You are on page 1of 6

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
RPOGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SUB-TOPIC : SIJIL KEJURUTERAAN AWAM LUKISAN STRUKTUR JUL - DIS 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 4.0 4.1.3 4.1.4 SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 13 15

INTRODUCTION TO PROJECT PLANNING Usage of Critical Path Method Logical Network Schedule

Di akhir pelajaran ini, para pelajar mestilah dapat : LEARNING OUTCOME : a. menjelaskan penggunaan Kaedah Laluan Kritikal, b. menghuraikan Jadual Rangkaian Logik, c. menentukan bilangan laluan dan laluan kritikal, dengan betul.

4.1.3

PENGGUNAAN KAEDAH LALUAN KRITIKAL (USAGE OF CRITICAL PATH METHOD) Kaedah ini lazimnya digunakan sebagai program induk bagi mengawasi kemajuan keseluruhan projek di peringkat pelaksanaan (pembinaan). Keseluruhan rangkaian aktiviti dipecahkan kepada beberapa bahagian kerja dan dinyatakan dalam bentuk bar. Dengan ini akan memudahkan pihak pengurusan projek dan pihak lain membaca dan memahaminya dengan lebih jelas. Kaedah laluan kritikal ini sangat sesuai digunakan bagi projek yang besar dan kompleks. Pada amnya, kaedah laluan kritikal ini merupakan asas kepada pihak pengurusan projek untuk :
(i)

Membantu mengagihkan sumber-sumber binaan yang

terhad bagi setiap aktiviti,

Page 1 of 6

DPP B2(b)

(ii) (iii)

Pengawasan dan pengawalan masa binaan, Perancangan dan pengawalan kos keseluruhan projek. Dari segi pengawalan kos, kaedah laluan kritikal ini boleh digunakan

sebagai asas untuk menyediakan jadual ringkasan kos bagi keseluruhan projek dan mengawal kos bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan kepada perancangan kos (Rajah 7.1).

RAJAH 7.1 Melalui pendekatan ini, pengurus projek dapat mengambil langkahlangkah tertentu untuk mengatasi masalah lebihan kos dengan segera sebelum terlambat (memberi kesan yang lebih teruk lagi terhadap kos keseluruhan di akhir projek). Beberapa kajian yang telah dibuat berkenaan penggunaan rangkaian di industri, didapati bahawa analisis laluan kritikal paling banyak digunakan apabila saiz dan kerumitan projek tersebut menyebabkan carta bar tidak sesuai digunakan. Walau bagaimana pun kaedah laluan kritikal lebih sukar dan mahal untuk dikemaskinikan berbanding dengan carta bar dan kebaikan diandaikan tidak dapat dicapai apabila diamalkan. Kebaikan/Kelebihan KLK

Page 2 of 6

DPP B2(b)

Kelebihan utama kaedah laluan kritikal ini ialah : a. b. c.


d.

Memerlukan jururancang berfikir secara logik. Amat sesuai untuk projek yang besar dan rumit. Kemampuannya menunjukkan hubungkait antara aktiviti-aktiviti binaan. Membantu pengurus projek mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang kritikal (dalam laluan kritikal). Aktiviti yang bukan kritikal juga dikenal pasti dan memudahkan pelarasan sumber. Keperluan maklumat dan bahan yang bertindak sebagai halangan untuk memulakan beberapa aktiviti, dikenal pasti semasa proses perancangan.

e. f.

Kelemahan/Keburukan KLK Kelemahan utama kaedah laluan kritikal ini ialah :


a.

Sukar difahami kerana ia merupakan keterangan tempoh kontrak dalam bentuk grafik. Untuk mengemaskini, rangkaian perlu didraf semula dari tarikh yang berkenaan. Rangkaian lebih sukar dan mahal untuk dikemaskini berbanding dengan carta bar. Maklumat kontrak dan lukisan seringkali dipinda selepas kerja dimulakan di tapak dan ini melibatkan pengubahsuaian rangkaian. Tidak sesuai untuk projek yang kecil.

b. c.
d.

e.

RAJAH 7.2 Contoh Kaedah Laluan Kritikal

Page 3 of 6

DPP B2(b) 4.1.4 JADUAL RANGKAIAN LOGIK (LOGICAL NETWORK SCHEDULE) Jadual rangkaian logik sebenarnya adalah rajah yang menentukan laluan kritikal dan yang dilukis dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Rangkaian logik ini boleh ditakrifkan sebagai rangkaian aktiviti-aktiviti bagi melaksanakan projek dan disusun mengikut urutan logik sama ada boleh jalan serentak ataupun jalan berasingan tetapi mengikut turutan. Jadual rangkaian logik melibatkan satu teknik penyediaan yang lebih rumit berbanding dengan carta bar. Oleh itu, antara perkara yang perlu diambil kira dalam menyediakan kaedah ini adalah seperti : i. Dokumen-dokumen kontrak seperti pelan tapak, pelan lokasi, lukisan terperinci, spesifikasi senarai bahan dan maklumat lain, ii. Anggaran masa aktiviti binaan yang bergantung pada jenis kerja, kuantiti kerja dan juga sumber-sumber binaan untuk diagihkan. Contoh Penentuan Laluan Kritikal

RAJAH 7.3 Soalan :


a. Berapa laluan yang ada dalam rajah 7.3 di atas?

b. c. d. e.

Berapa panjang setiap laluan? Mana satu laluan kritikal? Tentukan masa terawal setiap laluan? Tentukan masa terakhir setiap laluan?

Jawapan :

Page 4 of 6

DPP B2(b) a. Terdapat 4 laluan iaitu :


i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 12568 Laluan 2 = 13568 Laluan 3 = 1368 Laluan 4 = 14768

b.

Panjang setiap laluan :


i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 1 + 4 + 6 + 3 = 14 hari Laluan 2 = 2 + 5 + 6 + 3 = 16 hari Laluan 3 = 2 + 4 + 3 = 9 hari Laluan 4 = 3 + 6 + 2 + 3 = 14 hari

c.

Laluan kritikal adalah : Laluan 2 kerana ia mempunyai bilangan hari yang terbanyak dan merupakan laluan yang terpanjang diantara lain-lain laluan.

d.

Masa terawal setiap laluan :

2
1

5
4
5 7

6
11

1
0 ES 0 EF

2 3

3
2

6
13

14

6 11

9 16 14

4
3

7
6
9

i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 0 + 1 = 1, 1 + 4 = 5, 5 + 6 = 11, 11 + 3 = 14 Laluan 2 = 0 + 2 = 2, 2 + 5 = 7, 7 + 6 = 13, 13 + 3 = 16 Laluan 3 = 0 + 2 = 2, 2 + 4 = 6, 6 + 3 = 9 Laluan 4 = 0 + 3 = 3, 3 + 6 = 9, 9 + 2 = 11, 11 + 3 = 14

e.

Masa terakhir setiap laluan :

Page 5 of 6

DPP B2(b)

2
3

5
4 5
7

1
0 0 2

2 7

2 3

3
2 9

6
4 2
13

8
3
16 16

4
5

7
6
11

i. ii. iii. iv.

Laluan 1 = 16 3 = 13, 13 6 = 7, 7 4 = 3, 3 1 = 2 Laluan 2 = 16 3 = 13, 13 6 = 7, 7 5 = 2, 2 2 = 0 Laluan 3 = 16 3 = 13, 13 4 = 9, 9 2 = 7 Laluan 4 = 16 3 = 13, 13 2 = 11, 11 6 = 5, 5 3 = 2

EXERCISE : Kenapakah kaedah laluan kritikal digunakan sebagai program induk? Mengapakah pihak pengurusan projek amat memerlukan kaedah laluan kritikal? Apakah kebaikan kaedah laluan kritikal dari segi pengawalan kos sesuatu projek? Jelaskan kenapakah kaedah laluan kritikal lebih sukar dan mahal untuk dikemaskini jika dibandingkan dengan carta bar? Berikan DUA kelebihan dan kelemahan kaedah laluan kritikal? REFERENCE Uzairi Haji Saidin, Aturcara Kontrak & Taksiran (2000), Petaling Jaya, IBS Buku Sdn. Bhd. Kontrak, Perancangan & Prosedur Berkontrak (Edisi 2), UTM Dokumen Tender & Kontrak (http : www. JKR.gov.my) Nota-nota Kursus (UiTM Shah Alam, Selangor) Modul Kursus (UiTM Seri Iskandar, Manjung, Perak)

Page 6 of 6

You might also like