Istilah Consosiasional Demokracy ini dipopularkan oleh Arend Lijphart seorang sarjana Denmark.

Arend Lijphart yang berminat di dalam disiplin ini sebelum ini menerbitkan The Politics of accommodation (9168) yang menghususkan kajian demokrasi ini di netherland. Beberapa tahun kemudian beliau meluaskan kajinanya dan menerbitkan pula Democracy in Pluran Society (1977) yang melihat cirri-ciri konsosiasional di luar eropah seperti di Malaysia, Cyprus, Nigeria dan Lebanon. Di dalam tulisan beliau Cosociational Democracy (1969) beliau membezakan demokrasi ini dengan yang terdapat di Anglo-American dan lain-lain Negara eropah. Sebelum itu di dalam tulisannya Comparetive Political system. Gabriel Almond memberikan tiga jenis demokrasi yang diamalkan di barat: Pertam yang bersifat system Anglo-American (seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom) Kedua bersifat (Continental European Political System (seperti di Prancis, german dan Italy) Ketiganya ialah yang bersifat Scandinavian and Low Countries, tetapi tidak menjelaskan dnegan lebih lanjut jenis ketiga ini. Arend Lijphart yenag mengjkaji perkara ini menjelaskan sifat ketiga ini dan menamakannya. Consociational democracy Demokrasi ini memperlihatkan persaingan berbagai kelompok kesan daripada struktur masyarakat yang terlalu terbahagi (segmented). Masyarakat seperti ini memiliki subbudaya yang pelbagai. Masyarakat Negara-negara Scandanavia dan beberapa nehgara eropah berdekatan umpamanya memiliki kelompok-kelompok yang terbahagi kepada suku agama dan kaum. Bagi natherland umpamanya perpecahan utama yang wujud antara kelompok Roman katolik, Dutch Reformed dan lain-lain kelompok Orthodox reformed. Di samping itu terdapat lagi kelompok yang lebih kecil tetapi tetap aktif seperti Mennonites, Lutherans dan Yahidi. Perasaan kekelompokan ini begitu kuat sehingga ia mempengaruhi kuat ikatan mereka di dalam perkembangan politik Negara. Kehadiran kepelbagaian kelompok dan sokongan ini hanya menggagalkan pembentukan sebuah parti yang diungguli oleh sebahagian besar masyarakat. Masyarakat yang terlalu terbahagi sifatnya hanya melahirkan kepelbagaian budaya atau sub-budaya yang kemudiannya menpengaruhi pula budaya politiknya. Budaya politik masyarakat seperti ini bersifat fragmented dan dengan itu persaingan kelihatan sengit, meskipun tidak akan menghasilkan stu pihak yang akan menjadi juara . Kerana terlalu fragmented maka banyak pihak akan mendapat sokongan tetapi masing-masing gagal mendominasi dewan perundangan Negara dan dengan itu gabungan di antara beberapa parti politik tidak dapat dielakkan sebagai langkah untuk membentuk kerajaan. Gabungan dibentuk antara sekurang-kurangnya dua parti, biasanya lebih daripada dua untuk memastikan dominasi dewan perundangan terjamin. Consensus perlu dipupuk

di antara parti-parti berkenaan agar gabungan dapat dibentuk. Dasar dan ideology parti sering menjadi perkiraan di dalam pembentukan gabungan di samping keputusan pilihanraya yang membolehkan majority selesa dibentuk. Dalam mencapai consensus ini accommodation dan bargaining menjadi asas perbincangan. Seperti kata David Apter, The key to consociationali accommodation is elite bargaining. The key to elite bargaining is responsible leadership highly accountable to its community. But the existence of various communitities must not be threatened by consociation. Identities must be preserved” Dengan itu apa yang penting rundingan dan accommodation berjalan, namun identity sesuatu pertubuhan tidak tergugat dengan suatu keputusan tawar menawar itu. Dahrendorf yang kritikal di dalam menerima pendekatan ini menamakan kerjasama anatar elit berlainan kelompok ini sebagai “a cartel of elite’. Mereka berkerjasama tetapi sebenarnya hanya diperingkat elit dan golongan massa bawahan hanya dikaburi denhgan laungan kerjasama, harmoni, tawar menawar dan rundingan tetapi yang untung hanyalah golongan elit. Pandangan pendekatan konflik ini ada benarnya meskipun it tidak juga member alternative yang lebih baik kepada penyelesaian kepada masyarakat yang segmented ini. Mengikut Lijphart dinegara-negara seperti Denmark, Sweden dan Belanda masyarakat adalah begitu terbahagi sekali sifatnya. Kelompok kecil samaada bersifat social atau keagamaan kelihatan banyak bilangannya dan masing-masing memiliki pengikut yang ramai. Pengaruh sifat ini menyerap ke dalam parti politik di mana perbagai parti dibentuk dengan struktur masyarakat demikian berpecah. Setelah pilihanraya diadakan parti-parti ini gagal berkuasa dengan sendiri kerana sokongan rakyat yang tidak tertumpu kepada satu atau dua parti utama, sebaliknya jelas perpecah kepada berbagai parti. Accommodation dan bargaining berjalan sebaik sahaja pilihanraya diadakan sebagai usaha membentuk sebuah kerajaan. Di dalam tulisannya The politics of accommodation Lijphart menulis, Dutch Politics is a politics of accommodation. That is the secret of its success. The term accommodation is here used in the sense of settlement of divisive issues and conflicts where only a minimal exists Accommodation terpaksa dijalankan untuk menyelesaikan persaingan atau tuntutan bertindan antara kelompok. Di dalam proses accommodation ini sudah tentu suatu keputusan mutlak tidak akan dicapai oleh semua pihak. Consensus mutlak juga tidak mungkin akan diperolehi melalui proses ini. Walau bagaimanapun ia sekurangkurangnya memberikan suatu tahap consensus minima yang munasabah bagi semua pihak. Usaha accommodation akan gagal sekiranya sebarang consensus tiada langsung diperolehi. Apa yang penting di dalam masyarakat yang terbahagi seperti ini mereka menerima rule of the game yang bersifat sedemikian.

Mengikut Lijphart lagi. Dutch national Consensus is weak and narrow, but it does contain the crucial component of a widely shared attitude that the existing system ought to be maintained and not be allowed to disintegrate (1975:103) Dengan ini apa yang penting mereka bersaing malah ‘berkonflik’ di dalam mempengaruhi sebarang keputusan tetapi akur dengan system yang mendasari semua peraturan persaingan inji. Elit politik bergerak di atas landasan peraturan ini berusaha mengekalkannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful