REFLEKSI PERKHEMAHAN BIG Pada 22 hingga 25 Mei yang lalu, Institut Perguruan Kuala Terengganu telah mengadakan satu

perkhemahan di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan. Perkhemahan itu telah disertai oleh 99 orang pelajar PISMP semester 1 institut perguruan tersebut dan ia merupakan salah satu program Bina Insan Guru (BIG) yang wajib disertai oleh semua pelatih guru di institut perguruan. Kami telah bertolak dari institut pada pukul 4 petang dengan menaiki 2 buah bas yang disediakan oleh pihak institut. Mengikut jadual, kami sepatutnya bertolak pada pukul 2 petang. Oleh kerana bas yang menghantar pelajar unit sains bersama barangbarang ke tempat perkhemahan itu lewat tiba, kami terpaksa menunggu selama 2 jam. Disebabkan keletihan yang amat sangat ketika menunggu bas, kami tidur sepanjang perjalanan ke Taman Rehlah tersebut. Perjalanan itu mengambil masa selama 1 setengah jam dan kami tiba pada pukul 5.30 petang. Setibanya di Taman Rehlah, kami telah disambut oleh Ustaz Naim. Kami telah diarahkan untuk berkawad sebelum dibenarkan ke tapak perkhemahan. Tujuannya adalah untuk mengira jumlah ahli yang ada dan melantik ketua komandan serta penolong ketua komandan. Setelah selesai berkawad dan mengerjakan solat asar, kami pun diarahkan ke tapak perkhemahan untuk memasang khemah. Terdapat 21 khemah dan kami dibahagikan kepada 12 khemah untuk lelaki dan 9 khemah untuk perempuan. Kami diberikan masa sehingga pukul 7 petang untuk memasang khemah dan selepas itu kami diarahkan untuk bersedia untuk makan dan solat Maghrib serta Isyak. Pada petang itu makan malam telah disediakan oleh pelajar dari unit sains.

Unit matematik diarahkan untuk berjaga dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 2 pagi manakala unit pendidikan agama Islam diarahkan berjaga dari pukul 2 pagi sehingga pukul 4 pagi. Kami telah dihidangkan dengan air teh O serta biskut kering dan ia telah disediakan oleh pelajar unit sains sekali lagi. unit pendidikan jasmani. Kod keselamatan pada malam itu ialah tayar lori. . Dalam sesi taklimat itu. membuat logo.Pada pukul 9 malam. Setelah selesai taklimat pada pukul 11. Unit pendidikan jasmani diarahkan untuk mencari kayu api. mereka sorakan untuk kumpulan serta membuat lagu. Kami sempat memperdengarkan sorakan kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan sangat bersemangat melakukannya. Kumpulan yang berjaga malam pada malam itu ialah dari unit matematik dan unit pendidikan agama Islam. Rohani. telah diadakan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Dr. Selepas itu En. unit matematik diarahkan untuk membuat ampaian. kami pun bergerak ke tempat makan untuk makan tengah malam. Hamdan iaitu µcamp commander¶ kami telah membahagikan tugas-tugas pada malam itu. kami diarahkan untuk menamakan kumpulan. Tujuan diadakan kumpulan berjaga malam ini adalah untuk menjaga keselamatan kawasan tapak perkhemahan. unit pra sekolah dan unit pendidikan agama Islam.30 malam. unit pendidikan agama Islam diarahkan untuk membuat penyangkut µlife jacket¶ dan unit pra sekolah diarahkan untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak sarapan pagi keesokan harinya. unit sains. Kumpulan telah dibahagikan mengikut unit masing-masing yang mana terdapat 5 unit kesemuanya iaitu unit matematik.

kami pun menyanyikan beberapa buah lagu iaitu lagu institut. lagu guru Malaysia. Kemudian.Pada pukul 5 pagi. . Sebelum masuk waktu subuh. Pada pagi itu. kami tetap bersyukur dan mengahabiskannya. Walaupun rasanya tidak sesedap nasi lemak ibu di rumah. Setiap ketua unit diarahkan untuk membuat laporan tentang kehadiran ahli unit masing-masing kepada ketua komander dan ketua komander akan membuat laporan kepada µcamp commander¶. sains dan pendidikan Islam melakukan aktiviti berkayak dan µwater confident¶ manakala unit matematik dan unit pra sekolah bergerak ke dewan untuk mendengar taklimat tentang kembara pada hari esok. Di dewan.45 pagi. pelajar-pelajar telah bangun dari tidur untuk menyiapkan diri untuk ke surau. kami telah dihidangkan dengan nasi lemak. kami telah berkumpul sekali lagi bagi mendengar taklimat tentang aktiviti yang akan dilakukan selepas ini. En. Untuk aktiviti pagi itu. pelajar-pelajar diarahkan untuk berkumpul. pelajarpelajar dari unit matematik dan pra sekolah telah didedahkan dengan cara penggunaan kompas dengan betul. Di samping itu. lagu negeri Terengganu dan lagu Negaraku. Aktiviti-aktiviti ini terpaksa dijalankan secara bergilir kerana peralatan seperti life jacket dan kayak yang tidak cukup. Kuliah subuh itu telah berakhir pada pukul 6. Pada pukul 7 pagi. Setelah bersarapan. Setelah selesai solat subuh. Senaman pagi telah dilakukan di tepi pantai dan selepas kami diarahkan untuk membawa balik kayu api ke tapak perkhemahan. Safri telah mengambil alih untuk melakukan senaman pagi. pelajar-pelajar dari unit pra sekolah pula sibuk menyiapkan sarapan pagi. kami telah melakukan µQiamullai¶. unit pendidikan jasmani. Selepas itu. telah diadakan kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ustaz.

kami terpaksa makan di dalam surau. pelajar-pelajar dari unit matematik sibuk menyiapkan makanan tengah hari. Selepas makan. unit matematik dan unit pra sekolah akan melakukan aktiviti air manakala unit pendidikan jasmani. kami pun berkumpul untuk melakukan aktiviti seterusnya. Pelajar-pelajar diberikan peluang untuk menguruskan diri. kami pun bergerak ke dewan untuk sesi ceramah dan taklimat. kami pun diarahkan tidur dan bersedia untuk aktiviti kembara esok. Tepat jam 12. Tepat jam 9 malam. Sementara itu. Setelah selesai solat. .30 tengah hari untuk memberi laluan kepada pelajar lelaki menyiapkan diri untuk solat Jumaat. Hamdan. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah sama cuma ia dilakukan secara bergilir untuk memberi peluang kepada semua pelajar merasai aktiviti-aktiviti tersebut.30 malam. Selepas itu. Pelajarpelajar lelaki kemudiannya bertolak ke masjid dengan menaiki bas. kami sekali lagi berkumpul. kami pun bersedia untuk makan malam. Sebelum pulang ke khemah masing-masing untuk tidur. pendidikan Islam dan sains pula akan membuat aktiviti di dalam dewan. Pada pukul 6 petang. Pada petang ini. ceramah telah disampaikan oleh Dr. Sejurus pulang dari solat Jumaat. Rohani manakala taklimat tentang aktiviti kembara pada hari esok telah disampikan oleh En.Aktiviti-aktiviti pada pagi itu telah berakhir pada pukul 12. semua aktiviti pun berakhir. Oleh kerana hujan lebat. kami pun bergerak ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Sesi ceramah dan taklimat telah berakhir pada pukul 11 malam dan selepas itu kami pun bergerak ke surau untuk makan tengah malam. Pada malam itu. kami semua diberikan masa beberapa minit untuk menukar pakaian dan selepas itu berkumpul untuk makan tengah hari.

. Setelah mengharungi segala macam cabaran semasa aktiviti kembara. Selepas solat. paya dan sebagainya.Rohani dan ia adalah sambungan ceramahnya pada malam semalam. kami telah mendengar kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ustaz. Semasa kembara. pakaian. Setelah menikmati sarapan. Selepas senaman pagi. Walaupun penat. Hal ini adalah untuk memastikan kembara berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. kembara kami pun bermula. kami pun bersarapan. kami telah melalui banyak tempat seperti rumah api. kami pun berkumpul sekali lagi sebelum bergerak ke dewan untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Dr. Safri dan Pn. pada pukul 5 pagi.Seperti biasa.45 pagi. Kami diberikan masa selama 5 minit sebelum berkumpul semula untuk senaman pagi. Pada pukul 9. bukit. ubatubatan dan lain-lain dibuat dengan rapi oleh setiap peserta. Pensyarah yang telah mengiring kami ialah En. Norma. masjid. Kuliah subuh telah berakhir pada pukul 7 pagi dan selepas itu kami pun pulang ke khemah untuk menukar pakaian. Tepat jam 10 pagi. beg. kem latihan khidmat negara. kami telah bangun dari tidur untuk menyiapkan diri untuk solat subuh secara berjemaah di surau. kawasan perkampungan. akhirnya kami pun tiba ke tapak perkhemahan tepat jam 6 petang. bendang. Sarapan kami pada pagi itu ialah nasi goreng dan ia telah disediakan oleh pelajar-pelajar unit pendidikan jasmani. sesi ceramah pun tamat dan kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti kembara. kami tetap berasa gembira kerana mendapat satu pengalaman yang baru melalui aktiviti kembara tersebut. Segala persiapan seperti makanan.

Kami kemudiannya bergerak ke tempat makan untuk makan tengah malam dan selepas itu kami pun berkumpul sekali lagi sebelum dibenarkan tidur. Beliau telah memberikan beberapa nasihat berguna yang boleh diambil iktibar dan dijadikan panduan untuk menjadi seorang guru. seperti biasa kami bangun dari tidur untuk bersedia untuk solat subuh pada pukul 5 pagi. Tema persembahan pada malam kebudayaan tersebut ialah lakonan. kami pun pulang ke khemah untuk bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya. telah diadakan persembahan sempena malam kebudayaan. Pada keesokan harinya. Setiap unit diberikan tajuk dan mereka perlu berlakon mengikut tajuk yang telah diberikan itu. Pada pukul 11. Kumpulan yang berjaga malam pada malam ialah dari unit matematik dan pra sekolah. Tujuan malam kebudayaan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat yang terpendam baik dari segi lakonan mahupun nyanyian. setiap unit juga perlu mempersembahkan lagu kumpulan mereka. Keputusan persembahan tidak diumumkan lagi kerana ia akan diumumkan semasa majlis penutup. semua persembahan pun tamat. Pada malam ini.30 malam. Beliau merupakan seorang guru kanan di sebuah sekolah di Kedah. Selain itu. kami pun bergerak ke dewan. . Pada pagi itu juga. Malam kebudayaan ini merupakan malam yang sangat dinantikan oleh para pelajar kerana mereka dapat berhibur setelah penat mengharungi kembara yang panjang. Tepat jam tujuh pagi. kami telah mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang tetamu yang datang ke Taman Rehlah tersebut untuk bercuti bersama rombongannya.Seperti biasa setelah selesai solat maghrib serta isyak dan makan malam.

Banyak pengalaman baru telah kami peroleh antaranya seperti berkayak.Seperti biasa. terdapat juga aktiviti lain untuk membuatkan kami tidak mengantuk. kami telah mendapat pengalaman baru yang sangat berharga dalam persediaan untuk menjadi seorang guru yang baik. Melalui aktiviti berkayak dan µwater confident¶ itu. pada pagi itu kami telah melakukan senaman ringkas. Tuntasnya. Zaharim. kami pun pulang dengan perasaan gembira tetapi letih. Pada pukul 1 tengah hari. Secara keseluruhannya. Selepas itu. berkeyakinan tinggi dan mampu menghadapi cabaran yang bakal tiba dalam mendidik murid-murid akan datang. kami telah diajukan beberapa soalan tentang kraftangan yang telah dihasilkan oleh setiap unit. Kami kemudiannya bergerak ke tempat makan untuk sarapan pagi. Melalui aktiviti kembara. Kami diberikan masa selama 1 jam untuk mengemas dan selepas itu. kami dapat belajar cara untuk bekerjasama di dalam satu pasukan. kami pun diarahkan untuk bergerak ke dewan untuk majlis perasmian penutup. Tepat jam 11 pagi. kami pun diarahkan untuk mengemas semua peralatan dan khemah. majlis perasmian penutup pun tamat dan selepas itu kami pun bergerak ke tempat barang-barang diletakkan dan membawa barang-barang tersebut ke dalam bas. Selain ceramah. . Tugas-tugas telah diberikan secara adil kepada setiap unit. barulah kami bergerak ke dewan untuk aktiviti yang terakhir sebelum berkemas untuk pulang. Setelah itu. Sebelum majlis perasmian penutup itu berlangsung. aktiviti perkhemahan ini memberikan banyak manfaat kami diri kami semua sebagai seorang pelatih guru. kami telah mendapat keyakinan dalam diri kami untuk menghadapi cabaran. Aktiviti terakhir kami ialah ceramah yang telah disampaikan oleh En.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful