UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI SEMESTER II SESI 2009/ 2010

KURSUS SKSE 6023: HISTORIOGRAFI MALAYSIA BERDASARKAN KEPADA NASKAH MELAYU LAMA IAITU TUHFAT AL NAFIS DAN HIKAYAT SIAK, BINCANGKAN PERSOALAN OBJEKTIVITI DALAM PENULISAN SEJARAH

NAMA: SITI FATHIHAH BINTI ABD LATIF (P52318)

PENSYARAH: PROFFESOR DR. NORDIN BIN HUSSIN

KONSEP OBJEKTIVITI Secara umumnya, objektif bermakna tujuan atau sasaran sejarah dikaji dan ditulis. Menurut Kamus Dewan, perkataan objektif boleh didefinasikan sebagai satu kenyataan yang berasaskan fakta yang sebenarnya tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau pra-sangka yang tersendiri.1 Pelopor bagi aliran objektiviti dalam penyelidikan sejarah ialah Leopold von Ranke pada kurun ke-19. Beliau telah menghasilkan suatu konsep sejarah iaitu, µsejarah haruslah dikaji seperti sebenarnya berlaku¶.2 Konsep ini telah memberi impak yang besar dalam disiplin ilmu sejarah Eropah ketika itu. Konsep ini sangat mementingkan kesahihan bagi setiap fakta yang dikemukakan oleh setiap pengkaji sejarah. Sebarang unsur dongeng, mitos mahupun pandangan peribadi pengkaji tidak dapat diterima sebagai bukti sejarah. Hanya fakta yang telah dibuktikan kebenarannya melalui sumber-sumber yang sahih dan tidak menimbulkan sebarang keraguan sahaja boleh diterima.

Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, objektif bermaksud satu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun penerangan tentang sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan kepada sumber yang masih kekal dan lengkap.3 Selain itu, Garraghan melalui buku beliau, A Guide to History: A Primer of Historical Method, memberi definisi objektif sebagai sikap neutral dimana ia tidak memihak kepada mana-mana pihak.4 Manakala menurut Gottschalk, konsep objektif ialah memperoleh pengtahuan yang tidak memihak dan benar serta bebas daripada reaksi peribadi seseorang. Justeru itu, dalam menghasilkan penulisan sejarah yang objektif, sejarawan seharusnya menyatakan tentang sesuatu peristiwa berlandaskan bukti dan bukannya kepada daya imaginasi yang seweang-wenangnya oleh seseorang penulis.5 Di samping itu, Donald V. Gawronski pula
1

Noresah Baharom (pysn). Kamus Dewan. Ed. 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2000. hlm. 939 2 Muhd. Yusuf Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. hlm. 288 3 Muhd Yusuf Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah, Penertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. hlm. 193 4 Garraghan., J. G. A Guide to History: A Primer of Historical Method. New York: Fordhem University Press. 1948. 9. hlm. 30 5 Louis Gottschalk. Understanding History: A Primer of Historical Method. Ed. 2. Nugroho Notosusanto (terj). New York: Afred A. Knopf. 1969. hlm. 30

T. New York: Harper and Row Publishers. Historical Thinking: An Introduction.Nafis dan jga Hikayat Siak. Dalam esei ini juga akan menilai sejauhmana kewujudan konsep objektiviti dalam karya Melayu lama yakni Tuhfat al. Sesebuah karya iaitu akan dianggap sebagai sebuah karya yang objektif apabila karya tersebut dapat bertahan daripada kritikan. jujur untuk melihat masa lalu seperti sebenarnya berlaku. boleh dianggap sebagai karya yang objektif. 1967. Umumnya..6 Ini bermakna apabila sesebuah karya itu siap dan boleh menerima sebarang kritikan dan dalam masa yang sama dan dapat menghujahkan bahawa karya iti benar-benar menceritakan sesuatu peristiwa yang sememangnya telah berlaku maka. 227 . 6 Tholfsen. hlm. R. Karya tersebut juga akan digunakan sehinggalah muncul karya lain yang dapat membuktikan bahawa karya terdahulu itu tidak memenuhi penulisan sejarah yang objektif.menyatakan bahawa objektif didefinasikan sebagai menggunakan fakta sejarah tanpa mencampuradukan dengan perasaan memihak dan prasangka. konsep objketif itu merupakan satu istilah yang kecil namun mampu menimbulkan kontroversi dalam ilmu sejarah dan kadang kala menimbulkan kesulitan kepada sejarawan dalam usaha untuk mencari dan menentukan kebenaran sesuatu fakta.

The Precious Gift: Tuhfat al Nafis. 7 Virginia Matherson (pysn).SEJARAH MELAYU DAN BUGIS Sebelum meneliti kedua-dua karya samada Tuhfat al. Bhd. xiv 8 Virginia Matherson & Andaya. Menjelang kurun ke-17. penelitian kepada sejarah Melayu-Bugis ini perlu dilakukan agar dapat memperoleh satu kefahaman tentang faktor yang akhirnya membawa kepada bentuk penulisan kedua-dua karya yang sebegitu rupa. W.. hlm. yakni Sultan Alaudin Riayat Shah III . Kelang dan juga Selangor. Penglibatan Bugis dalam politik negeri Melayu telah bermula sebelum kerajaan Johor lagi misalnya dalam peperangan perebutan di Kedah pada 1715 dengan pihak Sultan Muhamad Jiwa. hlm.Nafis mahupun Hikayat Siak. Penglibatan Bugis kemudiannya dalam perebutan kuasa dalam kerajaan Melayu Johor. Kejatuhan Melaka tidak bermakna berakhirnya Kesultanan Melayu kerana atas kejatuhan kerajaan Melaka. maka dibina pula kerajaan Melayu Johor di Semenanjung Tanah Melayu oleh pewaris Melaka. kerajaan Melayu Johor telah berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang setanding dengan kerajaan Melayu yang lain malahan hubungan politik yang baik dengan pihak Belaada di Melaka membolehkan kerajaan Melayu Johor menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan kerajaan dan akhirnya muncul sebagai kerajaan entrepot yang ulung di Nusantara.8 Kehadiran mereka samada sebagai pedagang adalah disebabkan tarikan keuntungan yang ditawarkan oleh aktiviti perdagang di Johor. B.Nafis dan Hikayat Siak akan memihak kepada satu-satu masyarakat sahaja samada Melayu ataupun Bugis. dua fenomena yang mengubah suasana politik dan pentadbiran Melayu Johor yakni. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. 1982.7 Pada akhir kurun ke-17. 1982. Tuhfat al. kehadiran masyarakat Bugis dan juga Minagkabau di perlabuhan Johor. Hal ini kerana sejarah Melayu-Bugis yang diwarnai dengan pelbagai peristiwa dan penentangan menyebabkan penulisan Tuhfat al. Sejarah Melayu-Bugis bermula apabila Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.Nafis. Malahan menjelang 1710 sudah terbentuk komuniti kecil Bugis di kebanyakan negeri Tanah Melayu seperti di Linggi. 2 . Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Keadaan tidak lama apabila pada 1718. ketidakstabilan politik juga telah semakin ketara dalam kerajaan Melayu Johor yang membawa kepada pembunuhan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Megat Seri Rama. Episaod ini semakin menarik apabila kemunculan Bugis 5 Bersaudara yang diminta oleh Raja Sulaiman. Sebagai balasan terhadap Bugis tersebut. menyebabkan akhirnya Raja Kecil berjaya menaiki takhta dan mengusir Sultan Abdul Jalil. Pada 1721.9 9 Ibid. bawah pimpinan Raja Haji. Sultan Abdul Jalil telah dibunuh di Kuala Pahang ketika beliau dalam usaha mengumpul kekuatan menentang kerajaan Raja Kecil. Daeng Merewah telah dilantik menjadi Yamtuan Muda. 2 . muncullah Raja Kecil yang mengaku sebagai keturunan Sultan Mahmud. Kerajaan Johor mula mengalami kejatuhan apabila kalah dalam peperangan menentang Belanda pada 1784. dengan pertolongan Bugis 5 Bersaudara serta sokongan masyarakat Bugis Johor. Pemerintahan pula diteruskan oleh keluarga Bendahara dengan perlantikan menjadi Sultan Abdul Jalil. Dengan sokongan yang diperoleh oleh Raja Kecil samada daripada kerajaan Melayu Minangkabau dan juga orang laut yang merupakan golongan penting dalam kerajaan Johor. Pada awal tahun 1722.. anak kepada Sultan Abdul Jalil agar membantunya menentang Raja Kecil. Bahkan jawatan tersebut menjadi hak prerogative kepada keturunan Bugis dan penguasaan Bugis terus berkembang dibantu dengan jawatan yang sememangnya sangat penting dalam kerajaan. hlm. ibunya Encik Pong. Raja Kecil telah berjaya diusie ke Siak dan Raja Sulaiman pula memegang tampuk pemerintahan.Selain itu.

Oleh itu.Nafis 11 yang membawa maksud µHadiah yang bernilai¶ juga merupakan salah satu karya Melayu tradisional yang penting historiografi Malaysia. Hikayat Siak merupakan salah satu daripada versi kitab Sejarah Melayu yang telah dipanjangkan.. penceritaan adalah mengenai sejarah kerajaan Melaka yang akhirnya jatuh ke tangan Portugis yang bersumberkan Sejarah Melayu. penceritaan bermula dengan kemangkatan Sultan Mahmud dan episod penentangan Bugis dan Melayu yang berterusan hinggalah kepada keadaan politik di Riau oleh pemimpin Bugis.Nafis dipercayai telah dikarang oleh Raja Haji Ali. Hal ini kerana pada bahagian pertama naratif Hikayat Siak. Tuhfat al. berdasarkan pendapat ramai. Tuhfat al-Nafis terbahagi kepada dua bahagian.HIKAYAT SIAK DAN TUHFAT AL NAFIS: SATU PENGENALAN Hikayat Siak10 salah satu karya Melayu lama dipercayai dikarang oleh Tengku Said pada tahun 1855 dan dikarang di salah sebuah kabupaten Minangkabau. 346 11 Ibid. teks ini dikarang sekitar penghujung abad ke-18 hingga akhir akhir abad ke-19. Pada bahagian akhir penceritaan menumpukan kepada pergelutan kuasa antara keturunan Raja Kecil di Siak dan berakhir dengan pemerintahan Raja Akil sebagai sultan di Sikudana. Raja Siak serta silisilah Bugis. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. 1992. khususnya di Siak. yang kemudiaanya diteruskan oleh anaknya. Tuhfat al. Raja Haji Ali. namun catatan di dalam Tuhfat al. Muhammad Yusuf Hashim. Pada bahagian kedua pula. Penumpuan terhadap sejarah Raja Akil ini juga menyebabkan karya Melayu ini juga dikenali sebagai Hikayat Raja Akil. yakni pada bahagian pertama.Nafis kepunyaan Sir William Maxwell menyatakan bahawa Raja Haji Ahmad memulakan penulisan Tuhfat. Tuhfat al-Nafis ini dipercayai terdiri daripada 4 buah naskah setelah Virginia Matheson menyelenggara teks tersebut pada 1973. diceritakan tentang silsilah Raja Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. hlm. Tidak dapat dinyatakan dengan tepat berhubung dengan tarikh teks ini dikarang. Tahap pemerintahan Sultan Mahmud Syah II ini barulah dikatakan permulaan dan pembukaan sebenar Hikayat Siak. 449 10 . Hanya pada bahagian kedua barulah dimulai dengan kisah kerajaan Johor oleh Sultan Alauddin Riayat Syah III dan pemeritahan Sultan Mahmud Syah II serta kemunculan Raja Kecil serta penentangan yang berterusan dengan Bugis.

³Syahadan inilah akhir kesudahan kitab µTuhfat al-Nafis¶ ini. supaya terpakai. Silsilah Melayu Bugis dan Hikayat Johor. Bhd. 316 . Maka tamatlah kisah cerita-cerita anta Raja-raja Melayu serta Bugis daripada anak cucu opu yang lima beradik dengan anak cucu Raja Melayu keturunan daripada Marhum Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang. 1997. Penelitian terhadap karya-karya tersebut penting dalam memahami sejarah kerajaan Johor. Tuhfat Al-Nafis. Syahadan di belakang ini kelak siapa-siapa daripada anak cucuku hendak mengubungkan siarah ini patutlah. Antara karya lain yang turut menumpukan kepada sejarah kerajaan Melayu Johor ialah seperti Syair Perang Siak.´12 12 Virginia Matheson (pysn).Nafis sendiri.Hikayat Siak dan juga Tuhfat al-Nafis merupakan dua karya yang menceritakan peristiwa yang berlaku dalam sejarah kerajaan Johor. akan tetapi dengan jalan yang patut dan dengan ibarat perkataan yang wadih dan sahih serta aturan yang patut serta benar. hlm. Peranan yang dimainkan oleh Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis dalam historiografi Johor ini dapat dilihat daripada bahagian penutup Tuhfat al. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. serta Marhum Raja Kecik negeri Siak.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada Hikayat Siak dan Tuhfat al. Tuhfat al-Nafis bertujuan bagi menarik kembali ketaatan rakyat kepada pemerintah Bugis dan tidak terpengaruh dengan propaganda yang dibawa oleh pihak kolonial.Nafis Kebanyakan hasil karya Melayu merupakan sebuah hasil sastera yang mempunyai motif psikologi sosial bagi membangkitkan semangat oang Melayu. Hikayat tersebut dipercayai lahir disebabkan atas kehendak raja-raja Siak sendiri dan dikarang ketika politik raja-raja Siak semakin merosot dan taat setia rakyat juga semakin berkurang. Tuhfat al.14 Muhammad Yusuf Hashim. Lalu. Lalu sebagai satu langkah begi meningkatkan semula kesetiaan dan rasa hormat golongan rakyat. karya tersebut lebih banyak mencatatkan penceritaan tentang raja dan salasilah raja-raja Minangkabau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. maka Hikayat Siak dihasilkan yang secara keseluruhannya akan memfokuskan kepada kehebatan masyarakat Melayu terutamanya golongan pemerintah telah ditulis. hlm.Nafis sejak permulaan penceritaan lagi telah memfokuskan kepada sejarah raja Bugis dan kehebatan golongan tersebut. Hikayat Siak berperanan sebagai manifestasi dalam bentuk dokumen bertulis yang bertujuan bagi memulihkan kembali taat setia dan kuasa politik raja Siak. Hikayat Siak juga berperanan dalam menonjolkan identiti Melayu sebagai satu bangsa yang bertamadun.1992. Karya tersebut lahir ketika kuasa pemerintah Bugis semakin berkurang dengan kehadiran dan pengaruh kuasa barat yang semakin mendominasi Nusantara.Nafis. Berhubung dengan Hikayat Siak.13 Tuhfat al-Nafis yang dipercayai dikarang pada kurun ke-19 sememangnya bertujuan menaikan imej masyarakat Bugis terutamanya golongan pemerintah Bugis. 345 14 Ibid.. hlm. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara.PENULISAN HIKAYAT SIAK DAN TUHFAT AL NAFIS: HUBUNGKAIT DENGAN OBJEKTIVITI Fakta Sejarah yang Objektif dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al. 450 13 .

wujud perbezaan penceritaan antara kedua-dua karya. kedua-dua karya bermatlamat untuk memberikan penerangan tentang sejarah kerajaan Johor.. beliau melihat bahawa apabila sesuatu karya pensejarahan itu ditulis. pihak Raja Lecil dan Bugis 5 Bersaudara telah turut sama terlibat dalam perebutan tersebut dengan pihak Raja Kecil menyokong saudara yang muda.´16 Berlainan pula dengan penceritaan Tuhfat al-Nafis yang menggambarkan kemenangan di pihak Bugis. 15 Muhd Yusuf Ibrahim. namun mengikut sudut pandangan yang telah ditentukan oleh penulis yakni samada pro Melayu ataupun pro Bugis Dalam perebutan kuasa dan takhta dalam kerajaan Kedah. Pertamanya. Takhta kerajaan juga jatuh ke tangan saudara yang tua menjadi Yang Dipertuan Kedah. 136 .) Maka seketika lagi tewaslah Raja Kecik itu. 1992. hlm.) maka Opu Dahing Parani pun kenalah peluru meriam tentang dadanya. ³(. yakni Sultan Muhamad Jiwa II manakala Bugis pula menyokong saudara yang tua. semestinya karya tersebut mempunyai matlamat dan sasaran pembacanya. dari konsep yang paling asas yang mana sejarah itu akan dikaji dan mempunyai tujuan dan sasaran ditulis dengan mengemukakan persoalan untuk apa dan siapa ditulis. Adiknya menjadi raja. Maka ia pun mangkatlah di atas beranda gurabnya dengan nama laki-laki (. Hikayat Siak. Dan menanglah Raja Kedah. Dalam hal ini. Hikayat Siak menceritakan kemenangan di pihak Minangkabau dan kematian Daeng Perani dan pertabalan saudara muda sebagai sultan. 1997.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. kematian Daeng Perani sebagai wira dengan istiadat kemangkatan setaraf golongan istana. Dan gurab pun hanyut ke hilir. Ilmu Sejarah: Falsafah. lalu mati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. kerana banyak panglima itu mati. 193 16 Muhammad Yusuf Hashim (pygr). ³Maka kenalah dada Daheng Parani.Matlamat yang ada kepada kedua-dua karya tersebut menepati konsep objektiviti yang dikemukakan oleh Muhd Yusuf Ibrahim.. Pengertian dan Kaedah. Dalam peperangan saudara yang telah mengorbankan Daeng Perani. hlm. Beliau melihat konsep objektiviti daripada dua sudut pengertian..15 Misalnya. dan perang pun berhenti.

Maka Raja Kecik pun larilah lalu ia balik ke Siak (. Bhd. Fakta yang terkandung masih sama misalnya. hlm. Sebaliknya interpretasi yang tidak dapat bersandarkan fakta yang benar harus ditolak sebagai tidak objektif. Namun soal yang ingin ditekankan ialah masih wujud persamaan dalam keduadua karya tersebut. terbukti dan tidak boleh dipersoalkan lagi. yakni Sultan Muhamad Jiwa yang telah disokong oleh Raja Kecil. hlm. 165 . masih terdapat terdapat fakta sejarah yang objektif berdasarkan persamaan fakta. Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis masih mengekalkan objektiviti sejarah pada tahap ini dengan himpunan fakta yang tepat dan objektif. Ilmu Sejarah: Falsafah. Pihak Minangkabau di bawah pimpinan Raja Kecil dan Bugis Lima Bersaudara turut diakui terlibat dalam perang tersebut malahan kematian Daeng Perani juga diceritakan. Tuhfat Al-Nafis. 1997. Perkara yang membezakannya hanyalah penafsiran yang telah dilakukan oleh kedua penulis.. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malahan. Karya sejarah yang bercorak interpretasi bersandarkan kepada fakta harus diterima sebagai objektif. 73 Muhd Yusuf Ibrahim. pengumpulan fakta merupakan langkah pertama dalam usaha menulis karya sejarah yang objektif.. Hanya 17 18 Virginia Matheson (pysn).18 Walaupun kedua karya berbeza interpretasi. Pengertian dan Kaedah. pelaku dan peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua karya. perbandingan karya Melayu yang lain. Dalam kedua karya tersebut. Fakta sejarah dapatlah difahami sebagai kebenaran yang asas dalam sesebuah kajian yang telah kukuh. menggambarkan kebenaran fakta tersebut. namun masih dapat disandarkan kepada fakta-fakta yang benar.´17 Perbandingan dengan karya dan silsilah raja Kedah yang lain memperlihatkan raja yang akhirnya memerintah Kedah ialah saudara muda. diakui berlakunya perebutan takta yang membawa kepada perang saudara di Kedah. Sesuatu interpretasi yang diberikan oleh seseorang pengkaji perlu dibuat berdasarkan bukti dan fakta yang benar. turut menyokong kepada fakta-fakta tersebut. 1997.. Dalam penulisan sejarah.) dimakamkanlah mayat Opu Daheng Parani itu betapa adat istiadat raja-raja mangkat.

(terj) Ab Rahman Ismail. 1988. 2005.. Peranan Pengkaji dan Objektiviti Sejarah dalam Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis Seperti yang telah dinyatakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dna Pustaka. penafsiran yang dilakukan oleh pengkaji yang akan menentukan bentuk penceritaan yang terkandung dalam kajiannya. namun penafsiran penulis yang akan mempengaruhi penceritaan tersebut. seseorang sejarawan itu seharusnya menyedari keadaan tersebut dan berusaha melakukan penafsiran yang jujur dan berlandaskan kepada fakta sejarah yang benar. Menurut beliau. Menurut beliau elemen kedua yang terdapat dalam konsep atau pengertian sejarah ialah sejarah sebagai kisah. Bandung: Historia Utama Press. Apakah Sejarah?. Ismaun. kesan atau tafsiran manusia terhadap kejadian ataupun peristiwa yang terjadi pada masa lampau. penafsiran yang dilakukan oleh penulis kedua-dua karya tersebut begitu memainkan peranan.pada peringkat kedua. Filsafat Sejarah: Sebuah Papasan Pengantar. penulis karya Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis telah menentukan penceritaan Hikayat Siak yang memihak kepada Melayu manakala Tuhfat al ±Nafis yang pro kepada Bugis. Ini mempelihatkan peranan yang dimainkan oleh penulis tersebut seperti yang telah dikemukakan oleh H. pendirian seseorang penulis sejarah itu memang boleh mewarnai penulisannya bahkan sejarawan adalah gejala sosial dan oleh itu dipengaruhi oleh masyarakat sekelilingnya. hlm. dalam menentukan objektiviti yang wujud dalam Hikayat Siak dan Tufat al Nafis. kedua-dua karya ini akan menampakkan perbezaan yang sangat nyata. E. Hanya dialah yang dapat menentukan hala tuju penceritaannya. yakni penafsiran. Walaupun kedua-dua karya tersebut mempunyai fakta sejarah yang sama. Ismaun. Disebabkan sejarah itu merupakan satu cerita. Peranan pengkaji atau sejarawan ini dalam penafsiran juga telah dibahaskan oleh tokoh sejarawan terkenal. Dalam hal ini. Faktor seperti latar belakang penulis juga jelas mempengaruhi penafsiran dan tahap bias 19 20 H. 25 Carr.19 Dalam hal ini.H.20 Dalam menulis sebuah karya yang objektif. hlm.H Carr. E. maka sifatnya bergantung kepada individu yang menceritakannya. 43 . Sejarah sebagai kisah bermaksud cerita berbentuk naratif yang disusun berdasarkan memori.

. Secara umunya.Nafis karangan Raja Haji Ali juga begitu memperlihatkan world view Bugis disebabkan salah satu faktornya ialah latar belakang penulis yakni. 44 .Nafis. ³Sebelum anda mengkaji sejarah. kajilah persekitaran sejarah dan sosialnya. Bahkan Raja Haji merupakan datuk kepada Raja Haji Ali yang memimpin kerajaan Johor dalam peperangan dengan Belanda pada 1784. Raja Haji Ali memikul tanggungjawab untuk menaikkan masyarakat dan keluarganya sendiri. Beliau merupakan anak kepada Raja Akil. Raja Akil merupakan anggota generasi yang keempat (cicit) Raja Kecil yang akhirnya menjadi pemerintah di Sikudana di bahagian barat daya Borneo dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Raja Haji Ali. Kenyataan bahawa Hikayat Siak juga turut dikarang di salah sebuah kabupaten Minangkabau terutamnya di Siak menambahkan lagi kecenderungan karya tersebut memihak kepada Melayu. Tengku Said seperti juga keluarganya yang lain meneruskan tradisi mereka yang memerangi Bugis. hlm.mereka dalam sesebuah karya terutamanya yang berkaitan dengan dengan diri dan masyarakatnya sendiri. Beliau merupakan keturunan langsung daripada Yamtuaan Muda Bugis yang kedua iaitu Opu Daeng Celak yang telah berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sulaiman.. 21 Ibid. Pertamanya. Ahli sejarah. Setiap peristiwa sejarah yang ditulis dalam Tuhfat al-Nafis hanya akan dipandang daripada sudut pandangan kebugisannya. adalah juga sebuah hasil sejarah dan masyarakat. Tuhfat al. Raja Haji Ali juga terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan samada sebagai penyalin dalam sebarang urusan rasmi kerajaan.´21 Soal latar belakang penulis inilah yang perlu dilihat dalam usaha meneliti Hikayat Siak dan juga Tuhfat al. kajilah ahli sejarah (. dapat disimpulkan bahawa keluarga Raja Haji Ali merupakan golongan elit dalam pemerintahan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau sehingga berpindah ke Penyengat. Riau. Hikayat Siak yang telah dikarang oleh Tengku Said.. yang susur galur keturunan turun kepada Raja Kecil.) Sebelum anda mengkaji ahli sejarah. Lalu. sebagai seorang individu.

kita akan melihat beliau dikatakan cuba melakukan penulisan sejarah mengikut kaedah penyelidikan sejarah yang benar. Raja Haji Ali dalam Tuhfat al. 73 . Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. namun soal yang penting ialah haruslah bersandarkan kepada fakta dan bukti yang sebenar. sesuai dengan kebugisannya telah menceritakan dengan sudut pandangan yang lain. Tuhfat al-Nafis yang lahir di Riau jelas memperkukuhkan lagi ciri pro Bugis dalam karya tersebut. 136 23 Virginia Matheson (pysn).Nafis. Bugis Bersaudara pada mulanya telah menolak tawaran yang telah dikemukakan oleh Raja Sulaiman dengan rasa rendah diri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tawaran tersebut hanya diterima setelah dipujuk oleh Raja Sulaiman yang merasakan hanya Bugis yang mampu melindungi kerajaan Jojor ketika itu yang masih bimbang dengan ancaman semula oleh Raja Kecil. 1997. hlm. Hikayat Siak mengisahkan bahawa Daeng Merewah dan saudaranya sendiri yang telah meletakkan syarat untuk membantu Raja Sulaiman mengusir Raja Kecil daripada takhta kerajaan Johor. Misalnya.Nafis misalnya. 1992. Raja Haji Ali telah menerangkan sumbersumber yang telah digunakan oleh beliau. Syarat tersebut ialah dengan menubuhkan satu jawatan dan seterusnya melantiknya menjadi Yamtuan Muda. Dalam karya tersebut. penulis yang akan menentukan arah penulisan karya tersebut. Dalam menceritakan episod tersebut. Pada awalnya.Seperti juga Hikayat Siak. misalnya daripada di sebelah Siak (dipercayai Hikayat Siak) dan sumber daripada Terengganu. Contoh peristiwa yang memperlihatkan penafsiran yang berbeza antara kedua-dua penulis ini ialah berhubung perlantikan Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda. Dalam hal ini.22 Namun. hlm. Hikayat Siak. Walaupun terdapat pelbagai penafsiran yang akan dilakukan.23 Dalam penulisan karya sejarah. Namun apabila diteliti penggunaan dan penerangan tentang sumber tersebut akhirnya akan kembali memperlihatkan pandangan 22 Muhammad Yusuf Hashim (pygr). dalam menafsir setiap peristiwa sejarah yang berlaku tetapi jelas tergambar unsur bias dan pro Bugis dalam penafsiran dan penulisan beliau. Tuhfat Al-Nafis. Bhd. sebarang unsur bias akan hanya menjejaskan proses penafsiran yang akan dilakukan. dalam meenceritakan kisah kelahiran Raja Kecil. Tuhfat al.

hlm.. konon.. Penerangan yang diambil daripada sumber Terengganu ³Adalah Encik Pong itu dipakai memang oleh baginda itu.) Maka disuruhnya orang besar itu akan Encik Pong itu bersetubuh dengan baginda itu. 500 26 Ibid. kononpada ketika itu..´24 ii. dibawanya ke Pagar ruyung.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka terpancarlah mahanikamnya ke tikar peraduan baginda. hlm. kepada Puteri Jenilan lalu Encik pong itu beranak di situ. Maka tiada orang berani menanam baginda (. anak Laksamana bernama Encik Pong. hlm.. telah bunting memang konon. Maka apabila telah selesai barulah rebah zakar baginda itu.´ i. zakarnya berdiri. ¶ada pula setengah menyatakan¶ ³Tatkala baginda mangkat.)´25 ms 501 iii. Penerangan yang diambil dari sumber di sebelah Siak ³Syahadan maka adalah dalam satu malam baginda itu berahikan isterinya peri itu. 501 25 24 . 1992. 39 Muhammad Yusuf Hashim. iaitu laki-laki (. Maka Encik pong dilarikan oleh Panglima Bebas. konon.. Waktu baginda mangkat orang-orang tengah bergaduh-gaduhkan hal baginda itu. Walaupun sumber tersebut drujuk.´26 Ibid. namun tidak diketahui sumber asalnya hanya diterangkan oleh Raja Haji Ali dengan menyebut. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. ³Syahadan tentang pekerjaan ini ada tiga kaul bersalah-salahan seperti yang telah lalu sebutannya. namun hanya diterima secara reservation dan seolah-olah cuba memperlekehkan fakta yang terdapat dalam sumber tersebut seperti yang ditulis beliau. Maka lalu disuruhnya telan kepada gundiknya.pro Bugis beliau. Sumber yang lain yang turut digunakan ole Raja Haji Ali. Maka Encik Pong buntinglah konon. Maka Encik Pong buntinglsh.

Namun jika diteliti. namun pada masa yang sama beliau sebenarnya telah banyak merujuk kepada sumber Siak tersebut.) serta yang menyurat pun kurang selidik pada mengisahkan. malahan diceritakan seolah-olah cuba memperlekehkan cara kelahiran Raja Kecil. Penggunaan sumber tersebut hanya akan memperlihatkan pandangan negatif beliau terhadap sumber lain terutamanya yang bertentangan dengan idea pro Bugis beliau. episod perebutan kuasa antara keturunan Raja Kecil serta tipu muslihat yang dilakukan oleh Sayyid bagi merampas takhta keturunan Raja Kecil di Siak.. walaupun memberi gambaran negatif terhadap sumber Siak tersebut. Sultan Mansur Syah. Hikayat Siak merupakan sebuah karya yang masih menceritakan peristiwa yang berlaku dalam sejarah Johor dan seterusnya Siak mengikut kronologi yang benar. sepupu dan menantu kepada Sultan Sulaiman meneruskan usaha untuk mengusir Bugis dan penguasaan mereka daripada kerajaan Johor Riau. Ancaman yang hebat diterima oleh Bugis di Johor daripada pihak Terengganu.Penggunaan perkataan ¶konon¶ yang banyak dalam penceritaan kelahiran Raja Kecil memperlihatkan sikap Raja Haji Ali yang tidak memberi pengesahan terhadap cerita tersebut.27 Malahan Raja Haji Ali pergi lebih jauh dengan menempelak sumber tadisi dari Sak itu dengan menyatakan.´. Ini dapat dilihat denagan perlaku dan peristiwa yang sama bahakan jka dibandingkan dengan karya lain seperti Hikayat Johor.. Ini juga disebabkan faktor sejarah latar belakang dan hubungan Bugis dengan masyarakat samada Siak mahupun Terengganu. Hikayat Siak sememangnya masih wujud fakta yang objektif. 27 . Misalnya menceritakan kelahiran Raja Kecil. ³suratnya pun terlalu kopi dan karangannya pun banyak kurang sedap dibaca (.

103 28 . ³Syahadan akan tetapi aku terjumpa dengan sejarah dari sebelah Siak. Pengadilan Moral dalam Sejarah telah mendefinisikan pengadilan moral sebagai pelaku-pelaku menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu kepada suatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Moral Judgement in History dalam History and Theory. namun soal yang lebih penting ialah keperluan agar pengadilan moral yang dilakukan hanya akn bersandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh.Nafis. Penyataan moral begantung kepada perbezaan tahap samada bagi atau buruk. serta pandangan beliau terhadap sumber dari Siak. Misalnya dalam penulisan Tuhfat al. sejarawan tempat. 3. dan suratannya pun terlalu kopi dan karangnya pun banyak kurang sedap dibaca. apa lagi bulan dan harinya. Tiada sekali-kali aku bertemu.´28 Selain itu. penggunaan ¶konon¶ berhubung episod kelahiran Raja Kecil. Bil. bukannya hanya sewenang-wenangnya dilakukan demi mencapai matlamat peribadi penulis.29 Walaupun masih wujud perdebatan tentang perlunya pengadilan moral dalam penulisan sejarah ataupun tidak.. Qassim Ahmad dalam artikel beliau. 54 29 R. Sarjana Eropah iaitu Adrian Oldfield menegaskan pengadilan moral sebagai. Menurut E. maka perkara yang harus dipertimbangkan akhirnya ialah sumber dan bukti. Sutharalingam. sebab banyak Adrian Oldfield.Pengadilan Moral yang wujud dalam Tuhfat al-Nafis Terdapat beberapa pendapat mengenai definisi pengadilan moral. hlm. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons. Connecticut: Wesleyan University Press. 1981.. peristiwa.) penyataan moral terutama pengadilan moral adalah berbentuk pujian dan kutukan. pengadilan moral dalam kajian sejarah boleh mencakupi pelbagai aspek samada individu. 1985.H Carr. hlm. peristiwa dan sebagai berdasarkan nilai budaya penulis. ³(. Hal ini kerana. akan tetapi sejarah dan siarah Siak awal hingga akhirnya tiada bertahun dan tiada bertarikh. pengadilan moral itu bermaksud menilai sesuatu samada individu. institusi dan dasar.

Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.30 Pengadilan moral yang dilakukan oleh Raja Haji Ali ini tidak mampu bersandarkan kepada sumber dan bukti yang kukuh menyebabkan hanya unsur bias dan pro Bugis beliau yang dilihat menjadi punca pengadilan tersebut dilakukan. 165 30 . Misalnya.berpindah-pindah agaknya daripada tangan seorang ke tangan seorang serta yang menyurat pun kurang selidik pada mengisahkan. 345 31 Muhd Yusuf Ibrahim. Tuhfat al Nafis sendiri tidak mampu mengesahkannya kerana hanya merujuk kepada sirah Siak. 1992. Ilmu Sejarah: Falsafah. Bahkan kebenaran bahawa Hikayat Siak tersebut bertukar penulis sehingga menyebabkan kekeliruan juga tidak dibuktikan kebenarannya.´354 Pengadilan yang telah dilakukan oleh Raja Haji Ali ini masih diragui kebenarannya. sumber dan bukti itulah yang akan menentukan tafsiran dan pengadilan moral dilakukan dan bukanlah sebaliknya. Sifat sejarah itu bukanlah yang diandaikan. disangkakan kebenarannya sebelum dilakukan penelitian kepada kebenaran dan sumber yang mengesahkannya. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini kerana dalam bidang sejarah.31 Muhammad Yusuf Hashim. berhubung kelahiran Raja Kecil. hlm. 1997. hlm. dan hanya digunakan perkataan seperti ¶agaknya¶ dan ¶sangkaku¶. demikian sangkaku.

Dalam penceritaan karya tersebut juga termuat cerita tentang garuda. 1992.Unsur mitos dan dongeng dalam karya Melayu tradisional Kemasukan unsur mitos. hlm. hlm. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Puteri Buluh Betong dan banyak lagi. Masalah juga timbul pada para pengkaji bagi memastikan kesahihan fakta tersebut sehingga kini samada peristiwa yang diceritakan adalah rekaan sematamata mahupun kejadian yang sebenarnya berlaku. Hikayat Siak seperti yang diterangkan pada bahagian pertamanya hanya menulis semula Sejarah Melayu hingga sebanyak 402 halaman. 70 . raja Kedah yang pertama dipercayai berasal daripada kerajaan Rom mengikut Hikayat Merong Mahawangsa dan kerajaan Farsi mengikut Al Tarikh Silsilah Kedah.32 Kebanyakan peristiwa yang mengandungi elemen tersebut berlaku bukan pada zaman penulis karya tersebut. lalu penulis karya Melayu hanya menerima sumber lisan tersebut dan dimasukkan ke dalam karya mereka. hikayat meneruskan penceritaan tentang kerajaan Melayu Johor. Penyalinan semula Sejarah Melayu ini dipercayai dilakukan oleh penulis bagi menyusurgalurkan keturunan Raja Kecil dengan salasilah Raja Melaka daripada Bukit Sekuntang dan Iskandar Zulkarnain. Dalam karya tradisional. dongeng dan perkaitan nasab keturunan dengan tokoh hebat dan berpengaruh merupakan perkara biasa bukan sahaja dalam karya Melayu tradisional bahkan karya bangsa-bangsa lain. kemungkinan penulisan tersebut dilakukan disebabkan matlamat asal Hikayat Muhammad Yusuf Hashim. Karya Melayu lama seperti Merong Mahawangsa dan Al Tarikh Silsilah Kedah juga mengalami gejala yang sama misalnya. kemasukan elemen tersebut disebabkan perubahan daripada tradisi lisan kepada menjadi tradisi bertulis pula. raja Bersiong. 339 33 32 Muhammad Yusuf Hashim (pygr). Keadaan yang sama juga berlaku terhadap Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis apabila penceritaan karya juga mengandungi unsur mitos. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Silsilah ini berterusan hinggalah kepada Raja Kecil yang dikatakan sebagai keturunan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.33 Setelah diteliti. kehebatan keturunan dan sebagainya. 1992. Hanya pada bahagian kedua. Penelitian terhadap kebenaran fakta dan cerita tersebut tidak dapat dilakukan disebabkan masalah tiadanya sumber dan masa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. dongeng.

1997. Pada awal penceritaan tentang silsilah Bugis.W.. Tuhfat Al-Nafis. Daeng Celak menjulur menjadi naga dengan kepalanya yang menghadap kep Johor. Puteri Jilan yang menguji kedaulatannya dengan meletakkan sebuah mahkota pusaka di atas kepala Raja Kecil. Bagi membolehkan Raja Kecil mendapat pengesahan dan sokongan daripada masyarakat Melayu dan orang Laut yang merupakan kekuatan penting kerajaan Johor. 72 Virginia Matheson (pysn). hlm. Ini disebabkan penulis sedar sejauhmana orang Laut memberikan taat setia kepada keturunan pemimpin Melayu Melaka. Ditafsirkan 34 35 Ibd. hendaklah kita taslimkan keranan dalil berdiri¶.Nafis turut tidak ketinggalan dalam memuatkan unsur-unsur tersebut.34 Tuhfat al.35 Ini memperlihatkan bahawa beliau sendiri hanya menerima sumber lisan tersebut dan tidak mampu untuk mengesahkan kebenaran kandungan tersebut. Selain itu. 19 . Bhd. daulat dan ketinggian kedudukan Raja Kecil ini semkian diperbesarkan dengan episod seperti. ¶Di dalam pada itu Allah S. Daulat yang dimiliki oleh Raja Kecil ini terbukti apabila beliau tdak terkena tulah malah mukanya merah berseri-seri. menurut tradisi pendaulatan Pagar Ruyung. Raja Haji Ali mengambil pendekatan yang lebih kehadapan berkait dengan soal nasab keturunan ini dengan menyatakan. lalu diminta duduk di atas jelatang. Raja Kecil juga mampu melepasi ujian yang dikenakan oleh Orang Laut dengan mampu menawarkan air laut dan akhirnya mendapat sokongan daripada Orang Laut bagi memerangi pemerintahan Sultan Abdul Jalil. unsur mitos dan mimpi lain yang terkandung dalam Tuhfat al-Nafis ialah mengenai mimpin yang dialami Daeng Menambum yang zakar saudaranya. pemerintah kerajaan Saba¶ di Yaman dan juga isteri kepada Nabi Allah Sulaiman.T yang terlebih tahu akan hakikat dan Fail hasil tiap-tiap pekerjaan yang tiada kita dapat akan hakikatnya. janganlah kita dustakan. Selain itu. Daripada keturunan Nabi Allah Sulaiman dan Puteri Balkis inilah. hlm. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. dikaitkan keturunan Bugis berasal daripada Puteri Balkis. Raja Kecil memerlukan satu legitimasi dan mengaitkan diri beliau dengan keturunan Sultan Mahmud merupakan langkah terbaik.Siak itu sendiri yang berusaha mengangkat Raja Kecil dan bangsa Melayu. lalu berkembang dan melahirkan keturunan Bugis.

Namun perkara yang lebih penting adalah melihat faktor dan peranan sebenar 36 Mazlan Abdullah. but an entertainment. fantasy and fact.. hlm 78 37 Ibid.) mixture of truth and legend. ³ (. Penerangan tersebut juga memperlihatkan kepada unsur memihak Raja Haji Ali terhadap Bugis dengan manaikkan nama keturunan beliau. Hal ini kerana sering berlaku penolakan penggunaan karya Melayu lama disebabkan alasan unsur tersebut menyebabkan karya Melayu lama tidak objektif.C. Bottoms dengan menyatakan bahawa tekas Melayu lama ini.mimpin tersebut sebagai saudara Bugis terbabit akan mencapai kehebatan dan nama yang mulia dalam kerajaan Johor kelak. Masalah-masalah dalam Pengkajian Sejarah Malaysia Sebelum Tahun 1900 dalam Jernal Sejarah. Jil. bukanlah menjadi persoalan utama kepada kita untuk mengesahkan kebenaran fakta tersebut. Faktor latar belakang dan bias akan lebih merumitkan proses pemahaman tersebut. bukanlah menjadi kepentingan utama untuk mengesahkan samada peristiwa tersebut benar ataupun tidak kerana penulis kini semestinya akan menghadapi masalah sumber dan masa. 1972. 79 . Accuracy. Namun apa sebenarnya yang lebih penting adalah mengkaji fungsi sebenar unsur tersebut dalam penulisan karya Melayu tradisional. entertainment and instructions´ Pengkesahan hanya akan lebih tepat apabila membincangkan peristiwa yang berlaku pada zaman penulis tersebut sahaja. organized exposition ere not the vital principles.. Pandangan ini sering diutarakan oleh pengkaji barat yang sememangnya tidak mampu memahami sepenuhnya budaya dan nilai sosial masyarakat Melayu. Dalam soal ini. Dalam memperkatakan soal kemasukan elemen mitos dan kehebatan keturunan tersebut.36 Antara penulis yang cuba mempersoalkan kewujudan unsur tersebut ialah J. hlm. Bahkan penggunaan sumber teks tersebut juga hanya diragui oleh beliau. what best pleased were legends. completeness. fantasy and a pleasant hotch-potch of court and port gossip´37 Sememangnya pandangan tersebut tidak menghairankan disebabkan penulis mampu memahami sepenuhnya budaya dan nilai sosial masyarakat Melayu. XI. ³History to the Malay has not until recently been either a science pr an art.

Misalnya kekejaman Raja Bersiung. The Idea of History. Ini ditambah dengan hakikat bahawa penulisan tersebut sebenarnya diarahkan oleh golongan pemerintah sendiri. Sebarang kritikan terhadap golongan tersebut tidak akan diterangkan secara langsung dan berlindung di sebalik penceritaan tersebut. 259 . according to the custom of the time when it was written. ³It might be a way.´38 Konsep objektiviti dalam karya samada Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis seharusnya dilihat kembali kepada faktor sebenar kedua-dua karya tersebut dihasilkan. but what it means («) and coming to your own conclusion. maka dikaitkan degan keturunan mulia termasuklah sifat kedewaan mereka.G. Ini akan lebih jelas apabila pengkaji kini melihat pemikiran dan konsep budi dalam masyarakat Melayu. perhaps a well established way. 38 Collingwood.G. Dalam mengungkapkan kehebatan pemerintah. of saying something which you. Kanyataan berhubung soal ini turut dibincangkan oleh R. R. hlm.kewujudan unsur yang dikatakan mitos mahupun lagenda tersebut. 1962. London: Oxford University Press. budaya . Penulisan teks Melayu lama yang sebegitu rupa sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri. namun dalam cara yang µhalus¶. pemikiran dan ekonomi masyarakat Melayu. Adat Melayu itu bukanlah sebuah masyarakat yang akan berterus-terang dalam memperkatakan sesuatu terutamanya kritikan yang akan menyinggung pihak lain manakala kedudukan institusi beraja dalam masyarakat Melayu sendiri mempengaruhi penceritaan dalam karya Melayu lama. Sultan Mahmud merupakan satu kritikan terhadap golongan pemerintah. ditulis di istana dan berkaitan dengan golongan istana. through ignorance of that custom did not recognize as its meaning («) The important question about any statement contained in a source is not whether it is true or false. Fakta sejarah dan mitos sejarah dalam karya Melayu lama tidak seharusnya dipisahkan dalam usaha memahami historografi Malaysia dan masyarakatnya. Hal ini kerana historiografi Malaysia melalui teks Melayu lama tersebut bukanlah hanya menceritakan keadaan politik dan pemerintahan raja-raja Melayu sahaja tetapi juga menggambarkan keadaan sosial. Coolingwood..

namun Raja Haji Ali sendiri tidak menolak kaedah yang sama digunakan oleh penulis teks Melayu lama dalam memberikan pengabsahan terhadap kedudukan sesebuah golongan termasuk Bugis.Hikayat Siak sebagai menaikkan imej Raja Kecil dan masyarakat Melayu manakala Tuhfat al-Nafis sebagai dokumen yang mencatatkan peristiwa yang akhirnya kan mengagungkan masyarakat Bugis.39 Bahkan peristiwa tesebut juga tidak dapat dibuktkan tidak benar dan rekaan semata-mata oleh penulis yang menolak teks Melayu lama. Begitu juga degan Tuhfat al-Nafis. 1992. walalupun unsur tersebut kurang dimuatkan dalam karya tersebut. Manakala berhubung soal kehebatan yang dimiliki oleh Raja Kecil merupakan cara memberikan satu pengabsahan terhadap kedudukan Raja Kecil sebagai keturunan Sultan Melayu Melaka. hlm. Lantas penceritaan berhubung keturunan yang hebat dalam kedua-dua karya bagi memperlihatkan sememangnya pemimpin masyarakat tersebut sebagai golongan yang mulia. Objektif penulisan karya tersebut menyebabkan akhirnya penceritaan oleh penulis dalam kedua-dua karya samada Hikayat Siak mahupun Tuhfat al-Nafis akan menggunakan apa sahaja cara bagi mencapai objektif penulisan termasuk menerapkan unsure yang dikatakan mitos dan legenda bagi mengagungkan masyarakat mereka. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 355 39 . Muhammad Yusuf Hashim.

Konsep obejtiviti dalam kedua-dua karya samada Hikayat Siak dan Tuhfat al. Hal ini kerana objektiviti sejarah itu dilihat daripada ukuran sejauhmana membuat interpretasi yang bernas dan tajam. Dalam melihat konsep objektiviti berdasarkan kepada Hikayat Siak dan Tuhfat alNafis ini memperlihatkan betapa pentingnya soal penafsiran oleh seseorang penulis dalam sesuatu kajian. Raja Haji Ali yang sememangya sejak awal mempunyai matlamat penulisannya. Namun yang lebih penting sejauh mana jawapan tersebut bersandarkan kepada penafsiran yang adil dan bukti yang kukuh. Ya bagi Hikayat Siak mungkin µtidak¶ bagi Tuhfat Al. Dalam hal ini.KESIMPULAN Karya Hikayat Siak dan Tuhaft al-Nafis sememanya merupakan karya yang penting dalam mengkaji historiografi Malaysia terutamanya berkaitan dengan kerajaan Melayu Johor. . Kaya-karya tersebut dan juga karya Melayu lama lain seharusnya diberi nafas baru oleh pengkaji generasi kini dan mula dijadikan sebagai antara rujukan utama. Tuhfat al-Nafis misalnya memperlihat unsure bias dan pro Bugis yang nayat disebabkan latar belakang penulisnya sendiri. bersikap adli dan jujur kepada semua pihak yang terlibat dalam kajian dan penceritaan tersebut serta memberikan gambaran yang seimbang.Nafis ini seharusnya dikaji kembali oleh sejarawan kerana nyata karya tersebut masih mengekalkan mialnya fakta objektif dalam penceritaan kedua-dua karya. Gejala ini merupakan perkara biasa dalam kajian kerana setiap satu persoalan itu akan mempunyai beberapa jawapan.Nafis. Dakwaan berhubung kurang atau tiadanya objektiviti dalam karya tersebut sehingga tidak mampu dijadikan sumber rujukan seharusnya dipertimbangkan kembali. Penafsiran yang dilakukan bersama-sama dnegan unsur bias akan menyebabkan karya tersebut mengikut juga kan jelas tergambar unsure bias.

Yusuf Ibrahim & Mahayudin Hj. Mazlan Abdullah. New York: Afred A. .H. Hikayat Siak. H. R. Apakah Sejarah?. 1992. Louis Gottschalk.. Carr. J. Muhd. (terj) Ab Rahman Ismail. Jil. 1962. E.G. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. 1988.. 1972. _________________ (pygr). Understanding History: A Primer of Historical Method. 1969. 1992. 1981. Moral Judgement in History dalam History and Theory. Masalah-masalah dalam Pengkajian Sejarah Malaysia Sebelum Tahun 1900 dalam Jernal Sejarah. Yahya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A Guide to History: A Primer of Historical Method. The Idea of History. Sejarawan dan Pensejarahan. Ismaun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.SENARAI RUJUKAN Adrian Oldfield. G. Bandung: Historia Utama Press. 2005. Nugroho Notosusanto (terj). XI. 2. Garraghan. Ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. New York: Fordhem University Press. London: Oxford University Press. 1988. Muhammad Yusuf Hashim. 3.. Bil. Knopf. Connecticut: Wesleyan University Press. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1972. 1948. Collingwood. Filsafat Sejarah: Sebuah Papasan Pengantar.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ilmu Sejarah: Falsafah. . Virginia Matherson & Andaya. Noresah Baharom (pysn). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kamus Dewan.. Sutharalingam. 1967. New York: Harper and Row Publishers. Bhd..T. B. The Precious Gift: Tuhfat al Nafis. Tuhfat al. Pengenalan kepada Sejarah. Ed. Tholfsen.Muhd Yusuf Ibrahim. Virginia Matherson (pysn). Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1982. R. Kuala Lumpur: Marican & Sons. 1985. Penertian dan Kaedah. 1982. Historical Thinking: An Introduction.Nafis. 3. 1997. R. W. 2000. 1982.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful