Laporan Bina Insan Guru Semester 2 PISMP Ambilan Januari 2010 di Sekolah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar, Perak

Pada 7 Ogos 2010, guru pelatih dari unit H2 dan H3 telah menjalani satu aktivti khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Sayong yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak. Aktiviti khidmat mayarakat ini merupakan salah satu tema bagi Bina Insan Guru bagi Semester Kedua Ijazah Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti khidmat masyarakat ini diiringi oleh tutor unit H2, En Khairul Anuar dan En Yusri Bin Mat Johor yang menggantikan tutor ke las H3 Tuan Haji Mokhar Bin Rais . Pada pukul 6.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul dan melapor diri di perkarangan garaj bas. Kami menuju ke Sekolah Kebangsaan Sayong sebaik sahaja semua guru pelatih berada di perkarangan garaj bas, kemudian kami bertolak menuju ke sekolah tersebut. Perjalanan menuju ke destinasi tersebut mengambil masa selama satu setengah jam. Semua barang yang melibatkan dengan progra m motivasi dibawa seperti hamper dan bahan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dibawa bersama-sama. Setelah sampai di sekolah tersebut kami diperkenalkan dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong iaitu Tuan Hj. Abdul Rahaman Bin Mohamed Shah A.M.N dan mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Kemudian kami meneruskan program motivasi tersebut mengikuti jadual yang telah ditetapkan dengan bersarapan terlebih dahulu di kantin sekolah. Kemudian kami memulakan program motivasi pada pukul 8.30 pagi dengan µice breaking¶ terlebih dahulu. Aktiviti µice breaking¶ ini berlangsung hanya satu jam. Aktiviti ice breaking ini dikendalikan oleh Mohd,. Syamil Bin Asanai dan Rabbiyatul Adawiyan Binti Pairon. Pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi satu ceramah yang bertajuk µRevolusi Potensi Diri Meningkat Kejayaan¶ telah diberikan kepada murid -murid tahun enam. Motivasi ini telah dikendalikan oleh Mohd. Khairulddin Bin Mohd. Khalid dan Mohd. Taufik Bin Ramli. Teknik-teknik bagi menjawab peperiksaan telah diberikan kepada murid-murid mendatang. Selepas selesai aktiviti ceramah tersebut berlangsung, satu aktiviti yang melibatkan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh Faridah Zainun dan Syed
1

tersebut

bagi

menghadapi peperiksaan

UPSR

yang

semakin

kami meneruskan aktiviti dengan LDK 2 yang diuruskan oleh Azwan Hakim Bin Abdul Halim serta rakannya Lela Binti Nuradin. Disediakan oleh. Selepas selesai berehat. Aktiviti ini melibatkan satu permainan yang menguji sifat kerjasama dalam kumpulan dan tahap pemikiran murid -murid. Kemudian.00 petang hingga 4. kami bertolak pulang ke IPG Kampus Ipoh dengan 1001 kenangan.00 petang hingga 4.00 petang. Aktiviti ini melibatkan hanya satu jam yang bermula pada pukul 2. Bukhari Bin Abdul Rashid serta Mohd Hisyamuddin Bin Tolohah dari pukul 3. Majlis penutupan berlangsung pada puku l 4.30 petan g yang memakan masa 30 minit. Slot Muhasabah Diri dilaksanakan bagi meginsafkan murid -murid tahun enam supaya berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam UP SR serta dalam kehidupan seharian juga. Aktiviti LDK ini memakan masa selama dua jam. (FARIDAH ZAINUN) Guru Pelatih Unit H3 2 . Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat masyarakat yang telah dilaksanakan kami dalam Progaram Motivasi tersebut. Pada pukul 5.00 petang setelah selesai mengemas dan menyimpan barang. Pihak sekolah juga turut memberi cendera hati sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan sewaktu berlangsungnya program BIG di sekolah tersebut. Tutor H2 telah bersamasama melakukan refleksi dan rumusan terhadap khidmat masyarakat yang telah dilaksanakan oleh kami.00 petang. ««««««««. Berikutnya. fasilitator dan murid -murid berehat seketika bagi melaksanakan solat zohor serta mengambil makanan tengah hari.Anwar Bin Syed Mahamud. satu sesi Muhasabah Diri yang dikenda likan oleh Mohd. Akhirnya.00 tengah hari hingga 3.

daripada hasil perbincangan dan persetujuan rakan rakan sekelas. Kami telah diberitahu tentang peraturan. d isiplin. Selain daripada itu. satu perlantikan jawatankuasa bagi Program Motivasi diadakan di dalam kelas H3. Manakala. Alhamdulillah. persatuan mahupun kelab. wang tersebut cukup bagi melaksanakan program motivasi tersebut. Bagi melaksanakan LDK satu ini saya dan rakan saya telah berkongsi pendapat dan idea bagi melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat murid sewaktu aktiviti berlangsung. Peruntukkan yang diberikan sedikit sebanyak membantu guru pelatih dalam menjalani program BIG ini. Setelah berbincang saya dan Syed Anwar Bin Syed Mahamud ditugaskan untuk mengendalikan LDK . En. Setelah mencapai kata sepakat. Saya telah membahagikan wang tersebut kepada beberapa bahagian . Setiap guru pelatih diberikan RM 5 bagi menampung makan tengah hari manakala pegangkutan diberikan secara percuma.REFLEKSI Sebelum melaksanakan Bina Insan Guru pada kali ini. Yusri Bin Mat Johor. hamper kepada para pelajar. Saya terdiri daripada kumpulan satu yang mengendalikan program motivasi bagi tahun enam. saya telah mengutip RM10 setiap orang bagi menampung perbelanjaan bahan -bahan LDK . Selain daripada itu. Setelah mendapat taklimat yang diberikan serta perkara dan aktiviti yang akan dijalankan. Bagi perlantikan Jawatankuasa kali ini. kumpulan dua pula akan mengendalikan murid-murid tahun tiga. Bendahari memainkan jawatan yang penting bagi sesetiap penubuhan. saya dapat menguruskan wang secara berhemah. program. tahun empat dan tahun lima. saya telah diberikan amanah oleh rakan rakan sekelas bagi memegang jawatan sebagai Bendahari. tag nama dan cendera hati. supaya bajet yang dilakukan mencukupi dengan kutipan wang tersebut. Daripada perlantikan jawatan sebagai bendahari tersebut. lokasi dan aktiviti yang akan dijalankan oleh kami bagi semester ini yang melibatkan khidmat masyarakat. kelas kami telah dibahagikan ke pada dua kumpulan iaitu kumpulan satu dan kumpulan dua. satu taklimat tentang BIG Semester 2 ini telah diberikan pada hari sebelumnya oleh Penyelaras BIG. kami melaksanakan tugasan masing-masing. Saya telah menyediakan soalan yang 3 .

Saya telah menjadi salah seorang fasilitator bagi salah satu kumpulan yang diberikan nama µSHOWDOWN¶. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Mohd.00 pagi hingga 4. Perak . satu program µice breaking¶ dijalankan di dalam sebuah dewan terbuka yang melibatkan pelajar tahun enam. Perak telah memberikan saya 1001 kenangan sebagai seorang bakal guru. Dalam sesi ini mereka perlu memberikan nama bagi kumpulan. Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan penuh suka duka. satu ceramah telah diberikan kepada murid tahun enam yang bakal menghadapi UPSR. Malah mereka juga menunjukkan sifat kerjasama dalam kumpulan apabila membahagikan tugasan mengikut kemahiran masing-masing. Syamil Bin Asanai dan Rabbiyatul Adawiyah Binti Pairon yang mengambil masa selama satu jam. Kuala Kangsar. pemikiran kreatif dan pembahagian tugas penting supaya sesuatu pekerjaan itu dapat berjalan dengan lancar. Pada mulanya ahli kumpulan saya ini agak pemalu untuk bercakap dan menyampaikan idea. Pada pukul 9. melukis logo kumpulan.berkaitan dengan bahasa Inggeris. Tips dan teknik menjawab soalan peperiksaan dikemukakan kepada mereka.30 pagi. Sememangnya aktiviti yang dijalankan ini memberikan pengalaman baru kepada saya bagi bergaul rapat dengan murid -murid. Pengalaman ini mengingatkan saya betapa besarnya halangan dan dugaan untuk menjadi seorang guru pada zama n moden ini. persefahaman pendapat. Khairulddin Bin Mohd Khal id 4 . Taufiq Bin Ramli dan Mohd.30 petang yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sayong . Sains dan Sejarah. Bagi melaksanakan LDK ini saya dapati semangat kerjasama. mereka µcheers¶ dan melakukan pembentangan di hadapan dewan. Kemudian murid-murid tersebut dibahagikan kepada kumpulan yang dikelaskan melalui undi yang telah dicabut . Pada pukul 8. Aktiviti -aktiviti bersifat ilmiah yang dirancang mengikut modul telah berjaya membentuk satu personaliti dan penampilan guru-guru pelatih di IPG Kampus Ipoh. Satu sesi perbincangan di antara murid -murid dengan penceramah iaitu Mohd.30 pagi. tetapi saya atasi masalah ini dengan berkawan dengan mereka serta sering bertanya dan berkongsi idea bagi membantu mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan. Program BIG untuk PISMP Unit H3 bagi Semester 2 2010 yang dijalankan dari 8.

Tambahan lagi. LDK ini telah membantu saya bagi mengawal kelas dan pergera kkan murid sewaktu aktiviti berlangsung. Murid-murid ini bersifat aktif apabila mereka menglibat kan diri di dalam aktiviti tersebut. Aktiviti LDK ini dijalankan dan dikendalikan oleh Syed Anwar Bin Syed Mahamud dan dibantu oleh saya. saya dapati bahan bantu mengajar (BBM) seperti LCD. Aktiviti ini merupakan gabungan idea kami sebelum bertapak di Sekolah Kebangsaan Sayong. berada dalam keadaan senyap dan bertanyakan soalan pada akhir sesi ceramah. Semangat kerjasama. Daripada ceramah tersebut. Aktiviti yang dijalankan dalam LDK ini ialah permainan µbola beracun¶. kemahiran dan kecekapan berfikir dapat dilihat apabila mereka menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Semua ini penting bagi saya kerana aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru. membina piramid menggunakan straw dan telaga buruk. Manakala aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK) pula dilaksanakan pada pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.berlangsung selama 1jam 30minit. tips yang diberikan oleh rakan saya tersebut boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kami sebagai guru pelatih bagi menghadapi pepe riksaan yang akan datang. saya mendapati pengawalan kelas yang telah dilaksanakan oleh rakan saya adalah berkesan kerana apabila ceramah berlangsung murid menumpukan perhatian dengan mencatat idea penting. Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih kreatif supaya dapat menglibatkan murid dalam aktiviti tersebut. 5 . . Daripada pengamatan saya. µspeaker¶ dan komputer riba dapat menarik minat murid bagi menumpukan perhatian sepenuhnya semasa ceramah diberikan. Aktiviti yang dijalankan ini dibantu oleh fasilitator yang lain dengan memantau dan mengawal pergerakkan murid -murid. pengajaran bahasa adalah agak membosankan pada waktu tengah hari. Sebagai contoh. jadi teknik bermain adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam kelas bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk.

Pembinaan moral dan sahsiah yang tinggi ditekankan dalam slot tersebut bagi membantuk insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Daripada tayangan video tersebut. kami bekerjasama menyusun atur kedudukkan kerusi. Murid-murid tersebut didedahkan dengan video gejala -gejala sosial dan pengorbanan jasa ibu dan bapa. 6 . Saya dapati. meja dan hamper. Kata-kata semangat dilemparkan kepada murid-murid supaya yakin dan berusaha sehabis baik bagi menghadapi peperiksaan yang penting dalam kehidupan mereka.Aktiviti muhasabah diri dijalankan bagi memberi kesedaran kepada murid murid tahun enam supaya menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang serta mengenang jasa serta pengorbanan orang -orang disekeliling iaitu keluarga dan guru -guru. Guru Besar serta pensyarah pengiring memberikan kata -kata semangat serta nasihat kepada guru pelatih supaya berani menghadapi profession perguruan pada masa akan datang. saya jadikan ia sebagai kata -kata semangat bagi memotivasikan diri supaya menjadi guru yang mencakupi aspek JERIS sejajar kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). lahirnya satu perasaan yang sebak dan sayu melihatkan gejala kuning tersebut telah memudaratkan diri dan turut menyebabkan orang yang tersayang merana. Kesan kesan yang ditayangkan tersebut dijadikan ikhtibar kepada murid -murid supaya mengelakkan diri daripada kancah bahana tersebut. kita boleh mempengaruhi murid dengan menggunakan kaedah psikologi pendidikan bagi membantu pembelajaran murid di dalam kelas . Setiap teguran dan nasihat yang diberikan oleh mereka. Sebelum majlis penutupan dirasmikan oleh Guru Besar. Slaid pengorbanan jasa ibu dan bapa adalah amat berkesan kepada murid -murid apabila mereka menitiskan air mata bagi mengenangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya juga turut mengambil ikhtibar daripada slaid dan tayangan yang telah dipaparkan sebagai sempadan dan pedoman.

saya dapat merasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. 7 . tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Saya berharap pada BIG yang seterusnya.Selama setengah hari saya mengikuti program BIG bagi melaksanakan khidmat masyarakat. Pendedahan sebegini membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin jauh ke pelusuk rimba atau belum. gemilang dan terbilang. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Murid yang pelbagai ragam. saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar. Akhir sekali. pihak pengurusan sekolah dan keadaan sekolah merupakan satu cabaran kepada kami bagi mewujudkan hubungan sosial yang baik dengan masayarakat sekolah. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat bela jar di institut perguruan ini. saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan. menguji mental dan fizikal diri saya da n yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi.

8 .

GAMBAR Taklimat BIG Sem 2 diberikan oleh En Mohd Yusri Bin Mat Johor. Perjalanan menuju ke Sekolah Sayong 9 .

Slot Ceramah Aktiviti Ice Breaking 10 .

LDK LDK 11 .

Slot Muhasabah Diri Majlis Penutupan 12 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful