Hubungan Etnik - sistem pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris dI Tanah Melayu dan kesannya ke atas masyarakat Melayu

pada zaman tersebut .
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan. Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada kitab suci Al ² Quran. Aktiviti mereka terhad kepada membaca Quran, huruf abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip ² prinsip agama Islam. Pada masa itu organisasi masyarakat Melayu adalah kurang kompleks. Kebany akkan orang Melayu hanya bekerja sebagai petani atau nelayan. Sistem Pendidikan lama ini telah mengalami perubahan yang besar selepas kedatangan pihak Kolonial Inggeris ke Tanah Melayu. Pihak Kolonial Inggeris telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik. "Pada peringkat ini (1824-1957) Pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan." (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Sistem Pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan Inggeris ialah 4 sistem persekolahan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris.

1.2 OBJEKTIF

Objektif kertas kerja ini ialah untuk menerangkan tentang corak sistem pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris dI Tanah Melayu dan kesannya ke atas masyarakat Melayu pada zaman tersebut .

1.3 KAEDAH KAJIAN Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber

aturan ( 1986 : 1120 ). pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.5 DEFINISI KONSEP Menurut kamus dewan perkataan terangkan membawa maksud huraian untuk menerangkan sesuatu. . berfahaman dan lain -lain ( 1986 : 21 ). perikanan dan perburuan. 1. pendidikan bermaksud perihal mendidi k ( 1986 : 262 ).ini dianalisis dan dis usun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta dikategorikan di bawah sub -topik tugasan ini. 1. penjelasan ( 1986 . 2. masyarakat Melayu bermaksud penduduk yan g tinggal di tanah semananjung. Cina dan India dan kesannya ke atas masyarakat Melayu di Tanah Melayu . latar belakang sistem pendidikan dan tentang pendidikan sekolah vernakular Melayu. sistem membawa maksud cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu. 1243 ). kesan pula bermaksud impak atau pun peninggalan hasil daripada perbuatan sesuatu. semasa pula bermaksud sewaktu atau ketika itu. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tin ggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. berbentuk. zaman penjajahan bermaksud zaman pemerintahan dari kuasa luar dari . Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian. dan akhlak yang baik.0 SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA 2.4 BATASAN KAJIAN Penulis membantaskan kajian ini tentang sistem pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu antara tahun 1400 ² 1957. tingkah laku. corak pula membawa pengertian berupa ( bersifat. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama -ulama Islam yang terkenal.1 Latar belakang pendidikan Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar -pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al Quran.

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824 -1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola.unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina. Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. dikendalikan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan -batasan yang konkrit.Tegasnya.2 Pendidikan Melayu . pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur . Dengan itu. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka d an tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). 2. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Melayu.pembesar tempatan. Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja. iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar . Arab dan Tamil. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja. dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan.

dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Latihan guru -guru melayu dimulakan pada tahun 1878 di Teluk Belang a. Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu . Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. menulis dan mengira ataupun memberikan kemahiran-kemahiran pekerjaan. Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak -anak Melayu terus kekal di desa. sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. bagi menampung permintaan yang bertambah ter hadap Pendidikan menengah. Pada tahun 1922. Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. (Abu Zahari. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tah un sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. pendidikan d i Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu. Kumar. Akan tetapi. mewarisi kemiskinan keluarga. menulis dan mengira(3M). tetapi menumpukan masa kepada pengajaran agama. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca.Sistem Pendidikan sudah pun wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa kuasa penjajah tetapi ianya adalah berbeza dengan apa yang diperkenalkan oleh kuasa penjajah Inggeris. 1980:6).¹ (Abdullah Sani & P. Jelaslah di sini . Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun 1 935. Sebelum kedatangan kuasa -kuasa penjajah. Singapura. Pada awal abad ke 20). Orang -orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar. Sekolah-sekolah pada ketika itu tidak menumpukan masa untuk mengajarkan pelajaran membaca. Corak pendidikan yang ada pada masa itu ialah sistem pendidikan agama (Sekolah Pondok). bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru -guru sekolah melayu yang berkelayakan. 1990:1). Anak -anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

sekolah -sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan. Ilmu Alam. guru -ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak -anak Melayu dan Cina. 2. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Kraftangan dan pengetahuan am.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tah un 1920-an selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19.3 Pendidikan Cina Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah -sekolah Cina dan Tamil. dan buku -buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. 2. alternatif ini membekalkan kekuatan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang . Dengan berilhamkan ajaran ² ajaran reformis dari Asia Barat seperti Muhamad Abduh sekolah Agama telah menjadi alternatif yang sesuai untuk mendapat pendidikan bagi masyarakat ketika itu. mengira dan menulis serta lukisan.4 Pendidikan Tamil . Pada tahun 1920 -an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Sekolah sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing. Kedah dan Pulau Pinang. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina. semangat dan bimbingankepada muridnya untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada prosese sekularasi yang dianjurkan oleh institusi barat. Selepas perang Dunia Pertama. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bahasa Inggeris. Bermula tahun 1924.undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Sejarah. sebahagian sekolah -sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.ialah sekolah Arab dan Agama. Pada amnya.

dan India.kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. seperti sekolah . begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulum di sekolah -sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India.sekolah Cina. Pada tahun 1923. selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru -guru sekolah Tamil. negeri -negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris.ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum. program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau .pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa. kewangan dan pedagogi. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak -anak pekerja mereka. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai .de. Oleh itu sekolah . Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan . sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca.Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading -ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan. Pada pertengahan abad ke 19. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan d i antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu.dan menulis karangan. program latihan guru kelas no rmal. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih. Cina.. metropolitan British. mengira. tenaga pengajar dan pedagogi. Pendidikan di sekolah -sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.5 Pendidikan Inggeris Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul .ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil.sekolah Tamil yang didirikan di ladang .suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. 2. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal.

dua buah sekolah vernakular telah ditubuhkan di Singapura. Pada tahun 1854 Gabenor Jeneral dari India tela h mengarahkan Blundell. Gabenor Negeri ² negeri Selat.1 Perkembangan Sekolah Vern akular Melayu ( 1786 ² 1941 ) Sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari pertengahan kurun ke ² 19 apabila kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri ² negeri selat. Blundell. A. Ibubapa menaruh sangsi terhadap faedah menghantar anak ² anak mereka ke sekolah yang tidak mengajar agama Islam. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928. 3. Singapura. Beliau mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah ² sekolah vernakular Melayu di Negeri ² negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. terutamanya pendidikan vernakular Melayu. Penubuhan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada tahun 1856. tetapi juga di negeri ² negeri lain. Selapas itu kerajaan British telah mendirikan sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. dengan ba ntuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor dan Gabenor Blundell. sebuah di Teluk Belanga dan sebuah lagi di Kampung Gelam.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH 3. Mengikut cadangan Skinner. pelajaran pada waktu pagi ditumpukankan pelajaran Bahasa Melayu. namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. manakala pe lajaran Al-Quran akan diajar pada waktu petang. Oleh itu sistem pendidikan ini bukan sahaja mendapat kejayaan di Seberang Prai. Justeru itu. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College. menawarkan kursus -kursus dalam bidang Sastera dan Sains. di sekolah percubaan itu. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905. dan pada ta hun 1912.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang Prai cuba mendirikan sekolah ² sekolah vernakular Melayu dengan pengubahsuaian daripada dasar kelas Quran. Sistem yang diperkenalkan olek Skinner disambut baik dikalangan ibu bapa. tidak puasa h ati dengan sistem pendidikan di Negeri ² negeri Selat. menyediakan satu laporan mengenai sistem pendidikan di Negeri ² negeri Selat serta cadangan ² cadangan yang boleh memberi pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British.Pinang pada tahun I907. terutamanya selepas Skinner dilantik menjadi nazir .

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China kepada orang Cina di Tanah Melayu. Lampiran 1 menunjukkan jadual waktu di sebua h sekolah Melayu dalam tahun 1880. Mulai dari awal kurun ke-20. Ejaan. murid ² murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira ² kira dengan menggunakan abakus. membaca. mata ² mata pelajaran seperti Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam kurikulumnya. Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas p ada darjah empat sahaja. kerajaan China terus menyalurkan bantuan kewangan serta memberi nasihat mengenai pentadbiran sekolah Cina di Tanah Melayu. Kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal terhadap penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu. Rumah orang atau kuil sembahyang digunakan sebagai tempat menuntut ilmu. mengira.2 Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu. 3.sekolah pada tahun 1872. menteri dan pendidik yang terkenal di Negeri China. Kedua mereka menggalakan orang cina supaya mendirikan sekolah berdasarkan prinsip pendidikan baru yang menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains Barat. adalah di dirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815. Menulis Ilmu Hisab. Ramai pemimpin tempatan menyambut baik sistem pendidikan cina ya ng diperkenalkan oleh mereka. Bahasa pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan. Perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula dari tahu 1900 apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chau. Apabila Republ ik China ditubuhkan pada 1911. Selain daripada menghafaz klasik lama. Antara mata ² mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu ialah Bacaan. Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. kurikulum sekolah vernakular Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama. Sebelum ini. terdapat 313 buah sekolah Cina telah dibina di Negeri ² . kegiatan perkebunan dan cara menganyam. di mana mereka boleh meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam laporannya pada tahun 1917. Menjelang Tahun 1920. Hanya segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class. terpaksa melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reform asi mereka di Negeri China gagal. Mengarang. Murid ² murid di sekolah Melayu hanya belajar menulis.

Masyarakat Cina. tujuannya untuk mengawal aktiviti ² aktiviti subversif di sekolah Cina. Sekolah ² sekolah Cina yang didaftar di bawah Enak men itu akan* diberi bantuan kewangan oleh kerajaan British. Sekolah yang hanya* menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar sahaja yang layak menerima bantuan kewangan kerajaan. kelapa. Enakmen Pendaftaran sekolah yang dikuatkuasa pada 1922 tidak dapat menyekat perkembangan sekolah Cina.negeri Selat dan 181 buah sekolah Cina di Negeri ² negeri Bersekutu. * Semua guru dan pentadbirnya dikehendaki berdaftar dan diseliakan oleh Pengarah Pelajaran. Mereka membantah enakmen tersebut. Semua buku teks datangnya dari Tanah Besar China. kebetulan pada masa itu British masih lagi mengamal dasar membantu seko lah . 3. Antara perkara yang terkandung dalam Enakmen pendaftaran sekolah ialah : Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa menutup * sebarang sekolah yang tidak mengikut peraturan mengenai kurikulum. yang telah menjadi menjadi bahasa pengantar yang rasmi di Negeri China.² Satu reformasi kebudayaan telah berlaku di China ianya membawa kesan yang besar atas sisitem pendidikan Cina di Tanah Melayu. pada keseluruhannya telah mencabuli hak asasi oran g Cina dalam pengurusan sekolah sendiri.3 Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil sebenarnya bermula semasa perkembangan ladang getah. Pihak British telah pun menukar polisi liberal yang diamalkan dulu dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu pada tahun 1920. Penjajah British mula sedar bahawa sekolah ² sekolah Cina di Tanah Melayu telah menjadi tempat ² tempat untuk menyebarkan ideologi kerajaan Cina. kopi dan gula di ma na ramai buruh dari India diambil untuk bekerja di ladang ² ladang tersebut. Justeru itu bahas a Mandarin juga telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai bahasa rasmi di di sekolah Cina. pentadbiran dan keadaan kesihatan sekolah itu yang ditetapkan oleh pentadbiran British. namun demikian pihak British tetap dengan pendirian mereka. Penubuhan Sekolah Vernakular Tamil ini bergantung kepada majikan mereka atau usaha dari Persatuan Mubaligh. Salah satu perubahan baru ialah sekolah ² sekolah vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin.

kerajaan British telah menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh komuniti India tempatan. Pada tahun 1905. ii. iii. Penubuhan Penang Free School di bawah rancangan Hutchings telah mendorong negeri ² negeri yang lain menubuhkan Sekolah Inggeris yang serupa. Kod Buruh itu mewajibkan setiap ladang yang terdapat sepuluh orang kanak ² kanak di dalam umur persekolahan ( 7 ² 14 tahun ) dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak ² kanak itu. Pada tahun 1920 . Untuk memperbaiki sistem sekolah vernakular Tamil. satu kod Buruh dikuatkuasakan. Dalam Tahun 1930 pula terdapat 4 jeni s sekolah vernikular Tamil di tubuhkan di Tanah Melayu . sebuah sekolah Inggeris bernama Melaka Free School telah ditubuhkan pada tahun 1826.vernakular Melayu. kerajaan British telah melantik seorang nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah dalam tahun 1930.4 Perkembangan Sekolah Inggeris Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di bawah rancangan serta bantuan kewangan kerajaan British.J Wilkinson dengan sokongan kuat dari DYMM Sultan Idris. sebuah sekolah berasrama penuh. Penghujung tahun 1930 barulah peluang untuk belajar di se kolah Inggeris dibuka kepada anak Melayu ( . Sekolah yang didirikan oleh Persatuan Mubaligh. Untuk mendorong buruh ² buruh ini datang bekerja di ladang ² ladang di Tanah Melayu. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh majikan. misalnya di negeri Melaka. Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada awal kurun ke -20 memerlukan lebih banyak buruh India bekerja di ladang getah.Penubuhan Malay College adalah dari inisiatif R. kerajaan British mula menuk ar polisi pendidikannya mulai tahun 1902. Tujuan penubuhan adalah untuk menyediakan pegawai kerajaan bagi bahagian tertentu. Menjelang tahun 1920 jumlah murid yang belajar di sekolah Tamil di Negeri ² negeri Bersekutu telah meningkat lebih kurang 4000 orang. Selain membantu sekolah vernakular Tamil di ladang British juga menubuhkan beberapa buah sekolah di bandar untuk kanak ² kanak India di mana bapa mereka bekerja di Jabatan Kerja Raya atau di keretapi. Mereka mula memberi kemudahan untuk menubuh sekolah vernakular Tamil di mana ² mana tempat yang difikirkan perlu. anatarnya ialah : i. iv. khususnya bagi anak ² anak Melayu peringkat atasan. 3. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh kerajaan.

.lelaki )melalui sistem Special Malay Class. Sekolah ² sekolah mubaligh ini dibuka kepada kanak ² kanak berbilang kaum dan tujuan menubuhkan sekolah ini ialah menyediakan pendidikan umum serta memperbaiki akhlak kanak ² kanak berdasarkan ajaran Kristian. 3. Mengikut polisi pendidikan kerajaan British . namum bilangan murid yang belajar di sekolah Inggeris amat tidak menggalakan berbanding dengan murid yang belajar di sekolah ² sekolah vernakular yang lain. Kolej Perubatan. Murid ² murid mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke in stitusi ² institusi seperti Kelas Normal. Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College. Selepas lulus peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut. Bagi sekolah Cina mer eka ada sekolah menengah hingga Tingkatan 6. Mengikut sistem ini.5 Institusi ² Institusi Pendidikan Yang Lain Sistem pendidikan sekolah Cina dan sekolah Inggeris merupakan lebih maju dan lebih sempurna. yang diperkenalkan kali pertama di Tanah Melayu pada tahun 1891. Kolej Raffles atau universiti universiti luar negara. kebanyakan sekolah Inggeris telah ditubuhkan atas usaha mubaligh Kristian. Sungguhpun kerajaan British menyediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan mengambilalih sekolah jenis free dan menjadikan mereka sekolah kerajaan. Mereka dipilih dikehendaki belajar di Special Malay Clas s. mereka tidak setuju bahawa pendidikan Inggeris dibuka secara bebas kepada orang ramai. murid anak Melayu dari darjah 4 dipilih masuk Special Malay Class melalui suatu pepriksaan. Selain itu mereka juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti di Negeri China. Murid ² murid dari sekolah Inggeris mempunyai peluang yang lebih luas dalam bidang pendidikan tinggi. Kerajaan British berpendapat memberi pendidikan Inggeris kepada kanak ² kanak tempatanakan menimbulkan masalah pengangguran serta perasa an kurang memberi galakan untuk memperkembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah separa bantuan dari kerajaan British. Rujuk Lampiran 2. Sekolah Inggeris juga ada mempunyai sekolah menengah hingga ke peringkat Diploma. Kolej Pertanian. Kelas Queen·s Scholarship dan seterusnya ke SekolahTeknik.

Barnes menyarankan supaya satu corak sekolah rendah ditubuhkan. 3. Situasi begini mewujudkan ber bagai ² bagai kesulitan dari segi sosioekonomi. Dengan dasar tersebut anak ² anak Melayu kekal di desa. beliau menyediakan laporan mengenai kajiannya serta mengemukan cadangan ² cadangan untuk memperpaiki sistem pendidikan Vernakular Melayu di Tanah Melayu di Tanah Melayu. Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernakular. Sekolah Vokasional dan Sekolah Pertanian iii.3. Rasionalnya adalah untuk mencapai perpaduan dikalangan kanak ² kanak berbilang kaum.7 Laporan Winstedt Tahun 1916 R. sekolah Cina. dan sekolah Tamil. manakala yang bukan Melayu ditadbir secara berasingan. Pentadbiran iv Maktab Latihan Guru 3.O Winstedt. sekolah Cina. Laporan Barnes dan bertujuan untuk membubarkan sistem sekolah vernakular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Se kembalinya. . terdapat berbagai ² bagai bantahan daripada kaum bukan Melayu apabila cubaan diadakan untuk menyatukan semua sekolah vernakular iaitu Melayu. Tambahan lagi. seorang pakar dalam dalam bidang bahasa dan adat Melayu. Sekolah tersebut akan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. iaitu Sekolah Kebangsaan yang dibuka kepada kanak ² kanak semua bangsa dan diajar oleh guru ² guru daripada pelbagai bangsa dan keturunan.6 Dasar Polisi Penjajah Terhadap Sistem Pendidikan Keadaan pendidikan di sekolah Melayu. Sekolah ² sekolah bahasa ibuda semua kaum dimansuhkan sementara diperingkat menengah dan selanjutnya.8 Laporan Barnes Pada tahun 1949. Pada tahun berikutnya beliau telah dihantar ke East Indies dan Filipina untuk membuat kajian mengenai pendidikan vernakular dan vokasional. dilantik sebagai Penolong pengarah Pelajaran. Cadangan ² cadangan Winstedt adalah dikelaskan mengikut beberapa kategori seperti berikut : i. Kurikulum ii. Bahasa Cina dan Tamil terus diajar sebagai mata pelajaran sahaja di sekolah. Cina dan India.Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris adalah disegajakan oleh divide and rule. iaitu sekolah Melayu.

Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diteriam sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan. . iaitu Bahasa Cina.10 Ordinan Pelajaran 1952 Didapati pandangan ² pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn -Wu itu berlainan. sejenis sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sejenis lagi menggunakan bahasa Inggeris sebagai pen gantarnya. Hasil daripada Laporan Fenn -Wu orang Cina memahami dan sedia belajar tiga bahasa. Dua orang panasihat dari negeri China . Memberi nasihat tentang penyediaan buku teks ya ng berlatarbelakangkan kehidupan di Tanah Melayu sebagai satui cara untuk mengasimilasikan keturunan Cina ke dalam masyarakat Tanah Melayu.9 Laporan Fenn -Wu Laporan Fenn -Wu pula dibentuk untuk mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu. 3. ii. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekolah Kebangsaan Melayu akan mula mengajar bahasa Melayu bermula dari Darjah Tiga.P Fenn dan Dr. Wu Teh Yau dijemput untuk mengkaji tentang sistem pendidikan Cina itu. Dr W.Laporan Barnes mendapat t entang dan kritikan daripada orang bukan Melayu atas alasan : Bagi orang Cina dan India berpendapat Laporan Barnes ini menggugat bahasa dan budaya mereka daripada pupus di Tanah Melayu dan berpendapat kanak ² kanak ini harus menerima pendidikan rendah dala m bahasa ibuda mereka sebelum bahasa lain diajar. kerajaan British segera menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedua ² dua Laporan tersebut. Laporan Fenn -Wu ini berusaha meyakinkan kerajaan bahawa sekolah vernakular Cina harus diteruskan kerana langkah ini boleh memberi sumbangan kerah pembentukan penduduk Tanah Melayuyang bersatu padu. iii. iaitu melalui penggunaan buku teks yan g berorientasikan negara ini. Kajian ini menitikberatkan tentang aspek yang berikut : i. 3. Ordina n Pelajaran ini telah menggariskan beberapa perkara seperti berikut : i. Pengkajian untuk menyesuaikan sistem persekolahan yang bercorak perkauman dengan sistem persekolahan bercorak kebangsaan. ii.

0 KESAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN KE ATAS MASYARAKAT MELAYU 4. Pihak British juga tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak mereka ke sekolah ² sekolah Inggeris. iaitu di peringkat buruh. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah I nggeris manakala Bahasa Inggeris adalah wajib di sekolah Melayu. Matlamat utama mereka adalah sekadar memberi pendidikan kepada orang Melayu untuk melengkapkan tenaga manusia di peringkat rendah. Tegasnya sekadar untuk menjadi petani yang lebih baik dari orang tua mereka dan da pat hidup gembira dalam masyarakat kampung. namun sudah dasar pihak pen jajah tidak mahu anak ² anak Melayu ini maju maka cadangan tersebut ditolak. Objektif mereka adalah untuk membina pengaruh dan politik British ( Inggeris ) tanpa melihat keperluan masyarakat tempatan yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat tani. 4. Winstedt sendiri tidak setuju supaya bahasa Inggeris diajarkan di sekolah Melayu. Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana masalah kewangan. 1848 ) Kenyataan in i memeng munasabah oleh sebab dengan hanya pencapaian setakat darjah empat. Golongan ini berpendapat tujuan utama mereka adalah sekadar menghapuskan buta huruf pada tahap yang minimum sahaja ( Cheeseman. Seandainya mereka ( penjajah ) membenarkan para pelajar Melayu menyambung pelajaran mereka hingga ke darjah enam adalah satu kesalahan besar bagi mereka ini adalah disebabkan bertentangan dengan prisip dan dasar pendidikan mereka. Ada juga dikalangan anak ² anak Melayu yang mendesak supaya Pihak British menubuhkan sekoalh Inggeris di Lenggong dan Krian Perak.1 Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu Tujuan pihak Inggeris untuk menyediakan pendidikan Melayu khasnya dalam pembinaan sekolah adalah bertujuan untuk memenuhi selera politik penjajahan mereka sahaja. anak ² anak Melayu sudah dapat membaca.iv. membuat kiraan yang mudah dan seterusnya dapat digunakan di dalam urusan seharian supaya tidak tertipu oleh pekedai ² pekedai. pihak British beralasan .O. Kos bagi menukarkan aliran vernakular kepada sekolah kebangsaan tidak dapat ditanggung oleh kera jaanBritish pada masa itu. Malahan R. Tambahan pula pada masa zaman Darurat.

Pihak British sebenarnya khuatir bahawa jika pelajaran Inggeris di beri kepada masyarakat Melayu . bagi melahirkan pemimpin Melayu yang boleh membantu birokrasi penjajah serta mengambil dan menjaga hati golongan bangsawan dan pembesar ² pembesar Melayu ketika itu. terdapat 3 matlamat utama pendidikan pada zaman penjajahan iaitu: i. Sekolah mempunyai tujuan memasyarakatkan kanak -kanak dengan nilai -nilai asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi. Dalam Perak Govement Gazette³ . British tidak mempunyai sebarang niat untuk memajukan kaum pribumi mahupun kaum pendatang. (Ibrahim Saad. Menurut Ibrahim Saad. Maktab Melayu ( Malay College ) Kuala Kangsar telah didirikan khas untuk anak ² anak golongan ini.bahawa anak ² anak Melayu di kampung hanya layak bersekolah Melayu sahaja. " Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata -mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi³ . Pihak British mahu supaya masyarakat Mela yu tidak akan berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi. ii. 1990:7) Ketiga-tiga matlamat di atas menunjukkan bahawa tujuan British memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri iaitu untuk tujuan ekonomi dan politik dan bukannya untuk kepentingan kaum pribumi atau kaum pendatang. 6 Julai 1884. telah tercatat : Mengajar kanak ² kanak membaca dan menulis dalam bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu kita akan selamat. Pihak British dengan secara tidak langsung telah menanamkan sikap memuliakan pekerjaan buruh dan mengajar orang Melayu supaya terus tinggal di kampung ² kampung. Sekolah melantik segolongan kecil masyarakat pribumi (terutamanya dari golongan pemimpin-pemimpin tradisional) bagi memenuhi tujuan -tujuan tertentu mereka. iii. kesedaran politik serta pemikiran mereka akan berkembang dan seterusnya menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun. Sekolah berbagai operasi memenuhi keperluan te naga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah.

buruh. akhirnya sedar bahawa anak ² anak mereka tidak akan maju walaupun mereka dihantar ke sekolah ataupun tidak .".A. Winstedt yang kelihatannya berminat dalam perkembangan pendidikan orang Melayu. Winstedt telah tidak memperduli kan perkembangan intelek Melayu.Roff. Pentadbir ² pentadbir British seperti R. sebenarnya bukanlah ahli ² ahli pendidik yang boleh menyelami dan memahami cita ² cita orang Melayu ketika itu. akan terus pulang ke kampung halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani.2 Kesan Pendidikan Terhadap Orang Melayu Secara umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak British telah gagal mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri. 1990: 1) 4.J. Kumar. Anak ² anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu. Ini disebabkan pada masa itu ia sedang membina kemasyhurannya ( reputation ) sendiri dengan menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu. (Abdullah Sani & P. Wilkinson. mereka hidup dalam keadaan yang serba daif. Abu Zahari ( . Orang kampung pada mulanya tertarik dengan sumbangan British terhadap pembinaan sekolah . Kehadiran anak ² anak Melayu di sekolah ² sekolah Melayu ketika itu bukanlah atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan oleh paksaan yang telah dikenakan ol eh British dengan cara penguatkuasaan peraturan tersebut.O. Boleh dikata di sini bahawa pelajar lepasan sekolah Melayu tidak mempunyai kerja yang mendatangkan nilai ekonomi yang kukuh. Pencerobohan British ke atas sistem pengajian tradisional al ² Quran sedikit sebanyak telah menyinggung hati orang Melayu. Keikhlasan mereka menjalankan tugas pada masa itu adalah diragui dan diakui sendiri oleh William R. guru.sekolah Melayu. masih tidak mempunyai hala tuju. Ibrahim Saad ( 1981 : 20 ) telah menerangkan : Banyak orang menyangka bahawa Laporan Winstedt itu satu pembaharuan tetapi mengikut Roff. polis atau peon.M Skinner dan juga R. Nasib masyarakat Melayu sehingga Perang Dunia Kedua masih lagi belum berubah. Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang setanding dengan orang orang yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah tidak tercapai.

Pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan yang positif terhadap peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu yang kebanyakkannya tinggal di kampung. sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu. Kegagalan pemerintah Inggeris dalam sistem pendidikan dan seterusnya memajukan orang Melayu menerusi sistem tersebut telah menimbulkan semangat kebangsaan Melayu pada tahun 1930 -an. Mereka semakin dihimpit dan kekal hanyut di dala m kemiskinan. Sekolah ² sekolah terpisah di antara satu dengan yang lain menurut kedudukan geografi dan taburan pendudu k. dapat kita membuat kesimpulannya di sini. bahawa pemerintah British atau pun k olonial tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris.1 Penutup Melihat pada latar belakang pendidikan zaman penjajahan British. Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut dasar mengekalkan kaum tani sehingga kurikulum Sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada memberi pendidikan dasar selama empat tahun kecuali latihan pengurusan sebagai peringkat tertinggi pendidi kan Melayu sesudah sekolah dasar. . Sekolah Cina terdapat di kawasan perlombongan. perniagaan dan perindustrian kerana sebilangan besar orang Cina tinggal di kawasan ² kawasan tersebut dan sekolah Tamil pula terdapat di ladang ² ladang getah.0 KESIMPULAN 5. Persefahaman dan perpaduan dianggap tidak penting untuk dipupuk menerusi pendidikan. peluang ² peluang perniagaan dan perindustrian yang berdasarkan kepada getah dan bijih timah terdapat di pekan ² pekan. Tidak ada dasar mengenai bahasa pengantar yang tunggal. 5. Justeru itu pihak British mengabaikan soal penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam ser ta pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan anak ² anak daripada semua keturunan. walaupun pada masa itu. Kebanyakan sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa selaras dengan dasar mengekalkan orang Melayu di kampung ² kampung.1980 ) telah merumus tentang kesan pendidikan Melayu ketika itu seperti berikut.

D I C A T A T O L E H A B U B A K A R D I 0 8: 2 7 . kurikulum dan perkaedahan dan kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri ² cirinya yang tersendiri. Dalam pada itu juga boleh dikatakan bahawa tujuan ² tujuan utama di sebalik pendidikan semasa penjajahan ialah untuk memastikan penjajahan Inggeris berterusan. maka terdapat dua kesan utama. mengekalkan eksplotasi ekonomi negara. iaitu sistem pendidikan yang tidak ada keselarasan dari segi objektif.sekolah agama menggunakan bahasa Arab d an bahasa Melayu. sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. matlamat. Dengan corak pendidikan penjajah yan g sebegitu rupa. memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan ² keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful