BADAN EKSEKUTIF, FUNGSI STRUKTUR DAN ORGANISASI DI MALAYSIA

Oleh: Mohd Ashraf Mustaqim | 3101005451

PENGENALAN
Sejarah perkembangan sistem pentadbiran kerajaan di negara ini boleh ditinjau sejak dari permulaan zaman prasejarah. Kuasa memerintah pada ketika itu dipegang oleh Sultan yang dibantu oleh Bendahara, Bendahari, Temenggong dan Laksamana dalam melaksanakan pemerintahan. Selepas kedatangan kuasa penjajah, struktur pemerintahan mula berubah. Perubahan ketara berlaku apabila Inggeris mula mengambil alih pentadbiran dan sistem pentadbiran ala-Inggeris mula mengambil tempat. Selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem

pentadbiran ala-Inggeris terus diamalkan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memenuhikehendak dan aspirasi penduduk serta sejarah kemerdekaan negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syaratsyarat untuk pengalaman adalah sistem ini. Salah satu syarat tiga sistem Demokrasi di dalam Berparlimen pembahagian kuasa kepada bahagian

pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran). Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan . Struktur Parlimen Malaysia Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Yang Di-Pertuan Agong Dewan Negara Dewan Rakyat pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai Berikutan kemerdekaan. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang ± undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama: 1. Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong. Pada tarikh tersebut. Sarawak. 3. 2. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negerinegeri Pulau Pinang. Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman.Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sabah.

Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya. Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Malaysia telah terbentuk apabila Sabah. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16. Kini. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.2 hektar. Berikutan itu. . nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia.tersebut. keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Pada 16 September 1963.

teori pengasingan kuasa perlu dilaksanakan bagi mengelak dominasi kuasa oleh mana-mana pihak Di Malaysia. Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri untuk menjalankannya. Seperti yang ditegaskan oleh Montesquie. Kerajaan Negeri dan juga peringkat Kerajaan Tempatan. Perkara 40 mentafsirkan kuasa eksekutif sebenar baginda. Selain badan legislatif yang berperanan sebagai penggubal undang-undang. Kuasa Eksekutif Kerajaan Di Malaysia. sepertimana yang diperuntukkan Perlembagaan. konsep ini turut diamalkan. Di peringkat Persekutuan. badan eksekutif dan kehakiman masing-masing berperanan untuk menjalankan fungsi pemerintahan serta pentadbiran dan membuat penghakiman. ii) Perkara 40(2[a]) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri. baginda dikehendaki oleh konvensyen dan kebiasaan parlimen untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti dewan tersebut. Persekutuan berkuasa untuk: i) Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa kuasa eksekutif terletak di tangan Yang diPertuan Agong. baginda dikehendaki ³bertindak atas nasihat Jemaah Menteri´ atau atas nasihat seorang menteri yangdiberikan kuasa oleh Jemaah Menteri. Perkara 40(1) memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya.BADAN EKSEKUTIF Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan. Perlantikan Jemaah Menteri adalah bertujuan untuk menasihati Yang DiPertuan Agong dalam menjalankan tugas-tugasnya. kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan. Adalah menjadi suatu . Walaupun sudah menjadi kelaziman perlantikan Perdana Menteri adalah atas kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

perjalanan mesyuarat tersebut akan dikendalikan dan . Beliau hendaklah merupakan seorang ahli Dewan Rakyat dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. iv) Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukkan kuasa untuk mempersetujui atau tidak meminta Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen. Perkara (43 [a]) menjelaskan bahawa seorang Perdana Menteri perlu dilantik terlebih dahulu sebelum melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(2[a] Perlembagaan Persekutuan).kelaziman orang yang dilantik sebagai Perdana Menteri ialah ketua parti yang telah memenangi sesuatu pilihan raya umum Persekutuan. Walaupun Parlimen adalah sebuah badan legislatif atau perundangan. Perkara 43 (2)menjelaskan bahawa terdapat susunan yang perlu diikuti dalam membuat perlantikan Jemaah Menteri. Perdana Menteri Perdana Menteri (PM) adalah merupakan ketua kepada Jemaah Menteri yang dilantik dan merupakan jawatan yang terpenting di Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana teori pengasingan kuasa tidak dijalankan sepenuhnya. maka PM juga akan mempengerusikan mesyuarat yang diadakan setiap minggu sekali sebagaimana yang ditetapkan. PM mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh YDPA sebagai menganggotai kabinetnya. Kuasa ini diperjelaskan dalam Perkara 40 (2[b]). Oleh yang demikian. Ini adalah kerana Perdana Menteri merupakan seorang ahli perundangan dan pada masa yang sama beliau juga seorang eksekutif. Oleh itu secara dasarnya Jemaah Menteri atau Kabinet (Badan Eksekutif) di Malaysia terdiri daripada: a. Lantikan jawatan ini kepada seseorang yang berkelayakan adalah berdasarkan kepada budibicara Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). yang pada pendapat baginda beliau akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. iii) Kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong yang ketiga ialah melantik Jemaah Menteri. Kuasa ini dijelaskan dalam Perkara 43 Perlembagaaan Persekutuan. ia turut melibatkan bidang eksekutif . Selaku Ketua Kabinet.

dikuasai oleh PM sepenuhnya. maka terdapat dua cara yang perlu dilakukannya . b. Untuk melayakkan seseorang menjadi PM. Keadaan ini diputuskan melalui perolehan kerusi yang terbanyak dalam Dewan Rakyat selepas tiap-tiap kali pilihanraya dijalankan. PM juga berperanan sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kata putus dalam menentukan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Timbalan Perdana Menteri Jawatan ini adalah merupakan suatu jawatan yang tiodak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan secara khusus. Beliau akan memegang jawatannya selagi beliau mendapat kepercayaan (confidence) sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. maka beliau hendaklah merupakan seorang ketua parti yang memerintah negara pada masa yang material. namun ianya adlah terletak di bawah suatu konvensyen. Boleh dikatakan bahawa kuasa-kuasa PM adalah kebanyakannya tersirat dalam konvensyen dan dan hanya beberapa keadaan sahaja ianya terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau akan menjalankan tugas-tugas PM semasa ketiadaan PM dan beliau juga akan mengambilalih tempat PM sekiranya PM meninggal dunia semasa masih dalam jangka tugas jawatannya. meletak jawatan bersama-sam menteri kabinetnya atau membubarkan Parlimen dengan persetujuan YDPA. YDPA boleh. Sekiranya kepercayaan ini sudah gagal beliau perolehi. Walaubagaimanapun. dengan kuasa yang ada padanya untuk memecat seseorang PM yang enggan meletakkan jawatannya sekiranya PM tersebut sudah hilang kepercayaan oleh sebilangan ahli dewan yang lain melalui undi tidak percaya yang dijalankan terhadapnya dan YDPA sendiri tidak bersetuju dengan keputusan PM untuk membubarkan Parlimen. .

Beliau juga mestilah memantau segala perjalanan kementeriannya bagi memastikan ianya sejajar dengan kehendak yang telah ditentukan oleh perundangan dan pemerintahan negara.c. Tanggungjawab Kabinet atau Jemaah Menteri secara kolektif atau bersesama terhadap Parlimen Tanggungjawab ini merupakan suatu tanggungjawab yang bersifat bergerak secara berjamaah atau satu pasukan dalam memastikan kesinambungan pembangunan negara akan dapat dicapai dengan jayanya. . Menteri-menteri Lain Dalam Kabinet Tanggungjawab menteri-menteri Kabinet adalah merupakan suatu konvensyen perlembagaan yang penting di negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. setiap menteri tidak patut terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan meruah Parlimen seperti skandal seks. Oleh yang demikian. Antara tanggungjawab mereka adalah : 1. Garis panduan tanggungjawab ini adalah merupakan suatu konvensyen yang telah dikanunkan. 2. Tanggungjawab menteri secara individu terhadap Parlimen Tanggungjawab ini terkandung dalam dua aspek iaitu setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan peribadinya dan setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan (act) atau ketinggalan (omission) yang dilakukan oleh kementeriannya atau kakitangan dan pegawai-pegawai atasan kementeriannya. rasuah atau salahguana kuasa.

Jemaah Menterihendaklah sepakat dan sekiranya ada ahli yang tidak berpuas hati atau tidak bersetuju. Mereka juga bertanggungjawab secara kolektif dan bersesama dalam meletakkan jawatan apabila suatu undi tidak percaya terhadap seseorang PM telah dilakukan atau keputusan PM meletakkan jawatan telah berlaku. Dalam sistem demokrasi berperlembagaan. beliau mestilah membuat keputusan sama ada beliau ingin terus menjadi ahli dan bersetuju dengan keputusan yang telah dipersetujui atau beliau perlu meletakkan jawatan dan melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap keputusan itu.Mereka juga bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Jemaah Menteri mengandungi seorang Perdana Menteri dan beber apa orang menteri. Di Malaysia. beberapa jawatankuasa tetap dan sementara akan ditubuhkan bagi membantu membentuk atau menangani dasar atau isu yang ditimbulkan. Penerangan Lanjut Tun Mohamed Suffian menjelaskan bahawa eksekutif terdiri daripada beberapa bahagian dan antaranya ialah Kabinet atau Jemaah Menteri. Bagi membantu keberkesanan perjalanan kabinet. Sekiranya mereka tidak berpuashati terhadap dasar tau keputusan tersebut mereka hendaklah samada menerima keputusan yang dibuat atau meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet. Kabinet akan diketuai oleh Perdana Menteri dan mengandungi ahli-ahli yang digelar menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing dan sama-sama bertanggungjawab (collectively responsib le) terhadap semua keputusannya. Mengikut Perlembagaan. . Setiausaha bagi Kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara. Dasar dan arahan kabinet akan menjadi garis panduan serta dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan. Kabinet juga merupakan badan tertinggi negara dalam membentuk dasar-dasar kerajaan. Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Per tuan Agong.

Ia merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Bagi sebuah kementerian yang besar dan mempunyai fungsi yang penting. tugas menterinya akan dibantu oleh timbalan menteri. sebagai sebuah kementerian utama. Di samping menjalankan tugas sebagai penasihat danpentadbir utama Jabatan Perdana Menteri. Di Malaysia hari ini terdapat 26 kementerian dan ia boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada keadaan dan kepentingan serta keperluan negar a. . KSN juga merupakan Ketua Perkhidmatan-perkhidmatan Awam Persekutuan.KEMENTERIAN Satu por tfolio yang menjadi tanggungjawab seorang menteri akan dilaksanakan oleh sebuah badan yang dikenali sebagai kementerian. Portfolio Perdana Menteri pula dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri. Mereka ialah penjawat awam. Seorang menteri boleh dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Seorang menteri bertanggungjawab atas perjalanan kementeriannya dan bertanggungjawab sebagai pembawa usul atau rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang diPertuan Agong untuk melantik timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dijelaskan dalam Perkara 43 A Perlembagaan Persekutuan. Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU) manakala di Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful