1.

PENGENALAN Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan harus dibentuk berdasarkan panduan dan cadangan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul ini akan mengemukakan beberapa unsur penting dalam merancang sesuatu pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

2.

PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran,iaitu: Kecergasan, Kemahiran, Kesukanan.

2.1

Rancangan Pengajaran Harian PJ. Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani adalah penting kerana ia menjadi panduan untuk guru melaksanakan pelajaranya. Dengan adanya Rancangan Pengajaran Harian langkah-langkah

pelajaran akan lebih teratur. Dari segi penyeliaan praktikum, Rancangan Pengajaran Harian seseorang guru pelatih, dapat mencerminkan

kemahirannya dalam merancangkan pelajaran seperti memilih atau menyusun aktiviti yang sesuai dan mengelolakan isi pelajaran yang hendak diajar. Semasa memilih aktiviti untuk satu masa pengajaran perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah; i. ii. iii. iv. tempoh masa pelajaran objektif pelajaran kebolehan murid-murid kemudahan, peralatan dan tempat 1

2.2

Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PJ a. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan ringkas, jelas dan tepat apa yang akan dicapai oleh murid-murid. Ia mesti menitikberatkan perubahan tingkahlaku dari segi psikomotor, kognitif dan afektif. Contoh: Pada akhir pengajaran dan

pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :

Psikomotor -

Melakukan aktiviti lari pecut mulaan berdiri dengan teknik yang betul pada jarak 30 ± 50 meter dengan kadar tiga daripada empat percubaan.

Kognitif

-

Menyatakan secara lisan dua sebab mengapa tangan perlu dihayun lurus di sisi semasa berlari

Afektif

-

Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.

b.

Peruntukan Masa Peruntukan masa bagi setiap bahagian mestilah bersesuaian dengan sesuatu aktiviti dalam pelajaran tersebut.

c.

Gerakerja-gerakerja / Aktiviti-aktiviti Gerakerja-gerakerja atau aktiviti-aktiviti hendaklah dipilih berdasarkan :

2

i. Kesesuaiannya untuk menyumbang terhadap pencapaian objektif pelajaran. ii. Kesediaan murid-murid dari segi keupayaan motor iii. Masa yang diperuntukkan.

d.

Pengelolaan Kelas Susunan yang sesuai semasa murid-murid menjalani aktiviti adalah salah satu aspek penting dalam pengelolaan kelas. Ia juga memastikan kelicinan dalam pengajaran.

e.

Butir Mengajar Butir-butir penting yang hendak ditegaskan oleh guru atau diberi perhatian oleh murid-murid semasa sesuatu aktiviti. Contoh; kedudukan tangan, kaki, badan dan mata semasa melakukan hantaran aras dada dalam permainan Bola Keranjang.

f.

Peralatan Senaraikan jenis dan bilangan alatan yang diperlukan.

g.

Penerapan Nilai Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan.

3

Murid : : : : Mata Pelajaran Tunjang Kemahiran Tajuk Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. Psikomotor 2.3 Format Rancangan Pengajaran Harian PJ : : : : Tarikh Masa Tahap / Tahun Bil. Kognitif 3. Afektif Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan : : : : : Bahagian / Masa Aktiviti Butir Mengajar Organisasi Alatan / Catatan / Strategi Permulaan Perkembangan Senaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh murid-murid. Tulis nama permainan yang mempunyai unsur kemahiran yang diajar Kemuncak/ Permainan Kecil Sebutkan butiran mengajar yang patut ditegaskan oleh guru atau beri perhatian oleh murid semasa menjalani aktiviti / latihan Secara rigkas dan jelas nyatakan bagaimana kelas itu dikelolakan semasa muridmurid menjalani aktiviti Penutup Senaraikan aktiviti ringkas 4 .2.

4 Rangka Rancangan Pengajaran Harian PJ Bahagian Perincian Permulaan 1. - Permainan Bersyarat / Pertandingan / Persembahan Penutup - ³Cooling Down´ Gerak Kendur 1. 5 .meransangkan kordinasi otot saraf . mudah dan melibatkan semua murid.ringkas .menggerak dan meregangkan otot-otot utama .menyeronokkan kanak-kanak Mengandungi Inti Pelajaran iaitu fokus pelajaran. Murid-murid melakukan gerak kerja memanaskan badan. memberi kesan kepada. Perkembangan 1. Perbezaan aktiviti bagi setiap stesen dan dilakukan secara bergilir-gilir oleh setiap kumpulan. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang sedang diajar . 2. - Gerakerja Kelas 1. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam beberapa stesen. Permainan kecil pengelolaan hendaklah ringkas.2. Pengajaran guru dan latihan murid dititikberatkan Pelbagaikan aktiviti satu kemahiran agar dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang maksimum dan tidak bosan. - Memanaskan Badan 2.menambahkan ketangkasan Bahagian ini mempengaruhi suasana pembelajaran seterusnya. 4.rancak . 3. dijalankan secara . 3. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama di bawah arahan dan pengawasan guru. Memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.berterusan . . Gerakerja Kumpulan 2. Ulasan guru mengenai prestasi murid. Menenangkan murid dengan melakukan aktiviti gerak kendur. Kemuncak 1.melonggarkan sendi . 2. 2.

Tingkahlaku Yang Diharapkan y Apa murid perlu lakukan untuk membuktikan pembelajaran telah berlaku. 2. peserta. Keperluan Pembelajaran y Apa yang murid perlu tahu dan alami setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat. dapat menyatakan c. Hasil pembelajaran yang dicadangkan hendaklah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas kelihatan (observable) dan dapat diukur peringkat pencapaiannya (measureable level of achivement) pada akhir pelajaran. pelajar. Menunujukkan. Pernyataan yang diguna hendaklah berbentuk hasil pembelajaran tingkahlaku (behavioral outcome) iaitu hasil yang menunujukkan perubahan tingkahlaku murid-murid setelah mengikuti pelajaran. tanggungjawab terhadap alatan sekolah. Siapa Kumpulan Sasaran y y Individu yang akan mempamerkan tingkahlaku. y Contoh. Contoh.5 Panduan menulis hasil pembelajaran PJ Hasil pembelajaran mestilah dinyatakan dengan jelas dan boleh tercapai sejajar dengan kemampuan psikomotor. dapat melakukan. hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik yang betul. kognitif dan afektif murid murid. y Contoh. Hasil pembelajaran yang berkesan adalah berpandukan panduan berikut. b. a. Sesi soal jawab. murid. 6 . dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran atas kepala.- Kuiz / Perbincangan / Soal Jawab 3.

6 Contoh Penulisan Hasil Pembelajaran PJ. di tempat yang betul. y Contoh. Prestasi Piawai y Pencapaian minimum yang diharapkan dapat dicapai oleh muid sama ada kualitatif atau kuantitatif. Situasi y Situasi yang dicipta khusus dan disesuaikan dengan sesuatu aktiviti yang telah dipilih. Psikomotor murid-murid dapat menyatakan dengan 100% betul Kognitif murid-murid menunjukkan dengan menyusun semua alatan yang telah digunakan di tempat yang betul Afektif 7 . sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan. 2. e. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran: Siapa Tingkahlaku yang diharapkan dapat melakukan Keperluan Pembelajaran Situasi Khusus Prestasi Piawai Domain murid-murid hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik yang betul dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran atas kepala tanggungjawab terhadap alatan sekolah pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang di dalam lembaran kerja yang disediakan sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan. di dalam lembaran kerja yang diedarkan. pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang. dengan mnyusun semua alatan yang telah digunakan. dengan 100% betul.d. y Contoh.

Kecergasan : Tarikh Masa : 07.07. : Murid-murid melakukan imbangan dalam kehidupan harian. : Manipulasi Alatan : 1. jujur dan berkeyakinan. Psikomotor : Mengimbangkan badan semasa meniti bangku gimnastik sambil menjunjung pundi kacang sekurang-kurangnya 2 kali pergi dan balik.2007 : 0745 ± 0815 Tahap/Tahun : Tahap 1 / Tahun 1 Bil. Kognitif 3.2. : Menyatakan perbezaan mengimbangi badan semasa meniti bangku gimnastik dengan tangan didepakan dan memeluk tubuh. 1.7 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PJ RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP 1 Mata Pelajaran Tunjang Kemahiran Tajuk : Pendidikan Jsmani : 1. Bangku gimnastik 2. Afektif Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan : Membanding beza pelbagai imbangan. Pundi Manik 4 buah 40 buah 8 . : Menghargai kawan. 2. Murid : 40 orang : Imbangan Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat. : Memupuk semangat kerjasama dan bersyukur menikmati kecergasan fizikal.

y Imbangkan badan.lalauan berjalan . y Depakan tangan y Peluk tubuh y Badan tegak. y Badan tegak. y Mata pandang ke hadapan. y Tangan dan kaki di buka seluas bahu.3. Berjalan atas bangku gimnastik dengan menjunjung pundi manik y Depakan tangan y Peluk tubuh D C .guru X X X 4 Skitel Perkembangan (15 ± 17 minit) Gerakerja Kelas 1. y Mata pandang ke hadapan. y Imbangkan badan A 4 Bangku Gimnastik B 40 Pundi Manik 2. y Mata pandang ke hadapan. Lari kapal terbang 3. Gelung Plastik 4. y Bebas dan terkawal y Individu X X X X X X G X . Jalan ulat bulu y Jalan di atas bebola kaki y Badan tegak. Berjalan atas garisan. Jalan berjengket 2. y Elak kawan semasa berjalan / berlari. y Depakan tangan y Peluk tubuh 3.bangku gimnastik 9 . y Imbangkan badan.murid-murid G . Skitel 4 buah 4 buah BAHAGIAN / MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Permulaan (3 ± 4 minit) Memanaskan Badan 1. Berjalan atas bangku gimnastik. y Badan tegak.

Nyatakan perbzaan antara mengimbangi badan dengan tangan didepakan dengan y Bebas dan terkawal y Individu Rumusan / Refleksi y Duduk dalam barisan mengikut kumpulan 10 . Perbincangan. y Meniti semula balik ke barisan kumpulan Penutup (2-3 minit) ³Cooling Down´ (Gerak Kendur) Mengimbang badan sambil berjengket y Badan tegak. y Mata pandang ke hadapan. y Menjunjung pundi manik y Masukkan pundi manik ke dalam gelung plastik tanpa memegang pundi manik.BAHAGIAN / MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Kemuncak (5 minit) Permainan Bersyarat y Meniti bangku gimnastik dan mengimbangan badan dengan tangan didepakan y Pandang ke hadapan A X X X B X X X C X X X D X X X 4 Bangku Gimnastik 4 Gelung Plastik 4 Pundi Manik y Meniti bangku. y Imbangkan badan.

: Memupuk minat. 2. : Menjelaskan mekanisme pelakuan menyangga yang menitikberatkan aspek daya. Kognitif 3. : Menghargai berkeyakinan. ketinggian. : Murid-murid telah mempelajari kemahiran asas manipulasi alatan.2007 : 0730 ± 0830 Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 4 Bil. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran : Pendidikan Jsmani : 2.07. 1. : Komponen kecergasan : 10 biji Bola Tampar Penerapan Nilai Penggabungjalinan Alatan 11 .memeluk tubuh. Kemahiran : Bola Tampar : Menyangga Tarikh Masa : 17. imbangan dan ikut lajak. Psikomotor : Menyangga bola tampar dengan ketinggian 2 meter tepat ke arah sasaran dari jarak 5 meter sekurang-kurangnya 5 kali dari 7 kali percubaan. Murid : 30 orang Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat. keseronokan dan membina keyakinan. Afektif Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas : Membuat ramalan.

2. depan dan belakang X XXXXXXXXX y Tapak dirian seluas bahu y Siku separas bahu. Dengan Bola Lantun bola dan menyangga Lambung bola dan menyangga X B X C A melantun / melambung B dan C menyangga balik kearah A. Tanpa Bola Fasa Persediaan y Buka kaki seluas bahu.murid-murid G . y Pergerakan fleksi. y Genggam tangan dan luruskan siku. Kuak depan / belakang 2. Fasa Ikut Lajak y Siku kekal lurus y Bertiga A X 10 biji bola tampar 2. dorsi fleksi X X X X X X G X . y Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola. Tolak dan lawan siku. Pergelangan kaki..guru arah larian 4 Skitel Regangan 1. 12 . Larian sisi.BAHAGIAN / MASA Permulaan (10 minit) AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Memanaskan Badan 1. y Berdiri tegak. y Lutut dibengkokkan. y Pangkal lengan cecah telinga. y Kedua-dua tangan di hadapan badan Fasa Pelaksanaan y Terima bola di hadapan badan. y Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan y Mata pandang bola. y Badan tegak. depan dan belakang y Bergerak atas bebola kaki y Individu y Bergerak ke sisi kiri / y Lari mengeliling skitel kanan. y Berdiri atas bebola kaki. Perkembangan (30 minit) Gerakerja Kelas Menyangga 1. y Fleksi lutut dan siku. y Kaki dominan di hadapan. ³Halfsquat´ Kelonggaran 1.

y Kedua-dua tangan di hadapan badan Fasa Pelaksanaan y Terima bola di hadapan badan. Murid terdekat dengan bola yang melantun akan menyangga. y Kumpulan Bertiga A X 10 biji bola tampar X B X C 13 . y Fleksi lutut dan siku. y Kumpulan yang menyangga paling banyak menjadi pemenang. y Pergi ke arah bola Fasa Persediaan y Buka kaki seluas bahu. y Kaki dominan di hadapan. y Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola. y Ketinggian 2 meter. Fasa Ikut Lajak y Siku kekal lurus y Mata pandang pergerakan bola dan sasaran y Kumpulan Bertiga y Menyangga sekurangkurangnya ketinggian 2 meter A X 10 Biji Bola Tampar X B X C Bola dibiar melantun sebelum menyangga. Syarat permainan: y Jumlah menyangga terbanyak.B danC Kemuncak (15 minit) Permainan Bersyarat Pertandingan Menyangga Paling Banyak. y Masa 5 minit y 5 kumpulan bermain dan 5 kumpulan mengadili. y Genggam tangan dan luruskan siku. y Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan y Mata pandang bola. Dengan Bola Menyangga bola yang melantun. Menyangga bola tinggi y Lantun bola ke arah rakan.y Mata pandang pergerakan bola dan sasaran BAHAGIAN / MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Gerakerja Kumpulan 3. Menyangga bola yang tinggi secara berterusan antara murid A.

2. ³Cooling Down´ (Gerak Kendur) y Jalan perlahan smbil mengangkat dan menurunkan tangan y Jalan bongkok sambil hayun tangan y Apa berlaku jika siku dibengkok semasa menyangga? y Bebas dan terkawal. y Dalam kawasan terhad.BAHAGIAN / MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Penutup (5 minit) 1. Refleksi ± Soal Jawab y Duduk dalam barisan mengikut kumpulan Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 14 .

Kemahiran Berfikir Pengalaman Lepas : Membuat ramalan. Kognitif 3. VCD keselamatan. : Menunjukkan kerjasama dan tanggungjawab membersih kawasan permainan. Afektif : Menyediakan kawasan yang selamat untuk beraktiviti. : Menerangkan 5 ciri-ciri keselamatan tempat berekreasi.RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Kemahiran : Pendidikan Jasmani : 3. LCD.2007 : 0730 ± 0800 Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 6 Bil. : Murid-murid telah didedahkan tentang pentingnya keselamatan semasa beraktiviti : Keselamatan semasa bersukan : Komputer riba. 1. Kesukanan : Keselamatan Semasa Berakiviti : Kemudahan tempat semasa beraktiviti Tarikh Masa : 27. marker pen. Penerapan Nilai Alatan 15 . Murid : 30 orang Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat. kertas mahjung.07. Psikomotor 2.

Lantai licin . y Siapa pernah mengelami kemalangan semasa bermain di dalam gimnasiun.dsb Perkembangan (10 minit) 1. palang imbangan.Kena bola . taman rekrasi ? ³ Saya Cikgu´ y Enam orang murid (3 lelaki dan 3 perempuan diminta berkongsi pengalaman. dewan.Bola keras sangat . . Pengalaman semasa bermain di dalam gimnasium / dewan sekolah. Kemalangan yang pernah dialami. 2.Terlanggar kawan . y Kenapa kemalangan tersebut berlaku. Keselamatan semasa melakukan aktiviti y Menyenaraikan ciri-ciri keselamatan semasa y Kumpulan berlima dan menulis pada kertas mahjung. 16 . buaian. y Berpasangan seorang menyebut nama alatan dan kemudahan dan pasangan menulis dalam lembaran kerja VCD Keselamatan Komputer Riba LCD Lembaran Kerja Kertas Mahjung 2. Menonton VCD Keselamatan y Mengenalpasti dan menyenaraikan kemudahan dan alatan di tempat bermain Jongkang-jongkit. monkey rack dsb. y Murid bercerita tentang pengalaman semasa bermain di dalam gimnasium / dewan sekolah.BAHAGIAN / MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Permulaan (5 minit) Soal jawab 1.

.Padang permainan .Pakaian sesuai .Jangan bermain di tempat licin .Taman permainan y Individu Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 17 .Jangan mengguna alatan rosak.Gimnasium / Dewan .Tiang badminton .Kerusi . dsb Marker Pen y Tampal hasil kerja di dinding kelas BAHAGIAN / MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN / CATATAN Kemuncak (15 minit) Menyusun Alatan di gimnasium / dewan y Susunan alatan yang mengutamakan keselamatan murid.Dsb y Sebelum kelas bermula guru menyelerakkan alatan di dalam dewan. . y Murid di bawa ke dewan untuk menyusun alatan tersebut Penutup (3 minit) Rumusan menggunakan borang Pengurusan Grafik y Ciri-ciri keselamatan di .melaku aktiviti.Bangku .Bakul bola .Gelanggang .

Memperkenalkan satu / dua undang-undang permainan yang diajar.Gerakerja Kumpulan ii.Permainan / . Aktiviti berlainan bagi setiap stesen ± semua kumpulan melakukan setiap aktiviti secara bergilir. 18 . Kumpulan kecil. Menarik dan memotivasi KOMEN 1. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang diajar dalam pelajaran ini.Pertandingan / .Gerakerja Kelas i. Penutup . boleh buat persembahan koregrafi oleh setiap kumpulan.Persembahan ii.³Cooling Down´ . Refleksi / Maklumbalas murid. Permainan kecil / bersyarat. Menyejukkan badan. Ada perkaitan dengan kemahiran yang akan diajar. Kemuncak . Semua murid menjalankan aktiviti yang sama. Bagi pelajaran Pendidikan Pergerakan.8 Garis Panduan Penyeliaan Kelas PJ BIL.Kelonggaran ii.Meningkatkan Kadar Denyutan Nadi . ii. 2b Perkembangan .Regangan . Permulaan 2a Perkembangan . ii. 4. iii.______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 2. iv.Perbincangan i. (jika perlu) iii. i. Memanaskan badan . i. Pengajaran kemahiran baru secara ansur maju. Aplikasi kemahiran permainan yang telah dipelajari iii. BAHAGIAN CIRI-CIRI i. 3.

. dikeluar dari kawasan latihan. Teknik yang betul / tegasan butiran mengajar / semua dapat melihat. Persediaan Alatan Arahan Pengelolaan Kelas Pemulihan Telah disusun secara teratur sebelum pelajar tiba. 3.Bersurai iii.9 Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran PJ Yang Cemerlang. Ada langkah keselamatan. kemas. mendapatkan perhatian murid. Membetulkan kelemahan / kesilapan murid-murid sepanjang pelajaran Peluang yang maksimum untuk setiap murid menyertai aktiviti. Ringkas. Digunakan sepenuhnya khususnya semasa gerakerja kelas. 11. dapat diikuti pelajar. Jenis latihan dinamik / ansur maju / bergerak dan berterusan. Penggunaan Wisel 8. jelas. BIL KRITERIA HURAIAN 1. mengawal permainan. Alatan tidak diperlu. teratur. Pelajar bebas bergerak secara terkawal. 9. Pelajar bersurai secara teratur 2. 2. 5. Menghentikan aktiviti. 4. Keselamatan Murid 7. Penggunaan Ruang Penggunaan Alatan Aktiviti Tunjukcara 19 . Penyertaan Maksimum 6. 10. Cepat.

Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya usahanya adalah berlandaskan prinsip-prinsip pedagogi yang akan memudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Hasil Pembelajaran 20 . Dikawal secara rapi. 3. iaitu: Kesihatan Diri dan Keluarga. 15.12. Rancangan Pengajaran Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru melaksanakan sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan. PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan. 14. Diterapkan / diaplikasikan. Butiran Mengajar Disiplin Murid Kemahiran Berfikir Nilai Murni Betul dan ringkas. dan mengamalkan gaya hidup sihat. Dalam konteks mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah. memupuk sikap positif terhadap kesihatan. 3. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran.1 Rancangan Pengajaran Harian PK. Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. 3. 13.2 Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK a. apa dan bagaimana guru mengajar. Jadi secara ringkas Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa. Unsur KBKK diterapkan.

ii. lengkap dan eksplisit hendaklah menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan. c. Permulaan Ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu pelajaran yang hendak dismpaikan oleh guru. Guru hendaklah memikirkan satu teknik yang ringkas untuk meransangkan atau menyediakan muridmuridnya dari segi mental untuk mengikut pelajarannya. b. Pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid dalam sesuatu tajuk atau topik dijadikan titik tolak (start off point) atau (entry behaviour) bagi sesuatu pelajaran. Contoh . Dengan mengambil kira perkara ini guru dapat merancang pelajaran secara realistik di mana tahap isi kandungan pelajaran. Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyenaraikan (tingkah laku) dengan perkataan sendiri (syarat) lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa menjalani aktiviti rekreasi air.Hasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal. i. Kriteria atau syarat perlakuan. Pengetahuan Sedia Ada Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang pelajaran Pendidikan Kesihatan. jenis aktiviti dan perancangan hasil pembelajaran akan dibuat sejajar dengan kebolehan murid-murid. iii. Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan. Antara tujuan lain permulaan dalam Pendidikan Kesihatan adalah: 21 .

Menyentuh tentang pengalaman muridmurid. 22 Menerangkan tujuan pelajaran. Mengarahkan perhatian murid-murid kepada tajuk pelajaran.i. ii. Penggunaan sesuatu teknik yang terlalu kerap (overused) boleh mengakibatkan kesan sebaliknya (counter-effect) dan menjejaskan suasana pelajaran. Cara Hubungkait / Asosiatif Kaitkan dengan pelajaran atau pengetahuan yang sedia ada. isyarat-isyarat bahagian badan. Menjalankan aktiviti yang Cara Menjelaskan Tugasan Menyatakan bentuk tugasan atau latihan. Kemahiran Permulaan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Kesihatan yang berkesan akan menggunakan pelbagai teknik untuk memulakan pelajarannya dan tidak terikat atau mengamalkan teknik serupa untuk setiap waktu pelajarannya. - . Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid tentang sesuatu perkara yang berkait dengan topik pelajaran. Cara Menarik Perhatian Melalui soalan. Menggunakan suara. iii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran. - KEMAHIRAN PERMULAAN YANG GURU BOLEH APLIKASIKAN Cara Menimbulkan Motivasi Memperkenalkan sesuatu yang menghairankan atau menakjubkan. Menggunakan Sumber Pengajaran dan pembelajaran.

Penyelesaian masalah Di setiap langkah pelajaran guru hendaklah mengambil peluang untuk menyelitkan dan menegaskan bilai murni yang munasabah dan menepati tajuk pelajaran. e. iii. Bersoal jawab ii. perhatian perlu diberi kepada perkembangan kemahiran berfikir di kalangan muridmurid melalui aktiviti yang sesuai.d. Juga. Perkembangan Pelajaran Langkah-langkah pelajaran hendaklah disusun secara berurutan untuk memudahkan murid-murid mengikuti pelajaran. Gerak kerja kumpulan v. iv. Penjelasan sesuatu fakta. Contoh: aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut. i. Peruntukan masa diperuntukan untuk setiap langkah di bahagian ini hendaklah disesuaikan dengan kepentingan langkah. Penglibatan dalam aktiviti atau latihan. Penilaian 23 . Isi pelajaran disampaikan melalui teknik penyampaian yang tertentu dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran disediakan untuk mengukuh pembelajaran. Langkah-langkah pengajaran berkait rapat dengan hasil pembelajaran yang dirancangkan oleh guru.

guru perlu merancang dengan teliti cara penutup pelajaran dan mejalankannya dengan cekap dengan hanya menyentuh perkara-perkara yang penting sahaja. 24 . Soalan utama adalah. Penilaian dibuat secara ringkas dalam pelbagai cara dan bentuk. Guru boleh juga menggunakan penutup pelajaran untuk . Masa diperuntukan kepada bahagian penutup adalah ringkas. i. Mempamerkan hasil kerja. iii.Penilaian tertumpu kepada pencapaian hasil pembelajaran muridmurid. Di antara caranya adalah. i. Menjelaskan tugasan yang perlu dibuat oleh muridnya. Persembahan iii. Merumuskan isi pelajaran v. Penutup Pelajaran Penutup pelajaran memberi peluang kepada guru membuat rumusan tentang butir-butir utama yang telah dipelajari oleh muridmuridnya. sejauh manakah murid-murid telah mempelajarai perkara yang disampaikan dalam sesuatu waktu pelajaran. Menjawab soalan (lisan / bertulis) ii. Penilaian ringkas untuk menentukan pelajaran ii. Memberi latihan bertulis kepada kelasnya sebagai pengukuhan pembelajaran. f. Melakukan tunjuk cara iv.

3 Format Rancangan Pengajaran Harian PK : : : : Tarikh Masa Tahap / Tahun Bil.3. Afektif Kemahiran Berfikir Pengalaman Sedia Ada Penerapan Nilai Alatan : : : : Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber Permulaan Perkembangan Kemuncak Penutup 25 . Psikomotor 3. Kognitif 2. Murid : : : : Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub-Tajuk Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1.

Ini adalah memandangkan bahawa perubahan tingkah laku dalam domain afektif lebih merupakan satu perubahan dalaman dan tidak nyata (jelas) dan sukar diukur serta merta. guru perlu menggunakan kata kerja yang tepat. aspek afektif iaitu perkembangan sosial. nilai dan sikap terpaksa dinyatakan secara implisit. Contoh kata kerja yang sesuai digunakan dalam pernyataan hasil pembelajaran adalah seperti berikut.3. sungguhpun pembelajaran aspek kognitif dan psikomotor dapat dinyatakan dalam bentuk eksplisit. Domain Kognitif Menamakan Melabelkan Menyatakan Menerangkan Membezakan Merumuskan Memberi Contoh Menunjukkan Mengaitkan Mengenal pasti Mengkelaskan Membandingkan Domain Psikomotor Melukiskan Menunjukkan Menyusun Mendemonstrasikan Menceritakan Menyesuaikan Menyusun semula Membina Mencipta Melakonkan Melakukan Domain Afektif Mengikut Memberi perhatian Mematuhi Memilih Membezakan Mencadangkan Menggunakan Mengamalkan Menunujukkan minat Membandingkan Menunjukkan kepakaran Menunjukkan kesedaran 26 . Apabila menulis hasil pembelajaran. Kata kerja yang tepat membantu seorang guru untuk mengetaui sama ada murid-murid telah mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.4 Penulisan Hasil Pembelajaran PK Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan.

tiub ubat gigi. Menunjuk dua cara menggosok gigi mengikut kedudukan gigi. berdikari : Berus gigi. 27 .0830 Tahap / Tahun : Tahap 1/ Tahun 1 Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. Afektif Menyatakan tiga amalan harian yang dilakukan bagi menjaga kebersihan.07. Pengalaman Sedia Ada Persediaan Guru Penerapan Nilai Alatan : Murid-murid pernah melakukan aktiviti menjaga kebersihan diri.Menilai Mentafsirkan Menunjukkan sikap Menikmati Menghargai Menilai 3. Psikomotor 3. Mengamalkan penjagaan kebersihan diri sepanjang masa. Kognitif 2. menggosok gigi dan gambar bersiri : Kasih sayang. sabun. Tuala.2007 : 0800 . : Gambar-gamabr penjagaan kesihatan: mandi.5 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PK RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 1 Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub-Tajuk : Pendidikan Kesihatan : Kesihatan Diri dan Keluarga : Kesihatan Diri : Amalan Asas Kesihatan Tarikh Masa : 25.

y Bagaimana murid-murid boleh buktikan kewujudan kuman pada anggota tubuh badan ? Tubuh badan kotor dan berbau.Berus gigi . y Susun gambar kegiatan harian mengikut turutan amalan mengikut masa. Amalan kebersihan pagi. Memerhati gambar amalan kebersihan pagi.Mandi Malam . Mengumpul dan menyusun gambar amalan kebersihan.Cuci pakaian yang sudah dipakai . Mandi Menukar pakaian Mengemas bilik tidur Mencuci pakaian Gambar-gambar amalan kebersihan diri 2.Cuci rambut . Soal Jawab.Cuci kaki 28 .Berus gigi . petang dan malam y - Perkembangan (8 minit) 1.Tukar ke pakaian tidur . petang dan malam Memberus gigi.Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber / Strategi Permulaan (3 minit) 1. Buka tingkap bilik tidur Mengemas tempat tidur Berus gigi Mandi Kumpulan 5 orang 6 kumpulan 6 set gambar bersiri Pagi - Petang .

Lakonan cara mandi y - Individu Penutup (2 minit) 1.Tuala . Latihan Amali cara menggosok gigi y - 2. Menamakan alat dan bahan diguna untuk amalan kebersihan y Nama alat dan bahan .Cuci rambut .Mandi Malam .Ubat gigi Kelas 1 batang berus gigi 1 ketul sabun 1 helai tuala 1 tiub ubat gigi Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Tunjukcara menggosok gigi yang betul. y Susunan Gambar Bersiri Pagi Buka tingkap bilik tidur Mengemas tempat tidur Berus gigi Mandi Kumpulan 5 orang 6 kumpulan 6 set gambar bersiri Petang . Cara menggunakan tuala.Sabun . Jangan gerak berus dari secara melintang sebab ia akan merosakan gigi Berlakon cara mandi Cara menggunakan sabun.2.Berus gigi . Organisasi / Sumber Individu Sebatang berus gigi seorang Gambar besar cara menggosok gigi Kemuncak (7minit) 1.Cuci pakaian yang sudah dipakai .Berus gigi .Berus gigi .Tukar ke pakaian tidur . Melihat semula gambar bersiri dan bercerita semula. Pergerakan berus dari atas ke bawah.Cuci kaki 29 .

V. Chamaign.Ed. Saunders Co. (1992). G. & Field. D. Barrow. D. (1998). Pendidikan jasmani dan kesihatan. (1976).2.).Inc. Teng Boon Tong.A.). IL: Human Kinetics. Menegaskan kepentingan menjaga kebersihan diri y Kurangnya kebersihan diri memudahkan penyakit bertapak dalam diri seseorang. Teaching physical education: Becoming a master teacher.) Boston: Allyn & Bacon. Paduan pengajaran kemahiran permainan. Bucher.Ed. Philadephia: W. (1994).A. C. (1968). Grout. St. Creative Teaching in Health.). Read. New York MacMillan Publishing Co. Mosby. Teaching children movement concepts and skills. Kuala Lumpur: Longman.).A. (2nd. Teng Boon Tong.(1975).E. Foundation of physical education (9th. Man and his movement principles of physical education. Health teachin in schools: for teachers in elementary and secondary schools (5th. (3rd. & Greene. J.A.A. Philadelphia: Lea & Febiger.M. (1971).Ed.Ed. Wee Eng Hoe. C. Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. IL: Human Kinetics. Physical education and physical educator (2nd. (1983). H. Bucher. R. Louis C.B. RUJUKAN Baley. Champaign.H. Graham. (1994). Petaling Jaya: Longman.Ed. Shah Alam: 30 . W. (1984).

Fajar Bakti. 31 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful