Sistem integumentari(kulit) - Presentation Transcript

1. SISTEM INTEGUMENTARI(KULIT) 2. o Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Ia merupakan organ manusia yang paling besar yang memiliki berat sekitar enam paun. Kulit bertindak sebagai rintangan di antara persekitaraan luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah. Kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia. 3. o Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi . Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma . 4. Antara kepentingannya ialah: o Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas. o Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap. Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa. Enzim-enzim boleh menjalankan fungsinya dengan optimum

o o 5. 6.

Lapisan epidermis o Tidak mempunyai saluran darah , bergantung kepada bekalan darah daripada dermis. 4 Lapisan sel-sel epidermis yang nyata iaitu: Lapisan germinatif ( Malphigi ) Lapisan granul Lapisan jernih Lapisan terkematu

o o o o 7.

Lapisan germinatif o Lapisan yang paling bawah pada epidermis. Sel-sel lapisan germinatif merupakan sel yang aktif membahagi. Hasil pembahagian sel-sel germanitif ini akan tersesar keluar ke arah permukaan di atas lapisan germinatif. Lapisan yang keluar ini merupakan lapisan granul.

8.

Lapisan granul

10. Kelenjar o Antara kelenjar yang terdapat dalam dermis ialah:   Kelenjar peluh Kelenjar sebum Reseptor sentuhan Reseptor Suhu atau termoreseptor Reseptor tekanan 14. Lapisan jernih o Lapisan ini berada di atas lapisan granul. 12. Fungsi kulit o Antara fungsi kulit ialah:   Perlindungan Mencegah dehidrasi . 15. Reseptor o Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah:    13. Sel-sel ini akan mati apabila bekalan darah tidak diterima atau tidak mencukupi. Sel-sel ini merupakan bekas sel-sel jernih iaitu sel-sel tanduk yang pipih dan telah mati akibat tidak menerima bekalan darah. Pada dermis juga. Granul ini terdiri daripada keratin. Bentuk sel-sel jernih ini juga.o Lapisan ini berada di atas lapisan germinatif. Lapisan ini berfungsi untuk membentuk penutup luar iaitu untuk melindungi kulit. Sel-sel lapisan ini sama seperti kepingan nipis yang sentiasa digugurkan dan diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam lapisan terkematu 11. terdapat akar rambut. Sel-sel lapisan granul merupakan sel-sel yang sukar diwarnakan. Lapisan lemak subkulitan o Lapisan ini merupakan lapisan penebat haba. 9. Lapisan terkematu o Lapisan ini berada di atas lapisan jernih. Terdapat juga otot-otot dan kelenjar tertentu berfungsi untuk kawalaturan homeostasis. Lapisan dermis o Lapisan dermis merupakan lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari darah. Sel-sel lapisan germinatif mempunyai banyak granul. Lapisan ini juga menempatkan reseptor-reseptor tertentu. keratin merupakan bahan keras berprotein. akan semakin pipih apabila menjauhi bekalan darah.

ini merupakan perlindungan tahap pertama. seterusnya menukarkannya kepada vitamin D . suhu. Lapisan lemak ini juga merupakan haba. Lapisa penebat n ini merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Menghasilkan bau dan penyamaran o Bau berguna untuk tujuan pertahanan terutama bagi haiwan yang diburu oleh pemangsa. Mencegah dehidrasi o Lapisan berkematu mencegah kehilangan air kepersekitaran. Kawalaturan suhu o Ini adalah proses homeostasis . Sintesis vitamin D o Apabila lapisan kulit ini terdedah kepada sinaran ultraungu. Bau juga bertujuan untuk membeza antara haiwan-haiwan lain. Lapisan ini amat berkesan untuk mencegah kehilangan air . membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran. Menyimpan lemak o Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. 18. Lapisan berkematu yang senantiasa gugur. mampu meniru atau mengikut perubahan warna persekitaran 22. Rangsangan luar o Lapisan kulit atau lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor. sentuhan dan sebagainya. Perlindungan o Lapisan epidermis atau lapisan terkematu merupakan lapisan perlindungan daripada kemasukan bakteria. menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada kulit. 19. Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan. Reseptor-reseptor ini boleh mengesan pelbagai rangsang seperti tekanan. 20. sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor. 17. 21.     Rangsangan luar Menyimpan lemak Sintesis Vitamin D Menghasilkan bau dan penyamaran Kawalaturan suhu 16.

tapi kalau bahasa mudahnya. dalam ruang yang terhad ini saya terangkan secara ringkas sahaja.Sistem Integumentari (Kulit) Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi seluruh badan. saya terpaksa menyemak kembali nota-nota saya berkaitan sistem ini. integumentari hanyalah sistem kulit kita yang merangkumi kuku. secara jujur saya katakan. terima kasih ziea kerana mengunjugi blog ini dan bertanyakan tentang integumentari. Peluh adalah bahan kumuh yang dikeluarkan oleh kulit. sistem integumentari amat penting kepada tubuh badan seseorang dalam apa jua aktiviti dan keadaan. membantu mengatur suhu dan mengawal kehilangan air dari tubuh dan mempunyai sedikit kemampuan rembesan. walaupun nampak mudah dan ringkas. sukatan pelajaran PJK di sekolah tidaklah terlalu khusus membincangkan sistem ini. di dalmnya terdapat hujung saraf taktil. Kulit mempunyai banyak fungsi. Kulit menutupi dan melindungi permukaan tubuh dan bersambung dengan membrane mulkosa yang melapisi rongga-rongga dan orifis masuk ke permukaan. bertindak sebagai pelindung otot dan organ-organ yang lain. kulit merupakan organ homeostasis yang penting. liang-liang roma. almaklumlah. ia merupakan organ manusia paling besar dengan beratnya sekitar enam paun. rambut dan kulit itu sendiri. Kulit mempunyai dua lapisan iaitu dermis dan epidermis sistem integumentari kalau dilihat pada perkataannya. ramai yang tertanya-tanya apa itu integumentari. bulu. .. merembes dan menyerap.

homeostasis merujuk kepada pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. sistem integumentari juga akan turut memainkan peranannya. . kulit mempunyai beberpa lapisan dan antara fungsi-fungsinya ialah: *sebagai perlindungan *pencegah dehidrasi *rangsangan luar *setor menyimpan lemak *sistesis vitamin D *menghasilkan bau dan penyamaran *mengawal atur suhu badan semasa kita melakukan aktiviti pasif atau berat seperti bersukan dan bekerja. *lapisan tadi juga bertindak mencegah kehilangan air (dehidrasi) dari badan ke persekitaran. ini adalah salah satu konsep yang paling penting dalam biologi. antaranya: *lapisan epidermis akan melindungi badan daripada kemasukan bakteria. lapisan ini akan sentiasa tertanggal dan gugur dari badan. menyebabkan bakteria sukar membiak.

kekeringan dan juga sinaran ultralembayung (UV). 5 mm atau lebih pada kawasan seperti tapak kaki. tetapi juga organ kompleks yang terdiri daripada pelbagai sel tertentu. 1. serangan bacteria.5 mm pada permukaan lembut seperti kelopak mata. ‡ Ketebalan kulit adalah berbeza. sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor dan seterusnya akan menukarnya kepada vitamin D. beberapa bahan organik dan air bagi mengekalkan keseimbangan metabolik dalam tubuh. ini adalah lapisan yang kaya dengan lemak dan bertindak sebagai penebat. ‡ Perkumuhan beberapa bahan seperti garam. kira-kira 0. ‡ Mengesan rangsangan atau kederiaan. *di kulit juga terdapat kilang peluh yang mengeluarkan peluh pada waktu-waktu tertentu seperti ketika bersukan. ‡ Keimunan (pelalian) yang dihasilkan sebum yang mampu bertindak sebagai pelindung pada permukaan kulit dan menghalang pertumbuhan bakteria. ‡ Mengekalkan suhu tubuh agar sentiasa normal. ‡ Kulit juga terdiri daripada kelenjar peluh. *lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. ‡ Kulit terbahagi kepada dua bahagian lapisan utama iaitu epidermis dan dermis. dan salur darah. *apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ultraungu. ‡ Dermis mengandungi beribu-ribu sensori yang peka dengan sentuhan. sentuhan dan tekanan. Fungsi kulit : ‡ Pelindung tisu-tisu tubuh daripada kecederaan fizikal. Struktur dan fungsinya Struktur kulit : ‡ Kulit adalah tipis. ‡ Di bawah dermis. ini akan mengimbangi suhu badan. kalis air. sentuhan dan sebagainya.*lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor membolehkan ia mengesan pelbagai rangsangan seperti tekanan. iaitu rasa sakit. sejuk. panas. suhu. ‡ Pelinciran iaitu banyak mengandungi kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan rambut dan kulit. terdapat lapisan yang dipanggil lemak bawah kulit (subcutaneous fat) ‡ Lapisan ini mengandungi tisu-tisu areolar (kelenjar peluh) dan tisu adipos (tisu lemak). .

Struktur kulit : a) Epidermis : ‡ Epithelium berlapis. o Stratum lusidum : i Selnya mempunyai garisan jelas tetapi tiada nukleus. ‡ Pigmen : o Melanin. akar kuku dan badan kuku. amat rintang terhadap perubahan kimia. Kuku : ‡ Plat terkeras korneum berkeratin di permukaan bahagian distal falanks. datar. ‡ Lapisan epidermal : o Stratum korneum : i selnya tipis. ‡ Purata pertumbuhan kuku jari ialah 1 mm seminggu Rambut : ‡ Ialah struktur berkeratin yang panjang yang berkembang daripada ivaginasi epithelium epidermis. ‡ Epidermis tidak mempunyai sebarang pembuluh darah. o Melanin melindungi tubuh daripada cahaya ultraungu. karotena . ‡ Sejumlah lapisan sel yang disusun pada dua zon yang jelas kelihatan. membantu dalam penyejatan peluh. o Stratum basal : i Sel basal yang terdapat dalam stratum basal terus menerus menghasilkan sel epidermis yang baru. o Stratum granulosum : i Sel yang jelas mengandungi nucleus dan diistilahkan sebagai granulosum. melanoid. i Sel ini disusun dengan teratur. ‡ Melindungi bahagian hujung digit yang sensitif. mengawal atur suhu tubuh. ‡ Di atas permukaan epidermis terdapat garisan dan lekukan yang berhubung dengan papilari dermis di bawahnya. o Melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit epidermis disimpan dalam stratum basal. dan kalis air. dan sebagai organ deria. ‡ Setiap plat kuku terdiri daripada dua bahagian. seperti sisik. ‡ Ia berfungsi sebagai alat perlindungan kepada tubuh. i Sel yang lebih superficial menjadi lapisan tak hidup yang disebut keratin. i Keratin ialah protein berserat yang kuat. dan berdasarkan ini kajian cap jari dilakukan. hemaglobin terturun dan oksihemoglobin memberi warna kulit. ‡ Terdapat tiga jenis rambut : . ‡ Duktus kelenjar peluh menembusi epidermis dan mendampingi rerambut. berderet dan rapat. iaitu zon tanduk dan selapis zon germinal. Garis ini berbeza-beza.

ia bertindak balas terhadap pergerakan putaran. dengan lapisan dinding berpundi. o Rambut velus (rambut sekunder) : i Tumbuh selepas bayi dilahirkan. akan tanggal sebelum lahir. biasanya pada atas dermis atau bawah epidermis. o Saraf penghujung bebas (free nerve endings) i Bercabang. dan berdekatan dengan sendi dan otot. o Di dalam kapsul sendi. kelopak mata dan kulit kepala. ‡ Korpuskel Ruffini o Reseptor berkapsul di dalam kulit dan dalaman yang bertindak balas terhadap sentuhan berterusan dan tekanan. i Peka dengan sentuhan lembut dan tekanan rendah. o Rambut terminal : i Terdapat di aksila (ketiak) dan kawasan pubik (di atas genitalia eksternal). reseptor berselaput terletak jauh ke bawah dalam dermis. i Ia dikawal oleh hormon seks. o Cakera Merkel i Reseptor tidak berkapsul. terutamanya pada kawasan tidak berambut.o Rambut lanugo (rambut primer): i Ditemui pada fetus. i Ia memberi rangsangan terhadap tekanan ringan. kecuali yang terdapat di bulu kening. sentuhan ringan. o Korpusel Meissner i Saraf penghujung yang berkapsul dalam dermis atas. . i Pada lelaki rambut ini terdapat di muka dan bahagian dada. bibir dan kelopak mata. b) Dermis / korium ‡ purata ketebalan 1. terutama pada tapak tangan.0mm ‡ dermal papillae ‡ cantum epidermis ke tisu di bawahnya ‡ ketumpatan tisu penyambung tidak seragam ‡ sel-sel otot ‡ mempunyai sel saraf ‡ salur darah ‡ folikel rambut ‡ kelenjar ‡ Daya sentuhan : o Mikrosensor : pengujung sel saraf halus. ‡ Korpuskel Pacinian o Besar. o Ia menerima rangsangan pada tekanan yang lebih kuat. tapak kaki.0-2. tekanan dan kesakitan. biasanya tidak berselaput bagi sensori suhu.

o Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkatkan pengeluaran haba daripada tubuh secara sinaran. Peluh : ‡ Campuran air. tapak tangan dan tapak kaki.2. Keratin dapat mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui penyejatan. o Pada keadaan suhu sekitar yang panas atau selepas senaman berat yang menghasilkan haba tubuh yang berlebihan. garam (natrium klorida) urea.saluran darah di dermis mengalami dilatasi. konduksi dan perolakan. o Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria . ‡ Sebum juga membentuk filem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit. asid askorbik. o Pigmen melanin memberi perlindungan kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya matahari . gula. Ini dapat melindungi tubuh dari kecederaan . tubuh dapat melakukan tindakan refleks terhadap ransangan sakit atau kasar. ‡ Fungsi utama untuk membantu dalam pengawalaturan suhu tubuh dan untuk mengeluarkan beberapa bahan kumuhan . bertindak sebagai lapisan pelindung daripada kerosakkan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa (wear and tear) dan juga daripada kemasukan organism. o Ini menyebabkan aliran darah yang banyak ke permukaan kulit. o Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui penyejatan peluh. o Dalam persekitaran sejuk. asid urik. o Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit. asid amino. ‡ Penghasilan vitamin D3 .8 °C. ‡ Ransangan utama peluh ialah kepanasan dan emosi. o Keratin juga memberi perlindungan semasa mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan tubuh bengkak dengan air atau semasa mandi dalam air laut yang bergaram menyebabkan tubuh mengecut. ‡ Lapisan kalis air o Keratin bersifat kalis air. Apendaj dan fungsinya : Kelenjar sebum : ‡ Terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan tapak kaki. ammonia. ‡ Pengawalaturan suhu badan o Suhu tubuh manusia ditetapkan pada purata 36. Fungsi kulit dan apendajnya : ‡ Perlindungan o Epidermis terutama lapisan berkeratinnya. aksila. konstriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba. ‡ Berfungsi mencegah rambut daripada menjadi kering dan rapuh. asid laktik. ‡ Perpeluhan yang diransang emosi berlaku di dahi.

. hasil tindak balas cahaya matahari dengan 7-dehidrokolesterol.o Vitamin D3. kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mengalami rikets ( kelembutan pada tulang) ‡ Bertindak sebagai organ reseptor o Ini kerana kulit mengandungi akhiran saraf untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza yang bertindak sebagai organ reseptor yang berhubung lansung dengan persekitaran. ‡ Pengenalpastian diri o Corak rabung papilari yang unik pada setiap individu digunakan untuk mengenalpasti seseorang individu. iaitu kolekalsiferol dihasilkan di kulit. o Tanpa vitamin D3 daripada sumber lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful