1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan Soalan Tugasan Soalan Tugasan 1

2 4 5

Soalan Tugasan 2 Kesimpulan

12 18

Bibliografi Lampiran

20

2

PENGENALAN Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan sosial seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dicapai melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari kepentingan sastera dalam pembinaan negara bangsa, kementerian menawarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif atau pilihan kepada pelajar mulai 1957. Dari semasa ke semasa, kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Kesusasteraan Melayu melalui proses penyemakan semula sukatan pelajaran yang dilakukan pada 1984, 1991 dan 2002. Bagi memantapkan lagi peranan sastera di sekolah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 2000 dan wajib dipelajari pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Lima dan dikenali sebagai Komsas. Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘Komponen’ dan ‘Kesusasteraan Melayu’. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pasca tahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Namun, keberkesanannya dalam aspek penghayatan nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa semata-semata. Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa. Kementerian Pelajaran menyedari peranan subjek Sastera yang dapat menyemai nilai positif dan jati diri kepada semua pelajar. Melalui sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu, peranan dan fungsi sastera yang didedahkan kepada pelajar, bukan saja mampu

Belajar tanpa matlamat seumpama kita belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. diksi. malah pelajar dapat melahirkan idea. Memupuk kesedaran terhadap nilai estetik karya dan keindahan bahasa. Hal ini jelas tergambar dalam matlamat pengajaran Komsas. Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru. iv.3 memperkayakan perbendaharaan kata menggunakan bahasa sastera yang indah. . Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera. v. daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. hormat-menghormati dan patriotisme melangkaui sempadan ilmu sastera itu sendiri. Atas dasar itu. Maka wujudlah rasa kurang berminat untuk membaca teks Komsas. dan Meningkatkan kemahiran interapersonal dan interpersonal Pelajar harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi memudahkan mereka mengatur strategi pembelajaran. Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya. daya intelek. pemikiran kepercayaan dan perasaan secara kreatif dan imaginatif melalui pembacaan dan menganalisis teks disediakan. tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Selain itu. malah mereka akan disemai dengan nilai terpuji misalnya kasih sayang. tetapi dalam aspek keindahan bahasa. Tetapi sebaliknya. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Akhirnya akan timbul tanggapan yang negatif terhadap Komsas. Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis. Mengenali dan mengurus perasaan pelajar. Antara matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas termasuklah: i. ii. Tanggapan yang negatif ini dapat dihapuskan jika pelajar memahami matlamat yang digariskan tadi. fokus pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu bukan saja terhad kepada menyebar ilmu pengetahuan dan ilmu sastera kepada pelajar. iii. penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar. Meningkatkan kekuatan rohani dan intelek. Ada yang mengatakan bahawa Komsas sukar dipelajari dan Komsas membebankan.

. penilaian mahupun isu-isu berkaitan dengan pelaksanaannya”. Ulasan yang diberikan perlu memasukkan maklumat-maklumat yang berkaitan. (20 markah) Soalan 2 “KOMSAS telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun 2001.. (Nadzeri Isa:2008) Kenal pasti SATU teks KOMSAS yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini.KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan di samping mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah. Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan dengan mengambil kira aspek sistem bahasa dan seni bahasa. pelahiran perasaan dan penghayatan”. Bincangkan pelaksanaan KOMSAS dalam memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping dapat membantu penguasaan berbahasa pelajar. (Nik Rafidah Nik Mohamad Affendi:2009) Kenal pasti kajian yang berkaitan dengan KOMSAS dan hasilkan ulasan tentang kajian tersebut. . pelaksanaan. iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Tajuk kajian/ Nama pengkaji/ institusi yang menjalankan kajian Kaedah Kajian (Sampel/ responden kajian/ bahan kajian) Dapatan kajian Rumusan/ kesimpulan/ cadangan Lampirkan kajian yang dijadikan sebagai bahan ulasan. beberapa kajian telah dijalankan berhubung tentang KOMSAS sama ada berkaitan dengan teks.4 SOALAN TUGASAN Soalan 1 “. Lampirkan teks tersebut bersama tugasan anda.

Kerjasama Kerajinan Berjasa Hormat Sains Alam Sekitar Koperatif Direktif nilai kemanusiaan. ii. Membincangkan persoalan-persoalan yang terdapat di dalam sajak “Lebah dan Madu”. Penyerapan Ilmu Strategi Pengajaran Kemahiran Sastera : i.5 (10 markah) [Jumlah: 30 Markah] 1. Soalan Tugasan 1 1.26. kemasyarakatan dan kebudayaan. iv.1: Berbincang dan mengenal pasti nilai- . ii. iii. ii. Membincangkan tema sajak “Lebah dan Madu”. iii. Membincangkan pengajaran yang terdapat di dalam sajak “Lebah dan Madu”.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN TEKS KOMSAS YANG DIPILIH Mata Pelajaran Tingkatan Topik Tajuk Masa Hasil Pembelajaran (Objektif) : Bahasa Malaysia : 1 Melur : Sajak : Lebah dan Madu : 80 Minit : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat: i. : i. Penerapan Nilai : i. : 1. ii.

8 : Berbincang tentang perwatakan secara kritis dan analitis. iv. projektor LCD dan layar. Di dalam rakaman video tersebut menunjukkan seorang mendeklamasikan sajak “Lebah dan Madu” dan 1. Siapakah watak utama yang diceritakan di dalam sajak “Lebah dan Madu”? 1. Strategi Pengajaran: Direktif 2.Teknik: Mestamu 3. LANGKAH / MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI P & P CATATAN 1. Media Pengajaran : i. iii. Teks sajak “Lebah dan Madu” dalam kertas edaran. ii. 3. iv. Guru menayangkan rakaman video menggunakan komputer riba. Kemahiran Generik KBKK Kecerdasan Pelbagai : i. v.2. Pelajar menerima kertas edaran. : i. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan . Soalan-soalan: SET INDUKSI (10 Minit) 1. ii. 2. v. ii. iii. Pengetahuan Sedia Ada Menjana idea Mengulas Menganalisis Kecerdasan berbahasa Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan muzik Sajak “Lebah dan Madu” Komputer riba Projektor LCD dan layar Lembaran kerja Kertas edaran : Pelajar telah membaca teks sajak seminggu sebelum pengajaran.6 1.

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan . 2. Nilai: Kerjasama 2. Tema: Persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya.7 2. Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Berbahasa 4. 3. Tema sajak ini ialah LANGKAH 1 (20 Minit) lebah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan berjasa kepada hidupan yang berada di sekelilingnya. Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan tema dan persoalan sajak “Lebah dan Madu”. Strategi pengajaran: Direktif Koperatif Berbahasa Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Muzik . KBKK: Menjana idea 3. Media pengajaran Komputer riba Projektor LCD Layar Kertas edaran 1. Guru bersoaljawab dengan pelajar dan mengaitkan jawapan mereka dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar pada hari ini. Persoalan: Perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang 1. setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasilan 4. 2. 5. 1. Rakaman video dimainkan semula dan guru meminta semua pelajar untuk menyanyi bersama. Guru menggunakan perisian Ms PowerPoint untuk menerangkan isi pelajaran kepada pelajar. 4. Apakah yang sedang dilakukan oleh lebah-lebah tersebut? 3. Apakah yang akan dihasilkan oleh lebahlebah tersebut? seorang lagi menyanyikan sajak tersebut mengikut melodi sebuah lagu popular. Guru menerangkan dan membincangkan maksud tema dan persoalan kepada pelajar-pelajar. Apabila sesi perbincangan selesai. secara langsung atau tidak langsung.

Apabila masa telah tamat. Pengajaran: Peringatan / pedoman / mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam karyanya kepada pembaca. Guru menerangkan secara ringkas maksud pengajaran dan memberikan contoh yang sesuai berdasarkan teks “Lebah dan Madu”. Strategi pengajaran: Direktif mereka. Media pengajaran: Komputer riba Kad manila . Guru meminta pelajar-pelajar melakukan aktiviti bertulis dalam buku latihan KOMSAS. LANGKAH 2 (20 Minit) 2. 1. 5. 3. KBKK: Menjana idea Menganalisis 2. Setiap kumpulan digalakkan untuk membuat peta minda yang dilakar dan ditulis pada kad manila. 1. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal 1.8 ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Contoh persoalan dalam sajak ini ialah bekerjasama dalam menjalankan tugas iaitu lebahlebah ini bekerjasama mengumpulkan madu. Mereka diminta untuk menyenaraikan pengajaran yang boleh diperoleh daripada teks sajak beserta dengan contoh-contohnya. 2. 3. beberapa orang murid akan dipilih untuk membacakan jawapan mereka dan jawapan tersebut akan dibincangkan bersama guru dan pelajar-pelajar lain. Contoh pengajaran dalam teks sajak ini ialah kita perlu bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan seperti lebah bantu membantu untuk menghasilkan madu.

Setiap kumpulan akan diberikan 1. b. Media pengajaran: Lembaran kerja 1. Strategi pengajaran: Koperatif 3. Soalan Tatabahasa a. 2. 2. Bina 2 ayat daripada setiap kata nama yang telah disenaraikan. Contoh soalan kefahaman: a. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan . Frasa ada ratu ada pekerja merupakan gaya bahasa __________. 2. Guru meminta semua pelajar berbincang dalam kumpulan dan mencari satu teknik yang dirasakan sesuai untuk mendeklamsikan sajak “Lebah dan Madu” mengikut cita rasa setiap kumpulan. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal 2. Guru mengedarkan lembaran kerja. Apakah sifat lebah yang boleh dicontohi? LANGKAH 3 (20 Minit) c. Apakah perkara yang menyedarkan penyajak apabila melihat lebah? b. Pelajar diminta untuk menjawab soalan kefahaman dan soalan tatabahasa berdasarkan teks sajak “Madu dan Lebah”. Senaraikan kata nama yang terdapat di dalam teks sajak.9 1. KBKK: Menjana idea Menganalisis 3. Teknik: Deklamasi PENUTUP (10 Minit) Mestamu Nyanyian Melodi 1. 1.

Di dalam langkah pertama pelajar diminta untuk mencari tema dan persoalan-persoalan di dalam sajak melalui perbincangan di dalam kumpulan. dan bekerjasama. Tema sajak ini dapat diterjemahkan oleh pelajar melalui sesi pengajaran terancang yang dikelolakan oleh guru yang mengajar menggunakan ringkasan pengajaran di atas menerusi langkah pertama. Di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirangka di atas. Pemilihan teks ini adalah berasaskan kepada kesesuaian teks ini yang mudah difahami oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1. Tema sajak “Lebah dan Madu” ialah lebah mengamalkan nilainilai murni dalam kehidupan dan berjasa kepada hidupan lain di sekitarnya terutama sekali kepada manusia melalui penghasilan lebahnya. Persoalan kekempat ialah mengenai . Penulis menggunakan bahasa yang mudah. Persoalan kedua ialah sifat lebah yang boleh dijadikan tauladan iaitu bersifat rajin. Berbahasa Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Muzik 1. Persoalan seterunya ialah. di dalam masyarakat lebah terdapat dua golongan iaitu lebah ratu dan juga lebah pekerja. Ini akan membantu pelajar-pelajar untuk mengingati dan menghayati sajak tersebut selain untuk menarik minat mereka untuk mengikuti sesi pengajaran seterusnya.2 Teks KOMSAS Teks KOMSAS yang dipilih ialah sebuah puisi moden iaitu sajak yang bertajuk “Lebah dan Madu”. hidup sepakat. contohnya lebah-lebah di dalam sajak ini digambarkan oleh penulis sebagai satu makhluk yang bersifat berkerjasama di dalam usaha untuk mengumpulkan madu. Antara persoalan sajak ini pula ialah bekerjasama dalam menjalankan tugas. jelas dan nyata untuk menyampaikan mesej yang terkandung di dalam karyanya agar ia mudah diterima oleh para pembaca.10 peluang untuk mendeklamasikan sajak tersebut mengikut teknik yang telah mereka pilih. guru telah memilih untuk menyanyikan sajak tersebut mengikut irama lagu popular masa kini di dalam set induksi pengajarannya.

Akhir sekali ialah berbakti. rohani. intelek dan sosial. contohnya di akhir rangkap sajak tersebut penulis berasa insaf setelah melihat masyarakat lebah meninggalkan jasa kepada manusia dengan menghasilkan madu yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk manusia. Seterunya kita hendaklah berbakti kepada makhluk yang hidup. emosi. contohnya penulis berasa insaf melihat sifat mulia lebah sehinggakan menimbulkan keinginan untuk berbakti kepada manusia lain. Seterunya imej alam juga dipaparkan dalam karya ini iaitu pohon tualang. . Nilai murni yang terkandung di dalam sajak ini ialah bekerjasama. mu juga terdapat di dalam sajak ini contohnya. Penggunaan singkatan perkataan seperti kau. contohnya lebah rajin bekerja seperti yang telah ditetapkan oleh ratu lebah. Antara pengajaran daripada sajak ini ialah kita perlu bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugasan. Akhir sekali ialah kesedaran untuk berbakti kepada masyarakat. Pengulangan baris juga berlaku iaitu Pada dahan pohon tualang (rangkap pertama dan ketiga). contohnya Lihatlah lebah-lebah (rangkap pertama) dan Lebah-lebah (rangkap ketiga). Nilai murni dan juga pengajaran boleh dihayati di dalam sajak ini. contohnya lebah bekerjasama mengumpul madu. contohnya lebah menghasilkan madu untuk menjadi penawar penyakit kepada manusia. contohnya penulis mahu berbakti kepada manusia dengan berbuat jasa kepada semua orang.11 khasiat madu lebah. Selain itu kerajinan. contohnya lebah bekerjasama untuk menghasilkan madu. kau membuat aku sedar dan seperti madumu yang istimewa pada rangkap ketiga. lebahlebah. Para pelajar boleh mengenal pasti dan menghayati nilai dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam sajak melalui aktiviti yang mereka jalankan di dalam langkah kedua berdasarkan rancangan pengajaran di atas. Madu lebah dipercayai boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Akhir sekali kita seharusnya mengambil iktibar daripada sifat murni makhluk lain. Antara gaya bahasa sajak ini ialah pengulangan perkataan seperti lebah-lebah. Tema dan persoalan-persoalan yang disampaikan oleh penulis melalui karyanya ini boleh membentuk jiwa remaja agar menjadi insan yang bermoral dan berbudi pekerti selaras dengan tuntutan dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan manusia yang seimbang daripada segi jasmani.

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Secara kesimpulannya teks KOMSAS yang telah dipilih iaitu sajak “Lebah dan Madu” dapat memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia memenuhi peranan KOMSAS iaitu sebagai pembentuk emosi yang berkesan di samping mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah. Lembaran kerja tersebut mengandung dua latihan iaitu soalan kefahaman dan juga latihan tatabahasa. contohnya seperti madumu yang istimewa (pengulangan konsonan m). Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Di dalam langkah ketiga di dalam Rancangan Pengajaran Harian di atas. Kajian ini telah dijalankan oleh Mohd Rasdi bin Saamah. Beliau menggunakan kaedah kajian kes di dalam kajian ini dan dilaksanakan dalam bentuk kajian teks. 2. Soalan Tugasan 2 2. Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini memberikan gambaran tentang aspek-aspek yang terdapat dalam objektif kajian serta menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas. pelahiran perasaan dan penghayatan. guru telah menyediakan lembaran kerja untuk setiap pelajar untuk memantapkan lagi kefahaman mereka tentang sajak tersebut. harus selalu berusaha (pengulangan vocal u) dan pengulangan konsonan atau aliterasi. Kelantan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Daerah Pasir Mas. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 1. Contohnya ialah. . Kelantan. Secara keseluruhannya sajak “Lebah dan Madu” ini berbentuk bebas. minat pelajar terhadap Komsas dan strategi digunakan dalam pengajaran Komsas.1 Kajian Komsas Tajuk kajian yang dipilih untuk memenuhi kehendak soalan 2 ialah “Pelaksanaan Komsas Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan”. Latihan tatabahasa diberikan kepada murid untuk mengukuh dan meningkatkan lagi tahap kemahiran berbahasa para pelajar. Beliau bertugas di Jabatan Pengajian Melayu.12 Pengulangan vokal atau asonansi juga turut menambahkan keindahan bahasa di dalam sajak ini.

0%) orang adalah terdiri daripada perempuan.7%) orang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan hanya 1 (3. Mereka terdiri daripada 21 (70.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan Bahasa Melayu dan Sastera. Selain itu alat soal selidik juga digunakan kerana ia dapat menjimatkan masa dan belanja. Jadual di bawah menunjukkan maklumat latar diri responden: Jantina Taraf Pendidikan Akademik Pengalaman Mengajar BM PROFIL Lelaki Perempuan Diploma / Sijil Guru Sarjana Muda Pendidikan Sarjana Muda dgn Dip.0%) orang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2). Pend. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan analisis frekuensi dan peratus berdasarkan item-item yang diberikan dalam borang soal selidik berkenaan iaitu latar belakang guru.7%) orang mempunyai pengalaman 3 hingga 5 tahun dan 8 (26. 3.3 26. Daripada jumlah 30 orang tersebut 9 (30. 8 (26. Kurang daripada 3 tahun 3 – 5 tahun 6 – 10 tahun Lebih daripada 10tahun FREKUENSI 9 21 1 8 21 8 2 8 12 PERATUS 30 70 3. Pasir Mas. Daripada jumlah tersebut 2 . minat pelajar dan strategi pengajaran guru dalam pengajaran Komsas.0%) orang berkelulusan Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan. persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas.7 40 Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan mendapati 7 orang (23.0%) orang daripadanya lelaki dan 21 (70. persediaan guru.3%) orang mempunyai kelulusan Diploma/Sijil Guru.7%) orang mempunyai pengalaman 6 hingga 10 tahun.7 70 26.7%) orang berpengalaman kurang dari 3 tahun.7 6. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik kerana bahan ini mampu memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan dengan alat pungutan data yang lain. Kelantan. Dari segi pengalaman mengajar BM pula seramai 12 (40. Segala dapatan yang dianalisis dihuraikan bagi memperjelaskan lagi objektif serta persoalan kajian ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan. Kelantan. Pasir Mas.7 26.13 2. 2 (6. seramai 8 (26.

7%) dari bidang Ekonomi atau Perdagangan dan masing-masing 1 orang (3.6% atau 26 orang menganggap Komsas merupakan beban baru bagi guru-guru Bahasa Melayu.7) 17 (56.0% menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran Komsas dan selebihnya.0%) tidak menggunakan bahanbahan di dalam pengajaran mereka. Seramai 20 orang guru (66. Jadual di bawah menunjukkan persediaan guru dalam pengajaran Komsas: Sangat Tidak a.6) . Seramai 24 orang guru atau 80. Mereka mengajar Bahasa Melayu kerana berlaku kekurangan guru dalam mata pelajaran tersebut di sekolah masing-masing. Kajian ini mendapati semua responden kajian (30 orang) menyatakan mereka mengkaji dan membaca terlebih dahulu semua teks Komsas sebelum mereka mengajar mata pelajaran tersebut.3%) tidak menggunakannya.0) Tidak Setuju 7 (23.2% iaitu 7 orang. Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan Pendidikan Jasmani. Semua responden juga menyatakan mereka merujuk bukubuku lain selain teks Komsas demi untuk melengkapkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan Komsas. Merujuk buku lain selain teks Komsas c. Manakala daripada jumlah tersebut seramai 23 orang guru atau 76.14 orang (6.3% daripada responden kajian berpendapat peruntukan waktu mengajar Komsas tidak mencukupi.7) 12 (40. Psikologi.7) 2 (6.6) 2 (6.7) 6 (20.8% mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera kerana masing-masing daripada jurusan yang berasaskan bahasa dan kesusasteraan. kebanyakan mereka iaitu 86. Peratus tersebut juga sama dengan peratus yang menyatakan mereka terpaksa mengejar sukatan pelajaran. Mengkaji & membaca semua teks Komsas b.0) 11 (36. Komunikasi. Banyak menggunakan buku ulasan-kajian Setuju 3 (10. Keadaan ini ada hubungannya dengan anggapan yang mana 83.3%) bagi bidang Sains Kemasyarakatan.0) Setuj u 17 (56. 6 orang (20.6%) menyatakan mereka menggunakan buku ulasan kajian dan 10 orang lagi (33. Peratus keseluruhan guru BM yang tidak mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera ialah 23.7) Sanga t Setuju 11 (36. Kajian juga mendapati.3) Agak Setuju 2 (6.

3% bersetuju (masing-masing 23. Komsas membosankan 1 (3. Minat genre tertentu b.7% lagi tidak bersetuju. Selain itu 22 orang atau 73.3) 2 (6. kajian ini . Seramai 17 orang (56.6) 11 (36.7) 6 (20.3) 4 (13.6 sangat setuju) bahawa mereka meminta pelajar membaca buku teks wajib Komsas.3) 6 (20.0) 11 (36.3% daripada mereka bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka ajar tidak berminat kepada Komsas. Tidak minat Komsas d.0) 3 (10. Komsas menjadi beban baru guru BM f.3) 1 (3.15 d.6%) guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka menganggap Komsas membosankan berdasarkan pengalaman mereka di kelas masing-masing.0) 8 (26.6) Sangat Setuju 6 (20. Sangat Tidak Setuju a.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam Komsas manakala 90.0) 2 (6.3) Dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Komsas.0) Agak Setuju 7 (23. kajian ini mendapati 16 orang responden kajian atau 53.6) 7 (23.6) 10 (33.6) 2 (6.3% agak bersetuju dan bersetuju dan 6. Bagi item guru meminta pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas. Minat kerana peperiksaan c.7) 11 (36.6) Kajian ini menunjukkan bahawa 90.3) Tidak Setuju 3 (10.6) 7 (23. Terpaksa mengejar sukatan pelajaran 1 (3.6) 7 (23.3) 5 (16.6) 2 (6.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana Komsas termasuk dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Jadual di bawah menunjukkan pandangan guru terhadap minat murid kepada Komsas.8) 15 (50. Guna pelbagai alat bantu mengajar e.7) 2 (6.0) 8 (26.6) Setuju 14 (46.3) 2 (6.3) 1 (3.0) 12 (40.3) 12 (40.6) 8 (26. manakala 46.7) 13 (43.

3) 9 (30.6) 9 (30. LCD dan lain-lain. Saya hanya mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas.0) AS 7 (23. komputer) f.6) 10 (33. didapati 14 orang responden kajian (46. kajian ini mendapati 26 atau 86. Akhir sekali bagi item yang menyatakan sama ada guru menyediakan modul pengajaran.3) SS 2 (6.3) S 7 (23.0) 10 (33.3) 5 (16.6) a.3) 5 (16. Saya hanya mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib Komsas. Dalam item guru mengadakan aktiviti kumpulan pula didapati 50% subjek kajian ada melaksanakan dan 50% lagi tidak bersetuju mereka gunakan strategi itu.6) 2 (6.3) 17 (56.3) 2 (6.3) 3 (10. Saya hanya menggunakan kaedah “Chalk & Talk”.3) 12 (40.6) 1 (3.0%) bersetuju dan hanya 3 orang atau 10% sahaja yang tidak besetuju. e.6) 5 (16.6) TS 12 (40. b. STS 2 (6. c. d.4% tidak bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan kaedah tersebut.6) 12 (40. yang mana 16 orang (53.6%) bersetuju manakala selebihnya 16 orang atau 53. Saya menyediakan modul Komsas.6%) tidak bersetuju.6) 2 (6.3) 7 (23. OHP.16 mendapati 27 orang responden kajian (90.0) 5 (16.3%) bersetuju mereka gunakan.6% bersetuju di samping hanya 4 orang sahaja tidak bersetuju item tersebut. 1 (3. Keadaan ini menunjukkan item tersebut hampir sama dengan item penggunaan kaedah bestari yang melibatkan penggunaan alat bantuan elektronik seperti OHP.6) 1 (3.0) 2 (6.6) 11 (36.0) 4 (13.0) . manakala 14 orang lagi (46. Bagi item yang menyatakan guru hanya menggunakan kaedah “chalk and talk”. Saya mengadakan aktiviti berkumpulan berdasarkan genre Komsas.0) 5 (16. Saya menggunakan kaedah bestari (LCD.6) 9 (30. Jadual di bawah menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran komsas yang digunakan oleh guru.6) 1 (3.

0%) lagi mencadangkan peruntukan waktu seminggu perlu ditambah (rujuk jadual di bawah).0) . tidak terdapat satu kaedah yang ditetapkan oleh mana-mana pihak. Manakala seramai 25 orang (83. matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen untuk memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar.3%) daripadanya mencadangkan isi pelajaran perlu diubahsuai dan 9 orang (30.3) 9 (30. Mencukupi & sesuai dari semua aspek Tidak mencukupi & isi perlu diubahsuai Tidak mencukupi & masa perlu ditambah Jumlah 2. Kajian ini sebenarnya telah memperlihatkan sebilangan kecil daripada pola permasalahan yang wujud setelah perlaksanaan Komsas dibuat mulai tahun 2000 yang lalu.17 Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh responden dalam kajian ini nampaknya masih bersifat pedagogi yang ‘tradisional’. Dari aspek peruntukan waktu mengajar Komsas.2 Kesimpulan Pada kesimpulannya.3%) menyatakan peruntukan masa tidak mencukupi iaitu 16 orang (53. Penggunaan kaedah pengajaran yang lebih dinamik seperti aktiviti kumpulan dan pengajaran kaedah bestari masih berada pada tahap yang tidak memuaskan iaitu masing-masing 50% dan 53.7% sahaja responden kajian yang menyatakan masa yang diperuntukan mencukupi dan sesuai dari semua aspek. ianya bergantung kepada kreativiti guru dengan mempelbagaikan teknik mengajar sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar. untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran Komsas. Dalam keadaan sebenarnya. kajian ini mendapati hanya 5 orang atau 16. Guru masih lagi meminta pelajar membaca buku teks dan diikuti dengan penerangan. Lebih malang lagi penggunaan buku ulasan Komsas turut digunakan dalam strategi tersebut. Frekuensi / Peratus 5 (16. Guru sepatutnya menjadikan pengajaran Komsas lebih menarik dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.3% sahaja responden kajian yang menggunakannya.0) 30 (100.7 ) 16 (53.

puisi moden (sajak) dan puisi tradisional bagi semua tingkatan berbanding 3 bagi drama dan 4 bagi prosa tradisional. Pihak berkenaan khususnya pihak PPD dan pentadbiran sekolah hendaklah memastikan semua guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan yang secukupnya mengenai Komsas melalui kursus. 4. 3. Panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan modul pengajaran Komsas yang bersepadu bagi meningkatkan minat pelajar terhadap komponen ini.18 2.2 Cadangan Kajian ini telah mencadangkan beberapa langkah untuk menambah baik pengajaran Komsas di dalam bilik darjah. Bagi meningkatkan minat semua pelajar. . Misalnya pelajar dikehendaki mempelajari 6 karya bagi genre cerpen. Antaranya ialah: 1. Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah sentiasa dikaji terutama sekali dalam soal pemilihan genre novel dan cerpen. Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang Komsas sebagai buku pegangan yang mengandungi garis panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu. 5. Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan dengan peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan guru dalam mentafsirkan perbezaan antara pengajaran Komsas dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu. bengkel dan seminar secara serius dan memantau hasilnya selepas program tersebut dilaksanakan. Adalah dicadangkan semua genre tersebut diajar 3 tajuk sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan guru terlalu mengejar Sukatan Pelajaran sehingga menjejaskan mutu pengajaran mereka. 2. guru seharusnya sentiasa membuat persediaan yang rapi dan kreatif. Pemilihan novel dan cerpen yang tidak bermutu boleh menjejaskan objektif pelaksanaan Komsas itu sendiri.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan.19 BIBLIOGRAFI Abd. Pedagogi Bahasa. Rahman Shaari. Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). (1994). Kamarudin Husin.

Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Tahun 4. Sukatan Pelajaran KBSR. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Sukatan Pelajaran KBSM. (2003). (2006). Bahasa Melayu. Teknik Mengajar KOMSAS. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Naffi Mat. . Kuala Lumpur: PTS Profesional. Bahasa Melayu. (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.20 Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.