SUSUN

LAPIS

PEMERINTAHAN

MELAKA

Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu, ekoran daripad asistem pentadbiran yang sistemetik. Sistem pentadbiran di Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para

pembesar,manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan,para pedagang,rakyat biasa dan hamba.Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka.

Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang terpenting.Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.

Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan

bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a)

Bendahara

Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar (b) Seri Perdana Wak Raja. Menteri

Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara (c) Singapura Penghulu yang Bendahari pertama.

Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.

Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara

1424-1444 T.M. ) Beliau dikatakan telah ‘mengatur takhta kerajaan baginda’. tanggungjawab individu di istana. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah . Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial. “…with my wife and house. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar. Raja Melaka yang kedua. Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja.berangkat dari Muar ke Melaka.” Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka. Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol. Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah. melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda. politik dan ekonomi semasa. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung. baginda pernah berkata.

Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja.. Oleh yang demikian. kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Ia hanya mengalami sedikit perubahan dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara.jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini. Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit. jelaslah bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga. PEMBETUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama . Menurut huraian diatas. dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan.

Di Melaka.Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran. Peraturan umum seperti mencuri.Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.dalam memastikan kestabilan politik dan Negara. Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu. Sebagai contoh. merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Undang-undang yang pertama dikenali sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat. Ini menunjukkan . Namun begitu.„Adapun jikalau ia mencuri. jika seorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina.dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh..induvidu. semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah. Hukum Kanun Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud.2 dalam Hukum Kanun Melaka. undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing-masing... Namun. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7. melainkan dipotong tangannya“. Lelaki tersebut akan dihukum berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab dan agamanya.

teks ini diterjemah sebagai “the maritime laws of Malacca”. hukumhukum jenayah di kapal. HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah .contohnya hukumanpotong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka. Orang Arab serta ramai lagi untuk datang dan menetap di Melaka. . larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda. kiwi serta anak kapal. Hal ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat. dengan adanya undang-undang tersebut..undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum syarak. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka.manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai undangundang laut melaka atau adat pelayaran melaka.melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara. Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.hal yang demikian dirujuk berdasarkan hokum hadd dalam kesalahan jenayah pada hokum yang dikenakan terhadap para jenayah yang tertangkap. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga. cara berjual beli.sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya.

Melaka mendapat perlindungan daripada China.dengan adanya pengaruh yang ramai.khasnya daripada ancaman Siam.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka.jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar penaklukkan.yang sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.dengan menjalinkan hubungan dengan China.Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut.Parameswara diberi pengakuan secara rasmi pada tahun 1406.persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik dengan negeri China.kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah pengaruhnya.pengakuan tersebut disertakan dengan penyerahan cop mohor.Kejayaan Melaka dalam menjalin hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam perkembanggan politik Melaka.Pada masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di asia. PERDAGANGAN PERANAN SELAT MELAKA Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau .Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.

Contonnya perkhidmatan membaiki kapal.melaka telah dikenali di seratapelosok.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk berdagang di melaka.Hal ini.terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan.Contohnya pemerimtah Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagang di Melaka dengan menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan di pelabuhan.rumah tumpangan.sebagai tanda .Hal ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China. HUBUNGAN DENGAN CHINA Selain itu.Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai pelabuhan interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan daganagan antara para padagang.Perdagangan di Melaka juga berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah untuk memudahkan para pedagangan.Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke15 masihi dan abad ke-16 masihi.stor barangan dagangan dan sebagainya.Denagan adanya pelabuhan interport.kebijaksanaan pemarintah telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.

Mereka akan menyamun para pedagang yang melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang untuk berdagang dan melalui selat melaka. Orang-orang laut telah diberikan pangkat dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan perairan selat melaka.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan kepada Melaka.persahatan. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah.Namun pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat memenuhi keperluan barangan di Melaka.ini merupakan kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan barangan dagangan mereka di China.Orang laut dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan keturunannya sehingga keturunan yang terakhir di Johor pada 1699.Tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan perdagangan Melaka. PERANAN ORANG LAUT Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang laut ekonominya adalah berasaskan aktiviti morompak dan melanin.pada .Kebijaksanaan pemerintah yang telah berjaya menguasai orang laut.baginda meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan kepentingan perdagangan Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China merupakan sebuah Negara yang luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang tinggi.Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara China.sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka. perkembangan perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara China .

Ekoran daripada kejayaan menguasai orang laut. Sebagai contoh. pedagang China boleh bertutur dalam bahasa cina untuk berkomunikasi antara mereka. PENILAIAN . pedagang asing menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi apabila berurusan dengan pegawai dan pedagang di pelabuhan.Melaka dapat menarik minat para pedagang dari luar kerana terdapat jaminan keselamatan yang telah disediakan. Namun begitu.masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan tentera laut bagi megawasi perairan selat melaka.mambaca tiupan angin. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah difahami dan menjadi bahasa utama masyarakat di rantau ini. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Jawa terhadap pihak yang superior sebagai tanda hormat. Pemerintah Melaka membenarkan rakyatnya dan bangsa asing bertutur dalam bahasa masing-masing. Namun begitu.orang laut dapat mengawal perairan selat melaka dengan mudah. bahasa Melayu tetap dijadikan sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan di Melaka.Dengan kemahiran yang sedia ada.dan sebagainya. Bukti penggunaan bahasa asing di Melaka dapat dilihat dengan penggunaan istilah bahasa Jawa di kalangan masyarakat Jawa seperti Manira dan Kulo. KEBUDAYAAN Kehadiran pelbagai bangsa menyebabkan terdapat 84 jenis bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di Melaka.Contohnya mereka dapat mengalahkan musuh dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kapal.

sarjana berpendapat perkembangan sejarah Melayu abad ke-11 Masehi dikaji dalam abad ke-15 Masehi. Hanya Palembang sahaja yang disebut sebagai tanah taklukan Malayu-Jambi. Walau bagaimanapun. Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan pentafsiran Wolters. iaitu apabila Melaka diserang oleh Portugis. Pentafsiran Wolters memaparkan satu budaya warisan Melaka yang diasaskan di Srivijaya. Kenyataan ini dapat dilihat berdasarkan bukti yang dikemukakan pada proses Peralihan Pemerintahan Dari Palembang Ke Melaka. Keadaan ini seolah-olah berlaku sekali lagi dalam dunia Melayu. pemerintah yang melarikan diri itu berasal dari Palembang-Srivijaya. setelah diserang oleh Jawa. Wolters menambah Temasik ( Singapura ) adalah tempat persinggahan pemerintah Srivijaya itu sebelum ke Melaka. Bukti terawal yang boleh diperjelaskan ialah berdasarkan Sejarah Melayu yang secara terang-terangan menegaskan pengasas Melaka datang dari Palembang. Edidi Teks Terawal ( 1612 Masehi ) memberikan gambaran awal tanpa keraguan tentang kecemerlangan Palembang dahulu dan proses peralihan yang berlaku. kekuasaan Palembang dan Jambi semakin merosot. Pada abad ke-14 Masehi. pemerintah Palembang mengundurkan diri. . kerana apa yang berlaku semacam pernah berlaku di Srivijaya juga. semacam kita mampu mendedahkan yang Parameswara. pada separuh abad ke-11 Masehi. istilah Srivijaya semacam lenyap dari catatan sejarah. Maka satu ketetapan telah diperolehi.Bukti Melaka Sebagai Warisan Kepada Srivijaya Apabila kita membicarakan tentang Melaka sebagai warisan kepada Srivijaya. iaitu pengkaji salasilah raja-raja Melayu memutuskan bahawa pemerintah dan pengasas kerajaan Melaka berasal dari empayar Srivijaya yang mempunyai pusat pentadbiran di Palembang. Setelah mengkaji Raffles SM No. Pada masa yang sama. dan beberapa bukti lain. 18.

Selain itu. dan menyifatkannya sebagai. Hal ini kerana Singapura adalah tempat yang strategik untuk perdagangan kelautan dan berhampiran dengan Kepulauan Riau yang dianggap sebagai kuasa tentera kelautan ketika itu.. Bukti Lain Melaka Sebagai Waris Kepada Srivijaya . Pires menyifatkan bahawa Parameswara ialah raja Palembang. bukti Melaka sebagai waris kepada Srivijaya dapat dilihat berdasarkan peranan ahli salasilah yang mencorakkan perjalanan penulisan Sejarah Melayu itu sendiri. Pengunduran ke Singapura ( Temasik ) pun ada rasionalnya. seorang yang istimewa dan bersedia untuk pergi berperang.. Hal ni kerana penduduk di pulau itu masih menumpahkan taat setia kepada Parameswara. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa apa yang berlaku di Melaka mempunyai perkaitan dengan perkembangan Srivijaya-Palembang ketika sedang masyhur dahulu. Kekalahan Parameswara ke atas Jawa sedikit pun tidak merendahkan kedudukan dan martabat Parameswara. selain dapat menerangkan assl-usul Parameswara.. Dalam Raffles SM No. Ahli salasilah juga mahu menjaga air muka pengasas Melaka supaya dapat menjernihkan keadaan huru-hara dalam sejarah alam Melayu ketika itu. kedaulatan raja-raja Melayu akan dizahirkan dengan merujuk kepada keluarga diraja Palembang.” Parameswara sedar akan kekuatan abang iparnya ( Jawa ) dan berusaha untuk menyerang kembali Jawa. Maka Pires menyifatkan Singapura sebagai lokasi yang sesuai untuk Parameswara membangunkan kembali kekuasaannya. “.Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan kepada pentafsiran ke atas pendapat Tome Pires. Ahli salasilah menyifatkan Raja Iskandar Shah tiba ke Melaka dengan kekuasaan yang sama dengan kekuatan Tri Sri Buana.. 18 pun.

Ketiga-tiga tokoh tersebut telah menanamkan tradisi berkerajaan dan mengasaskan tunjang pensejarahan Melayu untuk dijadikan warisan bukan sahaja oleh pengganti mereka sehingga tahun 1511 Masehi malah tradisi ini terus diamalkan dalam bentuk semangat dan amalan sistem sosiopolitik serta kerajaan pada institusi kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini. Kemudian. Palembang yang amat praktis. pengalaman politik dan pentadbiran yang dimiliki oleh Parameswara dan para penyokong serta pengikutnya yang terdiri daripada para menteri dan pembesar sejak berada di Singapura dan Palembang dahulu merupakan landasan penting dan sumber pengetahuan yang asas dan berguna untuk membentuk kerajaan di Melaka. Pengalaman berpolitik dan mentadbir yang diperoleh ketika menjadi raja di Palembang dan Singapura itulah yang menjadi landasan kebolehan Parameswara untuk memerintah dan merancang skema untuk memajukan Melaka. Dengan perkataan lain. Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh kerana pengetahuan itu adalah warisan yang diturunkan dan telah dipusakai oleh Parameswara daripada kalangan kerabatnya sendiri dan keluarga ahli politik Palembang. Parameswara meninggalkan dua orang pengganti iaitu Megat Iskandar Syah dan Seri Maharaja. Ia juga memberikan pengetahuan kepada beliau untuk berpolitik.Setelah berjaya mengasas dan mendirikan kerajaan Melaka sekitar tahun 1399/ 1400 Masehi. pengganti Parameswara . Palembang adalah tempat asal Parameswara dan tempat bakat kepimpinan beliau dipupuk untuk menerajui empayar Melayu-Srivijaya. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dari segi politik dan pentadbiran untuk menerajui sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan itu. Pengalaman Parameswara semasa menjadi pemerintah untuk beberapa tahun di tanah asalnya.

Dasar dan prinsip berpolitik di Palembang dijadikan model oleh beliau untuk bergerak cergas di Melaka pula. Di Melaka. Orang Laut di tepi pantai dan rakyat pula berumahkan atap rumbia di kaki bukit dan di seberang sungai. bangsawan. Senapati. Pratyaya. hierarki pemerintahannya terdiri daripada raja dan kerabatnya. Nyaka. Tetapi kali ini penerusan serta kelanjutan ini terjadi di Melaka pula. Di Srivijaya. Maka dalam konteks dan proses budaya politik serta fenomena sejarah serantau yang berlegar di Selat Melaka itulah kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 muncul dan membangun. Hajipratyaya dan Dandanayaka. Nayaka pula berperanan sebagai Penghulu Bendahari. Gaya politik Srivijaya praperiode Melaka telah dijadikan model dan ilham cara berpolitik yang amat baik oleh raja-raja . Tempat tinggal berdasarkan pola demografi iaitu raja dan kerabatnya tinggal di atas bukit yang strategik. rakyat merdeka dan hamba.hanya meneruskan sahaja usaha yang telah dirintisnya itu. Proses dan babak-babak sejarah yang terdahulu terjadi hingga abad ke 14 berterusan lagi. Senapati merupakan ketua kepada hulubalang dan fungsinya sama dengan Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah semangat politik dan tradisi sosiobudaya Srivijaya itulah yang mempengaruhi penubuhan Melaka kepada sebuah empayar seperti pengalaman Palembang-Srivijaya dahulu. Contohnya. Tambahan pula tokoh yang mengasaskan Melaka adalah keturunan darah dan kerabat dari Palembang dan berkaitan pula dengan kekerabatan Jawa semenjak tahaptahap kegemilangan Singosari pada abad ke 13 lagi. pembesar-pembesar di lereng bukit dan kampung-kampung. golongan pembesar. sistem politiknya didukung oleh satu sistem pentadbiran yang berpaksi kepada raja dan juga satu barisan kepimpinan yang mempunyai fungsi masing-masing dan disokong oleh kesetiaan Orang Laut di Selat Melaka.

Ini bermaksud karisma kepimpinan yang ada pada Parameswara dan pemerintah yang seterusnya telah dilambang dan diberikan unsur sosiopolitik tradisi yang istimewa terhadapnya sebagai tokoh pemerintah yang dianggap berdaulat terhadap rakyat. Penutup Berdasarkan kepada perbincangan di atas. Pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan sebuah kerajaan dalam suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang lagi. Karisma Parameswara sebagai raja yang berdaulat di Palembang dan Singapura sebelum tahun 1400 Masehi. Selari dengan corak pengaliran tadi. khususnya dari aspek ekonomi. namun kita . Cuma faktor asas yang menjadi tunggak perubahan kedua-dua kuasa thalassocracy Melayu dalam lingkungan kedinamikkan budaya serantau dan seperairan ini iaitu faktor agama Islam. politik. telah menjadi pendorong utama untuk menggerak dan menggagaskan eksploitasi politik yang lebih besar di Selat Melaka pada awal abad ke 15 atau sekitar penghujung abad ke 14. dan sosial negara. Melaka sebenarnya telah mengambil alih peranan politik Palembang-Srivijaya yang telah pudar itu. Proses peralihan kerajaan ketuanan Melayu berlaku dari Srivijaya ke beberapa kawasan kedaulatan Melayu ketika itu sebelum singgah menetap di Melaka. Walaupun hampir tiada sumber bertulis yang menerangkan secara konkrit berkenaan dengan proses peralihan yang berlaku. dapat dirumuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukan jelas menunjukkan Melaka menjadi waris kepada kerajaan Srivijaya. Malah tradisi pensejarahan Melaka selama seabad lebih itu adalah pengulangan semula tradisi pensejarahan Srivijaya.Melaka untuk menggiatkan kegiatan diplomatiknya.

pusat perdagangan juga berubah. penulis ingin membayangkan kebenaran tafsiran yang dibuat oleh Wolters. Sebelum mengakhiri perbincangan ini. BIBLIOGRAFI . pentafsiran ini sedikit sebanyak boleh dirujuk untuk mendedahkan Melaka adalah waris kepada kerajaan Srivijaya. Memaparkan kepentingan ekonomi dan motif politik bergerak seiring. Maka. Kejatuhan kerajaan Srivijaya sudah barangkali boleh diramalkan. Selari dengan peralihan kerajaan Melayu ke Melaka. Mahu tidak mahu kekuasaan sesebuah kerajaan yang berpusat di lautan maritim perlu menerima hakikat yang mereka juga akan beralih ke tempat lain.perlu mengakui bahawa peralihan memang berlaku. Hal ini kerana kerajaan kelautan ini banyak bergantung kepada kegiatan perdagangan maritim antarabangsanya demi kelangsungan politiknya.

W.1994.W Rockhill.Bhd Mohd Jamil Bin Mukmin. (eds).Universiti Kebangsaan Malaysia. Joginder singh jessa.1983. F. Rahmat Saripan. W.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur.new haven and London.dewan bahasa dan pustaka. Max gluckman. Hirt and W.Melaka Pusat Penyabaran Islam Dinusantara. Chau Ju-Kua on the Chinese and Arab Trade.1989.kuala Lumpur 1978.1990. St.Kuala Lumpur.Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Terbitan Pena Sdn.Kesultanan Melayu Melaka. Tan Ding Eng.1965.Bhd.Fajar Bakti Sdn.Melaka Marathon Engraving.G Shellabear.the ideas in borotse jurisprudence.1989. Muhammad Yusoff Hashim. Petersbug.Siri Sejarah Fajar Bakti.Selangor. 1966.1999. Malaya Publishing House Limited. Abdul Rahman Haji Abdullah.Sejarah Malaysia Dan Singapura.Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional.Nurin Enterprise.1975.sejarah tanah melayu 1400-1959.G Shellabear.Sejarah Melayu. Sejarah Malaysia 1400-1641. Sejarah Melayu ( The Malay Annals ).Kuala Lumpur. (ed). Singapura. .Kuala Lumpur.

seterusnya diganti dengan agama Islam. New York : Ithica. kerajaan Melaka belum lagi diasaskan. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu O. Istana Melaka dijadikan tempat untuk mempelajari ilmu tentang pengetahuanIslam. W. Posted by cikgu azhar zack at 22:01 KESULTANAN MELAYU MELAKA II AGAMA Melaka mencatatkan satu transformasi yang agak besar dalam aspek agama dan kepercayaan. 1967. Andaya. Selain itu. Buktinya. Kedatangan Islam ke Melaka disambut baik oleh Sultan. istana juga menjadi tempat menterjemah dan mengumpul kitab agama. Glimpses of Malaysian History.a. Tempat ini menjadi pusat pengajian agama bagi golongan rakyat di Melaka.the kingdom of johore 1641-1724. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Universiti Kebangsaan Malaysia. W Wolters. madrasah dan masjid.Sejarah Malaysia 1400-1641. Zainal Abidin Abd Wahid. baginda pernah menjemput ulama dan dan mengajar agama Islam di Melaka. . Islam bertapak di Pasai pada kurun ke-13 dan sampai di Terengganu pada tahun 1303.A Study of the Origins of Srivijaya. Wolters. Islam sampai di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum sampai di Melaka.oxford university press 1975. Pada waktu itu. pembesar dan rakyat Melaka. Bermula dengan kepercayaan Hinddu-Buddha yang dipengaruhi dari kerajaan Majapahit dan Srivijaya.1999.l. Early Indonesian Commerce. 1970.economic and political development. Ini dibuktikan dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu. Sultan adalah orang yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di Melaka. Ajaran agama Islam semakin maju dan berkembang di surau. O.

Sultan Alauddin Riayat Syah. Selain itu. pentadbiran. Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya ditengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat. Kalendar Hijrah mula digunakan oleh kerajaan Melaka. Ini membuktikan bahawa Melaka telah melaksanakan undang-undang jenayah Islam dalam pentadbirannya. Semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459). EKONOMI Kemajuan dari aspek ekonomi ditonjolkan apabila Melaka berjaya menjadi sebuah empayar perdagangan yang besar dan amat terkenal. Pemerintahan Melaka mengikut lunas pemerintahan Islam terutamanya dalam urusan pentadbiran. perundangan dan nilai hidup masyarakat. contohnya menjelaskan tentang hukum dan tatacara berniaga serta barang yang boleh diperniagakan mengikut cara Islam. Sultan yang memerintah dianggap sebagai khalifah Allah iaitu sebagai wakil Allah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah gabungan hukum adat tempatan dengan undang-undang Syariah dan nilai Islam. kenduri arwah dan kesyukuran juga mulai menjadi amalan masyarakat Melaka. Misalnya Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat dalam menjalankan tugas mereka. Pemerintah Melaka memakai gelaran Sultan menggantikan gelaran raja ( pengaruh Hindu . Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi apabila turut mempengaruhi undang-undang Melaka. baginda sering menyamar diri keluar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar umat Islam.Budhha) yang digunakan sebelum ini. Pemikiran. agama Islam telah menjadi agama rasmi Melaka. mencontohi pentadbiran khalifah Islam kedua iaitu Sayidina Umar al-Khattab. Contoh yang seterusnya ialah pengajian Al-Quran dijadikan asas dalam sistem pendidikan masyarakat Melaka. Keadaan ini . Contohnya. Hukum Kanun Melaka Fasal 30. terdapat banyak lagi perkembangan dan kemajuan dari aspek agama Islam di Melaka yang mempengaruhi gaya hidup rakyatnya.Kedatangan agama Islam ke Melaka telah membawa perubahan dalam kepercayaan. Ini bersesuaian dengan konsep musyawarah yang terkandung di dalam ajaran Islam. Pada masa pemerintahan Sayidina Umar. Upacara seperti berkhatam al-Quran. Sultan Alauddin Riayat Syah mencontohi Sayidina Umar untuk membasmi kegiatan mencuri di Melaka. Tulisan Arab pula disesuaikan dan dijadikan tulisan jawi.

Pedagang-pedagang dari serata dunia akan menunngu pertukaran angin Monsun di Melaka untuk pulang. kestabilan dan keamanan negeri terpelihara. Kemudahan membaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang turut disediakan oleh kerajaan Melayu Melaka. Selain itu. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh kerajaan Melayu Melaka untuk memastikan perdagangan berjalan dengan lancar. gajah) dan pekerja. Wang logam digunakan dalam urus niaga di Melaka. Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal yang lalu di sekitarnya. Bahasa perdagangan yang digunakan di Melaka ketika itu ialah bahasa Melayu. Wang ini diperbuat daripada timah. Urus niaga di Melaka dijalankan melalui sistem tukar barangdan penggunaan mata wang. perahu. pelbagai kemudahan untuk pedagang telah disediakan oleh pemerintah Melaka di pelabuhan Melaka. Syahbandar dilantik oleh sultan untuk menguruskan pentadbiran di pelabuhan.memudahkan pedagang singgah sama ada untuk berdagang. jong. lancara. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu dan menjadi lingua franca di pelabuhan Melaka pada zamannya. Pedagang dari Barat mengikut angin Monsun Timur Laut dan pedagang dari Timur pula mengikut angin Monsun Barat Daya. Keadaan Melaka yang sedemikian menyebabkan ia menjadi pusat pertemuan kapal dagang. kemudahan pengangkutan (kapal. kerajaan Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teratur untuk membantu urusan pelabuhan dan kegiatan perdagangan. Oleh itu persekitarannya aman dan lautnya tenang kerana tiada ganguan ombak besar. Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa. Kemajuan sistem kewangan juga berlaku pada zaman ini. Para pedagang berminat datang ke Melaka kerana mereka mudah berurusan dengan pegawai Melaka dan pedagang di Melaka dengan menggunakan bahasa Melayu. . mendapatkan bekalan makanan dan minuman atau membaiki kapal. Antaranya ialah. dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat. Terdapat faktor lain juga yang turut membantu memajukan Melaka sehingga menarik kedatangan pedagang luar. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti gudang-gudang besar untuk menyimpan barang.

kemajuan dapat dilihat berdasarkan kepada kecekapan pemerintah Melaka mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantu melancarkan pentadbiran Melaka. Melaka juga mempunyai angkatan laut yang sangat besar. bahtera. Ketua Turus Angkatan Perang. baginda telah mewujudkan jawatan Laksamana yang bertanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Laut Melaka. Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. SOSIOBUDAYA . ghali. Sistem Empat Lipatan digunakan dalam pentadbiran politik di Melaka. lembing. Jawatan Temenggung pula ditugaskan untuk menjadi Ketua Polis dan Penjara. Jawatan Bendahara diwujudkan sebagai penasihat kepada raja. Kedatangan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1409 membolehkan Melaka berharap kepada China untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman Majapahit dan Siam. ghalias. Untuk menjamin kestabilan politiknya. Bendahara juga bertanggungjawab sebagai Menteri Utama. Hang Lekir dan Hang Lekiu. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459). Penguasa Bandar. Melaka terus membangun menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Ketua segala Bendahari. meriam. Ketua Urusetia Isatna dan juga Ketua segala Syahbandar. Buktinya pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Melaka mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah. Ketua Hakim dan Pemangku Sultan. keris. Orang Laut menjadi tenaga penting dalam angkatan laut Melaka.POLITIK Dalam aspek politik. Ketua Protokol Istana dan Hakim di darat. Penghulu Bendahari pula diwujudkan untuk menjadi Pemungut hasil atau Ufti. Selain daripada jawatan-jawatan pembesar yang telah diwujudkan. Peralatan senjatanya pula ialah panah. Hang Jebat. Kekuatan yang ada membolehkan Melaka mengadakan serangan dan seterusnya menakluki kerajaan lain. Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal. keadaan politik di Melaka diperkukuhkan lagi dengan adanya undang-undang. Melaka dapat mematahkan serangan Siam sebanyak dua kali tanpa bantuan China. lela. Hubungan politik ini mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan Melayu Melaka. Hang Kasturi. berani dan setia seperti Hang Tuah. istinggar dan pemuras. Melaka juga menjalinkan hubungan politik luar dengan negara luar seperti China. jong dan lancaran. rentakal. Selain itu.

Sebagai contoh. sultan berkuasa penuh dalam pentadbiran. Kedatangan Islam ke Melaka telah memberi kesan yang begitu besar ke atas sosiobudaya masyarakat Melaka. budaya bermusyawarah. Rakyat amat taat kepada setiap perintah sultan. Sebagai contoh. Adat Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah. Adat Temenggung juga menjadi sebahagian daripada budaya amalan rakyat Melaka. Sultan Muzaffar Syah sentiasa mengarahkan para pembesarnya bermusyawarah untuk menjalankan tugas masing-masing. Selain itu. Dalam aspek kemasyarakatan pula. kenduri arwah dan kesyukuran. raja dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar dan tidak menghormati sultan akan menerima balasannya yang juga dikenali sebagai tulah. awam. Budaya saling mentaati sultan ini diperkuatkan lagi dengan kepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Mengikut Adat Temenggung. konsep dewa raja telah diganti dengan konsep sultan. Berdasarkan konsep ini.Rakyat Melaka mengamalkan kebudayaan Melayu di dalam kehidupan seharian. budaya-budaya kesenian Islam mula dijelmakan melalui amalan seperti upacara berkhatam al-Quran. kekeluargaan. dalam kalangan pemerintah juga terdapat beberapa budaya yang diamalkan. Rakyat biasa menghormati sultan sebagai pemerintah yang dianggap sebagai wakil tuhan. . hukum pelabuhan dan undang-undang laut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful