KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ´ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.µ

Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

membaca. rohani. sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Pada peringkat ini. dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek. seperti kata pepatah Melayu. melentur buluh biarlah dari rebungnya. selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.2 KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek.di atas.fsktm.edu. (http//:www. ( Abdullah Hasan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula. Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. Bagi mencapai matlamat ini. sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.my). Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur).( Roselan Baki. dan menulis.um. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. mengandungi . emosi mahupun jasmani.1996). myais. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. 1.2003). emosi. dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. rohani.

dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki. senarai kemahiran berbahasa. penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan. dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. tatabahasa. menulis. sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang . tatabahasa.2. Nuraini Yusoff.2003). dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur. dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian. 1.2003). Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini. Madya Dr. contoh-contoh peribahasa. peribahasa. mingguan. Oleh itu. bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. penjodoh bilangan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). membaca. dan harian di dalam bilik darjah (Prof. guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah.1 MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.perincian.

Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan. adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari. . Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai ¶roh· dan semangat Falsafah Pendidikan Negara.2 OBJEKTIF Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Negara. setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran.2. Jika ia mempunyai kaitan. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. murid-murid dapat: Mendengar.berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. berketerampilan dan berakhlak mulia. 1. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

penilaian. 1. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi. dan Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid (Roselan Baki. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. berinteraksi dan berfikir. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu. pengayaan. beberapa kemahiran dapat dukuasai serentak. 1. Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai. Namun demikian. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan. penyerapan.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KAITANNYA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Fasafah Pendidikan Negara dengan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi. Kemahiran- .2003). Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan.1 PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. Melalui proses ini. dan pemulihan. terlebih dahulu ingin saya jelaskan apakah bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains. dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. kad-kad kerja.3. unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Sejarah.3. keupayaan.4 PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan lebih sukar. dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Murid ini hendaklah diberikan bahan-bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.3. sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa. 1. bahan maujud. carta. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan. bakat. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. permainan. Matematik. 1. 1.5 PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.3. dan lain-lain.3 PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan. atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.kemahiran boleh digabungjalinkan. alat permainan. 1. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad. dan minat.2 PENYERAPAN Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang .

sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Dengan cara yang sedemikian. selain mengetahui tahap pencapaian.1996). Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu proses yang berterusan. . segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan. penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. Oleh itu. Oleh itu. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid. saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Dengan kemahirankemahiran asas yang teguh dan mampat. Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti diatas. menulis dan mengira. matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri. apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat perkaitan antara sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Negara?. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca. KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat.

Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Dengan ini.KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Sehubungan dengan itu. Seterusnya. rohani. unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek. maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. emosi dan jasmani akan tercapai. . Oleh itu. KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu. KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful