HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA DAN KEGUNAANNYA CHEAH LI PHENG KANDUNGAN

• • • • • • • • • •

Pengenalan Sumber Kayu-Kayan Sumber Bukan Kayu Habitat Bagi Haiwan, Serangga Dan Tumbuhan Mengawal Alir Air Dan Kualiti Air Mengawal Hakisan Tanah Kestabilan Cuaca Rekreasi Kesimpulam Rujukan

PENGENALAN Hutan boleh ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan serangga yang saling hidup dalam beranika cara dengan meliputi kawasan yang sangat luas. Ia memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk mencapai pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik. Hutan amat penting dalam alam ini, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan manusia banyak faedah walaupun dari segi hasilnya ataupun perkhidmatannya.Antara peibagai fungsi hutan yang amat memanfaatkan manusia boleh terbahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu dari segi ekonomi seperti pengeluaran balak dan hasil kayu dan bukan kayu serta haiwan liar. Selain itu, ia juga memberi pelindungan yang mempunyai hubungan dengan iklim atau mikro iklim. Seterusnya, hutan juga memainkan peranan dari segi aspek-sapek rekreasi. Hutan di Malaysia digolongkan sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan Hujan Tropika dipercayai merupakan ekosistem yang paling tua dan rumit di dunia. Hutan Hujan Tropika amat penting dari segi ekologi. Ekologi Hutan Hujan Tropika di Malaysia dan kawasan lain mempunyai 2 ciri yang ketara iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi dan kepelbagaian spesies yang sukar disaingi. Kekayaan Hutan Hujan Tropika dari segi bilangan spesies merupakan faktor penting tarikan para pengkaji. Sebenarnya, di seluruh dunia terdapat tiga kawasan Hutan Hujan Tropika. Kawasan yang paling luas merupakan Hutan Hujan Tropika Amerika di Lembangan Amazon. Hutan Hujan Tropika di Indo-Malaya yang merupakan perbincangan utama di sini adalah kawasan hutan yang kedua luas di dunia. Di Afrika, Hutan Hujan Tropika terletak di Conga dan luasnya meliputi sepanjang pantai Teluk

Mengikut statistik. Di samping itu. 300 spesies palma dan 60 spesies rumput dan buluh. Misalnya pada 1977. Kadar pembalakan di Malaysia adalah sangat tinggi. dianggarkan terdapat 14500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga di Hutan Hujan Tropika Malaysia. Antaranya merangkumi 3000 spesies pokok. Ini adalah kawasan Hutan Hujan Tropika yang terkecil. terdapat juga jenis-jenis hutan lain seperti Hutan Paya Laut. Sebahagian besar kayu yang berasal dari Asia Tenggara telah dieksport ke negara Jepun untuk diproses dan kemudiannya kayu tersebut dihantar ke Amerika Syarikat. Selain itu. Pada masa sekarang. Sebenarnya. Hanya sebahagian kecil daripadanya yang telah ditemui atau dikenali kegunaannya pada masa kini. 500 spesies paku-pakis dan 24 spesies konifer. sumber Hutan Hujan Tropika sering dikaitkan dengan Hutan Tanah Pamah dan Hutan Bukit Dipterokarpa iaitu kawasan taburan pelbagai spesies pokok balak komersial negara. Di Malaysia. Malaysia adalah amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli. terdapat 677 spesies balak yang meliputi 168 genus yang mempunyai nilai dagangan. lumut hati. bilangan bagi spesies lumut. daripada jumlah di atas kira-kira 9000 spesies tumbuhan berbunga terdapat di Semenanjung Malaysia. Setiap habitat hutan tersebut mempunyai spesies-spesies kayu yang berpotensi termasuklah spesies-spesies dipterokarpa dan spesies-spesies kayu kommersial seperti merbau. SUMBER KAYU-KAYAN Hutan Hujan Tropika merupakan satu gedung spesies tumbuhan yang besar. pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber ini memerlukan tindakan wajar dan segera. liken dan alga tidak dapat ditentukan dengan tepat. kadar pembalakan di Malaysia adalah . Hutan Oak Gunung dan Hutan Ericaceous Gunung. Tambahan lagi. Hutan Paya Gambut. Terutamanya prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah amat diperlukan. daripada sejumlah 3000 spesies pokok dalam Hutan Hujan Tropika. 1000 spesies orkid. nyatoh dan kempas yang bernilai tinggi. Dalam tempoh masa 20 tahun (1970-1990). bitis. kadar pertambahan dalam pengunaan kayu adalah sebanyak 13 kali ganda di kebanyakan negara mengimport. Berdasarkan suatu penilaian yang dibuat.Guinea dan beberapa kawasan di Uganda. Tiada jaminan yang konkrit bahawa sumber alam semulajadi dan warisan ini akan terus kekal pada masa hadapan. Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita harus berpuas hati dan mengabaikan masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. penggunaan kayu keras tropika sedunia telah meningkat. Ini jelas kelihatan dengan tanda-tanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar eksploitasi masa kini.

hutan adalah penting untuk membekalkan kayukayu yang begitu banyak mendatangkan faedah kepada kita. Antara hasil-hasil hutan bukan kayu yang biasa dijumpai termasuklah rotan. pandan dan sebagainya. Jenis-jenis hasil keluaran tidak terhad kepada hasil keluaran tumbuh-tumbuhan sahaja tetapi juga meliputi keluaran daripada binatang.). Merbau. tumbuh-tumbuhan pewarna. Keruing dan lain-lain juga digunakan sebagai bahan binaan. Walnut. Mahogany dan Jati digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti dan memenuhi citarasa pengguna.sebanyak 10 km perseri setiap hari. Walaupun terdapat pelbagai jenis hasil hutan bukan kayu tetapi ia tidak mempunyai kepentingan perdagangan yang tinggi. Jika berbanding dengan hasil kayu hutan. Negara import utama produk kayu Malaysia ialah Jepun. Oleh itu. Maple. papan serpai. balak yang berdiameter kecil seperti kayu getah juga turut bertambahnya penggunaan. Kini Malaysia mula beralih kepada industri pembuatan yang berasaskan kayu untuk meningkatkan nilai bahan kayu yang dieksport. pada awal tahun 1970-an balak dan papan gergaji merupakan eksport utama Malaysia untuk pertukaran matawang asing. ubat-ubatan. SUMBER BUKAN KAYU Keluaran hasil bukan kayu ialah semua keluaran hutan selain kayu balak. Spesiesspesies tersebut termasuk pauh kijang (Irvingia malayana). perabot dan lain-lain. Rotan merupakan hasil hutan yang terpenting di Malaysia. Kayu-kayu juga digunakan oleh penduduk tempatan sebagai bahan api pada kehidupan harian. Singapura dan China. Kembang Semangkok. Ianya termasuklah beberapa hasil keluaran hutan bernilai rendah tetapi pada umumnya sangat meluas digunakan. Chengal. Walaupun Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat pelbagai spesies tumbuhan yang nampaknya mempunyai bekalan sumber kayu-kayan yang banyak tetapi ia semakin tidak mencukupi akibat kadar pembalakan yang tinggi. kayu-kayu keras seperti Meranti. tempinis (Streblue elongatus) dan derum (Cratoxylum sp. barulah kita sedar bahawa hutan yang dahulunya nampak seperti tidak boleh dihabiskan tidak lagi mampu membekalkan kayu yang cukup untuk pasaran dalam negara. mengkuang. Selain itu. Spesies-spesies luar negara seperti Oak. Taiwan. Untuk menampung penggunaan kayu keras tropika di Malaysia. Kayu Getah. Antara spesies yang sesuai untuk pembuatan perabot ialah Balak. papan lapis. Industri yang berasaskan hutan telah menyediakan banyak pekerjaan dan wujudkan perdagangan antarabangsa yang berharga. Nyatoh dan sebagainya. buluh. Sejak itu. Tambahan lagi. Sebenarnya. damar. Contohnya venier. Hasil ini memainkan peranan penting dalam ekonomi moden. pengeluaran hasil bukan kayu adalah kurang teratur. Balau . Hasil kayu-kayan ada banyak penggunaan. Ia dikenali di seluruh dunia kerana kecantikannya yang menyerlah apabila direkabentuk . Eropah. pelbagai spesies kayu yang kurang terkenal sedang giat digalakkan kegunaannya.

Buluh telah diproses menjadi banyak alatan penggunaan harian. Antaranya termasuk sangkar-sangkar anyaman dan raga-raga besar untuk mengisi sayursayuran. ia juga dijadikan peralatan muzik. itik.menjadi perabot. Ia merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput (Gramineae). Rotan lazimnya tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-kawasan pedalaman hutan semulajadi. Sebenarnya. Penggunaan buluh adalah lebih meluas berbanding dengan hasil hutan bukan kayu yang lain. mengkuang dan pandan merupakan jenis-jenis tumbuhan monokotilidon dalam famili Pandanaceae. rotan yang paling popular diperdagangankan serta berharga tinggi ialah manau (Calamus manam). Daun-daun buluh semeliang (S. Manau merupakan pilihan utama bagi pembuatan rangka dan komponen perabot rotan. perusahaan rotan di Malaysia pada umumnya bersifat kecil dan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar di mana sumber-sumber bahan mentah ini mudah diperoleh. Ia merupakan sumber bahan asli yang berkepentingan istimewa terutamanya di kalangan masyarakat desa. rumbia dan bertam sahaja. Dewasa ini. Daun-daunnya boleh dibuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka (anak daun) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. Selain daripada dinding dan lantai yang direkabentuk dengan begitu indah dab menarik. Daunnya boleh dijadikan atap dan buahnya pula boleh dimakan sementara tangkai jambak bungannya kadangkala diukir untuk dijadikan barang hiasan.grande) boleh digunakan untuk membungkus pulut kukus iaitu sejenis masakan kaum cina. layang-layang. Rumbia atau sagu (Metroxylon sagu) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Bertam (Eugeissona tristis) hidup di merata hutan pedalaman. Selain rotan. sangkar burung dan alat sumpitan buluh. Lazimnya tumbuh sebagai pokok . penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi beberapa jenis palma yang popular seperti nipah. Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam. Nipah (Nypa fruticnns) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Batang buluh lemang (Schizostachyum brachycladum) boleh menjadi bekas untuk memasak pulut yang dicampurkan dengan santan kelapa. Industri barangan yang berasaskan buluh telah dapat berkembang menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betang (Dendrocalamus aspera) dan beting (Gigantochloa levis) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan berzat. Daunnya boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Dengan berkembangnya teknologi baru. Di samping itu. terdapat juga 150 spesies jenis palma asli di dalam hutan Malaysia. Buahnya boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapat nira. Walau bagaimanapun. Di kawasan luar bandar pula. terdapat pelbagai penggunaan buluh secara tradisi. babi. mesin-mesin pemprosesan telah digunakan.

bag tangan dan barangan ringan yang lain. akar. Selain itu. tahi atau najis .).). kajang dan tirai. Antaranya terdiri daripada macang (Mangifera foetida). kawasan pantai dan bukit. rhu (Casuarina sp. sena (Pterocarpus indicus) dan akar kunyit (Fibraurea chloroleuca). Bunga pakma (Rafflesia hasselitii) yang dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran. merbau (Intsia sp. daun dan ubi tumbuhan. Kini. hutan juga membekalkan pelbagai bahan daripada binatang di hutan. bayur (Pterospermum sp.). sentul (Sandoricum koetjape). burung dan sebagainya. Biasanya keluaran mengkuang adalah lebih tahan daripada pandan. tapir. Biasanya ia hidup merimbun di habitat berair. ketapang (Terminalia sp. mempisang (Goniothalamus sp. pucuk. topi. Di samping itu. kapas dan benang. tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Malaysia ialah daripada spesies sepang (Caesalpinia sappan) yang digunakan untuk mewarnakan pandan.berbatang seperti spesies Pandanus odoratissimus.).). Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah mengkudu (Morinda sp. harimau bintang. rambutan (Nephelium sp. kulit harimau badak. ia telah mula mendapat pasaran yang tinggi sebagai salah satu sumber makanan tempatan.apiculata) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Daun-daun pandan pula dianyam menjadi tikar.) dan rengas juga boleh digunakan untuk menghasilkan bermacam-macam pewarna. Buah dan biji-bijian liar hutan juga dijual di pasar-pasar tempatan. Selain makanan. Dalam kegunaan perubatan tradisional misalnya. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. sumber pemakanan dari hutan telah mendapat promosi yang meluas dan dengan pendedahan ini. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ali bagi mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan demam malaria. Tambahan lagi. Penggunaan bahan-bahan mengkuang ialah bagi menghasilkan barangan seperti tikar. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. jambu (Eugenia sp. Antara barang yang berasaskan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah. Mengkuang mempunyai saiz daun yang lebih besar dan panjang berbanding dengan pandan. tikar.). masyarakat melayu meminum air rebusan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan (E. Hutan merupakan gedong yang penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang.) dan sebagainya. lembah-lembah. Bahan-bahan tersebut menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Di antara spesiesspesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatan termasuklah jenis selusuh Fatimah (Labisia sp.).). Hutan juga membekalkan sumber makanan kepada manusia terutamanya bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan hutan dan fauna yang tinggal dalamnya. durian (Durio sp.) dan medang (Cinnamomum sp. sutera.

1000 spesies rama-rama dan kupu-kupu. cat dan lilin. Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat 1200 spesies burung. pihak PERHILITAN telah menjalankan langkah kawalan agar binatang-binatang tersebut tidak terus pupus dari habitat hutannya. buah atau bunga tumbuhan. Kebanyakannya boleh dimakan dan hasil daripada pokok sengkawang dan ketupang. Minyak-minyak ini berperisa enak dan berbau harum. aktiviti atau diet haiwan. Penaga dan pulasari pula digunakan dalam pembuatan bahan perisa dan haruman bahan makanan serta penyediaan ubat-ubatan. Dengan ini. Sebenarnya. serangga dan tumbuhan adalah saling bergantung untuk hidup. Hutan Hujan Tropika boleh dibahagikan kepada beberapa nic yang terasing antara sama lain dari segi ruang. 250 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Hutan turut menyediakan makanan secara langsung bagi herbivor dan secara tidak langsung kepada karnivor. Haiwan. minyak bauan asli merupakan sejenis minyak yang meruap dan lazimnya terdapat dalam bahagian-bahagian kulit. Minyak daripada pokok penaga pula boleh digunakan untuk membuat bahan-bahan seperti sabun. Mengikut kajian yang dijalankan. Secara kasar. 147 spesies amfibia. akar. Pokok-pokok pengeluaran gaharu ialah karas (Aquilaria malaccensis) dan cendana (Wikstroemia candalleana). Peranan serangga dalam pendebungaan. daun. Antaranya termasuklah kayu gaharu yang boleh menghasilkan bau wangi apabila dibakar dan sering digunakan dalam upacara keagamaan. . bunga tanjung dan keruing gondol. Kerajaan kini telah mengambil tindakan dalam menghadkan pengeluaran bahan-bahan mentah keluaran hasil hutan supaya ia dapat diurus bagi pengeluaran yang berkekalan. Selain itu. boleh dikatakan hutan menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi usahawan-usahawan kecil yang ingin menceburkan diri dalam industri berasaskan sumber keluaran hasil hutan bukan kayu. selain hasil-hasil yang disenaraikan di atas terdapat lagi banyak hasil hutan bukan kayu yang lain. Di samping itu. SERANGGA DAN TUMBUHAN Hutan menyediakan habitat yang semulajadi bagi beribu-ribu haiwan. Antara jenis-jenis tumbuhan yang sering dimanfaatkan sebagai bahan dasar dalam penghasilan minyak bauan asli ialah kenagan. Akibatnya. burung dan kelawar sebagai penyebar buah dan biji tidak boleh diperkecilkan. serangga dan tumbuhan yang setiap satunya mempunyai peranan dalam pengekalan ekosistem hutan. HABITAT BAGI HAIWAN. Lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies pokok. minyakminyak daripada sayur-sayuran terdapat secara semulajadi daripada buahbuahan dan biji-bijian tumbuhan.kelawar juga dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Lilin lebah dan sarang burung layang-layang dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan.

batang yang reput serta tanah di bawahnya merupakan habitat tak selanjar yang penting. Haiwan pemanjat di tengah-tengah kanopi : mamalia pemakan pelbagai jenis makanan yang bergerak turun naik batang daripada silara pohon hingga ke tanah. Sebenarnya. Contohnya aras yang lebih tinggi dalam hutan terdapat Ceratopogonidae. anai-anai. Haiwan yang terbang di tengeh-tengah kanopi : Kebanyakan burung dan kelawar insektivor. Di bawah tumbuhan kecil pula terdapat Psocoptera. Oecophylla sp. labah-labah. Burung pacat. komuniti invertebrata adalah berbeza pada lurah yang bersebelahan dan pada lereng dan permatang rabung. iaitu haiwan yang menjadi mangsa kepada haiwan yang lain. (kerengga) penting sebagai pengawalan perosak secara biologi. buah-buahan dan sebahagian kecil yang makan nektar dan serangga. Spesies Lepidoptera (ramarama) pula adalah sangat penting untuk industri pelancongan. burung belatuk dan burung merbah. Contohnya. 5. Haiwan besar di atas tanah : herbivor dan karnivor pngiringnya.Harrison (1962) telah membezakan 6 komuniti burung dan mamalia dalam Hutan Hujan Tropika berdasarkan aras kanopi yang didudukinya dan juga berdasarkan julat bahan makanannya seperti berikut: 1. Dapat dilihat bahawa kumpulan burung dan mamalia fitofaj yang utama hidup pada kanopi atas. 6. 3. semut. Misalnya. 2. Selain itu. Invertebrata merupakan haiwan yang tidak bertulang belakang seperti serangga. Tiap-tiap habitat ini mempunyai sekutuan dengan invertebrata yang tertentu. burung merpati dan burung-burung yang memakan buah-buahan dan serangga. Dalam Hutan Hujan Tropika terdapat populasi invertebrata yang mempunyai kepadatan yang rendah tetapi menunjukkan taksonomi yang sangat pelbagai. banyak invertebrata yang terdapat dalam hutan amat berfaedah kepada manusia. Contahnya burung yang hidup di atas kanopi termasuk burung enggang. . rama-rama. terdapat juga sejumlah kecil karnivor. Tempat habitat serangga juga dibahagikan kepada banyak aras. Haiwan kecil di atas tanah atau di bawah pokok : mamalia dan burung pemakan pelbagai jenis makanan pada lantai hutan. Kumpulan burung yang menduduki bahagian tengah kanopi adalah lebih sukar untuk dibezakan antaranya terdapat burung kesumbar. terutamanya insektivor atau omnivor serta beberapa jenis herbivor dan karnivor. 4. Di atas kanopi : insektivor serta burung karnivor dan kelawar. Sebaliknya. pada zon yang lain kurang menampung pengguna primer dan terdapat lebih banyak pengguna sekunder. Lubang-lubang dalam batang pokok. burung-burung rimba dan burung kuang terdapat pada tumbuhan bawah. Kanopi atas : burung dan mamalia pemakan daun. anai-anai dan kebanyakkan famili Diptera. Homoptera dan pemangsanya. dan sebagainya. Apis mellifera dan Apis dorsata akan membekalkan lebah madu kepada kita.

Hutan bukan hanya merupakan suatu persekitaran yang terdapatnya haiwan yang banyak tetapi juga tidak boleh kurangnya tumbuh-tumbuhan. Akan tetapi. pergerakan titisan air hujan dapat dilambatkan oleh kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Antara kelawar yang berperanan penting ialah Pteropus yang boleh mengangkat buah seberat 200 g. bunga yang didebungakan oleh burung tidak mempunyai bauan tetapi berwarna terang merah. liputan hutan dapat mengurangkan kejadian banjir pada musim hujan lebat dangan memerangkap sebahagian daripada air hujan dan mengembalikan sebahagiannya kepada atmosfera. Selain itu. Mengikut pendapat para ahli ekologi. kuning dan hijau. saiz dan bauan yang disebut "sindrom" yang ada kaitan dengan lawatan sesuatu kelas haiwan. sebilangan besar haiwan sedang mengalami masalah kepupusan. Terdapat juga gabungan kombinasi binaan. Tumbuhan juga memerlukan bantuan haiwan dalam pendebungaan dan penyebarannya. air hujan akan menitis ke bawah menuju ke lantai hujan dengan pantas. Dengan ini. Haraplah dengan terlaksananya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Di sanping itu. kebanyakan berwarna coklat atau kekunigan dan mempunyai bau yanng hapak. Struktur Hutan Hujan Tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan yang sangat cekap. Walaupun hutan penting sebagai habitat haiwan. serangga dan tumbuhan. jingga. bunga yang didebungakan oleh haiwan mempunyai daya penarik untuk menarik haiwan tersebut dan mungkin ada daya penghalang untuk mencegah peengusahahasilan yang berlebihan. Contoh satu ciri "sindrom" ialah penyesuaian pokok untuk sebaran biji oleh kelawar. mempunyai binaan bunga yang kukuh dan mempunyai banyak nektar cair. . tetapi dengan masalah pemusnahan yang semakin serius ini. Buah yang disebarkan oleh kelawar masak di atas pokok kemudian buah akan terkeluar daripada dedaun supaya mudah dilawati oleh kelawar. usaha ke arah pemuliharaan haiwan yang mengalami bahaya terpupus dapat dipertingkatkan.Cambidae sp. Buah yang disebarkan oleh kelawar berwarna lebih pucat. hubungan antara tumbuhan dan haiwan juga jelas lihat dalam hutan. hasillah hubungan haiwan dengan tumbuhan yang saling memerlu. Tumbuhan yang merupakan sumber makanan haiwan yang utama juga tertakluk kepada hukum pemilihan semulajadi. Pula ialah sejenis kumbang yang larvanya dimakan oleh kaum tertentu. MENGAWAL ALIR AIR DAN KUALITI AIR Apabila hujan turun dengan lebat. bentuk. Dalam pendebungaan. Contohnya. haiwan juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran biji bagi pokok-pokok di kawasan tropika.

kanopi hutan dapat menghasilkan perubahan kadar dan tempoh curahan air hujan ke lantai hutan. Ini dapat dilihat pada sebatang anak sungai yang mengalir ke kawasan hutan dan berbanding dengan sebatang sungai yang mengalir ke kawasan rancangan perumahan ketika hujan lebat.Sebenarnya. larian air dalam hujan adalah rendah iaitu 40%-50% kerana sebahagian besarnya telah dipintas oleh hutan. untuk menitis air hujan. hanya sebahagian sahaja hujan yang turun dapat sampai ke lantai tanah hutan akibat daripada pemintasan tumbuhan. Disebabkan oleh kurangnya air hujan yang terpintas dan tersejat. Selain itu. sistem saliran yang ada sekarang adalah tidak dapat menampung kesemua hujan yang turun pada musim hujan dan mengakibatkan berlakunya banjir. Mengikut statistik. kewujudan humus dapat memperbaiki tekstur dan meningkatkan ketelapan supaya membantu dalam penyusupan air. boleh mengatakan bahawa hutan berperanan untuk mengurangkan larian air dan meningkatkan keupayaan penyusupan serta membantu perkolasi air. Hal ini penting kerana penyusupan air dapat menghalang sesuatu kawasan itu daripada digenangi air. Pada hakikatnya. ia akan melalui aliran dataran. Dengan ini. Yang penting sekali ialah hutan dapat mengurangkan kesan titisan air hujan ke atas tanah. Tanah hutan hujan primer dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi. Banjir berlaku akibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai. Sebahagian besar air hujan yang dipintas tidak sampai ke tanah dan sebelumnya akan tersejat ke atmosfera. hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang akan mengakibatkan serakan kumin tanih. peranan hutan bukan sahaja dapat mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah. Oleh itu. berapa banyak hujan yang dipintas oleh pelbagai lapisan kanopi bergantung kepada keamatan hujan dan tempoh hujan turun. Kajian Liken 1970 telah menunjukkan bahawa kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat secara tidak langsung yang mendatangkan bencana kepada manusia. Sebaliknya. kekerapan banjir dan kehebatannya dapat dilihat setelah pemusnahan hutan berlaku. Hutan adalah sangat penting sebagai satu sistem penyediaan kualiti air yang bermutu kepada manusia. Sebelum air hujan mengalir ke sungai dan rangkaian sungai. Di samping itu. Ramai ahli ekologi bersetuju bahawa legah yang . Kuantiti hujan yang sampai ke lantai hutan adalah bergantung kepada bentuk dan susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Ekosistem hutan berperanan sebagai "regulator" air dalam mengawal kadar alirannya. aliran dasar dan aliran subpermukaan. air hujan yang tidak terpintas akan menjadi aliran terus atau aliran batang dan akan mengalir secara perlahan-lahan ke anak-anak sungai. tetapi ia juga menggalakkan penyusupan air. daundaun yang gugur di lantai hutan juga boleh bertindak ssebagai "kusyen" yang dapat menyerap titisan air hujan dan seterusnya menghalang pengaliran air ke dalam tanah di bawahnya. Justeru. Oleh itu. Selain itu.

pokok-pokok juga berfungsi sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya. Kawasan hutan telah ditebang dan diusahakan untuk pertanian dan kegiatan lain yang menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendak.dilitupi tumbuhan membekalkan air yang berkualiti lebih baik digunakan oleh manusia kerana hutan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. kemerosotan kualiti air akan berlaku. Ia dapat melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan dan akarnya dapat mencengkam pada tanah. Walaupun sebahagian daripada nutrien boleh digunakan oleh tumbuhan lain yang ditanam oleh petani pindah tetapi kebanyakannya akan terlarut resap dan mengalir ke sungai. 3. Antara proses-proses tersebut ada perbezaan dari segi kepentingannya. Sebenarnya. Hal ini kerana agregat tanih relai dan liang-liang besar dalam tanih telah ditutupi atau disumbati. Perubahan nutrien yang banyak mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini seperti eutrofikasi tasik dan kolam. Proses sedemikian dinamakan sebagai proses iring arus. Di kawasan tropika lembap. litupan tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai penutup bumi yang semulajadi. aliran daratan pun mula memperlihatkan kesannya dengan membawa bersama-sama kumin-kumin tanih. Penggondolan kimia yang berlaku apabila batuan bertindak balas dengan air dan gas yang terlarut dalamnya. percikan titisan hujann akan mempercepatkan proses hakisan. Antara proses-proses itu termasuklah: 1. Hakisan ini telah memberi implikasi bahawa litupan tumbuhtumbuhan di rantau ini melindungi permukaan bumi daripada hakisan mekanikal. Peranan penggondolan kimia adalah lebih berkesan daripada hakisan mekanikal. Dengan ini. Hal ini disebabkan apabila pokok-pokok ditebang. Basuhan cerun akibat tindakan titisan air hujan dan larian permukaan. proses hakisan tanah telah mula berlaku secara perlahan-lahan. Keupayaan ini . bekalan nutrien yang tersimpan dalam tumbuhan akan hilang. MENGAWAL HAKISAN TANAH Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada aktiviti manusia sendiri. Hakisan oleh sungai. Eluviasi mekanikal yang berlaku apabila kumin halus kelodak dan lampung di bawa air. Akibat penebangan hutan yang melampau. Dengan ini. proses penggondolan melibatkan beberapa proses yang penting. 4. Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai dan suhu air sungai tetapi juga boleh menimbulkan perubahan keadaan kimia air sungai. Apabila hujan diturunkan dengan lebat. 2.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar larian air adalah sebanyak 40%-50% sahaja. Serasah daun yang terkumpul di lantai hutan juga akan menyimpan karbon dari atmosfera dalam proses fotosintesis. 40 % daripadannya dihasilkan di Hutan Hujan Tropika (Whitmore 1984). Semasa proses fotosintesis terjadi pada tumbuhan. Pemusnahan hutan yang berlarutan bererti semakin berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini terjadi lebih serius lagi dengan pembakaran fosil seperti arang batu. daripada sejumlah 8330 bilion tan organik karbon yang terkumpul bersama-sama bahan tumbuhan. enapan dalam sungai akan berkurangan dan seterusnya terus mengurangkan pemendakan di hilir sungai. Yang membimbangkan kita ialah proses ini telah mengeluarkan karbon dioksida yang banyak ke udara. Justeru. Mengikut statistik. Dengan keupayaan ini. tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigan. Jika litupan tumbuhan dibuangkan maka ini seolah-olah menyingkirkan sebahagian besar daripada kesuburan tanah. Hutan Hujan Tropika adalah unik kerana mempunyai kadar biojisim yang tinggi. Dengan ini. Ini adalah rendah di kawasan Hutan Hujan Tropika kerana kadar pemintasan oleh kanopi hutan adalah tinggi. bukit-bukit yang curam juga perlukan perlindungan daripada hutan untuk mencegah kerosakan yang serius yang disebabkan oleh hakisan. Satu tinjauan telah dilakukan untuk mengukur larian air yang berlaku dalam hutan. hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat daripada berlaku. Dengan ini. hutan memang memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam mengawal hakisan tanah. KESTABILAN CUACA Pengurangan kawasan Hutan Hujan Tropika sejak kebelakangan ini telah disedari dengan memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Bahagian atas tanah kaya dengan humus dan mengandungi banyak pengurai. minyak dan gas asli untuk menampung keperluan tenaga. Hal in akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang serius. jelaslah kita lihat peranan hutan sebagai pengawal hakisan tanah yang penting. Ini telah menjejaskan suhu udara di . Sebenarnya cara yang paling mudah untuk merosakkan tanih ialah dengan membasmi litupan tumbuh-tumbuhan dan mendedahkannya kepada hujan lebat yang menghakis bahagian atas tanah. Proses karbonisasi pula telah diimbangi oleh pernafasan tumbuhan dan haiwan dan aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigan dan pengeluaran karbon dioksida.dapat mengelakkan butir-butir tanah daripada pecah dan dihakis oleh air. Tanah yang kehilangan humus tidak akan dapat serap air hujan dengan berkesan dan membiarkannya menjadi air lari. Selain itu.

Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida. hutan telah digunakan untuk berehat dan bersukan. Wap-wap air hasil daripada proses ini pula menolong melembap dan menyamankan udara. taraf hidup penduduk juga semakin meningkat dan mempunyai masa yang lapang untuk beristirehat. sudah pasti mendapat jawapan betapa hutan memberi kesan terhadap cuaca persekitaran yang nyaman. Ini telah kelihatan semakin jelas sejak 100 tahun kebelakangan ini. Selain itu. pokok-pokok berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis di mana gas karbon dioksida diserap dan gas oksigan dibebaskan. Ianya akan mempengaruhi pengugangan kadar gas dan secara tidak langsung juga mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. REKREASI Ahli sains menganggap hutan sebagai satu makmal yang besar bagi mereka menjalankan eksperimen dan kajian yang tak terhingga. Dengan ini.sekitar kawasan hutan yang asalnya adalah lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan. semakin ramai lagi orang yang menuju ke hutan untuk mendapat udara yang segar dan bersih. Jika kita berjalan dalam kota raya yang penuh dengan bangunan batu dan kemudiannya berjalan melalui jalan yang dinaungi oleh pokok-pokok. Sebab yag pertama mungkin kerana penduduk mula mempunyai masa untuk berekreasi. Ahli masyarakat yang biasa pula telah menganggap hutan sebagai sesuatu tempat yang cantik dan selesa untuk merehatkan minda dan jiwa. Dengan perkembangan kegiatan perindustrian. nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi tetapi ia tidak menghalang laluan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Kenyataan menunjukkan bahawa pemekatan karbon dioksida di udara telah bertambah. Pokok-pokok yang ditanam di kawasan bandar dan di sepanjang jalan selain daripada mempunyai fungsi tersebut juga dapat bertindak sebagai zon penyerap bunyi di samping menambah keindahan suasana sekeliling. Ini telah menyebabkan suhu meningkat. kloroflorokarbon (CFC). Saintis-saintis alam sekitar telah mendapati bahawa suhu pada siang hari di bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Di kawasan bandar. Pada berpuluh-puluh tahun dahulu. Dalam konteks . Para saintis meramalkan bahawa hal ini akan mengakibatkan pemanasan dunia. Penggunaan hutan untuk rekreasi kian berkembang sejak kebelakangan ini. Oleh itu. Penduduk bandar juga mula bosan dengan kehidupan di bandar dan ingin tinggal jauh dari bandar buat seketika. masyarakat berkesempatan menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora dan fauna hutan. hutan-hutan rekreasi telah diwujudkan dengan tujuan menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semulajadi bagi aktiviti-aktiviti peristirehatan kepada masyarakat. Fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.

persiaran danai alam. hutan telah memberikan kita banyak faedah yang secara langsung atau tidak langsung. adalah penting untuk menjadikan hutan kita sebagai sumber alam semulajadi yang tidak seharusnya dipergunakan dengan berleluasa untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek. Walau bagaimanapun. pengurusan dalam industri berorientasikan pelancongan alam semulajadi berpotensi menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada ekonomi negara. Misalnya di Amerika Syarikat. Oleh sebab itu. tetapi kadar eksploitasi masa kini memberi penanda bahawa tidak banyak yang masih tinggal untuk dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang. Langkah kerajaan dalam menubuhkan hutan-hutan rekreasi ini telah menambahkan perkembangan kemajuan pelancongan negara. 25 kawasan hutan rekreasi telah ditubuhkan. Justeru. masyarakat akan menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya mensejahterakan kehidupan. sebanyak 14 kawasan lagi telah dimajukan sebagai hutan rekreasi. Sebaliknya. Di samping teduhan tumbuhan dan aliran sungai. Ini telah menampung keperluan industri pelancongan dan rekreasi Amerika. Dalamnya terdapat banyak hidupan liar seperti seladang yang takutkan manusia. kolam mandi dan pelbagaai kemudahan rekreasi lain. nilai rekreasi hidupan liar dari segi ekonomi adalah lebih tinggi daripada nilai dagangannya. Dengan cara ini. Sebenarnya. Kawasan hutan tidak akan dimusnahkan melalui aktiviti penebangan dan ia digunakan untuk tujuan pelancongan alam semulajadi dan aktiviti rekreasi. Di negara asing. Hutan Hujan Tropika menepati keperluan berekreasi. bukannya untuk diburu. Taman Negara telah diwujudkan. Sehinggan penghujung Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985). Oleh demikian. Kini. terdapat lebih daripada 30 juta penduduk menjalankan kegiatan memburu dan memencing. Keperluan yang diseimbangi dan tindakan yang teratur di dalam mengeksploitasi khazanah hutan perlulah diuruskan bersesuaian dengan program pembangunan negara. kita perlu mempunyai pandangan yang jauh bahawa hutan kita akan terus memberi kesejahteraan kepada penghidupan sejagat. kawasan hutan diperuntukan untuk tujuan rekreasi dan tempat pemeliharaan hidupan liar.ini. masyarakat turut disediakan dengan pelbagai kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan. Sebagai warganegara yang . masih ramai penduduk yang menganggap hidupan liar sebagai sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikaji. ia tidak seharusnya menjejaskan sistem penampungan penghidupan bersumberkan hasil hutan yang sedia ada. KESIMPULAN Walaupun kita telah menikmati banyak faedah daripada hutan. Dalam Rancangan Malaysia ke-2 dan ke-3 (1971-1980). Walaupun proses pembangunan terus dijalanjkan di negara ini. masyarakat akan menjadi lebih mencintai alam semulajadi sejajar dengan kehendak negara bagi memelihara dan mengekalkan kualiti dan keindahan alam sekitar. Dengan ini.

Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 1991 Global Forest Resources Alexander S.C Whitmore. Mather Belhaven Press A Division of Pinter Publishers London Tumbuh-tumbuhan Dan Persekitaran – Satu Perspektif Geografi Ismail Ahmad Yaakob Mohamad Jani Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka Hutan Hujan Tropika Semenanjung Malaysia Khairuddin Haji Kamaruddin Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia . T.bertanggungjuwab. Haruslah kita ingat bahawa segala yang ada dalam alam ini bukan hak milik kita sahaja. RUJUKAN Hutan Hujan Tropika Di Timur Jauh. kita harus mengimbangi pandangan dan mempunyai komitmen terhadap nilai-nilai hutan serta memeliharanya demi kesejahteraan penghidupan yang seimbang. Kita hanya meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada generasi yang akan datang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful