REKA CORAK WAU TRADISI PERLIS (WAU HELANG) KONSEP KEBUDAYAAN Di dalam buku Masyarakat dan Budaya Melayu

tulisan Ismail Hamid (1991) kebudayaan dimaksudkan sebagai;“Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat lain”Apa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Juga cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) yang merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Di dalam buku Simbolisme Seni Bina Rumah Melayu Kelantan yang ditulis oleh Muhammad Afendi Yahya ada mengatakan tentang budaya, antaranya;“…kebudayaan itu sendiri adalah Muhamad Salleh dalam buku bertajuk Masyarakat Malaysia terdiri daripada gagasan, simbol dan nilai serta norma sebagai hasil karya dan perilaku manusia. Hubungan kebudayaan manusia yang erat dengan simbol menyebabkan manusia disebut sebagai makhluk bersimbol atau animal symbol (Budiono Herusatoto 1985 : 10) Maksud kebudayaan yang dinyatakan oleh Budiono merujuk kepada simbol yang mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Perhubungan ini menyebabkan manusia itu sendiri telah digelar sebagai “makhluk bersimbol”. Dunia kebudayaan adalah sebuah dunia yang penuh dengan simbol. Manusia berfikir, berperasaan dan bersikap dengan ungkapan yang simbolis. Tulisan, tentang konsep kebudayaan;“Kebudayaan merupakan perilaku manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis, merupakan suatu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Secara umumnya mempunyai unsur-unsur ekspresif dan instrumental. Unsur ekspresif meliputi aspek memahami alam sekeliling, kepercayaan manusia terhadap sesuatu dan kesan reaksi terhadapnya. Manakala unsur instrumental merujuk kepada bagaimana manusia menggunakan budaya untuk mengawal alam sekeliling”.Perkara yang diperkatakan di sini meliputi keperluan manusia dan cara hidup manusia dalam sesuatu masyarakat dan cara hidup manusia dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Di dalam buku Antropologi Budaya yang diedit oleh T.O Ihromi ada menyatakan konsep kebudayaan;“Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan harusnya mengenai sebahagian tatacara hidup sahaja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan”. (Raplh Linton 1945) Di sini kebudayaan merujuk pada pelbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, berlaku, kepercayaan dan sikap serta kegiatan manusia yang khas atau kelompok penduduk tertentu. Konsep kebudayaan yang dibuat membantu dalam membuat penelitian contohnya perbezaan dan persamaan makhluk manusia dan bukan manusia. Di mana manusia tingkah laku serta kemampuannya sangat luar biasa dan hal ini sangat penting untuk beradaptasi dengan apa yang telah dipelajari dari pengalamannya. “Kebudayaan yang dimiliki oleh manusia juga diwarisi dengan cara belajar. Dia diturunkan secara bilogis atau pewaris melalui unsur genatif. Hal ini perlu ditegaskan untuk membezakan perilaku manusia yang digerakan oleh kebudayaan dengan perilaku makhluk lain yang tingkah lakunya digerakkan oleh insting”.(Richardson 1975) Ketika baru dilahirkan, semua tingkah laku manusia yang baru lahir digerak oleh naluri. Naluri ini tidak termasuk dalam kebudayaan, tetapi mempengaruhi kebudayaan. Contohnya keperluan untuk makan, makan adalah keperluan dasar yang tidak termasuk dalam kebudayaan. Tetapi bagaimana keperluan itu dipenuhi; apa yang dimakan, bagaimana cara memakan adalah bahagian

dari kebudayaan. Semua manusia perlu makan, tetapi kebudayaan yang berbeza dari kelompokkelompotnya menyebabkan manusia melakukan kegiatan dasar itu dengan cara berbeza. PENGENALAN Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang kaya dengan dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang ’Permai Lagi Indah’ ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisional dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. Dalam pemerintahan Tuanku Raja SyedSaffi Ibni Almarhum Syed Alwi Jamalullail (1897-1905) baginda berusaha mencungkil berbagai kesenian yang kemudiannya dipopularkan pula oleh putera baginda Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail (1905-3 Febuari 1943). Kesenian-kesenian itu bukan sahaja dipersembahkan di istana malah juga kepada rakyat jelata. Berbagai-bagai aspek kebudayaan tradisional yang terdapat di negeri Perlis ini begitu popular dan menarik perhatian antaranya kesenian, permainan tradisional, kraf tangan dan pakaian tradisional. Kebudayaan tradisional ini terus dipelihara dan dipopularkan oleh badan-badan kebudayaan, industri-industri yang berkenaan dan pemerintah sendiri. Penduduk negeri Perlis juga kreatif dalam mencipta dan menghasilkan permainan tradisional untuk hiburan mengiringi pekerjaan sehari-hari seperti bertani dan menjadi nelayan yang begitu berat dan melelahkan. Terdapat sekian banyak permainan untuk orang dewasa, anak-anak muda dan kanak-kanak seperti layang-layang, guli, gasing, congkak, tui, tauk para, lompat katak dan kedoi. Diantara permaianan yang begitu digemari ialah layang-layang (wau). PETA KEDUDUKAN NEGERI PERLIS

SEJARAH WAU TRADISI PERLIS Permainan layang-layang yang dikenali dengan ‘wau’ telah dipisahkan oleh penduduk Perlis semenjak turun-temurun. Masyarakat Melayu tradisional Perlis khasnya mempunyai banyak masa lapang. Di negeri utara ini rata-rata masyarakat dahulu bekerja sebagai nelayan dan petani (pesawah padi). Misalnya petani mempunyai masa lapang ketika menunggu tanaman mengeluar hasil atau selepas musim menuai. Ketika inilah masyarakat dahulu berhibur dengan permaian wau. Keadaan ekonomi secukup hidup memberi peluang kepada mereka membuat

kepercayaan. hiasan dan penggunaan warna. Jestru itu setiap motif adalah menurut aturan tertentu yang disesuaikan dan bersangkutan dengan adat resam. Jestru itu reka coraknya juga perlu mengimbangi pada wau tersebut. Tambahnya lagi. “masa orang main wau banyak helang berterbangan kat bendang (sawah)” kata Shahrom (penggemar/pembuat wau yang ditemu bual). Permainan wau ini merupakan sebahagian daripada hiburan masyarakat Melayu Perlis pada masa dahulu. Pada mulanya masyarakat hanya mementingkan bentuk serta imbangan wau supaya mudah diterbangkan di udara. Ini merupakan keistimewaan wau ini dan menjadikannya ia begitu digemari oleh anak-anak muda di sini. Tambah beliau lagi. kemudian disusun dan digubah menjadikan pola atau corak hias. bunga ketumbit. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini diangggap bentuk yang indah dan bersesuaian dijadikan motif reka corak hiasan pada sesebuah wau. agama. Pada masa itu semua anak muda akan menunjukkan kebolehan dalam pertukangan membuat wau dan nama ‘Wau Helang’ akan menjadi sebutan di kalangan mereka. corak-corak ini semuanya dihasilkan berpusat daripada dada (bahagian tengah) . Reka corak ini tidak sekadar untuk keindahan sahaja tetapi juga mengandungi makna yang tertentu. Konsep ini juga sama dengan Wau Helang yang mempunyai bahagian sayap. Antaranya pokok peria. pokok timun tikus dan pokok letup. “Mereka hanya mula membuat bentuk wau tanpa reka corak tapi lama-kelamaan barulah ada coraknya” kata Shahrom. Wau dibentuk berbagai-bagai rupa adalah daripada jenis layang-layang yang indah. ekor dan tanduk (kepala). Motif yang digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan. yang menjadi satu budaya tradisi mereka.usaha lain. Wau Helang (jika berekor dikenali Wau Merak) dan Wau Kemetek yang dimainkan oleh kanak-kanak. Musim ini juga sesuai kerana ia merupakan musim kemarau. Semua jenis wau menggunakan motif tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan reka corak hiasan. Wau Kucing. Wau Sewah dan lainlain. Menurut Shahrom. “waktu itu semua orang tak kira yang tua atau muda turun ke bendang macam ada pesta”. sayap merupakan bahagian terbesar pada wau yang menyerupai bentuk daun serta dipercayai menjadi asas wau. motif tumbuh-tumbuhan tempatan selalu digunakan sebagai reka corak Wau Helang. Ini disebabkan wau ini dimainkan di tengah-tengah sawah setelah selesai musim menuai padi. Wau Daun.Wau ini dimainkan pada ‘musim timur’(panggilan masyarakat tempatan) iaitu musim angin Monsun Timur Laut bertiup (bulan Disember hingga Mac). dari segi reka bentuk. Pada musim itu juga banyak didapati burung helang terbang melayang-layang di ruang udara ditengah sawah. Wau Helang adalah menjadi wau yang paling digemari oleh masyarakat setempat. Di antara pelbagai jenis wau yang terdapat di negeri Perlis. Dalam sebuah struktur wau. Pada masa dahulu hasil-hasil ciptaan tradisional bukanlah bertujuan menambahkan pendapatan tetapi menjadi penciptaan budaya tanpa menimbangkan soal material. terbang macam helang di udara. awan larat dan sulur kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Kemudiannya barulah dihasilkan Wau Jala Budi. Motif tumbuh-tumbuhan ialah sesuatu daripada unsur yang memberi sifat tersendiri dalam seni rupa yang menjadi reka corak utama pada hiasan wau. Menurut beliau lagi masyarakat dahulu menyamakan wau yang dimainkan. Ketika itu masyarakat Perlis cuma bermain Wau Bulan. Satu keistimewaan bentuk Wau Helang ini adalah mudah diterbangkan dalam permainan dan tidak memerlukan angin yang kuat untuk diterbangka. Keseimbangan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah wau. norma hidup dan nilainilai tradisi. MOTIF REKA CORAK WAU Motif dalam reka corak wau dimaksudkan sebagai suatu perhiasan yang diukir dengan menggunakan kertas warna dalam bentuk dua dimensi. pertukangan. Wau Helang memang diminati oleh masyarakat di sini dan telah dijadikan wau tradisi Perlis.

Motif ini bersesuaian pada wau kerana ia ditumpukan kepada susun semukur tampak yang penuh seimbang pada bahagian dahan yang meliuk dan menjalar (Siti Zainon Ismail: 1989) . Ini ialah suatu sifat yang terdapat pada karya-karya seni rupa Melayu.Tiap bentuk motif disusun seimbang. Bahagian hujung sesuatu corak jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih menyarankan merendah diri. kuning (keemasan). Warna yang selalu digunakan pada reka corak wau ialah warna merah. sama ada dari segi estetika atau simbol. Sobek di sini bermaksud corak yang ditebuk pada kertas warna. Warna merah kebiasaannya menjadi simbol pada masyarakat Melayu dengan warna kepahlawanan. lapisan demi lapisan menggunakan kertas warna yang berbeza. Semuanya digambarkan dengan penuh kelembutan serta seiring dengan ciri-ciri kesederhanaan. umpamanya sekuntum bunga diletak di bahagian tengah dan kiri kanan bahagiannya diapit oleh daun-daun yang meliut ke atas dan ke bawah. Menurut Syed Ahmad Jamal (1992). kata Shahrom. Ada empat warna yang penting dalam kebudayaan Melayu iaitu putih. Orang Melayu gemar menggunakan warna merah dan warna-warna yang mempunyai nilai kroma yang berhampiran. Sulur buyung digunakan pada bahagian tepi corak wau. Sejak zaman-berzaman orang Melayu gemar menggandingkan warna terutamanya apabila mengenakan pakaian. Ini dapat dilihat dengan gambaran motif daun yang menjalar tidak sama sekali menerjah kawan. kuning. yang menerima dan membalas. dengan daun kelopak kecil yang berjaya menimbulkan ruang di antara rupa motif. Dalam budaya Melayu tradisi penggunaan warna selalunya menggunakan warna yang garang. walaupun ‘suhu’ warnanya lebih ‘dingin’ daripada warna merah. hijau. Di sini jelas menampakkan reka corak Wau Helang juga mempunyai unsur-unsur simbol sifat masyarakat Melayu yang kaya dengan adat susila. terutama warna merah. dibiarkan kosong yang menunjukkkan kepekaan dalam menyusun corak dan memberi imbangan di antara kawasan yang kaya dengan hiasan dan kawasan yang sengaja dikosongkan untuk memeberi nafas. memang tidak dapat lari daripada penggunan warna. Warna hitam memainkan peranan dalam kepercayaan Melayu. kilauan cahaya matahari menambah lagi kecantikan wau yang dihias berwarna-warni ini. Warna putih mendapat keutamaan dan kemuliaan diikuti oleh warna kuning. Kertas kilat berwarna digunakan bagi menambahkan lagi nilai estetika pada wau tersebut. Semua tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar atau melata. kijang kencana”. Melaui penggunaan kertas warna ini akan menimbulkan lagi motif corak yang dihasilkan. Tambahan pula bila wau ini diterbangkan di udara. hitam dan putih (perak) dengan cara yang terkawal. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan sederhana serta tiada unsur yang berlebih-lebihan. di kiri kanan sayap wau dipanggil “kijang emas. bahagian tengah. manakala warna merah ialah warna paling sering digunakan dalam kebudayaan Melayu.Susunan ini akan diulang dengan cara yang sama hingga ke bahagian tepi wau (rujuk lampiran-1) Penggunaan sulur bayung menyerupai gerak garis yang berpunca dari pangkal melalui dua bentuk yang berbalas gerak. Warna . Penggunaan warna pada wau. tidak penuh sesak dengan corak dan warna. Ianya seolah-olah menjangkit kepada gerak rupa yang lain. “Corak sobek Wau Helang menggunakan kertas warna tiga hingga empat lapis”. PENGGUNAAN WARNA Menurut Syed Ahmad Jamal (1992). menjadikan reka coraknya seakan-akan kaca bersepuh. warna memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan. Keadaan ini turut berlaku pada reka corak Wau Helang. Dalam reka corak Wau Helang khasnya. merah dan hitam.wau dan menjalar keluar. Corak-corak yang dibentuk menghasilkan kesan tiga dimensi. Sikap pentingkan diri adalah dihindari dalam budaya Melayu. seperti ukiran kaedah timbul silat. berbalik ke dalam bakuk dan melentik ke luar ceding menunjukkan kemungkinan alunan gerak yang hidup (Syed Ahmad Jamal:1992). Putih dan kuning diutamakan kerana warna diraja.

Tambah beliau lagi.2) Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan kertas latar yang dikenali dengan kertas jagung (kertas wau) yang bewarna putih atau warna kunig pinang masak. ungu dan biru tua selalu digunakan pada bahagian latar corak bunga. Tujuannya kerana warna yang agak gelap ini dapat menampakan atau membangkitkan lagi reka corak bunga di atasnya. Corak wau yang bermotifkan tumbuhtumbuhan itu sendiri memang tidak dapat lari dengan penggunaan warna hijau. merah muda. “warna kuning (keemasan) berperanan untuk menyerlahkan lagi reka corak wau itu dan ia dipadankan pada corak sulur yang menjalar di seluruh bahagian corak wau tersebut”. faktor kepercayaan dan agama memainkan peranan penting dalam melahirkan simbol. Penggunaan warna putih (perak) juga diberi keutamaan bagi menghiasi corak wau. warna kuning tidak ketinggalan dan turut menjadi komposisi warna yang utama pada reka corak yang hendak dihasilkan. Jenis-jenis warna hijau yang selalu digunakan ialah warna hijau tua. CARA PEMBUATAN WAU Persekitaran Negeri Perlis sendiri turut mempengaruhi pembuatan wau. Pokok buluh boleh di dapati dengan mudah di Negeri Perlis. Hal ini penting untuk mengekalkan keseimbang rangka wau tersebut dan supaya ianya tidak mudah patah. Kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka perlu diberi perhatian supaya dapat mengimbang dan menstabilkan kedua-dua kepak/sayap wau. bila ia direnyuk terlebih dahulu. kertas warna akan di lipat dua kemudian dilakar disebelahnya. Menurut Shahrom. . Ini disebabkan kertas latar ini bertindak sebagai kertas dasar. Menurut Shahrom. Ini bagi mendapatkan reka corak yang simetri (seimbang) bila proses menebuk dilakukan. Motif reka corak akan dilakar pada kertas warna yang telah ditentukan warnanya terlebih dahulu. “tanpa warna kuning(keemasan) ini. Warna kuning ialah warna yang mendapat keutamaan dalam budaya Melayu sebagai warna untuk kegunaan raja yang memerintah hingga ke hari ini. Kertas ini akan direnyuk terlebih dahulu bagi mengelakkan ia mudah terkoyak. Menurut Shahrom. merah darah dan merah kesumba. kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya (rujuk lampiran. Jenis-jenis warna merah yang selalu digunakan pada corak wau ialah merah tua. yang mana beberapa kertas warna lain akan ditampal di atasnya. Penggunaan warna ini dipadankan pada bahagian tepi wau tersebut. Begitu jugalah dalam reka corak wau. supaya kertas ini akan menjadi lebih kenyal dan lebih tahan lama. Jestru itu tumbuhan pokok buluh amat sesuai dengan iklim di sini. Seterusnya kertas warna untuk hiasan corak akan ditampal di atasnya. Pada masa dahulu warna kuning hanya dikhaskan untuk keguanaan golongan raja sahaja. hijau pucuk pisang dan hijau cekur manis. wau itu tidak nampak serinya”. Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa termasuklah dari kerja-kerja menebang buluh. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat dan lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza. Menurut Siti Zainon Ismail (1985). Untuk menghasilkan reka corak. Perlis merupakan negeri yang mengalami peralihan Monsun Tropika kerana negerinya berhampiran dengan Thailand. Manakala warna hitam. Peranan warna ini adalah juga sama dengan penggunaan warna kuning (keemasan) iaitu untuk menambakkan/menimbulkan reka corak lain. Di sini penggunaan warna sebagai simbol kepada pegangan masyarakat Melayu sendiri. Warna-warna lain yang biasa menghiasi reka corak wau juga ialah warna hijau yang mempunyai hubungan dengan agama Islam. Hinggakandalam masyarakat Melayu sudah menjadi amalan nasi atau pulut bewarna kuning telah diberi keutamaan dalam istiadat persandingan (raja sehari). Rangka buluh tulang belakang wau dibuat lebih besar daripada kepaknya. buluh yang diambil mestilah tidak terlalu muda dan betul-betul cukup tua (matang).merah ini kebiasaanya dipadankan pada ‘tapak kijang’ iaitu menjadi latar/ruang kosong pada bahagian kedua-dua sayap wau tersebut.

Tambahnya lagi. Proses ini memerlukan kemahiran yang tinggi di samping dapat melahirkan pengucapan lahiriah dan batiniah. kekerapan lapisan tampalan ini boleh mempengaruhi ketinggian wau bila diterbangkan. Daun Ibus / daun tai 7. Kerja melakar dan menebuk reka corak ini adalah sebahagian daripada hasil kraf tangan yang wujud seiring dengan seni rupa Melayu. Menurutnya lintah ini akan ditarik satu hari sekali kemudian dijemur dan esoknya ditarik lagi. Kertas jagung (kertas wau) 3. pada masyarakat dahulu kepakaran batiniah turut mempengaruhi dalam menghasilkan reka bentuk dan ragam hias wau tersebut. Buluh 2. Tetapi masyarakat kini tidak lagi menggunakan lintah dan ianya diganti daun ibus atau daun tai. Kemudiannya ianya akan ditampal mengikut susunan warna secara berlapis-lapis seperti yang dikehendaki. agar ianya mengeluarkan bunyi apabila diterbangkan di udara. Proses menebuk dan menampal ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ”sobek”. Masyarakat Melayu tradisional memang tidak ketinggalan dalam soal ini. akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni bagi menambah kecantikan rupanya.Kertas warna ini akan ditebuk mengikut corak yang telah dilakar. Pada sesuatu motif reka corak akan diulang tebuk dan tampalan beberapa kali bergantung kepada lapisan warna corak tersebut. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak. Tali 6. Proses ini akan diulang pada motif corak yang lain mengikut warna yang dirancang. Menurut Shahrom. Wau yang untuk diterbang lebih tinggi hanya menggunakan dua hingga tiga lapis kertas warna sahaja (rujuk lampiran-3). Menurut Shahrom: pada ketika dahulu busul ini diperbuat daripada lintah (sejenis binatang). Kebiasaannya tiga hingga empat lapis kertas warna digunakan. Alas pemotong ASPEK KEBUDAYAAN Negara kita kaya dengan pelbagai bidang kesenian. Bunyi dengungan dan ketinggian sesebuah wau adalah merupakan sebahagian daripada kepuasan dalam permainan wau. Busul ini kemudiannya akan dipasangkan pada buluh yang membentuk seperti alat memanah. Busul (dengung) akan direnggangkan di bahagian belakang tengkuk wau. Gam 8. Lintah ini akan lebih tahan dan tidak mudah putus berbanding menggunakan daun ibus. tetapi memperlihatkan juga taraf pencapaian nilai falsafah Melayu. Pisau tebuk ( mata halus) 10. Proses ini akan diulang sehingga lintah tadi menjadi panjang dan sesuai untuk dijadikan busul. dan seni kraf. Menurut Shahrom. Kerana seni ukir ini tidak hanya sekadar hiasan pada seni rupa sesuatu ciptaan. Busul diregang dengan helaian daun ibus atau daun tai yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Kertas warna 4. Fungsi busul ini selain daripada untuk mencantikkan wau ia menghasilkan bunyi apabila ditiup angin di udara. kerja menebuk dan menampal ini adalah rumit dan perlu dibuat dengan penuh teliti. BAHAN DAN PERALATAN 1. Kertas kilat 5. Busul yang diperbuat daripada lintah ini juga akan menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Pisau ( NT Cutter ) 9. Antaranya ialah seni rupa yang merangkumi seni ukir. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri . seni bina. Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang diadakan. Masyarakat Melayu khasnya masyarakat Melayu Perlis. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. fungsi wau yang dihasilkan adalah berkait rapat dengan amalan dan budaya sesuatu masyarakat setempat. estetik dan etika kerana masyarakat Melayu ketika itu lebih terpengaruh oleh sikap menghargai kehidupan berdasarkan unsur bentuk. di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Ada permainan tradisional. Dalam seni reka corak wau tersebut pengaruh nilai gunaan. Di sini menunjukkan aspek simbolisme adalah penting dalam bidang kesenian selain aspek kegunaan atau fungsinya. Bentuk ciptaan seni kraf wau ini menggambarkan ketekunan dan kehalusan seni reka corak dalam wau tradisi yang merupakan warisan dari generasi Melayu terdahulu. penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Seni kraf wau merupakan sebahagian daripada aspek seni rupa yang menarik kerana konsep reka coraknya yang unik dan berunsur simbolisme. wau telah mula dimainkan oleh orang Melayu sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan juga golongan istana. Apabila sesuatu permainan wau diadakan di sesebuah kampung.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Seni ialah jawapan terhadap tuntutan dasar kemanusiaan. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Permainan wau ini telah menjadi suatu budaya dan amalan tradisi masyarakat Melayu dahulu. yang sekarang tidak dimainkan lagi di sesetengah tempat tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka sahaja. Oleh itu jelaslah bahawa reka corak kraf wau itu merupakan simbolisme atau melambangkan kebudayaan masyarakat itu sendiri. sebagaimana kata M. sifat. Permainan tradisional seperti wau telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi. selain nilai kerohanian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kegiatan harian. Tujuan utamanya ialah menambahi interpretasi dan melengkapi kehidupan”. mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. ruang. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Asalnya wau yang dibuat adalah mengikut fungsi yang akan digunakan. Hasil ciptaannya memperlihatkan daya kreatif masyarakat yang tinggi dan memaparkan budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Tetapi ada juga tempat yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini termasuk di Perlis ini. warna. TUJUAN PENYELIDIKAN Perbezaan Fungsi: Sejak dahulu lagi.mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. corak. Oleh yang demikian permainan wau juga dikenali sebagai permainan tradisional rakyat. “Salah satu kegunaan seni dalam masyarakat ialah membantu menyediakan dan membentuk latar belakang hakikat kehidupan. bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun ke-15. Habib Mustopo dalam Kumpulan Esei Manusia dan Budaya (1983). jalinan dan sebagainya. Dari sini hasil kesenian sudah mula berkait rapat dengan budaya yang telah menjadi .

Ia berubah seiring dengan perubahan di sekeliling kita. Pembuat wau tidak perlu memikirkan wau yang dihasikan boleh diterbangkan atau tidak. Perubahan fungsi pada hasilan wau juga dirasai yang dipengaruhi faktor-faktor tadi. Perubahan ini menjadikan Wau Helang lebih jelas identitinya. Seekor Burung Helang diukir dan ditampal di tengah-tengah dengan kedua-dua kepaknya memenuhi kedua-dua belah sayap wau tersebut. Perubahan ini telah menunjukkan masyarakat generasi baru. lebih beralih kepada reka corak yang berbentuk realisme. Maka lahirlah wau yang dulunya digunakan untuk permainan di padang atau di sawah kini di letakkan di ruang tamu sebagai penyeri lagi ruang tersebut. Tanpa unsur perlambangan dan perkara-perkara yang berselindung atau maksud yang tersirat. Semuanya ini berlaku secara tidak disedari. Begitu jugalah dengan hasilan wau yang telah dipelbagaikan fungsinya untuk memenuhi keperluan manusia. Bersesuaian dengan keperluan masyarakat kini. kerana kesenian merupakan salah satu unsur dalam kebudayaan sesuatu masyarakat. jestru itu ia akan berlaku perubahan seiring dengan keperluan hidup kita semua. Ini berlaku kerana bagi memenuhi tuntutan ataupun kehendak yang akan digunakan. Kiniwau telah digunakan untuk hiasan rumah –rumah mewah.amalan manusia. ruang legar hotel. Tumpuan hanya diberikan pada reka coraknya sahaja. Keperluan ini muncul kerana adanya dorongan dalam diri manusia yang sentiasa bercitarasa. persekitaran dan perilaku manusia itu sendiri. Ini kerana keperluan yang dihadapi oleh manusia yang didesak oleh faktor-faktor tertentu. Kini saiz wau boleh didapati dalam berbagai saiz daripada saiz sebesar tapak tangan hingga ke saiz lebih besar(replika). Ini adalah kerana adanya dorongan yang sentiasa inginkan perubahan. Kesannya membuatkan tidak ada lagi persamaan motif reka coraknya dengan wau yang lain. Tiada lagi hiasan bermotifkan bunga-bungaan dan awan larat yang menjalar seperti dahulu. Reka corak Wau Helang telah diukir atau dihiasi dengan bermotifkan Burung Helang sendiri. Wau Helang telah bertukar menjadi seolah-olah seekor Burung Helang tambah lagi tampak lebih gagah bila diterbangkan di udara. Kualiti buluh juga sudah tidak diambil kira. Perubahan pada saiz wau juga turut berlaku kerana mengikut kehendak kesesuian fungsinya. Fungsi wau telah berubah bagi memenuhi tuntutan keperluan manusia. Fungsi wau yang kita dapat lihat sekarang tidak lagi hanya pada kegunaan untuk permaianan bagi memenuhi masa lapang semata-mata. Peniruan berlaku secara terus tanpa memikirkan konsep atau makna disebaliknya. Juga kini dijadikan hadiah atau cenderamata untuk diberikan kepada tetamu istimewa. berbagai-bagai teknik penghasilan wau turut mengalami perubahan. Peninggalan warisan orangorang tua dahulu menjadikan masyarakat Melayu Perlis menjadi manusia yang saling bertolak . tidak seperti dahulu saiznya tidak berubah-ubah. Kini perubahan budaya dalam amalan masyarakat pada kesenian turut berlaku.Yang penting hanyalah nilai estetikanya. pusat-pusat membeli belah dan sebagai barangan cenderamata ataupun hadiah. Masyarakat kini lebih suka pada yang nyata dan jelas. Antaranya keperluan hidup. maka kita dapat melihat fungsi dalam kesenianya turut berubah. MAKNA DISEBALIK PEMBUATAN WAU Pembuatan wau juga turut menyimpan makna yang tersirat. Apa yang paling ketara ialah perubahan pada reka corak Wau Helang sendiri telah berlaku. Dengan memandang kesenian sebagai unsur dalam kebudayaan. Corak Burung Helang diukir dengan penuh teliti dan berlapis-lapis dengan menggunakan kertas warna serta berjaya menampakkan pelepah-pelepah bulu helang tersebut. (rujuk lampiran-4). Struktur rangka jenis buluh yang digunakan tidak menjadi persoalan lagi. Ia telah dihasilkan mengikut permintaan. Hasil kesenian merupakan suatu keperluan hidup semua manusia. Pemenuhan keperluan estetik dilakukan oleh manusia melalui kebudayaan khususnya melalui kesenian.

Perhubungan yang erat antara simbol dengan budaya ini menurut pendapat Budiono Herusatoto (1985) menyatakan bahawa kebudayaan itu sendiri adalah terdiri daripada gagasan. tidak ada masalah kecurian dan masalah-masalah sosial seperti hari ini. Motif awan larat merupakan reka corak wau yang menarik sebagai suatu ciptaan yang menggambarkan riak rasa dan fikiran orang Melayu. Motif yang dihasilkan bukan sahaja bertujuan untuk fungsi keindahan tetapi juga mempunyai lambang dan makna. Demikian juga bidang seni ia merupakan aspek yang berubah yang juga saling berkaitan ekonomi. Awan larat sama ada dari segi istilah ataupun unsur penciptaannya adalah berimejkan unsur alam yang merujukkan hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan alam persekitaran mereka. Hubungan mereka mejadi rapat seperti satu keluarga. Hakikat ini dapat memberi pengertian kepada kita bahawa aspek pembuatan wau merangkumi keseluruhan bentuk. malah ianya telah menjadi acara rasmi dalam pertandingan dan juga telah menjadi sebagai sumber kewangan. sememangnya budaya amat berkait rapat dengan kehidupan manusia. mereka masih lagi bekerjasama atau bergotong royong semasa menebang buluh. sopan santun dan adat susila. KESIMPULAN Kesenian merupakan salah satu unsur yang sentiasa ada pada kebudayaan. ia sememangnya merupakan satu permainan yang dimainkan secara bermusim. kadang-kadang kerjakerja meraut buluh dilakukan hingga lewat malam. Jika pada masa dahulu. Perubahan budaya yang berlaku dalam bidang seni adalah berkait dengan perubahan hidup manusia itu sendiri. Semua aspek budaya saling berhubung antara satu sama lain dalam satu kesatuan. pengetahuan dan teknologi. Di antara mereka telah wujud kepercayaan. Menurut Shahrom. Hal ini dapat dilihat setelah mereka selesai menuai padi. Melaluinya kita akan dapat menikmati keindahan dan memahami hati nurani. Jika pada masa dahulu. ia sememangnya merupakan satu permainan yang dimainkan secara bermusim. struktur dan hiasan yang merupakan cebisan daripada keseluruhan gagasan kebudayaan Melayu. musim bulan penuh (bulan mengambang). Semua unsur dan isi alam saling membantu dalam menyuburkan fikiran dan perasaan. Anak-anak muda semuanya penuh dengan aktiviti seharian. tidak ada perasaan tamak. pada masa dahulu tidak ada kedengaran masalah sosial yang berlaku ditempat mereka. Bidang seni khasnya akan turut mengalami penyesuaian berdasarkan perubahan yang berlaku mengikut masa. corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa. Jestru itu perubahan pada fungsi dalam bidang seni kraf wau seperti . Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan manusia. Ia merupakan satu perlambangan kepada suatu kehidupan yang telah dihidupkan daripada umbi yang sama dengan kewujudan manusia. Pada masa ini anak-anak muda akan bekumpul hingga lewat malam untuk menyiapkan wau. Fanomena ini telah diungkap oleh pencinta seni dalam masyarakat Melayu supaya dapat menyelami nilai seni yang tersembunyi di sebalik reka corak tradisi tersebut. Konsep seni ukir Melayu lebih banyak tertumpu kepada unsur tumbuh-tumbuhan sebagai asas utama dalam melahirkan ilham dan gaya dalam reka corak wau. amalan yang baik ini tidak terhenti begitu sahaja. Hubungan kebudayaan manusia juga disebut sebagai makhluk bersimbol atau animal symbolicum. bekerjasama dan saling hormat-menghorrmati antara satu sama lain. Kebiasaannya pada musim itu.ansur. Di mana masyarakat Melayu dahulu tidak hanya begotong royong semasa menuai padi sahaja berhiburpun masih wujud interaksi sosial di kalangan mereka. membuat wau dan menaikkan wau (semasa bermain). Apabila diperhatikan secara mendalam. Konsep ini dapat dilihat pada aspek hiasan pada reka corak wau tersebut. simbol dan nilai serta norma sebagai hasil karya dan perilaku manusia. Kini mereka masih lagi meneruskan aktiviti tersebut sebagai menjaga warisan. atau dendam sesama mereka. Begitu jugalah halnya pembuatan wau bagi masyarakat Melayu. Tambah Shahrom lagi.

budak2 dan bapak2 budak juga mulai sibuk membuat wau atau layanglayang. Shahrom juga seorang tukang pembuat wau. Tanpa disedari masyarakat telah mempedulikan nilai dan makna kesenian yang tersembunyi di dalam hasil ciptaan tradisi ini. Info berguna dan benar ni yer. manalah tahu kot2 ada para pelajar sedang membuat kajian tentang perbezaan wau dan layang-layang.. wau helang dan wau kucing. Beliau kini berusia 52 tahun. Of course di Terengganu. Panggilan layanglayang lebih digunakan di sebelah barat dan selatan semenanjung. Pemilihan seorang penggiat/tokoh wau untuk ditemu bual: Shahrom bin Hj. Pada tahun 1996 beliau telah mewakili persatuannya untuk ke pertandingan wau di peringkat kebangsaan untuk julung kalinya yang diadakan di Pasir Gudang Johor. Shahrom telah mula bergiat aktif dan turut serta dalam pertandingan wau yang dianjurkan di peringkat negeri. . D Sekarang adalah musim bermain wau di sini. Musim padi sedang berisi ini memang angin bertiup agak kencang mulai tengahari hingga ke petang. Seperti biasa. Sejak berumur 21 tahun. :D • • Laman utama Kandungan . di Terengganu atau lebih tepat di daerah kecil saya ini. layang-layang itu lebih selesa disebut wau.Ibrahim merupakan seorang daripada anggota ahli Persatuan Wau Perlis. Keadaan ini biasanya akan berpanjangan sehingga habis musim menuai padi. telah mula bermain wau sejak usia yang muda lagi. Di antara yang diminatinya ialah wau bulan. Hehe.yang dibincangkan adalah menjadi satu adaptasi dalam kehidupan kini. Sejak daripada itu minatnya dalam bidang ini semakin mendalam sehingga pada saat yang paling manis dalam hidupnya beliau telah menjadi johan di peringkat kebangsaan dalam dua kategori daripada tiga kategori yang dipertandingkan.

Negeri Sembilan dan Selangor. 2. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh).• • • • • Pengurusan Panitia KRSV Info Blog / Catatan Pelawat Download Chat 28 FEBRUARI 2010 Seni Kraf Wau . Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada . Terengganu. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China.Khazanah Tradisional Negara Pengenalan Sejarah Wau 1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus. 3. wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi. Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor. Asalnya. 4. Popular di negeri Kelantan.

Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian 2. wau bulan besar Kategori Wau 1. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan 3. Wau untuk hiasan dan replika Pertandingan Ketinggian . 5. seluruh dunia meminati permainan wau.mereka yang terperangkap di bukit. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong. Pada masa ini.

. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi. Pertandingan Kecantikan 1. 3. 4.1. 2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau. 2.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara Wau Hiasan dan Replika .

pejabat dan sebagainya. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan Jenis-jenis Wau Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia.1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah. Badan berbentuk seakan-akan bulat. 2. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular Wau Bulan Wau yang paling popular. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. . Sangat popular di Kelantan. 3. manakala ekor pula berbentuk bulan sabit.

Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur. ekor pula berbentuk ekor ikan.Wau Kucing Wau yang disukai bentuknya. . Wau Jala Budi Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan.

. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan. Wau Barat Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur.Wau Merak Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.

Wau payung berekor Wau helang .

Wau kenyalang Wau puyuh .

Proses Penghasilan Wau 1. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan 2. Meraut buluh 3. Membuat corak 6. 4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau. 3.Wau daun Alatan dan Bahan 1. Membuat rangka 4. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Menampal rangka 5. 5. Memasang teraju Memilih Buluh . Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut. Memilih buluh 2. Menampal corak 7.

Meraut Buluh Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Membuat Rangka .Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.

Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut. Menampal Rangka Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna.Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Bilah buluh perlu diseimbang. . Rangka pula daripada buluh duri. Kertas warna perlulah bersesuaian. Membuat Corak dan Menampal Corak Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.

Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. proses wau ini lengkap sepenuhnya Bahagian-bahagian Wau Tokoh-tokoh Wau . Selepas memasang tali teraju.Memasang tali teraju Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju.

Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir. Wan Othman Berasal dari Besut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London. Terengganu. download bahan pengajaran wau di bawah: Seni Kraf Seni Kraf Khazanah Tradisional Wau Anda mungkin juga meminati: WAU SENI ANYAMAN Seni Anyaman Batik Canting LinkWithin Dikongsi Bersama Oleh: ciптa seпi at 11:01 AM Labels: kraf tradisional. beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir. Wan Su B. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.Hashim B. Awang Berasal dari Kota Bharu. wau . Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Kelantan.

) 28 Februari 2011 5:51 PM Wau Kite berkata. Salam.... 8 April 2011 11:53 AM . 24 Januari 2011 5:57 PM Tanpa Nama berkata...... Thanks bro. SENANG NAK WAT FOLIO TANPA PENING KEPALA .. Terima kasih .. Tahniah atas catatan dan kerja yang menarik.maklumat yang diberi membantu saya dalam menghasilkan tugasan. Boleh saya dapatkan alamat kedua-dua orang pembuat wau yang ada di sini? Minta emailkan kepada saya ..com. KERANA MEMBERI MAKLUMAT . boleh sy tau dimana rumah Hashim B.. Awang dan bagaimana sy boleh hubungi dia? 1 September 2010 12:13 PM Tanpa Nama berkata....blh jugak bantu saya buat assemen. TERIMA KADIH SANGAT2 . 31 Januari 2011 9:43 AM Tanpa Nama berkata.himro01@yahoo. Boleh hubungi saya untuk penambahbaikan.....7 Komen:: ahnaf berkata.my 23 Februari 2011 5:59 AM Tanpa Nama berkata....

boleh cerita pasal wau kenyalang? 6 Jun 2011 1:44 AM Catat Ulasan Pautan: Buat Pautan Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom) 0 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKHATUH ...Tanpa Nama berkata.

Khazanah Tradisional Negara Batik Lukis Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas) Warna Panas dan Warna Sejuk Warna . ► 2009 (25) ► 2008 (10) TOPIK ..Top of Form Search powered by Bottom of Form CATATAN • • ○ ○ ○ ○ ○ ○          • • ► 2011 (10) ▼ 2010 (18) ► Disember (1) ► Julai (4) ► Jun (1) ► Mei (1) ► Mac (2) ▼ Februari (9) Seni Kraf Wau ..Unsur-unsur Seni Reka Jalinan LUKISAN PERSPEKTIF Soalan KRSV 2010 Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual STPM 20.

1975... • Ukiran Kayu PENGENALAN Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun t. Henry Moore. • Warna . 1898-1986) bronze. 2.Unsur-unsur Seni Reka Pengenalan Warna 1.5” x 47. kulit .alat dan bahan (5) anyaman (5) arca(2) arca mobail (1) batik (4) bentuk (1)cat air (3) catan (11) catan cat air(4) catan cat minyak (1) cetakan (4)Guru seni cemerlang (1) ilustrasi (1) jadual SPM (1) jalinan (1) kajian rekaan seni visual (1) kerja kursus (2) kertas 2 (1)komunikasi sayong (1) logo (2) visual (7) kraf lukisan (5)pembungkusan (2) perspektif (1) poster (1)prinsip bentuk tradisional (20) KRSV (4)labu rekaan (1) proses dan teknik(11) rancangan (1) reka pua (1) ukiran (1) unsur-unsur korporat(1) ruang (1) rupa (1) seni grafik (5) seni halus (19) soalan (5)songket (2) spm (1) STPM (1) sukatan (1)tekat (1) tembikar (3) tenunan (3) tenunan seni(7) warna (2) wau (2) PAUTAN BERKAITAN • • • • • • Seni Visual STPM Bandar Kuala Kangsar Water Colour Painting Penang Artist National Art Gallery USA Galeri Shah Alam CATATAN POPULAR MINGGU INI • Jalinan Apa Itu Jalinan 1.5” Definisi: Arca adalah suatu bentuk dala... • Arca Reclining Mother and Child.. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia.. . seperti kesan pada permukaan kulit durian. Manusia boleh membina..5” x 53. 94. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.. (British.

ciптa seпi Create Your Badge AMAZON CONTEXTUAL PRODUCT ADS JOIN GROUP PSV@FACEBOOK PENGUNJUNG . PADA PENDAPAT ANDA HALAMAN INI..• Bentuk BENTUK penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan 1.. Bentuk mempunyai struktur jisim dan i.. PENGUNJUNG TERKINI KOMEN TERKINI ANDA MERUPAKAN SEORANG...

Dikuasakan oleh Blogger.JUMLAH KUNJUNGAN Kemusykilan/cadangan hubungi ciптa seпi : senivisual1@gmail. Templat Simple.com. .com atau cint4seni@gmail.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful