KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN Maznan Noordin

Sinopsis Bab 1 Kanang anak Langkau merupakan anak jati Sarawak. Dia berbangsa Iban dan beragama Pagan. Kanang dilahirkan di Karangan Manok, Nanga Meluan pada 2 Mac 1945. Kanang dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Sejak dilahirkan Kanang tidak mengenal bapanya kerana bapa dan emaknya telah berpisah. Kanang dipelihara oleh ibunya sebelum dipelihara oleh datuk dan neneknya. Semenjak kecil Kanang merupakan anak yang nakal. Dia bersekolah di Sekolah Local Authority. Kanang menamatkan pelajaran setakat darjah tiga kerana tidak mahu berpisah dengan datuk dan neneknya. Dia mengikut ke mana-mana saja datuknya bekerja, misalnya di hutan atau di sungai. Melalui datuknya juga, Kanang dapat belajar tentang pantang larang di dalam hutan. Sinopsis Bab 2 Kanang membesar di persekitaran sungai dan hutan. Dia menimba ilmu dan pengalaman beharga di samping mencari rezeki untuk menampung hidup. Kanang yang sudah meningkat dewasa sudah mampu memiliki sebuah perahu yang berenjin. Setiap hari dia menghabiskan masa dengan mencari dan meraih penumpang. Sebelum itu, Kanang pernah menjadi penoreh getah dan menjadi tukang masak kepada orang inggeris yang bernama Mr. Ford. Namun, kerja-kerja itu tidak kekal lama. Mr. Ford telah memberi Kanang peluang bekerja sebagai pengangkut arang batu ke bandar dengan menggunakan perahu. Seterusnya, arang batu itu dipindahkan ke sebuah kapal besar untuk dhantar ke negara asal Mr. Ford. Kanang merupakan seorang yang panas baran dan kurang bercampur dengan orang lain. Dia tiada kawan yang rapat. Dia malu untuk bercampur dengan orang lain kerana tidak fasih berbahasa melayu. Dia berasa rendah diri dan menganggap dirinya orang ulu. Hidupnya ketika itu tidak berhaluan dan dia sebenarnya tidak tahu apa yang diimpikan dalam hidupnya. Walaupun Kanang nakal dan tidak disukai oleh orang lain, namun dia terus mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada atuknya. Antaranya termasuklah ilmu keduniaan menurut kepercayaan masyarakat iban yang dibekalkan sekadar untuk perlindungan diri. Sinopsis Bab 3 Suatu pagi, Kanang didatangi oleh 20 orang pemuda tampan dan segak yang ingin menyewa perahunya untuk pergi ke sebuah sekolah yang berdekatan. Dia berasa gembira kerana hari itu dia memperoleh bayaran yang lumayan. Pemuda-pemuda itu hadir untuk menjalani temu duga menjadi tentera British. Sementara menanti pemuda-pemuda itu menjalani temu duga, dia berehat di bawah sebatang pokok. Seorang tentera inggeris telah menyuruh Kanang menjalani temu duga. Pada mulanya Kanang enggan enjalani temu duga tetapi kemudiannya dia akur pada suruhan tentera inggeris itu. Kebetulan pada ketika itu, dia ada membawa surat Mr. Ford yang menyokongnya memasuki Iban Tracker. Kanang tidak menduga bahawa dia akan berjaya dalam temuduga itu. Dia pun memulakan kerjaya dalam pasukan Sarawak Rangers pada 21 April 1962 sebagai Iban Tracker. Kanang dihantar ke Sekolah Latihan Peperangan Hutan di Ulu Tiram, Johor untuk menjalani latihan selama sebulan. Setelah menamatkan latihan, Kanang dihantar ke pada pasukan Sarawak Rangers.

Kanang mengahwini Helen Latai pada 25 Mei 1965 di Simanggang. pasukan Kanang terlibat dalam satu petempuran dengan pihak musuh. Pada suatu peringkat. Kanang dan rakan-rakannya terus melakukan serangan untuk membebaskan Brunei daripada cengkaman pemberontak. Pada penghujung 1964 pula Kanang dipinjamkan ke Pasukan 1st Royal New Zealand Army. Kanang telah berjaya mengeluarkan pegawai itu dari kawasan pertempuran. Kanang banyak menghabiskan masa di kem. Beliau bersembunyi kerana khuatir dijumpai oleh pihak musuh. mereka segera dihantar ke Markas Tektikal di Brunei. Dia dan pasukannya menaiki kapal selam dari Selat Tebrau ke Labuan dan dari Labuan dibawa ke Brunei. Operasi ini agak begitu mencabar dan jejak musuh sukar dikesan. Helen Latai anak Intie yang baru berusia 14 tahun. Banyak askar Indonesia yang menyusup masuk ke Malaysia melalui jalan air dan jalan udara. Ekoran daripada itu. Pasukan Kanang berjaya membunuh 13 orang musuh dan menawan seorang yang telah tercedera. salah seorang anggota pasukan berbangsa Iban telah membawa Kanang ke rumah panjang Skra Hilir untuk diperkenalkan kepada anak saudaranya. Kanang berasa agak kecewa akan tugasnya kerana tidak dinaikkan pangkat atau dihantar berkursus. Pada suatu hari. Berlaku pertempuran antara askar-askar Malaysia dengan askar-askar Indonesia di Semenanjung dan di Sarawak juga. Kanang diarahkan bertukar ke Rejimen Renjer. Kanang dan enam orang anggota Iban Tracker telah dihantar ke Mersing untuk menjejaki musuh. Pada 2 Mac 1973. Kadang kala sehingga enam bulan lamanya. Pada 1 Januari 1966 Kanang dinaikkan pangkat menjadi Lans Koperal dan diarahkan menganggotai Rejimen Polis Pasukan (RP). Kanang terpaksa mengorbankan kepentingan peribadinya apabila diarahkan mencari anggota Pasukan 1st Royal New Zealand Army yang hilang di hutan. Pada bulan Disember 1963. Sinopsis Bab 5 Pada penghujung tahun 1964. gerakan melawan musuh semakin berkurang kerana konfrontasi telah berakhir. Hal ini demikian kerana ada segerombolan tentera Indonesia dilaporkan sudah berjaya mendarat di Kota Tinggi. . Sinopsis Bab 6 Kanang telah diserapkan dalam Rejimen 1 Renjer setelah meninggalkan Pasukan 1st Royal New Zealand Army. Johor. Setelah berhari-hari berusaha menjejaki musuh. Pada waktu siang mereka bergerak sendirian dan bertemu di satu-satu tempat pada malam hari. Johor. Pada malam itu juga. Dalam pasukan ini kanang belajar cara-cara pergerakan dalam kumpulan kecil. Bersama kumpulan ini Kanang banyak menhabiskan masa di hutan. Pada 11 November 1967 pula Kanang dilantik menjadi penolong Ketua Seksyen dalam Kompeni Raifal. Johor pada 16 September 1963 bersempena dengan pembentukan Malaysia. Pada tahun 1963. Pasukan itu berpangkalan di Selat Tebrau.Sinopsis Bab 4 Kanang ditugaskan dalam pasukan 42 Komando Tentera British pada tahun 1962. akhirnya pada suatu senja Kanang dan pasukannya telah berjaya menyerang musuh. askar itu ditemui di dalam semak samun dalam keadaan cedera dan kakinya patah. Rejimen 1 Renjer telah ditubuhkan di Ulu Tiram. Kanang dan pasukannya telah dihantar ke sana untuk menumpaskan pemberontak itu. Dalam pasukan ini Kanang sering dilantik menjadi ketua eskot. Setelah melakukan jejakan selama tiga hari. Sebaik saja sampai. Pihak musuh hampir membunuh Pegawai Memerintah. di Lubuk Antu Sarawak. Pada hari perkahwinannya. Presiden sukarno telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogannya ³Ganyang Malaysia´. Apabila berlaku pemberontakan di Brunei oleh Azahari. iaitu tiga orang sekumpulan.

Pada pukul 1. platun yang diketuai oleh PWII Gandat anak Merdan telah menjumpai kem musuh. Dia telah dinaikkan pangkat sarjan pada 17 Julai 1978. roh di dalam mimpi dapat memberikan maklumat yang betul dan berguna. Ipoh menuju ke tempat operasi. Kanang menyambung semula perkhidmatannya. Apabila gerakan diteruskan. Dalam tidurnya dia bermimpi parang kesayangannya telah dipatah-patahkan. jika kijang melintas di hadapan kita dan tidak berpatah balik. Selain itu. yakni memohon restu daripada dewa agar beroleh kejayaan. Tujuan gerakan itu adalah untuk memusnahkan Markas Unit Penggempur Kelima yang diketuai oleh Nam Yat. Mimpi itu meyakinkan Kanang bahawa hari itu akan berlaku pertempuran. Kanang mengikuti kursus Jurulatih Kawat Pasukan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAM) di Ipoh. Di satu kawasan lain. Kanang dapat mengesan juga trek yang berusia antara tiga hingga empat hari. . Jikalau kijang berbunyi ketika kita membuat sesuatu. Pada pukul 2. Kanang melakukan upacara µpiring¶. Kanang juga selalu melakukan upacara µpiring¶. Baginya. Pada malam itu Kanang bermimpi bertemu dengan seorang pak haji. Dalam gerakan pada 30 Mei 1979. Sebelum pergi. Pada 29 Mei 1979. Namun. Kanang berniat untuk menamatkan perkhidmatannya. Walaupun pada mulanya Kanang enggan mematuhi arahan itu. Kanang menyertai Gerakan Setia 8/79 di kawasan hutan Korbu di negeri Perak.Sinopsis Bab 7 Pada bulan Mac 1973. Pak haji itu mengatakan bahawa ayam sabung Kanang akan menang tetapi terpaksa berlawan bersungguh -sungguh. Kanang sangat menghormati hutan dan segala khazanah di dalamnya. Misalnya. Sinopsis Bab 8 Pagi itu Kanang berehat di rumah kerana baru balik dari gerakan di Ulu Piah. seorang anggota risik menyampaikan arahan supaya Kanang masuk ke hutan semula. Kanang menghadiri kursus PTT Rendah dan pada 17 November 1976 Kanang dinaikkan pangkat koperal penuh.10 petang dalam keadaan hujan lebat. Pada 26 Mei 1979 Kanang dan pasukannya menaiki kenderaan dari Kem Syed Putra. alamatnya kita akan tersesat di dalam hutan. Mereka dipandu oleh pepandu Orang Asli. Pada tahun 1974. Kanang sekeluarga berpindah ke Kem Terendak Melaka untuk berkhidmat dengan Batalion Kelapan Rejimen Renjer. terutamanya sebelum melakukan sesuatu tugas yang penting. Perak. sejak subuh lagi Kanang dan rakanrakannya mula bergerak menuju ke Sungai Cheor. Kanang dan rakan rakannya dapat menjejaki pengganas komunis.00 tengah hari mereka menemukan tempat rehat musuh.25 orang telah menemui trek itu. Pada sebelah malamnya. Ketika Kanang sedang berehat. Keesokan paginyanya Kanang menyuruh isterinya membeli ayam di pasar. Kanang juga mempercayai alamat baik atau alamat buruk yang dibawa oleh binatang seperti ular. pak haji itu juga menyuruh Kanang menggali dua lubang. mereka menemui kem komunis yang telah ditinggalkan lebih kurang enam hingga tujuh bulan. Pada 27 Mei 1979. Pada 1 Jun 1979 merupakan Hari Gawai tetapi Kanang tidak dapat merayakannya kerana dia melakukan operasi di hutan. Selain itu. Jawatannya pada ketika itu ialah Ketua Seksyen. Dia selalu memberikan peringatan kepada anak buahnya agar tidak membunuh kijang kerana kijang dianggap binatang µbisa¶ melalui mimpi yang dialaminya. Kanang menjadi peninjau pertama dan Renjar Michael sebagai peninjau kedua. Pada tahun 1977 pula. alamatnya sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Gerakan diteruskan sejak awal pagi 31 Mei 1979. Kanang juga amat percaya akan mimpi.labah-labah atau burung raja udang. Kanang tidur begitu nyenyak kerana keletihan. mereka menemui dua buah kem yang telah ditinggalkan oleh pengganas komunis. Dia menganggarkan kira-kira. Pada 28 Mei 1979 berlaku kejadian tembak-menembak. setelah dipujuk oleh Pegawai Memerintah Leftenan Kolenel Sulaiman Kudus. tetapi akhirnya dia terpaksa akur. Sebelum masuk ke hutan. tetapi komunis yang diburu berjaya melarikan diri ke arah utara.

Nordin menjadi peninjau kedua. Malam itu Kanang bermimipi dia dibaling dengan tanah liat. Akhirnya gerombolan pengganas komunis itu melarikan diri. Pada 14 Februari 1980. Pada hari ke-10 di hutan. Renjer Baharuddin terbunuh sebagai akibat terkena tembakan di perut. Kanang telah dianugerahi pingat keberanian kedua tertinggi nagara. iaitu pada 13 Februari 1980. Namun begitu. Baru beberapa langkah dia bergerak. Kali ini dia menjadi peninjau pertama dan Koperal Mohd. Kanang tercampak lalu tersungkur ke bumi. Anggota tentera yang menyertai gerakan itu adalah sebanyak 29 orang. Renjer Sulaiman terpijak jerangkap samar dan dia mengalami kecederaan di mukanya. Baunya sungguh wangi Kanang menembak orang tua itu dengan M16 tetapi tidak berkesan. Pada tahun 1980. Nasir Mohd. Dia meneruskan tembakan tetapi beberapa butir peluru lagi hinggap di perutnya. Kira-kira 300 meter dari tempat pertempuran pertama. Kanang terlibat dalam Gerakan Pukat di kawasan Tanah Hitam. Kanang terus melakukan serangan dengan perasaan marah kerana seorang anak buahnya telah terbunuh dan seorang lagi tercedera. Dalam penggeledahan di seluruh kawasan itu. Peristiwa tembak-menembak berlaku kira-kira 40 minit. Kali ini Renjer Sakaria pula terpijak jerangkap samar. Renjer Mohd. Renjer Michael pula terkena tembakan di tangan kanan. Pada 19 Februari 1980. Kanang berjaya mematikan beberapa jerangkap samar. Ketika Kanang dinaikkan ke helikopter. Perak. . Kaki kirinya hancur. Kanang bangun dari tempat perlindungan lalu melepaskan tembakan ke arah musuh. musuh berjaya melarikan diri.Kanang melepaskan tembakan ke arah pengawal wanita di perdu pokok besar. platun 8 pula berbalas-balas tembakan dengan pengganas komunis. Pada ketika itu Kanang mendengar suara kijang dan dia sedar bahawa bunyi itu membawa alamat yang berbahaya.00 petang Kanang dan pasukannya telah diserang hendap. Nasir terkena tembakan musuh. Mereka menemukan kesan darah yang sudah hitam dan tapak perkhemahan pengganas komunis. Mereka meneruskan penjejakan. Kanang dan pasukannya telah diserang hendap. Kanang dan pasukannya berkhemah di salah satu tempat rehat musuh. berselendang hitam dan berjanggut putih menghampirinya. Sinopsis Bab 9 Pada 3 Februari 1980. Dalam keadaan antara sedar dengan tidak akibat daripada kecederaan itu. Selepas itu berlaku pertempuran antara pasukan tentera dengan gerombolan komunis. iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). kirakira pukul 3. Kanang seolah-olah ternampak akan seorang tua berwajah jernih. Puas dia mencuci tanah liat yang melekat di badannya tetapi kesan tanah liat itu tidak hilang. Dengan penuh bersemangat. Pada tahun 1981. Markas Tek memberikan arahan supaya membesarkan winching point bagi membolehkan helikopter mendarat untuk mengambil anggota tentera yang tercedera. Pada 2 Jun 1979. Pada 15 Februari 1980. gerakan diteruskan. mereka menjumpai seorang anggota tentera. Kanang teringat akan pak haji dalam mimipinya yang telah menyuruhnya menggali dua lubang menandakan dua orang anak buahnya akan terkorban. dia tidak sedarkan diri. Dia mencuba mengejar lelaki itu tetapi gagal. Kanang dianugerahi bintang keberanian tertinggi negara. iaitu Panglima Gagah Perkasa (PGB). Renjer Ramli yang telah terbunuh. peluru musuh hinggap di dada Kanang. Maka berlakulah tembak-menembak sebelum musuh berjaya melarikan diri. Di suatu tempat.

rohnya telah mengembara jauh ke suatu tempat yang asing. Kanang bertugas di Rejimen 501 Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) di Kuching Sarawak. Dr. Apabila sedar barulah Kanang berasa sakit dan dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Kanang yakin bahawa dia terkena badi. . Dia telah ditukarkan ke Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM) di Kota Belud. Pada Mei 1981. Kanang dianugerahi ³Pisau Angkatan Tentera´ oleh Panglima Angkatan Tentera. Evylen. Kanang berkhidmat di unit ini sehingga 15 Oktober 1984. Kanang melihat badannya yang berbalut tatapi dia tidak berasa takut. Jeneral Tan Sri Mohd Ghazali Dato Mohd Seth. Semua jenis makanan lain perlu dikisar terlebih dahulu kerana Kanang tidak dibenarkan makan benda yang keras. Helen berasa sangat sedih melihat keadaan suaminya. Kanang dinaikkan pangkat menjadi pegawai Waran II. Jawatan yang disandang oleh Kanang ialah Kompeni Sarjan Mejar. sekali lagi Kanang dinaikkan pangkat Pegawai Waran I. Sabah sebagai jurulatih pada 2 Januari 1981. Sinopsis Bab 11 Setelah sembuh. akhirnya Kanang mulai sedar Helen berasa gembira. Marylin. Kanang diklasifikasikan sebagai BES iaitu tidak berupaya melakukan kerja-kerja yang berat. Pada pagi itu acara penyerahan potret Kanang kepada muzium berkenaan telah dilangsungkan. Selepas itu Kanang dirawat di Unit Rawatan Rapi selama sebulan. Pada 16 Oktober 1984. Malah dia tidak yakin yang suaminya akan terus hidup. Kanang telah menjadi tetamu pihak Muzium Angkatan Tentera. Bapa saudaranya telah mencari bomoh untuk mengubati penyakitnya itu. Pada 17 Ogos 1985. Kanang sudah mula memikirkan apa yang hendak dilakukannya apabila dia akan bersara dua tahun lagi. Dia dan keluarganya kembali ke Rumah Panjang Samy di Skra Hilir. Sempena menyambut Hari angkatan Tentera yang ke-48 pada 16 Semtember 1981. Doktor memberikan suntikan lalu Kanang tidur semula. Judith dan Langgi. Kecederaan yang dialaminya mulai pulih tetapi badannya menggeletar dan perasaan takut sering menghantuinya. Dalam keadaan tidak sedar itu. Ketika itu batallion berkenaan berpangkalan di Sibu. Kanang dinaikkan pangkat menjadi staf sarjan. Setelah Kanang bersara. Mulai 2 April 1982. Dia mahu mencari orang yang kaya tetapi terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhinya. Kanang ditukarkan pula ke Batalion Pertama Renjimen Renjer Malaysia yang berpangkalan di Sibu. Apabila kesihatan Kanang menunjukkan kemajuan dia dimasukkan ke wad biasa. Sarawak. Levin mengetuai pembedahan ke atas Kanang untuk mengeluarkan tiga butir peluru. Dia terpaksa memakan bubur saja. kerajaan negeri Sarawak menganugerahkan ³Bintang-Bintang Sarawak´ kepadanya. Pada 6 Mei 1986. Pilin. Pada 1 Oktober 1982. Kanang yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke hospital.Sinopsis Bab 10 Kanang berada dalam keadaan koma ketika ditarik naik kedalam helikopter. Usaha pertamanya setelah bersara ialah membina sebuah rumah untuk keluarganya. Selepas itu Kanang ditukarkan semula ke Batallion Kelapan Rejimen Renjer Malaysia pada 2 April 1983. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. Setelah koma selama seminggu. Kanang mempunyai enam orang anak iaitu Agustin. Pada ketika itu.

Kanang juga senantiasa ingin bertemu dengan musuh dan membunuh musuh walaupun tindakannya itu mengancam nyawanya. daun-daun pokok atau menghidu bau. 2. Jelaskan tiga keistimewaan watak utama dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Dalam gerakan ini Kanang kehilangan dua orang anak buahnya. b) Kanang memiliki keistimewaaan untuk mengesan musuh dengan melihat tapak kaki.CONTOH SOALAN 1. Mereka berjaya membunuh 13 orang tentera musuh dan menawan seorang lagi tentera. Dalam pertempuran di sini. 1. Dalam setiap gerakan. Hal terebut melayakkannya menerima anugerah dua bintang keberanian tertinggi di negara ini. Johor ± Kanang dan kumpulannya ditugaskan mengesan dan menghapuskan sekumpulan tentera Indonesia yang menceroboh ke negara ini. Kanang mengalami kecederaan yang teruk sehingga dirawat di hospital selama setahun . Perak ± Kanang dan pasukannya menjalankan Gerakan Pukat untuk memburu musuh yang telah membunuh seorang anggota tentera. c) Kanang amat setia pada tugasnya. Tiga latar tempat a) Mersing. biasanya dia bergerak di hadapan sekali sebagai peninjau. iaitu Renjer Baharuddin dan Renjer Ramli. Tiga keistimewaan watak utama (Kanang) a) Kanang seorang anggota tentera yang mempunyai keberanian yang luar biasa. Berdasarkan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. c) Kawasan hutan di Tanah Hitam. Dia juga melaksanakan setiap tugas dengan cemerlang. Hal ini terbukti apabila dia sanggup dihantar bertugas kemana-mana saja. b) Kawasan Hutan Korbu di Perak ± Kanang dan pasukannya melancarkan Gerakan Setia 8/79 untuk menghapuskan musuh yang diketuai oleh Nam Yat. 2. nyatakan tiga latar tempat beserta dengan peristiwa yang berlaku di tempat-tempat tersebut. iaitu Panglima Gagah Perkasa (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP).

4. Akhirnya Kanang pulih dan diberi anugerah keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). pertengahan dan peleraian merupakan binaan plot dalam sebuah novel. 3. Peringkat permulaan (eksposisi). Konflik yang paling besar ialah apabila Kanang mengalami kecederaan yang amat parah dalam satu pertempuran dengan musuh. pasukan tentera banyak menemukan bekas kem musuh tetapi tidak dapat mengesan musuh. Kanang bekerja di beberapa tempat sebelum bersara. pembaca tertanya-tanya sama ada Kanang dapat pulih seperti sedia kala atau tidak. 4. Binaan plot. Semasa remaja Kanang merupakan anak yang nakal. Di samping itu. d) Peleraian ± digambarkan bahawa Kanang dapat bekerja semula setelah terlantar di hospital selama setahun. c) Klimaks ± digambarkan bahawa nyawa Kanang dapat diselamatkan walaupun dia mengalami cedera parah. a) Eksposisi (pengenalan) ± pengarang memperkenalkan watak utama iaitu Kanang yang lahir dalam masyarakat Iban dan hidup dalam keadaan susah. Tulis huraian anda tentang binaan plot \\ novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. a) Peristiwa Kanang dan rakan-rakannya menjejak sekumpulan askar Indonesia yang menceroboh negara kita. Antara konflik yang dihadapinya ialah terpaksa bertugas di merata-rata tempat. Ceritakan tiga peristiwa dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan yang disampaikan dengan menggunakan teknik saspens. Pembaca tertanya-tanya sama ada pasukan tentera berjaya memburu dan menghapuskan musuh berkenaan c) Apabila Kanang mengalami kecederaan yang teruk dan dalam keadaan koma. . Tiga peristiwa yang menggunakan teknik saspens. Selama berhari-hari mereka menjejak askar berkenaan tetapi belum berjaya. Pembaca tertanyatanya sama ada mereka berjaya menjejaki musuh berkenaan. b) Dalam Gerakan Setia 8/79. terutamanya apabila dia mula bertugas sebagai tentera.3. b) Perkembangan ± pengarang menggambarkan watak utama menghadapi beberapa konflik. dia terpaksa juga berhadapan dengan musuh.

a) Bahasa yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Perlunya gaya bahasa yang menarik dalam novel. iaitu Panglima Gagah Perkasa (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). c) Kanang merupakan anggota tentera yang hebat kerana mendapat dua pingat keberanian tertinggi negara. Namun. dia dapat membentuk dirinya menjadi manusia yang berguna kepada negara b) Kanang memiliki semangat keberanian yang luar biasa. Pada pendapat anda.5. c) Bahasa yang menarik dapat menimbulkan unsur keindahan dan nilai estetika dan unsur ini dapat dirasai oleh pembaca. . 6. Berdasarkan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pilih satu watak yang paling menarik hati anda dan berikan tiga alasan sebab-sebab anda menganggap watak itu menarik. b) Bahasa yang menarik dapat memudahkan pembaca memahami tema. Hal ini terbukti apabila dia ingin menemui musuh dan membunuh musuh berkenaan dalam setiap gerakan di hutan. persoalan dan mesej yang hendak disampaikan pengarang. mengapakah seseorang novelis mesti menggunakan gaya bahasa yang menarik untuk menyampaikan cerita dalam novelnya? 6. 5. Watak yang paling menarik perhatian watak Kanang kerana: a) Semasa kecil Kanang merupakan anak yang kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

Banyak nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel yang saya kaji dalam tingkatan 1. Antaranya ialah bekerjasama. . Kejayaan ini dicapai setelah membuat perancangan yang teliti dan mematuhi masa yang ditetapkan. Kanang walaupun hidup dalam serba kekurangan setelah bersara. Pak Widodo dan anaknya Antik telah menemukan Azam dan Razi di tengah lautan lantas menyelamatkan dan merawat mereka hingga pulih. Dalam Tragedi Empat Disember. Kamarul Azam telah berjaya menghalau agas dan kelkatu berterbangan dan masuk ke dalam makanan mereka. hormat-menghormati. Datin Siti Norbayu yang amat mengasihani anak-anak yatim telah membenarkan Budiman belajar menggesek biola di sekolah muziknya secara percuma. kasih sayang dan bertolak ansur. tingkatan 2 dan tingkatan 3. tingkatan 2 dan tingkatan 3. Dalam novel tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola. Hal ini demikian kerana dia telah berusaha untuk mengumpulkan ranting kayu kering untuk dibakar bagi menghalau agas dan kelkatu. Nilai kemasyarakatan merupakan nilai murni yang diamalkan dalam pergaulan antara ahli masyarakat. Berdasarkan mana-mana dua buah novel sama ada yang anda kaji dalam tingkatan 1. Antara pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua buah novel iaitu Tragedi Empat Disember dan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan ialah kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan. Kejayaannya adalah berkat semangat dan usahanya yang bersungguh-sungguh. Dalam novel tingkatan 2 iaitu Tragedi Empat Disember pula. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. bandingkan peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan pengajaran yang tersebut di atas. Beliau tetap akan membantu mereka mengikut keupayaannya.PERBANDINGAN 1. Antara nilai kemanusiaan yang sama yang terdapat dalam ketiga-tiga buah novel tersebut ialah kasih mengasihani. Kamarul Azam dan rakan-rakannya berjaya mendarat di Tanjung Pangku dan mendirikan khemah sebelum malam menjelang. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Kejayaan ini dicapai kerana usaha gigih Kanang mempelajari kedua-dua bahasa tersebut. Kanang telah berjaya mengesan jejakan musuh dalam beberapa operasi termasuk Gerakan Pukat. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan 2. Dalam novel tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Bandingkan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam setiap novel yang anda kaji dalam tingkatan 1. Semasa makan. tidak sampai hati untuk membiarkan orang yang lebih susah daripadanya tidak dibantu.tingkatan 2 ataupun tingkatan 3. Kanang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraannya walupun dia kurang mahir berbahasa Melayu mahupun berbahasa Inggeris.

Kamarul Azam dalam Tragedi Empat Disember sanggup membelikan Antik petrol yang banyak untuk dibawa pulang walaupun terpaksa mengeluarkan wang simpanannya. Helen akhirnya menjadi isteri Kanang . Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Novel baik hati menjadi amalan watak-watak dalam novel yang di kaji. Sementara itu. setelah memperkenalkan Kanang kepada saudaranya iaitu Helen. Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula seorang sahabat Kanang yang dirahsiakan namanya. Antara teknik plot yang digunakan untuk menyampaikan cerita ialah pemerian. keadaan hidup Kanang yang serba susah dan kekurangan sejak kecil telah diceritakan melalui teknik pemerian ini. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Sementara itu. Watak sampingan iaitu Puan Katijah dalam Tragedi Empat Disember telah membantu seorang wanita muda yang hampir pengsan setelah suami wanita itu disahkan menjadi mangsa tragedi. DSP Yazid telah datang ke rumah abangnya Encik Razali pada waktu malam dan disambut oleh anak saudaranya. Kanang pula. Nilai baik hati memang diamalkan oleh watak utama dan watak sampingan dalam kedua-dua buah novel tersebut. Bandingkan teknik plot pemerian yang digunakan dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dengan novel yang anda kaji dalam tingkatan 3. Dalam perkembangan cerita Tragedi Empat Disember pula. kisah Kamarul Azam dan Razi yang telah terjumpa sebuah kotak misteri selepas kapal terbang terhempas telah diceritakan secara pemerian. Dalam permulaan cerita Tragedi Empat Disember. sanggup membantu orang yang lebih susah seberapa yang terdaya walaupun beliau sendiri susah. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. 4. Bandingkan nilai baik hati yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dengan novel yang anda kaji dalam tingkatan 3. dalam permulaan cerita Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula.3. Teknik pemerian banyak digunakan dalam keduadua novel ini. kisah mimpi Kanang bahawa parang kesayangannya banyak berjasa kepadanya telah dipatahpatahkan telah disampaikan melalui teknik pemerian juga.

Selain itu. bahasa inggeris iaitu µtracksuit¶ telah digunakan ketika menggambarkan pakaian yang dipakai oleh Rendera ketika bermandimanda. Razi dan Zanawati juga taat kepada perintah tuhan. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Dia tidak membantah apabila diminta oleh Kanang agar ke pasar untuk membeli ayam yang akan digunakan untuk upacara piring. mereka telah menunaikan solat maghrib secara berjamaah. Bandingkan penggunaan diksi dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dengan novel tingkatan3. Dari segi istilah pula. Dalam novel Tragedi Empat Disember. Helen dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan juga turut taat kepada arahan suaminya.. Kanang juga taat kepada ketuanya. Antaranya ialah ³jam 1300´ bagi menunjukkan pukul 1. Jelaskan nilai ketaatan yang terdapat dalam novel ini yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3.. Semasa berkhemah.ateria´ telah digunakan ketika rakan-rakan Kamarul Azam ingin bersorak kerana berbangga dengan kebolehan Kamarul Azam sebagai ketua. banyak istilah ketenteraan digunakan.00 tengah hari.. Selain itu. . Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Novel yang saya kaji di tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Arahan Azam agar mereka segera mendirikan khemah serta melakukan kerja yang ditetapkan dipatuhi. Zanawati. Dalam novel Tragedi Empat Disember. istilah pengakap iaitu ³awanna..5. Beliau patuh kepada perintah ketuanya agar melaporkan diri untuk bertugas walaupun hari tersebut ialah hari perkahwinannya. Rendera dan Lina Lim taat kepada arahan ketua perkhemahan yang dilantik oleh mereka iaitu Kamarul Azam. perkataan µthe helmet¶ yang digunakan ialah nama bagi kumpulan kugiran yang ditubuhkan oleh Pegawai Memerintah Kanang yang amat suka akan topi besi. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Azam. Nilai ketaatan terdapat dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 iaitu Tragedi Empat Disember dan dalam tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Novel-novel yang anda kaji mempunyai keistimewaan dari segi penggunaan diksi. Kedua-dua buah novel ini mengandungi diksi yang pelbagai. Razi.atua. 6.

golongan pelajar dalam novel Tragedi Empat Disember iaitu Kamarul Azam dan rakan-rakan amat aktif dan seronok belajar manakala Kanang tidak seronok belajar dan hanya bersekolah setakat darjah tiga. ketika disuruh oleh Pegawai Waran agar membayar gaji anggotanya. Dari segi persamaan. salah seorang penumpang kapal terbang yang terhempas telah mencampakkan nota tentang peristiwa rampasan yang berlaku. Dari segi perbezaan. Terdapat persamaan dan perbezaan antara perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3. Perbandingan lain ialah kdua-dua buah novel ini melibatkan golongan pelajar. 8. Huraikan perbezaan dan persamaan tersebut. Dari segi perbezaan. Watak utama dalam novel tingkatan2 iaitu Tragedi Empat Disember ialah Kamarul Azam. Penumpang tersebut mungkin ayah Kamarul Azam yang merupakan pemberita yang ingin menyampaikan berita sebenar kepada orang ramai. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. beliau menolak kerana itu ialah tugas pegawai gaji. Tetapi dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Kamarul Azam mempunyai keluarga yang bahagia manakala keluarga Kanang pula berpecah-belah sejak kecil. anak-anak yatim terpaksa tinggal di Rumah Bonda setelah ibu dan bapa meninggal dunia. pihak polis telah menangkap Pak Mat tukang masak yang mengedar dadah. Watak utama dalam novel tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan ialah Kanang. Dari segi latar masyarakat. Datuk Kanang telah mengambil tanggungjawab menjaga cucunya walaupun Kanang amat nakal. Bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan tiga. Kedua-dua watak utama dalam novel ini mempunyai persamaan dan perbezaan. Dalam kedua-dua buah novel terdapat anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara. . Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula.7. Dalam Anak Din Biola. Kanang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang bercerai lantas dipelihara oleh datuknya. Jelaskan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel tingkatan 1 dan tingkatan 3 yang anda kaji. terdapat perbezaan dari segi latar keluarga watak utama dalam kedua-dua buh novel. Dalam Anak Din Biola. Dalam novel Tragedi Empat Disember. Terdapat persamaan dan perbezaan dari segi latar masyarakat dalam novel tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola dan novel tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan yang saya kaji. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Dia tegas mahu mematuhi jadual tugasan ujian. Nota itu dimasukkan ke dalam sebuah bekas sebelum kapal terbang terhempas. Kamarul Azam bertegas mahu melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Pangku walaupun hari telah malam. Kanang juga tegas dengan pendiriannya iaitu mematuhi peraturan kerja. kedua-dua watak ini berbeza dari segi latar belakang keluarga. terdapat anggota tentera yang menjalankan tugas menghapuskan pengganas demi keamanan negara. Oleh itu. dalam kedua-dua buah novel terdapat masyarakat yang bertanggungjawab. 9. kedua-dua watak ini amat tegas. Walaubagaimanapun.

Ford. Kanang begitu berani bertempur dan menyelamatkan rakannya yang cedera ketika Gerakan Setia di Hutan Korbu. Mr. . Walaubagaimanapun. Dalam novel Anak Din Biola. kedua-dua watak ini berbeza dari segi pekerjaan. ketika terjaga daripada mimpi buruk. Kanang telah berfikir sendirian tadbir mimpi tersebut. Terdapat persamaan antara teknik plot yang digunakan dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3. Pak Man tukang jahit telah menjahitkan Budiman baju melayu yang cantik untuk dipakai semasa Budiman menerima pingat daripada sultan. Nilai kemanusiaan yang ingin diserapkan melalui novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan 3 mempunyai persamaan. Antaranya ialah menghendap Pak Wan Busu menggesek biola dan mencuci kereta pada waktu malam.10. Jelaskan persamaan tersebut. Pilih salah satu watak sampingan daripada setiap novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 dan bandingkan perwatakan mereka. Ford pula sering memberikan wang kepada Kanang kerana Kanang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. 11. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 ialah Anak Din Biola dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Kanang gigih belajar dan akhirnya berjaya menamatkan latihan . Pak Man tukang jahit bekerja makan gaji di Rumah Bonda sebagai tukang jahit manakala Mr. Jelaskan nilai tersebut. Nilai gigih pula jelas dilihat melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh Budiman untuk belajar menggesek biola bagi menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Ford pula bekerja sendiri iaitu menguruskan kontrak membekalkan arang batu ke negara asalnya. Teknik monolog dalaman juga digunakan dalam kedua-dua buah novel. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 ialah Anak Din Biola manakala novel yang saya kaji dalam tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Antara nilai kemanusiaan yang diamalkan oleh watak-watak dalam kedua-dua buah novel ini ialah berani dan gigih. Kanang telah menyatakan hasratnya untuk berjuang dalam bidang yang lain setelah bersara. Kanang pula gigih menjalani latihan di Ulu Tiram. Watak sampingan yang saya pilih daripada kedua-dua novel ini ialah Pak Man tukang jahit dan Mr. Dalm Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Teknik plot imbas muka digunakan dalam Anak Din Biola apabila Budiman telah mengimbas perkara-perkara yang akan berlaku terhadap dirinya selepas bergelar juara termasuk terpaksa belajar bahasa Jepun kerana akan melanjutkan pelajaran ke sana dalam bidang muzik. Kedua-dua watak sampingan ini mempunyai sifat baik hati. Walupun tidak fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Budiman begitu berani keluar pada waktu malam kerana ingin menyiasat bunyi biola yang datang dari arah sebuah rumah usang di lereng bukit. Dalam Anak Din Biola. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. teknik ini digunakan ketika Budiman berfikir berseorangan pada waktu malam lantas teringatkan Lina yang mungkin sedang tidur. Setiap watak utama dalam sesebuah novel akan dibantu oleh watak sampingan. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 ialah Anak Din Biola dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Banyak teknik plot yang digunakan dalam kedua-dua buah novel.Johor setelah diterima menyertai pasukan tentera. 12.

Jelaskan latar masa bagi mana-mana dua buah novel yang anda kaji sama ada dalam tingkatan 1. antaranya ialah ³yang baik dijadikan teladan. Pada 9 Disember 1977 kesemua mangsa nahas dikebumikan. Kanang masih juga mendapat penghormatan daripada kerajaan atas jasa baktinya kepada negara. Dari segi gaya bahasa. Beliau akhirnya bersara pada tahun 1986. Helen yang ingin menyesuaikan diri dalam kalangan isteri tentera yang lain. Peribahasa ini digunakan oleh Budiman untuk mengingatkan Chong agar tidak menegur akan keluarga Linda untuk kepentingan diri sendiri. misteri tentang kotak yang dijumpai juga terjawab apabila kotak itu ditemukan semula dan mengandungi catatan yang ditulis oleh penumpang pesawat sebelum pesawat terhempas. Peribahasa ini digunakan oleh Kanang semasa bercerita tentang keadaan isterinya. Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan dua gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 3. .2 mahupun tingkatan 3. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 ialah Tragedi Empat Disember manakala novel yang saya kaji dalam tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan. yang buruk dijadikan sempadan´. Antaranya ialah bahasa Inggeris iaitu ³homework´ yang digunakan oleh Budiman dan rakan -rakan untuk merujuk kepada kerja rumah yang diberikan oleh guru. ulas secara ringkas bahagian akhir cerita. Selain itu. Latar masa bagi novel Tragedi Empat Disember ialah sekitar awal Disember 1977. Beliau menyertai pasukan Iban Trackers pada tahun 1962. tragedi yang menyayat hati telah berlaku iaitu tragedi kapal terbang terhempas. Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. antara gaya bahasa yang digunakan ialah istilah ketenteraan. 15. Kisahnya bermula pada 3 Disember 1977 pada waktu petang. Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita Tragedi Empat Disember. Peribahasa juga digunakan iaitu ³si buta makanan si celik´. Banyak istilah ketenteraan yang digunakan semasa peristiwa memburu komunis di Hutan Korbu diceritakan. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 ialah Tragedi Empat Disember manakala novel yang saya kaji dalam tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Berdasarkan novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan 3. Latar masa bagi novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan amat panjang memakan masa 55 tahun lebih. antaranya ialah teknik ³all round defence´ dan teknik larian secara ³paper potting´ semasa serangan.13. Kanang dilahirkan pada 2 Mac 1945 dan menamatkan persekolahan setakat darjah 3. Bagi novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 ialah Anak Din Biola. 14. Peribahasa juga digunakan dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Keesokan harinya iaitu pada malam 4 Disember 1977. Kanang yang telah bersara telah kembali ke Rumah Panjang Skra Hilir dan setelah bersara. bahasa asing digunakan dalam novel ini. Antik telah ditemukan semula dengan ayahnya apabila pasukan keselamatan kedua-dua buah negara sepakat untuk di tengah laut.

Tema bagi novel tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola ialah kegigihan remaja yang serba kekurangan. Dalam novel ini. Walaupun ditawarkan wang hasil jualan biola dan dirasuah supaya tidak menyertai pertandingan. Jelaskan satu keistimewaan bagi setiap novel yang tersebut di atas. Pilih mana-mana dua buah novel yang telah anda pelajari dan ulas tema novel-novel tersebut.16. Kedua-dua buah novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 mempunyai pelbagai keistimewaan. pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dan memahami cara hidup kaum lain. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 hingga tingkatan 3 mempunyai temanya yang tersendiri. Kanang contohnya. Budiman menghadapi masalah kewangan untuk menyertai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Persoalan ini menarik kerana secara tidak langsung. Ayat yang digunakn pendek-pendek. Perkataaan yang digunakan juga mudah difahami. Novel Anak Din Biola yang saya kaji dalam tingkatan 1 mempunyai keistimewaan dari segi gaya bahasanya. Ini bersesuaian dengan kumpulan pembaca terdiri daripadakanak-kanak dan remaja. Novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 mempunyai keistimewaan. Budiman telah menolak pemberian tersebut. 17. . sanggup masuk ke hutan semula apabila diarahkan walupun baru sahaja keluar dari hutan. menarik kerana mengetengahkan persoalan tentang cara hidup amalan orang Iban. Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Anda telah mempelajari tiga buah novel sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Tetapi dia tetap berusaha mengikut jalan yang betul untuk mendapatkan wang. Antara cara hidup tersebut ialah percaya kepada mimpi dan melakukan upacara piring sebelum berjalan jauh untuk mengelakkan bahaya. Tema bagi novel tingkatan 3 iaitu Kanang anak Langkau ialah semangat cinta akan negara dalam kalangan anggota tentera.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful