Pengajaran Bacaan Awal Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata Kepada Pelajar Pemulihan

1. Pendahuluan ‘Bacaan’ merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap kebolehan membaca itu sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran murid-murid itu. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ini merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid bukan saja pada masa persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid berkenaan. Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada ‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989). Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas. Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-

jilid 24 bil. terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Penulis amat berminat dengan Kaedah Gabungan Bunyi Kata yang dirasakan begitu istimewa untuk mengajar muridmurid pemulihan khas membaca di peringkat sekolah menengah. Begitu juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.2. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. Hal ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut. 7. Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am. Selain itu juga. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. 2. Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981.2. 2004). 2.murid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa. Julai 1980.2. Mari Membaca’ yang diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun. Latar belakang Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik . 2. kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. pada 8 hingga 10 Disember 1979. Hal ini menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. 2. kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia. Namun begitu. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK) 2. 1992). 2. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan.1. Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang . Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah.

Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis. dan murid terus membaca perkataan.digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa pertama yang berbeza. frasa atau ayat.3: Gabungan dibuat secara sistematik. suku kata dan membaca perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran. dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransuransur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah . Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran. pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini. Susunan bahan-bahan adalah secara ‘developmental’. Selain itu. 2. KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad. dekat dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan. 3. Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik. kumulatif dan sistematik. Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca. Cara Mengajar Menggunakan KGBK Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. 2.3. 2. Di samping itu juga.3.3. 2.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahanbahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca sendiri.3. pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah. Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca.3.3: Ciri-ciri 2.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu sebelum mereka boleh diajar membaca. 2.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid sentiasa dekat dengan membaca.

misalnya b. da da dada ba ba baba bu bu bubu ku ku kuku Ulang ini beberapa kali. selang seli. ii.‘a i u’ dan susunan konsonan berikut. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan. dan k. bkcstmngljhyfwqvz Untuk menjelaskan kaedah ini. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata. dengan menggunakan kad imbasan. . Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali. ba bi bu da di du ka ki ku seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas. Dengan menggunakan kad imbasan. iii. kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya: dada baba bubu baba kuku baba iv. Perkenalkan gabungan lain. Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut. i dan u. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a. i.

Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya. ibu buku buku uda baba uda bubu . v. baba baba baba baba Baba ada bola ada kuda ada bubu buka buku buka bubu kemudian gantikan ‘baba’ dengan ‘aku’ dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayatayat berikut. ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.a da ada a ku aku ku da kuda bu ku buku bu ka buka suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas. kuda dia kuda baba kuda aku/ ku Gantikan ‘kuda’ dengan ‘buku’. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda da a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta.

Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu.udaku ada kuda dia kaki kuda vi. v. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. suku kata dan perkataan tertulis. kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf. datang. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahirankemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahanbahan bacaan secara berperingkat-peringkat. suku kata dan perkataan dengan cepat. vii. vii. bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. vi. iii. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran. ng bising. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti. syarikat gh (gha) nyanyi. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian. . i. ii. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi. singa sy. sya syarat . sayang nga nganga. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z). Seterusnya. iv. bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi. punya Selain itu. nyaring. prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

Tahap-tahap ini dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada . Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan. Oleh itu. ii. Antara yang dikenalpasti aspek yang telah dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka. Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyai masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain. v. Dengan itu. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan khas untuk mengajar membaca. iv. Namun begitu. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostik yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Oleh itu. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya mengenalpasti perbezaan tersebut. iii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. perlulah guru banyak menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka. Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. guru perlu menyedari bahawa muridmurid sekolah menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca.4. guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih utama murid menguasai kemahiran. Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a – z) sama ada semua atau sebilangan sahaja. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. i. Oleh itu. iv. Ujian diagnostik kaedah ini telah dibina oleh Profesor Dato’ Dr. ii. guru boleh membiarkan sahaja murid membaca cara yang biasa kepada mereka.aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolah menengah adalah. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula belajar membaca. Murid inginkan aktiviti menulis. Aspek. i. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-murid pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit. menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai pengukuhan. iii. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.

Dapatan 5. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid. perkataan dan frasa dalam satu pelajaran. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini. iv. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan. vi. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran. Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar dapat dlakukan. kumulatif dan sisitematik memudahkan guru mengajar dan murid belajar. i. perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. iii.penguasaan mengenal huruf. 5. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad. Susunan bahan secara developmental. 5. x.2: Kelemahan i.1: Kekuatan Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. ii. suku kata. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf. v. suku kata. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa. viii. v. ii. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita. . ix. xi. vii. iii. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermula semula. iv. Antara kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah.

iv. terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang diajar. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan murid-murid. Isahak Harun (2006). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Dengan menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis mengajar. Selain itu juga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. iii. Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu.5. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang. ii. Azman Wan Chik (1979). v. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Penutup Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah menengah belum lagi dijalankan. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Tuntasnya. Shah Alam: . Jilid 1: Perkaedahan. BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Isahak Harun (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca ‘abc’. didapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara kumpulan atau kelas. Tanjung Malim: Quantum Books. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjad ‘a hingga z’ semenjak di sekolah rendah lagi. Pada mula mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa.3: Dapatan-dapatan lain i. Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Mengajar Bahasa Malaysia.

S. New York: Professional Books. London: Longman Group Limited Wiley Blevins (1998). Farrant (1971). Principles and Practice of Education. J. Ehsan :Jamaluddin Bin Abdul Rahman . Phonics From A to Z: A Practical Guide.Penerbit Fajar Bakti.

boneka masih tetap digunakan untuk . Bahan yang digunakan adalah kayu. bentuknya tidak menarik. penggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog. dan dikatakan sangat menyeramkan dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Pada abad ke 5 hingga 15.boneka PENGENALAN BONEKA adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Dulu. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Selain daripada itu. melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita. Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan bermain dengan boneka-boneka ini. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah. Sejarah ringkas Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. tanah liat atau tulang binatang. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran yang terdapat pada masa kini. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan buat pertama kalinya pada 600 tahu sebelum Masihi. dan merangsang imaginasi. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi .

Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16.upacara ritual dan keagamaan. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga yang mahal. dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya. kayu. Pada masa yang sama. kilang membuat boneka berjaya membuat boneka menjadi yang lebih menarik. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. dan dapat membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi atau boneka yang dapat makan dan minum sendiri. fabrik pembuat boneka di Inggeris. Di antara tahun 1925 dan Pernag Dunia II. Di akhir Perang Dunia I. dan Belanda membuat boneka yang sama dengan pakaian khas daerah setempat. Itali. Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini. Boneka tersebut telah diperbuat dari tanah liat. Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih hidup. Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Kesannya cukup baik . Perancangan Boneka Untuk Kanak-kanak Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita denganpenuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Boneka Barat Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman. Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara penghasil boneka terbesar di dunia. boneka telah dibuat sebagai alat mainan kanak-kanak. Pada tahn 1710. sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735. lebih menyerupai bentuk yang ditirunya. Perancis.

Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Semasa digunakan. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaan cerita. plaster-of-Paris atau kayu. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Selain itu. Boneka lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. tali-tali itu ditarik-tarik untuk . boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut. diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. dan merangsang daya imaginasi. ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.ke arah pendedahan berkomunikasi. penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Wayang Kulit Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya. Boneka Bertali Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Jenis-jenis boneka Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa memainkan boneka ini.

memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip. kemudian membina boneka berdasarkan watakwatak dalam cerita tersebut. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walaubagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu pencerita menyampaikan cerita. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. kehidupan seharian. pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna. keadaan semasa dan lain-lain lagi. Kedua. Pertama. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Membuat boneka . Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di manamana sudut. pengetahuan sains.membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. dan pengajaran bahasa. Jenis cerita Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak antaranya mengenai cerita haiwan.

Contoh Cara Membuat Boneka Sarung Tangan Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat. sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lipat belacu sekali. kertas. terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. ia mempunyai bahagian kepala. 5. 2. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. Alat/ bahan: Kain belacu/ sarung tangan Pensel Gunting Jarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat Cara membuatnya: 1. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu.Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. boneka yang telah siap untuk dilakonkan. ini garisan pengguntingan. Gunting garisan pengguntingan. catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 6. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. sarung kaki. pakaian. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. 4. bag mabuk udara dan banyak lagi. Persekitaran . di antaranya sarung tangan. 7. 3.

pentas meja. jarak serta pertukaran masa dan waktu. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Aktiviti susulan Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan: a) Menggerak lakonkan semula cerita b) Membina boneka c) Menyanyi menggunakan boneka d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka . Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas.Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Susun atur Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. pentas papan lipat. Kalu boleh dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas . Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. pentas tingkap. pentas pintu. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Semasa bercerita. OHP dan tanpa menggunakan pentas.

Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. kefahaman dan membina sebuah karangan. Gagak : elok benar cadangan awak. bercerita dengan menggunakan boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan. Aku sudah tidak sabar lagi.Daya kreativiti . Gagak : Macam mana caranya? Merak : aku ada kawan.Boneka gagak . Gagak : Oh begitu. Merak : Sabarlah. Peralatan .Contoh cerita Judul: Mengapa Gagak Hitam Nilai: Gelojoh membawa padah. Objektif: kanak-kanak dapat mengenal burung gagak dan merak. Hubungan dengan Kurikulum dan bidang Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan: . Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini ya! Selain memberikan keseronokan kepada pelajar.Warna .Pita rakaman . membezakan pelbagai warna. Seorang pemuda yang menjadi pelukis.Boneka merak . aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok. cepatlah.Prop bingkai (gambar disertakan) Teks: Merak dengan Gagak Babak I Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik.

Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan.Perkembangan komunikasi dan bahasa. . Rumusan Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. .Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. . Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita . .Pengalaman Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak: .Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.Menambah ilmu pengetahuan . Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.Sosio emosi ..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful