Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

GENERASI

hari ini rata-rata tidak mengetahui
akan sejarah tamadun
bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya,
bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja
Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga
Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja,
serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu
Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di
Papua New Guinea dan pulau-pulau di
Asia-Pasifik. Perkataan "Melayu" sebenarnya
berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau
Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung"
itu pula ialah perkataan Melayu moden
untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko
Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk
bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur;
catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia
seorang ahli matematik keturunan Melayu
pada sekitar 1600, merujuk bahasa di
Melaka sebagai Malaio; manakala catatan
China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai
Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.
Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan
(pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka,
tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun
78M (609M) yang terkenal ialah sistem
angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang
sama sistemnya seperti angka sekarang).
Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa
ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran
mereka dalam pelbagai bidang ilmu
dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada
pada mereka itu kepada enam bidang ilmu
termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya
sebagai horasastera (iaitu astronomi,
astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya
seperti matematik dan fizik).
Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang
Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif,
bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau
jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki,
unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah
Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang
raja England abad ke-16. Yang menariknya, ribuan
tahun kemudian Inggeris mengambil istilah
dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu
daripada istilah unit isi padunya, drum.
Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi,
sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti
eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra
= dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri-
(tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera =
lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu,
laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.
Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya,
Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat
perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat,
sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan
unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai
abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta
dalam abad-abad selepasnya.
Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan
Islam ke Alam Melayu terdapat banyak
manuskrip dan buku atau kitab Melayu
berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan,
kejuruteraan dan teknologi), selain daripada
ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib).
Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi
mungkin menjadi manuskrip Melayu yang
terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib
atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian
besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia,
bioteknologi, bioperubatan dan perubatan
kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains
moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip
ini banyaklah yang bersifat hipotesis;
dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu
amatlah diingini dan mahal harganya kerana
semua sains bermula dengan hipotesis.
Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu
dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi,
astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan
falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua
yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi
Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni
Abdul Rahman pada 1209h/1794M.
Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa
Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam
zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan
dan diberi kepercayaan, mampu
menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana
minda bangsanya.
Dr. Shaharir Mohamad Zain ialah mantan pensyarah matematik
ukm.








Oleh: Shaharir Mohammad Zain
Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang
tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan
Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan
pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.
Perkataan ³Melayu´ sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang
bermaksud ³Gunung´; dan ³Gunung´ itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk
perkataan purbanya ³Pnom´. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau
bahasa Melayu sebagai Malaiur.
Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu
pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak
abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.
Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun
Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka
perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).
Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran
mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada
pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya
sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya
seperti matematik dan fizik).
Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif,
bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki,
unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki
seorang raja England abad ke-16.
Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma
(Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum.
Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan
seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi,
bhineka=dua aneka, tri-(tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria)
polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.
Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M
mencatat perkataan Melayu ini sebagai ³iouta´. Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang
setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan
sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.
Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak
manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan,
kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib).
Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang
terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib.
Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan
dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam
ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis dalamsesuatu
bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan
hipotesis.
Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi,
astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua
yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni
Abdul Rahman pada 1209h/1794M.
Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam
zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu
menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.
Nota: Shaharir Mohammad Zain merupakan professor matematik di Universiti Malaysia
Terengganu (UMT). Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor
(HEA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).









Tuhnluh suyu ucupkun utus keperlhutlnun semuu plhuk yung bersumu-sumu men|uyukun Perhlmpunun 100.000
umut GMP (untl-PPSMI) semulum. Alhumdulllluh, dulum kesemputun yung terbutus, suyu mumpu menghudlrkun
dlrl dlceluh-celuh puru pe|uung Buhusu Kebungsuun (Buhusu Meluyu) deml memper|uungkun murtubut dun
keperluun Fusul 152 Perlembuguun Muluyslu kekul muluh dlperbulkl deml keslnumbungun wucunu llmu dun
kehenduk wurgu Muluyslu.
Se|uk PPSMI dlluksunukun, suyu teluh men|elu|uh terlulu bunyuk kuwusun luur bundur (terutumunyu dl puntul
tlmur) dun men|enguh beberupu sekoluh renduh deml untuk mellhut sendlrl upu sebenurnyu yung berluku
dlperlngkut sekoluh. Humplr 99% pelu|ur sekoluh renduh dlkuwusun luur bundur dlllhut terclclr durl menguusul
llmu Mutemutlk dun Sulns husll durl perluksunuun PPSMI.
Suyu menduput pendldlkun uwulun dldulum buhusu pen|u|uh (Buhusu Inggerls), numun begltu |lwu suyu begltu
kentul untuk memustlkun buhuwu Buhusu Kebungsuun (Buhusu Meluyu) tetup men|udl plllhun utumu dulum
pencernuun llmu.
PPSMI lnl sebenurnyu bertu|uun memutlkun usuhu untuk memurtubutkun Buhusu Kebungsuun (Buhusu Meluyu)
men|udl buhusu llmu. PPSMI lnl suyu kluslflkuslkun sebugul իTlgu Kebodohunլ utuu իTlgu Kedunguunլ.
Jlku sebelum perluksunuun PPSMI, seorung pelu|ur mungkln ukun lemuh hunyu dulum suluh sutu durlpudu 3
mutupelu|urun (Buhusu Inggerls, Mutemutlk utuu Sulns) numun seteluh perluksunuun PPSMI, seorung pelu|ur
mungkln ukun lemuh dulum ketlgu-kltu mutupelu|urun securu serentuk husll durl kelemuhun belluu menguusul
Buhusu Inggerls.
իTlgu Kebodohunլ utuu էTlgu Kedunguunլ lnlluh yung terpuksu kltu hudupl seklrunyu Kementerlun Pelu|urun
(Pendldlkun?) bertegus untuk terus meluksunukun PPSMI. Pernuh suyu menulls mengenul slkup bunyuk plhuk dl
Kementerlun Pelu|urun (Pendldlkun?) yung berterusun mengeluurkun ldeu-ldeu buru tunpu ku|lselldlk dun
perblncungun yung menyeluruh. Terlulu bunyuk plhuk yung ungkuh dl Kementerlun Pelu|urun (Pendldlkun?)
yung sebenurnyu mencucutkun seluruh lnstltusl berkenuun. Setlup kull bertukur Menterl Pelu|urun (Pendldlkun?),
setlup kull ltu |uguluh seluruh pollsl dun gugusun sertu wuwusun Kementerlun bertukur tunpu peruncungun
kukuh.
Muluh golongun pendldlk, lbubupu dun puru ukudemlk tlduk pernuh dlumbll klru pundungun sebelum sesuutu
resolusl utuu ldeu dlterupkun kedulum slstem pendldlkun neguru. Numpuknyu mereku lnl umut suku
bereksperlmen sehlnggukun cucu-murbu slstem pendldlkun neguru. Slkup terlulu bereksperlmen lnlluh yung
sebenurnyu men|udl durl dulum duglng yung |lku dlhulusl sebenurnyu menguntungkun plhuk-plhuk yung
berkepentlngun (penerblt buku teks, penyedlu buhun dun sebugulnyu) yung men|udl dedulu kepudu Kementerlun
Pelu|urun (Pendldlkun?)
Kltu boleh llhut lnslden yung mellbutkun beberupu |utu wung rukyut hungus upubllu pengenulun modul
pengu|urun berususkun multlmedlu (kecoh sekltur 1996 dun 1997) sedungkun husllnyu muslh tlduk duput dlllhut
dengun berkesun dlsekoluh-sekoluh seteluh leblh 10 tuhun dlusuhukun. Puru pendldlk rutu-rutunyu memlllh
untuk membuut pengu|urun dun pembelu|urun securu trudlslonul dengun menyuntlk sedlklt elemen yung
bersesuulun dengun perkembungun teknologl pendldlkun.
Jlku kltu llhut rutu-rutu wurgu Muluyslu yung berumur sekltur 30 tuhun keutus blusunyu boleh berkomunlkusl
dldulum Buhusu Inggerls sedungkun mereku duhulu belu|ur menggunukun slstem KBSR fusu pertumu yung
mengekulkun penggunuun Buhusu Meluyu sebugul buhusu penguntur. Terlulu rumul puru |uruteru, peguum,
ukuuntun, pukur komputer dun puru professlonul lulnnyu yung fuslh berbuhusu Inggerls sedungkun mereku
terdldlk dldulum buhusu penguntur Buhusu Meluyu.
Oleh yung demlklun, muku bukunluh penggunuun Buhusu Kebungsuun ltu mengekung pelu|ur durlpudu
menguusul llmu melulnkun lunyu uduluh pemuduhcuru bugl puru pelu|ur mencernu llmu. Buhusu Inggerls
hunyuluh buhusu keduu yung sepututnyu boleh dlkuusul dengun muduh oleh munu-munu plhuk wuluupun belluu
menuntut llmu dulum Buhusu Kebungsuun.
Jungunluh blurkun pelu|ur kltu menguluml slndrom իTlgu Kebodohunլ utuu իTlgu Kedunguunլ.
Ketuu Perusuh
Bekus Felo Kunun
Instltut Ku|lun Struteglk Dun Anturubungsu գ ISIS







ARKIB : 10/07/2009
Jadikan bahasa Melayu bahasa ilmu
KUALA LUMPUR 9 Julai - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan langkah baik untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda yang perlu
dijaga kesuciannya dan dimartabatkan supaya ia tidak terpinggir dalam arus peredaran zaman.
Menurutnya, untuk terus memartabatkan bahasa itu, ia perlu dijadikan bahasa ilmu di semua peringkat
pengajian.
"Langkah kerajaan memansuhkan dasar PPSMI merupakan langkah yang cukup baik, tetapi bukan bermakna
bahasa Inggeris dipinggirkan.
"Sebagai bahasa kebangsaan, keutamaan haruslah diberikan kepada bahasa Melayu untuk terus dipelihara dan
dijadikan sebagai bahasa ilmu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Abdul Rahman berkata, apabila PPSMI dilaksanakan, ia telah mewujudkan satu kejutan budaya bagi pelajar luar
bandar yang masih belum bersedia secara keseluruhannya.
Jelasnya, pemansuhan PPSMI bukan bermaksud bahasa Inggeris dipinggirkan tetapi ia harus dijadikan nilai
tambah dalam diri setiap pelajar untuk bersaing di peringkat global.
''Kita akui kepentingan bahasa Inggeris, tetapi PPSMI bukanlah cara yang boleh digunakan untuk memantapkan
penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar mahupun guru,"









Terjemahkan buku saintifik ke BM
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD dan MOHD. NOR FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang @utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
menyarankan agar bahan bacaan saintifik di negara ini diterjemahkan ke bahasa Melayu (BM) bagi
meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan rakyat dalam bidang tersebut.
Katanya, negara maju seperti Jepun telah lama menggunakan bahasa ibundanya dalam setiap bidang saintifik.
Katanya, jika dibandingkan dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain, bidang saintifik masih kurang di dalam
bahasa Melayu.
''Terjemahan itu membolehkan kita lebih memahami dan menguasai bidang tersebut secara menyeluruh,''
katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pilihan Pembaca 2009 anjuran Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. di
sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Popular Holding Limited, Vangat Ramayah.
Tambah Ungku Aziz, selain dapat menguasai bidang berkenaan sepenuhnya, bahasa Melayu juga boleh
dimartabatkan setaraf dengan bahasa asing lain.
''Saya berharap agar anugerah ini ditambah satu lagi kategori khusus kepada bidang saintifik agar dapat
memupuk minat membaca di kalangan orang ramai terhadap bidang tersebut,'' katanya.
Anugerah berkenaan diadakan sempena Pesta Buku Malaysia 2009 yang berlangsung selama sembilan hari
sehingga 31 Ogos ini.
Ia dianjurkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang masing-masing dibahagikan kepada kategori buku
fiksyen dan bukan fiksyen.
Antara buku yang menerima anugerah utama adalah Dr. Mahathir Selected Letters To World Leaders tulisan Tun
Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdullah Ahmad serta Lovers and Strangers Revisited tulisan Robert
Raymer bagi kategori bahasa Inggeris.
Bagi kategori bahasa Melayu, buku Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah dan Teknik Memotivasikan Anak
Cara Positif tulisan Dr. Tengku Asmadi terpilih menerima anugerah.




Pendidik perlu sokong pemansuhan PPSMI - TPM
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh
hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru perlu
memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan
masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu.
''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang
kontra. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia memang ada rasionalnya.
''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan
perubahan yang kita buat, biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya
amat rendah.
''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan,
majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami
double jeorpady (kesukaran berganda).
''Jika berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di
mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah
untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi," katanya.
Muhyiddin berkata, walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI
terutama di akhbar dan blog, namun suara majoriti senyap harus diambil kira.
''Mungkin 80,000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog, tapi dekat luar ada
dua tiga juta lagi yang menyokong," katanya.
Beliau menambah, lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa
Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa
Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar
bandar.
Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia
berkhidmat di luar bandar.
Katanya, enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI).
''Jawatankuasa ini bertanggungjawab memperincikan aspek latihan guru, kurikulum,
penyediaan buku teks, logistik, personel dan penerangan demi kebaikan kualiti pendidikan
kebangsaan," katanya.















KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama)-- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong
penuh pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) berikutan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, dengan pelaksanaan itu Bahasa
Melayu akan kembali diangkat sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan pelajar
menguasai bahasa Inggeris.

"Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa ilmu di Malaysia lebih daripada 30 tahun
dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah malah telah melahirkan ramai
golongan profesional yang berjaya," katanya kepada wartawan di sini Selasa.

"Walaupun hampir 90 peratus bahan rujukan di Malaysia dalam bahasa Inggeris, namun
pelajar kita mampu memahaminya meskipun menghadapi masalah bertutur di dalam
bahasa Inggeris," kata beliau.

Tambah Termuzi dalam misi memperkasakan bahasa Inggeris, bahan rujukan bahasa
Inggeris tidak akan diterjemahkan secara terus ke dalam bahasa Melayu bagi
mengekalkan ketulenan karya dan memudahkan pembelajaran pelajar.

Beliau berkata Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kelima tertinggi digunakan di
dunia dan sebanyak 117 universiti dari 35 buah negara, kebanyakannya di Eropah Timur
menggunakan dan mempelajari Bahasa Melayu.

Kini, Malaysia sudah setaraf dengan negara Eropah Timur yang menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua yang perlu dikuasai, kata beliau.

-- BERNAMA









Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira -kira abad ke tujuh. Pada
waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan
bahasa melayu semakin meluas kerana baha sa tersebut mudah dituturkan berbanding
dengan bahasa yang lain. Ciri -ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu
yang dapat menerima pengaruh bahasa -bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut
dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi
rantau kepulauan Melayu.

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,
perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang
pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu n egeri Sriwijaya,
menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan
bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan
Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai
zaman
kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah
mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia
keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu ialah
peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan,
perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bah asa ilmu, sejauh
mana
bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran
hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah -langkah yang
dijalankan
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta
peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.

Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang mas alah- masalah yang dihadapi dalam
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan -halangan yang dihadapi
oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.

Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari in i masih
releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji
dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu
sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu
bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea
dan Jepun.



Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global .

Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan
kegemilangan sesebuah peradaban bangsa -bangsa di dunia. Asakan gelombang
globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan
kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam
konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka aka n dijangka akan
dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke
dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang
memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi,
perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan
bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat
penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan
dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam
dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah
yang diambil untuk menyelamatkannya.

Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan
maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya
dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam
keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku -buku ilmu, khususnya dalam
bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan
ilmu dan pembangunan Negara.

Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain
telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai
bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa
mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa
kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya,
wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi
apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun
bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat
keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan b ahasa Melayu atau
bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan
maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembag aan boleh dilihat sebagai elemen
peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni
proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah
sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang
merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu.
Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa
orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.

Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaks ikan demokrasi, ditunjangi oleh
prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama
rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi
dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan menge nai bahasa
Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja -Raja. Peruntukan
mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat
istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain
peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan
institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal -hal yang
berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.
(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) )

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan tidak menjelaskan maksud ´bahasa kebangsaanµ . Kamus Dewan
mendefinisikan ´bahasa kebangsaanµ sebagai ´bahasa yang diterima oleh ramai
penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang
lainµ. ´Bahasa rasmiµ pula ialah ´bahasa pentadbiran kerajaanµ. Mungkin lebih tepat
jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai ´ yang berkaitan
dengan negara secara keseluruhanµ atau sesuatu yang ´ dipilih untuk melambangkan
keperibadian Negaraµ.

Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan
keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggun akan sumber-sumber ataupun
alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga
penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan
Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu
dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya
menyebut,

´«Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan
agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan
bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa
Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.µ
-Akta Pelajaran 1961-

Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasa r ini
termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar
pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan K ebangsaan adalah sistem
pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media
pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi
pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukuk an lagi
dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, ´ Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan«µ.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Ma tematik perlu diajar dalam bahasa
Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila
Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan
bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengaj ian tinggi di Malaysia
(Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah
lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan.
Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat
Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan
11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada
pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Ba hasa
Kebangsaan setanding dengan bahasa -bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima
maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi
Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu
dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah
wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi
penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri -ciri bahasa Melayu, untuk
mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa
wahana ilmu.

Ciri-ciri Bahasa ilmu
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang
lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan
kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains
diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri -
ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat
Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan
bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang
menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa ti dak mungkin dapat disampaikan
dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk
menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu
perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.
Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu
dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri -ciri gramatis, halus, jitu,
intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai
wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa
Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259 -261)
menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johanne s
(kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut:

Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang
mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku,
tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau
hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur
dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifa t objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil
kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak
sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan
kajian, dan seumpamanya digunakan.

Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjektifan penulisan, sudut
pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan
orang pertama (diri penulis). Oleh itu ungkapan seperti ¶Berdasarkan kajian saya, saya
dapati bahawa«· dinyatakan sebagai ¶Berdasarkan kajian, penyelidik didapati
bahawa«· . Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan
peribadi diri penulis.

Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan.
Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya
subjek pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif
neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan
dalam kajian ini«dan sebagainya.

Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut
bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat
dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan,
iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah,
jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis -jenis yang lain
digunakan sebagai pelengkap.

Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan
dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan,
sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan
ilmiah.

Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai.
Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata -kata seperti itu tidak berfungsi
dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan ¶hiasan· .

Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggu naan ayat majmuk gabungan
atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan
ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal -hal yang abstrak dan
kompleks.

Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan denga n jadual, rajah, gambar,
peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian
menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan
ilustrasi.

Berdasarkan penerangan ciri -ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa
bahasa Melayu mempunyai ciri -ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah
mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu
menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru d engan
itu pengkaji menjelaskan tentang halangan -halangan atau masalah yang dihadapi oleh
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa
Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah
yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah
ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang
berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang
dapat diambil terhadap mere ka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan
itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam
pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran
berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh -sungguh,
buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan
dikalangan guru.

Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor
swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati
bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya
perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan
seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak
masalah sejak kebelakangan ini.
Ketiadaan badan yang khusus yang benar -benar berkuasa, dengan kuasa undang -
undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik,
betul, dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja
tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah -olah berlumba-
lumba untuk menjadikan bahasa Ingg eris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam
bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti
kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang -undang, pendidikan dan veterinar.
Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman,
Dewan Bahasa (2006: 27 -29)

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing.
Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan
dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan ber bentuk perbincangan politik
dan juga ekonomi. Kesannya seolah -olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal
dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada
kaitan juga dengan penerbitan buku -buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih
tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau
bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian
tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan
utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik
(kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis
jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa
Melayu.

Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa
ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara -cara untuk memperkasakan bahasa Melayu
sebagai wahana ilmu.


Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bah asa Ilmu

Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5
hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka
tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan
mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia
sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi ´mengangkasakanµ tamadun
bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan
pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut
dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang
dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.


Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum
melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami
masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru
yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah
walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan
ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ¶markah bonus· dalam penilaian
kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat
bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa
DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah
disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyele saikan masalah ketandusan ilmu.
Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang
dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu
sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan
penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti
dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi
walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang
diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang
sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat
membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah
Yusof, DBP,(2006:48-51) .


Kesimpulan

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca
dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ad a
padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa
kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh
sarjana Belanda dan British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan,
pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah
menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya
iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri -ciri yang terdapat
dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana
kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyera p pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu
perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang
proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan
penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa
Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan
penerbitan bahan ilmiah.
Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga
dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan
sedikit hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi
sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP,
perbanyakan penerbitan dan penterj emahan karya asing, pendukung ilmu IPTA
seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat
panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai
tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa
ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan
bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti
yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya
mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah
menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu.


Rujukan

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal -usul bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1 -6.

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,
Hlm 70-71.

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa, hlm 14-19.


termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik). Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16. Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum. Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri(tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib

atau mujarobat dan ahlinya tabib. astrologi (ilmu nujum). kosmologi.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M. dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis. Shaharir Mohamad Zain ialah mantan pensyarah matematik ukm. Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia. kosmogeni dan falak (astronomi). Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya. dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan. Oleh itu. Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik). bioperubatan dan perubatan kita sekarang. bioteknologi. Dr. . mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya. dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis.

manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu. ekabahasa=satu bahasa). Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka. Singapura dan Selatan Thailand. iaitu unit panjang atau jarak. pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai ³iouta´. tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja.(ekadasa=11. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur. Melayu Filipina. Sebenarnya. Magellan. unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16. Di Barat. bhineka=dua aneka.(pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh. dan ayuta/juta. Dalam tamadun Melayu. sebahagaian daripada unitnya yang . merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio. tri-(tribuana=tiga alam nyata. Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600. Malaysia. Malaya atau Malai. drum. Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi. keti (100 ribu). bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei. sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka. Indonesia. pada abad ke-7M lagi. bersistem dan piawai. laksa (10 ribu). kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik). Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif. yang bermaksud ³Gunung´. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya. Yang menariknya. dan ³Gunung´ itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya ³Pnom´. tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang). Catatan pegawai Portugis di Melaka. Madagaskar. ratus. rivu/riwu/ribu.Oleh: Shaharir Mohammad Zain Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki. Perkataan ³Melayu´ sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit. serta orang-orang Funan di Kemboja. dwi-/bidwinmatra = dua dimensi. astrologi. Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik. ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya.). panca.

Oleh itu. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia. bioperubatan dan perubatan kita sekarang. mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya. Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Na ib Canselor (HEA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M. Selain itu. . dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis. Nota: Shaharir Mohammad Zain merupakan professor matematik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). kejuruteraan dan teknologi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma. kosmogeni dan falak (astronomi). astrologi (ilmu nujum). selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains. bioteknologi. Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya. kosmologi. kesihatan.setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. pada abad ke-14M. dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan. Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik).

7DKQLDKVD\DXFDSNDQDWDVNHSHULKDWLQDQVHPXDSLKDN\DQJEHUVDPDVDPDPHQMD\DNDQ3HUKLPSXQDQ XPDW*03 DQWL3360.

HEDQJVDDQ %DKDVD0HOD\X.VHPDODP$OKDPGXOLOODKGDODPNHVHPSDWDQ\DQJWHUEDWDVVD\DPDPSXPHQJKDGLUNDQ GLULGLFHODKFHODKSDUDSHMXDQJ%DKDVD.

GHPLPHPSHUMXDQJNDQPDUWDEDWGDQ NHSHUOXDQ)DVDO3HUOHPEDJDDQ0DOD\VLDNHNDOPDODKGLSHUEDLNLGHPLNHVLQDPEXQJDQZDFDQDLOPXGDQ NHKHQGDNZDUJD0DOD\VLD 6HMDN3360.GLODNVDQDNDQVD\DWHODKPHQMHODMDKWHUODOXEDQ\DNNDZDVDQOXDUEDQGDU WHUXWDPDQ\DGLSDQWDL WLPXU.

 6D\DPHQGDSDWSHQGLGLNDQDZDODQGLGDODPEDKDVDSHQMDMDK %DKDVD.QJJHULV.GDQPHQMHQJDKEHEHUDSDVHNRODKUHQGDKGHPLXQWXNPHOLKDWVHQGLULDSDVHEHQDUQ\D\DQJEHUODNX GLSHULQJNDWVHNRODK+DPSLUSHODMDUVHNRODKUHQGDKGLNDZDVDQOXDUEDQGDUGLOLKDWWHUFLFLUGDULPHQJXDVDL LOPX0DWHPDWLNGDQ6DLQVKDVLOGDULSHUODNVDQDDQ3360.

QDPXQEHJLWXMLZDVD\DEHJLWX NHQWDOXQWXNPHPDVWLNDQEDKDZD%DKDVD.HEDQJVDDQ %DKDVD0HOD\X.

HEDQJVDDQ %DKDVD0HOD\X.LQLVHEHQDUQ\DEHUWXMXDQPHPDWLNDQXVDKDXQWXNPHPDUWDEDWNDQ%DKDVD.WHWDSPHQMDGLSLOLKDQXWDPDGDODP SHQFHUQDDQLOPX 3360.

LQLVD\DNODVLILNDVLNDQVHEDJDL 7LJD.VHRUDQJSHODMDUPXQJNLQDNDQOHPDKKDQ\DGDODPVDODKVDWXGDULSDGD PDWDSHODMDUDQ %DKDVD.HGXQJXDQ  -LNDVHEHOXPSHUODNVDQDDQ3360. PHQMDGLEDKDVDLOPX3360.QJJHULV0DWHPDWLNDWDX6DLQV.HERGRKDQ DWDX 7LJD.

QJJHULV 7LJD.HGXQJXDQ LQLODK\DQJWHUSDNVDNLWDKDGDSLVHNLUDQ\D.VHRUDQJSHODMDU PXQJNLQDNDQOHPDKGDODPNHWLJDNLWDPDWDSHODMDUDQVHFDUDVHUHQWDNKDVLOGDULNHOHPDKDQEHOLDXPHQJXDVDL %DKDVD.HERGRKDQ DWDX 7LJD.QDPXQVHWHODKSHUODNVDQDDQ3360.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ 3HQGLGLNDQ".

HPHQWHULDQ3HODMDUDQ 3HQGLGLNDQ".EHUWHJDVXQWXNWHUXVPHODNVDQDNDQ3360.3HUQDKVD\DPHQXOLVPHQJHQDLVLNDSEDQ\DNSLKDNGL .

\DQJEHUWHUXVDQPHQJHOXDUNDQLGHDLGHDEDUXWDQSDNDMLVHOLGLNGDQ SHUELQFDQJDQ\DQJPHQ\HOXUXK7HUODOXEDQ\DNSLKDN\DQJDQJNXKGL.HPHQWHULDQ3HODMDUDQ 3HQGLGLNDQ".

 \DQJVHEHQDUQ\DPHQFDFDWNDQVHOXUXKLQVWLWXVLEHUNHQDDQ6HWLDSNDOLEHUWXNDU0HQWHUL3HODMDUDQ 3HQGLGLNDQ".

 VHWLDSNDOLLWXMXJDODKVHOXUXKSROLVLGDQJDJDVDQVHUWDZDZDVDQ.HPHQWHULDQEHUWXNDUWDQSDSHUDQFDQJDQ NXNXK 0DODKJRORQJDQSHQGLGLNLEXEDSDGDQSDUDDNDGHPLNWLGDNSHUQDKGLDPELONLUDSDQGDQJDQVHEHOXPVHVXDWX UHVROXVLDWDXLGHDGLWHUDSNDQNHGDODPVLVWHPSHQGLGLNDQQHJDUD1DPSDNQ\DPHUHNDLQLDPDWVXND EHUHNVSHULPHQVHKLQJJDNDQFDFDPDUEDVLVWHPSHQGLGLNDQQHJDUD6LNDSWHUODOXEHUHNVSHULPHQLQLODK\DQJ VHEHQDUQ\DPHQMDGLGXULGDODPGDJLQJ\DQJMLNDGLKDOXVLVHEHQDUQ\DPHQJXQWXQJNDQSLKDNSLKDN\DQJ EHUNHSHQWLQJDQ SHQHUELWEXNXWHNVSHQ\HGLDEDKDQGDQVHEDJDLQ\D.

\DQJPHQMDGLGHGDOXNHSDGD.HPHQWHULDQ 3HODMDUDQ 3HQGLGLNDQ".

 .

LWDEROHKOLKDWLQVLGHQ\DQJPHOLEDWNDQEHEHUDSDMXWDZDQJUDN\DWKDQJXVDSDELODSHQJHQDODQPRGXO SHQJDMDUDQEHUDVDVNDQPXOWLPHGLD NHFRKVHNLWDUGDQ..

HERGRKDQ DWDX 7LJD.QJJHULVVHGDQJNDQPHUHND WHUGLGLNGLGDODPEDKDVDSHQJDQWDU%DKDVD0HOD\X 2OHK\DQJGHPLNLDQPDNDEXNDQODKSHQJJXQDDQ%DKDVD.HEDQJVDDQLWXPHQJHNDQJSHODMDUGDULSDGD PHQJXDVDLLOPXPHODLQNDQLDQ\DDGDODKSHPXGDKFDUDEDJLSDUDSHODMDUPHQFHUQDLOPX%DKDVD.DMLDQ6WUDWHJLN'DQ$QWDUDEDQJVD .6 ARKIB : 10/07/2009 Jadikan bahasa Melayu bahasa ilmu .HEDQJVDDQ -DQJDQODKELDUNDQSHODMDUNLWDPHQJDODPLVLQGURP 7LJD.HGXQJXDQ  .6.DQDQ .QJJHULVVHGDQJNDQPHUHNDGDKXOXEHODMDUPHQJJXQDNDQVLVWHP.%65IDVDSHUWDPD\DQJ PHQJHNDONDQSHQJJXQDDQ%DKDVD0HOD\XVHEDJDLEDKDVDSHQJDQWDU7HUODOXUDPDLSDUDMXUXWHUDSHJXDP DNDXQWDQSDNDUNRPSXWHUGDQSDUDSURIHVVLRQDOODLQQ\D\DQJIDVLKEHUEDKDVD.QJJHULV KDQ\DODKEDKDVDNHGXD\DQJVHSDWXWQ\DEROHKGLNXDVDLGHQJDQPXGDKROHKPDQDPDQDSLKDNZDODXSXQEHOLDX PHQXQWXWLOPXGDODP%DKDVD.QVWLWXW.VHGDQJNDQKDVLOQ\DPDVLKWLGDNGDSDWGLOLKDW GHQJDQEHUNHVDQGLVHNRODKVHNRODKVHWHODKOHELKWDKXQGLXVDKDNDQ3DUDSHQGLGLNUDWDUDWDQ\DPHPLOLK XQWXNPHPEXDWSHQJDMDUDQGDQSHPEHODMDUDQVHFDUDWUDGLVLRQDOGHQJDQPHQ\XQWLNVHGLNLWHOHPHQ\DQJ EHUVHVXDLDQGHQJDQSHUNHPEDQJDQWHNQRORJLSHQGLGLNDQ -LNDNLWDOLKDWUDWDUDWDZDUJD0DOD\VLD\DQJEHUXPXUVHNLWDUWDKXQNHDWDVELDVDQ\DEROHKEHUNRPXQLNDVL GLGDODP%DKDVD.HWXD3HUXVXK %HNDV)HOR.

bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda yang perlu dijaga kesuciannya dan dimartabatkan supaya ia tidak terpinggir dalam arus peredaran zaman." katanya kepada Utusan Malaysia di sini. ''Kita akui kepentingan bahasa Inggeris. untuk terus memartabatkan bahasa itu. tetapi PPSMI bukanlah cara yang boleh digunakan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris baik di kalangan pelajar mahupun guru. keutamaan haruslah diberikan kepada bahasa Melayu untuk terus dipelihara dan dijadikan sebagai bahasa ilmu. ia telah mewujudkan satu kejutan budaya bagi pelajar luar bandar yang masih belum bersedia secara keseluruhannya. pemansuhan PPSMI bukan bermaksud bahasa Inggeris dipinggirkan tetapi ia harus dijadikan nilai tambah dalam diri setiap pelajar untuk bersaing di peringkat global. tetapi bukan bermakna bahasa Inggeris dipinggirkan. "Sebagai bahasa kebangsaan." Terjemahkan buku saintifik ke BM . Tokoh pendidik. Abdul Rahman berkata. Jelasnya.Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan langkah baik untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. apabila PPSMI dilaksanakan. "Langkah kerajaan memansuhkan dasar PPSMI merupakan langkah yang cukup baik. Menurutnya. Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata. ia perlu dijadikan bahasa ilmu di semua peringkat pengajian.KUALA LUMPUR 9 Julai .

Katanya. Anugerah berkenaan diadakan sempena Pesta Buku Malaysia 2009 yang berlangsung selama sembilan hari sehingga 31 Ogos ini. Ia dianjurkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang masing-masing dibahagikan kepada kategori buku fiksyen dan bukan fiksyen. bahasa Melayu juga boleh dimartabatkan setaraf dengan bahasa asing lain. Hadir sama Pengarah Popular Holding Limited. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdullah Ahmad serta Lovers and Strangers Revisited tulisan Robert Raymer bagi kategori bahasa Inggeris. Bhd.Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD dan MOHD. . semalam. ''Terjemahan itu membolehkan kita lebih memahami dan menguasai bidang tersebut secara menyeluruh.'' katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pilihan Pembaca 2009 anjuran Popular Book Co.com. Bagi kategori bahasa Melayu.'' katanya. selain dapat menguasai bidang berkenaan sepenuhnya. Tengku Asmadi terpilih menerima anugerah. ''Saya berharap agar anugerah ini ditambah satu lagi kategori khusus kepada bidang saintifik agar dap at memupuk minat membaca di kalangan orang ramai terhadap bidang tersebut. Mahathir Selected Letters To World Leaders tulisan Tun Dr. Tambah Ungku Aziz. di sini. buku Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah dan Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan Dr. (M) Sdn. bidang saintifik masih kurang di dalam bahasa Melayu. NOR FITRI AFFENDI MUSTAFA pengarang @utusan. Vangat Ramayah. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid menyarankan agar bahan bacaan saintifik di negara ini diterjemahkan ke bahasa Melayu (BM) bagi meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan rakyat dalam bidang tersebut.my KUALA LUMPUR 27 Ogos . jika dibandingkan dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain. negara maju seperti Jepun telah lama menggunakan bahasa ibundanya dalam setiap bidang saintifik.Tokoh akademik. Antara buku yang menerima anugerah utama adalah Dr. Katanya.

Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya amat rendah. ''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan perubahan yang kita buat. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan." katanya.Pendidik perlu sokong pemansuhan PPSMI . Beliau menambah. ''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan. biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi. walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI terutama di akhbar dan blog." katanya. namun suara majoriti senyap harus diambil kira. ''Jika berterusan. lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar bandar. .TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara. golongan guru perlu memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu. Muhyiddin berkata." katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. ''Mungkin 80. dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi. tapi dekat luar ada dua tiga juta lagi yang menyokong.000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata. ''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang kontra. majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeorpady (kesukaran berganda). ia memang ada rasionalnya.

enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI). KUALA LUMPUR. personel dan penerangan demi kebaikan kualiti pendidikan kebangsaan. 21 Julai (Bernama)-.Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia berkhidmat di luar bandar. . Katanya. penyediaan buku teks. logistik. ''Jawatankuasa ini bertanggungjawab memperincikan aspek latihan guru." katanya. kurikulum.Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong penuh pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berikutan langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

namun pelajar kita mampu memahaminya meskipun menghadapi masalah bertutur di dalam bahasa Inggeris. bahan rujukan bahasa Inggeris tidak akan diterjemahkan secara terus ke dalam bahasa Melayu bagi mengekalkan ketulenan karya dan memudahkan pembelajaran pelajar. dengan pelaksanaan itu Bahasa Melayu akan kembali diangkat sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan pelajar menguasai bahasa Inggeris. Malaysia sudah setaraf dengan negara Eropah Timur yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang perlu dikuasai. kata beliau. Tambah Termuzi dalam misi memperkasakan bahasa Inggeris. "Walaupun hampir 90 peratus bahan rujukan di Malaysia dalam bahasa Inggeris. "Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa ilmu di Malaysia lebih daripada 30 tahun dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah malah telah melahirkan ramai golongan profesional yang berjaya. Kini. Beliau berkata Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kelima tertinggi digunakan di dunia dan sebanyak 117 universiti dari 35 buah negara.BERNAMA Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata." katanya kepada wartawan di sini Selasa. -. kebanyakannya di Eropah Timur menggunakan dan mempelajari Bahasa Melayu." kata beliau.

iaitu halangan -halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini. Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang mas alah. Jun 2006 oleh Awang Sariyan. menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. undang -undang. Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa.Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira -kira abad ke tujuh. juga akan dikupas dalam kajian ini. dan langkah -langkah yang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu . ekonomi. menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pe ngetahuan moden seperti fizik. perubatan. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu n egeri Sriwijaya. masalah atau punca yang membataskannya. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bah asa ilmu. Ciri -ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa -bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia. perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. kimia. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu . Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari in i masih releven sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. kesusasteraan. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran .masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. dan agama. sejauh mana bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran hari ini. kejuruteraan. termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana baha sa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain.

kini tinggal 600 bahasa sahaja. khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara. Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi. Korea. bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman -berzaman. Negara industri seperti Jepun. Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan. pelbagai cabaran dijangka aka n dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Perancis. Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global . Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya. dan budayanya. diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya.sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun. wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Usaha pen ulisan dan penerbitan buku -buku ilmu. tetapi adakan b ahasa Melayu atau . Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya. Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa -bangsa di dunia. Pada abad ini. dari dekat ke dekat. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa. sains dan teknologi. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi. bahasa kepustakaan ilmu serta penge tahuan. memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. tradisi persuratan. kewujudan. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa. Di Malaysia. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia. Asakan gelombang globlisasi.

hatta ketika darurat. dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembag aan boleh dilihat sebagai elemen peribumi. (Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan menge nai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja -Raja. ´Bahasa rasmiµ pula ialah ´bahasa pentadbiran kerajaanµ. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai ´ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhanµ atau sesuatu yang ´ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negaraµ. Selain peruntukan mengenai pindaan. terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggun akan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. ruang lingkup peruntukan yang berkenaan. apalagi dimansuhkan. adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu.bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara. kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan . Kamus Dewan mendefinisikan ´bahasa kebangsaanµ sebagai ´bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lainµ. Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaks ikan demokrasi. bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja -raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal -hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana. ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan.Perkara 159(5) ) Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Perlembagaan tidak menjelaskan maksud ´bahasa kebangsaanµ . Berdasarkan dasar pendidikan ini. Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan. elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen. Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956.

Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri. walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini. Ini bermakna. khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. termasuk. pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Mat ematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Nampaknya. dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550). Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan K ebangsaan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan.µ -Akta Pelajaran 1961 Berdasarkan proklamasi di atas. antara matlamat utama pelaksanaan dasa r ini termasuklah memperuntukkan undang -undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.2002). Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1). Malah pada tahun 2003. Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Ba hasa Kebangsaan setanding dengan bahasa -bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perkara 17(1) yang menyatakan. Ini diperkukuk an lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). untuk . Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengaj ian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. ´«Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan.Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahm an Talib pada tahun 1960. semua mata pelajaran Sains dan Ma tematik perlu diajar dalam bahasa Melayu. Antaranya menyebut. Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri -ciri bahasa Melayu. Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar. ´ Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan«µ. 11(1).

iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data. bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku.mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu. Ciri-ciri Bahasa ilmu Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan. Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan peribadi diri penulis. intelektual. sesuatu bahasa ti dak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri ciri yang tersendiri. . berdasarkan kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya. dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu. bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. agaknya tidak sesuai digunakan. Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut: Tingkat bahasa rasmi. Untuk maksud penulisan ilmu. jitu. Nada formal dan objektif. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu. sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah. Awang Sariyan (1996: 259 -261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johanne s (kongres. Sudut Pandangan Orang Ketiga. untuk mewujudkan keobjektifan penulisan. Abdullah Hassan (198 6: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri -ciri gramatis. dan seumpamanya digunakan. bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas.. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna. barangkali. Oleh sebab itu. penyelidik didapati bahawa«· . Oleh itu. saya dapati bahawa«· din yatakan sebagai ¶Berdasarkan kajian. variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Penggunaan nya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. 1978). Tulisan juga mestilah bersifa t objektif. halus. Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. Oleh itu ungkapan seperti ¶Berdasarkan kajian saya.

pelukisan. malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah. ragam pasif boleh digunakan. adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi. dalam tulisan ilmiah.Ragam Pasif.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian ini«dan sebagainya. tulisan ilmiah seringkali dimuatkan denga n jadual. dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan. sayangnya. Oleh itu. dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Kata Membazir. Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata . ungkapan seperti amat malang. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. rajah. kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Tulisan ilmiah tidak memerlukan ¶hiasan· . laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu. tulisan ilm iah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan. Nada Bersahaja. jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Justeru d engan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan -halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. berlebihan dan emosional. Ayat Majmuk. Wacana Pemaparan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah. iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. peta. penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku. Jenis -jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap. gambar. dan sebagainya. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal -hal yang abstrak dan kompleks. Istilah Khusus. perbincangan. amat mendukacitakan. Ini disebabkan dalam struktur pasif. Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis. Berdasarkan penerangan ciri -ciri bahasa ilmiah di atas jelas m enunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri -ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. iaitu pemaparan. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah. kata membazir tidak diperlukan kerana kata -kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Oleh itu. tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggu naan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Bantuan Ilustrasi.

Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia. sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan. Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. buktinya masih kurang penerbitkan buku -buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru. Dalam sekelip mata. untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik. Kesannya seolah -olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu. De wan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang -undang. ini terpapar dalam rancangan ber bentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku -buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Dewan Bahasa (2006: 27 -29) Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh -sungguh. Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. betul.pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. undang -undang. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini. pengurusan perniagaan.maka usaha ke arah ini kurang berkesan. seperti kursus ekomoni. dengan kuasa undang undang. Pelajar di institusi pengajian . Arbak Othman. Ketiadaan badan yang khusus yang benar -benar berkuasa. dan indah. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah -olah berlumbalumba untuk menjadikan bahasa Ingg eris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan. justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing. tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mere ka yang mengutamakan bahasa Inggeris. dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya.

Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan). Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bah asa Ilmu Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November. Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang -undang. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ¶markah bonus· dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru. tumpuan dialih pula kepada cara -cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu. ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran. . selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu. sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius.tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Ingger is sebagai bahan rujukan utama. Penerbitan buku juga dapat membantu menyele saikan masalah ketandusan ilmu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi ´mengangkasakanµ tamadun bangsa.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada b ahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. DBP. perancangan kurikulum. Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP. ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta mas yarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Seterusnya dihuraikan masalah -masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara. Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil. dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. guru yang kurang proaktif. perbanyakan penerbitan dan penterj emahan karya asing. kerana sifat keterbukaan yang ad a padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya. wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan. buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu. ketiadaan penguatkuasa undang -undang. sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu. pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu. masalah perubahan kurikulum. Kesimpulan Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu.(2006:48 -51) . Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Abdullah Yusof. . tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris. pembinaan dan pemantapan bahasa. Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri -ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyera p pelbagai budaya ilmu. memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu. Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan.

Nik Safiah Karim (2006). mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri. Rujukan Ismail Hussein (1992). . Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan.Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa. Kuas a DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Membudayakan Bahasa Kebangsaan. hlm 1 -6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa. Hlm 70-71. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. hlm 10 -13. Asal -usul bahasa Melayu. Yahya Don (2007). hlm 14 -19. ini telah terbukti yang mana Korea. dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful