http://tuanmat.tripod.com/demokrasi.html TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia 1.

Pengenalan Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanakkanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahan–kemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia. 2. Definisi Pendemokrasian Pendidikan Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi

Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan. etnik. Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia Pendidikan Rendah Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di Malaysia.dan gender sekurang-kurang sekurangkurangnya hingga ke tingkatan tiga. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. kelas atau status.untuk mencapai misi pendidikan negara. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat.Pendidikan Menengah Seterusnya. Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik . 4. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolah–sekolah dibezakan mengikut kaum. Di Malaysia. Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang. 3. pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurangkurangnya enam tahun. Mulai 1999. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima. peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya. kurikulum dan lokaliti.

7.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi semasa. sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan. 5.Bantuan dan Peruntukan Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang kebanyakkannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain dari itu. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000. Selain dari itu. 6. Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat . Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri.mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4. Kesemua sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan.Pendidikan Khas Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama. 8.Sekolah Berasrama . serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid terutamanya . skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibubapanya rendah.

Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman.497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6. Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1. Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan yang bukan dari bidang perguruan untuk menjadi guru bagi menjamin bekalan guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa. Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki. menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia. berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima latihan terus di maktabmaktab perguruan bagi menjamin guru-guru yang mencukupi disekolahsekolah. Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun. pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa. membaikpulih. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996. 9.Pendidikan Tinggi Dibidang–bidang pengajian tinggi. Bagi guru berijazah. peluang-peluang pendidikan telah . 10. Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Kemudahan–kemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar. Seterusnya sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status asalnya Institut Pendidikan sultan Idris khusus untuk perkembangan bidang latihan keguruan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan 198 sekolah baru.diluar bandar dengan menyediakan progran-program kesihatan.2 billion. Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. manakala 420 lagi projek sekolah menengah membabitkan pembinaan 160 sekolah baru. mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di sekolah-sekolah menengah.Tenaga Pengajar terlatih Kekurangan guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan.

Universiti Teknologi Mara (UiTM). Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar . Universiti Multimedia. Universiti Tenaga Nasional. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris .000 pelajar sepenuh masa manakala dengan . disusuli oleh Institut Teknologi Mara (1967). Universiti Malaysia Sarawak. Australia . Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20. Pelajarpelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah diberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan dan berbentuk biasiswa. Universiti Sains Malaysia (1969). Selain itu. Dalam tahun 1999 sahaja. Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi.Jepun dan Timur tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara. Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Amerika Syarikat. Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam dan institut tinggi swasta merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan hingga ke peringkat tinggi. JPA atau ditaja oleh kerajaan negeri pelajar terbabit. Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina termasuklah Universiti Utara Malaysia. Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara. Universiti –universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah terutamanya daripada aliran Melayu. Institusi-institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961). Universiti Kebangsaan Malaysia (1970). Kanada. Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman . ribuan pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihantar terus belajar di luar negara seperti United Kingdom. 11. Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan mendemokrasikan pendidikan tinggi Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta. Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas.New Zealand .Dasar Liberalisasi Pendidikan Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan . tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim).dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversitiuniversiti .

Senarai Rujukan Amir Hasan Dawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. . Pengisian Misi Pendidikan. ladang-ladang. Kuala Lumpur. Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha memajukan negara selaras dengan hasrat Wawasan 2020. setinggan. Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajarpelajar yang terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan.penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200. 12. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat .000. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya. pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya. Tanjung Malim.Penutup Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia. Hussein Hj. Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan dan Masyarakat. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara. 1999. alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung. Ini akan menjamin mereka supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan masyarakatnya.Cadangan dan Penilaian Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan lancar. Ahmad. Dewan Bahasa dan Pustaka. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkahlangkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi. Quantum Books. Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah. 1999. Kuala Lumpur. agak berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. 13.

Utusan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Di peringkat sekolah pula guru besar memainkan peranan sebagai pentadbir untuk menyediakan keselesaan kepada para pelajarnya agar objektif penbelajaran dan pencapaian pelajar dapat dicapai pada tahap yang memuaskan. Rujukan Internet. Pembentukkan bilik darjah juga amat . 1996. Pendidikan Di Malaysia –Sejarah.tripod. 7 Disember 2001.html TAJUK: Pendemokrasian Pendidikan Dan Kesamaan Peluang 1. 1993. Penyelesaian dan Harapan. Dengan persediaan yang seperti ini mendatangkan keyakinan yang tinggi kepada para ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Kuala Lumpur. Sejauh mana keselesaan tersedia dan suasana yang dapat merangsang pembelajaran murid maka sejauh itulah tumpuan dan penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Suffean Hussin. http://tuanmat. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 30 November 2001. 1996. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pendidikan. Berita Harian . Kuala Lumpur. Edisi ketiga.Persoalan. Sistem dan Falsafah. Inilah harapan yang menjadi impian setiap ibu bapa dan pihak sekolah untuk merealisasikan aspirasi yang ditunjangi oleh kerajaan negara kita.0 Sinopsis Isu Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini.com/demokrasi2.Omar Mohd Hashim.

Teori fungsionalisme ini merupakan teori yang mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat. penggunaan bilik darjah sebagai wadah penyampaian ilmu mulai ada penggantinya. wujud suatu jurang pembelajaran yang kita lihat sebagai perkara yang boleh memberi kesan yang sangat ketara terhadap tahap pencapaian pelajar kita berbanding negara lain melibatkan ehwal situasi bilik darjah di Malaysia. Bilik darjah merupakan sebuah tempat yang menempatkan para pelajar untuk mereka menerima dan menimba ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar secara terus. Pada zaman kecanggihan ledakan teknologi maklumat dan penggunaan multimedia terutama dalam bidang perkomputeran. Christine Warner. Mengikut Spencer. Secara umumnya teori fungsionalisme ini telah diperkenalkan oleh Auguste Comte. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Namun tahap yang dapat dicapai melalui pembelajaran sistem ‘online’ ini hanya lebih praktikal kepada pelajar yang senior sahaja terutama di peringkat menengah dan ke atas. teori adalah suatu ringkasan ilmu pengetahuan yang menyediakan panduan untuk melaksanakan penyelidikan dan menginterpretasi informasi yang baru. adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya”. Di Australia. Atas perkara ini.0 Pengenalan Menurut Gelles dan Levine (1995). . Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi. Ini membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2. padang permainan dan sebagainya. sekolah. “dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas. kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif. kita masih lihat kepentingan bilik darjah dalam penyampaian ilmu masih lagi terus relevan kerana pembelajaran dalam bilik darjah adalah lebih mudah dan tidak banyak masalah yang remeh untuk diselesaikan. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain. balai raya. Perbandingan ini meliputi penempatan bilangan pelajar dalam bilik darjah yang mempunyai jumlah pelajar yang terlalu padat dan sesak.bergantung kepada kreativiti seseorang guru yang diberi tugas untuk memegang jawatan guru darjah. Hasilnya dapat kita lihat di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. Dalam usaha pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan suatu sistem pembelajaran yang berkualiti. Herbert Spencer dan Emile Durkheim yang lebih tertumpu dalam bidang biologi.

3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan Mengajar adalah satu tanggungjaqwab yang besar. Tumpuan yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam sesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku mahupun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu.0 Menganalisis Isu 3.1. Golongan ini akan membentuk dua situasi kumpulan yang berbeza dari segi ideologi pembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan. Ia memerlukan persediaan lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang . Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima. Menurut ahli-ahli fungsionalisme. setiap bahagian yang ada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan kehendak mereka sendiri. Akibatnya. 3. 3. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya untuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak. Ini adalah kerana bebarapa faktor yang mempengaruhinya seperti berikut :3. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun menengah. Fungsi ketara ialah fungsi yang menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai seorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang tidak disedari berlaku atau tidak menjangka untuk berlaku. berlakulah pengabaian yang tidak formal terhadap pelajar yang sedia ada dalam kelas tersebut. kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.1. Menurut Robert K.2 Wujud Kumpulan Tertentu Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. 3.1. untuk melihat sejauh mana keberkesanan struktur sosial ini.Merton (1959).Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau tidak berfungsi (disfungsi). dia telah membuat dua perbezaan yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Akhirnya suasana bilik darjah akan menjadi tempat untuk mereka mengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran dengan pendirian mereka dalam pelajaran.1 Analisis Isu Berdasarkan Satu Teori Sosiologi Isu yang dinyatakan dalam keratan akhbar seperti yang dipapar menunjukkan kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar tahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar.1 Guru Kurang Berfungsi Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kumpulan pelajar yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama dan merasa rendah diri terhadap rakan yang lebih baik dari mereka.

sedia ada pada pelajar yang ada dalam kelas terbabit. 5.0 Analisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi Yang Sesuai 5. Ada pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi ekonomi.1 Pendemokrasian Pendidikan Dan Kesamaan Peluang Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluangpeluang yang sama kepada semua lapisan masyarakat. Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kawalan kelas.0 Definisi Satu Daripada Konsep Sosiologi Yang Digunakan Untuk Menganalisis Isu 4.4 Wujudnya Halangan Komunikasi Pelajar pada kebiasaannya akan mengadu hal tentang tidak fahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajarinya. Kesamaan peluang disini memberi maksud pendidikan yang formal yang dipelajari dengan kurikulum yang sama. bilangan kelas yang ramai akan mendatangkan kesan pada mereka kerana wujud rasa malu untuk bertanya pada guru sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan lain memahami akan pengajaran guru. 3. guru terpaksa untuk mengawal tingkah laku pelajar yang pelbagai latar belakang dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ini bermakna tiada perbezaan peluang antara kaum untuk mendapatkan sumber ilmu sebagai perantaraan untuk memajukan kehidupan mereka. 3.5 Kawalan Kelas Yang Longgar Dengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini. Akibatnya masa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin berkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan. 4. guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Zaman kolonial dahulu.1. Untuk itu. guru akan melangkau kepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja.1. pendidikan tidak dapat dinikmati secara global oleh setiap individu. Pada hari ini semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan gender. pelajar hiperaktif dan sebagainya. kurang berminat terhadap pelajaran.1 Pendemokrasian Pendidikan dan Kesamaan Peluang Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran. Golongan ini juga akan berasa malu untuk bertanya rakan sebaya seperti kumpulan elite tidak mahu berdiskusi dengan pelajar yang lemah dan ini akan mendatangkan kewujudan halangan berkomunikasi antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar sendiri. Peruntukan yang seimbang diperlukan untuk mengimbangi ledakan pendidikan di Malaysia kerana setiap bangsa di negara kita mulai sedar . Kesamaan peluang pula bermaksud setiap individu yang berada di mana-mana pun mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan secara formal tanpa ada pengasingan etnik mahupun peluang. Apabila bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima. telah diberi peluang untuk medapat pendidikan yang serupa. Guru terpaksa mengawal kelas dalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran.

Punca kewujudan permasalahan ini sebenarnya boleh di atasi dengan pihak atasan membina banyak lagi kelas dan sekolah agar kesesakan bilik .akan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi mereka. bilik darjah harus mempunyai suatu suasana yang tenteram selaras dengan jiwa manusia dan tatacara untuk menimba ilmu. Mobiliti sosial berlaku dalam keadaan menegak dalam hirarki ataupun mendatar iaitu dalam kelas sosial yang sama. Oleh itu langkah yang terbaik untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah di negara kita ialah kerajaaan perlu untuk menambah lagi bilangan bilik darjah dan seimbangkan jumlah untuk setiap kelas di bandar-bandar ataupun di desa. Sekolah merupakan ejen kawalan sosial dan bilik darjah pula merupakan tempat pelaksanaan isbat bagi memastikan setiap pelajar dapat menentukan arah pembelajaran yang akan mereka terima sebaiknya. Mobiliti sosial ini boleh berlaku terhadap setiap aliran generasi yang mengisi kehidupan di dunia ini. 5.3 Pendidikan Dan Kawalan Sosial Kawalan sosial bermaksud setiap anggota dalam sesebuah masyarakat dikehendaki untuk menuruti norma-norma yang telah dipersetujui sebagai suatu tatacara yang perlu diikuti. 5.2 Pendidikan Dan Mobiliti Sosial Pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Kepadatan bilik darjah akan mendatangkan kesan di mana pelajar yang pelbagai tingkah laku sukar untuk di kawal secara logistik dan guru terpaksa menggunakan kaedah autokrasi untuk mengawal bilik darjah secara berkesan. Dengan ini pendidikan yang sebaik yang kita ingin lahirkan pada generasi ini akan tercapai objektifnya. peranan bilik darjah sebagai tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting walaupun kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan penggunaan penggunaan komputer sebagai alat penyampaian ilmu terkini. Untuk menghasilkan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. pihak yang bertanggungjawab haruslah peka dalam menyediakan infrasrtuktur dalam bilik darjah dan pembuat polisi pula haruslah menentukan kaedah penetapan yang perlu dalam meletakkan para pelajar agar kesesakan tidak berlaku dan pembelajaran yang lebih efisien dapat dicanang selaras dengan keinginan Perdana Menteri kita yang menginginkan sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan secara realistik. Jika tidak isbat (tindakan yang akan dikenakan) secara positif seperti pujian dan galakan atau secara negatif seperti hukuman dan dendaan. Perbezaan stratifikasi sosial di kalangan pelajar memberi kesan terhadap pembelajaran yang diterima kerana setiap individu mempunyai latar belakang yang berbeza antara satu sama lain.0 Rumusan Dan Cadangan Tentang Isu Daripada apa yang telah dibincangkan tadi. 6. Justeru. Dengan sesaknya bilangan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah lebih banyak masalah sosial yang di dapati dari segi norma dan tingkah laku. Kesan yang paling ketara dalam mobiliti sosial ini ialah kepelbagaian tingkah laku dan latar belakang pelajar memberi impak kepada penerimaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Nurin Enterprise. Dengan ini masalah yang berbangkit akan dapat di atasi dan ini menyebabkan wujudnya sebuah bilik darjah yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang seperti yang kita lihat pada negara maju masa kini. London. Kaedah ini memerlukan setiap sekolah mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Social Relations In A Secondary. Apa yang penting tujuan dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu harus dimulakan melalui sesi pembelajaran di bilik darjah yang lebih efisien dan fungsional. Tanjung Malim. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka Prof.1975. Petaling Jaya. Dalam sistem tersebut menyatakan perlunya sekolah berfungsi sepenuhnya secara langsung atau tidak langsung untuk membantu para pelajar menggunakan fungsi keinteletualan dan fungsi sosial dalam bilik darjah agar dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran. Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Pendidikan formal di Malaysia dilaksanakan dengan berpandu kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. 1975. Isu Pendidikan Di Malaysia. Pendidikan : Hari ini Untuk Hari Esok. 1985. Bhd. Permasalahan seperti ini sepatutnya di atasi dengan kadar segera agar para pelajar khususnya dapat menumpukan aktiviti pembelajaran sepenuhnya dengan tumpuan maksima dan para pendidik juga dapat menyalurkan sumber ilmu dengan keadaan yang selesa serta mempu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Quantom Books. Al. Ampang / Ulu Kelang. Salleh Lebar. pendekatan bilik darjah perlu diubah tambah bagi memastikan keselesaan dalam bilik darjah di atasi selari dengan kehendak masyarakat yang berfungsi dalam sebuah kelas. 2001. Olive Banks ( Terjemahan Oleh Robiah Sidin Dan Zaiton Sidin ). Penteorian Sosiologi Pendidikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1992. Selain daripada itu. Dr Ibrahim Saad. London : Geoge Allen And Unwin. Mohd. Ampang / Ulu Kelang.darjah dapat di atasi sebaiknya. Haji Hamdan B Sheikh Tahir. Ramaiah. 1986. Selain itu agihan pelajar perlu untuk setiap sekolah dalam daerah-daerah atau negeri-negeri seluruhnya. RUJUKAN Amir Hassan Dawi. Routledge And Kegan Paul. The Sociology of Education : An Introduction. Madya Dr . Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia. . Selangor. Hargreaves D . Sosiologi Pendidikan. IBS Buku Sdn. Ivor Morrish. 1992. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. 1987. Apa yang paling penting ialah hasil yang akan di dapati pada akhirnya membawa input yang besar kepada generasi penentu negara pada masa akan datang. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Selangor. http://www.Omar Mohd. agama dan bangsa. Ampang / Ulu Kelang. agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Hashim. kedudukan. Mohd. negara atau di peringkat dunia tanpa mengirakaum. Ini membolehkangolongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa membimbangkan tentang masalahkewangan.com/doc/19508219/kesan-pendemokrasian-pendidikan Sarankan kesan pendemokrasian pendidikan yang sesuai dalam pengurusan sesebuah sekolah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara. Program initurut tidak melupakan ataumengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Selain itu. meningkatkan kepekaan sertabersaing dengan arusperkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini. . pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positifkepada golongan kurang berupaya. Melalui pendemokrasian pendidikan ini.meluaskan ilmu pengetahuan. Salleh Lebar. 1999. Thinker Library.scribd. Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistempendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasipendidikan.kanak-kanak daripada golongan buta. serta kanak-kanak ‘down syndrome’ juga diberi . Pengisian Misi Pendidikan. kita dapat memberikan hak yangsama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selarasdengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yanglain baik di dalam daerah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal ini kerana pendemokrasianpendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan sertamasyarakat di Negara kita tanpa mengira status. Hal ini kerana kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bentukbiasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan. negeri. Dengan lain perkataan. cacat pendengaran dan bisu. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat pentingkepada semua lapisan masyarakat di Negara kita. 1998. Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan. Dengan itu bukan sahaja darigolongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu.

tradisi. Ia juga telah dapatdirealisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan.Contohnya.kemudahan dan infrastruktur .peluang untuk mendapat pendidikan seperti yangtermaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita. Dengan itu dapatlah kanak-kanakdaripada golongan istimewa juga dapat menimba ilmu seperti orang lain danseterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasianpendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yangbelajar di sana tanpa mengira kaum. Oleh itupelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-cirikomuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan. dimana sekolah melayu.Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid makaanak-anak murid tersebut tidak dapat . kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknyaterdiri daripada berbilang kaum. Peranan utamasekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dammemeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Sebenarnya. Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positifmalahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelasbercantum. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun darikawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. komputer. latar belakang. Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahanprasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah.asrama. Kemudahan-kemudahan ini bukanhanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turutdisediakan. bahasa dan budaya. tenaga pengajar yang berkualiti. sukandan sebagainya. Kemudahan infrastruktur yanglengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. Tambahan pula. Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum. cinadan india digabungkan menjadi satu.Pusat Sumber Sekolah.

Contohnya.kemudahan dan infrastruktur . sukandan sebagainya. Oleh itupelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-cirikomuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan.asrama. Ini turut menjejaskan prestasi paramurid. Ini akanmenyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar. kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran. Kemudahan-kemudahan ini bukanhanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turutdisediakan. dimana sekolah melayu. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun darikawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahanprasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah. Tambahan pula. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasianpendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yangbelajar di sana tanpa mengira kaum. kaum. bahasa dan budaya. Peranan utamasekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dammemeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ia juga telah dapatdirealisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan.memberi tumpuan yang sepenuhnya semasaproses p&p dijalankan. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikansesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. Maka anak-anak murid tidak dapat belajardalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. komputer. tradisi. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknyaterdiri daripada berbilang kaum.Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapidalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadapsetiap individu di dalam kelas. Kemudahan infrastruktur yanglengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. tenaga pengajar yang berkualiti. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapatmenampung jumlah besar anak murid.Pusat Sumber Sekolah. cinadan india digabungkan menjadi satu. latar belakang. .

Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positifmalahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelasbercantum.Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapidalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadapsetiap individu di dalam kelas. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil.Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid makaanak-anak murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasaproses p&p dijalankan. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. rakyat berpeluang membentuk kerajaan. sejahtera dan stabil. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapatmenampung jumlah besar anak murid. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa .Sebenarnya. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikansesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Ini turut menjejaskan prestasi paramurid. Ini akanmenyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Konsep Demokrasi Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Mereka berhak menyokong. Maka anak-anak murid tidak dapat belajardalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful