Sistem Ejaan Sejarah Ringkas Pada masa ini, perkembangan penyempurnaan dan pembakuan sistem bunyi dan sistem

ejaan bahasa Melayu sudah sampai ke tahap pemantapan dalam erti kata bahawa aturan sebutan baku serta aturan ejaan Rumi dan Jawi sedang dimasyarakatkan dan dimantapkan dengan jayanya. Sistem Ejaan Rumi yang dirumuskan pada tahun 1972 dan kaedah pengejaan kata yang disenaraikan dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia tahun 1981 sudah digunakan secara menyeluruh dan meluas dalam semua aspek media tulisan rasmi dan tidak rasmi. Antara aspek ejaan yang kini sedang diberi perhatian pemantapan yang menyeluruh ialah pengejaan istilah agama, pengejaan kata majmuk dan penggunaan tanda baca. Perkembangan Ejaan Rumi di Tanah Melayu Keperluan terhadap sistem ejaan Rumi menjadi penting pada abad ke-20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Sejak dari zaman permulaan penulisan bahasa Melayu dengan huruf Latin oleh pengembara, pedagang, pentadbir dan orientalis Eropah, usaha-usaha telah dilakukan untuk menuliskan kata-kata Melayu dalam huruf Rumi, atau mentranliterasikan tulisan Jawi kepada Rumi, tanpa mengetahui sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar. Akibatnya timbullah pelbagai aturan perumian bahasa Melayu yang dihasilkan daripada pengetahuan dan pemahaman yang berbeza-beza tentang sistem bunyi bahasa Melayu yang dihasilkan daripada pengetahuan dan pemahaman yang berbeza-beza tentang sistem bunyi bahasa Melayu dalam kalangan mereka yang terlibat. Pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Huruf-huruf yang berbagai-bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi-bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi, dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya kekacauan ini. Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempunakan pada tahun 1972. Antara sistem ejaan rumi yang pernah wujud ketika itu ialah: a) b) c) d) Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)- ejaan sekolah Melayu di Malaya. Sistem Ejaan Za’ba (1949)- ejaan sekolah hingga 1972. Sistem Ejaan Fajar Asia- ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954) Sistem Ejaan Rumi Kongress 1956 – ejaan Asas ‘50’ (Angkatan Sasterawan’50) 1

Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Pahang dan Negeri Sembilan) mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R. Wilkinson. Sistem ejaan yang dikenali dengan nama “Ejaan Wilkinson” dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan dan senarai perkataan yang dieja menurut kaedah yang diperakukan oleh jawatankuasa tersebut.e) Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya). Hashim (1923). Sistem ejaan ini adalah sama dan seragam dengan yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. (ii) Kitab Loghat Melayu susunan R. Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu.T. (iii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O. pertama perumian secara harfiah menurut ejaan dan kedua perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan dengan kaedah harfiah (atau transliterasi) ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu. Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Perak.J. 2 . antaranya (i) buku Mithal Huruf Rumi bagi Darjah 1 (1920). Kaedah ini ada kebaikan dan kelemahannya. Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1941) Usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat yang dipelopori oleh Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa yang ditubuhkan pada 1888 di Johor telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi-institusi ini menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu standard yang kemudiannya diperkembangkan pula oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjong Malim sejak 1922.ejaan Majalah Bahasa. Kebaikannya kerana dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud dapat mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis dan kerana kelemahannya kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu serta huruf-huruf yang tersedia itu menghalang kajian sistem bunyi (fonetik) yang sebenar. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904) Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu bermula pada tahun 1902 apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor. Dussek dan Mohd. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi turut berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu semasa zaman penjajahan. Ejaan ini digunakan di semua sekolah umum.O Winstedt dan Ibrahim Dato’Muda Linggi (1921). dan (iv) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1924).

Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. terutamanya dalam buku (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926). dan penggunaan huruf besar. sistem keselarasan vokal (saksi halus atau kasar di hujung).Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum sistem ejaan baru 1972 ialan Sistem Ejaan Za’ba yang disusun dan diperkemaskan dalam beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC. 1962:261262). Sistem Ejaan Za’ba digunakan sebagai ‘ejaan sekolah’ yang sebenar dan sebagai ejaan rasmi kerajaan sehingga diganti dengan sistem ejaan yang baru. ejaan kata turunan/terbitan. huruf diftong (ejaan bunyi berkait rapat) dan vokal rangkap (bunyi berkait renggang). grafem konsonan (huruf benar). (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941). iaitu Daftar Ejaan Mĕlayu (jawi-Rumi) 1949. iaitu seperti berikut: (a) Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah di samakan atau disatukan. Sistem Ejaan Fajar Asia dikatakan sebagai percubaan pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia. daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan Arab. dan Pĕlita Bahasa Mĕlayu Pĕnggal 1 (Pĕrmulaan Nahu Mĕlayu) 1953. dengan judul “Petua-Petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang oleh Za’ba. Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956) Sistem ejaan ini merupakan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang Ketiga pada tahun 1956 dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi (Memoranda. Sudah dijelaskan kekacauan dalam penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson dan beberapa sistem ejaan Rumi lain yang digunakan dalam pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit dan tersebar semenjak tahun 1920an. 3 . dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949). Antara tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia. Petua-petua Ejaan Rumi mengandungi huraian tentang aturan penggunaan grafem vokal (huruf saksi). Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943) Sistem Ejaan Rumi Za’ba yang terakam dalam dua buah buku utama. pemilihan grafem yang tepat (ejaan bunyi yang keliru). penggunaan tanda sempang. Sistem ini merupakan sistem ejaan yang dipakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal ‘Abidin bin Ahmad sebagai Ketua Pengarang.

iaitu sebagai lanjutan daripada usaha melalui Fajar Asia. terdapat sejenis kaedah ejaan yang digunakan di kalangan akademik . b) Huruf Konsonan : huruf selain huruf vokal c) Huruf Konsonan Gabungan :gh. (c) Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaidah yang satu dan semacham. dan diftong ai. Sistem Ejaan Rumi PBMUM (1959) Selepas Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga tahun 1956. ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan. ” Sistem Ejaan Rumi Kongres yang mendapat sambutan ramai dapat dikatakan usaha yang kedua dilakukan untuk menuju kepada penyatuan ejaan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.sy. Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967. oi. Di Malaysia sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. dan untuk ini maka sistim fonoloji diterima sebagai sistim yang lebih baik daripada sistim fonetik.(b) Peraturan ejaan hendaklah mudah. dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (hurup) saja. 4 . o. Ciri-ciri Utama Sistem Ejaan Rumi 1972 Huruf dalam bahasa Melayu a) Huruf Vokal : a. e. u. Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) bermula tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah satu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan satu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi. Penyatuan ejaan Rumi antara Bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959. iaitu Ejaan Rumi PBMUM. Walau bagaimanapun. Persamaan penting antara Ejaan Kongres dengan Ejaan Fajar Asia ialah pelambangan sistem keharmonian vokal penulisan bentuk-bentuk terikat tanpa menggunakan tanda sempang yang bukan sahaja lebih mudah dan seragam berbanding Ejaan Sekolah tetapi juga selaras dengan sistem ejaan Soewandi yang sedang dalam penggunaan di Indonesia. telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. ng. i. ny. au. kh. (d) Kata2 dari bahasa2 asing hendaklah disesuaikan pengejaannya dengan hukum2 sistim fonologi Melayu.

seloroh Pusat. boleh. Contohnya: semenanjung . Contohnya: lantik. Contoh bata lekat petak leceh esok. seluruh . kerisik.sekolah oleh tolong. belukar Pola a-a e(p)-a e(t)-a e(t)-e(t) e(t)-o b) Lapan (8) pola yang berubah Sistem Ejaan Baru Pola a-i a-u e(p)-i e(p)-u i-i i-u u-i u-u Sistem Ejaan Lama Pola a-e(t) a-o a(p)-e(t) e(p)-o i-e(t) i-o u-e(t) u-o Contoh aleh batok lebeh tempoh pileh tidor puteh untok Contoh alih batuk lebih tempuh pilih tidur putih untuk 5 . hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Pola keselarasan huruf vokal a) Sepuluh (10) pola yang tidak berubah.iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup.Sistem keselarasan huruf vokal Sistem keselarasan huruf vokal ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar. lelong Bagi suku kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih. sekolah Pola i-a o-a o-e(t) o-o u-a Contoh bilang botak.

physic science scale. proses loteri.Melayu proses genetik akses caj. battery jazz B. Huruf c-s c/cc-k cc-ks ch-c ph-f ch-k s-z sc-s sc-sk q-k th-t x-ks y-i B. cek graf teknik muzik. process lottery. screw quality. traffic aggressive pill. Contohnya: aneh lapor tulen b) bukan bukan bukan anih lapur tulin Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. thesis express. Huruf bb-b ff-f gg-g ll-l mm-m nn-n ss-s tt-t zz-z B. bill comma annuity. bil koma anuiti. kompleks ekonomi. fizik sains skala. bateri jaz 6 .Inggeris process genetic access charge. kuota teori.Kekecualian sistem keselarasan huruf vokal a) Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. quota theory. tesis ekspress. analisis b) Pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama.complex economy. skru Kualiti.Melayu lobi. hobi efektif. hobby effective. tennis assets. trafik agresif pil. analysis B. Contohnya: bukan bukan bukan bukan bukan panil tikit kupun hipokret kontraktur panel tiket kupon hipokrit kontraktor Ejaan istilah/ kata pinjaman daripada bahasa Inggeris a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu. tenis aset.Inggeris lobby . cheque graph technique music.

automatic idea. ejen(wakil) 7 . kredit komprehensif protokol stor prisma organisma Huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan bahasa Inggeris. cream dialect protein calorie mee premium. kadbod but tisu.Melayu blok klasik. Huruf au-au ea-ea ea-i ia-ia ei-ei ei-i ee-i iu-iu ou-au ou-u oa-o oo-u ue-u B. gear gris.Inggeris block classic. serius kot.Melayu generasi teknologi tragedi psikologi agenda agen.Melayu audit. stadium akauntan. issue B. klinik draf krim. isu d) Pengekalan gugus konsonan dalam bahasa Inggeris dengan beberapa penyesuaian. Contohnya: B. clinic draft cream. automatik idea.Inggeris audit. credit comprehensive protocol store prism organism e) B. pound coupon. stadium accountant. serious coat. Contohnya: B. paun kupon. ditulis sebagai g juga disebut sebagai [g] dalam bahasa Melayu. gear grease.Inggeris generation technology tragedy psychology agenda agent B. krim dialek protein kalori mi premium. cardboard boot tissue.c) Penyesuaian huruf bagi dua gabungan huruf vokal.

Inggeris tradition. glass grant. -tion.Inggeris nasionalism komunism socialism mechanism B. Contohnya: B. pelan biro. traditional B.Melayu kelas.Melayu tradisi.Inggeris class. plan bureau. jalan raya lebuh raya bandar raya kereta api ambil alih susun atur maklum balas Kekecualian : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Keretapi Tanah Melayu 8 tengah hari warga kota atur cara sari kata urus setia reka bentuk kemas kini B. stamp pencil. -tional menjadi -si dan -sional. setem pensel.Melayu nasionalisme komunisme sosialisme mekanisme h) Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap. Contohnya. pai losen. Contohnya: B. -sional. tradisional g) Pengejaan kata yang berakhir dengan –ism. pie lotion.f) Kata yang asalnya berakhir dengan –sion. imigresen seksyen. fail saiz. televisyen . immigration section. action professional national. balloon action dial. belon aksi dail. file size . television Penulisan Kata Bahasa Melayu Rangkai kata umum Semua frasa atau rangkai kata sama ada dua perkataan atau lebih hendaklah ditulis terpisah. Contohnya: B. aksi profesional nasional. gelas geran.

pengambilalihan pengenalpastian pengemaskinian Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil Nama khas Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan. dan. kerjasama kakitangan sukarela matahari setiausaha warganegara antarabangsa bumiputera suruhanjaya pesuruhjaya tandatangan tanggungjawab jawatankuasa Rangkai kata umum berimbuhan. ke. Contohnya. Contohnya: Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Akhlak Mulia Masyarakat Jaya Jalan Maharajalela Taman Tun Dr. taman perumahan. diambil alih menerima pakai kenal pastikan diguna semula b) Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya: Dewan Bahasa dan Pustaka Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan (tajuk surat/memo) 9 . jabatan. syarikat. Contohnya. jalan. dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. bangunan. Ismail Kata sendi dan kata hubung Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung seperti yang. atas dan lainlain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. a) Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. di.

dll. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. c) (bagi pihak) (salinan kepada) (untuk perhatian) (muka surat) (dan sebagainya) (dan lain-lain) (halaman) (seperti) Singkatan bagi nama jabatan.p.B Tn. En. Contohnya: anti-Israel petunjuk-Nya pro-Bosnia hamba-Mu 10 . institusi. u.k. Kol.Penggunaan Tanda Baca Tanda titik atau noktah a) Singkatan bagi gelaran. (Doktor) (Saudara) (Encik) (Yang Amat Berhormat) (Tuan) (Yang Mulia) (Profesor) (Kolonel) b) Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Contohnya: b. Y. organisasi dan pertubuhan ditulis tanpa titik. Y. spt.p. jawatan pangkat dan sapaan ditulis menggunakan titik. m. Contohnya: surat-surat kupu-kupu laki-laki minum-minum pelabur-pelabur tiba-tiba berbagai-bagai kedua-dua tulis-menulis tercari-cari b) Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan huruf besar. dsb.A. Contohnya: Dr. hlm. Sdr.s. s.M Prof. Contohnya: JPM EON UMNO PBB DBP BBMB PPM GPMS Tanda sempang (-) a) Untuk menulis kata ganda.

Contohnya: Teluk Intan Taman Bukit Cahaya Teluk Air Tawar Kampung Baharu Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Dasar pendidikan negara betujuan untun membentuk rakyat Malaysia yang bersatu-padu. Contohnya: ke-2 ke-100 tahun 90-an awal 30-an d) Untuk menyambungkan suku kata yang terpisah kerana perpindahan baris. Contohnya: i. Dasar pendidikan negara betujuan untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu-padu. Ejaan Nama Tempat dan Nama Khas Pada asasnya. ii. ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Contohnya: Perancis Kanada Jepun Amerika Syarikat Belanda Mesir Filipina Republik Rakyat China Nama tempat diluar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya: England Cuba New York Bosnia-Herzegovina 11 .c) Untuk merangkaikan huruf dengan angka dan angka dengan akhiran –an. Contohnya: Cheras Ayer Keroh Klang Kampung Chepor Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun1972 digalakkan menggunakan ejaan baru.

Contohnya: Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Sebagai imbuhan – di dan ke yang berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Walaubagaimanapun. Penggunaan ‘di’ dan ‘ke’. Contohnya: disimpan diawasi disyorkan dipercepat dikenal pasti Penulisan Partikel Partikel pun secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya seperti: rumah pun anak pun apa-apa pun dia pun berehat pun memancing pun tidur pun makan pun mati pun sudah pun merah pun besar pun kedua kelima-lima kehendak kesemua kesudahan kecuali untuk kata tugas berikut: adapun andaipun ataupun biarpun bagaimanapun sekalipun walaupun kalaupun sungguhpun mahupun meskipun lagipun kendatipun 12 . Selepas tahun 1972. Sebagai kata sendi – di dan ke yang berfungsi sebagai kata sendi menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.Ejaan Nama Orang Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalan kad pengenalan. kita digalakkan menggunakan ejaan baru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful