BMM3104 Ringkasan Modul KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR BERTUTUR: A)Kemahiran Bertutur: merupakan proses komunikasi yang kompleks

yang mana penutur dapat menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistik dengan sempurna. Ia juga melibatkan proses mental; memahami,menakul,memadan,menyesuai dan memberi gerakbalas tertentu. B)Aspek Pertuturan: termasuklah:‡ Sebutan ‡ Tekanan ‡ Mora ‡ Jeda ‡ Intonasi ‡ Nada ‡ Tatabahasa ‡ Kelancaran kefasihan ‡ Laras bahasa C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat; o Menyebut dengan jelas o Menyampaikan idea o Melaporkan peristiwa o Memberi penerangan dan alasan o Bertemu ramah o Bertutur secara bertatasusila o Bertukar-tukar pendapat D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:i Menjawab soalan i Membina soalan i Memberi arahan i Bercerita i Simulasi i Drama i Taklimat.

MENDENGAR A) Kemahiran mendengar; merupakan satu proses minda dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. B) Peringkat Proses Mendengar:Mendengar deretan bunyi bahasa Memahami bunyi Menilai bunyi Bertindak balas C) Objektif Kem. Mendengar-: š Memperoleh idea š Mencari isi š Melakukan arahan š Mengecam isi š Mentafsir makna D) Bentuk Kemahiran Mendengar ‡ Secara pasif ‡ Secara aktif ‡ Secara bertelau-telau ‡ Secara menebuk-nebuk ‡ Secara beremosi ‡ Secara berhati-hati E) Prinsip-prinsip Mendengar š Melalui latihan š Melalui pengalaman š Dapat menyatukan idea dengan cara berkesan š Dipengaruhi oleh aspek fizikal,neorologi dan psikologi š Mendengar untuk apresiasi

KEMAHIRAN LISAN-BAB 2 Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan A) Peringkat Penerimaan-dengar, faham tanpa tindak balas B) Peringkat Tindakbalas=dengar, faham dan bertidakbalas PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR i) Peringkat Awal-pengucapan bertatasusila,mengajuk,menyoal,membuat teguran,memberi arahan ii) Peringkat Pertengahan-membuat deskripsi,cerita,bersoaljawab,memembaca iklan,komen mudah. iii) Peringkat Maju-bercerita,perbincangan,ceramah,mendeklamasi puisi, drama dan perbahasan

UNSUR2 DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN LISAN 1. Kecerdasan 2. Kesihatan 3. Fizikal 4. Persekitaran 5. Jantina ²pertumbuhan berbeza 6. Dwi bahasa-kanak-kanak dwi bahasa sering terganggu PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR 1. Perlu diajar bersama-sama dengan kemahiran bertutur,membaca dan menulis 2. Perlu dirancang menjurus kepada satu aktiviti 3. Disampaikan dalam pelbagai aktiviti 4. Diajar berperingkat-peringkat-mudah ke sukar, konkrit ke abstrak 5. Diajar secara tak langsung 6. Murid perlu diberi peluang 7. Motivasi Soalan spot: Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. BMM3104 ²KEM. MENDENGAR DAN BERTUTUR (Bab 3 A) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur 1. Pendekatan Situasi |š Berlandaskan teori behaviouris dan struktural š Murid perlu menguasai kemahiran asas ; membuat tanggapan, membunyikan perkataan dan aspek struktur bahasa 1.1 Prinsip Pendekatan Situasi ‡ Guru perlu memberi peneguhan ‡ Perlu memandu menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul ‡ Dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat ‡ Kem. Bertutur mesti diajar di peringkat awal pengajaran ‡ Perlu ada latih tubi 2. Pendekatan Komunikatif š Murid boleh menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi bahasa. 2.1 Prinsip Pendekatan Komunikatif ‡ Murid menguasai kecekapan berbahasa dan tahu menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa sebenar ‡ Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka ‡ Murid dan guru perlu ada hubungan positif

Keedah Terus ² murid belajar bertutur dengan cara mendengar. š Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa š Jika murid tidak faham. meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya. š Bacaan Mentalis ² untuk memahami apa yang dibaca. intonasi. guru perlu menggunakan ABM š Aspek tatabahasa.‡ Apa yang dibincangkan mesti di bawah pengetahuan dan pengalaman murid ‡ Perlu menggunakan situasi formal dan tidak formal B) Kaedah Pengajaran Kem.diajar melalui tunjuk cara š Murid perlu membuat kesimpulan i Langkah Pengajaran Mengguna Kaedah Terus i) Memperdengarkan perbualan ii) Murid dilatih berbual iii) Diadakan latih tubi agar murid dapat menguasai sebutan dan intonasi 2. i Ciri-ciri Kaedah Terus. Bertutur: > latih tubi > soal jawab > bercerita > main peranan > simulasi BMM3104 ² KEMAHIRAN MEMBACA (BAB 6) A) JENIS BACAAN: š Bacaan Mekanis. 3. Bertutur 1.mementingkan bunyi. Kaedah Audio-Lingua : š Menggunakan pelbagai alat rakaman š Kanak-kanak perlu meniru dan menghafaz 4. Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman dalam berbahasa. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik š Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya. nada dan tekanan yang betul. Kaedah Komunikatif š Kanak-kanak menguasai bahasa melalui proses kognitif š Mementingkan penguasaan kecekapan bahasa Teknik Pengajaran Kem. .

š Bacaan Intensif. ‡ Bacaan dan Kefahaman ² membaca untuk memahami apa yang dibaca dan dapat membuat tafsiran yang betul dan tepat. i) Membaca dengan baik ii) Dapat mentafsir iii) Kepantasan membaca iv) Menilai dan mengulas isi v) Mengesan. . ‡ Bacaan Mekanis-dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.mementingkan kefahaman bagi tujuan meneliti dan mentafsir š Bacaan Ekstensif ² makin meluas.bacaan yang lebih meluas. kecerdasan dan perkembangan kognitif.di laksanakan di luar bilik darjah B) PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN ‡ Peringkat Kesediaan Membaca-bacaan awal dan asas kanak-kanak. Dipengaruhi oleh faktor fizikal. Isi kandungan dsb. pengalaman. memahami dan menikmati unsur-unsur estetika vi) Mengenal pasti laras bahasa vii) Membuat rumusan ª Bacaan Ekstensif. sinopsis.lebih mendalam. Tujuannya memahami lebih banyak isi. o Cara sekilas. Cara bacaannya: o Cara tinjauan-meninjau tentang bab. emosi. ‡ Prabacaan-kesediaan membaca. koordinasi psikomotor dan mental. i) meluaskan lagi perkembangan murid ii) menjelaskan lagi struktur yang sukar dan perkembangan perbendaharaan kata iii) mengkaji ciri-ciri tatabahasa iv) mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan š Tujuan Bacaan Intensif-Membolehkan kanak-kanak. menilai.utk mendapat maklumat secara umum/hal-hal tertentu sahaja/mdpt bahan perpustakaan o Cara dangkal-utk mendapat kefahaman secara luaran.ketajaman pengamatan mata dan telinga. C) TEKNIK BACAAN ‡ Bacaan Intensif-bacaan mentelaah isi dan juga bahasa š Konsep Bacaan Intensif. ‡ Bacaan ² kemahiran mengenal abjad hingga dapat membaca ayat. persekitaran.

o Melatih murid berdikari o Dapat membaca dengan fasih o Dapat pengetahuan meluas dan o Berhibur o Menambah minat o Kaya perbendaharaan i Bacaan Skimming-membaca cepat bagi tujuan mengutip maklumat secara sepintas lalu.š Konsep Bacaan Ekstensif. Pembaca tidak perlu menghabiskan apa yang dibaca. i Bacaan Scanning-bacaan secara cepat bagi tujuan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan.blogspot.com/2010/05/ringkasan-modul-bmm3104. o Di luar kelas o Pelajar seronok o Tanpa bimbingan guru o Bahan bacaan meluas š Tujuan. Cuma mencari maklumat yang dikehendaki sahaja http://mofa1190.html .

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid. Dalam apa-apapun keadaan. Antara lain. seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. ibu bapa dan sebagai nya. Perlakuan bahasa. (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan.Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur. Ini bermakna. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea. guru. meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal. mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima. komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. (d) bersoal jawab ² kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan . membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan. pandangan. (c) menyampaikan ucapan bertatasusila ² meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. secara beradab dengan menggunakan kata sapaan. kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat. antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. menghasilkan permintaan yang mudah ² untuk diri sendiri dan orang lain. manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. syarahan dan lain-lain. Ini bermakna dalam proses lisan itu. serta dalam majlis bahas. Begitu juga. mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. 4 (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. di mana atau bagaimana proses ini berlaku. antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan. Dalam konteks ini.

menaakul. (h) berlakon dan melafazkan puisi ² memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon. intonasi. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. syair. Misalkan bunyi-bunyi. intonasi. memadan. seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi. dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi. dan (i) berbincang dan berbahas ² menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan. sebutan. yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya. didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat. sebutan. kecerdasan otak. suku kata. (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi. (g) menyampaikan ucapan dan syarahan ² kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri. dan suara secara berkesan. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf. kesihatan. intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. /a/.memperoleh maklumat tertentu. jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. nada dan intonasi. melafazkan dialog dan puisi (pantun. persekitaran. Walau bagaimanapun. murid-murid . Dalam hal ini. 5 Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami. struktur. tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). /b/. (e) bercerita ² kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ² ayat. (d) Aspek fizikal. menggunakan nada. sajak mengikut nada. gaya. (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya. rima dan nada yang sesuai. selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]. sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak. /t/. menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental ² mendengar dan membaca secara berkesan. Semasa bertutur. rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan. frasa kata dan ayat. (f) menyampaikan berita dan laporan ² kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat. perkataan.

nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina. sebutan dan maknanya. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Fa. Dalam ayat. Misalnya. lancar dan berkesan. aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya.· jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan. kewujudannya lebih jelas. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan. Mi. teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. formula. Intonasi dalam ayat sama ada menaik. ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik. (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ¶harakat·). (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik. tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. ¶jangan tembak. manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. Re.diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi. (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata. sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas. boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya. Ti dan Do ² setiap nada mewakili satu suku kata. terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak. sebaliknya jika jeda digunakan. betul dan betul. rangkai kata atau ayat. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik. sintaksis dan semantik. kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa ² meliputi bidang fonologi. . (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian ² memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan. menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. So. ¶jangan/tembak. Misalnya ungkapan.· bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! 6 (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do. perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan. Pun demikian dalam bahasa Melayu. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Aspek ini penting. La.

(n) Simulasi. (e) Menerangkan gambar dan bahan grafik. (f) membina soalan untuk mencari maklumat. (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi. dan (p) Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya. (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat . (i) Permainan komunikatif. antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan. (i) bertutur secara bertatasusila. dan (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. (h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan. (b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru. (l) Memberi taklimat dan ceramah. (o) Teater bercerita. (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat. sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal . (c) Membina soalan berdasarkan bahan. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur. keadaan dan disiplin ilmu berlainan. (f) Berbual melalui telefon. (k) Perbincangan forum. (g) bertemu ramah. (j) Mengadakan perbahasan. (m) Main peranan. (g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri. 7 (d) memberi penerangan dan al asan.(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmurid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi. (d) Memberi arahan kepada rakan. (e) menunjuk arah. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

perbincangan dan mesyuarat). Tentu sekali sebelum kanakkanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap. dialog. seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Sebenarnya. cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. 9 Dalam erti kata lain ketika mendengar. kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya. Justeru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. lakonan. Di sekolah. murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan. mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa.tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. mempelajari. komunikasi lisan melibatkan dua proses. mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan. filem). dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Manakala dalam kehidupan harian pula. 8 mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama. memperoleh maklumat (pengajaran guru. Ini bermakna. mengusai bahasa ² memperoleh. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. mengajuk. dialog dan kesusasteraan). (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Mereka meniru. kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik. Proses Mendengar Umumnya. perbincangan. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut. televisyen. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Akhirnya. bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan . untuk mendapat hiburan (radio.

Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar. bukti dan estetika. (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal. Justeru. kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar. difahami dan diingat. huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar. seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. . (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan. iaitu seperti memberi yang baik sahaja. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar. (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat. antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud. aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya. untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya. (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat. anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. dan keadaan/ konteks. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu. boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. dan (h) mengesan ¶pengaruh· penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda. dan neurologi.digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan. (g) mengenal pasti ¶mood· penutur. bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. psikologi. (b) mencari isi-isi penting. menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. hujah. (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat. menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea. kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. dan (d) berpusatkan idea utama. suasana. (c) melakukan arahan/ tindak balas. 10 Sehubungan dengannya. memahami. antara lain proses mendengar: (a) secara pasif.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat. (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik. dan (g) secara kritikal. memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. 11 Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid. dan keduanya. hujah dan bukti tertentu. Latihan 1. (d) aspek fizikal. (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama. (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan. dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.(b) secara bertelau-telau. (f) secara berhati-hati dengan pengamatan. pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa. psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan. didengar dan dingati. bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat. (e) dengan beremosi. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal 12 Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar . (c) tanpa tindak balas. (d) secara menebuk-nebuk. (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika. (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya.

seperti intonasi frasa dan ayat. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. kefasihan. kaedah. 13 Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan .Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur. pertengahan dan maju. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa. pendekatan. aspek sebutan. selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal. Peringkat ²Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur. yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Telah ditegaskan. Sebagaimana kebiasaan. tatabahasa. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat. mereka perlu diberi kefahaman mendengar. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini. Hasil Pembelajaran 1.dan Bertutur: · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur. . kelancaran. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid. latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Dengan demikian. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat. iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. antara kemahiran berkenaan. tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Membaca dan Menulis. gaya dan isi penyampaian.

dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar. (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya. (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. peraturan-peraturan. dan (j) Membuat ulasan. (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar.Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 14 Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila. ibu dan bapa. (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. (g) Memberi arahan. (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. . (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. memberi pendapat atau pandangan secara mudah. rakan. (f) Membaca iklan. (i) Memberi komen secara mudah. (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. (h) Membuat ayat tentang diri. (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. (g) Memberi ucapan pendek dan mudah. (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. berhubung dengan peribadi seseorang. masa bersekolah. persekitaran dan di rumah.

pengalaman. Umumnya. objek.peringkat. (c) Fizikal: Hal ini. menyampai dan memproses maklumat . tahap pendidikan. (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh. seminar dan lain-lain. (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu. (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. dan (l) Mengkritik cerpen. dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan. terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah. gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyi bahasa. (g) Memberi ceramah. Antara lain. perbualan atau dialog. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa. syarahan (yang disediakan). diskusi. perbincangan. benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan . terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan. (j) Mendeklamsi puisi. (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. bapa dan ahli keluarga keseluruhannya. proses dan sebagainya. 15 (k) Menyampaikan komen. (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. gigi. (e) Menerangkan proses. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran. kejadian. novel dan sebagainya. (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat. bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan. (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan. makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa. (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . pendapat. permainan. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa. lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar. kejadian. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. laporan atau ulasan. puisi. faktor. prosedur dan peraturan. forum. jiran tetangga.

memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur. 17 Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Kaedah · Teknik Pengajaran . Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan. (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. membaca dan menulis. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan. (b) Kemahiran mendengar. daripada yang dekat kepada yang lebih jauh. (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 16 perkembangan kanak-kanak lelaki. seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. (g) Paling penting. didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Ini kerana. daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. dalam proses pertuturan. aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu. kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar. Justeru. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif. kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa.

kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pendekatan. teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan. Demikian juga. Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan. ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. perlu ditegaskan bahawa pengajaran . kaedah. Kaedah.Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 18 kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965). tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu. perlu dilakukan serentak. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar. nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamakna yang betul mengenainya. membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. mengingat. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. menguasai kemahiran membuat tanggapan.kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur). guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah ² merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola. Tegasnya. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini . (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. Dengan demikian. Walau bagaimanapun. terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur). Sehubungan dengannya. berurutan dan menyaling. Antara lain. 19 (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa.

guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Walau bagaimanapun Walkins (1975). 20 (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah. misalnya oleh guru. sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur. guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Sebaliknya. penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap. Tujuannya. guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Melalui pendekatan ini. mengingati. tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk . (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua. menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa. Oleh itu. keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan. kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian.diajar pada peringkat lanjutan. guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua. Maka. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza.

Ini bermakna. aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut. 21 Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Saya berkahwin pun . Justeru. yakin dan berkesan. Dengan ini. keratan akhbar. bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : ´Pak cikµ? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik. terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi. Dengan demikian.. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah.. pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa.menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. lawatan. dan (e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. (b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. (c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Dengan itu. bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. (d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Contohnya. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa. Dengan demikian. Dia pak cik saya. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar.umur saya ni baru 35 tahun. Wanita : Pak cik. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun.

belum. Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsurbunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, muridmurid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda 22 mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang

mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. 23 Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya I pergi go ke sekolah. to school. Dia He minum

drinks susu. milk. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. 24 Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; (b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan (e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain. Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

bermakna guru tersebut sedang memilih 26 dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.25 Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur. wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran. Oleh itu. Dalam pengajaran bertutur. seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. untuk berkomunikasi dengan berkesan. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa). Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu. Dengan kata lain. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. sumbang saran. Ini bermakna. terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan . (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. perbincangan. dialog. cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Sebenarnya. pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.

Ali menendang bola di padang. kelemahan menyeb ut fonem /p/ . Ali menendang bola.balu . sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep.oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih. lancar dan tepat.lari malu . Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan. (c) Bersoal jawab.laki tari . Walau bagaimanapun. Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan. . Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. daki . Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi. Misalnya. 27 Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa. cara pengendalian. dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. Bola. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan. (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah.Pandang pandan tepi pagar depan padang. (b) Bercerita. (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. Sebagaimana teknik. (n) Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas.Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi. modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. carta bergambar. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah. Makan kuih di pinggan. kad imbasan bergambar. Di samping itu. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan. Pak Abu seorang petani. Minum air kopi. membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Janganlah segan-segan. 29 Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Dia bekerja di sawah. i. Apa khabar sekarang. 28 Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Sudilah minum. ii. ikut cikgu sebut. iii.Murid-murid. Dalam latihan ini. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul. Ali menendang bola. Ali «. . Bola. Selamat datang. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab. murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Contoh: Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu. satu bilik Senarai barang yang diberi oleh guru. Kemudian. ada bilik kosong atau tidak. aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Hotel mempunyai dua bilik kosong. Tanyakan harga bilik itu. murid-murid diberi petikan untuk dikaji. murid-murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 30 untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.Dalam latihan penghasilan pula. dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan. · Khemah · Lampu picit · Makanan kering · Makanan basah · Alat memasak · Pakaian · Baldi · Alat menjahit · Pisau · Kapak · Bantal · Selimut · Air · Susu tin · Cangkul . anda tiba di sebuah hotel. muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Sebaik-baiknya. Umumnya. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. simulasi dan lakonan. perbincangan.

00 dan RM 15. Rumusan Perhubungan antara pendekatan. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi. 32 Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur · Objektif. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan. Langkah-langkah Sebelum. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru . ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah. 31 untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Semasa dan Selepas Aktiviti · Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Oleh itu.· Surat khabar · Radio · Mancis api Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. selaras dan menyaling.

semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. langkah pengajaran sebelum. Kemahiran Peneguhan Tugasan Isi Pelajaran ii. Kemahiran . Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanaka n Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 33 Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian Penutup Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Hasil Pembelajaran 1. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar.sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif. dan 2. semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum.

menggunakan dan menyelesaikan). Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Justeru. iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad 34 kiu. mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan. guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai. menghuraikan. Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini. gambar. bahkan secara individu sekiranya perlu. Maknanya. (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas. guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas. boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya. semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. kumpulan atau berpasangan. iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti. psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting. bahan stensilan. menyatakan. berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis. mencukupi. alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P. dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. kad imbasan. peringkat membuat tindakan susulan .menerangkan Ilustrasi Ulasan Kendiri iii. tepat dan berkesan. (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Menyoal Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting. Kemahiran Variasi Rangsangan v. guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan. Cuma.

Paling penting sebagai tindakan susulan.dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada. dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan. (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia . Pendekatan. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan). Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid. guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu. guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i ² iii). keadaan dan keselamatan murid-murid. status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar. kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah . (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan. adat resam. (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak. (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. kaedah dan teknik pengajaran. pendekatan. (c) Sesuai dengan kebudayaan. suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: 35 Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat pengajran (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran. kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.

selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Selain itu. bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan. latar belakang. aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran). perkara yang boleh diberi perhatian. (g) Bahan yang bersifat luwes . (ii) bahan mudah kepada yang kompleks. ilustrasi dan grafik. (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini . Antara lain. (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan. (f) Bahan yang praktikal ² dari segi boleh guna. minat. (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang 36 mengandungi fakta bersepadu. bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas. dan (vi) bahan ² bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. menggerak. kebolehan. kandungan bab kepada bab yang lain. (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang. tahap pencapaian. Sehubungan dengannya. kualiti kulit dan cara buku itu dijilid. saiz. pemikiran dan tingkah laku. mendorong. pengalaman murid-murid. bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid. bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. (ii) urutan susunan bahan perlu teratur ² mempunyai hubungan. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai . (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum.murid-murid. (v) bahan umum kepada bahan teori. mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai. dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi. Antara lain. dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Dalam hal ini. iaitu aspek rangsangan.semasa. merangsang. bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya. guru. seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. (e) Bahan yang jimat dan murah ² perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah). Sehubungan dengannya. isi pelajaran dan bahan. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran. Hal ini demikian kerana reka letak. Selain menimbang aspek kesesuaiannya. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak. ekonomik ² digunakan secara berulang kali.

carta. Di samping itu. alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar.dalam kalangan dan di antara mata pelajaran. murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan. kepala. jadual. dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. Selain itu. kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Contohnya adalah seperti dialog. gambar-gambar bersiri. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman. mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. (b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut. Antara lain. kawasankawasan perindustrian. dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama. rajah. kelas dan antara sekolah dan wilayah. dan petikan karangan. proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh²contoh sebutan. kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar. 37 Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas. (e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman. filem dan slaid. peta. seni kata lagu. Sebenarnya. aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah. (c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. (d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan. . nada.

Bahan Kartun (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahanbahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. laporan cuaca. di stesen keretapi. forum. Pesawat akan berlepas pada pukul 3. syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. 39 (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan. berita pengumuman. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Boneka (a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.38 Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang. dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai. . satu kumpulan membaca dialog Tutu. wawancara. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Sabah. bacaan sajak.00 petang. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. dan dalam upacara-upacara tertentu. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. (e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. Contohnya. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan²bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal.

Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. Anda telah membaca beberapa jenis teknik. aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Pun demikian dalam . 41 Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton rakaman drama. Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. 40 Gambar Foto (potret) Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Dengan demikian. keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya. aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. takut. marah dan sebagainya. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. gembira. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah. (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu ² menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur.

menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Aspek . Hasil Pembelajaran 1. Nada. dan 2. penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur. memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat. betul dan berkesan. kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Justeru. membuat taakulan. kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan.pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran 42 Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh. Selain itu. modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih.

hentian dan intonasi. iaitu tepat dari segi makna dan struktur. memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. mempersilakan makan. 43 Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran. Demikian juga. bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan. Tegasnya. iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. gerak mata. v. pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul. Penilaian kemahiran bertutur .kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka. Misalnya. z. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan. bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah. khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. gh. sy. frasa dan ayat-ayat. Selain itu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata. ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. s dan f. penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh. suku kata. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem. meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. Sehubungan dengannya. Dengan itu. dalam kalangan murid-murid bukan Melayu. dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul. Contohnya.

44 Teknik menguji kemahiran bertutur Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini. Pertamanya. guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya. mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi.Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa. iaitu untuk melahirkan perasaan. kehendak dan sebagainya. Keduanya. Baiklah. dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. Misalnya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. kemudian. . Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. diadun pula dengan ciriciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. TEKNIK MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. pendapat. Murid mendengar sebutan perkataan. frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri. untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Dengan itu. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

Pemarkatan. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan . Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu. cikgu akan ke rumah kamu esok. 45 Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok. Murid : Ali. Dengan membaca kuat. Membaca kuat. Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah. objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru.Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. peta. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut. murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Bertutur berdasarkan gambar Di sini. Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu. gambar.

batasan masih ada. Kecekapan menggunakan kata. pertuturan dan intonasi. (d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru. kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu. Walau bagaimanpun. aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat.itu. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. (b) Murid membaca senyap. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah: Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai. (c) Guru membaca kuat petikan. Oleh itu. dan tekanan yang betul. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit. 47 Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: Main peranan .sebutan. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. 46 Membaca Kuat (a) Aspek yang diuji . (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi. frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul. iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. intonasi. dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada. (a) Guru memberi murid petikan cerita pendek. Misalnya: (a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mere ka lakukan? (c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. (b) Bahan . Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri.sederhana panjang.

ataupun menyebut . sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan. tidak jauh dari balai polis itu. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. · Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Misalnya: Pilih dua orang murid. di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. guru boleh menilai kebolehan sebenar muridmurid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu. tanpa bimbingan guru 48 Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur. Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga. · Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Dengan demikian. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. menjawab soalan-soalan pendek yang mudah. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya.

besarnya rumah awak! Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. dialog. forum dll (g) projek ² perbincangan mengenai prestasi. senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan. menyusun perkataan menjadi ayat. Untuk menentukan markat yang sesuai. lakonan. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Apakah cita-cita kamu? ii. isi karangan dll. (d) menyelesaikan masalah ² menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat.ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. kumpulan etnik dan sebagainya. . tempat kediaman. warna. pelaporan dll. peristiwa. i. Bagaimanakah cara mereka melakukannya? 49 Penilaian kemahiran lisan. umur. (e) berinteraksi ² melalui telefon. forum dll (f) simulasi ² main peranan dalam lakonan. (c) menyusun dan melengkapkan ² menyusun maklumat mengikut saiz. prosedur. memadankan pasangan. antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadankan ² memadankan objek dengan tulisan. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Soalan: i. iii. buah-buahan. sama dan sebagainya. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? iii. (b) megelompok ² misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? ii. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. Wah. bahan projek: kos. kepentingan dan seumpamanya. gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya. aspek yang berlawanan. Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i.

......... darabkan semuanya dengan 2....... Nama Murid: . Misalnya....... 14 dan 40.. 7 dan 20............... iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan.Senarai Semak untuk Pemarkatan...... intonasi........... Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 2 1 0 1 2 3 4 A 5 1 2 3 4 5 J= J= 50 Nilai Markat (cadangan) 2 Bagi jawapan yang tepat.. darabkan markat setiap bahagian dengan 2.. bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini..... betul sebutan.... sebutan... intonasi..... pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara...... intonasi atau tatabahasa..... jika pencapaian murid ialah 6.... Jumlah markatnya = 66.... 0 Jawapan salah......... penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan .... Untuk mengubah markat kepada peratus. 1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan.... Di sini.. menjadi 12. pemilihan perkataan dan tatabahasa.. Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan....

penghasilan bahan. (a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. Skimming dan Scanning Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. peringkat bacaan dan teknik bacaan. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting. kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu? 52 Tajuk 6 Kemahiran Membaca · Matlamat dan Jenis Bacaan · Peringkat Pengajaran Bacaan · Teknik Bacaan ² Intensif. kefahaman iii. ketatabahasan iv. Pada pendapat anda. Guru mesti faham. kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan. keluasan perbendaha raan kata. sedar dan pandai menggunakan pendekatan. dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Ekstensif. kelancaran pertuturan. (b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. dan v. guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini. kaedah dan te knik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. sebutan ii. Rumusan Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur).bagi setiap pecahan itu. Empat teknik . Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. iaitu: i. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu. awal 51 diajar dan perlu dikuasai oleh murid. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif. kaedah. Hasil Pembelajaran 1. mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. matlamat.1 Menjelaskan kemahiran membaca. jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan 1.2 Menghuraikan teknik bacaan. sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Matlamat dan Jenis Bacaan: · Mekanis · Mentalis · Intensif · Ekstensif Peringkat Pengajaran Bacaan: · Kesediaan membaca · Prabacaan · Mekanis · Bacaan dan Kefahaman Teknik bacaan: . Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. Daripada kemahiran ini. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. · Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini. · Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca. Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. ekstensif. kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Walau bagaimanapun. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. 53 Kerangka konsep Fikirkan: Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah? Arahan: · Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah. skimming dan scanning.

Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. . mengkaji ciri-ciri tatabahasa. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. keseronokan dan terhibur. meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. 55 Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas. bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid. fahami pula jenis-jenis bacaan. menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini. membaca mengikut intonasi. Ekstensif. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul. bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. nada dan tekanan yang betul . Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti.· Intensif · Ekstensif · Skimming · Scanning Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif. memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Skimming dan Scanning 54 Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa.

Pada tahap ini. anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan. aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf. Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Bacaan Mekanis . Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan. kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Dari segi fizikal. keupayaan matanya mengecam bentuk. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut. untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan. kemahiran pengamatan penglihatan. murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Dari segi mental pula. Kesimpulannya. emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. latihan menajamkan daya ingatan. aktiviti koordinasi psikomotor. Dari segi emosi. lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. dan latihan bahasa pertuturan.al (1994). 56 Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar. pengalaman dan persekitaran.

Sementara membaca telaah bahasa. perkataan.Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. frasa dan ayatayat mudah. Teknik Bacaan Bacaan Intensif Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. kaedah terus. Banyak bahan yang perlu kita baca ! Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat. Dalam membaca telaah isi. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. suku kata. 57 Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti. ditegaskan. memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. membaca teliti. membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. bunyi kata dan abjad atau mengeja. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda. diskusi umum dan sebagainya. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut. meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan. aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa. Teknik bacaan ini akan . latihan kosa kata. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. membaca pemahaman.

(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. betul dari segi sebutan. Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. (e) Mengesan. intonasi. atau melihat judul. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: (a) membaca tinjauan (b) membaca sekilas (c) membaca dangkal 59 Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya. rangka kasar. daftar kata yang terdapat dalam buku. 58 Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. bab. kandungan dan sebagainya. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa. (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. (d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. meneliti indeks. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. dan (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan. (f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai.meningkatkan pemahaman kita. dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan . (c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa. lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

sesuai dengan minat. (h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca. pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. (c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata. Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. (j) Membentuk tabiat gemar membaca.maklumat dan penerangan. jantina. Kedua. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. (f) Menambah minat membaca. (c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur. struktur ayat dan sebagainya. menambah kemahiran memahami. pengalaman. untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. (b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan. (i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa. Pertama. Strategi skimming ini penting kepada . meningkatkan kepantasan membaca. (k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa. ungkapan. 60 (d) Memperkaya bahasa . membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan. (e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif. umur. Ketiga. Melalui bacaan ini. untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.perbendaharaan kata. sikap dan cita-cita pelajar. untuk mendapat halhal tertentu daripada sesuatu bacaan. (b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok. dan menaakul isi bacaan. dan (d) Bahan-bahan yang berbeza. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. (g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas.

pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. seperti bila dan mengapa teks itu ditulis. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. Carilah maklumat tentang pengarang. (c) Untuk mempercepatkan proses scanning. walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ¶skim·. Kecepatan membuat skiming ini. 61 (e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan ² anda akan dapati idea yang penting dan fakta. apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya. SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. (b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. (d) Semasa membaca perenggan pertama. (c) Bacalah perenggan pertama. dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti ² di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. (b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah. tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. fokus perhatian anda di tengahtengah . cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. teknikal dan sebagainya. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil. ¶Konteks· ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpu an mental.

Cerakinan. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Walau bagaimanapun. kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. kaedah. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda. cerakinan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan.kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. 62 Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN · Pendekatan Binaan. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa · Kaedah Pandang Sebut · Kaedah Abjad · Kaedah Fonik Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut. untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca Hasil Pembelajaran 1. Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. kaedah abjad dan kaedah fonik Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa 63 Kerangka konsep PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis.1 Menghuraikan kemahiran bahasa. Kemudian perkataan akan . Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. pendekatan. Dalam pengajaran kemahiran membaca. komunikatif dan pengalaman bahasa.

dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal . Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsurunsur yang besar. Abjad dan Fonik 64 pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan. dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut. Jadi. Cerakinan. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.membentuk ayat. murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan. Pengajaran kemahiran membaca mengikut Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : · Binaan · Cerakinan · Komunikatif · Pengalaman bahasa Kaedah Bacaan · Pandang Sebut · Abjad · Fonik Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan. kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca.

pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Pada peringkat interpretasi & inferens. Kesimpulannya. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Bagi setiap peringkat. Sebagai contoh. bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep. tatabahasa. ragam. Sebagai contoh. murid65 murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah.yang positif. pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan . Prinsip pendekatan komunikatif: (a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. iaitu lateral. Dalam sesuatu proses membaca. teater pembaca. (d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi. murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. dan penilaian makna. interpretasi & inferens. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras. susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. laras bahasa. (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. pada peringkat lateral. laporan/ulasan buku dan choral speaking. jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. terdapat tiga peringkat pemahaman. (b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana. (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar. (c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut. grafik. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita.

Antara kaedah pengajaran membaca ialah: Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. 66 Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar.sebelum aktiviti membaca. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek. dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca. Menurut Juriah Long et. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.al. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Semasa kad diimbaskan. mereka perlu mengenali banyak lambang. Mengikut kaedah ini. Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH PANDANG SEBUT Menyebut Perkataan Mencerakinkan perkataan dan kata Membina dan membaca ayat Membaca ayat latiha n 67 .

huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000). perkataan dan frasa Membaca ayat latiha n 68 Kaedah Fonik . Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH ABJAD Menyebut nama huruf abjad a ² z. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ¶a· hingga ¶z· mengikut susunan. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya. Dalam kaedah ini. huruf besar dan kecil Menyebut suku kata V dan KV Mengeja suku kata. huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et. o.al. biasanya. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula. maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja.Kaedah Abjad Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad. e. pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. i. Setelah murid menghafal semua nama huruf.

Review. tatacerita dan teater pembaca. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.Recite (3R).Learn. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid. diikuti dengan pengenalan huruf konsonan. justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. RADAR. pembentukan suku kata. dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Review.What. Keberkesanan pengajaran . Recite(SQ3R). Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca. Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya.(KWLH). Read. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . KWLH. Selamat mencuba dan berjaya! Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH FONETIK latiha n Membunyi kan huruf dan asosiasi dengan Membatan g suku kata dan perkataan Membaca frasa dan ayat 69 Tajuk 8 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Know. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid. Read. dan lainlain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca.Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya.How. Question.

Recite (3R).How. lakaran grafik.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Read. tajuk-tajuk kecil. Recite(SQ3R). (b) Tatacerita (c) Bimbingan Menjangka. Teater Pembaca · Bimbingan Menjangka. Read.Learn.Baca R (recite) . 70 Kerangka konsep Survey. Review. SQ3R adalah singkatan bagi. · Teater Pembaca Teknik . Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Hasil Pembelajaran 1. Review.Baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Question. membaca perenggan pengenalan. Read. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perlu diselesaikan. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar. (b) Know. (c) (KWLH). gambar-gambar atau ilustrasi. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey. Question.What.Tinjau Q (question) .bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. Review.Soal/tanya R (read) .Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) . Recite (SQ3R) 1. dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. S (survey) . dan lain-lain (a) Lingkaran Soalan.

KWLH . melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih). pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui.Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R.Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan . Setelah selesai membaca. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) .Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) . Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Learn.Tatacerita . Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca 71 Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui Teknik membaca kritis. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan. How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know) . Lingkaran Soalan. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan . Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Ketika membaca.Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) . Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. What. Knowledge. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

A ² Pelajar menerangkan bagaimana konsep . gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau 73 suasana cerita. tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. Discuss. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) . menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep. pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH. idea atau tempat. Langkah pelaksanaan (a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan. Lima langkah RADAR ialah: R ² Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Penggunaan suara. R ² Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. Analogize.apa yang dibaca. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan ma klumat lain. D ² Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang.Berbincang A( Apply) . A ² Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. Dalam konteks pengajaran. (b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon. Read. . dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat 72 tambahan. Apply.Membaca A (Analogize) . nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. idea. barang.Menganalogi D(Discuss) .Mengaplikasi R(Review/Research) . barang.Menyemak/ Menyelidik Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. (c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. sebutan. idea atau tempat. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul.

gerak laku dan kawalan mata. penguasaan kemahiran mendengar. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan. TEKNIK BERCERIT A Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan. perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. dan (g) Sediakan kad-kad perkataan. dan (h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu. (f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. . kemuncak dan kesudahan cerita. (e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. (e) Lakukan latihan. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman.(d) Pembaca dapat membaca dengan baik. frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang henda k disampaikan. membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. kecerdasan dan minat murid-murid. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. (f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan. bertutur. 74 (d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Selain itu. suara. (c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa. nada dan intonasi yang sesuai. Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur. (g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. (b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful