Accommodation – Bargaining Dalam Kerangka Demokrasi Persaingan; adalah suatu proses sosial yang dilakukan oleh individu atau

kelompok dalam usahanya mencapai keuntungan tertentu tanpa adanya ancaman atau kekerasan dari para pelaku. Contohnya persaingan antarperusahaan telekomunikasi atau provider dalam menyediakan pelayanan tarif murah pulsa. Accommodation dan bargaining adalah dua kaedah pang popular digunakan di dalam persaingan antara kelompok mahupun individu di dalam arena politik demokrasi. Accommodation dapat diangap sebagai penyelesaian isu-isu serta konflik melalui rundingan untuk mewujudkan suatu konsesus Konsensus yang dibentuk akan menyelesaikan isu atau konflik tersebut. Bargaining pula adalah merupakan usaha tawar menawar yang dibuat diantara pihak yang berkepentingan untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua pihak terlibat. Dua kaedah ini kerap digunakan memandangkan prosesnya yang tidak melibatkan kekerasan dan kelihatan lebih mencerminkan suatu aktiviti social atau politik yang lebih civilized. Bayangkan proses social dan politik yang wujud di zaman pertengahan abad dahulu di mana kekuatan tenaga Fizikal menjadi penentu kekuasaan. Bayangkan juga keadaan alamiah yang digambarkan oleh Thomas Hobbes, zaman savage dan b;arbaric yang digambarkan oleh Lewis Henry Morgan dan juga sifat masyarakat militant gambaran Herbert Spencer (sekadar beberapa contoh). Semuanya menunjukkan keadaan yang tidak bertamadun dan mengenepikan unsure tolak ansur dan rundingan yang sekali gus gagal memelihara kesejahteraan semua pihak. Demokrasi liberal merupakan suatu jenis pemerintahan yang mengutamakan kebebasan rakyat samada untuk bersuara, bergerak, berpendapat mahupun memilih kerajaan. Individu, pertubuhan dan kelompok masyarakat memiliki kebabasan asas. Pertubuhan pendesak mahupun parti politikbebas bergerak, menyuarakan kepentingan dan sama-sama berusaha menentukan suatu keputusan demi memelihara kepentingannya. Pilihanraya diadakan bagi memilih wakil rakyat ke dewan perundangan dan membentuk kerajaan. Akhbar majalah dan lain-lain media seperti radio dan television dibenarkan bergerak dan menyuarakan pendapat berbagai pihak. Di dalam arena yang serba bebas ini persaingan dan konflik (secara sihat) kepentingan sentiasa wujud malah menjadi eleman penting kepada system sedemikian. Accommodation dan bargaining bukan menjadi perkara asing malah mendapat tempat istimewa di dalam system politik ini. Sesuatu dasar kerajaan boleh dipengaruhi melalui kaedah ini, begitu juga dengan dasar dan tindakan pertubuhan lain. Pertubuhan pendesak dan parti politik bukan sahaja ingin mempengaruhi dasar kerajaan tetapi juga sentiasa peka dengan dasar serta langkah parti politik dan pertubuhan pendesak lain.. pertubuhan alam sekitar umpamanya sentiasa memerhatikan kegiatan pertubuhan pengilang atau peladang di samping kerap berinteraksi dengan jabatan Alam Sekitar. Kesatuan sekerja pula seringkali berhubung dnegna jabatan buruh di samping berinteraksi dengan badan majikannya.

Sebagai contoh, perselisihan di antara kesatuan sekerja dengan pertubuhan majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan dan proses yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Langkah sesuatu pertubuhan ynag tidak dipersetujui mungkin akan di dedahkan di media, atau sekiranya serius di bawa ke mahkamah. Di dalam masyarakat pluralistic seperti terdapat beribu pertubuhan lagi bergerak bebas dan masing-masing memiliki kepentingan, ada yang berbeza atau bertentangan dengan yang lain meskipun tidak dapat dinafikan ada juga yang selari matlamat perjuangannya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful