You are on page 1of 2

PROJEK TERNAKAN IKAN KELI SECARA INKUBATOR

PENDAHULUAN

Program ini dirancang khusus untuk bakal usahawan muda Melayu yang
berminat dan belum mempunyai pengalaman di dalam bidang ternakan keli.
Program ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai modal terhad
untuk bersama-sama menceburkan diri dalam bidang ternakan ikan keli
organik. Di samping itu, program ini memberi bimbingan, khidmat nasihat dan
latihan asas amali dan teori kepada peserta kumpulan sebelum memulakan
ternakan sendiri

LOKASI

Tempat yang dilaksanakan ialah di Pantai Remis, Kuala Selangor,Selangor
seluas 4 ekar berdekatan pusat Rekreasi Pantai, restoran dan lain-lain lagi.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan usahawan muda untuk menceburi di dalam industri ikan
keli
2. Dapat memulakan ternakan keli dengan berbekalkan modal minima dan
mengikut skala kemampuan
3. Dapat memulakan projek dalam masa yang singkat
4. Mewujudkan bekalan ikan keli secara berterusan dalam kuantiti yang
banyak.
5. Peserta diserapkan sebagai ahli koperasi dengan pelbagai kemudahan

SYARAT-SYARATNYA

1. Peserta disyaratkan mendaftar sebagai ahli KOPEDIK dengan bayaran
RM99 setahun dan tahun kedua sehingga seterusnya sebanyak RM49
sahaja.
2. Membuat bayaran sebanyak RM1500 sekali masuk untuk penyewaan
tempat projek
3. Modal permulaan sebanyak RM20,000 untuk semua perkakasan,bekalan
anak ikan dan makanan sehingga tempoh tuaian
4. Perjanjian kontrak belian oleh KOPEDIK dimeterai dengan pembelian ikan
keli berharga RM4.00/kg
5. Potongan sebanyak 15% dari hasil tuaian untuk syarikat pelaksana
KEMUDAHAN

1. Kolam kanvas disediakan -12
kolam kanvas
2. Pekerja disediakan
3. Tempat tinggal pekerja
disediakan di kawasan
berkenaan
4. Pakar teknikal ternakan keli
sentiasa berada di kawasan
berkenaan
5. Pemasaran yang terjamin secara berterusan
6. Mempunyai rangkaian pemasaran bersepadu termasuk antarabangsa
7. Projek hiliran inkubator dari hasil ternakan
8. Kemudahan tempat tinggal untuk peserta inkubator sewaktu lawatan

KELEBIHAN PROGRAM INI

1. Bermula dengan modal yang rendah,cepat dan mudah
2. Tidak perlu pengawasan setiap hari oleh peserta (peserta boleh melawat
ternakannya apabila mempunyai masa)
3. Kemudahan tempat tinggal untuk peserta inkubator sewaktu lawatan
4. Setiap kolam kanvas peserta akan dilabel
5. Memberikan khidmat nasihat dan latihan kepada peserta inkubator
sebelum membuka sendiri.

Sila hubungi Pengurus Portfolio Ternakan Keli Zon Tengah iaitu En. Anwar 019-
3835472 hisham 019-2272127 atau layari http://kopedikcenter.blogspot.com