You are on page 1of 10

AMALGAMASI Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis

budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Amalgamasi: merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah, untuk mencantumkan beberapa unsur berbeda daripada kumpulan etnik yang berbeda tersebut dalam satu entiti yang bersatu, samada secara sementara atau berkekalan; wujudnya projek Sekolah Wawasan adalah satu contoh. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan para pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Untuk membina suatu kefahaman yang lebih mendalam, usaha ini mstilah dilalui dengan memperkenalkan beberapa konsep asas yang mendasari hubungan etnik. Yang agak jarang berlaku di Malaysia adalah proses amalgamasi. Mungkin contoh Sekolah Wawasan boleh kita gunakan di sini. Tersulam dalam usaha ini adalah unsur akomodasi dan akulturasi. Cuma dalam kes Sekolah Wawasan ianya merupakan proses amalgamasi bersifat topdown, bukan yang terpancar daripada bawah memanjat ke atas. Mungkin kita boleh fikirkan apakah contoh lain yang sesuai. Oleh yang demikian, saya merasakan proses amalgamasi adalah suatu proses berguna tapi jarang digunakan atau didapati di Malaysia.

KOMUNITI BAYANGAN (IMIGINE COMMUNITIES) Konsep Imagined Communities atau komuniti bayangan Ben Anderson ini merujuk kepada perasaan kesepunyaan yang dikongsi sama ada yang merentasi pelbagai bahagian sesebuah negara. Di sebalik perasaan yang dikongsi itu ialah kebudayaan (sesebuah negara) yang dikenalpasti sebagai gerak daya untuk merangsang pembentukan kesepaduan penduduk (Nayeem Sultana: 2007). Ia berlaku disebabkan oleh faktor geografi seperti di Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 buah pulau, kepelbagaian wilayah, kedaan social dan budaya serta pengalaman sejarah yang berbeza. Indonesia adalah salah satu contoh yang relevan dalam menjelaskan konsep imagined community Ben Anderson. Malahan, beliau mengakui bahawa nasionlisme di Indonesia sebagai komuniti bayangan kerana ia terbentuk daripada adanya suatu khayalan akan satu bangsa yang berdikari dan bebas daripada kekuasaan kolonial , suatu bangsa yang diikat oleh kesatuan media komunikasi iaitu bahasa Indonesia. Selain daripada itu ia dianggap sebagai komuniti khayalan disebabkan warganegaranya tidak pernah mengenal, bertemu atau bahkan mendengar tentang sebahagian besar warga yang lain akibat daripada halangan geografi iaitu terdiri daripada lebih 17,000 pulau yang membentang lebih 5,000 kilometer (http://tangguhaltria.wordpress.com). Ben Anderson berpendapat bahawa akhirnya bangsa yang dibayangkan sebagai sebuah komuniti disebabkan masing-masing tidak peduli dengan ketidakadilan dan pengeksploitasian yang wujud tetapi pada masa yang sama memiliki sikap kesetiakawanan serta persaudaraan mendalam sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi untuk menghapuskan kekejaman tersebut. Melalui konsep Imagined Community juga dapat dikenalpasti beberapa unsur yang akan membawa kepada terbentuknya nasionalisme seperti wujudnya kesamaan nasib, kedekatan fizikal, diancam oleh musuh yang sama dan tujuan bersama. Benedict Anderson memahami nasionalisme sebagai suatu komuniti khayalan (imagined community) yang disatukan oleh sebuah persahabatan melintang mendalam di mana kalangan ahli-ahlinya yakin bahawa ia bakal mencipta sabuah kesatuan bangsa yang kukuh dalam menghadapi sebarang perkara secara bersama-sama. Justeru, beliau telah menggariskan beberapa faktor yang dianggap sebagai pemangkin kepada terbentuknya komuniti bayangan seperti disarankan. Antaranya ialah: i. Gerakan Separatisme

Gerakan ini muncul akibat daripada perasaan tidak puashati sesetengah rakyat di daerah-daerah tertentu terhadap pemerintah pusat hingga menyebabkan mereka menuntut agar diberi kuasa autonomi sendiri. Dari perspektif sejarah, pembentukan nasionalisme di Indonesia adalah berdasarkan kepada fungsinya iaitu bagaimana memberikan manfaat kepada seluruh etnik di seluruh kepulauan negara itu. Walau bagaimanapun, apabila penjajah telah berjaya dihalau keluar pemerintah atau kerajaan pusat kelihatan masih gagal dalam memberikan kesejahteraan secara sama rata kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan munculnya sentimen etnik yang dianggap sebuah medium yang subur bagi tumbuhnya gerakan separatis di Indonesia. Rakyat di beberapa daerah seperti Acheh, Timur Timur, Maluku Selatan dan Irian Jaya seolah-olah berkongsi bayangan yang sama bahawa mereka telah ditindas oleh kerajaan pusat.

ii.

Gerakan Anti Kolonial.

Dalam konteks ini, penindasan pihak kolonial telah menyebabkan rakyat merasakan bahawa mereka sebenarnya berkongsi perasaan yang sama walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain. Walaupun terdapat perbezaan etnik yang jelas, namun faktor perkongsian perasaan seperti ini telah menghasilkan impak besar terhadap ikatan solidaritis atau perpaduan rakyat dalam membentuk sebuah kesatuan kebangsaan yang kukuh berdasarkan kepada bayangan perasaan anti kolonial masingmasing. Meskipun dihalang oleh faktor perbezaan identiti budaya dan etnik yang jelas, namun setidak-tidaknya kesamaan perasaan itu mampu menjadi asas kepada perpaduan yang kukuh walaupun hanya bersifat sementara iaitu ketika berhadapan dengan isu-isu tertentu. iii. Kapitalisme Cetak

Bagi Anderson, komuniti khayalan ini ada atau terbentuk disebabkan oleh kekuatan media massa. Dalam konteks ini, beliau memberi penekanan terhadap peranan media cetak yang dianggap sangat signifikan dalam menyebarluaskan idea daripada bangsa. Sehubungan dengan itu, beliau memberikan contoh tentang bahan bacaan yang diterbitkan sama ada secara harian, mingguan atau bulanan. Ben Anderson menekankan betapa melalui isu yang diketengahkan oleh pihak media akan membentuk pembacanya berkongsi perasaan, idea dan pada masa yang sama cuba mencari jalan penyelesaian secara kolektif walaupun masing-masing saling tidak mengenali. Secara tidak langsung beliau berpendapat bahawa pengalaman kebangsaan atau perasaan nasionalisme akan berakar malah berkembang setiap hari melalui proses perkongsian bacaan ini. Beliau turut mengemukakan beberapa contoh untuk menerangkan konsep yang dianggap abstrak ini. Kesimpulannya, Imagined Communities adalah merupakan idea Benedict Anderson yang menyatakan bahawa bangsa adalah sebuah komuniti social yang dibina atau dibayangkan olah individu-individu yang menganggap diri mereka sebagai sebagai sebahagian daripada kumpulan itu. Justeru, sebagai sebuah komuniti khayalan ia adalah berbeza dengan sebuah komuniti yang sebenarnya. Ini adalah kerana ia tidak boleh berinteraksi secara langsung sesama mereka akibat daripada halangan fizikal seperti faktor geografi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, walaupun nasionalisme hanya dianggap sebagai satu komuniti bayangan dan entiti yang bersifat abstrak, namun ia masih perlu dijaga dan dipelihara agar dijamin mampu menghadapi perubahan zaman. Selain daripada itu, dalam arus globalisasi ini ia tetap terus perlu dipupuk untuk memberikan perlindungan, keselesaan dan kesejahteraan hidup rakyat setiap negara.

ETNOSENTRISME Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Wagley dan Harris (1964) mendefinisikan etnocentrisme sebagai keadaan yang mana terdapat anggota dalam sesuatu kumpulan itu memandang segala aspek atau nilai-nilai dalam masyarakatnya lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada masyarakat lain. Ini kemudian menimbulkan perasaan kekitaan mendalam dan berfungsi sebagai kesatuan kumpulan itu. Samovar dan Porter (1976) pula berpendapat sikap etnosentrisme yang tebal boleh mengakibatkan hubungan antara satu kumpulan etnik atau kumpulan sosial menjadi renggang. Ini kerana mereka merasakan kumpulan etnik mereka lebih istimewa daripada kumpulan-kumpulan lain. Golongan ini juga beranggapan kedudukan kaum mereka lebih baik dan tinggi berbanding kumpulan lain. Sentimen primodial menurut Geertz (1963) adalah berkaitan pertalian darah, bahasa, adat dan lain-lain berdasarkan petikan di bawah. stems from the givens or more precisely, as culture is inevitably involved in such matters, the assumed givens of social existence: immediate contiguity and in connection mainly, but beyond them the givenness that stems from being born into a particular religious community, speaking a particular language, or even a dialect of a language and following particular social practices. Zatrow (1989) menyebutkan bahwa setiap kelompok etnik memiliki keterikatan etnik yang tinggi melalui sikap etnosentrisme. Etnosentrisme merupakan suatu kecenderungan untuk memandang norma-norma dan nilai dalam kelompok budayanya sebagai yang absolute dan digunakan sebagai standar untuk mengukur dan bertindak terhadap semua kebudayaan yang lain. Sehingga etnosentrisme memunculkan sikap prasangka dan streotip negatif terhadap etnik atau kelompok lain. Pandangan etnosentrisme juga merupakan satu halangan besar kepada usaha untuk memahami masyarakat dan budaya lain dalam peristilahan mereka sendiri. Sebenarnya antropologi tidak membandingkan masyarakat asing dengan masyarakat sendiri serta menyusun pelbagai masyarakat pada tahap tinggi rendah, serta meletakkan masyarakat kita pada anak tangga paling atas. Sebaliknya antropologi menghendaki kita memahami masyarakat yang berlainan itu seperti yang kelihatan daripada dalam masyarakat berkenaan. Antropologi tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang berbunyi seperti berikut: "Antara banyak masyarakat, masyarakat manakah yang paling baik." Jawapannya memang tidak akan wujud semata-mata kerana sememangnya bukan sifat semula jadi disiplin antropologi untuk bertanyakan soalan seperti ini.

PEMBERSIHAN ETNIK (ETNIC CLEANSING) Pembersihan etnik bererti memaksa kumpulan etnik lain keluar dari kediaman dankawasan yang diduduki mereka,dan sekiranya mereka enggan, mereka akan dibunuh.Tujuannya adalah mendominasi kawasan tersebut untuk kepentingan kumpulan etnik tertentu.Puak Serb di Bosnia berubah kepada pembersihan etnik sebagai salah satu cara untuk menghapuskan kumpulan etnik pembangkang. Diertikan sebagai Pemindahan paksakumpulan etnik dari sesuatu wilayah, disertai dengan pembunuhan dan pelanggaran hak manusiaGoldsteinSerbs Penghapusan etnik di bekas Yugoslavia antara Serbia dan Bosnia menjadi bukti paling buruk mengenai konflik etnik. Selain itu, konflik etnik juga bukan perkara baru di negara bekas jajahan era kolonial seperti Pakistan dan India. Perang saudara Tutsi dan Hutu di Rwanda yang membunuh beribu-ribu penduduk dan berjuta lagi terpaksa menjadi pelarian. Pembersihan etnik juga dapat dilihat dalam kes perang saudara di Balkan. "Penyembelih" etnik, Radovan Karadzic ditahan pada 21 Julai 2008 dan didakwa atas jenayah pembunuhan kaum dan pembersihan etnik antara 1992 dan 1995. Pembersihan etnik ini menyaksikan sejarah ketamadunan umat Islam turut mencatatkan "penyembelihan umat Islam" oleh pemimpin Serb termasuk Karadzic. Kes pendakwaan doktrin pembersihan etnik oleh Karadzic banyak dikaitkan dengan tindakan Serb Bosnia yang mengepung bandar Srebrenica (wilayah Timur Bosnia) dan pembunuhan ke atas 8,000 orang lelaki pada 11 Julai 1995. Namun hakikatnya kekejaman pemimpin Serb lebih daripada itu. Mengikut perangkaan, sepanjang konflik di Balkan, lebih 200,000 nyawa terkorban. Ia juga mencatatkan lebih 20,000 kes rogol ke atas wanita Muslim dan 1.8 juta rakyat hilang tempat tinggal selain kemusnahan tamadun yang masih dapat dilihat sehingga hari ini. Doktrin penghapusan etnik ini sebenarnya turut menjadi isu kepada Malaysia apabila pernah didakwa oleh segelintir 'pelampau' pada 25 November 2007. Mereka mendakwa Malaysia turut menjalankan doktrin kejam ini. Ia merupakan dakwaan yang bertentangan dengan realiti hidup kepelbagaian etnik di negara ini. Kerajaan Malaysia digambarkan melaksana dasar 'pembersihan etnik' yang dikaitkan dengan 'penyingkiran masyarakat minoriti'. Dakwaan itu memberi impak yang besar kepada kerajaan. Malaysia terpaksa menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan negara luar apabila dikaitkan dengan 'pembersihan etnik'. Malah Malaysia terpaksa memberi penjelasan mengenainya kepada dunia. Tindakan golongan ekstremis tersebut merupaka usaha untuk mempermainkan dan mengapi-apikan perpaduan kaum. Perlu kita sedar sekiranya keretakan hubungan dan perpaduan kaum meletus, ia akan membawa bencana kepada keselamatan rakyat dan negara. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah kekacauan dalaman akan membuka ruang kepada kemasukan dan campur tangan kuasa asing. Mungkin perkara itu akan digunakan oleh kumpulan militan antarabangsa dan menjadikan Malaysia sebagai sasaran. Kumpulan yang membuat tuduhan palsu itu sepatutnya terlebih dahulu menilai keadaan sebenar. Malah perkataan 'pembersihan kaum' digunakan semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat dalam dan negara luar demi kepentingan peribadi.

Mereka ternyata tidak peduli kesan akibat tuduhan tersebut. Mereka sewenangwenangnya memperjudikan masa depan, keamanan dan keselamatan rakyat demi memenuhi agenda perjuangan sendiri. Tindakan ini telah lihat banyak dipengaruhi oleh matlamat peribadi dan emosi yang cuba menarik perhatian rakyat dan mencetuskan ketidakstabilan. Golongan ini tidak pernah berfikir mengenai risiko atau bahaya yang akan timbul dari tindakan mereka. Tanpa disedari tindakan golongan ini telah memperjudikan kestabilan dan perpaduan kaum yang selama ini tidak menghadapi masalah dan berprasangka buruk antara satu sama lain. Apa yang menyedihkan golongan ini menggunakan definisi pembersihan etnik yang sempit dan salah dengan realiti sebenar apa yang berlaku di Malaysia. Kita dapat lihat perpaduan kaum di Malaysia adalah terjalin dalam mana-mana pihak sama ada di pihak pembangkang atau pro kerajaan. Amat jelas pada ketika ini semua etnik di Malaysia dapat hidup dengan baik dengan adanya sifat penerimaan dan menghormati antara satu sama lain. Perkembangan yang dapat kita lihat pada hari ini adalah jelas amat bertentangan dengan tuduhan seperti mana yang didakwa oleh golongan terbabit pada akhir tahun 2007. Tragedi pembersihan etnik di Kemboja dan Balkan sepatutnya dijadikan sebagai sandaran dalam mendefinisikan erti sebenar terma "pembersihan etnik". Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Februari 2007 yang mengklasifikasikan pembunuhan 8,000 Islam Bosnia di Serbrenica pada 11 Julai 1995 sebagai pembersihan etnik adalah satu pengesahan kepada masyarakat dunia dalam membantu pendefinisian terma "pembersihan etnik" serta dapat dijadikan sebagai rujukan dalam memahami istilah tersebut.

SOLIDARITY SOCIAL / PERPADUAN SOSIAL Perpaduan, yang sering dirujuk sebagai perpaduan sosial, adalah satu konsep asas dalam kajian saintifik manusia, masyarakat, budaya dan hubungan sosial. Penyelidik yang berkenaan untuk mengetahui mengapa masyarakat yang bersatu antara satu sama lain (dan mengapa mereka boleh hancur) hipotesis bahawa perpaduan sosial mungkin disebabkan oleh idea-idea atau perasaan orang mempunyai kira-kira satu sama lain. Alternatif, keadaan struktur, seperti perkiraan tertentu peranan dan hubungan sosial, mungkin memupuk syarat-syarat yang menghasilkan perpaduan manusia. Solidaritas dapat diartikan kesatuan kepentingan, simpati, dll, sebagai salah satu anggota dari kelas yang sama. Solidaritas bisa didefinisikan: perasaan atau ungkapan dalam sebuah kelompok yang dibentuk oleh kepentingan bersama. Wikipedia memberikan Pengertian Solidaritas, bahwa Solidaritas adalah integrasi, tingkat dan jenis integrasi, ditunjukkan oleh masyarakat atau kelompok dengan orang dan tetangga mereka Hal ini mengacu pada hubungan dalam masyarakat . hubungan sosial bahwa orang-orang mengikat satu sama lain. Istilah ini umumnya digunakan dalam sosiologi dan ilmu-ilmu sosial lainnya. Emile Durkheim (1858-1917) sarjana yang mula-mula menulis tentang masalah perpaduan sosial dalam The Division of Labor in Society (1893). Durkheim menulis masyarakat merupakan sebagai kuasa pendesak berdasarkan beberapa ciri-ciri asas: i. Persepakatan individu yang terdiri daripada pelbagai entiti sosial walaupun terdapat norma-norma masyarakat yang dikenakan kekangan pada mana-mana individu tunggal. ii. Sebagai agen perubahan masyarakat, jenis perpaduan yang "gam" masyarakat bersama-sama juga perubahan. Perpaduan sosial masyarakat dibezakan, atau perpaduan mekanikal, berdasarkan kesamaan (misalnya, persamaan budaya setiap ahli satu suku). Solidaritas adalah kesepakatan bersama dan dukungan: kepentingan dan tanggung jawab antar individu dalam kelompok, terutama karena diwujudkan dalam dukungan suara bulat dan tindakan kolektif untuk sesuatu hal. Apa yang membentuk dasar dari solidaritas bervariasi antara masyarakat. Dalam masyarakat sederhana mungkin terutama berbasis di sekitar nilai-nilai kekerabatan dan berbagi. Dalam masyarakat yang lebih kompleks terdapat berbagai teori mengenai apa yang memberikan kontribusi rasa solidaritas sosial. Dalam bidang ekonomi, solidaritas social bisa kita lihat dengan jelas dari berbagai risalah atau konsep. Dalam Islam dikenal konsep shodaqoh, zakat, infaq, wakaf, hibah dan lain-lain. Sesungguhnya, jika konsep ini bisa dijalankan secara sempurna, maka kesenjangan ekonomi bisa diatasi. Sayangnya, upaya mewujudkan secara sistematis terhadap konsep-konsep tersebut selama ini belum berhasil secara maksimal. Untuk mengimplementasikan konsep tentang solidaritas ekonomi di antara kaum muslimin masih memerlukan perjuangan keras dan panjang.

MASYARAKAT PLURAL Masyarakat majmuk adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Walaupun hidup bersama, mereka adalah berasingan (live side by side but separately), setiap kumpulan mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai, pemikiran dan cara hidup masing-masing (Sufean Hussin, 1996). Mengikut tokoh antrolopologi terkenal (J. S. Furnival, 1944) mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai kumpulan etnik yang tinggal di bawah satu unit politik (sebuah negara) tetapi tidak bersatu padu. Perhubungan masyarakat majmuk hanyalah didasari oleh hubungan ekonomi dan di antara mereka tidak ada azam sosial bersama (common will) serta tiadanya ikatan normatif. Malahan wujudnya perpecahan sebagaimana yang digambarkan oleh Furnival: Perdagangan dan perindustrian terletak ditangan orang asing sementara penduduk tempatan kebanyakannya terlibat dalam pertanian, pemodal-pemodal asing mengupah buruh tempatan atau kuli-kuli yang diimport dari luar . J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokohtokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya. Ciri-ciri masyarakat majmuk menurut Furnivall

Mempunyai 2 atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama, tidak bercampur-gaul, berada dalam satu unit politik Pemerintah dari bangsa berlainan Tiada kesedaran kebangsaan Pembahagian ekonomi yang jelas antara kumpulan etnik Pasar sebagai tempat berinteraksi. Cenderung kepada konflik, perlu kuasa luar untuk mengawal keadaan Setiap kumpulan mempunyai aturan sosial tersendiri, sebagai panduan hidup (budaya, adat resam dan sebangainya) Wujud garisan-garisan pemisah yg memperkukuhkan (mutually reinforcing cleavages) BUKAN garisan-garisan silang-melintang (cross-cutting cleavages)

Pendekatan Pluralist (Groups) Pendekatan ini mula sekali dikembangkan secara sistematik oleh Arthur F. Bentley yang menulis The Process of Government (Cambridge, Mass., `1967, terbitan pertama pada tahun 1908). Beliau menjelaskan bagaimana dasar-dasar kerajaan sebenarnya boleh dipengaruhi oleh pertubuhan-pertubuhan yang berkepentingan dengan menggunakan kaedah tertentu. Selain Bentley, David B. Truman merupakan seorang sarjana yang turut mengembangkan pendekatan ini. Tulisannya, Governmental Process turut membincangkan proses penggubalan dasar kerajaan dan pengaruh orang ramai terhadapnya. Sedikit sebanyak pendekatan ini terpengaruh dengan beberapa kajian dari disiplin sosiologi khususnya pendekatan fungsionalisme yang menekankan persoalan fungsi, equilibrium dan saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Pendekatan ni kini kerap kali digunakan khususnya di dalam mengkaji proses politik masyarakat demokrasi seperti di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara eropah. Kaedah yang memperllihatkan masyarakat ini merupakan satu arena untuk para pertubuhan bergerak dan bersaing serta saling mempengaruhi satu sama lain, mencirikan sebagai suatu masyarakat pluralistic. Pendekatan pluralistic atau groups ini mengandaikan kehidupan masyarakat sentiasa mengandungi proses persaingan dan tawar menawar di antara pertubuhan sesame mereka mahupun individu sesame mereka ataupun antara kedua-duanya, individu dan kelompok.

Di dalam keadaan ini groups yang berbeza ini sanggup bertolak ansur di dalam menentukan sesuatu keputusan. Ia terpaksa mengambilkira anggotanya dalam masa yang sama mempunyai kesetiaan ynag berbelah bagi dengan pertubuhan lain (divided loyalties) Mengikut Bill dan Hardgrave lagi anggota groups ini sebenarnya merasa berbelah bagi kerana memiliki kepentingan yang berbagai. Mereka juga pada masa yang sama menjadi ahli kepada yang lain, cross cutting cleavages atau sokongan dan keahlian bersilang kelompok berlaku di sini. Dalam satu masa ia menyokong NGO kesatuan sekerja umpamanya tetapi dalam isu yang lain ia menyokong pula NGO lain yang beroposisi dengan kesatuan sekerja. Apa yang penting di sini ialah isu yang menjadi focus, bukan parti atau kaum atau sentiment primordial. Keadah pluralistic ini memaksa mereka untuk menerima hakikat bahawa untuk mendapat segala-galanya adalah tidak realistic dan dengan sanggup untuk menerima sesuatu yang lebih rendah tetapi yang masih di dalam persetujuan mereka. Multi membership atau overlapping membership hanya menyebabkan hubungan ikatan keahlian seseorang ahli terhadap satu-satu pertubuhan itu longgar. Ia adalah merupakan perkara biasa di dalam politik pluralistic ini. Dalam masa yang sama cross cutting cleavages juga adalah perkara biasa. Di dalam keadaan ini adalah tidak menghairankan jika beberapa individu menyertai sati kelompok agama dan di dalam pertubuhan bahasa umpamanya sebahagian sahaja daripada mereka menyertainya dan bercampurpula dengan beberapa individu lain daripada pertubuhan agama lain. Struktur social yang [pelbagai dan kompleks seprti ini hanya menjadikan tekanan politik bersifat sederhana. Sementara itu di dalam sesuatu bargaining. Kerana menyedari bahawa mereka tidak mungkin memperoleh sepenuh matlamat, maka mereka sanggup untuk berunding bagi memperoleh sesuatu yang lebih rendah matlamatnya. Sebenarnya inilah hakikat accommodation dan bargaining iaitu kesanggupan untuk mencapai matlamat yang lebih rendah nilainya tetapi diterima dalam suatu consensus oleh semua pihak. Persaingan pertubuhan ini berjalan di dalam bentuk yang sihat, dan dilakukan secara sah (constitutional). Hanya yang Berjaya meyakinkan majority dan penggubal dasar biasanya akan mendapat sokongan dan diterima tuntutan atau cadangan mereka.

You might also like