PENGENALAN Masyarakat sivil sangat berperanan dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kenyataan ini berasaskan kepada kajian-kajian yang telah dibuat oleh beberapa sarjana seperti Thompson (1993) dan Johnson (1989) dimana mereka sependapat bahawa masyarakat sivil memainkan peranan utama dalam mempengaruhi proses perubahan atau peralihan dalam sistem politik, ekonomi, sosial dan kedinamikan budaya bagi menjana pendemokrasian dalam sesebuah negara. Dalam kontek negara ini umpamanya, walaupun dikatakan mengamalkan sistem demokrasi tetapi hakikat sebenarnya yang dilihat bahawa kuasa perundangan tidak dapat mengawal sepenuhnya kuasa eksekutif. Oleh sebab itulah, telah wujud banyak undang-undang dan amalan yang tidak selari dengan ciri-ciri demokrasi sebenar walaupun ia sengaja diwujudkan bertujuan pemerintah atau penguasa. DEFINISI Dari segi bahasa, masyarakat sivil dapat di klasifikasikan sebagai masyarakat yang mengetahui haknya dan secara aplikasinya pula ia dapat di gambarkan sebagai medan organisasi massa diantara Kerajaan dan masyarakat awam. Weiss & Saliha (2003:28) memberikan takrifan jelas berkenaan masyarakat sivil iaitu peranan yang di mainkan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) sebagai perantara di antara rakyat bawahan dan Kerajaan tanpa mengambil kira partisipasi di dalam mana-mana parti politik. Di antara tugas yang di jalankan oleh NGO ialah mendesak dan memantau Kerajaan di dalam menggubal sesuatu polisi yang boleh di kira merugikan rakyat. Tugas yang di mainkan oleh masyarakat sivil ini amat besar kepentingannya kepada sistem demokrasi di mana ia menjadi instrumen kepada mempercepatkan proses pendemokrasian sesebuah negara. HUBUNGKAIT MASYARAKAT SIVIL DAN PROSES PENDEMOKRASIAN Kua (2005: 21-25) menyatakan bahawa, disebabkan kedudukan masyarakat sivil itu terletak di ruang di antara massa dan Kerajaan, maka ia menjadi agen pendemokrasian yang sesuai di dalam menggerakkan setiap kempen demokrasi. Melalui kegiatanbagi kepentingan survival pihak

kegiatan yang memupuk budaya keterlibatan atau penyertaan, ketelusan dan kebertanggungjawapan serta meningkatkan kesedaran masyarakat awam, pertubuhanpertubuhan masyarakat sivil ini telah memainkan peranan penting dalam isu-isu berkepentingan awam dengan memberikan tentangan terhadap unsur-unsur paksaan yang bertujuan melemahkan nilai dan amalan demokrasi. Dalam mempercepatkan proses pendemokrasian khususnya dalam kontek negara ini, peranan masyarakat sivil dan hubungannya dengan proses pendemokrasian dalam sesebuah negara dapat dilihat dengan jelas melalui peranannya seperti berikut: i. Sebagai Ejen Pendesak Kepada Ketelusan Kerajaan Peranan ini dapat dilihat melalui gabungan pertubuhan bukan kerajan (NGO) bersama parti-parti pembangkang untuk memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih dengan mengujudkan gabungan yang dikenali sebagai BERSIH dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) memperkenalkan sistem pencelupan jari dengan dakwat untuk dalam pilihanraya ke 12 bagi usaha membasmi kewujudan pengundi hantu. (Bersih. org atas talian: 27 September 2007). Gerakan ini penting ke arah perjuangan sistem demokrasi yang tulen dimana pilihanraya yang adil dan bersih merupakan salah satu tonggak kepada aplikasi demokrasi di dalam sesebuah negara. Gesaan ini berhasil apabila pihak SPR bersetuju melaksanakan teknik tersebut untuk pilihanraya akan datang. ii. Sebagai Ejen Pengimbang Kepada Kerajaan Sebagai kumpulan pendesak, peranan masyarakat sivil sebagai “watchdog” dan pengimbang kepada kuasa Kerajaan memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kerajaan dapat dielakkan. Ini secara tidak langsung mendorong kepada proses pendemokrasian yang mapan di Malaysia. Sivamurugan Pandian et al. (2007:xviii) menyatakan, walaupun masyarakat sivil di Malaysia masih lemah tetapi ia mampu dikembangkan dan diperanan yang lebih aktif dalam mendidik masyarakat pelbagai kaum serta menjadi kuasa “penyemak dan pengimbang” kepada kuasa pemerintahan dan kuasa pasaran. iii. Sebagai Ejen Pembela Kepada Masyarakat Yang Tertindas

Terdapat dalam kes-kes tertentu, masyarakat sivil di Malaysia memainkan peranan sebagai pembela kepada masyarakat minoriti yang tertindas. Dahl (1989) menggariskan bahawa di dalam sesebuah sistem demokrasi itu, perlulah wujud pembelaan ke atas kebajikan minoriti yang menjadi rakyatnya. Di dalam kontek pendemokrasian di Malaysia, gerakan sivil memainkan peranan aktif di dalam membela kepentingan golongan minoriti yang seakan diabaikan oleh pihak pengusaha. Peranan yang efektif ini dapat dibuktikan melalui solidariti gerakan sivil di dalam mempertahankan golongan peneroka bandar yang dinafikan hak memiliki rumah kediaman di kampung Berembang. Gerakan masyarakat sivil telah mengambil langkah progresif dimana memberikan khidmat nasihat perundangan secara percuma agar penduduk kampung membawa kes tersebut ke makhamah untuk mendapat keadilan (SUARAM, 2007). KESIMPULAN Dari hujah di atas, ia memperlihatkan bagaimana gerakan masyarakat sivil itu sendiri berperanan di dalam menyemarakkan lagi proses pendemokrasian di dalam negara walaupun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, namun ia telah membuka mata semua pihak bahawa aspek hak asasi tidak boleh dipermainkan sesuka hati oleh penguasa atau pemerintah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful