MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN (KOHESIF DAN KOHERENS) Wacana
Pengertian Perkataan Wacana i Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti: Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah i Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bererti: Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

i

Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan/penulisan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Intihanya, wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat, seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
W acana

Ayat

K la u s a

Fra sa

K a ta

M o r fe m

Fo n em

Rajah 1. Hierarki Unit-Unit Bahasa.
spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m.s. 26

novel. ucapan. ´Kenapa bising sangat?µ. Kawan-kawan saya yang lain telah pergi ke Pasaraya Giant. surat. Kami ternampak seorang perempuan tua. Tiba-tiba kedengaran jeritan ´Tolong! Tolong!Tolong«!µ . Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat. iaitu bentuk lisan dan tulisan. Kami seronok bermain di dalam tasik itu. Dua orang kawan saya telah pergi ke perpustakaan. kata. dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang bersinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran yang utuh. ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan. sebuah karangan. pidato. frasa. Cuaca yang panas. ialah ayat tanya tetapi apabila dilihat dalam konteks di dalam bilik darjah. Wacana boleh terdiri daripada satu ayat dengan mengamil kira kaitan antara konteks dengan fungsi penggunaannya. Contoh wacana dalam bentuk tulisan ialah laporan. Teliti petikan-petikan berikut: Pada hari minggu yang lalu.s. Tahun depan kami akan ke zoo negara. cerpen. sejumlah ayat. sebuah buku ataupun satu siri buku. Hal ini demikian kerana menerusi keutuhan ini. Kami puas hati dengan lawatan kami. forum dan dialog. rencana. kelas kami telah melawat ke Perpustakaan.MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana. klausa. Kami amat seronok bermain di pasaraya. dari segi struktur. iaitu guru memerintahkan murid-muridnya supaya senyap. 27 . Beliau lihat kecemasan« spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m. terutamanya. « « Cuaca hari itu amat baik sekali. khutbah. dan puisi. Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah ceramah. unsur-unsur bahasa. ayat ini ayat perintah. satu bab. Perpustakaan sangat besar. Kami akan berangkat balik pada pukul 5 petang. satu perenggan. aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek lebih luas. Terdapat dua bentuk wacana. Contoh. dan air yang dingin menyegarkan diriku. Dalam wacana.

Jika wacana adalah dalam bentuk lisan. Keutuhan dapat dianalisis daripad wujudnya atau tidak hubungan daripada aspek (a) semantik. Keutuhan. dan (c) gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Terdapat dua aspek penting keutuhan. wacana dalam bentuk surat rasmi akan digunakan Tujuan juga berkaitan dengan retorik. Contohnya. manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut. kita akan menulis wacana berkenaan dalam bentuk rencana. Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. jikalau kita hendak menggambarkan sesuatu. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menganjurkan majlis ini.MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 « Pada hari minggu yang lalu. orang ramai telah membanjiri padang sekolah. mengutarakan bantahan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. iaitu (a) Koherens [runtutan/kesinambungan idea]. Maklumat. Contonya. 28 . kita menggunakan ayat tanya. Ketika saya tiba. Saya dan ibubapa saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta.s. hubungan Penutur-Pendengar terhasil. Tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan guru. iaitu teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan. sekolah saya telah mengadakan Majlis Hari Keluarga. hubungan PenulisPembaca pula terhasil. iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Hubungan ini dapat dikaitkan dengan tujuan dan penerimaan seseuatu wacana. Setiap wacana mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan. retorik penghujahan Hubungan Penghasil Wacana Dengan Khalayak. Semua tetamu yang hadir berwajah ceria« Ciri-Ciri Wacana Sebagai unit bahasa yang lengkap. Hubungan penghasil dengan khalayak juga menentukan pilihan laras bahasa yang digunakan oleh penghasil. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya. Keutuhan terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Contohnya. andainya. wacana mempunyai ciri-ciri penting berikut:  tujuan  hubunan penghasil wacana dengan khalayak  keutuhan susunan [berturutan]  maklumat [mengandungi maklumat baharu dan tiada maklumat yang bertentangan] Tujuan. Sesuatu wacana tidak seharusnya spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m. andainya kita hendak memberi ulasan tentang isu-isu semasa. wacana berbentuk tulisan. meyakinkan khalaysak. Tujuan juga menentukan bentuk wacana yang digunakan. sekiranya kita hendak mendapatkan maklumat. retorik pemerikan digunakan. (b) leksikal. dan (b) Kohesi [tautan/kerasian hubungan]. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu jaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat.

Jika penggunaannya tidak tepat. Contohnya. Ali dan adiknya pulang ke kampung 2. Penggunaan penanda wacana mempengaruhi kohesi dan koherens sesuatu wacana. dan perenggan dengan perenggan. Kohesi juga dikenali sebagai ´organisasi sintaktikµ sesebuah wacana.s. Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. penanda wacana digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat. Pengertian Koherens Koheren atau runtutan. Dia sentiasa ponteng dan tidak mematuhi peraturan sekolah. Maka perlu berlaku penyesuaian. Oleh demikian. penggunaan bahasa spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m. dengan perkataan. hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Pengertian Kohesi Kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Contoh ayat kohesi 1. wacana yang dihasilkan kurang atau tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Kesinambungan idea terjalin melalui perkataan/frasa  Ayat 1 : teknologi maklumat  Ayat 2 : bahasa asas. teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh negara. merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna Contoh petikan yang berkoheren.µ Pengertian Penanda Wacana Perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea. tersebar luas ke seluruh dunia  Ayat 3 : berlaku penyesuaian. 29 . ´Pelajar itu amat berdisiplin. Kohesi merupakan hubungan antara dua ayat di dalam sesebuah wacana. Keserasian lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan. Namun begitu. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya * Kohesi antara ayat (1) dan (2) wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana.ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama.MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 mempunyai maklumat yang bertentangan. iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris. frasa atau ayat. Tuntasnya.

Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. asepk leksikal dan aspek gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Hubungan ini bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. keutuhan wacana dapat disemak/dianalisi daripada wujudnya hubungan daripada asepk semantik. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana.µ hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan. Ombak besar itu mengorkbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta-benda. Saya tidak mahu terlibat dalam kemalangan. unsur pujukan dan cara penyampaian laras bahasa iklan membolehkan seseorang memahami wacana tersebut walaupun ayatnya terputus-putus.µ m. Keluarga yang stabil. Hubungan Wacana Daripada Aspek Leksikal. Tampaknya dia memang gemar termenung.µ hubungan latar dan kesimpulan. misalnya: ´Pelajar itu rajin berusaha. Misalnya. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara. Dalam tulisan. kesenyapan. keseluruhan wacana. dan berdaya tahan. dan nada suara./?µ [intonasi.µ hubungan syarat dan hasil. contohnya: ´Soalan analisis ayat susah. keluarga yang porak-poranda bukan sahaja menimbulkan masalah sosial. misalnya: ´Semalam dia termenung. y y situasi wacana yang akan menentukan laras bahasa yang digunakan. hentian. Misalnya. contohnya: ´Rakyat harus tekun bekerja. kukuh. 30 spw/jpm/mbm/kpki1/2011 . Contohnya.µ hubungan sebab dan hasil. intonasi. situasi sesuatu wacana. Sebaliknya. aspek kohesi dan aspek koherens perlu dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran penulisan. Hubungan Wacana Daripada Aspek Semantik. misalnya: ´Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Hubungan semantik antara bahagian wacana dapat diperincikan seperti berikut: y y y y y y y y y hubungan sebab dan akibat. kesenyapan]. keadaan air muka dan bahasa badan. alat-alat ini termasuklah tanda baca.µ [hentian. Hari ini dia termenung lagi. ´Ali menulis surat. malah membantutkan pembangunan negara. contohnya: ´Bencana Tsunami sungguh dahsyat. Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.µ hubungan unsur-unsur fonologi. unsur-unsur paralinguistik yang merujuk kepada alat-alat lain yang digunakan dalam memperjelas persembahan wacana.MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 Untuk menghasilkan sesuatu wacana yang utuh. Antaranya. Hubungan leksikal dapat dicapai melalui cara: y dengan mengulang kata yang sama.s. misalnya: ´Halaman rumah Cikgu Hasbullah sentiasa ijau dengan pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Soalan analisis wacana lagi susah. aman. kesatuan topik atau tema.µ hubungan sebab dan tujuan. ´Ibu bapa Ali telah meninggal dunia. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus tanaman. dan sejahtera akan mewujudkan suatu masyarat yang mantap. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. nada].µ hubungan perbandingan. Sehubungan itu. dalam wacana lisan. Hubungan ini dapat diliaht daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. misalnya: ´Saya memandu kereta dengan cermat.

µ dengan memanfaatkan unsur bersambut. dan ayat dengan ayat. merujuk kepada m. misalnya: ´Bersatu kita teguh. justeru. dan puyu.µ [nominal]. ´Pelajar ini sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Elipsis [Penanda Pengguguran] melibatkan pengguguran kata. walau bagaimanapun. oleh yang demikian. oleh itu. Penanda Penghubung yang berfungsi menjalinkan kata dengan kata. malah. Misalnya: ´Jiran kami membeli sebuah kereta baharu. berkaitan dengan.s. namun demikian. kata kerja [verbal]. dengan demikian. selain itu. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi. contohnya: ´Guru mengemukakan soalan. 31 spw/jpm/mbm/kpki1/2011 . begitu juga. Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah. sejajar dengan. kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya. demikian juga. Misalnya: ´Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. dari segi. misalnya: ´Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama [nominal].µ dengan menggunakan antonim. dalam hal ini.µ [verbal]. sungguhpun begitu oleh sebab itu. ´Ini kampung saya. selaras dengan. Hubungan Gramatikal yang boleh dikaji merangkum: y y y y Penanda Rujukan.µ [ganti nama tunjuk]. berhubung dengan. malahan. dan klausa. namun begitu. Penanda Penggantian. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu.µ dengan menggunakan kolokasi.MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 y y y y y dengan menggunakan sinonim. haruan. Hubungan ini bermaksud hubungan daripada aspek tatabahasa. dengan ini. klausa dengan klausa. misalnya: ´Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita.µ dengan menggunakan hiponim.µ [ganti nama diri orang]. bagaimanapun. sebagai hasilnya sehubungan dengan itu. Kami juga membeli sebuah. frasa dengan frasa. tambahan lagi lebih-lebih lagi. Pengguguran ini dilakukan keran pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian dalam wacana. walaupun demikian. frasa atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Pelajar memberi jawapan. seterusnya. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong. PENANDA WACANA Dalam bahasa Melayu. lagipun namun. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembagunan negara. tambahan pula. dengan itu.µ Hubungan Wacana Daripada Aspek Gramatikal. dari aspek. bercerai kita roboh. sebagai akibatnya. di samping itu. Fungsi Sebagai Penanda Contoh Penanda Wacana 01 02 03 04 05 Tambahan Tambahan dan penegasan Pertentangan Sebab dan kesan atau lanjutan Perkaitan selanjutnya. seiring dengan. bahkan. dari sudut. Jadual yang berikut ini memberikan beberapa banyak contoh penanda wacana yang kerap digunakan berserta dengan fungsinya: Bil. Antaranya termasuklah keli. akan tetapi. tilapia. jadi. misalnya: ´Kawasan hutan digondolakn untuk pembangunan.

spw/jpm/mbm/kpki1/2011 m. menarik. mudah-mudahan sebagai pendahuluan. syahadan. sebermula. lama-kelamnaan. sewajarnya. sama juga dengan sebagai contohnya. yang pertama. kedua. akhir kata. Oleh sebab kemahiran ini wajar dikuasai untuk menghasilkan penulisan yang menampakkan wacana yang utuh maka diharapkan para pendidik berupaya mendedahkan kecekapan penggunaan kata penanda wacana kepada para pelajar agar mereka mahir menggunakan kata-kata tersebut. bersebelahan dengan. ketiga. akhirnya di sini. arakian Penanda-penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. secara keseluruhan ringkasnya.s. seperti juga. hal ini bermakna. tentulah. hal ini bermaksud. hal ini bererti. sebagaimana. untuk maksud tersebut. seperti. pada masa ini. alkisah. pendek kata. di samping. secara amnya. secara umumnya sesungguhnya. jelaslah. kemudian daripada itu. misalnya. contohnya iaitu. sebelum ini. dan yang lebih penting dapat menyalurkan idea-idea kepada pembaca dengan jelas. kalakian. KESIMPULAN Kecekapan dan kemahiran menggunakan penanda wacana membolehkan seseorang penulis dapat menyambung pemikiran dan idea secara berkesan. sememangnya. maksudnya semoga. tidak dapat disangkal hatta. serupa dengan. dalam hal yang demikian. moga-moga. sebenarnya. maka. secara ringkas pada umumnya. bertentangan dengan. akhirnya untuk tujuan ini. yakni. setelah itu. dengan kata lain pertama. sementara itu. tidak dapat dinafikan. pertamanya. kemudian. mulanya. selepas itu. selepasa itu.MBM/KPKI1-2001/Penulisan_Slot 5 Bil. sekali peristiwa. beberapa minit kemudian. sebagai kesimpulan. sebagai permulaan. tegasnya. berdekatan dengan lain halnya. kemudian. sebagai mukadimah kesimpulannya. jelas. sesuai dengan. pada mulanya. nyatalah. di sana. pada waktu yang sama. hal ini membawa pengertian. adapun. lambat-laun. berhampiran dengan. sebagai penutup. sebagai rumusan. sebagai contoh. Fungsi Sebagai Penanda Contoh Penanda Wacana 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Waktu Tempat Perbandingan Contoh Penyataan semula Urutan Tujuan dan maksud Harapan Pendahuluan Rumusan Singkatan Generalisasi Penekanan atau penegasan Bahasa klasik sebelum itu. 32 . pastilah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful