SEKAPUR SIRIH

Pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta Limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Tanpa keizinan daripada Allah S.W.T, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sudi memberikan sokongan dan kerjasama yang amat cemerlang kepada saya serta sanggup mengorbankan masa mereka dalam usaha menjayakan Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini. Tanpa bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sudah semestinya kemungkinan besar akan berlaku beberapa kesulitan dan kecacatan pada tugasan saya dan sudah pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Oleh itu, saya cukup berterima kasih atas kerjasama dan bantuan serta komitmen yang mereka berikan kepada saya dan saya berasa cukup terharu atas kerjasama yang diberikan itu. Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pemangkin utama dalam menjalankan tugasan ini iaitu dua orang pensyarah saya daripada Jabatan Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Azlina binti Rani dan Cik Zaharah binti Mohamed yang telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Panduan dan tunjuk ajar yang diberikan mereka telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada mereka kemungkinan proses dalam menyiapkan tugasan ini akan menemui jalan buntu untuk saya teruskan untuk langkah yang seterusnya. Panduan dan tunjuk ajar mereka serta komitmen yang mereka berikan kepada saya amatlah saya hargai . Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya. Saya amatlah menghargai segala bantuan, sokongan, kerjasama, dan tunjuk ajar dari rakan-rakan sekalian serta para pensyarah pembimbing yang terlibat dalam usaha menjayakan tugasan KKBI saya ini. Sekian terima kasih«.

1

3(1'$+8/8$1
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan. Di sini saya ingin menerangkan beberapa perkara mengenai tugasan yang diberikan kepada saya di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Seni Visual. Tugasan ini diberi kepada saya pada 1 Februari 2010 dan perlu disiapkan pada 8 Mac 2010. Tugasan ini adalah mengenai konsep Pendidikan Seni Visual (PSV) serta matlamat dan objektif PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Penekanan utama diberi kepada kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. Selain itu penekanan juga diberikan terhadap beberapa pandangan serta sumbangan tokohtokoh seni dan pendidik seni samaada tokoh tempatan, tokoh Islam atau tokoh barat. Bukan itu sahaja, bagi melengkapkan tugasan KKBI ini, saya dan rakan sekelas dikehendaki mengadakan majlis forum bagi membincangkan kepentingan PSV dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Majlis forum ini merupakan tugasan amali bagi KKBI pada semester ini. Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya perlu mengumpul dan menghuraikan maklumat tentang konsep PSV serta matlamat dan objektif PSV daripada sumber internet, keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber. Seterusnya, saya perlu menyediakan nota dalam bentuk peta minda atau pengurusan grafik. Sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni haruslah dibuat dalam ulasan bertulis mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat memantapkan diri saya sebagai seorang guru pelatih dengan pengetahuan mengenai konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual dalam KBSR sebagai satu langkah ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. InsyaAllah...

2

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK PERBINCANGAN Konsep Pendidikan Seni Visual Konsep Seni Konsep Pendidikan Seni Visual Konsep Seni Visual Pengertian Pandangan & sumbangan Tokohtokoh Peranan pendidikan seni visual dalam perkembangan kanakkanak Matlamat Barat Islam Objektif 3 .

SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL 4 . Dari hasil seni ini maka timbul kesan dari segi materialnya. persepsi. SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SENI  Merupakan komunikasi tampak dan menjurus kepada senilukis dan senireka. keintelektualan. imiginasi.PERBEZAAN ANTARA SENI. Seni Muzik Seni Sastera Seni Tari Seni Mempertahankan diri  Proses di atas menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu malalui penajaman daya intuisi. mentalnya dan juga spiritualnya.  Tidak merujuk kepada seni lain seperti:  ³ seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman. menghasilkan dan membuat penilaian terhadap hasil seni yang direka. catan arca dan sebagainya.´ Suhaimi Haji Muhammad (2003)  Membantu individu meluahkan ekspresi diri melalui gambaran visual seperti lukisan. dan konsepsi murid  Merangkumi: Seni Kraf Seni Lukis Seni Ukir Seni Bina Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional  Merangkumi 4 bidang iaitu:  Juga dikenali sebagai seni tampak  Melibatkan aspek pemahaman. kebijaksaan dan kerohanian manusia. penghayatan serta kritikan dan apresiasi seni.  Seni merangkumi aktiviti-aktiviti membuat.

Penulisan tugasan KKBI saya ini meliputi 2 jenis penulisan iaitu penulisan nota dalam bentuk peta minda atau pengurusan grafik dan penulisan esei panjang antara 300-500 patah perkataan. Selain itu. matlamat. objektif dan peranan PSV dalam perkembangan kanak-kanak. 2) matlamat PSV. 5 . dan matlamat serta objektif PSV dalam KBSR. serta 5) peranan PSV dalam perkembangan kanak-kanak. manakala penulisan sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni adalah dalam bentuk penulisan esei. Mengikut kronologi penulisan tugasan saya bagi KKBI ini. penulisan nota adalah dalam bentuk peta minda. KKBI semester ini juga menekankan tentang ulasan bertulis mengenai sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni. Penekanan utama diberikan terhadap kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. saya akan membuat penulisan tentang: 1) pengertian PSV. penekanan tajuk yang diberikan adalah mengenai Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) yang meliputi aspek konsep PSV.Dalam Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) saya pada semester ini. Bagi pengertian. 3) objektif PSV. 4) penulisan mengenai sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni.

Yunani Manakala bangsa Jerman melihat pendidikan sebagai Erziehung membangkitkan kekuatan terpendam ataupun mengaktifkan kekuatan dan potensi anak. Orang Rumawi melihat pendidikan sebagai educare iaitu mengeluarkan dan menuntun.Hlm 3 Pendidikan berasal daripada kata dasar didik. Latihan khas ini mengenai keseronokan dan kesakitan yang membawa kepada anda membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintakan. iaitu ilmu menuntun(mendidik) anak. Mohd Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan (2003). proses pembuatan dan cara mendidik. apabila keseronokan dan kesakitan yang betul ditanam di dalam jiwa yang bukan rasional. Pendidikan adalah pedagogi. konsep Pendidikan atau dalam bahasa Inggeris µEducation¶ dan konsep Seni µArt¶. Manakala pendidikan bererti proses mengubah sikap dan tingkah laku seseorang ataupun kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upacara pengajaran dan latihan. Tindakan merealisasikan potensi anak yang dibawa waktu dilahirkan di dunia. digelar µPendidikan¶´ Schofirl (1972) 6 . Kamus Dewan ³Latihan yang diberi oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia yang terkawal yang ada dalam diri kanakkanak.PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI Pendidikan seni adalah 2 perkataan yang disatukan iaitu Pendidikan dan Seni yang mempunyai dua konsep makna. iaitu memelihara dan member latihan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran.

Menjurus seni tampak atau visual PENGERTIAN Tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik. seni tari dan seni mempertahankan diri PENDIDIKAN SENI VISUAL Merangkumi 4 bidang iaitu: Melibatkan aspek pemahaman. menjadi penkarya yang rasional dan mampu mengandalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan 7 estetik dan daya kreativiti individu malalui penajaman daya intuisi. . Proses di atas menyentuh mengenai perasaan Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional Dengan ini. imiginasi. penghayatan serta kritikan dan apresiasi seni. meningkatkan lagi kepekaan. seni sastera. dan konsepsi murid. persepsi. murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual.

kreatif dan menyeronokkan 3 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pacaindera 4 Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur. kritis. cermat dan selamat Memupuk nilai-nilai kerjasama . yakin diri.OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 Menghargai alam ciptaan Tuhan 2 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif. disiplin diri dan tanggungjawab 6 7 8 Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 9 Menggunakan kamudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan berfaedah 8 .

kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL Kandungan kurikulum berupaya membantu murid: (1) Meningkatkan rasa (3) Meyumbang kea rah pembangunan diri . keindahan seni dan warisan bangsa kesyukuran kepada Tuhan 9 . masyarakat dan Negara.Melahirkan insan yang harmonis. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (2) Menghargai keindahan alam persekitaran. keluarga. kritis.

Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat membuat dan pengamatan.  Pemikiran yang kritis dan kreatif akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka. tanggapan meningkatkan keupayaan kanak dalam membuat pengamatan tafsiran FELDMAN (1976) Mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual. BROWN (1980) Mendapati bahawa pengalaman kanakkanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan10 perbezaan setiap objek atau seni tampak . PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PANDANGAN TOKOH BARAT BERSOON (1982) Galakan yang diberi kepada kanakkanak menggunakan deria dan EISNER (1980) Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah menggunakan kemampuan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman menerusi yang kegiatan disediakan seni akan kanak- dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. kanakkanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  Berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu kanak-kanak secara ekplorasi menerusi deria.

dengan Islam aliran tentang seni dan dan fahaman kesenian di dalam mereka. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan. aliran. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Lalu. Lantaran itu. ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar 1. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat. Islam Pandangan Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. politik. ketauhidan kepada Maha Pencipta. peradaban dan kebudayaan manusia. Jelasnya. Ia merupakan penyatuan. yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. sosial. kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep 11 .SUMBANGAN DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI DAN PENDIDIK SENI Seni dan kesenian sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. teknik serta variasinya seni itu sendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik. maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul.

dan tidak kurang juga yang berkaitan dengan seni Islam. agama bukanlah kebudayaan.µtauhid¶ itu sendiri. segala 12 . Menurut al-Ghazali. 2. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak syariat agama. Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya terhadap karya seni dalam bentuk fizikal. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Ini adalah kerana. yang dihayati kerananya dan bukan tujuan yang lain. Keindahan menurut al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri. Bagi agama Islam. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah semata-mata memenuhi tuntutan jasmani. al-Ghazali mengemukakan teori estetika. keindahan daripada aspek luaran sahaja sebenarnya tidak akan memberi apa-apa makna kepada murid-murid mahupun penghayat seni seandainya mereka tidak cuba memahami apa yang mereka hasilkan daripada aspek keindahan dalaman. manusia yang taksub dengan kehendak kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni. seseorang guru itu tidak harus menilai aspek keindahan pada hasil karya murid-murid daripada aspek luaran sahaja. Mengikut teori ini.1 Al-Ghazali Al-Ghazali meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam khususnya. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya peka pada kedua-dua aspek ini. Dalam bidang kesenian. Bagi al-Ghazali. Pandangan Tokoh Timur dan Islam 2.

yang ditanggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan itu. Kajian beliau adalah berkaitan: y y y y y Kajian tentang kebiasaan dan pembentukan. y kemahuan tidak akan berlaku tanpa minat atau penggerak. dapat dirumuskan segala yang indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada panghayatnya. y fikiran tidak akan berlaku tanpa dorongan daripada penggerak ataupun minat. semakin tinggi kemahuan seseorang itu untuk mencapai minat tersebut. Semakin kuat naluri seseorang terhadap minat itu. Melalui pandangan al-ghazali ini. y Walau bagaimanapun sifat tingkahlaku tidak harus ada penggerak (motivasinya) nya. daripada sejumlah penggerak 13 . Kajian tentang kemahuan manusia yang pelbagai Kajian tentang pengamatan dan kekuatan Kajian tentang ingatan dan cara mengekalkannya serta Kajian tentang khayal dan fungsi-fungsinya. Bukan itu sahaja. Al-ghazali juga mengkaji tentang pengerak-pengerak (motivation) manusia. al-ghazali juga mengkaji berkenaan dengan jiwa manusia. Menurut beliau: y sifat manusia tidak akan terlepas (motivation ) dan minat. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan pada penghayat seni itu sendiri.

Rasional daripada matlamat ini adalah penghampiran diri manusia dengan Allah. Kelebihan yang dimiliki oleh pelukis contohnya adalah perantara seni dan merakamkannya di atas kanvas untuk dihayati dan dijadikan bahan tontonan harian di galeri. konsep seni yang menjadi pegangan al-Ghazali khususnya dan agama Islam secara amnya menyanjung tinggi dan meletakkan seni pada suatu kedudukan yang amat istimewa. pendidikan yang unggul ialah keselarasan dengan objektif kejadian manusia iaitu penguasaan ilmu tentang Allah. keindahan dan sesuatu yang menarik dalam alam ini adalah untuk dimanipulasikannya supaya menjadi sesuatu yang istimewa dan mudah untuk dihayati. keadaan-keadaan yang berlaku selepas mati dan sebagainya. rugilah anda. dengan penghampiran diri kepada Allah itu mustahil kecuali melalui ilmu. untuk berasa sombong kepada rakan anda.Matlamat pendidikan Al-Ghazali: Menurut beliau. Pelukis biasanya berjaya 14 . Tetapi sekiranya tujuan anda mencari ilmu itu adalah untuk mendalami syariat yang diturunkan melalui nabi dan untuk pembersihan diri (nafs amarah).Ilmu demikian meliputi ilmu pencipta dan ciptaan-Nya termasuk alam semesta. Secara keseluruhannya.t. Beliau menegaskan pendidikan dapat menanamkan perangai baik kepada kanak-kanak supaya dapat menilai di antara perkara yang benar dan yang salah.w. Keindahan alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah s. adalah untuk umat manusia yang menghuni di seluruh pelosok alam ini. Kesempurnaan objek ciptaan-Nya sering kali menjadi sumber ilham pelukis bagi memindahkannya ke atas kanvas. di rumah dan sebagainya. roh. bermegah di dunia. Kecantikan. Sistem pemikiran al-Ghazali boleh disimpulkan kepada keberanian untuk mengetahui dan keberanian untuk meragui. Melalui tulisannya µAyyuh al-Walad¶ : µSekiranya tujuan anda mencari ilmu adalah untuk mendapatkan kemuliaan di dunia. untuk mendapat tempat. Beliau berpendapat segala ilmu harus disiasat dan tiada apa pun harus dianggap merbahaya dan bermusuhan. anda dirahmati¶.

peyuntingan dan penterjemahan.2 Al-Faruqi Al-Faruqi merupakan cendikiawan dan aktivis Islam yang banyak mengetahui pelbagai budaya intelektual. Al-Faruqi mengetengahkan bidang Tauhid sebagai intipati pengalaman keagamaan. etika. 2. politik. Menurut Al-Faruqi. seni adalah proses penemuan alam dalam usaha menghasilkan inti pati dalam bentuk tampak. kekeluargaan. Seni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara kebaikan dan berakhlak. Al-Faruqi menyatakan: µKesenian Islam itu tidak terhad kepada hasil ciptaan ataupun bangunan yang berunsur keagamaan semata-mata. Guru juga boleh mengadakan pengajaran di luar bilik darjah yang mana pendekatannya adalah kearah memahami alam semulajadi dan membina hubungannya dengan alam sebagai proses membina perkembagan artistik murid-murid. Kesenian juga meliputi segala hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan untuk tujuan keagamaan ataupun tidak. Menurut beliau lagi. ia adalah sebahagian daripada manipulasi kesan interaksi dan pengalaman manusia pada makhluk lain. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang meliputi penulisan. perinsip sejarah. Dalam berkarya. estetika. konsep seni Islam dan pembawaanya adalah benar-benar menjurus kearah konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Al-Faruqi mengatakan.¶ 15 .mengilhamkan sesuatu yang indah itu supaya dapat dinikmati olah khalayak yang biasanya tidak berkesempatan mendekati unsur-unsur keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang menakjubkan ini. pengetahuan. Tauhid adalah perinsip utama bagi estetika. social dan ekonomi. seni bukanlah peniruan.

Di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika. arca. tekstil dan sebagainya bergantung kepada persekitaran yang mana terdapatnya bahan-bahan itu. pertukangan kayu dan logam. baik susunannya. Menurut beliau. (Estidotmy Utusan Malaysia. Keindahan yang dipaparkan melalui penggunaan elemen-elemen senireka yang semuanya menjurus kepada tema tauhid yang dijelmakan melalui kaligrafi. motif-motif dan lambang-lambang dengan perantaraan media-media seperti tembikar. Etika pula merujuk kepada elemen-elemen akhlak atau moral yang membina manusia. bukannya bersifat individualistik atau egoisme tetapi segala hasil karya seni menjadi lambang cita rasa masyarakat Islam keseluruhannya. bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi penciptaannya diharap dapat melahirkan rasa penghargaan dan menggembirakan ataupun menyenangkan hati. pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Tulisannya yang dikenali sebagai µMuqaddimah¶ atau µprolegomene¶. Menakala logika pula merujuk kepada suatu kebenaran yang hakiki. terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah.3 Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir Islam yang unggul. menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Segala karya seni dijadikan elemen bagi menyampaikan perutusan Allah yang ditampilkan melalui pelbagai bentuk rupa dan gaya hasil karya. Secara kesimpulannya. 2002) Menurut Ibnu Khaldun seni itu suatu kebenaran. Al-Faruqi berpendapat seni dalam Islam mestilah merangkumi keseluruhan kehidupan muslim. etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan. 2.Kenyataan ini bermaksud semua hasil karya bukan sahaja berunsur keagamaan tetapi meliputi semua hasil ciptaan yang digarap melalui kemahiran kreativiti dan hasil karya ini secara umumnya memiliki nilai-nilai estetika yang menimbulkan kesan keindahan. keindahan dan kebaikan. 16 .

menggerakkan semangat.t. Beliau menggunakan perkataan mimesis yang bermaksud imitasi atau peniruan. Kesimpulannya. Persoalan seni yang dikemukakan oleh Plato di bincangkan dalam bukunya bertajuk Republik X. Dalam buku tersebut adalah dialog antara Socretes dan Glancon. Dialog yang dibincangkan dalam buku Republik X itu jelas merujuk kepada karya catan. Seni mestilah adalah proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam.Seni sebagai mimesis (347 SM) (Teori seni Plato) Plato merupakan sorang ahli falsafah Yunani yang hidup tahun 428-348 SM. Dalam Islam. Ertinya. Seni seharusnya menjadi alat untuk ketaqwaan. kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak. syarak dan akhlak.1 Plato. dan falsafah kehidupan manusia. Seni dalam Islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah. iman. matlamat keagamaan. merupakan seorang penyair yang sangat produktif. memimpin batin dan membangunkan akhlak masyarakat bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.Bagi Ibnu Khaldun. dalam pembangunan seni. Pandangan tokoh barat 3. Plato menjelaskan bahawa pelukis atau ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. kesenian dicetuskan dengan niat mendapat keredhaan Allah.w. lukisan dan arca. 3. Beliau telah menghasilkan banyak cerita dan puisi dalam bentuk dialog. Kebanyakan persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. seni mestilah bersifat menyuruh membuat kebaikan dan menegah kemungkaran. Dalam dialog tersebut Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatu µmimesis¶. 17 . kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.

Tukang atau pembuat mendapat idea atau sesuatu konsep benda atau objek yang akan dibuat daripada konsep asal objek ciptaan Tuhan. Selepas itu tukang atau pembuat itu pula akan meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu ketika penghasilan pembuatannya. Plato membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan. mewakili aksi-aksi manusia. membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek. Sehingga digambarkan oleh Plato seperti sebuah puisi yang tidak benar tetapi boleh mengakibatkan audien menangis kerana pernyataan perasaan yang terkandung dalam puisi itu sendiri. Namun walaupun dinyatakan pemisahan dengan kebenaran tetapi seni mempunyai kekuatan dari segi pernyataan dan perluahan idea dan perasaan. Dalam konteks seni visual. 3. akhlak. dan 4. Akhir sekali pelukis yang melukis sesuatu objek akan meniru sesuatu yang telah dihasilkan oleh tukang. kebaikan. 2. Mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang lain. Perbandingan dibuat antara lukisan dengan kebenaran. kesempurnaan. Seni dan Pendidikan mesti berasaskan kepada kebenaran. berlagak seperti orang yang lain. Keadaan ini menyebabkan masyarakat ketika itu memandang rendah kepada seni lukis. Tuhan sebagai pencipta pertama. nilai dan moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada umat manusia. menyatakan bahawa konsep mimesis yang diutarakan oleh Plato boleh mempunyai maksud berikut: 1.Menurut Lok (1997) dalam bukunya Falsafah barat klasik Plato dan Aristotle. Seni juga dinyatakan sebagai elemen yang dapat mencipta sesuatu persekitaran kebudayaan dan meningkatkan perpaduan. 18 . kesejahteraan dan keindahan. Plato telah membicarakan lukisan dan kaitannya dengan imitasi.

Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau. Berbeza daripada orang dewasa kanak-kanak mempunyai impuls kreativiti tersendiri dan haruslah digalakkanuntuk memajukan keindividualan sendiri mengikut kemampuannya. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa melalui konsep Global Art. Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua Negara. Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai µmodern Art is as old as man¶. Menurut beliau. Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. dan Apresiasi dan tidakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain. seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Buku terkenalnya adalah seperti µEducation Through Art¶ dan µHistory of Modern Art¶. Kanak-kanak perlu 19 .2 Herbert Read Herbert read banyak menulis mengenai Pendidikan seni. Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri. keseronokkan dan kedamaian estetik.3.3 Frank cizek (1865-1946) Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam pendidikan. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. Beliau telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Seperti pendapat yunani awal. Beliau selalunya mengemukakan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut: y Ekspresi diri dan komunikasi y y Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak. 3.

cabang kraf untuk kanak-kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari kaca mata orang dewasa. 20 . Cizek mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Kenyataan ini juga telah membawa kepada perkembangan cabang terapeutik seni. Apabila kanakkanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri. Keperluan asasi kanak-kanak dikatakan adalah suci dan tulen seperti kertas putih. wujudlah suasana gembira dan suka riang. Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin untuk belajar. kanak-kanak boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan perinsip-perinsip seni sebagai suatu pengukuhan.dibebaskan daripada kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadiandiri. Minat belajar dan minat memajukan diri meningkat. Apabila mencapai tahap tertentu.

Terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.(2006). Prof Madya Iberahim Hassan (2003). Md. Perak Darul Ridhuan. Hamid. ¶HBAE 1103¶ Pengenalan Pendidikan Seni Visual¶ Kuala Lumpur. SUMBER INTERNET http://smktphpsv.com/2009/11/07/psv-edisi-nota-pengertian-strategi-bidangaktiviti-pp-apresiasi/ http://www. Bhd. Johari AB. Mohd Johari Ab.html http://www. ¶Pendidikan Seni untuk Maktab dan Universiti¶. ¶Falsafah dan Kritikan Seni¶.com/blogs/index. Pahang Darul Makmur.scribd. Tanjung Malim.sksenai. PTS Publication & Distributors Snd. Nasir Ibrahim.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak 21 . Tanjung Malim.php?blog=11&title=pengenalanpsv&more=1&c=1&tb=1&pb=1 http://abm-teratakkaryaseni. (2004).com/doc/25035150/Huraian-Sukatan-Pelajaran-Pendidikan-SeniVisual-Kbsr http://www.RUJUKAN Mohd.blogspot. ¶Metodologi Pendidikan Seni Visual¶ terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.scribd. 2006. Open University Malaysia (OUM).wordpress. Hamid et al.com/2008/10/pandangan-tokoh-barat. Perak Darul Ridhuan.

22 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful