BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

1

(Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

2

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Sementara dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) juga menggariskan 11 objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa sebagaimana yang berikut; i. mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari; ii. bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila; iii. membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; iv. menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan; v. menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; vi. memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul; vii. menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; viii. menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

3

ix. menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan; x. memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan xi. menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Matlamat Pendidikan bahasa Melayu adalah supaya murid dapat menguasai kemahiran bahasa dan berbahasa. Kemahiran bahasa yang diperoleh melalui bacaan dapat meningkatkan kebolehan berfikir murid-murid untuk menjurus kepada pembentukan akal budi yang beradab dan berfikiran terbuka. Kelemahan murid menguasai bahasa dan berbahasa akan menjejaskan kemajuan dan peningkatan pengalaman berinteraksi dengan orang lain. Melalui pendidikan bahasa Melayu diyakini dapat meningkatkan dan mengembangkan daya intelek dan nilai akhlak mulia murid melalui interaksi pengalaman guru, murid dan teks yang disepadukan dalam bilik darjah.

1.2 Pernyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran bahasa dianggap penting dalam proses melengkapkan keperluan pelajar menguasai bahasa. Bahasa yang begitu dinamik sifatnya memerlukan cara khusus untuk dikuasai. Dalam pendidikan,

4

penguasaan bahasa dikaitkan dengan amalan yang dilaksanakan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam trend pengajaran dan pembelajaran bahasa kini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu bahasa tetapi juga dapat melengkapkannya dengan kemahiran bahasa ( mendengar, bertutur, membaca dan menulis) dengan baik dan berkesan. Ini selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu dihuraikan berpandukan teori serta diadun dengan strategi pengajaran yang dijangka mampu membantu guru mengendalikannya di dalam bilik darjah.

Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan seseorang murid yang belajar selama enam tahun di sekolah rendah menggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka dalam perhubungan sehari-hari dan dalam mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekoah rendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah rendah, dapat menguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerja bertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

5

2001: 14). Tahap pembacaan Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Dalam kemahiran bahasa di sekolah. Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran. memahami dan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (PPK. bertutur dan menulis. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran mendengar. Manakala. didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. 6 . bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca. Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami perkara yang dibaca. 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf.Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Henry Guntur Tarigan (1994). ditinjau dari norma-norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik. DR. maka kita perlu menyediakan waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan. untuk meningkatkan minat membaca ini. Dalam objektif yang keempat. adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca.Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Pada umumnya. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam aspek penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahap 2 di 7 . sastera dan moral.

Kajian ini akan dapat mengenal pasti faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca. Seramai 70 orang murid Tahap 2 iaitu Tahun 4 dan Tahun 5 terlibat dalam kajian ini. 1. Hasil daripada tinjauan ini. Melalui kajian ini. penyelidik telah menganalisis data 70 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 secara rawak . ii. Kajian ini dapat mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca.Sekolah Kebangsaan Pengalat Kecil. iii. Papar. 1. akan dapat memberikan beberapa alternatif bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca .4 Soalan Kajian 8 .3 Objektif Kajian i.

Apakah terdapat perbezaan min skor mengenai hubungan membaca dalam meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar? 4. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca? 5. Adakah tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu ? 2.5 Batasan Kajian Kajian ini terbatas di sekolah-sekolah rendah di daerah Papar sahaja dan untuk memgembangkan di peringkat Negeri Sabah adalah amat rumit dan perlukan pengurusan dan kos yang besar. Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dirancang dan dijalankan oleh guruguru Bahasa Melayu dalam meningkatkan tahap penguasaan berbahasa pelajar? 1. Apakah faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca? 3. 9 .1.

hasil daripada meninjau. tingkat. kajian ini berfokus kepada tinjauan tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 dan tahun 5 di daerah Papar. Terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan untuk kepentingan tinjauan ini. temubual dan soal selidik kepada pelajar-pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja yang dipilih secara rawak dan berkebolehan dalam membaca dan menulis. 10 . pandangan.Fokus kajian berdasarkan pemerhatian dan pengamatan guru-guru.6 Definisi Operasional Secara amnya. 1. Tahap Menurut Kamus Dewan (2005:1569) tahap bermaksud peringkat. bidang kajian adalah bersifat subjektif di samping terdapatnya batasan masa bagi mendapatkan maklumat dan keperluan kajian. Di samping itu. Tinjauan Menurut Kamus Dewan (2005:1695) tinjauan bermaksud perbuatan meninjau.

membaca bermaksud aktiviti seseorang sama ada belajar. menyimpulkan. menelaah. meneliti. menghafaz. berkata. mentafsir. 11 . mengucapkan. membaca dan menulis) dengan seseorang atau di dalam sesuatu perkara. menilik. mengaji. membatang. mengkaji. membaca dan menulis. Kemahiran Berbahasa di sini dapatlah dirumuskan sebagai kecekapan atau kepandaian seseorang di dalam berhubung atau berkomunikasi (secara lisan. mendeklamasi. kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. meramal. memahamkan. Kemahiran Berbahasa Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3 (1994). merujuk.Penguasaan Penguasaan menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005:835) ialah perihal menguasai atau menguasakan. melafazkan. melihat dan memerhati. Berbahasa pula ialah berhubung atau berkomunikasi atau berinteraksi sama ada secara lisan. Kemahiran Membaca Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3 (1994). meneliti. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yang tertulis. menuturkan.

Daripada definisi kemahiran dan membaca. 12 .6 Kepentingan Kajian Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan gambaran kepada umum tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca. 1. tinjauan ini juga mungkin berguna kepada pihak pentadbir. Di samping itu. Selain itu. Selain itu. intonasi. khasnya guru besar yang ingin mengetahui faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca dan dapat mencadangkan alternatif untuk kemajuan kemahiran berbahasa di sekolah. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan pelajar membaca dengan sebutan. pelajar berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK. dan kelancaran yang betul. 2003). jeda. diharap tinjauan ini akan berguna kepada para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar dan secara tidak langsung memberikan alternatif berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu seterusnya menguasai kemahiran membaca.

bab ini juga menerangkan dapatan kajian tentang kebolehan dan amalan membaca mengikut umur. kajian ini diharap dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca bahasa Melayu secara bersepadu dan menyeluruh.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang beberapa laporan dan kajian tentang penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya dalam kemahiran membaca. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.Di samping itu juga. Selain itu.2 Literatur Berkaitan 13 . 2. pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran membaca di samping faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi penguasaan kemahiran berbahasa khususnya kemahiran membaca dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca. pemilihan bahan bacaan.

Menurut Mohd. Pembelajaran bahasa perlu berlangsung dalam suasana terancang dengan pelajar berusaha menguasai kandungan pelajaran gurunya. asas penguasaan bahasa dimulakan dengan mempelajari kemahiran berbahasa yang dipelajari sejak di sekolah rendah dan dimantapkan penggunaaannya di dalam kehidupan seharian. para pelajar juga terdedah dengan dunia bahasa yang lebih luas di luar sekolah. Pakar-pakar dalam pengajaran bahasa berpendapat . kita perlu memahami konsep pembelajaran serta aplikasinya di dalam bilik darjah. Selain dari menerima pelajaran Bahasa Melayu secara formal di sekolah. terdapat pelbagai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolahsekolah rendah. Masalah-masalah ini berbeza-beza mengikut situasi dan keadaan yang tertentu. Pelajar tentu pernah mengalami proses pembelajaran secara formal atau pun tidak formal. Bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang baik dan berkesan. guru dan pelajar menggunakan bahasa bagi memahami isi kandungan pelajaran. sebagai guru. rakan-rakan sepermainannya. di dalam kelompok keluarganya. Hilmi Haji Ismail ( 1982 ).Menurut Yahya Othman (2006). kejayaan di dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah atau pendekatan pengajaran berdasarkan teori-teori lingusitik. 14 .

majalah-majalah. tambahan pula di peringkat umur yang masih mentah dan mempunyai naluri yang pelbagai pula. akhbar-akhbar. Struktur ayat-ayatnya harus lancar dan dapat menyokong pendapat yang kompleks yang mempunyai hubungan sebab musabab. walau bagaimana pun kompleks isinya. buku-buku komik dan iklan-iklan ( yang bukan sahaja menggunakan pengucapan bahasa yang salah malah menggunakan ejaan yang tidak mengikut sistem ejaan baharu dan ini juga boleh mengelirukan para pelajar yang membacanya). isi kandungan dalam satu huraian itu boleh disampaikan oleh bahasa itu. Ini sesuai dengan konsep bahasa kini yang 15 . Ciri-ciri ini akan mewujudkan antara lain ialah bahasa pasar dan bahasa creole. Persekitaran di luar sekolah sangat mempengaruhi bahasa pelajar.perkampungannnya dan kedaerahannya. Bahasa yang standard harus mengikuti hukum-hukum tatabahasa yang baik. masalah sintaksis. wayang gambar. masalah semantik. Di samping itu pula para pelajar juga terdedah kepada bahasa yang terdapat pada alat-alat perhubungan awam seperti radio dan televisyen.. Mereka akan bertambah keliru lagi dengan masalah fonologi. Kanak-kanak lazimnya mempelajari bahasa dengan cara meniru apa yang didengar dan dipandangnya. masalah morfologi dan ejaan Bahasa Melayu yang tidak standard itu.

menyatakan bahawa bahasa itu keseluruhannya merangkumi aspek-aspek fonologi. Proses pemahaman juga menjadi matlamat utama yang perlu dicapai semasa membaca bagi memastikan kandungan teks itu memberi makna kepada pembaca. Masalah-masalah di dalam kemahiran berbahasa sangat mempengaruhi penguasaan murid di dalam satu-satu kemahiran bahasa. Kemahiran membaca boleh dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan. 16 . Penguasaan kemahiran itu juga dapat membantu pelajar meneroka khazanah ilmu yang terkandung dalam bahasa itu serta mampu menjadi pengguna bahasa yang baik. mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya. Salah satu kemahiran berbahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran membaca. aspek bacaan dan pemahaman penting diberikan penekanan kerana kemahiran itu adalah pemangkin kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata pelajaran yang lain. Mengajar membaca bererti mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. sintaksis dan semantik. Penentuan kejayaan ini juga dapat dilihat dengan menilai sejauh mana pelajar dapat membaca teks bahasa kedua serta dapat pula memahaminya dengan baik. Tujuan pembaca membaca adalah bagi memahami teks yang dibaca.

makna perkataan dan ayat yang tertera. Skemata adalah pengetahuan lalu yang dimiliki pembaca dan dapat membantunya memahami pengetahuan baru yang diperolehnya semasa membaca teks. pengetahuan pembaca berkaitan bahasa yang dipelajari membolehkannya mengenal pasti bentuk asas bahasa. membaca adalah kemahiran pasif. Sebaliknya. bergantung pada pengetahuan mereka berkaitan sesuatu bahasa dan perkara-perkara tertentu bagi membuat jangkaan perkara yang mungkin menyusul dan membuat tafsiran maknanya. Pembaca yang baik membaca bagi mendapatkan makna dan mereka tidak membazirkan masa mengekodkan setiap huruf ataupun perkataan yang terdapat dalam teks. 17 . Dalam masa yang sama. mereka membaca sebahagian besar daripada kandungan teks. Kenyataan ini tidak tepat terutama apabila membincangkan proses membaca serta kaitannya dengan aktiviti menaakul dan menganalisis kandungan teks yang menjadikan pembaca lebih mendapat manfaat daripada kandungan teks yang dibaca. pengetahuan dunia secara umum dan sesuatu perkara yang lebih terperinci membolehkan pembaca memahami perkataan dan ayat-ayat itu dengan membandingkan pengetahuan yang tersimpan dalam ruang skematanya. Membaca sebenarnya melibatkan aktiviti mencari maklumat secara aktif dengan pembaca menghubungkan Semasa membaca.Sesetengah pakar bahasa berpendapat.

Salah satu cara penguasaan kemahiran berbahasa ialah membaca.Semasa membaca dan sekiranya andaian kita sudah dapat dipastikan. Selepas menguasainya. 2005). Kebiasaan membaca membantu pembaca mudah menguasai bahasa. Membaca merupakan satu aktiviti atau kemahiran yang sukar diterjemah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu itu. Sekiranya pengetahuan pembaca tentang sesuatu bahasa mencukupi dan boleh mengaitkan maklumat dalam teks kepada apa yang sedia ketahui.2. pelajar mendapati perlunya peningkatan jumlah muka surat yang dibaca dan tahap kesukaran teks itu. Peruntukan masa sepuluh minit sehari bagi membaca adalah satu permulaan yang baik. teks itu akan menjadi lebih bermakna.1 Kebolehan dan Amalan Membaca Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran yang wajib ada pada setiap individu tanpa mengira batas sosial mahupun peringkat usia. jadikan amalan itu satu tabiat harian. 18 . pembaca sebenarnya sudah memiliki situasi bacaan yang dianggap sempurna ( Yahya Othman. Sebaik sahaja pelajar bersedia hendak memulakan bacaan sendiri. 2.

Kumpulan kanak-kanak berumur 5 .9 tahun boleh membaca. jika bacaan mereka membaca bahan bercetak di sekeliling mereka (umpamanya papan iklan dan poster).9 tahun yang merupakan pelajar sekolah rendah. Oleh itu. Mereka yang mengamal membaca (selain buku teks tadika dan sekolah) adalah lebih rendah peratusannya. Dari segi umur pula.9 tahun berjumlah 2. 19 . Dari segi jantina. kajian ini menunjukkan bahawa 52 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 . bahan dari media elektronik dan barang mainan diambil kira. Perbezaan 23 peratus ini mungkin disebabkan oleh takrifan membaca yang agak terhad kepada membaca surat khabar.4 juta orang. kanak-kanak Malaysia berumur 5 . Mereka mewakili 12% daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun tersebut. iaitu 56 peratus. bolehlah dilihat bahawa tidak ada perbezaan yang nyata bagi kedua-dua indikator boleh membaca dan amalan membaca antara lelaki dan perempuan. majalah.9 tahun terdiri daripada dua kumpulan yang penting. Pada tahun 1996. Kajian ini menunjukkan hampir lapan daripada sepuluh orang kanak-kanak (79 peratus) dalam lingkungan umur 5 .6 tahun boleh membaca.9 tahun.1 menunjukkan kebolehan membaca dan amalan membaca bagi kanak-kanak berumur 5 .6 tahun dan yang menghadiri pra-sekolah dan mereka dalam lingkungan umur 7 . iaitu mereka yang berumur 5 . maka peratusan yang mengamal bacaan mungkin lebih tinggi. bukubuku dan komik. Jadual 2.

9 tahun Mengikut kajian. Ini boleh diterima kerana meraka adalah pada tahap pra-sekolah dan galakan membaca daripada ibu bapa tidak menyeluruh.9 tahun yang merupakan pelajar sekolah rendah. bagi kedua-dua kawasan peratusan yang mengamal membaca ialah 56 peratus. Namun demikian. dan data dikutip secara proksi. pertimbangan yang serius perlu diberi kepada perkara ini. Jadual 2.sementara hanya 30 peratus mengamal membaca. mereka dari kawasan bandar didapati lebih tinggi kadar kebolehan membacanya (81 peratus) berbanding dengan kanak-kanak d luar bandar (77 peratus). Walau bagaimanapun. Walaupun kita mengambil kira media yang dicakupi oleh kajian ini terhad. apabila dilihat kadar amalan membaca.1 Kebolehan membaca dan amalan membaca bagi kanak-kanak berumur 5 . hakikat bahawa 93 peratus boleh membaca tetapi hanya 73 peratus mengamal membaca adalah agak tidak menggalakkan. bagi mereka dalam kumpulan umur 7 . tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak kawasan bandar dan luar bandar. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai kegiatan alternatif 20 .

seperti yang dinyatakan sebelum ini. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh jenis bahan media yang dipertimbangkan sebagai bahan bacaan dalam kajian ini. Oleh itu. Pada tahun 1996. Kumpulan ini merupakan kumpulan pelbagai sosio-ekonomi yang terdiri daripada mereka yang masih bersekolah sehinggalah yang telah bersara. tetapi hanya 87 peratus sahaja mengamal membaca. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh takrifan pembacaan yang terhad kepada bahan bercetak sedangkan lebih ramai kanak-kanak di bandar mempunyai akses kepada komputer dan membaca bahan elektronik. rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 10 tahun dan ke atas berjumlah 14.2 di bawah menunjukkan 93 peratus daripada rakyat Malaysia berumur 10 tahun dan ke atas boleh membaca.yang terdapat di bandar. Walau bagaimanapun.9 juta orang. terdapat juga sebab-sebab khusus mengapa rakyat Malaysia tidak membaca. Jadual 2. 21 . yang menarik kanak-kanak daripada menggunakan masa untuk membaca. iaitu merupakan lebih daripada 75 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia dalam negara ini. terdapat perbezaan sebanyak 6 peratus antara kebolehan membaca dan amalan membaca.

golongan lelaki lebih ramai boleh membaca berbanding dengan golongan perempuan. Sebab utama ialah kadar rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan formal juga berkurangan mengikut peningkatan kumpulan umur.83 = 7).Jadual 2. Rakyat Malaysia yang lebih berumur berkemungkinan 22 .2 menunjukkan bahawa bagi kumpulan ini. Data juga menunjukkan perbezaan antara pengakuan boleh membaca dan amalan membaca sebenarnya adalah lebih bagi lelaki (96 .2 Kebolehan membaca dan amalan membaca bagi kumpulan umur 10 tahun dan ke atas Kajian ini menunjukkan dengan jelas kebolehan membaca berkurangan mengikut umur.91 = 5) berbanding dengan perempuan (90 . Ini menunjukkan lebih ramai lelaki yang boleh membaca sebenarnya mengamal membaca apabila dibandingkan dengan perempuan. Jadual 2.

walaupun mempunyai kebolehan membaca. 2. Bahan-bahan itu selalunya ditulis bagi tujuan pembelajaran. sesuai dengan keperluan kurikulum dan dipermudahkan mengikut tahap kecerdasan pelajar. Petikan-petikan dalam buku teks selalunya pendek dan ditulis dalam pelbagai genre yang dapat menimbulkan minat membaca di kalangan pelajar.lebih ramai yang tidak berpendidikan formal. Tujuannya adalah memperkenalkan tatabahasa di samping memperkayakan perbendaharaan kata. perkara pertama yang diperkenalkan adalah bahan-bahan bertulis melalui buku-buku teks yang digunakan di sekolah. kebolehan membaca dan amalan membaca adalah lebih tinggi dalam kalangan penduduk bandar jika dibandingkan dengan penduduk luar bandar.2 Pemilihan bahan bacaan yang sesuai Pelajar perlu memilih bahan bacaan yang sesuai. Penulisan buku teks bahasa kedua. Seperti yang dijangkakan. Ini disebabkan keperluan asas dalam pembelajaran bahasa adalah menguasai tatabahasa.2. Bagi kebanyakan pelajar bahasa. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin kurang membaca apabila mereka lebih berumur. contonhya Bahasa Inggeris dapat membantu pelajar menguasai tatabahasa secara sistematik. Isu yang menjadi persoalan ialah perbezaan ketara antara kebolehan membaca dan amalan membaca. 23 .

surat khabar (10 peratus) dan majalah (6 peratus). penggunaan buku teks yang tidak konsisten dalam pengajaran serta topik yang tidak begitu relevan dengan keadaan semasa boleh mengganggu minat pelajar membaca teks bahasa. Carta 2. Menurut data Perpustakaan Negara (2006). jauh ke bawah diikuti oleh buku (26 peratus). Komik merupakan pilihan utama bahan bacaan (41 peratus). Carta 2. terdapat beberapa jenis bahan bacaan yang menjadi pilihan kanak-kanak.1 menunjukkan jenis bahan bacaan utama yang disukai oleh kanak-kanak berumur 5 . Walau bagaimanapun.1 Jenis bahan bacaan yang dibaca 24 .12 tahun.Membaca buku teks juga dapat membantu pelajar menguasai tatabahasa dengan mengaitkan teks dengan soalan-soalan pemahaman yang sudah disediakan. Pergantungan yang terhad kepada teks memberikan kesempatan kepada pelajar menggunakan cara berbeza bagi mengaplikasikan strategi membaca.

guru perlu membuat pilihan bahan bacaan yang tepat. 25 . Oleh itu. Di samping itu. Hakikat ini telah ditegaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menyatakan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK) menekankan tentang penyerapan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia. pelajar juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan autentik bagi tujuan menambahkan petikan yang terdapat di dalam buku teks. Guru bahasa Melayu harus melaksanakan aktiviti membaca di bilik darjah kerana membaca menjadi prasyarat kepada individu untuk menerokai pelbagai ilmu baharu dan terkini pada zaman teknologi maklumat. KBSR Jilid 1. l992). tetapi peningkatan itu lebih cenderung ke arah bahan yang berbentuk hiburan. Kebanyakan buku-buku teks bahasa kini menggabungkan aplikasi multimedia iaitu penggunaan cakera padat berbentuk interaktif yang boleh menimbulkan minat membaca serta dapat meningkatkan tahap pemahaman membaca dengan lebih baik lagi. tahap pembacaan peringkat pelajar sekolah rendah meningkat. Justeru itu. guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar untuk lebih meminati bahan bacaan yang berbentuk pengetahuan. Bahan seperti itu bukan menjadi ukuran menilai aras kecekapan berbahasa pelajar. Asas KBSR 1.Melalui data yang diperolehi dari kajian Perpustakaan Negara tersebut.

pendekatan ini akan mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna supaya pelajar boleh menelaah atau mengagak makna perkataan dan ayat yang dibaca. pendekatan ini amat sesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.3 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Membaca Terdapat beberapa strategi atau pendekatan yang boleh digunakan bagi kemahiran membaca seterusnya menguasai kemahiran berbahasa. Sehubungan dengan itu. yang boleh dituturkan dan dituliskan. bertutur dan menulis. (a) Pendekatan Pengalaman Berbahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) adalah berasaskan prinsip bahawa kemahiran membaca tidak boleh dipecah-pecahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain seperti kemahiran mendengar. pendekatan ini menekankan konsep dan strukut bahasa yang bermakna. (b) Pendekatan Komunikatif dan Skemata 26 .2. Oleh itu.2. Pada masa yang sama.

Dalam konteks bacaan. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Semakin luas pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru bahasa perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang boleh dicerakinkan secara perenggan demi perenggan. ( c ) Pendekatan Cerakinan. Binaan dan Eklektik Pendekatan cerakinan berasaskan proses analisis bahagian yang besar atau luas kepada kumpulan-kumpulan kecil. Aspek makna dan kosa kata mempunyai kaitan dengan situasi komunikasi serta bersesuaian dengan aturan sosiobudaya bahasa berkenaan perlu diberikan penekanan. semakin banyaklah schemata yang boleh membantunya memahami sesuatu perkataan. Pembentukan skema bergantung kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Pendekatan Skemata ialah pengajaran kemahiran membaca yang menekankan skemata untuk memudahkan pelajar menekankan makna sesuatu perkataan atau ayat. Ssesbuah perenggan pula boleh 27 . Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai untuk membolehkan pelajar membaca dalam keadaan komunikasi sebenar. ayat dan seterusnya sebuah wacana.Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting.

dicerakinkan lagi kepada kumpulan ayat-ayat dan seterusnya boleh pula dicerakinkan kepada perkataan demi perkataan. pendekatan binaan melihat daripada yang kecil kepada bentuk yang lebih luas.4 Kaedah Membaca Dalam pengajaran kemahiran berbahasa pelajar khususnya kemahiran membaca. terdapat tiga jenis kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar di peringkat awal atau peringkat permulaan: 28 . diikuti pemahaman atau sebutan perkataan. Tegasnya pemahaman terhadap sesebuah wacana bermula dengan penganalisisan perkataanperkataan. ayat. Jika pendekatan cerakinan melihat proses pemahaman itu daripada perspektif yang luas kepada yang kecil. Pendekatan ini akan mengeksploitasi kaedah-kaedah pengajaran terbaik daripada kedua-dua pendekatan tersebut. dan akhiri dengan membaca dan memahamkan ayat. kata dan abjad atau fonem. Dalam pengajaran bacaan permulaan. pendekatan binaan memfokuskan sebutan abjad terlebih dahulu. 2. perenggan.2. dan seterusnya wacana. Pendekatan binaan adalah bertentangan dengan pendekatan cerakinan. pendekatan ini memfokuskan pembacaan ayat yang dicerakinkan mengikut frasa. Dalam pengajaran membaca permulaan. Pendekatan eklektik ialah pendekatan pengajaran yang menggabungkan pendekatan binaan dengan pendekatan cerakinan.

Kaedah Abjad seumpama ini nyatalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Pengajaran yang dimulakan dengan membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan namanama huruf sebenarnya menegaskan sesuatu yang membosankan muridmurid dan saya kira mengambil masa yang agak panjang sebelum muridmurid itu dapat merasa gembira atau ‘puas’ dari kebolehan membaca sendiri. kadang-kala ada nyanyian dengan menggunakan huruf-huruf ini sebagai lirik.(a ) Kaedah Mengeja atau Abjad Kaedah Abjad dianggap sebagai kaedah mengetahui nama-nama huruf yang digunakan bagi tulisan Melayu: a. b. c. Kemudian selepas beberapa minggu barulah dibunyikan huruf-huruf vokal: a. b. o. c…. ( b ) Kaedah Fonik ( Suku Kata ) 29 . i.sampai z.. Selepas itu baru dibina suku kata-suku kata ‘ba-tu’ . e.z. dan diikuti pula dengan mengeja perkataan. Kemudian diberi latihan membaca ayat-ayat pendek. d …. ‘ka-ki’ dan sebagainya. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a. u.

‘u’ – ‘uu…’. ‘t’ – ‘tah’ . Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’. Kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan ‘dada’. Oleh kerana sistem ejaan Bahasa Melayu kita adalah fonemik (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’) dan oleh kerana suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas. ‘tu’. ‘lu’. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. ‘lalu’ dan sebagainya. Kaedah ini adalah munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan ‘kaedah abjad’ dan ‘kaedah seluruh perkataan’. ‘ka’. tetapi diajar ‘bunyibunyi’ huruf. setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. ‘kata’. ‘batu’. Misalnya : ‘ba’. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca.Pada dasarnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara ‘simbol’ ( huruf ) dan ‘bunyi’ supaya kemudian mereka dapat membaca ( ‘membunyikan’ ) sendiri perkataanperkataan baru yang mereka hadapi. ‘ z ‘ – ‘zz…’ . ‘s’ – ‘ss…’. 30 . dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. ‘da’. suku kata pula dibina. ini dan sebagainya.

Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafalkan bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaan. ‘budak’. Perkataanperkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna dari pecahan tiap-tiap hurufnya. Kaedah ‘seluruh perkataan’ ( atau pandang dan sebut) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid mula membaca. ‘meja’. 31 . ‘pokok’. Kaedah ‘seluruh perkataan’ ini lebih bermakna dari ‘nama tiap-tiap huruf itu’. Misalnya ‘batu’. Lazimnya masa agak panjang diambil untuk mereka mengenal bunyi semua huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataanperkataan dan ayat-ayat yang bermakna. perkataan ‘pensel’ di tepi gambar pensel dan sebagainya. ‘rumah’. Kadang kala digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan. Perkataan ‘rumah’ ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangnya. ‘pensel’ dan sebagainya. ‘sekolah’. (c) Kaedah “ Pandang dan Sebut” Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ ( Kaedah ‘seluruh perkataan’ ) ini boleh dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kaedah abjad.

Oleh kerana sistem ejaan Bahasa Melayu adalah lebih bersifat fonemik daripada sistem ejaan Bahasa Inggeris ( satu huruf boleh melambangkan satu ‘bunyi’ ) maka didapati kaedah ‘Pandang dan Sebut” ini tidak begitu praktikal digunakan di peringkat permulaan mengajar membaca. Ada yang berpendapat kaedah ‘eklektik’ amat praktikal untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak. Mereka harus mengenal beberapa puluh ‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kaedah ini akan menyukarkan dan melambatkan lagi proses memperoleh kemahiran membaca pada peringkat awal. campuran kaedah pandang sebut dan kaedah suku kata. situasi bilik darjah dan bahan bacaan yang digunakan. (d) Kaedah Campuran ( Eklektik ) Kaedah ini adalah ‘kaedah campuran’. agak ramai guru yang mengajar secara kurang sistematik. Mengikut kesesuaian murid.Dalam kaedah ‘Pandang dan Sebut’ ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan lambang-lambang itu untuk boleh membaca. Oleh itu kaedah ini menjadi 32 . Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan. dan mengenal nama huruf-huruf. Jika dikaji secara terperinci.

struktur suku katanya dan tatabahasanya dan dari segi situasi pembelajaran muridmurid. Apa yang harus difikirkan bersama adalah mencipta satu kaedah mengajar ‘eklektif ‘ yang sesuai untuk mengajar membaca Bahasa Melayu yang mengambil kira dari segi sifat-sifat sistem ejaan Bahasa Melayu. kerana asas-asas gabungan itu kurang jelas diperhatikan.kaedah ‘cacamurba’ . Contoh: ‘saya’ ‘maka’ ‘bila’ ‘apa’ ‘siapa’ [sayẻ] [makẻ] [bilẻ] [apẻ] [siapẻ] 33 . Kaedah ini juga haruslah sistematik. Masalah pertama yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya di dalam kemahiran membaca ialah berhubung dengan ejaan yang tidak sama dengan sebutan.

Contohnya: ‘dahulu’ ‘sahaja’ ‘kelmarin’ ‘dulu’ ‘saja’ ‘kemarin’ ‘mahu’ ‘mau’ Ejaan kata-kata yang dipinjamkan dari Bahasa Inggeris juga jelas menambahkan masalah yang sedia ada itu. Tetapi hal ini adalah satu tanggapan yang salah.Kaedah ini seolah-olah mahu dirumuskan oleh murid-murid bahawa fonem ‘a’ pada akhir kata itu disebut sebagai [ẻ]. kerana hal yang demikian tidak mungkin pula berlaku pada. ‘bola’ ‘jaga’ ‘liga’ [bola] [jaga] [liga] ‘wanita’ ‘akta’ [wanita] [akta] Ada juga ejaan yang dieja mengikut sebutan. Contohnya: ‘klinik’ ‘traktor’ ‘kelinik’ ‘terekter’ 34 . Banyak kekeliruan di dalam perkara ini.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR. asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak mereka di sekolah rendah lagi. kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sehubungan dengan itu. 2. majalah-majalah.‘industri’ ‘industeri’ Sedangkan ejaan-ejaan kata yang dipinjamkan semestinya dieja mengikut sebutan kata asalnya dengan hanya mengubah ejaannya sesuai dengan Bahasa Melayu. Selain itu. Sebaliknya. 1994).3 Faktor-Faktor Signifikan yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca pelajar Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. akhbarakhbar. dan iklan-iklan di luar sekolah. papan tanda. murid-murid yang kurang minat 35 . Kemahiran membaca menjadi landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar. Kebanyakan daripada ejaan tersebut masih lagi menggunakan ejaan lama. Bagi membolehkan murid membaca dengan baik. Hal ini bertambah serius apabila murid-murid berhadapan dengan ejaan-ejaan yang diperoleh daripada buku-buku teks.

ia akan memberi kesan terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Sebaliknya mereka akan mudah menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Misalnya. Baharin. Oleh yang demikian. Jika terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik. 2007). guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Mengikut model ASSURE oleh Heinich. di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Russell dan Smaldino (1996). Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu unit pembelajaran akan bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. 2007).membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat menguasai 36 . Hal ini kerana. Molenda. Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain. guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu. guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

37 . 1992). simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah.pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru. Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa yang telah dan sedang dipelajari. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau pilihan guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. daya kreativiti. daerah. guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya mereka tidak berasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti berlakon. guru perlu untuk melakukan aktiviti pengayaan. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid. Bagi tujuan ini. mereka bebas memilih dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing. negeri atau kebangsaaan. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat. Selain itu. perasaan ingin tahu. sikap berdikari dan bakat kepimpinannya. Guru merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya dalam kemahiran membaca.

Aktiviti ini dikendali secara formal mengikut arahan. aktiviti pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang bermasalah ini. 2007). Oleh yang demikian. Ramai pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak boleh membaca dengan lancar (Dr. Manakala bagi pilihan guru pula aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Syukri Abdullah. 2. Murid yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Kemahiran membaca itu bukanlah kemahiran semulajadi. Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar.Guru boleh menyediakan beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. 1992). Aktiviti pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang pendek. Membaca tidak sama pembentukannya 38 . kemahiran ini merupakan bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal pembacaan.4 Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi.

kaedah seluruh perkataan. Namun begitu. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran membaca. kaedah fonik dan kaedah eklektik. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca. 2007). kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. kaedah eklektik adalah paling sesuai digunakan untuk mengajar membaca kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu pelajaran membaca. Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca ialah: • Peranan guru Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina Kamal. terdapat empat kaedah mengajar membaca Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad. Setiap kaedah mempunyai cara penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam proses pengajaran membaca kepada murid.seperti berjalan atau berlari. Ini bermakna . Bagi mengatasi permasalahan ini. Menurut Azwan Wan Chik (1986). alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk 39 .

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning. Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Contohnya. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah. Selain itu. 40 . 1994). untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara. manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R. Dalam konteks sekolah. iaitu membaca pantas dan membaca kritis. untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan. murid juga perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff. penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke penutupnya. seseorang murid perlu menguasai dua teknik membaca. murid membaca untuk tujuantujuan seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara. Secara umumnya. untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan.mengajar membaca.

41 . pembaca mengingat dahulau apa yang telah diketahui. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Dalam pembacaan sesuatu petikan. W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca). Melalui teknik ini. melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih). membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca). Teknik pembacaan akan membolehkan murid mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca. kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) dan H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusya). menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. jurnal dan majalah.  Teknik skimming dan scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku. Teknik Membaca KWLH KWLH adalah singkatan bagi yang berikut iaitu. Idea-idea khusus sengaja diabaikan.

• Peranan murid Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu. Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari (Baca. isi kandungan. tajuk utama. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. prakata. murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk membaca. tetapi jika 42 . Ketika kita membaca. rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Dalam konteks pembelajaran. 2007). Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa. pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Bagi meningkatkan kemahiran membaca. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan. kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Biasanya.Dalam pembacaan sesebuah buku pula. kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Oleh yang demikian. Murid perlu rajin dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki.

Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit. orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa untuk membaca dalam hidupnya. saya juga suka kerana saya diberi masa untuk membaca. maka mereka perlu mengatur masa dan memperuntukan sedikt masa untuk membaca dengan baik. Katanya lagi. tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akam meningkatkan kemahiran membaca mereka. Abbott. oleh itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana membaca dengan baik 43 . Memang tidak mungkin murid akan membaca tentang semua perkara. Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala kejadian pening di dunia moden sekarang ini adalah dengan membaca.murid berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca. Barbe de Jerry L. menyediakan masa untuk membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat untuk dibaca. DR. Dalam buku Azman Wan Chik (1986) ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam buku Personalized Reading Instruction oleh Walter R. terjemahannya lebih kurang begini: ”Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-apa buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka. Selain itu. Prof.

Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid 44 . mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan. ini menjadikan mereka akan berminat membaca bukubuku. persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. ini akan menarik minat anda ingin membaca.apabila anda membaca buku-buku yang anda suka. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-buku yang saya sudah baca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru. 2004). Percayalah saya suka membaca. Contohnya. • Peranan sekolah Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca.” Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya dengan memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untu membaca. dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang bahawa tidak ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca. mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali.guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca. Di samping itu.

2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. 2005). perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Rahman & Salihah. Dalam kajiannya. • Peranan ibu bapa Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan. ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep. Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah.untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah. Selain itu. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. masa yang diperuntukkan bagi 45 . Antara lain.

Walaupun mereka bukan pembaca yang serius. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya 2. namun perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A. faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. 46 .Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. maka itulah yang akan cuba ditirunya. masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Apa yang dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya. Sebagai kesimpulan.membaca kepada kanak-kanak. kejayaan di dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah atau metode pengajaran berdasarkan kepada teori-teori linguistik. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan.5 Kajian-Kajian Berkaitan Pakar-pakar dalam pengajaran bahasa berpendapat.

Kaedah ‘ad hoc’ ini menimbulkan pelbagai ragam dalam pendekatan dan teknik yang sama sekali tidak berlandaskan kepada prinsip dan teori-teori pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mantap dan dapat dipertanggungjawabkan. Mengikut kajian pakar-pakar bahasa terdahulu mengatakan bahawa pada umumnya. pengalaman dan cita rasa atau cara guru itu sendiri mempelajari Bahasa Melayu. Bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah menggunakan perkaedahan ‘ad hoc’ mengikut pertimbangan dan budi bicara guru semata-mata. kemampuan.Oller dan rakan-rakan mengemukakan bahawa tujuan utama teori linguistik adalah memberikan huraian atau deskripsi bahasa sebagai satu sistem dan memberikan penjelasan tentang bagaimana penutur bahasa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Kajian ini bertujuan menilai pengajaran membaca kefahaman yang diamalkan bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada tahun 1978. Kajian itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang 47 . Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan mengaitkan model membaca psikologi kognitif. Guru-guru kebanyakannya mengubahsuai pengajarannya mengikut kebolehan. Politzer pula mengatakan bahawa linguistik dan psikologi pendidikan seharusnya merupakan alatalat yang dapat digunakan oleh guru-guru bahasa untuk membenarkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mereka.

strategi yang digunakan serta aplikasi metakognitif. Menurut kajian Coleman (1995). kadang kala wujud masalah pelajar yang sukar hendak menguasai kemahiran itu. Ini menunjukkan penggunaan strategi membaca seperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat meningkatkan kemahiran membaca. Pelajar lebih memahami teks yang dibaca dan dapat mengekalkan pemahaman. Kajian yang dilakukan oleh Oka (1984) melihat aspek pemikiran dan motivasi dalam kemahiran membaca. kajian juga menunjukkan penguasaan berdasarkan model membaca terkini. Aspek kognitif sering mempengaruhi kelancaran membaca. Kemahiran kognitif dalam bacaan teks membantu pemahaman pelajar dengan prosedur pembacaan yang lebih sistematik. Dalam pengajaran. penggunaan strategi menggunakan peta semantik dapat memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar.memberikan impak dalam pengajaran pemahaman membaca. Pemboleh ubah lain yang termasuk 48 . Dapatan kajian menunjukkan terdapat sedikit perubahan daripada segi pencapaian yang ditunjukkan dalam pengajaran kemahiran membaca. Rumusan kajian menunjukkan guru mempunyai pemahaman bercorak sepintas lalu berkaitan topic dan pelajar sudah biasa dengan strategi yang digunakan oleh guru. Di samping itu.

49 . instrumen..1 Pengenalan Bab ini memuatkan reka bentuk kajian. Matlamat kajian ini ialah untuk mengumpul maklumat mengenai pembolehubah yang berkaitan dengan keberkesanan kajian ini.dalam metakognitif dan aspek motivasi ialah kesedaran membaca. sikap dan persepsi kendiri. prosedur pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berupa tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan pendekatan tinjauan sampel tidak nyata. Sampel rawak digunakan bagi mewakili populasi. populasi dan sampel. 3. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.

4 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik berbentuk objektif dan subjektif.3 Populasi dan Sampel Kajian Sampel Kajian terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 SK Pengalat Kecil Papar. Jenis butiran soal selidik 50 .1 Latar belakang demografi responden Latar belakang Jantina Tahun/Kelas Lelaki Perempuan JUMLAH 4 12 20 32 5 19 19 38 3.3. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan. Sampel diperoleh secara rawak daripada kelas Tahun 4 dan Tahun 5 yang terdapat di sekolah tersebut berdasarkan kebolehan mereka membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Sebanyak 30 soalan akan dikemukakan dalam 3 bahagian. Tempoh masa 1 jam akan diberikan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Jadual 3. Sejumlah 70 orang pelajar yang akan dijadikan responden dan 2 orang guru Bahasa Melayu.

Borang soal selidik 1 adalah untuk pelajar Melayu. sebelum proses menjawab soal selidik dijalankan.5 Kaedah pengumpulan data Data akan dikumpulkan daripada hasil prasoal selidik dan soal selidik ( borang soal selidik 1 dan 2 ) yang telah dijawab oleh para murid 51 . dan borang soal selidik 2 adalah untuk guru bahasa 3. Subjek akan menjawab soalan yang dikehendaki berdasarkan pemahamannya terhadap soalan atau rangsangan yang dikemukakan. skala likert dan jawapan pendek diberikan untuk subjek memberikan tindakan terhadap soalan yang diberikan. Jenis jawapan dibina ( Bahagian A dan C) akan mengkehendaki subjek untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara bebas. Jenis skala pemeringkatan.ialah jenis jawapan dibina dan jawapan dipilih. Pelaksanaan temu bual diadakan kepada beberapa orang guru dan murid tentang pengetahuan sedia ada terhadap tajuk kajian ini. Jenis jawapan dipilih (Bahagian B) mengkehendaki subjek memilih satu jawapan yang paling berkenaan untuk menjawab sesuatu soalan yang dikemukakan di dalam soal selidik ini.

Peringkat kedua merupakan proses mengedar dan memberi kertas soal selidik kepada semua subjek bagi mengetahui tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar khususnya kemahiran membaca. Kaedah Statistik deskriptif dan inferens digunakan untuk menganalisa data.6 Kaedah Penganalisisan data Data daripada soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS Windows. Kajian ini akan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu prasoal selidik melalui temu bual berdasarkan anggapan serta pengalaman murid yang sedia ada terhadap pengetahuan dan penguasaan kemahiran berbahasa khususnya dalam kemahiran membaca. Rumusan Reka bentuk kajian yang khusus digunakan di dalam kajian ini akan memberikan maklumat dengan menggunakan instrumen temu bual atau pemerhatian. langkah meningkatkan penguasaan berbahasa khususnya kemahiran membaca dan faktor signifikan yang berkaitan 52 .serta guru bahasa Melayu yang diberikan secara rawak bagi mendapatkan data yang berkaitan. dan soal selidik. Sampel kajian yang dipilih secara rawak terdiri daripada 30 orang murid dan 2 orang guru bahasa Melayu. 3.

dengannya. 53 . Borang soal selidik untuk guru juga akan diedarkan pada waktu yang sama bagi menilai kefahaman dan peranan Panitia Bahasa Melayu dan langkah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid di tahap dua sekolah rendah.

BAB 4 ANALISIS DATA 1.0 54 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful