TEORI TEORI OTAK DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Oleh : Zainuddin Bin Mamat Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak

Artikal ini membincangkan sejauh mana kefahaman seseorang guru terhadap teori otak boleh meningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam proses perkembangan pembelajaran. teori otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak Truine yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian ini mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia (bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus, manakala Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965, bahawa teori otak kiri dan otak kanan boleh dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul D. Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak dan 90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan. Teori Kecerdasan Pelbagai pula telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding life’. 1.0 Pengenalan

Bagi memahami otak dan bagaimana kita belajar, adakah kita akan merujuk kepada seseorang pendidik.? Kemungkinan besar, tidak! Namun begitu, setiap tahun, berjuta-juta ibubapa beranggapan bahawa professional yang mengajar anak-anak mereka berpengetahuan tentang otak dan proses pembelajaran. Sebenarnya pendidik tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana dalam latihan perguruan, para pendidik hanya mendapat pendedahan dalam pengajian psikologi. Bidang psikologi hanya menyediakan maklumat tidak langsung tentang kelakuan dan cara

Teori Otak Roger Sperry Dan Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Haward Gardner serta perkaitan Perkembangan Pembelajaran. 2. ugutan. Mereka tidak didedahkan kepada pengetahuanhands -on tentang perkembangan otak dan proses pembelajaran pelajar. Seterusnya. MacLean.0 Teori Otak TruineOleh Paul D. nada suara yang tegas dan kaedah-kaedah lain diperkenalkan dan dilakukan oleh pendidik dalam usaha meningkatkan daya belajar di kalangan pelajar tetapi kenapa masih berlaku kepincangan?. Situasi begini jelas menunjukkan bahawa pendidik sendiri kurang faham tentang otak dan proses pembelajaran yang berkaitan dengannya. yang . ganjaran. Malah pelajar perlu belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn).The Triune Brain (Illustration from The three units of the human Brain) Teori Otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. MacLean . Sungguhpun pelbagai cara termasuk janji-janji. Gambarajah 1 : Paul D.2 pelajar belajar. para pendidik telah diperkenalkan kepada Teori Otak Truine. Ini bermakna pendidik hari ini tidak boleh memberi penekanan kepada pendekatan yang tertentu sahaja.

apabila kita berdepan dengan seekor ular. otak reptilia akan diaktifkan. Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus. Dalam keadaan ini. selesa dan tenang. kelakuan kelima-lima motor deria pancaindera seseorang. manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks). Malangnya. pelajar tidak mungkin dapat memberi perhatian kepada pengajaran mahupun menjawab soalan-soalan tahap tinggi yang diajukan oleh guru. Sebaliknya.dipelopori oleh Paul D. perlindungan. emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik). Model skema evolusi tiga bahagian ini mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak reptilia 3 (bahagian medula). jika guru sedar tentang kepentingan membentuk keadaan pembelajaran yang relaks. Pengawalan fungsi-fungsi utama badan ini mempunyai hubungan dengan kebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup atau wujud. otak reptilianya akan beroperasi dalam modus "melawan guru" atau "mendiamkan diri". McLean. keadaan ini sering berlaku di sekolah sekiranya guru-guru tidak sedar tentang respon reaktif otak reptilia. Umpamanya. Fungsi utamanya ialah mengawal secara automatik atau tanpa disedari. Respon ini amatlah penting dalam keadaan bahaya dan terancam. manusia tidak dapat menuju ke pemikiran tahap lebih tinggi. oleh kerana ia hanya berada di tahap kecerdasan paling rendah. keselamatan dan pengekalan kewujudan spesies manusia. secara automatik. Otak reptilia menggerakkan manusia berikhtiar untuk memperolehi makanan . Namun begitu. pelajar boleh digalak memikir pada tahap lebih tinggi. Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan pelbagai denda dan hukuman oleh guru. Pemprosesan maklumat dan pembelajaran boleh diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang terletak di . Ia digelar otak reptilia disebabkan fungsinya yang mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah. Otak Reptilia MacLean menjelaskan bahawa otak reptilia terbentuk paling awal dalam evolusi perkembangan manusia iaitu dalam tahun pertama hidup seorang kanak-kanak. Dengan serta merta kita akan membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan diri atau melarikan diri dari bahaya tersebut.

. Menurut Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 pula telah memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan seperti dalam gambarajah 2 di bawah.pertengahan otak manusia. Dan ini pastinya pembelajaran yang sampai ke sistem limbik akan berlaku dengan penuh minat dan keseronokan kerana sistem limbik berkaitan dengan emosi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful