You are on page 1of 68

PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT (Budi)) Maksud Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput;

Jika tak kenang kepada saya, Nama yang bail tidak tersebut.  Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.  Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan.  Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.  Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

1

Tema  Persoalan    Nilai   Pengajaran    Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sehajtera. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan. Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. Nilai keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. Budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. Ketinggian nilai budi. Kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

2

PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT (Jenaka dan Sindiran) Maksud Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.  Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab.  Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.

Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.  Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu.  Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar kemampuannya.

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan.  Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

3

Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.Tema  Persoalan      Nilai    Pengajaran    Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tanggan dengan baik. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. Nilai bertanggungjawab. Tanggungjawab seseorang isteri terhadap urusan rumah tangga. Kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 4 . Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. Nilai rasional dalam melakukan sesuatu perkata. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Pemimpin yang kehilangan kuasa. Musibah yang berlaku akibat kelalaian. Nilai kegigihan iaitu gigih berusaha bagi mencapai matlamat.

mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal. Telek pandangan dengan makrifat.  Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Ibanya tahu dunia tak kekal. terharu. Menjadi kepala bela bermacam. Menjauhkan tamak hendak tawakal. nista)  Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. pilu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagiaan. Jikalau mata melihatkan kejam. (Nota: fazihat – aib. Sebagai lagi tanda berakal. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 5 . Disebutlah jalannya ia tersunjam. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja. sayu) Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Takut akhirnya menjadi fazihat. Kerana ia akalnya tajam. sebaliknya mengetepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka. Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat. Itulah tanda orang bahagia. Barang siapa mengikut dia. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.  (Nota: ibanya – belas kasihan.  Manusia yang berakal dipandang mulia. Selain berserah kepada Allah. cela. Tiada mengasihi orang yang jahat. Pakaian anbia dan aulia. sedih. Perintah syarak tidak menyangkal.PUISI TRADISIONAL SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Maksud Orang berakal sangatlah mulia.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 6 . Tanda berakal kasihkan ilmu. merendah diri dan sedia berkhidmat. mereka sentiasa berwaspada. Makin itu makin ia ingat. tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Tiadalah ia melanja-lanja. Demikian lagi dengar olehmu. Apabila raja kasih sangat.Jika ia dikasihi raja. Tiadalah menyombong pada bekerja. Mencari kupasan jangan bersemu. Dengan taulannya bersamaan sahaja. Merendahkan diri serta berkhidmat.  Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya.  Orang yang berakal tidak bosan dalam mengajar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya. Suka mentelaah tiadalah jemu. Segala taulannya hatinya dihambat. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan.  (Nota: melanja-lanja – berjalan-jalan sesuka hati) Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan. namun mereka tidak mengadangada.

Kepatuhan kepada hukum syarak. Contoh: Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. Kita hendaklah patuh kepada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran. Contoh: Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 7 . Ketinggian status orang yang berilmu. Nilai kasih sayang. Contoh: Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.Tema  Persoalan      Nilai  Nilai kebijaksanaan. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur.    Pengajaran     Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan. Contoh: Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah. Nilai kerajianan. Ciri-ciri orang yang berakal. Nilai ketaatan. Keikhlasan dalam persahabatan. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh.

Namun mereka tetap berhias. Ada yang setengah kembang hidungnya. Seperti taji berandam di keningnya. Malahan di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Seperti buaya besar mulutnya. Kanan dan kiri dibelek-belek. Roma di muka pula dicukurnya.PUISI TRADISIONAL SYAIR SITI SIANAH Maksud Setengahnya perempuan terlalu janggalnya. Di dalam cermin muka ditelek. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 8 .  Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita.  Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Serta pula kepik batangnya. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Supaya laki-laki boleh menyangka. Malahan hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Setengah perempuan sangat pesolek. Mengagak mengilai terlalu suka. Melihat laki-laki ditampakkan muka. Ianya elok tiada terhingga. Kemudian memakai dengan selengkapnya. Meskipun tiada berapa eloknya.  Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Berhias berdandan berpakai molek.  Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias.

malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. (Nota: pupuri – bedak) Kaki dan tangan. Supaya laki-laki berhati gila. (Nota: cemara – rambut palsu) Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Pura-pura dikatakan ubat segala. Berlindunglah kita kepada Allah. Mereka juga berpeleseran dengan lelaki. Dengan jantan suka berdekat. Pekerjaan tipu sangat digemari. Kaki dan tangan dinaikkan pula.  Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. tindakan mereka diketahui Allah. Memandang laki-laki matanya lekat. Rambut yang sikit disiputnya pula. tangan. Jangan menjadi betina sempolah. Jadilah rupanya putih berseri. Hakikatnya diketahui Allah Taala.  Ada juga yang melumuri bedak di kaki. niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun.  Setengah perempuan yang makan angkat. Mudah-mudahan dilepaskanlah. lengan dan jari. Memakai gelang bertingkat-tingkat.Setengah perempuan perangainya cela. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut.  Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Daripada perbuatan yang amat salah. Terkadang muka dibubuh pupuri. Habis dipenuhi rambut kepala. Memakai cemara berjela-jela. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 9 . sampah masyarakat) Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita terselamat daripada segala kemungkaran.  (Nota: sempolah – tidak berguna. lengan dan jari sehingga putih sematamata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. Sebenarnya.

Sembahyang ibadat sudahlah bantut. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 10 .  Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Banyaklah kelakuan yang tidak patut. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan. Lelaki perempuan bertindih lutut. Habislah tergadai intan serudi. Kerana perangai sudah membadi.Setengahnya suka bermain judi. Kerana syaitan duduk di buntut. Inilah perangai banyak terjadi.  (Nota: serudi – batu permata) (Nota: membadi – berkelakuan luar biasa menyerupai binatang) Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.

Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. Kesan buruk perjudian.Tema  Persoalan     Nilai  Nilai kesopanan. Contoh: Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. Contoh: Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri. namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.    Pengajaran     Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Nilai ketaatan kepada agama. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 11 . Contoh: Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. Ketaatan kepada Allah. Contoh: Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. Nilai kesyukuran. Nilai kesederhanaan. Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. Sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 12 . Yang boleh dijadikan ubat. Yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan guru.  Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan. Cahari olehmu akan isteri. Cahari olehmu akan kawan.  Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan.  Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.  Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.PUISI TRADISIONAL GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM Maksud Cahari olehmu akan sahabat. Yang boleh menyerahkan diri. Pilih segala orang setiawan.

Kebijaksanaan dalam memilih guru.   Pengajaran    Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. Nilai keikhlasan. Nilai ketaatan.Tema  Persoalan    Nilai  Nilai kebijaksanaan. Kepentingan mempunyai isteri yang setia. Contoh: Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan. Contoh: Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi. Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 13 . Contoh: Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat. Seseorang suami haruslah bijak memilih steri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita. guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.

Dagang lalu ditanakkan.PUISI TRADISIONAL SELOKA EMAK SI RANDANG Maksud Budi baik Emak Si Randang. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Anak di pangku diletakkan. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi. Dagang pergi awak berhutang. Anak pulang kelaparan. Beras habis padi tak jadi.  Namun demikian. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 14 . Tiada kayu rumah diruntuhkan. Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.  Mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Kera di hutan disusui.

Pembaziran yang perlu dielakkan. Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri. Contoh: Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada. Nilai berbudi.   Pengajaran    Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 15 . Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.Tema  Persoalan    Nilai  Nilai kebijaksanaan Contoh: Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan. Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga. Contoh: Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. Rasional ketika melakukan sesuatu tindakan. Nilai bertanggungjawab.

berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.  Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna. Remaja perlu teguh pendirian. Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu.PUISI MODEN HARGA REMAJA (Rahman Shaari) Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini?  Penyajak menerangkan kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah?  Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 16 .  Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 17 . Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup. Huraian: Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Nilai kegigihan. Contoh: Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran. Jati diri remaja. Contoh: Remaja perlu bijak menentukan hala tuju dalam hidup mereka. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.   Pengajaran     Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Persoalan     Nilai  Nilai keberanian. Nilai kebijaksanaan.Tema  Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Contoh: Remaja mestilah berusaha untuk menunut ilmu. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri. Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan. Hala tuju hidup dalam diri remaja.

 Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 18 .PUISI MODEN DI PERPUSTAKAAN (Shafie Abu Bakar) Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala tunduk meneliti Mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.  Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai  Tema  Persoalan    Nilai  Nilai kerajinan. Nilai bertanggungjawab. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 19 . Cinta akan ilmu pengetahuan. Contohnya: Rajin menuntut ilmu. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu. Contohnya: Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan dengan penuh tanggungjawab Pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. Nilai ketekunan. Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diteroka. Pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.   Pengajaran     Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. Contohnya: Tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalm usaha mengejar ilmu. Kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.

Nota: Tersadung Selirat Pidana Ancala  : melanggar dengan kaki. salah Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. menyepak : berjalin-jalin dan kusut keadaannya : kejahatan. 20 @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja .  Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar daripada api neraka.t. Rabb. “Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?” Nota: Aksara Khilaf  : huruf : silap. Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang.  Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya daripada rahmat Allah s.w. moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna.PUISI MODEN MENGINTAI RUANG INSAF (Shukri Abdullah) Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. kesalahan jenayah : gunung Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran daripada Ilahi.

Contohnya: Penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. Contohnya: Timbul perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampau. Keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. Kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melakukan dosa dalam hidup. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 21 . Fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.Tema  Persoalan     Nilai  Nilai keinsafan. Contohnya: Penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan. Nilai kesedaran. Kita mestilah selalu bermuhasabah agar dapat membaiki diri. Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat. Kita janganlah melakukan perkara-perkara mungkar yang menjauhkan diri kita daripada nur dan keredaan Tuhan. Nilai rasional.   Pengajaran     Kita hendaklah mengamalkan ajaran Tuhan dan meninggalkan perkara-perkara yang membawa kepada kejahatan. Keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah. Kita mestilah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka.

Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi legenda.  Sajak ini mengisahkan diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi legenda di Pulau Langkawi.PUISI MODEN MAHSURI (Zurinah Hassan) (1) Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung putihlah pulau ini disimbah darah suci Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 22 . Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan. kini Langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. Mahsuri digambarkan sebagai lambang wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya.

   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja . 23 Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara. Contoh: Kezaliman yang berlaku ke atas diri Mahsuri telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan legenda itu lebih masyhur. Contoh: Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. Sastera dan sejarah. Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air. Contoh: Legenda Mahsuri telah memasyhurkan nama Langkawi di serata dunia.  Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada orang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman. Tema  Persoalan  Fitnah dalam kalangan masyarakat. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesesasteraan tanah air tercinta. Contoh: Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Sumpah dan dendam.(2) Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Legenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Mengharumkan nama negara di persada dunia.

Kreaviti penulis. Kesetiaan. Patriotisme. Contoh: Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.    Pengajaran    Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara. Contoh: Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.Nilai  Menghargai. Contoh: Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. Contoh: Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah. Janganlah kita suka memfitnah seseorang tanpa usul periksa. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 24 .

 Sikap gadis Timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya..PUISI MODEN ADAT SEZAMAN (Wan Nazihah Wan Abdullah) Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik  Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampaui batasan agama. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak sopan di tempat awam tanpa segan silu. santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana . @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 25 . Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian..  Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat.

Tema  Persoalan     Nilai  Ketinggian budi bahasa Contoh: Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi. Ketakwaan Contoh: Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. Kita hendaklah bijak memilih pasangan.   Pengajaran    Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Jati diri Contoh: Gadis yang mempunyai jati diri pasti akan menjulang adat ketimuran. Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda apabila melihat budaya kuning menjadi ikutan dan sanjungan. Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tanpa segan silu. Kita hendaklah mempunyai jati diri yang utuh. Perubahan adat tradisi akibat arus modenisasi. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 26 . Adat ketimuran yang tinggi nilainya amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif.

 Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara.  Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 27 .  Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. berkeyakinan tinggi. Wanita zaman siber perlu mengacung minda ke tengah arena suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi menuju wawasan era globalisasi. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan.  Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang menglirukan. Oleh itu manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Mereka juga perlu berani. tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat dalam semua bidang. Lepaskan segala belenggu kedaifan huraikan segala keliru kekusutan wanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan uji tinggi pekerti anggun gerak-geri t erunggul dalam segala segi.PUISI MODEN TIBA WAKTUNYA (Ghazali Lateh) Angin musim semakin deras dan ganas meniup tamadun ke era yang pantas lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah merebut tunas-tunas harapan yang hijau dari putik dan pucuk berembun kemilau. Haruskan kita tunduk mengutip sisa-sisa atau berada di sana meraih sejahtera? Usah kautanya persoalan dilema kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya dan masa pun tidak akan menanti buat mewajar padah atau simpati.

Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat mental juga fizikal berbekal iman dan semangat cekal kita gerakkan kemampuan yang pukal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan. penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum.  Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 28 .  Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia. Kini sudah tiba waktunya kita bertahta di persada dunia.

Peranan wanita dalam masyarakat. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 29 .Tema  Persoalan     Nilai  Keberanian. Persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. Berpandangan jauh. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal. Usaha mengangkat martabat wanita. Contoh: Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup. Keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. Contoh: Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.    Pengajaran     Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan. Contoh: Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. Contoh: Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara. Keyakinan diri. Kecekalan. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.

Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Tuanku Syah Alam mengagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas.PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA Sinopsis    Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteriputeri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam. mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya ialah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Raksasa pergi ke hutan dan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikutpengikutnya pergi berburu. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya. perlulah mencari gajah bergading emas. Pada masa itulah. Seterusnya. Apabila raksasa pulang. Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Puteri Cendera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.          @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 30 . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Bondanya bertanyak tentang Si Piatu.

Raja Rom. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama-sama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya. Contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar. Tuan Puteri Cenderawati. Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya.   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 31 . Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Contoh: Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik daripada mengembara. Persoalan  Keberanian dan kehebatan anak raja. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cenderawati. Tema  Pengembaraan anak raja menempuh pelbagai cabaran. tetapi sebenarnya dia bertujuan untuk membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas. Kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati. Contoh. mendaki bukit yang terlalu tinggi. Contoh: Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri. menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa dan hampir ditangkap dan dibunuh raksasa. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuhtujuh puteri menyeberangi lautan.     Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikut kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain. Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan. Contoh: Indera Nata menolong menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa. Nilai  Tolong-menolong sesama manusia. Keberanian. Bijaksana. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Contoh. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 32 . Contoh: Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Tolong-menolong. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni. Contoh: Tuan Puteri membuat helah untuk melepaskan diri.    Pengajaran      Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya. Kasih sayang.

mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung bayan jantan dengan harga seribu dinar. Isteri saudagar memberitahu kepada suaminya bahawa Bayan telah mati akibat dimakan oleh kucing. menyebabkan isterinya diterima kembali. Menurut ramalannya.  Bab 2 :     @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 33 . Seterunya dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Hasil keuntungan tersebut. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Pada hari yang lain. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan. Cetera Pertama Mengisahkan Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Pada suatu hari. Setelah bulu bayan tumbuh kembali. lantas menghempas tiung sehingga mati. Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemui anak raja itu. dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal (wangi-wangian). Namun tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki Bayan telah membocorkan rahsia dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya. Pada ketika itu. Namun. Isteri saudagar telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. malangnya hari telah siang. Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya. Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina. dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu terbang ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat.PROSA TRADISIONAL HIKAYAT KHOJA MAIMUN Sinopsis Bab 1  Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut menganggap Bayan telah mati.

Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Isterina telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya. namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan.   Bab 4 :      @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 34 . Suatu malam ketika Taif sedang berkawal. Jika isterinya curang. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. namun kesetiaannya diragui. Seterunya. Dalam suatu majlis keramaian. Akhirnya Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.Bab 3 :  Cetera Kedua Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. dia harus membunuh anaknya sendiri. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan menganugerahinya emas. perak dan tempat penginapan. dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Hal ini demikian kerana dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahkan sebuah negeri dan harta yang banyak. bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. jika Taif inginkan daulat Raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaannya iateri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia. Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Bayan bercerita lagi. Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Akhirnya Raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Oleh sebab itu. Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Cetera Ketiga Terdapat seorang sumi yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinya dikawal. tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi namun turut mengalami kegagalan. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut. Malam berikutnya. Menurut perempuan itu.

Contoh: Semasa ketiadaan suami. Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga. Contoh: Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang. Contoh: Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati. Ketaatan kepada ketua. Bayan berpurapura tidur. Contoh: Bibi Zainab insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya. Contoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.    Nilai  Kasih sayang terhadap pasangan. Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. Persoalan  Kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan. Kecurangan seorang isteri.Tema  Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.    @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 35 . Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Contoh: Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya. Kejujuran dalam sebuah perhubungan. Prihatin terhadap keluarga. Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. Contoh: Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 36 . Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagiaan yang berkekalan. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.Pengajaran     Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran.

Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan menontonnya. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku’l Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.Sinopsis  PROSA TRADISIONAL MERAH SILU Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Sewaktu Puteri Betong tidur. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Megat Iskandar setuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Suatu hari ketika di sungai. Sultan Maliku’l Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Merah silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Pada suatu hari. 37     @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja . Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Beberapa kali bubu ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah.

Keberanian anak raja.     Nilai  Taat setia Contoh. Contoh: Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat.  @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 38 . Contoh: Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. Murah hati Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam.Tema  Persoalan  Perselisihan antara adik-beradik. Contoh: Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yanghanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup. Perkara di luar logik akal. Contoh: Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukan. Sikap pemurah dalam kalangan masyarakat. Contoh: Merah Silu suka menyabung ayam dan menggunakan wang pertaruhan.

Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan. Keberanian Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun. Berdikari Contoh: Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 39 . Kita janganlah menganiayai binatang. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu gugat. Kita hendaklah menghormati tetamu.  Pengajaran      Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan.

Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal. Anehnya.PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA Sinopsis  Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) dari negeri Bandar Mengkalih menunuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Setelah tiga hari belayar. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Si Kembang Cina. geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu api.Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Sebaik sedar. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras.   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 40 . Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. sebaliknya mengambil batang nipah.

lanun menyerang. Mendengar suara Awang Sulung. Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Selesai menyabung ayam. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Tuanku Nakhoda Tua berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun. Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berasa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu. Beberapa hari selepas mereka berkahwin. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. 41 @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja . dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. terserlahlah ketampanan Awang Sulung. jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda Tua. lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram akan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Semua anak kapal berasa takut. Selepas lanun-lanun itu pergi. geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung. barulah Awang Sulung naik ke balairung seri. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan boda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti. disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi. ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama. Semasa naik ke darat. Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung. Apabila mengetahu perkara sebenar. Setelah menyelesaikan semua hutang.   Semasa hendak meneruskan pelayaran. Pada peringkat awal pertarungan. Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Si Jalak. semasa ketibaan Awang Sulung ke negeri Pati Talak Terengganu. Menipu untuk mencapai sesuatu tujuan Contoh: Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan menyatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya. Persoalan  Cinta tidak mengenal rupa paras Contoh: Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. Perasaan dengki dan iri hati Contoh: Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi.     @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 42 . menenangkan air laut dengan mencampakkan tulang pelanduk putih. menukarkan air laut yang masin menjadi manis. Kewibawaan dan pengaruh yang kuat Contoh: Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. Satu lagi kelebihannya. Contohnya. akat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya. Menghormati tetamu Contoh: Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.Tema  Kelebihan dan kehebatan anak raja.

Kasih sayang Contoh: Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin. Berani Contoh: Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan. Keinsafan Contoh: Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.     Pengajaran      Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati. Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan. Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.Nilai  Merendah diri Contoh: Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam dan comot. Keyakinan Contoh: Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan yakin mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 43 .

Uk. iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Sekembalinya ke meja apabila duduk. Ibu meminta mereka bertenang namun diabaikan.   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 44 . Ur dan Um. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Us. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah.PROSA MODEN CERPEN PEMAIN CATUR (Zaharah Nawawi) Sinopsis:  Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluarga. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Ul. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Sufi. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Keadaan semakin haru-biru. Kempen Uj berhasil. Beberapa detik kemudian. Um berkalih untuk minum. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Bagi Uj. Uj hampir kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradik yang lain. buah caturnya telah berubah. Um berasa amat sakit. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Berlaku tuduh menuduh antara Um dan Uj.

Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Persoalan  Sikap bangga yang menguasai diri.. Contoh: Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah.Tema  Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan...   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 45 . Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.   Nilai  Kasih sayang Contoh: Uj menyayangi adiknya Um. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan. Pengkhianatan sesama ahli keluarga Contoh: Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur. Contoh: Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anak yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.. Kegigihan Contoh: Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur. Keharmonian dalam keluarga harus diutamakan. Contoh: Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dan Um. Keberanian Contoh: Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.Pengajaran    Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 46 .

Justeru. dia memilih Peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk Sarjana Muda dalam bidang sejarah. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Namun. berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi.  @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 47 . Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air.PROSA MODEN CERPEN MELLISA (Abdullah Hussain) Sinopsis  Mellisa seorang gadis Cina. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam Peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersamasama dengan Hisyam.

Persengketaan antara kaum Contoh: Hisyam dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. Setelah dewasa. Persoalan  Pengorbanan demi cinta akan negara Contoh: Mellisa sanggup mengorbankan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintainya untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.   Nilai  Kasih sayang Contoh: Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. Kesedaran terhadap sejarah negara Contoh: Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air. Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. Kegigihan Contoh: Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.  @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 48 . dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen.Tema  Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya Contoh: Mellisa seorang gadis berketurunan Cina pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei.

Cinta akan tanah air Contoh: Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.  Pengajaran     Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 49 . Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Keberanian Contoh: Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan. Namun. Dia mula memakai baju Melayu.PROSA MODEN CERPEN ISRAK (Erda Roslan Khairi) Sinopsis  Mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara. Akhirnya Israk insaf dan berubah. makan nasi. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. bekalan air paip di Kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan abangnya mandi di sungai. Suatu hari. Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Israk dan Mikraj di Kampung Sayong. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 50 . Israk telah terjatuh dan Wah lah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Perak. Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.

Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar. Tanggungjawab bapa terhadap keluarga Contoh: Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Wah. Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan.   Nilai  Menghormati ibu bapa Contoh: Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya. Ketabahan Contoh: Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami. Persoalan  Jati diri Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth.   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 51 .Tema  Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sesebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth. kehidupan dan diri neneknya. Contoh: Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya. Dia membiasakan anakanak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar. Kasih sayang seorang nenek terhdap cucunya. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung. Keprihatinan Contoh: Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.

Pengajaran      Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita. sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima. Kasih sayang Contoh: Wah amat menyayangi anak cucunya. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak berasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 52 . Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.

tiba pula musim kemarau. Selepas Ceper melimpahkan air. panjang dan berliku-liku. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Pada waktu malam. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh. samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah.    @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 53 . air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Pada masa itulah. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini. Kini. ikan mati. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada masa ini. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu. Pada tahun itu. lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Sungai Ceperialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang. Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu.PROSA MODEN CERPEN IBU DAN CEPER (Shahnon Ahmad) Sinopsis  Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Pada suatu hari. keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada sebelah malam. Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud. Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Sungai Ceper menjadi cetek. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. ibu dan ayah tiada lagi.

Tema  Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan Contoh: Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman..

Persoalan  Kepentingan air dalam kehidupan Contoh: Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Contoh: Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya.. Kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam Contoh: Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Nilai  Bertanggungjawab Contoh: Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. Kegigihan Contoh: Walaupun ter[paksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. Kesabaran Contoh: Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

54

Pengajaran     Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

55

PROSA MODEN CERPEN BIARKAN SAMUDERA (Raihanah Salleh) Sinopsis  Mir atau Aminah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

56

Contoh: Konflik dalaman yang dihadapi oleh Amirah atau Mir disebabkan oleh rumah ayahnya akan diroboh untuk dijadikan tempat peranginan. dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. Contoh: Ayah Amirah digambarkan terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya berada di lautan. Kepentingan menjaga alam sekitar. Persoalan  Kemiskinan para nelayan. Malah segala-galanya serba kekurangan. Keikhlasan dalam persahabatan Contoh: Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. beliau sering memikirkan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Malah. Contoh: Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Contoh: Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia.    Nilai  Kasih sayang Contoh: Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi. Keinsafan untuk mendekati ajaran agama.Tema  Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. Oleh itu. Jadi beliau sering menyensiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia. Usaha ini berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 57 . Oleh itu Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 58 . Patuh kepada agama Contoh: Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah. Kesabaran Contohnya: Amirah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. Prihatin Contoh: Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya. Rasional Contoh: Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.    Pengajaran      Kita hendaklah tolong menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.

Kemudiannya. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Zaman mengejanya dengan parang. Dalam perbualan mereka. Peter muncul ditemani oleh Malik. Peter dan Zaman. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Peter. Peter. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang.DRAMA CEMPAKA BERDARAH (A. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Zaman membuat kesimpulan. Sewaktu pertengkaran berlaku. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Peter dan Malik muncul semula. Prof. Semasa Cempaka pulang mengambil parang. Prof. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu. ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing Sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Prof. Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Cempaka rebah berlumuran darah. Peter. Prof. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 59 .Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1  Mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Prof. Babak 2  Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar. Prof. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Semasa Perang Jepun. Prof.

Persoalan      Nilai  Kasih sayang. Contoh: Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. Kerajinan. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. Usaha mencari adik kandung yang hilang semasa Perang Jepun. Bertanggungjawab Contoh: Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. Contoh: Mak Jah menghormati tetamunya Prof.     @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 60 . Keberanian. Peter. Peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. Mempertahankan hak dengan cara yang betul. Contoh: Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Contoh: Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. Pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. Contoh: Zaman rajin belajar sehingga ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. Hormat-menghormati. Peter.Pemikiran  Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar.

. Kita hendaklah berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.Pengajaran        Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 61 .

Sebagai bakal pemimpin masa depan. mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembamngunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin. Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah. Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi terdahulu. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang datang ke bumi untuk menjayakan sesuatu misi. remaja perlu mempunyai jati diri yang kental. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral.DRAMA FORUM REMAJA 2020 (Sharif Shaary) Sinopsis  Memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah.   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 62 . Sebagai remaja. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. bersemangat patriotiuk dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. sosial dan mental. berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.

menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh: Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara. dan Chong. Kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh: Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. Baik hati. Remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Jati diri. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Cinta akan tanah air.. Chandran.Pemikiran  Persoalan      Nilai  Keberanian. Contoh: Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa yang akan datang. Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah. Semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.   Pengajaran     Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat.. Remaja hendaklah memahami.. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 63 .

Tuk Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis. Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana Tuk Wali masih bersilat di gelanggang. Tuk Wali dikunjungi Ripin dan Mariam. Tidak lama kemudian. untuk memaklumkan jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tuk Wali. terseliuh. dan dianggap hebat. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tuk Wali. Babak 2  Babak 3  Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee. Tuk Wali mengambil sebilah  @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 64 . Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah berjumlah RM2000.00. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mengatakan silat sudah sebati dengan dirinya. Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokokpokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. dan histeria. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah. Baginya.DRAMA GELANGGANG TUK WALI (Ismail Kassan) Sinopsis Babak 1  Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. cucu tirinya yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. tidak melanggar adat dan agama. Bagi Mak Umi. Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu.

Mariam dan Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Tuk Wali memarahi mereka. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Babak 4  Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Mak Umi menafikan ripin membunuh Tuk Wali. Babak 5  Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Tuk Wali ditikam oleh Piee. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. menyanyi sambil menari-nari.   @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 65 . mereka bermain gitar. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Dua orang wartawan daripada majalah Pejuang. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah. iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya. Tuk Wali menyedari perkara itu dan memarahi Piee. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Mereka bertarung menggunakan sundang. keris dan menceritakan asal usul keris tersebut. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Tuk Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee.

Contoh: Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tuk Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. Contoh: Tuk Wali tegas pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatan itu tidak salah.Pemikiran  Perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa Contoh: Tuk Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 66 . Masalah penagihan dadah yang sukar dirawat. Contoh: Tuk Wali merawat orang sakit. Contoh: Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. Dendam yang berpanjangan. menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah. Persoalan  Sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu.      Nilai  Ketegasan. Perasaan dengki dan khianat. Contoh: Ripin amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang mengajarnya ilmu silat. Contoh: Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya. Keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Budaya warisan bangsa yang diremehkan. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang. Contoh: Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.

Contoh: Tuk Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda di kampung tersebut. Taat akan perintah agama. Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. 67 @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja . Bertanggungjawab. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif. Hormat-menghormati Contoh: Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. Contoh: Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. Keberanian. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak. Keprihatinan Contoh: Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah. Tolong-menolong Contoh. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.      Pengajaran        Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan datang berpeluang mendapat manfaatnya. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah. Contoh: Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 68 .