CONTOH PENILAIAN REFLEKSI RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MOHD ALI BIN JEMALI INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM Nama

Penerangan Aktiviti Aktiviti Langkah Sewaktu membuat 2 persediaan bahan, saya telah menyusun semua bahan demonstrasi saya dan murid di atas meja guru. Ini menjadikan meja guru menjadi sesak. [menilai kekuatan diri dan sebab1] Malangnya sewaktu membuat demonstrasi, saya terlanggar meja tersebut [sebab2] dan satu daripada bekas akuarium terjatuh ke lantai lalu retak. [akibat] Perasaan Semasa Menjalankan Aktiviti. Saya telah membuat persediaan bahan untuk demonstrasi dan yakin boleh membuatnya kerana baru melakukan amali yang sama pada kelas lain semalam. [menilai kekuatan diri] Sewaktu melanggar meja tersebut, saya dah nampak bekas tersebut bergoyang tetapi tak sempat capai dan berdoa supaya ia tidak jatuh. Bila bekas tersebut jatuh, bermakna satu kumpulan tidak dapat membuat amali [meramal kesan tindakan] persediaan bekas akuarium seperti yang ditunjukkan. Oleh kerana kekurangan satu bekas akuarium, saya terpaksa pecahkan 8 kumpulan kepada 7 kumpulan. [mengaitkan sebab1, sebab2 dan akibat untuk mengambil tindakan] Kegunaan Aktiviti Demonstrasi ini bertujuan untuk membimbing pelajar melakukan amali penyediaan bekas akuarium. Walaupun begitu demonstrasi ini sebagai panduan sahaja dan pelajar boleh melakukan perubahan mengikut kreativiti masing -masing. Tindakan Pada masa akan datang, saya akan mengasingkan bahan-bahan untuk demonstrasi guru dan murid untuk mengelakkan kesesakan meja. [cadangan langkah susulan]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful