Pindaan perlembagaan 1993 yang melucutkan imuniti Raja-raja Melayu adalah selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan

1.0

Pengenalan Perlembagaan Negara diwujudkan dengan tujuan dan sebab yang berbeza. Sebagai contoh di United Kingdom, segala piagam seperti Piagam Magna Carta yang dicipta pada tahun 1215 dan Petition of Right pada tahun 1689 berdasarkan peristiwa pertelagahan antara orang bangsawan Inggeris dengan Sultan mereka. Manakala perlembagaan Amerika Syarikat yang diwujudkan pada 1789 pula bertujuan agar pemerintahan negara tersebut berasaskan demokrasi dan bebas. Tujuannya adalah supaya negeri-negeri yang menjadi ahli persekutuan Amerika Syarikat mendapat layanan yang saksama. Di Malaysia, Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan antara lain menekankan ketinggian atau keagungan perlembagaan (supremacy of the constituition) itu. Peruntukan tersebut mengisytiharkan bahawa perlembagaan adalah undang-undang tertinggi persekutuan. 1 Secara umumnya, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai sebuah dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di sesebuah negara dibahagi dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat kepada prinsip-prinsip yang membentuk institusi negara misalnya badan eksekutif, perundangan dan kehakiman. Hal ini sekaligus menyatakan kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu 2. Selain itu, perlembagaan juga boleh didefinisikan sebagai prinsip-prinsip asas yang merangkumi nilai-nilai utama bagi sesebuah masyarakat atau negara. Perlembagaan menjadi tulang belakang sesebuah negara yang menunjangi segala perkara yang berlaku di dalam negara. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul, dibuku atau dikanunkan dalam satu dokumen. Berbeza dengan perlembagaan tidak bertulis yang tidak dibuku atau dikanunkan sepenuhnya.
1

Abdul Aziz Bari, “ Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan” dalam buku “Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis”, Arah Publications, Selangor Darul Ehsan, 2008, m/s 1 2 Abdul Aziz Bari, “ Makna dan Peranan Perlembagaan”, dalam buku “ Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2008, m/s 1

1

Dalam Perlembagaan Malaysia misalnya, terdapat fasal yang menerangkan tentang kedudukan, peranan dan kuasa raja yang digarisi oleh perlembagaan. Raja mempunyai kuasa tertinggi dalam perlembagaan namun raja tidak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara. Sebaliknya, raja hanya sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat. Segala kuasa dan peranan raja digarisi oleh perlembagaan. Hal ini bermakna, raja tidak boleh menggunakan kuasa yang ada pada baginda sesuka hati dan setiap kelakuannya termaktub dalam perlembagaan. Kedudukan raja dalam perlembagaan khususnya di Malaysia mencerminkan kedaulatan, ketinggian kuasa dan kedudukan raja tersebut. Namun begitu, kuasa dan imuniti raja pada masa kini jika dilihat daripada aspek kekuasaan, imuniti raja kini tidak lagi sama dengan imuniti raja pada zaman dahulu. Imuniti bermaksud kekebalan atau kebolehan seseorang itu untuk membuat keputusan secara sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Dalam perkataan lain, imuniti boleh berupa kekal dan tidak kekal.

2.0

Konsep Perlembagaan

Perlembagaan mempunyai pelbagai jenis konsep yang menerangkan tentang ketertinggian perlembagaan tersebut. Perlembagaan di Malaysia dapat ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada yang bertulis mahupun tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana cara kuasa-kuasa tersebut dilaksana dan dibahagikan secara saksama. Bagi sesebuah negara yang moden dan berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang yang tertinggi dan setiap individu seharusnya mematuhi keluhuran perlembagaan dan setiap perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Selain itu, perlembagaan juga menjadi asas kepada pemerintahan negara serta sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan mahupun rakyat. Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan sesuatu perlembagaan akan menjadi ketara dalam sesebuah negara yang berbilang etnik dan kaum seperti Malaysia. Tambahan pula, perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional serta pembangunan negara.
2

3 Shamsul Amri Baharuddin. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). kedudukan istimewa orang Melayu. Salleh Abas. Sarawak dan sebagainya. Perlembagaan Malaysia menyentuh tentang bidang kuasa eksekutif. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian. Bohari Ahmad (1997). kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain serta antara autoriti dengan rakyat awam ( Nazaruddin Mohd. bahasa kebangsaan. kedudukan agama Islam. perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan seperti Badan Perundangan iaitu Parlimen. perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. legislatif. mahkamah dan lain-lain. Bumiputera Sabah. kewarganegaraan. Perlembagaan wujud hasil daripada keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. maka perlembagaan tersebut tidak mempunyai apa-apa makna. Jika undang-undang yang dikanunkan adalah berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan. 2007. badan eksekutif ( termasuklah Kabinet dan seluruh jentera pentadbiran yang lain) serta badan kehakiman memperolehi kuasa mentadbir daripada perlembagaan. 1997) berpendapat bahawa undangundang perlembagaan mempunyai dua prinsip sahaja iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. dasar. “ Konsep Perlembagaan”. m/s 92 4 Mohd Syariefudin Abdullah. Secara ringkasnya. Umumnya. m/s 73 3 . Parlimen ( badan perundangan). kumpulan peraturan dan undang-undang tentang hak. Jali et al. secara keseluruhannya. dalam buku “Model Hubungan Etnik” . Justeru itu. 2009. perlembagaan merupakan suatu dokumen yang mengandungi prinsip-prinsip. 183 Perkara dan 13 Jadual. Bhd. judisiari. Sebagai undang-undang utama di sesebuah negara. Oleh itu. perlembagaan seharusnya dipegang teguh dan seimbang denga hasrat orang ramai. Apa yang nyata adalah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran mahupun syor tetapi merupakan undang-undang agung bagi sesebuah negara 4. Badan Pemerintah iaitu Jemaah Menteri. “Definisi dan Konsep Perlembagaan “ dalam buku “Kenegaraan dan Ketamadunan” Oxford Fajar Sdn. 2001 )3 Professor Diecy (dalam Tun Mohd.Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang yang tertinggi di negara kita mengatasi undang-undang lain. Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan. Menurut Md.

Perlembagaan Persekutuan iaitu: 4 . kuasa mutlak Raja mula terhad yang mana Raja mesti dan seharusnya menerima nasihat daripada Residen British yang ditempatkan di mana-mana negeri dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam. maka pada 18 Januari 1993 kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity) Raja-Raja kerana pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman. Untuk memastikan kedudukan Raja menjadi lebih mantap dan dihormati. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini. Hal ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara. Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. dalam aspek pentadbiran negeri. institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. manakala raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri. Idea Raja Berperlembagaan yang berasaskan perlembagaan Barat mula bertapak di Johor apabila Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada 1895. Yang diPertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri (Kabinet). Di peringkat negeri pula Raja ialah Ketua Negeri.3. Raja dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang menyerupai Parlimen. manakala Menteri Besar atau Ketua Menteri ialah ketua kerajaan. Raja-Raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Semasa pemerintahan British. setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Hal yang sama juga berlaku apabila pihak British memperkenalkan Malayan Union yang salah satu isi kandungannya adalah penghapusan kuasa-kuasa mutlak Raja-Raja Melayu. Misalnya. Walau bagaimanapun.0 Raja Berperlembagaan Sistem kepemimpinan beraja adalah antara sistem kepemimpinan yang tertua di dunia. Undang-undang terbabit telah menyerapkan unsur demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan. Kedaulatan dan kuasa raja berkekalan dan terjamin sebagaimana mengikut perkara 181 (1).

Artikel 38 (4) jelas menyatakan bahawa keistimewaan dan kedudukan Raja tidak boleh disentuh oleh mana-mana undang-undang kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Hal ini bermaksud raja hanya sebagai simbol dan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Negara. Sesetengah raja berperlembagaan adalah mengikut keturunan manakala sesetengah yang lain dipilih mengikut sistem demokratik seperti yang diamalkan di Malaysia yang mana Yang Di-Pertuan agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun5. bukan ahli politik. membuat permintaan bagi mesyuarat Majlis Raja-Raja berkaitan dengan keistimewaan."181.my/v1/index.gov. Raja mempunyai kuasa tersendiri mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan tetapi menjalankan tugas serta mengambil tindakan di atas nasihat Perdana Menteri (Menteri Besar untuk negeri). meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan. Sultan dan Raja. “ Raja berpelembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem perlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.mkn.php/bm/fokus-mkn/fokus_raja-berperlembagaan 5 . 5 http://www. kemuliaan dan kebesaran raja-raja. kedudukan. Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam melantik seorang Perdana Menteri yang akan memacu pentadbiran dan pemerintahan negara. menangguhkan pembubaran Parlimen. kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja dan perbuatan. hak kedaulatan. Raja berkuasa untuk melantik seorang Menteri Besar. Raja berperlembagaan moden biasanya menggunakan konsep “trias politician” yang bermaksud politik tiga serangkai. Di negara kita. sebagai ketua agama atau yang berhubung dengan adat Melayu. kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan hak kedaulatan.(1) “Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini kedaulatan. kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang adalah tetap dan tidak tersentuh. amalan atau upacara agama atau adat istiadat dan sebagainya. kedudukan. Bagi kuasa Raja di setiap negeri.

Selangor Darul Ehsan.Peranan raja sebagai lambang autoriti dan perpaduan nasional pula mempunyai kaitan dengan kedudukan dan sifat Raja yang mengatasi politik kepartian. Namun Raja-Raja di negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Walau bagaimanapun. Sebenarnya alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar undang-undang di Eropah seperti Adams yang merasakan bahawa tidak ada keraguan bahawa ‘ feudal lords’ diletak di bwah mahkamah mereka sendiri. Hogg dalam bukunya ‘ Liability of the Crown ‘ konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. m/s 127 6 . Mereka akan teus menerus mempunyai kuasa imuniti dan imuniti mereka itu tidak akan hilang. Bahkan pada zaman dahulu pun. Tidak ada peruntukan khas dalam mana-mana perlembagaan negara-negara di Eropah yang memberi kekebalan atau imuniti kepada Raja apabila melakukan sesuatu yang tidak rasmi. Oleh sebab itu. Raja seperti Charles 1 di England dan Louis XVI di France pernah dihukum apabila 6 Abdul Aziz Bari. kerajaan yang mempunyai kuasa yang terhad ( limited government). kedudukan presiden di dalam Negara-negara demokrasi berparlimen yang bersifat republic ini sering dilihat sebagai tidak lebih daripada boneka politik yang memerintah. Mengikut Dr. Konsep Raja Berperlembagaan sebenarnya harus difahami dalam konteks demokrasi dan semangat atau faham perlembagaan (constitutionalism). konsep Raja Berperlembagaan ini meletakkan institusi beraja sebagai agen yang penting di dalam demokrasi termasuklah sebagai agen semak dan timbang iaitu “check and balance”6 Isu mengenai imuniti raja atau ‘sovereign immunity’ merupakan suatu prinsip feudal yang menekankan suatu konsep bahawa kononnya ‘ The King can do no wrong ‘. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak disokong oleh mana-mana amalan di negara-negara lain pada zaman ini. Arah Publications. 2008. pemisahan kuasa ( separataion power). akauntabiliti dan seumpamanya. Dengan perkataan lain. Raja Berperlembagaan harus dibaca bersama dengan konsep-konsep perlembagaan lainnya seperti kedaulatan undang-undang ( rule of law). Di Negara-negara Westminster yang tidak mempunyai Raja seperti India dan Singapura yang mana peranan ini dimainkan oleh ketua Negara yang dilantik. “ Konsep Grudnorm dan Doktrin Ketinggian Perlembagaan” dalam buku “Perlembagaan Malaysia Teori dan Praktis”.

penggubal-penggubal yakin dan percaya bahawa raja akan patuh bukan sahaja pada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya iaitu semangat yang terdapat di dalam perlembagaan. Oleh sebab perlembagaan di negara-negara yang turut mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan ini tidak memberi kuasa kekebalan kepada RajaRaja mereka. kekebalan yang diberikan kepada Raja perlulah dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu. adanya kuasa untuk menaik dan menurunkan kuasa raja melalui perjanjian antara pihak British dengan raja-raja Melayu di mana setiap nasihat ‘British Resident’ atau ‘British Adviser’ perlu dipatuhi kecuali berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Almarhum Tunku Abdul Rahman Purta al-Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menyatakan bahawa kekebalan atau aspek imuniti Raja ini tidak ‘satisfactory’ kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan ke atasnya.0 Pindaan Akta Perlembagaan 1993 Berdasarkan kepada petikan ucapan Dr. Tidak timbul soal atau isu berbangkit bahawa raja boleh bertindak sewenang-wenangnya.melakukan kesalahan. Hanya dalam perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181 (2) bahawa ‘ no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity. Sebagai contoh. Jika tidak. Banyak fakta-fakta menarik untuk kita fahami alasan dan munasabah diatas tindakan untuk mengubah atau mengurangkan tahap kekebalan raja-raja terhadap undang-undang. Hal ini kerana sejak daripada penjajahan British. Mahatir semasa membentangkan rang undang-undang Akta Perlembagaan (pindaan) 1993 berkaitan isu kekebalan raja-raja. maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan imuniti atau kedaulatan mereka. Sekiranya negara kita ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan secara keseluruhnnya. King Edward VIII berkeras untuk 7 . raja akan diturunkan takhta. 4. Hal ini tidaklah ganjil bagi pihak British kerana praktik yang diamalkan di United Kingdom memperlihatkan bahawa ‘King’ atau ‘Queen’ mesti menerima nasihat kerajaan.

tetapi mereka adalah dilarang untuk menyentuh dan memberi sebarang kritikan terhadap raja kerana boleh ditakrif sebagai hasutan yang mana akan didakwa dibawah Akta Hasutan. Pilihan baginda ini telah menyebabkan baginda terpaksa diturunkan daripada takhta atas nasihat daripada kerajaan. Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan dan ini melibatkan proses yang rumit. Untuk meminda peruntukkan perlembagaan berkaitan Raja-Raja. tiada pindaan yang dibuat terhadap perlembagaan negeri. namun ianya dipatuhi daripada segi semangat dan adat.7 Tetapi kelulusan ini terhad kepada perkara-perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan raja-raja. 7 Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan 8 . Walaupun wakil rakyat bebas untuk bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negeri berkenaan apa-apa tajuk. Hal ini memberi makna raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat. Demokrasi Berparlimen dan rakyat berkuasa penuh tidak akan wujud seandainya nasihat kerajaan melalui undang-undang yang diperbincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak diterima oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri. dan masih tidak mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Baginda. tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan di peringkat negeri tanpa tandatangan Raja. Manakala di peringkat negeri pula. Jika Parlimen meluluskan sekali lagi.berkahwin dengan wanita pilihannya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di Pertuan Agong diperlukan. Di sini dapat difahami bahawa menegur dan mengkritik raja sama sekali tidak akan menghapuskan kedaulatan raja dan menjadikan raja sentiasa untuk menjaga diri dan perlakuan serta tatatertib baginda sebagai ketua negara. Hal ini terbukti di Britian dan di negara-negara lain bahawa ahli-ahli parlimen bebas untuk memberi teguran dan kritikan terhadap raja di dalam dewan perundangan. tetapi juga melibatkan persetujuan Majlis Raja-Raja. Walaupun tiada peruntukkan khusus berkaitan hal ini. maka secara automatik dalam masa 30 hari rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang untuk dilaksanakan. Pada tahun 1983. sudah ada pindaan terhadap pengurangan kuasa Yang di Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dengan mengadakan peruntukkan baru bahawa baginda boleh untuk merujuk balik kepada Parlimen jika baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Dengan ini.

Tiada seorang pun yang melebihi persamaan ini daripada yang lain. Dalam keadaan ini adalah penting bagi ahli-ahli Dewan untuk menegur raja dalam perbahasan mereka.Peruntukkan-peruntukkan ini tidak akan menghadapi masalah jika tiada tentangan pendapat antara Raja dengan Dewan-Dewan Perundangan Negeri dan juga jika Raja tidak melakukan sesuatu perkara yang salah. walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang bertanggungjawab untuk mentadbir negara. raja boleh diadili atau didakwa jika segala perbuatan atau perlakuan semasa Baginda memegang tampuk pemerintahan menyalahi undang-undang sebagaimana terjemahan dari surah Al-Hujarat ayat 13 yang bermaksud: 8 Rujuk Perkara 181 perlembagaan Persekutuan. Perkara ini telah termaktub dalam Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 181(2) yang menyatakan bahawa. Kekebalan raja daripada undang-undang dan larangan terhadap sebarang teguran. Apa yang membezakan Raja dengan rakyat kini hanyalah mahkamah yang boleh membicarakan kes Raja dan rakyat. tiada teguran berkesan yang dibuat. dsb. jika ada sekalipun. Di Malaysia. lindungan yang diberi kepada raja amatlah tebal.T."8 Perkara 181 perlembagaan persekutuan ini telah menunjukan Raja tidak lagi kebal terhadap undang-undang kini. Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja. Hujah yang kedua pula menyatakan bahawa raja tidak kebal dari sudut undang-undang. keengganan Raja untuk mengambil berat segala teguran penasihat rasmi tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada raja. " Tiada apa-apa perbicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah bahagian 15. Hal ini kerana. Namun. bahagian 14. Hujah yang pertama ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Apabila mengaitkan pula dengan pandangan Islam dalam hal ini. dalam Islam. kerana secara realitinya Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri tidak mahu mengeruhkan perhubungan dengan Raja. Hal ini bermaksud. 9 . terdapat dua prinsip yang kuat untuk menjadi hujahan berkenaan dengan undang-undang. telah mengasingkan raja daripada dunia sebenar. Justeru itu. pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengelak dan menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja sehingga membawa kepada tuntutan menghapuskan sistem beraja. maka apabila Raja melakukan perkara yang salah.W. semua manusia adalah sama dan setaraf di sisi Allah S.

W. Tunku Mahmud didakwa merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari setelah murka terhadap mereka. Sesungguhnya Allah amat mengetahui. Tunku Ibrahim Ismail. ayahandanya. tetapi diampunkan serta-merta juga diatas prinsip kekebalan raja terhadap rakyatnya. berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang walaupun bola berhampiran 10 . Baginda kemudiannya disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya. timbul pula laporan yang menyatakan bahawa Tunku Iskandar bersama seorang pengawal peribadi baginda menyerang dua orang pemuda dengan bahan kimia dan cokmar setelah perasaan baginda disinggung. Setahun kemudian. dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak. Walaupun begitu. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Mahmud setelah mengambil kira peruntukkan dalam perlembagaan yang membenarkan pengampunan seorang raja kepada anaknya. lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Al-Hujurat:13) 5.0 Isu-Isu Penting Yang Berkaitan Dengan Imuniti Raja 5.T bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. yang pernah disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada sekitar 1980-an.“ Firman Allah S. Begitu juga putera sulungnya. Kes yang paling menarik perhatian berlaku pada tahun 1987. apabila Sultan Iskandar dituduh menyerang sehingga mati seorang kedi golf di Cameron Highlands. Pada masa yang sama. Lima tahun kemudian. Tunku Mahmud sekali lagi didakwa dan didapati bersalah menyebabkan kematian seseorang setelah melepaskan tembakan yang disangkanya seorang penyeludup. berlaku peristiwa di mana Tunku Mahmud didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya di sebuah jalan raya.1 Masalah Perilaku Raja Pada tahun 1972. supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).1.

kedi tersebut dipukul dengan kayu golf bertalutalu dibahagian kepala dan badan beliau sehingga mendatangkan kecederaan teruk dan membawa kepada kematian kedi terbabit. lalu menyerang penjaga gol Perak. oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2.000. namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu. Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama 5 tahun selepas siasatan. Tunku Bendahara–Tunku Abdul Majid Idris.dengan lubang tersebut. Selepas itu. kemudian dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa. bahawa abang kepada kedi tersebut. Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja. Bekas Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Namun. adik kepada kedi turut diserang hingga cedera. Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai 1992 berikutan kes penyerangan tersebut. dengan memuntahkan peluru kepada orang awam dan bangunan sekitar dengan harapan agar kes ini diambil perhatian oleh kerajaan dan orang awam. Kejadian ini menarik perhatian ramai. Douglas Gomez. naik berang ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti. Mohamed Jaafar Mohamed Vello. Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri agar memencilkan pasukan hoki Johor daripada semua perlawanan kebangsaan. lebih-lebih lagi apabila ianya dibahaskan dalam Parlimen. sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Tunku Abdul Majid merupakan seorang pemain hoki yang mewakili Johor. 5. seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar. meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah 11 . Akibat terlalu marah. putera kedua Sultan Iskandar. Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993.2 Peristiwa Gomez Pada 10 Julai 1992. Pada November 1992. dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut. iaitu seorang tentera telah mengamuk dengan mengunakan senjata M-16 di sekitar Cow Kit Road.1. menurut sesetengah cerita yang lain pula menyatakan. Pada waktu itu.

12 . sebaliknya Sultan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya. tersiarnya berpuluh-puluh artikel berita yang menyebut dakwaan salah laku kerabat diraja beberapa negeri. Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan daripada para raja dan ahli kerabat diraja itu. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja menghalang pelaksanaan usul tersebut. menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang pada bila-bila masa jika timbulnya salah laku jenayah yang terbukti. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene. termasuk Sultan Iskandar sendiri. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan. lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas tahun 1981. Susulan dengan peristiwa itu.Jabatan Pendidikan Johor. tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya. dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes lagi oleh Tunku Bendahara.2 Reaksi pandangan awam dan tindakan susulan Pada akhir tahun 1992. dan juga awal tahun 1993. Selepas itu. Seramai 96 ahli Parlimen yang hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyeru agar tindakan diambil untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Gomez merawat muka dan perutnya. khususnya Sultan Iskandar sendiri beserta masalah pribadi. kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana menyerangnya. para ahli mendedahkan rekod jenayah mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 23 kes serangan dan kematian orang. Kecaman yang disiarkan oleh pihak akhbar menggesa para ahli Dewan Rakyat agar mengadakan sidang khas pada 10 Disember 1992. Kebanyakan dakwaan salah laku tersebut termasuk pengenaan denda yang jauh melebihi ketentuan undang-undang dan undang-undang dibuat atas budi bicara raja itu sendiri. namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain. selaku anggota Angkatan Tentera Johor hanya sekadar memerhati. 5. Ketika persidangan ini. pada 19 dan 20 Januari 1993 Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini dan diluluskan oleh enam daripada sembilan raja.

Dalam peristiwa ini. rang undang-undang tersebut ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada Mac 1993. Straits Times of 21 January. Mat Taib telah bertindak membawa lari Puteri Almarhum iaitu Puteri Zanariah yang juga dikenali sebagai Ku Yah ke sempadan Thailand untuk berkahwin.. Almarhum baginda juga dituduh menyerahkan 400 ekar tanah untuk dibina padang golf kepada kapitan-kapitan Cina. pg 147 13 . Krisis di Kelantan ini pula berlaku pada zaman pemerintahan Sultan lsmail Petra Ibni AlMarhum Sultan Yahya Petra. Pertelingkahan di antara Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan Mat Taib berpunca daripada peristiwa di mana. Phrase: ". Selepas itu. tetapi terpaksa membatalkannya setelah menerima tekanan hebat daripada kerajaan. Di Selangor pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Laporan yang dibuat ketika perarakan tersebut menyebut tentang Sultan Iskandar menyeru bsemua pegawai awam negeri untuk memulaukan majlis-majlis anjuran negeri dan persekutuan sebagai tanda sokongan terhadap tindakan baginda. kerajaan Persekutuan masih menekan raja-raja agar memperkenankan rang undang-undang itu sehingga dipersetujui sepenuhnya hanya setelah dilakukan beberapa semakan. Sultan Iskandar bertekad untuk menganjurkan perarakan di luar istana dengan tujuan meraih sokongan awam untuk menghalang pelaksanaan rang undang-undang tersebut. Selain itu. the Sultan of Johor is reported as" Government and Society in Malaysia. Pada zaman pemerintahan Allahyarham Mohamed Yaacob yang 9 10 Summary of World Broadcasts (1993). Almarhum Sultan Selangor dituduh telah dituduh merampas RM11 juta wang untuk sekolah agama bagi digunakan untuk membaiki Istana Alam Shah. 5. Sebuah mahkamah khusus ditubuhkan dengan Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi untuk memberi kuasa mendakwa ahli-ahli kerabat diraja.3 Krisis Dalam Negeri Terdapat beberapa krisis yang berlaku dalam negeri yang melibatkan antara Pembesar negeri dengan Sultan negeri tersebut.Oleh sebab itu. Almarhum telah dihina oleh UMNO Selangor yang pada masa itu di ketuai oleh Muhammad Mohd Taib.9 Sementara itu. Crouch. selain 1500 ekar lagi diberikan kepada tauke cina yang lain. Almarhum Sultan sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut..10 Rang undang-undang ini membolehkan raja-raja yang menyalahi undang-undang dikenakan dakwaan. manakala Akta Hasutan 1948 turut dipinda untuk membolehkan orang awam mengkritik raja-raja.

14 . Pindaan Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:. iaitu pada tahun 1978 hingga 1990 Allahyarham sering kali melarikan diri ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di Istana Kelantan. Peruntukan yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukkan dalam artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah. dua lagi peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipinda. Hal ini menjelaskan teguran yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen kepada Raja-Raja yang bersalah sebelum tahun 1971 tidak sama sekali menjejaskan dan menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja. Hal ini bermaksud. mengikut mana-mana yang berkenaan”. Selain itu. 6. telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika ianya menyentuh peruntukkan Akta Hasutan.“(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan oelhnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana-mana satu majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurakan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan berperlembagaan Raja sesuatu negeri. maka pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan Persekutan. Annuar Musa menunjukkan sikap kebiadapan kepada baginda apabila menabalkan Tengku Ibrahim iaitu sepupu kepada Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra sebagai Sultan yang baru walaupun Sultan Ismail Petra masih berkuasa di Kelantan.0 Pindaaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Imuniti Raja Bagi menentukan sistem kekebalan Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan.juga mantan Menteri Besar daripada Barisan Nasional di Kelantan. Pindaan yang pertama ialah peruntukkan Perlembagaan berkaitan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam fasal (1) Perkara 32 iaitu yang mana selepas perkataan ‘mahkamah’ ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsifungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Peruntukkan ini dibuat pada sekitar tahun 1971. Bagi memastikan penghapusan kekebalan lebih berkesan.

Hal ini bermaksud sebarang tindakan penarikan kekebalan tidak memberi kesan dan bermakna Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan. selepas Fasal (11). 15 . Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu. (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan pula dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) yang berikut:. (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di Pertuan Agong. kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini. kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya. Artikel 42 juga dipinda kerana artikel ini berupaya untuk menidakkan penghapusan kekebalan raja-raja apabila melakukan kesalahan pelanggaran undang-undang dalam satu urusan tidak rasmi iaitu hak untuk mengampunkan dirinya sendiri jika baginda dihukum bersalah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik. jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini – (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya.“ (5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa jua prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang raja mana-mana negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan negeri itu”. kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh raja sesuatu negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini. Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka. Fasal-Fasal berikut: “ Fasal (12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini. mengikut mana-mana yang berkenaan. mengikut mana-mana yang berkenaan. (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya. raja sesuatu negeri. atau Konsortnya. anak lelakinya atau anak perempuannya.

Raja hanya boleh didakwa jika melakukan salah laku terhadap sesiapa pun dalam mahkamah khas. Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Exconya meletak jawatan. telah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta menitahkan supaya Menteri Besar Perak.Walaupun beberapa pindaan dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan diluluskan berkaitan dengan imuniti Raja seperti dalam fasal (1) Perkara 32. artikel 63(2) dan Perkara 72 dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya telah dikuatkuasakan sehingga kini. Pandangan beliau. beliau mesti meletak jawatan. berdasarkan daripada peristiwa-peristiwa dan contoh kes-kes di atas yang berkaitan dengan salah laku Raja dan anakanda Baginda. Baginda membuat keputusan itu selepas menemui semua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) dan juga tiga anggota bebas di Istana Kinta dan yakin Mohammad Nizar terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada anggota dewan. sebarang titah Sultan Perak perlu dipatuhi oleh Mohamad Nizar tanpa sebarang alasan kerana undang-undang sudah menetapkan sedemikian. Dengan perkataan lain. Selain itu. perkata utama yang menjadi isu hangat di sini adalah apa yang berlaku jika beliau tidak meletak jawatan. Walau bagaimanapun. Datuk Sri Mohamad Nizar mengumumkan keengganannya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar Perak kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan PerlembagaanPersekutuan. isu kritikan tentang Raja tentang salah laku raja boleh ditegur dan dikritik di mana-mana Dewan ataupun majlis. namun ianya hanya tertakluk kepada perbuatan salah laku yang dilakukan oleh Raja di setiap negeri-negeri Melayu sahaja. Jadi. Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan. Menurut Profesor Emeritus Datuk Khoo Kay Kim. Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Mohamad Nizar perlu akur dengan keputusan Sultan Perak kerana Tuanku memang diberikan kuasa mengikut undang-undang. Pindaan peruntukan mengenai pengampunan Raja terhadap dirinya serta anakandanya jika mereka melakukan kesalahan juga turut dipinda bagi mengelakkan Raja dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara mengikut keinginan mereka sahaja tanpa batasan. Menteri Besar boleh dipecat. Merujuk kes yang berlaku di negeri Perak pada tahun yang lepas. Adakah dia masih boleh dianggap 16 . Hal ini bermakna. Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut bahawa seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan.

isu itu sebenarnya tidak timbul sama sekali kerana ia kuasa dan budi bicara Sultan Perak mengikut undang-undang negeri yang diperuntukkan kepadanya. kerajaan negeri juga boleh dibubarkan jika Sultan Perak sudah diyakinkan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah memiliki majoriti bagi membentuk kerajaan baru. Dalam situasi orang berkenaan (MB) yang tidak mahu berundur tetapi kalah. Menurut Ketua Program Sains Politik. persoalan yang wajar disentuh sekarang adalah berkaitan pengamalan demokrasi pada masa depan. Sultan mempunyai kuasa untuk memecat. Sultan Perak berhak sama ada setuju atau tidak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). isu membabitkan Sultan Perak bukan satu masalah yang perlu dibangkitkan kerana itu hak baginda. keengganan beliau untuk meletakkan jawatan bukanlah suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman. 7. Di sini. Politik dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain undi tidak percaya terhadap kerajaan sedia ada di DUN. peredaran kuasa memerintah boleh berubah dalam sekelip mata sahaja kerana kurangnya memenangi 2/3 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pusat Pengajian Sejarah. Profesor Madya Mohd Agus Yusof. Oleh itu. Dalam kes Menteri Besar Perak.0 Kesimpulan 17 . Pembubaran Dewan Negeri untuk membolehkan rakyat membuat keputusan untuk memilih pucuk pimpinan pemerintahan yang baharu sememangnya diperlukan jika pucuk pimpinan yang lama tidak menjalankan tugas dan menindas hak-hak rakyat. Datuk Sri Mohamad Nizar ini. Isu melompat dan keluar parti ini sememangnya menjadi faktor utama tumbangnya sesebuah kerajaan yang memerintah kerana jika berlakunya perbuatan tersebut.sebagai Menteri Besar Perak. termasuklah kuasa memecat. Walau bagaimanapun. Dua peruntukan yang berasingan nampaknya bercanggah jadi seseorang itu perlu melihat di luar Perlembagaan Perak dan kepada Akta Interpretasi yang menyebut kuasa untuk melantik. dapat disimpulkan bahawa Sultan Perak boleh melantik dan memecat Menteri Besar selain mempunyai hak sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan Menteri Besar untuk membubarkan dewan dan budi bicara sultan perlu dihormati oleh semua pihak. Menurutnya lagi.

malah mungkin sampai suatu tahap. janganlah kita sesekali membiarkan sikap sesetengah pihak yang gemar mengambil kesempatan daripada suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan menghina institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi elemen penting kestabilan politik. Ini mendorong kepada pencabulan yang berterusan dan terkini berikutan kelantangan Karpal Sing terhadap tindakan Sultan Azlan Muhibuddin Shah. institusi beraja tidak akan dihormati dan dipandang tinggi oleh rakyat. Hal ini kerana. kuasa. Ketinggian dan kedaulatan institusi Raja yang sering menjadi bahan dan topik panas dalam masyarakat memerlukan penyelesaian segera. dan mencabar akan mengheret permasalahan ini ke mahkamah. isntitusi beraja perlu dipertahankan seteguh yang mungkin kerana ia merupakan lambang dan merupakan rentetan sejarah sejak dahulu lagi. namun dapatla disimpulkan bahawa sebagai rakyat. ianya bukan sahaja boleh menggugat kuasa budi bicara dan peranan Baginda. kedudukan dan imuniti yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan. Dari perbincangan di atas jelaslah Raja-Raja telah diberi peranan. namun ianya dilihat sebagai satu pencabulan keatas kuasa dan ketinggian kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada Raja dalam rukun Negara dan masyarakat. Tindakan Karpal Sing adalah sah daripada aspek perundangan.Konsep Raja Berperlembagaan sebenarnya harus difahami dalam konteks demokrasi dan semangat atau faham perlembagaan. Karpal dengan lantang membidas tindakan Sultan Azlan. Walaupun berlaku sedikit sebanyak krisis dan kekurangan berkaitan isu imuniti atau kekebalan Raja bermula zaman sebelum merdeka sehingga kini. Rujukan 18 . Kedaulatan Raja-Raja digugat oleh sikap tidak bertanggungjawab masyarakat kedaulatan Raja-Raja dicabul apabila kuasa imuniti Raja-Raja Melayu telah pinda pada tahun 1993. Sultan Perak campur tangan dalam politik di Perak. Justeru itu.

Perlembagaan Persekutuan. by Duli Yang 19 . Ahmad Sohaimi Lazim. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Singapore. 2008. International Law Book Services. Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Raja Nazrin Shah. (2008). Shamsul Amri Baharuddin. Ucapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa Konvensyen Perdana anjuran Biro Tata Negara. Mardiana Nordin. Mohd Syariefudin Abdullah. Oxford Fajar. Academy. (2008). Oxford Fajar Sdn. di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Disember 2004. Arah Publications. Kenegaraan dan Ketamadunan. Kuala Lumpur.’ (January – March 2005). Shah Alam. ‘The Monarchy In Contemporary Malaysia’. Mohamad Kamal Kamaruddin. Model Hubungan Etnik.Abdul Aziz Bari. bertajuk Institusi Raja: Memperkukuh Identiti Bangsa – Memperteguh Perpaduan Warga. Abdul Aziz Bari. ‘ The Newsletter Of The Perak Academy. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan. (hingga 1hb Mac 2010). Perlembagaan Malaysia : Asas dan Masalah. Selangor Darul Ehsan. (2004). Published by Institude of Southeast Asian Studies. (2007). Shah Alam. (2009). ‘Pengajian Malaysia’.

News Straits Times. 20 . 2004.P. 1992. ‘Hockey Coach Summoned To Johor Palace’.) H. Constitutional Conflit In Contemporary Malaysia. Apakah kedudukan raja-raja Melayu di sisi perlembagaan? oleh Abdul Aziz Bari Petikan ucapan oleh Dr.Teramat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Lee. Mingguan Malaysia. Mahathir semasa membentangkandi dalam Dewan Rakyat semasa membentangkan rang undang-undang Akta Perlembagaan (pindaan) 1993. 11 Mei 2008. (This is reproduction from the Rencana of the Berita harian dated December 17. December 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful