KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353

)
KERUNTUHAN AKHLAK DAN SALAH LAKU PELAJAR

PENGENALAN Institusi Pendidikan sememangnya merupakan penggerak utama ke arah pembentukan awal minda masyarakat. Status guru dan peranannya tidak dapat dinafikan dapat membentuk masyarakat ke arah kewujudan tamadun manusia yang lebih gemilang. Namun begitu, apa yang dapat dilihat institusi perguruan tidak lagi dihormati dan dipandang sebagai institusi yang dapat memberikan kesan yang positif. Kepincangan demi kepincangan hadir dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat yang seimbang dari segi mental dan rohani. Malah masalah sosial yang melanda pelajarpelajar kita hari ini semakin dirasa dengan peningkatan kes yang melibatkan pihak polis. Apabila kita digemparkan dengan "kemajuan" gejala-gejala sosial ini masyarakat kita akan cepat merasa gusar dan kecewa malah ada yang menunding jari kepada orang lain, kumpulan tertentu sebagai yang bersalah. Walaupun terdapat pelbagai tanggapan masyarakat terhadap status mulia ini tetapi tidak adil sekiranya semua kekurangan itu diletakkan atas bahu pendidik. Walaupun kekurangan sememangnya wujud, usaha sepatutnya dilakukan demi mengembalikan kemuliaan status tersebut. Jika dahulu status guru begitu disanjung tinggi sehingga masih berkekalan panggilan "cikgu" walaupun seorang guru telah bersara. Keadaan ini menunjukkan bahawa jasa seorang guru begitu besar sehingga dikenang selamanya. Berbeza dengan hari ini status guru tidak lagi dipandang mulia malah setengahnya pula menjadi sasaran sebagai tempat memikul segala kesalahan. JENIS-JENIS KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin pelajar boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar. Salah Laku Pelajar Di Sekolah Kajian yang dilakukan oleh T. Subahan Mohd. Meerah et.al. di dalam artikel yang bertajuk Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaian oleh Mohd Tajudin (1995) ke atas 20 orang guru pelatih yang pernah membuat latihan mengajar bagi sesi persekolahan 1987/1988 di beberapa buah sekolah menengah juga menunjukkan jenis salah laku yang dilakukan oleh pelajar iaitu:

Jenayah remaja adalah produk sosial dan produk budaya masyarakat keseluruhannya. menyertai geng motosikal. tidak membuat kerja rumah sebanyak 25%. merosakkan alat bantu mengajar (20%). Ganguan Pengajaran Kategori ini. berjudi dan memabuk mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawalan sosial remaja. Kes Jenayah Remaja Pandangan golongan radikal terhadap kelemahan fungsi sekolah ini menyebabkan sekolah dikritik dan dilabelkan sebagai punca pembiakan delinkuensi dalam masyarakat. merogol. dan kerap keluar kelas 25%. Pelbagai masalah juvanalisme atau jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah seperti menjadi samseng. bercakap kasar dengan guru (25%). antara jenis-jenisnya ialah buat bising (30%). Dari satu segi yang lain. mencuri. menumbuk guru. Tidak Patuh Arahan Kategori ini mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian terhadap pelajaran sebanyak 30%. Jadual di bawah menunjukkan kes-kes jenyah yang telah berlaku: Jadual 1 Perbandingan Jumlah Tangkapan Membabitkan Pelajar Melayu dengan Bangsa Lain .Ponteng Dalam kategori ini. ponteng kelas 40 %. Tidak Sopan Dalam kategori salah laku tidak sopan ini ialah berpakaian tidak kemas (25%). tidur dalam kelas sebanyak 10% dan tidak boleh mengikuti pelajaran yang diajar sebanyak 5%. mengganggu kawan semasa proses pengajaran guru (15%) dan mempertikaikan pengajaran guru (10%). menipu. tidak membawa buku sebanyak 10%. meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenaya remaja ini menggambarkan satu manisfestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. menjahanamkan harta sekolah. memeras ugut. salah laku ponteng sekolah ialah 50%.

Senjata api dan rompak Jumlah Tangkapan 22 526 370 351 318 315 134 131 >100 *Daripada jumlah perangkaan 2. akhlak dan standard tingkah laku yang mulia.831 terdiri daripada remaja lelaki dan 59 perempuan Sumber: Majalah Massa pada 8 Mac 1997(m. nilai. semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika.Tahun Melayu Bangsa Lain Jumlah Tangkapan Jadual 2 1994 1862 1385 3247 1995 2402 1790 4192 1996 2890 1711 4601 Kes-kes Jenayah dan Jumlah Tangkapan Kes Jenayah Bunuh Curi Kenderaan Samun Malam Curi Harta Lain-lain Curi Lain-lain Jenayah Dadah Pecah Rumah Rogol. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin berleluasa di kalangan pelajar ialah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin.s. . 57) RASIONALNYA KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR BERPUNCA DARI GURU Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah.

Guru disiplin boleh mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti . Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh muridmurid yang bermasalah ini. Sifat wanita yang lemah-lembut telah menjadi isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita. tetapi kekurangan golongan lelaki yang memohonnya. Jika dahulu guru amat mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik para pelajar tetapi hari ini nilai kasih sayang sebegini jarang benar dapat dilihat dan setengahnya langsung hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai. Walau bagaimanapun adakah semua tindakan disiplin hanya boleh dilakukan dengan tindakan yang keras seperti yang terkenal dengan merotan atau mana-mana tindakan keras disiplin yang lain. menurut Perdana Menteri. Saleha Othman tentang ketidakseimbangan bilangan guru lelaki dan wanita yang kian ketara bukan disebabkan Kementerian Pendidikan memberikan lebih tempat kepada guru wanita. ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang kian meruncing di sekolah rendah dan menengah telah menimbulkan isu di mana guru wanita telah menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. Menurut Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam akhbar Utusan Melaysia yang bertajuk Bukan Salah Sistem PM: Kelemahan Penyampaian Mata Pelajaran Punca Gejala Sosial (1997) menegur sikap sesetengah guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah. sebaliknya hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada mereka. Di samping itu. Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih berkemampuan mengambil tindakan tegas dan ‘keras’ berbanding guru wanita. membutakan mata. Malah dalam keadaan tertentu.Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. guru besar dan guru penolong kanan. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri. sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan tetapi sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja perlu diperbetulkan. Sehubungan dengan itu. Dalam artikel yang bertajuk Disiplin: Jangan Prejudis Guru Wanita (1997) telah menyatakan kata-kata Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Malaysia (PKPSM).000 tenaga pengajar tempatan adalah wanita. membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa. Dalam artikel yang sama juga menerangkan kenyataan Siva Subramaniam iaitu kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 280.

murid. dan masyarakat setempat dengan sekolah tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. ibu bapa. Jadi. masyarakat setempat tidak dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membanteras sebarang bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Anak-anak ini mengambil peluang dari sikap acuh tidak acuh ibu bapa mereka untuk bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Hubungan yang terlampau formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolaholah satu institusi sosial yang rigid. Tajudin (1995) yang berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu: . Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah.menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca permasalahan yang sebenar. Dari situ anak-anak akan terasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Dalam banyak hal. Pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan daripada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh kawasan sekolah. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin pada pihak sekolah. Akhirnya mungkin pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Kajian yang dibuat oleh Nabil dalam artikel Mohd. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal peribadi murid dan hal pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh sekolah. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa untuk bersama-sama anak-anak. Ada juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak mereka walaupun pihak sekolah ada memberitahu mereka tentang masalah disiplin anak-anak di sekolah. Mereka lupa bahawa anak-anak juga memerlukan perhatian untuk mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Faktor Sosial Faktor Ibu bapa Dalam faktor sosial. adalah tidak tepat jika meletakkan masalah disiplin di bahu guru sahaja sedangkan pihak ibu bapa cuma melepaskan tangan dalam hal ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG MENDORONG KE ARAH KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat.

Ibu bapa mereka sendiri tidak mengamalkan suruhan agama. ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak. tetapi juga mencorakkan anak mereka agar lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Jika anak mereka tidak dapat membezakan baik dan buruk. Tambahan pula. bercakap dengan anak-anak dengan bahasa yang kasar dan kesat. pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan anak malu untuk ke sekolah kerana tidak mampu untuk membayar yuran. jadi ibu bapa sepatutnya membimbing anak mereka dan bukannya menambahkan lagi kesalahan anak mereka. Manakala ibu bapa yang berstatus agak tinggi sering sahaja mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka terlalu dimanjakan di rumah. ibu bapa tidak sefahaman di rumah. Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak mereka. Terdapat ibu bapa yang terlalu manjakan anak mereka sehinggakan tidak dapat membezakan betul atau salah. Sikap seumpama ini lebih merupakan salah-menyalahi antara satu sama lain tetapi bukan cara untuk menyelesaikan masalah bersama di mana ini akan merumitkan lagi masalah pelajar tersebut. Mereka sepatutnya menyedari tanggungjawab yang berat harus dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang atau seorang anak di rumah malah guru perlu menjaga 40 orang pelajar di setiap kelas. Ini menyebabkan guru tidak dapat membuat perhubungan interpersonal dengan setiap pelajar di dalam kelas itu. ibu bapa tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka. Anak-anak ini membawa sikap itu ke sekolah dan bercakap serta bertindak ganas dengan rakan sebaya. Guru hanya dapat meluangkan masa selama lima atau tujuh jam seminggu. Pengaruh Budaya Barat . ibu bapa yang berstatus rendah di sekolah luar bandar lebih meredhai tindakan guru kerana mereka memikirkan bahawa tanggungjawab seseorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu. terdapat ramai guru muda yang tidak mempunyai pengalaman mendidik anak-anak mereka di mana ibu bapa sendiri yang lebih memahami sikap anak mereka. Mereka lebih cenderung memberi alasan bahawa anak mereka tidak pernah dipukul di rumah. Ibu bapa lebih senang mengunjungi sekolah apabila mendengar cerita anak mereka dirotan oleh guru. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah disiplin di sekolah. selalu bertengkar serta tidak mengamalkan tingkahlaku yang sihat adalah menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Sebilangan besar daripada golongan ini datang ke sekolah seolah-olah guru yang bersalah dan bukan anak mereka yang bersalah. Berdasarkan pemerhatian. Kurang Didikan Agama Sebahagian besar dari pelajar yang menghadapi masalah disiplin terdiri daripada pelajar yang mempunyai latarbelakang keluarga yang kurang didikan agama.• • • • • ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak mereka. Mereka juga terpaksa mengawasi sebuah bilik darjah yang sesak yang mana kadang kala terdapat 40 hingga 50 pelajar dalam sebuah kelas.

Dapatan dari kajian yang dibuat oleh Rafiah dalam artikel Mohd. televisyen. Pengaruh artis Pengaruh dari artis tempatan mahupun dari luar negara turut memainkan peranan dalam masalah sosial ini. khususnya bagi membanteras masalah sosial dan jenayah di kalangan pelajar sekolah. Di sini mula timbul masalah disiplin seperti peras ugut. Pihak sekolah harus menyedari. secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan memberi kesan negatif. Semua perbuatan dan cara berpakaian cuba diikuti oleh peminat-pinat mereka yang mana rata-rata mereka ini terdiri dari para remaja. Mereka akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan perlulah mematuhinya. budaya lepak. Merka terlalu meminati artis tersebut dan meletakkan artis sebagai idola mereka. pergaduhan. Pelajar turut beranggapan bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur kebolehan mereka dan mereka ini lebih berminat kepada kemahiran amali. Faktor Rakan Sebaya Pelajar menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. akhbar dan sebagainya. Faktor Sekolah Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu bapa.Wujudnya budaya kuning barat seperti rap. . Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan tugasan mereka dan ini akan mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan guru atau mata pelajaran tersebut. rockers. pawagam. hisap rokok dan sebagainya. masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh dijadikan rakan kongsi yang berkesan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani semua masalah yang berlaku. penyalahgunaan dadah dan sebagainya yang menjadi ikutan pelajar secara membuta tuli tanpa memikirkan akibatnya. Pengaruh Media Massa Pengaruh media massa seperti radio. Mata pelajaran yang diajar di sekolah terlalu padat dan membebankan pelajar. majalah. Tajudin (1995) mendapati bahawa salah satu faktor sekolah yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin adalah berpunca dari guru disiplin yang terlalu bersikap tegas dan keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat latar belakang keluarga dan sebab pelajar melakukan perkara tersebut. video. Penyampaian guru yang membosankan menyebabkan mereka ponteng sekolah. khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di luar sekolah.

walaupun ada sedikit pengubahsuaian maka hasil dan kesannya adalah sama seperti yang berlaku di barat. Kemudian fahaman pragmatis pula turut menyokong keseluruhan agenda-agenda pembangunan tersebut. budaya disco. falsafah pembangunan yang didominasikan oleh falsafah liberal kapitalis di mana soal kemajuan material dan keuntungan kewangan menjadi titik hitung paling utama. Jika mereka tidak bersedia membuat perubahan. malah pelajar juga diasuh mengenai tingkah laku yang sempurna dan diajar mengenai disiplin diri. Falsafah pembangunan jenis ini berasal dari barat dan apabila negara dan masyarakat kita berasas dan beracuankan barat. IMPLIKASI KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sebagaimana yang kita ketahui sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada pelajar bukan sahaja dari segi akademik. Masyarakat Barat yang selalu dilanda gejala negatif sosial ini. Faktor Diri Sendiri Satu lagi faktor yang menyebabkan masalah disiplin menjadi semakin serius adalah kerana sikap pelajar itu sendiri. Faktor Falsafah Pembangunan Negara Kalau diperhatikan falsafah dan model pembangunan negara kita sendiri pada hari ini kurang mendapat perhatian dalam mana-mana perbincangan tentang penyakit sosial ini. Titik tumpuan terbesar adalah orang-orang yang mempunyai kuasa dan orang-orang yang kita letakkan harapan rakyat untuk sedia membuat perbaikkan falsafah pembangunan. Menurut Idris Zakaria (1997). negara kita akan terus dilingkari penyakit sosial sepanjang zaman. generasi kita akan hilang arah juga. rukun hidup berkeluarga semakin terhakis dan manusia hanya menjadi alat pembangunan. pelacuran yang diterima sebagai satu pekerjaan. HIV dan AIDS adalah lumrah. perjudian. computer games dan sebagainya menyebabkan mereka leka dan mengabaikan pelajaran mereka. Mereka lebih suka bersuka ria dari mengulangkaji di rumah. Inilah sebenarnya akar tunjang kepada masalah-masalah kemanusiaan yang gawat kita hadapi kini. Permainan-permainan seperti video game. Oleh yang demikian kita semua adalah bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial ini. tetapi persekitaran sosialnya dalam banyak bidang menyajikan banyak yang bertentangan. Oleh yang demikian . Adalah tidak adil jika ditumpukan pembaikkan hanya kepada para guru sahaja sebab segigih manapun tanggungjawab mereka tunaikan. ganja.Biasanya apabila ahli kumpulan mereka dipukul mereka akan membalas balik secara berkumpulan. muda-mudi yang jemu terhadap agama dan adab susila sebaliknya menyukai heroin. arak.

kepimpinan akan hilang wibawanya. cacat peribadi. Ini sedikit sebanyak telah menakutkan pelajar di sekolah kerana pelajar-pelajar yang nakal di sekolah menganggap guru disiplin hanya dapat mengawal mereka sekadar di kawasan sekolah sahaja tetapi tidak jika mereka berada di kawasan luar dari sekolah. tidak dinafikan wujudnya negara yang kadar sosialnya tinggi tetapi masih mampu melahirkan golongan bijak pandai. dan rendah moral. Antar usaha-usahanya ialah: Peranan Guru Disiplin Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin. jadi walaupun kriteria akhlak dan moral adalah subjektif. ianya harus diambil kira dalam memilih pemimpinpemimpin masyarakat. Kalaulah pelajar membiarkan diri mereka terbabit dengan masalah sosial sudah tentu negara kita tidak akan aman dan mereka akan menjadi mangsa gejala sosial di zaman mereka. Ini yang menyebabkan mereka suka ponteng sekolah kerana tiada siapa boleh menangkap mereka jika mereka merokok di luar kawasan . maka kekuatan yang ada pada seseorang guru disiplin boleh ditambah. Maka peluang-peluang menyambung pelajaran. CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT Peranan Sekolah Secara Keseluruhan Dalam konteks menangani keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak sekolah. Namun mahukah kita melahirkan cendekiawan yang terus dilingkari penyakit sosial sepanjang zaman? Sedangkan merekalah orang harapan untuk menjadi pemimpin yang bakal menerajui negara. Memandangkan tanpa moral. Kalau dilihat dari satu sudut. Ini adalah kerana pelajar-pelajar hari inilah yang akan menerajui kepimpinan akan datang.penekanan terhadap pentingnya perasaan rasa tanggungjawab pelajar kepada negara amatlah perlu untuk menghindari pelajar-pelajar daripada gejala sosial. Dalam artikel yang bertajuk Guru Disiplin Jadi Penguat Kuasa menyatakan guru-guru disiplin di sekolah akan dilantik sebagai pegawai penguatkuasa bagi menguatkuasakan peraturan melarang golongan remaja bawah umur 18 tahun (pelajar-pelajar) daripada melanggar undang-undang. guru besar dan guru penolong kanan. Apabila pelajar telah pandai mencabar kewibawaan guru. sudah pasti rakyat akan memandang sinis usaha membina masyarakat yang berakhlak. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin juga mampu memberi pelbagai implikasi terhadap sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia. berleluasanya keskes jenayah dan masalah sosial pelajar maka wujudlah tanggapan yang negatif terhadap institusi pendidikan tersebut dari pelbagai pihak. Sekiranya pemimpin masyarakat jelek akhlak. pekerjaan dan lain-lain yang menguntungkan mungkin akan diketepikan. Keadaan ini amatlah tidak adil bagi sebahagian pelajar yang memang mempunyai pencapaian akademik dan moral yang baik. keselamatan guru sudah tidak terjamin. Dengan adanya kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

merokok. Remaja yang kebiasaanya menjadi ketua atau dianggap sebagai ketua harus didekati dan diberi bimbingan kerana dengan cara ini ketua remaja tersebut akan menyampaikannya kepada kumpulannya dan cuba pula untuk mempengaruhi mereka. Program pembimbing Rakan Sebaya Program ini bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Cara ini dianggap lebih mudah dan lebih berkesan daripada menghimpunkan semua remaja untuk diberi bimbingan kaunseling. guru diminta bersikap kasih sayang terhadap pelajar dan berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar boleh diajar dan mahu belajarmengutamakan nilai-nilai kemanusian serta menghormati harga diri pelajar sebagai individu. Kaunseling rakan sebaya ini harus diwujudkan sambil mengenalpasti siapakah sasarannya. Walaupun. ibubapa juga turut terlibat dalam memberi teladan yang baik dalam mengamalkan tabiat buruk ini . Sekolah Penyayang Melalui pendekatan ini . Cadangan ini meletakkan tanggungjawab pembentukan sahsiah pelajar di atas bahu semua guru supaya tiada guru yang boleh terlepas dari masalah disiplin pelajar. Dalam artikel yang bertajuk Disiplin: Jangan Prejudis Guru Wanita juga (1997) menyatakan cadangan kerajaan untuk mewujudkan kuasa polis tambahan (AP) kepada guru disiplin adalah salah satu cara yang dibuat untuk menangani masalah disiplin pelajar.sekolah. dalam artikel yang sama di mana bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tan Sri. guru juga diberi peranan sebagai ibu angkat atau bapa angkat kepada para pelajar supaya mereka dapat mengenalpasti masalah pelajar. Beliau juga menambah bahawa kajian statistik yang dibuat menunjukkan jumlah penagih dadah yang memulakan tabiat ketagihan mereka dengan menghidap rokok adalah sangat tinggi. . Sistem Mentor-Mentee Di samping berperanan sebagai pengajar. Guru itu harus bertindak dengan cepat dan tepat. Peranan guru besar Guru besar sekolah seharusnya bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras masalah disiplin dan bukanya menyembunyikan samseng kerana masalah ini akan menular kepada pelajar-pelajar yang lain. Orang yang paling dekat dengan remaja selain daripada kedua ibu bapanya ialah rakan remaja itu sendiri. Ainuddin Abdul Wahid juga mencadangkan semua guru dilantik menjadi guru disiplin supaya turut terlibat dalam menjaga dan mengawal disiplin. Walau bagaimanapun. Jika tidak penyakit samseng akan menjadi lebih lerus. Sebelum ini juga terdapat kerjasama secara tidak rasmi dimana pihak sekolah dengan pihak polis.

Melalui Briged Komuniti ini perkara-perkara yang boleh menimbulkan salah faham antara pihak ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah ke atas pelajar yang bersalah laku dapat dikurangkan. Hal ini dilaksanakan melalui pelbagai program dan aktiviti. pendidikan dan kerjaya. Motivasi dan Ceramah Bimbingan. PIBG diwujudkan dengan tujuan untuk mengadakan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar. kaunseling Rakan Sebaya. mengkaji punca salah laku pelajar untuk mencari jalan penyelesaian (10%). anti merokok dan bersopan santun. Briged Komuniti ditubuhkan di peringkat kebangsaan. berjumpa dengan pelajar salah laku di luar kelas (30%). Pendekatan Bersepadu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bimbingan dan Hukuman. progresif. daerah dan sekolah yang bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam usaha mencegah dan menyelesaikan masalah disiplin. lafaz Rukun Negara. pesanan serta nasihat daripada pengetua. kursus diadakan untuk membina kepimpinan yang berkualiti. negeri. Ia juga sebagai usaha membantu dan menambah usaha bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dalam kegiatan mereka serta mewujudkan majlis perundingan antara ibu bapa dengan penjaga bagi mempertingkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka. Antaranya ialah sesi bimbingan dan kaunseling peribadi. Kempen Kempen ini termasuk kempen kebersihan. guru besar dan pemeriksaan rambut dan pakaian. menghantar kepada guru bimbingan untuk bimbingan dan kaunseling (10%) dan menghantar kepada guru besar (5%). menerapkan nilai-nilai murni. penyampaian amanat. khususnya ibu bapa agar tidak menyerahkan tanggungjawab menjaga disiplin anak-anak mereka kepada pihak sekolah saja. bersikap positif. Pendekatan ini dilaksanakan secara memberi nasihat (55%). Briged ini juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat. mengeratkan perpaduan dan menghapuskan prasangka. Selain itu. Perkhemahan Integrasi Ketua Murid Melalui perkhemahan ini. . Perkhemahan Bimbingan dan Kaunseling Perkhidmatan bimbingan dan kauseling juga disediakan di sekolah untuk pembentukan dan peningkatan disiplin di kalangan pelajar. sosial dan penyalahgunaan najis dadah.Perhimpunan Sekolah Menaikkan bendera Malaysia dan negeri. Briged Komuniti. Kempen Pencegahan Dadah dan AIDS yang bertujuan untuk mencapai drugfree school dan zero involvement di kalangan pelajar harus juga diadakan. Kem Jaya Diri.

Peranan Media Massa Mengorientasikan semula fungsi media massa . Jadi kita harus mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membina sistem keluarga yang mantap dan penyayang. jasmani. Ini boleh dilakukan dengan menjadikan pengajian keibubapaan sebagai suatu kursus pra perkahwinan. Apabila anak mengadu kepada ibu bapa guru memukul atau menghukumnya. Dalam keadaan ini. memberi kerja tambahan (10%). Strategi ini dilaksanakan melalui usaha untuk meningkatkan penglibatan murid semasa pengajaran (15%) dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran (10%). Justeru itu sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah yang bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak diingini. Sikap positif ibu bapa dalam menangani masalah sosial ini dapat membantu anak-anak menerima tanggngjawab mereka dengan baik apabila dewasa kelak. Usaha untuk membanteras keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin ini perlu mendapat kerjasama yang erat dari pihak ibu bapa kerana dari tinjauan yang dibuat menunjukkan sebahagian besar remaja yang melakukan salah laku dan jenayah ini tinggal bersama keluarga mereka. Selain itu. Denda. ibu bapa harus menghubungi pihak guru dengan cara yang sopan dan memperbetulkan kesalahan anak mereka melalui nasihat dan cara-cara yang lebih berkesan. merotan (10%).Strategi Pengajaran. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa harus bersikap lebih terbuka dan tidak seharusnya terlalu memanjakan dan mementingkan kehendak anak mereka. Ibu bapa harus mengukuhkan institusi keluarga kerana ia merupakan tulang belakang sistem moral masyarakat. Interaksi. memulau murid yang melakukan salah laku (5%) dan mengertak (5%). kefahaman agama ibu bapa dan bakal pengantin perlu dipertingkatkan. Ibu bapa disaran supaya mengamalkan sikap yang positif dalam segala kegiatan mereka supaya dapat dijadikan contoh dalam pembentukan peribadi anak-anak di masa depan. Pendekatan ini dilakukan melalui menyuruh pelajar berdiri di dalam kelas (45%). Matlamat dan wawasan pendidikan yang mengharapkan keseimbangan insan dari segi kerohanian. setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman. emosi dan intelek akan tercapai hanya sekiranya masalah disiplin ini menjadi agenda bersama ibu bapa dan pihak sekolah tanpa sebarang sekatan. Cara ini dilakukan dengan merapatkan diri dengan para pelajar dengan berbincang (30%) dengan mereka. fasilitator dan kaunselor kepada pelajar.

Tambahan pula. Menyemarakkan fungsi budayawan Golongan budayawan seharusnya jangan mempertimbangkan komersil semata-mata sambil meleburkan perkiraan sosial sehingga akhirnya hancur peribadi bangsa. Sebaliknya para budayawan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengetengahkan alternatif kesenian baru yang berteraskan budaya peribumi. adalah tidak cukup bagi golongan agamawan sekadar berceramah di masjid ataupun surau sedangkan sebahagian besar generasi muda yang bermasalah bukan berada di sana. mereka harus menjadi aktivis sosial. pihak berkenaan harus mempunyai asas pertimbangan yang konkrit yang berteraskan nilai agama dan budaya timur dalam memilih program mahupun menerbitkan bahan. Nampaknya semakin maju kita. KESIMPULAN Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. kalau dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini terdapat jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar kita hari ini (yang bakal menerajui negara kita) adalah semakin meningkat. media massa perlu menerapkan nilai murni dalam setiap laporan. Jadi. Lebih-lebih lagi kita sebagai anggota masyarakat yang sentiasa melaung-laungkan slogan masyarakat penyayang tidak sewajarnya hanya menggeleng-gelengkan kepala apabila mendengar berita gejala cemar ini tetapi harus turut sama menyingsing lengan turut ke gelanggang pemulih dan membanteras gejala ini daripada menular menjadi budaya hidup remaja kita. fungsi institusi agama harus diorientasikan semula bagi memenuhi tuntutan zaman baru. atau siaran mereka. semakin luntur pula nilai moral masyarakat. Fungsinya bukan setakat mengurus jenayah syariah. Namun. rancangan. Di samping itu. dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap. Memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar/remaja kita hari ini bukan sahaja disebabkan oleh salah guru tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain . kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam pembinaan insan. pendamping generasi muda dan pencegah mungkar sekali gus.Demi pembinaan masyarakat yang berakhlak. Justeru itu. Penerapan Agama Penyegaran semula institusi agama Dalam perkara ini. menganjurkan kursus fardu ain dan sebagainya tetapi menjadi agensi thing tank yang melaksanakan program dan projek yang berkaitan dengan hal keagamaan dan permasalahan ummah secara lebih komprehensif.

pengaruh rakan sebaya. pengaruh budaya barat dan artisartis. faktor sekolah. dan menyeluruh untuk memulihkan suasana gawat ini. . Sayangilah masa depan mereka kerana masa depan mereka adalah di tangan kita. Akhir sekali.seperti faktor sosial .ibu bapa. Maka semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya melaksanakan suatu reformasi secara holistik dengan merangka strategi atau program yang bersistematik. perlu diingatkan bahawa program sedemikian harus disegerakan secepat mungkin dan diharapkan semua pihak dengan keinsafan jadikanlah pendidikan remaja kita sebagai satu agenda masyarakat yang besar yang tidak seharusnya kita ambil mudah apa lagi memgabaikannya. mahupun diri sendiri. kurang didikan agama. bersepadu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful