PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. 2) Lambang jati diriBahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 3) Bahasa perpaduan Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. 4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain. pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta. lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan. pelajar sekolah. Namun begitu. bahasa lain tidak perlu ditolak. Dr. jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu.5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa MalaysiaBahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. meliputi pelbgai bidang. Oleh sebab itu. Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik. dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. golongan professional. ahli korporat. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Ungkapan ³Bahasa Jiwa Bangsa´ menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. seperti lemah lembut. 2006. dan berbudi bahasa. beradab. 7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanyaBahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. berkuasa dan berketerampilan. penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran. lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Awang Sariyan. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang. untuk mengetengahkan bahsa Melayu. Oleh hal demikian. Contonya. . dan ali masyarakat. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik. 8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Maka. pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Dalam era globalisasi. bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya. 6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang ³dipinjam´ semata-mata untuk menunjukkkan status penutur. bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa. Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di . Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagaiTeras Perpaduan Bangsa Malaysia Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152. begitu halus sehingga menusuk kalbu. para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.Di akhirnya pula saya akan menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan. bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa. sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Daripada banyak faktor. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka. Artikel Pilihan Yang kurik kundi Yang merah saga Yang cantik budi Yang indah bahasa Indahnya Bahasa Melayu. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British.Cikgu Bashid in Kesihatan Guru. Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan. Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.

kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. komputer dan internet. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Dunia semakin berkembang. Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid. Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh . Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Selain itu. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta. dalam buku teks. undang-undang. masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu. namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain. tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan. pendidikan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.mahkamah. Bagaimanakah Baha sa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan? Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. perbankan.

bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang . Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini. mms. Hakcipta Abd Bashid Harun Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS. Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Persekitaran lokal tibatiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. Penggun aan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa. Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan ide YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran . mel elektronik dan chating. Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanm melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa Ancaman Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Bagi saya ini satu perkembangan yang menkjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.

pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. dan agama. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa. Pada abad ini. perubatan. termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. kesusasteraan. Asakan gelombang globlisasi. dan budayanya. menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. sejauh mana bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran hari ini. dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global . diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami . tradisi persuratan. dari dekat ke dekat. dan langkah-langkah yang dijalankan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu . undang-undang. ekonomi. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia. juga akan dikupas dalam kajian ini. masalah atau punca yang membataskannya. iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini. Jun 2006 oleh Awang Sariyan. kimia.masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. kewujudan. kejuruteraan. Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu. Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu. Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah. Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan. secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun.

Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Di Malaysia. Perancis. bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman. apalagi dimansuhkan. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya. dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia. ditunjangi oleh prinsip sama rata. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi. adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja. Negara industri seperti Jepun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya. perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.kepupusannya. hatta ketika . khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara. Korea. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi. Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi. Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh. tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara. Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi. sains dan teknologi. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu. kini tinggal 600 bahasa sahaja. memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya. elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen.

ruang lingkup peruntukan yang berkenaan.darurat. . Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai ³ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan´ atau sesuatu yang ³ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara´. Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan dasar pendidikan ini.Perkara 159(5) ) Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Perlembagaan tidak menjelaskan maksud ³bahasa kebangsaan´ . Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan. termasuk. dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi. ³Bahasa rasmi´ pula ialah ³bahasa pentadbiran kerajaan´. Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Antaranya menyebut. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960.´ -Akta Pelajaran 1961Berdasarkan proklamasi di atas. ³ Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan«´. ³«Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan. khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Perkara 17(1) yang menyatakan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). (Perlembagaan Persekutuan. Kamus Dewan mendefinisikan ³bahasa kebangsaan´ sebagai ³bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain´. Selain peruntukan mengenai pindaan. bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.

walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini. tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Awang Sariyan (1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes . Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu. semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis. untuk mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu. Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciriciri bahasa Melayu. sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Nampaknya. pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Ciri-ciri Bahasa ilmu Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Untuk maksud penulisan ilmu. dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550). 11(1). Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri -ciri yang tersendiri. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1). Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.2002). pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Malah pada tahun 2003. halus. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri. jitu. Oleh sebab itu. intelektual. Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. dan elitis. Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu. Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara.Ini bermakna.

tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan. sayangnya. berle bihan dan emosional. laras bahasa ilmiah d itandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu. saya dapati bahawa«¶ dinyatakan sebagai µBerdasarkan kajian. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna. berdasarkan kajian. dalam tulisan ilmiah.(kongres. . Sudut Pandangan Orang Ketiga. Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut: Tingkat bahasa rasmi. Wacana Pemaparan. Kata Membazir. dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan. sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Dalam tulisan ilmiah. kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks. perbincangan. agaknya tidak sesuai digunakan. Tulisan juga mestilah bersifat objektif. Nada Bersahaja. iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. barangkali. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data. dan seumpamanya digunakan. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian ini«dan sebagainya. jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan. penyelidik didapati bahawa«¶ . Ragam Pasif. Oleh itu. malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya. ungkapan seperti amat malang. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah. untuk mewujudkan keobjekti fan penulisan.. iaitu pemaparan. bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku. tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. amat mendukacitakan.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral. Tulisan ilmiah tidak memerlukan µhiasan¶ . Ini disebabkan dalam struktur pasif. 1978). Oleh itu. pelukisan. dan penceritaan. iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. ragam pasif boleh digunakan. bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Oleh itu ungkapan seperti µBerdasarkan kajian saya. bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku. Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan peribadi diri penulis. Nada formal dan objektif. Oleh itu. iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Ayat Majmuk. Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis. Istilah Khusus.

tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris. Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. peta. terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi. justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. betul. Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undangundang.Bantuan Ilustrasi. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. undang-undang. dan indah. Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia. seperti kursus ekomoni. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. pengurusan perniagaan. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan. untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk . dan sebagainya. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh. rajah. Dalam sekelip mata. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubahubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual. buktinya masih kurang penerbitkan bukubuku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru. pendidikan dan veterinar. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah. sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan. dengan kuasa undang-undang.maka usaha ke arah ini kurang berkesan. gambar.

dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.menjadi pengantar ilmu. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Dewan Bahasa (2006: 27-29) Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat µmarkah bonus¶ dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan). tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi ³mengangkasakan´ tamadun bangsa. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu. selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. . Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku -buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan. amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu. ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing. ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Arbak Othman.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan. tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris. Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan. perancangan . kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu.(2006:48-51) . guru yang kurang proaktif. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya. ketiadaan penguatkuasa undang-undang.Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri -ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu. buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil. Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. DBP. Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara. Kesimpulan Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya. pembinaan dan pemantapan bahasa. sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan. masalah perubahan kurikulum. Abdullah Yusof. wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu. dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah. Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu.kurikulum. . Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. ini telah terbukti yang mana Korea. Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP. perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing. pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu. dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu. dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful