafik itu di Madinah), kemudian mereka meminta
izin kepadamu untuk keluar (turut berperang), maka katakanlah: Kamu tidak
sekali-kali akan keluar bersama-samaku selama-lamanya dan kamu tidak sekali-
kali akan memerangi musuh bersama-samaku; sesungguhnya kamu telah
bersetuju tinggal pada kali yang pertama, oleh itu duduklah kamu bersama-sama
orang-orang yang tinggal.”
(At-Taubah: 81-83)

9. Ayat-ayat ini diteruskan dengan sanjungan terhadap para mujahid terutama
pemimpin mereka iaitu Rasulullah SAW. Di sini dijelaskan bahawa inilah peranan
suci Rasulullah dan inilah amalan para sahabat baginda yang mulia. Ini dinyatakan
oleh firman Allah: “(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang
yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan
mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang
berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah
kemenangan yang besar.”
(At-Taubah: 88-89)

10. Akhirnya, diikuti pula dengan sumpah setia (bai’ah) yang padu. Seterusnya tiada
ruang lagi untuk memberi sebarang alasan supaya tidak menyertai jihad. Firman
Allah: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan
jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara)
mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah)
sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab)
Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu
jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah
kemenangan yang besar.”
(At-Taubah:111)

Surah Perang atau biasanya dikenali sebagai Surah Muhammad mengandungi elemen
asas kepada semangat ketenteraan iaitu ketaatan dan disiplin (Sila lihat surah
Muhammad ayat 20-21). Begitu juga aspek disiplin telah dinyatakan di dalam surah
As-Saff sebagaimana yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan
yang tersusun kukuh.
(As-Saff: 4)

Manakala Surah Al-Fath telah menceritakan salah satu peperangan yang disertai
Rasulullah SAW. Surah ini memberikan sanjungan kepada sikap luhur yang
ditonjolkan dalam situasi jihad di bawah sebatang pokok yang diberkati. Mereka
bersumpah untuk taat setia dan bersedia untuk mati. Hasilnya, mereka memperolehi
ketenangan jiwa dan kemenangan “al-fath”. Ini disebut di dalam firman Allah:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

191
“Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan
pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia
diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka,
lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas
mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; Dan juga dengan banyak
harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah),
Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 18-19)

Demikianlah beberapa ayat al-Quran yang menyentuh aspek jihad. Ayat-ayat tadi
telah jelas menyatakan kelebihan jihad, galakan kepada orang beriman supaya
berjihad, ganjaran besar dan keuntungan dunia dan akhirat yang dijanjikan untuk
mereka. Seterusnya saya juga ingin mengemukakan beberapa hadis Nabi SAW yang
mulia sebagai membuktikan tuntutan jihad itu adalah wajib ke atas setiap muslim.

1. “Demi Tuhan yang menguasai jiwa ini, jika tidak kerana beberapa orang lelaki
beriman yang tidak mahu ketinggalan mengikut saya tetapi saya tidak miliki apa-
apa untuk membawa mereka bersama, nescaya saya tidak akan ketinggalan untuk
mengikut semua pasukan (sariyah) yang berperang di jalan Allah. Demi Tuhan
yang menguasai jiwa ini, saya teringin untuk dibunuh di jalan Allah kemudian
saya dihidupkan semula kemudian saya dibunuh kemudian saya dihidupkan
semula kemudian saya dibunuh kemudian dihidupkan semula kemudian dibunuh.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a.)

2. “Demi Tuhan yang mengusai jiwa ini, orang yang cedera di jalan Allah- Allah
mengetahui siapa yang cedera di jalanNya –akan datang pada hari kiamat kelak
dengan berwarna darah dan berbau kasturi.”
(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah kilauan
pedang.”
(Riwayat Al-Bukhari. Muslim dan Abu Daud daripada Abdullah bin Abu Aufa
r.a.)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Jika saya dibunuh di jalan Allah adalah lebih saya
suka daripada saya menguasai seluruh dunia ini.”
(Riwayat an-Nasaie daripada Abu Umairah r.a.)

5. Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa orang beriman diuji di kubur
mereka melainkan orang yang mati syahid? Baginda menjawab: “Cukuplah
hayunan pedang di kepalanya itu sebagai ujiannya.”
(Riwayat an-Nasaie daripada Rashid bin Saad r.a. daripada seorang sahabat
rasulullah SAW)

6. “Orang yang mati syahid ada enam keistimewaan di sisi Allah: Allah
mengampunkannya seawal darahnya mengalir. Dia diperlihatkan tempatnya di
syurga. Dia dijauhi daripada azab kubur. Dia dipelihara daripada kedahsyatan
hari kiamat. Dia dimahkotakan di kepalanya dengan mahkota yang diperbuat
daripada batu delima yang jauh lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

192
Dia dikahwinkan dengan 72 bidadari syurga. Dia boleh memberi syafaat kepada
70 orang saudara maranya.”
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada al-Miqdam bin Maadi Kariba)

Dan banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang mampu menggegarkan jiwa kita
untuk menyahut seruan jihad ini. (Sila lihat Risalah Jihad oleh Imam Hassan Al-
Banna).

Hukum 1ihad Menurut Para Fuqaha

1. Menurut pengarang kitab “Majma’ al-Anhar Fi Sharh Multaqa al-Abhar” yang
menjelaskan hukum jihad dalam mazhab Hanafi: “Jihad memerangi kafir harbi
atau kafir zimmi yang melanggar perjanjian dan juga orang murtad yang
merupakan orang kafir paling keji adalah merupakan fardhu kifayah sekiranya kita
yang memulakan peperangan. Maksudnya kita diwajibkan memulakan peperangan
selepas kita menyampaikan dakwah Islam kepada mereka. Jika mereka tidak
memerangi kita, pemerintah wajib mengutus pasukan tentera ke negara musuh
setiap tahun atau dua kali. Jika musuh berjaya menguasai sebahagiaan bumi Islam
atau sebahagiaan wilayah Islam, hukum ketika itu adalah fardhu ain. Wanita dan
hamba boleh keluar tanpa izin suami dan tuannya. Begitu juga anak boleh keluar
tanpa izin ibu bapanya. Pemiutangnya boleh keluar tanpa izin penghutangnya.”

2. Menurut pengarang “Bulghah al Masalik Li Aqrab al-Masalik Fi Mazhab Imam
Malib” (Mazhab Maliki): “Jihad di jalan Allah untuk memartabatkan kalimah
Allah Taala pada setiap tahun adalah fardhu kifayah. Namun jihad menjadi fardhu
ain kepada orang tertentu seperti sembahyang dan puasa apabila dia dipilih oleh
pemerintah untuk melaksanakan tugas tersebut atau apabila sebuah wilayah Islam
diserang musuh. Ketika itu penduduk wilayah itu wajib dan jika tidak mampu
penduduk berdekatan turut diwajibkan.

3. Menurut “Matan al-Minhaj” karangan Imam Nawawi bermazhab Sayfie: Jihad di
zaman Rasulullah adalah fardhu kifayah dan ada yang berpendapat ia adalah
fardhu ain. Selepas zaman Rasulullah SAW pula bergantung kepada kedudukan
orang kafir:

o Pertama: Jika orang kafir berada di negara mereka, jihad adalah fardhu
kifayah.
o Kedua: Jika orang kafir menceroboh ke dalam negara kita, penduduknya
wajib mempertahankannya dengan segala upaya mereka. Jika mereka
boleh bersiap sedia untuk berperang, mereka diwajibkan termasuklah
orang miskin, anak lelaki, pemiutang dan hamba walaupun tanpa izin.

4. Menurut kitab “al-Mughni” karangan Ibnu Qudamah bermazhab Hanbali: “Jihad
adalah fardhu kifayah iaitu apabila dilaksanakan oleh sebahagiaan, yang lain tidak
diwajibkan. Namun ia menjadi wajib (fardhu ain) dalam tiga keadaan:
o Jika dua bala tentera bertembung dan bersemuka, sesiapa yang ada ketika
ini diharamkan beredar dan masing-masing wajib menyertainya.
o Jika orang kafir menceroboh sesebuah wilayah, seluruh penduduk wilayah
itu wajib berperang dan bertahan.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

193
o Apabila pemerintah mengerah kumpulan tertentu, kumpulan itu wajib
keluar berjihad (sekurang-kurangnya sekali setahun).

5. Menurut kitab “al-Muhalla” karangan Ibnu Hazm bermazhab Zahiri: “Jihad
adalah fardhu kepada umat Islam. Jika telah ada orang yang menghadapi serangan
musuh, melancarkan serangan ke kubu musuh dan memelihara sempadan umat
Islam, orang lain tidak diwajibkan. Jika tidak ada, maka jihad diwajibkan kepada
setiap orang Islam.

6. Menurut al-Syaukani dalam kitab “Al-Sail al-Jarrar”: Dalil-dalil daripada al-
Quran dan sunnah yang menyatakan jihad adalah wajib terlalu banyak untuk
dituliskan di sini. Walaubagaimana pun jihad ini hanya fardhu kifayah iaitu jika
telah dilaksanakan oleh sebahagiaan umat Islam, maka yang lain tidak diwajibkan.
Namun begitu, sebelum sebahagiaan tadi melaksanakannya, jihad ini adalah
fardhu ain kepada semua yang mampu. Bagi sesiapa yang dikerah untuk
berperang oleh pemerintah, dia wajib berperang dan hukum baginya adalah fardhu
ain.

Kesimpulannya, seluruh ulama baik mujtahid mahupun muqallid, salaf mahupun
khalaf sependapat bahawa jihad adalah fardhu kifayah yang perlu dilaksanakan oleh
umat Islam untuk mengembangkan dakwah dan menjadi fardhu ain untuk menahan
serangan musuh.

Sebagaimana yang difahami, umat Islam pada hari ini telah dijajah oleh bangsa lain
dan diperintah oleh orang kafir. Bumi mereka dirampas dan maruah mereka dicemar.
Urusan mereka ditadbir oleh musuh dan syiar agama mereka dihalang di negara
mereka sendiri. Malah mereka tidak berupaya menyebarkan dakwah mereka. Jadi
sudah tentu menjadi fardhu ain kepada setiap muslim bersiap sedia dan menyegarkan
niat jihad serta menyediakan segala kekuatan bukan hanya kekuatan senjata malah
kekuatan akidah, kekuatan Jamaah, kekuatan ilmu dan kekuatan harta.

Firman Allah:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang
Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Al-Anfal :60)

Tujuan Berjihad

Di dalam Islam, jihad adalah bertujuan untuk membangunkan masyarakat berdasarkan
syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia
keseluruhannya agar terbela di atas prinsip keadilan yang telus. Jihad juga berperanan
untuk memastikan ketinggian agama Allah swt supaya ia dapat disampaikan secara
terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa. Pengembelingan usaha sama ada
dalam bentuk tenaga, wang ringgit, fikiran ataupun kepakaran malahan jiwa dan raga
sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga perkara yang tersebut diatas
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

194
terbela dan tidak diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kegigihan usaha dan
pengorbanan yang dibuat oleh seseorang Muslim, masyarakat atau negara Islam untuk
mewujudkan ketiga-tiga perkara tersebut diistilahkan sebagai jihad. Sekiranya ketiga-
tiga perkara di atas tergugat, maka usaha untuk mengembalikannya semula juga
disebut sebagai jihad. Manakala orang-orang Islam yang terlibat dalam usaha tersebut
dikenali sebagai Mujahid.

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ada menulis di dalam sebuah bukunya yang telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk “Priorities of the Islamic
Movement in The Coming Phase” dengan menyebut kata-kata daripada Imam Hassan
Al-Banna mengenai jihad iaitu “Usaha kita dan Jihad kita berfokus kepada dua paksi:
prinsip (ideologi Islam) dan tanah air Islam”. Beliau iaitu Imam Hassan Al-Banna
telah menggabungkan kedua-dua perkara di atas kerana suatu ideologi itu hanya boleh
ditegakkan di atas sebuah tanah air atau negara yang bebas dan berpegang kepada
hukum-hakam Islam. Dengan negara Islam ini, Islam itu dapat hidup dan memandu
Ummah ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Oleh sebab itu, para fuqaha’ Islam telah bersepakat bahawa adalah merupakan
tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah yang dikuasai
dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman. Seterusnya, mereka menyatakan jihad
tersebut adalah fardhu ain terhadap setiap muslim yang tinggal di tanah air tersebut
manakala orang Islam yang lain wajib memberikan sokongan kepada mereka dari segi
kewangan, senjata dan tentera serta sebarang kepakaran sebagaimana yang diperlukan
untuk memastikan tanah air tersebut bebas daripada aktiviti kezaliman yang dilakukan
oleh golongan penjajah yang tidak beriman.
Imam Hassan al-Banna juga menyatakan bahawa: “Islam mewajibkan jihad ke atas
penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara
sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba
kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu
diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan
menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap
muslim. Amanah ini adalah untuk menyampaikan risalah agama yang memberi
petunjuk kepada manusia menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”
Bukankah Islam itu adalah merupakan risalah untuk seluruh umat manusia seperti
yang disebut oleh Allah:
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang
yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”
(As-Saba’: 28)
Persoalan mengenai perjuangan dalam Islam juga merangkumi usaha umat Islam
mengembangkan agama ini dengan menjalankan gerakan dakwah ke merata tempat di
serata pelusuk dunia. Seperti firman Allah yang berbunyi:
“Dan perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tiada lagi fitnah dan
(sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya menjadi semata-mata untuk Allah.”
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

195
(Al-‘Anfal : 39)
Lalu, di dalam usaha berdakwah itu, mereka menghadapi sekatan, ancaman dan
cabaran yang datang dari kebanyakan orang-orang kafir serta sasaran dakwah yang
tidak bersikap terbuka untuk mendengar dahulu seruan Islam.
Di dalam suasana ini, timbul perlawanan dan perjuangan menentang halangan,
sekatan dan ancaman dari musuh dakwah.
Namun dalam konteks zaman mutakhir ini, perjuangan Islam khususnya dengan
pengertian jihad, merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek
peperangan bersenjata sahaja.
Bahkan ia lebih banyak cenderung kepada persoalan memperbaiki umat dan
mempertahankan hak-hak umat Islam sama ada melalui gerakan bersenjata,
penentangan terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan Islam dengan saluran
pilihanraya, penulisan dan sebagainya.
Pokoknya, di dalam usaha tersebut pada sepanjang zaman, mereka akan menghadapi
cabaran dan tentangan dari musuh yang merupakan sebahagian dari ujian Allah s.w.t.
Cabaran dan tentangan tersebutlah yang melahirkan reaksi dalam bentuk perjuangan.
Walaupun Islam mewajibkan perang tetapi Islam menganjurkan keamanan dan
kedamaian. Allah Taala berfirman:
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga
hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya
Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Anfal: 61)

Jihad dalam Islam adalah kemuncak dan pengawal dasar-dasarnya. Ia juga merupakan
pengawal negara orang-orang Islam. Oleh itu, ia adalah prinsip Islam yang agung
kerana ia merupakan cara memelihara kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan Islam.
Sebab itulah jihad menjadi fardu dan perintah yang berkekalan sehingga ke hari
kiamat. Mana-mana juga kaum yang meninggalkan jihad pasti ditimpa kehinaan,
dijajah dan dihina oleh Allah SWT dengan penguasaan orang-orang jahat dan buruk
laku.

Allah SWT berfirman mengenai orang-orang beriman yang akan mendapat azab seksa
yang pedih sekiranya meninggalkan jihad:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada
kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa
keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu
itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan
(kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk
berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

196
kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun
kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(At-Taubah: 38-39)

Imam Hassan Al-Banna sangat mengutamakan masalah jihad. Beliau telah
meletakkan jihad sebagai salah satu rukun bai’ah yang perlu dipatuhi oleh setiap
anggota Muslim. Kata-kata beliau mengenai jihad telah dihimpunkan ke dalam satu
risalah yang bernama Risalah Jihad. Antara slogan utama yang diasaskan oleh beliau
ialah “Jihad adalah jalan kami” dan “Mati di jalan Allah” adalah kemuncak cita-cita
kami”.

Seseorang pejuang yang mengorbankan dirinya pada jalan Allah SWT, demi
kepentingan jamaah Islam dan mempunyai nilai-nilai mulia akan mendapat
kedudukan yang tinggi dan diingati dalam sejarah kemanusiaan. Di sisi Allah SWT
dia akan diletakkan di barisan para Nabi dan Rasul.

15.13 1ENIS-1ENIS 1IHAD

Menurut Imam Hassan Al-Banna, jihad dengan maknanya yang khas ialah berperang
pada jalan Allah. Manakala makna jihad secara umum ialah kehidupan kita dari awal
sehingga akhir adalah merupakan jihad. Beliau menambah lagi bahawa jihad
mempunyai banyak marhalah (peringkat) di mana peringkat jihad yang pertama ialah
mengingkari dengan hati dan peringkat yang paling tinggi ialah berperang di jalan
Allah. Di antara kedua-dua peringkat jihad itu terdapat jihad lisan, tulisan, tangan dan
menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim. (sila rujuk Risalah Ta’alim
oleh Imam Hassan Al-Banna)

Menurut Sa’id Hawwa di dalam kitabnya “Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan”
beliau menulis bahawa jenis-jenis jihad yang disebut oleh Al-Quran dan Al-Sunnah
terdiri daripada lima jenis iaitu:
Pertama : Jihad dengan lisan
Kedua : Jihad dalam pendidikan (ta’alim)
Ketiga : Jihad dengan tangan dan diri
Keempat : Jihad politik
Kelima : Jihad harta
Selain daripada itu, Sai’d Hawwa ada menyebut berkenaan jihad hati (jihad al-Qalb)
di mana ia adalah merupakan martabat keimanan yang terendah dan paling lemah. Ia
adalah satu jihad yang dilupakan. Rasulullah SAW bersabda:

“Dari Abi Sa’id al-Khudri r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubah
dengan tangannya, jika ia tidak berkuasa hendaklah mengubah dengan lidahnya dan
jika ia tidak berkuasa juga hendaklah mengubah dengan hatinya. Demikian itu
adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim)

Dan hadis lain ada menyatakan:
“Sesiapa yang menjihad mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin, sesiapa
yang menjihad mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

197
menjihad mereka dengan hatinya maka dia adalah mukmin. Selain daripada itu tidak
ada iman walaupun sebesar biji sawi.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-Iman dengan
sanad ‘Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Jihad dengan hati dengan sebenar-benarnya bermakna menolak segala bentuk maksiat
kepada Allah pada bila-bila masa dan tempat sama ada maksiat itu di hadapannya atau
di belakangnya. Kalau hati itu tidak berbuat demikian, maka bermakna hati itu sudah
terkeluar daripada Islam.

Manakala dasar kewajipan bagi kelima-lima jenis jihad yang disebut di atas iaitu jihad
dengan lisan, ta’alim, tangan & diri, politik dan harta adalah seperti berikut:

“Berjihadlah ke atas orang musyrikin dengan harta, diri dan lidah kamu.”
(Riwayat Ahmad. Abu Dawud. Nasa’i. Ibn Hiban dan Hakim daripada Anas)

Dalam hadis lain:
“Sebaik-baik jihad ialah memperkatakan sesuatu yang benar di hadapan penguasa
yang zalim.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah daripada Abi Sa’id al-Khudri sebagai
“marfu”)

Jihad yang disebutkan oleh hadis ini ialah “jihad politik” kerana ia bertujuan untuk
menjadikan sistem pemerintahan sebagai pemerintahan yang terbaik dan paling adil.

Firman Allah:

“Dan tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di
antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam
ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya
(yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-
mudahan mereka dapat menjaga dirinya (dari melakukan larangan Allah).”
(At-Taubah: 122)

Ayat ini mengungkapkan kalimah “nafar”, kepada menuntut ilmu dan mengajarkan
ilmu sedangkan kalimah ini kebiasaannya digunakan untuk jihad. Ini merujuk kepada
“jihad ta’alim”

Maka ketiga-tiga dalil di atas telah menyatakan kelima-lima jenis jihad. Kesemua
jenis jihad ini jika dilakukan di dalam sebuah Negara Islam ia dinamakan sebagai
“amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar”. Sebenarnya kalimah jihad dengan kalimah
amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar mempunyai persamaan. Iaitu kadang-kadang
amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar disebut jihad dan kadang-kadang jihad pula
dikatakan amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar. Menurut Sa’id Hawwa “jihad yang
dilakukan di dalam Negara Islam diberi nama amr bil ma’ruf dan nahyu ‘anil munkar
manakala yang berlaku di luar Negara Islam disebut jihad.”

PERTAMA: 1IHAD DENGAN LISAN

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

198
1. Kandungan pertama sekali dalam jihad lisan ialah menyampaikan Islam dengan
hujjah kepada orang-orang kafir, munafiq dan fasiq.

Firman Allah Taala:

“Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan jihad yang besar.”
(Surah Al-Furqan:ayat 52)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

Kedua-dua nas ini menunjukkan kepada jihad ke atas orang musyrikin dengan
lisan dan orang-orang yang menyeleweng dari segi perbuatan mereka yang
mencanggahi perintah Allah.

2. Termasuk di dalam jihad lisan ialah memberi nasihat dan memberi peringatan.
Kedudukan ini sesuai dengan firman Allah Taala iaitu:

Yang bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Dhariyat: Ayat 55)

Dalam hal ini Imam Al-Ghazali mengatakan iaitu tegahan dengan cara memberi
nasihat dan menimbulkan perasaan takutkan Allah. Nasihat ini ini diberikan
kepada seseorang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan yang dia mengetahui
bahawa perbuatan itu adalah mungkar. Jadi hendaklah diberi nasihat supaya
mereka tidak melakukan kemungkaran yang seterusnya dengan menimbulkan
perasaan takutkan Allah, dinyatakan berita ancaman siksa dan diceritakan apa
yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu serta ibadat orang-orang yang
bertaqwa.

3. Mencerca dan menolak dengan kata-kata kasar lagi keras sesudah gagal proses
cegahan secara lembut dan sesudah jelas keras kepala serta mempermain-mainkan
nasihat. Contohnya, seperti kata-kata Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:

Yang bermaksud:

“Ah, celakalah kamu berserta apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah
kamu tidak memahami?”

Cercaan ini bukanlah bermaksud cercaan atau tuduhan liar seperti mengataan anak
zina, pelacur dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Cercaan itu juga
tidak sampai kepada dusta.

Oleh itu, terdapat dua sebab dalam jihad lisan mengenai bentuk cercaan ini:

Pertama: Tidak boleh digunakan cercaan kecuali apabila sesudah gagalnya dengan
cara berlembut.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

199

Kedua: Tidak boleh dituturkan (cercaan) itu kecuali yang sebenar. Tidak boleh
merepek dan dipanjang lidah sehingga menyebut perkara-perkara yang tidak
perlu.

Cara-cara 1ihad dengan Lisan

Terdapat banyak cara jihad lisan. Berikut adalah beberapa cara jihad lisan ini:

a) Menyebarkan buku Islam majalah, pamphlet dan suratkhabar

Secara praktikalnya buku lebih memberi faedah kepada pembaca berbanding
dengan percakapan. Baik mana sekalipun pembentangan idea yang
dibentangkan oleh pemidato, ia tidak akan dapat mencapai taraf pembentangan
idea yang dicatatkan oleh ulama’di dalam buku. Dengan sebab itulah
penyebaran buku Islam menjadi satu cara terpenting dalam jihad lisan.

b) Syarahan dan Pengajian Umum di Masjid dan di Rumah

Pensyarah-pensyarah yang berkemampuan boleh membuat bimbingan yang
baik kerana mereka boleh memberangsangkan perasaan orang ramai dan
membawanya ke arah yang dikehendaki.

c) Dakwah secara Individu, Ziarah, Kunjungan dan Majlis Ilmu

Allah berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati
kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-
sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada
dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian
hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah
benarnya ajaranKu). Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi
sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); dia
hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu
ditimpa azab yang berat (di akhirat).”
(Surah Saba’: Ayat 46)

Demikianlah contoh-contoh bagi jihad lisan fi-sabilillah. Menolak seruan-
seruan sesat di mana-mana jua tempat dan keadaan adalah merupakan jihad.
Sai’d Hawwa di dalam bukunya turut menyebut bahawa mencipta sya’ir Islam
adalah jihad, guru-guru yang mengajar di sekolah adalah jihad malah rawatan
doktor terhadap pesakit juga adalah jihad. Sesungguhnya pintu jihad lisan ini
adalah luas maka yang penting ialah kita perlu berfikir, bekerja dan ikhlas
kepada Allah dalam melakukan semua ini.

KEDUA: 1IHAD PENDIDIKAN (TA’LIMI)

Apakah perbezaan di antara jihad ta’lim dan jihad lisan?

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

200
Sai’d Hawwa menyatakan di dalam bukunya iaitu jihad lisan ialah bersungguh-
sungguh menentang penyelewengan secara lisan supaya orang-orang yang berkenaan
itu kembali semula kepada agama Islam. Manakala jihad ta’lim pula ialah berusaha
bersungguh-sungguh mengajar, memberi ilmu dan mendidik orang-orang yang mahu
menghayati Islam.

Dalil kepada kewajipan jihad ta’lim ini dapat dirujuk kepada satu firman Allah iaitu:

“Dan tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di
antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam
ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya
(yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-
mudahan mereka dapat menjaga diri dari melakukan larangan Allah”.
(At-Taubah: 122)

Ukuran kejayaan dalam jihad ta’lim ialah apabila seseorang berjaya menyampaikan
keilmuan Islam yang sempurna kepada setiap muslim serta dapat memberikan
tarbiyyah Islamiyyah yang sebenar, betul lagi sempurna.

Mengenai apakah dia keilmuan Islam yang sempurna, Sa’id Hawwa menyebut lagi
bahawa ia adalah pengajian al-Kitab dan as-Sunnah sepertimana firman Allah:

“Sebagaimana kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang
membacakan ayat-ayat Kami dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-
Kitab dan hikmah.”
(Surah al-Baqarah: 151)

Dari nas-nas di atas jelaslah bahawa mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya
adalah wajib agar orang-orang Islam dapat mencapai taraf keilmuan yang tinggi lagi
baik supaya mereka dapat menjauhkan diri dari fitnah. Tanpa ilmu, Islam tidak akan
tertegak. Sabda Rasulullah SAW:

“Kelebihan ilmu adalah lebih baik dari kelebihan ibadah dan yang terbaik dalam
agamamu ialah wara’”
(Riwayat at-Tabrani dalam al-Awsat dan al-Bazzar)

Allah juga mewajibkan kita supaya menyampaikan dan menjelaskan Islam secara
menyeluruh bukan sahaja kepada setiap orang Islam malah setiap manusia. Namun
begitu ada ilmu-ilmu penting yang perlu diajar tetapi tidak disukai oleh beberapa
golongan manusia contohnya pemerintah yang zalim atau orang-orang kafir. Maka
Allah berfirman agar kita tidak bersikap menyembunyikan ilmu dengan ayatNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
berupa keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat
oleh sekalian makhluk”.
(Al-Baqarah: 159)

Cara-cara 1ihad Ta’lim
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

201

Terdapat banyak cara-cara jihad ta’lim antaranya ialah:

• Mengadakan kursus atau tamrin untuk memperolehi keilmuan Islam
• Mengulangkaji atau membaca secara persendirian
• Membuka sekolah-sekolah agama
• Mengadakan halaqah mengajar secara terbuka di masjid-masjid
• Mengadakan rehlah atau khemah-khemah kerja kerana ia menghimpunkan ilmu,
dakwah dan amal

Banyak cara-cara lain yang boleh diambil untuk menyampaikan ilmu kepada orang
ramai. Bayangkanlah menyertai rehlah dengan niat mempelajari dan mengajarkan
ilmu Allah adalah merupakan salah satu cara jihad ta’lim fi-sabilillah!

KETIGA: 1IHAD DENGAN TANGAN DAN DIRI

Kalau disebut kalimah jihad maka apa yang difahami ialah jihad jenis ini iaitu seperti
jihad menentang orang kafir samada menyerang mereka di dar al-harb (negara
musuh) atau kita bertahan kerana mereka menyerang kita, ataupun mengusir mereka
dari bumi kita yang telah dijajahi. Walaubagaimanapun makna jihad dengan tangan
adalah lebih luas daripada itu kerana ia termasuk juga jihad ke atas orang-orang
murtad.

Jihad ke atas pemberontak (bughat) yang menentang pemimpin yang adil, jihad ke
atas orang-orang yang zalim, jihad ke atas orang-orang yang fasiq dan jihad ke atas
orang-orang an-nakithin (merosak sumpah) kesemuanya termasuk dalam jihad dengan
diri yang dilakukan di dalam negeri.

Oleh itu, jihad dengan tangan dan diri merangkumi:

1. Jihad dengan diri dalam negeri
2. Jihad dengan tangan di luar negeri

Jihad dengan diri di dalam negara Islam adalah jihad yang paling rumit lagi susah.
Jihad ini kurang dilaksanakan kerana orang awam telah meninggalkannya manakala
sesetengah golongan ulama’ tidak memberi perhatian terhadapnya.

Akibat dari tidak terlaksananya jihad ini telah menyebabkan Islam hilang di buminya
sendiri, Islam dikuasai oleh golongan perosak, dikuasai oleh golongan yang mengikut
hawa nafsu dan sehingga kadang-kadang orang-orang murtad menguasai orang-orang
Islam. Oleh itu jihad jenis ini mesti diperhidupkan, dipelajari dan dipraktik demi
untuk mengekalkan Islam.

Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit
(syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita
dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya
Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal
berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja. Serta mereka tetap
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

202
ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh
habis-habisan. Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang
peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu”.
(Al-Ahzab: 60-62)

Allah juga berfirman:

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik,
dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka
Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.
(At-Taubah: 73)

Manakala jihad dengan tangan dan diri di luar negeri (negara musuh) bolehlah
diringkaskan seperti berikut (sila rujuk kitab Al-Islam oleh Sa’id Hawwa):

1. Orang-orang Islam bertanggungjawab untuk berusaha meletakkan seluruh dunia di
bawah kekuasaan Allah
2. sesuatu yang wajib tidak akan sempurna melainkan dengannya (sesuatu yang
lain), maka ia (sesuatu yang lain itu) menjadi wajib
3. oleh sebab usaha untuk meletakkan dunia di bawah kekuasaan Allah tidak akan
sempurna kecuali dengan kesatuan ummat Islam, pengembalian sistem Khilafah
dan kekuatan pendapatan, maka semua perkara ini adalah menjadi wajib. Oleh
kerana (matlamat) ini tidak akan berjaya kecuali kekuasaan negara kembali di
bawah pemerintahan orang-orang Islam, maka usaha ke arah ini juga menjadi
wajib. Begitu juga, oleh kerana matlamat ini tidak akan berjaya kecuali dilakukan
jihad diri di dalam negara Islam terlebih dahulu, maka jihad itu menjadi suatu
kewajipan yang utama masa kini.
4. Setiap perkara yang diperlukan dalam proses meletakkan dunia di bawah
kekuasaan Allah, maka perkara itu tidak diragukan lagi, menjadi wajib ke atas
ummat Islam contohnya seperti latihan perang.
5. jihad dengan diri menjadi fardhu ain ke atas setiap muslim yang berkemampuan
sekiranya penglibatan semua orang diperlukan, begitu juga ia menjadi fardhu ain
sekiranya negara Islam diserang musuh dan sekiranya sebahagian daripada tanah
Islam dijajah.

Sila lihat buku Jundullah: Jihad Fi Sabilillah oleh Sa’id Hawwa untuk keterangan
lanjut berkenaan jihad dengan tangan dan diri.

KEEMPAT: 1IHAD POLITIK (SIYASI)

1ihad Politik di dalam Negara Islam yang Adil

Kita wajib mentaati kerajaan ini dengan ikhlas, menasihati, mempertahankan dan
berkorban jiwa dan raga serta menjaganya dengan bersungguh-sungguh. Sabda
Rasulullah SAW:

“Agama itu nasihat”. Kami bertanya: “untuk siapa ya Rasulullah?”. Baginda
menjawab: “untuk Allah, KitabNya, rasulNya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan
orang awam mereka”
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

203
(Riwayat Muslim. Abu Dawud dan Nasa’i dari Tamim al-Dari. Tarmizi dan
Nasa’i dari Abi Hurairah)

Allah berfirman:
“...taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-
Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.
(An-Nisa’: 59)

1ihad Politik di dalam Negara Islam yang Menyeleweng

Kita wajib menasihati dan membetulkannya seperti hadis Rasulullah yang sering kita
dengar iaitu:

“Sesungguhnya sebesar-besar jihad ialah memperkatakan satu kalimah yang adil di
hadapan pemerintah yang zalim”.
(Riwayat Abu dawud dan Ibnu majah dari Abi Sa’id al-Khudri secara “marfu”)

Sekiranya ketua negara adalah zalim atau fasiq, tetapi masih beriltizam dengan
sembahyang maka kita tidak boleh memerangi mereka. Jika kita berupaya untuk
memecatkannya maka kita hendaklah berbuat demikian. Jika mereka tidak beriltizam
dengan sembahyang maka kita boleh perangi mereka sehingga sesuatu yang haq itu
dapat ditegakkan.

Menurut Sa’id hawwa, sekiranya pemimpin yang zalim dan fasiq itu tidak dapat
dipecat walhal mereka masih beriltizam dengan sembahyang, maka cara-caranya
ialah:
• bersikap negatif dalam kasih sayang dan percampuran
• sentiasa berhadapan dengan mereka dengan hujjah, memberi nasihat dan
membangkang
• menghalang kerosakan yang dilakukan oleh mereka dengan apa jua cara yang
dibolehkan serta memberi amaran supaya orang ramai menjauhinya
• orang-orang islam hendaklah bergerak cergas dalam jihad lisan dan jihad
ta’lim sehingga dapat membentuk pemerintah supaya kembali kepada Islam
• orang ramai hendaklah bertanggungjawab menyusun proses jihad dengan
tangan bukan untuk bermusuh atau berperang tetapi untuk menghapuskan
kemungkaran.

1ihad Politik di dalam Negara Kafir

Kita wajib mengubah dan menghapuskan kerajaan ini kerana firman Allah:

“...berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan
bertindak keras terhadap mereka..”
(At-Taubah: 73)

Sekiranya kita tidak berupaya untuk berperang maka hendaklah dilakukan persediaan
dengan menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh sesebuah kerjaan Islam.
Selagi kita tidak berbuat demikian, maka selama itulah dosa akan ditanggung kerana
kewajipan umum yang dipertanggungjawabkan oleh kita tidak dilaksanakan.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

204
Sesungguhnya setiap generasi Islam bertanggungjawab menegakkan Islam. Generasi
itu bertanggungjawab berjihad hingga kalimah Allah menjadi paling tinggi di dunia
ini. Setiap individu generasi itu pula mesti memainkan peranannya mengikut
kemampuan yang telah diberikan oleh Allah kepada diri masing-masing.

KELIMA: 1IHAD HARTA (AL-MAL)

Jihad harta merupakan jenis jihad yang kelima. Ia merupakan syarat atau pelengkap
kepada keempat-empat jenis jihad di atas kerana semua jenis jihad yang empat itu
tidak dapat ditegakkan kecuali dengan adanya jihad harta ini.

Jihad ta’lim memerlukan kepada harta untuk membiayai percetakan buku
perbelanjaan tenaga pengajar. Jihad lisan memerlukan harta untuk mencetak buku,
suratkhabar, pamplet, majalah dan sebagainya. Jihad tangan pula memerlukan kepada
harta untuk mendapatkan senjata, bekalan dan nafkah keluarga para syuhada’.
Manakala jihad siyasi memerlukan harta untuk membiayai para pejuangnya dan untuk
menyediakan peralatan yang perlu. Sesungguhnya jihad yang tidak disokong dengan
harta akan gagal. Sebab itu Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh
Syurga..”
(At-Taubah: 111)

Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan diberi pahala yang besar
di sisi Allah. Hadis Nabi berbunyi:

“Sesiapa yang membelanjakan sesuatu perbelanjaan pada jalan Allah ditulis baginya
pahala sehingga tujuh ratus kali ganda.”
(Riwayat at-Tirmizi dan an-Nasa’i)

15.14 SEERAH RASULULLAH DAN SAHABAT MENGENAI 1IHAD

Seerah Rasulullah SAW dan para sahabat pada ketika dahulu telah banyak
mencerminkan ciri-ciri unggul dan semangat jihad yang tinggi untuk dipelajari,
dicontohi dan diambil sebagai pengajaran kepada umat Islam pada ketika ini.

Sesungguhnya ketahanan para sahabat menghadapi ujian pada peringkat Makkiyyah
telah melahirkan satu generasi yang bersedia menerima apa sahaja perintah untuk
dilaksanakan dan bersedia berkorban di jalan Allah sama ada menang atau syahid.
Segalanya dilakukan demi kerana cintakan mati mulia untuk menemui Allah SWT
dan mengatakan apa yang telah dikata, bukan sekadar cakap kosong.

Di samping keimanan yang teguh yang berakar umbi di hati para sahabat, ayat-ayat
al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW juga banyak menceritakan tentang kelebihan
jihad sehinggakan mereka begitu gembira apabila ditawarkan untuk berjihad. Mereka
begitu gembira sekiranya dapat menyertai pasukan jihad dan mati syahid adalah
sesuatu yang diidam-idamkan. Sebagai contoh, seandainya ada di kalangan ahli
keluarga yang mati syahid, mereka dapat melupakan masalah dan malapetaka yang
menimpa serta membolehkan mereka sabar kerana balasan syurga yang bakal
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

205
diberikan kepada ahli keluarga yang syahid. Ini dapat dilihat daripada satu hadis Nabi
ketika Ummu Harithah binti Suraqah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:

“Wahai Nabi Allah, bolehkah engkau ceritakan tentang anakku Harithah (pada hari
peperangan Badar Harithah telah terkena panah sesat). Jika dia di syurga saya akan
terima dengan sabar. Jika dia tidak di sana…Baginda bersabda: Wahai Ummu
Harithah, dia di syurga. Anakmu itu beroleh syurga Firdaus yang tertinggi.”
(Riwayat al-Bukhari)

Terdapat lagi satu hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan kehebatan semangat
jihad seorang sahabat iaitu Umair bin al-Hammam pada ketika perang Badar di mana
semua para mujahid Islam berperang dengan penuh keimanan, keikhlasan dan
bersedia mengorbankan apa sahaja.

“Suatu ketika Rasulullah SAW dan para sahabat baginda berangkat hingga berjaya
tiba lebih awal di Badar daripada pihak musyrikin. Apabila musyrikin tiba Rasulullah
SAW bersabda: Bangkitlah menuju syurga yang luas seluas langit-langit dan bumi.
Umair bin al-Hammam berkata: “Bakh Bakh” (Hebat! Hebat!) Lalu Rasulullah SAW
bertanya: Kenapa engkau berkata hebat, hebat. Umair menjawab: Wahai Rasulullah,
demi Allah aku hanya mengharapkan sekiranya aku salah seorang daripada
penghuninya. Baginda bersabda: Engkau salah seorang penghuninya. Kata
periwayat: Lalu Umair mengeluarkan tamar-tamar yang ada pada sarung busurnya
dan terus makan. Kemudian dia berkata: Masih ada masa untuk saya makan semua
tamar ini?!Alangkah lamanya hidup ini! Lantas dia melemparkan tamar itu dan terus
memerangi musyrikin hingga dia terbunuh.”
(Riwayat Muslim)

Jika saudara membaca sejarah para sahabat yang diredhai Allah dan bagaimana
mereka mara menakluki sesebuah negara, saudara dapat melihat bagaimana mereka
mengenepikan ketamakan dan hawa nafsu mereka. Sebaliknya mereka hanya
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada matlamat asas iaitu memimpin manusia ke
jalan yang benar supaya kalimah Allah berada di tempat yang mulia.

Rasulullah SAW juga mengajar para sahabat agar mempunyai akhlak dan kualiti jihad
serta belas ihsan. Allah mengharamkan mereka melakukan penindasan dan
pencerobohan. Allah berfirman:

“Dan janganlah kamu menceroboh kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang menceroboh.”
(Al-Baqarah: 190)

Allah memerintahkan mereka supaya bersikap adil walaupun kepada musuh. Ini dapat
dilihat daripada firman Allah:

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.”
(Al-Maidah: 8)

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

206
Allah membimbing umat Islam ke puncak belas ihsan. Apabila umat Islam berperang
mereka tidak akan menindas, menceroboh, bertindak kejam, mencincang mayat
musuh, mencuri, merampas harta, mencabul maruah manusia dan tidak akan bertindak
sewenang-wenangnya. Ketika perang mereka adalah pejuang yang paling sopan.
Demikian juga ketika aman mereka adalah yang paling bersopan.

Diriwayatkan daripada Abu Buraidah r.a berkata:

“Apabila Rasulullah SAW melantik seseorang mengetuai bala tentera atau pasukan
tentera baginda akan menasihatkan ketua ini supaya bertakwa dan menjaga dengan
baik tentera Islam yang bersamanya. Setelah itu baginda bersabda: Berperanglah
kamu dengan nama Allah dan bunuhlah mereka yang tidak mempercayai Allah.
Berperanglah tetapi janganlah kamu bertindak keterlaluan, janganlah kamu mungkiri
janji, janganlah kamu mencincang mayat musuh, dan janganlah kamu membunuh
kanak-kanak.”
(Riwayat Muslim)

Mari kita renung sama-sama jawapan yang telah diberikan oleh Saiyidina Rab'a bin
'Amir, Huzaifah bin Muhsan dan Al-Mughirah bin Syu'bah, kepada Rustam Panglima
Angkatan Perang Parsi di Medan Perang Qadisiah yang telah bertanya kepada mereka
seorang demi seorang dalam tempoh tiga hari berturut-turut sebelum berlakunya
pertempuran hebat di antara tentera Parsi yang cukup lengkap dengan persenjataan,
dengan tentera Islam yang kecil jumlah dan sedikit sekali persenjataannya. Rustam
bertanya kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu ke mari untuk berperang
dengan kami?”. Jawapan mereka adalah sama antara satu dengan yang lain, tidak
berubah dan tidak berbeza. Jawapan mereka berbunyi begini. “Bahawa Allah telah
mengutus kami untuk mengajak dan menyeru tuan-tuan dan semua orang yang
menumpahkan taat setianya kepada sesama manusia untuk bersama-sama dengan
kami menyembah dan menumpah pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa, dan
menarik mereka keluar daripada kesempitan hidup dunia kepada medan hidup yang
lebih selesa di dunia dan akhirat, dari keganasan dan kekejaman agama-agama kepada
keadilan Islam lalu diutus-Nya utusan-Nya kepada seluruh umat manusia. Sesiapa
sahaja menerima Islam maka kami sambut mereka dan kami akan meninggalkan
negeri mereka, kami tinggalkan mereka terus berkuasa di negeri mereka sendiri.
Sebaliknya sesiapa sahaja yang angkuh dan enggan menerima Islam maka kami akan
memerangi mereka sehingga kami mendapat kurnia syurga Allah atau kami beroleh
kemenangan.”

Ia adalah satu jawapan yang ikhlas hasil daripada semangat dan kekuatan jihad yang
bersarang di dalam hati para pejuang Islam. Apabila mereka ditanya mengenai apakah
motif yang mendorong mereka berjuang, mereka tidak akan pernah menjawab: “kami
berjuang untuk mempertahankan negeri kami yang sedang terancam”, atau: “kami
berperang untuk menyekat kemaraan musuh dari Parsi dan Romawi yang menceroboh
kedaulatan negara kami”; atau “kami berjuang untuk memperluas kawasan negara
kami dan mengumpul harta rampasan” tetapi jawapan mereka adalah cukup
menakjubkan dan memberangsangkan pihak musuh!

Seterusnya, ada sebuah hadis lagi yang menggambarkan seorang sahabat Rasulullah
iaitu Abu Ayub al-Ansari yang sudah tua melampaui zaman mudanya tetapi beliau
terus berada di jalan Allah sehingga dikebumikan di bandar Rom (kini Istanbul).
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

207
Walaupun sudah tua, namun semangat dan imannya menjadi contoh kepada manusia
yang berjiwa muda yang berjuang untuk membantu Allah dan menaikkan nama Islam.
Hadis tersebut adalah:

Abu Umran berkata:
Suatu ketika kami berada di kota Rom. Mereka (tentera Rom) keluar berhadapan
dengan kami dalam angkatan yang sangat besar. Umat Islam juga keluar berhadapan
dengan kekuatan yang setanding malah lebih ramai. Uqbah bin Amir memimpin
penduduk mesir dan Fudaalah bin Ubaid menjadi pemerintah tertinggi tentera Islam.
Suatu ketika seorang lelaki di kalangan tentera Islam merempuh barisan tentera Rom
dan berjaya masuk di tengah mereka. Orang ramai berteriak dan berkata: Maha Suci
Allah, dia mengundang bahaya. Lalu Abu Ayub al-Ansari berdiri dan berkata: Wahai
manusia sekalian, kamu menafsirkan ayat ini kepada makna sedemikian! Ayat ini
sebenarnya turun kepada kami golongan Ansar. Ketika itu Allah telah menjadikan
Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai. Secara diam-diam kami berkata
antara satu sama lain tanpa diketahui Rasulullah SAW: harta kita telah lenyap. Kini
Allah telah menjadikan Islam ini dihormati dan penganutnya semakin ramai. Apa kata
kalau kita kumpul dan kembangkan harta kita semula. Lalu Allah menurunkan wahyu
kepada nabi-Nya menjawab kata-kata kami itu.

“…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil)…”
(Al-Baqarah: 195)

Kebinasaan sebenarnya ialah sibuk mencari dan melonggok harta serta
meninggalkan peperangan. Abu Ayub terus berada di jalan Allah sehingga dia
dikebumikan di bumi Rom.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Tersebar luas di kalangan ramai umat Islam pada hari ini bahawa memerangi musuh
adalah jihad kecil dan di sana ada jihad besar iaitu jihad nafsu. Kebanyakan mereka
berpandukan sebuah riwayat: “Kita balik daripada jihad kecil kepada jihad yang lebih
besar. Sahabat bertanya: Apakah jihad besar? Sabda baginda: Jihad hati atau jihad
nafsu.”
Dengan berpandukan riwayat ini sesetengah umat Islam cuba mengalih tumpuan
orang ramai daripada jihad dan persiapan jihad. Riwayat tersebut sebenarnya adalah
bukan hadis. Menurut Amirul Mukminin dalam bidang hadis iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar
di dalam buku, “Tasdid al-Qaus”: Riwayat ini begitu masyhur tetapi ia sebenarnya
adalah kata-kata Ibrahim bin ‘Ablah.
Menurut al-Iraqi yang menyelidik hadis-hadis buku Ihya’ Ulumuddin: Riwayat ini
diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang lemah daripada Jabir: Ia juga
diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Jabir dalam buku sejarahnya. Jika diandaikan
hadis ini sahih, ia tidak sama sekali bermaksud mengenepikan jihad dan persiapan
jihad untuk menyelamatkan negara Islam dan menghadapi ancaman musuh yang
kufur. Sebaliknya riwayat tersebut bermaksud umat Islam wajib melawan nafsu
mereka supaya segala amalan mereka ikhlas kepada Allah.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

208
Akhirnya, wajiblah saudara mengkaji sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat
tentang bagaimana mereka memperolehi kekuatan jihad yang tinggi dan mampu
melaksanakan jihad dengan bersungguh-sungguh sama ada secara lisan, jiwa dan
harta. Sesungguhnya terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang baik daripada
seerah Rasulullah yang boleh dijadikan motivasi kepada kita semua sebagaimana
Allah menyuruh kita mencontohi Rasulullah SAW dengan firmanNya:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah (dalam
masa susah dan senang).”
(Al-Ahzab: 21)

15.15 PENUTUP

Sebagai penutup, kita telah pun membincangkan dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW
di mana kita disuruh berjihad dengan harta, diri dan lisan. Di sini terdapat beberapa
perbezaan terhadap tingkatan kemampuan seseorang Mukmin. Ada yang mampu
berjihad dengan harta sahaja manakala ada yang mampu berjihad dengan diri sahaja.
Ada juga yang mampu berjihad dengan lisan sahaja dan ada yang mampu berjihad
dengan ilmu sahaja. Sesiapa yang mampu melaksanakan mana-mana bahagian jihad
maka hendaklah dia lakukannya menurut kadar kemampuannya kerana Allah tidak
akan membebankan seseorang kecuali dengan kemampuannya.

Firman Allah:

“...Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan
Allah kepadanya..”
(At-Talaq: 7)

Di samping itu, jihad adalah merupakan satu bekalan hidup yang amat besar kerana ia
dapat mendorong seseorang mukmin itu untuk menghiasi diri mereka dengan sifat-
sifat mukmin.

Sesungguhnya jihad akan membawa diri seseorang Mukmin supaya berkasih sayang,
bersaudara dan bersatu padu kerana setiap celah renggang hubungan mereka
membawa maksud mendedahkan diri mereka dan saudara mereka kepada musuh.

Demikianlah kita lihat jihad itu sememangnya menguatkan ikatan persaudaraan
sesama muslimin, pada jalan Allah dan kerana Allah, sehinggakan seseorang itu
sanggup mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri!

15.16 RU1UKAN

1. Fiqh Perbandingan Islam, Wahbah Zulaihi; Jilid VI
2. Himpunan Risalah Imam Hassan Al-Banna; “Risalah Jihad”. Edisi Bahasa
Melayu. Pustaka Salam. Muka Surat 357-390
3. Jundullah Jihad Fi Sabilillah (Jihad Pada Jalan Allah), Sa’id Hawwa. Dewan
Pustaka Fajar (Cetakan Ketiga 2000).
4. Bekalan Di Dalam Perjalanan Dakwah. Mustafa Masyhur. Pustaka Salam.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

209
5. Priorities of The Islamic Movement in the Coming Phase. Shaykh Yusuf Al-
Qaradawi. Revised Translation by S.M.Hasan Al-Banna. Awakening
Publications (2002).
6. Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahannya). Mustafa ‘Abdul Rahman. Dewan
Pustaka Fajar (2000).
7. Al-Irsyad Jilid 1 muka surat 243
8. Pesanan dan Peringatan. Mustafa Masyhur. Pustaka Salam (1988).
9. Jalan Dakwah Antara Keaslian dan Penyelewengan. Mustafa Masyhur. Dewa
Pustaka Fajar (1987).
10. Ufuk Risalah Ta’alim. Jilid Dua. Sa’id Hawwa. Pustaka Salam (1984).








































Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

210
16.0 PERTEMUAN ENAM BELAS

16.1 MUQADIMMAH KEPADA KONSEP PEMERINTAHAN
ISLAM ZAMAN RASULULLAH

16.11 PENGENALAN

Al Quran adalah pedoman dan asas kehidupan bagi negara dan masyarakat yang mana
al quran telah menentukan sistem kehidupan dan negara (pemerintahan) dalam
bentuk, konsep, serta prinsip asasinya. Penjelasan Al Quraan dalam hal ini sama
halnya dengan penjelasan hukum-hukum Islam lainnya, contohnya solat, puasa,
zakat, , haji, jual beli dan sebagainya. Demikian juga, Al Quran menjelaskan
permasalahan pemerintahan Islam dalam bentuk asas manakala untuk penjelasan yang
lebih terperinci diberikan oleh Rasulullah saw yang diterangkan melalui
praktikilitinya (sunnah Rasulullah saw) dalam sistem pemerintahan beliau dan masa
sesudahnya (kekhilafahan). Al Quran dalam memaparkan hukum-hukum tidak
menerangkan secara terperinci, iaitu tidak menetapkan seluruh perincian aturan
kehidupan (sosial, politik, budaya, hukum, ekonomi, pemerintahan dan seterusnya).
Oleh kerana itu, keadaan tersebut memerlukan penjelasan dari Rasulullah saw secara
menyeluruh dan terperinci yang mana ianya tidak terkeluar dari ketentuan Allah
SWT. Oleh itu, adalah penting untuk kita orang-orang yang beriman, untuk
mempelajari, mengetahui, dan cuba sedaya upaya untuk mengikuti dan
mempraktikkan segala apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw kerana Allah
berfirman di dalam al quran yang bermaksud:-

“Sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik)
hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak.”
(surah al ahzab ayat 21) [1]

Di dalam artikel ini, penulis tidak berniat untuk mengupas secara terperinci berkenaan
dengan konsep pemerintahan Rasulullah saw kerana ianya suatu topik yang besar dan
berat serta penulis tidak mempunyai kekuatan ilmu yang melayakkan diri untuk
mengupas topik ini. Namun, apa yang dibentangkan ini adalah sebagai mukadimmah
kepada konsep pemerintahan yang telah dijalankan oleh Rasulullah saw dan khalifah
arbain (empat) sesudah baginda.

16.12 KAEDAH PEMERINTAHAN

BERMESYUARAT

Rasulullah membuka ruang daripada sahabat ketika ingin memutuskan tindakan
perang (rujuk bahagian Majlis syura). Peristiwa sewaktu zaman Rasulullah
meletakkan satu bentuk asas yang amat penting dalam sebuah negara islam yang adil,
iaitu prinsip mendengar pandangan rakyat sebelum bertindak. Sebuah hadith daripada
Abu Hurairah menyatakan:

“Tiadalah aku melihat manusia yang lebih banyak bermesyuarat dengan sahabatnya
daripada Rasulullah saw”[2]
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

211

Hasilnya, menurut Imam al-Qurtubi, umat islam sepakat dalam perkara kewajiban
syura’, sebagaimana yang diriwayatkan dai ibnu Attiyah ”Syura adalah asas syariat
dan ketepatan hukum barangsiapa tidak bermesyuarat dengan ahli ilmu maka berpisah
dengannya wajib”[2]

MENDOKONG KEADILAN

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhadap manusia, dan
apabila kamu berhukum maka hendaklah kamu menghukum dengan seadil-adilnya”
(surah an-Nisa’ ayat 58)

Praktikal yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw serta para sahabat seperti:

1. Rasulullah memberi peluang kepada sahabat bernama Suad untuk membalas
apabila Rasulullah saw menolak perutnya dengan busar anak panah sehingga
menyakitinya apabila ingin meluruskan saf pembarisan tentera.[2]
2. Khalifah Umar alkhatab semasa menjadi amir al-mukminin bertanya kepada
rakyat apakah pandangan mereka sekiranya seorang amir sepertinya melihat
maksiat yang dilakukan oleh seorang perempuan. Berkata Ali KW bahawa beliau
wajib menghadirkan 4 orang saksi atau akan disebat dengan had qazf, dan Ali KW
berkata mafhumnya: “Urusannya (khalifah dalam kehakiman) adalah sama seperti
seluruh muslimin yang lain (tanpa imuniti atau kelebihan)”. Iaitu tiada perbezaan
walaupun Umar pada ketika itu Umar bertaraf Perdana Menteri bagi semua umat
islam.[2]
3. Khalifah Ali KW pernah dibawa ke mahkamah akibat pertikaiannya dengan
seorang yahudi berkenaan baju besi miliknya yang didakwa dicuri oleh si yahudi,
apabila mahkamah menjalankan perbicaraan Ali KW gagal mengemukakan bukti
jelas akhirnya, si yahudi berhak ke atas baju tersebut walaupun sememangnya ia
milik Ali KW. Keadilan islam tegas tanpa membezakan samada ketua negara
islam yang dibicarakan, walaupun tertuduh merupakan seorang yahudi, dakwaan
tetap memerlukan bukti jelas.

Oleh itu jelas islam amat mementingkan keadilan. Begitu juga pemerintahan islam
juga tegas terhadap tuduhan-tuduhan jenayah atau seumpamanya sebagaimananya
hadith nabi saw yang bermaksud:

“Bukti yang jelas bagi mereka yang mendakwa, serta sumpa (hakpembelaan ) bagi
mereka yang ingin menafikan”[2]

Di dalam kaedah fiqh islam juga mengatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah
sehingga dibuktikkan bersalah. Jelas sekali bahawa islam serta sistem kehakimannya
sangat adil.

PERSAMAAN HAK

Di antara aspek yang penting dalam persamaan hak adalah hak wanita dan hak non-
muslim didalam negara islam madinah. Dari sudut islam, lelaki dan wanita adalah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

212
sama dari sudut kehormatan diri, hak pemilikan, harta benda, moral, dan beragama.
Manakala untuk hak orang bukan islam pula, antara hak mereka adalah
-Dipelihara daripada permusuhan dr luar negara
-Dipelihara daripada kezaliman dalam negara
-Dipelihara darah dan tubuh mereka dari disakiti
-Dipelihara harta benda mereka
-Dipelihara maruah mereka
-Diberi hak kebebasan agama dan mengamalkan agama mereka
-diberi hak kebebsan dalam kerjaya
-Diberi hak memegangjawatan dalam negara
-Jaminan penuaian hak-hak yang tersebut di atas
-Jaminan mendapat pengadilan seadilnya di dlam bidang kehakiman serta tidak
dikenakan hudud kecuali apabila diminta dengan rela mereka sendiri


16.13 BADAN-BADAN DI DALAM STRUKTUR NEGARA ISLAM

MA1LIS SYURA

Al Quran telah menentukan keperluan kepada kemesyuarakatan. Di antara firman
Allah Di dalam Quran yang bermaksud:-

“ Kerana rahmat Allah, maka kamu berlaku lembut kepada mereka. Sekiranya kamu
keras dan kasar, mereka tentu menjauhimu. Tetapi maafkanlah mereka. Mohonlah
ampun buat mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian bila kamu membulatkan tekad,
maka takawallah kepada Allah. (Sebab) sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang takwa kepadaNya”
(surah ali’-imran ayat 159) [1]

Melalui ayat ini, Allah swt telah memerintahkan Nabi saw untuk melaksanakan
musyawarah, meminta pendapat kaum muslimin. Ia juga sekaligus perintah bagi kaum
muslimin untuk melaksanakannya hingga hari kiamat. Dengan kata lain, Al quran
telah menggariskan bahawa syura adalah salah satu pelengkap struktur pemerintahan
islam. Rasulullah saw memperincikan fungsinya sebagai jalan keluar setiap masalah
kehidupan, sebagai contoh urusan peperangan, politik dalaman dan luaran,
pemeliharaan urusan umat, atau sebagainya [4]. Ada hadith Nabi samada yang
berbentuk perkataan ataupun yang berbentuk perbuatan yang menunjukkan wajib
bermesyuarat.

Terjemahan sabda Rasulullah saw:

“..Mintalah pertolongan untuk menyelesaikan urusan kamu dengan bermesyuarat
(berbincang)” [5]

“Mana-mana kaum yang bermesyuarat, mereka akan ditunjukkan kepada perkara
yang terbaik dalam urusan mereka” [5]

Namun sistem syura’ ini adalah tidak boleh dijadikan sebagai kata pemutus jika ianya
tidak berdasarkan kepada ketentuan syara’. Adapun keputusan daripada syura adalah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

213
hasil daripada pandangan majoriti[6] dan ada juga yang hasil daripada pandangan satu
orang yang mana pandangan seorang itu lebih bersifat tepat dan masuk akal [7].

Badan majlis syura’ muncul pada saat berdirinya sebuah negara islam di madinah.
Ketika itu belaiu mengangkat tujuh orang dari kalangan Muhajirin dan tujuh orang
lainnya dari kalangan ansar. Mereka ini adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali,
Hamzah, Ibnu Mas’ud, Abu Dzar, Bilal, Sa’ad bin Abadah, Mu’adz bin Jabal,
Abdurrahman bin Auf, Abu Ubaidah, Ubai bin Kalaf, dan Zain bin Tsabit [8].

Para Khalifah al-Rashidin telah mengikuti sunnah yang terpuji jini. Mereka
menghimpunkan semua pemimpin dan pembesar serta mengadakan mesyuarat dengan
mereka mengenai kes-kes yang tiada hukum di dalam teks al-Quran dan Hadith.
Antaranya ialah mesyuarat yang dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakr mengenai
peperangan terhadapa orang-orang yang murtad dan mengenai pengumpulan al-quran,
dan mesyuarat Saiyidina Umar mengenai pembahagian tanah kebun di Iraq yang
merupakan harta ghanimah, pungutan kharaj, dan seumpamanya. Ahli shura adalah
ahli-ahli fikir yang berpengalaman daripada kalangan orang ramai kerana tidak
mungkin dapat dilakukan mesyuarat dengan setipa orang. Dalam urusan agama,
hendaklah ahli mesyuarat terdiri daripada kalngan orang alim dalam bidang
keagamaan dan sekurang-kurangnya orang yang berakal dan berpengalaman [9].

PARA AMIR

Pengertian amir menurut syara’ adalah pejabat permintahan yang diangkat untuk
mengatur dan memelihara salah satu urusan kaum muslimin. Ketika Rasulullah saw
masih berada di tengah-tengah umat islam, istilah amir dipergunakan untuk
namabeberapa jabatan yang menguruskan sesuatu urusan. Ketika itu di antara yang
wujud adalah amir yang menjawat ketua perang (amir as sariyah), amir yang
menjawat ketua pasaukan panah (amir arrumat), amir wilayah (amir al wilayah), dan
amir haji (amir al haj). Mengenai istilah amir, Al quran ada menyebutkan dalam surah
an Nisaa’ ayat 59 dan 83.

Daripada pengertian syara’, ulul amri adalah orang yang diangkat dan menjawat ,
mengetuai, dan mengatur suatu urusan negara. Ia dibantu oleh ketua bahagian dan
orang-orang bawahan yang lainnya. Imam As syaukani berpendapat bahawa ulil amri
adalah imam (sultan atau khalifah), para kadi, dan setiap pejabat yang mempunyai
kekuasaan syar’i (pejabat yang ditentukan oleh ketentuan syara’) [10]. Pada zaman
khulafaurrasyidin, kedudukan khalifah dikenali sebagai Amir Al Mukminin, bermula
daripada zaman Umar Al Khatab [11].

Huzaifah diangkat sebagai amir as sirr (sekretariat negara). Pejabat ini menyimpan
rahsia-rahsia negara dan orang yang memegang jawatan ini berpegang amanah ini
seerat-eratnya [12].

WAKIL KHALIFAH

Jabatan ini diperlukan jika khalifah berhalangan atau tidak di tempat pusat
pemerintahan. Pada zaman Rasulullah saw, jabatan ini diperlukan ketika baginda
keluar medan perang atau urusan lain yang menyebabkan baginda tidak berada di
pusat pemerintahan, misalnya ketika pada tahun pertama jama’ah haji. Sa’ad bin
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

214
Abdadah pernah diangkat untuk jabatan ini ketika pada tahun pertama hijriah,
Rasulullah saw sibuk memimpin dalam perang al-abwa’. Juga dalam perang tabuk,
beliau mengangkat Muhammad bin Maslamah menggantikan baginda dalam
menguruskan pemerintahan [13].

Penguasa daerah. Nabi saw membahagikan 12 wilayah, yang setiap wilayah dibahagi
lebih kecil yang disebut “imaalah”. Setiap kawasan besar dipimpin oleh seorang
“wali” dan setiap kawasan kecil yang berada di bawah pengawasan wali dipimpin
oleh seorang “amil”. Di dalam catatan sejarah, At Taab bin Usaid diangkat sebagai
wali di Makkah setelah ditakluk. Mantan wakil raja Kisra, iaitu Baadan bin sassan,
diangkat sebagai wali untuk daerah Yaman setelah dia masuk islam [14]. Amru bin
Sa’id diangkat sebagai “amil” di kawasan waadil quro, dan qada’ah ad Dausi sebagai
“amil” untuk kabilah Banu Assad [15].

Tugas wakil khalifah agak luas. Sebagai contoh, Mu’adz bin Jabal diangkat sebagai
wali sekaligu sebagai kadi untuk wilayah Yaman. Ia diberi kuasa sebagai komander
perang, mengurusi kewangan, dan pentadbiran. Dan juga seperti Farwah bin sahl,
diangkat sebagai wali di Murad, Mishaj, Zubaid, dan Khalid bin Sa’id Al Ash menjadi
wali di Hadramaut. Wali-wali ini hanya menguruskan masalah kewangan.


BADAN PENGADILAN

Badan pengadilan Nabi saw mengikut perintah daripada Allah swt.
“Dan hendaklah engkau memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang
telah diturunkan Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu
mereka...”
(surah al maidah ayat 49)

Menurut riwayat Thabrani dari Masruq, jabatan hakim pada masa Rasulullah saw ada
enam orang. Keenam-enam orang adalah Umar, Ali, Abdullah bin Mas’ud, Ubay bin
Ka’ab, Za’id bin Tsabit dan Abu Musa Al Asy’ari [15]. Dalam urusan peradilan yang
bertugas mencegah kezaliman di tengah-tengah masyarakat , rasulullah saw
mengangkat Rasyid bin Abdullah sebagai amir untuk keperluan pengadilan dan
mencegah kezaliman. Namun, kadang-kadang tuga ini dipegang sendiri oleh
Rasulullah saw[15]. Selain tugas-tugas peradilan di atas, ada “qadla al hisbah”, yang
langsung mengadili pelakunya. Pada masa Rasulullah saw, Sa’id bin Al Ash bertugas
di pasar Makkah sedangkan Umar bertugas di pasar Madinah [16].

ANGKATAN BERSEN1ATA

Mengenai pasukan negara, Rasulullah saw telah membahagikan kepada beberapa
pasukan. Pada setiap pasukan diketuai oleh satu ketua (komander) pasukan. Ketika
Rasulullah saw wafat, jumlah tentera islam berjumlah 30 ribu angkatan bersenjata
darat, dan 6 ribu angkatan berkuda [16].

Kepentingan persediaan angkatan bersenjata di dalam negara islam amatlah penting.
Ada banyak dalil2 al-quran dan hadith yang menuntut umat islam bersedia di dalam
bidang ini. Antara ayat2 al-quran tersebut adalah di dalam surah albaqrah ayat 183
dan 216, Aali-Imran ayat 156-158, 169-170, Al-nisa ayat 74, Al-Anfal ayat 60 dan 65,
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

215
di dalam surah At-taubah ayat 29 dan 41, 81-83, 88-89, dan 111, suarah Muahmmad
ayat 20-21, surah as-saf ayat 4, dan surah Al-Fath ayat 18-19.

Di antara hadith2 Nabi pula adalah :-

“Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah kilauan pedang”[17]

“Sesiapa yang melengkapkan seorang pejuang yang akan berperang di jalan Allah,
dia telah berperang. Sesiapa yang menanggung keluarga seorang pejuang ketika
ketiadaannya, dia telah berperang” [18]

Semua dalil2 ini menjuruskan sebuah negara islam itu mempunyai sebuah sistem
kententeraan yang lengkap untuk bersedia menghadapi serangan daripada musuh2
islam.

16.14 EKONOMI ISLAM

Asas terpenting sistem ekonomi islam adalah :-

1. Meletakkan harta yang baik sebagai tunjang kehidupan. Harta ini perlu dicari,
diurus, dan dilabur dengan baik. (dalil surah Al-Nisa ayat 5) dan hadith2:-
a) “sebaik-baik harta yang baik ialah dimiliki oleh lelaki yang baik”
b) “Allah melarang kamu kata-mengata, banyak bertanya, dan mensiasiakan
harta”
c) “Orang yang mati kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid dan
orang yang mati kerana mempertahankan hartanya adalah syahid...”

2. Mewajibkan mereka yang berkemampuan supaya bekerja dan mencari rezeki.
(dalil di dalam surah At-Taubah ayat 105) dan hadith2:
a) “Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan dengan
hasil usaha sendiri. Nabi Allah Daud a.s makan daripada hasil tanganya sendiri”
b) “seorang lelaki yang selalu meminta-minta daripada manusia akan datang
pada hari kiamat dalam keadaan mukannya tiada berdaging”

3. Meneroka sumber asli, dan semua sumber yang ada perlu dimanfaat.
Di antara dalil2 adalah di dalam surah Luqman ayat 20. Al-1athiyah ayat 13

4. Mengharamkan sumber pendapatan yang tidak bersih.

5. Merapatkan jurang antara lapisan masyarakat sehingga tidak wujud golongan yang
terlalu kaya dan golonga yang terlalu miskin.
Dalil di dalam surah al-maidah ayat 2

6. Jaminan sosial untuksetiap warganegara, melindungi kehidupan mereka dan
berusaha mewujudkan kerjasama untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan.
Dalil hadith:
“Maruah, harta, dan darah setiapmuslim adalah diharamkan ke atas muslim yang
lain”

Kisah sewaktu zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al-Khatab. Suatau
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

216
ketika Umar r.a. terserempak dengan seorang yahudi yang sedang meminta-minta
banuan orang ramai, Lalu umar menegurnya dan bertanya sebab dier memnita-minta
sedekah. Apabila diketahui ketidakupayaan yahudi ini mencari rezeki, Umar
menghkritik dirinya sendiri dan berkata kepada yahnudi tadi ”alangkah tidak adilnya
kami kepada engkau,. Jami ambil jizyah ketika engkau kuat dan kami abaikan engkau
ketika lemah, Berikanlah kepadanya sumbangan baitu mal secukupnya”

7. Mengiktiraf hak milik peribadi selagimana tidak bertenatangan dengan
kepentingan awam.
8. Mengatur urusan kewangan melalui undang-undang yang adil dan penyanyang.
Mewujudkan kawalan yang ketat dalam soal matawan.
9. Meletakkan negara sebagi pihak yang bertanggungjawab memelihara sistem ini.


LAN1UTAN KAEDAH ASAS DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM

Oleh kerana sistem ekonomi Islam bermatlamatkan mencari keredhaan Allah swt
semata-mata yang berbeza dengan sistem ekonomi konvensional, maka terdapat garis
panduan bagi menjadikan sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah
swt serta membahagiakan sesama manusia.

1.Harta merupakan hak Allah swt yang mutlak
Ini merupakan rukun asasi dalam akidah Muslim seperti firman Allah swt yang
bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa
yang Engkau kehendaki”.

Manusia sebagai khalifah dimuka bumi, maksud firmanAllah: “Dan (ingatlah) ketika
Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi” bertanggungjawab untuk menggunakan dan
membelanjakan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah swt di muka bumi mengikut
perintah Allah swt:

“Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian
Allah) yang dijadikannya kamu sebagai wakil untuk menguasainya”.

Bertitik tolak dari inilah dasar kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini
terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah
pelaburan, penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang
diredhai Allah swt.

2.Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat
Unsur asasi untuk mendapatkan rezeki ialah pekerjaan.Lantaran itulah kita dapati
Islam memberi penekanan dari segi kerja dan menyeru manusia agar bekerja bagi
menghasilkan maslahat dunia dan akhirat. Firman Allah swt yang bermaksud:

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

217
“Apabila selesai sembahyang maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah apa
yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak
supaya kamu berjaya (dunia dan akhirat)”.

Dengan ini aktiviti ekonomi termasuklah aktiviti pasar merupakan suatu ibadat. Umar
al-Khattab berkata: “Tidak ada seorang rakyat yang datang kepadaku lalu ia
meninggal, lebih aku cintai melainkan yang berurusan jualbeli denganku untuk
keperluan kaum keluargaku”. Al-Qurtubiy di dalam tafsirnya mengenai surah al-Saf
ayat 10 –12 menyifatkan perniagaan adalah sebagai jihad.

3.Asal sesuatu adalah harus
Sesungguhnya asal bagi ciptaan Allah swt terhadap sesuatu ialah halah dan harus,
tidak diharamkan kecuali terdapat dalil nas yang jelas mengharamkannya. Ini adalah
pendangan majority ulama’ Islam. Oleh itu segala aktiviti adalah harus dan halal
selagi tidak melibatkan diri dengan yang diharamkan oleh Allah swt menerusi nas.
Walau bagaimanapun larangan Allah swt tidak banyak berbanding dengan aktiviti
yang harus dan halal yang begitu luas.

4.Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi
Uruf ialah adat yang dipraktikkan di kalangan manusia, manakala adat yang khas bagi
individu-individu tidak dinamakan uruf. Adat dan uruf pada asalnya mempunyai
makna yang sama tetapi ahli-ahli usul dan ahli-ahli Fikh menentukan bahawa uruf
adalah lebih umum dari adat.

5.Mencapai Maslahat Khas dan Am
i)Intipati syariah ialah maslahah seperti kata Imam al-Syatibiy: (sesungguhnya
diletakkan syariah itu ialah untuk kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat)
ii)Mengambil kira maslahah individu dan maslahah ramai/umum. Kaedah ini yang
membezakan antara sistem kapitalis dan Sosialis/Komunis di mana kapitalis yang
menekankan maslahah individu manakala Sosialis menekankan maslahat umum.
iii) Mengutamakan maslahah umum apabila bercanggah dengan maslahah individu.
Di antara kaedah fikah di dalam soal ini ialah: (Apabila berlaku dua kerosakan,
hendaklah dipilih yang paling ringan)

6.Mengetahui hukum-hakam
Seseorang yang ingin bermuamalat semestinya mengetahu tentang soal hukum
hakam, haram dan halal serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Menurut Imam
Nawawi, seseorang yang berurusan di dalam ekonomi sekurang-kurangnya dapat
mengetahui hukum h akam yang lahirnya diketahui oleh orang ramai.

Sistem ekonomi Islam atau dikenali sebagai muamalat adalah suatu sistem yang
mantap kerana berdasarkan wahyu yang jelas dari Yang Maha Berkuasa iaitu Allah
swt. Namun ianya menjadi agak complicated terutamanya akhir-akhir ini, disebabkan
kerana terikut dengan rentak dan cara hidup serta pendidikan barat yang mengabaikan
aspek yang paling penting kepada manusia iaitu pembangunan manusia hakiki
berteraskan paradigma tauhid bagi menuju pengiktirafan Allah swt bagi mencapai al-
falah dan bukannya semata-mata bangunan yang barangkalinya didiami oleh manusia-
manusia yang ketandusan jiwa dan akhlaknya


Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

218

16.15 KESIMPULAN

Daripada sedikit huraian di atas, maka terbukti bahawa Rasulullah saw telah
membangunkan suatu struktur pemerintahan negara islam yang kukuh. Namun
penjelasan yang terperinci tidak boleh dirujuk kepada tulisan ini sahaja, kerana tulisan
ini hanyalah bertujuan utk memberikan maklumat pengenalan kepada sistem
pemerintahan islam yang semememangnya sudah wujud sejak dari zaman Rasulullah
saw lagi.

Adalah satu kesilapan apabila mengatakan islam tidak mempunyai sistem
pemerintahan yang tersendiri. Ataupun sistem islam hanyalah suatu sistem yang
menyerahkan kepada manusia untuk menentukan mengikut kehendak dan nafsu
serakah mereka. Sesungguhnya suara-suara sumbang ini memang tidak selidik
langsung mengenai sejarah islam, pemerintahan islam yang begitu lama bertahan
selama 13 abad, sebelum para penjajah barat memporak-perandakan kemegahan sialm
dengan tipudaya mereka!


16.16 RU1UKAN

[1] Al Quran

[2] Zaharuddin Abd Rahman, “Fiqh Kenegaraan Menurut Islam”, Irbid Februari 2002

[4] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada Ibnu Taimiyah “As Siyasah Asy Syari’yah” muka 158; Ibnu Qayyim
Al jauziyah, “Zadul Ma’ad” II/127; dan “Tafsir Alusy” IV/106-107

[5] Hadith diambil daripada fiqh perbandingan perundangan islam, tulisan wahbah
zuhaili, mukasurat 793

[6] Kisah daripada perperangan uhud, Baginda telah bermesyuarat dengan para
sahabat mengenai keluar daripada kota Madinah, dan baginda bersetuju dengan
pendapat orang ramai. Dan ada juga kisah daripada perang al Khandaq, di mana
Rasulullah bermesyuarat denga para sahabat untuk mengadakan perjanjian damai
dengan sekutu tentera ahzab dengan menyerahkan satu pertiga hasil buah-buahan
Madinah pada tahun tersebut kepada mereka. Cadangan ini ditolak oleh Sa’ad bin
U’badah dan Sa’ad Mu’adh, lalu Baginda tidak melaksanakannya. Dab banyak lagi
kisah-kisah yang seperti ini berlaku pada zaman baginda Muhammad saw. Rujuk fiqh
perbandingan perundangan islam, tulisan wahbah zuhaili, mukasurat 794 & 795

[7] Kisah daripada ketika akan berlakunya perang badar, apabila al hubab bin
Mundhir bertanya kepada Rasulullah samada tempat yang didiami oleh tentera islam
adalah wahyu ataupun tidak, lalu Bgainda mengatakan ianya bukan pilihan wahyu,
lalu al hubab mencadangkan sebuah tempat yang lebih strategik, dan Rasulullah
menerima pendapat ini. Rujuk Ar raheequl Makhtum, mukasurat 215

[8] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada Musnad Imam Ahmad
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

219

[9] Rujuk fiqh perbandingan perundangan islam, tulisan wahbah zuhaili, mukasurat
795

[10] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada As syaukani, “Farhul Qadir”, I/481

[11] Diambil daripada kuliah ustaz dr asri zainal abidin

[12] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada Muhd Abdullah Syabaani “Nidzamul Hukum wal Idarah Fied
daulatul Islamiyah”, hal 24

[13] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada sirah “Sirah ibnu hisyam”I/591 dan jilid II/519

[14] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada al qattany, “Nidzamul Hukumah An Nabawiyah”

[15] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”

[16] M. Shiddiq Al Jawi , “Konsep Negara Islam Menurut Rasulullah dan Sahabat”
diambil daripada

[17] Riwayat al-bukhari,muslim dan abu daud daripada Abdullah bin Abu Aufa r.a.

[18] Riwayat al-bukhari,muslim dan abu daud dan al-Tirmizi daripada Zaid bin
Khailid al-juhani r.a.

[19] Himpunan risalah Imam Hasan Al-Banna, Pustaka Salam Jun 2003




















Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

220
17.0 PERTEMUAN TU1UH BELAS

17.1 AMAL ISLAMI

Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan
individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam, melainkan masyarakat yang
berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam sebagai syariat perundangan,
peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi
petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini. Seluruh amal ini dan
lain-lain keperluan untuk amalan-amalan ini serta lain-lain perkara yang berkaitan
yang dituntut oleh amal-amal ini adalah satu tuntutan syariat. Kewajipan
melaksanakan tidaklah gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat
mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin.
Selagi kekuasaan ini tidak wujud, maka seluruh kecuaian atau kecacatan para petugas
amal Islam dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut
pandangan Islam adalah satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang
Islam bersegera bangun memikul tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk
menegakkan Islam.
Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib dan
ianya bersifat wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan
melakukan secara sukarela, dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut:

17.11 WA1IB DARI SUDUT PRINSIP (MABDA’)
Beramal atau bekerja untuk (menegakkan seluruh ajaran) Islam pada prinsipnya
adalah wajib kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia, didahului oleh
para Nabi dan para Rasul kemudian ke atas umat manusia seluruhnya hingga ke hari
kiamat kelak.

Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah:

Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr. Ayat: 1 - 3).

Dan firman Allah:

ُ ^َ -َ -'َ ~ِ ر َ ~ْ· -َ - 'َ -َ - ْJَ ·ْ-َ - ْ~َ - ْنِ إَ و َ 4-َ ر ْ.ِ - َ 4ْ-َ -ِ إ َ لِ ;ْ-ُ أ 'َ - ْ¿ -َ - ُ ل:ُ ~ ;-ا 'َ + -َ أ'َ -

Yang bermaksud:
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya),
maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

221
(Surah Al-Maaidah. Ayat: 67).


Dan firman Allah:

َ ن:ُ -ُ -ْ-َ - َ .-ِ - -ا نِ إ َ ن:ُ -ِ -' --ا ُ ~ُ +ُ -َ ·ْ-َ -َ و ُ ^ --ا ُ ~ُ +ُ -َ ·ْ-َ - َ 4ِ-َ -وُ أ ِ ب'َ -ِ -ْ-ا ¸ِ - ِ س' --ِ - ُ -' - -َ - 'َ - ِ -ْ·َ - ْ.ِ - ىَ -ُ +ْ-اَ و ِ ت'َ - -َ -ْ-ا َ .ِ - 'َ -ْ-َ ;ْ-َ أ 'َ -

Yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat
oleh sekalian makhluk.
(Surah Al-Baqarah. Ayat: 159).

Dalam sunnah Rasulullah s.a.w yang mulia terdapat riwayat-riwayat yang mempunyai
hubungan secara khusus tentang dakwah kepada kebenaran dan menentang kebatilan.
Di antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya
dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa),
maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat),
maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu
tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi
iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi".
(Hadis riwayat Tirmizi).

Sabda baginda yang lain:
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia)
supaya melakukan perkara-perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka
dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana)
kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu
aku tidak menolong kamu lagi".
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).


Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
"Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang melakukan
kezaliman: Wahai penzalim! Maka sesungguhnya dia telah mengucapkan selamat
tinggal baginya".
(Hadis riwayat Hakim).

17.12 WA1IB DARI SEGI HUKUM

Beramal untuk Islam adalah wajib dilihat dari sudut hukum kerana tidak berjalannya
syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan
manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam bekerja untuk
menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Umat Islam
juga wajib bekerja supaya manusia tunduk mengabadikan diri kepada Allah di dalam
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

222
iktikad keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan dalil dari Al-Quran
yang menyebut:

'ً --ِ -ْ~··َ - ا:ُ - -َ ~··ُ -َ و َ ~ْ-َ ~··َ - '·· -ِ - '··ً ﺝَ ;َ ﺡ ْ~ِ +ِ ~··ُ -ْ-َ أ ¸··ِ - اوُ -··ِ =َ - '··َ - ~··ُ ﺙ ْ~ُ +َ -··ْ-َ - َ ;َ =··َ ~ '··َ --ِ - َ ك:··ُ - -َ=ُ - _·· -َ ﺡ َ ن:··ُ -ِ -ْ:ُ - '··َ - َ 4·· -َ رَ و '··َ -َ -

Yang bermaksud:
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga
mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di
antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan
dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya.
(Surah An-Nisa'. Ayat: 65).
Dan firman Allah:

ُ ~-ِ -ُ أ ِ ^ْ-َ -ِ إَ و ُ ~ْ- آَ :َ - ِ ^ْ-َ -َ - ¸ -َ ر ُ ^ --ا ُ ~ُ -ِ -َ ذ ِ ^ --ا _َ -ِ إ ُ ^ُ -ْ-ُ =َ - ٍ ءْ¸َ ~ ْ.ِ - ِ ^-ِ - ْ~ُ -ْ-َ -َ -ْﺥا 'َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara
agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada
Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku
berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).
(Surah Asy-Syura. Ayat: 10).
Begitu juga firman Allah:

َ - ْ.َ -َ و َ نوُ ;ِ -'َ -ْ-ا ُ ~ُ ه َ 4ِ -َ -وُ 'َ - ُ ^ --ا َ لَ ;ْ-َ أ 'َ -ِ- ْ~ُ -ْ=َ - ْ~


Yang bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
(kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
(Surah Al-Maaidah. Ayat: 44).

Firman Allah:

َ ن:ُ -ِ -' =-ا ُ ~ُ ه َ 4ِ -َ -وُ 'َ - ُ ^ --ا َ لَ ;ْ-َ أ 'َ -ِ - ْ~ُ -ْ=َ - ْ~َ - ْ.َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Maaidah. Ayat: 45).

Firman Allah:

َ ن:ُ -ِ ~'َ -ْ-ا ُ ~ُ ه َ 4ِ -َ -وُ 'َ - ُ ^ --ا َ لَ ;ْ-َ أ 'َ -ِ- ْ~ُ -ْ=َ - ْ~َ - ْ.َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,
maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.
(Surah Al-Maaidah. Ayat: 47).

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

223
Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hukum yang
diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib maka kerja-kerja yang membawa kepada
kewujudan masyarakat Islam dan terlaksananya hukum Allah turut menjadi wajib
berdasarkan kaedah syarak:

~ﺝاو :+- ^- Vإ ~ﺝا:-ا ~-- V '-

Yang bermaksud:
Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan
dengannya, maka ia menjadi wajib".

Sebahagian besar dari negara-negara (umat) Islam, kalau pun tidak dapat dikatakan
seluruhnya diperintah oleh sistem-sistem ciptaan manusia yang merupakan campur
aduk dari sistem undang-undang Rumani, Yunan, Perancis dan sebagainya. Demikian
juga sistem ekonomi yang menguasai negara-negara tersebut adalah sistem ekonomi
Kapitalisme dan Sosialisme. Ini adalah penyebab utama yang mendesak umat Islam
supaya menyusun gerak-kerja untuk meruntuhkan sistem jahiliah dalam bentuk seperti
ini dan kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi fardu ain ke atas
setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali ke pangkuan Islam.

Selain dari itu masih banyak kewajipan-kewajipan syariah yang perlaksanaan dan
amalannya bergantung kepada adanya khalifah atau Imam sedangkan pelantikan
Khalifah (Imam) itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam.
Oleh itu seluruh undang-undang yang berkaitan dengan sistem-sistem Islam sama ada
di dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, politik malah kesemua undang-undang
yang berkadengan hukum, kanun keseksaan, perdamai, peperangan, jihad, gencatan
senjata, perjanjian damai, muamalat, kemasyarakatan dan ekonomi, semuanya ini dan
sebagainya adalah di antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak mungkin
terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam.

17.13 WA1IB DARI SUDUT TUNTUTAN (DARURAT)

Beramal dan bekerja untuk Islam juga merupakan satu kewajipan jika dilihat dari
sudut tuntutan untuk menghadapi cabaran-cabaran zaman kini dan serangan musuh-
musuh Islam. Ianya adalah satu kewajipan kerana dengannya dapat menyekat
penularan fahaman kebendaan dan ateis (tidak percayakan tuhan) yang berusaha
menggugat kewujudan Islam.

Sekiranya dilihat dengan pemerhatian yang teliti kepada nasib yang dialami oleh
negara-negara umat Islam hari ini maka sudah pasti ia menjadi bukti menguatkan lagi
tuntutan tersebut adalah tanggungjawab yang wajib di sisi syariat di mana umat Islam
tadi seharusnya berdiam diri dan memandang ringan.

Kita dapati banyak negara-negara (Umat Islam) yang mengadu dan merintih dengan
penuh penderitaan kerana dikuasai oleh keserakahan orang-orang bukan Islam (kafir)
sebagaimana yang dialami oleh rakyat Palestine, Kashmir, Eitrea, Qibrash, Bukhara,
Samarkand dan lain-lain.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

224
Manakala beberapa negara lain pula menderita kerana cengkaman kuasa golongan
minoriti yang berniat jahat ke atas umat Islam, mereka memerintahkan Umat Islam
dengan kekuatan besi dan api.

Kita dapati juga beberapa bahagian dari negara Umat Islam yang lain mengadu
mengenai penderitaan mereka yang disebabkan oleh kekuasaan parti-parti puak kiri
(yang terdiri dari sosialis dan komunis) atau puak kanan (yang berkefahaman
kapitalis) dalam negara mereka. Begitu juga keadaan hidup di beberapa tempat yang
lain yang berada di dalam suasana pertumpahan darah yang hebat hasil dari perebutan
kuasa di antara kekuatan puak kiri dan puak kanan.

Selain dari hal-hal yang tersebut di atas, sebenarnya betapa perlunya amal Islami
sekalipun secara darurat, dari menyahut cabaran-cabaran dari dalam yang berupa
kuncu-kuncu, tali barut dan penyokong musuh Islam. Firman Allah.

ِ ^ -ِ - ُ ^ -ُ آ ُ .- --ا َ ن:ُ -َ -َ و ٌ^َ -ْ-ِ - َ ن:ُ -َ - 'َ- _ -َ ﺡ ْ~ُ ه:ُ -ِ -'َ -َ و
Yang bermaksud:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah
agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
(Surah Al-Anfaal. Ayat: 39).

17.14 WA1IB SECARA INDIVIDU MAHUPUN 1AMAAH

Tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam dari sudut kewajipan syarak (taklifi)
adalah satu tanggungjawab ke atas individu (fardi) sama seperti kewajipan-kewajipan
dan tanggungjawab syariat yang lain di mana ganjaran pahala diberikan apabila
dilaksanakan tanggungjawab tersebut dan dibalas dengan dosa apabila ia ditinggalkan.

Firman Allah s.w.t:

ُ ;َ -َ ~ 'َ - َ كاَ رْدَ أ 'َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu?
(Surah Al-Muddaaththir. Ayat: 27).
Firman Allah lagi:

اً دْ;َ - ِ ^َ -'َ -ِ -ْ-ا َ مْ:َ - ِ ^-ِ -اَ ء ْ~ُ + -ُ آَ و

Yang bermaksud:
Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan
seorang diri.
(Surah Maryam. Ayat: 95).
Firman Allah lagi:

ْ~ُ -ِ ~ُ -ْ-َ 'ِ - ْ~ُ -ْ-َ ~ْﺡَ أ ْ~ُ -ْ-َ ~ْﺡَ أ ْنِ إ

Yang bermaksud:
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah
untuk diri kamu.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

225
(Surah Al-Israa'. Ayat: 7).

Firman Allah lagi:

ىَ ;ْﺥُ أ َ رْزِ و ٌةَ رِ زاَ و ُ رِ ;َ - 'َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja).
(Surah Al-An'aam. Ayat: 164.)

Firman Allah lagi:

ِ ^ِ ~ْ-َ -ِ - ُ -ِ ه'َ =ُ - 'َ - -ِ \َ - َ -َ ه'َ ﺝ ْ.َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah
berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri.
(Surah Al-'Ankabuut. Ayat: 6).

Supaya orang lain itu semuanya turut serta dalam kerja-kerjanya membina masyarakat
dan memakmurinya iaitu dengan membina kehidupan masyarakat atas dasar
kebenaran (Al-Haq) dan memakmurkan dengan kebaikan, maka Islam telah
menentukan ke atas setiap orang Islam bertanggungjawab memberikan khidmat dan
pengorbanan mereka untuk Islam mengikut batas kemampuan masing-masing, selama
mana insan itu berada dalam keadaan baligh, akal yang sihat dan ada kemampuan.
Dari pengorbanan seperti ini akan menjadikan masyarakat Islam itu sebagai sel yang
hidup dan bernyawa dalam badan. Setiap individu dalam masyarakat ini akan
memberikan sesuatu malah mereka berlumba-lumba untuk berkorban.

Dari kenyataan di atas jelaslah bahawa kewajipan beramal dan bekerja untuk
menegakkan Islam oleh individu adalah sama seperti kewajipan-kewajipan syarak
yang lain iaitu ia adalah satu kewajipan Islam.

Oleh kerana beramal dan bekerja untuk Islam adalah kewajipan individu (fardi) dari
sudut ini maka ia juga adalah satu kewajipan secara jama'ie (organisasi) apabila
dilihat dari sudut tanggungjawab gerakan dan dari sudut perlaksanaannya. Kenyataan
ini dibuktikan oleh realiti-realiti yang berlaku dan keadaan-keadaan yang pada
dasarnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Di antara realiti-realiti tersebut ialah:

1. Sebenarnya taklif atau tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam adalah satu
tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh orang perseorangan kerana
matlamat amal Islami adalah untuk meruntuhkan jahiliah hingga ke akar umbinya lalu
di atas runtuhan itulah ditegakkan Islam. Tugas yang berat ini menurut pengorbanan,
kemampuan dan kesanggupan yang tidak mampu dilakukan secara perseorangan
bahkan tugas ini tidak mampu dipikul sekalipun dengan memerah seluruh tenaga,
kegigihan dan kesanggupan menghadapi segala penderitaan. Tanggungjawab ini
hanya mampu dipikul oleh gerakan yang tersusun, yang memiliki kadar kemampuan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

226
yang setimpal dari sudut kesedaran, penyusunan dan kekuatan dalam menghadapi
jahiliah yang wujud.

2. Sesungguhnya usaha kerja Rasulullah s.a.w dalam rangka menghadapi serangan
jahiliah dan kemudiannya menegakkan masyarakat Islam serta mengembalikan
kehidupan mengikut lunas-lunas Islam merupakan dalil dan bukti bekerja secara
berjemaah untuk menegakkan Islam adalah wajib. Oleh yang demikian Rasulullah
s.a.w tidak menggunakan cara bekerja secara individu di dalam bertindak, malah sejak
dari awal-awal lagi baginda begitu mengambil berat kepada usaha-usaha menubuhkan
jemaah dengan memilih anasir-anasir pembinaannya dangan teliti. Kemudian baginda
s.a.w membentuk dan membersihkan mereka sehingga menjadi satu kekuatan dalam
proses perubahan yang baginda s.a.w lakukan.

Inilah yang telah dibuktikan oleh perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dalam setiap
peringkat dan lapangan.

3. Selain dari itu amal dan gerak kerja untuk menegakkan Islam dipenuhi dengan
halangan ranjau dan duri, ujian dan cubaan. Halangan-halangan yang menunggu di
jalannya sangatlah banyak. Kuasa-kuasa asing yang saban waktu menunggu
kesempatan memukul umatnya juga adalah banyak. Semua cabaran-cabaran ini
menuntut kewujudan sebuah tanzim haraki (penyusunan gerakan jemaah) yang
menyeluruh dari sudut kualiti dan kuantiti untuk menghadapi segenap peringkat amal,
suasana persekitaran serta kemungkinan-kemungkinan yang mendatang.

Dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w terdapat banyak dalil-dalil yang
secara nyata menunjukkan beramal secara berjemaah yang kemas tersusun untuk
menegakkan Islam adalah merupakan satu perkara penting.

Allah s.w.t berfirman:
ِ ناَ وْ-ُ ·ْ-اَ و ِ ~ْﺙِ \ْ-ا _َ -َ - ا:ُ -َ و'َ ·َ - 'َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan.
(Surah Al-Maaidah. Ayat: 2).

17.15 GAN1ARAN 1IHAD ADALAH UNTUK MU1AHID ITU SENDIRI

1. Sejak awal-awal lagi para petugas yang bekerja untuk Islam mestilah memahami
secara mendalam bahawa merekalah yang sebenarnya memerlukan Islam. Sewaktu
mereka bekerja, berjihad dan berjuang, bererti mereka bertindak membersihkan diri
dan jiwa mereka sendiri di samping menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah ke
atas mereka supaya mereka memperolehi ganjaran dari sisi Allah di hari kiamat kelak,
hari di mana pandangan menjadi tunduk merendah dan hati menjadi bergetar kerana
dilanda ketakutan ditimpa azab.

Mereka inilah yang beruntung sekiranya mereka mara beramal dan merekyang rugi
sekiranya mereka berundur dan berpaling tadah.

Allah s.w.t berfirman:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

227

َ .-ِ -َ -'َ ·ْ-ا ِ .َ - ¸ِ -َ ·َ - َ ^ --ا نِ إ ِ ^ِ ~ْ-َ -ِ - ُ -ِ ه'َ =ُ - 'َ - -ِ \َ - َ -َ ه'َ ﺝ ْ.َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah
berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
(Surah Al-Ankabuut. Ayat: 6).

Allah s.w.t juga berfirman:

ْنِ إَ و ْ~ُ -َ -'َ -ْ-َ أ ا:ُ -:ُ -َ - 'َ - ~ُ ﺙ ْ~ُ آَ ;ْ-َ - 'ً -ْ:َ - ْلِ -ْ-َ -ْ~َ - اْ: -َ :َ -َ -

Yang bermaksud:
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan
menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu.
(Surah Muhammad. Ayat: 38).

2. Mereka juga mesti memahami bahawa nilai dan harga diri mereka sebenarnya
adalah kerana pegangan mereka kepada Islam. Mereka tidak mempunyai apa-apa nilai
sekiranya tidak bersama Islam (sama seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu).
Kemuliaan dan ketinggian mereka yang sebenarnya tidak akan tercapai melainkan
dengan mereka menggembleng tenaga dan melibatkan diri di dalam jemaah Islam
yang memperjuangkan Islam dan terus kekal dalam jemaah yang berkenaan. Sesiapa
yang mengasingkan diri dia akan keseorangan di dalam azan neraka. Sesiapa yang
menyatukan dirinya secara benar dengan kumpulan tersebut bererti dia telah
bergabung dengan nasab keturunan yang mulia mengikat diri dengan golongan yang
mendapat petunjuk, yang terdiri daripada para Nabi dan para syuhada yang mendapat
nikmat di sisi Allah s.w.t.

3. Para petugas amal Islami juga mesti menyedari bahawa terus kekal bersama dengan
jemaah adalah syarat bagi mendapat pendirian yang teguh sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari
kumpulannya)".

Masyarakat yang dipenuhi dengan fitnah tidak ubah seperti malam yang gelap-gelita.
Manusia tidak mungkin dapat menjalani kehidupan dengan sempurna atau tidak
terjejas dengan kesan-kesan kotoran masyarakat tersebut sekiranya tidak menerima
peringatan, nasihat dan ingat memperingati.

َ .-ِ -ِ -ْ:ُ -ْ-ا ُ ¿َ -ْ-َ - ىَ ;ْآ --ا نِ \َ - ْ; آَ ذَ و
Yang bermaksud:
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Surah Az-Zaariyaat. Ayat: 55).

Allah s.w.t berfirman lagi:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

228

ِ ;ْ~َ ·ْ-اَ و . ٍ ;ْ~ُ ﺥ ¸ِ -َ - َ ن'َ ~ْ-ِ \ْ-ا نِ إ . ِ ;ْ- ~-'ِ - اْ:َ ﺹاَ :َ -َ و ·َ =ْ-'ِ - اْ:َ ﺹاَ :َ -َ و ِ ت'َ=ِ -' ~-ا ا:ُ -ِ -َ -َ و ا:ُ -َ -اَ ء َ .-ِ - -ا ' -ِ إ .

Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr. Ayat: 1 - 3).

Oleh yang demikian mereka mestilah hidup di bawah satu naungan keluarga yang
beriman. Mereka mestilah bersama-sama dengan pasukan Tuhan yang Maha Pengasih
dan terus hidup bersama mereka buat selama-lamanya.

Allah s.w.t berfirman:

ْ¿ِ =ُ - 'َ -َ و 'َ -ْ- --ا ِ ة'َ -َ =ْ-ا َ ^َ --ِ ز ُ --ِ ;ُ - ْ~ُ +ْ-َ - َ ك'َ -ْ-َ - ُ -ْ·َ - 'َ -َ و ُ ^َ +ْﺝَ و َ نوُ --ِ ;ُ - ¸ِ ~َ ·ْ-اَ و ِ ةاَ -َ ·ْ-'ِ - ْ~ُ + -َ ر َ ن:ُ -ْ-َ - َ .-ِ - -ا َ ¿َ - َ 4َ ~ْ-َ - ْ;ِ -ْﺹاَ و
ُ ;ْ-َ أ َ ن'َ آَ و ُ -اَ :َ ه َ ¿َ - -اَ و 'َ -ِ ;ْآِ ذ ْ.َ - ُ ^َ-ْ-َ - 'َ -ْ-َ -ْ-َ أ ْ.َ - 'ً =ُ ;ُ - ُ -

Yang bermaksud:
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang
beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan
keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu
daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan
janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada
mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut
hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Surah Al-Kahfi. Ayat: 28).

4. Para petugas amal Islami juga mestilah benar-benar memahami bahawa mereka
beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalannya.
Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang paling jauh, penuh
dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang
tidak diingini manakala mereka pula dilingkungi oleh perkara-perkara yang menarik
syahwat.

Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup
dalam suasana mewah, mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan
kemewahan hidup. Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang
mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, tidak akan sanggup dilalui
oleh orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan, tidak akan sanggup dilalui
oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian, apatah lagi
pengorbanan wang ringgit dan harta benda, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka
yang berpegang dan berkeras dengan pendapat sendiri sahaja sedangkan dia sendiri
tidak mengetahui bahawa ia tidak mengerti (kedudukan yang sebenarnya) dan jalan
ini juga tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak bersedia untuk tunduk kepada
keputusan jemaah dan tidak sanggup pula beriltizam dengan pandangan-pandangan
jemaah.

Sesungguhnya jalan ini adalah jalan pembersihan jiwa, penyucian hati dan
pengawalan diri, jalan kerahmatan dan kemuliaan. Jalan kesabaran dan ketetapan,
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

229
jalan kebebasan dan kehormatan dan jalan kebenaran dan keikhlasan. Sesungguhnya
jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh
orang-orang mukmin yang hati-hati mereka mempunyai ikatan yang kukuh dengan
Allah yang Maha Esa, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadanya.

Allah s.w.t berfirman:

اً رْ-َ - ٍ ءْ¸َ ~ Jُ -ِ - ُ ^ --ا َ Jَ ·َ ﺝ ْ-َ - ِ -ِ ;ْ-َ أ ُ¿ِ -'َ - َ ^ --ا نِ إ ُ ^ُ -ْ~َ ﺡ َ :ُ +َ - ِ ^ --ا _َ -َ - ْJآَ :َ -َ - ْ.َ -َ و

Yang bermaksud:
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah
baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar
dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaaq. Ayat: 126).
Allah s.w.t berfirman lagi:

ً ~-ِ =َ - اً ;ْﺝَ أ ِ ^-ِ -ْ:ُ -َ ~َ - َ ^ --ا ُ ^ْ-َ -َ - َ -َ ه'َ - 'َ -ِ - _َ -ْوَ أ ْ.َ -َ و ِ ^ِ ~ْ-َ - _َ -َ - ُ ~ُ -ْ-َ - 'َ - -ِ \َ - َ ~َ -َ - ْ.َ -َ - ا

Yang bermaksud:
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak
menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa
yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala
yang besar.
(Surah Al-Fath. Ayat: 10).


17.2 PEMUSATAN AMAL ISLAMI
Di sana terdapat tiga perkara penting yang mesti difahami oleh para petugas amal
Islam bagi memastikan kejayaan gerak kerja mereka:
1. Matlamat perjuangan yang jelas.
2. Jalan menuju matlamat yang jelas.
3. Berpegang teguh (Iltizam) dengan matlamat dan jalan yang jelas.

17.21 MATLAMAT PER1UANGAN YANG 1ELAS
Sebenarnya matlamat perjuangan merupakan daya tenaga yang sangat besar bagi para
petugas yang bekerja untuk Islam. Seterusnya dengan kefahaman ini ia dapat
memelihara tenaga-tenaga ini dari dicurahkan dan disia-siakan kepada perkara
sampingan dan pertarungan yang langsung tidak mempunyai hubungan dengan
matlamat asasi yang diperjuangkan sama ada dekat mahupun jauh. Sedangkan amal
Islami ini memerlukan kepada seluruh kekuatan tenaga kemampuan dipusatkan untuk
matlamat yang dituju.
Dari pengkajian kami (pengarang) terhadap manhaj Islam dan dari pengamatan dan
renungan kami terhadap kitab Allah dan dari pengalaman-pengalaman yang dilalui
secara praktikal di dalam berbagai marhalah atau peringkat sejarah Islam jelaslah
kepada kita bahawa matlamat asal bagi agama (Islam) ini ialah supaya manusia
mengabdikan diri kepada Tuhanya sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

230
dalam masyarakat. Mereka mengabdikan diri kepada Allah di dalam masjid semasa
mendirikan sembahyang dan mereka juga mengabdikan diri kepada Allah di dalam
kedai semasa berjual-beli, menjadikan mereka abdi kepada-Nya dalam melaksanakan
pemerintahan, menjadikan mereka abdi kepada Tuhannya dalam masa memohon dia
juga menjadikan sebagai abdinya semasa menjalankan hukuman dan keadilan.

Allah s.w.t berfirman:

َ ﺥ 'َ -َ و ِ نوُ -ُ -ْ·َ -ِ - ' -ِ إ َ .ْ-ِ \ْ-اَ و .ِ =ْ-ا ُ ~ْ-َ -

Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah Az-Zariyaat. Ayat: 56).
Dengan lebih tegas lagi (tujuan asasi itu) ialah untuk menjadikan manusia
mengabdikan diri semata-mata kepada Allah, iaitu wala' mereka dan seluruh urusan
hidup mereka tunduk dalam pengabdian kepada Allah. Bukanlah mengabdikan diri
kepada Allah itu hanya cukup dengan urusan-urusan agama (yang khusus) sahaja
tetapi merangkumi kedua-duanya, urusan-urusan agama dan urusan dunia. Yang
demikian adalah kerana menurut kefahaman (ajaran) Islam yang sebenarnya tidak ada
pemisahan dan pengasingan di antara urusan-urusan agama dengan urusan-urusan
keduniaan.
Berdasarkan fahaman inilah Islam menolak fahaman sekular atau Ilmaniyyah yang
asasnya adalah memisahkah agama dari urusan pemerintahan dengan slogan "Hak
Kaisar adalah untuk Kaisar dan hak Allah adalah untuk Allah. agama itu untuk
Allah dan negara itu adalah untuk masyarakat".

Menurut ajaran Islam yang sebenarnya pengabdian diri manusia kepada Allah
bermakna menolak seluruh sistem ciptaan manusia yang membawa manusia
mengabdikan diri kepada Tanghut. Islam menolak sistem-sistem tersebut kerana:
Pertama: Sistem-sistem ini secara jelas mencabulkan hak Allah s.w.t ke atas manusia
di dalam hal Ubudiyyah dan Hakimiyyah Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman:

ِ ^ -ِ - ' -ِ إ ُ ~ْ-ُ =ْ-ا ِ نِ إ

Yang bermaksud:
Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum.
(Surah Al-An'aam. Ayat: 57).
Kedua: Sistem-sistem tersebut gagal dan lemah, tidak mampu menegakkan sifat-sifat
keinsafan manusia dalam menghadapi pertarungan merealisasikan nilai-nilai dirinya.

Firman Allah s.w.t:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

231

نوُ ; آَ -َ - 'َ -َ -َ أ ُ ·ُ -ْ=َ - 'َ - ْ.َ -َ آ ُ ·ُ -ْ=َ - ْ.َ-َ -َ أ َ

Yang bermaksud:
Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti
makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai
sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?
(Surah An-Nahl, Ayat: 17).

17.22 1ALAN MENU1U MATLAMAT YANG 1ELAS
Sebagaimana pentingnya memahami matlamat yang jelas, kita juga mestilah
memahami bahawa beramal untuk Islam bererti beramal atau bekerja untuk
melaksanakan Syariat Allah di atas muka bumi ini dengan menggantikan tempat
undang-undang hawa nafsu dan Taghut sekarang ini dengan Syariat Allah kerana
manhaj dan Syariat Allah itu telah sempurna, tidak memerlukan tokok-tambah lagi. Di
dalamnya terdapat akidah yang agung, akhlak yang mulia, sistem perundangan yang
luas, mendalam serta mempunyai sifat keanjalan (yang sesuai untuk semua masa dan
tempat).
Berdasarkan kefahaman ini maka jangka masa dan sejauh mana kita boleh hidup
bersama dengan sistem jahiliah itu perlu ditentukan berdasarkan kekuatan dan
kemampuan sebagai satu proses pemberontakan terhadapnya kerana yang menjadi
matlamat penentangan ini ialah untuk menggantikan jahiliah itu dengan Islam. Oleh
yang demikian setiap amal atau kerja yang tidak dapat menolong tercapainya
matlamat ini atau tidak memberi apa-apa saham ke arah tercapainya cita-cita tersebut
adalah dianggap sebagai kerja yang lebih banyak mendatangkan kelalaian dari
kebaikan.

Allah berfirman:

ْ~ُ هَ ءاَ :ْهَ أ ْ¿ِ - -َ - 'َ -َ و َ تْ;ِ -ُ أ 'َ -َ آ ْ~ِ -َ -ْ~اَ و ُ عْد'َ - َ 4ِ -َ -ِ -َ -

Yang bermaksud:
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada
beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana
yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka.
(Surah Asy-Syura, Ayat: 15).
Berhubung dengan cara bekerja atau jalan mencapai matlamat yang menjadi
perselisihan di kalangan para petugas (di medan ini) maka ia dapat ditentukan oleh
matlamat kedatangan Islam itu sendiri dan dapat disandarkan juga kepada jalan yang
ditempuh oleh Nabi s.a.w dalam mencapai matlamat ini.
Oleh yang demikian matlamat manhaj Islami (sistem hidup Islam) dapat menentukan
tabiat cara bekerja dan bentuknya dan panduan asasi untuk (merangka) strategi ini,
mestilah menjadi pegangan kepada Harakah Islamiah di setiap masa dan tempat. Ini
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

232
bermakna cara dan jalan untuk matlamat Islam mestilah mengikut kaedah-kaedah dan
prinsip-prinsip yang menepati matlamat asasi amal Islami. Amalan ini dipertegaskan
perlaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w yang mulia.
Apa yang diperkatakan di atas adalah berdasarkan matlamat bagi sesuatu sistem atau
manhaj itu adalah ditentukan oleh ilmu pengetahuan (ilmiah). Oleh yang demikian
tabiat jalan atau cara yang hendak diikuti juga mestilah bersifat ilmiah sesuai dengan
matlamat itu sendiri. Demikian juga halnya dengan suatu manhaj yang bersifat
pendidikan ketenteraan, kesukanan atau kebajikan maka cara kerjanya perlulah serasi
dengan matlamat-matlamat tersebut.
Sebagaimana yang telah sedia diketahui bahawa matlamat manhaj Islam (sistem hidup
Islam) ialah supaya manusia mengabdikan diri semata-mata kerana Allah di dalam
akhlak mereka, muamalat mereka, seluruh sistem hidup mereka, sistem perundangan
mereka bahkan dalam seluruh kehidupan mereka. Ini bermakna menggantikan sistem-
sistem ciptaan manusia dengan meletakkan manhaj atau sistem Islam, merubah satu
keadaan kepada keadaan yang lain, membatalkan segala asas-asas dan nilai yang
menjadi asas berdirinya masyarakat berkenaan, menolak kemajuan kebendaan yang
bertentangan dengan Islam yang didukung dan menjadi pegangan masyarakat
berkenaan. Dengan cara ini sempurnalah proses pembinaan masyarakat Islam yang
didasarkan atas kaedah-kaedah Islam serta selaras dengan asas-asas dan nilai-nilainya.

Gerakan Yang Bersifat Merombak dan Merubah (Taghyir).
Berdasarkan kenyataan di atas maka pemusatan amal Islami yang dimaksudkan
mestilah bersifat merubah dan merombak (sehingga ke akar umbinya) bukan sekadar
memperbaiki dan menampung. Sifat merubah dan merombak yang dimaksudkan ialah
menolak dasar menempel dan menampung bahagian-bahagian yang rosak dalam
masyarakat. Gerakan Islam mestilah menerima penyelesaian secara insaf, menolak
percampuran dengan sistem jahiliah, malah menolak untuk hidup bersama aliran-
aliran ciptaan manusia, iaitu menolak untuk hidup bersama aliran-aliran (ciptaan)
manusia.
Gerakan Yang Bersifat Menyeluruh atau Kulli.
Seterusnya pemusatan yang dilakukan oleh Harakah Islamiah mestilah bersifat kulli
atau menyeluruh dengan seluruh pengertian dan tuntutan yang terkandung di dalam
kalimat kulli (menyeluruh) itu. Ini bermakna ruang-lingkup amal Islami mestilah
mencakupi seluruh aspek kekuatan dan wasilah yang dapat menghadapi cabaran-
cababagi mencapai matlamat yangbesar ini.
Kesedaran dari sudut pemikiran politik dan gerakan pendidikan kejiwaan dan harakah,
tanzim, penyusunan, persediaan dari sudut kemanusiaan dan kebendaan dalam setiap
segi dan lapangan merupakan anasir yang semestinya diwujudkan secara terkumpul.
Anasir-anasir ini tidak boleh dipisahkan kerana ia saling lengkap melengkapi di antara
satu sama lain dalam usaha mengujudkan amal Islami yang menyeluruh dan mencapai
matlamat yang telah ditentukan.
Allah s.w.t berfirman:

ِ ^ -ِ - ُ ^ -ُ آ ُ .- --ا َ ن:ُ -َ -َ و ٌ^َ -ْ-ِ - َ ن:ُ -َ - 'َ- _ -َ ﺡ
Yang bermaksud:
Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

233
(bebas) bagi Allah semata-mata.
(Surah Al-Anfaal, Ayat: 39).

Gerakan Yang Bersifat Sejagat (Alamiah).
Satu lagi persoalan yang mesti jelas kepada para petugas amal Islami ialah gerak kerja
untuk menegakkan Islam mestilah sampai ke peringkat alamiah atau sejagat sama ada
dari sudut kesedaran, penyusunan strategi mahupun organisasi. Tidak seharusnya
berlaku kerja-kerja untuk Islam itu hanya lantang dan aktif di suatu tempat tetapi
senyap tidak kedengaran di tempat yang lain.
Sebenarnya ajaran Islam dilihat dari sudut pemikiran mahupun akidah merupakan
ajaran yang bersifat alamiah atau sejagat. Ia adalah sistem yang menyeluruh,
melampaui batas sempadan negeri, perkauman, keturunan mahupun bahasa. Islam
adalah satu sistem yang memiliki prinsip-prinsip Syariat yang luas serta memiliki sifat
keanjalan (fleksibel) sehingga ia mampu menjadi satu-satunya sistem yang ampuh
menangani setiap masalah kehidupan dalam semua lapangan.
Sifat kesejagatan dakwah Islamiah ini dapat dilihat dari perkembangan masyarakat
Islam itu sendiri yang pesat dan meluas sehingga mencakupi melebihi separuh dari
dunia ini. Dalam masa yang lain dakwah ini masih tetap berada di bawah kesatuan
akidah di semua negara.
Sifat-sifat kesejagatan Amal Islami merupakan satu tuntutan yang pasti, malah ia
merupakan sesuatu yang wajib berdasarkan prinsipnya sendiri. Oleh kerana kita
sendiri hidup dalam permasalahan yang bersifat sejagat, dari sudut kekuatan, haluan
pemerintahan, dari sudut pemikiran dan ideologi, masalah-masalah manusia malah
tuntutan keperluan dan politik mereka semuanya saling berkaitan dengan dunia luar.
Begitu juga kedudukan wilayah dan negara mereka yang ada kaitan dengan dunia
luar. Dengan keadaan seperti ini adalah sukar bagi umat Islam untuk beramal dan
bergerak tanpa mengambil kira setiap sudut seperti suasana persekitaran, kekuatan
yang mengelilingi mereka, hal-hal yang zahir mahupun yang tersembunyi, masa
depannya mahupun sejarah silamnya, malah pergolakan dalamannya dan pergolakan
antarabangsa.

Dengan cara memerhatikan persoalan yang paling kecil sekalipun atau masalah
tempatan, kita akan sampai kepada kesimpulan bahawa adanya sebab-sebab atau
sesuatu perkara di belakangnya yang berpunca dari luar. Ini juga membuktikan
perlunya tindak-balas atau perlaksanaan yang bersifat alamiah untuk menyelesaikan
masalah-masalah tersebut.
Bertitik-tolak dari keadaan inilah maka para petugas amal Islami yang menjadi
perintis Harakah Islamiah yang bersifat Alamiah mestilah keluar dari daerah
pemikiran perencanaan dan tanzim yang bersifat tempatan supaya dengan cara ini kita
dapat mengelakkan dari mencurahkan kemampuan dan kekuatan kepada kerja-kerja
yang bersifat kedaerahan dan kepentingan setempat sahaja. Dengan cara ini juga
kerja-kerja dapat ditumpukan demi memenuhi tuntutan-tuntutan atau persoalan-
persoalan asasi yang lebih besar. Dengan cara ini juga mereka akan mencapai
matlamat kewujudan mereka sendiri iaitu untuk menjadikan kalimah Allah itulah
yang tinggi dan kalimah orang-orang kafir itu rendah.

Peranan Harakah Islamiah:
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

234
Tanggungjawab Harakah Islamiah ialah menyediakan segala bentuk tenaga dan
kemampuan yang diperlukan untuk menghancurkan kerajaan Taghut, bukan
tanggungjawab mencari penyelesaian kepada masalah-masalah masyarakat jahiliah
dengan cara-cara dan hukuk-hakam yang lain dari hukum Allah.

Peranan Amal Islami juga bukanlah sekadar mencari penyelesaian terhadap masalah-
masalah pelajaran, mas media, makanan, pakaian, politik, ekonomi atau masalah-
masalah lain yang ditinggalkan oleh sistem ciptaan manusia yang memusnahkan itu.
Apabila Harakah Islamiah terpaksa juga memperkatakan masalah-masalah tersebut
sama ada dari jauh atau dekat, maka pembicaraan tersebut mestilah sekadar
mendedahkan kelemahan-kelemahan sistem tersebut yang menjadi punca timbulnya
masalah tadi dalam masyarakat. Pembicaraan tersebut tidak sekali-kali dengan tujuan
membantu sistem tersebut untuk berkuasa, terus kekal atau meningkatkan
perkembangannya.
Sebagai contoh, apabila dikemukakan masalah inflasi maka Harakah Islamiah
mestilah menjelaskan bahawa inflasi ini adalah hasil dari perlaksanaan sistem
Kapitalis, di mana ciri atau tabiat sistem ini sendiri memberi ruang untuk munculnya
perbuatan monopoli dalam ekonomi perniagaan dan melahirkan perbuatan segolongan
manusia yang berkuasa mengeksploitasi harta kekayaan negara sekehendak hati demi
kepentingan dan maslahat peribadi.

Harakah Islamiah mestilah mengambil peranan menjelaskan bahawa Islam adalah
satu-satunya manhaj (sistem) yang tunggal dan unik. Ia dapat mewujudkan sebuah
masyarakat manusia yang bersih, yang di dalamnya terlaksana keadilan, terjamin hak-
hak kemanusiaan dan kehormatan mereka dan denda hukuman akan menanti mereka
yang melanggar hak-hak dan kehormatan manusia. Oleh itu Harakah Islamiah tidak
seharusnya bekerjasama dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang
ditimbulkan oleh sistem jahiliah kerana dengan sikap demikian bererti anda memberi
satu pengakuan yang membolehkan ia kekal lebih lama.
Apabila mengemukakan masalah Palestine sebagai contoh, Harakah Islaamiah
mestilah menekankan secara bersungguh-sungguh tentang kegagalan sistem-sistem
pemerintahan yang sedia ada. Sistem tersebut telah gagal menyediakan umat Islam
dari sudut jiwa dan perasaan untuk sedia berjihad pada jalan Allah dalam usaha
mengembalikan bumi Islam yang telah dirampas.
Harakah Islamiah juga mestilah menegaskan bahawa sistem-sistem itu sebenarnya
berjalan secara bergilir-gilir dalam kekuasaan beberapa boneka penjajahan blok timur
mahupun barat.
Harakah Islamiah juga berkewajipan menegaskan dengan rasa yakin dan penuh
berbangga bahawa Islamlah satu-satunya sistem (manhaj) yang mampu menyediakan
kepada umat ini kesanggupan untuk menghadapi segala cabaran dan merupakan
manhaj yang mampu menghasilkan kejayaan di mana-mana medan sekalipun.
Sesungguhnya kekuatan Harakah Islamiah mestilah ditumpukan untuk memukul
sistem ciptaan manusia secara berterusan, memerangi strateginya, kaedah-kaedahnya
dan titik-tolaknya.
Harakah Islamiah mestilah berhati-hati mengawasi langkah-langkah yang
menyebabkan sistem berkenaan boleh hidup lebih lama dan supaya langkah-langkah
itu tidak menjadi pukulan maut kepada Harakah Islamiah.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

235
Harakah Islamiah mestilah berhati-hati mengawasi setiap langkah yang membolehkan
sistem tersebut terus kekal dan mengawasi langkah-langkah yang tidak menyebabkan
ia tumpas atau hancur.

1alan Yang Ditempuh Oleh Rasulullah s.a.w.
Kemudian marilah kita berhenti sejenak memerhati dan meneliti jalan atau cara-cara
yang telah ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w supaya dengan langkah mengamati
perkara ini, kita dapat mengetahui dengan jelas sejauh manakah keselarasan jalan
Rasulullah dengan matlamat dan tabiat manhaj Islami.
Pada hakikatnya perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dengan segala ciri pemerinciannya
merupakan asas dan dasar yang mesti dicontohi oleh setiap petugas amal Islami di
setiap masa dan tempat. Ini adalah kerana sejauh mana perjalanan hidup Rasulullah
s.a.w itu memaparkan uslub atau cara-cara dakwah yang selamat di samping ia juga
memaparkan kesenian atau teknik-teknik dakwah dan perhubungan dengan orang lain.
Seterusnya cara Rasulullah s.a.w juga mendedahkan cara bagaimana menghadapi
masyarakat jahiliah dan cara meruntuhkannya.

Di sini diperturunkan beberapa garis panduan daripada Nabi s.a.w berdasarkan asas-
asas berikut:
Pertama: Mengisytiharkan bahawa Ubudiyyah hanya kepada Allah sejak awal-awal
dakwah lagi, pengisytiharan yang dibuat bukan secara ololok atau pura-pura, supaya
matlamat dakwah itu jelas para pendakwah dan orang yang didakwahkan.

Allah s.w.t berfirman:

ِ ~ - =-ا َ .ِ - َ ~-ِ -َ =ْ-ا ُ ^ --ا َ ;-ِ -َ -ِ -
Yang bermaksud:
Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik
(golongan yang beriman).
(Surah Al-Anfaal. Ayat: 37)


Pengisytiharan Ubudiyyah ini adalah dalam berbagai bentuk namun wahyu yang
diturunkan di dalam hati Rasulullah s.a.w berpusat kepada satu pengertian sahaja iaitu
pengabdian manusia hanya kepada Allah dalam setiap urusan hidup mereka sama ada
dalam Ubudiyyah mahupun Rububuyyah.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda telah menempuh berbagai
bentuk ujian penderitaan, penyeksaan dan tekanan namun mereka tidak pernah
berganjak sedikitpun dari jalan ini atau memilih jalan yang mudah dalam perjuangan
mendukung akidah dan mengajak manusia kepada akidah itu.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang
aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula
tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

236
agamaku.
(Surah Al-Kaafiruun. Ayat: 1 - 6).
Kebenaran inilah yang paling berhak untuk diikuti oleh orang-orang mukmin
sekalipun harga dan pengorbanan untuk mengikutinya terlalu mahal.

Allah s.w.t berfirman:

ْ;ُ -ْ-َ -ْ-َ - َ ء'َ ~ ْ.َ -َ و ْ.ِ -ْ:ُ -ْ-َ - َ ء'َ ~ ْ.َ -َ - ْ~ُ - -َ ر ْ.ِ - ·َ =ْ-ا ِ Jُ -َ و
Yang bermaksud:
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan
kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang
mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.
(Surah Al-Kahfi. Ayat: 29).

Kedua: Mewujudkan satu kelompok yang bergerak.
Mewujudkan satu kelompok bergerak yang diikat dengan ikatan akidah dan keimanan
yang tunduk serta patuh dalam corak berorganisasi mahupun gerakan di bawah
seorang pemimpin yang berwibawa serta berjalan berpandukan petunjuk dan cahaya
daripada Allah s.w.t.
Kelompok yang bergerak ini juga mestilah tidak meraba-raba mencari jalan, tidak
diganggu oleh perkara-perkara sampingan dan masalah-masalah remeh-temeh,
sehingga menggendalakan kerja dan persiapan untuk mencapai cita-cita Islam yang
lebih besar.
Kelompok ini juga mestilah mempunyai ikatan dengan Islam dan masa depan Islam
itu sendiri, mengatasi kepentingan yang berkaitan dengan peribadi, kebendaan
mahupun zaman.
Kelompok yang kelahirannya disaksikan oleh rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
ketika cahaya iman memasuki lubuk hati para sahabat baginda dan pengorbanan
mereka disaksikan oleh medan-medan peperangan seperti medan Badar, Qadisiah dan
Yarmuk. Kisah kepahlawanan generasi ini telah memenuhi kitab-kitab sejarah. Kisah
generasi yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. Melalui daya usaha merekalah Allah
s.w.t membuka persada dunia ini kepada dakwah Islam. Mereka inilah datuk-nenekku
oleh itu jadikanlah diriku ini seperti mereka.

Ketiga: Menentang Jahiliah.
Penentangan terhadap Jahiliah merupakan penentangan habis-habisan tetapi dilakukan
dengan penuh kesedaran dan waspada kerana Rasulullah s.a.w sendiri telah
memahami bahawa matlamat ajaran-ajaran Islam itu memerlukan perubahan yang
menyeluruh bagi semua bidang hidup manusia, perubahan-perubahan yang
merangkumi pemikiran, kepercayaan dan akidah, akhlak, adat istiadat, sistem-sistem
mahupun undang-undang. Pertentangan seperti ini memerlukan barisan hadapan yang
benar-benar beriman, sesuai dengan beban amanah yang berat, tuntutan-tuntutan yang
hebat dan matlamat-matlamat yang tinggi lagi mulia.
Untuk semua itu diperlukan persiapan yang menyeluruh mencakupi ibadah, tarbiah,
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

237
pemikiran, pengetahuan, organisasi, perencanaan, latihan dan persediaan jihad, jihad
nafsu dan jiwa raga. Kesemua persediaan ini dilakukan sesuai mengikut kepentingan
masing-masing dan sejauh mana persediaan ini diperlukan adalah sejajar dengan
peringkat-peringkat amal sama ada dari sudut kualiti yang diperlukan mahupun waktu
cabaran-cabaran tersebut dihadapi.

Kekuatan Kebendaan dan Strategi Harakah.
Di sini kita terpaksa menyatakan tentang kedudukan kekuatan kebendaan dalam
strategi amal Islami supaya seseorang itu tidak menganggap kekuatan kebendaan
itulah satu-satunya kekuatan yang diperlukan atau menganggap kekuatan kebendaan
itu langsung tidak memberi apa-apa erti.
Imam Hassan Al-Banna rahimahullah menjelaskan kedudukan kekuatan kebendaan
dalam strategi Harakah Islamiah di mana beliau menyatakan:
"Ramai orang yang bertanya: Adakah Harakah Islamiah berhasrat menggunakan
kekuatan dalam usaha mencapai matlamatnya? Adakah Harakah Islamiah berfikir
menggunakan cara revolusi yang menyeluruh terhadap sistem politik atau sistem
sosial? Saya tidak mahu membiarkan mereka terus-menerus dalam kebingungan,
malah saya akan menggunakan kesempatan ini untuk mendedahkan kepada mereka
jawapan yang jelas dan terang. Oleh itu siapa yang ingin tahu silalah mendengarnya
..."
"Kekuatan merupakan syiar Islam dalam semua sistem dan perundangan. Oleh sebab
itu Al-Quran menyerunya secara jelas dan lantang dalam firman Allah:

ْ~ُ آ وُ -َ -َ و ِ ^ --ا وُ -َ - ِ ^ِ - َ ن:ُ -ِ هْ;ُ - ِ Jْ-َ =ْ-ا ِ ط'َ -ِ ر ْ.ِ -َ و ٍ ة :ُ - ْ.ِ - ْ~ُ -ْ·َ =َ -ْ~ا 'َ - ْ~ُ+َ - او -ِ -َ أَ و

Yang bermaksud:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap
sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu.
(Surah Al-Anfaal, Ayat: 60).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Yang bermaksud:
"Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang
mukmin yang lemah".
Bahkan kekuatan itu adalah simbol Islam sehingga di dalam doa pun dituntut
sedangkan ia adalah keadaan khusyuk dan tenang. Perhatikan juga apa yang diminta
oleh Nabi dan apa yang diajarkan kepada sahabatnya ketika bermunajat kepada Allah:
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari perasaan runsing dan
dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil dan aku memohon
berlindung dengan-Mu dari bebanan hutang dan kekerasan orang yang berkuasa".
Tidaklah dituntut dari seorang yang menganut agama ini melainkan supaya ia menjadi
seorang yang kuat dalam semua perkara kerana simbol seorang muslim itu ialah kuat
dalam semua perkara. Oleh itu saudara-saudara muslimin pendukung jamaah mestilah
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

238
menjadikan diri mereka orang-orang yang kuat, yang bekerja dengan kekuatan dan
dalam kekuatan.
Namun demikian Harakah Islamiah adalah gerakan yang matang dalam pemikiran
serta berpandangan jauh. Mereka tidak ghairah melakukan kerja yang remeh dan
terjerumus ke dalam arus pemikiran yang cetek. Mereka tidak memberi penghargaan
kepada hasil dan tujuan kerja-kerja yang remeh itu kerana mereka mengetahui bahawa
tingkat kekuatan yang pertama dan utama ialah kekuatan akidah dan iman, diikuti
oleh tingkat kedua iaitu kekuatan kesatuan dan ikatan kejiwaan dan persenjataan.
Sesuatu jemaah itu tidaklah dapat dianggap kuat melainkan setelah memiliki ketiga-
tiga kekuatan tersebut. Apabila dia menggunakan kekuatan fizikal dan persenjataan
sedangkan ia berada di dalam keadaan organisasi yang retak atau akidah dari iman
yang lemah, maka lambat laun ia akan menemui kehancuran dan kemusnahan. Ini
merupakan satu pandangan.
Pandangan yang lain (kedua) pula menyatakan: "Apakah Islam menggalakkan supaya
digunakan kekuatan di dalam setiap suasana dan keadaan? Ataupun ia membataskan
penggunaannya pada keadaan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu pula".
Pandangan yang ketiga pula menyatakan: "Adakah penggunaan kekuatan adalah
merupakan cara penyelesaian pertama ataupun menjadi ubat penawar terakhir setelah
tidak ada lagi cara yang lain.

Apakah manusia perlu membuat pertimbangan terhadap kesan-kesan penggunaan
kekuatan, apakah kebaikan dan keburukannya? Apakah mereka sepatutnya mengkaji
terlebih dahulu suasana sebelum digunakan keku? Atau wajibkah mereka
menggunakan kekuatan tanpa menghiraukan akibat yang akan terjadi hdari
penggunaan kekuatan tersebut?
Pandangan-pandangan seperti inilah yang difikirkan oleh Harakah Islamiah sebelum
ia mengambil langkah menggunakan kekuatan. Revolusi adalah gejala kekuatan yang
menggerunkan. Oleh yang demikian Harakah Islamiah memandangnya dengan penuh
teliti dan mendalam.


17.3 AMAL 1AMA’IE – SUATU RUMUSAN

17.31 PENDAHULUAN

Amal Jama'ie bukan sekadar suatu keperluan suasana semasa tetapi adalah tuntutan
syar'ie khususnya dalam konteks gerakan dakwah dan perjuangan Islam seluruhnya
sebagaimana yang diisyaratkan oleh firman Allah S.W.T yang bermaksud

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-
orang yang berjaya."
(Ali Imran 104)

Ayat tersebut tidak hanya mengandungi perintah berdakwah (asalkan berdakwah saja)
tetapi sekaligus mengandungi penekanan terhadap kaedah dakwah yang harus
dilaksanakan menerusi wadah ummah yakni jamaah pendakwah.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

239

Tegasnya, kejayaan gerakan dakwah memerlukan kewujudan jamaah yang
memahami. menghayati dan memperjuangkan Islam menerusi amal jama'ie yang
tersusun rapi. Status syar'ienya amal jama'ie diperjelaskan lagi dengan ayat,

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam
barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh.”
(As Saff 4 )

Ayat ini tidak hanya sekadar menyatakan keutamaan mereka yang berperang atau
berjuang (asal berperang dan berjuang saja) tetapi sekaligus menyatakan sifat dan
cirinya yang berbentuk saff, front atau angkatan yang utuh dan padu. Ungkapan
“bunyanun marsus” (bangunan yang tersusun kukuh) bukan sekadar perbandingan
umum (tashbih 'am) tetapi lebih merupakan pengambaran hakikat dan ciri asasi
jamaah dengan jalinan perhubungan yang erat dan akrab di kalangan ahlinya, baik
perhubungan emosi mahupun perhubungan tindakan dalam suatu skema kerja yang
tersusun dan menjurus kepada matlamat yang tertentu dan terencana.

Maulana Abul A'la Al-Maududi rahimahullah dalam suatu amanatnya kepada para
da'i yang bergerak dalam wadah jamaah menyatakan bahawa seorang mujahid
dakwah tidak memadai sekadar mempunyai keunggulan sifat-sifat fardiyyah
(individual). Tetapi di samping itu dia masih perlu mempunyai sifat-sifat jama'iyyah
yang baik untuk memungkinkannya menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai
suatu unit dari sebuah jentera jamaah dengan segala rangkaian sistem, skema dan
rencananya. Sifat-sifat jama'iyyah yang baik seperti ta'ah (kepatuhan), ta'awun
(kerjasama), tanasuh (nasihat-menasihati) dan tawasiyy (pesan-memesan dengan
kebenaran dan kesabaran) akan menjamin wujudnya keseragaman, perpaduan dan
keharmonian dalam seluruh gerakan jentera jamaah.


17.32 AMAL 1AMA’IE – ERTI DAN CIRI

Amal Jama'iyy dapat dierti dan dicirikan sebagai kegiatan-kegiatan yang lahir
bersumber dari sesuatu jamaah yang teratur (berorganisasi), menepati skema tertentu
dan menjurus ke arah matlamat tertentu. Kegiatan jama'ie tidak semestinya dijalankan
oleh seluruh anggota jamaah, tetapi mungkin ianya hanya dijalankan oleh seorang
anggota jamaah. Dalam konteks gerakan Islam, kegiatan tersebut harus pula bersifat
syar'ie dengan status minimanya mubah (harus) termasuk apa yang diharuskan oleh
Islam dalam keadaan darurah atau dalam bentuk rukhsah (keringanan) sama ada
keharusan tersebut di dasarkan kepada nas nyata atau kepada ijtihad.

Seluruh kegiatan jamaah harus disusun dan direncanakan serapi mungkin kerana
kedua-duanya (tanzim dan takhtit) adalah merupakan suatu kemestian sebagai jalan
untuk menjayakan cita-cita Islamiah yang didukung oleh jamaah. Berdasarkan kepada
kaedah syara' yang bermaksud

“Sesuatu yang hanya dengannya terlaksana sesuatu yang wajib maka ianya
turut menjadi wajib”

Maka perencanaan kegiatan jamaah adalah wajib dari sudut syara'.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

240

Kegiatan berencana dan berstrategi di samping bertawakkal bulat kepada Allah adalah
merupakan jejak sunnah para Nabi a.s. sebagaimana yang diabadikan sejarahnya
dalam Al-Quranul Karim. Antaranya ialah perencanaan strategi Nabi Ya'qub a.s.
sepertti yang terungkap dalam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud

"Dan Ya'qub berkata, "Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari
satu pintu gerbang, tetapi masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lainan,
namun demikian, aku tiada dapat melepaskan kamu barang sedikit pun daripada
(takdir) Allah, keputusan menetapkan sesuatu hanyalah hak Allah, kepadaNyalah aku
bertawakkal dan hendaklah kepadaNya sahaja orang-orang yang bertawakkal
berserah diri." "Dan ketika mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka,
maka (cara yang mereka lakukan itu) tiada melepaskan mereka sedikit pun dari
takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya'qub yang telah
ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan kerana Kami telah
mengajarkan kepadanya. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Yusuf 67-68 )

Al-Quran juga mencatatkan perencanaan ekonomi untuk jangka waktu lima belas
tahun oleh nabi Yusuf a.s

"Yusuf berkata, "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa,
maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya, kecuali sedikit untuk
kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang
menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali
sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan." "Kemudian setelah itu akan datang
tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka
memerah anggur.”
(Yusuf 47-49 )

Sungguhpun sumber perencanaan-perencanaan tersebut adalah ilham dari Allah dan
bukan bermaksud kita untuk memudahkannya ke murtabah perencanaan akal rendah
manusia, tetpi hakikat itu tidak menjejaskan deduksi (istinbat) bahawa perencanaan
masa depan adalah suatu yang masyru'.

Sirah perjuangan Rasulullah S.A.W.(segala tahap yang dilalui dan segala langkah
yang diambil) tidak dilakukan dengan mendadak, rambang dan sewenang-wenang.
Tetapi semuanya diputus dan direncanakan dengan teliti dan rapi. sebagai contoh
ialah langkah penghijrahan ke Habasyah (tidak ke negeri lain yang berdekatan, tidak
ke mana-mana bumi Arab, tidak semua pengikutnya diperintahkan berhijrah dan
Junjungan sendiri tidak ikut serta. Demikian pula dengan penghijrahannya ke
madinah) dilakukan secara beransur-ansur, bersembunyai dahulu di Gua Thur selama
tiga hari, dibuatnya penentuan peranan (Abu Bakar as-Siddiq r.a. sebagai teman
pengiring, Abdullah ibn Urayqat sebagai pemandu jalan yang tidak biasa dilalui oleh
Quraysh), Asma binti Abu bakar sebagai pembekal makanan, Abdullah ibn Abi Bakr
sebagai pelopor berita dan Amir ibn Fuhayrah sebagai penggembala kambing di sisi
gua. Pengamatan yang teliti terhadap segala fakta-fakta ini akan menyerlah hakikat
adanya perhitungan yang matang dan perencanaan yang rapi.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

241
Keharusan tanzim dari sudut syara' diperjelas lagi sebuah Hadis Rasulullah S.A.W.
yang memerintahkan pengangkatan seorang ketua dalam perjalanan yang disertai oleh
tiga orang. Jika suatu perjalanan yang sedemikian dekat dengan penyertaan dengan
penyertaan yang sedemikian kecil memerlukan perlantikan seorang ketua, maka apa
lagi sebuah jamaah harakiah yang tentunya lebih kompleks dengan keahlian yang
sedemikian besar dan matlamat jangka panjang yang sedemikian jauh menuju ke arah
perubahan cara hidup secara total. Jelas kiranya bahawa soal qiyadah, imarah atau
pimpinan dengan segala hak dan kewajipannya (yang dalam hal ini merupakan ciri
asasi tanzim) adalah suatu yang masyru'. Bagaimanapun, pimpinan yang bersifat
demikian harus pula memenuhi beberapa persyaratan yang antaranya termasuklah
pemilihan yang bebas dan bai'ah yang sihat (bersih dari sebarang bentuk tekanan dan
tipu helah).


17.33 PIMPINAN DALAM ISLAM

Pimpinan dalam jamaah Islamiah pada dasar pokoknya harus berbentuk "fardiyy"
(perseorangan) kerana memang bentuk inilah yang diisyaratkan oleh lafaz lahir nas-
nas yang berkenaan dan demikian juga contoh-contoh precedent dalam sejarah Islam.
Di samping itu bentuk pimpinan perseorangan dirasakan lebih berkesan khususnya
dari segi kecepatan bertindak dan kecekapan pengurusan. Bagaimanapun dalam
keadaan-keadaan tertentu dan untuk maslahah-maslahah tertentu pimpinan kolektif
(qiyadah jama'iyyah) adalah diharuskan umpamanya untuk mengelakkan
kemungkinan berlakunya perpecahan, kerana ketiadaan calun yang cukup
berkelayakan atau lain-lain.

Pimpinan yang bersifat syari’e juga harus mengamalkan dasar Syura, kerana menurut
pendapat yang lebih kuat (ar-ra'yu 'r-rajih) di kalangan Ulama' hukum pengamalan
syura adalah wajib. Ini di dasarkan kepada alasan bahawa salah satu nas yang
berhubung dengan syura meletakkannya di samping dua rukun Islam yang penting
iaitu solah dan zakah sehingga membawa implikasi bahawa syura adalah salah satu
sifat atau syarat asasi seorang Muslim Mu'min.

Sementara itu satu lagi nas tentang hal ini adalah berbentuk perintah (bi sighati'l amr).
Sekalipun tidak ada kesepakatan Ulama' sama ada pimpinan wajib patuh atau tidak
kepada keputusan syura tetapi setidak-tidaknya kewajipan mengamalkan syura itu
sendiri membawa kesan minima bahawa pendapat ramai harus diminta dan diambil
kira. Sehubungan dengan ini berbai'ah persetiaan untuk taat dan mendukung segala
tanggungjawab adalah juga suatu tuntutan syara'.

Bai'ah adalah suatu Sunnah Nabawiyyah yang tercatat dalam sirahnya seperti Bai'atul
Aqabah (pertama dan kedua) dan Bai'atur Ridwan. Antara nas yang berhubungan
dengan hal ini ialah Hadis Rasulullah S.A.W........

"Dari Ubadah ibni Samit r.a., katanya...."Pernah kami mengikat janji setia (bai'ah)
terhadap Nabi S.A.W. supaya kami patuh dan taat kepada perintah dalam waktu
susah dan senang, dalam waktu rajin dan malas. Kami berjanji akan tetap setia
sekalipun sampai pilihan orang lain jatuh di atas diri kami dan kami berjanji tidak
akan mengambil (merebut) kekuasaan dari ahlinya. Dan kami berjanji mengatakan
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

242
yang haq di mana saja kami berada. Kerana Allah kami tidak takut akan celaan
orang yang mencela.”
(Bukhari dan Muslim )

Sementara itu dalam konteks sejarah gerakan Islam mutakhir, al-Imam asy-Syahid
Hasan al-Banna telah mengemukakan rumusan sepuluh rukun Bai'ah untuk diamalkan
dalam Jama'atul Ikhwanil Muslimin iaitu kefahaman, keikhlasan, amal, jihad,
pengorbanan, ketaatan, ketahanan, kebulatan, persaudaraan dan kepercayaan.

Kewajipan melantik pimpinan dengan sendirinya membawa pula kepada kewajipan
mentaatinya kerana perlantikan pimpinan dalam konteks jamaah Islamiah bukan
sekadar soal teknikal tetapi suatu prinsip syar'ie yang harus dipenuhi segala
tuntutannya. Ketiadaan taat akan mendedahkan jamaah kepada ribut fitnah dan
bencana maksiat. Oleh kerana perlantikan pimpinan itu sendiri suatu yang wajib
syar'ie maka mentaatinya juga adalah wajib syar'ie sebagaimana yang ditegaskan oleh
Firman Allah S.W.T

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan orang-
orang yang memegang kekuasaan di antara kamu.......”
(An Nisa' 59)

Sementara itu Rasulullah S.A.W. pula bersabda

"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W. sabdanya, "Barangsiapa yang mentaati
aku maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang mengingkari
aku, maka sesungguhnya ia telah mengingkari Allah. Dan barangsiapa yang mentaati
amirku, sesungguhnya ia telah mentaati aku. Dan barangsiapa yang mengingkari
amirku, maka sesungguhnya ia telah mengingkari aku."
(Bukhari dan Muslim )

Ketaatan dalam konteks ini harus timbul dari kerelaan setulus ikhlas hati dan bersih
dari sebarang bentuk tekanan luar. Ianya dilakukan dalam rangka kepatuhan dan
pengabdiannya kepada Allah yang kerananya ia diganjari pahala. Kepatuhan kepada
pemimpin tidak seharusnya dirasakan sebagai penjejasan maruah dan harga diri. Motif
segala perlakuan adalah seutuhnya kerana Allah dan Allah tidak menilai sesuatu amal
perbuatan berdasarkan tinggi rendah jawatan yang disandang tetapi berdasarkan
ketulusan niat masing-masing. Mungkin Allah menerima amal bakti dari barisan
belakang tetapi tidak menerima dari barisan hadapan dan mungkin pula sebaliknya.
Dengan pengertian ini sikap tidak taat hanya mungkin timbul dari barah ananiyah, ego
dan angkuh yang masih menguasai diri.

Kegiatan-kegiatan amal jama'iyy harus berpandukan minhaj yakni skema tertentu
yang merangkumi kaedah, cara dan pemeringkatan kerja. Cara bekerja (uslubul 'amal)
dalam konteks jamaah Islamiah harus di dasarkan kepada prinsip-prinsip tertentu
termasuk

1. Keselarasannya dengan kehendak syara' atau sekurang-kurangnya tidak
bertentangan dengan syara'. Pencapaian matlamat yang murni harus melalui jalan
yang juga murni. Atas prinsip ini Islam tidak dapat menerima dasar "al-ghaiyah
tubarrirul wasilah" (tujuan menghalalkan cara.
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

243
2. Kesesuaiannya dengan kemampuan jamaah dan suasana persekitaran.
3. Sifat elastis - kesediaan untuk mengalami jangkamasa panjang jika keadaan
memerlukannya.
4. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
5. Realistik - mengambil kira segala fakta dan kenyataan.

Ciri amal jama'ie seterusnya ialah penjurusan ke arah matlamat tertentu yang dalam
konteks ini ialah perlaksanaan cita-cita Islamiah iaitu penterapannya sebagai tata
hidup yang sempurna menggenapi segala bidang kehidupan atau dengan ungkapan
lain seperti yang dirumuskan oleh Rub'iyy ibn Amir dalam operasi ketenteraannya.

“Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang
dikehendakiNya dari pengabdian kepada manusia kepada pengabdian hanya kepada
Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan kelapangan akhirat dan dari
kezaliman agama/ideologi (songsang) kepada keadilan Islam."

Amal jama'ie sebagai program gembelingan tenaga ke arah menjayakan cita-cita
Islamiah memerlukan dokongan para kader dan sokongan ummat. Oleh itu gerakan
Islam harus dapat mengimbangi di antara pembinaan barisan kader “as-Safwatul
Mukhtarah” yang merupakan tenaga teras dalam jamaah dengan usaha meratakan
kesedaran Islam "al-Wa'yul Islami" di seluruh lapisan masyarakat. Dalam hal ini kita
tidak punya pilihan untuk mengambil yang satu dengan meninggalkan yang lain.

Kedua-duanya harus digarap sekaligus. Barisan as-Safwatul Mukhtarah perlu dibina
kerana hanya dari mereka sahajalah kita dapat mengharapkan kesetiaan dan
kesanggupan yang seutuhnya dalam menghadapi segala ranjau risiko dan cubaan
perjuangan. Sejarah peperangan Hunain yang tercatat dalam sirah Rasulullah S.A.W.
adalah merupakan peristiwa precedent yang harus diambil i'tibar bahawa golongan
teras inilah yang membawa survival gerakan Islam dan bukan golongan awam yang
berkuantiti puluhan ribu tetapi berkualiti serapuh buih.

Bagaimanapun hakikat tersebut tidak pula bererti bahawa golongan massa tidak perlu
diberi perhatian. Gerakan Islam juga harus bersifat “jamahiriyyah” bertapak dan
berakar ditengah-tengah masyarat kerana masyaratlah yang merupakan gelanggang
dakwah dan medan amal jama'iyy. Gerakan Islam bukan kelompok kecil, terpencil
dan terasing di menara gading asyik sendiri dengan istilah-istilah bombastic, sedang
masyarakat keliling tidak menyertai, tidak bersimpati, malah mungkin tidak
menyedari keujudannya.

Firman Allah Ta'ala “Dan katakanlah, "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara yang
benar dan keluarkanlah aku secara yang benar dan kurniakanlah aku dari sisiMu
kekuasaan yang menolong.”
( Al Isra' 80 )


17.4 BEBERAPA KAEDAH-KAEDAH SYARA’ DI DALAM
MEREALISASIKAN AMAL 1AMAI

17.41 PENDAHULUAN
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

244
Syara’ telah meletakkan kaedah-kaedah yang berlandaskan kepada fundamental
sources di dalam Islam daripada Al-Quran dan Sunnah perjalanan hidup Rasulullah
S.A.W. untuk direalisasikan di dalam kehidupan manusia. Di dalam konteks gerakan
Islam pengetahuan tentang kaedah-kaedah ini amat penting kepada pendokong-
pendokongnya kerana beberapa faktor;

i) Gerak kerja Islam yang dilakukan mestilah berlandaskan kepada fakta Ilmiah.
Firman Allah: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Inilah jalanku, aku dan dan orang-
orang yang mengikutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata”.
(Surah Yusuf :108)

ii) Memberikan manhaj (method) yang jelas bagaimanakah untuk merealisasikan
da’wah dengan berkesan dengan mengikut keadaan mad’u dan waqi’ (keadaan)
setempat.
iii) Memberikan gambaran yang jelas kepada da’i khususnya apabila berhadapan
dengan situasi-situasi yang tertentu. Seperti isu tahaluf siyasi, etc.

17.42 DEFINASI
Kaedah dari sudut bahasa bermaksud; ‘asas’, diantaranya ialah sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah:
“ Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan
asas-asas (tapak) Baitullah (Ka’bah)…
(Al-Baqarah : 127).
Adapun dari sudut istilah yang ditetapkan oleh ulama’ usul ianya bermaksud;
“Perkara [hukum] syara’ yang menyeluruh dan melingkupi keseluruhan cabang-
cabang hukum hakam yang lain”. (Abdul Karim Zaidan : 1999) Secara umumnya
apabila membicarakan tentang kaedah-kaedah usul maka ianya menyeluruh kepada
perkara-perkara dasar di dalam Islam. Ianya boleh didapati di dalam masaalah aqidah
[tauhid], ibadah, da’wah, adab, etc.

Kaedah-kaedah fiqh atau usul boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
Pertama: Kaedah-kaedah yang umum; maksudnya ianya menyeluruh kepada
permasaalahan-permasaalahan di dalam Islam samaada aqidah, ibadah, etc. Seperti
kaedah; ('ه-ﺹ'--- ر:-Vا) “ Setiap urusan itu berpandukan kepada qasadnya (niatnya)”,
kaedah ini boleh dilaksanakan di dalam perkara aqidah, ibadah dan lain-lain.
Kedua: Kaedah-kaedah yang khusus; maksudnya ianya hanya menfokuskan kepada
permasaalahan-permasaalahan tertentu. Seperti kaedah-kaedah dalam sudut aqidah,
ibadah,adab etc.
Kaedah-kaedah ini berlandaskan samaada kepada Al-Quran seperti firman Allah:
“Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia”.
(Surah Yusuf : 40)
Hadith seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

245
( Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat…)
(Muttafaq a’laih).
Atau istinbat dan ijtihad dari ulama’ seperti kaedah; “Kami adalah penda’wah
bukannya kadi”.

17.43 KAEDAH DAN KETERANGANNYA
Disini disertakan beberapa kaedah-kaedah yang boleh memberi manfaat dan menjadi
bekalan ilmu kepada kita yang bergelar da’I dan pendokong gerakan Islam yang akan
berhadapan dengan berbagai-bagai isu dan situasi ketika berda’wah:

Kaedah Pertama:
( ة'~- V ة'-د .=- )
Maksudnya; “ Kami adalah penda’wah bukannya kadi”.
Pada asalnya kaedah ini diletakkan oleh Ustaz Hasan Hudhaibi, Murshid kedua bagi
jamaah Ikwan Muslimun di Mesir. (Dr. Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayanuni :1422
H)
Beliau meletakkan asas ini bagi kader-kader jamaah Ikhwan setelah melihat
tersebarnya di kalangan umat Islam pada masa tersebut fenomena kafir menkafir.
Kaedah ini bermaksud; tugas kita sebagai pendokong geakan Islam ialah melaksana
tanggungjawab da’wah yang diamanahkan kepada kita oleh Allah, samaada orang
mahu ikut da’wah yang kita seru ataupun tidak itu bukannlah tugas kita kerana
hidayah adalah dari Allah. Dalam masa yang sama kita tidak meletakkan hukum kafir
kepada individu Muslim dengan sesuka hati kerana tugas tersebut adalah terletak
kepada golongan kadi-kadi dan ulama’. Akan tetapi jika sekiranya tanggungjawab
tersebut tidak dilaksanakan oleh mereka maka menjadi kewajipan kepada ulama’ (di
dalam jamaah) bukan semua ahli untuk mengeluarkan fatwa dan hukum kepada
mereka yang jelas melakukan perkara-perkara yang mengeluarkannya dari lingkungan
Islam dan memberi mudharat kepada umat Islam.


Kaedah Kedua:
“ …akan tetapi (orang yang berdosa) ialah mereka yang redha dan ikut (taat…)
Kaedah ini dipetik dari satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada
Ummu Salamah r.a. sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“ (Akan tiba satu masa) pemerintah-pemerintah (yang zalim) apabila kamu mengajak
kepada kebaikan mereka menegah kamu. Maka sesiapa yang mengajak kepada
kebaikan maka dia terselamat (tidak berdosa) dan sesiapa yang mencegah
kemunkaran maka dia (juga) terselamat, akan tetapi (orang yang berdosa) ialah
mereka yang redha dan ikut (taat)….
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Imam Nawawi di dalam bukunya menyebut; “ Maksudnya ialah; sesungguhnya dosa
dan balasan ialah terhadap mereka yang redha dan taat, ianya menunjukkan bahawa
sesiapa yang tidak berkemampuan untuk mencegah kemunkaran tidak berdosa
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

246
dengan (tidak melakukan apa-apa tindakan) akan tetapi orang yang berdosa ialah
mereka yang redha atau tidak mencegah di dalam hatinya atau taat (kepada
pemerintah tersebut)”.
(Imam Nawawi ).
Oleh itu berdasarkan kepada kaedah ini seorang penda’I mestilah bersikap tidak cepat
menjatuhkan hukuman kepada individu-individu yang tertentu samaada hukuman
tersebut adalah fasik, kafir etc. apabila mereka berdiam diri dengan kemunkaran yang
berlaku di sekelilingnya.
Berdasarkan kepada kaedah ini juga, tidak menjadi kesalahan kepada mereka yang
menjadi kakitangan kepada kerajaan yang tidak melaksanakan hukum-hakam Islam
selagi mana mereka tidak redha dengan pemerintahan tersebut dan taat kepada
perkara-perkara yang jelas berlawanan dengan syara’.

Kaedah Ketiga:
( ^--- '----ا '--- نو'·-- . ^-- '----ﺥا '--- '~·- '-~·- ر-·-و )
Maksudnya; “Kita tolong menolong di dalam perkara yang dipersetujui bersama dan
bertolak ansur di dalam masaalah yang tidak disepakati”.
Kaedah ini disandarkan kepada Syeikh Rashid Redha dan dibina dan dilaksanakan
oleh Ustaz As-Syahid Hasan Al-Banna. (Yusuf Al-Qardhawi : 1404 H).

Kaedah ini dibahagikan kepada dua;
Bahagian Pertama: Tolong menolong di dalam masaalah yang dipersetujui.
Berdasarkan kepada kaedah ini amatlah wajar kepada jama’ah-jama’ah Islam untuk
tolong menolong di dalam perkara-perkara yang boleh memberikan maslahah dan
manfaat kepada Islam khususnya di dalam keadaan umat Islam yang berhadapan
dengan musuh-musuhnya yang bersatu untuk menentangnya. Kaedah ini juga
memberikan kelonggaran kepada jama’ah Islam untuk berkerjasama dengan individu
atau kumpulan walaupun yang tidak Islamik di dalam perkara-perkara yang boleh
memberikan maslahah kepada umum sebagai contoh; kerjasama membantah
penggunaan senjata nuclear, menentang kezaliman, anti war etc.
Bahagian kedua: Betolak ansur di dalam perkara-perkara yang tidak disepakati.
Memang sudah menjadi sunnatullah bahawa manusia tidak boleh sepakat di dalam
semua perkara. Dan ianya juga termasuk di dalam konteks jama’ah-jama’ah Islam;
banyak perkara-perkara yang tidak disepakati di antara satu jama’ah dengan yang lain.
Oleh kerana itulah memahami kaedah yang tersebut di atas amatlah dituntut demi
melihat kepada kepentingan penyatuan di kalangan umat Islam.

Kaedah Keempat:

( V ر:~---ا ر:~·--'- =-~- )
Maksudnya: “Perkara wajib yang tidak mampu untuk dilaksanakan keseluruhannya
melainkan sebahagiannya sahaja maka ianya menjadi wajib”.
Kaedah ini berlandaskan kepada satu hadith yang berbunyi: “ Jika sekiranya aku
mengarahkan kamu melaksanakan sesuatu arahan maka hendaklah lakukannya
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah
BELFAST 2004 ©

247
mengikut kadar kemampuan kamu”.
(Muttafaq a’laih).
Penerangan kaedah ini adalah seperti; kewajipan solat. Solat adalah wajib keatas
setiap Muslim untuk mendirikannya dengan memenuhi segala syarat-syarat dan
rukun-rukunnya, akan tetapi jika sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk
mendirikannya dengan kesemua rukun-rukunnnya maka menjadi kewajipan
kepadanya untuk mendirikan sebahagiannya. Sebagai contoh bagi mereka yang tidak
mampu solat dalam keadaan berdiri maka dia mesti mendirikannya dalam keadaan
duduk, jikalau tidak mampu dalam keadaan duduk maka mesti mendirikannya dalam
keadaan berbaring dan begitulah seterusnya, walaupun begitu kewajipan solat tidak
tergugur sama sekali.
Di dalam konteks da’wah, di mana ianya adalah satu kewajipan yang mesti
dilaksanakan oleh umat Islam, sehinggakan sebahagian ulama’ berpendapat bahawa
ianya adalah fardhu ain sebagaimana yang disebut oleh Dr. Abdul Karim Zaidan di
dalam bukunya Usul-Da’wah (Dasar-dasar di dalam da’wah). Oleh itu kewajipan
da’wah juga adalah seperti kewajipan solat, setiap umat Islam mestilah
melaksanakannya mengikut kadar kemampuannya. Bagi sesiapa yang mampu
berceramah maka menjadi kewajipan kepadanya untuk berceramah dan begitulah
seterusnya.

Oleh: Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi











ISI KANDUNGAN

PRAKATA PERTEMUAN 1 1.1 PENGENALAN USRAH 1.2 PENGERTIAN ISLAM 1.21 RUKUN ISLAM 1.3 DASAR-DASAR ISLAM 1.4 TUJUAN HIDUP ISLAM 1.5 SILAP FAHAM MENGENAI TASAWWUR ISLAM PERTEMUAN 2 2.1 ISLAM SEBAGAI AD – DEEN 2.2 ISLAM SEBAGAI AD-DEEN PARA NABI DAN RASUL 2.3 ISLAM SEBAGAI PENYELESAI MASALAH UMMAH MASAKINI 2.4 KESYUMULAN ISLAM DARI SEGI SOSIAL, POLITIK DAN EKONOMI PERTEMUAN 3 3.1 IMAN 3.11 IMAN DAN HAKIKATNYA 3.12 IMAN, MAUDHU’ & SYARATNYA 3.2 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN 3.3 IKHLAS PERTEMUAN 4 4.1 KONSEP AKHLAQ DALAM ISLAM 4.2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM PERTEMUAN 5 5.1 AKIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH 5.11 TAUHID RUBUBIYAH 5.12 TAUHID ULUHIYAH 5.13 TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT PERTEMUAN 6 6.1 TAUHID ASMA SIFAT & ZAT 6.11 DALIL-DALIL TENTANG SIFAT 6.12 NAS-NAS ASMA UL-HUSNA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH 6.2 MANHAJ AKIDAH SALAF DAN KHALAF 6.21 KETERANGAN 6.22 KETINGGIAN KEDUDUKAN TAUHID 6.23 IMAN TANPA TAKWIL DAN TA’TIL
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

5 6 6 10 14 16 21 23 27 27 29 32 40 45 45 46 48 53 59 67 67 72 78 78 78 79 85 87 87 89 91 94 94 95 96 2

6.24 MENAHAN DIRI DARI PERTELINGKAHAN ULAMA’ 6.25 DI ANTARA SALAF DAN KHALAF

97 102

PERTEMUAN 7 7.1 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH PERTEMUAN 8 8.1 KUFUR 8.2 SYIRIK, MURTAD, NIFAQ, FASIQ PERTEMUAN 9 9.1 IDEOLOGI 9.2 NASIONALISME 9.3 SEKULARISME 9.4 KAPITALISME 9.5 SOSIALISME 9.6 KOMUNISME 9.7 KESAN IDEALOGI KUFAR TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA 9.8 AMERIKA SYARIKAT , IDEOLOGI DAN ISLAM PERTEMUAN 10 10.1 IBADAH 10.11 PENDAHULUAN 10.12 MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA 10.13 PENGERTIAN IBADAH 10.14 ASAS-ASAS IBADAH 10.15 CIRI-CIRI IBADAH 10.16 SYARAT SETIAP AMALAN MENJADI IBADAH 10.17 IBADAH YANG AFDHAL 10.18 BIDANG IBADAH 10.19 MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH 10.20 SEERAH RASULULLAH MENGENAI IBADAH PERTEMUAN 11 11.1 TARBIYYAH 11.2 SILAP FAHAM MENGENAI KONSEP TARBIYYAH 11.3 TARBIYYAH RASULULLAH DI ZAMAN MAKIYYAH DAN MADANIYYAH PERTEMUAN 12 12.1 PENGENALAN DAKWAH 12.12 PENGERTIAN 12.13 TUNTUTAN DAN KEPENTINGAN DAKWAH 12.14 HUKUM DAKWAH
Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

106 106 114 114 115 125 125 126 133 137 139 140 142 143 151 151 151 151 152 153 153 154 155 155 156 157 160 160 162 163 166 166 166 167 169 3

12.15 MATLAMAT DAKWAH PERTEMUAN 13 13.1 AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR 13.11 MUQADDIMAH 13.12 PENGERTIAN 13.13 HUKUM AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR 13.14 KEPENTINGAN AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR PERTEMUAN 14 14.1 DAKWAH FARDIYYAH 13.11 MUQADDIMAH 13.12 PENGERTIAN 13.13 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH PERTEMUAN 15 15.1 JIHAD 15.12 MUQADDIMAH 15.12 PENGERTIAN DAN TUNTUTAN 15.13 JENIS-JENIS JIHAD PERTEMUAN 16 16.1 KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH 16.11 PENGENALAN 16.12 KAEDAH PEMERINTAHAN 16.13 BADAN-BADAN DI DALAM STRUKTUR NEGARA ISLAM 16.14 EKONOMI ISLAM PERTEMUAN 17 17.1 AMAL ISLAMI 17.2 PEMUSATAN AMAL ISLAMI 17.3 AMAL JAMAIE – SUATU RUMUSAN 17.4 PERLAKSANAAN AMAL JAMAIE

170 173 173 173 173 174 175 178 178 178 178 179 185 185 185 186 196 210 210 210 210 212 215 220 220 229 238 243

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

4

saya berharap ianya dapat sedikit sebanyak mengatasi masalah kekurangan bahan rujukan. Saidannursi (KK BELFAST SESI 2004-2005) 25 Sya’ban 1425 / 8 Oktober 2004 Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 5 . Koleksi ini mengandungi 17 pertemuan di mana setiap pertemuan mengandungi beberapa kertas kerja dan artikel yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. masa dan material demi menjayakan projek ini. Selain dari itu ia juga menjadi medan latihan dan salah satu bentuk tarbiyyah kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini. ini tidak bermakna kita harus bergantung kepada koleksi ini sepenuhnya untuk memenuhi keperluan masing-masing. saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat dengan memberikan pelbagai bentuk sumbangan. Apa yang lebih penting adalah kita perlulah bersifat kreatif. Objektif projek ini adalah untuk mengumpul kertas kerja dan artikel berkaitan usrah umum/asas sebagai khazanah ilmu yang dikongsi bersama samada untuk bahan bacaan peribadi atau yang lebih penting sebagai rujukan segera para naqib dalam menyampaikan dakwah samada kepada ahli atau mad’u umum. samada ianya berbentuk tunjuk ajar dan pandangan mahupun sumbangan tenaga. Dengan kehadiran koleksi ini. Namun demikian. memperbanyakkan dan memperbaiki sumber rujukan yang sedia ada.w.a. Akhir kalam. Sesungguhnya kepada Allah jua kami meminta agar usaha kecil ini mendapat keredhaan daripadaNya.PRAKATA Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya layak bagi Allah Pencipta dan Pemelihara sekelian alam. proaktif dan gigih dalam mencari . Selawat dan salam ketas junjungan besar nabi Muhammad s. meningkat dan memperkemas penyampaian dakwah kita dan yang lebih utama adalah untuk menyelaraskan kefahaman ahli dengan matlamat untuk mencapai “wehdatul fikr” dan “wehdatul amal”. saya menyusun jari memohon maaf kepada pembaca sekalian di atas segala kesilapan serta kekurangan yang terkandung didalam koleksi ini. Ini adalah kerana koleksi yang terhasil ini mempunyai sejuta kelemahan dan kekurangan yang dapat diperbaiki kualitinya dari masa ke semasa. Sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan saya agar usaha-usaha sebegini dapat diteruskan di masa yang akan datang disamping memperkembangkannya dalam pelbagai bentuk multimedia yang senantiasa berkembang seiringan dengan peredaran masa. Wassalam. Selaku mewakili warga kerja “projek musim panas” yang melibatkan proses penjilidan kertas kerja dan artikel ilmiah khas untuk pengisian usrah umum. para sahabat baginda serta saf pejuang Islam yang thabat dan beristiqamah menyambung mata rantai perjuangan zaman berzaman.

berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Isam. Dari segi istilah. Ahli usrah memahami dan menghayati rukun rukun usrah dan menyedari bahawa ia adalah antara keistimewaan yang didapati daripada pebabitan diri dalam usrah. iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”. beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah 3. dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka. Ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya 3.1 PENGENALAN USRAH OBJEKTIF 1. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam.1.W. Ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah sebenar 2.13 SEJARAH USRAH Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 6 . Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.12 MATLAMAT USRAH 1. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.T. iaitu dengan jalan membawa contohcontoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. 1. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam 4. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contohcontoh pujaan yang tinggi. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul 2.0 PERTEMUAN SATU 1.W. 1.11 PENGERTIAN USRAH Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini. Oleh itu. bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri.T. 1.

w. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya” (Surah Ali Imran : 103) Sabda Rasulullah s. (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai serta kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa zaman jahiliyah) lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan umat Islam) lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah itu sebagai orang-orang Islam yang bersaudara. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam.w.w. Firman Allah s. Al. Rasulullah s. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut.Ta’aruf (berkenalan) 2. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah s. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah.a.w: Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 7 . Al. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. dan sunnah Rasulullah s.14 RUKUN-RUKUN USRAH Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Dan kamu dahulu telah berada dipinggir neraka (kerana kekufuran kamu semasa zaman Jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).a.a.t.Tafahum (bersefahaman) 3. 1.141 Al-Ta’aruf (Berkenalan) Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain. tunjuk ajar dan nasihat. Tiga rukun tersebut ialah: 1..t: “Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara.w. telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam. apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita.Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s. maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu” (Surah Al Hujurat : 10 ) Firman Allah seterusnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah.a. Al-Takaful (bantu-membantu/berseimbangan) 1.w.

Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seseorang muslim. (Riwayat Al-Imam Bukhari) Sabda Rasulullah s.w: “Dari Ibnu Syahab sesungguhnya Salim mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Abdullah ibni Umar Radiallahu-Anhuma mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Seorang muslim adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Nasihat pula merupakan dasar yang Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 8 . Pemberi nasihat janganlah menanggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebualan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang kepada kebenaran iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s. Manakala pemberi nasihat pula. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepad apemberi nasihat.Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. 1. apabila mengadu sakit salah satu anggota. janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah s.t. janganlah berburuk sangka terhadap msaudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati itu sekadara jarak sehelai rambut sekalipun.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari). malah hendaklah tetap memberi kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki.142 Al-Tafahum (Bersefahaman) Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau bersefahaman. ia tidak menzaliminya dan menyusahkannya. turut menderita seluruh anggota badan yang lain dengan berjaga malam dan demam. Dalam memberi nasihat yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya serta berterima kasih atas nasihat tersebut. Dalam apa keadaan sekalipun.a. dan meninggalkan laranganNya. maka Allah akan melapangkan kesusahannya pada hari kiamat dan siapa yang menutup keburukan seorang muslim. nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menutup keburukannya pada hari kiamat”.w. Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Setelah memeriksa diri sendiri maka hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurang pada saudara yang lain. kuat-menguatkan antara satu sama lain. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalushalusnya sama ada benar-benar telah menunaikan perintah Allah atau menderhakai perintahNya. Ini kerana martabat ‘berkasih sayang kerana Allah’ adalah setinggitinggi martabat kasih-sayang sesama manusia.w: “Perbandingan orang Islam dalam hal kemesraan dan kasih sayang di antara mereka bagaikan sebatang tubuh yang satu.a.

itu adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini” Kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah.a.A. bahawasanya Nabi S.15 PENGISIAN USRAH Setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang ada. yang bermaksud: “ Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya.amat penting dalam agama Islam.w.w: “ Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya” Sabda Rasulullah s.143 Al-Takaful (Bantu-membantu/berseimbangan) Al-takaful atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar. Kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah.a. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati.W. bersabda : Agama itu nasihat.t. apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka seluruh badan yang lain turut menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam” Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 9 . Kami berkata : Bagi siapa ? Ia bersabda : bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka. Untuk mengamalkan rukuan Al-takaful ini. tambahan lagi bagi seorang yang berada dalam perjuangan Islam.a. dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu. Oleh itu pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut: 1. Sabda Rasulullah s.w. kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita. kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong mengatasi masalah tersebut. yang bermaksud “Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari ( radiyallahu 'anh ). Sabda Rasulullah s. Ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati sematamata kerana Allah s.” (Diriwayatkan oleh Muslim) 1.w. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s. belas kasihan sesama mereka. 1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita. Dasar Al-takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Bagi para naqib/at pula. laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah.w seterusnya yang bermaksud: “Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang mereka. ziarahmenziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.a.

tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar 9.t. hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam” 2. d) Berpuasa dan berbuka bersama sama seminggu atau dua minggu sekali. Sembahyang berjamaah bersama-sama di surau/masjid. serta selawat ke atas Rasulullah s. Menutup majlis dengan bacaan surah Al-A’sr dan tasbih kaffarah dengan bertadabbur maknanya. maka perkara tersebut perlu diambil berat: b) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya. e) Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail. 8. 1. Firman Allah s. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan. ibadahku. 3. 4. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan. Kajian buku Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. teks usrah dan buku catitan 6. Program Tambahan a) Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah. 2.16 ADAB-ADAB USRAH 1.t.a. Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah. 11. Berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan. Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah 4. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah. Perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam taklimat-taklimat usrah.w.t: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak. janganlah ada sebaran pertengkaran atau bertikam lidah. Mengikhlaskan niat semata mata kerana Allah s.w. Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).w. pujian dan syukur ke hadrat Allah s. Bermuzakarah Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat Islam. Datang ke majlis urah dalam keadaan berwudhuk dan suci jiwa dan tubuh badan 5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Qur’an. Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli usrah. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai majlis.w. 3. 10. 7. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 10 . Jangan mengangkat sura yang tinggi melebihi keperluan. c) Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan. maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar.

atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. New York: Pocket Book. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN 1. penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah. Tuhan semesta alam. ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim. Perkataan Islam berasal dari perkataan ‘Salima’(1) yang membawa makna : 1. (Lihat Maan Z. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya. Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi 2.2 PENGERTIAN ISLAM Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih a. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Demikian seterusnya. Huraikan rukun-rukun yang wajib dihayati oleh ahli usrah? 1. Madina Arabic – English Dictionary. Berikan penjelasan tentang konsep usrah yang sebenar? 2. Islam. Berlainan dengan agama Islam. Mengapakah kita perlu menyertai usrah? 3.BAHAN RUJUKAN 1. Islami. Gautama Budha. Islamiyah. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini. maka agama itupun dinamai Yahudi. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini. Sebenarnya Islam itu adalah nama khusus bagi agama ciptaan Allah swt. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan Islam itu sendiri. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud : Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 11 . Muslim Istaslam yang memberi maksud ketundukan. Taat dan menyerah Daripada perkataan ‘Salima’ lahir pula perkataan Aslama. Damai dan aman sejahtera 3. 1973) Perkataan Islam itu sendiri sudah lumrah diketahui umum sama ada muslim atau bukan muslim. namun tidak dinafikan kebanyakan mereka hanya mengenalinya di segi nama sahaja. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Nyatanya. Tulus dan suci dari kecacatan zahir dan batin 2.s.

maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali yang teguh. Di sini dikemukakan definisi Islam sebagaimana yang pernah dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan kepada Al-Quran dan al-Sunnah. Bagi orang yang mentaatinya diberikan pahala dan bagi orang yang mengingkarinya dikenakan siksa. Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya peraturanperaturan berbentuk akidah. perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dari Allah swt untuk disampaikan kepada manusia. mu’amalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan al-Sunnah adalah perintah agar disampaikan kepada manusia. akhlak.“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam” ( Ali-Imran : 19) Ramai dari manusia menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua ibu bapanya yang memang beragama Islam.” (Al-Maidah : 67) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 12 . sampaikanlah apa yang diturunkan kepada mu dari tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu). sedang ia berbuat baik. Dan kepada Allah (terserah) akibat semua urusan.” (Ali-Imran : 83) “Barangsiapa menundukkan mukanya (hatinya) kepada Allah. Islam itu ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya. Firman Allah yang bermakud : “Wahai Rasul.” (Luqman : 22) 2.” (Ali-Imran : 85) 3. bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. dengan sukarela atau dengan terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan. sedang dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Tunduk dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tanpa dipaksa kerana ketundukan yang dipaksa tanpa perhitungan pahala dan dosa. Di antaranya ialah : 1. Firman Allah yang bermaksud : “Mengapakah mereka mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah tunduk kepadaNya siapa yang dilangit dan dibumi. Islam ialah nidzam (peraturan). Firman Allah yang bermaksud : “Barangsiapa menuntut agama. Penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam di segenap kehidupan dengan penuh kerelaan. selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya. Mereka ini pada hakikatnya memang tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam.

tidaklah kurang (pahala) amalanmu sedikitpun. sambil cenderung kepada tauhid. Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tiada Iman di dalam hati (tidak mendatangkan apa-apa faedah). maka baginya ganjaran disisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka tidak berdukacita.” (Al-Baqarah : 112) “Dan mereka tiadalah disuruh.” (Al-Bayyinah : 5) 5. melainkan supaya menyembah Allah swt. serta mengikhlaskan agama bagiNya. Firman Allah yang bermaksud : “Berkata orang-orang Arab Badwi : Kami telah beriman. iaitu : a) dari mana ia datang ? b) mengapa ia dijadikan ? c) kemanakah dia dikembalikan ? Jawapan kepada 3 pertanyaan di atas akan terjawab dalam ajaran Islam. kemudian dari setitik air mani. (beribadat mengharapkan keredhaanNya). kemudian dari seketul darah. dan sebahagian dari kamu dikembalikan kepada usia yang paling lanjut supaya ia tidak tahu apa-apa lagi sesudah ia tahu. Islam ialah keseluruhan ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan akidah. Katakanlah: Kamu belum beriman. Firman Allah yang bermaksud : “Bahkan siapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan ia berlaku baik. amalan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.” (Al-Haj : 5) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 13 . jika kamu ragu tentang kebangkitan pada hari kiamat.4. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada 3 pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sama ada dahulu atau sekarang. maka (ketahuilah) sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah.” (Al-Hujurat : 14) 6. Jika kamu mengikut Allah swt dan RasulNya. Pertanyaan a) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya : “Wahai manusia. dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (benar). tetapi katakanlah: Kami telah Islam (tunduk) dan belumlah masuk keimanan ke dalam hatimu. Sungguh Allah Pengampun Lagi Penyayang. kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan tidak kepada kamu (kekuasaan kami) dan kami letakkan di tempat peranakan (di dalam rahim) apa yang kami kehendaki hingga satu masa tertentu. baik secara global ataupun secara terperinci di dalam ajaran Islam. kemudian (kami pelihara) hingga kamu sampai tegap teguh. kemudian kami keluarkan kamu sebagai anak.

Perbezaan yang timbul hanyalah dari segi kalimat semata-mata namun dari segi pengertian ianya tidak membawa apa-apa perbezaan. petunjuk dalam semua aspek kehidupan. tetapi kami jadikan Al-Quran cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hambahamba kami dan sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Kemudian Kami jadikan dia air mani (yang disimpan) di dalam tempat yang kukuh (rahim). Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 14 . Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya.” (Ath-Thariq : 5-7) Pertanyaan b) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya : “Aku tidak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Maka Maha Suci Allah yang sebaik-baiknya menciptakan. merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat ke arah membawa manusia ke jalan yang sebenar.” (Asy-Syura : 52-53) “Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. kemudian dia Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna).” (Al-Isra’ : 82) Difinisi diatas merupakan contoh dan boleh ditambah dengan difinisi lain. lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang. Sebelumnya tidaklah kamu mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu. lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging. lalu segumpal darah itu Kami jadikan sepotong daging. asalkan pengertian difinisi itu sesuai dengan pengertian Islam dan sifat-sifatnya. Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah.” (Ad-Dzariyat : 56) Pertanyaan c) dijawab oleh Allah swt di dalam firmanNya : “Allah menciptakan manusia dari permulaan. Perlu kita perhatikan juga bahawa difinisi yang dikemukakan tidak bertentangan malahan ianya melengkapi diantara satu sama lain.” (Al-Mukminun : 12-14) “Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah ia dijadikan ? Ia dijadikan dari air yang terpancar. yang keluar dari antara tulang punggung (lelaki) dan tulang dada (perempuan). Ingatlah bahawa kepada Allah kembali segala urusan. Firman Allah yang bermaksud : “Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah kami.“Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dari sari tanah. iaitu jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Ar-Rum : 11) 7. kemudian mengembalikannya (menghidupkannya) kembali.

para Rasul Nya dan hari qiamat serta Iman kepada qadar yang baik mahupun yang buruk. tak tampak padanya tanda-tanda habis pergi jauh dari safar dan tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Rasulullah menjawab.Tujuan dikemukakan beberapa buah difinisi ialah agar para pendakwah dapat memilih satu difinisi yang dirasakan paling sesuai dengan pelbagai bentuk masyarakat atau individu yang dihadapi. Engkau benar. ia bertanya dan ia juga yang membenarkannya. para malaikat Nya. Ia berkata. Beritahu kepadaku tentang hari kiamat. Orang yang ditanya tentangnya tidak lebih tahu dari si penanya sendiri. Iman dan Ihsan kepada Rasulullah saw. Ia berkata. Beritahu aku akan tanda-tandanya. Rasulullah menjawab. Islam adalah bersyahadat bahawa tidak ada ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. lalu ia sandarkan lututnya pada lutut Nabi dan ia letakkan tangannya diatas paha Nabi saw dan berkata. Kemudian ia duduk dihadapan Nabi saw. Kami hairan. Iaitu engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat Nya. Rasulullah menjawab. Lalu Ia bertanya lagi. maka sungguh Ia melihatmu.” Demikian pula dengan hadis Umar yang bertanya tentang hakikat Islam. engkau tunaikan zakat. Beritahu tentang Ihsan. Engkau benar. serta engkau berhaji ke baitullah jika engkau mampu menjalaninya. Ia bertanya kembali. Beritahu padaku tentang Iman. kitab-kitab Nya. Iaitu engkau beriman kepada Allah. 1. engkau dirikan solat. Ia berkata. Daripada Umar bin Khatab ra telah berkata: “Ketika kami duduk bersama Rasulullah saw pada suatu hari maka terlihat oleh kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam. engkau berpuasa di bulan Ramadhan. namun jika engkau tidak melihat Nya.21 RUKUN ISLAM Dasar Rukun Islam adalah daripada sebuah hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Islam dibangunkan atas lima dasar iaitu (1) bersaksi bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah (2) menegakkan solat (3) menunaikan zakat (4) berhaji ke baitullah (5) berpuasa di bulan Ramadhan. Ia bertanya kembali. Rasulullah Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 15 . Wahai Muhammad beritahu padaku tentang Islam? Rasulullah saw menjawab.

Contohnya. Datang kepada kalian untuk mengajarkan kepada kalian tentang Dien kalian”. apabila tidak berpuasa. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 16 . dan jika engkau melihat orang yang tadinya miskin. Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui. Kemudian dia pergi. 2. Mengeluarkan zakat bagi yang mampu • Harta di dalam Islam adalah hak milik Allah swt • Sebagai hamba. Mengerjakan ibadah haji bagi yang mampu • Dasar pengorbanan segala harta ke jalan Allah atau berjihad. • Sebagai simbol kesatuan ummah. pertama syahadah tauhid namanya : Ertinya “Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” dan kedua syahadah Rasul namanya : Ertinya “Dan aku menyaksikan bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah” . Ia adalah Jibril. (Diantaranya) jika seorang hamba sahaya melahirkan (anak) tuannya. • Untuk merasai perasaan orang-orang yang kurang berkemampuan yang terpaksa menahan kelaparan. 5. kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk mengagihagihkannya • Sejarah mengenai pembalasan terhadap hamba Allah yang engkar disebutkan di dalam Al-Quran. Rasulullah menjawab. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam • Sebagai fungsi untuk mengingati Allah swt • Jika dikerjakan dengan betul-betul khusyuk. Kemudian Rasululullah bertanya. Mengucap dua kalimah syahadah • Dikenali sebagai dua kalimah syahadah kerana mengandungi dua syahadah. Aku terdiam sejenak. Berpuasa pada bulan Ramadhan • Untuk mengawal nafsu. maka kita akan terlarang dari melakukan perkara mungkar. 4. • Sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur. 3. (Hadis Riwayat Muslim) Terdapat lima perkara yang menjadi asas dalam agama Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam : 1. papa. • Perlu menjaga solat bermula dari wuduk • Dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan doa. berbaju compang-camping sebagai penggembala kambing sudah mampu bermegah-megahan dalam mendirikan bangunan. mungkin nafsu akan bertambah.menjawab. Allah turunkan bala kepada Qarun kerana tidak menginfakkan hartanya. Wahai Umar tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Aku menjawab.

Mendapat penghormatan dan kehebatan Oleh itu agama Islam sukar hendak dicabar oleh mana-mana pihak bagi mengganggu gugat dan merubah ajarannya kerana ajarannya dari Allah swt dan bukan lahir dari pemikiran dan falsafah karut manusia yang serba kelemahan. Rabbaniyyah Membawa erti bahawa Islam datangnya daripada Allah. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu • Rabbani dari sudut manhaj dan sumber Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri d. sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. Mengenal fitrah c. Kesan sumber dan manhaj rabbani a. 1. Terhindar dari pengaruh kekayaan c. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesarbesar perkara. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan b. sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Sudut Rabbani terbahagi kepada 2 bahagian : • Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Firman Allah swt yang bermaksud : “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka. Seorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.3 DASAR DASAR ISLAM Ciri-ciri Islam menjadikan Islam berbeza daripada agama-agama lain yang ada di seluruh dunia. muamalah. akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata Kesan Rabbaniyyah terhadap jiwa manusia a. Islam sesuai untuk semua manusia d. b.1. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © ` 17 . Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.

Dan ( ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara Tidak ada ajaran yang lebih lengkap selain dari ajaran Islam. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah. harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan. Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat.(Al-Saf : 8) 2. kehakiman. dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksaan yang amat berat. ahli keluarga. haji. Sekiranya ada tanggapan yang mengatakan bahawa wujudnya pemisahan antara satu dengan yang lain dari ajaran Islam. Syumuliyyah : Ajaran Islam adalah lengkap dan menyeluruh Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. hukum berkait dengan pemerintahan Negara. Sifat inilah menjadi ciri khas prinsip dan peraturan Islam sehingga berbeza dengan peraturan-peraturan yang diperbuat oleh manusia. selain dari kehinaan ketika hidup di dunia. maka ini adalah disebabkan kejahilan mereka sendiri. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas). dan ibadah lain. atau bukan ahli keluarga Bagaimana Rasulullah saw menunjukkan keadilan dalam ajaran Islam tanpa memilih siapa yang melakukan kesalahan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim. musuh Islam atau kawan. yang hanya mengatur sebahagian atau suatu aspek tertentu sahaja yang tidak melengkapi aspek-aspek yang lain. muamalah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 18 BELFAST 2004 © . puasa. • Keadilan Islam telah memeperjuangkan keadilan. ” (Al-Baqarah : 85) Sudut kesyumulan Islam • Undang-undang Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Dan akan mendapat kemurkaan yang besar di akhirat kelak seperti firman Allah swt yang bermaksud : “Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian(dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Mka tiadalah balasan bago orang yang berbubat demikian itu di antara kamu.

Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja. • 3. Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Khatulistiwa. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman Ilmu Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Saidina Umar telah mengambil tindakan terhadap anak Amru Ibnu Asr (bapanya menjadi Gabenor Mesir) telah kalah dalam perlawanan kuda dengan seorang Qibti (kristian). Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Cina. Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syaratsyarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Melayu. mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Islam sesuai untuk orang Arab. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah. Oleh sebab itu anak Amru telah memukul orang Qibti dan telah sampai kepengaduan Saidina Umar maka anaknya telah dihukum oleh Saidina Umar. • Negara Dalam soal bernegara. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 19 BELFAST 2004 © . Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak. dan sebagainya. Alamiyyah : Islam adalah Din yang Universal Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. • Kehakiman Islam mengemukakan sistem kehakiman.“Sekiranya Fatimah anak Muhammad mencuri nescaya ku potong juga tangannya”. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya. • Akhlak Islam mengambil berat soal akhlak. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah. malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain. Sesuai sampai ke hari qiamat.

manusia dan juga tumbuhan. jiwa. maka hendaklah dengan sembelihan yang baik”. Perkaraperkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal. Seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Apabila kamu menyembelih. Hajiyyat Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Kemajuan yang dicapai oleh generasi Rasulullah adalah sesuai dengan tahap kehidupan masyarakat di waktu itu seperti kenderaan yang ada hanyalah unta dan kuda yang dianggap sebagai kenaikan orang yang berada. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.” (Saba’ : 28) Sifat universal ini bukan hanya terbatas untuk waktu tertentu atau generasi tertentu.Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan dengan umat manusia seluruhnya. tetapi berlaku untuk sepanjang masa dan tempat. orang-orang tua yang uzur. keturunan. Oleh kerana itu ketika di dalam peperangan. tentera-tentera Islam dipesan supaya jangan memusnahkan tanaman. Namun begitu tidak ada satu nas pun yang melarang umatnya Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 20 . sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Tahsiniyyat Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. agama. sehingga Islam selalu dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit semasa menghadapi cabaran hidup di dunia ini. • • 4. Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan. orang-orang perempuan yang tidak menyertai peperangan. mereka yang berada di dalam rumah berhala dan kanak-kanak kecil. dan harta. Sehinggakan binatang yang hendak disembelih juga Islam meletakkan cara yang sesuai supaya penyembelihan terhadapnya bukan satu penyiksaan. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada. akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu) . Waqieyyah : Mengikut susunan dan tempat Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti: • Dharuriyyat Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Kerahmatan Islam meliputi kepada semua makhluk sama ada binatang. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

walaupun mereka berada di dalam negeri yang diperintah oleh orang Islam. Kemajuan dan rekaan yang ditemui manusia. Walaubagaimanapun. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. 6. kerana alasan ini adalah untuk mereka yang belum menganuti Islam. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 21 . Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Sekiranya Islam berkembang dengan cara paksaan maka ramailah golongan munafiq yang berpura-pura bersama dengan Islam tetapi mempunyai niat jahat kepada Islam. malahan ada yang menggunakan kekerasan untuk memaksa orang lain menukar agama seperti yang pernah berlaku kepada umat Islam di Sepanyol. tidak dipandang sebagai perkara yang luar dari ajaran Islam. Tidak ada paksaan Islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya. tidak ada kes yang cuba untuk memaksa orang kafir menganut Islam. 7. Keadaan ini berlainan dengan apa yang kita lihat pada agama lain yang cuba memperdayakan dengan tipu helah dan janji manis supaya memeluk agama mereka. (Al-Baqarah : 262) Kerana itu di dalam sejarah Islam sejak daripada mula lagi. Mereka yang memilih Islam mesti di atas kesedaran bukan di atas paksaan. 5. Islam sangat menyukai kepada orang yang mencipta kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia. Al-Khwarizmi (ilmu fizik) dan beberapa tokoh Islam yang lain. Inqilabiyyah Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. baring atau bertelentang mengikut kemampuannya. Firman Allah swt yang bermaksud : “Tidak ada paksaan dalam agama”. Malahan sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan teknologi pernah dicetuskan oleh orang-orang Islam seperti Al-Biruni (perubatan). Penganut Islam tidak boleh menggunakan alasan tidak ada paksaan dalam agama. Ibnu Sina (perubatan).daripada memikirkan bagaimanakah teknologi yang canggih perlu ada dalam masyarakat yang terkemudian. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah. Thabat dan Murunah Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. namun bukannya membawa kerosakan di atas muka bumi ini. mereka yang telah menganut Islam tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya untuk keluar daripada ajaran Islam atau tidak mahu mengikut ajaran Islam.

2. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat. Semua ini wajib bagi saudara semua.4 TUJUAN HIDUP ISLAM Tujuan hidup dalam Islam “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. 5.” “Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh. bermujahadah melawan diri.d Hawwa di dalam buku Pendidikan Harakah Islamiyyah (Syarah Risalah Ta’lim) ialah: 1. Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan). Teliti ketika memilih isteri.1. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. menjaga masa. akhlak yang mantap.” “Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.” ( Adz-Dzariat : 56-58) “ Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi” “ Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan” 1. akidah yang sejahtera. Mendirikan negara Islam. kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. 3. (Al-Taubah: 105) Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur seperti yang disebutkan oleh Sai. Menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. (Al-Lail : 20-21 ) Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas. segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Menjadi seorang muslim yang soleh Menjadi ahli keluarga yang sempurna. ( Al-Muddasir : 38 ) 2. mampu berdikari. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. berpendidikan. Mendirikan khalifah Islam. ibadah yang betul. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati gagasannya. Didik Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 22 . 4. dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata.

Jika kerajaan ini cuai. Dengan itu kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. 3. prihatin dengan nasib rakyat. menjaga harta negara dan berjimat ketika menggunakannya. bertindak adil kepada semua. Jika tidak ia perlu dipecat dan disingkir. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat. membangunkan sumber negara. membina kekuatan negara.anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa dan harta. melaksanakan undang-undang. 4. memantapkan akhlak rakyat dan mengembangkan dakwah. Kerajaan ini tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan. 5. ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. menjaga mutu kesihatan. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan amalan yang baik. memberikan pendidikan kepada rakyat. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 23 . Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab. Kerajaan ini sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara memerdekakan semua tanahair umat Islam. Bertindak segera melakukan kebajikan. 6. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. memelihara kepentingan rakyat. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai Allah. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. menghidupkan semula sejarah kegemilangan mereka. Apa yang penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam. menjaga keselamatan sumber negara. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam ketika keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai pemimpin. Ini juga wajib bagi saudara semua.

zakat. Kesan penjajahan ini masih terasa terutamanya psikologi dan intelektual. haji. (Al-Maidah : 3) Maksud silap faham tasawwur Islam yang jelas ini ialah mereka tidak memahami ajaran Islam dalam konteks yang sebenar. (Al-Anfal: 39) Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya. hanya memahami Islam dalam perkara ibadah yang khususiah seperti sembahyang. seperti firman Allah swt yang bermaksud : “Di hari ini aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”.5 SILAP FAHAM MENGENAI TASAWWUR ISLAM Tasawwur Islam adalah merupakan gambaran lengkap ajaran Islam yang meliputi semua aspek dalam kehidupan manusia tanpa ada sedikit kekurangan atau kecacatan dalam ajarannya dengan penerangan mengenai prinsip-prinsip umum yang boleh memberikan ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya. puasa. Sehingga tidak ada lagi fitnah. Menjadi tonggak dunia (ustaziatul ‘alam) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Betapa beratnya tanggungjawab ini dan betapa besarnya peranan ini. (Al-Taubah: 32) Empat peringkat yang terakhir ini wajib dilaksanakan oleh sebuah jamaah dan oleh setiap saudara dengan kedudukan mereka sebagai anggota jamaah. akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Kesan daripada penjajahan pemikiran Penjajah datang ke negara kita bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan perdagangan. Di antara faktor-faktor penyumbang kepada berlakunya gejala ini pada masyarakat pada masa kini yang boleh diutarakan antaranya ialah : 1. talaq dan mati sahaja dan tidak lebih dari itu. Kita tidak akan berputus asa dan tetap menaruh harapan yang tinggi kepada Allah. Penjajahan Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 24 BELFAST 2004 © . Manusia akan melihat semua ini suatu khayalan namun saudara muslim melihatnya sebagai suatu kenyataan. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya. tetapi mereka mempunyai matlamat yang tersembunyi iaitu menjajah pemikiran masyarakat pribumi negara yang mereka duduki. (Yusuf: 21) Termaktub dalam buku Risalah At Taklim oleh As Syahid Hassan Al Banna dan Konsep-Konsep Umum Islam oleh Abu Urwah. nikah.7. 1. dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.

4. 3. Sistem pendidikan Sistem pendidikan dan pembelajaran yang diajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi tidak menampakkan adanya satu penjurusan yang boleh memahamkan masyarakat kepada pengertian Islam yang syumul (lengkap). puasa. sehingga akhirnya masyarakat biasa menganggap inilah Islam yang sepatutnya diamalkan oleh mereka kerana berdasarkan keterangan yang disampaikan oleh orang yang arif dalam bidang agama.dalam bentuk ini tidak dapat dikesan dengan cepat kerana pergerakannya halus dan licin. zakat. Begitu juga dengan pendidikan tidak formal yang diajar melalui kuliah-kuliah Maghrib di surau-surau dan masjid hanya memperincikan pengajarannya tentang masalah bersuci melebihi daripada perbincangan masalah ekonomi. masalah haid dan nifas lebih dibincangkan dengan mendalam daripada masalah kewajipan mewujudkan kepimpinan Islam di dalam negara. wudhu. Mereka hanya menyampaikan Islam yang sempit sehingga mengkaburkan pemikiran masyarakat. haji sahaja tidak lebih dari itu. Allah swt telah memberi amaran yang keras seperti di dalam firmannya yang bermaksud : Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 25 . Kelemahan para ‘ulama’ Para ulama adalah merupakan mereka yang mewarisi kerja para nabi dan rasul bagi meneruskan usaha menyebarkan Islam kepada masyarakat. Kesannya apabila penjajah sudah beredar dari negara (Malaysia). Inilah yang kita tempohi dari kecil sehingga dewasa sehinggakan kita merasakan bahawa inilah Islam yang sebenar dan patut diwarisi. sebaliknya pengajian ini hanya terbatas kepada soal kefahaman Islam yang bersangkutan dengan solat. Mereka telah menanamkan fahaman bahawa Islam dibenarkan menjelma dalam bentuk ritual semata-mata (ibadah khususiah) sahaja. sehingga ia menimbulkan kesangsian di kalangan mereka yang jahil tentang Islam. Kelemahan mereka untuk menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat sama ada berpunca dari kepentingan peribadi atau kerana perasaan takut menyebarkan yang hak. pemikiran inilah yang telah diamalkan dalam kehidupan sehingga begitu sukar untuk menerima konsep Islam yang sebenar. Gambar-gambar hukuman sebat yang dilaksanakan di Pakistan (yang sebenarnya bukan mengikut cara Islam) telah ditonjolkan sebagai hukuman cara Islam dan dikatakan merupakan perlaksanaan hukuman di dalam Islam yang sebenar. Gambaran-gambaran yang salah melalui media massa Gambaran mengenai kekejaman hukum Islam (hudud) dan tidak keadilan daripada hukum hudud mendapat liputan yang meluas melalui tulisan-tulisan yang beracun yang bertopengkan tulisan ilmiah. padahal ajaran seperti ini bukan dari ajaran Islam yang sebenar. Segala pandangan dan tindakan mereka cukup mempengaruhi masyarakat. 2.

Menganggap Islam yang mereka faham selama ini sudah cukup untuk menjadi mukmin yang hakiki tanpa bersusah payah untuk mencari yang lain daripada apa yang mereka fahami. jika engkau menghalaunya ia menghulur lidahnya termengah-mengah. lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya) maka jadilah ia dari orang yang sesat. Alam sekitar dalam kerangka dunia Islam Masyarakat telah melihat kebanyakan dunia Islam pada hari ini tidak mengamalkan konsep Islam yang syumul. ( Al-A’raf : 175-176 ) 5. Kemudian ia menjadikan dirinya keluar dari mematuhinya. maka bandingannya seperti anjing. Kesimpulan : • Rukun-rukun Islam adalah untuk menyempurnakan keislaman seseorang muslim. Dan kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan pangkatnya dengan (disebabkan mengamalkan) ayat-ayat itu. manakala perkara yang berhubung kait dengan ekonomi diketepikan. khabar berita seorang yang kami berikan kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat (kita) kami. telah disanggah dengan pelbagai hujah bagi mendakwa pegangan mereka adalah betul. Islam itu Arab). Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah”. Mereka telah melihat banyak di kalangan dunia Arab sendiri tidak mengamalkan Islam (sedangkan pada anggapan mereka negara Arab itu Islam.“Dan bacalah kepada mereka (wahai Muhammad). Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 26 . Amalan yang dilaksanakan dalam negara mereka hanya bersangkutan dengan soal ibadah khususiah sahaja. • Keislaman dan kekuatan seseorang muslim adalah bergantung kepada kekuatan Islamnya. Apa yang paling sedih sekali apabila ada di kalangan pendakwah yang cuba hendak memahami mereka. Sikap masyarakat Sikap masyarakat yang tidak suka mencari ilmu dan tidak mahu memahami Islam yang sebenar adalah satu punca yang sukar untuk diubah dalam masyarakat hari ini. walaupun tanpa alasan yang kukuh. 6. jika ia engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya. soal politik dan kenegeraan di kebelakangkan.

Al Bayyinah 98:5) iii. Maka apabila Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) yang disandari seseorang mengikuti undang-undang dan perintah dari Allah Taala. sesuatu hal yang mencakupi putusan dan perhitungan. i. penghambaan. Yang bermakna syariat. dan menerima kepada Rabb serta ketundukan di bawah perintah dan paksaan atasannya. peribadatan.2. Disini Ad Dien bermaksud penguasa yang agung dan kemudiannya diikuti dengan ketundukan oleh manusia kepada Penguasa yang Agung dengan mentaati Nya dan beribadah kepada Nya dengan ikhlas kerana Nya. Ali Imran 3:83. b. merendahkan di hadapan orang. ii. millah (dien). i. Yang bermaksud paksaan. kekuasaan. Makna Ad Dien secara bahasa boleh dilihat daripada dua aspek. Yang bermaksud hal yang berkenaan dengan kehakiman dan penguasa. Mustholahul Arba’ah) a. Yang bermakna ketaatan dan ketundukan kepada hakim dan penguasa. Yang bermaksud peraturan yang mencakupi pemikiran dan amalan dibawah Penguasa yang Agung. yang diikuti seseorang. peraturan yang meliputi pemikiran dan amalan. mazhab. (Mukmin 40:64-55. ii. Az Zumar 39:11-12. hukuman. hukum dan perintah. melaksanakan perintah atasannya. iii. Yang bermaksud ketaatan. Disini Ad Dien bernaksud undangundang. Sedangkan apabila seseorang manusia itu bersandar kepada Pemimpin atau Penguasa (sulthoh) selain Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 27 .0 PERTEMUAN DUA 2. adat kebiasaan dan sesuatu yang diikuti. (Ibnu Mandhur. Makna Ad Dien di dalam Bahasa Arab. Lisanul Arab Al Muhith dan Al Maududi. An Nahl 16:52. Makna Ad Dien di dalam Al Quran (lihat perkataan dien pada setiap ayat). Yang bermakna balasan. jalan (cara). juga beerti paksaan agar menjadi orang yang taat. undang-undang. syariah.1 ISLAM SEBAGAI AD-DEEN Ad Deen : The way of life 1. iv. maka tidak diragukan lagi bahawa ia berada pada Dienul Islam.

Yusuf 12:40. perhitungan dan keputusan yang diberikan Penguasa Agung. ii. maka ia berada pada dien manusia itu sendiri secara pasti. v. Namun Ad Dien ini jelas-jelas bathil. komunis. Al Kafirun 109:6. tatanan atau undang-undang kehidupan. vii. Al Maun 107:1-3. Ats Tsaqofah Al Islamiyyah Wa Tahadiyatul ‘Asr) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 28 . Al Infitar 82:1719) 2.85. Sebagai contoh satu aturan atau sistem hidup yang mengatur kehidupan manusia ialah zionis. iaitu Allah Azza wa Jalla. kapitalis. (Doktor Syaukat Muhammad Ilyan.Allah. Abdul Mutaal Muhammad Al Jabry) i. iii. (Ali Imran 3:19. sistem. akhlaq dan amaliyah. diantaranya aspek aqidah (keyakinan). Adapun Dienul Hak hanyalah satu iaitu Al Islam. baik yang mengikuti aturan Nya dan ikhlas dalam beribadah kepada Nya ataupun bagi yang menyangkal dan durhaka kepada Nya. Pada hakikatnya kalimat Ad Dien tidak tepat diterjemahkan dengan agama. (Yunus 10:104. sebab ia tidak bersumber daripada Allah taala dan tidak didasari oleh kitabullah dan sunnah Rasul Nya. Al Anfal 8:39) vi. At Taubah 9:33. Ad Dien yang bermakna khusus/ sebenarnya ialah Dienul Islam yang haq dan jelas-jelas dijamin kebenarannya hingga diakhir zaman oleh penciptanya.76. Umumnya Ad Dien ialah segala bentuk aturan. nasionalisme dan sebagainya. demokrasi. iv. falsafah. Al Anam 6:137) iv. Asy Syura 42:21. fikriyah (pemikiran). Sedangkan Dienul Bathil lebih dari satu iaitu semua sistem hidup dan perundang-perundangan hidup selain Al Islam. Ar Rum 30:28-30. Al Maidah 5:3. At Taubah 9:36. Yang bermaksud balasan. Makna Ad Dien Secara Istilah pula ialah aturan/ sistem hidup yang lengkap dan sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui penutup Rasul Nya sebagai pedoman hidup bagi manusia yang terdiri dari pelbagai aspek. (Al Mustholahat Al Arba’ah Bainal Imamaini Al Maududi wa Muhammad Abduh. Maka kesemuanya merupakan Ad Dien. (Az Zariyat 51:5-6.

Sesungguhnya membezakan orang yang beriktikaf di masjid dan berjuang menegakkan masyarakat dan Negara Islam dengan mangatakan bahawa yang pertama sebagai orang dakwah yang menghayati Islam dan kedua dipanggil orang politik berjuang untuk duniawi. siapa yang pipinya berlumuran air mata. bukan hanya sebagai suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. berjuang menentang thaghut yang menjadi pemerintah di zaman mereka? Tidakkah Saidina Abu Bakr yang menangis kerana taqwanya itulah yang melancarkan serangan hebat menetang orang murtad yang menentang Negara Islam. Kalau kudamu penat di dalam kebatilan makan kuda kami akan penat di medan perang. Kesimpulannya Islam adalah Ad-Deen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan. Di samping itu. kerana memang sejak ia dilahirkan lagi perkara ini telah berlaku. dan juga peluh dan darah yang meleleh dari badan para Mujahid di medan peperangan kerana menegakkan kalimah Allah. bukan sahaja musuh dari luar tetapi juga musuh dari kalangan ummat Islaam sendiri. saudara akan tahu bahawa saudara hanya bermain dengan ibadah. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah. adalah perbezaan yang ditunjukkan oleh musuh Islam dan menunjukkan betapa jahilnya orang Islam yang terpengaruh dengan fahaman sesat ini. Sebenarnya kita memerlukan penjelasan sebagai Ad-Deen dan memahami kewajipan menghayatinya. Tidak ganjil Islam menghadapi cabaran. Islam tidak pernah membezakan orang yang beribadat di masjid sambil mengeluarkan air mata yang khusyu dan tawadhu kepada Allah dengan mereka yang mengalirkan dakwat penanya yang menulis kerana Islam. Itulah ujian pahit yang dihadapi oleh gerakan Islam dan para Mujahidin di seluruh dunia pada waktu ini. Walau bagaimana pun yang ganjil ialah kerjasama yang dilakukan oleh penganutnya sendiri dengan musuh dari luar laknatullah. kalau saudara melihat kami. Dikepung dari segenap penjuru oleh musuh. Umat islam berada di dalam kebingungan dengan apa yang sedang berlaku pada waktu ini. Begitulah Islam dikelirukan sehingga terkeluar dari apa yang sepatutnya. AlImam Abdullah Bin Al-Mubarak pernah menulis kepada sahabatnya yang beriktikaf dengan meninggalkan tugas berjihad di medan peperangan: Wahai sahabat yang sedang beribadat di tanah suci. 2. Terdapat di kalangan ummat Islam yang bertanya mengapa terdapat di kalangan ummat Islam yang aktif di medan politik lebih daripada di medan ibadah? Mereka ragu dengan kebangkitan harakah Islamiyyah yang menyeluruh kononnya tiada hubungan dengan pengertian Islam dan organisasinya yang berbentuk sedemikian rupa.Islam kini menghadapi cabaran yang sangat hebat.2 ISLAM SEBAGAI AD DEEN PARA NABI DAN RASUL Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 29 . Tidakkah para Rasul merupakan ahli ibadah yang sangat tekun. maka leher kami berlumuran dengan darah.

Tanpa penyerahan diri kepada Allah SWT tidak dianggap Islam lagi kerana firman Allah SWT: Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu.” Firman Allah SWT: Maksudnya: “Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrai. Firman Allah SWT: Maksudnya: Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © (Ali-Imran:19) 30 . Allah SWT tidak melepaskan manusia bersendirian tetapi diutuskan Rasul-Rasul yang diwahyukan kepada mereka dengan ajaran Allah dan hukum-hukum-Nya. kemudian tidak terdapat di dalam diri mereka keraguan terhadap keputusanmu dan mereka menerima (menyerah diri) dengan sepenuhnya. Muhammad SAW. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Sesungguh Agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Para Nabi dan Rasul adalah yang pertama menyerah diri kepada Allah SWT. mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan. mka dengan rahmat-Nya.” (Ali-Imran: 67) Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dengan Kitab ini (Taurat) berhukum dengannya oleh para Nabi yang menyerah diri kepada Allah (Islam)” (Al-Maidah: 44) Islam bermakna menyerah diri kepada Allah SWT. pada perintah dan dan laranganNya melalui Wahi. Disamping itu manusia diperintahkan mengikut mereka dengan samasama patuh dan menyerah diri kepada Allah SWT.” (An-Nisa’: 65) Apabila kepentingan manusia di dalam segala bidangnya terpelihara dengan hanya menyerah diri kepada Allah SWT.Islam ialah Agama kepada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Alaihi Solatu Wassalam sejak Nabi Adam AS sehingga ke Nabi akhir zaman. akan tetapi dia adalah seorang pengikut jalan yang lurus dan menyerah diri kepada Allah (Islam) dan dia tidak sekali-kali termasuk dikalangan orang-orang musyrikin.

ibadat dan akhlaq. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk mengalahkan Agama kamu.” (Riwayat Al Syaikhan) Islam yang dibawa oleh Rasul-Rasul yang terdahulu telah dilupai. Dengan Nabi Muhammad SAW disempurnakan risalah dan Nubuwwah dan juga disempurnakan Agama dengan selengkapnya. Adapun Rasul-Rasul sebelumnya diutuskan hanyalah untuk kaum mereka masing-masing. sosial. Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nik’mat-Ku dan telah Aku redha Islam itu menjadi Agama kamu. ibadat. politik.” (An-Nahl: 36) Firman Allah SWT: Maksudnya: “Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. lalu dia membina dengan baik dan memperindahkannya melainkan pada tempat sekeping batu bata yang ada di salah satu sudutnya.“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat akan Rasul (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut. peperangan dan segala hukum yang perlu dalam seluruh kehidupan manusia tanpa mengira bangsa.” (Ibrahim : 4) Islam yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Alaihi Solatu Wassalam adalah sama sahaja pada prinsipnya. Yang berbeza hanyalah cabang Syari’at di mana ianya berdasarkan kepada keperluan umat mengikut zaman masing-masing dan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah lebih luas dan syumul daripada RasulRasul yang sebelumnya kerana Rasulullah SAW diutuskan untuk seluruh manusia dan jin sehingga hari Qiamat. mengapakah tidak diletakkan batu bata ini? Maka akulah seperti batu bata itu dan aku penyudah Nabi-Nabi. Ianya menjelaskan segala macam masalah kehidupan manusia bersabit dengan aqidah. tempat dan masa. Lalu orang ramai mengelilingi rumah itu dan kagum melihatnya. dipinda dan diselewengkan sehingga berlaku penyelewengan di kalangan pengikut yang kebelakangan di dalam aqidah. lalu mereka berkata. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 31 .” (Al-Maidah: 3) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bandingan di antara aku dan Nabi-Nabi seperti seorang yang membina rumah. ekonomi. perdamaian. sebab itulah jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Keadaan ini berterusan sehinggalah dibangkitkan Nabi Muhammad SAW yang diwahyukan dengan al-Quran dan mengemukakan as-Sunnah yang teguh matang dan tidak mungkin lagi dikelirukan.

Prinsip penghapusan hak milik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri. Antara bukti kegagalan pelaksanaan prinsip Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 32 . akan tetapi dengan perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan revolusi. Rancangan itu ialah fikiran yang memansuhkan jalan atau cara revolusioner seperti yang ditegaskan oleh buku ‘Materialisme Dialektika’: “Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme dan memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis. sebahagian besarnya. Sepatutnya tajuk “Islam Sebagai Penyelesaian” menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. peraturan. ekonomi dan sosial ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi manusia sejagat. Ini boleh direalisasikan bukan dengan evolusi. Malangnya. sistem politik. Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan di atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu berkembang. falsafah. Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk melaksanakan apa yang dinamakan ‘kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme’. 2.32 KEGAGALAN ALIRAN MARXISME Bibit-bibit kejatuhan Russia sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi komunisme (aliran Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. harian ‘Pravda’ yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Russia telah menyebarkan program baru parti itu.” Harian tersebut juga menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme seperti yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang.31 PENDAHULUAN PENYELESAI MASALAH UMMAH Apa yang termuat dalam risalah ini. bukan dengan memperbaikinya. Saya hanya sekadar menyambung lidah. Hingga ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan. PELBAGAI aliran pemikiran. menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi’.3 ISLAM SEBAGAI MASAKINI 2. Pada bulan September 1961. bank-bank dan segala perkhidmatan awam. Di samping itu ia menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam membentuk asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme. perniagaan luar negara. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT. adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam.2.

Seorang ahli politik berkedudukan tinggi. Joede. Ukuran kemajuan dan tamadun sesuatu bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai akhlak dan kemanusiaan yang direalisasikan dalam masyarakat. Fakta itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan. 2. Kemajuan pesat di dalam bidang sains dan kebendaan tidak mencukupi untuk dijadikan contoh teladan di dalam segala perkara. perdamaian dan persamaan hanyalah omongan kosong belaka. Firman Allah SWT: “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan). kerana akhlak sangat ketinggalan jauh daripada ilmu.” Keadaan itu menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak memiliki persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakat kapitalis.” (Saba’: 28 ) Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia.” 2. ‘aqli dan jasmani. Penyelesaian dan Hasilnya’: “Sebagaimana yang diakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barangbarang keperluan dan perolehan individu dengan perbezaan yang besar. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 33 BELFAST 2004 © . apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam? Sebelum persoalan ini dijawab.33 KEGAGALAN TAMADUN BARAT Sebahagian besar generasi muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat. penulis atau penari ballet hidup bergelumang dengan kemewahan sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian.. Tamadun Barat jika dilihat dari necara ini sebenarnya sudah muflis. menulis di dalam bukunya: “Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada perseimbangan antara kekuatan dan akhlak. Segala slogan yang dicanangkan oleh Barat seperti prinsip kebebasan. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik.34 KONSEP PENYELESAIAN TERSENDIRI Persoalan penting. Semenjak kebangkitannya ilmu terus meningkat maju sedangkan akhlak berada dalam kemunduran sehingga jarak antara keduanya sangat jauh. Seorang ahli falsafah Inggeris. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi. pengarah perusahaan..persamaan di dalam masyarakat komunisme diungkapkan dalam buku tulisan Krien Brinton yang bertajuk ‘Revolusi Komunisme: Unsur. untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan. Mereka menyangka kebersihan lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan rohani dan hati mereka. perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia.

dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam. al-Quran al-Karim. maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa: 1. Tinggallah Hijaz. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak? 2. sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak. Setelah umat Arab bersatu. buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 34 BELFAST 2004 © . Yakni da’wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT. Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau’iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da’wah Islamiyyah sebenar. maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. diutuskan dari segi politik. maka sebelum baginda menjalankan Da’wah Islamiyyah kepada masyarakat. seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah SAW. berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da’wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT. ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat. bangsa atau negara. negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi.berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan. kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Kalau difikirkan secara biasa. sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah ‘Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undangundang yang lain. tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula. Tihamah dan Najd yang kering kontang.35 CARA ISLAM MENYELESAIKAN PERMASALAHAN HIDUP Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu. dalam perlaksanaannya. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW.

Islam pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud para pendokong (‘amilinnya). Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan ‘Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat. ‘Aqidah yang akan menentukan sikap dan nilai sebenar. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da’wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa. Kemabukan arak. membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman. Lebih-lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang ‘Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality’ yang baik.semangat Qaumiyyah ‘Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda. dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki. mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat. ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 35 . Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. para pendokong dibentuk dan diproses melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan jiwa berasaskan ‘aqidah yang sahih. nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. 2. 3. perjudian. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali kepada Islam. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. Berdasarkan kesempatan ini. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba’. memantapkan ‘Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini. siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura’isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan ‘Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Permusuhan. realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal. Anak gadis ditanam hidup-hidup. ‘ubudiyah yang merangkumi i’tiqad. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda’wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Kesempatan yang lain pula. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar. Meneliti sejarah Rasulullah SAW. Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan. realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka. rintangan. Kesempatan yang lain.

Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata. Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud. beribadah kepada-Nya semata-mata.36 SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN Setiap sistem mempunyai falsafah. ibadah dan syariat. membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa manusia. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan dikawal oleh kaedah ini.” Dalam Surah An-Nisa’. dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan tentangan yang keras. qisas dan ta’zir dijalankan pada generasi yang unik ini. Syari’ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka. gagasan dan caranya yang tersendiri mengenai kehidupan. Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Allah berfiman dalam Surah Yusuf. bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Apabila manusia mengenal Ilah. Itulah din (agama) yang benar. jalan. Ummah yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam. ayat 80 pula Allah berfirman yang bermaksud: “Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah. ayat 40 yang bermaksud: “Keputusan hukum itu kepunyaan Allah.” Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu. bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain. 2. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara penyelesaiannya apabila dilaksanakan. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja. pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 36 BELFAST 2004 © . matlamat. Dengan itu. Bersihlah masyarakat ‘Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Apabila ‘aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat Rasulullah SAW.amalan hidup mereka. maka terbentuklah ‘Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. maka langkah pertama ialah membersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. bersifat sepadu. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. terlebih dahulu Islam perlu dijadikan pengatur selurun kehidupan individu. Islam adalah sistem hidup yang lengkap. seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki. tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT. Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah. negara dan dunia ini. ekonomi dan politik yang tertentu. masyarakat. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islam sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Pada masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan yang timbul. kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul dalam sistem Islam. Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. berubah bentuk atau unsurnya. memerintah dengan hukum tertentu. Tegasnya. saling berkait dan menguatkan antara satu aspek dengan aspek lain. perhubungan hati dengan Allah SWT. Setelah itu barulah dapat dilihat sama ada masalah itu masih ada atau sudah selesai.37 REALITI UMAT ISLAM MASAKINI Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda. amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar. bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segi wataknya. 2. keluarga. gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya.jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem lain. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 37 .” (Al-Baqarah: 208). akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan. Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Namun. ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu.

Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. tapi kamu laksana buih air bah. lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu. meninggalkan arak. berzakat.” 2. sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati. Islam di peringkat awal. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang. tidak digeruni atau disegani lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh.39 ISLAM BERMULA DENGAN USUL. Aqidahlah yang menjadi asas dalam Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 38 BELFAST 2004 © . 2. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Islam memerlukan pengorbanan harta benda. TIDAK DENGAN FURU’ Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenegahkan permasalahan furu’ tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Sungguh banyak pengorbanan. kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan. Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. berpuasa. menjauhkan judi dan sebagainya. tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan. hilang kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih. “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuangpejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT.” Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan. Bagaimanapun perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hari ini atau kabur bagi mereka. Tetapi Islam di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata. wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak.38 RAHSIA KEJAYAAN GENERASI AWAL Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. di zaman Rasulullah SAW.Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan didikan Islam. Maka tampillah para du’at yang jujur.

hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. Sebaliknya. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 39 . Firman Allah SWT: “Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Keperibadian itu menjadi kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar.” ( al-Baqarah: 219 ) “Wahai orang-orang yang beriman.” ( al-Maidah: 90 ) Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat diselesaikan oleh Rasulullah SAW. kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang-undang pengharaman arak. Hinggalah undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah melarang rakyatnya meminum arak. Islam bermula dengan batin . Akibat daripada pengharaman undang-undang arak itu. tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia. maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan. berhala dan tenung nasib adalah kotor dari amalan syaitan. Dijalankan dia’yah (kempen) kepada masyarakat umum menentang minuman arak. 2. Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.perlaksanaan taklif (kewajipan). lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman.000 orang dipenjarakan. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki. judi. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut. yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan. pada tahun 1933. Kerajaan Amerika menanggung beban perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang tersebut sebanyak 250 juta dollar. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500.” (an-Nisa’: 43 ) “Wahai orang-orang yang beriman.40 KESIMPULAN Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi. sesungguhnya arak. janganlah kamu menghampiri solah ketika kamu mabuk hingga kamu tidak ketahui apa yang kamu katakan. Namun akhirnya. Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang.

Permintaan untuk masuk hendaklah diulang sebanyak tiga kali. seperti firman Allah swt yang bermaksud : “Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”. ia mesti bergaul antara satu sama yang lain.” ( Ali Imran: 85 ) 2. (Al-Maidah : 3) 2. Misalnya adab hendak memasuki rumah orang seperti firman Allah swt yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman. baginda tidak mengadap wajahnya di hadapan pintu. yang demikian adalah lebih baik bagi kamu. yang pertama memberi kesempatan bagi penghuni mendengar suara orang yang mendatang dan kedua kesempatan memperbaiki diri dan ketiga memberi izin masuk atau tidak mengizinkan”.4 KESYUMULAN ISLAM DARI SEGI SOSIAL. supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturannya yang sopan itu).” (An-Nur : 27) Rasulullah apabila ia datang ke rumah orang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Apabila seorang dari kalangan kamu mengulangi tiga kali untuk meminta izin masuk. POLITIK DAN EKONOMI Islam adalah sebagai al-Deen yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya dengan penerangan mengenai prinsip-prinsip umu yang boleh memberikan ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya.Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Oleh itu Islam menetapkan adab-adab pergaulan sesama mereka supaya keharmonian di dalam masyarakat dapat diwujudkan. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 40 BELFAST 2004 © . dan tidak diizinkan masuk maka hendaklah ia pulang. sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya . Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya: “Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.41 SOSIAL Manusia sebagai makhluk sosial dan ia tidak boleh hidup bersendirian. sebaliknya baginda berdiri di sudut kanan atau sudut kiri. kemudian baginda meminta izin masuk dengan menyebut namanya.

politik bukan prioriti dan sebagainya. 2. Apa tujuan ataupun matlamat yg hendak dicapai dengan adanya pemerintahan Islam serta sistem khalifah ini? Ia ditakrifkan oleh Ulama-Ulama terkenal spt Al Mawardi. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul maka hendaklah ia menghormati jiran”. Ibn Khaldun dan lain-lain bahawa tujuannya adalah untuk “menggalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya” Pengertian ini berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq sesudah wafatnya Rasulullah SAW yg bermaksud “Muhammad sudah wafat.42 POLITIK Manusia sering berhubung antara satu sama lain. justeru itu ia mesti ada bimbingan daripada seorang yang diamanahkan untuk mentadbir urusan hidup mereka.Begitu juga adab berjiran. Tidak timbul soal politik itu kotor. Dalil politik itu ada dan utama didalam Islam Al Quran Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas muka bumi. Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin" (An Nahl: 89) Al Hadith Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 41 . mereka mendirikan solat. menyuruh kepada kebaikan. manusia wajib menjaga hak jiran dan jangan menyakiti hati jiran kerana ia lambang orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang menguruskannya” Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pemerintahan serta politik di dalam Islam. dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung segala usaha” (Al Hajj: 41) Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu. menunaikan zakat. Abu Yu’la. Ia merupakan pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah dalam seluruh aspek. Pemerintahan Islam yg dituntut itu berbentuk Khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun Imamah al ‘Uzma. melarang kemungkaran.

Bairut: Dar al Kutub al-Ilmiah.Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbg ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani. 2/29) Sirrah Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah antara perkara terawal yang dilaksanakan oleh Baginda adalah 1. dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”. 11403/1983. dengan sanad yang shohih) Mafhum : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim” (Riwayat At-Tirmidzi). Mempersaudarakan diantara kaum Muhajirin dan Ansar 2. para sahabat telah menangguhkan pengurusan jenazah baginda kerana mereka sedang bermesyuarat di Saqifah Bani Sa’adah sematamata kerana politik dan pemerintahan iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk memilih seorang ketua atau khalifah yg baru. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 42 . Memecahkan monopoli Yahudi di pasar Piagam Madinah adalah satu soal politik yang diberikan perhatian serius setibanya Baginda di Madinah. Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan. Pandangan Ulama Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya (Al-Iqtisad Fi al-I’tiqad. tiada Jemaah kecuali dgn Kepimpinan. (Lihat Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah. Membentuk “Piagam Madinah” 4. Adakah para sahabat tidak tahu akan kawajipan untuk menyegerakan jenazah baginda? Ini adalah kerana kewajipan melantik seorang ketua itu lebih utama dan penting dari menguruskan jenazah. Membina masjid 3. maka sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh. pemerintah adalah pengawal. Ahmad Syalabi. hlm. 148-149) telah menyatakan maksudnya : “Agama ini asas. Mafhum : “Barangsiapa yang mati. dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim) Athar Sahabat Berkata Saidina Umar al-Khattab Mafhum : Tiada Islam kecuali dgn Jemaah. Sedangkan adalah menjadi tuntutan untuk menyegerakan pengkebumian jenazah orang Islam terutamya didalam mazhab kita (Shafie). Kemudian selepas baginda wafat.

berdsarkan sebahagian hujah-hujah diatas. sihat tubuh badan. 2. menyatu padukan rakyat yang terdapat pada waktu itu. Tugas sebagai seorang pemimpin bukan satu tugas yang tashrifun (mulia) sebaliknya ia adalah taklifun (tanggungjawab) yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Politik dan pemerintahan Islam itu adalah perkara yg utama dan tidak buleh dipisahkan bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi ketua negara di Madinah. hubungan orang bukan Islam dengan orang Islam dan bagaimanakah kewajipan pemerintah terhadap orang-orang bukan Islam yang berada di bawah kekuasaan Islam. adalah terang lagi bersuluh bahawa Islam akan sentiasa diperintah selagi mana Islam tidak mengambil tampuk pemerintahan.Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah didalam kitabnya (As-Siyasah as-Syar’iyyah Fi Islah ar-Ra’ie wa ar-Ra’iyyah. lelaki.43 EKONOMI Islam bukan agama kerohanian yang mengajar penganutnya hidup seperti rahib yang meninggalkan dunia sebaliknya hanya menumpukan kepada akhirat semata-mata dan tidak juga ia menyuruh supaya menumpukan dunia semata-mata. Islam telah meletakkan asas yang kukuh mengenai hubungan manusia dengan manusia. adil. Para ulama telah meletakkan asas yang penting mengenai siapakah yang layak menjadi pemimpin dalam sebuah negara. tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik. (Al-Qasas : 77) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 43 . Ibn Taimiyah. menyebarkan dakwah ke serantau dunia untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah. bahkan tiada dapat mendirikan agama kecuali dengannya” Jadi. melaksanakan hukum Allah kerana ia kewajipan yang tidak boleh dilaksanakan oleh rakyat biasa yang tidak ada kuasa. pancaindera yang selamat dari kecacatan. Tetapi sebenarnya ajaran Islam ialah ajaran yang tidak memisahkan antara dunia dan akhirat. berilmu. antaranya ialah Islam. Oleh itu sebagai seorang pemimpin ia mempunyai tugas yang sangat berat antaranya ialah menyediakan kemudahan rakyat. dan janganlah engkau lupakan habuan kamu dari dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan hendaklah engkau menuntut pada apa-apa yang diberikan kepada engkau oleh Allah akan negeri akhirat. dan hendaklah engkau membuat ihsan sebagaimana Allah membuat ihsan dan baik kepada engkau”. hlm 217): Mafhum : “ Wajib diketahui bahawa kekuasan ke atas manusia adalah sebesar-besar tuntutan agama. mentadbir kewangan negara dengan baik agar dapat disalur pada mereka yang berhak tanpa membezakan fahaman.

Islam marah kepada mereka yang malas berusaha atau berat tulang. bukan dari hasil yang haram walaupun pada pandangan mata kasar ia mendatangkan kemewahan hidup kepada manusia. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 44 . di antaranya firman Allah swt yang bermaksud : “Kami (Allah) menjadikan waktu siang itu untuk mengusahakan kehidupan”.Ayat Al-Quran yang menganjurkan agar kita berusaha. (Al-Naba’ : 11) Islam berusaha meningkatkan taraf hidup manusia dengan menggesa supaya umatnya rajin bekerja. Rezeki yang hendak diusahakan mestilah dari sumber yang halal.

Kami telah tunduk’kerana iman itu belum masuk kedalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya. Firmannya: “Orang-orang Arab Badwi itu berkata. tuntutan dan implikasinya didalam kehidupan sehari-hari seorang mukmin. ke syurga atau ke neraka tempat kembalinya Jika kita lihat kehidupan umat Islam pada hari ini. samada mukmin atau sebaliknya.1 IMAN Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting di dalam kehidupan setiap insan. Dia (Allah) tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu. Allah SWT telah menerangkan bahwa persoalan iman sebenarya tidak semudah apa yag diucapkan dengan lidah sahaja tanpa ianya bersemadi di dalam hati dan dibenarkan dengan amal. Dengan cara ini kalimah iman itu dapat ditentukan menurut pengertian syara’.3. tetapi katakanlah. Perkara-perkara yang menyebabkan gugurnya iman seseorang itu terus berlaku tanpa mengira dosa atau bersalah. Nabi Ibrahim as meminta agar Allah SWT menunjukkan kepadanya bagaimana Allah SWT berkuasa menghidupkan sesuatu yang telah mati FirmanNya: Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 45 . ‘Kami telah beriman’.11 IMAN DAN HAKIKATNYA Kalimah iman merupakan salah satu kalimah yang tidak harus ditafsirkan kecuali menurut penafsiran yang dikehendaki oleh Allah SWT dan RasulNya. Di dalam surah Al-Hujurat ayat 14. Ini adalah kerana jahilnya seseorang itu akan hakikat iman. maka perlulah kita memahami secara mendalam apakah hakikat iman yang sebenarnya. syarat-syarat dan tuntutannya serta perkara-perkara yang boleh menggugurkan iman dan bagaimana hendak meningkatkan iman tersebut. Al-Quran menerangkan penggunaan kalimah iman disekitar dua pengertian asasi: 1. Iman dalam pengertian MEMBENARKAN 2. 3. dalam usaha untuk kembali menghayati Islam sepenuhnya. Katakanlah kepada mereka: Kamu belum beriman. kita dapati bahwa kepatuhan terhadap petintah dan larangan Alah SWT tidak dilaksanakan dengan sempurnanya. Dalil-dalil untuk Pengertian (1) 1.0 PERTEMUAN TIGA 3. Iman dengan pengertian AMAL atau BERILTIZAM DENGAN AMAL. Ianya mencakupi seluruh kegiatan manusia dan menjadi faktor penentu bagi kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat. sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Oleh itu.

Mereka bermaksud riak di hadapan manusia. FirmanNya “Dan engkau tidak akan membenarkan kami. rasul-rasulNya. hari kiamat dan engkau beriman bahawa qadar baik dan jahat adalah daripada Allah SWT”.” (An-Nisaa : 142) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 46 . Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikti sahaja. FirmanNya: “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah. (Sahih Muslim) Dalil-dalil untuk Pengertian (2) Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan hanya sahaja bahawa dia seseorang yang beriman (mukmin).” (Al-Baqarah: 8-9) Iman itu pula bukan hanya setakat melakukan amal dan syariat Islam sahaja malahan ia seharusnya disusuli dengan niat keikhlasan kerana Allah. Rasulullah SAW telah menyimpulkan pengertian ini di dalam hadisnya sewaktu Jibril as bertanya kepada baginda tentang iman. mereka berdiri dengan malas. Ada juga kumpulan manusia pada lahirnya mengerjakan perbuatan baik sedangkan hati mereka tandus dengan rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah SWT. Mereka hanya menipu Allah dan orang-orang yang beriman. sekalipun benar” (Yusuf : 17) Dalam ayat di atas Allah menceritakan kisah-kisah saudara Nabi Yusuf as yang membawa pulang pakaian Bani Yusuf yang berlumuran darah palsu setelah mencampakkan ke dalam perigi buta dan cuba membenamkan hujah mereka kepada Nabi Ya’kub as. Firman Allah SWT: “Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian. lantas baginda menjawab: “Yang dikatakan itu ialah dengan engkau beriman kepada Allah SWT. 3. malaikat-malaikatNya. Ini adalah kerana orang-orang munafiq mengatakan bahawa mereka beriman. sedang hati mereka tidak beriman. kitab-kitabNya. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat.” (Al-Baqarah : 260) 2.“Allah berfirman: Tidakkah kamu membenarkan? Jawab Nabi Ibrahim: Bahkan (saya) membenarkan tetapi supaya hati saya tenang. dan Allah akan membalas tipuan mereka itu. padahal mereka itu menipu diri sendiri. padahal mereka itu sesungguhnya tidak beriman. padahal mereka tidak sedar.

dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisaa : 65) Iman yang sejati akan menimbulkan semangat bekerja dan berkorban dengan harta dan jiwa. Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka. Mereka akan memperolehi beberapa darajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia. Mereka itulah orang-orang yang benar. seperti firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang ebriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.” (Al-Anfal : 2-4) Iman juga sebagai pembeza antara orang-orang yang beriman dengan orang-orang kafir dan munafiq didalam budi pekerti dan amal. sebagaimana firmanNya: “Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini kebenarannya. Firman Allah: “Maka demi Tuhanmu. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. dan apabila dibacakan kepada mereka ayatayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Allah mereka bertawakkal iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. perlu juga ianya sejajar dengan ketundukan hati. mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan. pengertian dan kepercayaan yang kuat.Dan bukanlah juga iman itu hanya mengetahui erti hakikatnya sahaja kerana ramai orang yang memahami hakikat iman itu tetapi mereka masih tidak mahu beriman dengan Allah. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 47 . bersesuaian dengan kehendak iman dan kewajipan orang yang beriman.” (An-Naml : 14) Maka perlulah keimanan itu dapat diterima akal sampai kepada tingkat keyakinanyang teguh serta tidak tergoncang oleh bombang dan ragu. sebagai mana firman Allah SWT: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyu’dalam sembahyangnya. kepatuhan kemahuan dan kerelaan menjalankan perintah dan putusan dengan kejujuran hati.” (Al Hujurat : 15) Di samping pengetahuan. kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu yang keberatan terhadap putusan yang kamu berikan.

hidup dan bersifat segala sifat-sifat kesempurnaan dan sunyi dari sifatsifat dhaif. Maha Berkuasa. Dialah Allah. 3. kita haruskah beriktikad dan meyakini beberapa pokok asas yang terkandung dalam kalimah: Pokok-pokok asas itu ialah: 1. Iktikad bahawa Allah sahaja yang berhak menyusun dan mencipta undang-undang hidup untuk makhlukNya kerana Dialah yang menjadikan setiap sesuatu itu. Iktikad bahawa Allah SWT tidak menjadikan alam ini dengan tanpa tujuan. Rasulullah SAW telah menamakan semua amal-amal Islami sebagai iman. Apabila wujud tasdiq baru ada amal. 3.12 IMAN. tiada amal tanpa tasdiq. Syurga sebagai janji dariNya. yang paling tingi ialah mengucap dan yang paling rendah ialah yang membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang di jalan. Membenarkan samada yang ghaib ataupun yang nyata yang datangnya dari Allah dan Rasulullah. FirmanNya: “Ingatlah. Iktikad bahawa yang menjadikan alam ini dan yang mengendalikan segala urusannya adalah Allah SWT. Seandainya Rasulullah SAW menuntut supaya manusia hanya mentuturkan kalimah iman ini tanpa disusuli dengan kepatuhan menjunjung perintah nescaya manusia akan bersegera melakukan demikian.” Di dalam hadith di atas. Tetapi seerah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW telah membuat persetiaan dengan golongan Muhajirin agar berkorban dengan harta dan jiwa mereka serta berhijrah. Oleh it apakah yang terkandung dalam tasdiq itu dan apakah maudhu’nya? Tasdiq yang diamksudkan disini merangkumi seluruh aspek. menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Allah menciptakan alam ini untuk semua makhluknya agar mengabdikan diri kepadaNya. Persaudaraan dengan golongan Ansar diikat untuk sama-sama berjihad dijalan Allah. ikrar dengan lidah dan amal dengan perbuatan. tuhan yang Maha Esa. MAUDHU’ & SYARATNYA Iman itu adalah tasdiq (pembenaran) dengan hati. maka sesungguhnya mereka dalam keadaan ini tidak tercela. Maha Suci Allah tuhan semesta alam. Orang-orang kafir adalah terlaknat dan dijauhkan dari rahmatNya.” (Al-A’raaf : 54) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 48 . kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki. Untuk menadikan kita berada didalam golongan orang yang beriman.(perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kita mesti yakin bahawa tiada sesuatupun bersekutu dengan Allah SWT dalam menciptakan alam ini 2.” (Al-Mu’minun 1-6) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman itu terbahagi kepada 60 bahagian.

5. Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap muslim beriktiqad bahawa amal-amal yang wajib itu telah diwajibkan oleh Allah SWT. barulah ia melakukannya. dalam ertikata membuat persediaan yang sewajarnya. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mati tidak pernah berperang. SUDUT IKTIKADI Wajiblah diyakini bahawa berjihad pada jalan Allah itu sebagai satu kewajipan keatas setiap setiap muslim. Menafikan sudut iktiqad ini adalah kufur. Inilah yang dinamakan oleh ulama’ dengan “engkar”. Pengabdian diri semata-mata kepada Allah melalui ibadah-ibadah yang disyariatkan Allah SWT. Barangsiapa yang menjadikan sesuatu samada orang yang telah mati. jin atau keramat sebagai perantaraan maka dia telah mensyirikkan Allah sekalipun dia berniat baik. malah meliputi semua amal-amal yang wajib.” (Riwayat Muslim) Berbicara dengan diri sendiri tentang jihad adalah merupakan sudut iktiqadi. Menolak perkhabaran ini bererti membatalkan iman kerana menidakkan rukun-rukun iman. beliau mati sedangkan dalam dirinya terhadap sebahagian sifat nifaq. Apakah yang terkandung dalam amal? Adakah semua perintah-perintah Allah dan RasulNya itu wajib dipatuhi atau hanya sebahagiannya saja? Kepatuhan dalam melakukan semua ibadah terbahagi kepada dua sudut. Segala permintaan doa mestilah ditujukan kepadaNya semata-mata.” (Al-Baqarah : 216) Iktiqad yang seperti ini bukan hanya dalam masalah jihad sahaja. Membenarkan hari kiamat.Oleh kerana itu. sudut iktiqadi dan sudut amali. Setiap muslim wajib beriktiqad jihad di jalan Allah itu wajib berdasarkan firman Allah SWT: “Diwajibkan atas kamu berperang (pada jalan Allah) sekalipun kamu membenci peperangan itu. Kemudian baharu berlaku perlaksanaannya apabila tiba waktunya diwajibkan ke atas setiap individu atau jemaah sesuai dengan syarat-syarat yang dihuraikan oleh syara’. 4. syurga. yang mana mereka telah mengatakan: “Sesiapa yang mengingkari wajibnya Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 49 . neraka dan semua perkhabaran Rasulullah SAW yang telah lalu atau yang akan datang tanpa sebarang keraguan. atau tidak pernah berbicara dengan dirinya untuk berperang. Sebagai contoh berjihad pada jalan Allah SWT. sebarang penolakkan undang-undang Allah atau kritik-kritik terhadap hukum-hukum Allah adalah kufur dan membatalkan iman.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 50 . kemudian pergilah orang itu dan setelah beberapa lama kemudian Rasulullah saw berkata kepadaku : ‘ Tahukah kau siapa yang bertanya itu ?’. katanya . Kata Umar.tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian sangat putih. Kata Umar. Jawab orang itu : ‘Benar katamu’. berambut sangat hitam. dan tidak seorang pun di antara kami yang mengenalinya. kitab-kitabNya. mengeluarkan zakat. Sesiapa yang beriktiqad yang wajib itu haram. Mestilah beriman kepada Allah swt. bakhil dan uzur (pendalihan) yang tidak diterima syarak dengan meniggalkannya kerana engkar dan keras kepala. “ Tatkala kami duduk disisi Rasulullah saw. ia datang mengajarkan padamu tentang agamamu’ ”. malaikatNya. tidak kelihatan padanya bekasbekas perjalanan jauh. berlumba-lumba membina rumah oleh kaum yang melarat’. Orang itu lalu bertanya tentang Ihsan. Jawabku : ‘ Hanya Allah dan RasulNya lah yang maklum’. beliau telah kufur. yakni sesiapa yang tidak percaya bahwa Allah telah mewajibkan haji keatasnya sewaktu dia mempunyai keupayaan maka dia telah kufur. Golongan yang pertama.” SUDUT AMALI Ianya adalah perlaksanaan menunaikan amal-amal yang disyariatkan. rasul-rasulNya. sebagai pelaku maksiat dan golongan kedua sebagai kafir. Orang itu bertanya lagi tentang kiamat. Jawab Rasulullah saw : ‘ Ihsan itu ialah menyembah Allah dengan sepenuh hati seolah-olah tuan melihatNya. mendirikan sembahyang. Jawab orang itu : ‘Benar katamu itu’. Jawab Rasulullah saw : ‘ Iman itu percaya kepada Allah swt. Akhirnya bertanya pula ia tentang tanda-tanda hari kiamat. Setelah iktiqad ini baharulah dilaksanakan amal-amal. Para ulama’ telah membezakan antara meninggalkan amal kerana malas. 3. berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika kuasa’. hari kiamat dan ketentuan baik atau buruk itu adalah keputusan Allah’. Orang itu bertanyakan tentang Iman. kerana walaupun tuan tidak melihatNya tetapi Dia melihat tuan’.haji maka beliau telah kufur. atau yang haram itu wajib. telah nyata bahawa amal itu adalah tuntutan iman.13 RUKUN IMAN Dari Umar Bin Khatab ra. Sebagai kesimpulan secara umum dalam hal ini. Kata Rasulullah saw : ‘ Bahawa penanya itu ialah Jibrail. yang sunat itu sunat dan yang haram itu haram. umpamanya orang yang tidak berpuasa kerana malas. (SahihMuslim) 1. Orang itu terus duduk di hadapan Rasulullah saw seraya mendampingkan lututnya ke lutut Rasulullah saw dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Nabi Muhammad saw seraya berkata : ‘ Hai Muhammad! Terangkan kepada saya tentang Islam ? ’ Jawab Rasulullah saw : ‘Islam itu ialah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Jawab Rasulullah saw : ‘ Tandanya apabila tuan melihat perempuan menjadi hamba kepada anak kandungnya. Amal yang wajib itu mesti diiktiqadkan wajib. kami pun hairan betapa ia bertanya dan mengiakannya. Jawab Rasulullah : ‘ Tidakkah yang bertanya lebih tahu dari penanya sendiri’.

” ( An-Nisa’ : 150-151 ) Sabda Nabi Muhammad saw . maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. maka sesungguhnya orang itutelah sesat sejauh-jauhnya. kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah. dan hari kemudian. “Demi Tuhan yang diri Muhamad di dalam kekuasaannya tidak ada seorang pun dari umat manusia ini samaada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan risalahKu (Kerasulan Ku) kemudia dia mati sedangkan di Allah SWT tidak beriman kepada (Islam) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadikan ia dari ahli neraka. rasul-rasulNya. (Al-Baqarah : 285) “Barangsiapa yang menjadi musuh Allah . (Mereka berdo’a) “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kami kembali”. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 51 . serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) diantara yang demikian (iman atau kafir). malaikatmalaikatNya. sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang sesat. tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya. merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. “Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya. malaikat-malaikatNya. Jibril dan Mikail. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at. demikina pula orang-orang yang beriman. (An Nisa’: 136) Sabda Nabi Muhammad saw . Mestilah beriman kepada Kitab.” ( Al-Baqarah : 256 ) 2. Mestilah beriman kepada Malaikat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. “Wahai orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah: 98) 4. (Riwayat Muslim) 3. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasulNya”. Semuanya beriman kepad Allah. malaikat-malaikatNya. rasul-rasulNya. serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah. maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir”. kitab-kitabNya. Mestilah beriman kepada rasul-rasul. “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasulNya. dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir kepad sebahagian yang lain”.“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam).

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 52 . maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. 30) Sabda Nabi Muhammad saw . dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Berfirman Allah: Bukankah (kebangkitan) ini benar?” Mereka menjawab: “Sungguh benar. Berfirman Allah: “Kerana itu easakanlah azab ini.“Dari Ibn Abbas r.” (Riwayat Imam Tha’labi) 5. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. demi tuhan kami”. percayakan mati dan percayakan kebangkitan sesudah mati serta percayakan Qadar. “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”.” (Riwayat Imam Tarmizi) 6. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Mestilah beriman kepada Qadar.” (At Thalaq : 2) “Dan memberinya rezeki dari arah tiada disangka-sangkanya. (Qamar : 49) “Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya. (An’am: 29. sesungguhnya kami beriman kepadamudan Kitab Al Quran yang diturunkan kepadamu dan kepada Nabi Musa dan kepada Kitab Taurat dan kepada ‘Uzair dan kami kufur terhadap yang lain dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul. Mestilah beriman kepada hari akhirat. “Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehinga ia beriman sekurang-kurangnya kepada empat perkara. bahkan kamu hendaklah beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad dan KitabNya Al Quran dan pada tiap-tiap Kitan yang diturunkan dahulu daripadanya. “Ya Rasulullah. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya.a bahawa Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang menghadap Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Maka Rasulullah SAW bersabda. “Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) “Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. disebabkan kamu mengingkari(nya)”. iaitu meyakini bahawa: Tiada Tuhan yang berhak disembah melain kan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah SAW yang diperutuskan membawa kebenaran. Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya (tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan). (At Thalaq : 3) Sabda Nabi Muhammad saw . lalu mereka berkata.

Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman. mentadbir. qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah 53 BELFAST 2004 © .2 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad. Dan jika kamu bertanya kepada mereka. Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah. kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih.“Kalaulah salah seorang dari kalangan mereka membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud nescaya Allah tidak menerimanya sehinggalah dia beriman kepada Qadar. memberi rezeki.” 3. perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk. (Al-Fatihah : 5) Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah. Mengengkari sifat Rubbubiyyah Setiap iktikad. takut. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. nescaya mereka menjawab : Allah!. Mengengkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya a. (Az-Zukhruf : 87) 2. Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad (hudud) ke atasnya. iaitu : 1. boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur. siapakah yang menciptakan mereka. dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha. Kafir Nafi Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya. Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka. nescaya mereka akan menjawab : Allah!. Mengengkari sifat Uluhiyyah Setiap iktikad. tetapi bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)? (Az-Zukhruf : 87) 3.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Setiap iktikad. Ada orang yang masuk syurga dengan tiada hisab.21 LANJUTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam ertikata yang sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang dikurniakan oleh Allah SWT dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah dan ada pula orang yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan durhakanya. ada pula orang yang dimasukkan ke neraka kerana dosa sehinggalah Allah melepaskannya dari neraka dengan kurniaanNya. sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi pintu masuk dan kuncinya. ‘bahawa mereka telah memberi mudharat bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang hamba itu tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum terhadap apa yang diceburinya. b. Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya. Kafir Isbat Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan AlQuran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang. perbuatan atau iktikad yang Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 54 . 3. Sebagaimana yang dinyatakan dahulu. perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan. Maka orang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan. “Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang beriman selagi mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan apa-apa yang disabda dan diberitahu…Kami tidak mengkafirkan seseorang pun di kalangan ahli al qiblat dengan sebab melakukan dosa selagi dia tidak menghalalkannya. ada yang dianggap sentiasa di dalam kebaikan. di antaranya ialah apa yang ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam kitabnya. 4. dan kami tidak berkata.” Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Orang yang ditetapkan imannya pula. mengkafirkan sahabat dll. ada pula yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri.

mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya. Asma’ dan SifatNya. 2. di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama Islam dan syahadahnya tidak sah. dan mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah. sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keengkarannya terhadap ikrar syahadah itu. perkataan dan tindaktanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah. jika Allah mengkehendaki dia mengampuninya. 4. memilikinya. maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya ialah : 1. menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 55 . Oleh itu. 3. Wal’iyazabillah. maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad ke atasnya. seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada Allah swt sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya. mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah swt. bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dan tempatnya kekal di dalam neraka kalau dia mati di dalam keadaan begitu. segala-galanya di bawah pengetahuan. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu berikrar dan mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping mengakui segala sifat kenabian dan kerasulan. perkataan dan perbuatan. Bagi menjelaskannya ialah : 1. Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad.” (An-Nisa’ : 116) Oleh itu. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya. Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya sekalipun dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya. mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya. mentadbir. kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. kerana terlalu banyak hadith-hadith yang sahih yang menyatakan bahawa Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang ada iman di hatinya walaupun sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia mengampuni yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki. dan dengan kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam neraka. memberi rezeki. Maka setiap i’tiqad. Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada RubbubiyahNya beri’tiqad bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam. kemudian dimasukkannya pula ke syurga.membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah yang memberi makna mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah.

Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw. Dialah yang menghidupkan dn mematikan. dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan sifat Allah swt dengan sifat makhluk. Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu. qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. isteri atau sekutu-sekutu.” (An Naaziat: 24) Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki. maka kafir dan murtadlah dia. rezekiNya. 2. maka dia menjadi kafir. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan Allah swt. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat Allah swt. mati dan sebagainya. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan manusia.dijadikanNya. Allah swt itu mengantuk. 3. iaitulah apa yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud : Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 56 . di samping menafikan beberapa sifat. yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya. Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara. menjadi kufur orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun : “Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi. Dan menjadi kafir juga orangorang yang ikut atau mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut. memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt. seperti orang yang mengaku Allah itu bersifat ‘ilmu tetapi ‘ilmu secara ijmal. tidur. Maka sesiapa yang menafikan atau mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah . Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja yang disembah dengan sebenarnya. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat Allah swt seperti menafikan ilmuNya. Maka sesiapa yang berkata atau beramal atau beri’tiqad dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya. tadbirNya. seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak. Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’) dan sifat. menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya. iaitu kafir Nafi dan kafir Ithbat. lalai.

sirat. Kaabah. Injil atau Zabur atau Suhuf Ibrahim. tidak Quraisy. Atau secara ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt. atau mengingkari Mekah. sembahyang dan puasa. mati sebelum berjanggut. neraka dan lain-lain lagi daripada perkaraperkara ghaib. atau menafikan apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum umat Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas. atau orang yang membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Ismullah ke dalam najis. kerana berkata begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar. puasa. bukan Arab. ‘Allah’”. atau mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw seperti warnanya hitam. atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab seperti Taurah. ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’. Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya : “Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh.” Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu apabila seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkaraperkara yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi gereja bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang sama. atau mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang mustahil pada akal. hisab. (Az Zukhruf : 87) Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad. atau mana-mana ayat al-Quran. maka dia menjadi kafir ketika itu juga. halal dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu sahaja. haji. atau menghalalkan yang haram seperti mengharuskan sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur. ataupun mensabitkan apa yang nafi bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya. mizan. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya. atau sifat-sifat haji. Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati. Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya sembahyang. syurga. maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu. zakat. bukan manusia.“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka. Masjid al Haram. mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah. perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt. tentang masyhar. Atau menyesatkan umat yang tidak sesat. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 57 . atau mengkafirkan sahabat. atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual beli dan nikah. menghalalkan kezaliman ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang mengharuskan dia beri’tikad begitu. 4. Nescaya mereka menjawab.

kalam Allah swt. serta memahami apa yang dilakukan dan dibacakan.Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di Madinah atau orang lain. 2. Bahkan banyak sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan. Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Amalan yang paling diutamakan ialah solat di malam hari (qiyammullail)..” (Al-Maidah : 44) “. maka mereka orang-orang yang kafir.22 BAGAIMANA MENINGKATKAN IMAN Hendaklah disedari bahawa iman itu ada pasang surutnya. Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah.” 3. “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.. Dibawah ini ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk tujuan tersebut : 1.Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. mengutamakan ibadat-ibadat fardhu dengan penuh rasa khusyu’ dan tawadhu’. bukannya kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw. Menyukai berzikir kepada Allah swt. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 58 .” (As-Sajdah : 16) 3. atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat. Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.” (Al-Ahzab :41-42) Banyak cara-cara untuk mengingati Allah dan yang sebaik-baiknya ialah membaca Al-Quran. melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan. menggemarkan amalan-amalan sunat. sedang mereka berdoa kepada tuhannya dengan rasa takut dan harap. Oleh itu perlu diawasi selalu dan sentiasa mempertingkatkan keimanan melalui amalan-amalan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah. Firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman berzikirlah dengan menyebut nama Allah zikir yang sebanyak-banyaknya.

InsyaAllah Rabbul ‘Alamin. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik.” Dengan itu akh muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan : “Allah matlamat kami. Kite berdoa semoga Allah swt sentiasa menggolongkan kite ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri menyekutukannya. hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam.Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata : “Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. kemegahan. bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan. harta. kemasyhuran.3 IKHLAS Al. 3. bagi Allah segala pujian. gelaran. keuntungan.PENUTUP Dengan ini diharap pengertian iman yang sebenarnya sudah jelas kepada kite semua. ibadatku. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw. mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “ melakukan amalan bukan kerana Allah. Semua perkataan. pangkat. kedudukan tinggi di kalangan manusia.” Rukun Bagi Amalan Yang Diterima Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah maha besar.” Keterangan Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt. lari dari kejian. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu : pertama : ikhlas kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’ Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 59 . tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah. meminta pujian. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan. kedudukan terkemuka atau mundur.” Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia.” Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud : “Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku. amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan.

Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah. Ia terserlah di dalam kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan manusia. siapakah di antara kamu yang baik amalannya.” Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam alQuran. sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir.” Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan syara’. apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu. Tanda-tanda Ikhlas Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak.” Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. maka ia tidak akan diterima. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah : Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 60 .”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali. maka ia adalah tertolak. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud : “Supaya dia menguji kamu.” Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud : “Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. maka ia juga tidak diterima. jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud : “Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran.” “Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.” “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami.

maka ia tidak memberi apa-apa makna. penunggu setia rumah. kamu dikenal di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahku.1.” Ibnu Mas’ud berkata : “Jadilah kamu sumber ilmu. nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang mengikutiku. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. lampu petunjuk. pelita di malam hari. Umar melihat kepada beliau lantas memukulnya dengan cemeti.” Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku. sedangkan niatnya bercampur-baur. Al Hassan berkata : “Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu mempunyai hajat? Jika tidak.” Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata : “Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali. Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun. berpakaian buruk.” Al-Hassan berkata : “Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh. Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh. lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang ramai.” Salim bin Hanzalah berkata : “Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab. hati-hati yang sentiasa baru. apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?” Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir.” Pada suatu hari Al Hassan keluar lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?” Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 61 . Beliau berkata : “Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku bahawa aku benci kepada perkara ini. apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut. maka lakukanlah. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin. Ibrahim bin Adham berkata :“Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah. tetapi ia akan memberi kesan yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir. kemegahan dan sanjungan. nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.

menunaikan haji dan umrah. mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 : “Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa. tetapi mereka ialah orangorang yang berpuasa. Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. tidak kepada orang-orang yang kuat.” 2. lalai dalam melaksanakan ibadat. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali : “Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. berjihad. bersedekah. maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya.Janganlah difahami dari athar-athar di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi dan mengasingkan diri.” Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak. wahai anak as Siddiq. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. bersembahyang malam. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah kepada masyarakat.” At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa : “Aisyah. bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. dengan hati yang takut. namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup. Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60) yang bermaksud : “Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya.” 3. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 62 . Merekalah orang-orang yang berlumbalumba menuju kepada kebaikan. Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia. tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya.

Dan jika sekiranya beliau berada di belakang. selagi mana keduaduanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. cara berfikir dan matlamat mereka. kecenderungan. Semoga kamu menjadi redha. Sekiranya beliau brtugas sebagai pengawal. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini. Sesiapa yang memusuhi wali Allah. Slogannya bersama Allah swt ialah : Semoga kamu merasai kemanisan. Hati-hati adalah lampu petunjuk. Apabila mereka hilang. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut. beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya.Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. maka semuanya menjadi mudah. mereka. berada di barisan hadapan. dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah adalah tanah… Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 63 . Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. di antara aku dan kamu.” 4. sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran. Semoga ada orang memakmurkan. beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih. 5. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda yang bermaksud : “Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat. beliau menjadi pengawal. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. mereka tidak dipanggil dan dikenali. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. beliau berada di belakang.” Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. sedangkan manusia marah. sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada. Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera. mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap. Dalam setiap perkara. sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan.

Ini adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt. beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Ia adalah da’wah kepada semua manusia. apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan yang menyakitkan hatinya. bukan kerana dirinya. lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh. apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas. beliau cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta mengasingkan diri dari medan jihad. 7. Beliau tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud : “Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian dan perbuatan-perbuatan tadi. Beliau tidak bersifat malas. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu.6.” Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam medan da’wah. buah yang lambat dapat dipetik. semuanya kerana Allah swt dan agamanya. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji. Keperluan Ikhlas Dalam Memikul Da’wah Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 64 . keluarga atau orang tertentu di kalangan manusia. Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya. Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya. atau menghina dan marah kepadanya. bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya. Hendaklah cinta dan benci. dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah. cuai dan melampau oleh orang lain. tetap kekal arah tujuannya walaupun dituduh salah. lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata. Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya. bukan kerana diri dan manfaatnya. tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja. memberi dan menahan. memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya. 8. redha dan marah.

Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin. Allah tidak menerima mana-mana amalan melainkan ianya ikhlas semata-mata keranaNya. memberi bukannya mengambil. melemahkan saf dan menghilangkan pahala. tidak bercampur dengan yang lain dan bebas dari setiap ubudiyh kepada yang lain. beliau berusaha untuk membersihkan hatinya dari perkara tadi dan mentuluskan niatnya kepada Allah swt. yang berpegang teguh dengan prinsip. Kerana rahsia inilah Imam al Bukhari memulakan kitabnya ‘ Al Jami’ As Sahih’ dengan hadith yang dianggap oleh sesetengah ulama’ sebagai satu perempat Islam atau satu pertiga darinya yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah swt dalam ibadat adalah satu perkara asasi untuk amalan diterima dan berjaya. panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan duniawi dan orang-orang yang bersifay riya’ yang hanya mahu diri mereka dilihat orang. Mereka adalah orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat. akhlak dan tamadunnya merupakan ibadat dan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 65 .Sesungguhnya bekerja untuk kedaulatan Islam dan mengembalikannya untuk memimpin kehidupan dengan aqidahnya. Akh muslim mestilah memeriksa sudut-sudut hatinya terhadap hakikat niatnya dan faktor pendorongnya. sesungguhnya aku telah nazarkan anak yang ada dalam kandunganku untuk memperhambakan diri kepadaMu.” Diriwayatkan bahawa sebab datangnya hadith ini adalah kerana seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang perempuan yang dicintainya yang bernama Ummu Qais. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana Allah dan rasulnya. kebaikan tidak akan tersebar. Kebenaran. syariat. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui. mencemarkan jiwa. mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Jika ia mempunyai ruang untuk dunia dan syaitan. dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. bukan dipengaruhi. kebaikan dan kemuliaan hanya akan tegak dengan orang-orang yang ikhlas.” Kalimah ‘muharraran’ (memperhambakan) yang disebut oleh ibu Maryam ini menunjukkan bahawa sudah menjadi sunnah Allah. maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnnya. maka hijrahnya adalah bergantung kepada tujuan dia berhijrah. Beliau hendaklah memberi peringatan kepada dirinya dalam keadaan membebaskan diri dari menjadi abdi kepada yang lain sebagaimana ucapan isteri Imran (surah Ali Imran : 35) yang bermaksud : “Wahai tuhanku. Kerana itu terimalah nazar itu daripadaku. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan didapatinya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya. yang boleh mempengaruhi orang lain. katakata mereka didengar. Niat yang bercampur-baur merosakkan amalan. keadilan tidak akan tertegak. Maka beliau digelar sebagai ‘ penghijrah Ummu Qais’.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 66 . Ia memang wujud dalam diri kita. Perkara ini memerlukan kesedaran dari kita. Ia boleh menggugurkan pahala dan menjauhkan orang dari jalan da’wah yang betul. tetapi kita boleh membendungnya dengan iman dan taqwa.Penyakit-penyakit hati yang bercampu-baur dengan ikhlas dan merosakkan niat lebih bahaya dari penyakit tubuh badan. sentiasa muhasabah niat dan membersihkannya dari bercampur dengan penyakit-penyakit hati.

perangai. dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. tersusun rapi. bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia. 2. lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering). alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam. dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air. malah ia juga bereti agama itu sendiri. antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi.0 PERTEMUAN EMPAT 4. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian. (Ali-Imran:190) MENURUT ISTILAH Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 67 .kelakuan. ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah. tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. ciptaan. silih bergantinya siang dan malam. matuah. menurut undang-undang yang tepat.1 KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM OBJEKTIF 1. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi. dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja. adat kebiasaan. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami. tingkahlaku. 4. (Al-Qalam:4) Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta. ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang.11 PENGERTIAN AKHLAK MENURUT BAHASA Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat. dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan.4. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia.

akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini. Dengan kata lain. Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. dengan jin dan juga dengan alam sekitar. betul atau salah. benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak. Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 68 . Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tatanilai. ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah. 4. dengan malaikat. MENURUT ISLAM Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.12 SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad). Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk. manusia dengan haiwan. betul dan salah. penelitian dan paksaan. ia dinamakan akhlak yang buruk. manusia sesama manusia.Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk. Ibn Miskawaih. benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. betul dan salah (true and false). Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal.

Ada yang menjadikan kebendaan. detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. politik. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial. Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya. 2. apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Dilakukan denganikhtiar sendiri. kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat. semuanya mengandungi nilai akhlak. Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. hubungan dengan alam sekitar. hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya. Dilakukan dengan sedar dan niat. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk. 3.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut: 1. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. sebaliknya bersifat zuhud di dunia. 4. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut. ada yang mencari nama dan kemasyhuran. hubungan sesama manusia.13 PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 69 . Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama. tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Melakukannya dengan sengaja. tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk. ekonomi. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini. harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu. sama ada hubungan dengan Allah. dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak. memadai dengan kehidupan yang sederhana. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut. tidak dalam keadaan lupa atau bersalah. Oleh itu.

baik. Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama. salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. atau buruk. Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram 6. malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. perangai dan sebagainya.Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku). Islam sebagai agama yang syumul. tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy. ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran. membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruhpengaruh sifat negatif. peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya.. Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama. masyarakat. tatasusila dan budi pekerti. pada sesuatu kumpulan. membina insaniyyah. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat. tingkah laku. Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat 7. komprehensif dan sempurna. Oleh itu. moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan. Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia. Beriman kepada Allah 2. menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu. pada sesuatu masa dan tempat tertentu. kehendak. Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik 5. perangai. subjektif dan temporal. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila. antaranya lain: 1. Secara harfiahnya. kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai. Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia.Menurut istilah. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan. Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan. Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia. salah. Nilai-nilaian bersifat relative. suasana dan tempat. budi pekerti dan perangai. Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya 4. Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah 3. Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 70 . pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar. masyarakat. Keadilan syara 8. perilaku. tentang ketinggian budi dan rohaniah.

Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia. bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Oleh itu. (Al-Qalam:4) dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia.15 KESYUMULAN AKHLAK ISLAM Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 71 . Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam. Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat. 4. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran. di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah. Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak. moral dan etika. akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah.14 AKHLAK YANG AGUNG Bagi seorang Muslim. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani. 4. pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing. iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk.Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. baik alam realiti mahupun alam ghaib. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin.

sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan. manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya. Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak. perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut. akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah. orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. tempat. 4. 4. bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang. pangkat. dan masa. Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri. Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai: Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya. jasmaniyyah danaqliyyah. tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan. 3. tidak boleh dipinda atau diubahsuai.16 CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah: 1. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam. dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan. warna kulit. Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 72 . Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. 2. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.

6. dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri. 2. cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat.5. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara. Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam. Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah. Bergaul dengan orang yang baik akhlak Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 73 . 2. ILHAM Bahan kendiri PJJ SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN 1. malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia. Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah: 1. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap manusia yang mahu digelar hambaNya. Ilmu pengetahuan Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya? 4. 4. Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan. akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. 3. Al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. 5. Keazaman yang tinggi Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.2 PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. BAHAN RUJUKAN 1. Ibadah yang kuat dan ikhlas Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.

7. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 74 . dapat dilihat pada rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar. 6. Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman untuk menuju kepada kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadeeth yang berbunyi: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah yang lebih baik akhlaknya. 4.Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama. Membiasakan diri dengan kebaikan Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa. kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Umar Ibn Al-Khattab pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku. puasa.21 AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. zakat. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dengan akhlak Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka. menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jualah baginda menghadapi musuh di medan perang. (Hadith Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah). Manakala dalam bab ibadat. Sembahyang. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat Kadang-kala seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk membaiki dirinya. haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah merupakan anak tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dai kerosakan dan kerendahan moral. Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah. akhlak berperanan untuk melengkapinya.

mereka ialah orang-orang yang lalai. 4. Pemaaf 8. Jujur 7. Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia.Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat komunikasi dengan sesame manusia. 4. yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan manusia. mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku. SIFAT MAHMUDAH 1. Firman Allah subhaanahu wa taaala: Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya. Roja (mengharapkan keredhaan Allah) 5. Pemalu 9. 6.22 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim) 10. teknologi dan sebagainya. Oleh itu. 5. mereka itu seperti binatang malah lebih sesat. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi. Benar 6. Khauf (takutkan kemurkaan Allah) 4. sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia. Syukur 3. 2. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia. Sabar 2. masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi. Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah) SIFAT MAZMUMAH 1. Tergesa-gesa Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain) Dengki (hasad) Takabbur (membesarkan diri) Ujub (kagum dengan diri sendiri) Bakhil 75 Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © . Kerana itu. (Al-Araf:179). tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya. 3.

Kejayaan ilmiyyah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan dipandang mulia oleh manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas. Sedar dan taat akan perintah Tuhan Menyedari dia senantiasa memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya. Pemarah 10. mereka ingat kepada Allah. Sebesar-besar ibadah ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam. Firman Allah subhaanahu wa taaala: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan. Buruk sangka 8. Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah Firman Allah subhaanahu wa taaala: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.23 MUSLIM TERHADAP TUHANNYA 1. 2. 4. 3. Memiliki bidang pengkhususan Menumpukan seluruh tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang menjadi pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan.24 MUSLIM TERHADAP DIRINYA 1. Memiliki ilmu yang mantap Perkara pertama yang patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang lain. Tamak 9. Memurnikan aqidah Pembersihan keyaqinan. Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran ) 4. kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah bersih dari dicemari dengan segala bentuk kesyirikan. bersungguh-sunnguh dan menjaga adab-adabnya. 2. (Al-Zaariyat:56) beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. bidaah. maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan Allah Segera bermohon kepada Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 76 . khurafat. (Al-Araf:201) 3.7. dan tahyul.

4. 3. (At-Tahrim:6) 4. peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. 2. Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam? Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam? Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 77 . Keperibadian Muslim Mohd. Melaksanakan tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka daripada api neraka Firman Allah subhaanahu wa taaala: Wahai orang-orang yang beriman. Tidak membelakangi mereka Meraikan mereka sama ada di dalam keadaan senag ataupun susah. BAHAN RUJUKAN 1. 2. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.26 MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA 1.4. Berpesan atas kebenaran dan kesabaran Mengingatkan tentang suruhan agama yang perlu ditunaikan serta laranganlarangan yang mesti ditinggalkan. dan ikatan aqidah Tidak mencintai seseorang kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan Allah. Mencintai kerana Allah atas dasar iman. Memenuhi keperluan yang diperlukan Hendaklah memenuhi keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan diri sendiri. Mentaati kedua-duanya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam 3. 3. Firman Allah subhaanahu wa taaala: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun.25 MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA 1. Berbuat baik kepada kedua-duanya Islam mengangkat tinggi martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan keredhaan keduanya sesudah keredhaan Allah. (An-Nisaa:30) 2. 2. Ali Hashimi Badan Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C) Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN 1.

dan ia dianggap sebagai pemimpin masyarakat. ia mengandungi beberapa maksud seperti berikut: a. mematikan dan seterusnya. Jika perkataan Rabb digunakan untuk Dzat Ilahi. Dari segi istilah syara’.11 TAUHID RUBUBIYYAH Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb (‫ )رب‬dan dari konteks linguistik. Majikan yang menjaga dan mengawasi rumah atau memilikinya juga digunakan sebagai penternak atau gembala. Tauhid Uluhiyyah c. memelihara. Pemimpin atau pembela umat. kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini. pemeliharaan anak atau pemeliharaan kebun. mengurus dan mentadbirkannya. Dia yang menjadikan alam semesta dengan pengaturan yang rapi. menghidup. 5.0 PERTEMUAN LIMA 5. mendidik dan membela serta mengawasi. Mentauhidkan Allah dengan makna makrifat yang sebenarnya hendaklah merangkumi tiga perkara iaitu : a. maka hakikatnya Allah merupakan Raja bagi segala makhluk. Ia menjaga dari segala kesusahan kerana ia bertugas sebagai pemelihara. c. Muhammad Rasulullah (Muhammad Utusan Allah) adalah bahagian keduanya. penjaga. Tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam. FirmanNya di dalam Surah Yunus ayat 10: Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 78 . Ia bererti ada pertaliannya dengan fungsi raja yang memerintah. sebagai Raja bagi segala raja. La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) merupakan bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW. pemeliharaan dan pengendalian pergerakan seluruh alam. Ia sebagai Tuhan. yang Maha Agung dan Maha Hakim serta tidak ada yang lebih agung dan hakim selainNya. Ia bermaksud.1 AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH 1. b. pengasuh segala urusan yang berhubung dengan anak atau kebun. Tauhid Al-Asma’ was Sifât 2. memiliki. Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada mencipta alam. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah. di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan qadar.5. Apabila ia memerintah ia menjalankan kepimpinan dan hukum. Tauhid Rububiyyah b. 3.

Tetapi tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke daratan. Seterusnya menerima segala hukum dengan yakin dan redha. Penterjemahan itu tidaklah salah tetapi pemahaman Bahasa Melayu terhadap perkataan Tuhan tidak merangkumi keseluruhan makna Ilah yang dikehendaki oleh nas syara’. bukan bererti fitrah manusia menolak adanya Pencipta. mereka menyeru Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah. dengan mahabbah (cinta) kepadaNya. perkataan Tuhan ditujukan kepada patung-patung berhala atau dewa-dewi Hindu dan Buddha. celakalah dia di neraka nanti. dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya. khauf (takut) kepadaNya. maka sebahagian mereka sahaja yang tetap menempuh jalan yang lurus. Al-Ankabut ayat 61 dan 63 Keingkaran manusia kepada adanya pencipta hanya kerana kesombongan dan ketakburan. Kerana itu apabila kepompong kesombongan yang mengurung fitrah itu hilang. Tidak ada sekutu bagiNya.“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan. tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Allah sahajalah yang berhak menerima pengabdian – ringkasnya pengiktirafan uluhiyah Allah secara mutlak dan serba merangkumi. Selain daripada Allah. perbahasan mengenai Tauhid Rububiyyah bukanlah merupakan sasaran utama perbincangan Al-Quran. diseleweng atau dibanteras. maka pasti akan menatijahkan keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orangorang yang tidak setia lagi ingkar” Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta. Dan seandainya naluri ini dipupuk. sudah semulajadi dibekalkan ke dalam naluri manusia. Orang Melayu yang beragama Islam yang tidak menyembah patung-patung itu tadi sudah tentu menganggap bahawa mereka Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 79 . pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” Rujuk juga surah Az-Zukhruf ayat 87. FirmanNya di dalam surah Luqman ayat 32: “Apabila mereka dilamun ombak yang (besar) seperti gunung. Hakikat ini menjadi ketara apabila manusia menempuh detik-detik genting di mana segala pengharapan terputus. bermakna manusia tersebut menzalimi dirinya sendiri. 5. Jika dibanteras. Persoalannya adalah sama ada fitrah ini dibentuk. kecuali yang bersandar kepada Yang Maha Esa. Perkataan Ilah lazimnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai TUHAN.12 TAUHID ULUHIYYAH Iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah. dipupuk. tidak dijadikan ibadat itu kepada selainNya. Oleh yang demikian. Sekiranya terseleweng maka akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini. raja’ (pengharapan). maka tanpa disedari manusia pada suatu waktu terpaksa menyerahkan dirinya kepada kekuasaan Allah dan meminta tolong kepadanya.

Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga mengatakan demikian juga). “…Dan Dialah ILAH di langit dan di bumi. Untuk mengelakkan kekeliruan. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 80 . kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu: 1. Tuhan menurut pengertian lazim Tumpuan atau matlamat pengabdian Tempat perlindungan Tumpuan kecintaan Pemberi rezeki Sumber perundangan TUHAN – Menurut Kefahaman Lazim Kalimah syahadah membawa pengertian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. 1. Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan perbincangan. dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui” (Az-Zukhruf : 84) Sebagai Tuhan yang tunggal. pendeknya di seluruh alam. eloklah kita perhatikan kepada penggunaan perkataan ILAH di dalam Al-Quran: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ILAHnya…” (Al-Jatsiyah : 23) Di dalam ayat ini Allah SWT telah menujukan perkatan ILAH kepada hawa nafsu. Ini membuktikan bahawa perkataan ILAH mempunyai makna yang jauh lebih luas dari perkataan tuhan yang biasa. 4. 6. 3.sudah menyempurnakan kewajipan mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dan bebas daripada syirik. Sedangkan pemahaman serpihan terhadap makna Ilah itu tadi akan mendedahkan mereka kepada pelbagai syirik lain yang boleh berlaku tanpa disedari dan di luar kefahaman. Yang menegakkan keadilan…” (Ali Imran : 18) Allah sahajalah Tuhan di langit dan di bumi. suatu hakikat yang telah kita sedia maklumi. segala kekuasaan dan penciptaan secara multak adalah hakNya sahaja. Sudah tentu perkataan ILAH yang diertikan sebagai tuhan menurut kefahaman biasa tidak akan dapat menggambarkan hawa nafsu sebagai tuhan. “Katakanlah (Wahai Muhammad) : Ajaklah mereka yang kamu anggap (mereka itu berkuasa) selain Allah. 5. FirmanNya: “Allah menyaksikan bahawsanya tidak ada ILAH melainkan DIA. 2.

kecuali menyembah ILAH yang Esa.langit mahupun di bumi.” (Sabâ : 22) 2. Tuhan sekalian alam” (Al-An’am : 162) “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan. hidupku dan matiku adalah untuk Allah. Sedangkan kalimah syahadah menuntut supaya ibadah itu dilakukan setiap masa. seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah. meliputi dan menyerapi setiap aspek serta ruang lingkup hidup insaniah. “Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku. tidak yang lain. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung terus kepada keizinanNya. Dia bebas mencabut keizinan itu pada bila-bila masa dan tinggallah insan itu berpaut pada dahan yang rapuh.” (At-Taubah : 31) Ringkasnya. Dan mereka tidak mempunyai saham sedikit pun dalam pencapaian langit dan bumi. Sehubungan dengan itu juga. Firman Allah: Penyembahan dan pengabdian ini dilakukan dengan melaksanakan ibadat kepada Allah. Maksud ILAH sebagai tempat perlindungan dapat dilihat dari ayat-ayat berikut sebagai contoh: Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 81 . 3. perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata-mata. di setiap tempat. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan. perkataan ibadat mestilah difahami menurut pengertiannya yang sebenar agak ia tidak dipandang sempit. ILAH – Tempat Perlindungan Kepercayaan dan kefahaman tentang kuasa Allah sudah tentu akan mewarasi fikiran bahawa tidak ada siapa yang mampu memberikan perlindungan secara mutlak selain daripada Allah. ILAH – Tumpuan Dan Matlamat Pengabdian Kita mengakui bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan Allah sahajalah tumpuan serta matlamat pengabdian kita. ibadahku. dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya. yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia. implikasi kalimah La Ilaha Illallah iaitu ialah. Bahkan sememangnya manusia dan jin itu diciptakan oleh Allah untuk tujuan pengabdian kepadaNya. Pengaruh sekularisma yang memisahkan agama daripada kehidupan mendorong masyarakat agar memahami ibadat sebagai aturcara manusia berhubung dengan Tuhannya semata-mata tanpa ada kaitan dengan urusan kehidupannya di dunia dan hubungannya sesama manusia.

isteri-isteri dan kaum keluargamu. tiada ILAH melainkan Dia. (At-Taubah : 24) “Dan ada di antara manusia orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. walaupun terpaksa berhadapan dengan apa sahaja cabaran menurut perhitungan manusia. Apabila selesai persembahan maka akan terhimpit-himpitlah mereka antara satu sama lain di dalam peti yang sempit. mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. 4.” (Al-Muzammil : 9) Natijahnya. anak-anak. Ia juga akan membebaskan dari segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah. apabila seseorang mengasihi seseorang yang lain kerana Allah. Maka terimalah Dia sebagai Pelindung. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui tatkala mereka melihat azab…” (Al-Baqarah : 165) Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah hasil kecintaan kepada Allah. Perhatikan maksud ayat-ayat berikut: “Katakanlah: Jika bapa-bapa. tidak ubah seperti gagah perkasanya patung wayang kulit. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (durhaka). iaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari segala sesuatu selain keduanya. ILAH manusia” (An-Nas : 1-3) “Dialah Rab timur dan barat.“Katakanlah : Aku berlindung dengan Rab manusia. ILAH – Tumpuan Kecintaan Bagi mereka yang benar-benar mempersaksikan La Ilaha Illallah. Dengan cara ini akan hilanglah rasa gentar untuk melaksanakan hukum hakam Allah. akan timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat atau mudharat (lihat Al-Ma’idah : 76). Raja Manusia. maka Allah sahajalah yang menjadi tumpuan kecintaan mereka bahkan tiada yang menyamai atau menyaingi kecintaan tersebut. Segala kemegahan dan kekuasaan kuasa-kuasa makluk itu akan menjdi fatamorgana yang sementara. adalah semua itu lebih kamu cintai dari cinta kamu kepada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya? Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. hinggakan yang paling gagah sebentar tadi akan berada di susunan paling bawah tertindas (lihat Al-Baqarah : 150). harta kekayaan yang kamu usahakan. rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai. saudara mara. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya dia akan merasa kemanisan iman. perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya. dan apabila dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana bencinya ia untuk dicampakkan ke dalam api neraka” Riwayat Bukhari dan Muslim Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 82 . Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.

Ini adalah hakikat yang nyata. Maka di manakah akalmu? (Al-Fatir : 3) “Katakanlah: Bagaimana keadaan kamu jika Allah mencabut pendengaranmu. Kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu itu tidak mungkin boleh dibahagi-bahagi. tetapi manusia selalu terlupa terutamanya apabila mereka hilang pertimbangan ketika mengharungi pancaroba dan cabaran hidup.5. 6. untuk mendapatkan hukum dan keputusan yang akan dipatuhi. adil dan praktikal berbanding dengan hukum Allah. dan (juga mereka melakukan hal yang sama kepada) AlMasih putera Maryam. akan mendatangkan kesedaran bahawa memilih jalan yang tidak diredhai Allah tidak akan menambah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita walaupun seberat zarah. seorang sahabat yang dahulunya beragama Nasrani. ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. keagungan yang tidak terbanding. dan penglihatan serta menutup qalbumu? Apakah ada ILAH selain Allah yang berkuasa mengembalikan (itu semua) kepadamu? (Al-An’am : 46) Menerima Allah sebagai ILAH yang satu-satunya memberikan rezeki. seseorang itu menjadi kafir jika dia beriktiqad bahawa ada hukum yang lebih baik. ILAH – Pemberi Rezeki Kalimah Syahadah menerangkan bahawa Allah sahajalah yang memberi rezeki. Ulamak bersepakat bahawa. Apakah ada pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki dari langit dan bumi? Tiada ILAH selain Dia. Ia adalah aqidah yang terhasil daripada kefahaman bahawa Allah adalah satu-satunya ILAH yang Maka Perkasa. padahal mereka hanya disuruh menyembah ILAH yang Maha Esa. mempunyai kekuasaan yang mutlak. “Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. manakala makluk pula hanyalah pembawa atau penyampainya sahaja dan bukannya sumber yang boleh menambah atau menguranginya walau sebesar zarah. Tiada ILAH selain Dia. ILAH – Sumber Perundangan ILAH juga membawa pengertian sebagai Zat yang kepadanya kita rujuk untuk mendapatkan ketentuan baik dan buruk. atau ada sistem yang lebih baik atau setanding dengan syariatNya. dengan mentaati perintah Allah tidak sekali-kali akan mengurangkan rezeki kita walaupun sekecil mana pun ia. Maka betapa sia-sianya usaha dan ikhtiar yang durhaka kepada Allah. iaitu ‘Adi bin Hatim RA telah mendengar Nabi SAW membacakan sepotong firman Allah : “… Mereka (Ahli Kitab) menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sdebagai Rab selain Allah. maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (Al-Maidah : 44) Suatu ketika. Begitu juga. “Wahai manusia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan” (At-Taubah : 31) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 83 .

dan kemudian kamu patuh kepadanya. dan inilah tanda keimanan.) Ketentuan untuk memutuskan halal atau haram.” (Riwayat Muslim) Ketaatan kita adalah kepada Allah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. dan pastinya tidak bertentangan dengan ketetapanNya. Apabila dia tidak mampu maka hendaklah merubahnya dengan lisannya dan jika tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Segala sesuatu yang berkaitan dengan hal ini mestilah tunduk dan patut kepada wahyu Allah. Dengan demikian itu kamu menyembah mereka. maka tiadalah kita terikat kepada undang-undang dan akta-akta ciptaan manusia sekiranya ia bertentangan dengan syariat Allah. FirmanNya: “Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.. bagi orang-orang yang yakin?” (Al-Maidah : 50) Sifat senang dan suka kepada hukum yang selain daripada hukum Allah. nescaya kamu lihat orang-orang munafiq akan menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya daripada (mendekati) kamu” Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 84 . FirmanNya: “Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu semua (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul. sah atau tidak. Dan syaitan itu bertujuan mahu menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.. “Menetapkan hukum itu adalah hak Allah. adalah hak Allah semata-mata. adalah sifat munafiq dan dilaknat oleh Allah.Lantas beliau bertanya kepada Rasulullah SAW.” (Maksud hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Jarir.” (Al-An’am : 57) “Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka Ad-Din yang tidak diizinkan Allah?” (Asy-Syura :21) Syahadah kita menuntut supaya kita menentang dan membenci segala perundangan yang durhaka kepada Allah. “Tetapi mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. atau sesuatu yang bersumber daripada undang-undang Allah. bahawa kami (yakni orang Nasrani) tidak pernah menyembah mereka!. baik atau buruk. Undang-undang yang kita iktiraf hanyalah undang-undang Allah. Jawab Rasulullah SAW. padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari taghut itu.

Terbitan dan Cetakan GG Edar. pada keadaan-keadaan tertentu. Kata mereka.13 TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. begitu juga dengan sifat-sifat Allah. tanpa sekutu dan tanpa bandingan. Bahkan mereka mengada-adakan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Di mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan. “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja. Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan keIslaman dan menyatakannya. Cetakan Pertama. Haji Abdul Hadi Awang. Wallahu A’lam Bis Sawâb! Diadaptasikan daripada: 1. Di dalam persoalan fiqh. Beriman Kepada Allah. kita dibolehkan bertaqlid kepada imam yang mujtahid. Tetapi di dalam masalah aqidah. 85 Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © . ia tidak mungkin berlaku sedemikian rupa bahkan setiap individu wajiblah meyakinkan diri terhadap akidah yang dipegangnya secara ikhlas. Bahkan nama-nama dan sifat Allah yang mulia itu adalah kesimpulan kepada semua intipati Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah itu sebenarnya. 5. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar. seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama ArRahman .(An-Nisa’ : 60-61) 5. Lalu Allah menurunkan firmanNya: “Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)” (Ar-Ra’d : 30) Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah SWT tetapi mereka ingkarkan nama Ar-Rahman dengan maknanya yang sebenar. tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. 1992. Bertafakurlah terhadap Al-Asma’ ul Husna nescaya ia akan membukakan hati kita kepada kefahaman yang lebih mendalam terhadap Uluhiyah dan Rububiyyah Allah SWT secara multak.”.14 PENUTUP Perlu dijelaskan di sini bahawa enam bahagian pengertian dan pengolahan maksud serta implikasi perkataan ILAH diketengahkan di sini adalah dalam rangka untuk memudahkan pengupasan tajuk dan bukannya untuk membataskan maksud-maksud serta implikasi yang terkandung di dalam Al-Asma’ul Husna.

2.

Risalah Usrah Jilid 1 (Versi Asal Dengan Pendahuluan Oleh Haji Abdul Hadi Awang), Abu ‘Urwah, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Pertama, 1986. Al-Islam – Syahadah dan Perkara-Perkara Yang Membatalkannya, Said Hawwa, Terbitan Pustaka Salam, Cetakan Kedua, 1992.

3.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

86

6.0 PERTEMUAN ENAM
6.1 TAUHID ASMA, SIFAT & ZAT
Adalah wajib beriman kepada asma (nama-nama) dan sifat-sifat Allah. Iaitu dengan menetapkan asma dan sifat-sifat tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan Allah untuk zatNya yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang layak bagiNya. Firman Allah:
.‫و ِ اْ َ ْ َ ء ا ْ ُ ْ َ َ دْ ُ ْ ُ ِ َ وذروْا ا ِ ْ َ ُ ْ ِ ُوْن ِ ا ْ َ ِ ِ َ ُ ْ َوْن َ آ ُ ْا َ ْ َُ ْن‬ َ َ َ َ َ ُ ََ ُ َ ِ

"Hanya milik Allah asma ul-husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asma ul- husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan". (Al-A'raf, 7:180.) Maksud tauhid al-asma' (‫ء‬ ‫" )ا‬Nama-nama" dan as-sifat (‫ت‬ ‫" )ا‬Sifat-sifat" ialah beriman dengan keimanan dan pengakuan yang tegas, sempurna dan teguh kepada semua nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang terdapat di dalam al-Kitab dan asSunnah.1 Seseorang itu sama sekali tidak boleh menamakan Tuhan kita (Allah) kecuali dengan nama yang Dia sendiri telah menamakan atau yang telah dinamakan oleh RasulNya sallallahu 'alaihi wa-sallam. Tauhid as-sifat (sifat-sifat) ialah tidak mensifatkan Allah kecuali dengan sifat yang telah disifatkanNya sendiri atau telah disifatkan oleh RasulNya sallallahu 'alaihi wa-sallam.2 Begitu juga adalah wajib bagi setiap mukmin mengimani wujudnya zat Allah sebagaimana mengimani nama-nama dan sifat-sifatNya Yang Maha Agung dan sempurna. Sememangnya semua sifat-sifat Allah itu terbaik dan amat sempurna.3 Mengimani nama, sifat dan zat Allah pula hanyalah mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah di dalam kitabNya. Nama-nama dan sifat-sifat tersebut tidak boleh ditakyif ( ْ ِ ْ َ ) "Dipersoalkan atau menanyakan bagaimana", tidak boleh ditamsil (ٌ ْ ِ ْ َ ) "Dimisalkan, diserupakan atau dicontohkan", tidak boleh ditahrif (ٌ ْ ِ ْ َ ) "Diubah atau ditukar maknanya", dan tidak boleh dita'til (ٌ ْ ِ ْ َ ) "Dibatalkan atau ditiadakan makna atau maksudnya yang sebenar".4 Atau dengan kata lain, wajib mengakui dan menetapkan semua nama, sifat dan zat Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah tanpa sedikit pun penafian, penyimpangan, penyerupaan dan penentuan bentuk atau hakikatnya. Semua penjelasan ini berdasarkan kepada dalil yang mengharamkan takyif, tamsil, tahrif atau ta'til iaitu firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
. Lihat: ‫ا ﺡ‬ ‫ا‬ ‫ا د‬ ‫ .ا ل ا‬Hlm. 17. Taqdim Soleh bin Fauzan al-Fauzan. Tulisan Abdulrazzak bin Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr. Cetakan pertama. 1417H/1997M. Dar Ibn Affan. 2 . Lihat: ‫اد ا ﺡ‬ ‫ ا ل ا‬hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali. 3 . Lihat: ‫ا‬ ‫ﺹ ت ا وا‬ ‫ ا ا ا‬hlm. 7. Muhammad bin Soleh bin 'Uthaimin. 4 . Lihat: ‫اد ا ﺡ‬ ‫ ا ل ا‬hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani.
1

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

87

.ُ ْ ِ َ ْ ‫ِ ْ ُ ا‬

‫َ ْ َ آ ِ ْ ِ ِ َ ْ ٌ وه َ ا‬ َُ ‫ء‬ َ

"Tidak ada sesuatupun (makhluk) yang serupa (setara/setanding/sekufu) dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (As-Syura, 42:1) Ayat ini mengandungi dua penegasan iaitu: Pertama: Membatalkan akidah kelompok yang menyerupakan sesuatu (makhluk) dengan Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Kedua: Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat, ini merupakan pembatalan atas kelompok yang menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah serta yang menyelewengkannya. Sesungguhnya kita wajib menthabitkan (menetapkan) bagi Allah setiap nama dan sifat yang telah tertera di dalam al-Kitab (al-Quran) dan telah diperjelas di dalam asSunnah sebagaimana yang layak dengan kebesaran Tuhan kita.5 Seterusnya menafikan secara global semua nama dan sifat yang dinafikan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala bagi diriNya sendiri dan yang dinafikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Sesungguhnya beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya adalah satu dari beberapa rukun iman terhadap Allah, iaitu beriman dengan kewujudan Allah Ta'ala, sama ada rububiyahNya, uluhiyahNya dan seterusnya dengan zat, nama-nama dan sifat-sifatNya.6 Kita wajib beriman bahawa Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Dia berkata-kata pada bila-bila masa yang Dia kehendaki, dengan siapa dan apa yang Dia kehendaki. Dia bersemayam di atas 'ArasyNya dengan persemayaman yang layak bagiNya sebagaimana firmanNya:7
‫ا ﺡْ َ ُ ََ ا ْ َ ْش ا ْ َ َى‬ ِ َ

"(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arasy".

(Taha, 20:5.)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah pula memberi takrif Asma ul-Husna ialah: "Asma ul-Husna mafhumnya ialah Asma (nama-nama) yang dengannya (menggunakan nama tersebut) Allah diseru. Iaitu nama-nama yang telah disebut di dalam al-Kitab dan as-Sunnah dan nama-nama tersebut menunjukkan pujian ( ‫8.")ا‬

5

. Lihat: ‫اد ا ﺡ‬ ‫ ا ل ا‬hlm. 35. Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali al-Yamani al-Wasabi al-'Abdali. 6 . Ibid. 7 . Ibid. 8 . Lihat: ‫ة اﺹ‬ ‫ ح ا‬Hlm. 5. Ibn Taimiyah.

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

88

Menurut penjelasan para ulama akidah dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj salaf, bahawa tiap-tiap nama Allah (Asma' ul-Husna) semuanya menunjukkan (mengandungi) sifat-sifat Allah yang sempurna yang hanya dimiliki oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Tauhid (asma dan as-sifat) dalam penilaian agama adalah yang tertinggi dan terpenting. Tidak mungkin seseorang dapat menyeru dan beribadah kepada Allah dengan sempurna sehinggalah dia mengetahui (mengenali dan berilmu tentang) nama-nama Allah dan sifat-sifatNya supaya mengibadahiNya (atau memohon dan menyeruNya, pent.) dengan basirah (ٌ َ ِ َ ) "dengan berpandukan ‫ة‬ 9 kepada hujjah". Allah berfirman:
. َ ِ ُ ْ ُ ْ‫وِ ِ اْ َ ْ َ ء ا ْ ُ ْ َ َ د‬ ُ َ

"Hanya milik Allah Asma-ul Husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma-ul Husna". (Al-A'raf, 7:180. ) Di ayat ini dijelaskan dua bentuk permohonan atau seruan, iaitu: (1) Permohonan atau seruan untuk mengatasi apapun masalah ( ‫ )د ء ا‬yang dipohonkan melalui nama-nama Allah yang husna yang sesuai dengan apa yang menjadi masalah, seperti bermohon: "Ya Gahafur (Pengampun) ampunkanlah dosa-dosaku, Wahai Yang Penyayang! Sayangilah aku, Wahai yang Memelihara! Maka peliharalah aku dan sebagainya". (2) Permohonan atau seruan (berdoa) yang berbentuk ibadah (‫ )د ء ا دة‬iaitu mengibadahi Allah dengan penyempurnaan nama-namanya, seperti memulakan bertaubat kepadaNya kerana meyakini hanya Dialah Penerima taubat, berzikir dengan lisan kerana dia Maha mendengar, beribadah dengan seluruh tubuh badan (‫ارح‬ ) kerana Dia melihat (ibadah seseorang) dan takut kepadaNya dengan berterang-terangan dan bersembunyi kerana Dia Latif al-Khabir.10 Kita tidak boleh menyembah zat yang tidak kita kenal dan ketahui (majhul), tetapi kita telah diwajibkan agar menyembah hanya kepada Allah yang kita kenal dan ketahui melalui asma (nama-namanya) yang baik dan sifat-sifatNya yang sempurna yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tauhid jenis ini telah dikhabarkan dan dijelaskan oleh Allah 'Azza wa-Jalla melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad salallahu alaihi wa-sallam. Tauhid inilah yang diistilahkan sebagai tauhid az-zat, asma' dan as-sifat oleh ulama tauhid. 6.11 DALIL-DALIL TENTANG SIFAT (MUTASYABIHAH & MUHKAMAH) Adapun ayat-ayat al-Quran yang memperkatakan tentang kaifiyahnya (bagaimananya) sifat-sifat Allah Subahanahu wa-Ta'ala, maka ia termasuk ayat-ayat yang mutasyabihat. Adalah mustahil seseorang itu boleh mengetahui kaifiyah (bagaimananya) sifat-sifat Allah kerana perbincangan tentang sifat-sifat Allah
9

. Lihat: ‫ا‬ bin 'Uthaimin. 10 . Ibid.

‫ﺹ ت ا وا‬

‫ا‬

‫ ا ا‬hlm. 7 Muhammad bin Soleh

Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 ©

89

menta'til atau memperbincangkan panjang lebar ayat-ayat seperti ayat di atas yang memperkatakan tentang sifat Allah. mereka tidaklah pula menggunakan hawa nafsu. Dalam masalah ini terkandung makna yang jelas (zahir) iaitu makna yang sememangnya telah dikenal dan dimafhumi maksudnya dalam ungkapan Bahasa Arab. tidak seorang pun yang mengetahui hakikat sifat-sifat Allah kecuali Dia.ْ َ ‫ا ِ ُوْه آ َ ﺝ‬ َ َ َ َ "Mereka (para ulama Salaf as-Soleh) menerimanya (menjalankannya) sebagaimana yang didatangkan". (At-Taubah.ُ ْ ِ َ ْ ‫ِ ْ ُ ا‬ ‫َ ْ َ آ ِ ْ ِ ِ َ ْ ٌ وه َ ا‬ َُ ‫ء‬ َ "Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Dia dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha melihat". melarikan dari mereka dari menta'wil (ٌ ْ ‫" ) َ ْو‬Menokok-nambah. 2:15. Kalangan ulama Salaf as-Soleh menerima ayat-ayat mutasyabihah sebagaimana yang dimaksudkan oleh ayat tersebut. Begitu juga.) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 90 . tidak ditakyif (ٌ ْ ِ ْ َ ) "Bertanya bagaimana atau Kenapa". 42:15. Oleh sebab itu ayat-ayat yang memperkatakan tentang sifat-sifat Allah diperlakukan sebagaimana halnya.) Para ulama Salaf as-Soleh tidak menta'wil.termasuk dalam urusan ghaibiyah dan cabang dari memperkatakan tentang zat Allah. ia tidak boleh dita'til ( ) "Ditolak atau dibatalkan" kerana ta'til samalah seperti menolak sifat-sifat tersebut. (As-Syura.ْ ِ ِ ‫ا ُ َ ْ َ ْ ِئ‬ ُ َ "Allah mengejek mereka". Mereka berpegang teguh dengan firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala: .) "Allah mengejek mereka".ْ ُ ْ ِ ُ ‫َ ِ َ ا‬ (Al-Baqarah. Antara contoh ayat yang dianggap mutasyabihat ialah firman Allah: . perasaan atau pemahaman akal fikirannya sendiri tentang ayat-ayat serupa itu. . hanya mereka menerima sebagaimana yang dimaksudkan oleh al-Quran dan mereka juga sepakat mengatakan: . 9:79. Mengolah atau Membincangkannya" dan ayatِ ayat seumpama itu tidak dita'til (ٌ ْ ِ ْ َ ) "Dibatalkan atau Ditolak". Mereka tidak bertanyakan bagaimana "Allah mengejek" dan mereka tidak pula menyerupakanNya dengan cara makhlukNya mengejek. Mereka menggunakan atau mengambil pemahaman yang benar dan selamat tanpa ditasybih (ٌ ْ ِ ْ َ ) "Penyerupaan atau Diserupakan". Adapun ayat-ayat yang bersangkutan dengan makna atau maksudnya ia termasuk dalam ayat yang muhkamah.

dihina dan diremehkan sehingga penyandangnya tak ubah seperti binatang. Sememangnya al-Quran adalah nas dan wahyu yang datangnya dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Golongan Muktazilah sering menta'wil ayat-ayat syara dengan menggunakan akal fikiran atau hawa nafsu mereka. Tajuk: ( ‫ا ا‬ ‫ى وﺡ ج ا‬ ‫ا‬ ‫ ) ل ا‬Dr. melihat dan lain-lainnya.11 Yang jelas akal manusia tidak maksum. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 91 . 6. oleh kerana itu akal tidak boleh mencabuli nas. Sulaiman al'Ayad.ٌ ْ ِ ‫َا ُ َ ِ ﺡ‬ َ ‫و‬ "Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun". hlm. 38.Ayat di atas ini di samping menyatakan tidak serupanya sifat dan zat Allah dengan sifat dan zat makhlukNya. Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut Asma ul-Husna (nama-nama yang baik) dan sifat-sifat Allah (‫ت‬ ‫ء وا‬ ‫ )ا‬ialah firman Allah: . disekufukan. menghidupkan dan sifat-sifat keAgunganNya yang tidak serupa dengan sifat makhlukNya. Sedangkan dalam pandangan Islam akal tetap dimuliakan tetapi diletakkan pada tempatnya yang sesuai dan layak. Atau menafikan kuasaNya seperti kuasa memberi rahmat. perbuatan seperti ini adalah fasad.12 NAS-NAS ASMA UL-HUSNA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH Mengingkari Asma ul-Husna dan sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan di dalam alQuran dan hadith-hadith Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam yang sahih.) 11 . sedangkan alQuran pula adalah mukjizat atau Kalam Allah yang sama sekali tidak boleh disamakan dengan kekerdilan akal manusia. Lihat: Majalah al-Bayan No. (Al-Baqarah. ia juga merupakan tanzih (pensucian dan pengukuhan mengenai diriNya yang sesuai dengan keAgunganNya). 2:263. Amat jelas di ayat ini tidak ditanyakan bagaimana sifat Allah yang "Maha Mendengar" dan "Maha Melihat" di samping tidak disetarakan. dan akal juga dari Allah. Para ulama Salaf as-Soleh menolak penta'wilan golongan Muktazilah yang menta'wilkan sifat Allah "Maha Mendengar" dan 'Maha Melihat" kepada makna "Ilmu". mematikan. merupakan bahagian dari perkara yang membatalkan iman. kerana ta'wil seperti ini telah menolak dan membatalkan makna dan maksud yang hak (makna dan maksud yang sebenar). meniadakan sifat Allah yang sempurna seperti hidup. 6. mendengar. malah pada hakikatnya akal sentiasa memerlukan bantuan nas yang didatangkan oleh penciptanya. ia serba kekurangan dan terbatas kemampuannya. disetandingkan atau disamakan sifat Allah tersebut dengan sifat makhlukNya. kerana akal itu makhluk yang terhad daya kemampuannya. tidak meninggikan dan mensucikannya sehingga menjadi sesuatu yang dipertuhankan (disembah). kerana di ayat mulia ini dinyatakan juga tentang sifat Allah yang "Maha Mendengar" dan "Maha Melihat". tidak juga direndahkan. akan tetapi akal wajib tunduk kepada al-Quran sebagai nas. Misalnya.

33:39. 4:81. .) . ً ْ ِ ‫وآ َ ِ ِ ﺡ‬ َ ََ (An-Nisa’.) "Dan cukuplah Allah menjadi Pelindung".ٌ ْ ِ ‫َ ْ ء ﺡ‬ َ ٍ ‫ِن ر ْ َ َ آ‬ ُ َ ‫ا‬ "Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu". .‫ا ُ آ ن َ ِ ْ ً َ ِ ْ ًا‬ َ َ "Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa".‫ِن ا َ آ ن َ ِ ْ ً ﺥ ِ ْ ًا‬ َ َ َ ‫ا‬ (Fathir. 11:73. 9:117. . 4:23.‫وآ َ ِ ِ َ ِ ْ ًا‬ ََ (An-Nisa'. .) "Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Terpuji lagi Maha Pemurah". .ٌ ْ ِ َ ٌ ْ ِ ‫ا ُ ﺡ‬ َ ِ (Hud. ً ْ ‫ِن ا َ آ ن َ ُ ْ ًا رﺡ‬ ِ ‫ر‬ َ َ ‫ا‬ (An-Nisa’. 33:34. (Al-Ahzab.) "Cukuplah Allah yang Mengakuinya". 11:57.) .‫ِن ا َ آ ن َ ِ آ ِ ْ ًا‬ َ َ َ ‫ا‬ (An-Nisa’.. .ٌ ْ ِ ٌ ْ ِ َ ْ ‫ِن ر‬ َ ‫ا‬ (Al-Ahzab. 35:44.) "Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa hambaNya)".) "Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengasih lagi Maha penyayang kepada mereka". . (At-Taubah.) "Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui".ً ْ ‫وآ َ ِ ِ وآ‬ َِ ََ (An-Nisa’.) "Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat perhitungan". 4:166. .) "Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 4:34. ً ْ ِ ‫ِن ا َ آ ن َ َ ْ ُ ْ ر‬ َ َ َ ‫ا‬ "Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".) "Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar". . 4:1. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 92 .ٌ ْ ‫ا ُ ِ ِ ْ رؤوْ ٌ رﺡ‬ ِ ‫َُ ف‬ ِ (Hud.

(Al-Baqarah. maka dia adalah seorang yang kufur terhadap al-Quran dan dianggap orang yang terkeluar dari millah Islamiyah.) . Yang Zahir dan Yang Batin.) Dengan keterangan dari dalil-dalil di atas.ٌ ْ ِ َ ‫َ ْء‬ ٍ ُ ِ َ ‫ه ُ َا ْ َ ِ ُ وه‬ َُ ‫ِ و‬ ‫ه َ اْ َول واْ َﺥ ُ َا‬ ‫ُ َ ِ و‬ ُ "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir. (Al-Hadid. Lihat: ‫ت رب ا‬ ‫ا ﺙ ت وا‬ hlm. َ ْ ُ ْ ‫ا ْ ُ ْ ِ ُ ا ْ ُ َ ْ ِ ُ ا ْ َ ِ ْ ُ ا ْ َ ر ا ْ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ن ا ِ َ ُ ْ ِآ ْن . sebagaimana perbuatan mereka yang meminta pertolongan (menyeru/berdoa) kepada selain dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Yang Maha Sejahtera.ٌ ْ َ َ ‫ا ُ ا َ َ ا ه َ ا ْ َ ا ْ َ ْم َ َ ْﺥ ُ ُ ِ َ ٌ و‬ ‫َ م‬ ُ ُ ُ ِ ِ َ (An-Nisa'.) "Allah.) ‫ه َ ا ُ ا ِيْ ا َ َ ا ه َ َ ِ ُ ا ْ َ ْ ِ َا َ دة ه َ ا ﺡْ َ ُ ا ﺡ ْ ُ . amat jelas bahawa sesiapa yang mengingkari sifat-sifat Allah dan Asma ul-Husna. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ه َ ا ُ ا ِيْ ا َ َ ا ه َ ا ْ َ ِ ُ ا ْ ُ وْس ا َم‬ ُ ُ ُ ِ ِ ُ ِ ُ َِ ‫و‬ ُ ِ ِ ُ . Dialah Allah Yang Mencipta. Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah/diibadahi) selain Dia. menyeru atau berdoa kepada orang yang telah mati. Yang Maha Kuasa. Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik". 59:22-24.) . selain nama-namaNya atau sifat-sifatNya. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 93 . kerana menurut sabda Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam: "Doa itu adalah ibadah". 6. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah/diibadahi) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya)". SIFAT-SIFAT & ASMA UL-HUSNA Sesiapa yang berbuat syirik terhadap zat dan sifat-sifat Allah. kerana sekalian makhluk terutama jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk beribadah 12 . 7. Ridza bin Nu'san. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. . (Al-Hasyr. 57:5. Misalnya. Syara telah mengharamkan beribadah kepada selainNya. ً ْ ِ ‫َ ْء‬ ٍ ‫ا ُ ََ آ‬ ُ َ "Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu". sebagai contoh: Meminta. Yang Maha Perkasa. Raja Yang Maha Suci. 2:255. dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu". ه َ ا ُ ا ْ َ ِ ُ ا ْ َ رئ ا ْ ُ َ ر َ ُ اْ َ ْ َ ء ا‬ ُ ُ ُ ِ ُ َ ُ َ ُ "Dialah Allah Yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah/diibadahi) selain Dia. 11:61. Yang Membentuk Rupa. Yang Mengadakan. maka perbuatan ini nyata suatu kesyirikan terhadap Allah. ianya akan mengakibatkan berlakunya kesyirikan dalam akidah dan ibadah.(Hud. 4:85.13 SYIRIK TERHADAP ZAT. Yang Memiliki segala KeAgungan.12 Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ibadah itu hanya untuk Allah subhanahu wa-Ta'ala sahaja.

6.) Orang-orang yang berdoa.‫و َ ﺥ َ ْ ُ ا ْ ِ واْ ِ ْ َ ا ِ َ ْ ُ ُوْن‬ ِ ِ َ َ َ "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 94 . jin.‫و َ ارْ َـ ْ َ ِ ْ َ ْ ِ َ ِ ْ ر ُـ ْل ا ُ ْﺡ ا َ ْ ِ ا ُ َ ا َ َ ا ا َ َ ْ ُ ُوْن‬ ِ ِ ِ َ ِ ِ ٍِ َ َ َ "Tiada Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!) melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan. Sudah Cukup Bagi Kita Apa Yang Telah Cukup Bagi Rasulullah SAW Dan Sahabat-Sahabatnya” Firman Allah SWT: Maksudnya: "Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: kami beriman dengan semuanya (ayat-ayat yang mutasyabihat) dari Tuhan kami. rasul. maka perbuatan seperti itu telah membawanya kepada kesyirikan. Kita Jangan Cuba Mendedahkan Khilaf Di Antara Ulama’ Dalam Masalah Itu. Pendapat Al Imam Asy Syahid dalam hal ini adalah benar dan bersandarkan Al Kitab dan Sunnah. Walaupun pada lahirnya tidak kelihatan sesuatu yang batil tetapi hakikatnya pada iktikad (kepercayaan) si penyeru ada keyakinan yang tidak disedarinya. memohon atau menyeru malaikat.hanya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan tidak boleh menyembah yang lain. roh-roh ghaib atau roh orang-orang yang dianggap suci yang telah mati seperti roh para nabi. iaitu mensetarakan zat atau sifat Allah dengan sifat makhluk yang dipohoni doa atau yang diseru. ) . Ayat-Ayat Sifat Dan Hadith-Hadithnya Yang Sahih Dan Penyerupaan Yang Layak Dengannya.2 MANHAJ AQIDAH SALAF DAN KHALAF Usul 20 Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (Usul ke-10) “Mengenal Allah SWT. 51:56.21 KETERANGAN Dalam usul ini Al Imam Asy Syahid menjelaskan kedudukan Tauhid dalam aqidah Islam sambil menerangkan jalan tengah dalam ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih. Firman Allah: . Bagi Allahlah kepujian dan pemberian. (Al-Ambiya'. 21:25. Kita Beriman Dengannya Sebagaimana Ia Datang Tanpa Takwil Dan Ta’til. kecuali Aku. wali atau orang-orang yang dianggap soleh. (Adz-Dzariyat. (Ali Imran : 7) 6. Mentauhid Dan MenyucikanNya Adalah Setinggi-Tinggi Akidah Islam. maka oleh sebab itu sembahlah Aku".

Iktikad kesempurnaan Allah dari sebarang kekurangan. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Makrifah dengan yakin. (Al An ‘aam: 8l-82) Kerana itulah Allah SWT memerintahkan dengan Tauhid sebelum perkara lain.6. Sudut-sudut aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah. 2. 4. Apakah yang menghidupkan umat Islam setelah mati? Apakah yang membangunkan mereka setelah tidur? Apakah yang menyemarakkan mereka setelah padam? Apakah yang memberikan mereka kekuatan setelah dihina? Apakah yang menjadikan mereka pemimpin umat-umat setelah mereka adalah gembala-gembala kambing? 6. Sebaliknya tanpa iman beliau menjadi resah dan tiada pegangan. maka saya nyatakan secara ringkas. tiada sekutu bagi-Nya. bukannya lintasan fikiran.22 KETINGGIAN KEDUDUKAN TAUHID Sudut-sudut pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam. 3. (As Syura: 11) Oleh kerana ruangan ni tidak mengizinkan keterangan secara terperinci. Dalam hal ini Allah berfirman: Maksudnya: "Katakanlah: Dialah AIlah Yang Maha Esa. Tauhid yang benar tanpa ragu-ragu kepadanya. 2. seseorang itu mendapat ketenangan. Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan. kemuliaan. 1. Itulah iman dengan Allah yang Esa.” (Muhammad: 19) Kewajipan Muslim terhadap aqidah yang tertinggi ini merangkumi tiga perkara: 1. keamanan dan kerehatan. Allah berfirman: Maksudnya: "Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). 5. Allah berfirman: Maksudnya: “Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah. Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk .” (Al lkhlas: 1-4) "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tiada seorang pun yang setara dengannya. 3. 95 Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © .

memporak-perandakan saf-saf dan menyia-nyiakan waktu iaitu sifat-sifat yang terdapat perbahasan di kalangan salaf dan khalaf seperti: Mata. 6. namun ia meluaskan perbahasan untuk menyibukkan orang yang mampu mencapai dan yang tidak mampu mencapainya. Para pembahas membuat ketetapan. Di sisi orang yang memegang ta’til Allah SWT tidak bercakap. Beriman dengan sifat-sifat tanpa takwil dan ta’til adalah mazhab salaf yang lebih arif. para pembahas tadi tidak ada pada mereka melainkan: Taksub dan melampaui batas kesucian. 2. Alangkah baiknya kalau perbahasan ini ditentukan oleh ahli ilmu. tidak melihat dan seumpamanya. sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat dan hadis-hadith-hadith sifat. Al-Imam Asy-Syahid pada zamannya melihat pendirian-pendirian ini yang menimbulkan belas kasihan. jari-jari. Ta’til pula bermakna menafikan madlul-madlul (maksud-maksud yang didalilkan) lafaz yang menyifatkan Allah secara mutlak. turun dan seumpamanya. 3. Perkara tadi telah melampaui batas dan menimbulkan perbahasan yang panjang. Alangkah baiknya kalau perbahasan ini diadakan selepas selesai dari membahaskan perkara-perkara utama yang disepakati bersama.Pendirian Terhadap Sifat-sifat Allah SWT: Setiap Muslim wajib menthabitkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Tuhannya dan menyucikan-Nya dari sebarang kekurangan. Di sana terdapat sifat-sifat yang di sekitarnya timbul pertikaian pendapat yang lama.23 IMAN TANPA TAKWIL DAN TA’TIL Imam Asy Syahid telah membuat pendirian yang bijaksana. rnemecahkan hati-hati. bijaksana dan lebih selamat. Yang peliknya. tidak mendengar. Mazhab salaf memegang makna ini mengikut makna yang layak dengan kebesaran Allah dan tidak memberatkan diri dengan makna-makna yang jauh dan sampingan tanpa keperluan. Tanpa takwil maksudnya tanpa memalingkan maknanya yang rajih lagi hampir kepada yang marjuh lagi jauh tanpa kaitan yang mewajibkannya. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 96 . 1. Umat Islam telah membuat beberapa pendirian terhadapnya sejak dahulu hingga sekarang. tangan. Beriman dengannya tanpa takwil dan ta’til. setengahnya kadang-kadang mengkafirkan setengah yang lain. Maka maknanya yang dekat sudah maklum dalam fikiran. Menjauhkan diri dari menyebut perselisihan ulama’ padanya.

manusia terbahagi kepada 4 golongan: 1. kalaulah tidak kerana takutkan meleret-leret. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan.24 MENAHAN DIRI DARI PERTELINGKAHAN ULAMA’ Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Manusia juga tidak boleh hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri. (Ali Imran: 7) Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi ringkas kepada usul ini. Bahkan itulah kebijaksanaan.6. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang menunjukkan kepada sifat. ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 97 . tangan atau tangantangan seperti tangan mereka. nescaya saya sebutkan kalamnya [iii]. kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’ [i] dan manusia berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Apa yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang terkemuka dalam hal ini. beliau berkata: Dalam masalah ini. Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak. maka mereka pun menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk. Al-Imam Asy-Syahid datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja. Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan. Perselisihan ini memberi kesan kepada kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya [ii] . Jika tidak. semuanya itu di sisi Tuhan kami”. Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini. Beliau telah meminta agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah mengetahuinya secara ringkas (ijmal). Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah: Maksudnya: “Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat.

Pendapat Salaf Tentang Ayat-ayat Sifat Dan Hadith-hadithnya Golongan salaf mengatakan: “ Kita beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith ini sebagaimana ia datang (secara zahir) dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT.seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua itu. 3. mata. Saya rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini. Sesetengahnya pula menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. ketawa. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh berlaku melainkan dengan menggunakan anggota. tidak mendengar dan tidak melihat.” Al-Iraqi berkata: “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim. kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap. sedangkan anggota wajib dinafikan dari Allah SWT. Mereka mentsabitkan tangan. Lebih-lebih lagi kita telah ditegah daripada perkara tersebut dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: “berfikirlah kamu tentang kejadian Allah. Mereka adalah golongan Mujassamah dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata mereka tidak benar langsung.. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan firman Allah yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. takjub. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka Al-Jahmiyyah. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan berpura-pura mensucikanNya.” (Al-Ikhlas: 1-4) 2. Lihatlah kata-kata mereka tentang hal ini. Begitu juga Abu Syaikh. bersemayam. Allah tidak bercakap. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya. Sesungguhnya kamu tidak dapat mencapainya. Jangan kamu berfikir tentang zat Allah. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 98 . Tinggal lagi dua pendapat di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf dan pendapat khalaf.. mendengar dan melihat tanpa anggota (pancaindera). Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Mereka semua menafikan persamaan (serupa) di antara Allah dan makhluk. dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura: 11) “Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Kita serahkan kepada Allah untuk meliputi makna tersebut dengan ilmuNya. dan lain-lain dengan makna-makna yang tidak dapat kita kesan. dalam kitab Al-Hilyah dengan isnad yang dhaif dan juga oleh Al-Asbahani dalam kitab At-Targhib wa AtTarhib dengan isnad yang lebih sahih darinya.

Sedangkan Nabi SAW adalah makhluk. Ketahuilah mudah-mudahan kamu dikasihi Allah. Kita tidak boleh membebankan diri dengan sifat lain. ia telah terkeluar dari jalan Nabi SAW dan telah memisahkan diri dari jamaah kerana mereka semua (jamaah) tidak menyifatkan dan tidak menafsirkannya. Maka bagaimanakah boleh kita bandingkan pula Pencipta yang tidak serupa dengan sesuatu pun? Abu Bakar Al-Athram. Kemudian disudahi dengan katanya: “apa yang disifatkan oleh Allah terhadap diriNya dan dinamakan dari lisan RasulNya. Mereka hanya memberi fatwa dengan apa yang ada di dalam Kitab dan Sunnah kemudian mereka diam”. tanpa sifat. kita namakannya sebagaimana yang Dia namakan. Al-Barra’ berkata : “tanganku lebih pendek dari tangan Rasulullah SAW”. telinganya atau tangannya. Al-Barra’ tidak suka (benci) untuk menyifatkan tangan Rasulullah SAW kerana menghormatinya. Abu Amru’ At-Tolamanki dan Abu Abdillah Ibn Abi Salamah Al-Majishun telah meriwayatkan kalam yang panjang tentang makna ini. Kita tahu bahawa apa yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW adalah benar jika sanad-sanadnya sahih. Kita tidak menolaknya sedikit pun. Kita tidak menolak firman Allah dan tidak menyifatkanNya lebih dari apa yang Dia sendiri sifatkan dirinya tanpa had dan kesudahan. bahawa Al-Ismah [iv] dalam agama tidak selesai di tempat kamu habis dan kamu tidak melebihi apa yang telah dihadkan Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 99 . Kemudian Malik menambah lagi: “tidaklah kamu mendengar kata-kata Al-Barra’ ketika beliau menceritakan bahawa Nabi SAW telah mengorbankan empat ekor korban sambil Al-Barra’ mengisyaratkan dengan tangannnya sebagaimana Nabi SAW lakukan. Firman Allah: Maksudnya “Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya” (Al-Ikhlas: 4) Barmalah bin Yahya meriwayatkan sambil berkata: “ aku mendengar Malik bin Anas berkata : sesiapa yang menyifatkan sesuatu dari zat Allah seperti. Al-Khalall menyebut di dalam kitab As-Sunnah dari Al-Hanbal menyebut hal ini dalam kitab-kitabnya seperti kitab As-Sunnah Wal Mihnah. Abu Hanifah RA berkata: “Seluruh fuqaha’ baik di timur dan barat telah bersepakat tentang (wajib) beriman dengan Al-Quran dan hadithhadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tsiqah dari Rasulullah SAW tentang sifat Tuhan. tanpa tafsir. anggota-anggota tersebut hendaklah dipotong darinya kerana dia telah membandingkan Allah SWT dengan dirinya. tanpa bandingan. dan seperi firmanNya yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Melihat” lalu dia mengisyaratkan kepada matanya. Bukan itu dan bukan ini dan kita tidak boleh mengingkari dengan apa yang disifatkanNya serta tidak membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan”.Abu Al-Qasim Al-Lalika’ie di dalam kitab Usul As-Sunnah meriwayatkan dari Muhammad bin Al-Hassan. Al-Hanbal berkata: “ aku bertanya Abu Abdillah tentang hadith: “sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia” dan hadith “sesungguhnya Allah melihat” dan hadith “sesungguhnya Allah meletakkan kakinya” serta hadith-hadith yang seumpama ini?” Maka Abu Abdillah menjawab: “kita beriman dengannya dan membenarkannya tanpa cara dan maknanya. firman Allah yang bermaksud “tangan Allah terbelenggu” lalu dia mengisyaratkan tangannya ke tengkuknya. Sesiapa yang menafsirkan tentang perkara itru pada hari ini.

dan orang-orang yang meninggalkan dari menyebut sifat yang tidak disebut oleh Tuhan tidak mengingkari sifat yang dinamakan itu kerana ingkar dan tidak mencari-cari sifat lain yang tidak dinamakanNya kerana kononnya perbahasan yang mendalam kerana kebenaran ialah meninggalkan apa yang ditinggalkan dan menamakan apa yang dinamakan. Maka begitu juga hendaklah kamu memandang berat orang-orang yang membebankan diri menyifatkan Tuhan dengan apa yang tidak disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya. yang berhenti sekadar ilmunya. Jika kamu membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan oleh Tuhanmu tentang dirinya maka samalah seperti kamu mengingkari apa yang disifatkan olehnya. Perkara yang kamu makrifah dan hatimu tenang dengannya. maka janganlah bebankan diri untuk mengetahuinya dengan aqal kamu dan janganlah menyifatkannya dengan lidah kamu dan diamlah sebagaimana Tuhanmu diam tidak menyebutnya. 4. Apa-apa yang disebut oleh Rasulullah SAW bahawa Baginda menamakan sifat TuhanNya maka ia adalah sama dengan apa yang dinama atau disifatkan oleh Tuhan sendiri. Mazhab Khalaf Tentang Ayat-ayat Dan Hadith-hadith Sifat Tadi saya ada menyebut bahawa golongan salaf beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith sifat sebagaimana ia datang secara zahir dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT dalam keadaan mereka beri’tiqad bahawa Allah SWT suci dari sebarang persamaan dengan makhlukNya. Tidak sakit (rosak) hati seseorang muslim dengan menyebut sifat ini dan menamakannya daripada Tuhan.kepada kamu. Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya dan Kami masukkan ia ke dalam neraka jahannam dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”. Firman Allah: Maksudnya: “Sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. makruf itu dikenali dan mengingkari perkara mungkar serta dengan keingkaran mereka mungkar itu diingkari. Sebagaimana kamu memandang berat apa yang diingkari oleh orang yang mengingkari terhadap apa yang disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya. Demi Allah! Sesungguhnya telah menjadi mulia orang-orang Muslim yang mengetahui perkara-perkara makruf serta dengan pengetahuan mereka. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 100 . Perkara yang diingkari oleh dirimu dan tidak terdapat dalam Kitab dan Sunnah yang menyebut tentang sifat Tuhanmu. Sesungguhnya di antara dasar agama ialah mengetahui yang makruf dan mengingkari yang mungkar. Mereka mendengar apa yang disifatkan oleh Allah tentang dirinya di dalam KitabNya dan apa yang sampai kepada mereka tentang perkara yang seumpama itu dari NabiNya. Dan mengikut jalan yang bukan jalan orang mukmin. disebut dalilnya di dalam Kitab dan Sunnah dan ilmunya diwarisi oleh umat maka janganlah takut untuk menyebut dan menyifatkannya terhadap Tuhanmu tentang apa-apa yang disifatkan dirinya dan janganlah membebankan diri untuk menghadkan sifat tersebut. Mukmin tidak boleh mencari sifat-sifat atau nama yang lain dari apa yang disebut oleh Tuhan. Orang-orang yang mendalam ilmunya. (An-Nisa’: 115) Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada kita semua hikmat dan menjadikan kita orang-orang salih. yang menyifatkan Tuhan dengan sifat yang disifatkan oleh Tuhannya.

Begitu juga mereka berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Mereka mahukan wajahNya” iaitu mahukanNya. Para ulama’ tafsir berkata: Kekallah Tuhan kamu. Ad-Dhahhak dan Abu Ubaidah berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Setiap sesuatu binasa kecuali wajahNya” [vi] iaitu “melainkan Dia”. 2. Imam Al-Ghazali menyatakan pada juzuk pertama dari kitab Ihya’ Ulumiddin ketika membicarakan tentang nisbah ilmu zahir kepada ilmu batin dan bahagian-bahagian yang terdapat padanya zahir dan batin serta takwil dan tidak takwil: “. Beliau menyebut pada kitabnya satu fasal yang terpeinci untuk menolak pendapat mereka yang berkata bahawa berpegang kepada zahir ayat dan hadith adalah mazhab salaf.. Bahagian ketiga: Sesuatu perkara itu kalau disebut secara soreh (nyata) akan difahami tanpa terjadi apa-apa mudarat. Beliau telah berdalil terhadap kata-katanya dengan dalil-dalil yang banyak yang tidak ada ruang untuk saya menyebutnya di sini. Tetapi ia dikinayahkan [xi] secara isti’arah [xii] dan ramz [xiii] supaya lebih memberi kesan kepada hati pendengar. Ia tidak lain kecuali tambahan.. Di antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud : Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 101 . 3. Maka tampaklah kemestian menuju kepada takwil iaitu dengan kita tanggungkan lafaz-lafaz ini dengan makna sangat mengambil berat dan menjaga (mengawal)”. Zahir firman Allah maksudnya: “Dan supaya kamu diasuh di atas mataKu [ix]” bermaksud Nabi Musa AS berada di atas mata itu secara bersentuh (melekat) dan lebih tinggi dari mata itu. Kesimpulan dari kata-katanya ialah berpegang dengan zahir adalah tajsim [vii] dan tasybih [viii] kerana zahir lafaz ialah apa yang diistilahkan kepadanya tangan tiada makna sebenar yang lain kecuali anggota dan begitulah seterusnya”. Bertsabitkan beberapa biji mata (mata-mata) pada satu muka adalah amat jelek. Perkara ini tidak boleh diterima oleh orang-orang yang beraqal. Fakhruddin Ar-Razi berkata di dalam kitabnya Asas At-Taqdis: “Ketahuilah bahawa nas-nas Al-Quran tidak boleh dipegang secara zahir kerana beberapa perkara: 1. tangan dengan makna kekuasaan. Mereka mula mentakwilkan wajah dengan makna zat. Beliau juga berpendapat bahawa menamakan ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut sebagai ayat-ayat dan hadith-hadith sifat adalah nama yang direka-reka dan tidak terdapat di dalam Kitab dan Sunnah dan bukan hakikat. Saya menyatakan diri sini contoh kata-kata mereka: Abul Faraj bin Al-Jauzi Al-Hanbali berkata di dalam kitabnya Menolak Syubhat Persamaan: “Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kekallah wajah Tuhanmu” [v] . Firman Allah maksudnya: “Buatlah kapal itu dengan mata-mata Kami [x]” bererti alat-alat untuk membuat kapal tersebut ialah mata itu sendiri. dan begitulah seterusnya untuk lari persamaan dengan makhluk.Golongan khalaf pula berkata: “ Kami beriman bahawa makna-makna lafaz ayat-ayat dan hadith-hadith ini bukanlah dikehendaki secara zahir bahkan ia adalah majaz (kiasan) yang tidak ada halangan untuk mentakwilkannya.

Dua jalan ini menjadi tempat khilaf yang hebat di kalangan ulama’ ilmu kalam yang terdiri dari pemimpin-pemimpin muslimin. Dari segi aqalnya. bukan rupa bentuk. Keterangan lanjut bolehlah dilihat dari perkara-perkara berikut: 1.25 DI ANTARA SALAF DAN KHALAF Saudara telah tahu bahawa mazhab salaf dalam ayat-ayat dan hadith-hadith sifat ialah berpegang kepada apa yang zahir tanpa menafsir atau mentakwilkannya. kita tidak bertemu dengan sebarang jari. Rahsia ini diketahui bahawa ia adalah bukan zahir. 6. tidak akan membawa kepada garis penamat melainkan natijah yang satu iaitu menyerahkannya kepada Allah. Jadi sesiapa yang mengangkat kepalanya sebelum imam. Masing-masing golongan memperkuatkan mazhabnya dengan hujah-hujah dan dalil-dalil. maka kepalanya sudah menjadi kepala himar dari segi makna dungu dan bodoh iaitu secara maksudnya. Namun dari segi makna memang ada kerana kepala kaldai tidak berlaku secara hakikat rupa bentuknya. Begitu juga dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “tidaklah orang-orang mengangkat kepalanya sebelum imam takut kalau Allah menukarkan kepalanya menjadi kepala kaldai [xv]” Perkara itu dari segi gambarannya tidak berlaku sama sekali. Kalau saudara kaji perkara ini. nescaya saudara akan dapati bahawa jarak khilaf di antara dua golongan tersebut tidak akan menjadi khilaf yang hebat kalau kedua-dua belah pihak meninggalkan sikap melampau dan berlebih-lebih. Kamu dapat lihat bahawa kawasan masjid tidak menegcut kerana kahak. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 102 .” Kami juga menyebutkan huraian ini pada tempat lain dalam perbahasan ini dan apa yang kami sebutkan ini sudah memadai. menanggung secara zahir tidak boleh seperti sabda Nabi SAW maksudnya: Hati orang mukmin berada di antara dua jari dari jari-jari Tuhan yang Pemurah. Saudara juga mengetahui tentang khilaf yang hebat berlaku di antara dua pendapat ini sehingga membawa kepada kata-mengata dengan gelaran asabiyyah. bahkan secara khusus iaitu dungu dan bodoh. Kita akan terangkan kepada saudara tentang perkara ini Insya Allah. Dengan itu jelas kepada saudara tentang jalan salaf dan khalaf. Juga perbahasan dalam perkara-perkara seumpama ini sekali pun panjang. Kedua-dua golongan bersepakat bahawa Allah Maha Suci dari sebarang persamaan dengan makhluk. Mazhab khalaf pula mentakwilkannya mengikut makna yang sesuai dengan kesucian Allah SWT yang tidak ada bandingan di kalangan makhlukNya. Maka ketahuilah bahawa ia adalah kinayah bagi kekuasaan kerana ia lebih difahami tentang kesempurnaan kekuasaan Tuhan.” Kerana kalau kita periksa hati orang yang mukmin.“Sesungguhnya masjid mengecut dari kahak sebagaimana mengecutnya kulit di atas api” [xiv] Maknanya ialah: Roh masjid dalam keadaan ia dimuliakan dan membuang kahak di dalamnya adalah menghinanya. sama ada dengan dalil aqli atau syar’i.

Hakikat yang berhubung dengan zat Allah termasuk di dalam perkara ini. Sesungguhnya bahasa sekali pun luas tidak dapat meliputi perkara yang ahli-ahlinya tidak mengetahuinya dengan hakikat sebenarnya. Ini bermakna kedua-dua berpakat di dalam masalah tasybih (perbandingan). Ar-Razi di dalam kitabnya Asas At-Taqdis berkata: “Kemudian jika kita haruskan takwil bermakna kita bekerja sukarela dengan menyebut takwil-takwil tadi secara tafsil (terpeinci). Beliau ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Di antara takwil-takwil tersebut ialah pena’wilan beliau di dalam hadith yang bermaksud: “Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi. 3. Maka sebenarnya ia adalah satu khilaf yang tidak perlu dibesar-besarkan atau dibuat perbalahan.2. 6. Apabila perkara ini telah diakui. Sesungguhnya saya dapati pada Imam Nawawi.” [xvi] dan hadith yang bermaksud: “Hati Mukmin itu berada di antara kedua jari dari jari-jari Tuhan Yang Pemurah” [xvii]. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 103 . lebih membawa ke arah penakwilan untuk menjaga aqidah orang awam dari syubhat tasybih (membandingkan Allah dengan sesuatu). Kedua-dua pihak mengetahui bahawa lafaz itu diistilahkan untuk menerangkan apa yang ada dalam jiwa atau yang berlaku di bawah pancaindera yang bergantung kepada ahli-ahli bahawa dan pencipta istilahnya. Bagi Allahlah segala taufiq.26 TARJIH MAZHAB SALAF Kita meyakini bahawa pendapat salaf iaitu diam dan menyerahkan makna itu kepada Allah SWT adalah lebih selamat dan lebih utama diikuti bagi menghapuskan takwil dan ta’til. Lebih-lebih lagi salaf sendiri mengaitkan keharusan takwil dari segi akal dan syara’ dengan tidak bertentangan dengan mana-mana usul agama. Bahasa lebih dekat pada mendatangkan lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada hakikat-hakikat. Jika sekiranya saudara terdiri dari orang-orang yang diberi kebahagian oleh Allah dengan ketenteraman iman dan dilimpahi dadanya dengan kesejukan maka janganlah cari ganti yang lain. Menentukan makna bagi lafaz-lafaz ini secara khas adalah satu penipuan. sesuatu yang boleh mendekatkan jurang khilaf di antara dua pendapat tadi yang tidak meninggalkan peluang untuk berselisih dan bertengkar. Sesungguhnya setengah manusia yang berpegang kuat dengan pendapat salaf pernah beralih kepada takwil di beberapa tempat. ertinya salaf dan khalaf telah bersepakat tentang asal takwil dan titik khilaf di antara kedua belah pihak hanya terbatas kepada: Pihak khalaf menambah penentuan makna yang dikehendaki dari lafaz twersebut kerana kemestian menyucikan Tuhan. Pertelingkahan yang panjang di antara mereka dulu dan sekarang adalah tidak perlu kerana ‘dada Islam’ lebih lapang dari itu. Di sudut ini kami yakin bahawa takwil-takwil khalaf tidak boleh dihukumkan ke atas mereka dengan kufur dan fasiq.” [xviii]. Jika kita tidak benarkan pula bermakna kita menyerahkan ilmu tentangnya kepada Allah Taala. Kedua-dua belah pihak memutuskan bahawa yang dikehendaki dengan lafaz nasnas pada zat Allah Taala bukannya zahir sebagaimana yang diistilahkan kepada makhluk. Serta hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dapati bahawa diri Tuhan Yang Pemurah dari sebelah kanan. Ini adalah kanun am yang dirujuk kepadanya semua perkara mutasyabihat (kesamaran).

xiii. Namun perkara paling penting yang mesti disalurkan tumpuan Muslimin sekarang ialah menyatukan saf. Hud: 37 xi. RUJUKAN i. Aku (Az-Zubaidi). Ia adalah perkara mudah sebagaimana yang saudara nampak dan adalah yang dipegangi oleh sebahagian salaf. 5/266 iv. Az-Zubaidi berkata di dalam Syarah Al-Ihya’ : berkata Al-Iraqi : Hadith ini tidak ada asal di dalam Hadith marfu’ bahkan ia adalah kata-kata Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya. ix. Ar-Rahman: 37 vi. Mendakwa makna sebenar kepada sesuatu kerana melebih-lebihkan dalam perbandingan seperti: “saya bertemu singa”. Al-An’aam: 52 vii. Disebut secara kiasan. Taha: 39 x. muka surat 108 – 125. Pemeliharaan dari kesalahan dan dosa. Al-Fatawa: 3/343. menyatukan kalimah sedaya mungkin. Artikel ini adalah petikan buku Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim (Nadzarat fi Risalah At-Ta’lim) oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib. Diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Abdullah bin Umar RA. terbitan Pusta Media Budi. ii. Al-Fatawa: 12/237 iii. 691 xvi. Tanda atau isyarat.6. Di dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW melihat kahak di dalam masjid di arah kiblat seraya berkata: “mengapakah salah seorang daripada kamu mengadap Tuhannya lalu dia meludah di hadapannya? Adakah dia suka kalau ada orang mengadapnya lalu orang itu meludah mukanya?” xv. menyatakan bahawa Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq secara mauquf dari Abu Hurairah. Sila rujuk ilmu Balaghah. Mengatakan Allah ada bandingan.27 RUMUSAN KAJIAN INI Salaf dan khalaf bersepakat bahawa yang dikehendaki bukan zhir yang dikenali di kalangan manusia iaitu takwil pada keseluruhannya. Dialah sebaik-baik wakil [xix]. Jadi. Semoga dalam rumusan yang baik ini menjadi peringatan kepada orang yang mempunyai hati atau pendengaran dalam keadaan dia menyaksikan. Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwiyatkan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari hadith Abdullah bin Umar xvii. xii. Cukuplah kita dengan Allah. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 104 . Fathul Bari : 2/214 no. Setiap kedudukan mempunyai cara percakapan yang sesuai untuknya. khilaf ini hanya terbatas pada takwil lafaz dengan yang harus pada syara’. Sedangkan yang dimaksudkan ialah lelaki yang berani dan garang. Mereka juga bersepakat bahawa setiap takwil yang bertentangan dengan usul syariah tidak harus. Mengatakan Allah berjisim viii. v. xiv.

Majmu’ Rasa’il – Aqidah : 324 Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 105 . Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dari Hadith Abu Hurairah di dalam Hadith yang menyebut dengan maksud: “Aku dapati diri Tuhan kamu adalah dari sebelah kanan”. Rijalnya adalah thiqah.xviii. xix.

” (Surah al-Maidah. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa ramai dan kalangan manusia yang kufur yang kedua itu.7. Sesungguhnya manusia sangat suka meng-ingkarinya lagi tidak menghargai nikmat Allah. Firman AllahYang bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu untuk menentu bilangannya. Tidak Mahu Mengakui Bahawa Segala Rezeki Adalah Datang Dari Allah Orang yang sengaja tidak mahu mengakui bahawa rezeki yang diterima itu datang dari Allah adalah bertentangan dengan kalimah syahadat yang diucapnya (la illah ha illah) kerana orang yang melafazkan kalimah itu dengan sendirinya mengakui Allah (Allah sebagai pentadbir dan memberi rezeki).1 PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH Orang Islam yang melafazkan dua kalimah syahadat mestilah menjaga dan berlakunya perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya kerana orang yang bersyahadat adalah seperti orang yang berwudu'. ayat: 20) 2. Bertawakal dan Menyerah Diri Kepada Yang Lain Dari Allah Firman Allah yang bermaksud: “Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah.0 PERTEMUAN TUJUH 7. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat adalah seperti berikut: 1. ayat : 23) Bertawakal kepada Allah bukan bererti meninggalkan sebarang usaha tetapi yang dimaksudkan ialah bertawakal kepada Allah ialah menyerah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar." (Surah Lokman." (Surah Ibrahim. jika kamu benar orang yang beriman. demikianlah orang yang bersyahadat. selagi tidak berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya maka selama itulah ia dalam keadaan mukmin. Selagi ia tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wudu' nya maka selama itulah ia berada dalam keadaan suci. Allah menyuruh kita berusaha bercucuk tanam tetapi tidak Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 106 . ayat: 36) dan firman AllahYang bermaksud: "Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan telah melimpah kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan nikmatnya yang batin dalam pada itu ada antara manusia orang yang membantah dalam perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan kepada pengetahuan atau sebarang petunjuk.

hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam dan tidak sekutu baginya. 3." Firman AllahYang bermaksud: "Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah. Firman Allah Yang bermaksud: "Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan mencipta dan urusan pemerintahan. Firman Allah: Yang bermaksud: "Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku. Memberi Kuasa Kepada Selain Allah Untuk menetapkan sesuatu hukum sama ada halal atau haram atau memberi kuasa hakim kepada selain Allah sedangkan ia adalah kepunyaan Allah. Beramal Bukan Untuk Allah Segala pekerjaan yang dilakukan oleh manusia sama ada ia berupa duniawi atau akhirwi adalah untuk dinilai oleh Allah." (Surah al-An'am.seharusnya kita menaruh kepercayaan sepenuh kepada tanaman yang kita usahai itu tetapi kepercayaan sepenuhnya ialah kepada Allah yang memberi rezeki. zakat. ayat : 31) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 107 ." (Surah at-Taubah. dan amal ibadat itu tidak tertentu pada solat. haji malah setiap amalan yang dilakukan kerana Allah adalah ibadat." (Surah al-A'raf. puasa. ayat : 162-163) Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa apa bentuk pekerjaan yang dilakukan kerana Allah serta tidak berjangkit dengan ajaran Islam adalah dikira sebagai ibadat maka akan terkeluar dan erti ibadat ialah apa bentuk pekerjaan yang bukan khasatkah kerana Allah walaupun ia berupa ibadat seperti: a) Berkhidmat untuk negara (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk negara) b) Berkhidmat untuk masyarakat (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk masyarakat) c) Ilmu untuk ilmu (yang betulnya ilmu untuk diamal dan amal untuk Allah). 4. Dan seterusnya apa jua amalan pekerjaan yang memalingkan manusia dan berhadap kepada Allah adalah syirik. ayat : 54) dan firmannya: Yang bermaksud: "Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.

ayat 116) Dan firmanYang bermaksud: Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 108 . taatlah kamu kepada ALlah dan taatlah kamu kepada RasullAllah dan juga kepada ullul amri (pemimpin). Umat Islam di arah supaya mengikuti hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. menyerahkan segala urusan kepada Allah dan Rasulnya dan ketaatan kepadanya adalah di dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syara'. ayat 80) Dan mentaati pemerintah.Termasuk juga dibawah pengertian memberi kuasa menentukan sesuatu hukum ialah melalui dasar demokrasi berparlimen atau apa jua peraturan-peraturan untuk menentukan sesuatu hukum halal atau haram tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil dan al-Quran dan Hadith." (Surah An-Nisa." (Surah An-Nisa." (Riwayat Ahmad) Firman AllahYang bermaksud: "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah." (Surah al-An'am. ayat 59) Walau bagaimanapun. Ketaatan yang dizinkan oleh Allah ialah mentaati Rasulnya. mentaati pemimpin di syaratkan ia terlebih dahulu mentaati Allah. Adapun perkara-perkara yang dilarang oleh syara’ maka tidak harus di taati seperti tersebut di dalam hadith. ayat 18) 5. Memberi Ketaatan Kepada Selain Allah Tanpa Keizinannya Kerana perkataan " la illah ha illah " memberi erti: tiada tuhan yang di taati melainkan Allah. baginda bersabda Yang bermaksud: "Tidak harus mentaati makhluk dalam melakukan kemaksiatan terhadap Alkhalid (Allah). Firman Allah: Yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman. Firman Allah Yang bermaksud: "Pada kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Mohammad) dan utuskan engkau menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama maka turutlah jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.Firman Allah Yang bermaksud: "Sesiapa yang taat kepada Rasulallah maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah." (Surah al-Jatsiyah.

Berhukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah dan Rasulnya Antara perkara yang membatalkan syahadat ialah berhukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah dalam perkara yang telah di naskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulnya. ayat : 151) 6. Janji Kepada Islam atau Sebahagian Dari Ajarannya Firman AllahYang bermaksud: "Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah mensia-siakan amalan mereka kerana sesungguhanya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syara' yang diterangkan di dalam al-Quran. ayat : 60) Dan FirmannyaYang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka." (Surah al-Syu'ara." (Surah an-Nisa. ayat : 60) Dan firmannyaYang bermaksud: "Dan apabila diajak mereka kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka maka dengan serta merta sepuak dari mereka yang berpaling engkar. marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum RasulAllah nescaya engkau lihat orang munafik itu berpaling serta menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh daripada menghampiri mu." (Surah Mohammad. ayat 8-9) Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 109 . Firman AllahYang bermaksud: "Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir."Dan janganlah mentaati perintah-perintah orang yang melampaui batas-batas iaitu orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat." (Surah al-Maidah." (Surah An-Nisa. ayat : 44) Dan firmanYang bermaksud: "Maka demi tuhanmu (wahai Mohammad) mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian pula yang merasa di dalam hati mereka satu keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima hukuman itu dengan sepenuhnya. ayat 47) 7." (Surah An-Nur.

ayat al-Quran atau syiar-syiarnya boleh 10.w.8. Menghalalkan Sesuatu Yang Diharamkan Oleh Allah atau sebaliknya Firman Allah Yang bermaksud: "Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat Allah dan mereka ialah orang yang bertabiat berdusta. Mengutamakan Kepentingan Dunia dan Kepentingan Akhirat Firman AllahYang bermaksud: "Dan kecelakaan besarlah bagi orang yang kafir ingkar terhadap al-Quran dan azab yang amat berat yang akan menimpa mereka di akhirat kelak iaitulah orang yang mengutamakan dunia lebih dan akhirat. anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dari perniagaan yang kamu bimbing merosot dan rumahrumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab siksanya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. ini halal dan ini haram untuk membuat kata-kata yang dusta berhadap Allah." (Surah Ibrahim." (Surah an-Ha." (Surah At-Taubah." (Surah an-Ha. ayat: 105) dan firmannya Yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh Iidah kamu. sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. ayat : 2) Firman Allah Yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Mohammad) jika bapa-bapa kamu. Mempersendakan Kita-Kitab Suci Al-Quran dan Sunnah Rasulnya Firman Allah: Yang bermaksud: "Patutkah nama Allah dan ayatnya serta Rasul-Nya kami memperolok-olokan dan mengejek-ngejeknya" Perbuatan mempersenda-sendakan membatalkan syahadat.a. Tidak Beriman Dengan Nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang sabit daripada Rasulullah s. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 110 . ayat 27) 9. ayat: 117) 11.

Firmannya Yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman.a. janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat." (Surah an-Nisa." (Surah al-Maidah.Firman Allah Taala Yang bermaksud: "Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian dari isi kitab tuhan dan mengikari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari khiamat akan di tolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat. ayat : 138) dan firmannya Yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman. ayat : 85) 12. Sebagaimana setengah kami menyaringkan suaranya semasa menghadapkan cakap kepada setengahnya yang lain (larangan Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 111 . ayat : 51) dan firmannya Yang bermaksud: "Sampaikan khabar berita baik kepada orang-orang munafik : bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya iaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman." (Surah al-Baqarah. janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan dan orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong dan bertakwalah kamu kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman. ayat : 57) 13. janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakapan Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan suara kepadanya. sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. Tidak Bersopan Terhadap Rasulallah s." (Surah al-Maidah. kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain dan sesiapa yang menjadikan mereka teman rapatnya di antara kamu maka sesungguhnya ia adalah dan gulongan mereka.w. Berkasih Mesra Dengan Orang Kafir dan Munafik dan Di Samping Bermusuh Sesama Orang Beriman Firman Allah Yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman.

ayat : 2) dan Firman Allah Yang bermaksud: "Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan." (Surah al-An'am." (Surah Yusuf. sedang kamu tidak menyedarinya.Hujurat. Firman Allah Yang bermaksud: "Dan (antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik) apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa atau sebagainya) geli gemanlah serta liar hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja selain dari Allah mereka dengan serta merta riang dan gembira. ayat : 37) 16. ayat : 112) 14.demikian supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya." (Surah az-Zumar. ayat : 2) Firman Allah Yang bermaksud: "Dan demikian kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya jika engkau wahai Mohammad menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan tentang kebenaran maka tiadalah engkau beroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepada mu dari perkara-perkara yang tidak diingini." (Surah al. Hati Merasai Jemu dan Benci Bila Diperkatakan: Allah Yang Maha Esa Alam Adalah Sebagai Bukti Keesaan Allah. Tidak Mempunyai Ma'rifat Tentang Allah Akan Ma'rifat Yang Sebenar Dengan Mengingkari Sebahagian Dan Sifat-SifatNya Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 112 ." (Surah ar-Ra'ad. ayat : 45) 15. oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka adakan (dan perbuatan yang kufur dan dusta itu). manusia dan jin. Mendakwa Bahawa Al-Quran Mempunyai Makna Yang Batin Menyalahi Makna Yang Zahir dan Mendakwa Bahawa Setengah Manusia Memahami Makna Yang Batin Melalui ILham Firman Allah Yang bermakna: "Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa Arab supaya kami (menggunakan) akal kamu memahaminya. Sebahagian dari mereka membisikan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunan untuk memperdaya (pendengarnya) dan jika tuhanmu menghendaki tentulah mereka tidak melakukan.

Kalau tidak kerana ubat itu maka saya sudah mati dan lain-lain lagi. Koleksi Kertas Kerja & Artikel Ilmiah BELFAST 2004 © 113 . Kalau tidak kerana doktor itu.Firman Allah Yang bermaksud: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik yang mulia oleh itu maka serukanlah dan berdoalah kepadanya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam menggunakan nama-namanya mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. Kekuatan nasi boleh mengenyangkan dengan sendirinya 3." (Surah Tha Ha." (Surah al-A'raf. ayat: 8) 17. Mempercayai Bahawa Kuasa-kuasa Selain Allah Boleh Memberi Kesan Kemudaratan atau Kemanfaatan seperti: 1. ayat : 18) dan firmanya Yang bermaksud: "Katakanlah wahai Mohammad serulah nama Allah atau nama Ar Rahman yang mana sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu kerana Allah mempunyai nama-nama yang baik serta mulia. maka saya akan jadi begini atau begitu 5. Iblis dan jin boleh mendatangkan kemudaratan dengan sendirinya 4. Kekuatan api boleh membakarkan dengan sendirinya 2.

t memberi hukum putus kepada mereka yang mengaku beriman dengan lidahnya. Adapun mereka yang ingkar dengan hatinya maka hukumnya adalah terserah kepada Allah