PERPADUAN ADALAH BENTENG PERTAHANAN NEGARA YANG PALING UTUH Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya

melihat bahawa terdapat elemenelemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama. Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka

usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Wujud samada didasari undang-undang (de jure).Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153. tempat tinggal. Pada junktur sejarah. Berbeda dengan Malaysia. kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik. Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompokkelompok yg berbeza latar belakang. atau tidak (de facto). Teori Hubungan Kaum Segregasi . Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan. pengangkutan dan kemudahan awam. . Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil.dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan. sistem persekolahan. yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Akomodasi . peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti. menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.Contoh negara . kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain.merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Switzerland.

Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras. tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza. Asimilasi . Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat.juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Amalgamasi . . Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma. iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti.juga dikenali sebagai asimilasi budaya. nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti.Akulturasi .

sudah tentu sekolah kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. kebudayaan dan agama. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.1 Perpaduan Kaum Daripada Perspektif Teori Fungsionalisme. Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti. Sebagai rumusannya. 4. Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional. teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.3. Maka struktur ekonomi. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan.1 Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.1. apa yang kita lihat . i) Masyarakat Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan.1. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. harmoni dan evolusi. Pengenalan Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Bagaimanapun. Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. 4. Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. 4.

ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Pihak Sekolah Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Didapati setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.sekarang.Jadi. terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan.ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat. Sehingga kini. Lama-kelamaan. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu. Namun begitu. Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran. radio dan surat khabar. mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India. manakala pelajar lain terus bersama kaumnya. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual. . kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda. tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969. Walaupun di peringkat sekolah menengah. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. kaum Melayu. sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. iii) Media massa Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti televisyen.

pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza. Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hiraki stratifikasi sosial masyarakat. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek . Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku.1 Mobiliti Sosial Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang berbagai rupa. negara menuju kearah kemajuan ekonomi. Harapan untuk melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat kebangsaan masing-masing. 6. kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu generasi atau antara generasi berlainan. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak iaitu pergerakan ke atas atau ke bawah dalam hiraki. Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 6.Definisi Mobiliti Sosial Menurut pandangan fungsionalisme. Mobiliti mendatar pula ialah pergerakan dalam kelas sosial yang sama. malahan dalam kehidupan seharian.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan. pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial.

murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.moyang yang sama.3 Reformasi Pendidikan Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan. Pertamanya. dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. Ketiga. struktur dan sistem nilai. pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka. pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Namun begitu.negara asal. Kedua. pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. 6. Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. tradisi. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia. rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Fenomena ini jugalah yang terjadi . mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. bahasa. Melalui cara ini. Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah. maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling fahammemahami. secara tidak langsung. Sungguhpun di peringkat menengah. Jika perkara ini dapat dipraktikkan. Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kita dapat menyaksikan. budaya.

keturunan dan kepercayaan yangsama. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah. selain kanak-kanak itu diibaratkan .tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa. Menteri Pelajaran pada ketika itu. Cadangan Dan Kesimpulan Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. pertikaiandan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa. Kata orang tua tua melentur buluh hendaklah bermula dari REBUNGNYA lagi. Mahu tidak mahu. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini. Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini.kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai. Di negara kita. 7. selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak.\ Usaha mengukuhkan perpaduan perlu bermula di rumah dan sekolah rendah. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari rebungnya”.

Sekolah Penyayang. Memang diakui sukar untuk memuaskan hati semua kaum lantaran ledakan teknologi maklumat dan jaringan yang hebat sekarang. Pengurusan Disiplin. Bangsa Malaysia Satu bangsa yang bersatu padu. Hari Keluargadan Sukaneka. Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak. bertoleransi dan menghormati perasaan antara satu kaum dan kaum lain. Tetapi jika jiwa setiap rakyat sudah terdidik supaya menerima perbezaan yang ada. PelaksanaanRIMUP. Sambutan Bulan Patriotisme danKemerdekaan. mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Penyertaan Dalam Kokurikulum. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. tugas memperkukuhkan perpaduan terletak pada bahu ibu bapa dan guru.seperti sehelai kain putih yang mana segala corak pada kain itu ditentukan oleh ibu bapa. penjaga dan guru-guru di sekolah. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Cina. Tamil. Inggeris atau sekolah antarabangsa.anak agar saling menerima perbezaan dan akhirnya membesar sebagai rakyat yang sanggup bertolak ansur. Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri. Tidak kira sama ada anak-anak itu mengikuti persekolahan aliran kebangsaan. maka apa saja yang dipaparkan akan dianggap sebagai bahan bacaan ringan sahaja. Merekalah yang bertanggungjawab sepenuhnya membentuk sikap anak. sehinggakan ada dalam kita lebih mempercayai apa yang ditulis blogger. Acara Kebudayaan dan . Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya. Lawatan Sambil Belajar. enubuhan Kelab Rukun Negara. politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat.

kerjasama dan toleransi. dan (5) menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan dengan pelbagai agensi kerajaan. swasta dan pihak-pihak yang terlibat dengan perpaduan. AktivitiRiadah Luar Sekolah dan Tabung Kebajikan. wanita dan . setia kawan. SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020  Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu  Pembentukan Masyarakat yang Bebas. memupuk dan memelihara perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional. (3) menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Merdeka dan Cemerlang  Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang  Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh. Sistem Rumah.Kesenian.  Pembentukan Masyarakat yang Toleran  Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju  Pembinaan Masyarakat Penyayang  Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial  Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makm Membina Negara Bangsa Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal. JPN merancang program yang bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal antara satu sama lain. (4) mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat.Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa. (2) mencegah konflik antara kaum. Perkhemahan Bina Insan. Bagi mewujudkan perasaan muhibah. masyarakat dan wilayah.

3. penerbitan juga menjadi fokus JPN. Ma’al Hijrah. hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing- . Sekolah juga memberi kerjasama kepadapenduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama daripihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untukmelaksanakan aktiviti-aktiviti. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan. akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu kaum dan aktiviti-aktiviti agensi. Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat– Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakatsetempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama. sukan rakyat. Di samping itu. solat hajat. Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. majlis-majlis dan permainan tertentu. pertandingan bakat. gotong royong membersih tanahperkuburan dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima oleh semua pihak. gotong-royong. Bagi kanak-kanak. Risalah dan majalah ‘Balai Muhibah’. majlis kebudayaan. kelas perpaduan rakyat dan kelas vokasional.sambutan Maulidur Rasul. tabika perpaduan. Selain itu.2 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan perhubungan kaum. Tabika Perpaduan disediakan bagi pendidikan prasekolah. Antaranya ialah skim rukun tetangga.belia yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. majlis muhibah. jiran muda dan wanita. Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi nasional.

Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil.masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Melalui kokurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. . antaranya berasal dari daerah dan negeriyang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak.mempunyai pelajar berbilang kaum. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang. berbudi bahasa. tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. bencikan kekejaman. Kesan penglibatan pelajar danwarga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Penyertaan Dalam Kokurikulum– Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan. Ia membolehkan merekaberinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbangkepada perpaduan. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. hormat menghormati. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik. bertanggungjawab dan sebagainya. jujur. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya. cintakan keamanan. Program RIMUP secarakelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat denganprogram yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang. saling bantu membantu. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoritipelajarnya terdiri dari pelajar Melayu. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolahdan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja. keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. . Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan . Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama. Pendidikan Syariah Islamiah. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.permainan dan pakaian seragam. bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah. menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Sebelum itu. beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. maka pengetahuan.Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang. pemahaman. . penghayatan warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

ibu bapa perlu memikul tanggungjawab ini. semangat perpaduan dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan? Tepuk dada Tanya selera. asrama anak-anakYatim dan miskin. Bandaraya Melaka. papan-papan kenyataan sekolah danasrama. Pelajar diberiperingatan. Pengurusan Disiplin Secara Kolektif.Tugu Negara. Rumah perlindungan kanak-kanak. Pelbagai acara diadakansemasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan. Putrajaya.Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan disetiap lokasi penting seperti bilik darjah. gotong royong. Usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah. Muzium Negara. universiti dan sebagainya.mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaumdan keturunan.persembahan kesenian dan kebudayaan. Rumah-rumah kebajikan. Sekiranya anakanak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa. Telus dan Adil– Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Penjara. sekolah.Lawatan Sambil Belajar– Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ketempat-tempat bersejarah. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermaknadan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa. asrama orangkurang upaya.Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah danasrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. . Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang danperaturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Memorial. pertukaran maklumat dansebagainya. amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjangpersekolahan. Parlimen.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful