Kaji pendidikan khas anak istimewa KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) kini sedang sibuk dengan transformasi pendidikan

dengan berusaha untuk mengurangkan mata pelajaran di sekolah rendah. Usaha KPM itu adalah tindakan yang amat baik yang selama ini ditunggu-tunggu oleh ibu bapa. Tidak timbul lagi masalah anak-anak kecil berada di Tahun Satu merengek mengheret beg pergi dan balik dari sekolah. Transformasi pendidikan ini melibatkan juga anak-anak yang berada di sekolah-sekolah dan program percantuman pendidikan khas. Apa yang berlaku sekarang, transformasi pendidikan tidak berlaku dalam sistem pendidikan khas, khususnya di kalangan anakanak bermasalah pembelajaran.Cuba bayangkan anak-anak istimewa kita terpaksa mengharungi lebih daripada 15 mata pelajaran dalam seminggu berbanding dengan mata pelajaran yang diajar kepada anak-anak di aliran perdana. Anak-anak di sekolah kebangsaan hanya belajar 11 mata pelajaran, sebaliknya anakanak berkeperluan khas belajar sebanyak 15 mata pelajaran. Mata pelajaran yang diikuti oleh anak-anak berkeperluan khas meliputi Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif, Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup Pertanian, Mencuci Kereta, Masakan, Mendobi dan Pertukangan. Berdasarkan sukatan yang telah digubal, semua murid berkeperluan khas perlu mengikuti semua mata pelajaran. Bila masa anak-anak khas dapat menguasai kemahiran sekiranya terlalu banyak mata pelajaran yang hendak disampaikan. Sebab itulah kita dapati anak-anak bermasalah pembelajaran tiada peningkatan daripada aspek proses pengajaran dan pembelajaran. Kita harus ingat bahawa anak-anak bermasalah pembelajaran adalah anak-anak yang terdiri daripada pelbagai kategori kecacatan yang dilonggokkan dalam satu kelas. Setiap individu anak-anak bermasalah pembelajaran memerlukan didikan yang selaras dengan kecacatan yang dihadapi.Keperluan anak-anak µsindrom down¶ adalah berbeza dengan keperluan anak-anak hiperaktif dan anak-anak lembam.

kerajaan akan memperhebatkan pendidikan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan minda (IQ) dan kognitif luar biasa bagi memastikan mereka dapat memperkembangkan kebolehan masing-masing ke peringkat lebih tinggi. ARKIB : 07/12/2009 Kompleks PERMATApintar Oleh NIZAM YATIM pengarang@utusan. Begitu juga dengan kurikulum yang hendak disampaikan kepada mereka agar matlamat pendidikan khas itu tercapai. . bukan sekadar membina kurikulum yang berlambak tapi tidak mendatangkan menafaat kepada anak-anak kita yang berkeperluan khas. Sistem melonggokkan pelbagai kategori kecacatan dalam satu kelas seharusnya dikaji semula. Beliau berkata.Sejauh manakah kurikulum untuk anak-anak bermasalah pembelajaran yang ada mampu memberi pendidikan kepada anak-anak bermasalah pembelajaran di sekolahsekolah masih diragui. semua pihak yang terlibat dengan pendidikan untuk golongan bermasalah pembelajaran harus peka terhadap keperluan individu mereka.com. . Sehubungan itu. sebagai permulaan sebanyak 150 kanak-kanak pelbagai kaum akan memulakan pengajian di kompleks terbabit pada 2011 dan jumlah itu akan ditambah sehingga 300 orang pada tahun-tahun akan datang. kerajaan telah memutuskan untuk membina Kompleks PERMATApintar Negara di dalam kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini bagi memberikan pendidikan khusus kepada kanak-kanak pintar berusia 16 tahun. Perdana Menteri berkata. ''Langkah ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk melakukan transformasi sekali lagi terhadap negara kita dan membentuk model ekonomi baru bagi menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata.Selaras dengan transformasi pendidikan.my BANGI 6 Dis.

Menteri Pengajian Tinggi. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UKM. bangunan kelas pembelajaran. dewan makan. Pembinaan kompleks itu akan memberi peluang kepada pelajar pintar untuk merasai situasi pembelajaran di menara gading. Sebelum itu. kelas pembelajaran. kafetaria dan dewan serbaguna manakala pembinaan fasa kedua membabitkan sebuah auditorium. Selain menitikberatkan orientasi pembelajaran dalam bangunan. . Turut hadir isterinya. langkah menyediakan pendidikan khusus untuk kanak-kanak pintar adalah bagi memenuhi ruang kosong yang wujud berikutan kerajaan kini hanya memberikan tumpuan kepada pelajar biasa dan mereka yang memerlukan pendidikan khas kerana cacat. Beliau berucap merasmikan Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar 2009 di UKM di sini hari ini. Menurut Najib. Projek pembinaan dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa pertama dijangka siap 2011 merangkumi bangunan pentadbiran. kompleks itu mengambil kira suasana pembelajaran kondusif meliputi interaksi sesama manusia dan alam semula jadi. Tan Sri Profesor Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. sekali gus berpeluang mendekatkan diri dengan suasana berkonsepkan penyelidikan. Datin Seri Rosmah Mansor. makmal dan kolam renang.''Kita akan memperhebat lagi program ini dengan menambah bilangan yang terlibat dan meningkatkan kualiti pendidikan kerana jumlah yang pintar adalah ramai iaitu dengan anggaran tiga hingga lima peratus daripada keseluruhan kanak-kanak di negara ini." katanya. bangunan makmal. Najib turut menyempurnakan upacara pecah tanah kompleks seluas lapan hektar itu dan menanam kapsul masa untuk tempoh 25 tahun yang mengandungi catatan harapan beliau dan Rosmah terhadap program pendidikan pelajar pintar di negara ini. asrama.

Amerika Syarikat di UKM yang melibatkan 405 kanak-kanak berusia sembilan hingga 15 tahun dari 30 November hingga 18 Disember ini. ARKIB : 13/11/2009 Sekolah khas mampu lahir bakat baru PUTRAJAYA . maka tiang seri mesti merupakan proses pembelajaran dan pengajaran yang boleh melahirkan masyarakat yang berteraskan ilmu. bakat kanak-kanak berkenaan kalau dipupuk dan dikembangkan secara saintifik akan membolehkan lahir satu generasi baru rakyat Malaysia yang lebih berkemampuan dalam semua aspek.Menurut beliau. ''Terdapat di kalangan mereka yang sudah tahu bagaimana hendak mereka bentuk 'roller coaster' robot dan juga mengkaji bagaimana taufan terhasil yang amat berguna bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca. . ''Saya lihat kanak-kanak yang menyertai program ini telah menunjukkan kebolehan memberangsangkan termasuk tahu memecah kod rahsia dan saya yakin mereka boleh menjadi saintis yang bekerja dalam perisikan tentera. ''Langkah ini dibuat kerana kita sedar bahawa dalam membentuk sebuah tamadun yang gemilang.'' ujarnya.Kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dilihat mampu meneroka bakat-bakat baru dalam arena sukan paralimpik tanah air.'' katanya. program kedua yang telah dibuat untuk pelajar pintar ialah mengadakan perkhemahan cuti sekolah dengan kerjasama Universiti John Hopkins. ''Kita juga sedar bahawa empayar yang boleh bertahan lama bukan yang menggunakan kekuasaan ketenteraan tetapi yang berasaskan kekuatan minda. Kata beliau.

" katanya. "Kami percaya banyak bakat-bakat baru berada di sekolah ini dan berharap kita mempunyai perancangan yang baik untuk membawa mereka ke tahap sepatutnya. Mengulas lebih lanjut. semalam. Malaysia (Jactim). khususnya penyertaan mereka dalam Sukan Paralimpik Remaja yang diadakan setiap empat tahun sekali itu. kerjasama yang terjalin dengan Kementerian pelajaran Malaysia menerusi sekolah-sekolah khas seluruh negara mampu memberikan kelebihan kepada sukan paralimpik.000 oleh Yayasan Perniagaan dan Industri Jepun. bantuan dana berterusan turut memberi ruang kepada MPM untuk meneroka sukan-sukan paralimpik baru. Dalam perkembangan sama. Kenji Kojima. "Kita akan memperkenalkan sukan-sukan paralimpik baru jika mendapat kelengkapan yang sesuai dan baru. kita mendapat tajaan untuk membeli kapal layar dan ini membuka ruang permulaan kepada atlet kita untuk meneroka sukan tersebut seterusnya bersaing mengharumkan nama negara." jelasnya. "Malah. Zainal memberitahu. Bong Muk Shin. Pengerusi Jactim. jika ia direalisasi. "Contohnya tahun lalu. Turut hadir. .Hubungan rapat itu selari dengan usaha kerajaan yang mahukan setiap penduduk di negara ini aktif bersukan tidak kira sama ada mereka insan normal atau kurang upaya (OKU). Datuk Zainal Abu Zarin berkata. matlamat untuk mencipta atlet-atlet remaja dalam empat tahun akan datang bakal tercapai. Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian cek bernilai RM120. Jactim telah memberi sumbangan lapan tahun berturut-turut untuk tujuan pembelian peralatan dan kelengkapan sukan atlet-atlet paralimpik negara. Menteri Kedutaan Jepun di Malaysia. Takashi Hoshiyama dan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas. Presiden MPM.

Melalui program Open Minds. kami telah menyumbang lebih RM6 juta ke arah memperbaiki kehidupan lebih 5. Keluarga dan Masyarakat untuk menyalurkan dana kepada kanak-kanak istimewa terpilih di serata negara. dan wang yang dijana melalui penjualan produk-produk P&G akan digunakan untuk bantuan pendidikan bagi kanak-kanak istimewa. Yuri Hermida. disleksia dan dysaraphia. "Sejak penubuhan program CSR Open Minds dalam tahun 1999." katanya. Kempen 'Beli Satu Pek. Sokongi Pendidikan' yang menjangkaui rantau ASEAN turut menandakan ulang tahun ke-10 program CSR Open Minds. Sokongi Pendidikan' akan dilancarkan di semua kedai di seluruh negara. Beliau menambah bahawa kempen tersebut akan memanfaat kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti autisme. P&G akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita. "Kempen oleh P&G ini adalah satu saluran untuk konsumer prihatin membawa perubahan ke dalam kehidupan kanak-kanak istimewa. Procter & Gamble Malaysia (P&G) akan mengumpul dana bagi memanfaatkan keperluan pendidikan kanak-kanak istimewa. Ketua Pegawai Eksekutif Negara P&G. berkata kempen 'Beli Satu Pek. yang komited ke arah membantu dan memperbaiki masa depan kanak-kanak istimewa di seluruh dunia. .ARKIB : 29/10/2009 Kumpul dana untuk pendidikan kanakkanak DALAM tempoh dua bulan yang akan datang. Keperluan pendidikan khas untuk kanakkanak kurang bernasib baik mendapat perhatian.000 orang kanakkanak istimewa di seluruh Malaysia.

ia turut melibatkan aktiviti-aktiviti untuk membina dan membentuk keyakinan serta kebebasan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. . kami dapat meningkatkan kesedaran mengenai cabaran-cabaran yang dialami oleh kanakkanak istimewa yang mempunyai masalah pembelajaran. Sokongi Pendidikan'. Sepanjang bulan Oktober dan November. Dan berbanding dengan hilang upaya fizikal. Sumbangan tersebut akan membantu memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dengan memberikan mereka peluang pendidikan yang sepatutnya.Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran seringkali mengalami kitaran kegagalan akademik dan keyakinan diri yang rendah. orang ramai juga boleh menyokong kempen dengan membeli produk-produk P&G di sebarang stor di Malaysia. sekali gus menyukarkan proses untuk mengenalpasti jenis hilang upaya itu dan sokongan pendidikan yang diperlukan. masalah pembelajaran seringkali 'tersembunyi'." katanya. "Kami berharap bahawa melalui kempen 'Beli Satu Pek. "Sokongan kami terhadap bantuan pendidikan bukan hanya merangkumi kurikulum sekolah.

Kanak-kanak berkeperluan khas RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanakkanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran. dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun. cacat anggota. kanak-kanak Sindrom Down. cerebral palsi. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran. Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun. masalah pembelajaran dan lain-lain. FAHAMI situasi kanak-kanak berkeperluan khas bagi mengelakkan mereka dibelenggu masalah dalam pelajaran di sekolah dan dalam kehidupan seharian. terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Secara amnya. autisma. .lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). kurang tumpuan dan hiperaktif . bisu dan buta. pekak . penglihatan dan fizikal.

Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca. tidak mengenal warna dan bentuk. sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran. Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri. Pun begitu. Kebiasaannya.Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis. dungu. Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Kebiasaannya. mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru. Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain. Ini adalah amat perlu untuk . Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri. guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh. ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. lembab dan nakal kerana tingkahlaku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas. ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil. serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama. Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan ini. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor. ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.

Sementara itu. Pada masa yang sama. jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini. Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain. lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di HUSM. mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. .memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Begitu juga guruguru yang mengenalpasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam KIA 2M untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan. ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas. Kebiasaannya. Pada masa yang sama. pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Selepas penilaian. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi. Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini. perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi. Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran. Pun begitu. Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat.

Sedangkan bagi seorang yang normal. sebilangan kanak-kanak SD turut mengalami masalah kesihatan lain seperti jantung berlubang. Kecacatan yang dihadapi ini merupakan masalah genetik paling utama yang menjadi penyebab masalah terencat akal. Kelahiran kanak-kanak SD Malaysia adalah satu daripada 660 kelahiran hidup dan kadar ini sangat tinggi jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat di mana satu daripada 1.000 bayi dilahirkan menghidap SD. mereka sepatutnya hanya mempunyai dua salinan kromosom ini.ARKIB : 22/10/2009 Yayasan IJN bantu kanak-kanak SD Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA MEREKA lahir sebagai kanak-kanak istimewa yang menuntut penjagaan dan perhatian lebih sedikit. Kelemahan sistem pertahanan badan dan kekerapan jangkitan juga boleh berlaku dengan peratus lebih tinggi terhadap kanakkanak SD ini. SD merupakan penyakit konginetal apabila seseorang itu dilahirkan mempunyai tiga salinan kromosom 21. . Ini kerana gejala sindrom down (SD) yang dihidapi tidak membolehkan golongan ini menjalani kehidupan secara normal seperti kanak-kanak normal lain.Gambar hiasan .

Tambah beliau. pihaknya menyasarkan kutipan RM25. kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami SD ini tidak tahu dikendalikan oleh ibu bapa malah segala keperluan mereka juga tidak dipenuhi.Selain kecacatan dari segi fizikal dan mental. sebilangan kanak-kanak SD juga kerap mengalami masalah kesihatan lain seperti jantung berlubang. tenaga pengajar serta bakal ibu bapa. Menurut Pengurus Besarnya.5 juta bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan dan keadaan itu adalah disebabkan mereka (pesakit) terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.000 sepanjang seminar tersebut berlangsung. di Kuala Lumpur. ''Seminar sehari ini sebenarnya menyasarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anakanak sindrom down. baru-baru ini. biar pun kanak-kanak SD ini berbeza daripada kanak-kanak normal tetapi tidak bermakna mereka harus disisihkan seolah-olah tiada ruang di dunia ini untuk mereka.'' ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di Insitut Jantung Negara (IJN). seminar tersebut merupakan aktiviti yang kedua diadakan pada tahun ini dalam usaha mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak istimewa ini menjalani rawatan di IJN. Sehubungan itu. pengetahuan serta kesedaran akan keperluan dan keprihatinan terhadap anak-anak istimewa ini.000 hingga RM30. masih ramai ibu bapa atau masyarakat yang cetek pengetahuan tentang penyakit yang tidak boleh diubati itu dan bagaimana untuk mengendalikan kanak-kanak istimewa ini. Alawiyah Yussof. Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) akan mengadakan seminar sehari bertajuk Beri Saya Peluang (Give Me A Chance) di Auditorium Institut Jantung Negara. Untuk itu. Mengulas lanjut mengenai seminar tersebut. Alawiyah berkata. ia akan diadakan pada 7 November ini bermula 9 pagi hingga 5 petang. Jelasnya. Penceramah-penceramah yang dijemput untuk membentangkan kertas kerja merupakan penceramah yang pakar dalam bidang tersebut dan antara topik yang akan disentuh ialah berkaitan dengan pendidikan pembangunan kanak-kanak SD dan juga proses pembesaran dan keperluan kanak-kanak istimewa ini. Dalam hal ini. Ini kerana setiap tahun Yayasan IJN memerlukan sekitar RM2 juta hingga RM3. . ''Ia amat berguna kerana di seminar ini nanti kumpulan sasaran akan diberi peringatan.

.'' jelasnya. ''Pada asalnya yayasan ini untuk membantu pesakit miskin yang mengalami kes kecemasan. dengan bantuan seperti ini. Antara syarikat dan organisasi yang menyumbang kepada yayasan itu ialah Pfizer Malaysia. pihak kami menetapkan kutipan syiling sebanyak RM25 ribu dan keperluan ini dijangka bertambah memandangkan kos perubatan yang semakin meningkat. pesakit mampu bayar dan pesakit kurang mampu bukan kakitangan kerajaan seperti pesawah. membiayai program penyelidikan di IJN serta latihan lanjut kepada para doktor dan paramedik lain. yayasan tidak pernah mengalami masalah tidak cukup dana terutamanya apabila pesakit yang berkelayakan datang memohon bantuan daripada yayasan secara kecemasan. nelayan dan sebagainya. ''Untuk seminar ini. Alawiyah berkata. Yayasan IJN ditubuhkan pada tahun 1995 bertujuan mengumpul dana bagi memberi rawatan kepada pesakit-pesakit jantung di institut berkenaan. Yuran penyertaan sebanyak RM120 akan dikenakan untuk setiap penyertaan dan tempat duduk adalah terhad kepada 150 orang peserta. Tambah beliau.'' katanya. terdapat beberapa syarikat swasta yang menghulurkan dana secara tetap setiap tahun kepada yayasan itu manakala organisasi lain dan pihak individu pula akan menghulurkan sumbangan pada bila-bila masa. kos rawatan dan pembedahan yang tinggi menyebabkan mereka tidak mampu untuk menampung caj rawatan dan bil hospital sepenuhnya. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar ini atau individu serta syarikatsyarikat swasta yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah menghubungi pejabat Yayasan IJN di talian 03-26006219 (Siti). Bantuan yang dihulurkan bukan sahaja berbentuk wang ringgit malah ada yang turut serta menjadi rakan kongsi pada setiap program yang dianjurkan.Katanya. IJN merawat tiga golongan pesakit iaitu kakitangan atau pesara kerajaan. ''Walaupun mereka telah mendapat sumbangan daripada kerajaan tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menampung rawatan susulan selepas pembedahan dan rawatan lain. AirAsia dan Yayasan Tenaga Nasional.

Menangani anak-anak hiperaktif Oleh ZUHAYATI YAZID KANAK-KANAK lasak yang sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. berkelakuan mengikut gerak hati. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. . kanak-kanak hiperaktif hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak yang menjadikan mereka sukar mengawal diri. Di sebalik kenakalan itu. Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa. Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik. kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD) Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanakkanak itu bersikap aktif sejak lahir.

Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. "Perbezaan antara ADHD dengan nakal ialah tahap tingkah laku. alahan atau terpengaruh dengan televisyen. "Bukan mudah untuk diagnosis tanda masalah kerana dari mata kasar. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333. ''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Katanya. masalah ini boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti.com. Dia akan terus melakukan kesilapan berulang kali. seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. mereka masih tidak boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku. ADHD sukar dikesan dan ia tidak mudah didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia. 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Kanak-kanak nakal akan mendengar cakap tetapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Katanya. Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik. pengambilan gula berlebihan. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan.Menurut Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). "Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan. mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa. kanak-kanak ADHD sama seperti rakan-rakan seusia yang lain. Cuma nakal biasa. kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar selepas usia enam hingga sembilan tahun.jomlayan. Jika tidak diberi rawatan lebih awal.000 kanak-kanak atau 4. Mereka tidak mahu mendengar arahan atau belajar daripada kesilapan.'' ujarnya melalui laman web www.3 peratus mengalami masalah ADHD. anda masih tidak nampak kelainan. Pada usia itu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa ingin tahu sesuatu yang baru. Subash Kumar Pillai. . Dr.

malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda *abelkan. kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal. *Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. . komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain. Jika perkara tersebut berulang. Ini kerana. Ini kerana. Di bawah ini. minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya. segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan.'' katanya. *Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.sabda. *Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain. kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.org. jangan sesekali merasa bosan. *Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal. ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri. Katanya. lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan.'' katanya. Ini kerana. "Dalam situasi ini. *Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini. bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. *Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan.''Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www. *Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif. mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.