BAB

8
KAJIAN MENGENAI AGAMA
Pengenalan
8.1 Masyarakat Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum dan agama. Menurut Perlembagaan Persekutuan, agama Islam ialah agama rasmi negara manakala agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh juga dibenarkan untuk diamalkan oleh para penganutnya. Jumlah terbanyak penganut agama Islam adalah orang Melayu manakala terdapat juga sejumlah kecil golongan etnik lain seperti India, Cina, dan Orang Asli yang memeluk agama Islam. Penganut agama Buddha kebanyakannya terdiri daripada orang Cina, agama Hindu dianuti oleh orang India, Kristian dianuti oleh orang Cina, India dan lain-lain, manakala agama Sikh dianuti oleh orang-orang Sikh atau Punjabi.

8.2

Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan (menurut agama masingmasing) ditetapkan sebagai tonggak pertama Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah berasaskan pada pegangan agama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan antara agama khususnya Islam dan bukan Islam menjadi semakin penting, lebih-lebih selepas Peristiwa 11 September 2001. Di Malaysia juga, walaupun secara

Kes ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--2 . 8. Dua contoh yang ketara dan mencetuskan keadaan yang agak tegang di kalangan masyarakat Islam dan bukan-Islam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama Islam tetapi menukar agamanya kepada Kristian dan bercadang berkahwin dengan kekasihnya yang beragama Kristian. keluarganya menuntut untuk mengurus jenazahnya menurut agama asal manakala Jabatan Agama Islam menegaskan adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurusnya secara Islam kerana Moorthy telah memeluk agama itu dan berdaftar sebagai seorang Islam. yang asalnya beragama Hindu. Di negara ini.3 Kes kedua melibatkan Moorthy.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama umumnya hubungan antara agama adalah baik. wujud dua sistem undang-undang dan institusi yang mengendalikannya. Beberapa kes telah dibawa ke mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah berhubung dengan status agama seseorang. iaitu undang-undang sivil yang berkuatkuasa ke atas semua warganegara dan dikendalikan oleh mahkamah sivil. seorang India bekas pendaki Gunung Everest. Beliau telah mengemukakan tuntutan di mahkamah sivil supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan status “Islam” dalam kad pengenalannya tetapi ditolak berasaskan hujah bahawa status Islam seseorang adalah di luar bidang kuasa mahkamah sivil kerana ia terletak pada mahkamah syariah. serta undangundang syariah yang berkuatkuasa ke atas semua penganut agama Islam dan dikendalikan oleh mahkamah syariah. Apabila beliau meninggal dunia. namun hubungan ini akhir-akhir ini telah menjadi isu yang sensitif. tetapi memeluk Islam tanpa memberitahu keluarganya.

3%) kajian rundingan/kontrak manakala jumlah terbanyak iaitu 140 buah (66.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama itu dibawa ke mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy seorang Islam dan jenazahnya harus diurus menurut Islam. maka tidak hairanlah kenapa bidang agama menjadi satu bidang kajian yang cukup penting dalam sains sosial termasuk bidang pembangunan sosial. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--3 .5 Secara keseluruhannya. Selain itu. 8. dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). (Daripada jumlah tesis.6%) adalah kajian asas/gunaan.4 Memandangkan agama dan hubungan agama begitu penting dalam masyarakat Malaysia. Daripada kesemua kajian ini. Bilangan Kajian dan Dana 8. kajian PhD sebanyak 15 buah manakala kajian Sarjana 135 buah). terdapat 227 kajian mengenai pelbagai aspek tentang agama dan masyarakat yang dijalankan oleh pengkaji daripada pelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang boleh digolongkan dalam bidang pembangunan sosial. 74 buah (32. tiga kajian (1. Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi persoalan agama dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan PhD Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). terdapat mereka daripada Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.1%) terdiri daripada penyelidikan tesis di peringkat Sarjana dan PhD. serta para pensyarah dan pelajar siswazah di fakulti Sains Sosial atau fakulti-fakulti berkaitan di pelbagai universiti termasuk universiti-universiti baru.

6 Dari segi dana pula.7 Secara umum. tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk pembangunan sosial. Walau bagaimanapun. hanya kajian asas/gunaan serta kajian rundingan/kontrak sahaja yang memperoleh dana daripada universiti dan sumber-sumber lain manakala kajian tesis tidak mempunyai pembiayaan rasmi. Antaranya. dan (3) hubungan antara agama yang merupakan satu komponen penting pembangunan sosial. kajian tentang hadis. bahkan kebanyakannya antara RM1. (2) kajian tentang penggunaan agama dalam masyarakat sama ada sebagai amalan agama oleh penganut agama serta penggunaan pendekatan agama dalam menangani kehidupan dan gejala sosial. Kategori dan Tema Kajian 8.000 hingga RM2. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--4 . jumlah terbanyak dana yang diperuntukkan untuk kajian ini bersifat kecil-kecilan berjumlah beberapa ribu ringgit sahaja.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama 8. kajian-kajian dalam bidang agama boleh dianalisis menurut beberapa kategori iaitu (1) kajian yang bersifat kandungan agama itu sendiri. misalnya. termasuk:  Isu pembangunan dan perpaduan ummah  Agama dalam menangani gejala sosial  Agama dalam kaunseling dan pendidikan seks  Masalah “saudara baru” (yakni mereka yang baru memeluk agama Islam).000 sahaja. Kajian-kajian mengenai agama menunjukkan kepelbagaian tema yang agak menarik dan penting.

Kajian kedua lebih menjurus kepada isu kebolehpasaran para graduan pengajian Islam. keluarga.1 Kajian ketiga tertumpu pada persoalan kaedah mendidik dan mendewasakan anak-anak dengan jati diri. USM2 berjudul “Kaedah Menjati Diri Anak-anak Menurut Perspektif Islam: Perhatian dan Sokongan Keluarga.al (tanpa tarikh). 1 2 Tiada maklumat penyelidik dan tempoh tamat yang diberikan. perceraian. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--5 .al (2006). hak waris dan kanak-kanak  Fatwa  Zakat dan wakaf  Islam dan kepenggunaan Isu Pembangunan Ummah 8.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama  Islam hadhari dan sejarah tamadun Islam serta kerelevanannya terhadap umat hari ini  Undang-undang syariah. Sekolah dan Komuniti” (rundingan/kontrak). Sayangnya ketiga-tiga institusi ini tidak membekalkan maklumat lebih lanjut khususnya abstrak kajian ini. Pertama ialah kajian Alias Abdullah et. Kajian ini berjudul “Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Lulusan Bidang Pengajian Islam” dilakukan oleh para penyelidik UKM untuk UKMPakarunding.8 Terdapat tiga kajian rundingan mengenai tema ini. Kajian Noor Shakirah Mat Akhir et. bahkan UKMPakarunding tidakpun membekalkan nama kumpulan penyelidiknya. UIAM berjudul “Indeks Pembangunan Ummah” untuk Biro Perundingan dan Entrepreneur universiti itu.

dan mendalami fahaman agama – amalan-amalan ini didapati menyumbang kepada kesejahteraan. Cina dan India – masing-masing beragama Islam Kristian. Hindu dan Buddha.9 Kajian oleh Mohamad Abdur Rashid (2005). UIAM bertajuk “Religiosity and Psychological Well-being in Malaysian Context” (asas/gunaan) cuba melihat empat aspek ketaatan agama dan tiga aspek kesejahteraan psikologi (kebimbangan. meditasi. Antara amalan agama yang dilaksanakan mereka ialah sembahyang atau berdoa. Islam dalam Kaunseling dan Pendidikan Seks 8. Sampel terdiri daripada 250 orang pelajar daripada empat buah universiti dan dua kolej di sekitar Kuala Lumpur. menghadiri majlis agama. USIM berjudul “Kajian Kaunseling Dalam Islam” (asas/gunaan) menganggap bahawa walaupun kaunseling telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun lebih.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama 8. kemurungan dan hormat diri). namun prinsip dan aplikasi kaunseling daripada perspektif ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--6 . kajian mendapati pelajar perempuan yang beragama Islam memperoleh skor yang lebih tinggi pada skala kesejahteraan berbanding pelajar-pelajar lain. Pelajar-pelajar itu – Melayu.10 Islam dilihat sebagai salah satu pendekatan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan kaunseling di Malaysia bagi menangani pelbagai masalah peribadi dan sosial. membaca Quran atau kitab agama lain. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara ketaatan agama dengan kesejahteraan psikologi.al (2006). Secara perbandingan. Kajian yang diketuai oleh Hjh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.

UKM berjudul “Values Underpinning Sex Education from an Islamic Perspective: Implication on the Sex Education in Malaysian Curriculum” (PhD) di Pusat Pengajian Siswazah. Antara nilai yang paling kurang ditonjolkan dalam kurikulum itu ialah keagungan Yang Maha Pencipta serta nilai kebolehpercayaan. Kajian menegaskan bahawa pendidikan seks harus dilihat daripada perspektif yang holistik dan perlu dilandaskan pada nilai-nilai agama.11 Salah satu pendekatan yang dianggap penting untuk menangani gejala sosial di kalangan remaja ialah dengan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Namun. pendekatan dalam pendidikan seks itu dianggap perlu dilandaskan pada nilai-nilai Islam. Kajian ini menggunakan pelbagai kaedah termasuk membuat analisis kandungan terhadap kekerapan topik yang berkaitan dengan pendidikan seks yang muncul dalam buku-buku teks sekolah menengah negara kita. kurikulum juga kurang diintegrasikan dengan ilmu wahyu. 8. Kajian ini mencadangkan bahawa Islamic Value-Based Model For Sex Education Curriculum ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--7 .Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama Islam belum berkembang. Antara sebabnya ialah kepakaran mengenai Islam di kalangan pengamal kaunseling mungkin kurang. Kajian Muhamad Zahiri Awang Mat (2005). Kajian menyimpulkan bahawa kurikulum pendidikan seks sekolah-sekolah di Malaysia tidak mengandungi beberapa sub-nilai agama. Kajian ini cuba meneliti nilai-nilai yang mendasari pendidikan seks daripada perspektif Islam dan implikasinya bagi kurikulum pendidikan seks di sekolah-sekolah di Malaysia. Selain itu. Kajian menunjukkan bahawa pendekatan Islam dalam kaunseling memang boleh dimanfaat dan dikembangkan bagi faedah umat Islam.

3 3 Sayangnya. abstraknya tidak diperolehi kerana pihak Institut Pengajian Tinggi. Universiti Malaya yang dihubungi meminta pengkaji mencarinya di Perpustakaan Universiti. USIM berjudul “Peranan Tarekat Tasawwuf Dalam Memulihkan Penagih Dadah: Satu Kajian di Sungai Ikan. kajian oleh Muhamad Yusuf Khalid dan Hersi Mohd Hilole (2004). Kajian ini yang siap pada 2003 melihat bagaimana agama Islam boleh dimanfaatkan untuk menangani gejala sosial dan memulihkan para banduan melalui aktiviti pendakwahan. abstrak yang dicari tidak ada. Penagih dadah itu ditempatkan di sebuah pondok bernama Pondok Inabah. Islam untuk Menangani Gejala Sosial 8. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--8 . Terengganu. Terengganu” (asas/gunaan) cuba meneliti keberkesanan pendekatan tarekat tasawwuf untuk memulihkan penagih dadah. 8. Kajian ini mendapati kaedah tarekat dan metodologi dakwah yang digunakan adalah berkesan untuk memulihkan penagih dadah serta tidak menyalahi akidah yang dipegang oleh Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Ini terdapat dalam satu kajian di peringkat PhD oleh Abdul Munir Haji Ismail daripada Universiti Malaya bertajuk “Keberkesanan Aktiviti Dakwah Terhadap Banduan di Penjara Kajang.12 Terdapat beberapa kajian berhubung dengan peranan agama untuk menangani gejala sosial.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama (IVBSEC) boleh menjadi alternatif kepada kurikulum pendidikan seks yang diamalkan di Malaysia hari ini. Pihak Perpustakaan pula menolak tanggungjawab itu dengan meminta pengkaji mencarinya di laman web.13 Pemulihan banduan dianggap sesuai ditangani melalui program dakwah. Apabila laman web dicapai. di Sungai Ikan. Misalnya. Selangor”. yang ada hanya judul sahaja.

Satu masalah serius yang mereka hadapi ialah hubungan dengan keluarga asal. bantuan dan bimbingan yang diperlukan oleh saudara baru serta kaedah dakwah yang dianggap sesuai. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan survei ke atas 1026 responden di seluruh negara serta interviu dengan sejumlah pegawai jabatan agama. mereka mendapati media massa kurang berperanan memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai Islam. Kajian Mohd Asin Dollah et.al (2004). Perkara-perkara yang diteliti ialah soal pentadbiran dalam proses pengislaman. proses penyesuaian diri. Selain itu. tidak tahu tempat merujuk sebelum memeluk Islam. USIM bertajuk “Profil Permasalahan Saudara Baru” (asas/gunaan) bertujuan mendapatkan gambaran tentang masalah yang dihadapi oleh pemeluk-pemeluk agama Islam di kalangan mereka yang asalnya bukan Islam (di Malaysia mereka dikenali sebagai “saudara baru”). mereka menghadapi ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--9 . Kajian ini merumuskan bahawa antara masalah yang dihadapi saudara baru ialah kurang maklumat mengenai cara memeluk Islam. dan mereka tidak boleh membaca jawi. aspek pengetahuan dan pendidikan serta masalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pendidikan Islam di kalangan mereka.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama 8. masalah kekeluargaan. dan keliru dengan tugas unit-unit di jabatan agama. kebajikan.14 Terdapat beberapa kajian yang meneliti perkara ini. Kesibukan kerja harian juga dikatakan salah satu lagi faktor mempengaruhi pendidikan Islam mereka. di mana mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu keluarga tentang status baru mereka dari segi agama dan mereka terpaksa menghadapi pandangan keluarga yang menganggap masuk Islam bererti “masuk Melayu”. Selain itu.

Kajian ini meneliti persoalan Cina Islam di Malaysia dengan tumpuan pada sebuah komuniti Cina Muslim di Selangor. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--10 . Islam Hadhari dianggap satu usaha untuk keluar daripada kerangka ini bagi menghadapi era baru teknologi. Kajian oleh Abdi Omar Shuriye (2006).Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama masalah penyesuaian diri dengan status baru mereka itu di samping menghadapi masalah memperoleh pekerjaan tetap dan tempat tinggal. Sejak itu. terdapat kajian bercorak sosiologi oleh Hew Wai Weng untuk ijazah MPhil. globalisasi dan pascamodeniti. 8. di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM.16 Islam Hadhari ialah satu pendekatan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003 dengan tujuan untuk menunjuk jalan keluar bagi umat Islam di Malaysia daripada keadaan kemunduran dan kejumudan serta mendepan arus pemodenan. Pengkaji menyimpulkan Islam Hadhari adalah satu harapan baru untuk umat Islam di Malaysia dan di dunia untum merebut kemajuan. beberapa kajian telah dijalankan untuk meneliti kesesuaian pendekatan ini.15 Selain itu. Islam Hadhari dan Hubungan Islam-bukan Islam 8. UIAM berjudul “Islam Hadhari: The Closing Stages of the Epoch of Multinous Understanding of Islamic Facets and the Commencement of a New EON” (asas/gunaan) menghujahkan bahawa salah satu punca kemunduran umat Islam ialah pegangan mereka kepada pengertian harfiah tentang Islam.

UIAM bertajuk “Religious Tolerance in Islam: Theories. Kajian ini pada mulanya meneliti teori tentang toleransi agama menurut Islam disusuli kajian tentang amalan toleransi beragama yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad dan para sahabat. Undang-undang Syariah.al (tanpa tarikh). UIAM berjudul “Study on the Duration of Settlement for Dissolving Marriage (Divorce) for All Syariah Courts in Malaysia”.17 Malaysia sering juga diambil sebagai kes tentang toleransi beragama. Kajian ini bertujuan meneliti faktor-faktor yang ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--11 .Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama 8.19 Selain itu. Keluarga. UiTM bertajuk “Factors and Causes of Delayed Divorce Cases: A Study at Shah Alam Syariah Court” (asas/gunaan). Kajian Fadzilah Abdul Rahman et. Practices and Malaysia’s Experiences as a Multiracial Society” (asas/gunaan) menunjukkan bagaimana toleransi beragama diamalkan di Malaysia. sebuah lagi kajian menyentuh perkara yang sama.18 Isu perkahwinan dan perceraian dan bagaimana kes seperti ini ditangani oleh pihak berwajib seperti mahkamah syariah dan berapa lama tempoh yang diambil untuk menyelesaikan kes itu menjadi perkara besar dalam masyarakat Malaysia. Kajian ini seterusnya meneliti pengalaman masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama yang dapat hidup secara harmoni. Salah satu kajian penting mengenai isu ini ialah sebuah kajian rundingan oleh Zaleha Kamarudin et. dan menghujahkan bahawa toleransi wujud apabila terdapat saling persefahaman dan keinginan untuk saling menghormati antara anggota masyarakat. Satu kajian oleh Ammar Fadzil (2005). 8.al (2004). Hak Waris dan Kanak-kanak 8.

hak waris dan pertikaian mengenainya serta bagaimana ia diurus oleh mahkamah syariah adalah satu isu penting dalam masyarakat Islam di Malaysia. (c) Apakah sulh sama dengan mediasi (iaitu penyelesaian pertikaian di luar mahkamah). hingga ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--12 . Shah Alam” (asas/gunaan). UiTM bertajuk “Sulh: Konsep. kehadiran saksi. iaitu (a) Apakah konsep sulh yang dimaksudkan dalam Islam. 87 kes ta’liq dan 105 kes khulu’. Pelaksanaan dan Keberkesanannya di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Apakah pertikaian boleh diselesaikan di luar mahkamah untuk mempercepatkan penyelesaian kes? Salah satu kajian menarik mengenai persoalan ini dilakukan oleh Sue Valquis Md Mashhor et. Faktorfaktor seperti perkhidmatan peguam.al (2004). Sampel kajian terdiri daripada 321 kes perceraian yang dilaporkan dalam tempoh 1997-2001 di mahkamah tersebut. kehadiran plaintif dan defendan.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama menyebabkan kelewatan pembicaraan kes perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam. ataupun sama dengan case management yang diperkenalkan di Amerika Syarikat. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan dari segi tempoh penyelesaian bagi keempat-empat kes seperti ini di mana kes fasakh memakan masa paling lama. Daripada jumlah ini. 25 kes fasakh. (b) Bagaimanakah sulh dilaksanakan di Mahkamah Syariah negeri Selangor. 8. 104 adalah kes talaq. (d) Apakah pelaksanaan sulh berkesan? Kajian menunjukkan isu yang timbul ialah perceraian dalam Islam lewat diselesaikan oleh mahkamah syariah.20 Persoalan keluarga. dan kelemahan struktur organisasi mahkamah syariah dikaji untuk menentukan faktor mana yang lebih penting. Kajian ini bertujuan untuk menjawab empat soalan.

iaitu (a) Kanak-kanak terbiar atau yang ditinggalkan. Satu contoh ketara ialah kes tuntutan perceraian di Selangor oleh Aida Melly Tan memakan masa tujuh tahun untuk diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. dan (e) anak angkat. Menurut kajian ini. UIAM bertajuk “Preservation of Progeny – Issues from the Shariah Perspective” (asas/gunaan) cuba meneliti persoalan ini dari sudut nasab dan hakhak yang berikutan dengannya.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama menyebabkan pelbagai tohmahan terhadap kecekapan dan keadilan mahkamah ini khususnya terhadap isteri. Seksyen 87 diwartakan pada 2001 dan dilaksanakan di Mahkamah Syariah Selangor mulai Mei 2002. (b) kanak-kanak yang lahir di luar nikah. (d) anak yatim. (c) Kanakkanak hasil daripada ibu bapa yang menukar agama. Dalam kes seperti ini timbul isu penjagaan dan tanggungan terhadap mereka. 8. Kajian ini adalah yang pertama yang cuba mengumpulkan rujukan-rujukan yang berbeza dan terdapat dalam pelbagai sumber Islam berhubung isu ini.22 Kajian oleh Tajul Aris Ahmad Bustami (2002). mahkamah syariah di Selangor telah memperkenalkan garis panduan prosedur sulh di bawah Seksyen 87 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991. Untuk mengatasi penangguhan dan kelewatan penyelesaian kes seperti ini. terdapat lima kategori orang dalam Islam yang statusnya menimbulkan persoalan dalam soal nasab.21 Soal penjagaan dan tanggungan berikutan soal nasab juga satu isu yang rumit. Kajian oleh Dr Md Som Sujimon (2005). UIAM bertajuk “The Missing Person from the Perspective of Islamic Law of Evidence and Islamic Law of Succession: A Contemporary Analysis” (asas/gunaan) ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--13 . 8.

Kelainan daripada amalan tradisi ini dianggap memberi peluang kepada mahkamah untuk memeriksa sebab-sebab perceraian itu dan menentukan perkara-perkara lain yang ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--14 .23 Masalah perkahwinan dan perceraian ialah satu lagi isu penting dalam pembangunan sosial. Satu kajian tentang perkara ini yang dilakukan oleh Najibah Mohd Zin (2005). Soalnya. dan hartanya boleh diurus menurut hukum. Bagaimanakah masalah ini ditangani menurut mahkamah syariah di Malaysia? Perkara yang menarik perhatian pengkaji ialah peruntukan talaq. Pusat Pengurusan Penyelidikan UIAM bertajuk “The Legislative Measures to Control Divorce for Muslims: The Malaysian Experience” (asas/gunaan) cuba melihat Seksyen 47 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. mahkamah syariah juga mempunyai bidang kuasa itu. mahkamah umumnya mengeluarkan perintah bahawa orang yang hilang itu sudah meninggal dunia. apakah timbul konflik antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah? 8. kajian ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada mahkamah sivil untuk mengeluarkan perintah yang orang yang hilang itu sudah meninggal dunia. Dalam konteks Malaysia. Dalam kes seperti ini. sungguhpun secara tradisi.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama meneliti isu waris yang hilang (dipercayai mati) dan bagaimana undang-undang syariah dan mahkamah syariah menangani persoalan ini khususnya soal pembahagian harta pusaka. Kajian menghujahkan bahawa menurut ketentuan tertentu. Akta ini menetapkan pasangan yang hendak bercerai supaya mengemukakan permohonan di mahmakah syariah. si suami mempunyai hak untuk menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq.

Hal ini bererti talaq hanya boleh dilafazkan dengan izin dan di depan hakim syari’e setelah hakim meneliti kes itu daripada pelbagai segi. Justeru.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama berkaitan. Akan tetapi. Kajian ini menyimpulkan bahawa langkah ini selaras dengan kehendak Islam yang bertujuan mendorong hubungan yang baik dan harmoni antara pasangan itu walaupun sudah bercerai agar kesulitan bagi anak-anak dapat dielakkan. Hanya sejak 1980-an barulah mahkamah syariah dipisahkan daripada Majlis Hal-ehwal Agama Islam Negeri. mahkamah syariah masih mengiktiraf talaq dilafazkan dan harus mendaftarkan perceraian itu di mahkamah. mahkamah syariah yang disusun semula adalah suatu perkara baru. Kajian ini mengesyorkan agar undang-undang ini disemak semula supaya ia boleh menjadi instrumen yang berkesan untuk mengawal perceraian yang tidak perlu. Kajian ini menunjukkan bahawa berbanding dengan mahkamah sivil. UIAM berjudul “Current Issues in Syariah Courts” (sebuah kajian asas/gunaan) ialah penyelidikan untuk menerbitkan sebuah buku mengenai isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh mahkamah syariah. Keadaan seperti ini meletakkan pihak isteri pada kedudukan yang lemah untuk membawa kes seperti itu di depan hakim kerana ia tidak direkodkan. Kajian menunjukkan terdapat beberapa kes si suami yang tidak bertanggungjawab melafazkan talaq dan tidak mengambil tanggungjawab atas lafaz itu. 8.24 Kajian oleh Tajul Aris Ahmad Bustami (2002) daripada Pusat pengurusan Penyelidikan. sehingga hari ini. khususnya melalui Artikel 121(1A) dalam ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--15 . lafaz talaq di luar mahkamah masih berleluasa dilakukan oleh si suami di Malaysia.

Undang-undang yang boleh diterima pakai kelihatan tidak menentu. Dengan pembaharuan-pembaharuan ini. Namun terdapat satu kajian rundingan yang agak besar (dengan peruntukan dana sebanyak RM250. kuasa dan konsep-konsep ’asing’ yang baru.000) dilakukan oleh Soo Khin Wah (2006) dari Universiti Malaya. Justeru. Kajian ini adalah sesuatu yang menarik dan penting untuk diteliti agar kita dapat lebih memahami adat resam dan agama pelbagai kaum di Malaysia.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama Perlembagaan Persekutuan. Buku yang berasaskan penyelidikan ini dijangka akan menghuraikan persoalan-persoalan ini untuk kegunaan para pegawai. perkara-perkara seperti ini perlu ditangani secara menyeluruh. tetapi mahkamah syariah masih bergelut dengan jurisdiksi. Kajian mengenai agamaagama lain sangat kurang dilakukan. kebanyakan kajian adalah mengenai Islam dan hubungan Islam dengan agama lain. (c) enakmen statut-statut yang khusus seperti Undang-undang Keluarga Islam dan jenayah Syari’e. hakim dan pengamal di mahkamah syariah. Kajian Tentang Agama Folk 8. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--16 . Kesan daripada pembaharuan ini ialah (a) terlaksananya sistem tiga-tingkat mahkamah syariah. (b) pengenalan undang-undang prosedural yang mengambil contoh prosedurprosedur di mahkamah sivil. mahkamah syariah memperoleh jurisdiksi dan pertambahan kuasa. Kajian bertajuk “Projek Penyelidikan dan Penerbitan Buku Bersiri Agama Folk dan Masyarakat Cina” (rundingan/kontrak) ini menumpukan perhatian pada agama folk yang dianuti masyarakat Cina zaman berzaman sehingga sekarang.25 Seperti dihuraikan di atas.

perkara-perkara yang diberi keutamaan ialah indeks pembangunan ummah. Beberapa kajian asas/gunaan juga memberi tumpuan pada mahkamah syariah dan undang-undang keluarga Islam. Namun. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--17 . terdapat kajian penting berkenaan peranan dakwah dalam memulihkan penjenayah.26 Analisis di atas menunjukkan bagaimana pelbagai dimensi pembangunan sosial dikaji dan dicari jawapan menurut perspektif agama. Dari segi kajian tesis khususnya PhD.Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 8 Kajian Mengenai Agama Kesimpulan 8. satu kajian yang berguna bagi penjaga dan penguatkuasa undang-undang untuk menelitinya. pembinaan jati diri anak-anak dan penyelesaian kes perceraian oleh mahkamah syariah. Juga perlu diperhatikan bahawa kajian terhadap agama-agama lain di Malaysia agak berkurangan. kecuali satu kajian mengenai agama folk masyarakat Cina. kajian-kajian asas/gunaan yang lain agak umum dan kecil-kecilan. Dari segi kajian rundingan/kontrak. isu pengangguran di kalangan graduan pengajian Islam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful