PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM (CITU) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TERENGGANU

KERJA KHUSUS CTU101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM/FUNDAMENTALS OF ISLAM

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
USTAZ ABDUL HADI BIN ISMAIL

HMD1TA GROUP 1 NUR HISYAM BIN KAMARUDDIN (2010296768) MUHAMMAD AZIZI BIN MASRUR (20107624408) ANNAL SABRIE BIN MUDA (2010267294)

aman dan damai. .T semata. Islam adalah agama yang diredai Allah S. Islam pada bahasa ialah selamat. sejahtera.S. Islam merupakan agama yang mulia dan amat sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.W.W.W. Daripada pengertian di atas. Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah S. Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia.T.MOAMMAD ROZMI AMIR BIN RAMLY (2010635258) PENDAHULUAN Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah agama yang diredai-Nya dan amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia.T.T dan Islam adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia serta kenikmatan hidup di akhirat sebagaimana firman Allah S. ini bermakna Islam meletakkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia.Manakala pada pengertian syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah S. Jadi manusia hendaklah mengikuti budaya hidup Islam.mata.W. Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia.W. tunduk dan patuh kepada segala suruhan Allah S.T kepada umat manusia ialah Islam.T dan meninggalkan segala larangan Allah. Islam adalah agama yang berbeza dengan agama-agama lain.W.

hatta manusia sekalipun dan sebagainya. Dalam pada itu pula kita dapati cara beribadat mereka tidak sama antara satu sama lain dan sudah semestinya batil. Ada yang langsung tiada agama atau dikenali sebagai atheist. tiada jaminan untuk mengecap kebahagian. pokok. Sudah nyata pasti makhluk yang mereka sembah dan yang mengaku dirinya tuhan akan musnah dan binasa akibat keangkuhan dan ketakburan mereka terhadap nikmat Allah S. Sesiapa yang menganut atau mempercayai agama selain agama Islam maka dia adalah tergolong dalam orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat buruk sekali iaitu neraka Jahanam. rendah dan sebagainya. Ada berhala yang mereka sembah itu bermacam-macam keadaan dan bentuk. tiada kesejahteraan hidup. hidup dalam ketakutan. Ada yang menyembah berhala patung.W. sungai. kita dapati masyarakat hidup dengan tiada nilai-nilai murni. tinggi. kecil.T. huru hara. Berhala yang mereka sembah adalah hasil buatan mereka sendiri dan manamana makhluk yang mereka sembah tidak dapat memberi apa-apa kebaikan dan kemudaratan kepada manusia. Ada yang besar. matahari . Dalam pada itu juga Allah telah menegaskan bahawa agama-agama lain yang wujud di dunia ini selain daripada agama Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah.Sebelum kedatangan Islam. Hamman dan lain-lain lagi. .didapati masyarakat pada masa itu meraba-raba mencari tuhan. Semasa zaman Jahiliyyah dahulu. Ada juga manusia yang mengaku menjadi tuhan seperti Firaun. Cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik dan terindah yang tiada tolak bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain.

Kita dapati yang kaya berkuasa.boleh dikatakan sama dengan haiwan malah lebih teruk daripada haiwan.Dengan ilmu itu jugalah dapat manusia membangunkan tamadun hidup manusia yang berjalan dengan kehendakkehendak Islam.W. yang kuat menindas yang lemah.menanam benih-benih nur iman dan hidayah.Menyeru manusia membuang segala sifat kemungkaran yang berpunca daripada nafsu yang jahat dan godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji dan dipandang mulia oleh Allah S.Islam datang untuk menyucikan hati-hati manusia. Bagi orang yang berilmu. Kalau dahulu sebelum datangnya Islam.maka dapat kita simpulkan bahawa Islam itu adalah .maksiat berleluasa dan sebagainya.T dan dihormati masyarakat Setelah kita mengetahui dengan panjang lebar mengenai Islam dan peranan Islam terhadap corak hidup manusia. Islam juga mengangkat martabat kedudukkan orang yang berilmu kepada kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W. Manusia hidup dalam kesesatan yang nyata.Islam memberi kelebihan darjat istimewa di dunia mahupun di akhirat.T. Islam yang dicari oleh manusia amat berguna kepada manusia untuk memajukan diri ke tahap yang lebih baik. Ini berlaku adalah kerana tiada panduan hidup yang hakiki dan setiap puak ada undang-undang tersendiri yang boleh dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka. yang miskin dijadikan hamba abdi. Kekuatan fizikal dan kabilah menjadi asas kepada penguasaan terhadap kaum yang lain. Islam datang untuk membetulkan keadaan akhlak manusia.masyarakat hidup porak peranda. yang berkuasa membuat kejahatan dibiarkan tetapi yang miskin membuat kejahatan diseksa.

sebenarnya agama yang paling indah dan mulia di sisi Allah S. Seseorang yang mempunyai hubungan erat dengan Allah S.W.T. Sepadu dan Seimbang : • Rabbaniyah Rabbaniyah membawa erti bahawa Islam datangnya daripada Allah S. konsep.lain adalah bertujuan untuk menyedarkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata. Waqi’iyah. prinsip dan nilai-nilai peraturan hidup manusia adalah mutlak milik Allah S.W. Islam juga dikatakan amat indah kerana ianya mempunyai beberapa faktor.T adalah disebut sebagai rabbani.T. dan faktor-faktor itu akan dapat kita bincangkan bersama. Bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. . Syumulliyah. Antara ciri-ciri keistimewaan tersebut adalah seperti.T.W. Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian : 1) Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.T. Manusia yang hidup di muka bumi ini hanyalah sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S. Ia juga merangkumi hukum-hakam. Rabbaniyah. muamalah.W.W. akhlak dan lain. HURAIAN Islam adalah agama Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tidak terdapat pada agama lain atau pun ciptaan manusia sendiri. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah. Alamiyah.

kita dapat mengetahui matlamat hidup manusia di dunia. dan yang kedua ialah dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-Sunnah. 2) Rabbani dari sudut manhaj dan sumber. Dalam hal ini. . Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dalam dua pendekatan. Islam agama Allah S.Kesan daripada konsep ini. selamat dari pertentangan dengan diri sendiri dan bebas dari sifat perhambaan dan runtuhan hawa nafsu.T manakala agama-agama lain adalah hasil ciptaan idea dan falsafah serta pandangan manusia. mengenal fitrah di bumi. terhindar dari pengaruh kekayaan. dan mendapat penghormatan dan kehebatan.T sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.T dan agama-agama yang lain tidak diterima oleh Allah S. (Surah AliImran ayat 19). Pertama wahyu diturunkan dalam bentuk lafaz dan makna. Kesan daripada sumber dan manhaj rabbani ini ialah Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan. Islam sesuai untuk semua manusia. Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.W. iaitu al-Quran. Sesiapa yang menganut agama lain adalah sesat.W. Islam dicipta oleh Allah S.W.

puasa. Malah tiada cacat celanya yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia tanpa kecuali. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah. Dalam hal ini. Ia juga berkaitan dengan hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat. dan ibadah lain. antaranya ialah : Sudut Kesyumulan Islam Islam telah mengemukakan undang-undang ataupun peraturan-peraturan kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan. hukum berkaitan dengan pemerintahan Negara. Segala apa yang diterangkan oleh Islam adalah benar dan nyata belaka. Islam juga telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar perundangan sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas). beberapa aspek dijelaskan.• Syumuliyah Syumuliyah bererti ajaran Islam itu adalah sempurna dan lengkap. dari sekecil-kecil urusan sampailah ke besar-besar perkara. a)Keadilan . muamalah. kehakiman. haji.

syarat seperti sifat ukhuwwah dan amanah. Ketua negara dipilih dikalangan orana-orang Islam sesuai dengan syarat. musuh Islam atau kawan. c)Negara Dalam soal bernegara. ahli keluarga. Islam telah meletakan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Keadilan dalam islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. atau bukan ahli keluarga. Dimana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesama manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak. Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan Negara. b)Kehakiman Islam mengemukan system kehakiman. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya . malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan jamaah lain.Islam telah memperjuangkan keadilan. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan manusia dengan Allah sahaja.

Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah. mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. e)Ilmu Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tempat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah. . Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.d)Akhlak Islam mengambil berat soal akhlak.

warna kulit dan sempadan malah keadilan Islam adalah alamiyyah iaitu menyeluruh. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Keadilan Islam bukan hanya terbatas kepada individu. Perkara. Ini terbukti apabila . keturunan. Melayu. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah S. puak. jiwa.W atau zaman teknologi moden yang canggih ini. India. keturunan. Tahsinniyyat Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan mahupun Kutub Utara.perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal. Alimiyyah Islam membawa keadilan sejagat kepada seluruh alam terutamanya manusia. Sesuai sampai ke hari qiamat. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Islam sesuai untuk orang Arab. Hijayyat Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup.• Alamiyyah Alamiyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Cina. Islam meraikan kehendakan dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti: - Dharuriyyat Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Namun manusia hidup tanpa kewujudkannya. dan harta.A. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

w sendiri akan memotong tangan anaknya Fatimah sekiranya dia mencuri. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia. Apa-apa persoalan yang ditimbulkan oleh manusia yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka dapat diselesaikan oleh Islam melalui ajaran-ajarannya yang benar lagi tepat sekali. • Waqi’iyah Al-Waqi’iyah bermaksud ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia. bukan sebahagian tertentu sahaja.a. Islam perkara mengikut suasana dan tempat.w telah menolak diringankan hukuman potong tangan ke atas Fatimah binti al-Aswah seorang wanita golongan bangsawan Bani Makhzum yang telah mencuri.Rasulullah s. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan.a. • Sepadu dan Seimbang Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu seimbang. . Begitu juga diriwatkan bahawa Baginda s. Sudah jelas dan amat nyata sekali kepada kita bahawa Islam itu adalah agama yang indah dan memenuhi kehendak manusia. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara pelaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.

termasuklah penciptaan langitdan bumi serta peredaran bumi.W.Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani dan jasmani.Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan individu dan masyarakat. bintang dan matahari. • Tinggi dan Agung Islam adalah satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah S. Seimbang bermaksud sama berat dan tidak berat sebelah.T.T.T.Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum bahkan dalam semua ciptaan Allah S.W. dunia dan akhirat. Malah adalah tidak wajar membandingkan Islam dengan agama budaya ciptaan manusia .W. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggi jika dibandingkan dengan agama-agama lain. semuanya bersifat sepadu dan seimbang. yang bermaksud: ”Sesungguhnya ugama(yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali-Imran:19) Ketinggian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa Islam itu datang dari Zat yang Maha Tinggi. Firman Allah S.

tetapi bagi orang Islam tidak bermakna mereka bebas memilih cara hidup atau fahaman lain yang tidak selari dengan Islam ataupun mereka tidak boleh diberi peringatan untuk mendirikan solat atas alasan mereka bebas untuk tidak bersolat. kebebasan berfikir.Persamaan (kesamarataan): Sesungguhnya Allah SWT akan memberi pahala yang sama kepada kaum lelaki dan kaum wanita apabila melakukan amal ibadat tanpa dibezakan mengikutjantina. . 2. malah disediakan kepada siapa yang datang lebih awal dalam kalangan orang Islam dan sebagainya.CIRI-CIRI KEUNGGULAN ISLAM 1. berpolitik.Keadilan: Islam berlaku adil kepada sesiapa dalam kalangan manusia walaupun seorang itu tidak Islam. jika dia diperlukan tanpa alasan yang munasabah. berusaha dan lain-lain. beragama.begitu juga saf hadapan di masjid bukan dikhususkan kepada golongan hartawan atau pemimpin tertentu. 3.Kebebasan: Islam memberikan kebebasan untuk bersuara atau memberi pendapat. dia perlu dibela sama seperti orang Islam dalam erti kata lain bahawa Islam melindungi hak-hak manusia.

jiwa. akal. 5.W. harta.A. Menjaga enam perkara iaitu agama. kehormatan dan keturunan Diri kita akan sentiasa dijaga dari pelbagai sudut.4.Tidak boleh membahayakan diri dan orang lain: Ia merupakan ciri utama yang pernah ditegaskan oleh baginda RasulullahS.Islam menjamin hak asasi manusia: Ia merupakan satu jaminan yang diabaikan oleh kebanyakan falsafah ciptaan manusia. Elemen-elemen negatif susah untuk diimplementasikan ke dalam diri anak-anak muda. dalam erti kata bahawa seorang Muslim itu tidak boleh melakukan tindakan yang boleh membahayakan orang lain seperti terlibat dalam aksi bahaya mat rempit atau lumba haram. . 6..

tinggi dan agung. tentang sepadu dan seimbang ialah setiap satu . hijayyat dan tahsiniyyat. kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. sepadu dan seimbang. syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia. kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain yang sering berusaha memberi pendapat dan pertolongan. waqie atau praktikal. Ciri-ciri keunggulan tersebut antaranya rabbani. seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. diturunkan kepada Nabi Muhammad S.T.W. RUMUSAN Selepas menyiapkan tugasan ini kami telah banyak mempelajari tentang ciri-ciri keistimewaan agama Islam. syumul dan lengkap. Pertama. Sepadu dan seimbang pula. dan alami dan universal. Selain itu. Selain itu. dengan dua perkataan. kepada ahli kumpulan yang saling bantu-membantu dan kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.PENGHARGAAN Pertama sekali kami ingin bersyukur kepada Allah S.W. Ketiga.A.T. kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi kerana memberi dorongan ketika menyiapkan tugasan ini.W.Terakhir sekali. Bagi syumul dan lengkap. memenuhi segala kepentingan mereka dalam bentuk daruriyyat. apakah maksud rabbani? Maksud rabbani ialah sumber utama syariah ialah wahyu Allah S.

Keempat. Islam adalah agama yang bersifat universal yang bermaksud ia meliputi semua tempat dan masa. malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencukupi seluruh kejadian manusia dan bidang kehidupan.bahagian dengan bahagian yang lain saling sering berkaitan. bukan juga kepada pertuturan sahaja.harakahdaily. Bahan Rujukan: • Internet: http://noradilla tripod. Terakhir. perkara-perkara tentang waqie atau praktikal.php? option=com_content&task=view&id=11063&itemid=50 • Buku Rujukan: 1. tinggi dan agung. Prinsip-prinsip asas Islam: Islam dan Akidah. alami dan universal. Mohd Asri Abdullah .W.html http://www. Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah S. Ketiga.T. Terjemahan Al-Quran 2.com/skimatarbiyyahhipij/104.net/tm/index. Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran.